2 Prestasi DaN PrOsPeK eKONOmi GLOBaL

Sumber: Tabung Kewangan ... kadar dana persekutuan antara 0.25% ... empat siri baharu operasi pembiayaan semula jangka panjang yang disasarkan...

0 downloads 61 Views 200KB Size
25

LAPORAN EKONOMI 2016/17

2

Prestasi DAN PROSPEK Ekonomi GLOBAL • Perspektif Keseluruhan • Prestasi Ekonomi Global • Kerjasama Ekonomi Antarabangsa • Sisipan 1: Komitmen Malaysia dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN • Prospek 2017

Bab 2.indd 25

10/14/16 3:59 AM

Bab 2.indd 26

10/14/16 3:59 AM

27

LAPORAN EKONOMI 2016/17

2

Prestasi DAN PROSPEK Ekonomi GLOBAL

Perspektif Keseluruhan Pertumbuhan global kekal sederhana

P

ertumbuhan ekonomi global dijangka kekal sederhana 3.1% pada 2016 (2015: 3.2%) dengan pertumbuhan yang rendah bagi kebanyakan negara maju dan peningkatan pertumbuhan dalam pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun. Negara maju diunjur mencatat pertumbuhan marginal yang lebih perlahan pada 1.6% (2015: 2.1%), manakala pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun dijangka menunjukkan sedikit peningkatan pada 4.2% (2015: 4%). Dalam kalangan negara maju, Amerika Syarikat (AS) dijangka mencatat pertumbuhan lebih perlahan disebabkan oleh pelaburan swasta lebih rendah, permintaan global yang lembap dan mata wang dolar lebih kukuh. Pemulihan ekonomi di kawasan euro dijangka berterusan pada kadar sederhana disokong oleh permintaan domestik yang stabil dan dasar monetari yang menyebabkan kesan pengembangan. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan disebabkan oleh Brexit yang terus memberi kesan kepada keyakinan pengguna dan perniagaan, masih menjadi kebimbangan, terutamanya bagi ekonomi maju di kawasan euro serta di United Kingdom (UK). Sementara itu, Jepun dijangka mencatat pertumbuhan marginal disebabkan oleh penggunaan swasta yang lembap dan peningkatan nilai yen walaupun pelbagai langkah dasar monetari dan fiskal dilaksanakan. Pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun dijangka dapat mengimbangi sebahagian daripada pertumbuhan lembap di negara maju. Dasar akomodatif fiskal dan monetari China dijangka dapat menyokong usaha pengimbangan semula negara ke arah pertumbuhan yang lebih mapan dengan sektor perkhidmatan dan penggunaan menjadi pemacu utama ekonomi. Pertumbuhan ekonomi India pula dijangka kekal teguh disokong oleh peningkatan dalam penggunaan swasta serta sektor perkhidmatan dan pertanian yang lebih kukuh. Sementara itu, kebanyakan negara anggota Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Viet Nam diunjur mencatat pertumbuhan ekonomi stabil berikutan pelaburan infrastruktur lebih tinggi dan penggunaan yang lebih kukuh. Inflasi ekonomi maju dijangka meningkat kepada 0.8% (2015: 0.3%) disebabkan oleh peningkatan dalam penggunaan swasta. Walau bagaimanapun, inflasi pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun diunjur berkurang kepada 4.5% (2015: 4.7%) berikutan harga komoditi global lebih rendah. Perdagangan dunia dijangka meningkat 2.3% pada 2016 (2015: 2.6%) disokong oleh peningkatan permintaan bagi barangan import,

Bab 2.indd 27

terutamanya dari pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun. Sementara itu, aliran pelaburan langsung asing (FDI) global dijangka merosot 15% kepada USD1.5 trilion (2015: 38%; USD1.8 trilion) bagi negara maju dan juga negara membangun. Keadaan ini menunjukkan kelemahan berterusan bagi permintaan agregat serta kemerosotan keuntungan syarikat multinasional disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lembap. Walaupun pertumbuhan ekonomi global dijangka sederhana, beberapa risiko masih wujud. Antara kebimbangan utama ialah ketidaktentuan pasca referendum Brexit, volatiliti pasaran modal, inflasi yang terus lemah dan produktiviti yang lembap bagi kebanyakan ekonomi maju. Risiko lain termasuk ketegangan geopolitik, persengketaan bersenjata dalam negara dan isu pelarian.

Prestasi Ekonomi Global Pertumbuhan tidak sekata merentasi pelbagai rantau dan ekonomi Ekonomi AS berkembang 1.5% (Januari – Jun 2015: 3.2%), lebih lemah daripada jangkaan, dalam tempoh separuh pertama 2016, terutamanya disebabkan oleh JADUAL 2.1

KDNK Benar bagi Negara Terpilih 2015 – 2017 % Perubahan 2015

20161

20172

Dunia

3.2

3.1

3.4

Negara maju

2.1

1.6

1.8

Amerika Syarikat

2.6

1.6

2.2

Kawasan euro

2.0

1.7

1.5

Jepun

0.5

0.5

0.6

2.6

2.7

3.0

Republik Korea Pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun

4.0

4.2

4.6

China

6.9

6.6

6.2

India

7.6

7.6

7.6

ASEAN

1 2

Singapura

2.0

1.0 – 2.0

2.2

Thailand

2.8

3.0 – 3.5

3.3

Indonesia

4.8

4.9 – 5.3

5.3

Filipina

5.9

6.4

6.7

Viet Nam

6.7

6.1

6.2

Malaysia

5.0

4.0 – 4.5

4.0 – 5.0

Anggaran. Unjuran.

Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pihak berkuasa negara.

10/14/16 3:59 AM

28

LAPORAN EKONOMI 2016/17

pelaburan swasta dan perbelanjaan kerajaan yang lebih rendah, dalam keadaan permintaan global yang lembap. Pelaburan swasta merosot 1.8% (Januari – Jun 2015: 6.8%) berikutan penguncupan pelaburan rumah kediaman sebanyak 8.7% dan pelaburan bukan rumah kediaman sebanyak 0.5% (Januari – Jun 2015: 10.3%; 3.1%). Industri perumahan berkembang dengan perlahan disebabkan oleh kenaikan harga hartanah dan syarat kredit yang lebih ketat. Keadaan ini mengurangkan jualan perumahan sebanyak 9.7% (Januari – Jun 2015: 18.4%). Pengurangan jualan perumahan ini juga ditunjukkan oleh penurunan pengeluaran permit pembinaan sebanyak 2.1% (Januari – Jun 2015: 17.6%). Perdagangan di AS terus terjejas berikutan eksport yang semakin menguncup 4.9% (Januari – Jun 2015: -2%), terutamanya disebabkan oleh pengukuhan mata wang dolar AS dan kejatuhan eksport perkhidmatan pelancongan. Import juga merosot 4.5% (Januari – Jun 2015: 0.1%) berikutan permintaan yang lebih rendah bagi barangan modal, terutamanya peralatan penggerudian dan medan minyak serta aksesori komputer. Dari segi penawaran, pengeluaran perindustrian menguncup 2.6% (Januari – Ogos 2015: 3.6%) terutamanya disebabkan oleh kejatuhan mendadak dalam pengeluaran barangan pengguna dan bekalan bahan pembinaan. Penguncupan sektor tersebut juga ditunjukkan oleh indeks pembuatan daripada Institute for Supply Management (ISM) yang lebih rendah pada paras 50.9 mata (Januari – Ogos 2015: 52.4 mata) dan kadar kapasiti penggunaan yang berkurangan pada 75.4% (Januari – Ogos 2015: 78.3%). Indeks bukan pembuatan ISM juga semakin rendah pada paras 54.2 mata (Januari – Ogos 2015: 57.4 mata) disebabkan oleh aktiviti industri perkhidmatan pendidikan dan perlombongan yang perlahan. Perniagaan runcit meningkat dengan mendadak sebanyak 4.2% (Januari – Ogos 2015: 0.6%), disumbang oleh peningkatan jualan peruncit secara maya, hasil daripada peningkatan aktiviti membeli-belah dalam talian. Sementara itu, kadar pengangguran lebih rendah pada 4.9% (Januari – Ogos 2015: 5.4%), berikutan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dalam sektor penjagaan kesihatan dan jualan runcit. Pengukuhan pasaran buruh dan peningkatan penggunaan menyebabkan kadar inflasi lebih tinggi pada 1% (Januari – Ogos 2015: 0%). US Federal Reserve (Fed) masih mengekalkan sasaran bagi kadar dana persekutuan antara 0.25% hingga 0.50% sejak bulan Disember 2015.

Bab 2.indd 28

perhotelan dan restoran serta subsektor perkhidmatan perniagaan dan kewangan. Sementara itu, pertumbuhan sektor pembinaan berkurang 0.5% (Januari – Jun 2015: 6.2%) berikutan aktiviti infrastruktur lebih lembap, sungguhpun terdapat pengembangan berterusan dalam aktiviti pembinaan rumah. Pertumbuhan sektor ini juga dicerminkan dalam Purchasing Managers’ Index (PMI) pembinaan, yang jatuh kepada paras 52.1 mata (Januari – Jun 2015: 57.6 mata). Tambahan pula, pertumbuhan pengeluaran perindustrian perlahan pada 1% (Januari – Jun 2015: 1.3%), berikutan aktiviti lembap dalam kebanyakan subsektor terutamanya pembuatan. Aktiviti pembuatan perlahan sebanyak 0.2% (Januari – Jun 2015: 0.5%) disebabkan oleh kebimbangan terhadap referendum Brexit, yang memberi kesan kepada sentimen sosioekonomi dan politik walaupun dalam keadaan nilai mata wang pound sterling lemah. Selaras dengan keadaan ini, PMI pembuatan jatuh kepada paras 51.1 mata (Januari – Jun 2015: 52.7 mata). Dari segi permintaan, penggunaan isi rumah meningkat 2.9% (Januari – Jun 2015: 2.7%) disokong oleh peningkatan pasaran buruh, kenaikan upah dan inflasi yang rendah. Keadaan pasaran buruh bertambah baik dengan kadar pengangguran berkurang kepada 5% (Januari – Julai 2015: 5.6%), sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif kerajaan untuk mengurangkan pengangguran. Antara inisiatif tersebut adalah penambahbaikan Jobcentre Plus dan pengenalan insentif bagi golongan muda dan kurang upaya untuk menyertai pasaran buruh. Sementara itu, inflasi kekal rendah pada 0.4% (Januari – Ogos 2015: 0.1%), disebabkan oleh penurunan harga tenaga, pakaian dan makanan. Pada Ogos 2016, Bank of England (BOE) mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.25%. Selain itu, BOE turut melancarkan Term Funding Scheme bagi membantu memindahkan manfaat pengurangan kadar faedah tersebut kepada ekonomi benar. BOE juga akan membeli bon kerajaan UK bernilai GBP60 bilion dan bon korporat bernilai GBP10 bilion, dalam usaha merangsang ekonomi bagi mengurangkan impak referendum Brexit. Pertumbuhan UK dijangka sederhana kepada 1.8% pada 2016 (2015: 2.2%) kesan daripada ketidaktentuan yang disebabkan oleh Brexit.

Ekonomi AS dijangka mencatat pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.6% pada 2016 (2015: 2.6%). Pertumbuhan ini disebabkan oleh permintaan luar lebih lemah, mata wang dolar AS lebih kukuh dan pelaburan lebih perlahan, terutamanya dalam sektor tenaga.

Dalam tempoh separuh pertama 2016, pertumbuhan ekonomi di kawasan euro berkembang 1.7% (Januari – Jun 2015: 1.5%), meskipun pada kadar beransur-ansur. Antara faktor utama yang menyokong pertumbuhan di rantau ini adalah permintaan domestik yang mantap, terutamanya penggunaan swasta; pasaran buruh yang bertambah baik; dan langkah akomodatif dasar monetari.

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) UK berkembang pada kadar sederhana sebanyak 2.1% dalam tempoh separuh pertama 2016 (Januari – Jun 2015: 2.6%), terutamanya disokong oleh prestasi menggalakkan dalam sektor perkhidmatan dan penggunaan swasta yang lebih tinggi. Sektor perkhidmatan berkembang, walaupun pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.6% (Januari – Jun 2015: 3%), terutamanya disumbang oleh subsektor pengedaran,

Dari segi permintaan, perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat 1.8% (Januari – Jun 2015: 1.7%), disokong oleh peningkatan pendapatan boleh guna, berikutan harga minyak yang lebih rendah dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik. Pelaburan meningkat 2.5% (Januari – Jun 2015: 2.3%), lanjutan daripada syarat pembiayaan yang lebih longgar dan keuntungan korporat semakin baik. Walau bagaimanapun, aktiviti perdagangan

10/14/16 3:59 AM

29

LAPORAN EKONOMI 2016/17

JADUAL 2.2

Kadar Inflasi bagi Negara Terpilih 2015 – 2016  

 

% Perubahan 2015

20161

Dunia

2.8

2.9

Negara maju

0.3

0.8

Amerika Syarikat

0.1

1.2

Kawasan euro

0.0

0.3

Jepun

0.8

-0.2

Republik Korea

0.7

1.0

 

Pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun

4.7

4.5

China

1.4

2.1

India

4.9

5.5

Singapura

-0.5

-0.3

Thailand

-0.9

0.3

Indonesia

6.4

3.7

Filipina

1.4

2.0

Viet Nam

0.6

2.0

Malaysia

2.1

2.32

ASEAN

Anggaran. Januari – Ogos 2016. Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pihak berkuasa negara.

1 2

semakin lembap dengan eksport perlahan sebanyak 2.3% (Januari – Jun 2015: 5.7%), disebabkan oleh permintaan luar yang lemah manakala import berkurang 3% (Januari – Jun 2015: 6%). Dari sudut penawaran, kebanyakan sektor mencatat prestasi yang baik, terutamanya sektor pembinaan yang meningkat 1.6% (Januari – Jun 2015: 0.4%). Pengeluaran industri kekal 1.5% (Januari – Jun 2015: 1.5%) disokong oleh aktiviti kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan. Pasaran buruh semakin baik dengan kadar pengangguran berkurang kepada 10.2% (Januari – Ogos 2015: 11.1%). Walau bagaimanapun, kadar pengangguran adalah berbeza-beza di rantau tersebut dengan Jerman mencatat kadar pengangguran terendah sebanyak 4.2%, manakala Sepanyol mencatat kadar tertinggi sebanyak 19.5% pada Ogos 2016. Sementara itu, kadar inflasi mendatar pada 0% (Januari – Ogos 2015: 0%), sebahagian besarnya disebabkan oleh harga tenaga lemah yang berpanjangan. Dalam usaha untuk mencapai sasaran kadar inflasi 2% dan meningkatkan aktiviti pinjaman, European Central Bank (ECB) telah mengumumkan beberapa perubahan penting dalam dasar monetari pada Mac 2016. Kadar faedah bagi operasi pembiayaan semula utama, kemudahan pinjaman marginal dan kemudahan deposit telah diturunkan kepada 0%, 0.25% dan -0.40% mulai 16 Mac 2016. Program pembelian aset bulanan telah diperluas lagi daripada EUR60 bilion kepada EUR80 bilion dengan kemasukan hutang korporat bukan bank bergred pelaburan dalam senarai aset yang layak untuk pembelian. Selain itu,

Bab 2.indd 29

empat siri baharu operasi pembiayaan semula jangka panjang yang disasarkan (TLTRO), dengan tempoh matang empat tahun bagi setiap siri, telah dilancarkan pada Jun 2016 sebagai insentif kepada bank untuk meningkatkan pemberian pinjaman kepada pasaran. Sehingga bulan September 2016, ECB telah mengekalkan pendirian dasar monetari untuk terus memastikan keadaan pembiayaan menggalakkan dan meningkatkan penciptaan kredit dalam usaha untuk merangsang aktiviti ekonomi dan mencapai sasaran kadar inflasi di rantau ini. Pada 2016, kawasan euro dijangka mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 1.7% (2015: 2%), disokong oleh asas domestik yang stabil. Walau bagaimanapun, risiko pertumbuhan telah meningkat disebabkan oleh ketidaktentuan referendum Brexit dalam keadaan keyakinan perniagaan dan pengguna yang lemah. Antara faktor lain yang boleh menjejaskan pertumbuhan termasuk prospek pertumbuhan perlahan dalam kalangan rakan dagangan utama berserta isu legasi yang berlarutan dalam sistem perbankan dan usaha pembaharuan struktur yang lembap di rantau ini. Pertumbuhan KDNK Jerman meningkat 1.8% dalam tempoh enam bulan pertama 2016 (Januari – Jun 2015: 1.4%), disokong oleh permintaan domestik. Penggunaan isi rumah meningkat sedikit kepada 2.1% (Januari – Jun 2015: 2%) didorong oleh kos tenaga yang rendah dan kadar faedah yang akomodatif. Sementara itu, pelaburan meningkat 3.7% (Januari – Jun 2015: 1.1%) terutamanya dalam subsektor jentera dan peralatan serta aktiviti pembinaan. Aktiviti perdagangan perlahan dengan eksport mencatat pertumbuhan lebih rendah pada 1.4% (Januari – Jun 2015: 7.6%), manakala import 0.4% (Januari – Jun 2015: 3.7%). Dari segi penawaran, sektor pembuatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada 2.9% (Januari – Jun 2015: 1.3%) disebabkan oleh permintaan kukuh untuk produk Jerman, terutamanya dari negara AS dan China. Pertumbuhan sektor ini dicerminkan oleh PMI yang meningkat kepada paras 52 mata (Januari – Jun 2015: 51.7 mata). Sementara itu, sektor pembinaan kembali pulih dan mencatat pertumbuhan 3.1% (Januari – Jun 2015: -1.4%) disebabkan oleh musim sejuk yang sederhana. Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan lebih tinggi, diterajui oleh peningkatan semula subsektor kewangan dan insurans sebanyak 1.7% (Januari – Jun 2015: -0.6%). Kadar inflasi kekal pada 0.1% (Januari – Ogos 2015: 0.1%), terutamanya disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah. Sementara itu, pasaran buruh terus bertambah baik dengan kadar pengangguran berkurang kepada 4.3% (Januari – Ogos 2015: 4.7%). Pada 2016, pertumbuhan ekonomi Jerman dijangka berkembang 1.7% (2015: 1.5%) terutamanya disebabkan oleh sentimen perniagaan yang lebih baik, seterusnya meningkatkan aktiviti pelaburan dan penggunaan. Namun begitu, peningkatan risiko luaran dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh Brexit boleh menjejaskan prospek pertumbuhan di Jerman.

10/14/16 3:59 AM

30

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Di Perancis, pertumbuhan KDNK meningkat 1.4% (Januari – Jun 2015: 1%) disokong oleh aktiviti pembuatan yang lebih baik. Output pembuatan meningkat sedikit kepada 0.6% (Januari – Jun 2015: 0.4%), sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan dalam pengeluaran peralatan pengangkutan sebanyak 5.8% (Januari – Jun 2015: 2.1%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan pengeluaran perindustrian secara keseluruhannya adalah lebih rendah pada 0.5% (Januari – Jun 2015: 1%) disebabkan oleh penurunan berpanjangan dalam aktiviti pembinaan. Dari segi permintaan, perbelanjaan penggunaan isi rumah untuk barangan adalah lebih rendah pada 1.7% (Januari – Jun 2015: 2.2%), sebahagian besarnya disebabkan oleh pengangguran yang masih tinggi. Kadar pengangguran kekal tinggi pada 10.1% (Januari – Ogos 2015: 10.4%), disebabkan oleh pewujudan pekerjaan baharu yang berkurangan dan isu struktur yang berterusan dalam pasaran buruh. Isu ini termasuk perubahan sektor buruh di Perancis, bertujuan untuk memudahkan dan memberi kelonggaran kepada undangundang buruh, yang masih belum dipersetujui oleh kesatuan sekerja. Sementara itu, inflasi kekal rendah pada 0.2% (Januari – Ogos 2015: 0%) kesan daripada harga minyak rendah yang berpanjangan dan pengangguran yang tinggi. Pada 2016, Perancis dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi pada 1.3% (2015: 1.3%). KDNK Jepun meningkat sedikit kepada 0.5% (Januari – Jun 2015: -0.2%) walaupun kerajaan berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Penggunaan swasta kekal rendah pada 0.1% (Januari – Jun 2015: -2%) disebabkan oleh kadar upah tidak berubah dan volatiliti pasaran ekuiti menjejaskan sentimen pengguna dan keyakinan perniagaan. Sementara itu, perbelanjaan modal kekal rendah pada 0.4% (Januari – Jun 2015: 1.6%) berikutan pelaburan korporat yang terus lembap. Eksport terus menguncup 2.9% (Januari – Jun 2015: -7.7%) walaupun menunjukkan peningkatan, terutamanya disebabkan oleh pengukuhan mata wang yen. Import juga merosot 12.3% (Januari – Jun 2015: -20.7%), disebabkan oleh pelaburan dan penggunaan yang lemah. Aktiviti pembuatan berkurangan seperti ditunjukkan oleh PMI pada paras yang lebih rendah iaitu 49.3 mata (Januari – Jun 2015: 50.8 mata) akibat pengurangan tempahan eksport baharu serta gangguan pengeluaran elektronik dan alat ganti kereta berikutan gempa bumi yang melanda pada April 2016. Kadar pengangguran bertambah baik pada 3.2% (Januari – Ogos 2015: 3.5%), hasil pewujudan pekerjaan yang berterusan dalam sektor perdagangan borong dan runcit serta perubatan, kesihatan dan kebajikan walaupun dalam keadaan kekurangan buruh. Jepun mencatat kadar deflasi pada 0.2% (Januari – Ogos 2015: 1.1%) disebabkan oleh perbelanjaan isi rumah dan kos import yang terus rendah. Bank of Japan (BOJ) melaksanakan kadar dasar negatif pada 0.10% bermula bulan Februari 2016. Sementara itu, kerajaan telah menangguhkan kenaikan cukai penggunaan dari 8% kepada 10% yang dijadualkan pada April 2017 kepada Oktober 2019. Langkah ini bertujuan

Bab 2.indd 30

menggalakkan perbelanjaan pengguna dan pelaburan syarikat ke arah mencapai sasaran kadar inflasi pada 2%. Pada Ogos 2016, kerajaan juga mengumumkan pakej rangsangan baharu berjumlah 28 trilion yen sebagai salah satu usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Walaupun kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk memulihkan ekonomi, KDNK Jepun dijangka kekal 0.5% pada 2016 (2015: 0.5%) berikutan penggunaan dan eksport yang lemah serta pelaburan modal yang lebih rendah. Ekonomi Australia berkembang 3.2% dalam tempoh separuh pertama 2016 (Januari – Jun 2015: 2.2%) disokong oleh peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan isi rumah dan eksport. Perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat 3% (Januari – Jun 2015: 2.8%) didorong oleh pertumbuhan kadar upah berterusan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Sementara itu, eksport meningkat 7.3% (Januari – Jun 2015: 5.9%) disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi bijih besi dan arang batu, manakala import merosot 1.7% (Januari – Jun 2015: 2%). Dari segi penawaran, pengeluaran perindustrian meningkat 4.2% (Januari – Jun 2015: 1.4%) seperti ditunjukkan oleh PMI pembuatan pada paras 53.2 mata (Januari – Jun 2015: 47.5 mata) disebabkan oleh permintaan domestik lebih tinggi bagi produk petroleum dan kimia. Walau bagaimanapun, sektor pembinaan terus merosot sebanyak 8.7% (Januari – Jun 2015: -6.1%) disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan dalam aktiviti pembinaan kediaman, komersil dan kejuruteraan berikutan permintaan pelabur yang rendah. Kadar pengangguran lebih rendah pada 5.8% (Januari – Ogos 2015: 6.2%) terutamanya disumbang oleh pewujudan pekerjaan yang berterusan dalam sektor perlombongan dan perkhidmatan. Sementara itu, kadar inflasi lebih rendah pada 1.3% (Januari – Jun 2015: 1.5%) disebabkan oleh harga minyak rendah dan pengukuhan mata wang dolar Australia yang memberi kesan tambahan ke atas harga barangan import. Reserve Bank of Australia telah mengurangkan kadar dasar secara beransur-ansur dengan jumlah 100 mata asas daripada 2.50% pada Februari 2015 kepada paras terendah 1.50% pada Ogos 2016, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Pada 2016, Australia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi pada 2.9% (2015: 2.4%) disokong oleh pengembangan dalam sektor perkhidmatan dan pasaran buruh. KDNK Republik Korea berkembang pada kadar lebih pantas sebanyak 3% (Januari – Jun 2015: 2.3%) dipacu oleh penggunaan swasta lebih kukuh dan eksport lebih tinggi. Penggunaan swasta meningkat 2.7% (Januari – Jun 2015: 1.6%) terutamanya disumbang oleh skim manfaat cukai yang disasarkan kepada pembeli kereta tempatan serta keluaran baharu bagi model kereta dan telefon bimbit. Eksport meningkat 1.2% (Januari – Jun 2015: 0.1%) disumbang oleh permintaan luar negara yang lebih tinggi bagi kapal dan produk berkaitan komputer. Import juga mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada 2.5% (Januari – Jun 2015: 1.9%) berikutan permintaan yang lebih tinggi terutamanya untuk minyak mentah, bijih

10/14/16 3:59 AM

31

LAPORAN EKONOMI 2016/17

besi dan arang batu. Dalam persekitaran ketidaktentuan global, pelaburan modal menguncup 3.6% (Januari – Jun 2015: 5.5%) disebabkan oleh pelaburan lebih rendah dalam sektor jentera dan peralatan pengangkutan. Dari sudut penawaran, sektor pembuatan meningkat 2.1% (Januari – Jun 2015: 0.6%), terutamanya disokong oleh pengeluaran automobil dan barangan kimia yang lebih tinggi. Sementara itu, sektor perkhidmatan berkembang sederhana pada 2.7% (Januari – Jun 2015: 3%) disebabkan oleh pertumbuhan lebih perlahan dalam subsektor pengangkutan dan penyimpanan serta harta tanah dan pajakan. Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.7% (Januari – Ogos 2015: 3.6%) disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih tinggi dalam subsektor perdagangan borong dan runcit serta makanan dan penginapan. Inflasi kekal rendah pada 0.8% (Januari – September 2015: 0.7%) disebabkan oleh harga komoditi global yang lebih rendah. Pada Jun 2016, Bank of Korea mengurangkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas kepada paras terendah iaitu 1.25% bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Sementara itu, kerajaan Republik Korea mengumumkan bajet tambahan berjumlah USD23 bilion pada Jun 2016 dengan tujuan untuk mewujudkan pekerjaan baharu berikutan pemberhentian pekerja yang amat ketara dalam industri perkapalan dan pembinaan. Secara keseluruhan, pertumbuhan Republik Korea diunjur lebih tinggi pada 2.7% (2015: 2.6%) disokong oleh langkah pengembangan fiskal. China mencatat pertumbuhan 6.7% dalam tempoh separuh pertama 2016 (Januari – Jun 2015: 7%) terutamanya disebabkan oleh pelaburan infrastruktur awam yang kukuh dan prestasi pasaran perumahan yang baik. Pelaburan aset tetap berkembang 11% (Januari – Jun 2015: 12.5%), sebahagian besarnya disumbang oleh pelaburan modal syarikat milik kerajaan. Pelaburan dalam pembangunan harta tanah berkembang 8% (Januari – Jun 2015: 5.7%), disumbang oleh peningkatan mendadak jualan hartanah kediaman, lanjutan daripada kelonggaran sekatan pembelian dan kos pinjaman lebih rendah di peringkat wilayah. Eksport menguncup dengan ketara sebanyak 7.7% (Januari – Jun 2015: 1%) terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah daripada AS dan kawasan euro. Import juga merosot 10.2% (Januari – Jun 2015: -15.5%) terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah bagi bahan api berasaskan minyak di sektor industri. Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan berkembang 7.5% (Januari – Jun 2015: 8.4%) disumbang oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), percutian serta penjagaan kesihatan. PMI bukan pembuatan kekal tinggi pada paras 53.4 mata (Januari – Jun 2015: 53.6 mata), disokong oleh pengembangan berterusan dalam sektor perkhidmatan, lanjutan daripada usaha liberalisasi oleh kerajaan. Subsektor pembuatan terus merosot, seperti yang dicerminkan oleh PMI pembuatan yang mencatat paras 49.8 mata (Januari – Jun 2015: 49.7 mata) disebabkan oleh lebihan kapasiti dalam aktiviti industri berat dan permintaan global yang lembap.

Bab 2.indd 31

Kadar inflasi lebih tinggi pada 2% (Januari – Ogos 2015: 1.4%), terutamanya didorong oleh kenaikan harga daging khinzir berikutan penguatkuasaan Environmental Protection Law yang baharu dan menyebabkan penutupan atau penempatan semula ladang khinzir. People’s Bank of China (PBOC) mengekalkan kadar pinjaman pada 4.35% sejak bulan Oktober 2015. Walau bagaimanapun, PBOC telah menurunkan nisbah keperluan rizab sebanyak 50 mata asas kepada 17% pada Februari 2016 untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Pada 2016, pertumbuhan China dijangka kekal stabil 6.6% (2015: 6.9%), disokong oleh pelaksanaan pembaharuan struktur dalam usaha pengimbangan semula ekonomi China secara berterusan ke arah ekonomi berasaskan penggunaan dan perkhidmatan. Dalam tempoh separuh pertama 2016, India mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 7.5% (Januari – Jun 2015: 7.3%), terutamanya disumbang oleh penggunaan swasta yang tinggi serta sektor perkhidmatan dan pertanian yang utuh. Penggunaan swasta meningkat 7.5% (Januari – Jun 2015: 7.7%) disokong oleh pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pelaburan menguncup 2.5% (Januari – Jun 2015: 4.5%), disebabkan oleh pelaburan sektor swasta dan perbelanjaan modal kerajaan yang lemah. Eksport turut menguncup 5.2% walaupun pada kadar lebih perlahan (Januari – Jun 2015: -16.2%) terutamanya disebabkan oleh kemerosotan eksport produk petroleum, pakaian dan barangan kejuruteraan. Import juga terus merosot 13.5% (Januari – Jun 2015: -13%) disebabkan oleh kejatuhan import bagi petroleum dan emas. D a r i s e g i p e n a w a r a n , s e k t o r p e m b u a t a n t e r u s mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 9.2% (Januari – Jun 2015: 7.8%), sebahagian besarnya disokong oleh pengeluaran yang lebih tinggi bagi kelengkapan pejabat, perakaunan dan pengkomputeran serta peralatan radio, televisyen dan komunikasi. Aktiviti perlombongan juga mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 4.1% (Januari – Jun 2015: 3.2%) terutamanya disebabkan oleh pengeluaran arang batu yang lebih tinggi. Sementara itu, sektor pembinaan pula berkembang dengan sederhana sebanyak 3% (Januari – Jun 2015: 4.2%), berikutan pembangunan infrastruktur jalan raya dan lebuh raya. Ekonomi India juga mendapat manfaat daripada pertumbuhan kukuh sebanyak 9.2% (Januari – Jun 2015: 9.3%) dalam sektor perkhidmatan terutamanya disumbang oleh pengembangan sebanyak 9.4% (Januari – Jun 2015: 5%) bagi subsektor pentadbiran awam, pertahanan dan perkhidmatan lain. Sementara itu, sektor pertanian berkembang dengan ketara sebanyak 2.1% (Januari – Jun 2015: 0.3%) berikutan peningkatan hasil tuaian disebabkan oleh taburan hujan lebih tinggi. Inflasi, seperti yang ditunjukkan oleh indeks harga borong meningkat semula pada 0.9% (Januari – Ogos 2015: -2.7%) disebabkan oleh penurunan harga petrol mengimbangi kenaikan harga makanan. Reserve Bank of India telah mengurangkan kadar dasar repo utama sebanyak dua kali sejak bulan April 2016 iaitu 50 mata asas kepada 6.25%, untuk merangsang penggunaan dan aktiviti pelaburan. Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi India pada 2016 diunjur 7.6% (2015: 7.6%)

10/14/16 3:59 AM

32

LAPORAN EKONOMI 2016/17

disokong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi, peningkatan dalam output sektor pertanian dan sektor perkhidmatan yang kukuh. Dalam tempoh separuh pertama 2016, ekonomi ASEAN mencatat pertumbuhan stabil dalam persekitaran harga komoditi global lebih rendah, jangkaan pemulihan ekonomi negara maju yang lebih perlahan dan pertumbuhan sederhana yang berterusan di China. Indonesia, Thailand dan Filipina mencatat pertumbuhan lebih tinggi manakala ekonomi utama lain berkembang dengan sederhana. KDNK Indonesia berkembang 5% (Januari – Jun 2015: 4.7%) disokong oleh pelaburan dan penggunaan lebih tinggi. Pelaburan meningkat 5.3% (Januari – Jun 2015: 4.3%) disokong oleh langkah kerajaan termasuk pengurangan cukai pendapatan syarikat dan tarif tenaga lebih rendah untuk industri tertentu. Perbelanjaan kerajaan juga meningkat 4.6% (Januari – Jun 2015: 2.8%) terutamanya bagi infrastruktur, manakala perbelanjaan isi rumah kekal 5% (Januari – Jun 2015: 5%). Sementara itu, eksport terus menguncup 3.1% (Januari – Jun 2015: -0.3%) berikutan permintaan global lebih rendah. Import juga terus merosot 4% (Januari – Jun 2015: -4.6%), sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan penggantian barangan import. Dari sudut penawaran, pertumbuhan didorong oleh sektor perkhidmatan, terutamanya dalam kewangan dan insurans yang meningkat 11.4%, komunikasi dan maklumat 8.4% serta aktiviti perkhidmatan lain 7.9% (Januari – Jun 2015: 5%; 9.8%; 8%). Kadar inflasi berkurang kepada 3.6% (Januari – September 2015: 6.9%), disebabkan oleh kos tenaga yang lebih rendah. Bank Indonesia telah menurunkan kadar dasar sebanyak 100 mata asas daripada 7.50% kepada 6.50% dalam tempoh separuh pertama 2016 untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhan, pertumbuhan Indonesia diunjur meningkat antara 4.9% hingga 5.3% pada 2016 (2015: 4.8%) disokong oleh peningkatan perbelanjaan kerajaan bagi infrastruktur serta pelaburan dan penggunaan swasta. Ekonomi Thailand berkembang 3.4% (Januari – Jun 2015: 2.8%), disokong oleh penggunaan dan sektor perkhidmatan yang semakin baik. Penggunaan meningkat 8.2% (Januari – Jun 2015: 3%), terutamanya disumbang oleh penggunaan awam. Eksport meningkat 2.8% (Januari – Jun 2015: 1.4%) didorong oleh permintaan global yang lebih baik. Import pula merosot 3.5% (Januari – Jun 2015: 1.3%) disebabkan oleh import barangan modal yang lebih rendah. Dari sudut penawaran, pertumbuhan disokong oleh aktiviti perhotelan dan restoran yang meningkat 14.3% serta aktiviti pembinaan 9.3% (Januari – Jun 2015: 20%; 15.8%). Sementara itu, sektor pertanian menguncup 0.8% (Januari – Jun 2015: -4.4%) akibat kemarau yang menjejaskan hasil tanaman. Kadar inflasi Thailand mendatar pada 0% (Januari – September 2015: -0.9%) disebabkan oleh harga tenaga yang rendah berserta hutang isi rumah yang tinggi. Bank

Bab 2.indd 32

of Thailand telah mengekalkan kadar dasar pada 1.50% sejak bulan April 2015, sebagai tahap yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhan, ekonomi Thailand diunjur berkembang antara 3% hingga 3.5% (2015: 2.8%) pada 2016, disokong oleh perbelanjaan kerajaan yang meningkat, sektor pelancongan yang bertambah baik dan sektor pertanian yang berpotensi kembali pulih. Di Filipina, pertumbuhan ekonomi berkembang 6.9% dalam tempoh separuh pertama 2016 (Januari – Jun 2015: 5.5%) dipacu oleh permintaan domestik yang bertambah baik dan sektor perkhidmatan yang kukuh. Penggunaan awam meningkat dengan ketara sebanyak 12.7% (Januari – Jun 2015: 1.4%) disebabkan oleh Pilihan Raya Kebangsaan dan Tempatan 2016, manakala penggunaan swasta berkembang 7.2% (Januari – Jun 2015: 6.3%). Pelaburan meningkat 27.1% (Januari – Jun 2015: 16.7%) terutamanya dalam pembinaan, perisian komputer dan produk pangkalan data serta jentera. Sementara itu, pertumbuhan eksport sederhana pada 7% (Januari – Jun 2015: 7.7%) sebahagiannya disebabkan oleh permintaan lebih rendah untuk produk elektronik dan mineral serta peralatan jentera dan pengangkutan. Import meningkat 19.9% (Januari – Jun 2015: 12.4%) terutamanya disebabkan oleh pengembangan import bagi semikonduktor, peralatan pengangkutan dan jentera elektrik. Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8% (Januari – Jun 2015: 6.2%) diterajui oleh harta tanah yang meningkat 9.2%, perdagangan 8.3% dan perkhidmatan pengantaraan kewangan 8.1% (Januari – Jun 2015: 6.7%; 6.3%; 5.1%). Sektor industri mencatat pertumbuhan 7.9% (Januari – Jun 2015: 5.7%), disokong oleh subsektor pembinaan, pembuatan serta elektrik, gas dan bekalan air. Inflasi susut kepada 1.5% (Januari – September 2015: 1.6%) berikutan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang lebih rendah. Bangko Sentral ng Pilipinas telah menurunkan kadar dasar sebanyak 100 mata asas kepada 3.00% untuk mengurangkan impak volatiliti pasaran. Filipina diunjur mencatat pertumbuhan keseluruhan sebanyak 6.4% pada 2016 (2015: 5.9%) disokong oleh pelaburan dan aktiviti penggunaan yang lebih tinggi. KDNK Singapura kekal stabil pada 2.2% (Januari – Jun 2015: 2.2%), terutamanya disumbang oleh sektor perkhidmatan yang berkembang 1.6% (Januari – Jun 2015: 3.8%). Sektor perkhidmatan disokong oleh perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans serta pengangkutan dan penyimpanan. Pertumbuhan turut disokong oleh sektor pembuatan yang kembali pulih pada 0.3% (Januari – Jun 2015: -4.1%), disebabkan oleh peningkatan output bagi kluster pembuatan bioperubatan dan elektronik. Sementara itu, sektor pembinaan berkembang 3.7% (Januari – Jun 2015: 1%) berikutan peningkatan perbelanjaan bagi infrastruktur. Walau bagaimanapun, eksport terus merosot 8.2% (Januari – Jun 2015: -7.3%) manakala import menguncup 6.2% (Januari – Jun 2015:

10/14/16 3:59 AM

33

LAPORAN EKONOMI 2016/17

-14.5%). Deflasi berterusan pada kadar 0.8% (Januari – Ogos 2015: -0.4%) terutamanya disebabkan oleh harga minyak lebih rendah serta harga rumah, utiliti dan pengangkutan yang lebih murah. Pertumbuhan Singapura diunjur sederhana antara 1% hingga 2% pada 2016 (2015: 2%) disokong oleh sektor perkhidmatan terutamanya subsektor yang berkaitan pelancongan serta komunikasi dan maklumat. KDNK Viet Nam meningkat 5.5% (Januari – Jun 2015: 6.3%), disokong oleh pelaburan yang meningkat dan pertumbuhan stabil dalam sektor perkhidmatan serta industri dan pembinaan. Pelaburan meningkat 11.7% (Januari – Jun 2015: 9.4%), seperti ditunjukkan oleh peningkatan FDI dan pelaburan swasta. Eksport berkembang sederhana kepada 5.9% (Januari – Jun 2015: 9.3%) disebabkan oleh kejatuhan permintaan global. Sementara itu, import merosot 0.5% (Januari – Jun 2015: 17.7%) terutamanya disebabkan oleh import automotif yang lebih rendah. Dari sudut penawaran, sektor perkhidmatan berkembang 6.4% (Januari – Jun 2015: 5.9%) disokong oleh subsektor pemborongan dan runcit yang meningkat 8.1%, komunikasi dan maklumat 8.8% serta kewangan, perbankan dan insurans 6.1% (Januari – Jun 2015: 8.4%; 8.8%; 5.9%). Sementara itu, sektor industri dan pembinaan meningkat 7.1% (Januari – Jun 2015: 9.1%), terutamanya disumbang oleh subsektor pembuatan sebanyak 10.1% serta kuasa 11.7% (Januari – Jun 2015: 10%; 11.2%). Walau bagaimanapun, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan merosot 0.2% (Januari – Jun 2015: 2.4%) disebabkan oleh hasil tanaman lebih rendah akibat cuaca buruk. State Bank of Viet Nam mengekalkan kadar dasar pada 6.50% sejak bulan Mac 2014 untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Pada 2016, Viet Nam diunjur mencatat pertumbuhan kukuh 6.1% (2015: 6.7%) disokong oleh usaha kerajaan untuk merangsang penggunaan dan pelaburan. Ekonomi Myanmar diunjur terus berkembang 8.1% pada 2016 (2015: 7%) disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam pelaburan dan penggunaan. Dari s u d u t p e n a w a r a n , p e r t u m b u h a n d i j a n g k a a k a n disokong oleh sektor pertanian. Pelaburan akan dipacu terutamanya oleh projek infrastruktur, petroleum dan telekomunikasi. Penggunaan dijangka meningkat, disumbang oleh isi rumah kelas pertengahan yang semakin berkembang. Sementara itu, sektor pertanian dijangka didorong oleh langkah kerajaan termasuk pengairan dan skim pemulihan, penjenteraan ladang, penyatuan tanah dan peningkatan akses kepada kredit. Inflasi dijangka lebih rendah berikutan pemulihan dalam bekalan pertanian dan harga komoditi global yang diunjur rendah. KDNK Kemboja diunjur 7% pada 2016 (2015: 7%), didorong oleh peningkatan penggunaan, pelaburan dan eksport. Sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan juga dijangka akan merangsang pertumbuhan. Sektor pembuatan dipacu terutamanya oleh pengeluaran pakaian dan kasut.

Bab 2.indd 33

Pada 2016, Lao PDR diunjur berkembang 7.5% (2015: 7.6%), terutamanya dipacu oleh pembangunan projek hidrokuasa dan output perlombongan yang lebih tinggi. Pertumbuhan akan turut disokong oleh peningkatan dalam eksport tembaga dan tenaga elektrik serta pengembangan industri pelancongan. Pertumbuhan Brunei Darussalam dijangka berkembang 0.4% (2015: -0.6%), terutamanya disebabkan oleh prestasi sektor minyak dan gas yang bertambah baik. Selain itu, perbelanjaan isi rumah dijangka menyokong aktiviti ekonomi bagi tahun ini. Secara keseluruhan, KDNK ASEAN diunjur meningkat 4.5% pada 2016 (2015: 4.4%), disokong oleh penggunaan swasta dan awam serta peningkatan pelaburan untuk infrastruktur. Pertumbuhan akan dipacu terutamanya oleh Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Viet Nam.

Kerjasama Ekonomi Antarabangsa Usaha bersepadu diperkukuh di peringkat pelbagai hala dan serantau Institusi kewangan antarabangsa seperti Kumpulan Bank Dunia (WBG), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pembangunan Asia (ADB) memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan serta menggalakkan pertumbuhan terangkum, terutamanya dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. Di peringkat serantau, forum ASEAN, ASEAN+3 dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus meningkatkan usaha ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi dan kewangan. Forum ini menyediakan platform bagi negara anggota untuk membincangkan risiko dan cabaran serta menggubal dasar ke arah pertumbuhan serantau yang mapan dan pembentukan rantau lebih bersepadu. WBG kekal komited dalam usaha mencapai dua matlamat utama iaitu mengurangkan kemiskinan tegar dan menggalakkan kemakmuran bersama menjelang tahun 2030, selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang baru diterima untuk dilaksanakan. WBG kini memberi tumpuan dalam melaksanakan SDG bersama dengan Paris Agreement, yang bertujuan mengurangkan kesan perubahan iklim. Dalam usaha untuk kekal relevan sebagai sebuah institusi pembangunan global berwibawa dalam landskap pembangunan yang sentiasa berubah, WBG berhasrat untuk menjadi rakan pembangunan yang lebih proaktif dan berkesan bagi memenuhi keperluan negara anggota yang pelbagai. Dalam hal ini, WBG telah memberi komitmen sebanyak USD69 bilion (2015: USD63 bilion) dalam bentuk geran, pinjaman, pelaburan ekuiti dan jaminan kepada negara anggota dan pihak swasta untuk tahun kewangan 2016. Di Malaysia, WBG dan Kerajaan telah bekerjasama secara aktif dalam pelbagai program, termasuk aktiviti bina upaya dan perkongsian pengetahuan. Pelancaran rasmi WBG

10/14/16 3:59 AM

34

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Knowledge and Research Hub di Kuala Lumpur pada Mac 2016 merupakan satu pencapaian penting yang menunjukkan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar di peringkat antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan WBG. Pejabat ini ditubuhkan dengan tujuan berkongsi pengalaman pembangunan Malaysia di luar negara, selain daripada menjalankan kajian ke atas dasar pembangunan yang mempunyai kepentingan di peringkat serantau dan global. Antara usaha utama yang telah dilaksanakan termasuk Bengkel Rancangan Malaysia Kesebelas anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi dan WBG, Forum Persidangan Pembaharuan Kewangan Global untuk Pembangunan Ekonomi serta pelancaran World Development Report 2016: Digital Dividends. Di bawah hab penyelidikan, pelbagai forum, seminar dan kursus jangka pendek telah dijalankan dengan penglibatan peserta tempatan dan antarabangsa.

Pada tahun ini, Malaysia merupakan ahli bagi Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa (IMFC) serta Jawatankuasa Pembangunan (DC), mewakili Kumpulan Mengundi Asia Tenggara (SEAVG). Sebagai ahli IMFC dan DC, Malaysia bertanggungjawab menyuarakan pendirian SEAVG dalam kedua-dua mesyuarat jawatankuasa tersebut. Perbincangan semasa mesyuarat IMFC, antaranya memberi tumpuan kepada peranan IMF dalam menyokong tindak balas dasar yang lebih kukuh kepada negara anggota. Perkara ini termasuk usaha IMF untuk menganalisis dengan teliti kesan pembaharuan struktur serta mengenal pasti keutamaan dalam memberikan nasihat dasar fiskal mengikut keperluan negara anggota, selaras dengan langkah mengekalkan paras hutang yang mapan. Sementara itu, perbincangan semasa mesyuarat DC memberi tumpuan kepada isu berkaitan pembangunan termasuk isu kemiskinan, jurang infrastruktur dan perubahan iklim.

Selain itu, Malaysia dan WBG juga telah bekerjasama dalam beberapa bantuan teknikal dan khidmat nasihat melalui Reimbursable Advisory Services sejak tahun 2009. Sehingga bulan Ogos 2016, 23 projek telah diselesaikan dan enam projek masih dalam pelaksanaan.

ADB kekal komited dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi terangkum merentasi rantau Asia dan Pasifik. Dalam hal ini, ADB berusaha meningkatkan keupayaan bagi menangani cabaran pembangunan baharu. Usaha terpenting yang dilaksanakan adalah memperkukuh asas ekuiti ADB daripada USD17.5 bilion kepada USD49 bilion. Usaha ini dicapai melalui penggabungan kemudahan pinjaman konsesi Tabung Pembangunan Asia (ADF) dengan sumber modal biasa, berkuat kuasa 1 Januari 2017. Penggabungan ini akan meningkatkan kapasiti pinjaman ADB, terutamanya kepada negara miskin di samping mengukuhkan kesediaan untuk bertindak balas terhadap bencana alam dan krisis ekonomi pada masa hadapan.

WBG turut menerbitkan Malaysia Economic Monitor, satu dokumen dwi-tahunan yang meliputi perkembangan ekonomi semasa dengan analisis bebas berkenaan prospek ekonomi jangka masa terdekat dan sederhana. Sejumlah 14 laporan pelbagai tema telah diterbitkan sehingga bulan Jun 2016 dengan laporan terkini bertajuk Leveraging Trade Agreements. IMF terus memberikan sokongan padu kepada negara ahli ke arah menggalakkan kestabilan ekonomi dan kewangan. IMF menyediakan bantuan dalam bentuk nasihat dasar melalui aktiviti pengawasan, kemudahan pembiayaan serta sokongan teknikal. Bagi aktiviti pengawasan, IMF terlibat secara aktif di Malaysia di bawah rundingan tahunan yang dimandatkan melalui Artikel IV, Artikel Perjanjian IMF. Pelaksanaan rundingan ini melibatkan penilaian IMF ke atas perkembangan ekonomi dan kewangan negara. Laporan Artikel IV terkini memberi maklum balas positif terhadap Malaysia berikutan asas ekonomi teguh, penampan yang mencukupi, sistem kewangan kukuh dan tindak balas dasar yang tepat pada masanya. Faktor ini membolehkan ekonomi Malaysia menangani kejutan luaran, termasuk harga komoditi lebih rendah dan limpahan daripada rakan dagangan. IMF juga menyediakan bantuan teknikal dan program latihan bagi bina upaya, terutamanya untuk sektor awam. Bantuan teknikal terkini antara IMF dan Malaysia adalah dalam bidang percukaian antarabangsa, termasuk perbincangan mengenai perjanjian cukai dan anti-abuse rules. Bantuan teknikal ini dilaksanakan melalui bengkel yang bertujuan membantu Malaysia untuk meningkatkan keupayaan ke arah membangunkan rangka institusi, undang-undang dan dasar yang lebih berkesan bagi menggalakkan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan terangkum.

Bab 2.indd 34

ADB juga telah berjaya memuktamadkan komitmen penambahan ADF ke-12 pada Mei 2016. Sebanyak 32 buah negara anggota telah komited untuk menyumbang dana berjumlah USD2.5 bilion. Malaysia telah memberi komitmen untuk menyumbang USD5.05 juta, yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun. Selaras dengan SDG, ADF ke-12 akan menyediakan bantuan kewangan dengan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kemiskinan di samping menggalakkan pembangunan terangkum dan mapan di negara penerima berkelayakan. ASEAN terus memainkan peranan penting di peringkat serantau dengan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada 31 Disember 2015. Penubuhan AEC ini adalah pencapaian besar dalam agenda integrasi ekonomi serantau dengan menawarkan peluang pasaran yang luas bernilai USD2.6 trilion, melibatkan lebih 622 juta orang. Sebagai langkah seterusnya, Pelan Tindakan AEC 2025 menyediakan hala tuju untuk AEC melalui pelaksanaan pelbagai langkah strategik bagi tempoh 2016 hingga 2025. Pelan tindakan ini telah dipersetujui oleh pemimpin ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 pada 22 November 2015 di Kuala Lumpur. Pelan Tindakan AEC 2025 merangkumi lima ciri yang saling memperkukuh dan berkait iaitu: (i) Ekonomi yang Padu dan Bersepadu; (ii) Rantau ASEAN yang Berdaya

10/14/16 3:59 AM

35

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Saing, Inovatif dan Dinamik; (iii) Kesalinghubungan dan Kerjasama Sektoral yang Diperkukuh; (iv) ASEAN yang Berdaya Tahan, Terangkum, Berorientasikan Rakyat dan Mesra Rakyat; serta (v) ASEAN yang Global. Negara anggota ASEAN terus meningkatkan komitmen dan mengukuhkan k e r j a s a m a d a l a m m e l a k s a n a k a n P e l a n T i n d a k a n AEC 2025 dengan berkesan. Seperti mana yang diaspirasikan dalam pelan tindakan ini, AEC 2025 Consolidated Strategic Action Plan yang sedang dibangunkan akan menjadi rujukan tunggal bagi merealisasikan AEC 2025. Di bawah sektor kewangan, Pelan Tindakan Strategik bagi Integrasi Kewangan ASEAN 2025 dirangka untuk menggalakkan integrasi, keterangkuman dan kestabilan kewangan bagi menyokong kestabilan dan pertumbuhan makroekonomi ASEAN. Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2016 – 2020 pula menyokong Visi ACMF 2025 untuk menyediakan pasaran modal ASEAN yang saling berhubung, terangkum dan berdaya tahan. Menyedari kepentingan sektor perkhidmatan di rantau ini, Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS) bertujuan menghapuskan sebahagian besar halangan perdagangan perkhidmatan bagi negara anggota ASEAN. Usaha ini dijangka meningkatkan kecekapan dan daya

saing ASEAN. Sehingga kini, tujuh Pakej Komitmen bagi Perkhidmatan Kewangan telah ditandatangani di bawah liberalisasi perkhidmatan kewangan. Peruntukan yang membolehkan pelaksanaan Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN (ABIF) telah diperkenalkan melalui Pakej Keenam di bawah komitmen perkhidmatan kewangan pada 2015. Rangka kerja ini akan memudahkan integrasi pasaran perbankan dicapai melalui perjanjian dua hala. Sehubungan itu, perjanjian dua hala antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani pada 1 Ogos 2016 untuk melaksanakan ABIF. ASEAN Infrastructure Fund (AIF) Limited ditubuhkan pada April 2012 dengan menggunakan sumber kewangan dalam rantau ini untuk memenuhi keperluan pelaburan infrastruktur. Operasi pinjaman AIF bermula pada akhir 2013, bagi menyediakan pembiayaan kepada projek infrastruktur untuk mengukuhkan hubungan serantau. Sehingga bulan Disember 2015, tujuh projek telah diluluskan berjumlah USD320 juta iaitu empat di Indonesia dan setiap satu projek di Viet Nam, Myanmar dan Lao PDR. Sebagai langkah seterusnya, AIF sedang meneroka beberapa kaedah untuk mengukuhkan lagi kapasiti kewangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada negara anggota.

Sisipan 1

Komitmen Malaysia dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN Pengenalan Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN (AMS). Perdagangan perkhidmatan dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah meningkat dengan ketara, dari masa ke masa dengan jumlah import mencecah USD314 bilion dan eksport USD306 bilion, iaitu hampir 12% daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) rantau ini pada 2014. Menyedari kepentingan sektor perkhidmatan bagi rantau ini, AMS telah membangunkan dan melaksanakan Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN atau AFAS 1. AFAS yang merupakan perjanjian perdagangan perkhidmatan dalam ASEAN telah ditandatangani oleh Menteri-menteri Ekonomi ASEAN pada 15 Disember 1995 di Bangkok, Thailand untuk menggalakkan aliran bebas perkhidmatan melalui liberalisasi progresif, yang merupakan elemen penting untuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing ASEAN, AFAS dijangka dapat menghapuskan sebahagian besar kekangan perdagangan perkhidmatan bagi AMS. AFAS mengguna pakai prinsip, disiplin dan pendekatan utama yang hampir sama dengan liberalisasi General Agreement on Trade in Services (GATS) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Sejak tahun 1995, pelbagai pakej komitmen AFAS telah dimuktamadkan dan ditandatangani oleh AMS. Antara pakej ini adalah sembilan pakej komitmen merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan di bawah bidang kuasa Menteri-menteri Ekonomi ASEAN; tujuh pakej komitmen dalam perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa Menteri-menteri Kewangan; dan sembilan pakej komitmen dalam pengangkutan udara di bawah bidang kuasa Menteri-menteri Pengangkutan.

1

Bab 2.indd 35

AFAS meliputi sektor atau subsektor Perkhidmatan Perniagaan; Komunikasi; Pembinaan dan berkaitan Kejuruteraan; Pengagihan; Pendidikan; Alam Sekitar; Kewangan; Kesihatan dan Sosial; Pelancongan dan Perkhidmatan yang berkaitan; Rekreasi, Kebudayaan dan Sukan; Pengangkutan; serta Perkhidmatan Lain.

10/14/16 3:59 AM

36

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Komitmen Malaysia dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan: Menandatangani Pakej Pertama hingga Ketujuh Integrasi sektor kewangan ASEAN termasuk subsektor perbankan, insurans dan pasaran modal adalah di bawah bidang kuasa Menteri-menteri Kewangan ASEAN. Protokol untuk Melaksanakan Pakej Ketujuh Komitmen Perkhidmatan Kewangan telah ditandatangani pada 23 Jun 2016. Malaysia memberikan layanan istimewa untuk manfaat institusi milik ASEAN merentasi subsektor perbankan, insurans dan pasaran modal di bawah komitmen Pakej Pertama (1998) sehingga Pakej Ketujuh (2016) bagi perkhidmatan kewangan di bawah AFAS. Layanan istimewa ini diperluas kepada bidang seperti pelesenan dan pegangan saham dalam subsektor insurans, penggajian ekspatriat serta peluang untuk memperoleh lesen dalam bidang perbankan Islam dan takaful antarabangsa. Selain itu, bidang lain termasuk penghapusan sekatan ekuiti dalam pasaran modal selaras dengan rejim semasa pasaran modal, peluasan skop perniagaan dalam pasaran modal serta penawaran rentas sempadan dan penempatan risiko insurans tertentu di luar negara. Liberalisasi dalam subsektor insurans ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Pelan Tindakan AEC. Sementara itu, pelaksanaan komitmen Malaysia dalam pasaran modal telah membuktikan kesungguhan negara dalam meningkatkan integrasi pasaran modal serantau. Usaha liberalisasi ini akan menarik lebih banyak penyertaan institusi milik ASEAN ke Malaysia yang akan memanfaatkan industri. Peruntukan yang membolehkan pelaksanaan Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN (ABIF) telah diperkenalkan dalam Pakej Keenam (2015) di bawah komitmen perkhidmatan kewangan. ABIF mempermudah integrasi pasaran perbankan dicapai melalui perjanjian dua hala. Peruntukan ini membolehkan mana-mana dua AMS untuk memasuki perjanjian timbal balik bagi menyediakan bank ASEAN yang berkelayakan (QAB) mendapat akses pasaran yang lebih meluas di samping beroperasi secara fleksibel seperti mana bank tempatan. Selaras dengan ini, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian dua hala berkenaan pada 1 Ogos 2016.

Manfaat kepada Malaysia dan Rantau ASEAN AMS telah mencapai kemajuan penting dalam meliberalisasikan subsektor perbankan, insurans dan pasaran modal melalui pelaksanaan tujuh pakej liberalisasi perkhidmatan kewangan di bawah AFAS. Antara bidang utama liberalisasi termasuk pelesenan; penawaran perkhidmatan kewangan rentas sempadan, terutamanya dalam penawaran perkhidmatan insurans berkaitan maritim, penerbangan komersil dan barangan dalam transit antarabangsa; penambahbaikan tahap penyertaan ekuiti ASEAN; dan peningkatan pergerakan ekspatriat. ABIF membuka laluan kepada bank ASEAN untuk meningkatkan peranan pengantaraan aliran perdagangan dan pelaburan serantau, dalam melengkapi pakej liberalisasi AFAS. ABIF membolehkan setiap negara ASEAN melakar landskap integrasi mengikut acuan sendiri melalui cara yang akan memberi manfaat bersama kepada AMS dan bank ASEAN. AFAS dan ABIF dijangka memudahkan institusi kewangan Malaysia melabur di luar negara. Kehadiran institusi kewangan Malaysia yang lebih kukuh di luar negara akan terus menyokong peningkatan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan di seluruh ASEAN oleh syarikat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kehadiran bank Malaysia dalam pasaran ASEAN akan mempermudah kebolehsediaan pembiayaan bagi perniagaan yang beroperasi merentasi sempadan. Institusi kewangan ini juga akan berperanan sebagai penasihat terutama berkenaan peluang perniagaan dan pematuhan syarat operasi tempatan di AMS kepada syarikat yang ingin menerokai pasaran luar negara. Peranan ini dapat mengurangkan jurang maklumat dengan ketara dalam menjalankan perniagaan di negara anggota ASEAN yang lain. Liberalisasi progresif dalam subsektor perbankan, insurans dan pasaran modal akan dapat memperkukuh sektor kewangan Malaysia. Penyertaan institusi kewangan ASEAN yang lebih bermakna dalam sistem kewangan Malaysia dan pasaran modal, berserta pengoperasian yang lebih fleksibel bagi institusi ini, akan menggalakkan sistem kewangan Malaysia lebih dinamik dan berdaya saing, seterusnya menyokong pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.

Bab 2.indd 36

10/14/16 3:59 AM

37

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Rumusan Integrasi subsektor perbankan, insurans dan pasaran modal serantau akan mewujudkan pautan ekonomi dan kewangan yang lancar, seterusnya berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif untuk menarik pelaburan dan menggalakkan pembangunan sektor kewangan melalui rangka kerja kawal selia yang stabil bagi pelabur dalam kalangan AMS. Tambahan pula, pendekatan Malaysia terhadap liberalisasi perkhidmatan kewangan melengkapi pelan pembangunan sektor kewangan dan pasaran modal di bawah Financial Sector Blueprint 2011 – 2020 dan Capital Market Masterplan 2.

Agenda kerjasama kewangan ASEAN+3 terus menunjukkan kemajuan dalam usaha pengukuhan jaringan keselamatan serantau serta pengurusan risiko ekonomi dan kewangan. Siri mesyuarat kewangan dan bank pusat ASEAN+3 pada 2016 yang dipengerusikan bersama oleh Lao PDR dan China meneruskan perbincangan berkenaan ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO), Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM) dan Asian Bond Markets Initiative (ABMI). Selain itu, mesyuarat tersebut membolehkan negara anggota bertukar pandangan dan pengalaman dalam pembangunan ekonomi global dan serantau serta tindak balas dasar yang telah dilaksanakan. Satu pencapaian penting bagi ASEAN+3 pada tahun ini adalah kejayaan menaik taraf AMRO menjadi sebuah organisasi antarabangsa mulai 9 Februari 2016. Pencapaian ini memberikan status perundangan serta keistimewaan dan kekebalan bagi membolehkan AMRO berfungsi sebagai badan pengawasan makroekonomi yang bebas di rantau ini dengan lebih berkesan. Pengurusan tertinggi AMRO telah diperkukuh lagi dengan pelantikan dua orang timbalan pengarah dan ketua ekonomi untuk meningkatkan keupayaan institusi dan fungsi operasi AMRO. Di bawah ABMI, sebuah pelan hala tuju baharu jangka sederhana yang menggariskan aktiviti untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang telah diperkenalkan. Pelan hala tuju tersebut akan terus memupuk usaha pembangunan pasaran bon mata wang tempatan ke arah mencapai kestabilan kewangan dan memenuhi keperluan pelaburan jangka panjang di rantau ini. Antara inisiatif ABMI yang dirancang adalah menggalakkan green bonds, covered bonds, prime collateral for repo markets dan municipal finance di negara anggota tertentu bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur melalui bon berdenominasikan mata wang tempatan. Proses Menteri-menteri Kewangan APEC memberi tumpuan kepada perbincangan berkenaan Pelan Tindakan Cebu (CAP) yang telah dilancarkan pada 2015. Pelan 10 tahun ini bertujuan untuk menggalakkan penyelarasan dasar, peraturan dan amalan lebih baik dalam kalangan ekonomi APEC ke arah pembinaan komuniti APEC yang telus, mempunyai kesalinghubungan, berdaya tahan serta lebih bersepadu dari segi kewangan. Empat tonggak CAP adalah menggalakkan integrasi kewangan; memajukan

Bab 2.indd 37

pembaharuan dan ketelusan fiskal; meningkatkan daya tahan kewangan; serta mempercepat pembangunan dan pembiayaan infrastruktur. Pada 2016, Peru merupakan pengerusi bagi siri mesyuarat kewangan APEC yang bertemakan Strengthening Public Policies for an Integrated and Resilient Asia-Pacific Region. Siri mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada beberapa inisiatif di bawah CAP, termasuk dasar keterangkuman kewangan, Public Private Partnership (PPP) Knowledge Portal dan isu infrastruktur serta pembiayaan risiko bencana dan polisi insurans. Mesyuarat turut membincangkan langkah untuk menggalakkan dasar berkesan dan penting bagi menambah baik liputan keterangkuman kewangan kepada individu dan perniagaan, khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sementara itu, pembangunan PPP Knowledge Portal bertujuan untuk memastikan konsep kerjasama awam swasta boleh difahami dengan lebih jelas, berkongsi amalan terbaik dan memberi panduan kepada pelabur. Satu strategi menyeluruh yang menggabungkan penyelesaian kewangan di peringkat negara dan serantau masih dalam proses perbincangan bagi memastikan akses kepada pembiayaan pasca bencana yang berkesan dan tepat pada masanya. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 35 buah negara maju dan berpendapatan tinggi. OECD ditubuhkan untuk menggalakkan dasar bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat global. OECD juga menyediakan forum untuk negara ahli bekerjasama dalam pelbagai bidang ekonomi dan kewangan serta berkongsi pengalaman dan mencari penyelesaian kepada isu semasa. Memandangkan Malaysia sentiasa berusaha melaksanakan pembaharuan struktur ke arah pertumbuhan kukuh dan mapan, OECD telah menjalankan Penilaian Ekonomi yang pertama ke atas Malaysia pada 2016. Laporan tersebut, yang akan dilancarkan pada November 2016, merangkumi penilaian keseluruhan ke atas makroekonomi semasa dengan dua kajian tematik iaitu produktiviti dan keterangkuman sosial. Laporan tersebut memberi sokongan kepada Malaysia bahawa langkah dasar ekonomi yang telah dilaksanakan negara terbukti kondusif kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

10/14/16 3:59 AM

38

LAPORAN EKONOMI 2016/17

Selain laporan Penilaian Ekonomi, Malaysia dan OECD juga mempunyai hubungan kerjasama lain dalam pelbagai bidang, antaranya dalam tadbir urus awam dan pembangunan wilayah berkaitan produktiviti, hal percukaian serta kajian semula dasar inovasi Malaysia. Kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan OECD ini turut menyerlahkan lagi dasar dan inisiatif semasa yang dilaksanakan oleh Malaysia. Selain itu, kerjasama ini juga bertindak sebagai platform kepada Malaysia dan OECD untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Prospek 2017 Prospek ekonomi global lebih kukuh Pada 2017, pertumbuhan global dijangka berkembang 3.4% (2016: 3.1%), terutamanya disumbang oleh pertumbuhan lebih baik di AS serta prestasi lebih kukuh di pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun. AS diunjur mencatat pertumbuhan lebih tinggi 2.2% (2016: 1.6%), disokong oleh pelaburan perniagaan dan pasaran perumahan lebih kukuh. Sementara itu, kawasan euro dijangka mencatat pertumbuhan sederhana 1.5% (2016: 1.7%), terutamanya disebabkan oleh ketidaktentuan Brexit yang boleh terus menjejaskan keyakinan perniagaan dan pengguna. Pertumbuhan ekonomi UK juga dijangka lebih perlahan pada 1.1% (2016: 1.8%). Ekonomi Jepun diunjur berkembang 0.6% (2016: 0.5%) dalam keadaan kenaikan cukai penggunaan ditangguhkan daripada April 2017 kepada Oktober 2019 berserta pelaksanaan langkah fiskal dan monetari yang lain. Pertumbuhan di pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun dijangka meningkat 4.6% (2016: 4.2%), disokong oleh prestasi kukuh China

Bab 2.indd 38

dan India serta ekonomi ASEAN. China diunjur mencatat pertumbuhan 6.2% (2016: 6.6%). Pertumbuhan ini dipacu oleh penggunaan domestik yang mapan dan perkembangan berterusan sektor perkhidmatan berikutan inisiatif kerajaan untuk mengimbangi semula ekonomi. Sementara itu, India dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan 7.6% (2016: 7.6%), sebahagian besarnya disumbang oleh penggunaan swasta dan sektor perkhidmatan yang kukuh. ASEAN dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi 4.8% (2016: 4.5%), dipacu oleh penggunaan dan pelaburan infrastruktur. Walaupun pertumbuhan global bertambah baik, risiko dijangka masih wujud. Kemungkinan penurunan mendadak ekonomi China boleh menjejaskan negara yang mempunyai hubungan kewangan, perdagangan dan pelaburan erat dengan China. Kesan Brexit boleh menjadi lebih buruk daripada jangkaan, terutamanya di kawasan euro dan UK serta kemungkinan kesan limpahan ke atas ekonomi global. Selain itu, risiko lain termasuk volatiliti dalam pasaran kewangan global dan aliran modal, harga komoditi yang berterusan rendah, perdagangan global lembap, tekanan mata wang, inflasi rendah berpanjangan serta ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Inflasi ekonomi maju dijangka meningkat kepada 1.7% (2016: 0.8%) berikutan penggunaan swasta yang lebih tinggi. Namun begitu, harga komoditi rendah diunjur dapat mengurangkan sedikit kadar inflasi kepada 4.4% (2016: 4.5%) dalam pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun. Perdagangan dunia dijangka berkembang 3.8% (2016: 2.3%) selaras dengan permintaan global lebih baik, terutama di AS serta pasaran membangun yang berkembang pesat dan ekonomi membangun seperti China, India dan ASEAN.

10/14/16 3:59 AM