3 PRESTASI EKONOMI DAN PROSPEK

PRESTASI EKONOMI DAN 3 PROSPEK • Perspektif Keseluruhan • Prestasi Mengikut Sektor • Prestasi Permintaan Domestik Sisipan 3.1 - Pelaburan Swasta di Ma...

0 downloads 62 Views 734KB Size
3

PRESTASI EKONOMI DAN PROSPEK • Perspektif Keseluruhan • Prestasi Mengikut Sektor • Prestasi Permintaan Domestik Sisipan 3.1 - Pelaburan Swasta di Malaysia • Sektor Luar Negeri Rencana 3.1 - Mengembangkan Potensi Eksport Malaysia • Harga •

Pasaran Buruh Rencana 3.2 - Produktiviti Memacu Pertumbuhan Ekonomi Sisipan 3.2 - Pembaharuan dalam Pasaran Buruh Malaysia: Status Terkini

• Prospek 2018

Bab 3.indd 43

10/20/17 22:15

Bab 3.indd 44

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

3

PRESTASI EKONOMI DAN PROSPEK

Perspektif Keseluruhan Pertumbuhan ekonomi lebih rancak

E

manakala sektor perlombongan terus berkembang, walaupun pada kadar lebih perlahan disokong oleh pengeluaran gas asli yang lebih tinggi.

konomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.7% dalam tempoh enam bulan pertama 2017 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan diperteguh oleh sektor luaran yang lebih baik. Berdasarkan perkembangan ekonomi yang rancak dalam tempoh separuh pertama, KDNK benar tahun ini dijangka terus mapan antara 5.2% dan 5.7% (2016: 4.2%) melepasi unjuran sebelum ini. Pendapatan negara kasar (PNK) pada harga semasa pula dianggar berkembang 9.1% kepada RM1.3 trilion (2016: 6.2%; RM1.2 trilion) dengan pendapatan per kapita meningkat 7.7% kepada RM40,713 (2016: 4.7%; RM37,791).

Kedudukan sektor luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan selaras dengan aktiviti perdagangan global yang meningkat. Akaun semasa dianggar bertambah baik terutamanya disokong oleh lebihan akaun barangan yang tinggi. Pertumbuhan eksport akan didorong oleh permintaan tinggi bagi E&E dan komoditi. Di samping itu, import akan terus meningkat selaras dengan aktiviti pelaburan domestik yang kukuh.

Agregat permintaan domestik dijangka kekal berdaya tahan terutamanya didorong oleh perbelanjaan sektor swasta, sementara sektor awam terus melaksanakan langkah konsolidasi. Penggunaan swasta akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Kecenderungan untuk berbelanja akan semakin kukuh didorong oleh kestabilan pasaran buruh, pendapatan eksport lebih tinggi dan inflasi terkawal dalam persekitaran kadar faedah rendah. Sementara itu, pelaburan swasta diunjur berkembang lebih kukuh disokong oleh perbelanjaan modal lebih tinggi terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pelaburan turut disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil.

Sektor perkhidmatan memacu pertumbuhan

Dari sudut penawaran, pertumbuhan akan disokong oleh prestasi lebih kukuh dalam semua sektor dengan perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Sektor perkhidmatan diunjur berkembang pada kadar lebih tinggi, dicerminkan pertumbuhan lebih kukuh kebanyakan subsektor, terutamanya perdagangan borong dan runcit; maklumat dan komunikasi serta makanan & minuman dan penginapan. Dalam sektor pembuatan pula, pertumbuhan industri berorientasikan eksport dijangka berkembang dengan signifikan berikutan permintaan semikonduktor global yang lebih tinggi. Selain itu, pertumbuhan industri berorientasikan domestik akan mengukuh berikutan peningkatan permintaan produk pengguna dan bahan berkaitan pembinaan. Bagi sektor pertanian, pertumbuhan dijangka disokong oleh pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dan getah. Sektor pembinaan akan dipacu oleh aktiviti kejuruteraan awam yang lebih rancak

Bab 3.indd 45

45

Prestasi Mengikut Sektor Sektor Perkhidmatan

Nilai ditambah sektor perkhidmatan terus meningkat 6.1% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 5.4%) terutamanya disokong oleh aktiviti penggunaan domestik yang kukuh. Pada 2017, sektor ini dijangka merekod pertumbuhan 5.9% merangkumi 54.5% daripada KDNK (2016: 5.6%; 54.3%). Kumpulan perkhidmatan akhir dijangka kekal berkembang sebanyak 6% (2016: 6%) diterajui subsektor perdagangan borong dan runcit serta makanan & minuman dan penginapan. Kumpulan perkhidmatan perantara dijangka meningkat 6.4% (2016: 5.5%) disokong oleh subsektor maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans. Sementara itu, subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka berkembang 4.4% (2016: 4.9%). Jadual 3.1. KDNK mengikut Sektor 2016 – 2018 (Pada harga malar 2010) Bahagian kepada KDNK (%) Pertanian Perlombongan Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan KDNK

2017¹ 8.1 8.4 23.0 4.6 54.5 100.0

Perubahan (%) 2016 -5.1 2.2 4.4 7.4 5.6 4.2

20171 20182 5.6 2.4 0.5 0.9 5.5 5.3 7.6 7.5 5.9 5.8 5.2 – 5.7 5.0 – 5.5

Anggaran. Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan dan tidak termasuk komponen duti import. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2

10/20/17 22:15

46

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.2. Prestasi Sektor Perkhidmatan 2016 – 2018 (Pada harga malar 2010) Bahagian (%)

Perubahan (%)

2017¹

2016 2017¹ 2018²

Perkhidmatan akhir Perdagangan borong dan runcit

15.1

6.2

6.5

6.1

Makanan & minuman dan penginapan

2.9

7.1

7.6

7.2

2.5 4.4

5.4 4.8

2.5 5.3

2.6 5.3

Utiliti Perkhidmatan lain Perkhidmatan perantara Kewangan dan insurans

6.7

2.5

4.2

4.4

Hartanah dan perkhidmatan perniagaan

4.5

6.9

7.2

7.4

Maklumat dan komunikasi

6.1

8.1

8.5

8.8

Pengangkutan dan penyimpanan

3.6

5.6

6.2

5.8

8.7 54.5

4.9 5.6

4.4 5.9

4.5 5.8

Perkhidmatan kerajaan Jumlah

Anggaran. Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2

Subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 7% (Januari – Jun 2016: 5.9%) disokong perbelanjaan pengguna lebih tinggi. Segmen runcit meningkat 9.6% (Januari – Jun 2016: 6.3%) dipacu jualan runcit yang merekod pertumbuhan dua digit dalam kedai bukan pengkhususan (12.5%) dan kedai khusus yang menjual barangan lain (13.3%) (Januari – Jun 2016: 8.3%; 8.4%). Segmen perdagangan borong berkembang 5.8% (Januari – Jun 2016: 8.4%) diterajui oleh jualan borong pengkhususan lain (9.7%), barangan isi rumah (5.2%) serta makanan, minuman dan tembakau (9.2%) (Januari – Jun 2016: 3.4%; 6.6%; 8.1%). Sementara itu, segmen kenderaan bermotor kembali meningkat 2.2% (Januari – Jun 2016: -3.9%) berikutan pengenalan model kenderaan baharu dan rebat ke atas pelbagai jenis model terdahulu. Prestasi ini digambarkan oleh jualan kenderaan bermotor yang kembali pulih 2.2% kepada RM39.6 bilion manakala jualan komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori meningkat 5.4% kepada RM16.9 bilion (Januari – Jun 2016: -7.1%; RM38.8 bilion; 2.2%; RM16 bilion). Pada 2017, subsektor ini dijangka terus berkembang 6.5% (2016: 6.2%). Subsektor makanan & minuman dan penginapan meningkat 7.2% (Januari – Jun 2016: 6.6%). Segmen makanan & minuman berkembang 7.9% (Januari – Jun 2016: 7.4%) dipacu peningkatan p e r b e l a n j a a n d i r e s t o ra n . S e m e n t a ra i t u , 1

Bab 3.indd 46

segmen penginapan mencatat pertumbuhan 4.8% (Januari – Jun 2016: 4%) terutamanya disokong oleh aktiviti pelancongan domestik, pembukaan hotel bajet baharu dan promosi dalam talian yang agresif. Ketibaan pelancong menguncup 1.5% dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 (Januari – Ogos 2016: 3.8%). Walau bagaimanapun, pengenalan laluan baharu penerbangan terus ke negara ini serta penganjuran Sukan Para ASEAN, Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix dijangka menyokong pertumbuhan segmen ini. Pada 2017, subsektor ini dijangka berkembang 7.6% (2016: 7.1%). Subsektor maklumat dan komunikasi mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8.3% (Januari – Jun 2016: 8.6%). Segmen komunikasi terus menjadi penyumbang utama dengan mengekalkan momentum pertumbuhan sebanyak 9.3% (Januari – Jun 2016: 9.8%) berikutan promosi agresif oleh syarikat telekomunikasi dan pengenalan model telefon baharu. Sementara itu, segmen maklumat berkembang 5.7% (Januari – Jun 2016: 3.6%) dan perkhidmatan komputer meningkat 6.4% (Januari – Jun 2016: 7%). Subsektor ini dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dan meningkat 8.5% pada 2017 (2016: 8.1%) disokong oleh pelancaran model telefon pintar terkini, penurunan harga model premium terdahulu dan peningkatan langganan perkhidmatan nilai ditambah yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. Subsektor kewangan dan insurans terus berkembang 4.3% (Januari – Jun 2016: 0.8%) diterajui oleh aktiviti kewangan. Segmen kewangan meningkat kukuh sebanyak 4.8% berikutan pertumbuhan lebih tinggi dalam FISIM1 serta pendapatan berasaskan fi dan faedah (Januari – Jun 2016: 0.02%). Segmen insurans meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.8% (Januari – Jun 2016: 3.4%) berikutan pendapatan premium yang sederhana. Pada 2017, subsektor ini dijangka berkembang 4.2% (2016: 2.5%). Subsektor hartanah dan perkhidmatan perniagaan meningkat 7.3% (Januari – Jun 2016: 6.7%). Segmen perkhidmatan perniagaan mencatat pertumbuhan 8.4% (Januari – Jun 2016: 7.7%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan b e r t e r u s a n b ag i p e r k h i d m at a n p ro f e s i o n a l terutamanya perkhidmatan kejuruteraan dalam sektor pembinaan serta perkhidmatan perundangan dan perakaunan. Sementara itu, segmen hartanah berkembang 4.9% (Januari – Jun 2016: 4.6%). Perkembangan ini sebahagiannya didorong oleh prestasi kukuh sektor pembinaan, insentif dan

Perkhidmatan Perantaraan Kewangan yang Diukur Secara Tidak Langsung.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

47

Rajah 3.1. Penunjuk Terpilih Sektor Perkhidmatan

Ketibaan dan Hasil Terimaan Pelancong

RM bilion 140

Juta 42

Indeks 170

Hasil terimaan pelancong 120

Indeks Kuantiti Perdagangan Edaran (2010 = 100) Perdagangan edaran

Ketibaan pelancong (skala kanan)

35

100

28

80

160

Perdagangan runcit Perdagangan borong Kenderaan bermotor

150 140

21 60

130 14

40 20 0

2013

2014

2015

2016

2017 1

120

7

110

0

100

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

Kendalian Kontena dan Kapal Berlabuh Juta 30

60,000

25

Indeks 220

Indeks Maklumat dan Komunikasi (2010 = 100)

TEU

Maklumat dan komunikasi

Kapal berlabuh (skala kanan)

Komputer dan perkhidmatan maklumat Telekomunikasi Aktiviti penerbitan dan penyiaran

50,000 190

20

40,000

15

30,000

10

20,000

5

10,000

160

130

0

2013

2014

2015

2016

2017 1

0

100

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

Penumpang dan Kargo Udara

Penggunaan Elektrik

Juta tan metrik 1.5

Juta 125

Juta kilowatt-jam 45,000

100

36,000

0.9

75

27,000

0.6

50

18,000

0.3

25

9,000

Kargo udara

0.0 2013 1

Perindustrian, perniagaan dan perlombongan

Penumpang udara (skala kanan)

1.2

2014

2015

2016

Kediaman dan lampu awam

2017 1

0

0

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

Anggaran.

Sumber: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia; Jabatan Perangkaan Malaysia; tujuh pelabuhan utama (Bintulu, Johor, Klang, Kuantan, Kuching, Pulau Pinang dan Tanjung Pelepas); Malaysia Airports Holdings Berhad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Bab 3.indd 47

10/20/17 22:15

48

LAPORAN EKONOMI 2017/18

rebat yang ditawarkan oleh pemaju, peningkatan kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam dan kelonggaran syarat pembelian rumah di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Bagi keseluruhan tahun, subsektor ini dijangka meningkat 7.2% (2016: 6.9%). Subsektor pengangkutan dan penyimpanan berkembang 6.2% (Januari – Jun 2016: 5.9%). Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disokong oleh segmen pengangkutan darat yang meningkat 6.8% (Januari – Jun 2016: 7.2%). Prestasi ini dicerminkan melalui pertambahan jumlah penumpang Electric Train Service (ETS) yang meningkat 29% kepada 1.7 juta penumpang (Januari – Jun 2016: 93%; 1.3 juta) dan perkhidmatan antara bandar oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkembang 8% kepada 1.5 juta penumpang (Januari – Jun 2016: 66.5%; 1.4 juta). Sementara itu, jumlah kargo KTMB meningkat semula 5.3% kepada 3 juta tan metrik (Januari – Jun 2016: -0.3%; 2.9 juta tan metrik) disokong oleh aktiviti pembinaan yang kukuh. Jumlah trafik di lebuh raya bertol kembali mencatat pertumbuhan yang ketara sebanyak 11.5% kepada 903.2 juta kenderaan (Januari – Jun 2016: -8.1%; 810.2 juta) sejajar dengan pembukaan lebuh raya intra-bandar baharu. Segmen pengangkutan udara berkembang 3.4% (Januari – Jun 2016: 2.5%) disokong oleh pergerakan penumpang antarabangsa yang lebih tinggi. Jumlah penumpang udara melonjak 12.3% (Januari – Jun 2016: 2.1%) dengan trafik penumpang antarabangsa mencatat pertumbuhan 15.4% (Januari – Jun 2016: 5%) sebahagian besarnya dirangsang oleh peningkatan ketibaan pelancong dari China serta tambang kompetitif yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Pergerakan penumpang domestik kembali pulih 9.6% (Januari – Jun 2016: -0.4%) berikutan peningkatan perjalanan pada musim perayaan dan bulan puasa. Sementara itu, kargo udara kembali meningkat 8.4% (Januari – Jun 2016: -14.7%) didorong oleh aktiviti perdagangan yang lebih kukuh. Segmen pengangkutan air mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.6% (Januari – Jun 2016: 1.7%). Jumlah kontena di pelabuhan utama2 merosot 2.9% kepada 11.8 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) (Januari – Jun 2016: 5.7%; 12.2 juta TEU). Prestasi ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk di China, penjajaran semula oleh syarikat perkapalan global serta perubahan kemudahan dan peralatan pelabuhan yang menjejaskan jadual berlabuh. Jumlah kontena di Pelabuhan Klang yang merangkumi 52.6% daripada keseluruhan kontena merosot 3.8% (Januari – Jun 2016: 53.1%; 12.2%), manakala Tanjung Pelepas (35%) terus menguncup 4% (Januari – Jun 2016: 35.4%; -2.8%). 2

Bab 3.indd 48

Walau bagaimanapun, pertumbuhan positif dicatat di pelabuhan Bintulu, Johor, Kuantan, Kuching dan Pulau Pinang. Bagi keseluruhan tahun, subsektor pengangkutan dan penyimpanan dijangka berkembang 6.2% (2016: 5.6%). Subsektor utiliti meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 2.2% (Januari – Jun 2016: 6.1%) disebabkan permintaan isi rumah yang lebih rendah berikutan kesan El Niño yang semakin berkurangan. Segmen elektrik dan gas menyederhana 1.2% (Januari – Jun 2016: 5.8%). Dalam tempoh tujuh bulan pertama, penggunaan elektrik meningkat 2.3% kepada 81,462 juta kilowatt-jam (kWj) (Januari – Julai 2016: 8.4%; 79,626 juta kWj) dengan segmen industri, komersial dan perlombongan merangkumi 78.4% daripada jumlah penggunaan elektrik manakala segmen kediaman dan lampu awam sebanyak 21.6% (Januari – Julai 2016: 76.8%; 23.2%). Penjanaan elektrik meningkat 1.5% dengan agihan maksimum 13,577 juta kWj pada Julai 2017 (Januari – Julai 2016: 8.5%; 13,212 juta kWj; Mei). Penggunaan gas berkembang kukuh sebanyak 10.2% kepada 88.4 juta MMBtu (Januari – Jun 2016: 3.6%; 80.2 juta MMBtu) dengan jualan meningkat 32.2% kepada RM2.5 bilion (Januari – Jun 2016 : 22.2%; RM1.9 bilion). Prestasi jualan lebih kukuh didorong oleh peningkatan penggunaan yang lebih tinggi dalam segmen industri. Segmen air, pembetungan dan pengurusan sisa berkembang 5.9% (Januari – Jun 2016: 7.1%). Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan air yang tinggi dari kawasan perindustrian, komersial dan kediaman baharu yang meningkat 4.1% kepada 11,671 juta liter sehari (jlh) (Januari – Jun 2016: 2.3%; 11,212 jlh). Pada 2017, subsektor ini dijangka berkembang 2.5% (2016: 5.4%). Subsektor perkhidmatan lain meningkat 5.3% (Januari – Jun 2016: 4.6%) dengan pendidikan swasta berkembang 6.5% dan kesihatan swasta 5.4% (Januari – Jun 2016: 6.7%; 5.6%). Sehingga akhir Julai 2017, terdapat 495 institusi pendidikan tinggi swasta di seluruh negara (akhir Julai 2016: 496) terdiri daripada 10 kampus cawangan universiti luar negara, 53 universiti swasta, 35 kolej universiti serta 397 kolej swasta. Bilangan pelancong kesihatan asing di hospital swasta mencatat 494,326 (Januari – Jun 2016: 460,338) dengan bilangan pesakit dari Indonesia merangkumi 55.5% atau 274,244 daripada jumlah pelancong kesihatan. Bagi keseluruhan tahun, subsektor ini dijangka berkembang 5.3% (2016: 4.8%) disokong oleh permintaan kukuh bagi pendidikan swasta serta perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Sementara itu, subsektor perkhidmatan kerajaan berkembang 4.8% (Januari – Jun 2016: 5.2%) disokong oleh perbelanjaan dalam emolumen. Pada 2017, subsektor ini dijangka meningkat 4.4% (2016: 4.9%).

Bintulu, Johor, Klang, Kuantan, Kuching, Pulau Pinang dan Tanjung Pelepas.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sektor Pembuatan Pengeluaran terus meningkat Nilai ditambah sektor pembuatan terus mengukuh 5.8% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 4.4%) dengan peningkatan pelbagai output dalam industri berorientasikan eksport dan domestik. Dalam tempoh lapan bulan pertama, pengeluaran meningkat 6.4%, sementara jualan produk pembuatan kembali pulih dengan ketara sebanyak 15.6% kepada RM500.2 bilion (Januari – Ogos 2016: 4%; -0.7%; RM432.8 bilion). Output industri berorientasikan eksport berkembang 6.5% (Januari – Ogos 2016: 4.3%) diterajui oleh peningkatan dalam kitaran elektronik global dan disokong oleh permintaan tinggi bagi produk berasaskan sumber. Sementara itu, industri berorientasikan domestik meningkat 6.2% (Januari – Ogos 2016: 3.4%) hasil daripada aktiviti penggunaan dan pembinaan yang rancak. Berdasarkan perkembangan ini, kadar penggunaan kapasiti kekal stabil pada 86.6% dalam tempoh suku pertama 2017 dan 82.8% pada suku kedua (S1 2016: 76.7%; S2 2016: 77.5%) berikutan pengembangan berterusan sektor pembuatan. Selain itu, Indeks Pengurus Pembelian bertambah baik kepada 49.9 mata pada September 2017 (September 2016: 48.6 mata) mencerminkan prospek yang lebih optimis. Sejajar dengan peningkatan pengeluaran dalam tempoh lapan bulan pertama, bilangan pekerja kembali meningkat 2.3% dengan purata gaji bagi seorang pekerja berkembang 5.5% kepada RM3,252

49

(Januari – Ogos 2016: -0.3%; 6.4%; RM3,082). Pada 2017, sektor pembuatan dijangka terus meningkat 5.5% (2016: 4.4%) terutamanya disumbangkan oleh peningkatan jualan semikonduktor global serta permintaan yang lebih tinggi bagi produk pengguna dan bahan pembinaan. Dalam industri berorientasikan eksport, output E&E meningkat 9.3% manakala jualan melonjak 16.3% kepada RM169.5 bilion (Januari – Ogos 2016: 6.8%; 9%; RM145.8 bilion). Pertumbuhan ini didorong oleh output papan litar bercetak yang terus mengukuh sebanyak 24.4%, alatan semikonduktor 11.9% dan litar elektronik bersepadu 16.9% (Januari – Ogos 2016: 11.9%, 5.9%, 15%). Pencapaian ini selaras dengan trend jualan semikonduktor global yang dijangka berkembang 11.5% pada 2017 iaitu yang tertinggi sejak 2010. Sebaliknya, output komputer dan kelengkapan peranti menguncup 7.7% (Januari – Ogos 2016: 3.1%) disebabkan pengurangan permintaan terhadap komputer riba dan peribadi berikutan peningkatan penggunaan telefon pintar dan tablet. Sementara itu, output peralatan elektronik pengguna berkembang dengan kadar sederhana pada 2.6% (Januari – Ogos 2016: 5.3%) sebahagiannya berpunca daripada penurunan permintaan untuk peralatan hiburan di dalam kereta, pemain media mudah alih dan kamera digital. Pengeluaran produk petroleum bertapis meningkat 3.2% (Januari – Ogos 2016: 3%) disokong oleh permintaan yang lebih tinggi dari Australia, Indonesia dan Singapura. Pertumbuhan juga

Jadual 3.3. Indeks Pengeluaran Pembuatan Januari – Ogos (2010 = 100) Indeks Industri berorientasikan eksport Produk elektrik dan elektronik Kimia dan produk kimia Produk petroleum bertapis Kayu dan produk kayu Pemprosesan di luar estet Produk getah Produk kertas Tekstil, pakaian, produk kulit dan kasut Industri berorientasikan domestik Produk galian bukan logam dan yang berkaitan Produk logam yang direka Logam asas Kelengkapan pengangkutan Produk makanan Minuman Produk tembakau Lain-lain Jumlah

2016 129.9 148.9 136.1 113.1 120.2 93.1 143.2 120.8

2017 138.3 162.8 140.8 116.7 129.0 105.5 153.2 127.8

134.5 136.9 135.9 175.5 106.9 152.9 126.9 142.6 120.0 114.7 131.6

144.4 145.5 143.3 183.5 111.3 160.1 141.1 158.2 122.2 117.4 140.1

Perubahan (%) 2016 2017 4.3 6.5 6.8 9.3 4.5 3.5 3.0 3.2 7.8 7.3 -13.7 13.2 5.0 6.9 5.4 5.8 7.5 3.4 6.3 5.6 1.9 -3.1 6.3 9.2 4.9 10.4 4.0

7.4 6.2 5.4 4.6 4.2 4.7 11.2 10.9 1.8 2.3 6.4

Bahagian (%) 2016 2017 73.8 73.9 27.3 28.1 14.8 14.4 18.1 17.5 3.7 3.7 3.2 3.4 2.7 2.7 2.7 2.7 1.3 26.2 4.3 4.2 3.3 6.4 5.6 1.1 0.5 0.9 100.0

1.4 26.1 4.3 4.1 3.2 6.3 5.9 1.1 0.5 0.8 100.0

Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bab 3.indd 49

10/20/17 22:15

50

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Pengeluaran kayu dan produk kayu berkembang 7.3% (Januari – Ogos 2016: 7.8%). Pertumbuhan ini terutamanya disokong oleh peningkatan pengeluaran pengilangan dan pengetaman kayu sebanyak 14.7% (Januari – Ogos 2016: 16.8%) berikutan permintaan yang kukuh dari AS, Australia dan Jepun. Sementara itu, pengeluaran perabot kayu dan rotan kekal meningkat pada 10.9% (Januari – Ogos 2016: 10.9%), meraih manfaat daripada penggunaan teknologi yang lebih tinggi serta kepelbagaian pasaran eksport.

Rajah 3.2. Keluaran Sektor Pembuatan (% perubahan) % 12

Indeks pengeluaran perindustrian Indeks pengeluaran pembuatan Industri berorientasikan eksport Industri berorientasikan domestik

10 8 6 4 2 0

J

A

J 2015

O

J

A

J 2016

O

J

A J 2017

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jadual 3.4. Output Sektor Pembuatan: Subsektor E&E Januari – Ogos (2010 = 100) Perubahan (%)

Bahagian (%)

2016

2017

2016

2017

Komponen dan papan elektronik

9.1

15.7

14.6

15.9

Komputer dan kelengkapan peranti

3.1

-7.7

2.5

2.2

Peralatan komunikasi

1.5

-1.3

1.4

1.3

Peralatan elektronik pengguna

5.3

2.6

4.6

4.5

Motor elektrik, penjana, transformer dan perkakasan pengagihan dan pengawalan elektrik

4.2

9.4

0.6

0.6

Pendawaian dan peranti pendawaian

5.3

13.4

0.8

0.8

Perkakasan domestik Jentera kegunaan umum

8.3 6.4

-0.2 2.7

0.4 1.0

0.3 1.0

Jentera kegunaan khas

2.3

11.2

1.4

1.4

Jumlah E&E

6.8

9.3

27.3

28.1

Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

disokong oleh peningkatan permintaan daripada industri domestik berintensifkan tenaga dan penjanaan tenaga. Sementara itu, pengeluaran produk kimia dan bahan kimia berkembang 3.5% didorong oleh peningkatan pengeluaran produk kimia lain (3.8%) serta produk farmaseutikal, kimia perubatan dan botani sebanyak 4.4% (Januari – Ogos 2016: 4.5%; 2.9%; 4%). Output kimia asas, baja dan sebatian nitrogen pula meningkat 3.7% (Januari – Ogos 2016: 5.9%) sejajar dengan peningkatan pengeluaran dalam sektor pertanian berikutan harga komoditi yang lebih kukuh. Sementara itu, produk plastik berkembang 2.7% (Januari – Ogos 2016: 3.1%) disokong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada industri pembungkusan makanan.

Bab 3.indd 50

Pengeluaran produk pemprosesan di luar estet semakin pulih dengan mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 13.2% (Januari – Ogos 2016: -13.7%). Prestasi industri ini sebahagian besarnya disokong oleh peningkatan aktiviti pengeluaran minyak sawit yang semakin pulih sebanyak 13.6% dan minyak isirong 14.5% (Januari – Ogos 2016: -15.8%; -15.2%). Pertumbuhan ketara ini didorong oleh peningkatan pengeluaran CPO berikutan pengurangan kesan El Niño. Keluaran produk getah kekal kukuh pada 6.9% (Januari – Ogos 2016: 5%). Pertumbuhan diterajui oleh output sarung tangan getah yang meningkat 8.1% (Januari – Ogos 2016: 5.7%) berikutan peningkatan kecekapan dalam pembuatan serta permintaan yang kukuh daripada industri perubatan dan penjagaan kesihatan, terutamanya dari AS, Jepun dan Jerman. Walau bagaimanapun, pengeluaran tayar getah untuk kenderaan menguncup 3% (Januari – Ogos 2016: 5.2%) disebabkan oleh kenaikan harga input berikutan banjir di negara pengeluar getah utama. Bagi industri berorientasikan domestik, pengeluaran bahan be rkai t an pe mbi naan kekal mencatat pertumbuhan pada 4.8% (Januari – Ogos 2016: 4.8%). Pertumbuhan ini diterajui pengeluaran lebih tinggi bagi logam asas sebanyak 4.2% terutamanya besi asas dan keluli yang meningkat semula 6.2% (Januari – Ogos 2016: 1.9%; -1.4%). Sementara itu, pengeluaran produk mineral bukan logam b e r k e m b a n g 5 . 4 % m a n a k a l a l o g a m ya n g direka 4.6% (Januari – Ogos 2016: 6.3%; 5.6%) disokong permintaan lebih tinggi untuk bahan binaan yang direka serta konkrit, simen dan plaster berikutan aktiviti pembinaan yang rancak. Pengeluaran kelengkapan pengangkutan kembali pulih 4.7% (Januari – Ogos 2016: -3.1%). Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disokong oleh pengeluaran alat ganti dan aksesori untuk kenderaan bermotor yang lebih tinggi (13.1%) serta aktiviti pembaikan dan penyelenggaraan kelengkapan pengangkutan yang meningkat 9.7% (Januari – Ogos 2016: 12.8%; 8.1%).

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.5. Output Sektor Pembuatan: Bahan Berkaitan Pembinaan Januari – Ogos (2010 = 100) Perubahan (%) 2016 2017 19.9 7.2

Kaca dan produk kaca

Bahagian (%) 2016 2017 0.9 0.9

Pengeluaran galian bukan logam t.t.t.l.1

3.2

5.0

3.4

3.4

Produk struktur logam, tangki, takungan dan penjana wap

5.5

3.0

1.5

1.4

Produk lain yang direka daripada logam; aktiviti perkhidmatan kerja logam

5.7

5.4

2.7

2.7

-1.4

6.2

2.1

2.1

Logam asas berharga dan logam bukan ferus lain

9.0

0.3

1.1

1.1

Jumlah bahan berkaitan pembinaan

4.8

4.8

11.7

11.6

Besi dan keluli asas

Rajah 3.3. Prestasi Industri Terpilih (% perubahan) Bahan berkaitan pembinaan Produk makanan E&E Produk petroleum

30

20

10

0

-10

-20

J

A

J 2015

O

J

Pembuatan produk makanan meningkat 11.2% disumbangkan oleh kenaikan pengeluaran ketara dalam minyak sawit bertapis sebanyak 26.1% (Januari – Ogos 2016: 6.3%; -3.3%) berikutan pengeluaran CPO yang lebih tinggi. Sementara itu, output produk makanan lain berkembang 7% disokong oleh pengeluaran roti, kek dan produk bakeri lain (15.6%) serta biskut dan cookies (12%) bagi memenuhi peningkatan permintaan isi rumah (Januari – Ogos 2016: 11.1%; 19.2%; 19.1%).

Sektor Pertanian Sektor pertanian kembali pulih

1 Tidak terkelas di tempat lain. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

% 40

A

J 2016

O

J

A J 2017

Sektor pertanian meningkat semula 7.1% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: -5.9%) terutamanya disokong oleh pemulihan ketara subsektor kelapa sawit dan getah berikutan cuaca yang lebih baik. Sementara itu, subsektor berkaitan makanan seperti ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran meningkat didorong permintaan domestik lebih kukuh. Peningkatan subsektor ini turut disokong oleh pelbagai langkah Kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran makanan termasuk pembangunan projek infrastruktur pertanian dan penerusan program berimpak tinggi iaitu estet padi, zon bersepadu akuakultur dan ternakan ikan sangkar. Pada 2017, sektor pertanian dijangka kembali melonjak 5.6% (2016: -5.1%) terutamanya dipacu oleh subsektor kelapa sawit dan getah yang merangkumi 53.1% daripada sektor pertanian. Sementara itu, subsektor berkaitan makanan dijangka terus menyokong pertumbuhan melalui penggunaan teknik pertanian moden dan permintaan yang lebih kukuh daripada industri pemprosesan makanan. Jadual 3.6. Nilai Ditambah Sektor Pertanian 2016 – 2017 (Pada harga malar 2010) Perubahan (%)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

2016

Sementara itu, pengeluaran produk pesawat dan kapal angkasa dan jentera berkaitan meningkat semula 5.2% turut menyokong pertumbuhan segmen tersebut (Januari – Ogos 2016: -1.1%). Di samping itu, pengeluaran kenderaan bermotor bertambah baik dengan mencatat penguncupan yang lebih kecil sebanyak 2.4% (Januari – Ogos 2016: -22.2%). Seterusnya, volum jualan kenderaan meningkat 3.9% kepada 384,730 unit (Januari – Ogos 2016: -14.8%; 370,152 unit) didorong oleh promosi musim perayaan dan pelancaran model baharu.

Bab 3.indd 51

51

Pertanian Kelapa sawit Getah Ternakan Pertanian lain1 Perhutanan dan pembalakan Perikanan

Bahagian (%)

20172

2016

20172

-5.1

5.6

100.0

100.0

-12.7

11.8

43.1

45.6

-6.3

10.8

7.1

7.5

3.7

3.1

11.6

11.4

5.1

2.4

19.5

18.9

-3.0

-15.0

7.2

5.8

2.2

0.2

11.5

10.9

Termasuk padi, buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa, tembakau, teh, bunga, lada, koko dan nanas. 2 Anggaran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1

10/20/17 22:15

52

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Subsektor kelapa sawit kembali meningkat dengan pertumbuhan ketara sebanyak 14.6% (Januari – Jun 2016: -15.2%) disumbangkan oleh pengeluaran CPO lebih tinggi. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017, pengeluaran CPO kembali pulih 12.2% kepada 14.1 juta tan metrik berikutan hasil buah tandan segar (FFB) yang lebih tinggi pada 12.7 tan metrik sehektar (Januari – September 2016: -15.3%; 12.6 juta tan metrik; 11.6 tan metrik sehektar). Walau bagaimanapun, kadar perahan minyak berkurang kepada 19.7% (Januari – September 2016: 20.2%) terutamanya disebabkan oleh hujan lebat di beberapa negeri pengeluar utama CPO. Seiring trend perubahan musim dan pengurangan kesan El Niño, pengeluaran CPO dijangka mencapai 20 juta tan metrik pada 2017 (2016: 17.3 juta tan metrik). Sehingga akhir September 2017, harga purata CPO mengukuh kepada RM2,848 setan metrik (Januari – September 2016: RM2,556 setan metrik) meskipun stok minyak sawit meningkat kepada 2 juta tan metrik (akhir September 2016: 1.5 juta tan metrik). Pada 2017, harga CPO dijangka berada pada purata RM2,700 setan metrik (2016: RM2,653 setan metrik) disokong oleh permintaan kukuh terutamanya dari China dan India. Bagi keseluruhan tahun, subsektor kelapa sawit dijangka kembali pulih dengan ketara sebanyak 11.8% (2016: -12.7%). Jadual 3.7. Kelapa Sawit: Kawasan, Hasil dan Pengeluaran 2016 – 2017 Perubahan (%) 2016 20172

2016

20172

Keluasan tanaman (‘000 hektar)

5,738

5,822

1.7

1.5

Kawasan matang (‘000 hektar)

5,001

5,118

2.9

2.3

17,319 20,000

-13.2

15.5

-13.9

19.4

Pengeluaran Minyak sawit mentah (‘000 tan metrik) Hasil1 (tan metrik/hektar)

15.9

19.0

Hasil buah tandan segar. Anggaran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia. 1 2

Nilai ditambah subsektor getah melonjak 20.8% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: -9.7%). Pertumbuhan ini disokong oleh harga yang lebih tinggi serta peningkatan hasil berikutan keadaan cuaca yang lebih baik. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, pengeluaran getah meningkat 19.1% kepada 495,049 tan metrik (Januari – Ogos 2016: -9.3%; 415,502 tan metrik). Pada 2017, pengeluaran getah dijangka berkembang 3.9% kepada 700,000 tan metrik (2016: -6.7%; 673,513 tan metrik). Purata harga getah (SMR20) meningkat kepada RM7.44 sekilogram dalam

Bab 3.indd 52

tempoh sembilan bulan pertama 2017 (Januari – September 2016: RM5.17 sekilogram) sebahagian besarnya disebabkan gangguan bekalan akibat banjir di Thailand serta peningkatan permintaan bagi semua jenis kenderaan dalam pasaran global. Pada 2017, subsektor ini dijangka mencatat momentum pertumbuhan yang kukuh sebanyak 10.8% dengan purata harga pada RM7.30 sekilogram (2016: -6.3%; RM5.68 sekilogram). Jadual 3.8. Getah: Kawasan, Hasil dan Pengeluaran 2016 – 2017

Jumlah kawasan (‘000 hektar) Kebun kecil Estet Hasil (kg sehektar) Kebun kecil Estet Jumlah pengeluaran (‘000 tan metrik) Kebun kecil Estet % daripada pengeluaran dunia

Perubahan (%) 2016 2017¹

2016

2017¹

1,073

1,078

0.2

0.5

996 77

999 78

0.3 -0.8

0.4 1.3

1,380 1,550

1,410 1,560

-1.4 -0.6

2.2 0.6

674

700

-6.7

3.9

620 53

645 55

-6.7 -7.0

4.0 3.7

5.4

5.4

1 Anggaran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Lembaga Getah Malaysia.

Subsektor ternakan berkembang 3.9% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 5%) disokong oleh pengeluaran lebih tinggi bagi ayam-itik, telur dan lembu. Pertambahan bilangan pengeluar dan kapasiti pertanian menyumbang kepada peningkatan pengeluaran ternakan. Selain itu, bantuan pemasaran Kerajaan seperti MyFarmOutlets dan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia serta pembangunan ladang jagung untuk makanan haiwan dijangka terus memberi dorongan kepada subsektor ini. Pada 2017, subsektor ini dijangka berkembang 3.1% (2016: 3.7%) disokong oleh program Kerajaan yang berterusan dan peningkatan permintaan isi rumah. Subsektor pertanian lain berkembang 2.4% (Januari – Jun 2016: 5.6%) disokong oleh pengeluaran buahbuahan dan sayur-sayuran yang lebih tinggi. Pada 2017, subsektor ini dijangka meningkat 2.4% (2016: 5.1%) terutamanya disokong oleh perkembangan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) serta peningkatan permintaan buah tropika terutamanya dari China dan Timur Tengah. Sehingga Ogos 2017, sebanyak 74 TKPM telah dibangunkan di Malaysia dengan keluasan 10,914 hektar. Sementara itu, pengeluaran padi dijangka meningkat berikutan usaha menaik taraf saliran, pengairan dan jalan ladang serta penggunaan benih dan baja berkualiti di samping amalan agronomi moden.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.9. Pengeluaran Pertanian Lain 2016 – 2017

Koko Padi Ternakan Daging1 Ayam-itik Telur (juta) Susu (juta liter) Pertanian pelbagai Buah-buahan2 Lada Sayur-sayuran Kelapa (juta unit) Bunga (juta keratan)

(‘000 tan metrik) 2016 20173 1.8 2.5 3,492 3,693

Perubahan (%) 2016 20173 1.6 42.3 28.2 5.7

277 1,671 13,842 37

276 1,694 14,174 38

-0.3 2.3 4.7 0.8

-0.3 1.4 2.4 3.1

1,665 29 1,399

1,730 31 1,543

-5.9 3.3 1.9

3.9 6.0 10.3

505 500

525 515

-0.2 -2.0

4.0 3.1

Termasuk daging lembu, kambing dan khinzir. Terdiri daripada belimbing, betik, durian, jambu, mangga, manggis, pisang, rambutan dan nanas. 3 Anggaran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; dan Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi Malaysia.

53

Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan anggota bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari dari Januari 2017 hingga Mac 2018 bagi menangani lebihan pengeluaran minyak global. Oleh itu, minyak Brent diniagakan lebih tinggi pada purata USD52.05 setong dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017 (Januari – September 2016: USD42.04 setong). Pada 2017, purata harga Brent dijangka didagangkan sekitar USD50 setong (2016: USD44.05 setong). Sektor perlombongan dijangka berkembang 0.5% pada 2017 (2016: 2.2%) disokong peningkatan pengeluaran gas asli yang mengimbangi pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah. Subsektor gas asli dijangka mendapat manfaat daripada pengkomersialan LNG Train 9 di Kompleks LNG PETRONAS, Bintulu dan Fasiliti Gas Asli Cecair Terapung PETRONAS 1.

1 2

Sementara itu, subsektor perikanan merosot 2.5% dengan pengeluaran mencatat 936,575 tan metrik dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 2%; 979,042 tan metrik). Pendaratan ikan laut menguncup 8% (Januari – Jun 2016: 5.3%) terutamanya disebabkan oleh musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, penurunan ini diimbangi pengeluaran akuakultur yang kembali meningkat 8.9% (Januari – Jun 2016: -18.3%). Pelbagai program Kerajaan seperti zon bersepadu akuakultur dan ternakan ikan sangkar dijangka mengukuhkan lagi subsektor ini. Pada 2017, subsektor perikanan dijangka berkembang sederhana sebanyak 0.2% (2016: 2.2%) disokong oleh hasil akuakultur.

Sektor Perlombongan Gas asli menyokong pertumbuhan Nilai ditambah sektor perlombongan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak 0.9% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 0.4%). Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan pengeluaran gas asli yang mengukuh sebanyak 4.7% (Januari – Jun 2016: 1.9%) sejajar dengan peningkatan eksport ke China, Jepun dan Republik Korea serta permintaan lebih tinggi daripada industri petrokimia dalam negeri. Walau bagaimanapun, subsektor minyak mentah dan kondensat terus merosot 3.7% (Januari – Jun 2016: -1.2%) sejajar dengan komitmen Malaysia mengurangkan pengeluaran minyak sehingga 20,000 tong sehari sejak Januari 2017. Langkah ini selaras dengan perjanjian antara Pertubuhan

Bab 3.indd 53

Sektor Pembinaan Kejuruteraan awam mengukuh pertumbuhan Nilai ditambah sektor pembinaan merekod pertumbuhan kukuh sebanyak 7.4% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 8.5%) terutamanya disokong oleh aktiviti kejuruteraan awam. Jumlah nilai kerja pembinaan siap meningkat 10.4% kepada RM68.9 bilion melibatkan 18,977 projek (Januari – Jun 2016: 11.4%; RM62.4 bilion; 20,026 projek). Sektor swasta menyumbang 63.6% kepada jumlah nilai kerja pembinaan. Subsektor kejuruteraan awam merupakan penyumbang utama kepada jumlah nilai kerja pembinaan sebanyak 35.3%, diikuti subsektor bukan kediaman (31%), kediaman (28.8%) dan aktiviti pembinaan pertukangan khas (4.8%). Pada 2017, sektor pembinaan dijangka berkembang 7.6% (2016: 7.4%) terutamanya disokong oleh projek kejuruteraan awam baharu dan sedia ada khususnya dalam segmen utiliti, pengangkutan dan petrokimia. Subsektor kejuruteraan awam terus merekod pertumbuhan dua digit sebanyak 13.7% (Januari – Jun 2016: 17.7%) disokong oleh projek infrastruktur utama di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Antara projek rel yang sedang dilaksanakan ialah Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) dan Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru. Selain itu, pertumbuhan subsektor ini juga disokong oleh projek pembinaan dan naik taraf jalan raya seperti Lebuhraya Setiawangsa – Pantai (SPE) dan Lebuhraya Pan Borneo. Subsektor ini juga mendapat manfaat daripada pembinaan loji jana kuasa gabungan kitaran turbin gas di Melaka. Subsektor kediaman terus berkembang 4.7% (Januari – Jun 2016: 6.7%) disokong oleh permintaan tinggi perumahan mampu milik di lokasi terpilih yang

10/20/17 22:15

54

LAPORAN EKONOMI 2017/18

mengurangkan spekulasi pasaran dan memastikan pemohon yang layak sahaja mendapat pembiayaan perumahan. Kediaman siap dibina tidak terjual meningkat 55.4% kepada 20,876 unit yang bernilai RM12.3 bilion pada tempoh tersebut (Januari – Jun 2016: 28.3%; 13,438 unit; RM7.6 bilion). Daripada jumlah tersebut, antara negeri yang mencatat peratusan unit siap dibina tidak terjual tertinggi adalah Kedah (20.9%) diikuti Johor (18.2%) dan Selangor (17.6%). Walau bagaimanapun, pasaran harta tanah dijangka mengalami penyesuaian sewajarnya dalam jangka masa panjang selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh.

Rajah 3.4. Penunjuk Penawaran Harta Tanah Kediaman Unit ('000) 5,500

Stok sedia ada Penawaran akan datang Penawaran dirancang

Unit ('000) 600

skala kanan

5,000

500

4,500 400 4,000 300

3,500 3,000

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

200

Sumber: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

mudah diakses. Sementara itu, unit kediaman mula dibina pulih dengan ketara sebanyak 12.1% kepada 67,662 unit (Januari – Jun 2016: -40%; 60,378 unit). Kondominium dan pangsapuri menyumbang 42.9% selaras dengan peningkatan permintaan terutamanya bagi rumah unit bertingkat tinggi di bandar utama. Walau bagaimanapun, penawaran akan datang berkurang 3.4% kepada 485,433 unit (Januari – Jun 2016: 14.1%; 502,345 unit) disebabkan oleh pemaju berhati-hati dalam melancarkan projek baharu bagi mengelakkan peningkatan harta tanah tidak terjual. Pada masa yang sama, kelulusan pembinaan perumahan baharu merosot 2.8% kepada 43,133 unit (Januari – Jun 2016: -33.5%; 44,389 unit) berikutan langkah pemaju mengkaji semula rancangan pembinaan masa hadapan hasil reaksi keadaan pasaran. Dari segi permintaan, kadar jualan bangunan kediaman meningkat 23.9% kepada 6,775 unit bagi tempoh tersebut (Januari – Jun 2016: 22.7%; 3,289 unit) disokong oleh akses berterusan pinjaman perumahan terutamanya untuk pembeli rumah pertama. Nilai transaksi bangunan kediaman bertambah baik dengan penguncupan yang lebih kecil sebanyak 0.3% kepada RM32.9 bilion (Januari – Jun 2016: -9.6%; RM33 bilion). Walau bagaimanapun, jumlah transaksi yang diurus niaga merosot 6.9% ​​kepada 95,010 (Januari – Jun 2016: -14.5%; 102,096 urus niaga) disebabkan oleh pelaksanaan langkah kehematan makro bagi

Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI) meningkat pada kadar sederhana, mencerminkan langkah Kerajaan bagi membendung peningkatan harga yang ketara. MHPI berada pada 184.1 mata (tahun asas 2010) dalam tempoh suku kedua 2017 (S2 2016: 174.4 mata). Sementara itu, purata harga rumah meningkat 5.6% kepada RM397,190 bagi tempoh tersebut (S2 2016: 7.1%; RM376,247). Peningkatan tertinggi dicatat oleh rumah teres (6.8%) diikuti oleh unit bertingkat tinggi (5.8%), berkembar (4.1%) dan sesebuah (2.4%). Rajah 3.5. Indeks Harga Rumah Malaysia (% perubahan) % 28

Indeks Harga Rumah Malaysia Kuala Lumpur Selangor Johor Pulau Pinang

24 20 16 12 8 4 0

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2017 2013 2014 2015 2016

Sumber: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

Subsektor bukan kediaman meningkat 4.9% kepada RM6.4 bilion (Januari – Jun 2016: RM6.1 bilion). Pertumbuhan ini terutamanya disokong oleh unit mula dibina untuk kedai kembali meningkat

Rajah 3.6. Penunjuk Penawaran Harta Tanah Bukan Kediaman Unit 100,000

Penawaran Akan Datang Kedai Perindustrian

80,000

Ruang niaga Ruang pejabat

Meter persegi ('000) 3,000

Kadar Penghunian Ruang pejabat

2,400

60,000

1,800

40,000

1,200

20,000

600

0

% 85

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

0

80

Ruang niaga

75

70

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2013 2014 2015 2016 2017

Sumber: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

Bab 3.indd 54

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

sebanyak 29.3% dan pangsapuri perkhidmatan 14% (Januari – Jun 2016: -46.7%; -35%). Walau bagaimanapun, unit mula dibina bagi segmen industri merosot 9.7% diikuti Pejabat Rumah Kecil (SOHO) menguncup 16.1% (Januari – Jun 2016: -76.7%; -24.9%) terutamanya disebabkan oleh penyederhanaan aktiviti dalam industri berkaitan minyak & gas (O&G). Pada masa yang sama, penawaran yang dirancang bagi Pejabat Binaan Khas (PBO) merosot 6.1% kepada 972,995 meter persegi (mp) (Januari – Jun 2016: 60.1%; 1,036,671 mp). Sementara itu, unit mula dibina untuk PBO kekal tidak berubah pada 277,776 mp. Kedai siap dibina tidak terjual meningkat 54.3% kepada 7,754 unit yang bernilai RM5.1 bilion (Januari – Jun 2016: 2.2%; 5,024 unit; RM2.5 bilion). Pada masa yang sama, permintaan untuk bangunan komersial terus menggalakkan dengan kadar purata penghunian ruang pejabat berada pada 83.5% dan ruang runcit 81.5%. Peratusan ini menunjukkan permintaan berterusan untuk ruang komersial khususnya di kawasan utama. Sehingga Jun 2017, stok sedia ada bagi kompleks membeli-belah meliputi keluasan 15.1 juta mp dan bangunan industri sebanyak 111,792 unit (akhir-Jun 2016: 14.2 juta mp; 106,453 unit). Sementara itu, segmen kedai mencatat 5,829 transaksi bernilai RM4.6 bilion (Januari – Jun 2016: 6,452; RM4.7 bilion) merangkumi 56.2% daripada jumlah urus niaga harta tanah komersial. Johor dan Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah pasaran sebanyak 18.4% dan 16.8%. Indeks Sewaan Bangunan PBO untuk Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town menunjukkan trend positif dalam tempoh suku kedua 2017. Indeks sewaan Kuala Lumpur meningkat 3.7% kepada 133.5 mata (S2 2016: 4%; 128.7 mata) dengan pusat bandar merekod 4% manakala luar pusat bandar 2.5%. Sementara itu, indeks sewaan di Selangor meningkat sebanyak 3.8% (120.3 mata), Johor Bahru 4.2% (126.2 mata) dan George Town 5.2% (122.6 mata).

Prestasi Permintaan Domestik Aktiviti sektor swasta yang rancak Permintaan domestik berkembang pesat sebanyak 6.7% dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: 4.7%) dipacu penggunaan isi rumah berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh. Momentum pertumbuhan dijangka terus kekal dalam tempoh separuh kedua tahun ini. Sehubungan itu, bagi 2017 permintaan domestik dijangka berkembang 6.4% (2016: 4.3%). Perbelanjaan sektor swasta diunjur mencatat pertumbuhan mapan sebanyak 7.4% (2016: 5.6%) disokong oleh

Bab 3.indd 55

55

Jadual 3.10. KDNK mengikut Permintaan Agregat 2016 – 2018 (Pada harga malar 2010) Bahagian kepada KDNK (%)

Perubahan (%)

20173 100.0

2016 4.2

20173 5.2 – 5.7

20184 5.0 – 5.5

Permintaan domestik1

92.5

4.3

6.4

5.5

Perbelanjaan swasta

71.4

5.6

7.4

7.3

Penggunaan Pelaburan

53.9 17.5

6.0 4.3

6.9 9.3

6.8 8.9

Perbelanjaan awam

21.1

0.4

3.1

-0.4

Penggunaan Pelaburan Sektor luaran Eksport2 Import2

12.7 8.4 7.4 72.2 64.7

0.9 -0.5 1.5 1.1 1.1

2.7 3.7 -6.3 8.0 9.9

1.3 -3.1 1.0 2.3 2.5

KDNK

Tidak termasuk perubahan dalam stok. Barangan dan perkhidmatan bukan faktor. Anggaran. 4 Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2 3

pengembangan kukuh aktiviti penggunaan dan pelaburan. Sementara itu, perbelanjaan sektor awam dianggar berkembang 3.1% (2016: 0.4%) berikutan pelaburan berterusan oleh Kerajaan dalam projek berteraskan rakyat. Penggunaan swasta, merangkumi 53.9% daripada KDNK diunjur berkembang 6.9% pada 2017 (2016: 53.2%; 6%). Penggunaan isi rumah akan terus disokong oleh peningkatan upah dalam keadaan guna tenaga yang terus stabil, pendapatan eksport lebih tinggi dan persekitaran kadar faedah yang rendah. Di samping itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia; bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam; pembayaran dividen lebih tinggi oleh unit amanah utama; pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; dan penganjuran acara sukan utama dijangka memberi sokongan tambahan bagi meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Selain itu, harga komoditi utama yang lebih tinggi akan menambah pendapatan pekebun kecil getah sebanyak 37.8% dan kelapa sawit 2.9%. Sejajar dengan kerancakan aktiviti penggunaan swasta, Indeks Sentimen Pengguna oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bertambah baik kepada 80.7 mata dalam tempoh suku kedua 2017 (S2 2016: 78.5 mata). Di samping itu, penunjuk penggunaan utama seperti jualan motosikal meningkat sebanyak 11.7%, makanan (11.1%) dan kereta penumpang (5.2%) dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 (Januari – Ogos 2016: 2.3%; 11.5%; -15.1%) menggambarkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh.

10/20/17 22:15

56

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sisipan 3.1

Pelaburan Swasta di Malaysia Pengenalan Pelaburan swasta merupakan antara sumber pertumbuhan utama Malaysia. Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 2010 telah merancakkan pelaburan swasta dengan peningkatan ketara perbelanjaan modal dalam semua sektor. Peningkatan ini dicerminkan melalui sumbangan pelaburan swasta kepada KDNK yang lebih tinggi kepada 15.6% dalam tempoh 2011 hingga 2016 (2005 – 2010: 12.1%). Trend Pelaburan Swasta Pelaburan swasta meningkat secara purata sebanyak 13% kepada RM168.9 bilion antara 2011 hingga 2016 (2005 – 2010: 8.9%; RM81.5 bilion). Dari segi sumbangan, pelaburan dalam sektor perkhidmatan meningkat ketara dan mencatat lebih separuh daripada jumlah pelaburan swasta terutamanya dengan liberalisasi berterusan dalam sektor ini. Pelaburan ini disalurkan khususnya dalam subsektor perdagangan edaran, maklumat dan komunikasi, pengangkutan dan penyimpanan serta subsektor berkaitan pelancongan. Sebaliknya, sumbangan sektor pembuatan menyusut kepada 25.4% berbanding 31.6% dalam tempoh 2005 hingga 2010.

Rajah 3.1.1. Komposisi Pelaburan Swasta mengikut Sektor (Purata 2011 – 2016) Pertanian 5.5%

Perlombongan 15.7%

Rajah 3.1.2. Prestasi Pelaburan Swasta RM bilion 250 200

ETP CAGR 8.9%

CAGR 13%

150 Perkhidmatan 51%

Pembinaan 2.5%

100 50

Pembuatan 25.4% Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

0

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sumbangan sektor pembuatan yang lebih rendah sebahagiannya disebabkan oleh peralihan fokus Kerajaan dalam menarik pelaburan berkualiti.1 Melalui strategi ini, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi industri pemangkin dan berpotensi tinggi telah meningkat, menyumbang sebanyak 31% pada 2016. Industri ini termasuk E&E (51%), kimia dan produk kimia (17%), peranti perubatan (16%), aeroangkasa (8%) serta jentera & kelengkapan (8%). Malaysia menarik aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) yang sederhana, mencakupi 22.9% daripada jumlah pelaburan swasta antara 2011 hingga 2016 (2005 – 2010: 25.5%), terutamanya disebabkan oleh perubahan profil pelaburan. Dengan pelaksanaan ETP, lebih banyak pelaburan disalurkan kepada aktiviti bernilai tambah tinggi yang kurang berintensifkan buruh. Di samping itu, peningkatan persaingan bagi menarik FDI daripada negara yang berkembang pesat, terutamanya dengan negara kos buruh yang rendah seperti China dan Viet Nam turut menyumbang kepada aliran masuk bersih yang sederhana. Dari segi sektoral, aliran masuk FDI bersih sepanjang tempoh itu terutamanya disalurkan dalam sektor perkhidmatan (35.5%), pembuatan (35.3%) dan perlombongan (25.8%). Penyumbang FDI terbesar adalah Singapura (17.7%), Jepun (17.7%), Hong Kong (10.1%), Belanda (10.1%) dan AS (4.2%). Sumbangan Pelaburan Swasta kepada Ekonomi Malaysia Keuntungan syarikat merupakan faktor terpenting bagi pelaburan swasta.2 Unjuran dalaman menganggarkan bahawa peningkatan 1% dalam kadar pulangan (ROR)3 akan meningkatkan pelaburan swasta dengan tambahan pertumbuhan sebanyak 6% dan menyumbang kepada peningkatan guna tenaga sebanyak 0.4%. Pertumbuhan ini akan meningkatkan upah dan seterusnya mengukuhkan penggunaan swasta. Secara keseluruhan, KDNK benar akan mencatat peningkatan tambahan sebanyak 0.3%. Ditakrifkan sebagai pelaburan dengan nilai tambah tinggi; berintensifkan pengetahuan, kemahiran dan modal; berteknologi tinggi; mempunyai hubungan intersektoral yang kukuh dengan industri domestik; berimpak tinggi kepada GNI; dan pekerjaan berpendapatan tinggi. 2 Laporan Tahunan (2012). Bank Negara Malaysia. 3 ROR digunakan sebagai proksi bagi menganggarkan impak margin keuntungan ke atas pelaburan swasta. 1

Bab 3.indd 56

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

57

Jadual 3.1.1. Impak Peningkatan Kadar Pulangan kepada Makroekonomi KDNK benar Guna tenaga Upah Pelaburan swasta Penggunaan swasta

Peratus peningkatan daripada paras asas (2017) 0.3% 0.4% 0.2% 6.0% 0.4%

Sumber: Unjuran Kementerian Kewangan Malaysia.

Dari segi prestasi sektoral, industri bukan kediaman dan kejuruteraan awam akan mendapat manfaat langsung daripada aktiviti pelaburan yang lebih baik. Industri lain yang membekal kebanyakan input kepada industri berkaitan pelaburan seperti konkrit & produk mineral bukan logam lain; penggalian batu, tanah liat dan pasir; ICT & perkhidmatan komputer; serta penyelidikan dan pembangunan turut mendapat manfaat. Industri sewa dan pajak serta perkhidmatan operasi lebuh raya, jambatan dan terowong pula mendapat manfaat daripada hubungan intersektoral. Sementara itu, industri yang menghasilkan output terutamanya untuk sektor isi rumah seperti industri kediaman serta perdagangan borong & runcit dan kenderaan bermotor akan mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan berikutan guna tenaga dan upah yang lebih tinggi. Kesimpulan Pelaburan swasta merupakan antara faktor penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan terutamanya di bawah ETP telah menggiatkan aktiviti pelaburan swasta. Menyedari kepentingan pelaburan swasta, Kerajaan terus berusaha menambah baik persekitaran perniagaan agar dapat menarik dan meningkatkan perbelanjaan modal oleh sektor swasta. Usaha ini akan memacu Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 serta menggandakan ekonomi menjelang 2025.

Pelaburan swasta, merangkumi 17.5% daripada KDNK dijangka meningkat 9.3% (2016: 16.9%; 4.3%) disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan yang sedang dilaksanakan. Indeks Keadaan Perniagaan oleh MIER bertambah baik kepada 114.1 mata dalam tempoh suku kedua 2017 (S2 2016: 106.4 mata) menggambarkan sentimen perniagaan yang lebih optimis. Perbelanjaan modal sektor swasta bertumpu terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dalam sektor perkhidmatan, pelaburan dijangka disalurkan dalam subsektor hartanah, perkhidmatan kewangan, utiliti dan perdagangan edaran. Sementara itu, pelaburan dalam sektor pembuatan akan bertumpu kepada industri seperti E&E, produk petroleum, produk galian bukan logam dan kelengkapan pengangkutan. Pada masa yang sama, FDI merekod aliran masuk bersih sebanyak RM25.2 bilion dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: RM26.1 bilion). Sebahagian besar FDI adalah dari China, Jepun dan Hong Kong berjumlah RM10.9 bilion. Selain negara Asia Timur, Malaysia juga menarik sejumlah besar FDI dari UK sebanyak RM4.2 bilion. Aliran masuk bersih sebahagian besarnya disalurkan dalam sektor perkhidmatan, terutamanya subsektor maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans serta sektor pembuatan dan perlombongan. Penggunaan awam dianggar berkembang 2.7% ( 2 0 1 6 : 0 . 9 % ) b e r i k u t a n p e r b e l a n j a a n ya n g lebih tinggi bagi emolumen. Sementara itu,

Bab 3.indd 57

Rajah 3.7. Komposisi Permintaan Agregat (Pada harga malar 2010) RM bilion 1200 1000

Jumlah pelaburan1 Jumlah penggunaan

800 600 400 200 0

2013 2014 2015 2016 Tidak termasuk stok. 2 Anggaran. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia.

20172

1

p e l a b u ra n a w a m d i j a n g k a m e l o n j a k 3 . 7 % (2016: -0.5%) sebahagian besarnya disokong oleh perbelanjaan pembangunan (DE) Kerajaan Pe r s e k u t u a n t e r u t a m a nya d a l a m s e k t o r ekonomi dan sosial. Perbelanjaan dalam sektor ekonomi memberi fokus bagi membangunkan prasarana pengangkutan dan menambah baik kemudahan awam. Perbelanjaan ini termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan, terutamanya di Sabah dan Sarawak serta peruntukan bagi ke mu d a h a n awa m k h u s u s nya d i k awa s a n l u a r b a n d a r. S e m e n t a ra i t u , p e r b e l a n j a a n sektor sosial disalurkan bagi pendidikan dan latihan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

10/20/17 22:15

58

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Perbelanjaan modal oleh syarikat awam dijangka b e r t e r u s a n t e r u t a m a nya d a l a m s u b s e k t o r pengangkutan, utiliti dan berkaitan O&G. Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada projek berteraskan rakyat seperti MRT laluan SSP dan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3). Sementara itu, perbelanjaan modal Tenaga Nasional Berhad bertujuan memenuhi keperluan kapasiti tenaga negara di samping mengekalkan kecekapan, keselamatan dan keutuhan bagi keseluruhan sistem. Antara projek utama ialah loji jana kuasa arang batu Manjung 5 dan Jimah serta loji jana kuasa hidro elektrik Tekai dan Nenggiri. Sementara itu, pelaburan PETRONAS memberi fokus kepada projek hiliran dan huluan seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Loji Penjanaan Bersama Pengerang dan Terminal Regasifikasi 2 (RGT2) serta Baram Delta Gas Gathering fasa dua di luar pesisir medan Baronia Miri, Sarawak. Selaras dengan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik dan sektor luaran yang lebih baik, pendapatan negara pada harga semasa dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 9.1% pada 2017 (2016: 6.2%). Tabungan negara kasar (TNK) diunjur meningkat kukuh sebanyak 9.5% dengan sebahagian besar daripada TNK disumbangkan oleh sektor swasta, mencakupi 77.4% daripada jumlah simpanan (2016: 6.8%; 77.6%). Jumlah pelaburan (termasuk perubahan dalam stok) dijangka berkembang 9.3% kepada RM347.9 bilion (2016: 9.5%; RM318.3 bilion). Oleh itu, jurang simpanan pelaburan dijangka mencatat surplus lebih tinggi sebanyak RM32.3 bilion atau 2.5% daripada PNK pada 2017 (2016: RM29 bilion; 2.4%), membolehkan pembiayaan daripada sumber domestik.

Rajah 3.8. Tabungan Negara Kasar dan Jurang Tabungan Pelaburan RM bilion 450 400 350

Jurang tabungan pelaburan Tabungan sektor swasta Tabungan sektor awam Tabungan negara kasar Jumlah pelaburan

300 250 200

Jadual 3.11. Jurang Tabungan Pelaburan 2016 – 2018 (Pada harga semasa) 2016 Sektor awam Tabungan

RM juta 20172

20183 

77,802

86,024

94,135

Pembentukan modal kasar1

105,504

111,349

109,465

Lebihan/Defisit

-27,702

-25,325

-15,330

269,506

294,185

309,482

212,781

236,547

261,212

56,725

57,638

48,270

347,308 29.1

380,209 29.1

403,617 28.7

318,285

347,896

370,677

26.6 29,023 2.4

26.7 32,313 2.5

26.4 32,940 2.3

Sektor swasta Tabungan Pembentukan modal kasar1 Lebihan/Defisit Keseluruhan Tabungan negara kasar % daripada PNK Pembentukan modal kasar1 % daripada PNK Lebihan/Defisit % daripada PNK

Termasuk perubahan dalam stok. Anggaran. 3 Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2

Sektor Luaran Prestasi Perdagangan Lebihan dagangan yang tinggi Jumlah dagangan Malaysia meningkat ketara 22.6% dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 (Januari – Ogos 2016: 0.9%) sebahagian besarnya dipacu oleh permintaan global yang lebih baik dan aktiviti domestik yang rancak. Eksport kasar mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 22.2% dan import 23% manakala lebihan dagangan berjumlah RM60.8 bilion (Januari – Ogos 2016: 1%; 0.9%; RM52.5 bilion). Pada 2017, eksport kasar dijangka melonjak 16.6% kepada RM917.5 bilion (2016: 1.2%; RM787 bilion) disokong oleh permintaan tinggi bagi barangan pembuatan dan komoditi. Sementara itu, import kasar dianggar berkembang pada kadar lebih cepat sebanyak 17.8% kepada RM822.9 bilion (2016: 1.9%; RM698.8 bilion) dipacu oleh permintaan kukuh bagi barangan pengantara dan modal, meskipun barangan penggunaan menyederhana. Lebihan dagangan dijangka lebih tinggi pada RM94.6 bilion (2016: RM88.1 bilion).

150

Eksport Barangan Pembuatan

100

Peningkatan kukuh produk E&E

50 0 1

2013

2014

2015

2016

Anggaran. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Bab 3.indd 58

20171

Eksport barangan pembuatan yang menyumbang 81.3% kepada jumlah eksport dianggar berkembang 15.5% pada 2017 (2016: 82.1%; 3.3%) terutamanya

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

59

Jadual 3.12. Perdagangan Luar Negeri 2016 – 2018

2016 1,485,783 786,964

20171 1,740,356 917,474

20182 1,800,356 948,674

2016 1.5 1.2

Perubahan (%) 20171 17.1 16.6

645,768 70,424 65,056 698,819

745,906 87,160 80,279 822,881

769,375 89,650 86,329 851,681

3.3 4.7 -18.9 1.9

15.5 23.8 23.4 17.8

3.1 2.9 7.5 3.5

100,245 399,033 66,977 88,145

117,672 481,797 69,122 94,593

121,790 499,085 71,541 96,993

4.9 -0.1 7.3 -3.7

17.4 20.7 3.2 7.3

3.5 3.6 3.5 2.5

RM juta Jumlah perdagangan Eksport kasar antaranya: Pembuatan Pertanian Perlombongan Import kasar antaranya: Barangan modal Barangan pengantara Barangan penggunaan Imbangan dagangan

20182 3.4 3.4

Anggaran. Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2

Jadual 3.13. Eksport Kasar Januari – Ogos Perubahan (%) 2016 2017 3.8 21.1 1.6 18.5 -21.9 32.7 15.3 81.3 1.0 22.2

RM juta Pembuatan Pertanian Perlombongan Lain-lain Eksport kasar

2016 413,231 43,949 40,055 3,440 500,675

2017 500,447 52,095 53,137 6,237 611,916

Bahagian (%) 2016 2017 82.5 81.8 8.8 8.5 8.0 8.7 0.7 1.0 100.0 100.0

Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

didorong oleh permintaan lebih tinggi bagi produk E&E. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, eksport barangan pembuatan melonjak 21.1% kepada RM500.4 bilion (Januari – Ogos 2016: 3.8%; RM413.2 bilion) berikutan permintaan kukuh bagi E&E, produk petroleum, kimia dan produk kimia serta produk getah. Pendapatan eksport E&E berkembang ketara sebanyak 21.4% (Januari – Ogos 2016: 2.3%) disokong oleh prestasi menggalakkan semikonduktor (22.8%), mesin pemprosesan data automatik (28.5%), perkakas mesin elektronik (35.1%) dan mesin pejabat (57.5%). Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh permintaan bagi produk elektronik pengguna seperti telefon pintar dan tablet serta peranti jimat tenaga, terutamanya diod pemancar cahaya (LED) dan panel solar fotovoltan. Pengembangan ini juga selaras dengan jualan global bagi semikonduktor yang melonjak 20.5% dalam tempoh yang sama. Eksport produk E&E meningkat ketara ke Singapura (35.4%), Jepun (28.6%), China (24.3%), Hong Kong (13.3%) dan AS (7.8%).

Bab 3.indd 59

Rajah 3.9. Eksport Semikonduktor Malaysia dan Jualan Semikonduktor Sedunia % perubahan 36

Eksport semikonduktor Malaysia Jualan semikonduktor sedunia

27 18 9 0 -9

J

A J 2015

O

J

A

J 2016

O

J

A J 2017

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Semiconductor Industry Association.

Eksport bukan E&E mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 20.9% (Januari – Ogos 2016: 5%) dengan hampir semua subsektor menunjukkan prestasi positif. Hasil eksport produk petroleum kembali pulih dengan ketara sebanyak 43.6%

10/20/17 22:15

60

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.14. Eksport Barangan Pembuatan Januari – Ogos RM juta E&E Bukan E&E Produk petroleum Kimia dan produk kimia Jentera, kelengkapan dan peralatan Barangan perkilangan logam Barangan optik dan saintifik Produk getah Barangan makanan diproses Produk kayu Tekstil, pakaian dan kasut Barangan perkilangan plastik Kelengkapan pengangkutan Produk besi dan keluli Barang kemas Produk galian bukan logam Minuman dan tembakau Produk kertas dan palpa Barangan pembuatan lain Jumlah

2016 181,733 231,498 33,694 38,114 25,735 22,341 18,639 13,031 12,670 10,162 9,238 8,526 8,647 4,100 4,709 3,724 3,025 2,741 12,401 413,231

2017 220,564 279,882 48,384 45,080 27,521 24,263 20,919 17,671 14,070 10,858 10,371 9,644 10,577 8,281 4,518 3,800 2,826 3,120 17,979 500,447

Perubahan (%) 2016 2017 2.3 21.4 5.0 20.9 -3.6 43.6 6.6 18.3 11.7 6.9 10.3 8.6 14.5 12.2 1.0 35.6 12.6 11.0 4.1 6.8 7.1 12.3 4.4 13.1 14.3 22.3 -36.7 102.0 -7.7 -4.1 -5.6 2.1 5.6 -6.6 4.7 13.8 14.3 45.0 3.8 21.1

Bahagian (%) 2016 2017 44.0 44.1 56.0 55.9 8.2 9.7 9.2 9.0 6.2 5.5 5.4 4.8 4.5 4.2 3.2 3.5 3.1 2.8 2.5 2.2 2.2 2.1 2.1 1.9 2.1 2.1 1.0 1.7 1.1 0.9 0.9 0.8 0.7 0.6 0.7 0.6 3.0 3.6 100.0 100.0

Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

(Januari – Ogos 2016: -3.6%) berikutan peningkatan permintaan terutamanya dari Indonesia (135.2%), China (96.4%), Australia (73.7%) dan Singapura (24.5%). Prestasi yang menggalakkan telah direkod dalam petroleum bertapis (34.7%) serta gas petroleum dan hidrokarbon bergas (41%). Eksport kimia dan produk kimia meningkat ketara sebanyak 18.3% (Januari – Ogos 2016: 6.6%) dipacu oleh bahan kimia organik yang berkembang 25.9% dan bahan plastik dalam bentuk utama 13.3%. Permintaan lebih tinggi telah dicatat dari China, Indonesia, Jepun, Singapura dan Thailand. Pendapatan eksport produk getah melonjak 35.6% (Januari – Ogos 2016: 1%) dipacu oleh sarung tangan getah yang meningkat 24% dan tayar getah 20.8%. Permintaan kukuh bagi sarung tangan getah adalah berikutan peningkatan piawaian prosedur berkaitan kesihatan dan kesedaran kebersihan secara global. Manakala, hasil eksport tayar getah disokong permintaan yang semakin meningkat daripada industri automotif. Dalam tempoh yang sama, eksport produk getah yang lebih tinggi telah direkod ke AS, China, Jepun dan Jerman. Selain itu, eksport barangan optik dan saintifik berkembang 12.2% (Januari – Ogos 2016: 14.5%) dipacu oleh peningkatan permintaan bagi peralatan pengukuran, kawalan dan perubatan. E k s p o r t j e n t e ra , k e l e n g k a p a n d a n p e ra l a t a n berkembang 6.9% (Januari – Ogos 2016: 11.7%) disokong oleh permintaan kukuh terhadap

Bab 3.indd 60

jentera khusus bagi perusahaan tertentu (7.1%) serta jentera dan kelengkapan penjanaan kuasa (38.2%). Eksport ke AS, Singapura dan Thailand direkod lebih tinggi. Hasil eksport produk besi dan keluli kembali pulih dengan ketara sebanyak 102% (Januari – Ogos 2016: -36.7%) berikutan aktiviti berkaitan pembinaan yang menggalakkan di rantau ini. Antara pasaran eksport utama untuk produk besi dan keluli termasuk India, Indonesia, Mexico, Singapura dan Thailand.

Eksport Komoditi Pengukuhan harga menyokong eksport Pendapatan eksport daripada barangan pertanian dijangka meningkat 23.8% kepada RM87.2 bilion pada 2017 (2016: 4.7%; RM70.4 bilion) terutamanya disokong oleh peningkatan penghantaran minyak sawit dan getah asli. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, pendapatan eksport pertanian melonjak ketara sebanyak 18.5% kepada RM52.1 bilion (Januari – Ogos 2016: 1.6%; RM43.9 bilion). Eksport minyak sawit kembali pulih secara signifikan sebanyak 18.8% kepada RM30.6 bilion (Januari – Ogos 2016: -0.1%; RM25.8 bilion) didorong oleh peningkatan nilai purata seunit (AUV) sebanyak 20.9% kepada RM3,118 setan metrik. Penghantaran getah asli kembali meningkat 56.3% kepada RM3.5 bilion (Januari – Ogos 2016: -20.1%: RM2.2 bilion) berikutan peningkatan AUV (51.7%) dan

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.15. Eksport Komoditi Januari – Ogos

Rajah 3.10. Eksport Komoditi Utama Minyak Sawit

RM juta 20,000

Eksport AUV (skala kanan)

61

Perubahan (%)

RM/tan metrik 4,200

3,400

16,000

2016

2017

2016 2017

Eksport komoditi (RM juta)

84,005 105,232

-11.2

25.3

Export pertanian (RM juta)

43,949 52,095

1.6

18.5

Minyak sawit 12,000

2,600

8,000

1,800

4,000

1,000

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2017 2013 2014 2015 2016

Volum (‘000 tan metrik) AUV (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

10,005

9,824

-7.2

-1.8

2,578

3,118

7.6

20.9

25,793 30,633

-0.1

18.8

-16.1 -4.7 -20.1

3.1 51.7 56.3 15.8

Getah asli Volum (‘000 tan metrik) AUV (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

412 5,369 2,209

424 8,144 3,454

Volum (‘000 meter padu)

1,254

1,452

-4.3

AUV (RM/meter padu)

1,723

1,781

13.6

3.3

Nilai (RM juta)

2,160

2,586

8.7

19.7

40,055 53,137

-21.9

32.7

Kayu gergaji RM juta 3,000

2,400

Getah Asli Eksport AUV (skala kanan)

RM/tan metrik 14,000

11,000

Eksport perlombongan (RM juta) Gas asli cecair

1,800

8,000

Volum (‘000 tan metrik) AUV (RM/tan metrik)

1,200

600

RM juta 25,000

5,000

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2017 2013 2014 2015 2016

Gas Asli Cecair Eksport AUV (skala kanan)

RM/tan metrik 3,600

2,900

15,000

2,200

10,000

1,500

RM juta 12,000

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2017 2013 2014 2015 2016

Petroleum Mentah Eksport AUV (skala kanan)

800

RM/tan metrik 3,400

10,000

2,800

8,000

2,200

6,000

1,600

4,000

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2017 2013 2014 2015 2016

Nota: AUV merujuk kepada nilai purata seunit. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

1,000

10.6

-29.6

21.7

20,015 26,930

-30.9

34.6

1,252

Petroleum mentah Volum (‘000 tan metrik) AUV (RM/tan metrik) Nilai (RM juta)

20,000

5,000

Bab 3.indd 61

2,000

Nilai (RM juta)

-1.9

1,523

15,992 17,688

6.9

-0.2

1,765

-21.6

33.5

13,682 18,226

-16.1

33.2

10,344 10,324 1,323

Nota: AUV merujuk kepada nilai purata seunit. Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

volum eksport (3.1%). Permintaan yang lebih tinggi dari AS, China, Iran dan Jerman menggalakkan lagi pertumbuhan pendapatan eksport getah asli. Hasil eksport barangan perlombongan dijangka melonjak 23.4% kepada RM80.3 bilion pada 2017 (2016: -18.9%; RM65.1 bilion) disokong oleh harga yang lebih kukuh bagi petroleum mentah dan peningkatan permintaan bagi LNG. Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, eksport barangan perlombongan melonjak sebanyak 32.7% kepada RM53.1 bilion (Januari – Ogos 2016: -21.9%; RM40.1 bilion). Pendapatan yang lebih tinggi telah direkod bagi eksport petroleum mentah dengan pertumbuhan ketara sebanyak 33.2% kepada RM18.2 bilion (Januari – Ogos 2016: -16.1%; RM13.7 bilion). Pertumbuhan ini didorong AUV petroleum mentah yang kembali meningkat sebanyak 33.5% (Januari – Ogos 2016: -21.6%). Pendapatan eksport LNG berkembang ketara 34.6% kepada RM26.9 bilion (Januari – Ogos 2016: -30.9%; RM20 bilion) disokong oleh peningkatan AUV sebanyak 21.7% dan volum eksport 10.6%. Pasaran eksport utama LNG adalah China, Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

10/20/17 22:15

62

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Rencana 3.1

Mengembangkan Potensi Eksport Malaysia Pengenalan Eksport memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dari segi penjanaan pendapatan, pewujudan pekerjaan serta peningkatan teknologi dan kemahiran. Sebagai sebuah ekonomi terbuka dengan jumlah perdagangan mewakili 156% daripada KDNK,1 Malaysia terus berada dalam kalangan 25 negara pengeksport terbesar di dunia pada 2016.2 Malaysia telah berjaya mempelbagaikan produk eksport dan memperluaskan rakan dagangan selaras dengan perubahan struktur ekonomi. Komposisi eksport telah beralih secara berperingkat daripada yang berasaskan komoditi sekitar 1970-an kepada barangan pembuatan. Kini, destinasi eksport Malaysia adalah lebih pelbagai dengan peningkatan eksport berterusan ke Asia Timur,3 selain daripada pasaran tradisi seperti AS, EU dan Jepun. Dalam usaha meningkatkan lagi prestasi eksport, Kerajaan telah mengenal pasti beberapa sektor berpotensi4 untuk pengeksport Malaysia menembusi pasaran baharu dan meningkatkan penawaran produk. Artikel ini memberi fokus kepada empat subsektor pemangkin eksport, iaitu E&E, farmaseutikal, aeroangkasa dan ICT, termasuk kandungan kreatif. Rajah 3.1.1. Import: Global dan Asia

CAGR1 (2012 – 2016) Global Asia

E&E (HS 85)

2,499

1,304

Mesin & perkakasan (HS 84)

1,954

653

Bahan api (HS 27)

1,568

710

Kenderaan bukan rel (HS 87)

1,358

Plastik (HS 39)

191 221

Farmaseutikal (HS 30)

93

Kimia organik (HS 29)

126

Besi dan keluli (HS 72)

123

Kelengkapan kapal terbang (HS 88)

91 49 Penyelenggaraan & pembaikan (BPM6) 11 ICT (BPM6) 62

0

3.5%

-1.6%

-1.2%

-13.8%

-12.2%

1.5%

3.8%

552

-0.9%

-0.6%

537

0.6%

0.7%

532

2.1%

6.6%

-4.6%

-5.6%

-8.6%

-8.2%

6.5%

11.9%

13.4%

25.7%

7.3%

12.8%

257

Optik dan perubatan (HS 90)

1.4%

379 310 256

Nilai Import Global 2016 Nilai Import Asia 2016

294

500

1 Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul. Sumber: Trade Map, International Trade Centre (ITC), Julai 2017.

1,000

1,500 (USD bilion)

2,000

2,500

Bidang Eksport Berpotensi Elektrik dan Elektronik Permintaan global untuk produk E&E adalah tinggi. Nilai import global bagi subsektor E&E terus berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 1.4% antara 2012 dan 2016. Malahan, di Asia pertumbuhan yang dicatat adalah lebih tinggi pada 3.5%. Produk E&E terus menyumbang secara signifikan kepada jumlah eksport Malaysia sebanyak 36.6% pada 2016. Antara produk eksport E&E utama termasuk semikonduktor, mesin pemprosesan data automatik dan peralatan telekomunikasi. Subsektor E&E telah mendapat manfaat daripada permintaan global bagi produk Internet of Things (IoT) seperti peranti mudah alih (telefon pintar, tablet), peranti storan (pengkomputeran awan, pusat data), optoelectronics (gentian optik, LED) dan teknologi terbenam (litar bersepadu, papan litar bercetak, LED). Menurut Pelan Hala Tuju Strategik IoT Kebangsaan 2015, pasaran IoT Malaysia dijangka mencecah RM42.5 bilion menjelang 2025. Usaha akan dipertingkatkan untuk terus membangunkan subsektor E&E, terutamanya dalam segmen bernilai tinggi seperti integrasi sistem, penstoran tenaga berteknologi tinggi, kenderaan elektrik dan data raya. Pengeksport Malaysia perlu terus meraih peluang untuk kekal relevan dalam segmen strategik ini memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi produk E&E, terutamanya di Asia. Purata 1990 – 2016. Pertubuhan Perdagangan Dunia (2017). Trade Profiles. 3 ASEAN, China, Hong Kong, Republik Korea dan Taiwan. 4 Automotif, E&E, halal, ICT, industri kreatif, jentera dan kelengkapan, minyak sawit, pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan dan kewangan, perniagaan agro serta petrokimia. 1 2

Bab 3.indd 62

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

63

Rajah 3.1.2. Eksport dari Malaysia CAGR1 (2012 – 2016) 58.3

E&E (HS 85)

-2.7%

22.0

Mesin dan perkakasan (HS 84)

-8.0%

26.5

Bahan api (HS 27)

1.6%

1.7

Kenderaan bukan rel (HS 87) Plastik (HS 39) Optik dan perubatan (HS 90)

6.9

-0.4%

7.1

3.5%

0.2

Farmaseutikal (HS 30)

1.8% -3.9%

3.7

Kimia organik (HS 29)

-10.5%

1.3

Besi dan keluli (HS 72)

Nilai Eksport pada 2016

1.3

Kelengkapan kapal terbang (HS 88)

-0.3%

2.4

ICT (BPM6)

0

5.9% 4.1%

0.4

Penyelenggaraan & pembaikan (BPM6)

-1.0%

10

Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul. Sumber: Trade Map, International Trade Centre (ITC), Julai 2017. 1

20

30

40

50

60

(USD bilion)

Farmaseutikal Malaysia merupakan pengeksport ke-14 terbesar produk farmaseutikal ke Asia berjumlah USD174 juta pada 2016.5 Pengeluar farmaseutikal tempatan telah mematuhi syarat Amalan Perkilangan Baik dan Amalan Makmal Baik sejajar dengan piawaian tempatan dan antarabangsa. Malaysia merupakan salah satu negara di rantau ini yang telah diterima untuk menyertai Pharmaceutical Inspection Cooperation/Scheme sejak Januari 2002. Penyertaan ini telah membuka peluang eksport yang lebih luas ke pasaran seperti Australia, EU dan Kanada. Pada masa ini, industri farmaseutikal menghasilkan ubat dalam semua bentuk dos seperti pil (bersalut dan bukan bersalut), kapsul (gelatin keras dan lembut), cecair, krim, minyak sapuan, penitis mata steril dan penyuntik berisi padu kecil (ampul dan bebuli). Di samping itu, pengeluar farmaseutikal Malaysia telah bergerak ke arah pengeluaran ubat biologi, onkologi dan sebatian generik bernilai tambah tinggi selaras dengan permintaan yang semakin meningkat di rantau ini. Negara juga menerima banyak pengiktirafan dalam bidang farmaseutikal halal selaras dengan peningkatan permintaan global. Memandangkan terdapat peluang yang luas dalam industri farmaseutikal, adalah penting bagi pengeluar tempatan mewujudkan kerjasama strategik untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi bagi mempelbagaikan penawaran produk dan memperluaskan akses pasaran luar. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT merupakan salah satu subsektor yang berkembang pantas di Asia dengan pertumbuhan 12.8% antara 2012 dan 2016. Dalam tempoh yang sama, MSC Malaysia telah mencatat pertumbuhan eksport yang kukuh sebanyak 13.5%. Kandungan kreatif dan teknologi6 adalah segmen MSC Malaysia yang paling cepat berkembang dengan pertumbuhan sebanyak 26.3%. Pada akhir Ogos 2017, kluster kandungan kreatif dan teknologi MSC Malaysia meliputi 367 syarikat yang mengkhusus dalam bidang animasi, pembangunan permainan, e-pembelajaran serta kandungan interaktif dan mudah alih. Pengeksport ICT Malaysia telah mencapai keupayaan dan momentum, terutamanya dalam membekalkan kandungan digital, pembangunan perisian dan pengujian. Permintaan juga semakin meningkat bagi perkhidmatan lain seperti IoT, pusat data dan perkhidmatan awan, keselamatan siber serta analitik data raya. Peningkatan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran mudah alih dijangka merancakkan permintaan bagi aplikasi kandungan baharu dan yang ditambah baik. Perkembangan ini menyediakan pelbagai peluang kepada pereka, jurutera serta pengeluar kandungan tempatan bagi meningkatkan lagi eksport kandungan kreatif.

International Trade Centre (Julai 2017). Trade Map. Termasuk  animasi komputer;  aplikasi mudah alih; arkib, permainan dan penerbitan digital;  edutainment; filem; televisyen interaktif serta efek visual. 5 6

Bab 3.indd 63

10/20/17 22:15

64

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Rajah 3.1.3. Eksport Syarikat MSC Malaysia RM juta 24,000

Perkhidmatan Perdagangan Global InfoTech Institusi Pengajian Tinggi & Inkubator Kandungan Kreatif & Teknologi

20,000

1

GR

12

(20

0 –2

5.5

5

R AG

2 2–

4.2

1

(20

C

2.6 2.2

2.9 2.4

2

8,000

1

4,000

0 0

1 6):

01

1

3

%

5.9

4

CA

12,000

RM bilion 6

% 3.5

): 1

16

16,000

Rajah 3.1.4. Eksport Malaysia bagi Kelengkapan dan Komponen Kapal Terbang

2011

2012

2013

2014

2015

2016

1 Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul. Sumber: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

2011

2012

2013

2014

2015

2016

Kadar pertumbuhan tahunan terkumpul. Sumber: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkasa Kebangsaan. 1

Aeroangkasa Dalam industri aeroangkasa, eksport alatan dan komponen pesawat Malaysia telah meningkat 15.9% kepada RM5.5 bilion antara 2012 dan 2016. Malaysia menjadi peneraju dalam beberapa segmen termasuk reka bentuk dan pembuatan komposit, komponen, avionik dan sistem pesawat serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Sehingga akhir 2016, terdapat kirakira 200 syarikat yang terlibat dalam pemasangan pesawat, MRO serta pengeluaran alatan dan komponen pesawat termasuk peralatan sokongan darat.7 Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia telah menetapkan sasaran baharu bagi Malaysia menjadi hab serantau aeroangkasa menjelang 2030. Industri aeroangkasa disasarkan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dan mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang 2030. Aeroangkasa merupakan industri strategik serta mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, maka adalah penting untuk Malaysia terus membangunkan ekosistem aeroangkasa ke arah meningkatkan eksport. Kesimpulan Malaysia mampu meraih manfaat besar melalui globalisasi, terutamanya daripada peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Pengenalpastian bidang pertumbuhan tinggi yang strategik adalah kritikal bagi memastikan sumber negara bertumpu kepada sektor yang menghasilkan pendapatan eksport yang tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk negara terus memanfaatkan ekonomi dunia dan meningkatkan bahagian dalam pasaran global. Dalam hal ini, pengeksport Malaysia perlu aktif dalam kegiatan bernilai tambah tinggi untuk kekal relevan dan kompetitif. Bagi melengkapi usaha ini, Kerajaan akan terus menyokong ekosistem perniagaan melalui pelbagai program dan inisiatif demi pertumbuhan ekonomi negara. 7

Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO).

Prestasi Import

Bab 3.indd 64

Dipacu barangan pengantara dan modal

ini sebahagian besarnya dipacu oleh barangan pengantara dan modal selaras dengan peningkatan aktiviti pembuatan dan eksport.

Bagi 2017, import kasar dijangka berkembang 17.8% disokong oleh permintaan berterusan bagi pengembangan perniagaan dan pembangunan p ro j e k i n f ra s t r u k t u r. D a l a m t e m p o h l a p a n bulan pertama 2017, import meningkat tinggi sebanyak 23% kepada RM551.1 bilion (Januari – Ogos 2016: 0.9%; RM448.2 bilion). Pertumbuhan

Import barangan pengantara yang merangkumi 58.4% daripada jumlah import kasar kembali meningkat 25.6% kepada RM321.9 bilion (Januari – Ogos 2016: 57.2%; -2.4%; RM256.4 bilion) selaras dengan pengembangan berterusan aktiviti ekonomi domestik. Pertumbuhan ini disokong oleh import yang lebih tinggi bagi alat ganti dan

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

aksesori (24%), bekalan perindustrian (19.4%) serta bahan api dan pelincir (76.2%). Import barangan modal melonjak 15.3% kepada RM74.9 bilion (Januari – Ogos 2016: 5.7%; RM64.9 bilion) t e r u t a m a nya d i d o ro n g o l e h s e g m e n b u k a n kelengkapan pengangkutan yang meningkat 16.3% khususnya set telefon dan mesin pemprosesan

65

data automatik. Di samping itu, segmen kelengkapan pengangkutan perindustrian yang berkembang 7.7% turut menyumbang kepada pertumbuhan import lebih tinggi. Import barangan bersaiz besar dan bernilai tinggi seperti pesawat dan kapal juga adalah lebih tinggi dalam tempoh tersebut.

Jadual 3.16. Import Barangan mengikut Penggunaan Akhir Januari – Ogos RM juta

Perubahan (%) 2016 2017 5.7 15.3 5.6 16.3 6.2 7.7 -2.4 25.6

Bahagian (%) 2016 2017 14.5 13.6 12.9 12.2 1.6 1.4 57.2 58.4

2016 64,938 57,670 7,268 256,390

2017 74,876 67,047 7,829 321,918

11,529

13,766

-8.5

19.4

2.6

2.5

18,367

32,365

-38.6

76.2

4.1

5.9

Bekalan perindustrian, utama, diproses dan t.d.t.l.1

110,299

131,703

-0.7

19.4

24.6

23.9

Alat ganti dan aksesori barangan modal dan kelengkapan pengangkutan

116,195

144,084

6.4

24.0

25.9

26.1

43,677

46,585

12.5

6.7

9.7

8.5

17,468

18,912

9.5

8.3

3.9

3.4

608

670

-16.1

10.2

0.1

0.1

25,601 5,512 9,529 10,560 12,824 70,380 448,209

27,003 5,928 9,862 11,213 16,797 90,897 551,074

15.6 10.2 21.6 13.3 -23.3 9.1 0.9

5.5 7.6 3.5 6.2 31.0 29.2 23.0

5.7 1.2 2.1 2.4 2.9 15.7 100.0

4.9 1.1 1.8 2.0 3.0 16.5 100.0

Barangan modal Barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) Kelengkapan pengangkutan (perusahaan) Barangan pengantara Makanan dan minuman, utama dan diproses, khusus untuk industri Bahan api dan pelincir, utama, diproses dan lain-lain

Barangan penggunaan Makanan dan minuman, utama dan diproses, khusus untuk isi rumah Alat kelengkapan pengangkutan (bukan perusahaan) Barangan pengguna lain Barangan tahan lama Barangan separa tahan lama Barangan tidak tahan lama Lain-lain Eksport semula Jumlah Tidak disenarai di tempat lain. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

1

Rajah 3.11. Haluan Perdagangan Luar Negeri Januari – Ogos 2017 (% bahagian)

Eksport

Import Singapura

Singapura

Asia Barat Lain-lain

3.9%

14.7%

19.3%

India

Asia Barat

Lain-lain

4.1%

20.8%

10.6%

India

3.9%

3.1%

Afrika 2.3% EU

RM611.9 bilion

10.3%

China 13.2%

Afrika 1.4%

RM551.1 bilion

EU

China 19.6%

9.2%

Jepun ASEAN1 14.6%

AS

8.2%

9.6%

ASEAN1 14.8%

Jepun AS

7.6%

8.8%

1 Tidak termasuk Singapura. Sumber: Jabatan Perangkaan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Bab 3.indd 65

10/20/17 22:15

66

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Import barangan penggunaan yang mewakili 8.5% daripada jumlah import kasar meningkat dengan kadar lebih perlahan sebanyak 6.7% kepada RM46.6 bilion (Januari – Ogos 2016: 9.7%; 12.5%; RM43.7 bilion). Perkembangan ini berikutan import barangan pengguna tahan lama yang menyederhana 5.5% (Januari – Ogos 2016: 15.6%) terutamanya ubatubatan dan barangan plastik. Import makanan dan minuman meningkat sederhana sebanyak 8.3% (Januari – Ogos 2016: 9.5%) sebahagiannya disebabkan oleh import produk daging yang lebih rendah.

atau 2.5% daripada PNK (2016: +RM29 bilion; 2.4%). Peningkatan ini disokong oleh eksport barangan dan komoditi yang kukuh serta didorong oleh defis it yan g bertambah baik dalam akaun perkhidmatan berikutan terimaan perjalanan yang lebih tinggi. Pada 2017, lebihan akaun barangan dijangka meningkat kepada RM109.1 bilion (2016: +RM101.4 bilion) sejajar dengan perkembangan kukuh dalam perdagangan global dan harga komoditi yang lebih baik. Akaun perkhidmatan dianggar mencatat defisit lebih rendah sebanyak RM18.8 bilion (2016: -RM19.1 bilion) berikutan terimaan perjalanan yang lebih tinggi walaupun bayaran bersih bagi fret dan perkhidmatan lain meningkat. Terimaan perjalanan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan perkhidmatan, mencakupi 50.7%. Terimaan akaun perjalanan diunjur meningkat 7.6% kepada RM80.6 bilion (2016: 9.2%; +RM75 bilion) terutamanya dengan penganjuran Sukan SEA, Sukan Para ASEAN dan Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix. Aliran keluar akaun perjalanan dijangka meningkat kepada RM44.8 bilion (2016: -RM43.4 bilion) terutamanya disebabkan penduduk Malaysia yang berkunjung ke luar negara atas urusan perniagaan, percutian, pendidikan dan keagamaan. Lebihan akaun perjalanan diunjur lebih tinggi pada RM35.8 bilion (2016: +RM31.5 bilion).

Import untuk eksport semula terus berkembang kukuh sebanyak 29.2% kepada RM90.9 bilion (Januari – Ogos 2016: 9.1%; RM70.4 bilion). Pertumbuhan ini dipacu oleh import lebih tinggi bagi produk petroleum dan mesin pemprosesan data automatik. Di samping itu, peluasan terminal penyimpanan terutamanya bagi O&G turut menyokong pertumbuhan segmen ini.

Imbangan Pembayaran Peningkatan lebihan akaun semasa Kedudukan imbangan pembayaran (BOP) dijangka terus menggalakkan pada 2017 disokong oleh peningkatan lebihan akaun semasa dan akaun kewa n g a n ya n g b e r t a m b a h b a i k b e r i k u t a n permintaan luar dan harga komoditi yang lebih teguh. Dalam tempoh separuh pertama 2017, lebihan akaun semasa meningkat kepada RM14.9 bilion atau 2.3% daripada PNK (Januari – Jun 2016: +RM9.3 bilion; 1.6%) sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan lebihan akaun barangan meskipun akaun perkhidmatan dan pendapatan mencatat defisit. Bagi keseluruhan tahun, lebihan akaun semasa dijangka kekal tinggi pada RM32.3 bilion

Defisit dalam akaun pengangkutan dijangka meningkat kepada RM24.6 bilion (2016: -RM23.5 bilion) seiring dengan pertumbuhan perdagangan yang kukuh. Bayaran kasar untuk perkhidmatan pengangkutan diunjur meningkat 5.5% kepada RM42.5 bilion (2016: -1.5%; -RM40.3 bilion) disebabkan kebergantungan berterusan kepada syarikat perkapalan asing serta kenaikan kos pengangkutan berikutan caj bahan api dan fret yang lebih tinggi. Terimaan kasar dianggar meningkat

Jadual 3.17. Akaun Semasa Imbangan Pembayaran 2017 – 2018 (RM juta) 20171 Imbangan barangan dan perkhidmatan Barangan Perkhidmatan Pengangkutan Perjalanan Perkhidmatan lain Pendapatan primer Pampasan pekerja Pendapatan pelaburan Pendapatan sekunder Imbangan akaun semasa % daripada PNK

Penerimaan

Pembayaran

952,295 793,205 159,090 17,891 80,646 60,553 55,048 7,340 47,709 17,891 1,025,234

862,009 684,078 177,931 42,526 44,847 90,558 95,117 13,734 81,383 35,795 992,921

20182 Bersih Penerimaan 90,286 109,127 -18,841 -24,635 35,799 -30,005 -40,068 -6,394 -33,674 -17,905 32,313 2.5

990,971 828,463 162,508 18,025 81,871 62,612 56,920 7,589 49,331 18,973 1,066,865

Pembayaran

Bersih

899,285 714,089 185,196 44,287 45,521 95,388 97,943 13,627 84,316 36,696 1,033,925

91,686 114,374 -22,689 -26,263 36,350 -32,776 -41,023 -6,038 -34,985 -17,723 32,940 2.3

Anggaran. Unjuran. Nota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia. 1 2

Bab 3.indd 66

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

6.5% kepada RM17.9 bilion (2016: 2.6%; +RM16.8 bilion) disokong oleh peningkatan pendapatan perjalanan udara berikutan rangkaian hubungan yang lebih luas dan tambang udara yang kompetitif. Di samping itu, bayaran bagi pengendalian kargo dan perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh syarikat tempatan dijangka menyumbang kepada terimaan akaun pengangkutan. Akaun perkhidmatan lain dianggar mencatat aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM30 bilion (2016: -RM27.1 bilion) berikutan bayaran bersih yang lebih tinggi untuk aktiviti pembinaan. Selaras dengan aktiviti berkaitan pelaburan yang berterusan, pembayaran bagi kepakaran profesional, teknikal dan perkhidmatan berkaitan perdagangan akan turut menyumbang kepada aliran keluar bersih yang lebih tinggi. Di samping itu, bayaran dijangka meningkat untuk perkhidmatan insurans berikutan aktiviti perdagangan yang semakin rancak. Akaun pendapatan primer dianggar mencatat defisit yang lebih tinggi sebanyak RM40.1 bilion (2016: -RM34.6 bilion) berikutan penghantaran balik keuntungan dan dividen yang lebih tinggi oleh pelabur asing, mencerminkan peningkatan pendapatan pelaburan syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di Malaysia. Justeru, bayaran kasar pendapatan pelaburan dijangka meningkat 16.7% kepada RM81.4 bilion (2016: 1.4%; -RM69.8 bilion). Walau bagaimanapun, sebahagian besar pendapatan dijangka dikekalkan di Malaysia bagi tujuan pelaburan semula dan peluasan kapasiti. Sementara itu, penerimaan kasar pendapatan pelaburan diunjur kembali pulih sebanyak 17.1% kepada RM47.7 bilion (2016: -3.6%; +RM40.8 bilion) berikutan peningkatan keuntungan dan dividen terakru syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri. Sebahagian besar pendapatan dijana daripada subsektor O&G dan kewangan serta sektor pembuatan. Pampasan pekerja yang merangkumi gaji dan faedah lain yang diperolehi oleh pemastautin yang bekerja di luar negeri serta bukan pemastautin yang bekerja di Malaysia, dijangka mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM6.4 bilion (2016: -RM5.6 bilion). Aliran keluar bersih dalam akaun pendapatan sekunder diunjur berkurangan kepada RM17.9 bilion (2016: -RM18.6 bilion). Aliran keluar kasar yang kebanyakannya terdiri daripada kiriman wang oleh pekerja asing, dijangka berkembang 3.4% kepada RM35.8 bilion (2016: 4.1%; -RM34.6 bilion). Aliran masuk kasar juga dianggar meningkat 11.9% kepada RM17.9 bilion (2016: 34.1%; +RM16 bilion). Akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM1.5 bilion dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari – Jun 2016: +RM18.9 bilion) terutamanya disebabkan aliran keluar bersih pelaburan portfolio yang lebih tinggi berbanding

3

Bab 3.indd 67

67

peningkatan aliran masuk bersih daripada pelaburan lain. Pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih RM15.8 bilion (Januari – Jun 2016: +RM14.2 bilion) terutamanya disebabkan oleh jualan bersih sekuriti hutang domestik yang lebih tinggi oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, pembelian sekuriti ekuiti oleh bukan pemastautin kembali aktif berikutan pasaran bon yang lebih stabil. Sementara itu, pelaburan portfolio oleh pemastautin mencatat aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM11.8 bilion (Januari – Jun 2016: -RM10.7 bilion) berikutan pemerolehan bersih ekuiti asing. Pelaburan langsung3 mencatat aliran masuk bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.1 bilion (Januari – Jun 2016: +RM10.4 bilion) disebabkan pelaburan langsung masuk yang berkurangan sementara pelaburan langsung keluar meningkat. Pelaburan langsung masuk mencatat aliran masuk bersih RM19.4 bilion (Januari – Jun 2016: +RM25.8 bilion) terutamanya disebabkan suntikan modal ekuiti yang lebih rendah oleh MNC kepada subsidiari di Malaysia. Pelaburan langsung keluar terus meningkat kepada RM18.2 bilion (Januari – Jun 2016: -RM15.4 bilion) disebabkan suntikan modal ekuiti kepada subsidiari di luar negeri yang berterusan dan pendapatan yang dikekalkan untuk tujuan pelaburan semula. Subsektor O&G serta kewangan d a n i n s u ra n s m e r u p a k a n t u m p u a n u t a m a pelaburan langsung di luar negeri. Akaun pelaburan lain mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM12.9 bilion (Januari – Jun 2016: -RM6.2 bilion) disebabkan penghantaran balik pendapatan berikutan kematangan deposit dan mata wang yang ditempatkan di luar negeri oleh bank Malaysia. Imbangan pembayaran secara keseluruhan mencatat lebihan sebanyak RM0.9 bilion (Januari – Jun 2016: -RM18.8 bilion). Rajah 3.12. Rizab Antarabangsa RM bilion Rizab Bulan import tertangguh Rizab/hutang luar jangka pendek

600 500

Bulan/Kali 12 skala kanan

10

400

8

300

6

200

4

100

2

0

J

A J 2015

O

J

A J 2016

O

J

A J 2017

0

Pada 29 September 2017, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM427.7 bilion atau USD101.2 bilion mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek (akhir Disember 2016: RM424.2 bilion; USD94.6 bilion; 8.8 bulan; 1.3 kali). Sumber: Bank Negara Malaysia.

Berdasarkan aset dan liabiliti.

10/20/17 22:15

68

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Harga Inflasi terkawal Kadar inflasi yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) berada pada paras 3.9% dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 (Januari – Ogos 2016: 2.3%). Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga runcit minyak petrol dan kekangan bekalan. Kumpulan pengangkutan; makanan dan minuman bukan alkohol; serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain menyumbang 3.49 mata peratusan kepada CPI. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi kumpulan pakaian dan kasut serta komunikasi telah mengurangkan tekanan inflasi.

Harga bagi kumpulan pengangkutan meningkat ketara sebanyak 13.5%, menyumbang 1.63 mata peratusan kepada peningkatan CPI (Januari – Ogos 2016: -5.2%; -0.68 mata peratusan). Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga dalam subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian (16.7%), khususnya bahan api dan pelincir (23.2%). Harga yang lebih tinggi bagi bahan api dan pelincir disebabkan oleh kesan sampingan dari harga minyak mentah global yang mengukuh. Inflasi bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 4.2%, menyumbang 1.35 mata peratusan kepada jumlah CPI (Januari – Ogos 2016: 4.2%; 1.32 mata peratusan). Kenaikan

Rajah 3.13. Trend CPI dan PPI (% perubahan) Indeks Harga Pengguna

% 24

CPI Makanan dan minuman bukan alkohol Pengangkutan Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain

18

12

Indeks Harga Pengeluar

% 15

% 24

18

% 15

PPI Pengeluaran tempatan

10

10

5

5

12

6

6

0

0

-6

-6

0

-12

J

A J 2015

O

J

A J 2016

O

J

A J 2017

0

-5

-12

-10

-5

J

A J 2015

O

J

A

J 2016

O

J

A J 2017

-10

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jadual 3.18. Indeks Harga Pengguna Januari – Ogos (2010 = 100)1 Wajaran

Makanan dan minuman bukan alkohol Minuman alkohol dan tembakau Pakaian dan kasut Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah Kesihatan Pengangkutan Komunikasi Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan Pendidikan Restoran dan hotel Pelbagai barangan dan perkhidmatan Jumlah

30.2 2.9 3.3 23.8 3.8 1.7 13.7 5.2 4.9 1.1 2.9 6.5 100.0

Perubahan (%) 2016 4.2 21.4 -0.3 2.6 2.8 2.9 -5.2 -1.1 2.1 2.3 3.2 3.5 2.3

2017 4.2 0.1 -0.3 2.2 2.0 2.6 13.5 -0.3 2.7 1.7 2.4 1.3 3.9

Sumbangan kepada pertumbuhan CPI (mata peratusan) 2016 1.32 0.70 -0.01 0.58 0.08 0.05 -0.68 -0.05 0.08 0.02 0.08 0.18 2.3

2017 1.35 0.01 -0.01 0.51 0.07 0.05 1.63 -0.01 0.12 0.02 0.08 0.08 3.9

1 Berkuat kuasa Januari 2011, tahun asas bagi CPI telah disemak semula dari tahun 2005 ke tahun 2010. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bab 3.indd 68

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

69

Jadual 3.19. Indeks Harga Pengeluar Januari – Ogos (2010 = 100)1 Wajaran

Jumlah

100.0

Sumbangan kepada pertumbuhan PPI (mata peratusan)

Perubahan (%) 2016

2017

2016

2017

-2.7

8.2

-2.7

8.2 1.05

Pertanian, perhutanan dan perikanan

8.2

11.1

12.5

0.82

Perlombongan

9.7

-21.1

26.3

-1.77

1.78

78.8

-2.1

6.5

-1.70

5.29

Bekalan elektrik dan gas

3.0

-2.5

2.6

-0.09

0.09

Bekalan air

0.3

4.7

0.1

0.02

0.00

Pembinaan

PPI mengikut peringkat pemprosesan

100.0

-2.7

8.2

-2.7

8.2

Bahan mentah untuk diproses selanjutnya

20.3

12.6

18.6

2.00

3.41

Bahan perantaraan, bekalan dan komponen

53.6

-4.6

8.1

-4.87

4.45

Barangan siap

26.1

0.7

1.1

0.18

0.30

1 Berkuat kuasa Januari 2015, tahun asas bagi PPI telah disemak semula dari tahun 2005 ke tahun 2010. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga bagi kategori makanan di rumah sebanyak 4.3%, berpunca daripada kekangan bekalan dan permintaan yang lebih tinggi semasa musim perayaan dan cuti sekolah. Sementara itu, subkumpulan minyak dan lemak mencatat kenaikan tertinggi sebanyak 38.9%, diikuti ikan dan makanan laut (6.5%); sayur-sayuran (4.1%); dan daging (3.3%). Kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain berkembang 2.2% (Januari – Ogos 2016: 2.6%). Kenaikan ini disebabkan oleh harga yang lebih tinggi pada subkumpulan sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa sebanyak 2.8%. Secara keseluruhan, kumpulan ini menyumbang 0.51 mata peratusan kepada peningkatan CPI (Januari – Ogos 2016: 0.58 mata peratusan). Dari segi strata, CPI bagi kedua-dua kawasan bandar dan kawasan luar bandar meningkat 3.9% (Januari – Ogos 2016: 2.4%; 1.9%). Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh kumpulan pengangkutan; makanan dan minuman bukan alkohol; serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain. Sementara itu, dari segi pendapatan, isi rumah berpendapatan kurang dar ipada RM1,000 mengalami inflasi sebanyak 3.2%. Kenaikan ini lebih rendah berbanding isi rumah berpendapatan antara RM1,001 dan RM1,500 (3.3%) dan isi rumah berpendapatan antara RM1,501 dan RM3,000 (3.8%). Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi pengeluaran tempatan meningkat semula dengan ketara sebanyak 8.2% (Januari – Ogos 2016: -2.7%). Peningkatan ini disebabkan kenaikan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar domestik dalam sektor perlombongan (26.3%); pertanian, perhutanan dan

Bab 3.indd 69

perikanan (12.5%); pembuatan (6.5%); bekalan elektrik dan gas (2.6%); serta bekalan air (0.1%). Dari segi PPI bagi peringkat pemprosesan, semua peringkat mencatat harga yang lebih tinggi iaitu peringkat bahan mentah untuk pemprosesan selanjutnya (18.6%) diikuti bahan perantaraan, bekalan dan komponen (8.1%) serta barangan siap (1.1%).

Pasaran Buruh Pasaran buruh kekal stabil Pasaran buruh kekal menggalakkan dalam tempoh separuh pertama 2017 dengan kadar pengangguran pada 3.4% (Januari – Jun 2016: 3.4%). Jumlah tenaga buruh meningkat 1.9% kepada 14.9 juta (Januari – Jun 2016: 0.6%; 14.6 juta) manakala jumlah guna tenaga meningkat 1.9% kepada 14.4 juta (Januari – Jun 2016: 0.2%; 14.1 juta). Bilangan penduduk bekerja paling ramai adalah dalam sektor perkhidmatan iaitu 8.9 juta atau 62% daripada jumlah guna tenaga terutamanya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit diikuti sektor pembuatan (17.5%) dan pertanian (11.2%). Pada 2017, pasaran buruh dijangka kekal stabil dengan kadar pengangguran pada 3.4% (2016: 3.4%). Jadual 3.20. Penunjuk Pasaran Buruh Januari – Jun

Tenaga buruh Guna tenaga Pengangguran

(‘000) 2016 2017 14,617.0 14,892.3 14,115.4 14,380.8 501.6 511.5

Perubahan (%) 2016 2017 0.6 1.9 0.2 1.9 (3.4) (3.4)

Nota: Angka dalam kurungan adalah kadar pengangguran. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

10/20/17 22:15

70

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Jadual 3.21. Guna Tenaga mengikut Industri Januari – Jun

2016 1,567.2 105.0 2,346.2 1,270.3 8,825.6 80.8 74.4

2017 1,607.0 105.8 2,516.1 1,232.3 8,917.9 65.4 75.3

Bahagian (%) 2016 2017 11.1 11.2 0.7 0.7 16.6 17.5 9.0 8.6 62.5 62.0 0.6 0.5 0.5 0.5

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal

2,467.7

2,492.1

17.5

17.3

Pengangkutan dan penyimpanan Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman Maklumat dan komunikasi Aktiviti kewangan dan insurans/takaful Aktiviti hartanah Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib Pendidikan Aktiviti kesihatan kemanusian dan kerja sosial Kesenian, hiburan dan rekreasi Aktiviti perkhidmatan lain Aktiviti isi rumah sebagai majikan Jumlah1

632.9 1,295.9 203.1 333.6 74.7 355.2 631.0 741.2 903.6 572.1 98.6 232.3 128.5 14,115.4

645.5 1,303.6 212.5 361.3 81.9 367.5 634.4 744.2 869.9 575.8 97.9 268.4 122.2 14,380.8

4.5 9.2 1.4 2.4 0.5 2.5 4.5 5.3 6.4 4.1 0.7 1.6 0.9 100.0

4.5 9.1 1.5 2.5 0.6 2.6 4.4 5.2 6.0 4.0 0.7 1.9 0.8 100.0

(‘000) Pertanian, perhutanan dan perikanan Perlombongan dan pengkuarian Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara Bekalan air; pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan

1 Jumlah termasuk ‘Aktiviti badan dan pertubuhan luar wilayah’. Nota: Industri dikelaskan mengikut ‘Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 Ver. 1.0’. Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jumlah jawatan kosong yang dilaporkan oleh JobsMalaysia meningkat kepada 926,359 dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 (Januari – Ogos 2016: 433,634). Sektor pembuatan mencatat kekosongan tertinggi iaitu 40.8% diikuti sektor perkhidmatan (22.7%), pembinaan (18.5%) dan pertanian (17.7%). Dari segi kumpulan pekerjaan, kekosongan tertinggi terus direkod dalam pekerjaan asas iaitu 74% diikuti operator loji dan mesin dan pemasang (11.2%) serta pekerjaan perkhidmatan dan jualan seramai 4.8% (Januari – Ogos 2016: 62.7%; 15.2%; 6.7%). Di samping itu, sebanyak 3.3% jawatan kosong direkod bagi kumpulan profesional, 1.3% bagi juruteknik dan profesional bersekutu dan 0.9% untuk pengurus (Januari – Ogos 2016: 6%; 2%; 1%). Pada akhir Ogos 2017, bilangan pencari kerja aktif berkurang 2.8% kepada 276,635 dengan 21.1% merupakan pendaftar baharu (akhir Ogos 2016: -2.8%; 284,475; 22.1%). Kumpulan umur 20 – 24 tahun merupakan pencari kerja aktif tertinggi (67.2%) diikuti oleh kumpulan umur 25 – 29 tahun (17.2%) dan kumpulan umur 15 – 19 tahun (10.3%). Kebanyakan daripada pencari kerja aktif adalah pemegang ijazah (45.6%) diikuti oleh pemegang diploma (23.9%) dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (19.3%). Dari segi penempatan, 4

Bab 3.indd 70

sebanyak 3.3% telah ditempatkan dalam sektor p e m b u at a n d i i k u t i p e r k h i d m at a n ( 2 % ) d a n pertanian (0.4%). Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, bilangan pekerja yang diberhentikan seperti dilaporkan oleh Kementerian Sumber Manusia meningkat kepada 26,638 orang (Januari – Ogos 2016: 26,367). Pemberhentian tertinggi dicatat dalam sektor pembuatan (75.8%) diikuti perkhidmatan (20.7%) dan perlombongan (2.5%). Berdasarkan kategori pekerjaan, operator loji dan mesin dan pemasang mencatat pemberhentian tertinggi sebanyak 33.6% diikuti kategori profesional (20.5%) serta juruteknik dan profesional bersekutu (18.6%). Pemberhentian pekerja sebahagian besarnya disebabkan oleh pengecilan tenaga kerja, penutupan perniagaan dan pengurangan pengeluaran. Produktiviti buruh meningkat 3.5% pada 2016 (2015: 3.4%) dengan sektor pembinaan mencatat pertumbuhan tertinggi pada 12.4% manakala sektor perlombongan dan pengkuarian melonjak 11.3% dan pertanian 3.4% (2015: 5.5%; -15%; -2.3%). Produktiviti sektor pembuatan meningkat pada kadar sederhana sebanyak 1.4% dan perkhidmatan 2.8% (2015: 7.2%; 3.2%). Pada 2017, pertumbuhan produktiviti buruh dijangka kekal stabil pada 3.4%.4

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

71

Rencana 3.2

Produktiviti Memacu Pertumbuhan Ekonomi Pengenalan Ekonomi Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dengan KDNK benar berkembang pada kadar purata tahunan 6.3% antara 1970 hingga 2016 manakala pendapatan per kapita meningkat kepada USD9,110 pada 2016 (1970: USD347). Melangkah ke hadapan, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan negara perlu meningkatkan produktiviti1 dan bukan hanya pengumpulan modal dan input buruh. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi tempoh 2016 dan 2020 telah mengenal pasti produktiviti sebagai salah satu pemacu perubahan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Ke arah ini, RMKe-11 telah menyasarkan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.7% setahun bagi mencapai tahap RM92,300 pada 2020 (RMKe-10: 1.8%; RM75,549). Trend Pertumbuhan Produktiviti Buruh Pada 2016, produktiviti Malaysia meningkat 3.5% kepada RM78,218 disokong oleh pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi dalam sektor pembinaan (12.4%) dan perlombongan (11.3%). Walaupun terdapat peningkatan, tahap produktiviti negara masih rendah berbanding dengan beberapa negara maju seperti AS, Australia, Singapura, Jepun dan Republik Korea. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan tahap produktiviti Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan China, Thailand, Indonesia dan Filipina. Meskipun lebih tinggi berbanding negara serantau, kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia masih perlahan. Jadual 3.2.1. Prestasi Produktiviti RMKe-10 dan Sasaran RMKe-11 Pertumbuhan 2011 – 2015 (% setahun)

Pertumbuhan 2016 (%)

2016 (RM)

Sasaran 2016 – 2020 (% setahun)

0.9

3.4

55,485

3.6

68,800

Pertanian

Sasaran 2020 (RM)

-10.3

11.3

1,014,216

1.1

1,210,000

Pembuatan

2.9

1.4

106,647

2.6

112,100

Pembinaan

6.4

12.4

40,018

9.6

61,900

Perkhidmatan

2.1

2.8

68,166

4.1

83,400

Jumlah produktiviti

1.8

3.5

78,218

3.7

92,300

Perlombongan dan kuari

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Rajah 3.2.1. Tahap Produktiviti Buruh dan Kadar Pertumbuhan di Negara Terpilih, 2016 140,000

% pertumbuhan (skala kanan)

USD

% 8

6.5

105,000

6

4.1

3.5

70,000

1.7

35,000

1.8

1.7

1.5

4

20,924

1.5

0.01

0

2

0

-0.1 -35,000

AS

Australia

Singapura

Jepun

Republik Korea

Malaysia

China

Thailand

Indonesia

Filipina

-2

Sumber: IMD World Competitiveness Report, 2017. 1

Bab 3.indd 71

Produktiviti buruh adalah nisbah nilai ditambah kepada jumlah guna tenaga.

10/20/17 22:15

72

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sumbangan Produktiviti Buruh kepada Pertumbuhan Ekonomi Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh input tradisional. Justeru, Malaysia perlu meningkatkan produktiviti buruh. Keperluan ini selari dengan Global Employment Trend Report yang menyatakan peningkatan produktiviti buruh adalah pemacu utama pertumbuhan sektoral.2 Laporan tersebut juga menjangkakan pertumbuhan KDNK per kapita dalam kebanyakan rantau sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan produktiviti buruh terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Unjuran dalaman menganggarkan Jadual 3.2.2. Impak Peningkatan Produktiviti kepada Makroekonomi, 2017 – 2020 peningkatan 1% dalam produktiviti buruh akan menghasilkan kenaikan tambahan Purata kenaikan tambahan p e r t u m b u h a n K D N K s e b a nya k 0 . 6 4 % (2017 – 2020) setahun antara 2017 hingga 2020. Kos KDNK benar 0.64% tenaga kerja sebenar akan berkurang, Guna tenaga 0.03% seterusnya meningkatkan kadar keuntungan Upah 0.07% serta menggalakkan aktiviti pelaburan dan Jumlah pelaburan 1.35% perdagangan. Selari dengan peningkatan Penggunaan swasta 0.44% produktiviti, kadar upah dijangka meningkat Eksport 0.66% 0.07% setahun dalam tempoh yang sama Import 0.63% seterusnya menyumbang kepada kenaikan Sumber: Unjuran Kementerian Kewangan Malaysia. dalam penggunaan swasta sebanyak 0.44% setahun. Secara umumnya, semua industri dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti. Industri berintensifkan buruh terutamanya bidang perkhidmatan profesional, perniagaan serta ICT & perkhidmatan komputer akan mendapat manfaat yang besar daripada peningkatan tersebut. Industri bukan kediaman akan meningkat berikutan peningkatan aktiviti pelaburan manakala industri mesin elektrik & perkakas serta getah bakal berkembang hasil daripada peningkatan eksport. Industri yang melibatkan penjualan kepada isi rumah seperti tempat penginapan, restoran dan kenderaan bermotor turut mendapat faedah berikutan peningkatan penggunaan swasta. Industri seperti sewa dan pajak; penggalian batu, tanah liat dan pasir; dan konkrit & produk mineral bukan logam lain juga dijangka berkembang disumbangkan oleh hubungan antara sektor. Isu dan Cabaran Kekurangan pekerja mahir dan ketidakpadanan dalam tenaga kerja adalah antara cabaran utama dalam meningkatkan produktiviti. Pada masa ini, jumlah tenaga kerja mahir3 Malaysia berada pada 25.5% iaitu lebih rendah berbanding negara maju seperti Singapura (56.2%), Australia (45.2%) dan AS (42.2%).4 Malaysia juga menghadapi ketidakpadanan antara penawaran dan permintaan graduan terutamanya dalam industri ICT. Sebagai contoh, pada 2017 terdapat kekurangan 7,600 graduan dalam bidang IT dan Sains Komputer dan 1,100 graduan dalam Kluster Multimedia Kreatif.5 Sementara itu, majikan juga menghadapi kesukaran untuk mencari bakat dengan kemahiran yang sesuai bagi mengisi jawatan terutamanya disebabkan kekurangan kemahiran insaniah dan interpersonal.6 Berbanding negara maju, Malaysia masih kekurangan saluran maklumat yang berstruktur bagi majikan, pembekal kemahiran dan pencari kerja. Keadaan ini telah menyebabkan berlaku jurang kemahiran dan ketidakpadanan.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) (2013). Jumlah bilangan pekerja dalam pekerjaan (pengurus, profesional dan juruteknik berumur 25-54 tahun) yang memerlukan syarat pendidikan tertiari kepada jumlah guna tenaga. 4 Global Human Capital Report (2017). World Economic Forum. 5 MSC Malaysia Talent Supply-Demand Study, 2013 – 2017. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 6 Boosting Trade Competitiveness, Malaysia Economic Monitor (MEM) (Jun 2014). Bank Dunia. 2 3

Bab 3.indd 72

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

73

Tahap penggunaan teknologi yang masih rendah juga merupakan satu kekangan kepada pertumbuhan produktiviti. Walaupun Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dalam Digital Adoption Index, namun penggunaan teknologi oleh perniagaan adalah lebih rendah pada 0.42 berbanding isi rumah (0.80) dan kerajaan (0.85).7 Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merangkumi 98.5% daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini pada 2015, namun hanya 7.4% menggunakan eDagang manakala 27% menawarkan produk dalam talian. Faktor utama peratusan yang rendah ini disebabkan oleh kekurangan kemahiran dan kesedaran.8 Oleh itu, produktiviti buruh PKS hanya meningkat 0.2% berbanding 2.7% oleh firma besar dan menyebabkan jurang produktiviti antara firma besar dan PKS melebar kepada 3.3 kali pada 2016 (2011: 2.7 kali). Jurang produktiviti ini berpunca daripada kebergantungan tinggi terhadap input buruh dan aktiviti nilai tambah yang rendah, terutamanya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit serta makanan & minuman dan penginapan. Pada 2017, Malaysia juga berada di kedudukan ke-46 daripada 137 negara dari segi kecekapan penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti industri.9 Penggunaan teknologi yang rendah ini juga sebahagiannya disebabkan oleh lambakan pekerja asing berkemahiran rendah yang ditunjukkan oleh kenaikan peratusan pekerja asing kepada 15.1% pada 2015 berbanding 14.1% pada 2010. Sektor pertanian mencatat kebergantungan tertinggi terhadap pekerja asing pada kadar 36.9% yang menyebabkan produktiviti dalam sektor ini berkembang sederhana sebanyak 0.9% berbanding kadar purata nasional sebanyak 1.8% setahun antara 2011 hingga 2015.10 Kehadiran pekerja asing berkos rendah telah mengurangkan minat majikan untuk beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi. Keadaan ini akan mengekang aspirasi negara untuk beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan yang dipacu oleh tenaga kerja mahir. Strategi dan Inisiatif Menyedari kepentingan produktiviti dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Blueprint Produktiviti Malaysia (MPB) telah dilancarkan pada Mei 2017. Pelaksanaan Blueprint ini akan diselia oleh Majlis Produktiviti Negara bagi mewujudkan hala tuju strategik di peringkat nasional, sektor dan industri. Sebagai satu pendekatan baharu, sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam Blueprint ini dengan sokongan sektor awam dalam meningkatkan produktiviti buruh. Dalam hal ini, Produktiviti Nexus telah ditubuhkan di bawah MPB sebagai satu platform yang dipacu oleh industri bagi meningkatkan produktiviti industri, inovasi dan peluang pertumbuhan baharu. Pada masa ini, Produktiviti Nexus diterajui oleh sembilan subsektor utama iaitu perdagangan runcit dan makanan & minuman; kimia & produk kimia; E&E; jentera & peralatan; perkhidmatan profesional; penjagaan kesihatan swasta; agro-makanan; pelancongan; dan ICT. Secara kolektif, subsektor ini menyumbang 30% kepada KDNK Malaysia dan 40% kepada jumlah guna tenaga. Produktiviti Nexus melalui kerjasama tiga pihak melibatkan industri, Kerajaan dan universiti memperkasa perusahaan melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran sektor khusus dan bantuan untuk menyokong pelaksanaan produktiviti dalam sembilan subsektor tersebut. Selain itu, fokus akan ditumpukan kepada pembangunan tenaga kerja masa hadapan serta memacu digitalisasi dan inovasi. Pada masa yang sama, penekanan akan diberikan bagi memupuk ekosistem yang mapan, mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang kukuh dan menjadikan industri bertanggungjawab untuk produktiviti. Kesimpulan MPB akan menyediakan panduan ke arah peningkatan produktiviti buruh Malaysia untuk terus berdaya tahan dan berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang pantas berubah. Isu pelaksanaan utama akan ditangani melalui amalan terbaik dengan memastikan kerjasama erat bersama industri, komunikasi yang lebih telus dan komitmen ke arah kejayaan jangka panjang. Dengan langkah tersebut, produktiviti dijangka akan memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bank Dunia (2017). Dicapai pada 1 Oktober, 2017 daripada http://wbgfiles.worldbank.org/documents/dec/digital-adoption-index.html. Kaji Selidik Suku Tahunan (2017). Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. 9 Global Competitiveness Report 2017/2018, Technological Readiness Index. World Economic Forum. 10 Blueprint Produktiviti Malaysia (2017). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 7 8

Bab 3.indd 73

10/20/17 22:15

74

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sisipan 3.2

Pembaharuan dalam Pasaran Buruh Malaysia: Status Terkini Pengenalan Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kecekapan pasaran buruh. Inisiatif berkenaan termasuk pindaan kepada Akta Kerja 1955 [Akta 265], pelaksanaan gaji minimum kebangsaan, pengenalan skim persaraan swasta dan pelanjutan umur persaraan di sektor swasta. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani termasuk kebergantungan tinggi terhadap pekerja asing, produktiviti pekerja yang rendah dan ketidakpadanan permintaan dengan penawaran dalam pasaran buruh. Data tidak bersepadu serta kekurangan maklumat pasaran buruh yang terkini juga telah menyumbang kepada ketidakpadanan permintaan dengan penawaran. Justeru, bagi menambah baik persekitaran pasaran buruh, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah termasuk pengurusan pekerja asing, pewujudan pangkalan data pasaran buruh berpusat melalui Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), pengenalan Indeks Gaji Nasional (NWI) dan penubuhan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Pengurusan Pekerja Asing Akujanji Majikan Kerajaan telah memperkenalkan Akujanji Majikan pada 1 Januari 2017. Pelaksanaan Akujanji tersebut memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing mulai peringkat permohonan, pengambilan dan sehingga tamat tempoh kontrak perkhidmatan selaras dengan undang-undang, peraturan, dasar dan arahan semasa Kerajaan. Akujanji ini juga dapat meningkatkan komitmen dan kepatuhan majikan dalam menjaga kesejahteraan pekerja asing secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Terdapat beberapa elemen dalam Akujanji Majikan yang perlu dipatuhi sebelum majikan menggaji pekerja asing termasuk pembayaran levi. Pada masa ini, bayaran levi ditanggung oleh pekerja dan mulai Januari 2018 akan ditanggung oleh majikan. Kadar levi bagi Semenanjung Malaysia telah disemak semula pada 18 Mac 2016 manakala bagi Sabah dan Sarawak tidak berubah. Elemen akujanji yang lain termasuk pembayaran gaji dan upah serta penyediaan kemudahan penginapan dan keperluan asas yang sesuai. Jadual 3.2.1. Kadar Levi bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Sektor

Semenanjung Malaysia

Sabah dan Sarawak

Pembuatan Perkhidmatan Pembinaan Perladangan Pertanian Pembuatan Perkhidmatan Pembinaan Perladangan Pertanian

Kadar levi

Kadar levi baharu (berkuat kuasa 18 Mac 2016)

RM1,250 RM1,850 RM1,250 RM590 RM410 RM1,010 RM1,490 RM1,010 RM590 RM410

RM1,850 RM1,850 RM1,850 RM640 RM640

Tiada perubahan

Sumber: Kementerian Sumber Manusia.

Pusat Kelulusan Setempat bagi Pekerja Asing Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memperkemas proses pengambilan pekerja asing dengan meletakkannya di bawah pentadbiran tunggal di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) yang diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Usaha tersebut bertujuan menghapuskan peranan syarikat penyumberan luar dan orang tengah dalam pengambilan pekerja asing. Langkah ini juga dapat meminimumkan kos pengambilan pekerja asing dan membendung pemerdagangan manusia. OSC bertanggungjawab untuk:

Bab 3.indd 74

• • • •

menentukan bilangan pekerja asing yang diperlukan bagi setiap sektor; mengesah dan meluluskan permohonan untuk pengambilan pekerja asing; memantau semua perkara berkaitan kebajikan pekerja asing; dan memastikan pekerja asing bekerja dalam sektor dan syarikat yang dibenarkan.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

75

Mulai April 2017, semua permohonan pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian kecuali pembantu rumah perlu dibuat melalui sistem dalam talian berikut: • Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) bagi pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber kecuali Bangladesh; dan • Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) bagi pengambilan pekerja asing dari Bangladesh. Statistik Pasaran Buruh Berpusat Data pasaran buruh yang tidak bersepadu dalam kalangan agensi telah dikenal pasti sebagai antara kekangan dalam merangka dasar berkaitan pasaran buruh yang komprehensif. Oleh yang demikian, Kerajaan semasa membentangkan Bajet 2017 telah mengumumkan penubuhan MBLS untuk membantu mempermudah keputusan dasar. Matlamat utama MBLS adalah untuk menyokong integrasi dan perkongsian data mengenai statistik pasaran buruh dalam kalangan agensi. Secara khususnya, MBLS akan menjadi pusat (focal point) untuk pengumpulan data buruh secara bersepadu. Langkah ini akan membolehkan penggunaan statistik pasaran buruh secara berkesan oleh pihak berkepentingan serta menggalakkan kerjasama penyelidikan mengenai isu buruh. Pada masa ini, MBLS dikawal selia oleh Kumpulan Perancang Statistik Buruh (LSPG) yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Bank Negara Malaysia sebagai sekretariat. Ahli utama LSPG termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perangkaan Malaysia.1 Indeks Gaji Nasional Selaras dengan strategi di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, NWI telah diperkenalkan sebagai panduan kepada majikan dalam menetapkan kadar gaji pekerja berdasarkan kelayakan, kemahiran dan produktiviti. NWI merangkumi upah asas serta gaji keseluruhan yang meliputi insentif tunai, elaun dan bayaran kerja lebih masa. Pendekatan pengumpulan data yang digunakan bagi sektor swasta adalah melalui kaji selidik manakala data sektor awam diperoleh daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Indeks ini merekodkan perubahan upah asas dan gaji keseluruhan mengikut sektor ekonomi,2 pekerjaan3 dan wilayah.4 Kaji selidik NWI yang pertama dilaksanakan bagi September 2016 manakala kaji selidik kedua dijalankan bagi Disember 2016. Kaji selidik NWI menunjukkan upah asas bagi Malaysia meningkat secara marginal iaitu 0.3% bagi tempoh September hingga Disember 2016. Pada peringkat sektoral, sektor perlombongan mencatat peningkatan upah asas tertinggi iaitu 1.6% diikuti sektor perladangan 1.4%. Sektor pembinaan pula mencatat peningkatan upah asas terendah iaitu 0.1% dalam tempoh yang sama. Dari segi kategori pekerjaan, upah asas meningkat antara 0.1% dan 0.5% bagi semua kategori pekerjaan kecuali pekerja mahir pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, dan pekerja perkhidmatan dan jualan. Sistem Insurans Pekerjaan Pada Mac 2017, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan SIP. Sistem ini menyediakan satu lagi bentuk perlindungan sosial kepada pekerja melalui penyediaan faedah tertentu dan program penempatan semula pekerjaan kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan. Pelaksanaan SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial. Pada masa ini, Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan terutamanya kesatuan pekerja dan majikan bagi mendapatkan persetujuan bersama terhadap terma dan syarat SIP. Terma ini termasuk kadar sumbangan oleh majikan dan pekerja serta struktur tadbir urus SIP. Kesimpulan Sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, beberapa pembaharuan dalam pasaran buruh telah diperkenalkan. Inisiatif berkenaan bertujuan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif kepada pekerja. Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan terus berusaha untuk menambah baik kecekapan dan fleksibiliti pasaran buruh. Dalam masa yang sama, pelaksanaan pendekatan pasaran buruh aktif akan dipergiat bagi meningkatkan kebolehpasaran belia dan graduan menganggur manakala pekerja akan digalakkan untuk menambah baik kompetensi melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula. Langkah ini dijangka akan terus meningkatkan produktiviti pekerja seterusnya pampasan pekerja yang lebih tinggi. Selain daripada ahli utama, terdapat juga ahli satelit yang termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Tenaga Kerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, dan Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh. 2 Berdasarkan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 Ver. 1.0. 3 Berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2013. 4 Meliputi Semenanjung Malaysia serta kawasan bandar utama di Sabah dan Sarawak. 1

Bab 3.indd 75

10/20/17 22:15

76

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan purata gaji dan upah bulanan yang diterima oleh pekerja meningkat 6.5% kepada RM2,463 (2015: 5.4%; RM2,312). Sektor perlombongan dan pengkuarian mencatat pertumbuhan purata upah bulanan tertinggi sebanyak 14% diikuti sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (8.9%) serta pembinaan pada 8% (2015: -11.8%; 11.1%; 3.6%). Walau bagaimanapun, sektor pembuatan mencatat pertumbuhan purata upah bulanan terendah sebanyak 4.5% dan perkhidmatan 4.8% (2015: 1.2%; 7.4%). Sementara itu, purata upah bulanan pekerja mengikut pencapaian pendidikan juga telah meningkat. Purata upah bulanan pekerja berpendidikan tertiari meningkat 4.9%, pendidikan menengah (5.9%), pendidikan rendah (8.4%) dan tiada pendidikan rasmi 16.7% (2015: 4.8%; 2.7%; 5.5%; 10.6%). Pada akhir Ogos 2017, jumlah pekerja asing berdaftar berkurang kepada 1.8 juta (akhir Ogos 2016: 1.9 juta). Sektor pembuatan menggaji sebilangan besar pekerja asing (35.8%) diikuti sektor pembinaan (19.5%) dan perladangan (14.7%). Sebahagian besar pekerja asing merupakan pekerja dari Indonesia (40.8%), Nepal (22.5%), Bangladesh (12.7%) dan Myanmar (7%). Sementara itu, jumlah ekspatriat turut berkurang 10.3% kepada 147,868 pada akhir Ogos 2017 (akhir Ogos 2016: 8.7%; 164,937). Jumlah tertinggi ekspatriat adalah dari Bangladesh (32.8%) diikuti India (16.8%), China (8.9%) dan Filipina (5.5%). Kebanyakan ekspatriat bekerja dalam sektor perkhidmatan (47.6%), pembinaan (15.6%) dan pembuatan (11.8%).

Dari sudut permintaan, perbelanjaan isi rumah kekal sebagai sumber pertumbuhan utama yang mendapat manfaat daripada pendapatan lebih tinggi berikutan persekitaran guna tenaga yang stabil dan harga komoditi lebih kukuh. Pelaburan swasta dijangka terus berdaya tahan terutamanya didorong perbelanjaan modal dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor swasta terus memacu pertumbuhan manakala sektor awam akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal. Sektor luaran dijangka kekal kukuh disokong oleh permintaan berterusan daripada rakan dagangan utama. Inflasi kekal terkawal antara 2.5% dan 3.5% dengan ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Dari sudut penawaran, pertumbuhan ekonomi dijangka menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif. Pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka kekal kukuh terutamanya didorong oleh kumpulan perkhidmatan akhir selaras dengan trend penggunaan swasta. Selain itu, sektor pembuatan dijangka berkembang sejajar dengan permintaan luar dan aktiviti penggunaan yang kekal teguh. Sektor pertanian dijangka meningkat disokong oleh output yang lebih tinggi dan harga komoditi yang lebih kukuh. Pertumbuhan sektor pembinaan akan didorong oleh projek kejuruteraan awam utama manakala sektor perlombongan dijangka terus berkembang pada kadar sederhana disokong oleh pengeluaran gas asli.

Prospek Mengikut Sektor Pertumbuhan lebih menyeluruh

Prospek 2018 Momentum pertumbuhan yang kukuh Ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan KDNK benar diunjur berkembang antara 5% dan 5.5% pada 2018 (2017: 5.2% dan 5.7%) terutamanya dipacu permintaan domestik yang berdaya tahan dalam persekitaran sektor luaran yang menggalakkan. Seiring dengan perkembangan ekonomi yang pesat, PNK per kapita dianggar meningkat 5.1% kepada RM42,777 (2017: 7.7%; RM40,713). Meskipun momentum pertumbuhan kekal kukuh, Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran luar. Cabaran ini termasuk peningkatan dasar perlindungan; ketidaktentuan dasar negara maju; dan volatiliti pasaran kewangan. Walau bagaimanapun, pembaharuan struktur yang dilaksanakan sejak beberapa tahun bagi mempelbagaikan ekonomi dan mengukuhkan sistem kewangan telah menyediakan penampan untuk menangani cabaran luar tersebut.

Bab 3.indd 76

Sektor perkhidmatan diunjur meningkat 5.8% dan menyumbang 54.8% kepada KDNK (2017: 5.9%; 54.5%) dengan semua subsektor terus berkembang. Subsektor perdagangan borong dan runcit dijangka meningkat 6.1% manakala makanan & minuman dan penginapan 7.2% (2017: 6.5%; 7.6%). Prestasi ini disokong oleh penggunaan domestik yang stabil dan peningkatan ketibaan pelancong. Subsektor maklumat dan komunikasi dijangka meningkat 8.8% (2017: 8.5%) disokong oleh kempen promosi dan peningkatan penawaran produk digital. Sementara itu, subsektor pengangkutan dan penyimpanan diunjur berkembang 5.8% (2017: 6.2%). Peningkatan ini sebahagian besarnya didorong oleh bilangan penumpang yang tinggi untuk perkhidmatan rel, terutamanya perkhidmatan MRT serta permulaan operasi pesawat penumpang baharu dan penambahbaikan kemudahan pelabuhan. Di samping itu, subsektor kewangan dan insurans dijangka meningkat 4.4% (2017: 4 . 2 % ) d i s o k o n g o l e h a k t i v i t i p e m b i aya a n yang kukuh.

10/20/17 22:15

LAPORAN EKONOMI 2017/18

Sektor pembuatan diunjur berkembang 5.3% (2017: 5.5%). Output industri berorientasikan eksport dijangka terus meningkat disokong oleh permintaan yang mapan bagi produk E&E, petroleum bertapis dan kayu. Sementara itu, pertumbuhan industri berorientasikan domestik dijangka terus berdaya tahan disokong oleh pelaksanaan projek pembinaan infrastruktur serta permintaan kukuh bagi produk berkaitan pengguna terutamanya makanan dan kelengkapan pengangkutan. Pertumbuhan sektor pertanian diunjur berkembang 2.4% (2017: 5.6%) disumbangkan oleh subsektor komoditi dan bukan komoditi. Pengeluaran CPO dianggar meningkat 2.5% kepada 20.5 juta tan metrik (2017: 15.5%; 20 juta tan metrik) berikutan peluasan kawasan matang. Purata harga minyak sawit dijangka meningkat kepada RM2,750 setan metrik (2017: RM2,700 setan metrik) disokong permintaan yang lebih tinggi terutamanya dari China, EU dan India. Selain itu, pengeluaran getah dijangka meningkat 2.9% kepada 720,000 tan metrik (2017: 3.9%; 700,000 tan metrik) manakala harga terus mengukuh pada RM7.50 sekilogram (2017: RM7.30 sekilogram). Komoditi makanan khususnya ternakan, buah-buahan dan sayursayuran serta ikan dijangka mencatat pertumbuhan yang menggalakkan terutamanya disokong oleh permintaan domestik yang kukuh. Sektor perlombongan dijangka berkembang 0.9% (2017: 0.5%) terutamanya disumbangkan oleh pengeluaran gas asli yang lebih tinggi. Output gas asli dijangka terus meningkat berikutan peningkatan permintaan global terutamanya dari China, Jepun, Republik Korea dan Taiwan. Di samping itu, projek O&G yang siap dibina seperti North Malay Basin Full Field Development fasa 1 dan RGT2 di Pengerang akan meningkatkan lagi pengeluaran gas asli. Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berikutan komitmen Malaysia untuk mengehadkan pengeluaran sehingga suku pertama 2018. Bagi keseluruhan tahun, harga Brent dijangka didagangkan pada purata USD52 setong (2017: USD50 setong). Sektor pembinaan dijangka meningkat 7.5% (2017: 7.6%) terutamanya disokong oleh projek infrastruktur kejuruteraan awam yang sedang dalam proses pembinaan seperti projek Laluan Rel Pantai Timur, MRT laluan SSP, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru, SPE, Lebuhraya Pan Borneo dan Platform Pusat Pemprosesan Bokor. Sementara itu, subsektor kediaman dijangka terus berkembang dengan beberapa projek perbandaran baharu yang dirancang oleh pemaju swasta. Di samping itu, subsektor ini juga dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai program perumahan mampu milik yang dilaksanakan oleh Kerajaan seperti PPA1M, MyBeautiful New Home dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Walau bagaimanapun,

Bab 3.indd 77

77

kadar pertumbuhan subsektor bukan kediaman dijangka menyederhana berikutan peningkatan unit harta tanah tidak terjual terutamanya bagi  segmen kedai.

Permintaan Domestik Aktiviti sektor swasta yang teguh Prospek 2018 yang positif diterajui oleh permintaan domestik berdaya tahan yang diunjur berkembang 5.5% (2017: 6.4%). Pertumbuhan ini terutamanya dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang menyumbang 72.9% kepada KDNK (2017: 71.4%). Prestasi teguh sektor swasta berikutan persekitaran luar yang lebih baik membolehkan sektor awam terus melaksanakan konsolidasi kedudukan kewangan secara progresif. Perbelanjaan sektor swasta dijangka kekal rancak, berkembang 7.3% (2017: 7.4%). Pertumbuhan ini selaras dengan jangkaan aktiviti perbelanjaan penggunaan swasta dan pelaburan yang berterusan. Penggunaan swasta dianggar meningkat 6.8% (2017: 6.9%) disokong oleh peningkatan pendapatan berikutan persekitaran pasaran guna tenaga yang stabil, pendapatan eksport lebih tinggi dan harga komoditi lebih kukuh. Tambahan pula, pelbagai inisiatif Kerajaan seperti pemberian bantuan tunai yang berterusan serta pelaksanaan program eUsahawan dan eRezeki dijangka meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah seterusnya menyediakan dorongan tambahan bagi perbelanjaan pengguna. Pelaburan swasta diunjur berkembang 8.9% dan menyumbang 18.1% kepada KDNK (2017: 9.3%; 17.5%). Perbelanjaan modal yang tinggi dijangka dalam sektor perkhidmatan terutamanya dalam industri berkaitan pelancongan; maklumat dan komunikasi; serta pengangkutan dan penyimpanan. Pelaburan sektor pembuatan akan bertumpu kepada industri pemangkin dan bernilai tambah tinggi seperti E&E; aeroangkasa; serta jentera dan kelengkapan. Di samping itu, pelbagai langkah Kerajaan seperti Pelan Tindakan Strategik eDagang Nasional dan penyertaan dalam Inisiatif Belt and Road dijangka merancakkan lagi aktiviti pelaburan swasta pada 2018. Perbelanjaan sektor awam diunjur menguncup 0.4% berikutan pelaburan awam yang merosot 3.1% (2017: 3.1%; 3.7%) terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan modal syarikat awam yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, DE Kerajaan Persekutuan dijangka kekal sebanyak RM46 bilion. Sebahagian besar DE akan disalurkan kepada projek dan program berteraskan rakyat yang bernilai tambah lebih tinggi dan mempunyai hubungan intersektoral yang kukuh. Projek dan

10/20/17 22:15

78

LAPORAN EKONOMI 2017/18

program ini termasuk pembinaan dan naik taraf kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar serta pengukuhan pembangunan modal insan melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula pekerja. Sementara itu, penggunaan awam dianggar meningkat marginal pada kadar 1.3% (2017: 2.7%) selaras dengan usaha Kerajaan menyusun semula keutamaan dan merasionalisasi perbelanjaan tidak kritikal. TNK dijangka berkembang 6.2% kepada RM403.6 bilion dengan peratusan TNK kepada PNK kekal tinggi pada 28.7% (2017: 9.5%; RM380.2 bilion; 29.1%). Bahagian sektor swasta dijangka mencecah 76.7% daripada jumlah TNK (2017: 77.4%). Lebihan tabungan pelaburan akan kekal kukuh s e b a nya k R M 3 2 . 9 b i l i o n ( 2 0 1 7 : R M 3 2 . 3 bilion) seterusnya menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan modal.

Sektor Luaran Akaun semasa kekal mencatat lebihan Kedudukan sektor luaran akan terus berdaya tahan didorong oleh prestasi ekonomi dan perdagangan global yang kukuh pada 2018. Eksport kasar dijangka berkembang 3.4% kepada RM948.7 bilion (2017: 16.6%; RM917.5 bilion) disokong oleh permintaan berterusan untuk produk E&E dan komoditi. Sementara itu, import kasar dianggar

Bab 3.indd 78

meningkat 3.5% kepada RM851.7 bilion (2017: 17.8%; RM822.9 bilion) menunjukkan aktiviti pelaburan yang menggalakkan. Defisit akaun perkhidmatan dijangka meningkat kepada RM22.7 bilion (2017: -RM18.8 bilion). Akaun pengangkutan dan perkhidmatan lain diunjur kekal defisit berikutan prospek pertumbuhan aktiviti berkaitan perdagangan dan pelaburan yang menggalakkan. Sementara itu, akaun perjalanan dianggar mencatat surplus yang lebih besar sebanyak RM36.4 bilion (2017: +RM35.8 bilion) dipacu oleh peningkatan terimaan pelancong. Terimaan kasar akaun perjalanan dijangka meningkat kepada RM81.9 bilion (2017: +RM80.6 bilion) berikutan aktiviti promosi dan pemasaran yang bersepadu serta rangkaian hubungan yang bertambah baik. Akaun pendapatan primer diunjur kekal defisit sebanyak RM41 bilion (2017: -RM40.1 bilion) d i s e b ab k a n o l e h p e n i n g k at a n p e n d a p at a n terakru kepada syarikat asing yang melabur di Malaysia. Selain itu, terimaan daripada syarikat Malaysia beroperasi di luar negeri juga dijangka kekal tinggi. Aliran keluar bersih dalam akaun pendapatan sekunder yang sebahagian besarnya terdiri daripada kiriman wang oleh pekerja asing dijangka berjumlah RM17.7 bilion (2017: -RM17.9 bilion). Secara keseluruhannya, akaun semasa dianggar mencatat lebihan sebanyak RM32.9 bilion atau 2.3% daripada PNK pada 2018 (2017: +RM32.3 bilion; 2.5%).

10/20/17 22:15