1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

EKONOMI • Perspektif Keseluruhan ... , inflasi meningkat 2.3% ... besar pembangunan produk inovatif dalam pasaran kewangan Islam...

0 downloads 84 Views 608KB Size
1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI • Perspektif Keseluruhan • Penilaian Prestasi – 2016 • Operasi Fiskal • Perkembangan Monetari dan Kewangan • Status Terkini Bajet 2016 • Sisipan 1: Rumah Mampu Milik • Pengurusan Ekonomi – 2017 • Sisipan 2: Kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada Penggunaan Swasta • Rencana 1: Ekonomi Berhubung Kait

Bab 1.indd 1

10/14/16 11:39 PM

Bab 1.indd 2

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Perspektif Keseluruhan

M

alaysia terus melangkah ke arah mencapai wawasan negara maju dan berpendapatan tinggi walaupun dengan ketidaktentuan persekitaran luaran yang semakin meningkat. Pertumbuhan global kekal sederhana, kesan daripada volatiliti pasaran kewangan, harga komoditi terus rendah dan pertumbuhan lebih perlahan di negara maju. Berasaskan tahap keterbukaan, ketidaktentuan ini memberi impak kepada ekonomi Malaysia melalui perdagangan dan kewangan. Mengambil kira situasi ini, pada 28 Januari 2016, Kerajaan telah mengambil langkah pre-emtif menyemak semula Bajet 2016 bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat. Pada 2016, pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dijangka kekal pada landasan pertumbuhan 4% hingga 4.5% menerusi tambahan 11 langkah baharu di bawah Pengubahsuaian Bajet 2016, diperkuatkan dengan asas ekonomi negara yang kukuh. Program dan langkah yang diperkenalkan di bawah Bajet 2016 bagi menangani pelbagai isu telah menunjukkan kemajuan ketara, menghasilkan pertumbuhan KDNK 4.1% dalam tempoh enam bulan pertama. Pertumbuhan dari segi permintaan disokong oleh penggunaan swasta dan aktiviti pelaburan, manakala pertumbuhan dari segi penawaran didorong oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pada 2017, ekonomi Malaysia dijangka meningkat 4% hingga 5% dengan prospek pertumbuhan global dan perdagangan antarabangsa yang lebih baik. Pertumbuhan didorong oleh permintaan domestik dan asas ekonomi yang kukuh serta langkah Bajet 2017 berteraskan rakyat serta pro-pertumbuhan.

Penilaian Prestasi – 2016 Pertumbuhan KDNK Malaysia 4.1% pada separuh pertama 2016 (Januari - Jun 2015: 5.3%) didorong oleh peningkatan permintaan domestik yang stabil pada 5% (Januari Jun 2015: 6.3%) dengan disokong perbelanjaan sektor swasta. Penggunaan swasta berkembang 5.8% (Januari - Jun 2015: 7.7%), terutamanya oleh kestabilan pasaran buruh dan pertumbuhan pendapatan. Pembentukan modal tetap kasar (GFCF) meningkat 3.2% (Januari - Jun 2015: 3.9%), khususnya menerusi aktiviti pelaburan swasta yang meningkat 4% (Januari - Jun 2015: 7.4%). Lebihan akaun barangan dan perkhidmatan dalam imbangan pembayaran mengecil kepada RM31.8 bilion (Januari - Jun 2015: RM42.8 bilion) berikutan permintaan global yang lemah dan penurunan harga komoditi. Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan positif kecuali pertanian. Sektor perkhidmatan terus berkembang pada 5.4% (Januari - Jun 2015: 5.7%)

Bab 1.indd 3

3

disumbang oleh aktiviti subsektor perdagangan borong dan runcit; maklumat dan komunikasi; serta makanan, minuman dan penginapan. Sektor pembuatan berkembang 4.3% (Januari - Jun 2015: 4.9%), disokong terutamanya oleh subsektor barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan produk berasaskan sumber. Sektor pembinaan terus berkembang 8.4% (Januari - Jun 2015: 7.6%) disokong oleh aktiviti yang lebih tinggi dalam kerja-kerja sivil dan segmen kediaman. Sementara itu, sektor perlombongan berkembang pada kadar sederhana 1.4% (Januari - Jun 2015: 7.8%) disebabkan oleh pengurangan pengeluaran minyak mentah. Sebaliknya, sektor pertanian menurun 6% (Januari - Jun 2015: 0.3%) disebabkan pengurangan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dan getah.

Operasi Fiskal Kerajaan terus memberikan komitmen untuk mengekalkan defisit fiskal pada 3.1% daripada KDNK pada 2016. Pengubahsuaian Bajet 2016 merupakan langkah preemtif sebagai tindak balas kepada penurunan ketara dalam hasil Kerajaan berikutan penurunan berterusan harga minyak mentah. Harga minyak mentah mencecah tahap paling rendah sepanjang tahun sebanyak USD26.39 setong pada Januari 2016. Langkah pengubahsuaian ini penting untuk memastikan sasaran fiskal Kerajaan kekal pada landasan. Pengubahsuaian ini memberi tumpuan kepada pengoptimuman dan penyusunan semula keutamaan perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan kekal utuh tanpa memberi kesan kepada sasaran pertumbuhan. Pelbagai langkah peningkatan hasil juga diperkenalkan bagi menjana pendapatan tambahan untuk menampung kehilangan hasil. Ini termasuk mengoptimumkan hasil daripada pengagihan semula dan proses bidaan spektrum telekomunikasi, meningkatkan levi pekerja asing, kelonggaran penalti cukai pendapatan dan mengurangkan ketirisan cukai di pulau bebas cukai. Sebagai tambahan, pengubahsuaian bajet menekankan langkah strategik untuk meningkatkan eksport, menarik pelaburan dan merangsang pelancongan dalam usaha untuk menjana aktiviti ekonomi yang lebih tinggi. Pengubahsuaian ini juga memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) memainkan peranan penting dalam menentukan Kerangka Fiskal Jangka Sederhana (MTFF). Ke arah mengukuhkan keupayaan institusi pengurusan fiskal, FPC semasa mesyuarat kedua pada Mei 2016 telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Risiko Fiskal Dan Liabiliti Luar Jangka. Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam

10/14/16 11:39 PM

4

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Swasta Jabatan Perdana Menteri dan Bank Negara Malaysia (BNM). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menilai risiko fiskal Kerajaan dan liabiliti luar jangka serta mencadangkan langkah bersesuaian.

Perkembangan Monetari dan Kewangan Pendirian dasar monetari kekal konsisten ke arah mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan mapan. Aktiviti pengantaraan kewangan terus disokong dengan baik oleh institusi kewangan yang kukuh dan mudah tunai mencukupi. Berkuatkuasa 1 Februari 2016, BNM telah mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 4.00% kepada 3.50% untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik. Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga telah dikurangkan daripada 3.25% kepada 3.00% pada 13 Julai 2016 untuk memastikan ekonomi terus berkembang mapan. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2016, inflasi meningkat 2.3% berbanding tempoh sama tahun lepas, didahului oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta minuman alkohol dan tembakau. Dalam tempoh sama, ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau, serentak dengan langkah pelonggaran monetari dalam ekonomi utama dan peningkatan harga minyak mentah global. Pada 2015, pasaran modal Malaysia adalah keempat terbesar di Asia dari segi peratusan kepada KDNK. Pada akhir Julai 2016, pasaran modal Malaysia telah mencecah RM2.8 trilion, terdiri daripada 60.7% pasaran modal Islam. Pada 20 April 2016, Kerajaan berjaya menerbitkan sukuk berdaulat global kelima dalam dolar AS berjumlah USD1.5 bilion. Aset pendasar sukuk tersebut terdiri daripada 100% aset bukan fizikal, menandakan satu lagi kejayaan besar pembangunan produk inovatif dalam pasaran kewangan Islam. Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju sukuk global, menyumbang 53.4% atau USD180 bilion daripada sukuk terkumpul global, pada akhir Jun 2016.

Status Terkini Bajet 2016 Bajet 2016 dengan tema “Mensejahterakan Rakyat” mengutamakan lima strategi utama, iaitu mengukuhkan daya tahan ekonomi; meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau; memperkasa modal insan; memajukan agenda bumiputera dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Sejumlah RM265.2 bilion telah diperuntukkan bagi tahun ini dengan RM215.2 bilion (81.1%) untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM50 bilion (18.9%) untuk perbelanjaan pembangunan (DE). Walau bagaimanapun, susulan kepada penurunan berterusan dalam harga minyak mentah yang menjejaskan jumlah kutipan hasil, perbelanjaan telah diturunkan sebanyak RM13.1 bilion kepada RM252.1 bilion. Sebanyak RM207.1 bilion (82.2%) daripada jumlah ini telah diperuntukkan untuk OE dan RM45 bilion (17.8%) untuk DE.

Bab 1.indd 4

Keutamaan 1: Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara Berdasarkan tahap keterbukaan negara, adalah penting bagi ekonomi untuk menangani kejutan luaran. Dalam hal ini, Bajet 2016 telah memperkenalkan lima langkah untuk memperteguh ketahanan ekonomi negara iaitu merancakkan pelaburan domestik; mempergiatkan pasaran modal; merangsang perusahaan kecil dan sederhana (PKS); menambah baik infrastruktur serta menggalakkan dan mengukuhkan aktiviti ekonomi. Langkah 1: Merancakkan Pelaburan Domestik Beberapa projek baharu telah diperkenal dalam Bajet 2016 untuk meningkatkan pelaburan domestik. Antara projek tersebut adalah Malaysia Vision Valley (MVV) di Negeri Sembilan, Aeropolis KLIA, Bandar Raya Getah Kedah dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sabah. MVV merupakan projek perkongsian awam swasta (PPP), meliputi kawasan seluas 152,530 hektar dari Nilai ke Port Dickson. Pada akhir Ogos 2016, Pelan Pembangunan Komprehensif projek telah dimuktamadkan, manakala Pelan Induk Konsep sedang disediakan. Kerja pembinaan dijangka bermula pada Oktober 2016 dan siap menjelang tahun 2020. Projek Aeropolis KLIA pula meliputi kawasan seluas 526.1 hektar di Sepang, Selangor. Kajian Pelan Induk telah bermula pada 13 Mac 2016 dan telah siap pada September 2016. Bandar Raya Getah Kedah merupakan projek perdana bagi mewujudkan bandar bersepadu bertaraf dunia. Terletak di Ladang Bukit Ketapang, Kuala Nerang, Kedah, projek ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri berasaskan getah yang menghasilkan produk hiliran bernilai tambah tinggi daripada getah asli dan sintetik. Pada 2016, sebanyak RM320 juta telah diperuntukkan bagi projek ini dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM60.5 juta telah dibelanjakan dan dijangka siap menjelang 2021. Projek Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah melibatkan peruntukan RM20 juta. Jeti ini akan memudahkan eksport dan import produk berkaitan kelapa sawit. Kerja pembinaan bagi projek ini dijangka bermula pada November 2016 dan siap pada September 2018. Khazanah Nasional Berhad akan melabur RM6.7 bilion dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi di sektor seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan serta perisian komunikasi dan infrastruktur. Projek kesihatan merangkumi hospital baharu dan naik taraf hospital sedia ada di bawah IHH Healthcare Berhad di Medini Iskandar, Kuala Lumpur, Klang, Melaka dan Kota Kinabalu serta pembinaan hospital rehabilitasi baharu bagi pesakit di Lembah Klang. Sementara itu, projek pelancongan ialah Resort Destinasi Pantai Desaru yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung 2016 serta pembangunan Dataran Muzium dan Taman Tugu di Kuala Lumpur. Selain itu, RM90 juta akan dilaburkan di Iskandar Malaysia bagi menarik tambahan RM2.2 bilion pelaburan swasta dalam subsektor penyumberan luar proses perniagaan menjelang 2020. Khazanah

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

juga telah menubuhkan Dana Teroka Pelancongan berjumlah RM50 juta bagi usahawan pelancongan yang berkelayakan dalam subsektor eko-pelancongan, pelancongan kesenian dan warisan. Sonneratia Capital juga ditubuhkan dengan dana pelaburan berjumlah RM50 juta bagi membiayai penghasilan kandungan tempatan untuk pasaran eksport. Projek lain yang sedang dilaksanakan di bawah Bajet sebelum ini termasuk Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) Petronas dan Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak. Projek PIC merangkumi penapisan minyak mentah, naphtha cracker, loji petrokimia serta terminal import gas asli cecair (LNG) dan regasifikasi. Pada 2016, sebanyak RM28.4 bilion telah diperuntukkan untuk projek PIC dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM13.6 bilion telah dibelanjakan. PIC dijangka siap pada 2019 dengan kapasiti terancang untuk menghasilkan 300,000 tong produk petroleum ditapis setiap hari dan tiga juta tan ethylene, propylene, olefins C4 dan C5 setiap tahun. Setelah beroperasi, projek ini dijangka mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan. Taman Perindustrian Samalaju (SIP) meliputi kawasan seluas 8,000 hektar di Bintulu, Sarawak sedang dibangunkan dengan kemudahan dan utiliti seperti pelabuhan laut dalam, bekalan kuasa yang stabil, jalan pesisiran pantai dan loji rawatan kumbahan. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan bagi projek ini dan djangka siap menjelang 2018. Taman ini memberi tumpuan kepada industri baharu berintensif tenaga dan aktiviti hiliran lain. Sejak 2009, SIP telah menarik pelaburan sebanyak RM70 bilion serta mewujudkan 50,000 pekerjaan. Langkah 2: Mempergiat Pasaran Modal Bagi terus mempergiat pasaran modal, Kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif, termasuk pemotongan cukai ke atas kos penyenaraian Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggungjawab (SRI) dan pengecualian duti setem 20% untuk instrumen pembiayaan patuh Syariah bagi pembelian rumah. Pemotongan cukai ke atas penyenaraian Sukuk SRI ini berkuatkuasa untuk Tahun Taksiran 2016 hingga Tahun Taksiran 2020. Pengecualian duti setem 20% pula berkuat kuasa bagi instrumen pembiayaan rumah yang dilaksanakan pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak melebihi 31 Disember 2017. Langkah 3: Merangsang Perusahaan Kecil dan Sederhana Ke arah memperkukuh PKS, Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS) ditubuhkan pada 2012 bagi menyediakan bantuan kewangan untuk PKS milik warga Malaysia. Menerusi Bajet 2016, tambahan RM1 bilion diperuntukkan untuk SSFS. Tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2017 dengan Kerajaan menanggung 2% kadar keuntungan pembiayaan. Sejak pelaksanaan SSFS sehingga Julai 2016, sejumlah 1,175 PKS telah memohon skim ini dan pembiayaan berjumlah

Bab 1.indd 5

5

RM2.2 bilion telah dikeluarkan. Pada masa yang sama, rebat berjumlah RM47.3 juta telah disalurkan kepada 822 PKS yang layak. Dalam Bajet 2016, sebanyak RM71.3 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Berimpak Tinggi (HIPs) di bawah Pelan Induk PKS. HIPs turut merangkumi Platform Pengkomersilan Teknologi dengan 110 PKS telah terpilih di bawah platform ini dan sepuluh syarikat telah mengkomersilkan produk mereka. Pada masa yang sama, kumpulan 40% isi rumah terendah (B40) juga telah mendapat manfaat daripada Program Inovasi Inklusif di bawah HIPs ini. Sejak pelaksanaan HIPs pada 2015, Yayasan Inovasi Malaysia telah mengadakan 55 sesi libat urus bersama komuniti, menyaring 430 inovasi dan meluluskan 16 projek. Di samping itu, Program Go-Export telah memberi manfaat kepada 127 syarikat dengan janaan jualan eksport sebanyak RM30.3 juta. Sementara itu, Entrepreneur Acceleration Scheme di bawah SME Bank telah dilancarkan pada Mac 2016 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Menerusi skim ini, SME Bank akan menyediakan pembiayaan kepada PKS yang layak untuk memajukan perniagaan mereka, mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi. Pada masa ini, SME Bank giat melaksanakan sesi libat urus dengan peserta skim ini bagi memahami cabaran perniagaan yang dihadapi. Dana Transformasi Teknologi PKS telah dilancarkan pada Mac 2016 dengan peruntukan RM200 juta kepada SME Bank untuk menyediakan pinjaman mudah pada kadar faedah 4%. Pinjaman tersebut adalah bagi membantu PKS meningkatkan teknologi, menambah baik kecekapan proses dan pengurusan kewangan serta menembusi pasaran eksport. Program lain bagi membantu PKS adalah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM). Kedua-dua program diteruskan pada 2016 dengan peruntukan RM18 juta. TUKAR bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional manakala ATOM mentransformasi bengkel pembaikan dan perkhidmatan automatif. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 2,277 kedai runcit dan 806 bengkel telah dimodenkan dan ditransformasikan di bawah TUKAR dan ATOM. Sebagai langkah tambahan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, Kerajaan mengumumkan institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka milik Kerajaan akan meningkatkan dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 bilion untuk PKS dan syarikat permulaan. Pada akhir Ogos 2016, EXIM Bank telah meluluskan RM478.3 juta sebagai pinjaman bank dan RM1.7 bilion dalam bentuk perlindungan insurans kepada PKS. MAVCAP adalah rakan kongsi terhad Dana GOBI MAVCAP ASEAN Superseed Fund dengan saiz RM60 juta. Dana ini akan membuat pelaburan peringkat awal dalam ekuiti swasta dan instrumen berkaitan ekuiti dalam bidang teknologi maklumat dan media telekomunikasi di Pertubuhan NegaraNegara Asia Tenggara (ASEAN). Pada akhir Ogos 2016, tujuh syarikat pelabur dengan saiz pelaburan sebanyak RM12 juta telah mendapat manfaat daripada dana ini.

10/14/16 11:39 PM

6

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Sementara itu, Cradle Fund Sdn Bhd. (Cradle) telah melancarkan Program Pelaburan Cradle Catalyst dan Program Pelaburan Cradle 500 bagi membiayai usahawan mentransformasi idea berkaitan inovasi teknologi menjadi perniagaan komersil dan membantu syarikat permulaan dengan produk berkaitan teknologi atau perkhidmatan. Pada akhir Ogos 2016, Cradle telah mengagihkan geran berjumlah RM89.2 juta di bawah kedua-dua program dan RM1.1 juta dana ekuiti kepada 794 usahawan.

pada September 2016. Fasa 2 untuk projek tersebut yang melibatkan pembinaan terminal baharu, landasan dan kemudahan lain yang berkaitan sedang dalam peringkat pra-pembinaan dan dijangka dilancarkan pada Februari 2017. Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu juga sedang dalam peringkat pra pembinaan. Sementara itu, kajian kebolehlaksanaan untuk perluasan landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka telah bermula pada Ogos 2016 dan akan siap pada November 2016.

Langkah 4: Menambah baik Infrastruktur Kerajaan terus menambah baik infrastruktur pengangkutan, termasuk lebuh raya, rel dan lapangan terbang. Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, Projek Penyuraian Trafik di Jalan Tun Razak telah dimulakan pada September 2016. Pada masa sama, pembinaan lebuh raya bertingkat Damansara-Shah Alam dan Sungai BesiUlu Klang telah bermula pada Ogos 2016 dan dijangka siap menjelang 2020. Kedua-dua projek ini dilaksanakan melalui inisiatif PPP. Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) merupakan antara projek terbesar dalam sejarah negara. Fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT Laluan 1 SBK), dari Sungai Buloh ke Semantan dijangka beroperasi pada Disember 2016. Jajaran seterusnya dari Semantan ke Kajang adalah mengikut jadual dan akan beroperasi pada Julai 2017. MRT laluan 1 SBK akan berfungsi sebagai koridor kepada lebih satu juta penduduk. Kerja pembinaan laluan MRT kedua, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (MRT Laluan 2 SSP) telah bermula pada suku kedua 2016. Fasa pertama MRT Laluan 2 SSP tersebut dari Sungai Buloh ke Kampung Batu dijangka beroperasi pada suku kedua 2021. Jajaran seterusnya dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral akan beroperasi pada suku kedua 2022. MRT Laluan 2 SSP akan berfungsi sebagai koridor kepada anggaran dua juta penduduk. Sementara itu, projek Sambungan Laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya telah siap dan beroperasi pada Jun 2016. Kerja pembinaan landasan sepanjang 36 kilometer (km) bagi LRT3 atau Laluan LRT Bandar Utama-Klang dijangka bermula menjelang akhir 2016 dan beroperasi pada 2020. Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bakal menjadi alternatif pengangkutan awam yang akan menghubungkan tujuh bandar raya dan bandar di Malaysia ke Singapura. Memorandum Persefahaman di antara Singapura dan Malaysia telah ditandatangani pada 19 Julai 2016. Stesen yang telah dikenal pasti ialah Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan akan merentasi Selat Johor ke Jurong Timur di Singapura. Jarak operasi HSR adalah dianggarkan 350 km dan dijangka mula beroperasi pada 2026. Usaha sedang dilaksanakan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di beberapa lapangan terbang. Kerja tanah di Lapangan Terbang Mukah di Sarawak telah siap

Bab 1.indd 6

Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar akan terus dipergiat. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM564.2 juta telah dibelanjakan untuk membina dan menaik taraf 301 km jalan luar bandar di seluruh negara. Pada masa yang sama, RM200 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf jalan dan sistem perparitan di kawasan penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM151.6 juta adalah komitmen untuk pembinaan 866.1 km jalan dalam kawasan penempatan tersebut. Sebanyak RM742 juta lagi telah diperuntukkan bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM418.7 juta telah dibelanjakan memanfaatkan 17,730 penduduk. Di samping itu, RM308.9 juta telah diperuntukkan untuk projek Bekalan Air Luar Bandar. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM184.8 juta telah dibelanjakan memanfaatkan 11,105 penduduk luar bandar. Dalam usaha merancakkan pembangunan di Sabah dan Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo dari Teluk Melano ke Miri di Sarawak sepanjang 1,089 km sedang dilaksanakan dan pada akhir Ogos 2016, jalan sepanjang 270 km telah siap dibina. Di Sabah, kerja pembinaan bagi lebuh raya sepanjang 1,236 km dari Sindumin ke Tamparuli, Tuaran ke Kudat dan Ranau ke Tawau sedang dilaksanakan. Pada akhir Ogos 2016, jalan sepanjang 117 km telah siap dibina. Kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion untuk pelbagai projek dan program bagi meningkatkan infrastruktur telekomunikasi. Ini termasuk projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang membantu untuk meningkatkan liputan dan kelajuan jalur lebar di kawasan pinggir bandar dengan kelajuan sehingga 20 megabit per saat (Mbps). Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 147,286 port telah dipasang di seluruh negara. Satu lagi inisiatif untuk meningkatkan kualiti jalur lebar ialah Pengembangan Rangkaian Gentian Optik. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 432 km rangkaian backhaul fiber optik telah dinaik taraf di seluruh negara. Sebanyak 13,402 port telah disediakan di bawah Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) bagi menyedia liputan tetap dengan kelajuan sehingga 4Mbps di lokasi terpilih. Seterusnya, inisiatif Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut, pembinaan Pusat Pendaratan Kabel Dasar Laut (SCLC) dan kerja lain yang berkaitan untuk menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah bermula pada 2014 dan dijangka siap pada 2017.

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Langkah 5: Mempromosi dan Memperkukuhkan Aktiviti Ekonomi Industri pelancongan adalah salah satu pemacu dalam pertumbuhan ekonomi. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi industri tersebut, antaranya Pameran Pelancongan Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2016 dan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2016. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM8.4 juta telah dibelanjakan untuk program berkenaan. Inisiatif lain bagi menarik kedatangan pelancong ialah sistem permohonan visa dalam talian bermula 1 Mac 2016 dengan kos berjumlah RM600,000. Pada masa ini, perkhidmatan visa elektronik (e-Visa) disediakan untuk warga Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Taiwan. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 113,930 permohonan daripada kesemua negara tersebut telah diproses. Kerajaan mensasarkan untuk menarik 30.5 juta pelancong pada 2016 dan pada akhir Jun 2016, sejumlah 13 juta pelancong telah melawat Malaysia. Kerajaan akan terus memastikan bekalan makanan mencukupi dan mampu dibeli serta menawarkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan rakyat. Dalam hal ini, pelbagai program berimpak tinggi seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta penternakan ikan sangkar telah dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah; Tasik Temenggor, Perak dan Kota Tinggi, Johor. Sasaran pengeluaran untuk program ini ialah 67,307 tan metrik dan mewujudkan 2,038 peluang pekerjaan baharu menjelang 2020 berbanding pengeluaran semasa 8,493 tan metrik dan 466 peluang pekerjaan. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM37.3 juta telah dibelanjakan untuk program berkenaan. Usaha menaik taraf sistem pengairan dan saliran di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) adalah bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk padi serta melindungi kawasan pertanian daripada banjir. Inisiatif tersebut merangkumi beberapa program termasuk pemodenan sistem pengairan padi, pembangunan bagi Program Sumber Air serta program tebatan banjir bagi kawasan pertanian di tujuh kawasan IADA sedia ada dan juga di empat IADA baharu di Pekan dan Rompin, Pahang; Kota Belud, Sabah dan Batang Lupar, Sarawak. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM114.7 juta telah dibelanjakan untuk program tersebut. Pada masa yang sama, Kerajaan terus memberi subsidi RM70 juta bagi input pertanian, termasuk baja dan racun perosak untuk meningkatkan pengeluaran padi bukit serta meningkatkan pendapatan para petani padi bukit di Sabah dan Sarawak. Insentif ini merangkumi kawasan seluas 71,000 hektar dengan 60,000 hektar di Sarawak dan 11,000 hektar di Sabah. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM17.6 juta telah dibelanjakan memanfaatkan 16,154 petani.

Bab 1.indd 7

7

Kerajaan memberi komitmen untuk meningkat dan mengukuhkan program promosi eksport negara. Bagi tujuan ini, Program Promosi Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Geran Pembangunan Pasaran telah diperkenalkan dalam Bajet 2016 dengan dana pelancaran RM80 juta. Program Promosi Malaysia ialah inisiatif mempromosikan barangan eksport keluaran Malaysia, perkhidmatan, pelancongan dan pelaburan di satu pusat sehenti. Pada masa ini, program tersebut dilaksanakan di Shanghai, London dan Melbourne. Sementara itu, Dana Eksport Perkhidmatan ialah satu skim geran bayaran balik dan pinjaman mudah kepada Penyedia Perkhidmatan Malaysia bertujuan memperluas dan meneroka pasaran antarabangsa. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM19.1 juta telah diagihkan kepada 47 penyedia perkhidmatan. Bagi meningkatkan keupayaan PKS dan Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) untuk mengeksport barang dan perkhidmatan, terutamanya syarikat eksport bagi meneroka produk dan pasaran baharu, Kerajaan terus melaksanakan beberapa program, termasuk Program Go-Export dan Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM24.3 juta telah diagihkan kepada kumpulan sasaran. Selain itu, bagi memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa sebagai prasyarat untuk membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran luar negara, maka insentif bagi penubuhan Badan Penilaian Pematuhan Bebas (ICAB) telah diumumkan semasa bajet. ICAB menawarkan perkhidmatan penilaian pematuhan bebas kepada pelanggan tentang pematuhan spesifikasi antarabangsa atau piawaian keselamatan. Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mulai 13 Mei 2016. Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah tambahan bagi memelihara kesejahteraan rakyat. Bagi merancakkan perbelanjaan penggunaan, caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikurangkan 3% bermula Mac 2016 sehingga Disember 2017. Seramai 44% ahli KWSP telah memilih opsyen ini pada akhir Ogos 2016. Dalam masa yang sama, bagi membantu golongan berpendapatan pertengahan, pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 diberikan kepada pembayar cukai individu dengan pendapatan bulanan sebanyak RM8,000 atau ke bawah. Pelepasan cukai khas ini memanfaatkan dua juta pembayar cukai dengan penjimatan sehingga RM475 setiap individu. Pelbagai langkah juga diperkenalkan untuk memperkukuh kewangan Kerajaan. Bagi mengurangkan ketirisan, mulai 1 November 2016, penjualan rokok dan arak akan dihadkan kepada outlet bebas cukai berlesen daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pada masa yang sama, layanan bebas cukai untuk kenderaan import telah diperketatkan di pulau bebas cukai iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman. Langkah lain bagi mengoptimakan hasil ialah melalui

10/14/16 11:39 PM

8

LAPORAN EKONOMI 2016/17

penyusunan semula spektrum telekomunikasi menerusi pengagihan semula dan proses pembidaan. Di samping itu, selaras dengan inisitiatif perbelanjaan berhemah, Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan telah dikeluarkan pada Mac 2016 merangkumi perjalanan luar negara, utiliti, pengurusan majlis, sewa pejabat, penyumberan luar dan pengurusan sumber manusia.

Keutamaan Kedua: Meningkatkan Produktiviti, Inovasi Dan Teknologi Hijau Produktiviti Malaysia telah meningkat dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), namun ianya masih ketinggalan berbanding kebanyakan negara maju. Bagi tempoh empat tahun akan datang, produktiviti disasarkan meningkat 3.7% setahun. Dalam hal ini, tiga langkah telah diperkenalkan iaitu mempercepat inovasi dan keusahawanan, memanfaatkan kemajuan teknologi dan membudaya teknologi hijau. Langkah 1: Mempercepat Inovasi Dan Keusahawanan Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang berdaya saing di rantau ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diperuntukkan RM1.3 bilion. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM37.3 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan pelbagai program, termasuk Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Di samping itu, Pengkomersilan eDirektori, merupakan platform yang menyediakan maklumat berkaitan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan juga telah diperkenalkan. Sementara itu, Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika (SCAR) 2016 dengan tema “Antarctica in the Global Earth System: From the Poles to the Tropics” telah berjaya diadakan pada 20 hingga 30 Ogos 2016. Bagi merangsang pengkomersilan produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh institusi penyelidikan tempatan, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) melalui Program Pelaburan Strategik dalam Syarikat Inovatif telah melabur sebanyak RM276.7 juta dalam 11 syarikat merentasi pelbagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Pada 2016, tambahan RM50 juta telah diperuntukkan kepada AIM dan pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM32 juta telah dilabur dalam lima syarikat. Sebanyak RM200 juta lagi telah diperuntukkan oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) bagi Skim Pembiayaan Untuk Mempercepat Teknologi Dan Inovasi untuk mewujudkan juara serantau. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak empat syarikat telah diperuntukkan pembiayaan berjumlah RM30 juta. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju hab keusahawanan serantau, sejumlah RM35 juta diperuntukkan kepada Pusat Inovasi Dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). Dalam hal ini, beberapa program, termasuk Pusat Keusahawanan ASEAN (ACE), Program Pertukaran Startup, Program MaGIC Accelerator, StartupDB dan

Bab 1.indd 8

MaGIC Sentral telah dilaksanakan. ACE merupakan platform perkhidmatan sehenti bagi rangkaian startups Asia Tenggara di rantau ini. Pada akhir Ogos 2016, ACE telah mewujudkan rangkaian dengan rakan ASEAN dan bukan ASEAN termasuk Inkubator Perniagaan Rehoboth di Korea Selatan serta Yayasan Usahawan ASEAN di Hong Kong. Bermula pada suku ketiga 2016, ACE melaksanakan Program Pertukaran Startup bersama rakan serantau seperti Program Keusahawanan Global Indonesia di Indonesia dan c-ASEAN di Thailand. Program ini telah bermula sejak suku ketiga 2016. Pada masa yang sama, Akademi MaGIC dan Akademi Keusahawanan Sosial telah berjaya meningkatkan kemahiran dan melatih lebih daripada 13,000 usahawan melalui 180 bengkel dan boot kem yang diadakan di enam bandar raya seluruh negara. Di samping itu, perkongsian eksklusif telah diwujudkan dengan Universiti Stanford yang melibatkan 90 usahawan bagi mengikuti program [email protected] dan Stanford Go2Market untuk menilai kebolehupayaan serta memperkukuh perniagaan. Tambahan pula, 12 pensyarah dari universiti tempatan telah dihantar ke Universiti Stanford sebagai sebahagian daripada Stanford Technology Ventures Program bagi meningkatkan tahap pendidikan keusahawanan. Selain itu, Program MaGIC Accelerator menyediakan peserta akses kepada program mentor dan bengkel yang diterajui oleh pakar industri dan usahawan berpengalaman. Pada akhir Ogos 2016, Program MaGIC Accelerator telah menerima 150 startup daripada lebih 20 negara. MaGIC juga menawarkan ruang kerja bersama di kampus MaGIC Cyberjaya yang menempatkan lebih 150 usahawan bagi meningkatkan ekosistem keusahawanan di seluruh negara dan sedang dalam proses melancarkan Borneo744, hab keusahawanan kreatif di Kuching. MaGIC juga telah melancarkan StartupDB, pangkalan data komprehensif mengenai maklumat startup bagi menyediakan maklumat global dengan lebih 2,000 perniagaan didaftarkan. Sumber portal komprehensif (MaGIC Sentral) juga ditubuhkan bagi menghubungkan usahawan dengan agensi. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM29 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan kesemua program ini. Langkah 2: Memanfaatkan Kemajuan Teknologi Bagi menggalakkan sistem binaan berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan, SME Bank telah memperuntukkan RM500 juta pada 2016 bagi Program Promosi Dana Pembiayaan IBS dalam sektor pembinaan. Pada akhir Ogos 2016, pinjaman mudah RM15 juta telah disalurkan kepada PKS yang terlibat dalam IBS bagi pembelian aset tetap, pengubahsuaian kilang dan penyediaan modal kerja. Langkah 3: Membudaya Teknologi Hijau Kerajaan memberi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau kepada 40% daripada KDNK menjelang 2020 berbanding paras 2005. Antara program

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

di bawah inisiatif ini ialah Electricity Mobility Action Plan termasuk proses audit tenaga. Audit tenaga dan retrofit terhadap sistem penyaman udara dan pencahayaan bangunan Kerajaan sedang dilaksanakan. Projek ini diperuntukkan RM26.1 juta dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM5.3 juta telah dibelanjakan. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) diperkenalkan pada 2010 bagi mempercepatkan perkembangan industri teknologi hijau dengan menyediakan akses mudah kepada pembiayaan. Di bawah skim ini, Kerajaan menyediakan 60% jaminan ke atas jumlah pembiayaan dan rebat 2% ke atas kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan. Pemohon projek boleh terdiri daripada pengguna dan pengeluar teknologi hijau dengan had pembiayaan sehingga RM10 juta dan RM50 juta. Sejak dilaksanakan, 509 permohonan telah diproses oleh GreenTech Malaysia dengan nilai projek RM20.8 bilion dan kos Teknologi Hijau RM7.8 bilion. Skim ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2017. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 226 projek telah dibiayai dengan kos projek RM2.4 bilion.

Keutamaan Ketiga: Mempersiaga Modal Insan Modal insan merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi. Menyedari kepentingannya, Bajet 2016 memperkenalkan lima langkah untuk memperkasa modal insan. Langkah tersebut ialah memantapkan kualiti pendidikan; memantapkan pendidikan tinggi; mentransformasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET); memperkasa belia, masyarakat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti. Langkah 1: Memantapkan kualiti pendidikan Malaysia Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sejumlah RM41.3 bilion diperuntukkan pada 2016 termasuk bagi membina 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah dan lima sekolah berasrama penuh, empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta juga menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur. Pada akhir Ogos 2016, kerja pembinaan adalah di peringkat pra pelaksanaan. Sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan pendidikan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama, sekolah berasrama penuh, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah pondok berdaftar dan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina atau sekolah Pematuhan. Pada masa yang sama, pelbagai program sedang dijalankan di prasekolah di seluruh negara. Program tersebut antara lain termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA): Program Pendidikan Prasekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kemasukan ke prasekolah kebangsaan dan meningkatkan kualiti

Bab 1.indd 9

9

keseluruhan pendidikan prasekolah. Sementara itu, RM12.9 juta diperuntukkan bagi Geran Per Kapita Prasekolah, manakala RM66.6 juta untuk program Bantuan Makanan Prasekolah dan RM3.2 juta bagi program Bantuan Kokurikulum Prasekolah pada akhir Ogos 2016. Program ini telah memanfaatkan 200,699 kanak-kanak prasekolah di 6,048 sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, beberapa langkah telah diperkenalkan, termasuk transformasi kurikulum, pembinaan keupayaan dan khidmat perunding, pakarpakar dan pembantu guru. Pada akhir Ogos 2016, seramai 100 Pembantu Pengajar English Fulbright dari Universiti Amerika telah ditempatkan di 100 buah sekolah di lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ke arah meningkatkan kadar kelulusan pelajar bagi kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 170 guru di sekolah menengah atas di semua negeri dijadual menghadiri Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah (PPKBIS). Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP) juga telah diperkenalkan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM4.6 juta telah dibelanjakan untuk DLP melibatkan 296 sekolah harian, 15 sekolah agama dan 68 buah sekolah berasrama penuh. Setelah dilaksanakan program perintis HIP di 94 sekolah di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak, pada Julai 2016, program ini telah diperluaskan ke seluruh negara untuk 1,106 buah sekolah lagi. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar telah diteruskan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan bagi isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM324.5 juta diagihkan kepada 3.2 juta pelajar seluruh negara. Program makanan tambahan yang pada mulanya disediakan pada waktu rehat ditambah kepada sarapan pagi untuk pelajar daripada keluarga miskin. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM315.7 juta telah dibelanjakan untuk program ini dan memanfaatkan 547,110 pelajar di seluruh negara. Selain itu, RM250 Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah disediakan untuk 1.2 juta pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra-universiti. Langkah 2: Memantapkan Pendidikan Tinggi Kerajaan meneruskan program biasiswa melalui pelbagai kementerian, iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Program di bawah JPA seperti Program Biasiswa Nasional, Program Kejuruteraan Khas, Program Bursary, Program Pasca Bursary, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Dermasiswa B40. Biasiswa penuh adalah bagi Program Dermasiswa

10/14/16 11:39 PM

10

LAPORAN EKONOMI 2016/17

B40, manakala program lain disediakan dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Pada akhir Ogos 2016, RM684 juta telah diagihkan kepada 48,830 pelajar. Biasiswa di bawah KPM telah disediakan melalui pelbagai program seperti Program Biasiswa Persekutuan, Program Bursary dan Program Pelajar Cemerlang. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM133.1 juta telah diagihkan kepada 159,483 pelajar. Program biasiswa di bawah KPT melibatkan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Sub Kepakaran dan Pasca Doktoral (SKPD), My Brain Science, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Komanwel. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM62.2 juta telah diagihkan kepada 2,307 pelajar. Sementara itu, KKM juga menyediakan biasiswa terutamanya kepada pegawai perubatan dan pelatih paramedik. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM153.5 juta telah diagihkan kepada 3,822 pegawai perubatan dan 14,884 pelatih paramedik. Langkah 3: Mentransformasi Latihan Teknikal Dan Vokasional Kerajaan memberi komitmen untuk mentransformasi TVET sebagai bidang utama bagi meningkatkan kualiti tenaga kerja tempatan. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.8 bilion kepada 545 institusi TVET melalui Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KWPSM telah memperkenalkan Pengiktirafan Pengalaman dan Pembelajaran Terdahulu (RPEL) pada April 2016 bagi pekerja di bawah kategori B40. RPEL berperanan untuk menyediakan pengiktirafan dan sokongan terhadap sijil dan pengalaman pekerja tempatan berasaskan kepada set kriteria awalan mengikut Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 oleh JPK. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM515,850 telah dibelanjakan memanfaatkan 100 pekerja. Pada masa yang sama, Program Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (GENERATE) direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Melalui program ini, graduan akan dilengkapkan dengan kemahiran tinggi, kompetensi dan pengalaman berkaitan yang diperlukan oleh industri. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM1.7 juta telah dibelanjakan untuk melatih 160 graduan menganggur. Langkah 4: Memperkasa belia, komuniti dan NGO Kerajaan mengiktiraf sumbangan belia kepada pembangunan. Bagi menggalakkan lagi sumbangan mereka, sebanyak RM280 juta telah diperuntukkan untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM114.8 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai latihan teknikal dan vokasional. Di samping itu, sebanyak RM155.4 juta telah diperuntukkan pada 2016 untuk penyediaan atlet bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 tahun hadapan di Kuala Lumpur serta bagi Program Podium (Atlit Elit). Kedua program latihan ini melibatkan 755 atlet, 105 jurulatih, 140 pertandingan tempatan dan 478 pertandingan antarabangsa. Sementara itu, Program

Bab 1.indd 10

Podium merupakan salah satu daripada lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestasi Tinggi dengan objektif keseluruhan untuk mencapai kecemerlangan sukan. Sasaran program ini termasuk memenangi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo pada 2020, mengembalikan sepuluh tempat teratas pada Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018 dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, serta melahirkan 10 atlit berkedudukan enam terbaik dunia. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM55.7 juta telah dibelanjakan untuk program tersebut. Kerajaan terus menggalakkan penglibatan NGO dalam program pembangunan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Program ini dibahagikan kepada lapan bidang utama, iaitu Keluarga; Keibubapaan; Kebapaan; Pra perkahwinan; Pengukuhan Perkahwinan; Program Remaja; Kesihatan Reproduktif dan Pencegahan HIV/AIDS. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM2.1 juta disalurkan kepada 73 NGO. Langkah 5: Mewujudkan Tenaga Kerja Berkualiti Bagi melatih semula pekerja yang diberhentikan, 30% daripada KWPSM akan diperuntukkan untuk program latihan manakala 1Malaysia Outplacement Centre telah ditubuhkan pada Mac 2016. Pusat ini bertujuan memberikan kaunseling kerja dan perancangan, pemadanan pekerjaan dan program latihan. Pada masa kini, KWPSM bekerjasama dengan lebih 40 syarikat dalam pelbagai sektor iaitu minyak dan gas (O&G), pembuatan, teknologi maklumat, hospitaliti dan runcit. Sebanyak 23 kursus latihan telah diluluskan dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah 564 peserta sedang menjalani latihan yang dikelolakan oleh penyedia latihan yang berdaftar dengan KWPSM. Special Programme Intended for Community Enrichment (SPICE) berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak. Kursus latihan yang ditawarkan disesuaikan dengan keperluan industri tempatan. Program ini disasarkan kepada isi rumah B40, lepasan sekolah dan bakal usahawan. SPICE telah bermula di Sarawak pada 23 April 2016 dengan 50 orang pelatih dan pada akhir Ogos 2016, sebanyak 15 kursus telah dijalankan yang memanfaatkan 4,843 peserta. Kerajaan melalui pelbagai agensi akan melatih tambahan 15,000 peserta di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Skim ini disasarkan kepada graduan yang mempunyai kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan. Melalui program ini, graduan dilatih dalam tempoh 12 bulan merangkumi dua bulan latihan insaniah dan maksimum 10 bulan latihan dalam pekerjaan. Pada akhir program ini, graduan akan diserap sebagai pekerja dalam syarikat atau dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam syarikat lain. Mulai Januari hingga Ogos 2016, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membelanjakan RM153 juta untuk program ini dan memberi manfaat kepada 9,000 graduan.

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Pada 2012, Program Pengarah Wanita (WDP) telah dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan membuat keputusan utama terutamanya dalam sektor swasta. Seterusnya, pada 2015 Kerajaan telah melancarkan Latihan Lanjutan Program Pengarah Wanita (AWDTP) dengan objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin wanita daripada WDP. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak 49 penempatan melibatkan wanita dalam Lembaga Pengarah syarikat awam tersenarai merupakan peserta daripada AWDTP.

Keutamaan Keempat: Memperkasa Agenda Bumiputera Selaras dengan dasar pertumbuhan inklusif dan mapan Kerajaan, Bajet 2016 memperkenalkan beberapa inisiatif untuk memperkasa masyarakat Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak. Sasaran di bawah inisiatif ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera kepada sekurang-kurangnya 30% dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan mahir kepada sekurang-kurangnya 60% m e n j e l a n g 2 0 2 0 . S e m e n j a k p e n u b u h a n n y a p a d a 1 September 2009, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) telah mewujudkan lima dana bertujuan menggalakkan penyertaan ekonomi Bumiputera yang saksama dan mapan, iaitu tiga dana pelaburan langsung dan dua dana penyumberan luar. Pada 2016, sebanyak RM300 juta tambahan diperuntukkan kepada dana tersebut dan pada akhir Ogos 2016, jumlah modal yang dilaburkan adalah RM2.9 bilion. Sejumlah RM150 juta telah diperuntukkan kepada Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) bagi meningkatkan pemilikan ekuiti dan memperkukuh aktiviti keusahawanan dan perniagaan Bumiputera. PHB merupakan penaja bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), dana amanah yang melabur terutamanya dalam hartanah di Malaysia. Pada masa ini, PHB menerima aliran pendapatan sewa yang stabil daripada 15 hartanah komersil. Pada 2016, saiz dana terus meningkat dari 2 bilion kepada 3.5 bilion unit. Selain itu, kemasukan pelaburan minimum telah dikurangkan daripada RM500 kepada RM100 setiap orang, manakala pelaburan maksimum telah ditingkatkan daripada RM400,000 kepada RM500,000 setiap orang. Pada akhir Ogos 2016, PHB telah melaburkan kesemua RM150 juta yang diperuntukkan. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah diperuntukkan RM150 juta untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Objektif utama TERAS adalah bagi mempermudah perkembangan syarikat Bumiputera berprestasi tinggi. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM3.7 bilion telah diperoleh dari beberapa bank bagi kemudahan pembiayaan TERAS. Sebanyak RM1.3 bilion telah diberi kepada 302 syarikat. TERAJU juga bekerjasama dengan agensi

Bab 1.indd 11

11

berkaitan, termasuk agensi pembangunan usahawan, pihak berkuasa inkubator dan institusi kewangan bagi menggalakkan penyertaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam program penyediaan dana dan pembinaan kapasiti. Pada akhir Ogos 2016, TERAJU telah menyediakan bantuan kewangan RM336.2 juta kepada 6,476 usahawan Bumiputera baharu dan sedia ada bagi perolehan peralatan, mesin pembungkusan dan modal kerja. Sementara itu, INSKEN yang ditubuhkan pada 2014, merupakan pusat bagi pembangunan keusahawanan dan program bina upaya bagi PKS milik Bumiputera. INSKEN telah melaksanakan beberapa program latihan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pada 2016, INSKEN memberi tumpuan terhadap program latihan keusahawanan kepada graduan TVET. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak 142 program telah dilaksanakan memanfaat 11,684 peserta. Sementara itu, program SUPERB merupakan pertandingan idea perniagaan inovatif yang diadakan pada setiap suku tahun dan pemenang menerima geran bernilai sehingga RM500,000. Program ini disasarkan kepada 200 startup melibatkan peserta berumur antara 18 hingga 40 tahun. Pada akhir Ogos 2016, seramai 111 pemenang dari lapan pertandingan telah menerima geran berjumlah RM50.5 juta. Sejumlah RM250 juta lagi diperuntukkan kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memperkasa masyarakat Bumiputera melalui program keusahawanan. Pada 2016, peruntukan sebanyak RM175 juta diagihkan kepada tujuh program, iaitu Skim PKS, PROSPER Runcit, PROSPER Pemborong, PROSPER Usahawan Muda, PROSPER Hartanah, Siswazah Perantis dan Pembangunan Latihan. Skim PKS bertujuan meningkatkan bilangan PKS Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, manakala program PROSPER pula bertujuan membangun dan membantu usahawan Bumiputera untuk meningkatkan daya saing dan penyertaan mereka dalam subsektor perdagangan, borong dan runcit. Program Siswazah Perantis bertujuan melahirkan usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam subsektor yang sama, manakala Pembangunan Latihan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam membangun dan meluaskan perniagaan. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM142.1 juta telah disalurkan untuk program berkenaan. Kerajaan melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah memperkenal skim pendidikan Bumiputera pelbagai peringkat bagi membantu pelajar dari isi rumah miskin. Di peringkat pertama, Peneraju Tunas Azam menempatkan pelajar dengan pencapaian akademik yang lemah di asrama berpusat untuk menghadiri sekolah rendah dan menengah. Pada akhir Ogos 2016, seramai 323 pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Di peringkat kedua, Peneraju Tunas Geliga menempatkan pelajar dengan keputusan akademik sederhana dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di MRSM, sekolah berasrama penuh atau sekolah harian. Program

10/14/16 11:39 PM

12

LAPORAN EKONOMI 2016/17

ini telah bermula pada September 2016. Di peringkat ketiga adalah Peneraju Tunas Potensi bagi pelajar dengan pencapaian akademik sederhana dalam peperiksaan SPM/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar ini diberi peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di universiti tempatan dan luar negara. Program ini telah bermula pada Mac 2016 melibatkan 177 pelajar. Jumlah peruntukan bagi tiga skim ini adalah RM51.4 juta dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM23.3 juta telah dibelanjakan. Sementara itu, Peneraju Skil merupakan skim bukan akademik bagi belia, termasuk pelajar tercicir untuk dilatih dalam industri seperti O&G, perkhidmatan perniagaan dan pelancongan. Peruntukan bagi program ini berjumlah RM50.3 juta dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM10.3 juta telah dibelanjakan memanfaat 993 pelajar. Pada masa yang sama, Peneraju Profesional disasarkan untuk meningkatkan kemahiran bakat melalui persijilan profesional dalam industri berimpak tinggi seperti perkhidmatan perniagaan dan kewangan. Peruntukan bagi program ini berjumlah RM31.8 juta dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM20.3 juta telah dibelanjakan yang memanfaat 743 peserta. Bagi terus memperkukuh masyarakat Bumiputera, Kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menyediakan tajaan pendidikan kepada seramai 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pengajian tinggi di universiti dan kolej tempatan serta luar negara. Bagi tujuan ini, RM1.8 bilion telah diperuntukkan dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM1.7 bilion telah dibelanjakan.

Keutamaan Kelima: Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat Peningkatan kos sara hidup yang merujuk kepada peningkatan perbelanjaan dalam mengekalkan taraf hidup tertentu merupakan isu yang membimbangkan, terutamanya di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Empat langkah telah diperkenalkan dalam bajet bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat, iaitu meningkatkan kualiti hidup isi rumah B40; menyediakan rumah mampu milik; menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan memastikan kebajikan golongan kurang bernasib baik dan orang kurang upaya (OKU). Langkah 1: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40 Kerajaan terus memberi tumpuan bagi meningkatkan kualiti hidup isi rumah B40. Dalam hal ini, RM500 juta diperuntukkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), iaitu RM450 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM50 juta untuk usahawan masyarakat India tempatan. TEKUN Nasional menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan mikro, termasuk TEKUN Niaga, TEMAN TEKUN dan Tekun I-Factoring kepada usahawan Bumiputera berskala kecil. Pada akhir Ogos 2016, TEKUN Nasional telah memberi pinjaman RM464 juta

Bab 1.indd 12

kepada 36,462 usahawan. Pada 2008, TEKUN Nasional telah menubuhkan Skim Pembangunan Usahawan India untuk membantu usahawan masyarakat India tempatan dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM39.5 juta telah disalurkan kepada 1,785 usahawan. Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia (YPPKM) telah ditubuhkan pada Februari 2015 untuk mengurus dan menyelaras pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil Cina. Berkuatkuasa April 2016, jumlah pinjaman maksimum telah ditingkatkan daripada RM15,000 kepada RM20,000. Pada akhir Ogos 2016, YPPKM telah mengeluarkan RM16 juta yang memanfaatkan 1,100 penjaja dan peniaga kecil. Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di 613 Kampung Baru, sebanyak RM58.8 juta telah diperuntukkan kepada 764 projek termasuk menaik taraf jalan, sistem perparitan, dewan serbaguna, gelanggang bola keranjang, taman rekreasi dan pintu gerbang kampung. Selain projek infrastruktur, Kerajaan juga memperuntukkan RM8.7 juta untuk menaik taraf rumah penduduk miskin memanfaatkan 1,019 isi rumah. Tambahan pula, pinjaman mudah sejumlah RM20 juta telah diluluskan untuk penduduk Kampung Baru bagi membiayai aktiviti perniagaan dan menaik taraf rumah. Usaha meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli terus dipergiatkan menerusi peruntukan RM300 juta untuk program pembasmian kemiskinan dan kebajikan. Dalam hal ini, pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM75.7 juta telah dibelanjakan untuk memperbaiki infrastruktur asas, termasuk pembinaan jalan raya, sekolah, rumah, pusat sehenti, kemudahan awam serta bekalan elektrik. Inisiatif lain di bawah program ini, termasuk bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah yang memanfaatkan 41,657 pelajar. Sementara itu, bagi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli, seluas 579.2 hektar ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman lain telah dibangunkan di kawasan penempatan Orang Asli di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor. Bagi meringankan kenaikan kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara telah dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan daripada RM800 kepada RM920 sebulan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Langkah ini memanfaatkan 1.7 juta pekerja di seluruh negara. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah satu lagi program yang menyediakan bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah, termasuk individu bujang. Pada 2016, Kerajaan telah meningkatkan bayaran BR1M daripada RM1,000 kepada RM1,050 untuk semua penerima dalam pangkalan data e-Kasih. Bayaran BR1M juga ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bagi isi rumah

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, bayaran BR1M telah ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas, peningkatan bantuan daripada RM350 kepada RM400. Pengagihan BR1M telah dilakukan dalam empat peringkat, iaitu pada 28 Januari, 28 April, 15 Jun dan 28 September 2016. Pada akhir September 2016, sejumlah RM5.4 bilion telah diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah dan 3.1 juta individu bujang. Sementara itu, Skim Khairat Kematian Keluarga bagi melayakkan waris terdekat penerima BR1M mendapat bantuan RM1,000 yang diperkenalkan pada 2015, telah diteruskan pada 2016 memanfaatkan 38,620 individu. Bagi membolehkan isi rumah B40 memperoleh pendapatan lebih tinggi, RM50 juta telah diperuntukkan untuk Program Latihan Kerjaya dan Kemahiran serta Program Peningkatan Pendapatan. Program Latihan Kerjaya menyediakan bantuan kepada kumpulan sasar untuk menyertai kursus latihan kemahiran. Sementara itu, Program Peningkatan Pendapatan menyediakan bantuan kewangan kepada peserta untuk melaksanakan projek berkaitan ekonomi dalam pelbagai sektor. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM34.8 juta telah dibelanjakan untuk program ini memanfaatkan 4,493 peserta. Selaras dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah B40 melalui penyertaan dalam ekonomi digital, Kerajaan telah memperluas program eRezeki dan eUsahawan di seluruh negara. Pada akhir Ogos 2016, lebih daripada 13,404 individu terlibat dalam program ini dan pendapatan 4,756 peserta telah meningkat dengan tambahan jualan bulanan RM2 juta untuk pelajar TVET dan RM13.3 juta untuk usahawan mikro. Tambahan pula, Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus merupakan satu lagi inisiatif untuk meningkatkan kemahiran isi rumah B40, khususnya ibu tunggal, anak yatim, belia yang berisiko tinggi dan keciciran sekolah. Dalam hal ini, sejumlah RM65 juta diperuntukkan dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM61.2 juta telah diagihkan kepada agensi dan NGO berkaitan bagi pelaksanaan pelbagai program. Sebagai mengiktiraf sumbangan penjawat awam dalam membangunkan negara serta menyesuaikan kenaikan kos sara hidup, beberapa langkah telah diperkenalkan untuk meningkatkan sistem saraan dalam sektor awam. Berkuat kuasa 1 Julai 2016, penjawat awam telah disediakan dengan pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred. Inisiatif lain termasuk penambahbaikan skim perkhidmatan serta menetapkan gaji permulaan minimum dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan dan menetapkan kadar pencen minimum sebanyak RM950 untuk pesara dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan. Pada masa yang sama, pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun telah dilantik secara tetap. Keseluruhannya, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.6 bilion ke atas inisiatif ini dan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam, 252 skim perkhidmatan, 50,000 pesara dan 10,000 pegawai kontrak. Selain itu, pada

Bab 1.indd 13

13

Januari 2016, Kerajaan telah menyediakan pemberian khas tunai sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan pembayaran khas RM250 kepada pesara, dengan jumlah perbelanjaan RM1 bilion. Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam meningkatkan pendapatan serta produktiviti pekebun kecil dan penoreh getah. Langkah ini termasuk Program Pembangunan Kawasan Penanaman Semula Getah, Program Peningkatan Produktiviti dan Pembangunan Pekebun Kecil, Program Sequential Getah dan Bantuan Penanaman Semula Kelapa Sawit, Program Penanaman Semula Getah Ke Tanaman Lain, Skim Tanam Semula Sawit dan Skim Tanam Baharu Sawit. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM665.6 juta telah diagihkan kepada 133,982 pekebun kecil. Bagi mengurangkan kesan harga getah yang rendah ke atas pendapatan, Kerajaan telah menambah baik insentif pengeluaran getah (IPG). Harga pengaktifan IPG telah dinaikkan kepada RM5.50 sekilogram bagi SMR20 (f.o.b) atau RM2.20 sekilogram untuk getah sekerap. Melalui inisiatif ini, pekebun kecil dengan saiz pegangan purata 2.2 hektar dan pengeluaran tahunan sebanyak 3,000 kilogram sehektar cuplumps kini memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,210 berbanding RM1,100 sebelum ini. Dalam meningkatkan pendapatan pesawah, Kerajaan telah melaksanakan inisiatif penggredan padi serta menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP). Penggredan padi adalah berdasarkan penyeragaman harga padi pada RM1,200 setiap tan metrik. Bagi melengkapkan inisiatif ini, Kerajaan telah menaikkan kadar SSHP dari RM248.10 kepada RM300 bagi setiap tan metrik. Inisiatif ini membolehkan petani memperoleh pendapatan tambahan RM296.50 setiap musim. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak 197,789 petani telah mendapat manfaat melalui inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan, Pengubahsuaian Bajet 2016 telah menyediakan tunai tambahan sebanyak RM50 kepada petani bagi setiap tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM66 juta telah diagihkan kepada 104,610 petani. Selain itu, beberapa langkah baharu telah diperkenalkan di dalam pengubahsuaian bajet bagi meringankan kenaikan kos sara hidup. Ini termasuk penubuhan MyFarm Outlets yang menawarkan hasil pertanian seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan pada harga antara 5% dan 20% di bawah harga pasaran. Cawangan pertama telah beroperasi di Presint 7, Putrajaya pada Mac 2016. Cawangan ini telah diperluaskan di dua lokasi lain iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan dan Manjung, Perak. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk program ini. Langkah 2: Menyediakan Rumah Mampu Milik Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai program pemilikan rumah telah diperkenalkan bagi membolehkan rakyat memiliki rumah mampu milik. Antara inisiatif

10/14/16 11:39 PM

14

LAPORAN EKONOMI 2016/17

tersebut ialah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan rumah mampu milik kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM2,500 dan RM10,000. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 96,254 unit sedang dalam pembinaan dan 10,000 unit dijangka siap pada akhir tahun 2016. Selain itu, bagi meringankan beban pembeli rumah pertama, Kerajaan telah melancarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) pada 7 April 2016. Skim tersebut menyediakan sehingga 10% atau maksimum RM30,000 yang mana lebih rendah untuk bayaran pendahuluan bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah. Pada akhir Ogos 2016, 1,624 pembeli telah mendapat manfaat daripada program ini. Di samping itu, di bawah Pengubahsuaian Bajet 2016, rumah berharga RM300,000 dan ke bawah hanya disediakan kepada pembeli rumah kali pertama. Berkuatkuasa Februari 2016, deposit 3% ke atas jumlah kos pembinaan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dikecualikan bagi memberi insentif kepada pemaju untuk membina rumah tersebut. Bagi golongan berpendapatan rendah, program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) telah diperkenalkan untuk membolehkan pemilik tanah membina rumah di atas tanah mereka. Sejak program ini dimulakan pada tahun 2002, sebanyak 36,316 buah rumah telah siap dibina dan pada akhir Ogos 2016, sejumlah 1,626 buah rumah sedang dalam proses pembinaan kebanyakannya di Johor (325), Terengganu (299), Perak (209) dan Kedah (132). Pada masa yang sama, bagi menyelesaikan isu penempatan semula setinggan dan pemilikan rumah di kalangan golongan berpendapatan rendah, Kerajaan telah melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Pada 2016, Kerajaan berhasrat untuk membina 13,130 unit apartmen dan 5,542 unit rumah teres untuk setinggan dan isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,500 sebulan. Sejak program ini dimulakan pada 2002, sebanyak 80,252 buah rumah telah siap dibina dan pada akhir Ogos 2016, sebanyak 8,928 unit pangsapuri dan 2,452 unit rumah teres sedang dalam proses pembinaan, manakala 4,202 unit pangsapuri dan 3,090 unit rumah teres dalam proses perancangan. Kerajaan terus memberikan komitmen bagi menyelesaikan projek perumahan terbengkalai, terutamanya projek perumahan swasta kos rendah dan kos sederhana rendah. Sejak dimulakan pada tahun 2009 dan pada akhir Ogos 2016, inisiatif ini telah menyelesaikan 182 atau 80% daripada jumlah projek perumahan terbengkalai memanfaatkan 32,641 pembeli. Sementara itu, sejumlah 20 projek dalam pelbagai peringkat pembinaan melibatkan 4,610 pembeli dan dua lagi projek dengan peruntukan sebanyak RM20 juta sedang dalam proses pemulihan. Bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif dan selesa untuk penduduk di perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah, Kerajaan terus menyediakan

Bab 1.indd 14

peruntukan untuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi menyelenggara dan membaik pulih perumahan awam dan Program Penyelenggaraan Perumahan bagi perumahan swasta. Pada akhir Ogos 2016, sebanyak RM45 juta telah dibelanjakan untuk membiayai 88 projek memanfaatkan penduduk strata, manakala RM21.6 juta telah dibelanjakan untuk menyelenggara dan membaik pulih 62 kawasan perumahan strata. Bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan generasi kedua peneroka FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Kerajaan terus melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF), Perumahan Generasi Kedua FELCRA d a n P ro j e k P e r u m a h a n G e n e r a s i K e d u a R I S D A . Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 8,470 unit rumah di bawah PGBF sedang dalam proses pembinaan terutamanya di Wilayah Kuantan, Pahang (1,904), Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan (1,683), Wilayah Johor Bahru, Johor (1,499) dan W ilayah Jengka, Pahang (1,270). Bagi FELCRA pula, pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM4 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan 1,183 unit rumah terutamanya di Tembeling Tengah, Pahang (230), Tembangau, Pahang (216), Bukit Sedanan, Melaka (106) dan Lekir, Perak (102). Sementara itu, Projek Perumahan Generasi Kedua R I S D A t e l a h d i l a n c a r k a n p a d a O g o s 2 0 1 6 d a n pembinaan 100 unit rumah telah bermula pada September 2016. Kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Rumah (PBR) untuk membolehkan masyarakat Orang Asli tinggal di rumah yang selesa. Di bawah program ini, 512 unit rumah akan dibina di kawasan penempatan Orang Asli. Kerja pembinaan di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor yang bermula Mei 2016 dijangka siap pada November 2016. Selain daripada program PBR untuk Orang Asli, Kerajaan juga menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan melalui program yang sama untuk isi rumah miskin dan miskin tegar di luar bandar. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembinaan atau membaik pulih rumah untuk warga emas, uzur, OKU dan ibu tunggal. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah RM123.3 juta telah dibelanjakan memanfaatkan 5,972 peserta. Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah diperkenalkan pada tahun 2013 bagi kakitangan awam. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 18,162 unit sedang dalam proses pembinaan dan 499 unit telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan. Sementara itu, 17,665 unit telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan 6,045 telah mendapat kelulusan Pelan Bangunan. Kerajaan mensasarkan untuk membina 100,000 unit pada 2018 dengan harga antara RM90,000 dan RM300,000.

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

15

Sisipan 1

Rumah Mampu Milik Pengenalan Permintaan untuk memiliki rumah terus kukuh sejak beberapa tahun yang lalu disokong oleh peningkatan isi rumah kepada 7.4 juta pada tahun 2015 (2010: 6.6 juta) dan peratusan golongan pekerja muda1 yang tinggi. Proses pembandaran yang pesat dan pertambahan peluang ekonomi turut menarik lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana berhijrah ke kawasan bandar, seterusnya mewujudkan permintaan yang tinggi bagi rumah mampu milik. Memandangkan kemampuan memiliki rumah bergantung kepada faktor pendapatan dan harga, maka ramai isi rumah berpendapatan rendah2, terutamanya penduduk bandar tidak berkemampuan memiliki rumah, disebabkan harga rumah yang tinggi. Bagi tempoh tahun 2009 – 2014, harga purata rumah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 7.9% melebihi kadar 7.3% pertumbuhan purata pendapatan isi rumah (BNM, 2015). Ketidakseimbangan kadar pertumbuhan antara harga rumah dan pendapatan telah menjejaskan kemampuan untuk memiliki rumah terutama sekali golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Berdasarkan International Housing Affordability Survey, harga pasaran rumah mampu milik adalah merujuk kepada kategori gandaan penengah3 3.0 dan ke bawah. Di Malaysia, secara agregat, rumah dianggap sangat tidak mampu milik dengan gandaan penengah 4.4, manakala di negeri-negeri utama wujud kadar pertumbuhan yang tidak sekata antara harga rumah dan pendapatan seperti yang ditunjukkan di bawah: JADUAL 1

Kemampuan Memiliki Rumah Gandaan Penengah Kemampuan (2014)

Penilaian Kemampuan

Kuala Lumpur

5.4

Pulau Pinang

5.2

5.1 & ke atas Benar-benar tidak mampu milik

Johor

4.2

Malaysia

4.4

Selangor

4.0

3.1 hingga 4.0 Agak tidak mampu milik

Melaka

3.0

3.0 & ke bawah Mampu milik

4.1 hingga 5.0 Sangat tidak mampu milik

Sumber: Bank Negara Malaysia 2015 dan Institut Penyelidikan Khazanah 2015.

Langkah-Langkah untuk Memenuhi Permintaan Rumah Mampu Milik Bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik yang semakin meningkat, Kerajaan telah melaksanakan Dasar Perumahan Negara dan menubuhkan Majlis Perumahan Negara. Matlamat inisiatif ini untuk menyediakan skim perumahan berkualiti tinggi dan mesra alam sekitar yang mampan, memperkemas sistem penyampaian dan memupuk industri perumahan yang aktif. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam menangani ketidaksepadanan antara jumlah permintaan berbanding penawaran dalam pasaran rumah. Dari segi permintaan, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah dengan menyediakan akses skim pembiayaan dan subsidi yang lebih baik seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim MyDeposit, Skim My Home, Skim Perumahan Belia, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan dan kemudahan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dari segi penawaran, Kerajaan telah mengambil langkah untuk menambah bekalan rumah mampu milik melalui pelbagai program. Sehingga Disember 2015, sejumlah 183,755 unit (17%) rumah mampu milik telah siap dibina. Manakala sebanyak 214,011 unit (19.3%) dalam peringkat pembinaan dan sejumlah 309,571 unit (27.8%) masih dalam peringkat perancangan. 1

Kelompok penduduk umur bekerja 24 – 39 tahun. Pendapatan bulanan penengah rakyat Malaysia ialah RM4,585, sementara bagi B40 sebanyak RM2,629 (Penyiasatan Pendapatan isi Rumah-HIS, 2014). Gandaan penengah juga dikenali sebagai nisbah harga rumah-pendapatan, yang ditakrifkan sebagai nisbah harga penengah untuk pasaran rumah kepada pendapatan kasar tahunan isi rumah penengah. Ini bermakna bahawa untuk memiliki sebuah rumah berharga RM540,000, pendapatan isi rumah hendaklah sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan.

2 3

Bab 1.indd 15

10/14/16 11:39 PM

16

LAPORAN EKONOMI 2016/17

JADUAL 2

Program Rumah Mampu Milik Projek

Keterangan

Agensi Pelaksana

Program Menyediakan rumah dengan harga di antara RM30,000 Kementerian Kesejahteraan Perumahan Rakyat dan RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di B a n d a r, P e r u m a h a n D a n Sabah dan Sarawak untuk golongan berpendapatan rendah Kerajaan Tempatan (PPR) dan setinggan yang berpendapatan di bawah RM2,500. Program Bantuan Rumah (PBR)

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

Rumah Idaman Rakyat

Menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membina rumah baru atau kerja pembaikan rumah sedia ada. Peruntukan untuk rumah baru ialah dari RM21,000 hingga RM50,000, manakala membaiki rumah usang atau rosak ialah sehingga RM12,000. Kumpulan sasaran ialah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih. Membolehkan individu berpendapatan rendah (pendapatan bulanan antara RM750 dan RM3,000) untuk membina rumah berharga RM65,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM79,000 (Sabah dan Sarawak) di atas tanah mereka dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20,000. Menyediakan dan membangunkan rumah mampu milik di bawah RM300,000 seunit bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM15,000 dan bawah RM10,000 bagi individu bujang yang menetap di Wilayah Persekutuan. Projekprojek di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Membangunkan rumah mampu milik dengan harga tidak melebihi RM350,000. Isi rumah yang berpendapatan RM10,000 ke bawah layak untuk memohon.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Syarikat Perumahan Negara Berhad

K e m e n t e r i a n W i l a y a h Persekutuan

Syarikat Perumahan Negara Berhad

Perumahan Rakyat Merancang, membangun dan membina rumah mampu milik Perbadanan PR1MA Malaysia 1Malaysia (PR1MA) dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000 di pusat-pusat bandar utama. Pembeli yang disasarkan ialah isi rumah berpendapatan antara RM2,500 dan RM10,000. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Menyediakan rumah mampu milik berharga 20% Unit PPA1M, kepada 30% lebih rendah daripada nilai pasaran Jabatan Perdana Menteri bagi kakitangan awam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM10,000.

Sementara itu, bagi mengekang aktiviti spekulasi, Kerajaan telah memansuhkan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang menyebabkan harga rumah melonjak kerana pemaju mengambil kira kos faedah pinjaman pembeli rumah dalam tempoh pembinaan dan seterusnya diserapkan dalam harga jualan rumah. Sebaliknya, Kerajaan menggalakkan konsep bina kemudian jual (BTS) di mana pembiayaan pinjaman perumahan tidak akan bermula sehingga pembinaan harta tanah tersebut siap sepenuhnya. Dalam hal ini, pembeli rumah tidak terdedah kepada risiko kerugian sekiranya projek perumahan terbengkalai semasa tempoh pembinaan memandangkan pinjaman belum dikeluarkan lagi. Kerajaan turut memperkenalkan langkah-langkah seperti pengenalan tempoh larangan selama 10 tahun untuk semua pemilik rumah PR1MA dan PPA1M daripada menjual, menyewakan atau memindah hak milik rumah mereka. Selain itu, Kerajaan juga telah menyemak semula dan meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah yang kurang daripada 5 tahun pemilikan dan mengenakan nisbah maksimum pinjaman kepada nilai (LTV) pada 70% ke atas pembiayaan rumah ketiga. Bagi tujuan memperkukuhkan pengurusan dan penyampaian bekalan rumah mampu milik, beberapa langkah telah diperkenalkan, termasuk penubuhan Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang merupakan pangkalan data perumahan yang bersepadu, merancakkan pelaksanaan sistem binaan berindustri (IBS) dan meningkatkan kecekapan melalui gabungan syarikat dan firma kecil. Penutup Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi untuk memastikan rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat, berikutan permintaan yang amat tinggi, kekurangan tanah yang sesuai dan peningkatan harga bahan binaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus menyediakan rumah mampu milik dengan memperkenalkan strategi yang memanfaatkan pembeli serta pihak yang berkepentingan, termasuk pihak pemaju dan institusi kewangan.

Bab 1.indd 16

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Langkah 3: Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti Kerajaan terus memberikan komitmen untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat. Dalam hal ini, RM1.6 bilion telah diperuntukkan bagi pembinaan kemudahan kesihatan di seluruh negara, termasuk Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, hospital baharu di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan Cyberjaya dan pembangunan semula Hospital Kajang. Pada masa yang sama, Kerajaan juga memberi komitmen untuk membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan, klinik pergigian beserta kuarters kesihatan di seluruh negara. Tujuh klinik 1Malaysia yang baharu telah memulakan operasi di RTC Sungai Rambai dan Batu Berendam di Melaka, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani di Kedah, UTC Miri dan UTC Sibu di Sarawak, PPR Muhibah di Kuala Lumpur dan RTC Simpang Ampat di Pulau Pinang. Pada akhir Ogos 2016, terdapat 145 hospital, 1,806 klinik desa, 966 klinik kesihatan, 56 klinik pergigian dan 341 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Sejumlah RM5.7 bilion telah dibelanjakan untuk bekalan ubat, barang guna habis, vaksin dan reagents untuk semua hospital dan klinik Kerajaan. Langkah 4: Memastikan Kebajikan Golongan Kurang Bernasib Baik dan Orang Kurang Upaya Beberapa program kebajikan telah diteruskan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan miskin, kanak-kanak, warga tua dan OKU. Elaun bulanan sebanyak RM350 kepada OKU bekerja telah diagihkan kepada 75,999 penerima, manakala bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada OKU tidak bekerja telah diagihkan kepada 50,892 penerima. Di samping itu, bantuan sebanyak RM300 untuk penjagaan OKU terlantar telah diagihkan kepada 25,629 penerima. Pada akhir Ogos 2016, kesemua bantuan ini berjumlah RM391.9 juta. Pada masa yang sama, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah diperuntukkan sejumlah RM94.1 juta untuk membantu OKU memulihkan keupayaan fizikal dan mental mereka, mendapat akses kepada perkhidmatan asas dan peluang berintegrasi bersama masyarakat. Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 21,204 OKU di 527 PDK seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program ini. Sementara itu, menerusi Skim Bantuan Kanak-Kanak, bantuan bulanan sebanyak RM100 sehingga RM450 telah disediakan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin yang memanfaatkan 78,887 keluarga. Manakala, di bawah Skim Bantuan Orang Tua sebanyak RM300 telah diagihkan kepada 138,029 warga emas miskin. Pada akhir Ogos 2016, Kerajaan telah membelanjakan RM550.1 juta untuk kedua-dua skim ini.

Pengurusan Ekonomi – 2017 Pengurusan ekonomi pada 2017 akan terus memberi tumpuan kepada penggalakkan pertumbuhan dan pengukuhan asas ekonomi untuk membolehkan negara mendapat manfaat dari peningkatan ekonomi dan perdagangan global. Dalam hal ini, Kerajaan melalui proses libat urus yang menyeluruh telah mengenal pasti beberapa isu yang melibatkan rakyat dan komuniti peniaga. Pada masa yang sama, terdapat juga keperluan untuk mengatasi beberapa isu struktural yang boleh menjejaskan potensi pertumbuhan jangka panjang ekonomi Malaysia. Dari segi perspektif lebih luas, isu ini

Bab 1.indd 17

17

juga membuka peluang bagi Kerajaan untuk mengukuhkan lagi permintaan domestik sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dalam usaha untuk membolehkan ekonomi negara berkembang pada potensi sebenar.

Isu dan Cabaran Persekitaran Luaran Ekonomi global dijangka bertambah baik pada 2017 disebabkan oleh pertumbuhan lebih baik di Amerika Syarikat (AS) serta prestasi kukuh dalam pasaran baharu dan ekonomi membangun. Sementara itu, perdagangan dunia dijangka berkembang seiring dengan peningkatan dalam permintaan global. Walau bagaimanapun, masih terdapat risiko ekonomi merosot berikutan kemungkinan pertumbuhan yang lebih perlahan di China, volatiliti dalam pasaran kewangan global, harga komoditi kekal rendah, inflasi global rendah berpanjangan serta peningkatan ketegangan geopolitik. Ekonomi Domestik Penggunaan swasta adalah komponen terbesar permintaan domestik menyumbang 3.1 peratus kepada pertumbuhan KDNK benar pada separuh pertama 2016. Pada masa sama, hutang isi rumah pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak 88.9% daripada KDNK. Hutang isi rumah yang tinggi ini berisiko memberi tekanan kepada penggunaan swasta, pada ketika terdapat keperluan untuk memacu pertumbuhan permintaan dalam negeri bagi menghadapi permintaan luar yang sederhana. Pada 2015, pelaburan swasta adalah RM198.8 bilion. Trend positif ini berterusan dalam tempoh enam bulan pertama 2016 dengan pelaburan swasta mencecah RM114.8 bilion. Namun di sebalik pencapaian itu, terdapat beberapa cabaran dalam menarik pelaburan. Ini termasuk peningkatan persaingan global bagi pelaburan langsung asing (FDI) serta kekurangan keupayaan inovasi, kecanggihan perniagaan dan produktiviti buruh yang rendah dalam ekonomi domestik. Dari aspek produktiviti, Malaysia masih ketinggalan di belakang kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Laporan mendapati bahawa produktiviti pekerja di Malaysia adalah 32% berbanding AS dan 56% berbanding Republik Korea. Keupayaan Malaysia untuk meningkatkan produktiviti buruh bergantung kepada bagaimana ia boleh memperoleh kecekapan lebih tinggi daripada sumber dalaman, terutamanya modal insan, inovasi dan kecekapan operasi. Sektor eksport telah mencapai kemajuan yang besar dalam mengembangkan produk dan pasaran. Walaupun penglibatan Malaysia dalam Rantaian Nilai Global (GVC) agak tinggi, nilai tambah domestik dalam eksport berteknologi tinggi adalah rendah. Tambahan pula, eksport perkhidmatan belum mencapai potensi sepenuhnya. Pada masa sama, kenaikan bil import, terutamanya bagi barang pengguna dan barang modal boleh membawa kepada pengurangan imbangan perdagangan. Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan terus menjadi peneraju utama ekonomi dan penjana utama peluang pekerjaan. Pada 2015, sektor ini menyumbang 53.5% daripada KDNK, 11.7% daripada jumlah eksport negara dan menyediakan 8.3 juta pekerjaan. Sektor ini disasarkan

10/14/16 11:39 PM

18

LAPORAN EKONOMI 2016/17

untuk menyumbang 56.5% daripada KDNK, 11% eksport dan menyediakan 9.6 juta pekerjaan menjelang 2020. Bagi mencapai sasaran ini, beberapa isu penting perlu ditangani, termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang rendah, terutamanya dalam kalangan PKS. Bagi sektor pembuatan, majoriti pengeluar terus menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar kos rendah dan ketidakcekapan berikutan penggunaan tenaga buruh yang kurang mahir dan murah. Pada masa sama, cabaran terbesar bagi subsektor pembuatan bernilai tinggi adalah untuk menghasilkan produk baharu, kompleks dan berasaskan kemahiran. Modal Insan Modal insan merupakan satu lagi penggerak penting dalam pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, kira-kira 72.6% daripada tenaga kerja mempunyai kelayakan peringkat SPM atau kurang. Pelbagai program telah dilaksanakan selama ini untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan inisiatif utama ialah TVET. Walau bagaimanapun, penyediaan program TVET secara berasingan mewujudkan pelbagai program TVET yang tiada pengkhususan serta tiada sistem penilaian prestasi yang seragam. Tambahan pula, sebahagian besar daripada tenaga pengajar di beberapa institusi TVET kekurangan kemahiran dan pengalaman industri. Isu lain yang berkaitan dengan modal insan termasuk pergantungan kepada pekerja asing, kekurangan pekerja mahir, pengangguran belia dan kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang rendah. Kesejahteraan Rakyat Kerajaan terus melaksanakan dasar pertumbuhan inklusif dengan menyediakan akses dan peluang yang saksama untuk rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi. Oleh itu, rakyat hari ini menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi melalui akses lebih baik kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, infrastruktur dan perkhidmatan sosial. Bagi meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan mempergiat usaha dalam menangani isu dan cabaran. Walaupun kos sara hidup di bandar utama Malaysia adalah rendah berbanding bandar utama di rantau ASEAN, perkara ini masih merupakan kebimbangan utama rakyat, terutamanya golongan B40. Kenaikan harga barang keperluan dan pertumbuhan perlahan pendapatan adalah cabaran utama bagi kumpulan berpendapatan rendah. Ketidaktentuan ekonomi global dan produktiviti buruh yang rendah pula memberi tekanan kepada pengeluar dari segi kos pengeluaran lebih tinggi dan pendapatan yang menurun. Tambahan pula, pencatutan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab di sepanjang rantaian bekalan meningkatkan kos kepada pengguna. Kesemua faktor ini menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup. Satu lagi kebimbangan utama rakyat adalah kemampuan untuk memiliki rumah. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran rumah mampu milik di Malaysia. Ini termasuk peningkatan bilangan isi rumah, perbandaran yang pesat, aktiviti spekulasi serta pengurusan lemah yang menyebabkan kelewatan dan projek terbengkalai. Jika isu ketidaksepadanan ini tidak ditangani, ia boleh membawa kepada ketidakseimbangan dalam pasaran hartanah dengan kesan negatif kepada sektor lain ekonomi.

Bab 1.indd 18

Sungguhpun Malaysia telah mencapai status yang membanggakan dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan, perubahan keadaan semasa menimbulkan cabaran baharu dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Khususnya, isu yang perlu diberi perhatian termasuk peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD), penuaan penduduk serta perbelanjaan swasta yang tidak cekap dan berkesan yang memberi implikasi terhadap perlindungan kewangan. Sistem kesihatan Malaysia kebanyakannya dibiayai melalui kutipan cukai. Berikutan harga minyak yang rendah, Kerajaan telah kehilangan sejumlah besar hasil berkaitan minyak. Sumbangan hasil berkaitan minyak berbanding jumlah hasil telah berkurang daripada 35.8% pada 2011 kepada 21.5% pada 2015 dan dijangka terus berkurang kepada 14.6% pada 2016. Walaupun pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 dijangka menjana RM38.5 bilion pada 2016 dan mengimbangi penurunan keuntungan hasil berkaitan minyak sebanyak RM30.9 bilion, penyediaan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia masih memerlukan model perniagaan baharu bagi memastikan kemapanan fiskal.

Insiatif Strategik – Bajet 2017 Kesejahteraan rakyat merupakan fokus utama Bajet 2017 di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan dasar pertumbuhan inklusif dan mapan Kerajaan, Bajet 2017 akan memperkenalkan langkah untuk merangsang aktiviti ekonomi bagi manfaat rakyat dan ekonomi secara keseluruhan. Tambahan pula, usaha akan terus dipergiat untuk mengukuhkan modal insan, pengetahuan dan kemahiran individu, bagi membolehkan rakyat menyumbang dan menikmati kemakmuran hasil pertumbuhan ekonomi. Pada masa yang sama, usaha bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam akan terus diberi keutamaan. Secara kolektif, inisiatif ini dapat mengukuhkan asas ekonomi negara dan daya saing yang akan terus memanfaatkan rakyat. Mendahulukan Rakyat Bajet 2017 mengambil pendekatan serampang dua mata dengan memperkenal langkah untuk meningkatkan pendapatan dan meringankan kos sara hidup dengan objektif utama meningkatkan taraf hidup rakyat. Daripada perspektif pendapatan, Bajet akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, terutamanya isi rumah B40 dan 40% isi rumah pertengahan (M40). Selain dari meneruskan program BR1M yang diperkenalkan pada 2012, peruntukan juga akan disediakan untuk program peningkatan kemahiran, latihan semula dan latihan keusahawanan. Bagi mengurangkan peningkatan kos sara hidup, tumpuan akan diberikan kepada program yang mengutamakan rakyat. Dalam hal ini, program subsidi sedia ada termasuk subsidi minyak masak dan kadar tol serta bantuan kepada pesawah dan nelayan akan diteruskan. Berdasarkan permintaan yang amat menggalakkan bagi pembinaan rumah mampu milik, model perniagaan sedia ada bagi program perumahan akan dipertingkatkan untuk menghapus ketidakcekapan dalam subsektor perumahan. Pada masa yang sama, dana akan diperuntukkan bagi penyenggaraan rumah awam dan swasta serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat. Langkah ini secara keseluruhannya akan meningkatkan taraf hidup rakyat.

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

19

Sisipan 2

Kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada Penggunaan Swasta Pengenalan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan pada 2012. BR1M merupakan satu bentuk pemberian tunai bersyarat yang diberikan sebagai bayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dan RM2,000 bagi individu. Pada 2014, bantuan BR1M telah diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000. Tujuan BR1M adalah untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dengan menawarkan bantuan kepada isi rumah yang termasuk dalam golongan berpendapatan rendah. Kesan langsung daripada BR1M adalah peningkatan dalam pendapatan boleh guna isi rumah, yang seterusnya mewujudkan kesan limpahan kepada penggunaan swasta dan output industri yang menghasilkan barangan pengguna.

CARTA 1

Jumlah BR1M yang Diagihkan dan Bilangan Penerima 2012 - 2015 RM 7,000

juta 9

Jumlah BR1M yang diagihkan (juta) Purata BR1M per penerima Bilangan penerima (skala kanan)

6,000

6.8

7.0

7.4

8 7

5,000

6

4,000

5

4.2

4

3,000

3

2,000

2

1,000

500

427

523

719

2012

2013

2014

2015

1 0

0 Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia.

GAMBAR RAJAH 1

Kesan Limpahan BR1M kepada Ekonomi

BR1M

Peningkatan Pendapatan

Peningkatan Penggunaan Swasta

Peningkatan Output Barangan Pengguna

Kesan kepada Pendapatan Isi Rumah Pelaksanaan BR1M sebahagiannya telah menyumbang kepada pengurangan dalam bahagian isi rumah yang berpendapatan rendah. Pada 2014, bahagian isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 telah berkurang hampir separuh kepada 24.3% (2009: 52.7%), manakala, isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000 telah meningkat ketara kepada 30.6% (2009: 23.1%). Berikutan pendapatan isi rumah yang semakin meningkat, kadar kemiskinan telah mengecil kepada 0.6 pada 2014, manakala Pekali Gini telah bertambah baik kepada 0.401 dalam tempoh yang sama menunjukkan pengurangan jurang ketidaksamaan pendapatan (2009: 3.8; 0.441). Penambahbaikan ini adalah selaras dengan agenda pembangunan sosio-ekonomi negara untuk meningkatkan keterangkuman.

Bab 1.indd 19

10/14/16 11:39 PM

20

LAPORAN EKONOMI 2016/17

CARTA 2

CARTA 3

Kadar Kemiskinan dan Pekali Gini

Peratusan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan (RM) % bahagian 50

40

5,000 dan ke atas

2,000 - 2,499

4,000 - 4,999

1,500 - 1,999

3,500 - 3,999

1,000 - 1,499

3,000 - 3,499

500 - 999

2,500 - 2,999

499 dan ke bawah

% 10

Pekali 0.48

Kadar kemiskinan Pekali Gini (skala kanan)

0.47

8.5 0.461

0.462 0.46

8

0.45 6

30

6.0

0.443

0.441

5.7

0.44

0.441 0.431

4

20

3.6

0.43

3.8

0.42 0.41

2

10

1.7

0.401 0.40 0.6

0

0 2009

2012

2014

Sumber: Unit Perancang Ekonomi Malaysia.

Kesan kepada Penggunaan Swasta Pendapatan boleh guna isi rumah adalah penentu utama penggunaan swasta, menyumbang secara purata 67.4% daripada pertumbuhan penggunaan swasta. Peningkatan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah, akan menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan swasta kerana golongan ini mempunyai kecenderungan marginal yang lebih tinggi untuk berbelanja. Satu kajian oleh Bank Negara Malaysia1, menunjukkan bahawa isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan secara purata akan membelanjakan RM0.81 daripada RM1.00 pendapatan tambahan berbanding dengan RM0.18 bagi isi rumah berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan. Oleh itu, antara 2012 dan 2015, BR1M telah menyebabkan peningkatan penggunaan swasta sebanyak 7.1% secara purata berbanding 6.8% tanpa pindahan tunai. Kesan kepada Industri berkaitan Penggunaan BR1M juga secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan industri yang menghasilkan barangan pengguna. Keadaan ini terbukti dengan peningkatan dalam pengeluaran industri berkaitan pengguna seperti kediaman, makanan & minuman, kenderaan bermotor, pemilikan kediaman, tempat penginapan, elektrik & gas serta kewangan & insurans. 1

Bab 1.indd 20

1999

2002

2004

2007

2009

2012

2014

0.39 0.38

Sumber: Unit Perancang Ekonomi Malaysia.

CARTA 4

Kesan BR1M kepada Pertumbuhan Penggunaan Swasta (pada harga malar) % perubahan 10 9

Dengan BR1M Tanpa BR1M 8.3 8.2

8 7.2 7

6.9

7.0 6.6 6.0

6

5.5

5 4 3 2 1 0

2012

2013

2014

2015

Sumber: Anggaran Kementerian Kewangan Malaysia.

Bank Negara Malaysia, 2013.

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

21

CARTA 5

Kesan BR1M ke atas Output (peningkatan purata 2012 – 2015) % perubahan

18 15

15.2

Dengan BR1M Tanpa BR1M

14.9

12 9

7.0

6

6.7 4.6

4.3

3.4

3 0

Kediaman

Makanan & minuman

Kenderaan bermotor

3.2

Pemilikan kediaman

3.2

3.0

Tempat penginapan

4.0

3.8

Elektrik & gas

5.0

4.9

Kewangan & insurans

Sumber: Anggaran Kementerian Kewangan Malaysia.

Kesimpulan Bayaran tunai BR1M bertujuan untuk mengurangkan kesan kos sara hidup tinggi kepada golongan 40% isi rumah terendah (B40). Kesan segera BR1M dicerminkan oleh peningkatan pendapatan boleh guna kumpulan B40, yang seterusnya meningkatkan pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan kediaman. Peningkatan ini secara tidak langsung merancakkan aktiviti ekonomi domestik melalui penambahan pengeluaran barangan pengguna.

Merancak Pertumbuhan Ekonomi Dalam konteks pertumbuhan global yang sederhana, peranan permintaan dalam negeri adalah penting untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi. Dalam hal ini, langkah mengukuhkan asas ekonomi negara diberi penekanan utama dalam Bajet sebagai usaha untuk meningkatkan lagi sentimen pelabur bagi menarik pelaburan langsung domestik dan asing. Peruntukan akan disediakan bagi melaksanakan pelbagai langkah untuk mempercepatkan pelaburan, menyediakan infrastruktur dan mengkaji semula rancangan pembangunan koridor. Langkah juga akan diperkenalkan bagi merancakkan pasaran modal dan memperkasa pengeksport untuk meningkatkan operasi di luar pasaran tradisional. Daripada segi penawaran, Bajet akan memberi tumpuan kepada bidang yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi seperti pelancongan, ekonomi digital, PKS, keusahawanan serta R&D. Memperkasa Modal Insan Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan bagi sektor pendidikan untuk melengkapkan pelajar daripada peringkat prasekolah sehingga tertiari, dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi termasuk program TVET. Sehubungan dengan ini, Bajet 2017 akan memberi tumpuan kepada pengukuhan profesion perguruan dan prestasi sekolah, menambah baik kemudahan pendidikan dan mentransformasi TVET bagi memenuhi permintaan industri. Bagi program TVET tersebut, Kerajaan akan mempergiat kerjasama dengan industri untuk menambah pengambilan pelajar, memperbaiki kualiti program dan institusi serta memperkukuh penjenamaan dan profil keseluruhan program TVET. Pada masa yang sama, bagi memanfaatkan faedah sosial dan ekonomi dari kegiatan

Bab 1.indd 21

Ekonomi Berhubung Kait, Kerajaan akan memperuntukkan dana bagi program coding di sekolah dan institusi seluruh negara. Bagi meningkatkan kebolehpasaran, Bajet akan memberi lebih penekanan kepada peningkatan kemahiran insaniah dan keusahawanan seperti penyelesaian masalah, pemikiran analitikal, inovasi dan kreativiti serta penguasaan Bahasa Inggeris. Memperkukuh Pembangunan Inklusif Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada meningkatkan keterangkuman untuk memastikan rakyat menikmati hasil pertumbuhan dan pembangunan tanpa mengira jantina, etnik, status sosio-ekonomi dan lokasi geografi. Pada masa yang sama, Bajet akan memperuntukkan dana untuk membina jalan baharu dan menambah baik jalan sedia ada termasuk bekas jalan pembalakan terutama di Sabah dan Sarawak serta kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dana juga akan disediakan untuk memperluaskan program bekalan air dan elektrik luar bandar. Pada masa yang sama, bagi membolehkan mobiliti rakyat dan penghantaran barangan secara selamat, cekap dan pantas dalam negara, Bajet akan memperuntukkan dana bagi penyediaan akses pengangkutan yang mencukupi dan berpatutan. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan kawasan kediaman dan persekitaran yang lebih selamat untuk rakyat, dana akan diperuntukkan bagi membolehkan agensi penguatkuasa, pihak swasta dan masyarakat untuk meningkatkan program pencegahan jenayah. Seterusnya, bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, peruntukan juga akan disediakan untuk pelbagai aktiviti sukan di seluruh negara. Bajet juga akan memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan negara terhadap perubahan iklim dan bencana alam, mempromosi tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga.

10/14/16 11:39 PM

22

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Rencana 1

Ekonomi Berhubung Kait Pengenalan Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta ketersediaan pelbagai jenis peranti digital telah memperluas penyertaan dalam aktiviti ekonomi. Secara khususnya, Internet merupakan salah satu platform jaringan maya yang paling berkuasa menghubungkan penjual dengan pembeli. Peningkatan bilangan pengguna Internet dengan akses yang lebih pantas serta menyeluruh menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan ekonomi. Pada 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna Internet di peringkat global dan ia dijangka meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sementara itu, jumlah peranti jaringan di bawah Internet of Things (IoT) dijangka mencapai 200 bilion menjelang tahun 2020. Jumlah langganan telefon mudah alih telah mencecah 93% daripada jumlah populasi dunia. Di Malaysia, terdapat 21 juta pengguna Internet dengan kadar penembusan telefon mudah alih mencecah 143.8% daripada jumlah populasi. Peningkatan jumlah langganan tersebut disokong oleh pertambahan peranti jaringan seperti telefon pintar dan tablet. Apakah Kegiatan Ekonomi Berhubung Kait? Peningkatan aplikasi seperti Facebook, Airbnb dan Uber telah mewujudkan komuniti maya yang lebih besar berbanding jumlah penduduk di sebilangan negara. Sehingga akhir Jun 2016, Facebook mempunyai 1.7 bilion pengguna iaitu melebihi 1.4 bilion penduduk di China dan 1.3 bilion di India. Aliran data daripada aplikasi tersebut adalah penting bagi aktiviti perdagangan, inovasi, keusahawanan, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat. Manfaat yang diperoleh daripada pengaliran data ini juga akan menjana inovasi dalam bidang seperti artificial intelligence, robotik, IoT, kenderaan tanpa pemandu, percetakan 3-D, nanoteknologi, bioteknologi, sains bahan, penstoran tenaga dan pengkomputeran kuantum. Justeru, kuasa digital tersebut membentuk kegiatan Ekonomi Berhubung Kait yang ditakrifkan sebagai penghasilan nilai ekonomi melalui hubung kait antara rakyat, perniagaan dan kerajaan. Inovasi Digital dan Gangguan Pengembangan teknologi digital telah mengubah landskap perniagaan. Peranti mudah alih, jaringan sosial, Pengkomputeran Awan dan teknologi lain telah mengubah hubungan antara perniagaan dan pelanggan. Kemajuan teknologi memudahkan perniagaan dijalankan melalui Internet yang menjadi sumber paling penting dalam kaedah pemasaran dan mendapatkan maklumat. Tambahan pula, perniagaan terpaksa melakukan inovasi disebabkan oleh cabaran daripada teknologi, globalisasi dan urbanisasi dalam kalangan ekonomi pesat berkembang. Persaingan antara jenama tidak hanya terhad kepada kualiti produk atau perkhidmatan tetapi lebih khusus kepada paparan pelanggan. Keupayaan mendapatkan pelanggan baharu akan bergantung kepada kemampuan sesebuah perniagaan membuat unjuran, mengadaptasi dan menawarkan perkhidmatan yang diperlukan pelanggan. Gangguan inovasi seperti Uber, Skype, Spotify dan Alibaba kini semakin berkembang di peringkat global dan seterusnya menjadikan model perniagaan tradisional tidak relevan. Inisiatif Kerajaan Kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital sebagai pemangkin pertumbuhan yang lebih tinggi. Dalam hal ini, Kerajaan akan menggiatkan usaha bagi memastikan agensi awam dan perniagaan menerima dan memanfaatkan gangguan digital. Fokus akan diberikan terhadap empat bidang iaitu IoT, Big Data and Analytics (BDA), Pengkomputeran Awan dan e-dagang serta beberapa bidang terpilih di mana Malaysia mempunyai kelebihan berbanding. Akses dan penggunaan jalur lebar adalah elemen penting bagi meraih manfaat sepenuhnya dalam kegiatan Ekonomi Berhubung Kait. Kemudahan jalur lebar akan meningkatkan penggunaan ICT seterusnya merangsang produktiviti dan melonjakkan daya saing sesebuah negara. Kerajaan menyedari bahawa akses kepada kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga mampu milik akan mewujudkan peluang baharu kepada perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat. Bagi mencapai objektif ini, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah dilancarkan pada 2010 bagi memastikan rakyat terutamanya golongan di kawasan luar

Bab 1.indd 22

10/14/16 11:39 PM

LAPORAN EKONOMI 2016/17

23

bandar, pelajar sekolah dan golongan berpendapatan rendah mempunyai akses dan mampu menggunakan Internet berkelajuan tinggi. Sehingga tahun 2015, sejumlah 77.3% isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. Inisiatif yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi jaringan di luar bandar adalah seperti berikut: •

Pusat Internet 1Malaysia menyediakan akses Internet kepada komuniti yang mendapat kurang liputan Internet. Setiap pusat dilengkapi dengan jaringan jalur lebar dan komputer yang membolehkan masyarakat luar bandar menikmati faedah daripada Internet. Pada 2015, terdapat 657 Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara;



Pusat Mini Komuniti Jalur Lebar iaitu projek di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang terletak di 120 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara; dan



Program eRezeki dan eUsahawan yang bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan 40% isi rumah terendah (B40) dan usahawan mikro.

Komponen yang paling penting untuk kekal berdaya saing dalam kegiatan Ekonomi Berhubung Kait adalah pembangunan kumpulan bakat yang mapan. Menyedari hal sedemikian, Malaysia membuat pelaburan yang besar bagi membentuk, menarik dan mengekalkan bakat melalui pelbagai inisiatif seperti: •

[email protected] dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah awam untuk mengajar kemahiran kompetensi digital;



Digital Maker Movement di sekolah untuk menggalakkan inovasi digital pada usia muda;



penambahbaikan kurikulum analitik di institusi pengajian tinggi dengan kolaborasi industri yang menyasarkan 2,000 saintis data dan 20,000 profesional dalam bidang data menjelang tahun 2020;



program peningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi yang disasarkan dengan kolaborasi institusi yang terkenal di dunia seperti Coursera dan Johns Hopkins University; dan



program Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia bagi mempermudah pengambilan pegawai dagang untuk menarik bakat global yang akan berpangkalan di Malaysia.

Bakat ini akan berkembang daripada pengguna kepada pengeluar digital seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh teknologi digital.

Melangkah ke Hadapan Pelbagai inisiatif telah diambil bagi mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara Ekonomi Berhubung Kait. Namun demikian, negara masih menghadapi beberapa cabaran utama seperti kekurangan penggunaan teknologi dalam kalangan PKS, jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak serta kos yang tinggi dan kelajuan Internet yang perlahan. Dalam suasana kemajuan pesat teknologi digital, rakyat perlu memanfaatkan faedah ekonomi dan sosial daripada kegiatan Ekonomi Berhubung Kait untuk meningkatkan kesejahteraan dan memudahkan transaksi harian mereka. Pihak Kerajaan akan terus merangka dan memperhalusi dasar serta peraturan bagi menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang yang dicetus oleh kegiatan Ekonomi Berhubung Kait. Selain itu, tumpuan juga akan diberikan bagi mengubah masyarakat daripada pengguna kandungan kepada pengeluar kandungan untuk meningkatkan lagi pendapatan.

Bab 1.indd 23

10/14/16 11:39 PM

24

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Prospek 2017

Di bawah dasar pertumbuhan inklusif dan mapan, kedudukan fiskal yang kukuh merupakan prasyarat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kerajaan memberi komitmen untuk mencapai dasar fiskal dan bajet yang hampir berimbang menjelang 2020. Dalam hal ini, penjajaran perbelanjaan operasi dan pembangunan kepada hasil merupakan elemen penting kepada Bajet 2017 dan berikutnya. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk meningkatkan kutipan hasil dan mengoptimumkan perbelanjaan. Inisiatif penambahan hasil merangkumi peningkatan keapungan cukai dengan menggalakkan aktiviti nilai tambah tinggi dan menjana pekerjaan berpendapatan tinggi, meluaskan asas cukai serta mengurangkan ketirisan dan pengelakkan cukai. Selain itu, perbelanjaan Kerajaan akan disasar untuk memenuhi keutamaan dan kecekapan perbelanjaan. Bagi memastikan pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan, perbelanjaan pembangunan akan difokus kepada projek yang berpaksikan rakyat dan berimpak tinggi. Langkah ini akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kuantiti dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan. Serentak dengan itu, inisiatif akan diperkenal bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap untuk mempertingkat kepuasan pelanggan.

Berdasarkan asas ekonomi yang kukuh serta strategi dan program dalam Bajet 2017, ekonomi dijangka berkembang antara 4% dan 5% pada 2017. Ini bersamaan dengan pertumbuhan 5% pendapatan negara kasar (GNI) per kapita daripada RM37,812 kepada RM39,699. Dari segi permintaan, pertumbuhan akan disokong oleh permintaan domestik, khususnya penggunaan swasta yang dijangka berkembang 6.3% dan perbelanjaan pelaburan swasta meningkat 5.8%. Sejajar dengan aktiviti pelaburan yang lebih tinggi, jurang tabungan pelaburan dijangka mengecil kepada 0.5% hingga 1.5% daripada GNI (2016: 1% – 1.5%). Inflasi akan kekal terurus, manakala ekonomi akan terus beroperasi dalam keadaan guna tenaga penuh. Semua sektor dalam ekonomi dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan menerajui pertumbuhan tersebut. Menerusi komitmen Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan mengawal perbelanjaan, defisit fiskal dijangka mengecil kepada 3% daripada KDNK. Perkembangan ini akan memperkukuh asas ekonomi dan petanda baik bagi sebuah negara dalam proses peralihan daripada ekonomi sederhana tinggi kepada ekonomi maju berpendapatan tinggi.

Bab 1 copy.indd 24

10/15/16 5:24 AM