1 PROSPEK EKONOMI PENGURUSAN DAN

9 Mei 2018, Malaysia memulakan langkah membina semula aspirasi negara dan memenuhi harapan rakyat berteraskan prinsip keadilan, tadbir urus yang baik,...

0 downloads 79 Views 534KB Size
1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI • Perspektif Keseluruhan • Tinjauan • Pengurusan Ekonomi Rencana 1.1 – Kesan Penuaan Penduduk kepada Ekonomi Malaysia • Inisiatif Strategik – Belanjawan 2019 Rencana 1.2 – Meningkatkan Produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui Teknologi Digital Rencana 1.3 – Semakan Semula Gaji Minimum di Malaysia: Satu Kajian Empirikal Rencana 1.4 – Profil Pengangguran di Malaysia • Kesimpulan

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

2

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

1

PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Perspektif Keseluruhan

B

angkit menuju permulaan baharu, pada 9 Mei 2018, Malaysia memulakan langkah membina semula aspirasi negara dan memenuhi harapan rakyat berteraskan prinsip keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kedaulatan undang-undang. Justeru, pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk merealisasikan pembaharuan ke arah memperbaiki struktur ekonomi dan sosial negara. Sementara itu, ekonomi Malaysia telah berkembang 4.9% dalam tempoh enam bulan pertama 2018. Pertumbuhan berterusan ini membuktikan daya tahan ekonomi Malaysia walaupun menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara. Cabaran kritikal yang dihadapi oleh Kerajaan termasuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dengan rakyat dari segenap l a p i s a n m a s ya ra k at m e n d a p at m a n f a at d a r i p a d a k e k aya a n n e g a r a . Wa l a u p u n Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang satu dekad lalu dan mempunyai kos sara hidup yang rendah berbanding beberapa negara lain di rantau ASEAN (EIU 2017), namun rakyat dan komuniti perniagaan terus berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan. Peningkatan ini berpunca daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pembayaran balik cukai input yang perlahan. Dalam hal ini, Kerajaan baharu komited untuk menangani isu berkaitan peningkatan kos tersebut bagi menambah baik kesejahteraan rakyat serta memudah cara perniagaan untuk membuka ruang potensi sebenar ekonomi negara. Bagi menangani keresahan rakyat, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam tempoh pentadbiran 100 hari pertama. Langkah tersebut termasuk menstabilkan harga minyak di pam di samping melaksana semakan GST mulai 1 Jun 2018 sebelum Cukai Jualan dan

1

Cukai Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula mulai 1 September 2018. Seluruh rakyat termasuk komuniti perniagaan dijangka mendapat manfaat melebihi RM5 bilion daripada penjimatan harga minyak dan RM17 bilion berikutan perubahan rejim cukai pada 2018. Dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, Kerajaan telah menyeragamkan gaji minimum di seluruh negara kepada RM1,050 mulai 1 Januari 2019. Keputusan ini dijangka akan memanfaat pekerja dalam golongan B40 1. Pada 8 Ogos 2018, Kerajaan telah mengumumkan skim pencen i-Suri yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa bagi memastikan kesejahteraan suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. Pelaksanaan fasa pertama mensasarkan 359,075 rakyat Malaysia, terdiri daripada 221,980 suri rumah, 98,536 balu, 28,116 ibu tunggal dan 10,443 wanita bujang yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih. Seterusnya, Kerajaan akan menaikkan sumbangan daripada RM40 kepada RM50 dengan RM10 diperuntukkan bagi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam fasa kedua yang dijangka dilaksanakan pada Januari 2019. Pelaksanaan fasa ketiga yang dijadualkan pada 2020, suami perlu menyalurkan 2% daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke dalam akaun KWSP pasangan yang tidak bekerja. Kerajaan turut mengkaji semula beberapa projek mega termasuk Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) bagi memastikan nilai faedah terbaik dalam semua perolehan kerajaan. Susulan kajian semula tersebut, tiga projek telah ditangguhkan manakala jumlah keseluruhan kos LRT3 dapat dikurangkan 47% daripada RM31.7 bilion kepada RM16.6 bilion. Pada masa sama, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi telah diwujudkan pada 15 Mei 2018 bagi menilai keberkesanan sistem tadbir urus

Merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan RM4,360 ke bawah.

Tinjauan Ekonomi 2019

3

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

institusi utama dan kecukupan mekanisme semak dan imbang sedia ada. Di samping itu, Pusat Governans, Integriti dan AntiRasuah Nasional (GIACC) juga ditubuhkan pada 18 Jun 2018 bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan usaha memerangi rasuah. B i d a n g t a n g g u n g j awab G I AC C t e r m a s u k merancang, merangka strategi dan menilai dasar bagi memastikan semua urusan Kerajaan dilaksana berdasarkan tadbir urus yang baik, berintegriti dan toleransi sifar terhadap rasuah. Secara keseluruhannya, inisiatif ini amat bertepatan dengan aspirasi ke arah pembentukan Malaysia Baharu.

Pertumbuhan dalam kalangan ekonomi yang berkembang pesat terutamanya negara Asia yang sedang membangun, dijangka terus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh diterajui oleh India. Sementara itu, ekonomi China dijangka berkembang dengan lebih perlahan berikutan usaha memperketat kawal selia sektor kewangan dan harta tanah. Negara pengeksport minyak pula dijangka mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak dunia. Walau bagaimanapun, pertumbuhan di negara lain yang berkembang pesat (Amerika Latin dan Caribbean) dijangka lemah menggambarkan aktiviti perdagangan dan pelaburan yang perlahan serta gangguan dalam pasaran kewangan.

Tinjauan

Aktiviti pelaburan dan industri dijangka perlahan berikutan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak. Situasi ini akan mengurangkan permintaan bagi barangan modal dan pengantara yang menyumbang secara signifikan kepada perdagangan global. Justeru, perdagangan global dijangka berkembang 4.2% pada 2018 dan 4% pada 2019 berbanding 5.2% pada 2017 (IMF, 2018). Dalam jangka masa terdekat, prospek pertumbuhan global dijangka lebih rendah berikutan keadaan kewangan yang ketat, ancaman perdagangan yang semakin meningkat, risiko peralihan ke arah amalan dasar perlindungan dan ketegangan geopolitik.

Ekonomi Global Pe r t u m b u h a n e k o n o m i g l o b a l d i j a n g k a berkembang 3.7% pada 2018 dan 2019 iaitu lebih rendah daripada unjuran awal 3.9% (IMF, 2018). Unjuran lebih rendah ini menggambarkan peningkatan ketidaktentuan polisi berpunca daripada ketegangan perdagangan yang semakin memuncak dan aliran keluar modal dari ekonomi yang berkembang pesat. Pada masa sama, pertumbuhan ekonomi global semakin tidak seiring dengan perkembangan ekonomi yang pelbagai dalam kalangan negara maju manakala unjuran bagi ekonomi yang berkembang pesat, terutamanya Asia, terus menggalakkan. Dalam kalangan negara maju, AS dijangka mencatat pertumbuhan kukuh disokong oleh rangsangan fiskal yang prokitaran pertumbuhan dan dasar kewangan akomodatif. Walau bagaimanapun, pertumbuhan di kawasan euro, UK dan Jepun dijangka berkembang pada kadar sederhana. Ekonomi utama di kawasan euro seperti Perancis dan Jerman dijangka berkembang secara sederhana disebabkan oleh permintaan luar yang lebih perlahan dan pertumbuhan produktiviti yang semakin merosot. Pertumbuhan yang sederhana di UK dipengaruhi oleh jangkaan peningkatan halangan perdagangan berikutan Brexit. Sementara itu, Jepun berdepan isu pengurangan tenaga buruh disebabkan oleh struktur demografi yang tidak menggalakkan.

4

Tinjauan Ekonomi 2019

Ekonomi Domestik Prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh dalam jangka masa terdekat walaupun terdapat pelbagai halangan luar dan domestik. Pada 2018 dan 2019, KDNK benar dijangka berkembang 4.8% dan 4.9% terutamanya disokong oleh permintaan domestik. Perbelanjaan sektor swasta khususnya perbelanjaan isi rumah akan kekal sebagai pemacu pertumbuhan berikutan peningkatan berterusan guna tenaga dan gaji dalam keadaan inflasi yang rendah. Sementara itu, pelaburan swasta akan disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan yang masih berterusan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Perbelanjaan awam pula dijangka meningkat secara marginal pada 2018 dan menguncup pada 2019 berikutan perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam.

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi. Subsektor borong dan runcit, kewangan dan insurans serta informasi dan komunikasi mendapat manfaat daripada perbelanjaan pengguna yang menggalakkan. Sektor pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh didorong oleh permintaan berterusan dalam E&E. Sektor pertanian dan perlombongan dijangka kembali berkembang pada 2019 berikutan peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dan gas asli cecair (LNG) selepas merekodkan kemerosotan secara marginal pada 2018. Sementara itu, sektor pembinaan dijangka menyederhana berikutan projek infrastruktur yang hampir selesai dan harta tanah tidak terjual terutamanya segmen bukan kediaman.

ekonomi yang lebih perlahan disebabkan oleh ketidaktentuan global terutamanya pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar di AS, sektor kewangan domestik dijangka terus kukuh disokong oleh institusi kewangan yang beroperasi dengan modal dan penampan mudah tunai yang teguh.

Kedudukan sektor luar Malaysia dijangka kekal kukuh seiring dengan prestasi ekonomi dan perdagangan global yang menggalakkan. Namun demikian, eksport dijangka menyederhana terutamanya disebabkan oleh perdagangan global dan aktiviti pelaburan yang lebih perlahan. Pada masa sama, akaun semasa dijangka kekal mencatat lebihan walaupun semakin mengecil berikutan peningkatan defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan.

Industri perbankan Islam terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan jumlah aset berkembang 11.5% kepada RM687 bilion pada akhir Julai 2018 terutamanya didorong oleh pembiayaan sektor isi rumah. Pada masa sama, jumlah deposit sistem perbankan Islam berkembang 12.6% kepada RM507.1 bilion. Malaysia kekal menjadi peneraju utama sukuk global dengan menyumbang 50.9% daripada jumlah terbitan sukuk global dan 51.2% daripada jumlah sukuk global terkumpul. Selain itu, Malaysia juga telah menerbitkan sukuk Pelaburan Bertanggungjawab dan Mampan (SRI) hijau pertama dunia pada Julai 2017. Sehingga akhir Julai 2018, lima sukuk SRI hijau berjumlah RM2.4 bilion telah diterbitkan.

Pe r k e m b a n g a n M o n e t a r i d a n Kewangan Dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kestabilan harga. Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan kepada 3.25% pada Januari dan kekal tidak berubah bagi tempoh sembilan bulan seterusnya pada 2018 sementara nilai ringgit meningkat 3.9% berbanding tempoh yang sama pada 2017. Sistem perbankan kekal kukuh pada tempoh yang sama dengan nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1 dan nisbah jumlah modal melepasi tahap pengawalseliaan minimum Basel III. Sementara itu, kualiti pinjaman kekal kukuh dengan nisbah pinjaman terjejas bersih stabil pada 0.98% pada akhir Julai 2018. Pada masa sama, nisbah perlindungan kerugian pinjaman dalam sistem perbankan mencatat 128% sementara mudah tunai sistem perbankan kekal mencukupi dengan lebihan ringgit di Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM177.8 bilion. Meskipun terdapat risiko pertumbuhan

Pada akhir Ogos 2018, pasaran permodalan dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 1% kepada RM1,865.8 bilion. Sementara itu, halaju pasaran kekal menggalakkan dan mencatat 34.3% manakala volatiliti pasaran merekodkan 8.3%. Sementara itu, pegangan saham asing daripada keseluruhan permodalan pasaran dalam bursa tempatan merekodkan 23.6% pada akhir Ogos 2018.

Pada 2019, dasar monetari akan kekal akomodatif dan pertimbangan untuk pelarasan akan bergantung kepada risiko yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi. Pada masa sama, sistem kewangan domestik kekal stabil dan teguh disokong oleh pasaran kewangan yang mendalam dan mudah tunai yang tinggi, institusi kewangan yang kukuh dan keyakinan berterusan terhadap sistem perbankan. Sementara itu, pasaran ekuiti domestik dijangka terus mencatat kenaikan walaupun terdapat ketidaktentuan luar. Perbankan Islam dijangka terus berkembang berikutan permintaan kukuh daripada isi rumah dan perniagaan untuk produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. Justeru, Malaysia dijangka mengekalkan kedudukan sebagai peneraju global dalam kewangan Islam.

Tinjauan Ekonomi 2019

5

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Pengurusan Ekonomi Komitmen untuk menangani pelbagai isu struktur dan sistemik telah memulihkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dalam menguruskan ekonomi dengan cekap dan berkesan. Langkah reformasi juga telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap iltizam Kerajaan untuk menyediakan persekitaran lebih kondusif dan mesra perniagaan bagi memajukan perniagaan dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Kerajaan juga terus komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta memartabatkan semula kegemilangan negara di samping mengurangkan hutang Kerajaan ke tahap yang lebih mampan serta memastikan pentadbiran yang berasaskan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT). Usaha ini akan membantu mencapai matlamat agenda pembangunan negara demi kemakmuran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa isu yang menjadi perhatian utama rakyat, golongan profesional, swasta dan awam melalui proses libat urus menyeluruh dan penilaian yang teliti. Justeru, Malaysia berdepan dengan cabaran untuk merangka polisi baharu dan menyusun semula langkah dan strategi sedia ada seiring dengan persekitaran baharu ekonomi domestik dan global.

Cabaran dan Peluang Kepercayaan terhadap Kerajaan Menurut OECD (2017), kepercayaan akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan kecekapan pengumpulan modal fizikal, mempercepat penyebaran teknologi dan menambah baik p e ra n a n i n s t i t u s i p e r u n d a n g a n , p o l i t i k dan sosial. Kepercayaan terhadap kerajaan ditunjukkan menerusi tonggak pertama Global Competitiveness Index (GCI) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). Tonggak ini merujuk kepada persekitaran institusi iaitu kerjasama antara kerajaan, firma dan individu untuk menjana kekayaan. Berdasarkan laporan 2018, Malaysia menduduki tangga ke-24 daripada

6

Tinjauan Ekonomi 2019

140 negara bagi tonggak institusi iaitu lebih baik berbanding negara serantau seperti Thailand (60) dan Filipina (101). Malaysia juga mencapai prestasi yang baik dalam beberapa penunjuk seperti peraturan konflik kepentingan (4), beban peraturan kerajaan (5), dan kualiti pentadbiran tanah (6). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penunjuk yang memerlukan penambahbaikan termasuk kebebasan akhbar (118), ketelusan belanjawan (77), kejadian rasuah (55) and kebebasan kehakiman (33). Kini, cabaran yang dihadapi adalah memastikan usaha menambah baik institusi awam, dasar dan faktor yang mempengaruhi daya saing Malaysia dilaksanakan untuk memulihkan semula kepercayaan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan.

Keusahawanan Keusahawanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Malaysia berada pada kedudukan ke-58 daripada 137 negara dalam Global Entrepreneurship Index (GEI) 2018. Negara berada pada kedudukan b a i k d a l a m b e b e ra p a b i d a n g t e r m a s u k proses inovasi, modal insan yang kukuh, peluang yang banyak untuk syarikat baru mula, penerimaan risiko yang positif serta rangkaian yang kukuh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bidang boleh ditingkatkan termasuk kemahiran baru mula, penyerapan teknologi, inovasi produk, pertumbuhan perniagaan dan modal risiko. Inisiatif telah dilaksanakan Kerajaan untuk menjadikan M a l ay s i a s ebu a h n ega ra keu s ahawanan melalui penambahbaikan peraturan dan proses serta penglibatan dan penyertaan lebih baik dalam kalangan semua pihak berkepentingan. Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke-24 daripada 160 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2018 oleh Bank Dunia. Bidang yang memerlukan penambahbaikan termasuk memulakan perniagaan (111), membayar cukai (73), perdagangan rentas sempadan (61), menyelesaikan insolvensi (46) dan menguatkuasakan kontrak (44). Bagi memenuhi jangkaan perniagaan terutamanya PKS dan usahawan, Kerajaan komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan mempermudah dan memperkenalkan peraturan mesra pengguna. Usaha ini dijangka dapat

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat dan seterusnya mendorong pertumbuhan ekonomi.

Kesejahteraan Rakyat K e ra j a a n k o m i t e d u n t u k m e n i n g k at k a n kesejahteraan rakyat dengan menggalakkan kecergasan fizikal, kecerdasan minda, kepuasan sosial serta pencapaian peribadi. Walau bagaimanapun, beberapa isu berkaitan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan bagi pentadbiran baharu. Isu ini antara lain termasuk peningkatan kos sara hidup di kawasan bandar; kekurangan zat makanan terutama dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar; kekurangan ketersambungan pengangkutan awam; kualiti pendidikan dan penjagaan kesihatan; kekurangan perumahan mampu milik; pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang; ketaksamaan gender; dan pengurusan sisa pepejal yang tidak efektif. Kini, terdapat isu bekalan yang tidak mencukupi di sebalik pertambahan permintaan berikutan peningkatan pendapatan. Perkara ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya keperluan asas. Di samping itu, pencatutan serta faktor lain seperti kenaikan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit menambah tekanan ke atas paras harga. Keadaan ini menyebabkan kenaikan kos sara hidup khususnya dalam kalangan penduduk bandar. Dari segi morbiditi, berat badan berlebihan, obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak merupakan kebimbangan umum di beberapa anggota ASEAN termasuk Malaysia. Kajian oleh UNICEF (2018) ke atas kanak-kanak bandar di Malaysia mendapati bilangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang tinggal di flat kos rendah di ibu negara dengan masalah kurang berat badan dan tumbesaran terbantut adalah dua kali ganda berbanding purata Kuala Lumpur manakala bilangan kanak-kanak dengan berat badan berlebihan adalah enam kali lebih tinggi (23%). Faktor yang menyumbang kepada masalah ini termasuk kurang kemampuan untuk mendapatkan makanan berkhasiat, kemiskinan dan literasi nutrisi yang rendah dalam kalangan ibu bapa.

Jaringan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif meningkatkan produktiviti menerusi pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan dengan lebih pantas. Jaringan sistem tersebut juga mewujudkan kesan eksternaliti positif kerana meningkatkan kualiti udara dan mengelakkan tekanan semasa memandu. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menambah baik pengangkutan awam di Lembah Klang dan bandar utama untuk menangani peluasan kawasan bandar. Walau bagaimanapun, menurut Malaysian Economic Monitor (World Bank, 2015) hanya 17% pengguna di Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam berbanding 62% di Singapura dan 89% di Hong Kong. Di samping itu, terdapat keperluan untuk memperluas dan menambah baik sistem pengangkutan awam di luar Lembah Klang serta kawasan bandar selaras dengan peningkatan penekanan terhadap pertumbuhan inklusif. Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan kerana dapat meningkatkan kemahiran, kreativiti dan produktiviti serta menggalakkan keusahawanan dan kemajuan teknologi. Justeru, kualiti pendidikan penting d a l a m m e m a s t i k a n ke m a j u a n e k o n o m i dan sosial serta meningkatkan pengagihan pendapatan. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar kepada sektor pendidikan dan melaksanakan pelbagai langkah untuk memperkukuh sistem pendidikan di semua peringkat. Walau bagaimanapun, keberhasilan sistem pendidikan Malaysia masih belum mencapai potensi sepenuhnya. Pada masa ini, pencapaian pelajar sekolah awam Malaysia dalam penilaian antarabangsa kurang memberangsangkan. Berdasarkan kepada laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015, pencapaian Malaysia dalam Matematik dan Sains lebih rendah berbanding laporan pada 1999. Pada masa sama, negara serantau lain termasuk Singapura, Hong Kong dan Republik Korea terus mendominasi kedudukan antarabangsa dalam kedua-dua subjek. Dari segi pendidikan tinggi, universiti utama di Malaysia disenaraikan dalam kalangan universiti terkemuka di dunia. Laporan QS World University Rankings 2019 menyenaraikan

Tinjauan Ekonomi 2019

7

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

dua universiti penyelidikan Malaysia antara universiti di dalam kelompok 1% terbaik dunia manakala tiga universiti penyelidikan yang lain tergolong antara 300 terbaik dunia. Walau bagaimanapun, beberapa isu masih menjadi perhatian seperti kebolehpasaran siswazah dan infrastruktur yang tidak mencukupi. Tambahan pula, masih terdapat ketidakpadanan berterusan antara kursus yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dengan set kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Oleh itu, terdapat keperluan bagi Kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menangani jurang tersebut. Penjagaan kesihatan yang berpatutan dan berkualiti memastikan tenaga kerja yang produktif dalam ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat. Walaupun sebahagian besar perkhidmatan penjagaan kesihatan awam diberi subsidi oleh Kerajaan, namun beberapa isu masih wujud termasuk masa menunggu yang lama, kesesakan di hospital dan kenaikan harga ubat-ubatan terutama untuk penyakit tidak berjangkit (NCD). Kerajaan

telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah NCD seperti menggalakkan sektor swasta untuk menyediakan pusat dialisis, meningkatkan program gaya hidup sihat dan meluaskan penggunaan ubat-ubatan generik. Langkah ini selaras dengan Rancangan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025 (KKM, 2016). Walau bagaimanapun, NCD kekal sebagai salah satu punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Perbelanjaan ubat-ubatan telah meningkat hampir sekali ganda daripada RM2.2 bilion pada 2013 kepada RM4.2 bilion pada 2018 dalam tempoh 5 tahun. Perbelanjaan ubatubatan akan meningkat pada masa hadapan sejajar dengan penduduk yang semakin tua, penularan penyakit kronik, ubat-ubatan baharu yang dipatenkan dan peningkatan permintaan untuk penjagaan kesihatan. Sehubungan itu, kelestarian pembiayaan sistem penjagaan kesihatan awam merupakan perkara yang perlu diberi perhatian berdasarkan kedudukan fiskal semasa yang mencabar serta jangkaan populasi menua dalam masa terdekat.

Rencana 1.1

Kesan Penuaan Penduduk kepada Ekonomi Malaysia Latar Belakang Penuaan penduduk ditakrifkan sebagai proses apabila individu umur tua mencakupi peratusan yang lebih besar daripada jumlah penduduk (United Nations, 2002). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, “masyarakat menua” merujuk kepada keadaan apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas mencecah 7% manakala apabila mencecah 14% dikenali sebagai “masyarakat tua” dan seterusnya apabila mencecah 21% dikenali sebagai “masyarakat sangat tua”. Di Malaysia, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3% daripada jumlah penduduk pada 2017. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu 7% daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua. Pada masa sama, nisbah tanggungan umur tua dijangka meningkat dengan signifikan pada dekad akan datang. Pada 1970, hanya 3.3% daripada penduduk Malaysia berumur 65 tahun dan ke atas manakala hampir separuh daripada penduduk iaitu 44.5% berumur 14 tahun dan ke bawah. Walau bagaimanapun, peratusan kumpulan umur 14 tahun dan ke bawah berkurang kepada 24.1% manakala penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 6.3% daripada jumlah penduduk pada 2017. Keadaan ini menyebabkan jurang antara penduduk muda dan umur tua semakin mengecil iaitu penduduk yang berumur 14 tahun dan ke bawah semakin berkurang kepada 18.6% daripada jumlah penduduk manakala penduduk berumur 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 14.5% menjelang 2040.

8

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Rajah 1.1.1. Peratusan Penduduk mengikut Kumpulan Umur

Rajah 1.1.2. Nisbah Tanggungan Umur Tua (Negara Terpilih)

% 100

% 100

≤ 14 tahun 15 – 64 tahun ≥ 65 tahun

80 60

69.6

80

66.9

52.2

60

44.5 40 18.6

Republik Korea

Thailand UK Perancis Jerman

14.5

6.3

3.3 1970

AS Jepun

Malaysia Singapura

40

24.1 20 0

Dunia

2017

20 2040 1

Unjuran. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

0 1950

1

1990

2030

2070

2100

Sumber: World Population Prospects (The 2017 Revision), United Nations.

Setelah Malaysia menjadi masyarakat menua, peralihan kepada masyarakat tua akan semakin pantas. Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk peratusan penduduk umur tua menjadi berganda dan beralih kepada masyarakat tua menjelang 2040. Sebaliknya, Perancis mengambil masa 115 tahun untuk beralih daripada masyarakat menua kepada masyarakat tua sementara Jepun mengambil masa 24 tahun dan Republik Korea pula selama 18 tahun untuk berada pada tahap tersebut. Jadual 1.1.1. Kepantasan Penuaan (Negara Terpilih) Masyarakat menua (Tahun)

Masyarakat tua (Tahun)

Bilangan tahun peralihan

Peratusan penduduk berumur ≥ 65

≥ 7%

≥ 14%

7% ke 14%

Perancis

1864

1979

115

Sweden

1887

1972

85

AS

1944

2013

69

UK

1930

1975

45

Jerman

1932

1972

40

Jepun

1970

1994

24

Malaysia

2020

2040

20

Republik Korea

2000

2018

18

Sumber: Pihak berkuasa negara, Bank Dunia, OECD dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penuaan penduduk berlaku disebabkan oleh peningkatan jangka hayat dan penurunan kadar kesuburan (United Nations, 2015). Kemajuan penjagaan kesihatan dan teknologi menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang manakala peningkatan kos sara hidup telah menyebabkan kadar kesuburan yang lebih rendah. Pada masa akan datang, keadaan ini menyumbang kepada peningkatan peratusan penduduk umur tua dalam populasi. Di Malaysia, jangka hayat penduduk meningkat kepada 74.6 tahun pada 2017 berbanding 64.6 tahun pada 1966. Kadar kesuburan pula telah merosot iaitu setiap wanita hanya melahirkan seramai 1.9 anak berbanding 5.7 anak dalam tempoh yang sama.

Tinjauan Ekonomi 2019

9

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Rajah 1.1.3. Jangkaan Hayat ketika Lahir dan Kadar Kesuburan di Malaysia Umur

Bilangan anak

80

6.0

Jangkaan hayat ketika lahir

75

5.0

70

4.0

65

3.0

1.0

2016

2014

2012

2010

2008

2006

2004

2.0

2002

2000

1998

1996

1994

1992

1988

1986

1984

1982

1980

1978

1976

1974

1972

1970

1968

55

1966

60

1990

Kadar kesuburan (skala kanan)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Impak kepada Ekonomi Fenomena penuaan penduduk akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Dari segi teori, penuaan penduduk boleh menjejaskan pertumbuhan disebabkan oleh pengurangan produktiviti. Penuaan penduduk dijangka mengurangkan kadar penyertaan tenaga buruh dan tabungan serta meningkatkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi lebih perlahan (Bloom et al., 2010). Walau bagaimanapun, terdapat kajian empirikal menunjukkan dapatan sebaliknya. Walaupun Malaysia akan berdepan masalah penuaan menjelang 2020, namun pertumbuhan ekonomi dapat diimbangi dalam jangka masa panjang kerana pengurangan kadar kesuburan membolehkan wanita mengambil bahagian dalam pasaran buruh seterusnya menyumbang kepada produktiviti dan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi (Ismail et al., 2016). Impak lain penuaan penduduk ialah peningkatan perbelanjaan awam. Jangka hayat penduduk lebih panjang khususnya pesara dan tanggungan akan meningkatkan jumlah bayaran berikutan peningkatan penerima pencen (Chee L.K., 1997). Skim pencen pada masa kini tidak lagi mampan bagi jangka masa panjang kerana akan membebankan kedudukan fiskal Kerajaan. Rajah 1.1.4. Jumlah Perbelanjaan Pencen Persekutuan RM bilion 24 20 16 12 8

2017

2016

2015

2014

2013

2012

2011

2010

2009

2008

2007

2006

2005

2004

2003

2002

2001

2000

1999

1998

1997

1996

1995

1994

1993

1992

1991

0

1990

4

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia.

Unjuran Kementerian Kewangan menunjukkan penurunan penduduk sebanyak 0.8% akan mengurangkan jumlah guna tenaga seterusnya menyebabkan KDNK benar berkurang secara purata sebanyak 0.004 mata peratusan dari 2018 hingga 2024. Pengurangan KDNK ini menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah seterusnya mengurangkan penggunaan swasta. Dalam jangka masa panjang, jika industri enggan berubah dan kekal berintensifkan buruh, keadaan ini akan

10

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

menyebabkan ekonomi tidak dapat beralih kepada ekonomi berintensifkan modal. Sehubungan itu, industri perlu menerima pakai automasi dan mekanisasi untuk kekal kompetitif walaupun kekurangan input buruh. Melangkah ke Hadapan Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap ekonomi seperti berikut: •

Meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita bagi mengimbangi pengurangan tenaga buruh Kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Malaysia antara terendah dalam kalangan negara ASEAN+31 (World Bank, 2018). Peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas tenaga buruh berikutan penuaan penduduk. Kajian Moody’s bagi negara berkembang pesat di Asia Pasifik menunjukkan pengurangan jurang sebanyak 50% antara penyertaan tenaga buruh lelaki dan wanita mampu mengimbangi pengurangan dalam tenaga buruh sehingga 1.7 mata peratusan. Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5% dan 80.1%. Sekiranya jurang ini dapat dikurangkan sebanyak 50%, jumlah tenaga buruh akan meningkat sebanyak 1.3 juta kepada 16.3 juta. Justeru, pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh.



Peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan Langkah menggalakkan pekerja umur tua berada lebih lama dalam pasaran buruh dilihat sebagai penyelesaian paling sesuai bagi menangani kesan penuaan penduduk. Kajian semula pelanjutan umur persaraan wajib melebihi 60 tahun perlu dilaksanakan dan antara cadangan yang boleh dipertimbangkan termasuk peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja. Skim persaraan berfasa membolehkan pekerja umur tua memilih masa bekerja lebih pendek dan terus kekal dalam pasaran buruh termasuk selepas persaraan. Kerajaan di negara seperti Jepun, Singapura dan UK memberi insentif seperti kredit khas pekerjaan dan subsidi upah kepada majikan yang mengambil semula pekerja umur tua. Peluang persaraan berfasa dan pengambilan semula secara berperingkat akan memberi manfaat kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan hasil kutipan cukai. Pekerja umur tua juga mampu berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan organisasi dan rakan sekerja yang lebih muda di samping mengekalkan kesejahteraan diri.



Meningkatkan produktiviti Produktiviti merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi. Usaha meningkatkan produktiviti merupakan teras dasar dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Langkah ini perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik yang seterusnya dapat mengimbangi tekanan perubahan struktur demografi terhadap pertumbuhan ekonomi.



Pembaharuan skim pencen Kerajaan perlu menyemak semula skim pencen berikutan jangkaan peningkatan beban fiskal pada masa hadapan (Holzmann, 1988). Pada masa ini, skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman (pay-as-you-go) iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam.

1

ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea.

Tinjauan Ekonomi 2019

11

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI



Persekitaran mesra umur tua Kesihatan dan kesejahteraan bukan sahaja ditentukan oleh gen dan ciri keperibadian tetapi juga melalui persekitaran fizikal dan sosial. Persekitaran berperanan penting dalam menentukan bagaimana individu melalui fasa penuaan dan berdepan dengan penyakit, kehilangan fungsi serta kesukaran lain yang mungkin dialami seiring dengan peningkatan umur. Bagi membantu golongan ini, kemudahan seperti skim perumahan, pusat jagaan harian, tempat awam dan pengangkutan yang mesra umur tua perlu diperbanyak. Inisiatif ini bertujuan membolehkan golongan ini terus berdikari dan terlibat secara aktif dalam komuniti. Pihak swasta perlu memainkan peranan penting bagi menyokong usaha mewujudkan persekitaran kondusif ini.



Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat Kualiti pendidikan perlu ditambah baik bagi memastikan kepelbagaian kemahiran dimiliki tenaga kerja sepadan dengan keperluan pasaran buruh moden. Peningkatan kemahiran perlu digalakkan pada setiap peringkat kehidupan bagi memastikan individu kekal produktif. Pengurusan sumber manusia dalam organisasi perlu mengguna pakai penyelesaian dan mekanisme bersesuaian untuk menyediakan latihan dan sokongan yang diperlukan serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kesimpulan Penuaan penduduk akan memberi cabaran kepada negara. Penandaarasan amalan terbaik negara lain dapat membantu Kerajaan merangka dan menggubal dasar yang komprehensif berkaitan penuaan penduduk. Kajian berkaitan dasar warga emas serta ketersediaan data yang lebih menyeluruh dapat membantu Kerajaan menangani cabaran penuaan penduduk. Dasar tersebut perlu memberi fokus kepada inisiatif yang memberi faedah kepada generasi kini dan akan datang. Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat bagi menggalakkan kesejahteraan dan meningkatkan sumbangan generasi umur tua kepada pembangunan negara.

Memandangkan formula kemampuan pemilikan adalah berdasarkan pendapatan dan harga, banyak isi rumah berpendapatan rendah khususnya di kawasan bandar tidak mampu memiliki rumah berikutan ketidakpadanan pertumbuhan pendapatan dan harga rumah. Harga purata rumah antara 2009 dan 2016 meningkat 9.3% melebihi pertumbuhan purata pendapatan isi rumah sebanyak 8.1%. Harga rumah di Malaysia dianggap sebagai sangat tidak mampu milik berdasarkan gandaan median sebanyak 5 kali (BNM, 2018). Di samping itu, kajian oleh BNM (2017) menunjukkan bahawa gandaan median di bandar utama seperti Georgetown (10.4), Kuala Lumpur (6.1), Petaling 2 (6.0) dan Johor Bahru (5.1) pada 2014 dikategorikan sebagai benarbenar tidak mampu milik. Terdapat beberapa cabaran dalam memastikan rumah mampu m i l i k m e n c u k u p i b ag i ra k yat s e p e r t i lebihan permintaan, kekurangan tanah dan 2 3

Merujuk kepada Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun.

12

Tinjauan Ekonomi 2019

kenaikan harga bahan pembinaan. Tambahan pula, pemaju cenderung untuk membangunkan lebih banyak rumah mewah yang lebih menguntungkan. P e r t u m b u h a n e k o n o m i ya n g s a k s a m a m e nye r l a h k a n p o t e n s i p e n u h e k o n o m i domestik dengan mengurangkan halangan dan meluaskan peluang bagi kumpulan b e r p e n d a p at a n r e n d a h d a n m a s ya ra k at terpinggir. Dasar yang berkesan dan cekap akan menghasilkan pekerjaan berkualiti serta meningkatkan peluang perniagaan dan pemilikan kekayaan, menjadikan ekonomi lebih kukuh dan berdaya saing. Walaupun negara mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan tersebut terutamanya dipacu oleh beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang meningkat melebihi purata nasional sebanyak 5.1% 3 antara 2010 dan

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

2016. Secara keseluruhannya, aliran pelaburan dan peluang pekerjaan lebih tertumpu di empat negeri ini sekaligus mengakibatkan penghijrahan rakyat dari negeri lain ke lokasi pilihan tersebut. Kebimbangan terhadap ketaksamaan gender di negara ini semakin meningkat. Malaysia menduduki tempat ke-104 daripada 144 negara serta berada di belakang negara serantau seperti Filipina (10), Singapura (65), Thailand (75) dan Myanmar (83) menurut Global Gender Gap Report 2017 oleh WEF. Laporan ini menunjukkan bahawa kekurangan peluang, penyertaan wanita dalam ekonomi dan pemerkasaan politik adalah faktor utama yang menjejaskan kedudukan Malaysia. Malaysia menduduki tempat ke-55 daripada 156 negara dalam Sustainable Development Goals (SDG) Index and Dashboards Report 2018. Sementara itu, laporan Malaysia Sustainable Development Goals National Review 2017 menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam lapan dimensi iaitu membasmi kemiskinan; menamatkan situasi kelaparan; memastikan kehidupan yang sihat; dan kesaksamaan gender. Dimensi lain adalah membina infrastruktur yang berdaya tahan; memulihara dan mengekalkan penggunaan sumber semula jadi; melindungi, memulih dan menggalakkan penggunaan w i l aya h e k o s i s t e m ya n g m a m p a n ; d a n mengukuhkan perkongsian global. Walau bagaimanapun, Malaysia perlu menambah baik dalam sembilan dimensi iaitu pendidikan berkualiti; akses kepada air bersih dan sanitasi; tenaga bersih pada harga berpatutan; dan kerja yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi. Dimensi lain yang memerlukan fokus yang lebih besar adalah ketaksamaan; bandar dan komuniti yang lestari; penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab; tindakan iklim; serta keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh. Dari segi pengurusan sisa pepejal, Malaysia menghasilkan sisa pepejal antara yang tertinggi di dunia. Pada 2012, rakyat Malaysia membuang secara purata 1.5 kg sisa setiap hari iaitu lebih tinggi daripada purata harian dunia 1.2 kg (World Bank, 2012). Sementara itu, kajian oleh Science Magazine (2015) menunjukkan Malaysia menghasilkan sekitar satu juta tan sisa plastik dan menjadi negara kelapan tertinggi di dunia dari segi salah urus sisa plastik. Kedudukan ini disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kesedaran

awam yang rendah tentang kepentingan mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula. Secara keseluruhannya, pendekatan holistik akan diambil untuk menangani isu yang menjejaskan rakyat. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan mencipta peluang lebih baik untuk semua segmen masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Justeru, pelbagai program bantuan akan dikaji semula dan inisiatif bina upaya yang lebih bersasar akan dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Inisiatif Strategik – Belanjawan 2019 Belanjawan sulung bagi pentadbiran baharu b e r m at l a m at u n t u k m e m e n u h i a s p i ra s i rakyat demi Malaysia Baharu. Kerajaan akan menggunakan asas ekonomi yang kukuh untuk memakmur dan mengembalikan zaman kegemilangan negara dalam tempoh tiga tahun pertama pentadbiran meskipun terdapat pelbagai cabaran di peringkat dalaman dan luaran. Selari dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, tumpuan segera adalah memulihkan semula keyakinan terhadap Kerajaan, mewujudkan negara keusahawanan dan mensejahterakan rakyat.

Memulihkan semula keyakinan terhadap Kerajaan Kerajaan diberi peluang untuk melakar lembaran baharu dalam pentadbiran negara. Sehubungan itu, usaha akan dipertingkat untuk menangani defisit kepercayaan rakyat, profesional, pihak swasta dan awam terhadap pentadbiran Kerajaan. Tumpuan segera diberikan bagi menangani isu berstruktur dan dasar yang menghalang negara untuk terus maju. Justeru, prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) akan diguna pakai pada setiap peringkat Kerajaan. Belanjawan 2019 akan memperkenalkan beberapa langkah untuk memperkukuh tadbir urus, memperluas asas hasil negara, menambah baik pengurusan fiskal dan perolehan kerajaan serta menyusun semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, kementerian dan agensi akan diperkemas bagi mengelak pertindihan peranan dan fungsi. Tinjauan Ekonomi 2019

13

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Menggalakkan Negara Keusahawanan

dalam aktiviti perniagaan komersil bagi membolehkan sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi.

Selaras dengan pendekatan baharu Kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan dan penglibatan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi dan pembangunan secara keseluruhan, Dasar Pensyarikatan Malaysia akan diperkasakan. Dasar tersebut akan mewujudkan kepercayaan dan kebolehcapaian antara rakyat, profesional, sektor awam dan swasta untuk beroperasi berasaskan konsep syarikat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai inisiatif dan langkah fasilitasi berimpak tinggi akan diperkenalkan untuk menambah baik dan memperkemas peraturan, perundangan, prosedur dan sistem pentadbiran serta penyampaian p e r k h i d m at a n awa m u n t u k m e nyo k o n g aktiviti sektor swasta. Dasar ini dijangka mencetuskan versi baharu kerjasama awam swasta (PPP) untuk menggalakkan pelaburan dan keusahawanan dalam negara. Dalam aspek ini, pendekatan tukar ganti tanah di bawah PPP akan disemak semula iaitu memisahkan penjualan tanah daripada pembangunan tanah. Penjualan dan pembangunan tanah a k a n d i l a k u k a n s e c a ra t e n d e r t e r b u k a . Bagi mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam menjalankan perniagaan, Kerajaan bercadang untuk mengurangkan penglibatan

Kerajaan komited untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan proses tender terbuka, pelaburan awam dan merunding semula projek infrastruktur mega. Penyusunan semula ini akan membantu mencapai pertumbuhan ekonomi dan dasar fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang. Usaha juga akan dipertingkat untuk meluaskan pasaran eksport Malaysia. Justeru, ekonomi Malaysia mestilah berasaskan kepada tahap kecekapan dan teknologi paling tinggi. Firma terutamanya PKS perlu berhenti daripada berasa terlalu selesa dan mengejar keuntungan jangka masa pendek serta kurang melakukan pelaburan untuk masa hadapan. Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) jangka masa panjang dalam pelaburan hijau yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan ekosistem yang mampan. Pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan akan dipacu oleh sektor berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), pengkomputeran awan dan analisis data raya yang menggariskan potensi ekonomi digital bagi memastikan peralihan Malaysia kepada negara maju dan inklusif.

Rencana 1.2

Meningkatkan Produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui Teknologi Digital Pengenalan Pendigitalan boleh meningkatkan produktiviti dalam ekonomi melalui penggunaan sumber yang cekap, akses lebih mudah kepada maklumat serta capaian pasaran yang lebih luas. Produktiviti yang lebih tinggi memberi pulangan modal lebih besar dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan (Cardona et al., 2013). Justeru, teknologi digital dapat dimanfaatkan oleh perniagaan untuk meningkatkan operasi, pengeluaran dan daya saing terutamanya bagi PKS yang mencakupi 98.5% daripada jumlah perniagaan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam kalangan PKS Peningkatan produktiviti melalui teknologi digital adalah penting bagi PKS untuk terus berkembang. Walau bagaimanapun, kehadiran dalam talian 1 bagi kebanyakan PKS masih kurang meskipun mempunyai sambungan internet. Keadaan ini menyebabkan PKS mempunyai capaian yang terhad kepada bakal pelanggan serta pemasaran barangan dan perkhidmatan yang kurang efektif. Selain daripada faktor lebar jalur yang rendah dan pelayan selamat yang tidak mencukupi, kekurangan kehadiran dalam talian turut mengakibatkan pencapaian Malaysia dalam Business Digital Adoption Index (World Bank, 2018) lebih rendah2 berbanding kebanyakan negara anggota ASEAN. 1 2

Kehadiran dalam talian atau web presence adalah perwakilan orang, tempat dan benda di laman sesawang (Kindberg et al., 2002). Kecuali Indonesia, Kemboja, Lao PDR dan Myanmar.

14

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Rajah 1.2.1. Penggunaan Komputer, Internet dan Kehadiran dalam Talian mengikut Sektor dalam kalangan PKS % 100

Penggunaan internet

Penggunaan komputer

Penggunaan kehadiran dalam talian

80 60 40 20 0

Perkhidmatan

Pembuatan

Perlombongan dan pengkuarian

Pertanian

Pembinaan

Sumber: Penggunaan ICT oleh Perniagaan dan e-Dagang pada 2015, Banci Ekonomi 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kebanyakan PKS menggunakan internet untuk menyemak imbas laman sesawang dan berkomunikasi termasuk menerima dan menghantar e-mel, perbankan internet, mencari dan menghebahkan maklumat serta pesanan segera. Walau bagaimanapun, PKS masih ketinggalan dalam beberapa bidang yang boleh ditambah baik. Bidang tersebut termasuk perkhidmatan pelanggan dalam talian, penghantaran produk serta pengambilan dan latihan kakitangan. Kebanyakan subsektor dalam sektor perkhidmatan tidak mengoptimumkan penggunaan internet kecuali hartanah dan perniagaan; kewangan dan insurans; dan ICT. Memandangkan 88.9% daripada jumlah PKS adalah dalam sektor perkhidmatan, maka terdapat keperluan untuk mempercepat pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti. Sementara itu, setiap tambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam ICT akan meningkatkan output sebanyak RM1.9 bilion berbanding subsektor borong dan runcit (RM1.6 bilion) serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan (RM1.6 billion). Pada masa yang sama, sektor perkhidmatan dijangka mendapat manfaat paling banyak daripada pelaburan tersebut berikutan kesan pengganda, diikuti oleh sektor pembuatan dan pembinaan.3 Berdasarkan analisis ini, pelaburan dalam ICT terbukti meningkatkan pengeluaran dengan ketara. Sehubungan itu, PKS perlu mentransformasikan perniagaan untuk bersaing dan kekal relevan dalam suasana persekitaran yang berubah dengan pantas. Justeru, Program Pecutan Transformasi Digital (DTAP)4 telah dilancarkan pada awal 2018 untuk menyediakan pendekatan berstruktur bagi transformasi digital di samping memanfaatkan tenaga pakar untuk membimbing perniagaan mengguna pakai teknologi digital yang baru muncul. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing serta meneroka model perniagaan baharu dalam ekonomi digital. Perkhidmatan seperti borong dan runcit mampu untuk terus berkembang dengan platform e-dagang dan mencapai pasaran lebih luas melalui kos penyebaran maklumat lebih rendah berbanding model perniagaan tradisional. Bagi mencapai hasrat ini, Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada objektif nasional untuk merangsang pertumbuhan e-dagang kepada 20.8% pada 2020. Walaupun sekitar 3,800 PKS telah menyertai platform DFTZ sehingga September 2018, namun jumlah itu masih rendah berbanding bilangan perniagaan dalam negara. Sehubungan itu, penubuhan hab e-World Trade Platform di Malaysia, yang pertama di luar China, menyediakan program latihan yang meluas untuk membantu PKS mengambil manfaat daripada inovasi digital serta peluang dalam perdagangan global.

3 4

Anggaran Kementerian Kewangan Malaysia menggunakan Analisis Input-Output. Program kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Tinjauan Ekonomi 2019

15

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Rajah 1.2.2. Penggunaan Internet secara Produktif oleh PKS Latihan untuk kakitangan Penghantaran produk secara dalam talian Mengakses perkhidmatan kewangan yang lain Penyediaan perkhidmatan pelanggan Pemberitahuan jawatan kosong dalaman atau luaran Telefon melalui internet Menghantar maklumat atau pesanan segera Mendapatkan maklumat berkenaan barangan atau perkhidmatan Perbankan internet Menghantar atau menerima e-mel 0

10

20

30

40

50

60

70

80 %

Sumber: Penggunaan ICT oleh Perniagaan dan e-Dagang pada 2015, Banci Ekonomi 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Rajah 1.2.3. Penggunaan Internet secara Produktif oleh PKS dalam Sektor Perkhidmatan Utiliti

Perkhidmatan lain Kesenian, hiburan dan rekreasi Kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

50.0 45.0 40.0 35.0 30.0 25.0 20.0 15.0 10.0 5.0 -%

Perdagangan borong dan runcit Pengangkutan dan penyimpanan Penginapan

Pendidikan

Makanan dan minuman Maklumat dan komunikasi

Pentadbiran dan khidmat sokongan

Kewangan dan insurans/takaful

Profesional, saintifik dan teknikal Hartanah

Sumber: Penggunaan ICT oleh Perniagaan dan e-Dagang pada 2015, Banci Ekonomi 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Rajah 1.2.4. Nilai dan Peratusan Output mengikut Sektor untuk Pelaburan RM1 Bilion dalam ICT

ICT 77.4% (RM1,470.4 juta)

Perkhidmatan Services 14.9% 14.9% (RM283.6 juta) mil) (RM283.6

Pembuatan 5.1% (RM96.5 juta) Nota: Jumlah angka mungkin berbeza disebabkan pembundaran dan tidak termasuk komponen duti import. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (anggaran).

16

Tinjauan Ekonomi 2019

Pertanian 0.4% (RM7.8 juta)

Pembinaan 1.9% (RM36.3 juta) Perlombongan 0.3% (RM6.2 juta)

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Selain itu, PKS boleh mengaplikasikan model perkongsian ekonomi yang bergantung kepada platform digital dan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan, data raya dan Internet of Things (IoT). Model ini membolehkan akses pantas kepada sumber dan komunikasi yang lancar dalam perniagaan. Justeru, PKS perlu mengambil pendekatan bersepadu untuk meraih manfaat menerusi peluang yang muncul daripada perkongsian ekonomi. Cabaran dan Langkah ke Hadapan Terdapat beberapa faktor yang menghalang PKS memanfaatkan potensi teknologi digital secara sepenuhnya termasuk kurang pengetahuan, kemahiran dan bakat serta infrastruktur ICT yang tidak mencukupi. Kekurangan pekerja mahir berlaku disebabkan oleh ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran graduan. Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bergerak seiring dengan perkembangan pantas teknologi digital melalui penambahbaikan kursus secara berkala bagi memenuhi keperluan industri. Demi mencapai matlamat ini, kerjasama antara IPT dan industri dapat membantu graduan yang baru menamatkan pengajian memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran buruh. Pada masa yang sama, graduan serta tenaga kerja sedia ada perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kecekapan terutamanya dalam kemahiran digital untuk bersaing dan kekal relevan dalam persekitaran perniagaan yang dinamik. Peluang untuk peningkatan ini telah menjadi lebih mudah dengan kemunculan pelbagai platform Massive Open Online Courses dalam laman sesawang yang menawarkan pelbagai topik secara percuma atau yuran minimum. PKS juga menghadapi kekangan untuk mengakses bakat terutamanya bagi kawasan luar dan pinggir bandar. Di samping itu, terdapat perusahaan mikro yang menghadapi kekangan untuk menggaji bakat ICT disebabkan kurang berkemampuan seterusnya menghalang penggunaan ICT secara produktif dalam kalangan PKS. Selain itu, gaji lebih tinggi untuk pekerjaan ICT yang ditawarkan oleh negara lain di rantau ini turut menyebabkan migrasi bakat yang berkemahiran digital. Sebagai contoh, tawaran gaji di Singapura untuk eksekutif muda IT adalah dua kali ganda lebih tinggi manakala eksekutif IT berpengalaman adalah 62% lebih tinggi berbanding gaji di Malaysia.5 Gaji yang lumayan dan taraf hidup lebih baik mendorong bakat tempatan berhijrah demi mencari peluang lebih baik dan seterusnya mengakibatkan penghijrahan bakat. Kaji selidik pada 2015 mendapati bahawa terdapat dua halangan utama dalam penggunaan digital oleh perniagaan iaitu talian internet yang perlahan dan kekurangan pelan jalur lebar pada harga berpatutan (FMM, 2015). Tambahan pula, terdapat perbezaan antara wilayah dalam ketersambungan digital antara negeri lebih maju dengan negeri yang lain. Walaupun mempunyai jaringan internet, namun sambungan yang perlahan dan tidak stabil telah menghalang PKS menggunakan internet secara cekap. Kerajaan komited untuk mengurangkan harga internet dan memastikan tahap kelajuan serta kualiti perkhidmatan lebih baik dalam persekitaran yang lebih kompetitif menerusi pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses yang baharu. Kesimpulan Ekonomi digital menyediakan peluang kepada PKS untuk meningkatkan produktiviti dan melancarkan operasi. Walau bagaimanapun, penggunaan internet oleh PKS masih kurang optimum dalam meneroka peluang yang tersedia disebabkan kekurangan kemahiran digital, akses kepada bakat, kos yang tinggi, kelajuan yang rendah dan sambungan yang tidak stabil. Sehubungan ini, program seperti DTAP dan DFTZ diperkenalkan untuk membantu PKS memanfaatkan teknologi digital dalam operasi perniagaan. Kerajaan bertekad untuk terus menambah baik ekosistem digital termasuk menyelaras peraturan berkaitan dan menaik taraf infrastruktur bagi mempercepat pendigitalan dalam kalangan PKS.

5

Berdasarkan data Jobstreet Malaysia dan Singapura serta dikira menggunakan pariti kuasa beli 2017 daripada Bank Dunia.

Tinjauan Ekonomi 2019

17

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Mensejahterakan Rakyat Belanjawan 2019 mengambil pendekatan serampang dua mata untuk menambah baik kesejahteraan rakyat Malaysia melalui pengurangan bebanan mereka dan peningkatan peluang pendapatan. Bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup, Belanjawan ini akan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat khususnya kumpulan isi rumah B40 dan

M40.4 Pada 2018, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6.8 bilion bagi bantuan sara hidup yang telah memberi faedah kepada 7 . 2 j u t a i s i r u m a h . P r o g ra m i n i a k a n diteruskan dalam Belanjawan 2019 dengan pendekatan yang lebih bersasar. Usaha lain untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat turut merangkumi cross-skilling, latihan semula kemahiran, peningkatan kemahiran dan expert-skilling kepada pekerja sedia ada.

Rencana 1.3

Semakan Semula Gaji Minimum di Malaysia: Satu Kajian Empirikal Pengenalan Gaji minimum merupakan gaji pokok yang perlu dibayar oleh majikan bagi kerja yang dilakukan dalam tempoh tertentu dan tidak boleh dikurangkan melalui perjanjian kolektif atau kontrak individu (ILO, 2016). Undang-undang berkaitan gaji minimum yang pertama telah digubal di New Zealand pada 1894 diikuti negeri Victoria, Australia (1896) dan UK (1909). Pada masa ini, lebih daripada 90% negara anggota Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)1 telah melaksanakan gaji minimum. Gaji minimum bertujuan melindungi pekerja daripada menerima bayaran upah terlalu rendah serta menangani kemiskinan dan ketidaksamaan. Objektif ini memastikan pekerja mendapat hak menerima imbuhan yang setimpal dengan nilai kerja dilakukan. Gaji Minimum di Malaysia Perintah Gaji Minimum 2012 di Malaysia telah dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dengan gaji minimum ditetapkan sebanyak RM900 sebulan (RM4.33 sejam) di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan (RM3.85 sejam) di Sabah, Sarawak dan Labuan. Gaji minimum ini dapat memastikan pekerja mampu memenuhi keperluan asas serta menambah baik ekosistem industri supaya beralih ke rantaian nilai lebih tinggi dengan melabur dalam teknologi dan meningkatkan produktiviti. Selaras dengan keperluan Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732), kadar tersebut telah disemak semula pada 1 Julai 2016 dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 sebulan (RM4.81 sejam) di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan (RM4.42 sejam) di Sabah, Sarawak dan Labuan. Melangkah ke hadapan, Kerajaan komited untuk memastikan dasar gaji minimum dilaksanakan secara berkesan bagi memberi manfaat kepada pekerja dengan mengkaji semula dan menyeragamkan gaji minimum di seluruh negara. Impak ke atas Ekonomi Malaysia Rencana ini menganalisis potensi impak semakan semula gaji minimum ke atas ekonomi Malaysia. Analisis empirikal menggunakan model Applied General Equilibrium (MyAGE) 2 dilaksanakan bagi menganggar impak peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,050 pada 2019 kepada RM1,500 di seluruh negara berdasarkan dua senario iaitu kenaikan secara berperingkat (S1) dan one-off (S2). Senario S1 mengandaikan kenaikan tahunan sebanyak RM150 bermula pada 2020 hingga 2022. Sementara itu, S2 melibatkan andaian kenaikan secara one-off kepada RM1,500 pada 2020. 1 2

4

187 negara anggota. Model computable general equilibrium (CGE) dinamik bagi ekonomi Malaysia. Merujuk kepada isi rumah berpendapatan antara RM4,360 dan RM9,619.

18

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Pendapatan boleh guna isi rumah merupakan penentu utama penggunaan swasta yang menyumbang secara purata 67% kepada pertumbuhan penggunaan swasta (BNM, 2014). Inisiatif bagi meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah seperti pindahan tunai akan menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan swasta berikutan pekerja berpendapatan rendah mempunyai kecenderungan berbelanja lebih tinggi (MOF, 2016). Sehubungan itu, perubahan dasar gaji minimum akan memberi kesan positif ke atas penggunaan swasta yang dijangka meningkat antara 0.3 dan 0.4 mata peratusan pada S1 manakala 0.6 mata peratusan pada S2. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP) secara marginal yang disebabkan oleh inflasi tarikan permintaan. Rajah 1.3.1. Impak ke atas Penggunaan Swasta dan Indeks Harga Pengguna Jangka masa pendek (2020) sisihan paras asas (mata peratusan) 0.7 0.6 0.5 0.4 0.3 0.2 0.1 0.0 IHP S1

Penggunaan Swasta S1

IHP S2

Jangka masa sederhana (2020 – 2022)

Penggunaan Swasta S2

sisihan paras asas (mata peratusan) 0.7 0.6 0.5 0.4 0.3 0.2 0.1 0.0 IHP S1

Penggunaan Swasta S1

IHP S2

Penggunaan Swasta S2

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (anggaran).

Perubahan kadar gaji minimum juga berpotensi memberi impak ke atas kos pengeluaran dan daya saing perniagaan. Perniagaan terutamanya PKS yang bergantung kepada pekerja berpendapatan rendah berisiko kehilangan perniagaan disebabkan ketidakupayaan memenuhi keperluan gaji minimum (Rusly et al., 2017). Walau bagaimanapun, apabila kos relatif buruh semakin meningkat, syarikat akan terdorong untuk menggantikan tenaga buruh dengan modal melalui automasi dan mekanisasi. Keadaan ini akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah seterusnya membolehkan syarikat menampung peningkatan gaji minimum tanpa menyebabkan pengguna menanggung kenaikan kos buruh. Laporan National Employment Returns 2016 mendapati 76.3% daripada perusahaan tidak mencatat peningkatan kos buruh berikutan pelaksanaan gaji minimum (ILMIA, 2017). Penemuan tersebut mengesahkan jangkaan bahawa syarikat mampu melaksanakan dasar gaji minimum tanpa menghadapi sebarang gangguan perniagaan yang signifikan. Selain itu, kajian oleh Croucher et al. (2012) menyatakan pelaksanaan gaji minimum nasional mendorong syarikat menggantikan tenaga buruh kepada modal seterusnya meningkatkan produktiviti.

Rajah 1.3.2. Impak ke atas Pertumbuhan Ekonomi Jangka masa pendek (2020)

Jangka masa sederhana (2020 – 2022)

sisihan paras asas (mata peratusan) 0.04 0.03 0.02 0.01 0.00

Guna Tenaga S1

KDNK S1

Guna Tenaga S2

KDNK S2

sisihan paras asas (mata peratusan) 0.07 0.06 0.05 0.04 0.03 0.02 0.01 0.00 Guna Tenaga Modal S1 S1

KDNK Guna Tenaga Modal S1 S2 S2

KDNK S2

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (anggaran).

Tinjauan Ekonomi 2019

19

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Hasil analisis menggunakan MyAGE bagi jangka masa pendek mendapati guna tenaga dijangka meningkat melebihi paras asas bagi S1 dan S2 dengan kenaikan lebih tinggi bagi S2 berbanding S1.3 Keadaan ini mencerminkan keupayaan syarikat membuat penyesuaian terhadap perubahan gaji di samping meneruskan pengeluaran bagi memenuhi peningkatan permintaan isi rumah. Gaji minimum lebih tinggi juga dijangka menggalakkan peralihan tenaga kerja daripada pekerja berkemahiran rendah kepada pekerja separuh mahir dan mahir. Memandangkan peratusan input buruh dalam ekonomi merangkumi sekitar 53%, peralihan daripada pekerja berkemahiran rendah kepada pekerja separuh mahir dan mahir akan meningkatkan produktiviti seterusnya pertumbuhan KDNK lebih tinggi. Trend ini dijangka berterusan dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan peningkatan perbelanjaan modal dalam jangka masa sederhana akan mengalih syarikat kepada operasi berasaskan modal seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan KDNK. Hasil daripada peningkatan dalam penggunaan swasta, industri cenderung menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan untuk isi rumah terutamanya makanan dan minuman serta kelengkapan pengangkutan. Dalam jangka masa sederhana, permintaan lebih tinggi akan mendorong industri beralih kepada pengeluaran berintensifkan modal seterusnya menghasilkan kesan limpahan kepada ekonomi. Pertumbuhan KDNK akan meningkatkan keyakinan pasaran dan menggalakkan perkembangan industri berkaitan pelaburan serta industri pengantara melalui hubungan intersektoral. Kesimpulan Semakan semula gaji minimum akan meningkatkan kebajikan pekerja. Kenaikan gaji minimum secara berperingkat dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak minimum ke atas IHP berbanding kenaikan secara one-off. Kejayaan pelaksanaan dasar gaji minimum bergantung kepada keupayaan syarikat mengadaptasi amalan perniagaan terbaik bagi meningkatkan produktiviti melalui automasi dan mekanisasi yang lebih menyeluruh. Pada masa sama, industri dijangka beralih daripada pekerja berkemahiran rendah kepada pekerja separuh mahir dan mahir serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah yang seterusnya meningkatkan daya saing negara. 3

Berdasarkan andaian bahawa stok modal berkeadaan tetap dalam jangka masa pendek.

Bagi isu berkaitan kesihatan khususnya kekurangan nutrisi dalam kalangan kanakkanak bandar, program yang menyeluruh akan dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan, menggalakkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif di samping menyalurkan peruntukan kepada pelbagai program pencegahan dan penjagaan kesihatan. Pada masa sama, perolehan perubatan akan dijalankan melalui tender terbuka bagi memastikan nilai faedah terbaik untuk Kerajaan. Selain itu, usaha untuk menyediakan jaringan pengangkutan awam yang komprehensif di luar Lembah Klang dan kawasan bandar akan ditambah baik selaras dengan pembangunan pesat negara. Dari aspek peningkatan kualiti pendidikan, kemudahan di sekolah akan dinaik taraf dan diselenggara bagi memastikan sekolah awam

20

Tinjauan Ekonomi 2019

menjadi pilihan. Melalui Bajet 2018, Kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk membina semula sekolah daif di seluruh negara dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan RM550 juta untuk menaik taraf dan penyelenggaraan. Pada 2019, Kerajaan akan meneruskan inisiatif tersebut bagi memastikan kemudahan di sekolah awam berkualiti. Dari aspek pendidikan tinggi, tumpuan diberikan untuk meningkatkan kebolehpasaran s i swa z a h m e l a l u i p ro g ra m p e n i n g k at a n kemahiran; memupuk sifat dan sikap yang baik; menggalakkan pemikiran kreatif; penyelesaian masalah; dan komunikasi berkesan. Justeru, program kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan industri termasuk Maybank Go Ahead Challenge, Rangka Kerja Pencipta Kerja,

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Program Pengukuhan Ekosistem Keusahawanan IPT dan Program Pembangunan Kompetensi Keusahawanan akan diteruskan pada 2019. D i s a m p i n g i t u , m a h a s i swa j u g a a k a n didedahkan dengan lebih meluas kepada IR 4.0 bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja semasa serta melengkapkan diri dengan keperluan pasaran kerja masa hadapan. Bagi perumahan mampu milik pula, Kerajaan akan terus memperluas Program Perumahan Rakyat, Program Perumahan Rakyat Disewakan dan Program Perumahan Rakyat Bersepadu yang memberi peluang kepada rakyat khususnya dari kumpulan isi rumah B40 untuk memiliki atau menyewa rumah. Pada masa sama,

Belanjawan 2019 akan menggalakkan institusi kewangan menyediakan lebih banyak pinjaman untuk memiliki rumah. Kerajaan juga akan memperkenal program baharu untuk memenuhi permintaan yang meningkat terhadap rumah mampu milik. Pembangunan ekonomi yang seimbang penting untuk memastikan pertumbuhan inklusif di samping mengurangkan beban rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, usaha akan dipertingkat untuk menggalakkan pembentukan modal bagi setiap negeri. Usaha ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar utama. Pada masa sama, peruntukan kewangan akan disediakan untuk menaik

Rencana 1.4

Profil Pengangguran di Malaysia Pengenalan Sepanjang dua dekad yang lalu, kadar pengangguran di Malaysia berada di bawah 4%, menunjukkan bahawa ekonomi berada di bawah guna tenaga penuh 1 (DOSM, 2016). Kadar pengangguran dikira dengan membahagikan bilangan penganggur2 kepada jumlah tenaga buruh3 (DOSM, 2017). Rencana ini menerangkan profil demografi pengangguran mengikut etnik, gender, kohort umur dan pencapaian pendidikan pada 2017. Rajah 1.4.1. Pengiraan Kadar Pengangguran di Malaysia, 2017 b

Ya

Penduduk bekerja 14.5 juta

Tenaga buruh 15.0 juta

a

Adakah penduduk tersebut bekerja? Tid

ak

Ya

Adakah penduduk tersebut mencari kerja dan bersedia untuk bekerja ?

Kadar pengangguran =

X 100 = 3.4%

Tid

ak

Penganggur 502.6 ribu

Luar tenaga buruh 7.1 juta

Sumber: Adaptasi daripada Principles of Economics, 2016.

OECD mendefinisikan guna tenaga penuh sebagai kadar pengangguran di bawah 4%. Penganggur merujuk kepada mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan dan dikelaskan kepada penganggur aktif dan penganggur tidak aktif. 3 Tenaga buruh merujuk kepada penduduk bekerja dan penganggur dalam populasi umur bekerja (15 - 64 tahun). 1 2

Tinjauan Ekonomi 2019

21

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Fakta dan Angka

Rajah 1.4.2. Warganegara Malaysia mengikut Kumpulan Etnik

Warganegara Malaysia

0.29 juta (1.0%)

2.00 juta (7.0%)

Kadar Pengangguran mengikut Kumpulan Etnik Malaysia merupakan negara berbilang kaum terdiri daripada 28.7 juta rakyat merangkumi pelbagai kaum iaitu Bumiputera 4 (68.8%), Cina (23.2%), India (7%) dan Lain-lain5 ( 1 % ) ( D O S M , 2 0 1 7 ) . Pa d a 2 0 1 7 , k a d a r pengangguran bagi warganegara Malaysia mencatat 3.7% namun terdapat variasi merentasi kumpulan etnik. Bumiputera mencatatkan bilangan penganggur paling ramai dengan kadar pengangguran sebanyak 4%, diikuti kaum Cina (2.4%), India (4.7%) dan Lain-lain (6.6%).

6.67 juta (23.2%) 19.78 juta (68.8%)

Bumiputera

India

Cina

Lain-lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jadual 1.4.1. Pengangguran mengikut Etnik, 2017 Kumpulan etnik

Jumlah tenaga buruh ('000)

Jumlah

Jumlah penganggur ('000)

Peratusan penganggur1 (%)

Kadar pengangguran (%)

12,678.3

463.7

100.0

3.7

Bumiputera

8,438.3

336.4

72.5

4.0

Cina

3,206.1

77.1

16.6

2.4

India

929.7

43.3

9.3

4.7

Lain-lain

104.2

6.8

1.5

6.6

Pengiraan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

1

Kadar Pengangguran mengikut Gender dan Etnik Pada 2017, kadar pengangguran warganegara lebih tinggi bagi perempuan (3.8%) berbanding lelaki (3.6%). Fakta ini selaras dengan kajian yang menyatakan bahawa perempuan lebih cenderung untuk keluar dan menyertai semula tenaga buruh sekiranya terdapat keperluan berkaitan keluarga (ILO, 2016). Selain itu, kadar pengangguran bagi perempuan lebih tinggi kerana majikan cenderung untuk menggaji lelaki (Qi, 2016). Kecenderungan ini berdasarkan komitmen lebih tinggi oleh lelaki untuk bekerja lebih masa. Pada 2017, min jam bekerja bagi perempuan lebih singkat (43.9 jam seminggu) berbanding lelaki (46.5 jam seminggu). Stereotaip gender berkemungkinan akan menjejaskan persepsi pembuat keputusan dalam pemilihan calon pekerja (Mohd Jidi et al., 2014). Dari perspektif etnik, kadar pengangguran perempuan Bumiputera ialah 4.2% lebih tinggi berbanding lelaki Bumiputera (3.8%). Pengangguran perempuan India juga mencatatkan kadar lebih tinggi (4.9%) berbanding lelaki (4.5%). Kadar pengangguran lelaki Cina (2.5%) lebih tinggi berbanding perempuan (2.3%) berbeza dengan Bumiputera dan India. Bagi pengangguran lelaki kumpulan etnik Lain-lain juga mencatatkan kadar lebih tinggi (7.8%) berbanding perempuan (4.7%).

4 5

Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu, Orang Asli Semenanjung, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Lain-lain merujuk kepada kumpulan etnik selain daripada Bumiputera, Cina dan India.

22

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Jadual 1.4.2. Pengangguran mengikut Gender dan Etnik, 2017 Lelaki Kumpulan etnik

Perempuan

Jumlah

Bilangan Kadar Bilangan Kadar Bilangan Kadar penganggur pengangguran penganggur pengangguran penganggur pengangguran ('000) (%) ('000) (%) ('000) (%)

Keseluruhan

271.9

3.6

191.8

3.8

463.7

3.7

Bumiputera

194.1

3.8

142.3

4.2

336.4

4.0

Cina

47.8

2.5

29.3

2.3

77.1

2.4

India

25.0

4.5

18.3

4.9

43.3

4.7

4.9

7.8

1.9

4.7

6.8

6.6

Lain-lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kadar Pengangguran mengikut Kumpulan Umur dan Etnik Dari perspektif kumpulan umur warganegara, kohort 15–19 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi pada 18.7% diikuti oleh 20–24 tahun (11.9%). Memandangkan belia merujuk kepada kumpulan umur 15 hingga 24 tahun (ILO, 2016), jumlah kadar pengangguran belia bagi rakyat Malaysia merekodkan 13.2%, dengan kadar tertinggi oleh etnik Lain-lain pada 17.7%, diikuti kaum India (15.5%), Bumiputera (14.1%) dan kaum Cina (8.3%). Pengangguran belia terus menjadi satu kebimbangan di peringkat global (ILO, 2016). Kadar pengangguran tinggi dalam kalangan belia antaranya disebabkan oleh kekurangan pengalaman bekerja dan tahap kemahiran atau pendidikan yang tidak mencukupi untuk bersaing di pasaran buruh. Keadaan ini menggambarkan bahawa pengalaman bekerja merupakan faktor utama bagi kebolehpasaran (ILMIA, 2016). Sebaliknya, 68% majikan meletakkan komunikasi sebagai kemahiran paling penting dalam proses pengambilan pekerja diikuti pengalaman bekerja, kemahiran interpersonal serta semangat dan komitmen. Kemahiran lain yang turut diberi perhatian termasuk kerja berpasukan, kelayakan yang relevan, keputusan akademik yang baik, keinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif (Shukri et al., 2013). Tambahan lagi, kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia di Malaysia pada 2017 disebabkan oleh ketidakpadanan kemahiran (MIDF, 2018). Banyak kekosongan jawatan dalam pasaran buruh di bawah kategori pekerjaan kurang mahir dan separuh mahir kurang digemari dan tidak sesuai untuk graduan yang baru menamatkan pengajian. Pada 2017, daripada Jadual 1.4.3. Kadar Pengangguran mengikut Kumpulan Umur dan Etnik, 2017 Kumpulan Jumlah Bumiputera Cina umur % % %

15–19 20–24 25–29 30–34 35–39 40–44 45–49 50–54 55–59 60–64

18.7 11.9 4.5 1.9 1.4 1.0 1.4 0.7 0.4 0.3

19.1 12.9 4.6 1.7 1.3 1.0 1.2 0.5 0.4 0.2

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

13.4 7.5 3.0 2.2 1.5 0.9 1.8 1.1 0.2 0.4

India Lain-lain % %

24.9 13.6 7.7 2.5 2.1 1.6 1.4 1.4 0.8 0.6

25.9 15.4 7.5 5.1 0.5 0.6 0.8 0.7 0.4 0.0

Rajah 1.4.3. Kadar Pengangguran Belia dalam kalangan Warganegara Malaysia, 2017 % 20

17.7

16 13.2

15.5

14.1

12 8.3

8 4 0

Jumlah

Bumiputera

Cina

India

Lain-lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tinjauan Ekonomi 2019

23

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

1.4 juta jumlah kekosongan jawatan, 86.9% merangkumi pekerjaan kurang mahir yang hanya memerlukan pendidikan rendah diikuti oleh 8.4% dalam pekerjaan separuh mahir. Kekosongan jawatan bagi pekerjaan mahir yang memerlukan pendidikan tertiari 6 pula hanya 4.7% atau 64,402 daripada jumlah tersebut. Kadar Pengangguran mengikut Pencapaian Pendidikan dan Etnik Dari segi pencapaian pendidikan mengikut etnik, Bumiputera dengan pendidikan tertiari merekodkan kadar pengangguran tertinggi 4.6% berbanding yang tiada pendidikan rasmi mencatat kadar terendah 1.5%. Sementara itu, kaum Cina dan India yang tiada pendidikan rasmi mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu masing-masing 3.0% dan 6.9%. Kadar pengangguran terendah kaum Cina dan India dicatatkan oleh penganggur berpendidikan rendah iaitu 1.2% dan 2.5%. Bagi kumpulan etnik Lain-lain, penganggur berpendidikan menengah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi 8.6% manakala yang berpendidikan rendah mencatatkan kadar terendah 2.4%. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan penganggur berpendidikan tertiari terutamanya Bumiputera (4.6% atau 129,000 orang) dan India (5.5% atau 14,500 orang) antaranya disebabkan terdapat jurang kemahiran. Seterusnya, kaji selidik oleh Bank Dunia dan Talent Corporation pada 2014 mendapati 90% daripada syarikat percaya bahawa graduan universiti seharusnya mempunyai lebih banyak latihan industri sebelum menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun, kajian juga menunjukkan kurang daripada 10% syarikat mempunyai pengalaman dalam membangunkan kurikulum atau program bersama universiti (BNM, 2017).

Rajah 1.4.4. Kadar Pengangguran mengikut Pencapaian Pendidikan dan Etnik, 2017 % 10

Tiada pendidikan rasmi Rendah Menengah Tertiari

8

8.6 6.9

6

5.5 4.0

4

4.6

4.6 3.0

2 0

1.5

1.9

Bumiputera

2.3

2.9

2.5

5.0

4.7 2.4

1.2

China

India

Lain-lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk menggalakkan syarikat membantu graduan meningkatkan kemahiran teras dan insaniah menerusi latihan semasa kerja. Sehingga 31 Ogos 2018, seramai 125,986 graduan secara langsung dan tidak langsung telah dibantu melalui pelbagai program. Pada masa ini, 539 syarikat (514 syarikat swasta dan 25 syarikat berkaitan kerajaan) termasuk Kumpulan Maybank, CIMB, Axiata, Celcom, Huawei dan Intel sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

6

Tertiari merujuk kepada pencapaian pendidikan selepas Tingkatan 5.

24

Tinjauan Ekonomi 2019

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Bukan Warganegara Malaysia Pada 2017, terdapat 3.3 juta bukan warganegara tinggal di Malaysia merangkumi 10.3% daripada 32 juta penduduk. Kadar pengangguran keseluruhan untuk kumpulan ini adalah 1.7% meliputi kedua-dua gender. Dari segi kohort umur, bukan warganegara berumur 15–19 mencatatkan kadar pengangguran tertinggi 6.7%. Dari segi pencapaian pendidikan, bukan warganegara yang tiada pendidikan rasmi mencatat kadar pengangguran tertinggi 3.4%. Kadar pengangguran terendah 1.2% pula dicatatkan dalam kalangan bukan warganegara berpendidikan menengah.

Jadual 1.4.4. Pengangguran Bukan Warganegara, 2017 Bilangan tenaga buruh ('000)

Bilangan penganggur ('000)

Kadar pengangguran (%)

2,274.3

38.9

1.7

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Rajah 1.4.5. Kadar Pengangguran Bukan Warganegara mengikut Gender, Kumpulan Umur dan Pencapaian Pendidikan, 2017 % 8

6.7 6 4

3.4 2.5

2

1.7

0

lah

Jum

1.7

1.7

an aki Lel empu Per

2.5 1.5

19

15–

24

20–

29

25–

1.8 1.1

34

30–

0.5

39

35–

0.2

44

40–

0.6

49

45–

0.9

54

50–

0.6

59

55–

64

60– da

Tia

ikan

p

id end

mi

ras

2.1 1.2

i gah Tertiar dah Ren Menen

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kesimpulan Pengangguran merupakan salah satu indikator penting dalam mengukur prestasi ekonomi. Beberapa penemuan penting mengenai profil pengangguran di Malaysia menunjukkan bahawa kadar pengangguran berbeza merentasi etnik, gender, kohort umur dan pencapaian pendidikan. Sementara itu, pengangguran belia yang tinggi wujud dalam kalangan semua kumpulan etnik. Beberapa faktor yang menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia termasuk ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran. Bagi menangani jurang ini kerajaan akan mengambil langkah intervensi dan mengeratkan perkongsian dengan semua pihak berkepentingan. Beberapa intervensi termasuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh industri, mengarus perdana pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan membudayakan keusahawanan.

Tinjauan Ekonomi 2019

25

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

taraf kemudahan dan infrastruktur bagi meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di lokasi yang dianggap kurang menarik. Dasar dan program akan terus diperkukuh bagi mencapai kesaksamaan gender. Bagi memastikan pembangunan mampan, usaha akan dipergiat untuk mencapai pengurusan cekap dalam perkongsian sumber semula jadi serta pelupusan sisa toksik dan pepejal. Sehubungan itu, penggunaan teknologi terkini dalam pelupusan sisa akan digalakkan bagi meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar. Kerajaan akan mempromosi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan menggalakkan peniaga dan pengguna meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Sebagai tambahan, Malaysia akan mengamalkan konsep pembangunan seimbang dengan dasar yang meningkatkan keterangkuman, integriti dan kemampanan serta memastikan pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia yang berterusan. Inisiatif ini bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemah dalam bentuk manfaat sebenar untuk rakyat.

26

Tinjauan Ekonomi 2019

Kesimpulan Ekonomi Malaysia terus berkembang pada separuh pertama 2018 meskipun terdapat beberapa cabaran dalam ekonomi domestik dan ketidaktentuan luaran. Pertumbuhan KDNK mencatat 4.9% dalam tempoh separuh pertama 2018 dan dijangka merekodkan 4.8% pada 2018 dan 4.9% pada 2019 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan sektor luar yang menggalakkan. Walaupun ekonomi dijangka berkembang, namun ketidaktentuan sektor luar dan cabaran domestik boleh menjadi risiko kepada prospek pertumbuhan. Kerajaan melalui Belanjawan 2019 bertekad melaksanakan langkah untuk menangani defisit kepercayaan terhadap Kerajaan, mempromosi negara keusahawanan dan mensejahterakan rakyat. Strategi yang dilakar dalam Belanjawan bakal meletakkan negara di landasan yang kukuh demi mencapai objektif kebebasan, keadilan, keharmonian, keamanan dan kemakmuran yang lebih baik dalam Malaysia Baharu.

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Rujukan Bank Negara Malaysia. (2014). Annual Report 2013: Evolving Household Balance Sheets and Implications for Private Consumption. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Federation of Malaysian Manufacturers. (2015). The Adoption of ICT among Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) members. Kuala Lumpur: FMM and MDEC.

Bank Negara Malaysia. (2017). Annual Report 2016: Demystifying the Affordable Housing Issue in Malaysia. Dicapai daripada http://www. bnm.gov.my/files/publication/ar/en/2016/ cp04_002_box.pdf

Global Entrepreneurship and Development Institute. (2017). 2018 Global Entrepreneurship Index. Dicapai daripada http://thegedi. org/2018-global-entrepreneurship-index/

Bank Negara Malaysia. (2017). Annual Report 2016: Youth Unemployment in Malaysia: Developments and Policy Considerations. Dicapai daripada http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/ en/2016/cp04_003_box.pdf Bank Negara Malaysia. (2018). BNM Quarterly Bulletin - Affordable Housing: Challenges and the Way Forward. Dicapai daripada http:// www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2017/ Q4/p3ba1.pdf Bertelsmann Stiftung. (2017). SDG Index a n d D a s h b o a rd s R e p o r t 2 0 1 8 . D i c a p a i daripada http://www.sdgindex.org/assets/ f i l e s / 2 0 1 8 / 0 1 % 2 0 S D G S % 2 0 G L O BA L % 2 0 EDITION%20WEB%20V9%20180718.pdf Bloom, D. E., Canning, D., & Fink, G. (2010). Implications of Population Ageing for Economic Growth. Oxford Review of Economic Policy, 26(4), 583 – 612. Cardona, M., Kretschmer, T., & Strobel, T. (2013). ICT and productivity: conclusions from the empirical literature. Information Economics and Policy, 25(3), 109-125. Chee, L. K. (1997). The Malaysian Government Pension Scheme: Whither Its Future Direction. Jurnal Ekonomi Malaysia, 31, 87 – 106. Croucher, R., & Rizov, M. (2012). The impact of the national minimum wage on labour productivity in Britain. E-Journal of International and Comparative Labour Studies, 1(3-4), 263-289. Economist Intelligence Units. (2017). Worldwide Cost of Living Report 2017. Dicapai daripada https://store.eiu.com/product/worldwide-costof-living-2017/.

Holzmann, R. (1988). Reforming Public Pensions (No. 5). Paris: Organisation for Economic Co-operation and Development. Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh. (2017). National Employment Returns 2016. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh. (2016). Quick Fact 2014-2015. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. International Labour Organization. (2016). Minimum Wage Policy Guide: Full Chapters ( p. 4 ) . G e n eva : I n t e r n at i o n a l L ab o u r Organisation. International Labour Organization. (2016). Key Indicators of the Labour Market Ninth Edition. Dicapai daripada https://www.ilo.org/wcmsp5/ groups/public/---dgreports/---stat/documents/ publication/wcms_498929.pdf International Monetary Fund. (2018). World Economic Outlook, October 2018. Dicapai daripada https://www.imf.org/en/Publications/ WEO/Issues/2018/09/24/world-economicoutlook-october-2018 Ismail, N. W., & Rahman, H. S. W. H. A. (2016). Aging and Economic Growth: Empirical Analysis Using Autoregressive Distributed Lag Approach. Sains Malaysiana, 45(9), 1345 – 1350. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). Ageing: Au g u s t N e w s l e t t e r. P u t ra j aya : Jab at a n Perangkaan Malaysia.

Tinjauan Ekonomi 2019

27

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2016). Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jobstreet Malaysia. (2018). Malaysia Salary Report. Dicapai daripada https://www.jobstreet.com. my/en/cms/employer/wp-content/uploads/ sites/4/2018/05/MY_Salary_Report_2018.pdf Jobstreet Singapore. (2018). Salary Report. Dicapai daripada https://myjobstreet.jobstreet. com.sg/career-enhancer/basic-salary-report. php?param=IT%20Executive||190||sg Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). National Strategic Plan for Non-Communicable Disease 2016-2025. Dicapai daripada http://www. moh.gov.my/english.php/pages/view/698 Kementerian Kewangan Malaysia. (2016). Laporan Ekonomi 2016/2017. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Trends in International Mathematics and Science Study 2015. Dicapai daripada https://www.moe. gov.my/images/Terbitan/Rujukan-Akademik/ pubfile_file_002124.pdf Kindberg, T., Barton, J., Morgan, J., Becker, G., Caswell, D., Debaty, P., & Schettino, J. (2002). People, places, things: Web presence for the real world. Mobile Networks and Applications. 7(5). 365-376. Malaysian Industrial Development Finance. (2018). MIDF Research: Youth Unemployment Rate Remains High as Skills Mismatch Stay Prevalent. Dicapai daripada http://www. midf.com.my/images/Downloads/Research/ Econs-Msia-2017-Youth-UE-MIDF-030518.pdf Mohd Jidi, M., Zakaria, N., Zani, A., Mislan, A., Eshak, E. (2014). Gender Imbalance in Decision Making in Hiring Employees in Klang Valley, Malaysia. 523-532.

28

Tinjauan Ekonomi 2019

Organisation for Economic Co-operation and Development. (2017). Government at a Glance 2017. Dicapai daripada https://www.oecd.org/ gov/government-at-a-glance-2017-highlightsen.pdf Qi, J. C. (2016). Unemployment among Graduates of Public and Private Universities in the Klang Valley. Malaysia Labour Review. 12(1). 21-28. QS Top Universities. (2018). QS World University Rankings 2019. Dicapai daripada https://www. topuniversities.com/university-rankings/ world-university-rankings/2019 Rusly, F. H., Talib, Y. Y. A., & Salleh, D. (2017). The impact of minimum pay implementation on small businesses operating cost and sustainability: A case of service business. SHS Web of Conferences, 34(08006). DOI: 10.1051/shsconf/20173408006 Science Magazine. (2015). Plastic Waste Input from Land into the Ocean. Dicapai daripada https://www.iswa.org/fileadmin/user_upload/ Calendar_2011_03_AMERICANA/Science-2015Jambeck-768-71__2_.pdf Shukri, M., Hamid. A., Manaf. N. H., Islam, R. (2013). Enhancing Graduates’ Employability Skills: A Malaysia Case. Dicapai daripada http://irep.iium.edu.my/28680/1/Rafikul_ Malaysia.pdf United Nations Children’s Fund. (2018). Urban Child Poverty Report. Dicapai daripada https:// www.unicef.org/malaysia/FINAL-REPORT-1. pdf United Nations. (2002). World Population Ageing 1950 – 2050. New York: United Nations. United Nations. (2017). World Population Prospects: The 2017 Revision, Volume I: Comprehensive Tables. ST/ESA/SER.A/399. New York: United Nations. Unit Perancang Ekonomi. (2017). Malaysia Sustainable Development Goals Voluntary National Review 2017. Dicapai daripada https://sustainabledevelopment.un.org/ content/documents/15881Malaysia.pdf

BAB 1 PENGURUSAN DAN PROSPEK EKONOMI

University of Minnesota. (2016). Principles of Economics. University of Minnesota Libraries Publishing 2016. Dicapai daripada https:// open.lib.umn.edu/principleseconomics/ World Bank. (2018). Doing Business 2018. Dicapai daripada http://www.doingbusiness.org/ content/dam/doingBusiness/media/AnnualReports/English/DB2018-Full-Report.pdf World Bank. (2018). Labor force, female (% of total labor force). Dicapai daripada https://data. worldbank.org/indicator/SL.TLF.ACTI.1524. FE.ZS World Bank. (2018). Malaysia’s Digital Economy: A New Driver of Growth. Washington, DC: World Bank.

World Bank. (2015). Malaysia Economic Monitor. Dicapai daripada http://documents.worldbank. org/curated/en/509991467998814353/ pdf/97393-WP-P152893-Box391466B-PUBLICMEM12-Draft-v3-3b.pdf Wo r l d B a n k ( 2 0 1 2 ) . W h a t a Wa s t e . Dicapai daripada https://siteresources. worldbank.org/INTURBANDEVELOPMENT/ Resources/336387-1334852610766/What_a_ Waste2012_Final.pdf World Economic Forum. (2018). The Global Competitiveness Report 2018. Dicapai daripada http://www3.weforum. org/docs/GCR2018/05FullReport/ TheGlobalCompetitivenessReport2018.pdf World Economic Forum. (2017). The Global Gender Gap Report 2017. Dicapai daripada http://www3. weforum.org/docs/WEF_GGGR_2017.pdf

Tinjauan Ekonomi 2019

29