1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang 2050. ... cabaran masa hadapan untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam perubahan dunia ...

0 downloads 150 Views 935KB Size
1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI • Perspektif Keseluruhan

Sisipan 1.1 - Transformasi Nasional 2050

• Penilaian Prestasi - 2017 • Status Terkini Bajet 2017

Sisipan 1.2 - MyBeautiful New Home



Sisipan 1.3 - Zon Perdagangan Bebas Digital

Rencana 1.1 - Mempertingkatkan Mobiliti melalui Kesalinghubungan Rel Rencana 1.2 - Ekonomi Perkongsian: Memacu Pemerkasaan Ekonomi dan Sosial Melalui Platform Digital

Sisipan 1.4 - [email protected]

• Pengurusan Ekonomi - 2018 • Inisiatif Strategik - Bajet 2018 • Prospek 2018

Bab 1.indd 1

10/20/17 10:24 PM

Bab 1.indd 2

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Perspektif Keseluruhan

B

a n g k i t m e l a n g k a u i j a n g k a a n , M a l ay s i a memanfaatkan asas ekonomi yang teguh dengan mencatat pertumbuhan KDNK kukuh bagi tempoh enam bulan pertama 2017. Walaupun terdapat peningkatan amalan perlindungan, ketidaktentuan dasar di negara maju dan ketegangan geopolitik, ekonomi domestik berkembang 5.7% dalam tempoh tersebut. Pencapaian ini membuktikan kejayaan usaha bersepadu Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai pembaharuan di bawah Dasar Transformasi Negara (DTN). DTN yang merangkumi beberapa program berimpak tinggi dan inovatif telah d i p e r ke n a l p a d a 2 0 0 9 u n t u k m e l o n j a k k a n ekonomi keluar daripada perangkap negara berpendapatan sederhana seterusnya menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ke arah menyatukan rakyat Malaysia, Prinsip 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan paradigma menyeluruh dalam semua rancangan dan program pembangunan yang memanfaatkan semua segmen masyarakat. Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), penyampaian perkhidmatan awam telah diperkukuh untuk memudah cara perniagaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Sementara itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) membolehkan sektor swasta melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi seterusnya meningkatkan pelaburan swasta dalam ekonomi. Walaupun terdapat ancaman keganasan global, Program Transformasi Politik (PTP) telah menjamin kestabilan domestik dengan mengimbangi keperluan keselamatan negara dan kebebasan individu. Selain itu, untuk memanfaatkan teknologi digital yang merupakan pemboleh daya penting bagi transformasi negara, Program Transformasi Digital (DTP) terus mewujudkan ekosistem yang menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam semua aspek ekonomi. Sementara itu, Program Transformasi Komuniti (CTP) telah mendekati rakyat dan membolehkan semua lapisan masyarakat

Bab 1.indd 3

3

mendapat manfaat sepenuhnya daripada pusat transformasi bandar dan luar bandar. Pada masa yang sama, Program Transformasi Fiskal (FTP) terus memperkukuh kewangan Kerajaan dan menyokong kestabilan makroekonomi. Bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan industri, Program Transformasi Vokasional dan Teknikal (VTTP) telah diperkenalkan untuk merombak pendidikan dan latihan vokasional. Pada masa yang sama, Program Transformasi Belia Kebangsaan (NYTP) menyediakan persekitaran kepada belia untuk melahirkan warganegara yang seimbang. Seterusnya, Program Transformasi Sosial (STP) terus memperkukuh nilai teras, budaya kerja dan sikap dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu, penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) pada 6 September 2017 akan terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi kebudayaan yang mapan, inklusif, rancak dan bermatlamat. Selaras dengan objektif DTN, Bajet 2017 telah m e m p e r ke n a l k a n p e l b a g a i p r o g ra m u n t u k meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, usaha juga telah dipergiat untuk memperkukuh modal insan, menambah baik sistem pendidikan serta mewujudkan peluang mencukupi bagi meningkatkan pendapatan rakyat. Pada masa yang sama, beberapa inisiatif bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam telah dilaksana bagi memastikan outcome terbaik untuk rakyat. Secara keseluruhan, usaha ini telah memperkukuh asas ekonomi negara. Berdasarkan perkembangan ini, pertumbuhan ekonomi dijangka meningkat antara 5.2% – 5.7% pada 2017. Pelaksanaan lebih banyak program dan projek berpaksikan rakyat dan pro-pertumbuhan dalam Bajet 2018 membolehkan ekonomi negara untuk terus kekal pada landasan pertumbuhan dan berkembang antara 5% – 5.5% pada 2018. Melangkah ke hadapan, Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang telah diperkenalkan dalam Bajet 2017 berhasrat untuk mengangkat Malaysia sebagai antara 20 negara teratas dari segi pembangunan ekonomi dan sosial pada 2050.

10/20/17 10:24 PM

4

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sisipan 1.1

Transformasi Nasional 2050 Pengenalan Ekonomi Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara semenjak kemerdekaan dimanifestasi melalui pertumbuhan memberangsangkan yang dipacu oleh beberapa siri pembaharuan struktur mulai tahun 1970-an. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula pada 1971 merupakan titik perubahan dalam sejarah ekonomi Malaysia. Matlamat utama DEB adalah mewujudkan perpaduan nasional yang dicapai melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula struktur masyarakat. Pada 1991, negara memperkenalkan Wawasan 2020 bagi meneruskan perjalanan demi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang dibentuk mengikut acuan sendiri. Bagi mempercepat proses tersebut, Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Transformasi Negara pada 2010. Rajah 1.1.1. Malaysia Menuju Gagasan Transformasi Nasional 2050 Visi TN50 pertama kali digagaskan ketika pembentangan Bajet 2017

2016

Bermula sebuah ketamadunan yang unggul dan gemilang serta Malaysia berada pada kedudukan 20 negara terbaik dan termaju di dunia

Ekonomi dan nilai dagangan negara (pada harga semasa) mencecah RM2 trilion

2020 Negara maju berpendapatan tinggi

2025

2030

2050

Revolusi Industri 4.0 mula memberikan impak yang signifikan

Sumber: Falsafah Asas TN50.

Apakah Transformasi Nasional 2050? Pada 2016, Kerajaan telah mengumumkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk memacu negara bagi tempoh 30 tahun yang akan datang. TN50 berperanan sebagai wacana kebangsaan bagi mencorak hala tuju negara menerusi kanvas baharu. TN50 yang akan meliputi tempoh tiga dekad berhasrat membentuk negara bangsa yang berwibawa dengan pemikiran unggul. Matlamat utama TN50 adalah untuk menjadikan Malaysia 20 negara teratas di dunia dari segi pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang 2050. TN50 adalah dirangka oleh rakyat untuk rakyat. Pendekatan bottom-up diguna pakai bagi memastikan TN50 adalah inklusif, komprehensif dan mengambil kira aspirasi daripada semua segmen masyarakat. Dalam hal ini, Kerajaan telah memulakan sesi libat urus bersama golongan belia sejak awal 2017 sebelum diperluas ke segenap lapisan masyarakat. Mengapa Transformasi Nasional 2050? TN50 bertujuan mempersiapkan negara bagi tempoh 30 tahun seterusnya demi menghadapi cabaran masa hadapan untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam perubahan dunia yang pantas. Cabaran tersebut termasuk perubahan geopolitik; peningkatan era pendigitalan dan breakthrough technologies; perbandaran pesat dan perubahan iklim; serta penuaan populasi. TN50 digubal mengguna pakai pendekatan baharu melalui pelbagai sesi libat urus seperti dialog townhall dan kaji selidik dalam talian.1 Sehingga kini, lebih daripada sejuta belia telah mengemukakan kira-kira 50,000 aspirasi. Perubahan Geopolitik Kumpulan negara E72 yang berkembang pada kadar purata 3.8% setahun dijangka memacu ekonomi dunia antara 2014 hingga 2050. Kumpulan negara G73 pula diunjur berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada 2.1% setahun bagi tempoh yang sama. China dan India khususnya, dijangka menjadi ekonomi terbesar di dunia menjelang 2050.4 Sehubungan itu, TN50 akan menumpukan usaha untuk menggembleng kekuatan dan faedah berbanding (comparative advantage) negara dalam menghadapi perubahan aturan dunia. Antara langkah lain akan dilaksanakan termasuk pelaburan strategik dan aktiviti perdagangan bagi meraih manfaat daripada peralihan kuasa ekonomi dunia. Unit Perancang Ekonomi (2017). Brazil, China, India, Indonesia, Mexico, Rusia dan Turki. 3 AS, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis dan UK. 4 The World in 2050 - The Long View: How Will the Global Economic Order Change? (2017). PricewaterhouseCoopers, United Kingdom. Dicapai pada 15 September, 2017 daripada https://www.pwc.com/gx/en/issues/economy/the-world-in-2050.html. 1 2

Bab 1.indd 4

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

5

Pendigitalan dan Breakthrough Technologies Perkembangan era pendigitalan yang terhasil daripada Revolusi Perindustrian 4.0 telah banyak menggantikan pekerjaan yang sebelum ini berintensif buruh. Pada peringkat global, antara kemahiran yang diperlukan pada 2020 ialah penyelesaian masalah kompleks, pemikiran kritikal, kreativiti dan pengurusan insan.5 Kekurangan kemahiran tersebut menimbulkan kebimbangan kerana kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan dalam negara tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan separuh mahir. Oleh yang demikian, TN50 akan merangka dasar bagi menarik pelaburan berimpak tinggi untuk mewujudkan pekerjaan moden dan memastikan kebolehpasaran pekerja melalui peningkatan kemahiran, latihan semula dan pembelajaran sepanjang hayat. TN50 juga akan memupuk keusahawanan dan inovasi dalam kalangan generasi muda. Perbandaran Pesat Malaysia merupakan antara negara yang mengalami perbandaran paling pesat di Asia. Sejajar dengan perkembangan ini, peratusan penduduk bandar meningkat kepada 74.8% pada 2015 (2010: 71%). 6 Berdasarkan trend ini, 88% penduduk Malaysia dijangka menetap di bandar menjelang 2050.7 Perbandaran pesat akan menyebabkan berlakunya kesesakan dan degradasi alam sekitar. Di samping itu, kesesakan lalu lintas menjadi antara cabaran yang signifikan dalam kehidupan memandangkan perjalanan ke tempat kerja merupakan aktiviti rutin yang paling tidak menyenangkan untuk dihadapi.8 Perubahan iklim juga boleh memburukkan dan meningkatkan kekerapan banjir dan kemarau disebabkan cuaca yang melampau. Sehubungan itu, TN50 akan memberi penekanan dalam menyediakan perumahan yang mencukupi, memastikan pembangunan yang mapan dan hijau serta meningkatkan kesalinghubungan di antara individu dan pekerjaan yang merangkumi pengangkutan awam yang efisien, bekerja dari rumah dan waktu kerja yang fleksibel. Demi mencapai hasrat ini, bandar pintar9 akan diwujudkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui penjanaan produktiviti menerusi ekonomi aglomerasi.10 Populasi Menua Penduduk Malaysia dijangka meningkat kepada 41.5 juta menjelang 2040 berbanding 28.6 juta pada 2010. 11 Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan tahunan dijangka berkurang kepada 0.8% pada 2040 berbanding 1.8% pada 2010. Berdasarkan perkembangan ini, Malaysia dijangka menjadi negara menua pada 2020 apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun ke atas mencecah 7.2%.12 Peratusan ini dijangka terus meningkat kepada 15% menjelang 2030.13 Peningkatan populasi menua akan memberi cabaran kepada Kerajaan dalam membiayai skim pencen dan kos penjagaan kesihatan yang meningkat. Oleh itu, TN50 akan menumpukan usaha bagi membolehkan warga emas mampu menyara hidup serta menggubal dasar dan peraturan yang mesra masyarakat menua. Kesimpulan TN50 akan menyediakan Malaysia bagi menghadapi 30 tahun akan datang. Pendekatan secara bottom-up diguna pakai dalam TN50 bagi mendapatkan input dan pandangan daripada rakyat khususnya golongan muda serta menetapkan matlamat dan rangka kerja pelaksanaan yang boleh diukur dengan jelas. TN50 akan memacu Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050 dari segi pembangunan ekonomi; kesejahteraan rakyat; kreativiti dan inovasi; serta kemajuan sains dan teknologi.

The Future of Jobs: Employment, Skills and Workforce Strategy for the Fourth Industrial Revolution (2016). World Economic Forum. Buletin Perangkaan Sosial Malaysia (2016). Jabatan Perangkaan Malaysia. 7 World Urbanisation Prospects (2009). United Nations. 8 Kahneman and Kruger (2006). Developments in the Measurements of Subjective Wellbeing. Journal of Economic Perspective, 20(1). 9 Bandar pintar terbentuk apabila pelaburan dalam modal insan dan sosial; infrastruktur tradisional; dan disruptive technologies dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kualiti hidup yang tinggi dengan pengurusan sumber alam yang bijak melalui penyertaan bersama dalam tadbir urus. (Deloitte, 2015). 10 Faedah yang wujud apabila kedudukan firma dan masyarakat berhampiran antara satu sama lain di bandar dan kelompok perindustrian. 11 Buletin Perangkaan Sosial Malaysia (2016). Jabatan Perangkaan Malaysia. 12 Unjuran Penduduk (Semakan Semula) Malaysia, 2010 – 2040 (2016). Jabatan Perangkaan Malaysia. 13 Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (2017). Falsafah Asas TN50. Yayasan Penyelidikan Transformasi. 5 6

Bab 1.indd 5

10/20/17 10:24 PM

6

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Penilaian Prestasi – 2017 Ekonomi Global Ekonomi global dijangka berkembang 3.6% pada tahun 2017 (2016: 3.2%). Perkembangan ini berikutan pertumbuhan yang lebih baik di ekonomi maju sebanyak 2.2% (2016: 1.7%) serta 4.6% (2016: 4.3%) di negara yang berkembang pesat dan negara membangun. Dalam kalangan negara maju, AS dan kawasan euro dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi didorong oleh peningkatan yang stabil dalam aktiviti pelaburan dan penggunaan. Jepun dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada jangkaan yang disumbangkan oleh pelaburan lebih tinggi dan eksport yang kukuh. Sementara itu, ekonomi UK dijangka mengekalkan pertumbuhan walaupun terdapat perbelanjaan pengguna yang lebih perlahan disebabkan ketidaktentuan pasca Brexit. Pertumbuhan di negara yang berkembang pesat dan negara membangun dijangka meningkat disokong oleh permintaan global dan pelaburan yang tinggi. China dijangka mencatat pertumbuhan stabil disumbangkan oleh gabungan dasar makro yang berkesan, disokong oleh pengukuhan permintaan luaran dan kejayaan dalam pembaharuan domestik. Di samping itu, pertumbuhan India dijangka terus memberangsangkan didorong oleh penggunaan swasta dan sektor perkhidmatan yang kukuh. Selain itu, kebanyakan negara ASEAN utama iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Viet Nam dijangka mencatat pertumbuhan stabil disumbangkan oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh.

Ekonomi Domestik Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 5.7% pada separuh pertama 2017 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan sektor luaran yang stabil. Pelaburan swasta meningkat 10% (Januari - Jun 2016: 3.9%) terutamanya didorong oleh pelaksanaan projek baharu dan sedia ada. Sementara itu, penggunaan swasta meningkat 6.9% sepanjang tempoh tersebut (Januari - Jun 2016: 5.7%) disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik, peningkatan pendapatan dan perolehan eksport yang kukuh. Akaun semasa mencatat peningkatan lebihan sebanyak RM14.9 bilion atau 2.3% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) (Januari - Jun 2016: RM9.3 bilion; 1.6%) terutamanya disumbangkan oleh peningkatan lebihan dalam akaun barangan meskipun akaun perkhidmatan dan pendapatan mencatat defisit.

Bab 1.indd 6

Dari segi permintaan, perbelanjaan sektor swasta terus menyokong pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama 2017 melalui penggunaan swasta dan pelaburan berterusan. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup dan sentimen pengguna yang lemah, namun peningkatan pendapatan boleh guna yang mapan serta pasaran buruh yang stabil telah menyokong perbelanjaan isi rumah. Pelbagai bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat terutamanya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana telah meningkatkan lagi pendapatan boleh guna isi rumah. Sementara itu, pelaburan swasta turut menyokong prestasi perbelanjaan swasta yang kukuh. Pertumbuhan pelaburan swasta lebih kukuh berikutan permintaan bagi perbelanjaan modal yang lebih tinggi disumbangkan oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil serta pelaksanaan projek baharu dan sedia ada terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor awam terus memberikan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi di samping kekal komited melaksanakan usaha konsolidasi fiskal dengan memaksimumkan hasil dan mengoptimumkan perbelanjaan. Pada separuh pertama 2017, penggunaan awam meningkat 5.3% (Januari - Jun 2016: 4.1%) disokong oleh bekalan dan perkhidmatan serta emolumen yang lebih tinggi. Pelaburan awam telah berkurang 0.9% (Januari - Jun 2016: 1.3%) disebabkan perbelanjaan yang rendah oleh syarikat awam. Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan pembuatan menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan ekonomi. Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan 6.1% pada separuh pertama 2017 (Januari - Jun 2016: 5.4%) didorong oleh peningkatan subsektor perdagangan borong dan runcit; makanan & minuman dan penginapan; maklumat dan komunikasi; serta kewangan dan insurans. Sementara itu, sektor pembuatan terus berkembang 5.8% (Januari - Jun 2016: 4.4%) berikutan permintaan lebih tinggi bagi pelbagai produk daripada industri domestik dan eksport. Sektor pembinaan meningkat 7.4% (Januari - Jun 2016: 8.5%) disumbangkan oleh aktiviti kejuruteraan awam. Sementara itu, sektor perlombongan meningkat sederhana s e b a nya k 0 . 9 % ( Ja n u a r i - Ju n 2 0 1 6 : 0 . 4 % ) disokong oleh peningkatan pengeluaran gas asli berikutan permintaan lebih kukuh daripada industri petrokimia domestik serta eksport yang lebih tinggi. Sektor pertanian pulih dengan ketara sebanyak 7.1% dalam tempoh yang sama (Januari - Jun 2016: -5.9%) berikutan pengeluaran lebih tinggi dalam subsektor kelapa sawit dan getah serta kenaikan harga komoditi tersebut.

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Operasi Fiskal Di bawah FTP, Kerajaan telah melaksanakan b e b e ra p a i n i s i at i f t e r m a s u k m e n i n g k at k a n pentadbiran dan pematuhan cukai; pengoptimuman dan rasionalisasi perbelanjaan; penambahbaikan institusi dasar fiskal; pengukuhan kawalan dan pengurusan bajet. Justeru, Kerajaan telah mengurangkan secara berperingkat defisit fiskal 6.7% daripada KDNK pada 2009 kepada 3.1% pada 2016. Dengan dasar fiskal yang memastikan persekitaran makroekonomi yang baik, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh pada separuh pertama 2017. Kerajaan akan terus memanfaatkan instrumen dasar fiskal melalui langkah hasil dan perbelanjaan bagi mewujudkan ruang fiskal dan mencapai sasaran makroekonomi bagi tahun ini. Selaras dengan jangkaan hasil cukai yang tinggi daripada syarikat dan individu, jumlah kutipan hasil pada 2017 dijangka mencatat pertumbuhan 6.1%. Pada masa yang sama, kutipan hasil bukan cukai turut dijangka meningkat yang sebahagiannya disumbangkan oleh penjualan ekuiti berikutan usaha Kerajaan untuk mengurangkan secara berperingkat penglibatan langsung dalam pasaran. Dari segi perbelanjaan, Kerajaan kekal komited untuk melaksanakan langkah pengoptimuman bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan mengutamakan program dan projek yang b e r p a k s i k a n ra k yat d a n b e r i m p a k t i n g g i . Perbelanjaan turut ditumpukan kepada program yang memaksimumkan outcome, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan nilai bagi wang dengan penekanan berterusan untuk menyediakan perkhidmatan asas terutamanya kesihatan, pendidikan dan bantuan sosial bersasar bagi kesejahteraan rakyat. Kerangka Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) digubal sebagai mekanisme perancangan utama untuk memacu langkah konsolidasi fiskal bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pada 2017, paras defisit disasarkan pada 3.0% daripada KDNK dan akan dikurangkan secara berperingkat ke arah mencapai bajet hampir berimbang pada 2020.

Perkembangan Monetari dan Kewangan Walaupun wujud ketidaktentuan persekitaran luaran, dasar monetari kekal akomodatif di samping mengekalkan kestabilan harga. Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal tidak berubah pada tujuh bulan pertama 2017 walaupun beberapa ekonomi utama mengubah dasar monetari bagi menangani ketidaktentuan ini. Pada masa yang sama, ringgit mengukuh disokong oleh perkembangan positif ekonomi domestik dan pelbagai langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) terutamanya dalam meningkatkan kecairan pasaran bon dan membenarkan fleksibiliti

Bab 1.indd 7

7

lindung nilai yang lebih besar dalam pasaran domestik. Sementara itu, sistem perbankan kekal berdaya tahan disokong oleh institusi yang kukuh dan keyakinan berterusan terhadap sistem kewangan. Keuntungan sistem perbankan kekal memberangsangkan berikutan penggunaan teknologi baharu yang cekap dan pengoptimuman tenaga kerja. Sementara itu, pelancaran sukuk hijau pertama di dunia menandakan satu lagi pencapaian yang signifikan dalam inovasi produk yang memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam yang terkemuka serta kredibiliti negara sebagai pusat kewangan bagi pembiayaan yang mapan. Di samping itu, pertumbuhan kewangan digital mula berkembang pesat dan mengubah lanskap pasaran kewangan global dengan pengenalan model dan penyelesaian perniagaan baharu yang membolehkan kecekapan lebih tinggi dan pengurusan risiko yang lebih baik. Bagi memoden dan meningkatkan kecekapan sektor kewangan, Kerajaan telah menyediakan persekitaran kawal selia yang menyokong untuk mempromosi teknologi kewangan (Fintech). Di samping itu, bagi menggalakkan keterangkuman kewangan, Kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif dan program kesedaran.

Status Terkini Bajet 2017 Selaras dengan tema Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemat Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh, Bajet 2017 memberikan tumpuan kepada beberapa program dan projek berpaksikan rakyat. Beberapa langkah telah diperkenal bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan pendapatan dan kebajikan rakyat serta memperluas keterangkuman. Justeru, Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion iaitu RM214.8 bilion perbelanjaan mengurus (OE) dan RM46.0 bilion perbelanjaan pembangunan (DE). Peruntukan tersebut 3.4% lebih tinggi daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

Projek Berpaksikan Rakyat Kerajaan kekal komited melaksanakan projek berpaksikan rakyat untuk memastikan semua peringkat masyarakat mendapat manfaat daripada agenda sosioekonomi negara. Bagi membolehkan rakyat memiliki rumah mampu milik, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program perumahan seperti MyBeautiful New Home (MyBNHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Di samping itu, Kerajaan terus membaik pulih rumah yang uzur dan usang bagi komuniti Orang Asli dan rakyat di kampung terpencil untuk mendiami rumah yang selesa. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak 83,809 rumah telah siap dibina

10/20/17 10:24 PM

8

LAPORAN EKONOMI 2017/18

di bawah MyBNHome dan PPR sementara 27,660 pemilik rumah telah menerima subsidi sehingga RM20,000 untuk pembinaan setiap rumah di bawah RMR. Sementara itu, di bawah PR1MA, Kerajaan telah memperuntukkan tanah kosong seluas 53.1 ekar di Perak dan Sarawak untuk menyediakan rumah mampu milik kepada isi rumah berpendapatan sederhana. Dalam tempoh yang sama, sejumlah RM65 juta telah dibelanjakan untuk membaik pulih 4,436 rumah dan telah memanfaatkan 22,180 penerima di penempatan Orang Asli dan kampung terpencil. Pada masa yang sama, Kerajaan terus menambah baik taraf

hidup penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar. Sejumlah RM206 juta telah dibelanjakan bagi membaiki dan menaik taraf kemudahan asas di 252 flat melalui Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia dan Program Penyenggaraan Perumahan ya n g m e m b e r i m a n f a at ke p a d a 2 2 8 , 4 9 4 penghuni. Bagi meningkatkan kesalinghubungan, Kerajaan terus memperluas infrastruktur di seluruh negara. Pada akhir Ogos 2017, penyenggaraan jalan negeri seluruh negara dan pemasangan lampu jalan di 145 daerah termasuk Sabah dan Sarawak melibatkan perbelanjaan kira-kira RM2.9 bilion.

Sisipan 1.2

MyBeautiful New Home Pengenalan Sejak beberapa tahun, permintaan terhadap rumah mampu milik kekal tinggi. Dalam hal ini, Kerajaan telah memperkenalkan MyBeautiful New Home (MyBNHome) dalam Bajet 2017. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu B401 memiliki rumah yang mampu milik dan selesa. Ciri-ciri khusus MyBNHome Program ini menggunakan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang memberi penekanan kepada projek berimpak tinggi, berkos rendah dan dilaksanakan dengan pantas. Penggunaan teknologi Sistem Binaan Industri (IBS) merupakan ciri utama dalam pembinaan rumah ini. MyBNHome dibina oleh pelajar dari politeknik dan kolej komuniti di bawah pengawasan kontraktor yang dilantik. Pendekatan ini membolehkan pelajar mendapat pengetahuan melalui pengalaman secara hands-on dalam pembinaan rumah menggunakan IBS.2 Selaras dengan dasar inklusif Kerajaan, komuniti Orang Asli juga mendapat manfaat daripada program MyBNHome. Kerajaan negeri akan menyediakan tanah untuk pembinaan MyBNHome. Status tanah perlu berada di bawah kategori kediaman dan projek tidak melibatkan pelaburan infrastruktur yang besar. Kerajaan negeri atau Jabatan Kemajuan Orang Asli Tapak akan mengenalpasti tapak yang sesuai untuk program ini. Kerjasama antara kerajaan negeri, pejabat tanah dan daerah serta pihak berkuasa tempatan adalah penting untuk memastikan tiada sekatan ke atas tanah yang dicadangkan bagi projek ini. Kelulusan akhir bagi pemilihan tapak projek tertakluk kepada persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Selain itu, kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengenal pasti kontraktor projek serta pembeli. Pembinaan rumah akan dipantau secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Selain itu, kerajaan negeri melalui pejabat tanah dan daerah akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal secara berkala bagi memantau kemajuan projek. Kedua-dua pra-Sidang Kemuncak NBOS dan Sidang Kemuncak NBOS memantau secara berkala kemajuan terkini program. Harga setiap rumah yang berkeluasan 750 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik mandi kini dihadkan pada RM40,000 di Semenanjung Malaysia dan RM60,000 di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM20,000 akan ditanggung oleh Kerajaan bagi rumah di Semenanjung Malaysia manakala RM30,000 di Sabah dan Sarawak. Bank Simpanan Nasional akan menyediakan pinjaman yang disesuaikan dengan pendapatan boleh guna pembeli bagi baki harga rumah. Sementara itu, bagi Orang Asli, kos rumah akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Di samping itu, kos infrastruktur seperti kemudahan jalan dan pembetungan akan ditanggung Kerajaan. Moratorium selama sepuluh tahun dikenakan iaitu rumah tersebut tidak boleh disewa atau dijual. Merujuk kepada isi rumah berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM3,860. Antara pengalaman yang diperolehi oleh pelajar termasuklah penyediaan tapak, pembinaan struktur; pemasangan pendawaian elektrik, paip air dan kumbahan, kelengkapan sanitari, bumbung dan siling, pintu dan tingkap dan jubin; serta kerja mengecat. 1 2

Bab 1.indd 8

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

9

Kemajuan Semasa Pada 18 Januari 2017, Kerajaan telah melancarkan 50 unit MyBNHome di Manjung, Perak dan telah disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Projek ini mengguna pakai teknologi IBS dengan kaedah HyperBIM - kotak acuan aluminium dengan konkrit sluri yang telah mengurangkan tempoh pembinaan. Projek di Melaka, Terengganu dan Pahang masih dalam pembinaan manakala di Sabah, Kedah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan serta perkampungan Orang Asli di Perak dan Pahang sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Kesimpulan MyBNHome bukan sahaja menyediakan peluang kepada B40 untuk memiliki rumah dengan harga mampu milik tetapi program ini juga mengguna pakai IBS dalam pembinaan yang menjimatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam pembinaan rumah menggunakan IBS. MyBNHome adalah bukti komitmen dan penglibatan Kerajaan demi memastikan rakyat mempunyai akses untuk memiliki rumah mampu milik.

Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi Pelbagai program berimpak tinggi telah diperkenalkan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi termasuk meningkatkan pengeluaran makanan, mempromosi pembangunan seimbang, menggalakkan eksport, meningkatkan pelancongan dan memanfaatkan ekonomi digital. Program lain termasuk mencergaskan syarikat baru mula dan perusahaan kecil dan sederhana (PK S ) s er ta m e n a m b a h b a i k p e n ga n gku t a n awam dan kesalinghubungan. Bagi pengeluaran makanan, tumpuan adalah untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyat. Pada akhir Ogos 2017, seramai 203,169 petani telah mendapat manfaat daripada sejumlah RM551.5 juta subsidi dan insentif lain bagi penanaman padi, zon bersepadu akuakultur dan penternakan ikan sangkar. Bagi menggalakkan petani memasarkan pengeluaran mereka terus kepada pengguna, 16 MyFarm Outlet dan 73 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia sedang beroperasi di seluruh negara. Kerajaan terus menggalakkan pembangunan seimbang melalui lima koridor ekonomi wilayah. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM1.2 bilion t e l a h d i s a l u r k a n b a g i b e b e ra p a p r o g ra m . Pembangunan ini termasuk Sedenak Iskandar Data Hub di Iskandar Malaysia, Kawasan Perindustrian Lembah Chuping di Wilayah Ekonomi Koridor Utara, dan kerja peluasan Pelabuhan Kuantan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Program lain termasuk K l u s t e r I n d u s t r i M i nya k S aw i t d i K o r i d o r Pembangunan Sabah dan Taman Perindustrian S a m a l a j u d i K o r i d o r Te n ag a D i p e r b a h a r u i Sarawak.

Bab 1.indd 9

Dalam usaha menarik pelaburan serta menggalakkan PKS untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan, beberapa aktiviti promosi telah dilaksanakan termasuk misi perdagangan dan pelaburan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Pada masa yang sama, MATRADE dan SME Corporation Malaysia (SME Corp.) telah menyediakan pinjaman mudah dan geran kepada syarikat termasuk PKS bagi mengembangkan dan meneroka pasaran eksport. Pada akhir Ogos 2017, sekitar RM48.3 juta telah dibelanjakan bagi inisiatif ini. Kerajaan terus melaksanakan pelbagai projek ekopelancongan bagi merancakkan pertumbuhan industri perlancongan. Antara projek termasuk menaik taraf infrastruktur di Burlington Taman Kinabalu dan Rizab Hidupan Liar Tabin di Sabah dan Sungai Cherating di Pahang. Selain itu, usaha telah dipergiat bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan melalui kempen Visit [email protected] serta menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017. Bagi menarik ketibaan 32 juta pelancong pada tahun ini, e-Visa telah diperluas kepada lebih banyak negara seperti Bhutan, Sri Lanka, Serbia dan Montenegro. Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memupuk bakat dan menarik pelaburan bagi membangunkan industri digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd (MDEC) telah melaksanakan beberapa program termasuk Digital Maker Movement (DMM) dan program Kandungan Digital. DMM bertujuan untuk membangunkan kemahiran seperti pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan

10/20/17 10:24 PM

10

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sisipan 1.3

Zon Perdagangan Bebas Digital Pengenalan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) telah diumumkan pada 22 Mac 2017 di Kuala Lumpur. DFTZ merupakan zon perdagangan bebas digital pertama di dunia di luar China. Zon ini adalah inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan yang bermatlamat untuk menggandakan pertumbuhan eDagang daripada 10.8% kepada 20.8% dan meningkatkan sumbangan kepada KDNK sebanyak RM211 bilion menjelang 2020. Faedah DFTZ DFTZ akan memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeksport produk ke peringkat global dan menyediakan pemain pasaran dengan persekitaran perdagangan eDagang yang holistik. Persekitaran ini dapat dilaksanakan melalui lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia; platform ePerkhidmatan digital yang bersepadu untuk mengakses penyedia perkhidmatan global terkemuka; dan proses pengawalseliaan yang lebih baik untuk meningkatkan kecekapan dalam pelepasan kastam dan kargo. DFTZ juga membolehkan pemain pasaran global mendapatkan sumber daripada pengeluar atau penjual di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai hab fulfilment untuk jenama global. Oleh yang demikian, Kerajaan berhasrat untuk menarik 1,500 PKS menyertai platform DFTZ menjelang akhir 2017 dan sebanyak 8,000 pada 2018. Selain itu, DFTZ dijangka meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK melebihi 60%, mewujudkan 60,000 pekerjaan dan menggandakan eksport PKS kepada RM162.9 bilion menjelang 2025. Komposisi DFTZ DFTZ terdiri daripada tiga komponen yang menggabungkan zon fizikal dan zon maya. Zon fizikal terdiri daripada Hab eFulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit. Sementara itu, Platform ePerkhidmatan pula berfungsi sebagai zon maya. Hab eFulfilment Hab eFulfilment akan membantu PKS mengeksport produk dengan cekap melalui bantuan penyedia perkhidmatan fulfilment terkemuka. Hab ini yang terletak di KLIA Aeropolis berfungsi sebagai penyedia kemudahan strategik meliputi pelepasan kastam, pergudangan dan logistik. Hab ini yang dilengkapi dengan teknologi terkini akan menyediakan kemudahan penyusunan, rak dan pembungkusan seterusnya membantu mempercepatkan proses eksport dan import. Hub ini dijangka beroperasi pada suku keempat 2017. Selain itu, pemilihan KLIA Aeropolis sebagai Hab eFulfilment akan menjadikan Malaysia pilihan utama laluan masuk logistik ke Asia dan sebagai pemain global dalam sektor logistik. Hab Perkhidmatan Satelit Kuala Lumpur Internet City akan menempatkan Hab Perkhidmatan Satelit. Hab ini akan beroperasi sebagai hab digital bagi syarikat berkaitan Internet tempatan dan global, memudah cara sokongan menyeluruh, menyediakan rangkaian dan perkongsian pengetahuan bagi industri eDagang. Hab tersebut juga menyediakan kemudahan seperti pejabat dan ruang kerja, ruang pameran secara fizikal dan dalam talian, pusat latihan dan ruang terbuka untuk aktiviti komuniti. Platform ePerkhidmatan Platform ePerkhidmatan akan melengkapi inisiatif Hab eFulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit dengan menhubungkan pembekal perkhidmatan perniagaan yang inovatif dengan perkhidmatan Kerajaan. Platform ini yang dilengkapi dengan teknologi digital terkini akan menambah baik proses pelepasan kargo dan lain-lain proses yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan. Sementara itu, pelbagai dashboard DFTZ akan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Bab 1.indd 10

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

11

Rajah 1.3.1. Komponen Zon Perdagangan Bebas Digital

Fizikal Hab eFulfilment

Maya Hab Perkhidmatan Satelit

Platform ePerkhidmatan

KL Internet City

o Gudang o Logistik o Kastam

o Ibu pejabat serantau o Industri Perkhidmatan Kewangan (FSI)

o Latihan

o ePerkhidmatan o Perkhidmatan antara muka daripada agensi & sektor swasta

Sumber: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Kesimpulan Permulaan operasi DFTZ bakal menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk perkhidmatan eFulfilment, PKS, pasaran dan monobrand. DFTZ dijangka merancakkan perdagangan rentas sempadan melalui eDagang serta menyediakan akses yang lebih luas kepada PKS untuk menembusi pasaran global. Inisiatif ini juga akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital. Sehubungan itu, PKS perlu bergerak pantas seiring dengan persekitaran perniagaan yang dinamik serta bersedia untuk terlibat secara aktif dalam rantaian penawaran antarabangsa.

3D, robotik, pengaturcaraan terbenam dan data analitik manakala Kandungan Digital berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi kandungan digital termasuk permainan digital, animasi dan media baharu. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM108.9 juta telah dibelanjakan bagi inisiatif tersebut. Di samping itu, Malaysia telah mengumumkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang pertama di luar China pada 22 Mac 2017 untuk memudah cara perdagangan merentas sempadan melalui platform eDagang. Bagi menyokong dan merangsang ekosistem keusahawanan, Kerajaan mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun Promosi Syarikat Baru Mula dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SSPY). Dalam hal ini, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) telah melaksanakan pelbagai program termasuk ColossusINNO2017, TENxCLUB, Artistlabs Accelerator dan Impact4Humanity. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM1.5 juta telah dibelanjakan bagi program tersebut. Selain itu, SME Corp. telah melaksanakan enam Program Berimpak Tinggi (HIP) bagi memperkasa PKS termasuk membangunkan Portal MalaysiaBiz, mempromosi

Bab 1.indd 11

inovasi dan pengkomersialan, menyediakan pembiayaan bersama untuk PKS di peringkat awal dan menggalakkan Go Export (GoEx). Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM7.5 juta telah dibelanjakan untuk program tersebut. Pengangkutan awam dan kesalinghubungan telah ditambah baik untuk meningkatkan mobiliti penduduk dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Dalam hal ini, pembinaan sistem Transit Aliran Massa (MRT) dan penyambungan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Greater Klang Valley telah dilaksanakan. Laluan MRT dari Sungai Buloh ke Kajang telah beroperasi pada 17 Julai 2017 manakala laluan MRT yang menghubungkan Sungai Buloh, Serdang dan Putrajaya, dan LRT3 dari Bandar Utama ke Klang masih di peringkat pembinaan. Selain itu, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan pembinaan landasan kereta api elektrik dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor telah dilancarkan p a d a 9 O g o s 2 0 1 7 . S e m e n t a ra i t u , ke r j a kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang dilancarkan pada 31 Mac 2015 di Sarawak dan pada 24 April 2016 di Sabah masih di peringkat pembinaan.

10/20/17 10:24 PM

12

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Rencana 1.1

Mempertingkat Mobiliti melalui Kesalinghubungan Rel Pengenalan Sistem pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu adalah penting untuk memenuhi keperluan rakyat berulang-alik setiap hari ke tempat kerja atau menjalankan aktiviti harian. Selain itu, pengangkutan awam juga menyumbang kepada produktiviti, kesihatan dan kualiti hidup melalui pengurangan kos dan penjimatan masa perjalanan. Faedah lain termasuk persekitaran yang lebih bersih, penggunaan tempat awam yang lebih baik dan peningkatan keselamatan jalan raya kepada semua pengguna. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenal dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik pengangkutan awam termasuk beberapa perkhidmatan rel yang baharu dan memperluas serta menaik taraf rangkaian sedia ada. Jenis Perkhidmatan Rel Electric Train Service Electric Train Service (ETS) merupakan perkhidmatan rel antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad. Perkhidmatan ETS pertama dari Kuala Lumpur ke Ipoh mula beroperasi pada 12 Ogos 2010. Laluan ini telah dipanjangkan dari Padang Besar ke Gemas pada 10 Oktober 2015 dengan jarak 755 km dan mempunyai 44 stesen. ETS mampu bergerak dengan kelajuan 160 km/j serta dapat mengurangkan masa perjalanan kepada separuh daripada masa yang diambil oleh tren antara bandar sedia ada. Perjalanan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar kini hanya mengambil masa kira-kira lima jam lima belas minit berbanding lebih enam jam melalui jalan raya. ETS mempunyai tiga jenis perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver. Transit Aliran Massa Pada Disember 2010, Kerajaan telah meluluskan projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT). Pembinaan laluan pertama MRT, Sungai Buloh – Kajang (SBK) mempunyai jarak 51 km dengan 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah. Setiap set tren mempunyai empat koc. Sebanyak 58 tren beroperasi sepanjang Laluan SBK dengan kekerapan 3.5 minit bagi setiap tren pada waktu puncak. Masa perjalanan adalah berbeza daripada 3.5 minit hingga 5 minit bergantung pada jarak antara perhentian manakala perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang mengambil masa kira-kira 84 minit. Fasa pertama laluan SBK dari Sungai Buloh ke Semantan telah beroperasi pada 16 Disember 2016. Sementara itu, pada 17 Julai 2017 fasa kedua dari Semantan ke Kajang telah beroperasi dan dihubungkan ke hab transit utama Lembah Klang iaitu stesen KL Sentral. Laluan SBK mampu membawa 400,000 penumpang setiap hari. Laluan MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) merupakan laluan kedua yang dibangunkan di bawah Projek KVMRT. Laluan ini akan menjadi komponen penting sistem pengangkutan awam Lembah Klang dengan penyediaan liputan rel yang lebih baik sepanjang koridor Sungai Buloh ke Putrajaya. Cadangan jajaran sejauh 52.2 km meliputi 38.7 km trek atas tanah dan 13.5 km trek bawah tanah dengan jumlah tempoh perjalanan sebanyak satu jam dan 24 minit. Laluan ini akan mempunyai 35 stesen yang terdiri daripada 24 stesen atas tanah dan 11 stesen bawah tanah. Laluan SSP dijangka membawa 529,000 penumpang setiap hari apabila mula beroperasi pada suku kedua 2022. Transit Aliran Ringan Laluan 3 Selain daripada laluan LRT sedia ada, Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) akan menghubungkan Bandar Utama dengan Klang dalam tempoh 58 minit. Laluan tersebut mempunyai jarak keseluruhan 37 km dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada 2 juta orang. LRT3 akan mempunyai 26 stesen dan mampu membawa 36,720 penumpang pada setiap jam. Tren tersebut mempunyai enam koc dan boleh bergerak dengan kelajuan maksimum 80 km/j. LRT3 juga merupakan projek rel pertama berteraskan teknologi hijau di Malaysia yang mempunyai ciri sistem pengurangan bunyi, sistem pengurusan tenaga yang lebih baik, pengudaraan semula jadi dan teknologi penuaian air hujan di setiap stesen. Pembinaan LRT3 telah bermula pada suku kedua 2017 dan dijangka siap pada Februari 2021.

Bab 1.indd 12

10/20/17 10:24 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

13

Rajah 1.1.1. Laluan Transit Aliran Massa (MRT) & Transit Aliran Ringan (LRT) RANGKAIAN OPERASI SEDIA ADA 1 LALUAN LRT AMPANG 2 LALUAN LRT SRI PETALING 3 LALUAN LRT KELANA JAYA 4 LALUAN MRT SG.BULOH – KAJANG * RANGKAIAN AKAN DATANG

GOMBAK

5 LALUAN LRT3 BANDAR UTAMA – KLANG 6 LALUAN MRT SG BULOH – SERDANG – PUTRAJAYA

SELAYANG

3 GOMBAK

DAMANSARA DAMAI SUNGAI BULOH

4

SRI KG. DAMANSARA KEPONG SERI BARU DELIMA BATU TIMUR

SRI DAMANSARA BARAT

6

METRO PRIMA

TAMAN MELATI

2

KENTONMEN

SETIAWANGSA

1

JELATEK

SENTUL TIMUR JALAN IPOH

KAMPUNG SELAMAT

KAMPUNG BARU TITIWANGSA UTARA

SENTUL BARAT

HOSPITAL KUALA LUMPUR KWASA SENTRAL

PWTC

KOTA DAMANSARA

HULU KLANG

DATO’ KERAMAT SENTUL

KWASA DAMANSARA

AMPANG

WANGSA MAJU SRI RAMPAI

JINJANG

CEMPAKA KLCC

PANDAN INDAH CONLAY

DANG WANGI

SURIAN

DAMANSARA UTAMA

MASJID JAMEK

TAMAN TUN DR ISMAIL

PUSAT BANDAR DAMANSARA

STADIUM

PETALING JAYA

CHERAS

BANDAR TUN RAZAK BANDAR MALAYSIA SELATAN BANDAR TASIK SELATAN

KUCHAI LAMA TAMAN NAGA EMAS

GLENMARIE

4

BUKIT JALIL

TAMAN SELATAN

ALAM MUHIBBAH AWAN BESAR SUTERA

AEON BUKIT TINGGI BANDAR BOTANIK JOHAN SETIA

5

BATU SEBELAS CHERAS BUKIT DUKUNG

STADIUM KAJANG

KAJANG

UPM TAMAN UNIVERSITI EQUINE PARK TAMAN PUTRA PERMAI

TAIPAN

16 SIERRA CYBERJAYA UTARA

PUSAT BANDAR PUCHONG

WAWASAN

SRI ANDALAS TESCO BUKIT TINGGI

BANDAR TUN HUSSEIN ONN

SERDANG RAYA SELATAN SERI KEMBANGAN

KINRARA BK5

IOI PUCHONG JAYA

KLANG

SRI RAYA

TECHNOLOGY PARK SERDANG RAYA UTARA

SRI PETALING

USJ7

TAMAN CONNAUGHT

SUNGAI JERNIH

SUNGAI BESI

SUBANG JAYA

TAMAN MUTIARA

TAMAN SUNTEX SALAK SELATAN

BANGSAR

SS18

KLANG

MIHARJA CHAN SOW LIN

PUDU

CHERAS

ASIA TAMAN UNIVERSITI JAYA JAYA

SS15

UITM I-CITY BUKIT RAJA KAWASAN 17 PASAR BESAR KLANG JALAN MERU

HANG TUAH

BANDAR MALAYSIA UTARA

ABDULLAH HUKUM TAMAN LEMBAH KELANA TAMAN SUBANG JAYA BAHAGIA PARAMOUNT KERINCHI

ARA DAMANSARA

TEMASYA

SIRIM

MUZIUM NEGARA

KL SENTRAL

DATARAN PRIMA

PERSIARAN HISHAMUDDIN SEKSYEN 14

SEMANTAN

TAMAN PERTAMA TAMAN MIDAH

MERDEKA

PASAR SENI

LIEN HOE

PERINDUSTRIAN GLENMARIE

COCHRANE

PLAZA RAKYAT

TROPICANA

SHAH ALAM

TUN RAZAK EXCHANGE

BUKIT BINTANG

BANDARAYA

BANDAR UTAMA

PHILEO DAMANSARA

PERSADA PLUS

PANDAN JAYA

MALURI MUTIARA DAMANSARA

5

AMPANG CAHAYA

KLCC TIMUR

KAMPUNG BARU

SULTAN ISMAIL

DAMANSARA

1

DAMAI AMPANG PARK

SUBANG JAYA

TAMAN PERINDUSTRIAN PUCHONG (TPP)

USJ 21

PUCHONG

PUTRAJAYA

PUSAT BANDAR CYBERJAYA

6

BANDAR PUTERI

ALAM MEGAH

PUCHONG PERDANA

SUBANG ALAM

3

2

PUCHONG PRIMA

Stesen Pertukaran

Stesen Bersepadu Utama

Hab Pengangkutan Bersepadu akan datang

* Nota: Projek laluan LRT3 Bandar Utama-Klang dan MRT Sg. Buloh-Putrajaya akan beroperasi pada masa hadapan. Sumber: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Bab 1.indd 13

10/20/17 10:24 PM

14

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Laluan Rel Pantai Timur Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek infrastruktur yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang menambah baik jaringan rel ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Trek sepanjang 706.9 km dijangka meningkatkan pertumbuhan di negeri tersebut dengan menghubungkan Pelabuhan Klang dan pelabuhan di pantai timur serta merangsang aktiviti ekonomi. ECRL juga akan menyediakan pilihan perjalanan yang pantas dan selesa untuk rakyat. Fasa pertama dari Gombak ke Wakaf Bharu meliputi 524.4 km laluan utama dan kira-kira 76 km jajaran sisihan dan menghubungkan ke rangkaian Keretapi Tanah Melayu sedia ada. Sementara itu, fasa kedua adalah dari Gombak ke Pelabuhan Klang dengan jarak 78.6 km manakala dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor dengan jarak 24.5 km. Fasa pertama projek ECRL telah bermula pada Ogos 2017 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024. Setelah perkhidmatan ini mula beroperasi, perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dijangka mengambil masa kurang daripada empat jam berbanding purata tujuh jam atau lebih melalui jalan raya. Rajah 1.1.2. Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) & Rel Berkelajuan Tinggi (HSR)

Laut China Selatan

Padang Besar Arau

THAILAND

Pengkalan Kubor Wakaf Bharu

Alor Setar

Tumpat Kota Bharu Jelawat Tok Bali Kg. Raja Krai

Pasir Mas

Sungai Petani Bukit Mertajam

Telaga Papan Kuala Terengganu Pengkalan Berangan

Parit Buntar

Gua Musang

Taiping

Dungun Kerteh

Kuala Kangsar Ipoh

Tapah Road

Selat Melaka

Tanjong Malim Serendah

Pelabuhan Klang

Kemasik Chukai Cherating Kuala Lipis Kuantan Port City 1

Bentong

Rawang

Kuantan Port City 2 Kota SAS Jerantut Terminal Sentral Kuantan Gambang Maran Mentakab

Gombak Utara Terminal Bersepadu Gombak KL Sentral Bandar Malaysia Kajang Putrajaya Seremban Gemas Tampin Segamat Ayer Keroh Muar

Laluan KTM Laluan ECRL Penjajaran HSR yang dicadangkan

Sumber: Keretapi Tanah Melayu Berhad; Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan MyHSR Corporation.

Bab 1.indd 14

Kluang

Batu Pahat

Johor Bahru Sentral Iskandar Puteri Jurong East (Singapura) Woodlands (Singapura)

10/20/17 10:25 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

15

Rel Berkelajuan Tinggi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) akan menjadi mod pengangkutan awam rel yang paling laju dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan jarak 335 km dan 90 minit masa perjalanan. HSR akan menghubungkan dua bandar raya utama bagi memenuhi permintaan penumpang dan perniagaan yang semakin pesat seterusnya merancakkan pertumbuhan serta meningkatkan daya saing. Selain itu, pekan kecil di sepanjang laluan dijangka menerima manfaat kesan limpahan daripada aktiviti ekonomi. HSR akan menghubungkan tujuh bandar dan pekan di Malaysia ke Singapura dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2026. Kesimpulan Kerajaan akan terus menambah baik mod pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan rel. Usaha ini selaras dengan matlamat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030 serta memenuhi permintaan rakyat terhadap mod pengangkutan awam yang cekap, mesra alam dan moden. Tambahan pula, perkhidmatan rel yang lebih baik akan membawa kesalinghubungan yang cekap antara kawasan bandar dan luar bandar seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi dan menyumbang ke arah pertumbuhan inklusif.

Memperkukuh Modal Insan Kerajaan terus memperkukuh sistem pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan industri. Pelbagai program telah dilaksanakan merentasi semua peringkat sistem termasuk pendidikan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Bagi pendidikan prasekolah, kelayakan akademik guru prasekolah di Tabika Perpaduan telah dipertingkat ke tahap diploma. Kerajaan juga terus menyediakan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Perkapita kepada pelajar di Tabika KEMAS dan Taska Permata KEMAS serta prasekolah lain. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM172.2 juta telah dibelanjakan memberi manfaat kepada 434,237 pelajar. Selain itu, bantuan yuran prasekolah turut disediakan kepada ibu bapa yang berpendapatan per kapita RM500 dan ke bawah untuk mendaftarkan anak di prasekolah swasta. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM18 juta telah dibelanjakan bagi membantu 32,378 kanak-kanak. Sementara itu, sejumlah RM367.4 juta telah dibelanjakan bagi membina dan menaik taraf 227 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, Kerajaan terus melaksanakan beberapa program termasuk Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme di 6,715 sekolah. Pada masa yang sama, penjajaran semula kurikulum, kaedah penilaian dan bahan pembelajaran serta melatih semua guru bahasa Inggeris dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) telah dilaksanakan. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM37.2 juta telah dibelanjakan bagi inisiatif tersebut. Tambahan pula, komputer

Bab 1.indd 15

tablet yang mengandungi perisian Tutor Guru dan eSurat khabar telah dibekalkan kepada guru bagi menggalakkan ePembelajaran dalam kelas. Tablet tersebut membolehkan guru mendapatkan maklumat tambahan dan menggalakkan kreativiti dalam pengajaran. Pada akhir Ogos 2017, inisiatif ini telah melibatkan perbelanjaan RM148 juta dan memberi manfaat kepada 244,216 guru. Kerajaan terus menyediakan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM1.1 bilion telah disalurkan dan memanfaatkan kira-kira 4.8 juta pelajar. Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan serta meningkatkan penerbitan dan pendaftaran harta intelek di institusi pengajian tinggi, sejumlah RM78 juta telah disalurkan kepada 941 pemohon dana penyelidikan. Di samping itu, Kerajaan terus menyediakan biasiswa bagi memberi lebih peluang kepada pelajar, guru dan pegawai perubatan untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM2.5 bilion telah dibelanjakan bagi menyediakan biasiswa yang memberi manfaat kepada 219,496 penerima di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kerajaan komited untuk menambah baik pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri. Sehubungan ini, infrastruktur, kemudahan dan peralatan di politeknik seluruh negara sedang dinaik taraf melibatkan perbelanjaan sebanyak RM271.4 juta. Sementara itu, Pembangunan

10/20/17 10:25 PM

16

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan kerjasama Persekutuan Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (FeMAC) telah melaksanakan skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) pada April 2017. Sehingga kini, seramai 1,058 pekerja telah mendapat manfaat daripada skim ini. Tambahan pula, proses transformasi sembilan kampus Institut Pendidikan Guru kepada politeknik, kolej vokasional dan Pusat Latihan Pengajar TVET sedang dilaksanakan dan dijangka beroperasi menjelang 2019 serta memberi manfaat kepada 1,568 pelajar dan 600 pengajar TVET setiap tahun. SL1M telah diwujudkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan terutamanya dalam kalangan graduan dari kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah. Di bawah skim ini, graduan dilatih bagi tempoh 12 bulan yang meliputi dua bulan latihan kemahiran insaniah dan 10 bulan latihan di tempat kerja. Syarikat yang menyertai program membiayai kos latihan dan elaun pelatih. Pada akhir Ogos 2017, seramai 57,574 graduan telah mendapat manfaat daripada SL1M. Bagi terus memperkukuh SL1M, bermula 1 Ogos 2017, syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan sekurang-kurangnya 1% daripada nilai kontrak untuk melaksanakan skim tersebut. Ke arah mengarusperdanakan peranan wanita dalam pembangunan negara, Kerajaan telah mewujudkan persekitaran yang menyokong wanita untuk mencapai potensi diri sepenuhnya. Bagi tujuan ini, peruntukan telah disediakan bagi membiayai pelbagai program termasuk Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Keusahawanan Wanita

(I-KeuNita) dan Program Kembali Bekerjaya (CCP). Program I-KIT dan I-KeuNita menyediakan latihan kemahiran yang intensif dan menyeluruh serta latihan keusahawanan bagi membantu wanita menjana pendapatan melalui perniagaan. Selain daripada menggalakkan wanita menceburi bidang perniagaan, Kerajaan melalui CCP menyediakan insentif kewangan kepada majikan bagi menggaji semula wanita yang sebelum ini keluar daripada pasaran buruh.

Menambah baik Pendapatan dan Kebajikan Rakyat Kerajaan komited untuk menambah baik pendapatan dan kebajikan rakyat dengan memanfaatkan pelbagai langkah melalui pindaan ke atas undangundang dan garis panduan, mempertingkatkan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), menambah baik program kebajikan dan menggunakan platform digital. Sehubungan itu, pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 15 Ogos 2017 dan menjadikan Malaysia negara pertama yang membenarkan perkhidmatan ePanggilan secara sah. Langkah ini membuka ruang kepada rakyat khususnya kumpulan B40 untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui ekonomi perkongsian. Selain itu, satu lagi inisiatif ialah program agroprenuer dan mobilepreneur yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan. Pada akhir Ogos 2017, seramai 1,657 usahawan telah mendapat manfaat daripada geran berjumlah RM20 juta.

Rencana 1.2

Ekonomi Perkongsian: Memacu Pemerkasaan Ekonomi dan Sosial melalui Platform Digital Pengenalan Ekonomi perkongsian merupakan satu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset yang menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan.1 Model perniagaan baharu ini mempunyai potensi tanpa had dalam mewujudkan usaha niaga dan penyelesaian inovatif serta mentransformasi firma tradisional bagi meningkatkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sosioekonomi. Ekonomi perkongsian juga berpotensi untuk menangani cabaran pembangunan seperti perancangan bandar, kehidupan mampan dan pengangkutan yang lancar melalui penggunaan sumber yang cekap dan peningkatan produktiviti. Aktiviti ekonomi perkongsian termasuk:

• penggunaan aset tahan lama seperti perkongsian kenderaan dan penginapan (Uber dan Airbnb);



• pengedaran semula barangan seperti penjualan buku dan mainan terpakai melalui pasaran sekunder (Mudah.my);

1

Bab 1.indd 16

Analisis MDEC-Monitor Deloitte (2017). Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

10/20/17 10:25 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18



• pertukaran perkhidmatan seperti memadankan penyedia perkhidmatan dengan pengguna (eRezeki); dan



• perkongsian aset produktif seperti pendanaan orang ramai (Kickstarter).

17

Faedah Ekonomi Perkongsian Inovasi dan model perniagaan baharu melalui ekonomi perkongsian akan memanfaatkan keseluruhan ekosistem yang merangkumi pengguna, usahawan, pembekal dan pengeluar. Model ini juga dapat memastikan penggunaan sumber secara cekap; menyediakan potensi pelaburan yang besar; mewujudkan lebih banyak pekerjaan; dan menggalakkan keterangkuman digital. Ekonomi perkongsian memadankan permintaan dan penawaran dengan lebih baik, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan ketidakcekapan. Sebagai contoh, 77% daripada pengusaha lori kecil dan syarikat perkhidmatan pengangkutan penghantaran di Malaysia menghadapi masalah trak kosong dalam perjalanan pulang. Pelaksanaan model perkongsian kenderaan dapat mengatasi masalah tersebut dan membolehkan pengusaha menjimatkan kos operasi antara 13% hingga 19%.2 Ekonomi perkongsian telah membolehkan keusahawanan dan bekerja sendiri menjadi lebih mudah. Pada 2016, terdapat 400,000 pekerjaan secara freelance di Malaysia dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 650,000 menjelang 2020.3 Selain itu, peluang pekerjaan yang lebih banyak melalui perkongsian digital dapat membantu menangani masalah pengangguran belia. Pada 2016, pengangguran belia mencatat 10.5%, iaitu lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional 3.4%.4 Ekonomi perkongsian akan mewujudkan kira-kira 300,000 pekerjaan baharu untuk belia menjelang 2020 (2016:190,000). Ekonomi perkongsian memainkan peranan signifikan dalam memastikan penyertaan lebih ramai rakyat, terutamanya kumpulan B40.5 Penyertaan golongan B40 dalam perkhidmatan seperti perkongsian kenderaan atau penginapan membolehkan golongan ini memanfaatkan teknologi terkini untuk menjana pendapatan tambahan. Lebihan pendapatan ini membolehkan mereka menambah baik kualiti kehidupan seterusnya meningkatkan mobiliti sosial. Langkah ke Hadapan Nilai ekonomi perkongsian global berjumlah USD270 bilion pada 2016 dan dijangka berkembang pada kadar 30% setiap tahun dan mencapai USD3.1 trilion menjelang 2025.6 Sementara itu, nilai ekonomi perkongsian Malaysia mencatat kira-kira RM3.4 bilion pada 2016 dan dijangka mencapai RM17 bilion pada 2020.7 Bersandarkan perkembangan pesat ekonomi digital dan asas yang kukuh, Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju di rantau ini dalam ekonomi perkongsian. Pertumbuhan signifikan dalam jaringan jalur lebar; kesediaan penduduk untuk melibatkan diri; pelaksanaan pelbagai inisiatif Kerajaan; dan pelarasan peraturan untuk memenuhi keperluan persekitaran perniagaan yang berubah dapat menyokong aspirasi ini. Berdasarkan kajian terkini, 89% daripada responden bersetuju bahawa ekonomi perkongsian bergantung kepada kebolehpercayaan antara penyedia pekhidmatan dan pengguna. Selain itu, 69% menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai ekonomi perkongsian kecuali disyorkan oleh seseorang yang dipercayai.8 Kajian ini mendapati bahawa kebolehpercayaan merupakan antara faktor kritikal yang menentukan kejayaan ekonomi perkongsian. Menurut Nielsen Global Share Community Report 2014, sebanyak 68% penduduk dunia bersedia untuk menyertai ekonomi perkongsian. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 18 juta akaun9 berdaftar di laman rangkaian sosial utama, antara yang tertinggi di rantau ini. Jumlah yang besar ini mencerminkan kesediaan dan kecenderungan penduduk untuk menyertai ekonomi perkongsian, menandakan potensi pertumbuhan yang tinggi dalam sektor ini.

Transport4u Haulage Exchange (2015). Dicapai pada 24 Ogos, 2017 daripada http://www.transport4u.com.my/page/land-transportation-research-malaysia-2015 Analisis MDEC-Monitor Deloitte (2017). Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. 4 Malaysia Industrial Development Finance Berhad (2017). Dicapai pada 24 Ogos, 2017 daripada http://www.midf.com.my/images/pdf/research-Report/MIDFEconomics/Econs-Msia-2016-Youth-Unemployment-Rate-Remain-High-MIDF-090517.pdf 5 Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah dengan pendapatan purata bulanan RM3,860 dan ke bawah. 6 Analisis MDEC-Monitor Deloitte (2017). Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. 7 Analisis MDEC-Monitor Deloitte (2017). Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. 8 PricewaterhouseCoopers (2015). Dicapai pada 24 Ogos, 2017 daripada http://pwc.com/CISsharing 9 Statista (2017). Dicapai pada 24 Ogos, 2017 daripada https://www.statista.com/statistics/489233/number-of-social-network-users-in-malaysia/ 2 3

Bab 1.indd 17

10/20/17 10:25 PM

18

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Kerajaan sentiasa melaksanakan dasar dan peraturan selaras dengan perkembangan pesat ekonomi perkongsian. Pada April 2017, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. RUU berkenaan bertujuan menyediakan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada setiap golongan yang bekerja sendiri termasuk pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan ePanggilan. Langkah ini tepat pada masanya untuk menangani perubahan keperluan pekerja dan majikan seiring dengan kemunculan “Ekonomi Gig”.10 Sehubungan itu, Dewan Negara telah mengiktiraf perkhidmatan ePanggilan di negara ini dan meluluskan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 pada 15 Ogos 2017. Selaras dengan pindaan tersebut, pengendali dikehendaki mempunyai “lesen perniagaan pengantaraan” yang akan dikeluarkan oleh sebuah badan kawal selia. Kesimpulan Ekonomi perkongsian membawa perubahan besar dalam sektor penginapan dan pengangkutan. Kemajuan pesat dalam teknologi digital serta pelbagai dasar dan inisiatif untuk memacu ekonomi digital akan meningkatkan momentum ekonomi perkongsian dalam bidang lain seperti pembuatan dan penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, faedah dan implikasi yang terhasil melalui ekonomi perkongsian perlu diseimbangkan dari segi hasil kerajaan, penyertaan sektor swasta serta perlindungan pengguna dan pekerja. Kerajaan akan meneruskan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi melaksanakan perubahan minda dalam menggunakan teknologi baharu ini. Selain itu, Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif dengan mewujudkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan ekonomi perkongsian.

10

Pasaran buruh berunsur kelaziman kontrak jangka pendek atau kerja freelance berbanding dengan pekerjaan tetap. (Oxford English Dictionary).

Bagi meningkatkan penciptaan pekerjaan dalam ek on om i d i g i ta l , MDE C m e ne r us ka n u n t u k melaksanakan program eUsahawan dan eRezeki. Program tersebut bertujuan menggalakkan belia dan usahawan mikro meneroka perniagaan digital dan membangunkan kemahiran keusahawanan digital. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM66.1 juta telah dibelanjakan bagi program tersebut yang memberi manfaat kepada 108,504 peserta. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diwujudkan bagi membantu meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta individu bujang. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak 4.2 juta isi rumah dan 3 juta individu bujang mendapat manfaat daripada RM6.3 bilion yang disalurkan di bawah BR1M. Pada masa yang sama, seramai 36,593 waris kepada penerima BR1M menerima pampasan sebanyak RM1,000 setiap seorang di bawah Skim Khairat Kematian. Pada akhir Ogos 2017, skim ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM36.6 juta. Kerajaan kekal komited dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam hal ini, Bajet telah mengumumkan penubuhan empat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor serta tiga lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Selangor, Sabah dan Sarawak. UTC Negeri Sembilan, UTC Perlis dan RTC Sarawak dijangka akan mula beroperasi pada November

Bab 1.indd 18

2017. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM42 juta telah dibelanjakan untuk inisiatif ini. Bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan di UTC, Pusat Pencari Kerja telah ditubuhkan di Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Pusat ini menyediakan perkhidmatan padanan pekerjaan dan pada akhir Ogos 2017, seramai 85,000 pencari kerja telah mendapat manfaat dari inisiatif ini. Inisiatif lain di bawah NBOS termasuk program Bahasa Inggeris 1Malaysia dan [email protected] Schools. Pada akhir Ogos 2017, seramai 16,280 peserta telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini dengan perbelanjaan sebanyak RM5.5 juta. Penyediaan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan. Bagi tujuan ini, tiga hospital baharu dan tujuh klinik baharu masih pada peringkat pembinaan di Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak 153 hospital, 1,060 klinik kesihatan, 1,803 klinik desa, 357 klinik 1Malaysia, dan 11 Klinik Bergerak 1Malaysia telah beroperasi di seluruh negara. Usaha telah dipergiat untuk meningkatkan kemudahan hospital di seluruh negara termasuk pembelian empat unit mesin angiogram, 150 buah ambulan dan peralatan lain. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM472.6 juta telah dibelanjakan bagi inisiatif tersebut. Pada masa yang sama, 162 mesin haemodialisis telah dibekalkan di 54 pusat swasta dengan perbelanjaan sebanyak RM10.8 juta.

10/20/17 10:25 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

19

Sisipan 1.4

[email protected] Pengenalan Teknologi digital telah menjadi elemen penting dalam kehidupan berikutan peningkatan penggunaan aplikasi yang menyediakan penyelesaian dalam urusan seharian. Pembangunan aplikasi memerlukan pengetahuan pengaturcaraan dan kemahiran dalam pengekodan. [email protected] Schools yang diumumkan dalam Bajet 2016 merupakan program pengenalan bagi pelajar sekolah rendah mempelajari asas dan prinsip pengekodan secara praktikal. Objektif utama program adalah untuk memupuk pelajar menjadi pencipta kandungan dan penyumbang kepada ekosistem digital dan bukan sekadar pengguna semata-mata. Pelaksanaan Program ini direka dan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama semua jabatan pendidikan negeri dan StartupMalaysia. Inisiatif ini distruktur berdasarkan tiga teras iaitu Code, Create dan Celebrate dengan kemuncaknya adalah Pertandingan Pengekodan Kebangsaan. Pelajar tahun empat hingga enam di sekolah terpilih seluruh negara menyertai [email protected] sebagai aktiviti kurikulum tambahan. Peserta mempelajari asas pengaturcaraan laman sesawang yang membangun dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis dan menghasilkan kod untuk aplikasi perisian. Selain itu, program ini meningkatkan kemahiran insaniah peserta seperti kreativiti, berfikir di luar kotak, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan pengaturcaraan. Perkembangan Terkini Program Program perintis pada 2016 telah disertai 3,000 pelajar sekolah rendah daripada 100 sekolah di seluruh negara. Program ini telah diteruskan pada 2017 berdasarkan kejayaan pelaksanaannya dengan lebih memfokuskan kepada sekolah di luar bandar. Di samping itu, kandungan program telah diperluaskan kepada tiga kategori iaitu Immersion Camp, Alumni Bootcamp dan Hackathon dengan menyasarkan 6,000 peserta. Pelajar yang berjaya dalam kumpulan yang disertai layak untuk bersaing di Pertandingan Pengekodan Kebangsaan.

6, 000 peserta

Rajah 1.4.1. Struktur Program

IMMERSION CAMP

Peserta Baharu 2017 3,600 pelajar

ALUMNI BOOTCAMP

Peserta 2016 900 pelajar

HACKATHON

Kategori Terbuka 2017 1,500 pelajar

Hari Demonstrasi Sesi pitching selama satu hari | Hari demonstrasi sebanyak enam siri

Penghujung November• Tiga hari • 60 pasukan• Sumber: https://codingatschools.com

[email protected] 2017 telah bermula pada Julai dan berakhir dengan Pertandingan Pengekodan Kebangsaan yang akan diadakan pada November 2017. Sehingga akhir September 2017, sebanyak 86 Immersion Camp dan 22 Alumni Bootcamp telah dianjurkan. Program ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa berikutan lawatan Yayasan Komunikasi Multimedia Jepun pada Jun 2017. Kesimpulan Pendigitalan mengubah lanskap ekonomi dengan pantas. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi memastikan tenaga kerja masa hadapan kekal relevan dan berdaya saing. [email protected] Schools amat penting untuk diserap dalam kurikulum sekolah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi bagi melengkapi generasi muda dengan kemahiran dan keupayaan yang diperlukan supaya lebih kreatif dan inovatif. Langkah ini akan membolehkan mereka memenuhi permintaan pekerjaan masa hadapan serta meraih faedah daripada ekonomi digital.

Bab 1.indd 19

10/20/17 10:25 PM

20

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Kerajaan terus menyediakan bantuan kewangan bagi meningkatkan jaringan keselamatan sosial kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Bantuan ini termasuk Skim Bantuan Am Persekutuan, Skim Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua dan Bantuan OKU. Di samping itu, tambahan lapan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ditubuhkan bagi menggalakkan warga emas kekal sihat dan aktif. Pada akhir Ogos 2017, keseluruhan perbelanjaan program ini berjumlah RM929.9 juta.

Meningkatkan Keterangkuman Kerajaan juga komited untuk memastikan semua segmen masyarakat mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi negara tanpa mengira gender, etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi geografi. Dalam hal ini, kesejahteraan Orang Asli terus ditingkatkan menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk projek rawatan air di perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta penempatan semula perkampungan di Sungai Ruil, Cameron Highlands. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM126 juta telah dibelanjakan untuk inisiatif tersebut. Sementara itu, Kerajaan telah melaksanakan pemetaan tanah Native Customary Rights (NCR) oleh Pejabat Tanah dan Ukur Negeri untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak bagi pembangunan ladang moden. Kerajaan terus memenuhi keperluan masyarakat Cina Malaysia dan India Malaysia. Inisiatif sedia ada untuk komuniti Cina Malaysia termasuk menaik taraf kemudahan di Kampung Baru, penyediaan pinjaman PKS dan mikro kredit. Pada akhir Ogos 2017, sebanyak RM135.5 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf 790 infrastruktur dan kemudahan asas di Kampung Baru dan 1,020 rumah kediaman serta menyediakan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil. Bagi komuniti India Malaysia pula, sejumlah RM10 juta telah disalurkan untuk memperluas 50 program prasekolah di 33 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh negara yang telah memanfaatkan 1,475 pelajar. Tambahan pula, TEKUN Nasional (TEKUN) telah menyalurkan sebanyak RM12 juta untuk program meningkatkan p e n d a p a t a n d a n p e m b i a ya a n p e r n i a g a a n memanfaatkan 885 usahawan. Di samping itu, Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) telah dilancarkan pada 23 April 2017 untuk mempertingkat status ekonomi komuniti. Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) bertindak sebagai sekretariat bagi MIB. Pada masa ini, terdapat hanya 37.4% daripada PKS dimiliki oleh Bumiputera. Ke arah memperkasa usahawan Bumiputera, TEKUN telah menubuhkan

Bab 1.indd 20

Skim Pembiayaan Program TemanNita bagi membolehkan usahawan wanita Bumiputera mendapatkan pembiayaan yang mudah, cepat dan cekap bagi keperluan perniagaan. Pada akhir Ogos 2017, sejumlah RM17.1 juta telah disalurkan dan memberi manfaat kepada 2,878 usahawan wanita. Selain itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah melaksanakan lapan program iaitu Skim PKS, PROSPER Runcit, PROSPER Pemborong dan PROSPER Teras. Program lain adalah PROSPER Usahawan Muda, Program Siswazah Perantis, Pembangunan dan Latihan serta PROSPER Hartanah. Pada akhir Ogos 2017, seramai 1,089 usahawan Bumiputera dan 116 siswazah muda mendapat manfaat daripada RM112.4 juta yang dibelanjakan bagi program tersebut. Bajet juga memperuntukkan dana kepada MARA bagi melaksanakan program Latihan Usahawan MARA, Pembangunan Usahawan Belia MARA dan Pembangunan Usahawan MARA. Program ini bertujuan menyediakan pengetahuan, kemahiran dan kemudahan pembiayaan kepada usahawan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan mereka. Pada akhir Ogos 2017, seramai 34,744 usahawan telah mendapat manfaat daripada RM101.1 juta yang disalurkan di bawah MARA. Sementara itu, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera melaksanakan tiga program iaitu Peneraju Skil, Peneraju Profesional dan Peneraju Tunas. Peneraju Skil memberi tumpuan kepada belia yang kurang cenderung dalam akademik termasuk pelajar tercicir untuk dilatih dalam industri seperti minyak dan gas (O&G), perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik (E&E) serta pelancongan. Peneraju Profesional bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pensijilan profesional dalam industri berimpak tinggi seperti perkhidmatan perniagaan dan kewangan. Sementara itu, Peneraju Tunas membantu pelajar dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah bagi membantu mereka meneruskan pengajian. Pada akhir Ogos 2017, program tersebut melibatkan kos berjumlah RM73.3 juta dan memberi manfaat kepada 2,186 pelajar.

Pengurusan Ekonomi – 2018 Ekonomi Malaysia akan kekal dalam landasan pertumbuhan pada 2018 dipacu oleh permintaan domestik dan disokong oleh sektor luaran. Pertumbuhan ini merupakan petanda baik bagi negara yang sedang beralih daripada ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Pasca 2020, TN50 bertujuan untuk melonjakkan Malaysia menjadi antara 20 negara teratas menjelang 2050. Ke arah mencapai sasaran tersebut, terdapat

10/20/17 10:25 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

beberapa peluang yang boleh dimanfaatkan serta cabaran yang perlu diatasi. Melalui proses libat urus yang meluas, Kerajaan telah mengenal pasti beberapa peluang dan cabaran untuk negara. Dalam jangka panjang, penyelarasan struktur diperlukan untuk menyusun semula dasar dengan mengambil kira realiti baharu ekonomi global. Berlatarbelakangkan situasi ini, cabaran Malaysia adalah untuk membangunkan strategi baharu bagi meningkatkan lagi daya tahan ekonomi domestik dalam menghadapi lanskap yang sentiasa berubah.

Peluang dan Cabaran Persekitaran Luaran Ekonomi global terus mengukuh pada 2017 dan prospek yang lebih baik pada 2018 disokong oleh peningkatan aktiviti perdagangan dan pelaburan serta pengurangan rintangan struktur. Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan global kekal berhadapan dengan risiko yang menjejaskan pertumbuhan. Secara khususnya, ketidaktentuan dasar dalam ekonomi utama termasuk dasar inward-looking, ketidaktentuan pasca Brexit dan ketegangan geopolitik boleh mengurangkan perdagangan dan pelaburan global. Selain itu, kadar kelajuan normalisasi dasar monetari boleh mendatangkan risiko tambahan terhadap pasaran kewangan. Ekonomi Domestik Pelaburan Swasta Di peringkat domestik, pelaksanaan ETP telah membolehkan pelaburan swasta kembali muncul sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Sumbangan pelaburan swasta kepada KDNK telah meningkat daripada 11.6% pada 2009 kepada 16.9% pada 2016. Bagi mempercepat m om en t um p e l ab u ra n swa s ta te ru t a ma nya pelaburan domestik, terdapat keperluan bagi perniagaan untuk meningkatkan perbelanjaan modal dalam teknologi terkini, meningkatkan kemahiran dan kompetensi bakat tempatan, meningkatkan tahap R&D dan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan dan memperluas serta memperkukuh sistem kewangan bagi memastikan akses optimum kepada pembiayaan perniagaan. Eksport Dari segi eksport, produk Malaysia daripada barangan elektronik kepada makanan yang diproses boleh ditemui di lebih daripada 200 negara di dunia. Selain itu, syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan mendapat

Bab 1.indd 21

21

pengiktirafan dalam kalangan komuniti perniagaan global. Bermula daripada peringkat mendapatkan projek sehingga menyiapkan projek yang meliputi pembinaan lebuh raya hingga jambatan, syarikat Malaysia telah mula bertapak di negara luar seperti Timur Tengah, India, Pakistan dan Viet Nam. Walau bagaimanapun, cabaran kini adalah untuk memanfaatkan kejayaan tersebut bagi membolehkan lebih banyak syarikat mempelbagaikan produk dan perkhidmatan bagi meneroka pasaran pertumbuhan baharu. Sektor perkhidmatan Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu penting ekonomi dan penjana utama peluang pekerjaan yang menyumbang 54.3% daripada KDNK, 17.6% daripada jumlah keseluruhan eksport barangan dan perkhidmatan negara serta menyediakan 8.8 juta guna tenaga. Dalam hal ini, industri pelancongan menyumbang 14.8% daripada KDNK dan menjana 3.2 juta guna tenaga. Walau bagaimanapun pada 2016, Malaysia mencatat 26.8 juta ketibaan pelancong dengan pendapatan berjumlah RM81.2 bilion, iaitu lebih rendah daripada sasaran ETP 2016 iaitu 30.5 juta ketibaan pelancong dan RM103 bilion yang dijana daripada perbelanjaan pelancong. Ketibaan dan perbelanjaan pelancong yang lebih rendah serta tempoh penginapan yang singkat telah menyumbang kepada perbezaan yang ketara antara pendapatan pelancongan sebenar dengan yang disasarkan. Sehubungan itu, adalah penting untuk menarik individu yang berkemampuan tinggi bagi meningkatkan hasil daripada pelancongan. Berkaitan sektor logistik, terdapat peluang yang luas untuk menambah baik beberapa bidang termasuk penggunaan teknologi, kemudahan pengangkutan, integrasi antara mod pengangkutan lain serta kapasiti penyedia perkhidmatan. Modal Insan Pada 2016, kira-kira 27.3% daripada tenaga kerja merupakan pekerja mahir, 59.7% lagi pekerja separuh mahir manakala hanya 13% adalah pekerja berkemahiran rendah. Sasaran yang ingin dicapai adalah 35% daripada jumlah tenaga kerja merupakan pekerja mahir menjelang 2020. Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk memperkasa modal insan melalui penyediaan pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tertiari yang berkualiti. Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan untuk menambah baik pendidikan TVET dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat. Bagi memenuhi ekspektasi majikan, Kerajaan meneruskan usaha untuk mempertingkat kemahiran insaniah seperti penguasaan bahasa Inggeris, keyakinan diri, kreativiti, inovasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Usaha tersebut dijangka dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran tenaga kerja Malaysia.

10/20/17 10:25 PM

22

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Kesejahteraan Rakyat Penambahbaikan kesejahteraan rakyat merangkumi peningkatan taraf hidup melalui penyediaan rumah mampu milik, penjagaan kesihatan dan pendidikan berkualiti, peluang untuk meningkatkan pendapatan, keselamatan dan ketenteraman, pengangkutan dan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan elektrik. Walaupun permintaan rumah terus meningkat berikutan perbandaran pesat dan peningkatan pendapatan isi rumah, namun rumah yang ditawarkan adalah di luar kemampuan. Memandangkan wujud ketidakpadanan, pilihan alternatif yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh bakal pembeli terutamanya dalam kalangan generasi muda adalah rent-to-own atau program yang seumpamanya. Sementara itu, Malaysia telah mencapai status yang membanggakan dalam penyediaan perkhidmatan dan kesihatan awam. Cabaran baharu yang wujud berikutan perubahan gaya hidup termasuk peningkatan kes obesiti, kardiovaskular dan penyakit tidak berjangkit lain. Dari aspek pendidikan, Kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan perlu sentiasa ditambah baik seiring perkembangan global atau lebih baik. Dalam hal ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 akan terus diperluas bagi membolehkan belia Malaysia untuk bersaing dalam lanskap yang kompleks dan sentiasa berubah. Keterangkuman Dasar keterangkuman Kerajaan yang multidimensi telah mewujudkan peluang kepada semua segmen penduduk untuk mendapat manfaat daripada peningkatan kemakmuran negara. Anggaran pada pertengahan 2017 menunjukkan bahawa daripada 31.7 juta jumlah penduduk, 68.8% adalah Bumiputera, 23.2% Cina Malaysia, 7% India Malaysia dan 1% etnik lain. Di sebalik kepelbagaian dalam populasi, rakyat Malaysia tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan lokasi geografi terus menikmati akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti, pekerjaan, perumahan dan penjagaan kesihatan. Setelah membasmi sepenuhnya kemiskinan kecuali kemiskinan mutlak di beberapa tempat, cabaran pada masa ini adalah untuk memberi tumpuan kepada peningkatan mapan dan mobiliti sosial B40 dan M40.

Inisiatif Strategik – Bajet 2018 Selaras dengan persekitaran luaran dan perkembangan ekonomi domestik, Kerajaan akan mewujudkan dimensi baharu bagi menyediakan peluang kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Dalam hal ini, Bajet 2018 akan memberi tumpuan kepada usaha mempergiat pelaburan domestik.

Bab 1.indd 22

Pada masa yang sama, Bajet akan memberi tumpuan untuk membangunkan generasi masa hadapan, kesejahteraan rakyat dan meningkatkan keterangkuman. Pada dasarnya, inisiatif tersebut akan terus memperkukuh fundamental ekonomi negara dan menyediakan asas untuk TN50 meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara teratas pada 2050.

Mempergiat Pelaburan Domestik Sebagai gerbang yang ideal kepada lebih daripada 600 juta penduduk ASEAN, persekitaran perniagaan yang stabil dan menarik, golongan kelas pertengahan yang semakin meningkat, infrastruktur terkini serta kaya dengan kepelbagaian, aliran masuk FDI ke Malaysia telah meningkat lebih sembilan kali ganda sejak 2009 dan mencapai RM47.2 bilion pada 2016. Di samping meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan asing, Bajet 2018 akan memberi tumpuan untuk menggalakkan pelaburan domestik untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan pembangunan seimbang di seluruh negara. Antara projek pelaburan termasuk ECRL, Lebuhraya Pan Borneo dan Rel Berkelajuan Tinggi. Projek lain untuk menambah baik akses dan kesalinghubungan termasuk menaik taraf jaringan jalur lebar, pelabuhan, landasan kereta api berkembar dan lapangan terbang. Usaha juga akan diambil bagi menarik pelaburan yang besar dalam bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, pelancongan perubatan, industri Halal dan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Pada masa yang sama, dana akan diperuntukkan bagi pembangunan hibrid baharu bagi kelapa dan durian. Di samping itu, PKS akan diberikan insentif bagi memanfaatkan Revolusi Industri 4.0 untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti, pulangan pelaburan, gabungan teknologi dan megatrend industri. Bagi mengekalkan peranan sektor perkhidmatan sebagai pemacu utama pertumbuhan, Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan Blueprint Sektor Perkhidmatan serta Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan. Dalam sektor perkhidmatan, Kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan industri pelancongan termasuk pelancongan kesihatan, logistik, dan modal teroka. Berkaitan dengan pelancongan, kelebihan Malaysia berbanding negara lain dari segi kepelbagaian tempat menarik, layanan mesra, adat dan budaya, kualiti makanan dan keramahan penduduk tempatan akan dimanfaatkan bertujuan menarik aliran pelancong yang besar ke rantau ini. Bagi menyokong pembangunan strategik industri pelancongan penjagaan kesihatan di Malaysia dan menaikkan profil negara sebagai destinasi pilihan global untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, lebih banyak hospital akan dibina

10/20/17 10:25 PM

LAPORAN EKONOMI 2017/18

dan hospital sedia ada akan dinaik taraf. Pada masa yang sama, promosi dipertingkat untuk menonjolkan dua warisan negara iaitu keramahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dalam pasaran baharu dan memudahkan kemasukan pelancong kesihatan. Subsektor logistik memainkan peranan penting bagi menyokong semua sektor ekonomi. Berdasarkan kepentingan tersebut, Bajet akan memperkenalkan pelbagai langkah untuk mengatasi beberapa halangan sedia ada dan meningkatkan peranan Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan logistik serantau dalam jangka sederhana. Pada masa yang sama, model pembiayaan perniagaan yang cekap dan cukup fleksibel sesuai dengan keperluan dan peluang pasaran adalah perkara utama bagi membolehkan pengagihan modal secara optimum untuk bidang pertumbuhan baharu terutamanya meningkatkan keusahawanan dalam negara. Sehubungan ini, Bajet akan memperkenalkan pelbagai langkah untuk mewujudkan industri modal teroka yang rancak dalam negara.

Membangunkan Generasi Masa Hadapan Belia kini memainkan peranan utama dalam pembangunan sosioekonomi negara. Oleh itu, adalah penting untuk menterjemah minat dan keinginan mereka kepada tindakan sebenar. Dalam hal ini, Kerajaan akan memperhebat usaha untuk meningkatkan kemahiran, kreativiti, imaginasi dan kerohanian bagi membolehkan belia memberi sumbangan terbaik kepada negara. Bagi melahirkan pemikir yang kritikal, meningkatkan literasi sains dan membolehkan generasi masa hadapan menjadi inovator dan usahawan, Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan terutamanya dalam bidang akademik sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Selain daripada pendidikan dan latihan formal, usaha akan dipertingkat untuk memperkukuh hala tuju dasar dan rangka kerja peraturan TVET serta menambah baik kerjasama dengan sektor swasta dan majikan. Selain itu, SL1M yang diwujudkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan terutamanya graduan dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah akan terus diperluas. Memandangkan komunikasi bagi perniagaan rentas sempadan dilakukan dalam bahasa Inggeris, kepentingan bahasa Inggeris dalam pasaran global tidak dapat dinafikan. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Berdasarkan peningkatan automasi dan pengenalan kepada teknologi terkini, permintaan terhadap pekerja mahir dan pekerja yang mempunyai pelbagai

Bab 1.indd 23

23

kemahiran akan terus meningkat pada tahun akan datang. Bagi memastikan penawaran pekerja mahir yang mencukupi dalam ekonomi, Kerajaan akan memperuntukkan dana dalam Bajet 2018 bagi melaksanakan pelbagai program kemahiran bersilang, peningkatan kemahiran, latihan semula dan kemahiran kepakaran. Selain itu, dengan integrasi teknologi ke dalam kehidupan peribadi individu dan profesional, terdapat peluang yang luas untuk mencipta perisian yang memenuhi keperluan tersebut. Bagi meraih manfaat daripada peluang tersebut, pengekodan merupakan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyertai ekonomi digital. Bagi tujuan ini, program [email protected] yang disediakan di 56 sekolah akan diperluas ke sekolah lain di seluruh negara. Pada masa yang sama, [email protected] juga akan diperluas ke institusi pengajian tinggi.

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat Kerajaan terus mengamalkan pendekatan holistik bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menggalakkan kecergasan fizikal, kecerdasan minda, kepuasan sosial serta pencapaian peribadi. Bajet 2018 akan memperkenal strategi dan program untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan rakyat mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat. Sehubungan itu, Kerajaan berhasrat untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta memperluas program rent-to-own kepada kumpulan berpendapatan rendah. Bajet ini juga meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti serta keperluan asas lain termasuk bekalan elektrik dan air bersih di seluruh negara. Bagi mengurangkan impak kenaikan harga makanan dan pengangkutan, Kerajaan akan terus memperuntukkan dana untuk membolehkan semua warganegara yang layak mendapat faedah daripada pelbagai program bantuan sosial. Selain itu, Kerajaan akan terus menyediakan insentif kepada petani dan usahawan agro bagi meningkatkan pengeluaran makanan, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Pada masa yang sama, saluran akan disediakan bagi generasi muda untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian. Di samping itu, usaha akan dipertingkat untuk memendekkan rantaian bekalan antara pengeluar dan pengguna. Langkah juga akan diperkenal untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah melalui program keusahawanan, pembangunan kapasiti dan latihan kemahiran. Bagi wanita yang tidak bekerja untuk tempoh yang panjang pula, Kerajaan akan memperkenalkan program latihan baharu, khidmat nasihat dan sokongan bagi membantu mereka untuk menceburkan diri dalam keusahawanan at a u ke m b a l i s e mu l a ke a l a m p e ke r j a a n .

10/20/17 10:25 PM

24

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Memperluas Keterangkuman S e m e n t a ra m e n g i k t i ra f ke p e n t i n g a n u n t u k merancakkan ekonomi berasaskan modal, Kerajaan kekal komited untuk mempromosi ekonomi berteraskan rakyat yang membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kekayaan negara. Bajet 2018 memberikan tumpuan kepada pembangunan bandar dan luar bandar termasuk menaik taraf jalan persekutuan dan negeri serta jambatan. Ke arah keterangkuman dalam pendidikan, Kerajaan akan terus berusaha untuk menyediakan pelbagai program khas kepada masyarakat pribumi, program sokongan bagi pelajar miskin dan mengurangkan jurang pendidikan antara penduduk bandar dan luar bandar dengan menaik taraf dan memperluas kemudahan pendidikan serta penempatan lebih ramai guru berkelayakan. Bagi memastikan pertumbuhan yang mapan dan memperkukuh daya tahan negara bagi menghadapi perubahan iklim, Bajet akan memberi penekanan untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, amalan kitar semula dan penggunaan teknologi cekap tenaga. Pada masa yang sama, peruntukan akan disediakan bagi projek tebatan banjir untuk membantu rakyat di kawasan yang berisiko banjir. Bagi terus memperkasa wanita, program akan disesuaikan untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam ekonomi. Peruntukan juga akan disalurkan untuk memperkasa masyarakat Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak. Agenda Bumiputera akan diperkukuh lagi bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi. Selaras dengan komitmen dan usaha Kerajaan untuk mengekalkan integrasi kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dalam rancangan pembangunan negara, Bajet memperuntukkan dana untuk pelbagai program berkaitan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan menggandakan usaha dalam memperkukuh perpaduan serta meningkatkan profil atlet Malaysia bagi meningkatkan keupayaan untuk bersaing setanding di peringkat antarabangsa melalui aktiviti sukan. Selaras dengan pelbagai inisiatif dalam Bajet, kecekapan jentera Kerajaan adalah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lancar untuk memenuhi ekspektasi rakyat. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus mempertingkat amalan terbaik dalam pengurusan sumber manusia bagi memaksimumkan prestasi dan potensi pekerja di samping mempromosikan keseimbangan kerja dan kehidupan tanpa menjejaskan produktiviti atau kecekapan. Usaha juga akan dipergiat untuk menganjak potensi pencapaian nilaikos terbaik melalui NBOS bagi melengkapkan

Bab 1.indd 24

landasan konsolidasi fiskal Kerajaan. Langkah ini melibatkan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi dengan pantas pada kos yang rendah.

Prospek 2018 Ekonomi global dijangka berkembang 3.7% pada 2018 (2017: 3.6%). Ekonomi maju dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 2% (2017: 2.2%) disokong oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Bagi negara yang berkembang pesat dan negara membangun, KDNK dijangka meningkat 4.9% (2017: 4.6%) terutamanya disokong oleh permintaan global yang lebih tinggi dan keyakinan pasaran yang semakin meningkat terutamanya di China, India dan ASEAN. Walau bagaimanapun, ekonomi global masih berhadapan dengan risiko penurunan disebabkan oleh ketidaktentuan dasar dalam ekonomi utama, peningkatan perlindungan, ketegangan geopolitik, kesan perubahan iklim serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan. Ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan pada 2018 dengan pertumbuhan KDNK benar berkembang 5.0% - 5.5% didorong oleh permintaan domestik. Perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan dengan pelaburan dan penggunaan swasta berkembang 8.9% dan 6.8%. Sementara itu, perbelanjaan sektor awam dijangka lebih rendah berikutan pengurangan perbelanjaan modal syarikat awam. Dari sudut penawaran, pertumbuhan dijangka menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif. Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal memberangsangkan disokong oleh perdagangan dan pertumbuhan global. Berdasarkan keadaan ini, PNK per kapita semasa dijangka meningkat 5.1% daripada RM40,713 pada 2017 kepada RM42,777 pada 2018. Dengan kadar pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi, jurang simpanan-pelaburan akan berkurang kepada 2.3% daripada PNK. Ekonomi terus beroperasi di bawah keadaan guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran di bawah 4% manakala inflasi kekal rendah. Selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, defisit fiskal akan terus berkurang kepada 2.8% daripada KDNK pada 2018 (2017: 3%). Oleh itu, hutang Kerajaan Persekutuan akan kekal terurus di bawah had berhemat sebanyak 55% daripada KDNK. Perkembangan ini akan terus memperkukuh asas ekonomi dan daya tahan negara bagi terus memacu Malaysia ke arah sasaran sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan menggandakan saiz ekonomi kepada RM2 trilion menjelang 2025 seterusnya menyertai kedudukan 20 negara teratas dunia pada 2050.

10/20/17 10:25 PM