1 Institusi Pengajian Tinggi Awam

pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dila...

0 downloads 14 Views 124KB Size
1

Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam

Oleh: Siti Baidura binti Kasiran [email protected] Nurul Jamilah binti Rosly [email protected] Divisyen Bahasa Melayu Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

ABSTRAK Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar asing yang mempelajari kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Kajian dilakukan terhadap 40 pelajar asing yang dipilih secara rawak dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian juga dikukuhkan dengan dapatan soal selidik daripada 10 orang guru/pensyarah yang mengajar kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan penggunaan aspek kata, frasa, ayat dan ortografi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan pelajar (270 kesalahan). Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98 kesalahan), diikuti kesalahan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama (65 kesalahan). Kesalahan yang paling rendah dari segi kekerapan ialah kesalahan penggunaan aspek kata iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57). Berdasarkan soal selidik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa ibunda, sikap pelajar dan keadaan persekitaran bahasa di universiti. Bagi menangani masalah ini, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah ditingkatkan. Bimbingan yang berterusan daripada guru/pensyarah, pembelajaran bahasa melalui multimedia serta penganjuran aktiviti bahasa seperti kuiz, lakonan dan lawatan penting dalam menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing.

2

PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar asing yang mengambil kursus Bahasa Melayu di peringkat universiti. Pelajar asing didapati tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan sepenuhnya (Juriah, 2001). Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing khususnya dari aspek tatabahasa. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai. Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang linguistik yang diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih digunakan dalam pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder sebagai, "It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied linguistics, a development that owed much to the work of Corder.” Teori Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa Sebelum Analisis Kesalahan Bahasa diperkenalkan, Analisis Kontrastif telah mendominasi bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa asing sejak perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan tahun 1960-an (Aini, 2007). Analisis Kontrastif membandingkan sistem linguistik dua bahasa iaitu bahasa asal dan bahasa sasaran pelajar dan meramal daerah-daerah kesukaran dan kesenangan yang dihadapi oleh pelajar tersebut (Mogimizadeh, 2008). Pendekatan ini mengandaikan bahawa pelajar bahasa kedua atau pelajar bahasa asing akan menerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya unsur-unsur yang berbeza akan menimbulkan kesulitan dalam proses pembelajaran mereka (Brown, 2000). Menurut Analisis Kontrastif, gangguan bahasa ibunda menjadi penyebab utama timbulnya kesalahan dan kesulitan pembelajaran bahasa asing oleh seseorang pelajar (Aini, 2007). Justeru, kesalahan yang dilakukan pelajar dianggap sebagai hasil daripada tabiat berterusan bahasa ibundanya terhadap bahasa sasarannya (Erdogan, 2005). Analisis Kesalahan Bahasa pula mengkaji tentang kesalahan pemindahan (interlingual errors) dan kesalahan intralingual (intralingual errors) yang muncul hasil daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards, 1992). Kesalahan pemindahan/interlingual berkait dengan gangguan bahasa ibunda. Corder (1971) menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum)

3

bahasa pertama pelajar mengganggu atau menghalangnya daripada memperoleh bentuk, sistem atau hukum dalam bahasa kedua. Sementara itu, menurut Lado (1964), pengaruh negatif bahasa ibunda boleh mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Pemindahan interlingual merupakan sumber penting dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar. Richards (1992) mendefinisikan kesalahan interlingual sebagai kesalahan yang terhasil daripada pemindahan bahasa, disebabkan bahasa pertama pelajar. Hal ini merupakan tanda-tanda bahawa pelajar sedang menerokai dan mempelajari sistem bahasa baharu. Kesalahan interlingual ini mungkin terjadi semasa pelajar memindahkan fonologi, morfologi atau elemen tatabahasa bahasa ibunda ke bahasa kedua. Hal ini dijelaskan oleh Erdogan (2005) berhubung dengan kesalahan dari aspek morfologi, “Turkish students tend to omit the plural suffix at the end of the word as Turkish does not put it in adjectival phrases indicating numbers as in the following examples:  Three book  Three student is coming.” Sementara itu, menurut Richards (1992), kesalahan intralingual berpunca daripada pembelajaran yang salah atau belum sempurna dalam bahasa kedua memandangkan pelajar belum menguasai bahasa sasaran seperti pelajar menyebut, “He made me to smile”, “I want learning English” dan “The meat smells freshly” (Erdogan, 2005). Richards (1992) juga menjelaskan bahawa pelajar mungkin membuat hipotesis yang langsung tidak berkaitan dengan bahasa ibundanya atau bahasa keduanya. Analisis Kesalahan Bahasa mengkaji bahasa yang dilakukan oleh pelajar asing atau pelajar bahasa kedua, menguji secara empirikal kesalahan-kesalahan yang wujud dalam bahasa sasaran yang dihasilkan oleh pelajar dan mencari penjelasan tentang punca-punca berlakunya kesalahan tersebut (Moghimizadeh, 2008). Analisis ini merupakan satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian bertujuan mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap bahasa asing yang dipelajarinya. Hal ini selaras dengan pendapat Ellis (1994) yang mengatakan Analisis Kesalahan Bahasa sebagai, “…a set of procedurs for identifying, describing and explaning error in learners language.”

4

Corder (1967) menjelaskan bahawa kesalahan penting dalam tiga cara kepada golongan berikut:  Pengajar: mereka menunjukkan perkembangan prestasi pelajar  Pengkaji: mereka menunjukkan cara-cara pemerolehan bahasa dan strategi-strategi yang digunakan pelajar  Pelajar: mereka boleh belajar daripada kesalahan-kesalahan tersebut Aini (2007) dalam kajiannya menjelaskan bahawa teori ini menggunakan pendekatan dengan cara mendapatkan kesalahan pelajar daripada korpus, mengenal pasti kesalahankesalahan pelajar, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan seterusnya menganalisis jenis-jenis kesalahan tersebut. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan bahasa akan dikaji bagi menghasilkan strategi-strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ellis (1997) menekankan bahawa kesalahan pelajar boleh membantu pengajar atau pengkaji bahasa dari semasa ke semasa. Beliau menjelaskan, “Classifying errors in these ways can help us to diagnose learners’ learning problems at any stage of their development and to plot how changes in error patterns occur over time.” Perbezaan Kesilapan dan Kesalahan Penting bagi seseorang pengajar mahupun pengkaji bahasa mengenal pasti perbezaan antara kesilapan dengan kesalahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa pelajar asing. Berdasarkan Richards. et. al. (1992), kesilapan dilakukan oleh pelajar bahasa semasa menulis atau bertutur disebabkan kurang penumpuan, keletihan, kecuaian atau kerana aspek-aspek kelakuan lain. Kesalahan pula ialah apa-apa jua penggunaan bentuk bahasa yang dianggap salah oleh penutur jati atau penutur yang fasih dalam sesuatu bahasa disebabkan pembelajaran yang salah atau belum sempurna. Untuk membezakan antara kesilapan dengan kesalahan, Ellis (1997) mencadangkan dua cara. Cara pertama adalah dengan memeriksa prestasi pelajar secara berterusan. Jika pelajar kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang salah dan kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang betul, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, jika pelajar sering menggunakan bentuk bahasa yang salah, dia sebenarnya melakukan kesalahan. Cara kedua adalah dengan meminta pelajar membetulkan kesalahan bahasanya sendiri. Jika dia berjaya membetulkan kesalahan tersebut, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Sebaliknya jika gagal, dia sebenarnya melakukan kesalahan.

5

Aspek Kesalahan Bahasa Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun, menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitud termasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005). Money (2004) dalam kajiannya tentang analisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Supian (1994) pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari bahasa Melayu melakukan kesalahan frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja pasif pelaku diri pertama, kedua dan ketiga. Kajian beliau membuktikan kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar berbanding kesalahan frasa kerja yang lain. Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar bahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim, 2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007; Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis, 1997). Kajian tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati yang dijalankan oleh Muhammed Salehudin (1993) mendapati sebanyak 2,402 kesalahan tatabahasa dilakukan oleh pelajar. Kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946 yakni 81.0% manakala dalam aspek ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Ahmad Shahril (1996) pula mendapati pelajar bahasa pertama melakukan kesalahan dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan beliau membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar, diikuti kesalahan aspek frasa dan ayat. Menurut Md. Daud (1992) dalam kajiannya terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dilakukan oleh pelajar.

6

Faktor-Faktor Kesalahan Bahasa Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar bahasa asing atau bahasa kedua melakukan kesalahan bahasa. Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujud disebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau, anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et. al. (2000), kesalahan bahasa berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik. Berdasarkan Money (2004), murid-murid Tamil sekolah menengah telah mempelajari bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih terdapat dalam penulisan mereka. Dapatan kajian daripada Azman & Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utama yang menjadi kesukaran pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab. Apabila membincangkan gangguan bahasa ibunda, sesetengah kesalahan berlaku disebabkan gangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar (Abisamra, 2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukan kesalahan disebabkan gangguan bahasa ibunda, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan pelajar adalah kerana kesalahan intralingual. Berbeza pula dengan dapatan kajian Cheun et. al. (2009), yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Mandarin. Menurut beliau lagi, kekurangan latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut merupakan faktor penyumbang. Kajian Goh & Ng (2004) mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadap kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh, 2005). Fa’izah et. al. (2010) pula dalam kajiannya mendapati bahawa kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi menghadapi masalah dan lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu disebabkan tempoh pembelajaran bahasa yang singkat. Cheun et. al. (2009) dalam kajiannya juga mendapati bahawa kekurangan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Mandarin.

7

Pengajaran Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Pada tahun 2009, bilangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi ialah seramai 80,000 dan pada tahun 2011, jumlah ini dijangka meningkat kepada 90,000 orang. Dianggarkan menjelang tahun 2015, bilangan pelajar asing melonjak sehingga 150,000 di negara ini (Zainor, 2011). Statistik ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menarik minat pelajar asing bagi melanjutkan pengajian mereka di negara ini. Di Malaysia, menerusi Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, semua pelajar asing di institusi pengajian tinggi swasta diwajibkan mempelajari kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan. Sebelum ini, dasar yang sama telah dipraktikkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi awam. Latar Belakang Kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipilih sebagai lokasi kajian telah ditubuhkan secara rasminya pada 20 Mei 1983 dengan memberikan penekanan terhadap falsafah berteraskan kitab suci al-Quran serta kesepaduan antara ilmu-ilmu yang diwahyukan (agama Islam) dengan ilmu-ilmu yang dicari (sains). Universiti ini telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan utama dan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan kedua. Sementara itu, bahasa Melayu diajarkan kepada semua pelajar Malaysia dan antarabangsa sebagai bahasa perantaraan ketiga. Pada tahun 2010, terdapat hampir 17,430 pelajar ijazah pertama melanjutkan pengajian di universiti ini termasuklah pelajar-pelajar asing dari 100 buah negara di serata dunia. Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu, kebanyakan pelajar asing yang mengambil ijazah pertama di universiti ini mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Pelajar bukan sahaja wajib mempelajari kursus Bahasa Melayu, malah mereka diwajibkan lulus sebagai syarat pengijazahan. Kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing telah diwajibkan kepada semua pelajar asing di universiti ini hasil ketetapan Mesyuarat Senat pada April 1991. Kursus ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu Kursus Bahasa Melayu I untuk Pelajar Asing (LM 1010) dan Kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011). Jam pengajaran bagi kursus ini ialah 50 minit bagi setiap pertemuan/kelas dan diadakan sebanyak dua kali seminggu.

8

PENYATAAN MASALAH Banyak kajian telah dilakukan dalam menganalisis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpukan kesalahan bahasa dalam kalangan penutur jati. Sebagai contoh, kajian Analisis Kesalahan Bahasa oleh Nor Asmah (2009), Mohd Shahril (1996), Muhammad Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Walaupun ramai pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, namun kajian terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing masih kurang dijalankan terutamanya yang memfokuskan Analisis Kesalahan Bahasa. Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar bahasa asing atau bahasa kedua, malah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong mereka melakukan kesalahan bahasa. Seterusnya, beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran akan dicadangkan khususnya kepada pengajar-pengajar bahasa di universiti ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar bahasa asing dalam pembelajaran bahasa Melayu. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1. 2. 3. 4. 5.

kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing; kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing; kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing; kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing; faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa.

SOALAN KAJIAN Kajian ini akan mencari jawapan bagi soalan-soalan kajian yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

Apakah kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing? Apakah kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing? Apakah kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing? Apakah kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar asing? Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa?

9

BATASAN KAJIAN Kajian ini meninjau aspek tatabahasa dalam karangan pelajar asing. Penulisan karangan pelajar memberikan gambaran umum tentang kesalahan yang dilakukan pelajar. Jenis-jenis kesalahan bahasa yang dikaji dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar dibataskan kepada aspek kesalahan kata, fras, ayat dan ortografi yang terpilih sahaja seperti berikut: Kesalahan aspek kata dibataskan kepada: K1 kesalahan penggunaan imbuhan K2 kesalahan penggunaan kata hubung K3 kesalahan penggunaan pemeri Kesalahan aspek frasa dibataskan kepada: F1 kesalahan penggunaan frasa nama F2 kesalahan penggunaan frasa kerja F3 kesalahan penggunaan frasa adjektif F4 kesalahan penggunaan frasa sendi nama Kesalahan aspek ayat dibataskan kepada: A1 kesalahan struktur ayat tunggal A2 kesalahan struktur ayat saduran Kesalahan aspek ortografi dibataskan kepada: O1 ejaan O2 huruf besar/kecil METODOLOGI KAJIAN Kajian Rintis Pelajar asing yang mengambil ijazah pertama di universiti ini mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan terhadap 30 buah karangan bahasa Melayu yang ditulis oleh pelajar asing yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan, pengkaji mendapati pelbagai kesalahan bahasa dilakukan oleh pelajar semasa menulis karangan. Mereka didapati melakukan kesalahan-kesalahan bahasa seperti kesalahan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat.

10

Sampel Kajian Pemilihan sampel bagi kaedah kualitatif (penulisan karangan) dipilih secara rawak iaitu 40 orang daripada 90 orang pelajar yang mengambil kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing di bawah bimbingan dua orang pensyarah. Kebanyakan pelajar berasal dari benua dan negara berikut:       

Afrika : Guinea, Nigeria, Somalia dan Mauritania Asia Selatan : India, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh Asia Barat : Yaman, Jordon, Turki dan Palestin Asia Tengah : Afghanistan Asia Tenggara : Myanmar dan Thailand Eropah : Albania Asia Utara : Rusia

Sementara itu, seramai 10 orang sampel telah dipilih bagi menjawab satu set soal selidik. Sampel terdiri daripada guru/pensyarah yang sedang atau pernah mengajar kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini. Instrumen Kajian a) Penulisan Karangan Kajian ini hanya mengehadkan dapatan data dalam bentuk penulisan karangan pelajar. Karangan ialah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pelajar diminta menjawab satu daripada empat tajuk karangan yang diberikan iaitu Buah-buahan Tempatan di Malaysia, Buku Kegemaran Saya, Pengalaman Berpuasa di Malaysia dan Keluarga Saya. Sebelum memulakan ujian penulisan, semua pelajar telah diberikan arahan yang jelas. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sebuah karangan ialah 40 minit. Pelajar dikehendaki menyediakan karangan tidak berformat yang panjangnya antara 100 hingga 200 patah perkataan. Kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar dikenal pasti dan dikategorikan mengikut aspek tertentu seperti berikut: 1. Kata : imbuhan, kata hubung dan kata pemeri 2. Frasa : frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama 3. Ayat : ayat tunggal dan ayat saduran 4. Ortografi : ejaan dan huruf besar/kecil Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Seterusnya, dapatan kajian akan dijelaskan dengan menggunakan jadual untuk memudahkan pembaca.

11

b) Soal Selidik Kaedah soal selidik turut digunakan bagi mengukuhkan kajian. Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu: 

Bahagian A: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (mengikut persepsi pensyarah). Skala likert empat mata yang digunakan ialah Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).



Bahagian B: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (mengikut persepsi pensyarah). Satu soalan berbentuk separa struktur dikemukakan.

Data soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Seterusnya, soalan separa struktur dianalisis dan dikodkan mengikut tema untuk mengenal pasti bahagian-bahagian data yang bermakna. Setelah dikategorikan mengikut tema, data soalan separa struktur daripada soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Penyelidik menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al., (2003) yang diiktiraf sebagai pegangan utama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi membuat penentuan yang betul atau salah tentang aspek kesalahan tatabahasa yang dikaji. ANALISIS DAPATAN Walaupun pelajar melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dalam satu ayat, tetapi fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa pelajar berdasarkan aspek yang dipilih (kata, frasa, ayat dan ortografi). Pengkaji akan membetulkan dan menghuraikan kesalahan aspek yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesalahan aspek lain turut dibetulkan. Soalan Kajian 1: Kesalahan Penggunaan Aspek Kata dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Asing Kesalahan penggunaan aspek kata yang dikenal pasti dalam penulisan karangan pelajar kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) berdasarkan kekerapan dan peratusan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1:

12

Jadual 1: Kesalahan penggunaan aspek kata Jenis kesalahan Kekerapan Kesalahan penggunaan imbuhan 28 Kesalahan penggunaan kata hubung 17 Kesalahan penggunaan kata pemeri 12 Jumlah 57

Peratusan 49.1% 29.8% 21.1% 100%

Berdasarkan jadual di atas, didapati kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan jumlah kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 28 kesalahan (49.1%). Kekerapan kedua paling tinggi ialah kesalahan penggunaan kata hubung iaitu 17 kesalahan (29.8%) dan kesalahan penggunaan kata pemeri pula mencatat 12 kesalahan iaitu sebanyak 21.1%. Kesalahan penggunaan imbuhan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Jadual 2 menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan.

Sampel 6

Jadual 2: Kesalahan penggunaan imbuhan Kesalahan tatabahasa Saya suka membacaan dan mendengaran Al-Quran. Ayat yang betul Saya suka membaca dan mendengar bacaan Al-Quran.

Dalam ayat di atas, penggunaan imbuhan apitan ‘meN – an’ menyalahi imbuhan pada kata dasar ‘baca’. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan awalan ‘meN-’ iaitu ‘membaca’ dan ‘mendengar’ untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu ‘bacaan Al-Quran’. Kata ‘bacaan’ ditambah supaya ayat tersebut lebih gramatis. Jadual 3 menunjukkan kesalahan tatabahasa kerana pelajar kerana tidak mengimbuhkan kata kerja dasar. Jadual 3: Kesalahan penggunaan imbuhan Sampel 23 Kesalahan tatabahasa Saya mahu kongsi cerita. Ayat yang betul Saya mahu berkongsi cerita.

13

Awalan ‘beR-’ dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja ‘kongsi’ untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu ‘cerita’. Kesalahan penggunaan kata hubung Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan ‘dan’, kata hubung pancangan relatif ‘yang’ dan kata hubung komplemen ’bahawa’. Berdasarkan Jadual 4, pelajar didapati tidak menggunakan kata hubung.

Sampel 17

Jadual 4: Kesalahan penggunaan kata hubung Kesalahan tatabahasa Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong mak memasak. Ayat yang betul Dia ialah budak yang rajin dan suka menolong emak memasak.

Pelajar melakukan kesalahan tatabahasa kerana tidak menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’ dalam ayat di atas. Kata hubung ‘dan’ perlu untuk menghubungkan dua klausa ayat di atas. Selain itu, pelajar turut melakukan kesalahan pada kata kerja ‘tolong’ dan kata nama ‘mak’. Di dalam Jadual 5, pelajar didapati mengulang kata hubung ‘dan’ sebanyak dua kali.

Sampel 39

Jadual 5: Kesalahan penggunaan kata hubung Kesalahan tatabahasa Keluarga saya baik dan ramai dan lucu. Ayat yang betul Keluarga saya ramai, baik dan lucu.

Kata hubung ‘dan’ perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas bagi menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya iaitu ‘Keluarga saya ramai’, ‘Keluarga saya baik’ dan ‘Keluarga saya lucu’. Kesalahan penggunaan kata pemeri Menurut Tatabahasa Dewan (2003), kata pemeri ‘ialah’ digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan kata adjektif, frasa adjektif, kata sendi nama atau frasa sendi nama.

14

Kesalahan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ ditunjukkan di dalam Jadual 6 dan Jadual 7.

Sampel 13

Jadual 6: Kesalahan penggunaan kata pemeri Kesalahan tatabahasa Saya suka ialah manggis. Ayat yang betul Saya suka akan manggis. atau Saya menyukai manggis.

Walaupun kata pemeri ‘ialah’ di dalam Jadual 6 digunakan di hadapan kata nama, namun penggunaannya menyalahi struktur ayat bahasa Melayu kerana kata adjektif tidak boleh disusuli oleh kata pemeri ‘ialah’ atau ‘adalah’. Oleh itu, kata pemeri ‘ialah’ perlu digugurkan. Selain itu, kata adjektif ‘suka’ yang membawa maksud perasaan/emotif memerlukan pelengkap iaitu kata sendi nama ‘akan’ dan perlu disusuli oleh kata nama atau frasa nama. Sebagai contoh, ‘Saya suka akan manggis’. Kata adjektif ‘suka’ juga boleh menerima imbuhan apitan ‘me – i’ yang berfungsi sebagai kata kerja transitif dan disusuli oleh kata nama ‘manggis’ sebagai objek. Sebagai contoh, ‘Saya menyukai manggis’.

Sampel 8

Jadual 7: Kesalahan penggunaan kata pemeri Kesalahan tatabahasa Durian adalah bulah yang paling terkenal di Malaysia. Ayat yang betul Durian ialah buah yang paling terkenal di Malaysia.

Berdasarkan ayat di dalam Jadual 7, didapati pelajar menggunakan kata pemeri ‘adalah’ di hadapan kata nama. Oleh itu, kata pemeri ‘adalah’ perlu digantikan dengan kata pemeri ‘ialah’. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan bagi kata ‘buah’ yang dieja ‘bulah’. Soalan Kajian 2: Kesalahan Penggunaan Aspek Frasa dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Asing Menurut Tatabahasa Dewan (2003), dari sudut nahu, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu adalah seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pelajar asing juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek frasa. Jadual 8 menunjukkan kekerapan dan peratusan pelajar melakukan kesalahan mengikut jenis frasa.

15

Jadual 8: Kesalahan penggunaan aspek frasa Jenis kesalahan Kekerapan Kesalahan penggunaan frasa nama 15 Kesalahan penggunaan frasa kerja 17 Kesalahan penggunaan frasa sendi nama 33 Jumlah 65

Peratusan 23.0% 26.2% 50.8% 100%

Berdasarkan Jadual 8, kekerapan kesalahan paling tinggi melibatkan penggunaan frasa sendi nama iaitu sebanyak 33 kesalahan (50.8%), diikuti kesalahan penggunaan frasa kerja sebanyak 17 kesalahan (26.2%) dan kesalahan penggunaan frasa nama sebanyak 15 kesalahan (23.0%). Kesalahan penggunaan frasa adjektif tidak ditemui dalam karangan pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan frasa adjektif dengan baik. Kesalahan penggunaan frasa nama Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa nama, satu perkataan bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain merupakan penerang kepada inti tersebut. Di dalam Jadual 9, pelajar didapati melakukan kesalahan frasa nama.

Sampel 10

Jadual 9: Kesalahan penggunaan frasa nama Kesalahan bahasa Itu negara ada banyak musim. Ayat yang betul Negara itu ada banyak musim.

Frasa nama ‘Itu negara’ dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang iaitu ‘Itu’ mendahului unsur inti iaitu ‘negara’. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah ‘Negara itu’. Jadual 10 juga menunjukkan kesalahan penggunaan frasa nama.

Sampel 37

Jadual 10: Kesalahan penggunaan frasa nama Kesalahan tatabahasa Saya mempunyai adik seorang laki-laki. Ayat yang betul Saya mempunyai seorang adik lelaki.

Frasa nama ‘adik seorang’ dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penjodoh bilangan iaitu ‘seorang’ harus menjadi penerang jumlah kepada frasa nama iaitu ‘adik lelaki’. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah ‘seorang adik lelaki’. Kata ‘laki-laki’ digantikan dengan ‘lelaki’ berdasarkan sistem ejaan baharu.

16

Kesalahan penggunaan frasa kerja Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 11.

Sampel 26

Jadual 11: Kesalahan penggunaan frasa kerja Kesalahan tatabahasa Kakak memiliki sangat cantik kereta. Ayat yang betul Kakak memiliki kereta yang sangat cantik.

Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata kerja transitif ‘memiliki’ perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama iaitu ‘kereta’. Oleh itu, frasa kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah ‘memiliki kereta’. Selain itu, penggunaan kata hubung ‘yang’ perlu untuk memancangkan dua ayat. Ayat yang pertama ialah ‘Kakak memiliki kereta’ dan yang kedua ialah ‘Kereta sangat cantik’. Dalam ayat pancangan, pengulangan kata ‘Kereta’ hendaklah digugurkan. Berdasarkan Jadual 12, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa kerja.

Sampel 26

Jadual 12: Kesalahan penggunaan frasa kerja Kesalahan tatabahasa ...sebab durian banyak vitamin dan nutrien. Ayat yang betul …sebab durian mengandungi banyak vitamin dan nutrien.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja (transitif atau tak transitif) mesti hadir sebelum objek/pelengkap ayat. Jadual di atas menunjukkan pelajar tidak menggunakan kata kerja sebelum objek/pelengkap ayat. Oleh itu, kata kerja ‘mengandungi’ perlu hadir untuk berfungsi sebagai binaan frasa kerja yang tepat. Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama dalam bahasa Melayu ialah ‘di’, ‘ke’, ‘dari’, ‘daripada’, ‘pada’, ‘kepada’, ‘untuk’ dan sebagainya.

17

Di dalam Jadual 13, pelajar didapati melakukan kesalahan aspek kata sendi nama. Jadual 13: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Sampel 2 Kesalahan tatabahasa Banyak buah-buahan ke pasar raya Tesco. Ayat yang betul Banyak buah-buahan di pasar raya Tesco. Sampel 30 Kesalahan tatabahasa Saya datang di Johor. Ayat yang betul Saya datang ke Johor. atau Saya pergi ke Johor. atau Saya ke Johor. Berdasarkan ayat di atas, pelajar didapati keliru dalam penggunaan kata sendi nama ‘ke’ dan ‘di’. Kata sendi nama ‘ke’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan arah atau tempat yang dituju dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama ‘di’ pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama. Penggunaan kata sendi nama ‘ke’ dalam sampel (2) hendaklah digantikan dengan kata sendi nama ‘di’ yang merujuk tempat iaitu pasar raya. Kata sendi nama ‘di’ dalam sampel (30) pula perlu digantikan dengan ‘ke’ untuk menunjukkan arah. Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar di dalam Jadual 14 dan 15. Jadual 14: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Sampel 14 Kesalahan tatabahasa Saya pergi ke pasar malam di Rabu. Ayat yang betul Saya pergi ke pasar malam pada hari Rabu. Penggunaan kata sendi nama ‘di’ di dalam Jadual 14 didapati tidak tepat. Kata sendi nama ‘pada’ lebih tepat digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau masa.

Sampel 5

Jadual 15: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Kesalahan tatabahasa Berpuasa di Malaysia berbeza dari berpuasa di negara saya. Ayat yang betul Berpuasa di Malaysia berbeza daripada berpuasa di negara saya.

Penggunaan kata sendi nama ‘dari’ di dalam Jadual 15 juga didapati tidak tepat kerana menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata sendi nama ‘dari’ hendaklah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah atau masa. Kata sendi nama ‘daripada’ pula hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau

18

perbandingan. Oleh itu, frasa sendi nama yang tepat dalam ayat di atas ialah ‘daripada berpuasa’ untuk menunjukkan perbezaan pengalaman berpuasa antara Malaysia dengan negara asal pelajar. Soalan Kajian 3: Kesalahan Penggunaan Aspek Ayat dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Asing Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan (Tatabahasa Dewan, 2003). Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis ayat, namun susunan ayat yang paling asas ialah ayat tunggal. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Pengetahuan untuk membina ayat tunggal dalam kalangan pelajar bahasa asing sangat penting kerana ayat tunggal ialah asas kepada pembinaan ayat yang lebih kompleks. Selain itu, aspek struktur ayat saduran juga perlu dipastikan memandangkan pelajarpelajar ini ialah pelajar-pelajar asing. Struktur ayat saduran bermaksud apa-apa juga penggunaan unsur ayat asing, khususnya unsur daripada bahasa ibunda (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain) yang digunakan dalam bahasa Melayu. Kekerapan kesalahan penggunaan aspek ayat adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 16. Jadual 16: Kesalahan penggunaan aspek ayat Jenis kesalahan Kekerapan Peratusan Kesalahan penggunaan ayat tunggal 63 64.3% Kesalahan struktur ayat saduran 35 35.7% Jumlah 98 100%

Berdasarkan Jadual 16, didapati kekerapan kesalahan penggunaan ayat tunggal adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 63 kesalahan (64.3%) berbanding kesalahan struktur ayat saduran yang mencatatkan 35 kesalahan (35.7%).

19

Kesalahan ayat tunggal Yang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di dalam Jadual 17. Jadual 17: Kesalahan penggunaan ayat Sampel 25 Kesalahan tatabahasa Saya nama Anas. Ayat yang betul Nama saya Anas. Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini ialah ‘Nama’ sebagai unsur inti dan ‘saya’ sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua pelajar. Pelajar menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris iaitu ‘My name’ yang diterjemahkan sebagai ‘Saya nama’ dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar dalam ayat songsang seperti di dalam Jadual 18. Jadual 18: Kesalahan penggunaan ayat Sampel 31 Kesalahan tatabahasa Di Kulliyyah Eknomi saya abang belajar. Ayat yang betul Di Kulliyyah Ekonomi abang saya belajar. Frasa nama dalam subjek ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa yang tepat bagi subjek ayat di atas ialah ‘abang saya belajar’. Kesalahan aspek ejaan iaitu ‘Eknomi’ turut didapati dalam ayat di atas. Kesalahan yang hampir sama juga turut dilakukan di dalam Jadual 19.

Sampel 35

Jadual 19: Kesalahan penggunaan aspek ayat Kesalahan tatabahasa Ayah kerja saya guru. Ayat yang betul Ayah saya bekerja sebagai guru.

Susunan kata dalam ayat di atas tidak menepati konstituen subjek dan predikat. Ayat tersebut hendaklah dimulakan dengan frasa nama ‘Ayah saya’ sebagai subjek ayat, diikuti kata kerja ‘bekerja’ dan frasa nama ‘sebagai guru’ sebagai predikat ayat. Selain itu, awalan ‘be-’ perlu diimbuhkan pada kata ‘kerja’ agar ayat tersebut lebih gramatis.

20

Kesalahan struktur ayat saduran Jadual 20 menunjukkan kesalahan ayat saduran.

Sampel 20 Sampel 9

Sampel 4

Sampel 19

Sampel 27

Jadual 20: Kesalahan penggunaan ayat Kesalahan tatabahasa Orang Muslim suka makan buah-buahan. Ayat yang betul Orang Islam suka makan buah-buahan. Kesalahan tatabahasa Makanan saya untuk iftar adalah nasi ayam. Ayat yang betul Makanan saya semasa berbuka puasa ialah nasi ayam. Kesalahan tatabahasa Contoh buah-buahan apple, orange, tembikai, nenas dan sebagainya. Ayat yang betul Contohnya, buah-buahan seperti epal, oren, tembikai, nenas dan sebagainya. Kesalahan tatabahasa To sum up, semua buah-buahan mempunyai saiz, warna dan rasa yang berbeza-beza. Ayat yang betul Kesimpulannya, semua buah-buahan mempunyai saiz, warna dan rasa yang berbeza-beza. Kesalahan tatabahasa Saya ada sebelas siblings… Father saya umur enam puluh tiga. Ayat yang betul Saya ada sebelas orang adik-beradik… Ayah saya berumur enam puluh tiga tahun.

Dalam sampel ayat (20), terdapat kata saduran daripada bahasa Arab/bahasa Inggeris iaitu ‘Muslim’ yang membawa maksud ‘orang Islam’. Perkataan ‘iftar’ dalam sampel ayat (9) pula ialah saduran daripada bahasa Arab yang bermaksud ‘berbuka puasa’. Dalam sampel (4), didapati pelajar melakukan kesalahan dalam mengeja nama buah-buahan. Pelajar menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris seperti ‘apple’ dan ‘orange’ yang sepatutnya dieja ‘epal’ dan ‘oren’. Begitu juga dengan sampel (19) yang menggunakan kata saduran daripada bahasa Inggeris iaitu ‘To sum up’ yang membawa maksud ‘Kesimpulannya’. Selain itu, sampel (27) menggunakan kata ‘siblings’ bagi kata ‘adik-beradik’ dan ‘Father’ bagi kata ‘Ayah’. Selain kata saduran, didapati pelajar turut melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kata pemeri dalam sampel (9), penanda wacana dalam sampel (4), imbuhan dan frasa nama dalam sampel (27).

21

Soalan Kajian 4: Kesalahan Penggunaan Ortografi dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Asing Money (2004), dalam kajiannya mengkategorikan kesalahan ortografi kepada kesalahan ejaan, kesalahan huruf besar dan semantik. Namun begitu, kesalahan aspek ortografi dalam kajian ini akan memfokuskan kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil. Jadual 21 menunjukkan kekerapan kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil yang dilakukan oleh pelajar. Jadual 21: Kesalahan penggunaan ortografi Jenis kesalahan Kekerapan Kesalahan ejaan 202 Kesalahan huruf besar 68 Jumlah 270

Peratusan 74.8% 25.2% 100%

Berdasarkan jadual di atas, pelajar didapati melakukan kesalahan ejaan iaitu sebanyak 202 kesalahan (74.8%) berbanding kesalahan huruf besar/kecil iaitu sebanyak 68 kesalahan (25.2%). Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan ditunjukkan di dalam Jadual 22. Jadual 22: Kesalahan ejaan Ejaan salah Ejaan betul tengoh tengok tembaik tembikai pissang pisang kerita kereta umor umur antrabansa antarabangsa polic polis kutching kucing mirah merah bebuntuk berbentuk dari padi daripada purmpuan perempuan menggu minggu keluai keluar

22

Kesalahan huruf besar/kecil Jadual 23 menunjukkan contoh kesalahan penggunaan ortografi.

Sampel 3 Sampel 16

Sampel 38 Sampel 33

Jadual 23: Kesalahan penggunaan ortografi Kesalahan tatabahasa kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan… Ayat yang betul Kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan… Kesalahan tatabahasa malaysia ada banyak buah-buahan tempatan. buahbuahan ada yang musim… Ayat yang betul Di Malaysia ada banyak buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini ada yang bermusim… Kesalahan tatabahasa Saya tinggal di istanbul. Ayat yang betul Saya tinggal di Istanbul. Kesalahan tatabahasa Keluarga saya tinggal Di Palestine. Ayah saya kerja Di kedai… Ayat yang betul Keluarga saya tinggal di Palestin. Ayah saya bekerja di kedai…

Berdasarkan Jadual 23, sampel (3), (16) dan (38) didapati menggunakan huruf kecil pada pangkal ayat dan kata nama khas. Pelajar-pelajar Arab khususnya, berkemungkinan dipengaruhi bahasa ibunda mereka kerana tiada huruf besar mahupun huruf kecil dalam tulisan bahasa Arab. Sampel (33) pula menggunakan huruf besar pada kata sendi ‘di’ di pertengahan ayat. Selain itu, pelajar turut melakukan kesalahan tatabahasa lain seperti aspek imbuhan dalam sampel (16), kesalahan aspek ejaan serta imbuhan dalam sampel (33). Soalan Kajian 5: Faktor-Faktor yang Mendorong Pelajar Asing Melakukan Kesalahan Tatabahasa Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa mengikut persepsi guru/pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu untuk pelajar asing ditunjukkan di dalam Jadual 24. Persepsi guru/pensyarah yang berpengalaman luas dalam pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar asing diperlukan untuk pembangunan kursus Bahasa Melayu di universiti ini.

23

Jadual 24: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (persepsi guru/pensyarah) Penyataan SS S TS STS Masa pengajaran 3 (30%) 2 (20%) 3 (30%) 2 (20%) Bahasa ibunda pelajar 2 (20%) 6 (60%) 1 (10%) 1 (10%) Ketidakprihatinan pelajar 7 (70%) 2 (20%) 1 (10%) Keadaan persekitaran 1 (10%) 5 (50%) 2 (20%) 2 (20%)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 50% (n=5) guru/pensyarah masing-masing sangat setuju dan setuju bahawa masa pengajaran yang singkat bagi kursus ini iaitu 1 jam 40 minit dalam seminggu mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Sebanyak 50% (n=5) guru/pensyarah pula masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Persepsi guru/pensyarah terhadap masa pengajaran bagi kursus ini agak seimbang. Sebanyak 80% (n=8) sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda mempengaruhi kesalahan tatabahasa pelajar, dan hanya 20% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Bagi penyataan bahawa pelajar tidak prihatin terhadap kesalahan tatabahasa, sebanyak 70% (n=7) guru/pensyarah menyatakan setuju, sebaliknya hanya 30% (n=3) berpendapat tidak setuju dan sangat tidak setuju. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 60% (n=6) guru/pensyarah sangat setuju dan setuju bahawa keadaan persekitaran di universiti ini mempengaruhi kesalahan tatabahasa pelajar, sebaliknya 40% (n=4) menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap penyataan ini. Jadual 25 menunjukkan respon guru/pensyarah tentang faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa berdasarkan soalan separa struktur. Respon guru/pensyarah telah dikumpulkan dan dikelaskan mengikut tema iaitu sikap pelajar, latihan tatabahasa dan jam kredit. Jadual 25: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa Penyataan Kekerapan Peratusan Sikap pelajar 5 50% Latihan tatabahasa 3 30% Jam kredit 2 20% Jumlah 10 100% Berdasarkan soalan separa struktur pula, respon tertinggi adalah tentang sikap pelajar iaitu sebanyak 50% (n=5). Sebagai contoh, guru/pensyarah menyatakan bahawa sikap pelajar seperti menganggap kursus bahasa Melayu sebagai tidak penting, malas bertanya dan tidak menghadiri kelas merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kesalahan tatabahasa

24

pelajar. Selain itu, sebanyak 30% guru/pensyarah (n=3) berpendapat bahawa kekurangan latihan tatabahasa turut mendorong kesalahan tatabahasa pelajar dan hal ini berkaitan dengan masa pengajaran yang singkat. Seterusnya, sebanyak 20% (n=2) guru/pensyarah berpendapat bahawa ketiadaan jam kredit bagi kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing merupakan faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Ketiadaan jam kredit menyebabkan pelajar tidak bermotivasi untuk mempelajari seterusnya menguasai bahasa Melayu memandangkan pencapaian mereka dalam kursus ini tidak diambil kira dalam pengiraan purata nilai gred terkumpul. PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) melakukan kesalahan tatabahasa dalam aspek kata, frasa, ayat dan ortografi dalam karangan yang dihasilkan mereka. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Money (2004) tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tamil. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan oleh pelajar (270 kesalahan). Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian oleh Md. Daud (1992), penutur jati bahasa Melayu turut melakukan kesalahan ejaan tetapi kesalahan ini bukanlah kesalahan utama. Hal ini disebabkan pelajar bahasa kedua terdiri daripada latar belakang bahasa yang berbeza. Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan penggunaan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98 kesalahan). Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Money (2004). Kesalahan ketiga tertinggi pula ialah penggunaan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama (65 kesalahan). Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Ab. Halim (2002). Berdasarkan keempatkeempat frasa, didapati frasa sendi nama mencatat kekerapan kesalahan yang tertinggi. Sementara itu, kesalahan penggunaan aspek kata iaitu kata imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57 kesalahan) merupakan kekerapan yang paling rendah dilakukan oleh pelajar. Berdasarkan kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar Kursus LM 1011, tidak dinafikan bahawa gangguan bahasa ibunda mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa tetapi faktor ini bukanlah faktor utama kerana penutur jati yang mempelajari bahasa Melayu turut melakukan kesalahan yang sama. Dapatan ini selaras dengan dapatan Ahmad Shahril (1996), Muhammed Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992). Dapatan kajian soal selidik pula menunjukkan bahawa sebanyak 80% (n=8) guru/pensyarah sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda merupakan faktor utama yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Cheun et. al. (2009) yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa sikap dan ketidakprihatinan pelajar terhadap tatabahasa mendorong

25

mereka melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Goh & Ng (2004) dan Jyh (2005) bahawa sikap dan motivasi pelajar penting dalam pembelajaran bahasa. Faktor persekitaran bahasa di universiti ini juga menyebabkan pelajar asing kurang mempraktikkan bahasa Melayu. Faktor-faktor lain adalah seperti ketiadaan jam kredit dan masa pengajaran yang singkat. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Fa’izah et. al. (2010) dan Cheun (2009) bahawa masa pengajaran bahasa yang singkat menyebabkan pelajar lemah dan tidak menguasai bahasa dengan baik. KESIMPULAN Pendidikan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di institusi pengajian tinggi penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa di persada dunia. Namun begitu, kebanyakan pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu di UIAM masih lemah dalam penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Faktor-faktor seperti gangguan bahasa, kurang keprihatinan dan motivasi dalam kalangan pelajar serta keadaan persekitaran di universiti menjadi kekangan untuk pelajar menguasai bahasa Melayu. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu diberikan perhatian terutamanya oleh guru/pensyarah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing menjadi lebih efektif dan dinamik. Sebagai contoh, bimbingan secara berterusan daripada guru/pensyarah, pembelajaran melalui multimedia serta penganjuran aktiviti-aktiviti bahasa seperti kuiz, lakonan, pembentangan, pertandingan esei, lawatan dan sebagainya. Sokongan daripada pentadbir seperti memperuntukkan jam kredit bagi kursus Bahasa Melayu dan menyediakan makmal bahasa yang mencukupi juga penting dalam menggalakkan proses pembelajaran bahasa Melayu di universiti ini.

26

RUJUKAN Ab. Halim Mohamad. (2002). Pembelajaran frasa bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu: satu analisis kesalahan. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abd. Manaff Abd. Rahman. (2002). An error analysis of English interrogatives: a case study. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abisamra, N. (2003). An analysis of errors in arabic speakers’ english writings. Diperoleh pada 20 Mac 2011 daripada http://abisamra03.tripod.com/nada/languageacq-error analysis.html. Aini Haji Karim. (2007). Analisis kontrastif dan analisis kesalahan bahasa: Antara hipotesis dan realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II (SETALING), 2, 212-225. Awang Sariyan. (1995). Pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui institusi pendidikan tinggi: Catatan tentang pengalaman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kongres Bahasa Melayu Sedunia: Kumpulan Kertas Kerja Jilid 1 (A-L). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Che Mat dan Goh, Y.S. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di institut pengajian tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), 9-21. Brown, H. D. (2000). Principles of language learning and teaching. New York: Longman. Cheun, H. H., Ho, W. C. & Hoe, F. T. (2009). A study of Mandarin sentence grammar mistake made by non-native speaker. Proceeding Language and Culture: Creating and Fostering Global Communities. Collins, J. T. (1995). Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Kertas Kerja untuk Hari Sastera 1975. Corder, S. P. (1967). The significance of learners' errors. Reprinted in J.C.Richards (ed.) (1974, 1984) Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition. London: Longman, pp. 19 - 27 (Originally in International Review of Applied Linguistics, 5 (4). Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Baltimore: Penguin Education. Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press.

27

Ellis, R. (1997). SLA research and language teaching. Oxford: Oxford University Press. Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270. Fa izah Abd Manan, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2010). Kerangka pembangunan dan penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar asing institusi pengajian tinggi Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), pp. 64-76. Goh, Y. S. & Ng, A. (2004). The bumiputra students' attitude in learning Mandarin at UiTM Campus Terengganu, Malaysia. The International Colloquium on Language, Attitudes and Education in Multilingual Cities. Habash, Z. A. S. (1982). Common errors in the use of English prepositions in the written work of UNRWA students at the end of the preparatory cycle in the Jerusalem area. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Palestin: Universiti Birzeit. Hashim Mat Zain. (2009). Penguasaan kata kerja bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Jeniri Amir. (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 5(4). Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail & Hamidah [email protected] (2001). Keperluan pendidikan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal Pendidikan 26, 21-36. Jyh, W. S. (2005). Evolusi dan evolusi semula bahasa. Dewan Bahasa. September, 17-21. Khan, P. (2005). An error analysis on the written English of upper secondary students in Kuala Lumpur. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Lee, Chai Chuen. (2007). Analisis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Lim, S. N. (2001). An error analysis of the use past tense in French by Malay students. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Loi, Chek Kim. (2001). An error analysis of English prepsitions in the written work of upper secondary Malay students. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

28

Maicusi, T., Maicusi, P. & Lopez, M.J.C. (2000). The error in the second language acquisition. Encuento Revista de Investigacion Innovacion en la Clase de Idiomas, 11, pp. 168-173. Marzalina Mansor. (2004). Stail pembelajaran bahasa melayu sebagai bahasa asing di kalangan pelajar luar negara. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Md. Daud Taha. (1992). Masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di tingkatan menengah atas di negara Brunei Darussalam. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Moghimizadeh, R. P. (2008). The study of syntactic avoidance on the written production of persian university students majoring in teaching english as a foreign language. Disertasi tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelar Tingkatan Enam di sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Money, J. N. J. S. (2004). Kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Muhammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah agama atas. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Najeeb, Z. M. (2007). An error analysis of spelling mistakes of English at Baghdad University. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Asmah Abd. Aziz. (2009). Penggunaan kata hubung bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah menengah: satu analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Richards, J. C., Platt, J. T., Weber, H. & Candlin C. N. (1992). Longman dictionary of applied linguistics. Essex: Longman. Saw, K. L. (1997). Kesilapan sintaksis dalam pembelajaran bahasa Mandarin di kalangan dewasa Melayu. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

29

Soh, B. K. (1996). Frasa nama bahasa Melayu dan bahasa Mandarin: satu analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Supian Mohamad Noor. (1994). Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat KBSM: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Xu, J. (2008). Error theories and second language acquacition. US- China Foreign Language. (1) 6: 35-42. Zainor Said. (2011). Universiti, kolej di Malaysia banyak kelebihan berbanding negara lain untuk tarik pelajar asing. Diperoleh pada 15 Mac 2011 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTharustingkatkankualiti_perhebatpromosi diluarnegara/Article/print_html.