1 Prestasi Ekonomi Malaysia Tahun 1999 dan Prospek Pada

20 dan Infrastruktur. Aktiviti-aktiviti ini membantu mengurangkan penguncupan nilai ditambah sektor pembinaan kepada 3.6% pada tahun 1999 berbanding p...

0 downloads 65 Views 61KB Size
1

Prestasi Ekonomi Malaysia Tahun 1999 dan Prospek Pada Tahun 2000

perbankan telah membolehkan sistem perbankan menguruskan fungsi perantaraannya dengan lebih berkesan, justeru, menyokong proses pemulihan ekonomi. Inisiatif dasar ini berserta peningkatan permintaan luar negeri yang kukuh berikutan keadaan ekonomi Asia Timur yang semakin baik serta pertumbuhan cergas di Amerika Syarikat (AS), telah merangsang peningkatan pengeluaran, terutamanya di sektor perkilangan. Pemulihan pengeluaran sektor pertanian berikutan peningkatan ketara dalam hasil minyak kelapa sawit telah juga membantu pemulihan ekonomi.

Prestasi Ekonomi Malaysia Pada Tahun 1999 Tinjauan Keseluruhan

E

konomi Malaysia telah pulih pada tahun 1999 daripada kesan deflasi krisis kewangan serantau yang telah menyebabkan ekonomi negara menguncup sebanyak 7.5% pada tahun 1998. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar, yang menguncup pada kadar luar jangka, iaitu 10.9% pada suku tahun ketiga dan 10.3% pada suku keempat 1998, telah mencatat kadar penguncupan yang lebih kecil iaitu 1.3% pada suku tahun berikutnya sebelum pulih dengan pertumbuhan positif 4.1% pada suku kedua tahun 1999. Berasaskan analisa bulanan, ekonomi negara berada pada paras terendah dalam bulan Januari 1999 sebelum pulih semula mulai Februari 1999. Sejak itu, pemulihan ekonomi telah semakin teguh dan pertumbuhan KDNK benar dijangka meningkat pada kadar 7.2% pada separuh kedua tahun 1999 berbanding dengan kadar pertumbuhan 1.4% pada separuh pertama.

Pemulihan KDNK benar telah disertai oleh pengukuhan kedudukan imbangan pembayaran serta kadar inflasi yang lebih rendah. Perdagangan luar Malaysia telah mencatat lebihan sebanyak RM46.2 bilion pada lapan bulan pertama tahun 1999 berikutan peningkatan jumlah eksport barangan yang kukuh dan melebihi import. Justeru itu, akaun semasa imbangan pembayaran dianggarkan mencatat lebihan sebanyak RM42 bilion (15% daripada KNK) (1998:+36.8 bilion atau 13.7% daripada KNK). Berikutan itu, kedudukan rizab luar negeri yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka meningkat kepada RM125.5 bilion (AS$33 bilion) dan mampu membiayai 6.5 bulan import tertangguh menjelang akhir tahun 1999, daripada RM99.4 bilion (AS$26.2 bilion) bersamaan 5.7 bulan import tertangguh pada akhir tahun 1998.

Pemulihan ekonomi didorong oleh dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara sejajar dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara serta perkembangan yang menggalakkan dari dalam dan luar negeri. Pengenaan kawalan modal terpilih dan penetapan nilai ringgit pada kadar RM1=AS$0.2632(AS$=RM3.80) sejak 2 September 1998 telah memulihkan semula kestabilan dan keyakinan pasaran kewangan. Rangsangan fiskal, dasar kewangan yang longgar serta usaha mempercepatkan pelaksanaan projekprojek sektor awam yang diluluskan telah membantu memulihkan permintaan dalam negeri, khususnya perbelanjaan sektor awam dan penggunaan swasta. Usaha Kerajaan dalam memperkukuh dan menstrukturkan semula sistem

Kadar inflasi tahunan telah menurun daripada kadar purata 5.3% pada tahun 1998 kepada kadar purata 3% bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 1999. Penurunan kadar inflasi ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk penetapan ringgit pada kadar pertukaran yang lebih kukuh sejak 2 September 1998 berbanding kadar pertukaran purata dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1998, kadar inflasi yang rendah di negara-negara rakan dagangan utama Malaysia, 17

Carta 1.1 Petunjuk-Petunjuk Ekonomi Utama

Pertumbuhan KNK

%

%

16

%

16

20

12

12

Pertumbuhan KDNK dan Sektor-Sektor Utama

%

20

15

15 Perkilangan

10 Harga semasa

8

8

5 0

4

4

0

0

10 5

Perkhidmatan

0

Pertanian

-5

-5

-10

-10

-15

Harga benar

-4

KDNK

-15

-4

Pembinaan -20

-8 1999

-8 2000

Gunatenaga Mengikut Sektor

%

1997

1996 juta

1998

-25 1996 RM bilion

-20

1997

1998

-25 2000

1999

Imbangan Pembayaran

RM bilion

50

12 10

Pertanian, perhutanan dan perikanan Perkilangan Pembinaan Perlombongan dan kuari Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan-perkhidmatan lain Pengganguran

50

40 4

30

40 Imbangan keseluruhan

20

Imbangan modal jangka panjang

8 6

30 20

10

10

0

0

3

4 -10

2 0

2 1996

1997

1998

1999

Penawaran Wang1/ (perubahan tahunan)

%

-20 1996

2000

%

%

30

30

10

20

20

Imbangan akaun semasa

1997

1998

1999

Indeks Harga Pengguna2/ (perubahan tahunan)

-10 -20 2000

%

10

8

8 Makanan

M2 M3

6

10

6

Keseluruhan

10 4

0

4

0 2 M1

-10

-10

Sewa kasar, bahanapi dan kuasa

0

2

0 Pengangkutan dan perhubungan

-20

-20 1996

1997

1998

-2 1996

1999 2000 anggaran ramalan

1997

1/ Pada akhir Mac, Jun, September dan Disember termasuk Perjanjian Pembelian Semula (Repo) (kecuali bagi tahun 1999, iaitu pada akhir bulan Mac, Jun dan Ogos) 2/ Malaysia (IHP sehingga September 1999)

18

1998

1999 anggaran

-2 2000 ramalan

pemulihan permintaan dalam negeri yang sederhana, lebihan kapasiti pengeluaran serta harga minyak masak yang lebih rendah berikutan dengan peningkatan pengeluaran minyak kelapa sawit.

sehingga bulan Ogos. Walau bagaimanapun, disebabkan kejatuhan pengeluaran sebanyak 17.1% pada bulan Januari 1999, purata pengeluaran bagi tempoh lapan bulan pertama 1999 adalah pada kadar 6.4%. Pengeluaran sektor ini dijangka mencatat petumbuhan pada kadar dua angka dalam tempoh empat bulan terakhir 1999, memandangkan permintaan luar dan dalam negeri dijangka semakin kukuh. Justeru itu, nilai ditambah sektor perkilangan bagi seluruh tahun 1999 dijangka meningkat 8.9%, iaitu perubahan positif sebanyak 22.6 mata peratusan setelah menguncup sebanyak 13.7% pada tahun 1998. Dengan itu, sumbangan sektor ini kepada KDNK benar pada tahun 1999 meningkat kepada 29.2% daripada 27.9% pada tahun 1998.

KDNK mengikut harga semasa dijangka meningkat sebanyak 5.4% pada tahun 1999 kepada RM299.9 bilion (1998:0.9%) berikutan peningkatan KDNK benar dan harga yang sederhana. Selepas mengambilkira aliran keluar bersih berkaitan dengan bayaran pindahan yang sebahagian besarnya terdiri daripada penghantaran keluar wang oleh pekerja-pekerja asing dan penghantaran keluar keuntungan dan dividen, Keluaran Negara Kasar (KNK) dijangka meningkat sebanyak 4.4% pada tahun 1999 kepada RM280.9 bilion pada harga semasa (1998:0.9%). Dengan pertambahan jumlah penduduk sebanyak 2.4%, KNK per kapita dijangka meningkat sebanyak 1.9% kepada RM12,369 (AS$3,255) pada tahun 1999, berbanding RM12,134 (AS$3,093) pada tahun 1998. Dari segi pariti kuasa beli, pendapatan per kapita dianggarkan meningkat sebanyak 4.4% daripada AS$8,242 pada tahun 1998 kepada AS$8,604 pada tahun 1999. Pendapatan per kapita yang lebih tinggi ini mencerminkan peningkatan peluang pekerjaan serta prestasi kewangan sektor perniagaan yang lebih baik berikutan pemulihan ekonomi.

Dengan peningkatan permintaan global untuk peralatan dan komponen elektronik serta semikonduktor, industri perkilangan berorientasikan pasaran eksport dijangka akan menambahkan pengeluaran sebanyak 6.7% pada tahun 1999 (1998:-6.3%). Bagi industri perkilangan berorientasikan permintaan dalam negeri, pengeluarannya dijangka pulih dengan anggaran 10.3% selepas mencatatkan penguncupan ketara 14.4% pada tahun 1998. Pemulihan ini dipengaruhi terutamanya oleh peningkatan ketara dalam pengeluaran kelengkapan pengangkutan berikutan pertambahan permintaan untuk kereta-kereta penumpang, serta pengeluaran makanan, kimia dan plastik, kertas dan keluaran-keluaran kertas serta logam asas.

Pengeluaran Mengikut Sektor Nilai ditambah sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan telah kembali mencatat pertumbuhan positif dalam tahun 1999, sementara kadar kuncupan sektor pembinaan berkurangan, berikutan pemulihan permintaan dari luar dan dalam negeri. Nilai ditambah sektor pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan juga dijangka mengalami pemulihan yang kukuh, kesan daripada peningkatan ketara dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Walau bagaimanapun, pengeluaran sektor perlombongan berkurangan, sejajar dengan pengurangan pengeluaran minyak mentah petroleum yang dirancangkan serta pengeluaran gas asli yang lebih rendah.

Aktiviti pembinaan masih belum cergas kerana terdapatnya lebihan stok bangunan tinggi perniagaan yang menawarkan ruang pejabat, ruang runcit dan bilik hotel serta kondominium mewah. Walau bagaimanapun, aktiviti pembinaan harta tanah kediaman kos rendah dan sederhana kekal aktif memandangkan permintaan untuk harta tanah ini tetap kukuh, dengan disokong oleh Kempen Pemilikan Rumah pada 12 Disember 1998 hingga 12 Januari 1999 yang mana telah menawarkan galakan seperti pengecualian cukai setem dan kredit yang mudah. Kerja-kerja kejuruteraan sivil bagi projek sektor awam menunjukkan peningkatan pada suku kedua tahun 1999 berikutan usaha gigih mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan yang telah diberi peruntukan tambahan. Aktiviti kejuruteraan sivil dalam projek penswastaan juga menunjukkan pemulihan berikutan penerusan pembinaan projek-projek yang telah mendapat kemudahan pinjaman melalui Bank Pembangunan

Pesanan luar negeri yang kukuh serta peningkatan permintaan dalam negeri telah membolehkan pengeluaran sektor perkilangan pulih dengan ketara sejak Februari 1999 dengan merekodkan pertumbuhan pada kadar purata 10% 19

(mmscfd). Bagaimanapun pengeluaran timah yang dianggarkan meningkat sebanyak 21.6% kepada 7,000 tan metrik, didorong oleh harga bijih timah yang menarik.

dan Infrastruktur. Aktiviti-aktiviti ini membantu mengurangkan penguncupan nilai ditambah sektor pembinaan kepada 3.6% pada tahun 1999 berbanding penguncupan 23% pada tahun 1998. Dengan demikian, sumbangan sektor ini kepada KDNK benar berkurangan kepada 3.7% pada tahun 1999, berbanding 4% pada tahun 1998.

Sektor perkhidmatan dijangka mendapat faedah daripada permintaan perkhidmatan yang kukuh daripada sektor ekonomi utama dan sekunder serta Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini beserta keyakinan pengguna yang semakin baik, perdagangan luar yang lebih tinggi serta pertambahan ketibaan pelancong dijangka menyumbang peningkatan nilai ditambah sektor perkhidmatan sebanyak 2.4% pada tahun 1999 (1998:-0.8%). Sektor perkhidmatan bukan Kerajaan dijangka mengalami peningkatan nilai ditambah sebanyak 2.3% berikutan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam sektor kecil utiliti (elektrik, gas dan air), pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan serta pemulihan kecil aktiviti perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan dan perniagaan harta tanah. Perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Kerajaan meningkat sebanyak 3.5% pada tahun 1999 (1998: 1.8%), kesan dari rangsangan fiskal serta peningkatan perkhidmatan asas terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Secara keseluruhan, sektor perkhidmatan menyumbang 54.6% daripada KDNK benar pada tahun 1999.

Pengeluaran sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan yang pulih dalam separuh pertama tahun 1999 dijangka mencatatkan pertumbuhan 4.6% bagi seluruh tahun 1999, selepas merosot sebanyak 4.5% pada tahun 1998. Perubahan positif prestasi sektor ini didorong oleh peningkatan ketara dalam pengeluaran minyak kelapa sawit sebanyak 19.4% pada tahun 1999 setelah mengalami penguncupan sebanyak 8.3% pada tahun 1998. Peningkatan pesat pengeluaran industri minyak kelapa sawit adalah disebabkan oleh pertambahan kawasan matang di Sabah dan Sarawak serta meningkatnya kitaran biologi keluaran tanaman pada tahun berkenaan. Pengeluaran koko dan lada hitam dijangka meningkat secara sederhana dengan permintaan yang menggalakkan. Sementara itu, pengeluaran getah dijangka terjejas oleh permintaan yang lemah dan penukaran tanah getah kepada lain-lain kegunaan. Pada umumnya, harga komoditi utama bukan minyak dalam nilaian ringgit adalah lebih lemah disebabkan oleh kesan kadar pertukaran serta keadaan penawaran dan permintaan. Dalam sektor kecil perhutanan, pengurangan dalam pengeluaran kayu balak dijangka sebanyak 1.3% kepada 21.366 juta meter padu (1998: 21.656 juta meter padu), sejajar dengan dasar pengurusan bagi pengekalan kawasan hutan. Bagi sektor kecil perikanan pula, pengeluaran dijangka kekal sebanyak 1.4 juta tan metrik sementara pengeluaran ternakan dijangka merosot pada kadar 3.5% berikutan masalah yang dihadapi oleh industri ternakan khinzir. Dengan demikian, sumbangan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan kepada KDNK keseluruhan kekal pada kadar 9.4% pada tahun 1999.

Permintaan Dalam Negeri Permintaan agregat dalam negeri bagi barangan dan perkhidmatan (tidak termasuk perubahan stok) dijangka meningkat 3.5% pada tahun 1999 kepada RM230.6 bilion mengikut harga semasa, setelah menguncup 20.3% pada tahun 1998 akibat kesan deflasi krisis kewangan serantau. Peningkatan ini mencerminkan kesan perbelanjaan sektor awam dan penggunaan sektor swasta yang lebih tinggi. Sebaliknya, pelaburan sektor swasta dijangka terus merosot, berikutan lebihan kapasiti pengeluaran terutamanya di dalam industri berorientasikan pasaran dalam negeri. Perbelanjaan sektor awam bagi barangan dan perkhidmatan dijangka meningkat sebanyak 13.1% pada tahun 1999 kepada RM68.3 bilion (1998: -3.4%) berikutan rangsangan fiskal yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mencergaskan semula ekonomi negara. Sebahagian kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan penggunaan awam sebanyak 16.7% kepada

Sektor perlombongan dijangka mengalami penurunan pengeluaran kecil iaitu pada kadar 1.2% pada tahun 1999 (1998:1.8%). Ini mencerminkan kesan daripada pengurangan 0.9% dalam pengeluaran minyak mentah kepada 712,700 tong sehari selaras dengan Dasar Penyusutan Negara serta pengurangan 4% dalam pengeluaran gas asli kepada 3,975 juta kaki padu sehari 20

RM33.2 bilion (1998:-7.2%) kesan daripada perbelanjaan ke atas emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta pertahanan yang lebih tinggi. Emolumen sektor awam pada tahun 1999 dijangka bernilai RM19.3 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 7.3% berbanding tahun 1998. Peningkatan ini disebabkan oleh bayaran gaji Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun yang meningkat berikutan bantuan khas kewangan khas sebanyak RM600 kepada setiap kakitangan Kerajaan yang layak berjumlah RM325 juta dan pengambilan kakitangan baru dalam perkhidmatan awam yang penting, terutamanya di bidang pendidikan dan kesihatan. Bagi perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pula, peningkatannya dijangka pada kadar 20.8% kepada RM12.1 bilion, terutamanya bagi pembelian peralatan oleh sektor awam yang mana pada tahun 1998 perbelanjaan ke atas item ini telah dikurangkan sebanyak 11.3%. Perbelanjaan pertahanan dan pentadbiran lain yang merupakan 10% daripada perbelanjaan penggunaan sektor awam dijangka meningkat sebanyak 127.1% kepada RM3.3 bilion, setelah dikurangkan sebanyak 32% pada tahun 1998.

demikian, pelaburan sektor swasta dalam industri perkilangan berorientasikan eksport dijangka meningkat dengan sederhana pada tahun 1999 terutamanya pada tempoh separuh kedua tahun tersebut. Ini disokong oleh pelaburan yang lebih tinggi dalam industri elektrik dan elektronik yang mencatatkan peningkatan berterusan dalam penggunaan kapasiti pengeluaran, berikutan peningkatan pesanan luar negeri ke atas kelengkapan dan alat ganti elektronik, termasuk separa konduktor, terutamanya sejak April 1999. Di bidang teknologi maklumat, pihak swasta telah meningkatkan pelaburan mereka khusus bagi mengatasi masalah Y2K. Sementara pelaburan keseluruhan sektor swasta pada tahun 1999 dijangka lebih rendah daripada tahun 1998, tandatanda pemulihan pembentukan modal telahpun wujud, termasuk peningkatan bulanan import barangan modal yang kukuh mulai Jun 1999. Berikutan dengan lebihan kapasiti pengeluaran dalam sektor perkilangan, permohonan pelaburan di sektor ini dalam nilai ringgit berkurangan sebanyak 21.6% kepada RM11,036.6 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1999, berbanding dengan pengurangan 35.5% dalam tempoh yang sama tahun 1998. Permohonan yang diterima daripada pelabur tempatan berkurangan sebanyak 28% dalam tempoh tersebut kepada RM3,787.2 juta, manakala permohonan daripada pelabur asing berkurangan sebanyak 17.7% kepada RM7,249.4 juta. Begitu juga dengan nilai cadangan pelaburan yang diluluskan oleh MIDA yang berkurangan sebanyak 43% kepada RM9,729.2 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1999 berbanding dengan nilai sebanyak RM17,055.5 juta yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun 1998. Kesemua kategori industri utama mencatatkan penurunan pelaburan yang diluluskan melainkan industri elektrik dan elektronik yang mencatatkan peningkatan sebanyak 283.7% kepada RM6,576.7 juta. Peningkatan ketara permohonan pelaburan yang diluluskan bagi industri elektrik dan elektronik mencerminkan permohonan untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi pesanan luar negeri yang kian meningkat bagi kelengkapan dan alat ganti elektronik serta separa konduktor.

Pelaburan awam dijangka meningkat sebanyak 9.9% kepada RM35.1 bilion pada tahun 1999 (1998:0.4%). Pelaburan Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 15.5% kepada RM10.4 bilion, sebagai sebahagian daripada dorongan fiskal bagi menyokong proses pemulihan ekonomi. Pelaburan Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) juga dijangka lebih tinggi pada RM18.5 bilion, iaitu kenaikan sebanyak 13.7% berbanding tahun 1998. Walau bagaimanapun, pelaburan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun dijangka berkurangan sebanyak 7% kepada RM6.2 bilion. Perbelanjaan sektor swasta sebaliknya dijangka stabil pada RM162.3 bilion pada tahun 1999, setelah menyusut sebanyak 25.2% pada tahun 1998. Namun demikian, pelaburan sektor swasta dijangka terus merosot sebanyak 21.5% kepada RM34.8 bilion. Ini sebahagiannya disebabkan oleh sektor pembinaan yang mencatatkan tahap pelaburan yang rendah berikutan wujudnya lebihan stok bangunan komersil tinggi yang menyediakan ruang pejabat, ruang perniagaan dan bilik hotel serta kondominium mewah. Dalam industri perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri, tahap pelaburannya terjejas akibat lebihan kapasiti pengeluaran yang dialami oleh industri pengeluaran bahan-bahan pembinaan seperti keluaran galian bukan logam. Namun

Cadangan pelaburan yang diluluskan kepada pelabur tempatan berkurangan sebanyak 77.4% kepada RM2,225.3 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1999. Namun demikian, permohonan yang diluluskan kepada pelabur asing 21

meningkat sebanyak 3.9% kepada RM7,503.9 juta atau sebanyak 11.3% dalam nilai dolar AS kepada AS$1,974.7 juta dalam tempoh tersebut. Cadangan pelaburan yang diluluskan kepada pelabur Amerika Syarikat, iaitu kumpulan yang menerima kelulusan terbesar, berkurangan sebanyak 1.6% kepada AS$739.9 juta atau 37.5% daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan. Pelabur Jepun yang menerima kelulusan kedua terbesar pula, memperlihatkan pengurangan pelaburan yang diluluskan sebanyak 47.8% kepada AS$211.7 juta atau 10.7% daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan. Namun demikian, pelabur Singapura yang merupakan kumpulan ketiga terbesar mencatatkan peningkatan kecil sebanyak 0.1% kepada AS$166.2 juta atau 8.4% daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan. Cadangan pelaburan yang diluluskan kepada negara-negara lain meningkat dengan ketara sebanyak 74.8% kepada AS$856.9 juta, dengan negara Belanda mencatatkan peningkatan sebanyak 725.5%, Switzerland, 438% dan India sebanyak 352.9%. Hampir 80% daripada cadangan pelaburan yang diluluskan kepada pelabur asing adalah bagi industri elektrik dan elektronik.

Dengan pertumbuhan pengeluaran ekonomi bertambah pesat dalam separuh kedua tahun 1999, tahap lebihan kapasiti pengeluaran secara keseluruhannya akan turut berkurangan. Oleh demikian, pelabur-pelabur asing dan tempatan perlu meningkatkan pelaburan mereka secara beransur-ansur bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi pesanan jualan yang meningkat. Pada hakikatnya, perkara ini telahpun berlaku sepertimana yang dapat dilihat melalui import barangan modal dalam nilai dolar AS yang beralih daripada pertumbuhan negatif sebelum Jun 1999 kepada kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 25.6% pada bulan antara Jun dan Ogos. Walau bagaimanapun, pelaburan daripada pelabur tempatan bagi keseluruhan tahun 1999 dijangka merosot sebanyak 28.5% kepada RM24.1 bilion, manakala pelaburan asing langsung bersih djangka meningkat sebanyak 0.9% kepada RM10.7 bilion. Penggunaan swasta kembali pulih pada tahun 1999 dan dijangka meningkat sebanyak 7.9% kepada RM127.5 bilion mengikut harga semasa, selepas menguncup 7.5% pada tahun 1998. Pemulihan ini mencerminkan keyakinan pengguna semakin meningkat, didorong oleh peningkatan pendapatan bolehguna dan pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan setelah keadaan ekonomi semakin pulih. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi peningkatan tahap penggunaan termasuk pemulihan kekayaan kewangan berikutan peningkatan harga saham yang diniagakan dalam bursa tempatan, kadar faedah yang rendah dan bantuan khas kewangan kepada setiap kakitangan Kerajaan yang layak. Tahap penggunaan barangan dan perkhidmatan yang tinggi dicerminkan oleh jualan kereta penumpang yang meningkat sebanyak 105.9%, motorsikal sebanyak 3.7%, import barangan penggunaan sebanyak 13.8% dan kutipan cukai jualan sebanyak 5.5% dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1999, selepas mencatatkan penyusutan dalam tempoh yang sama tahun 1998.

Pelaburan dalam sektor perkhidmatan dijangka kurang aktif disebabkan wujudnya lebihan kapasiti terutamanya di dalam industri utiliti, pengangkutan dan perhotelan. Pelaburan tambahan juga dijangka tidak akan dibuat dalam sektor kewangan berikutan usaha menggabungkan institusi perbankan untuk mengukuhkannya serta memperolehi ekonomi skala. Namun demikian, pelaburan modal dalam teknologi maklumat yang berkaitan dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) terus menggalakkan, dengan pelaburan dijangkakan bernilai RM2.1 bilion pada tahun 1999 berbanding dengan RM1.5 bilion pada tahun 1998. Dalam sektor pertanian, tahap pelaburan swasta pada tahun 1999 dijangka terhad berikutan hasil yang rendah akibat harga komoditi utama seperti minyak kelapa sawit dan getah yang lemah. Dalam sektor minyak dan gas pula, lima buah syarikat minyak utama dilaporkan akan membuat pelaburan tambahan sebanyak 52.9% kepada RM18.5 bilion pada tahun 1999, berbanding RM12.1 bilion pada tahun 1998. Pelaburan dalam aktiviti huluan dijangka dinaikkan sebanyak 40.8% kepada RM10 bilion, manakala pelaburan dalam aktiviti hiliran akan ditingkatkan sebanyak 69.5% kepada RM8.5 bilion.

Permintaan Luar Negeri Eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor mengikut nilai benar (tidak termasuk pendapatan pelaburan) dijangka bertambah kukuh sebanyak 5.1% pada tahun 1999, selepas stabil pada tahun 1998. Ini terutamanya disebabkan oleh jumlah eksport barangan yang besar ke 22

ekonomi Asia Timur, yang mengimport separuh dari eksport Malaysia, dan ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor mengikut harga semasa dijangka meningkat dengan perlahan iaitu sebanyak 6% kepada RM344.9 bilion pada tahun 1999 berbanding peningkatan 23.8% pada tahun 1998. Kadar peningkatan yang lebih perlahan ini disebabkan oleh kesan kadar pertukaran ringgit, memandangkan kira-kira 90% daripada eksport Malaysia diurusniagakan dalam dolar AS. Kadar pertukaran ringgit purata kukuh sebanyak 3.2% berbanding dolar AS pada tahun 1999, berbanding tahun 1998. Sebaliknya, nilai ringgit mengalami susut nilai sebanyak 28.3% berbanding dengan kadar pertukaran purata ringgit berbanding dolar AS pada tahun 1997.

5.1% kepada RM276.9 bilion pada tahun 1999 (1998:1.2%). Ini disebabkan oleh peningkatan import barangan sebanyak 6.5% kepada RM226.8 bilion pada harga f.o.b. (1998: 2.7%), berikutan jumlah import barangan penggunaan dan perantaraan yang lebih tinggi didorong oleh keyakinan pengguna dan aktiviti sektor perkilangan yang lebih cergas. Import perkhidmatan bukan faktor mengikut harga semasa dijangka meningkat pada kadar 0.6% kepada RM50.1 bilion pada tahun 1999 (1998: -4.4%). Ini mencerminkan bayaran bersih yang lebih tinggi bagi perkhidmatan fret dan insurans serta pengangkutan udara, berikutan jumlah import barangan yang lebih besar serta bilangan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negeri yang meningkat.

Nilai ringgit eksport barangan pada harga tanpa fret dan insurans (f.o.b.) dijangka meningkat pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 6.7% pada tahun 1999 (1998: 29.5%) kepada RM300.9 bilion. Namun begitu, dalam nilai dolar AS, eksport meningkat sebanyak 10.2% (1998: -2%) kepada AS$79.2 bilion, mencerminkan jumlah eksport yang kukuh, terutamanya barangan perkilangan yang didorong oleh eksport peralatan dan bahan elektronik termasuk separa konduktor. Nilai eksport barangan perkilangan yang melebihi 85% daripada keseluruhan nilai eksport dijangka meningkat sebanyak 10.6% kepada RM263.5 bilion pada tahun 1999. Sebaliknya pendapatan eksport pertanian dianggar berkurang sebanyak 15.4% kepada RM22.8 bilion berikutan harga komoditi bukan minyak, seperti minyak kelapa sawit, getah dan koko yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, eksport sektor perlombongan, dijangka meningkat sebanyak 4% kepada RM14.5 bilion berikutan harga petroleum mentah yang lebih tinggi.

Dengan eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor dijangka melebihi import sebanyak RM68 bilion mengikut harga semasa pada tahun 1999 berbanding lebihan sebanyak RM62 bilion pada tahun 1998, sektor luar negeri dijangka menyumbang rangsangan tambahan bersih sebanyak RM6 bilion. Ia merupakan 39% daripada pertambahan KDNK pada harga semasa sebanyak 5.4%, bersamaan dengan 30% daripada pertambahan KDNK benar sebanyak 4.3% pada tahun 1999. Dengan demikian, sektor luar negeri dijangka menyumbang kepada kenaikan KDNK harga semasa sebanyak 2.1 mata peratusan pada tahun 1999 atau kenaikan KDNK benar sebanyak 1.3 mata peratusan. Sebaliknya, perubahan dalam permintaan dalam negeri dijangka menyumbang kenaikan 3.3 mata peratusan dalam KDNK harga semasa dan 3 mata peratusan dalam KDNK benar pada tahun yang sama.

Imbangan Pembayaran

Pendapatan eksport perkhidmatan bukan faktor juga dijangka pulih, dengan mencatat peningkatan 1.4% kepada RM44 bilion pada tahun 1999 (1998: -3.8%) disebabkan oleh peningkatan perdagangan luar, tambahan kemasukan pelancong melalui pengangkutan udara dan peningkatan bilangan pelajar asing di Malaysia. Faktor-faktor ini meningkatkan perolehan pertukaran asing negara melalui pemberian perkhidmatan fret dan insurans, pengangkutan udara serta perjalanan.

Kedudukan imbangan pembayaran dijangka terus kukuh pada tahun 1999 didorong oleh prestasi imbangan perdagangan luar negeri yang lebih baik dan aliran masuk bersih modal jangka panjang. Perdagangan luar negeri yang mencatat lebihan besar sebanyak RM46.2 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 1999 (Januari-Ogos 1998: +RM32.5 bilion) dijangka terus mencatat lebihan di sepanjang tahun. Oleh itu, akaun barangan imbangan pembayaran dijangka mencatat lebihan RM74.1 bilion pada tahun 1999, iaitu meningkat 7.4% daripada lebihan sebanyak RM69 bilion pada tahun 1998.

Import barangan dan perkhidmatan bukan faktor mengikut harga semasa dianggarkan meningkat pada kadar yang lebih pantas sebanyak 23

Pada masa yang sama, akaun perkhidmatan dijangka mencatatkan defisit yang lebih besar sebanyak RM25.1 bilion (1998: -RM22.3 billion) disebabkan oleh aliran keluar bersih pendapatan pelaburan berjumlah RM17.6 bilion (1998: -RM14.8 bilion), kerana tambahan keuntungan dan bayaran dividen oleh syarikat-syarikat asing berikutan meningkatnya pendapatan eksport. Pertambahan aktiviti perdagangan luar pada tahun 1999 juga menyebabkan defisit akaun perkhidmatan semakin melebar berikutan tambahan bayaran bersih bagi fret dan insurans kepada RM9.8 bilion dalam tahun 1999 (1998: -RM8.4 bilion). Pada masa yang sama, bayaran bersih bagi perkhidmatan kontrak dan profesional serta perkhidmatan-perkhidmatan lain dijangka kekal sebanyak RM4.3 billion. Walau bagaimanapun, penerimaan bersih perjalanan dijangka meningkat kepada RM4.3 bilion pada tahun 1999 (1998: +RM3.1 bilion), disebabkan oleh peningkatan jumlah ketibaan pelancong, bilangan pelajar asing yang belajar di Malaysia dan bilangan pelajar Malaysia di luar negeri yang semakin berkurangan. Aliran keluar bersih pertukaran asing disebabkan bayaran pindahan dijangka berkurangan dengan ketara pada tahun 1999 iaitu kepada RM7 bilion berbanding RM9.9 bilion dalam tahun 1998. Ini disebabkan oleh bilangan pekerja asing di negara ini yang berkurangan, dan, justeru itu, jumlah pertukaran asing yang dihantar keluar oleh pekerja-pekerja ke negara asal mereka dijangka lebih rendah.

iaitu kepada RM10.7 billion daripada RM10.6 bilion pada tahun 1998. Oleh itu, lebihan akaun asas imbangan pembayaran dijangka meningkat kepada RM53.5 bilion pada tahun 1999 (1998: +RM47.4 billion). Dengan andaian aliran keluar bersih modal jangka pendek berjumlah RM22 bilion (1998: RM20.6 bilion) disebabkan pelabur-pelabur asing membawa keluar keuntungan modal dan pertukaran asing serta mengambilkira ralat dan ketinggalan, termasuk kerugian pertukaran asing, sebanyak RM5.4 bilion, kedudukan keseluruhan imbangan pembayaran dijangka mencatatkan lebihan yang lebih kecil, iaitu sebanyak RM26.1 billion pada tahun 1999 (1998: +RM40.3 bilion).

Kedudukan Kewangan Sektor Awam Dengan fiskal Kerajaan Persekutuan yang mengembang untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dijangka mencatatkan defisit yang lebih besar pada tahun 1999. Ini sebahagiannya disebabkan hasil Kerajaan Persekutuan kekal pada RM56.7 bilion, kesan dari pengurangan sebanyak 10.3% dalam kutipan hasil cukai langsung kepada RM26.9 bilion. Pengurangan hasil cukai pendapatan adalah berpunca daripada pendapatan individu dan syarikat yang lebih rendah pada tahun 1998. Di dalam arus pemulihan ekonomi, kutipan cukai tidak langsung sebaliknya dijangka meningkat 14.1% kepada RM17.5 bilion berikutan hasil kutipan yang besar daripada duti import dan eksais serta cukai jualan. Begitu juga dengan hasil bukan cukai dan terimaan lain dijangka meningkat sebanyak 8.1% kepada RM12.3 bilion pada tahun 1999, terutamanya daripada peningkatan dividen dan pendapatan faedah.

Oleh demikian, akaun semasa imbangan pembayaran dijangka mencatatkan lebihan yang lebih besar, iaitu RM42 bilion atau 15% daripada KNK pada tahun 1999 (1998: RM36.8 bilion atau 13.7% daripada KNK). Akaun modal jangka panjang imbangan pembayaran dijangka mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi, iaitu sebanyak RM11.5 bilion pada tahun 1999 (1998: +RM10.6 bilion). Ini terutamanya disebabkan oleh aliran masuk bersih modal rasmi jangka panjang yang besar, sebanyak RM5.3 bilion (1998: RM2.1 bilion) berikutan peningkatan pinjaman luar negeri dan bon-bon yang diterbitkan sebelum ini oleh PABK. Aliran masuk bersih modal swasta jangka panjang dijangka berkurangan kepada RM6.2 bilion, berbanding dengan RM8.5 bilion pada tahun 1998. Ini disebabkan oleh peningkatan bayaran balik hutang luar negeri oleh sektor swasta berikutan penstrukturan semula hutang dan pelaburan Malaysia di luar negeri yang meningkat sedikit,

Bagi merangsang ekonomi menerusi permintaan dalam negeri, sasaran jumlah perbelanjaan kasar Kerajaan Persekutuan yang disasarkan adalah sebanyak RM74.9 bilion pada tahun 1999, iaitu meningkat sebanyak 19.5% daripada jumlah perbelanjaan sebenar pada tahun 1998 sebanyak RM62.7 bilion. Perbelanjaan mengurus dijangka meningkat sebanyak 9.6% kepada RM48.9 bilion (1998: -0.2%), terutamanya disebabkan oleh peruntukan yang besar bagi emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta bayaran khidmat hutang. Perbelanjaan bagi emolumen yang merupakan 29.2% daripada jumlah perbelanjaan mengurus dijangka meningkat sebanyak 2.2% kepada RM14.3 bilion. Peningkatan ini terutamanya disumbangkan 24

menerusi bayaran khas sebanyak RM600 kepada setiap kakitangan Kerajaan yang layak dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM325 juta. Perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan akan ditingkatkan dengan anggaran sebanyak 20.7% kepada RM6.3 bilion terutamanya untuk kerjakerja pembaikan dan penyelenggaraan serta khidmat profesional. Hasil daripada pinjaman yang tinggi oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1998 dan 1999 bagi membiayai defisit, perbelanjaan bagi tujuan pembiayaan bayaran khidmat hutang dijangka meningkat sebanyak 30.4% kepada RM9 bilion, iaitu 18.5% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Lanjutan daripada ini, akaun semasa bagi kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dijangka mencatatkan lebihan yang kecil sebanyak RM7.8 bilion dalam tahun 1999 berbanding dengan lebihan sebanyak RM12.1 bilion pada tahun 1998.

atau 1.9% daripada KNK pada tahun 1998. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan berada dalam defisit, selepas mencatatkan lebihan tahun 1993 hingga 1997. Dengan mudah tunai yang mencukupi dalam ekonomi hasil daripada lebihan perdagangan, sebanyak 75.5% daripada defisit fiskal 1999 adalah dibiayai melalui pinjaman dalam negeri terutamanya melalui pengeluaran Sekuriti Kerajaan. Kedudukan akaun sektor awam yang disatukan sebahagian besarnya mencerminkan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Hasil di sektor Kerajaan (meliputi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Badan-badan Berkanun) dijangka berkurangan sebanyak 1.1% pada tahun 1999 kepada RM68.6 bilion (1998: RM69.4 bilion). Sebaliknya perbelanjaan mengurus yang disatukan bagi sektor Kerajaan dijangka meningkat sebanyak 11.5% kepada RM56.1 bilion (1998:RM50.3 bilion), sebahagian besarnya disebabkan peningkatan bayaran khidmat hutang. Oleh yang demikian, lebihan akaun semasa sektor Kerajaan berkemungkinan lebih rendah pada tahun 1999 iaitu RM12.5 bilion (1998:RM19.1 bilion). Selepas mengambilkira lebihan akaun semasa PABK yang dijangkakan sebanyak RM19.6 bilion pada tahun 1999 (1998:+ RM22.5 bilion), akaun semasa yang disatukan bagi sektor awam pada tahun 1999 berkemungkinan mencatatkan lebihan yang lebih kecil, iaitu sebanyak RM32.1 bilion (1998:+RM41.6 bilion).

Rangsangan fiskal yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mencergaskan ekonomi semasa tahun 1999 adalah menerusi peningkatan perbelanjaan pembangunan. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pembangunan kasar yang diperuntukkan dalam tahun 1999 meningkat sebanyak 43.8% (1998:14.9%) kepada RM26 bilion. Sektor ekonomi menerima bahagian terbesar (50.9%) daripada perbelanjaan pembangunan, iaitu sebanyak RM12.7 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 37.7% berbanding perbelanjaan sebenar sektor ini pada tahun 1998. Peningkatan peruntukan bagi sektor ini terutamanya adalah untuk membiayai pembinaan dan menaiktaraf jalan raya, jambatan dan projek rel aliran ringan, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar serta projek pertanian dan pembangunan luar bandar. Perkhidmatan sosial menerima pertambahan 20.9% dalam peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada RM7 bilion terutamanya untuk pembinaan sekolah dan institut latihan kemahiran serta pusat kesihatan.

Jumlah perbelanjaan pembangunan sektor awam dianggarkan meningkat sebanyak 9.7% kepada RM48.6 bilion pada tahun 1999 (1998: RM44.3 bilion), disebabkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan pembangunan sektor Kerajaan. Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan PABK berkurangan sebanyak 14% kepada RM23.4 bilion (1998:RM27.2 bilion) kerana kebanyakan PABK utama ingin memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka. Dengan demikian, kedudukan kewangan sektor awam pada tahun 1999 dijangka mencatatkan defisit yang lebih besar, iaitu sebanyak RM16.4 bilion atau 5.8% daripada KNK (1998: defisit RM2.7 bilion atau 1% daripada KNK).

Dengan mengambilkira pembayaran balik pinjaman dan kemungkinan kurang belanja, perbelanjaan pembangunan bersih dijangka bertambah sebanyak 25.7% pada tahun 1999 kepada RM21.5 bilion, berbanding dengan perbelanjaan pembangunan bersih sebenar tahun 1998 sebanyak RM17.1 bilion. Dengan perbelanjaan keseluruhan melebihi hasil, kedudukan kewangan keseluruhan Kerajaan Persekutuan dijangka mencatatkan defisit sebanyak RM13.7 bilion atau 4.9% daripada KNK pada tahun 1999, berbanding defisit RM5 bilion

Kedudukan Sumber Negara Kedudukan sumber negara dijangka mencatat lebihan yang lebih besar pada tahun 1999 iaitu 25

pengeluaran yang sedia wujud. Dengan demikian, kedudukan sumber sektor swasta dijangka mencatat lebihan sebanyak RM48.5 bilion atau 17.3% daripada KNK pada tahun 1999 (1998:10.3% daripada KNK). Sebaliknya, kedudukan sumber sektor awam dijangka mencatatkan defisit sebanyak RM6.5 bilion atau 2.3% daripada KNK pada tahun 1999 (1998:+3.4% daripada KNK). Ini mencerminkan kesan peningkatan pembentukan modal sektor awam sebanyak 12.5% kepada RM35.8 bilion, manakala tabungan sektor awam berkurangan sebanyak 28% kepada RM29.3 bilion akibat lebihan akaun semasa yang lebih rendah. Berikutan kedudukan lebihan sumber sektor swasta yang besar, kebanyakan lebihan ini boleh dan telah dimobilisasikan menerusi institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membiayai defisit sektor awam melalui pembelian Sekuriti Kerajaan yang memberi pulangan yang tetap.

Carta 1.2 Jurang Tabungan - Pelaburan RM bilion 150

RM bilion 150 Jumlah pelaburan 1/ Tabungan negara kasar

120

Jurang Tabungan - Pelaburan

120

90

90

Tabungan sektor swasta

60

60

30

30

Perkembangan Kewangan

Tabungan sektor awam

sebanyak RM42 bilion atau 15% daripada KNK (1998: +RM36.8 bilion atau 13.7% daripada KNK). Ini adalah berasaskan pendapatan negara yang secara relatifnya meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan kadar peningkatan perbelanjaan agregat dalam negeri dan bayaran pindahan yang lebih rendah. Lebihan ini juga mencerminkan tabungan negara kasar (termasuk perubahan dalam stok) yang dijangka meningkat sebanyak 0.4% pada tahun 1999 kepada RM113.2 bilion (40.3% daripada KNK) adalah lebih daripada mencukupi untuk membiayai pembentukan modal tetap kasar (termasuk perubahan dalam stok) yang dijangka berkurangan sebanyak 6.2% kepada RM71.2 bilion (25.3% daripada KNK).

Dasar kewangan yang terus dilonggarkan, pemulihan dalam aktiviti ekonomi serta kedudukan imbangan pembayaran yang kian kukuh telah menyumbang kepada pengembangan penawaran wang dalam lapan bulan pertama tahun 1999. Agregat kewangan, M3, meningkat pada kadar yang lebih cepat, iaitu 4.7% atau RM18.9 bilion dalam tempoh ini berbanding dengan 2.7% atau RM10.6 bilion untuk sepanjang tahun 1998. Sektor luar negara merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan penawaran wang, hasil daripada lebihan perdagangan luar yang lebih tinggi, pinjaman luar Kerajaan dan aliran masuk modal sektor swasta. Walau bagaimanapun, pengurangan dalam pinjaman yang dikeluarkan kepada sektor swasta telah memberikan kesan penguncupan kepada penawaran wang berikutan pembayaran balik pinjaman yang lebih tinggi kepada sistem perbankan serta jualan pinjaman tidak berbayar (NPLs) bank kepada Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta).

Sektor swasta memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan lebihan sumber negara. Tabungan sektor swasta dijangka meningkat pada kadar yang perlahan sebanyak 16.6% kepada RM83.9 bilion (1998:+ 45.5%) berikutan pemulihan penggunaan. Namun, paras pelaburannya dianggarkan merosot sebanyak 19.7% kepada RM35.4 bilion berikutan lebihan kapasiti keupayaan

Jumlah pinjaman (termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas dan Danaharta) yang disediakan oleh sistem perbankan telah berkurangan sebanyak RM2.4 bilion atau 0.6% sepanjang lapan bulan pertama tahun 1999, iaitu daripada RM426.6 bilion pada akhir tahun 1998 kepada RM424.2 bilion pada akhir bulan Ogos 1999. Sungguhpun begitu, jumlah baki pinjaman

0 1996

1997

1998

1999

0 2000

anggaran

ramalan

1/ Termasuk perubahan stok

26

terkumpul pada akhir bulan Ogos 1999 adalah 0.5% lebih tinggi daripada jumlah baki pinjaman terkumpul pada akhir bulan Ogos 1998. Pertumbuhan pinjaman yang rendah ini mencerminkan bayaran balik yang lebih tinggi. Kebelakangan ini, jumlah baki pinjaman terkumpul juga dipengaruhi oleh pinjaman dihapuskira dan pertukaran kepada bon dan ekuiti. Dengan demikian, kelulusan dan pengeluaran pinjaman semasa lebih menggambarkan aktiviti pinjaman berbanding perubahan jumlah baki pinjaman terkumpul. Dalam hal ini, kelulusan dan pengeluaran pinjaman telah meningkat dengan ketara dalam tempoh lapan bulan pertama 1999. Purata bulanan kelulusan pinjaman dalam tempoh lapan bulan pertama 1999 berjumlah RM8.2 bilion (RM5.4 bilion sebulan pada tahun 1998), manakala purata pinjaman dikeluarkan berjumlah RM26 bilion sebulan (RM20.9 bilion sebulan pada tahun 1998). Memandangkan kelulusan pinjaman yang lebih tinggi serta aktiviti ekonomi yang semakin pesat, pertumbuhan pinjaman dijangka terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya tahun 1999. Deposit dalam sistem perbankan telah meningkat pada kadar 2.1% atau RM9.2 bilion dalam lapan bulan pertama tahun 1999 daripada RM431.4 bilion pada akhir tahun 1998 kepada RM440.6 bilion pada akhir bulan Ogos 1999 yang merupakan peningkatan tahunan sebanyak 4.2%. Hasilnya, nisbah pinjaman-deposit sistem perbankan telah berkurangan daripada 91.4% pada akhir tahun 1998 kepada 85.7% pada akhir bulan Ogos 1999, yang mencerminkan kedudukan mudah tunai sistem perbankan yang meningkat.

purata bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan dikurangkan, iaitu daripada 5.83% dan 6.43% pada akhir tahun 1998 kepada 3.75% dan 3.81% pada bulan September, iaitu tahap terendah sejak tahun 1988. Namun, kadar ini masih melebihi kadar inflasi pada purata 3.0% dalam sembilan bulan pertama 1999. Dengan ini, kadar faedah deposit memberikan pulangan sebenar yang positif kepada para pendeposit.

Pasaran Saham Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 23% kepada 721.18 mata pada 15 Oktober 1999 daripada 586.13 mata pada akhir tahun 1998. Jumlah urusniaga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) meningkat 83.2% kepada 72.9 bilion unit dalam tempoh sembilan bulan pertama 1999, berbanding dengan 39.8 bilion unit dalam tempoh yang sama tahun 1998. Pemulihan yang berterusan di BSKL menggambarkan peningkatan keyakinan pelabur, tanda-tanda pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh serta pengukuhan asas-asas ekonomi dan jangkaan prestasi korporat yang lebih menggalakkan. Sungguhpun prestasi KLCI adalah lemah dalam suku pertama, namun pada suku kedua KLCI telah pulih dan telah ditutup pada 811.10 mata pada akhir Jun 1999. Peningkatan arah aliran KLCI telah didorong oleh peningkatan keyakinan dalam pemulihan ekonomi negara yang berterusan, lebihan perdagangan luar bulanan yang besar, aliran masuk bersih dana berikutan pengenalan levi yang berperingkat sejak 15 Februari 1999, pengurangan kadar faedah serta pemulihan kestabilan dalam pasaran kewangan serantau.

Kedudukan mudah tunai yang meningkat telah diiringi oleh kadar inflasi yang menurun, iaitu daripada 5.2% pada bulan Januari 1999 kepada 2.1% pada bulan September. Tanpa tekanan inflasi, kadar campurtangan BNM telah dikurangkan secara berperingkat, iaitu daripada 7.0% kepada 6.5% pada 5 April 1999, 6% pada 3 Mei dan seterusnya 5.5% pada 9 Ogos 1999. Pengurangan tersebut telah menambah fleksibiliti institusi perbankan dalam menurunkan kadar pemberian pinjaman bagi menyokong proses pemulihan ekonomi. Dengan pengurangan kadar faedah campurtangan BNM dan mudah tunai yang semakin meningkat, purata kadar pemberian pinjaman asas (BLR) bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan telah dikurangkan daripada 8.04% dan 9.5% pada akhir tahun 1998 kepada paras terendah 6.79% dan 7.95% pada akhir bulan Ogos 1999. Kadar ini dikekalkan hingga akhir September. Pada masa yang sama, kadar faedah deposit 3-bulan

Walau bagaimanapun, dalam suku ketiga tahun 1999, arah aliran KLCI menurun sejajar dengan kemerosotan indeks harga pasaran saham serantau disebabkan oleh beberapa perkembangan luaran yang membimbangkan. Perkembangan luaran ini termasuk kebimbangan mengenai ketegangan politik China-Taiwan, ketidakstabilan politik di Timur Timur; kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat serta defisit dagangannya yang semakin besar; dan kenaikan nilai mata wang yen yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Jepun. Sentimen pasaran di bursa tempatan pada suku ketiga juga dipengaruhi oleh prospek aliran keluar dana asing yang tinggi mulai 1 September 1999 apabila 27

pegangan tempoh setahun yang dikenakan ke atas penghantaran pulang modal portfolio berakhir. Walau bagaimanapun, aliran keluar sebenar mulai awal bulan September adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan. Susulan itu, pengumuman pengenalan satu levi sama rata, iaitu pada kadar 10% pada 21 September 1999 telah diterima baik oleh pelabur serta mendorong kenaikan sebanyak 4.1% atau 29.27 mata dalam KLCI kepada 739.30 mata pada hari pengumuman tersebut. Perkembangan luaran negatif serantau telah menjejaskan sentimen bursa tempatan dalam bulan September, mengakibatkan KLCI ditutup pada 675.45 mata pada akhir bulan September 1999. Namun begitu, KLCI telah pulih untuk ditutup pada 721.18 mata pada 15 Oktober 1999, berikutan pengumuman lebihan perdagangan luar yang lebih besar dan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam Indeks Pengeluaran Perusahaan bagi bulan Ogos. Nilai pasaran BSKL adalah sebanyak RM487 bilion pada hari tersebut, iaitu 30% lebih tinggi daripada nilai pasaran sebanyak RM374.52 bilion pada akhir tahun 1998.

iaitu pada kadar 5% (Januari - September 1998: + 8.9%), sebahagiannya disebabkan kekangan penawaran. Harga ikan mencatatkan peningkatan yang ketara, iaitu sebanyak 11.2%, sementara itu harga makanan lain seperti beras, roti dan lain-lain bijirin, kopi dan teh, dan susu dan telor masing-masing menunjukkan peningkatan 5.3%, 4.6% dan 4.3%. Petunjuk IHP untuk barangan bukan makanan meningkat pada kadar di bawah purata, iaitu 1.9% (Januari - September 1998: +3.1%). Namun begitu, IHP untuk minuman dan tembakau mencatatkan peningkatan sebanyak 9.4% oleh kerana duti yang lebih tinggi telah dikenakan pada barangan tersebut dalam Belanjawan 1999. Untuk keseluruhan tahun 1999, kenaikan IHP adalah dianggarkan pada kadar 3%. Bagi harta kediaman, secara purata harga pada separuh pertama tahun 1999 adalah lebih rendah berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 1998. Keadaan ini dicerminkan oleh pengurangan Indeks Harga Rumah Malaysia pada kadar tahunan sebanyak 12%. Mengikut jenis rumah, pengurangan harga yang ketara dicatatkan oleh rumah sesebuah (-13.4%), diikuti rumah berkembar (-10.9%) dan rumah teres (-7.8%). Perbandingan antara negeri menunjukkan harga harta kediaman di Selangor berkurangan paling ketara (-16.4%), diikuti Melaka (-12.1%) dan Kuala Lumpur (-6.8%). Kejatuhan harga harta kediaman mencerminkan lebihan stok harta tanah berharga tinggi yang memaksa pemaju menjualkannya pada harga yang lebih rendah bagi mengurangkan kos pegangan harta tersebut; kurangnya kemampuan pembeli akibat kekayaan kewangan terhakis berikutan kejatuhan harga saham berikutan krisis kewangan serantau; dan tindakan pemaju mengalihkan perhatian kepada pembangunan rumah kediaman berharga sederhana dan rendah yang mana permintaan terhadapnya masih menggalakkan.

Inflasi dan Harga Harta Tanah Kadar inflasi yang diukur dari segi Indeks Harga Pengguna (IHP), terus berkurangan daripada kadar tertinggi 6.2% pada Jun 1998 kepada 2.1% pada September 1999. Secara purata, IHP telah meningkat sebanyak 3% bagi sembilan bulan pertama tahun 1999 berbanding peningkatan sebanyak 5.2% untuk tempoh yang sama tahun 1998. Faktor-faktor utama yang telah menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah pada tahun 1999 ialah pemulihan sederhana dalam permintaan dalam negeri serta wujudnya kapasiti pengeluaran yang berlebihan, kos pengeluaran yang rendah sebagaimana yang ditunjukkan dalam penurunan Indeks Harga Pengeluar (IHP) sebanyak 4.8% untuk lapan bulan pertama tahun 1999, terutamanya kesan daripada harga komoditi utama bukan minyak yang lebih rendah seperti minyak sawit dan getah, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh sejak 2 September 1998 berbanding purata kadar pertukaran ringgit untuk tempoh lapan bulan pertama tahun 1998, dan kadar inflasi yang rendah di negara-negara rakan dagangan utama Malaysia.

Pasaran Buruh Keadaan gunatenaga telah bertambah baik berikutan pemulihan ekonomi. Hakikat ini ditunjukkan oleh peningkatan bilangan pencarum terkumpul Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 11.7% kepada 9.45 juta pencarum pada akhir September 1999, berbanding 8.46 juta pencarum pada akhir September 1998. Pada masa yang sama, berasaskan kajian Jabatan Perangkaan, adalah didapati bilangan tenaga buruh

Makanan terus mencatatkan kadar peningkatan harga yang melebihi kadar peningkatan purata IHP dalam sembilan bulan pertama tahun 1999, 28

Keluaran purata setiap pekerja misalnya, meningkat sebanyak 0.4%, manakala upah bulanan secara purata telah berkurangan. Pada masa yang sama, hasil jualan setiap pekerja telah meningkat sebanyak 4.6% kepada RM 21,082 sebulan untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun 1999 (JanuariJulai 1998: RM20,147), berikutan peningkatan 4.3% dalam purata harga jualan seunit. Kesannya, kos buruh bagi setiap RM100 jualan dalam sektor perkilangan telah berkurangan sebanyak 5.4% kepada RM6.01 untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun 1999 dari RM6.36 untuk tempoh yang sama pada tahun 1998.

yang bekerja di sektor perkilangan telah meningkat sebanyak 4.3% kepada 943,976 pekerja pada Julai 1999 dari 905,304 pekerja pada Julai 1998. Jawatan kosong yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Rakyat secara bulanan telah meningkat lebih dua kali ganda kepada 12,876 kekosongan pada bulan Ogos 1999 daripada 6,005 kekosongan setahun yang lalu. Ini menunjukkan peningkatan permintaan untuk tenaga buruh, terutamanya yang mahir. Dengan pemulihan ekonomi dijangka bertambah teguh dalam suku keempat, jumlah gunatenaga bagi seluruh tahun 1999 dianggarkan meningkat sebanyak 1.7% kepada 8.741juta pekerja, selepas berkurangan sebanyak 2.5% pada tahun 1998. Memandangkan saiz tenaga buruh dijangka akan meningkat sebanyak 1.5% kepada 9.01 juta, maka kadar pengangguran adalah dijangka berkurangan kepada 3% daripada tenaga buruh atau 270 ribu pekerja, iaitu lebih rendah daripada kadar 3.2% pada tahun 1998 atau 284 ribu pekerja. Sejajar dengan kadar pangangguran yang lebih rendah, bilangan pekerja yang dilapurkan telah diberhentikan berkurangan daripada bilangan tertinggi, iaitu 12,335 pekerja, pada Julai 1998 kepada 1,328 pekerja pada Ogos 1999.

Prospek Tahun 2000 Ekonomi Malaysia dijangka akan pulih dengan lebih pesat pada tahun 2000. Jangkaan positif ini adalah memandangkan daya tahan negara terhadap kejutan luar dan risiko sistemik telah bertambah kukuh berikutan pelaksanaan langkahlangkah untuk mengukuhkan kedudukan rizab luar negara, sistem kewangan dan sektor korporat. Tambahan pula, kadar inflasi yang rendah dan kedudukan sumber negara yang mempunyai lebihan besar membolehkan langkah-langkah merangsangkan permintaan terus dilaksanakan pada tahun 2000 bagi mengekalkan proses pemulihan ekonomi dalam konteks kestabilan makroekonomi. Pada masa yang sama, kedudukan ekonomi antarabangsa, seperti diramalkan oleh Kumpulan Wang Antarabangsa, adalah menggalakkan. Pengeluaran dunia dijangka berkembang pada kadar yang lebih pantas, iaitu 3.5% (1999: 3%) oleh kerana ekonomi serantau mencatatkan pemulihan yang lebih kukuh, manakala ekonomi industri utama dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan purata 2.4% (1999: 2.6%), berikutan ramalan pertumbuhan yang lebih teguh di Jepun dan Eropah yang dapat mengimbangi pertumbuhan ekonomi AS yang diramal lebih perlahan. Dengan ini, jumlah perdagangan dunia dijangka berkembang sebanyak 6.2% pada tahun 2000 (1999: 3.7%).

Pada tahun 1999, tekanan untuk menaikkan upah tidak ketara, memandangkan permintaan untuk tenaga buruh meningkat secara sederhana. Dalam tempoh sembilan bulan pertama, purata upah bulanan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah berkurangan pada anggaran 10.8% kepada purata RM652 seorang pekerja berbanding RM731 seorang pekerja untuk tempoh yang sama tahun 1998. Upah bulanan purata untuk semua kategori pekerja bagi sektor perkilangan, yang merupakan sumber utama permintaan pekerja tambahan, telah meningkat pada kadar tahunan 1% untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun 1999 kepada RM1,268 seorang pekerja (Januari-Julai 1998: 6.4% kepada RM1,280). Industri perkilangan yang mencatatkan kenaikan upah bulanan purata yang lebih tinggi ialah industri makanan, minuman dan tembakau sebanyak 1.9% kepada RM1,411 dan industri keluaran getah sebanyak 1.1% kepada RM1,076. Produktiviti buruh dalam sektor perkilangan untuk tempoh tersebut telah bertambah baik, sebahagian besarnya disebabkan oleh pertambahan penggunaan kapasiti pengeluaran berikutan peningkatan pesanan jualan yang membolehkan penggunaan tenaga buruh secara lebih cekap.

Justeru, andainya risiko-risiko utama yang boleh menjejaskan prestasi ekonomi dunia dapat dibendung, perkembangan-perkembangan positif tersebut di atas akan membolehkan KDNK benar Malaysia berkembang pada kadar yang lebih pesat, iaitu 5% pada tahun 2000. Permintaan dalam negeri yang dijangka bertambah kukuh, berikutan peningkatan penggunaan dan pemulihan pelaburan 29

sektor swasta serta rangsangan fiskal, dijangka menjadi pendorong utama kepada peningkatan pengeluaran. Sebaliknya, sumbangan sektor luar kepada pertumbuhan ekonomi dijangka kurang berkembang, disebabkan oleh pertumbuhan import yang lebih pesat berikutan dari pertambahan permintaan dalam negeri. Namun begitu, kedudukan akaun semasa imbangan pembayaran terus mencatat lebihan yang ketara sungguhpun lebih kecil berbanding lebihan tahun 1999.

kalangan industri perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri memandangkan firma-firma yang mengeluarkan kereta penumpang dan motosikal mendapat faedah langsung daripada pengukuhan keyakinan pengguna. Sementara itu, industri perkilangan yang mengeluarkan bahanbahan yang berkaitan dengan pembinaan seperti keluaran galian bukan logam mungkin akan menyaksikan pertumbuhan pengeluaran, kesan dari jangkaan pemulihan aktiviti pembinaan pada tahun 2000.

Pertumbuhan KDNK benar yang lebih kukuh dan peningkatan sederhana permintaan dalam negeri memungkinkan kadar inflasi meningkat daripada 2.1% pada bulan September 1999 kepada purata 3.0% pada tahun 2000. Jangkaan ini berasaskan kadar inflasi di negara-negara rakan dagang utama Malaysia terus rendah serta inflasi yang diimport tidak mempengaruhi harga dalam negeri dengan sepenuhnya, memandangkan 73% daripada import barangan Malaysia adalah barangan perantaraan yang sebahagian besarnya dieksport semula selepas diproses.

Meskipun aktiviti pembinaan bangunan tinggi akan terus terjejas disebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan ruang runcit serta kondominium mewah, sektor pembinaan dijangka pulih dengan kadar pertumbuhan 5% pada tahun 2000. Pemulihan sektor ini disokong oleh pelaksanaan segera kerja-kerja kejuruteraan sivil berikutan peningkatan peruntukan belanjawan untuk pembinaan dan penaiktarafan jalan, jambatan, pelabuhan dan lapangan terbang, pengairan dan saliran, sekolah, institusi latihan industri, hospital dan lain-lain kemudahan kesihatan. Aktiviti pembinaan rumah kos rendah dan sederhana dijangka meningkat pada tahun 2000. Ini adalah kerana tambahan peruntukan belanjawan untuk projek-projek perumahan serta jangkaan pertambahan permintaan bagi harta tanah ini berikutan peningkatan pendapatan boleh guna rakyat, kadar faedah yang dijangka terus rendah dan kemudahan kredit yang terus mudah. Dengan pelaburan sektor swasta dijangka pulih pada tahun 2000 untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi pesanan jualan yang kukuh, maka aktiviti berkaitan dengan pembinaan kilang baru dan pengembangan kemudahan pengeluaran sedia ada juga akan turut mendorong pertumbuhan sektor pembinaan. Oleh itu, pertumbuhan nilai ditambah dalam sektor sekunder ekonomi dijangka meningkat kepada 7.7% pada tahun 2000 (1999: 7.3%).

Dengan pertumbuhan pengeluaran yang lebih kukuh dan harga secara relatifnya stabil, KNK mengikut harga semasa dijangka meningkat sebanyak 5.3% kepada RM295.8 bilion pada tahun 2000. Hasilnya, pendapatan per kapita negara diramalkan meningkat 2.9% kepada RM12,724.

Pengeluaran Mengikut Sektor Sektor perkilangan akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang lebih kukuh dalam jumlah perdagangan dunia, pemulihan ekonomi Asia Timur yang lebih pesat dan peningkatan permintaan dalam negeri dijangkakan pada tahun 2000. Justeru itu, kadar pertumbuhan pengeluaran sektor perkilangan dijangka dapat dikekalkan pada 8%. Industri perkilangan berorientasikan pasaran eksport dijangka meningkatkan pengeluarannya pada purata 7.9% dengan didorong, terutamanya, oleh pesanan luar negeri yang kukuh untuk barangan alat ganti dan elektronik berikutan kemajuan pesat dalam aplikasi teknologi maklumat termasuk ‘e-commerce’. Industri perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri pula, dijangka terus mencatatkan pertumbuhan pengeluaran yang ketara sebanyak 9.2%, dengan disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh. Industri kelengkapan pengangkutan dijangka merupakan pendorong pertumbuhan di

Bagi sektor utama, nilai ditambah dijangka terus berkembang tetapi pada kadar lebih perlahan, iaitu 2% pada tahun 2000, dengan kadar pertumbuhan pengeluaran pertanian dan kadar kuncupan pengeluaran sektor perlombongan berkurangan. Pertumbuhan pengeluaran pertanian dijangka pada kadar lebih perlahan, iaitu 3.8%, berikutan dari pengurangan yang nyata dalam kadar pertumbuhan pengeluaran industri minyak kepala sawit kepada 4.5%, setelah mengalami pemulihan pengeluaran sebanyak 19.4% pada tahun 1999, dan kemerosotan pengeluaran getah 30

sebanyak 2%. Bagaimanapun, lain-lain tanaman seperti koko dan lada hitam dijangka mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh kerana harga yang menarik, manakala pemulihan sederhana adalah dijangkakan bagi pengeluaran ternakan dan perhutanan kerana permintaan yang meningkat.

merekodkan sebanyak 5.5%. Nilai ditambah sektor kecil perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran dijangka meningkat sebanyak 4.5%, berikutan pengukuhan permintaan perkhidmatannya hasil daripada pendapatan boleh guna para pelanggan yang lebih tinggi serta peningkatan ketibaan pelancong, terutama dari Asia Timur. Dengan itu, keseluruhan nilai ditambah sektor perkhidmatan bukan Kerajaan dijangka meningkat sebanyak 5.4% pada tahun 2000, sementara perkhidmatan Kerajaan meningkat pada kadar 4.8%. Peningkatan nilai ditambah perkhidmatan Kerajaan adalah berasaskan usaha berterusan menaikkan taraf dan mengembangkan perkhidmatan penting terutamanya kesihatan, pendidikan dan latihan kemahiran.

Nilai ditambah sektor perlombongan dijangka berkurangan sedikit, iaitu pada kadar 0.2%, pada tahun 2000 berikutan cadangan mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 3.5% daripada 712,700 tong sehari pada tahun 1999 kepada 685,600 tong sehari pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, pengeluaran gas asli dijangka pulih sebanyak 11.9%, sejajar dengan pemulihan permintaan daripada Asia Timur. Peningkatan pengeluaran industri kuari adalah juga dijangkakan berikutan pemulihan aktiviti pembinaan pada tahun 2000.

Permintaan Dalam Negeri

Nilai ditambah dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat pada kadar yang lebih pesat, iaitu 5.3% pada tahun 2000, dengan semua industri perkhidmatan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh. Sektor kecil pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 6.5%, berasaskan jangkaan jumlah pengangkutan barangan dan penumpang yang lebih tinggi serta peningkatan permintaan untuk perkhidmatan telekomunikasi berikutan perkembangan aktiviti ekonomi. Sektor kecil ini juga dijangka mendapat dorongan daripada pertambahan pelaburan sebanyak RM644 juga oleh Telekom Malaysia Berhad untuk menaik taraf dan melebarkan kapasiti perkhidmatan TM Net daripada 364,000 pelanggan yang mendail ketika ini kepada 1.5 juta pelanggan pada akhir tahun 2000. Sektor kecil kewangan, insurans, tanah dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatat pertambahan 5.6% pada tahun 2000. Ini sebahagiannya mencerminkan kesan daripada kemunculan sistem perbankan yang lebih kukuh dan mempunyai modal yang mencukupi untuk menjalankan fungsi-fungsi perantaraan secara berkesan, berikutan kejayaan Danaharta, Danamodal Nasional Berhad dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat menangani masalah hutang tidak berbayar (NPL) dan ketidakcukupan modal. Paras aktiviti ekonomi yang lebih tinggi dan pertambahan jumlah isirumah yang dijangkakan pada tahun 2000 akan meningkatkan permintaan perkhidmatan utiliti serta mendorong pertumbuhan sektor kecil elektrik, gas dan air

Permintaan agregat dalam negeri bagi barangan dan perkhidmatan (tidak termasuk perubahan dalam stok) dijangka berkembang pada kadar 9.2% pada tahun 2000 kepada RM251.8 bilion mengikut harga semasa. Ini didorong oleh perbelanjaan sektor swasta yang dijangka pulih, dengan meningkat sebanyak 11.8% kepada RM181.4 bilion. Penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak 12.6% kepada RM143.5 bilion, mencerminkan pengukuhan keyakinan pengguna berikutan prospek peluang pekerjaan dan pendapatan bolehguna yang bertambah baik. Ia juga menggambarkan kesan berterusan pendirian dasar Kerajaan untuk menggalakkan perbelanjaan sektor swasta melalui langkah-langkah seperti mengekalkan kadar faedah yang rendah. Pelaburan swasta dijangka pulih dengan mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 9% pada tahun 2000 kepada RM37.9 bilion. Peningkatan pelaburan tersebut adalah daripada industri perkilangan berorientasikan pasaran eksport seperti industri elektrik dan elektronik yang merupakan industri yang paling banyak diberi kelulusan oleh MIDA pada tahun 1999. Dalam sektor minyak dan gas pula, lima buah syarikat minyak utama telah menyatakan rancangan mereka untuk meningkatkan pelaburan sebanyak 10.5% kepada RM20.5 bilion. Pelaburan dalam aktiviti huluan akan ditingkatan sebanyak 15.3% kepada RM11.6 bilion, manakala pelaburan aktiviti hiliran akan ditingkatkan sebanyak 4.8% kepada RM8.9 bilion. Industri perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri serta sektor pembinaan dan perkhidmatan dijangka tidak akan membuat 31

sebanyak 11.4% didorong oleh permintaan yang kukuh dari Asia Timur, manakala eksport sektor perlombongan pula meningkat 8.1% berikutan pemulihan nilai eksport gas disebabkan oleh peningkatan kuantiti dan harga eksport. Walau bagaimanapun, nilai eksport komoditi pertanian dijangka berkurangan 6.7%, terutamanya disebabkan pendapatan eksport minyak kelapa sawit dan minyak isirung kelapa sawit yang dijangka berkurangan berikutan harga yang lemah, serta pendapatan eksport getah dan kayu balak yang berkurangan berikutan pengurangan kuantiti eksport. Pada masa yang sama, eksport perkhidmatan bukan faktor dijangka meningkat sebanyak 7.7% kepada RM47.4 bilion, disebabkan oleh pendapatan pertukaran asing daripada perkhidmatan perkapalan, insurans, pengangkutan udara, pelancongan, pendidikan dan perkhidmatan profesional kepada bukan pemastautin yang dijangka meningkat.

sebarang pelaburan besar tahun 2000 disebabkan oleh lebihan kapasiti. Begitu juga dengan tahap pelaburan di sektor pertanian yang dijangka tidak mengalami perubahan ketara memandangkan purata harga minyak kelapa sawit dijangka lebih rendah daripada tahun 1999, manakala harga komoditi lain pada amnya dijangka berada pada tahap 1999. Sebaliknya, perbelanjaan sektor awam dijangka terus meningkat tetapi pada kadar yang lebih perlahan, iaitu sebanyak 3% kepada RM70.4 bilion, setelah meningkat dengan ketara sebanyak 13.1% pada tahun 1999. Perbelanjaan penggunaan sektor awam ke atas barangan dan perkhidmatan dijangka meningkat sebanyak 0.8% kepada RM33.5 bilion, berikutan peningkatan sebanyak 16.7% pada tahun 1999. Peningkatan yang lebih perlahan ini disebabkan oleh pengurangan perbelanjaan pertahanan sebanyak 36.2% dan kadar peningkatan emolumen sektor Kerajaan yang lebih kecil. Namun demikian, penggunaan sektor awam ke atas bekalan dan perkhidmatan dijangka bertambah pada kadar 11.2% kepada RM13.4 bilion.

Dengan permintaan dalam negeri dijangka meningkat, import barangan dan perkhidmatan bukan faktor diramal meningkat dengan lebih pesat pada kadar 11.5% (1999:5.1%) kepada RM308.7 bilion. Import barangan mengikut harga f.o.b diramal meningkat pada kadar dua angka sebanyak 12.6% kepada RM255.3 bilion, mencerminkan pertumbuhan yang kukuh bagi import barangan penggunaan, perantaraan dan modal. Begitu juga, import perkhidmatan bukan faktor dijangka meningkat dengan lebih pesat sebanyak 6.6% kepada RM53.4 bilion. Ini berikutan sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan bayaran fret dan insurans kargo disebabkan peningkatan import barangan . Di samping itu, import perkhidmatan seperti pengangkutan udara, perjalanan dan perkhidmatan profesional juga dijangka meningkat berikutan peningkatan permintaan dalam negeri susulan daripada aktiviti ekonomi yang lebih cergas dan pendapatan bolehguna yang lebih tinggi pada tahun 2000.

Pelaburan awam turut diramalkan meningkat pada kadar yang lebih perlahan, iaitu sebanyak 5% kepada RM36.9 bilion, setelah meningkat sebanyak 9.9% pada tahun 1999. Ini disebabkan terutamanya oleh penguncupan pelaburan PABK sebanyak 6.8% kepada RM17.2 bilion. Sebagai usaha berterusan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi peruntukan belanjawan, Kerajaan Persekutuan merancang untuk meningkatkan lagi pelaburannya sebanyak 20.7% kepada RM12.5 bilion pada tahun 2000, berikutan peningkatan sebanyak 15.5% pada tahun 1999. Pelaburan kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan badan-badan berkanun dijangka meningkat sebanyak 14.2% kepada RM7.1 bilion, setelah berkurangan sebanyak 7% pada tahun 1999.

Memandangkan nilai eksport dijangka mengatasi import barangan dan perkhidmatan bukan faktor dengan margin yang lebih kecil sebanyak RM63.8 bilion, rangsangan bersih yang disumbangkan oleh sektor luar negeri ke atas pertumbuhan ekonomi pada tahun 2000 dijangka kurang mengembang.

Permintaan Luar Negeri Eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor dijangka terus mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2000, iaitu pada kadar 8% kepada RM372.5 bilion mengikut harga semasa. Ini sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan eksport barangan sebanyak 8% kepada RM325 bilion mengikut harga f.o.b. (1999: 6.7%). Eksport barangan perkilangan dijangka meningkat

Imbangan Pembayaran Lebihan akaun barangan dijangka berkurangan kepada RM69.8 bilion pada tahun 2000 berbanding 32

dengan lebihan sebanyak RM74.1 bilion pada tahun 1999 berikutan import barangan diramal meningkat pada kadar yang lebih pesat berbanding dengan eksport barangan. Pada masa yang sama, defisit akaun perkhidmatan dijangka terus melebar kepada RM27.5 bilion pada tahun 2000. Defisit yang lebih besar ini, terutamanya, disebabkan oleh aliran keluar bersih pendapatan pelaburan yang besar, iaitu sebanyak RM20 bilion, memandangkan penghantaran keluar keuntungan dan dividen yang dijangka meningkat berikutan peningkatan pendapatan pelabur asing. Selain itu, defisit ini ada juga disebabkan oleh jangkaan peningkatan bayaran bersih untuk fret dan insurans (-RM10 bilion) serta perkhidmatan kontrak dan profesional (-RM4.1 bilion). Namun begitu, terimaan bersih bagi ‘pengangkutan lain’ dijangka meningkat (RM2.6 bilion) disebabkan oleh terimaan pengangkutan penumpang udara, manakala terimaan bersih dari perjalanan (RM4.3 bilion) turut meningkat selaras dengan jangkaan bahawa kemasukan pelancong asing dan pelajar asing ke Malaysia akan meningkat. Selepas mengambil kira bayaran pindahan bersih sebanyak RM6.5 bilion, terutamanya disebabkan oleh penghantaran wang oleh pekerja asing, akaun semasa imbangan pembayaran dijangka mencatat lebihan yang lebih kecil, iaitu sebanyak RM35.8 bilion atau 12.1% daripada KNK pada tahun 2000.

yang lebih tinggi, akaun semasa Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat lebihan yang lebih rendah, iaitu sebanyak RM7.5 bilion. Perbelanjaan pembangunan kasar Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak RM24.7 bilion, iaitu 2.7% lebih rendah daripada jumlah peruntukan pada tahun 1999. Meskipun anggaran paras perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan lebih rendah pada tahun 2000, namun permintaan rangsangan sebenar terhadap ekonomi daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2000 adalah lebih tinggi. Setelah ditolak, bayaran pindahan, perbelanjaan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat sebanyak 20.7% kepada RM12.5 bilion berbanding dengan RM10.4 bilion pada tahun 1999. Selepas mengambil kira terimaan balik pinjaman, perbelanjaan pembangunan bersih dijangka berjumlah RM20.5 bilion. Oleh itu, defisit keseluruhan belanjawan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM13 bilion, sungguhpun dari segi peratusan KNK, defisit ini lebih rendah pada tahap 4.4%. Sebaliknya, akaun kewangan sektor awam yang disatukan dijangka mencatatkan defisit yang lebih rendah, disebabkan lebihan akaun semasa PABK yang lebih besar. Hasil sektor Kerajaan yang disatukan dijangka meningkat sebanyak 5.7% kepada RM72.5 bilion, manakala perbelanjaan mengurus dijangka meningkat 9.4% kepada RM60.6 bilion disebabkan pertambahan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada ini, akaun sektor Kerajaan dijangka merekodkan lebihan yang lebih rendah, iaitu RM11.9 bilion (1999: +RM13.2 bilion). Memandangkan perolehan pendapatan PABK utama, seperti PETRONAS dan Telekom Malaysia Berhad, dijangka bertambah baik berikutan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada tahun 2000, maka lebihan akaun semasa PABK dijangka meningkat sebanyak 10.7% kepada RM21.7 bilion. Oleh itu, kedudukan akaun semasa yang disatukan sektor awam dijangka mencatat lebihan sebanyak RM33.6 bilion. Perbelanjaan pembangunan sektor awam dijangka meningkat sebanyak 1% kepada RM48.4 bilion, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan pembangunan sektor Kerajaan yang lebih tinggi. Oleh itu, kedudukan kewangan keseluruhan sektor awam dijangka mencatatkan defisit yang lebih kecil sebanyak RM14.8 bilion atau 5% daripada KNK pada tahun 2000 (1999: -5.4% daripada KNK).

Kedudukan Kewangan Sektor Awam Dasar fiskal Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000 adalah untuk terus menyokong proses pemulihan ekonomi melalui pengembangan belanjawan. Pada masa yang sama, langkahlangkah fiskal yang berhemat akan diteruskan dengan memastikan akaun semasa kedudukan kewangan Kerajaan kekal sekurang-kurangnya berimbang dan defisit keseluruhan tidak melebihi 6% daripada KNK. Objektif utama dalam mengurus defisit ialah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan dengan kestabilan makroekonomi tanpa menjejaskan laluan sektor swasta dalam memperolehi sumber yang diperlukannya. Selaras dengan dasar fiskal yang mengembang, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan perbelanjaan mengurus sebanyak 7% pada tahun 2000 kepada RM52.4 bilion untuk merangsang aktiviti ekonomi melalui perbelanjaan penggunaan. Dengan hasil dijangka meningkat 5.7% kepada RM59.9 bilion berikutan kutipan cukai 33

Kedudukan Sumber Negara

Kedudukan Gunatenaga

Dengan jumlah perbelanjaan penggunaan dijangka meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 10.1% berbanding dengan peningkatan 5.3% yang diramalkan bagi KNK, tabungan negara kasar dijangka berkurangan sebanyak 0.7% kepada RM112.4 bilion atau 38% daripada KNK pada tahun 2000. Namun demikian, tahap tabungan ini adalah cukup untuk membiayai tahap pembentukan modal tetap kasar (termasuk perubahan dalam inventori) yang dijangka meningkat sebanyak 7.6% kepada RM76.6 bilion. Walau bagaimanapun, kedudukan sumber negara dijangka mencatatkan lebihan yang lebih rendah, iaitu sebanyak RM35.8 bilion atau 12.1% daripada KNK. Ini mencerminkan lebihan sumber sektor swasta yang dijangka lebih kecil, iaitu sebanyak RM41.9 bilion atau 14.1% daripada KNK. Tabungan sektor swasta dijangka berkurangan sebanyak 3.8% kepada RM80.7 bilion, manakala pelaburannya diramalkan meningkat sebanyak 9.6% kepada RM38.8 bilion pada tahun 2000. Bagi sektor awam pula, defisit sumbernya diramalkan mengecil sedikit kepada RM6.1 bilion atau 2% daripada KNK. Tahap tabungannya dijangka meningkat sebanyak 8.2% kepada RM31.7 bilion, manakala pelaburannya pula diramalkan meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 5.6% kepada RM37.8 bilion.

Dengan ekonomi sebenar dijangka mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5%, peluang pekerjaan dijangka akan terus bertambah baik, dan bilangan orang yang diambil bekerja akan meningkat sebanyak 2.1% kepada 8.92 juta. Berasaskan jangkaan saiz tenaga buruh akan berkembang pada kadar 2% kepada 9.194 juta orang, maka kadar pengangguran pada tahun 2000 adalah diramalkan pada 3%.

Kesimpulan Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kesan deflasi krisis kewangan serantau dan dijangka mencapai pertumbuhan KDNK benar sebanyak 4.3% pada tahun 1999. Pemulihan ini diiringi dengan pengukuhan daya tahan negara kepada kejutan luar dan risiko sistemik, disamping kestabilan makroekonomi. Kedudukan akaun semasa imbangan pembayaran terus bertambah kukuh dan ini membolehkan kedudukan rizab luar negara mengatasi tahap bersamaan 5 bulan import tertangguh yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negara. Sistem perbankan telah dipermodalkan semula menjelang akhir Jun 1999, sementara pinjaman tidak berbayar berada ditahap yang boleh diuruskan. Kadar inflasi telah berkurangan. Ekonomi Malaysia dijangka bertambah kukuh pada tahun 2000, dengan pemulihan yang lebih menyeluruh andainya persekitaran luaran kekal menggalakkan. Kestabilan makroekonomi akan dapat terus dikekalkan, dengan kedudukan akaun semasa imbangan pembayaran mencatat lebihan yang besar. Ini akan meningkatkan lagi kedudukan rizab luar negeri. Sementara itu, kadar inflasi dijangka stabil pada kadar purata tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa risiko yang berhubung kait dengan perkembangan luar negeri yang boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara. Justeru itu, dasar makroekonomi perlu terus ditumpukan ke arah mendorong pertumbuhan ekonomi, di samping meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing ekonomi negara.

Inflasi Kadar inflasi dijangka stabil, dengan IHP meningkat pada kadar purata 3% pada tahun 2000. Jangkaan ini berasaskan ramalan kadar inflasi yang terkawal di negara-negara rakan dagangan utama Malaysia, peningkatan sederhana bagi permintaan agregat dalam negeri yang mana paras permintaan pada tahun 2000 masih akan berada di bawah paras sebenar tahun 1997, dan lebihan kapasiti pengeluaran di kalangan industri berasaskan pasaran dalam negeri. Tekanan upah dijangka tidak akan menjadi isu utama, memandangkan pasaran buruh pada tahun 2000 dijangka tidak begitu ketat berbanding dengan keadaan sebelum krisis.

34