ABSTRAK

Eksekutif Dakwah Dan Rundingan Syara`, ... Hukum Dalam Islam 78 2.10 Kesimpulan 82 BAB 3 :PELAKSANAAN ZAKAT PERTANIAN DALAM KONTEKS MALAYSIA 3.0...

0 downloads 17 Views 385KB Size
ABSTRAK

Realiti zakat pertanian di Malaysia mengutamakan qaul Imam Syafi`e berbanding qaulqaul mazhab lain. Pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau yang telah dikorporatkan hanya mengenakan zakat pertanian terhad kepada makanan asasi iaitu padi sahaja dan kebanyakan negeri mengenakan taksiran zakat pertanian ke atas hasil kasar tanpa sebarang penolakan kos-kos. Kajian ini bagi menganalisis dan meneliti zakat pertanian dalam konteks Malaysia serta mengkaji transformasi isu perluasan hasil zakat pertanian kepada tanaman selain padi dan kewajaran penolakan kos-kos pertanian berdasarkan maqasid syari’ah. Berdasarkan dinamika syariat Islam, fleksibiliti hukum adalah berdasarkan maqasid syari’ah meliputi maslahah semasa dan setempat. Justeru, kajian ini menganalisis zakat pertanian semasa melibatkan pembuat dasar iaitu Jabatan Mufti Negeri dan pihak pengurusan zakat iaitu Baitulmal Negeri. Kajian dilakukan menggunakan data primer iaitu temu bual bersama Jabatan Mufti Negeri dan Baitulmal Negeri di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Sarawak. Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil penyelidikan menunjukkan hasil zakat pertanian boleh diperluaskan berdasarkan pendapat Imam Abu Hanifah yang lebih bertepatan dengan maslahah ekonomi pertanian semasa di Malaysia. Begitu juga kewajaran penolakan kos-kos pertanian termasuklah kos operasi tanaman dan kos sara diri demi menjamin maslahah daruri para petani serta tanggungannya.

ii

ABSTRACT

The administration and management of agricultural zakat whether under the State Islamic Council (MAIN) or corporated institutions only impose the zakah of agriculture only on the paddy crops and the paddy assessment is based on gross yield which do not deduct any cost in most states. This is due to the affliation of the states to Shafi`i school of law. Based on Maqasid Syari`ah as the guidelines, this study focus to two issue in the zakah of agricultures. First to explore the reality of agriculture in Malaysia and to study the transformation of imposing zakah to other kind of agriculture, and not only paddy. Second, it studies the reality of paddy assessment in calculating zakah in Malaysia and to suggest the calculating of zakah on paddy should be based on nett yield which after deducting the operational cost and basic need. Based on the dynamics of the Islamic Shari’a, the flexibility of law adheres closely on maqasid syari’ah involving current and local maslahah. Therefore, this study analyses the transformation of the current agricultural zakat involving policy makers, namely the State Mufti Department and officers in charge of the zakat management namely the State Baitulmal. This study is done using the primary data which is the interview with the State Mufti Department and the State Baitulmal in states of Selangor, Penang, Perlis, Terengganu and Sarawak. The data analysis uses the descriptive and the comparative methods. The research outcome demonstrates that the revenue of the agricultural-based zakat can be widened according to the view held by Imam Abu Hanifah that suits current agriculture in Malaysia and in line with maqasid syari’ah. This is similar to the justification for the reduced operational costs of the crops and the self-sustenance costs in assurance for maslahah daruri of the farmers and their families.

iii

PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬ ‫ نعوذ باهلل من شرور‬،‫ ونثين على اخلري كلو‬،‫ ونؤمن بو ونتوكل عليو‬،‫ ونستغفره ونسرتشده‬،‫إن احلمد هلل حنمده‬ ‫ ونصلي ونسلم على سيدنا ونبينا‬.‫ ونسألو السداد يف األمر وإعظام ادلسوبة واألجر‬،‫أنفسنا ومن سيئات أعمالنا‬ .‫ ادلبعوث رمحة للعادلني وبعد‬،‫حممد األمني‬

Setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t dengan rahmat serta keizinanNya penulis mampu menyempurnakan disertasi ini bagi memperoleh Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh Usul), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Diharapkan kajian ini akan memberi sudut pandangan positif serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak baik pihak Baitulmal Negeri, Jabatan Mufti Negeri, kakitangan akademik mahupun masyarakat. Penulis turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih buat Y.Bhg Dr. Luqman Haji Abdullah selaku penyelia yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar, taujihat dan banyak membantu penulis dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga buat para pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang turut menyumbangkan buah fikiran serta saranan kepada penulis sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran yang setimpal kepada semua.

iv

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam kajian disertasi ini termasuklah Y.Bhg S.S Dato’ Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang; Y.Bhg S.S Ustaz Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak; Ustaz Mat Jais Bin Kamus, Penolong Mufti Selangor; Ustaz Roslan bin Isa, Timbalan Mufti Negeri Perlis; Ustaz Mohd Nazim bin Haji Md Noor, Ketua Unit Zakat Bahagian Baitulmal Perlis; Ustaz Mohd Farid Bin Mohd Zainal, Eksekutif Sektor Penerangan Korporat, Lembaga Zakat Selangor; Tuan Zuhaimi Bin Tuan Sembok, Pegawai Eksekutif Taksiran Zakat, MAIDAM Terengganu; Ustaz Azhari Bin Ahmad, Pegawai Eksekutif Dakwah Dan Rundingan Syara`, Jabatan Kutipan Dan Pemasaran PUZ Pulau Pinang dan Ustaz Zulhazmi Bin Bohari, Pegawai Eksekutif Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bandar Sri Aman. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia kerana telah menaja pengajian ini di bawah skim SLAB/ USIM . Penghargaan teristimewa dititipkan buat ayahanda tercinta Ab. Rahman bin Md. Dalib dan bonda Rokiah binti Sha’ari yang tidak pernah jemu dan putus asa memberikan bantuan kewangan, dorongan dan semangat. Semoga Allah s.w.t senantiasa mencucuri rahmat buat kalian berdua dan tanpa doa kalian berdua mustahil kajian ini dapat disempurnakan. Begitu juga kepada kakanda Muhammad Ghazaly dan adinda Siti Syuhada yang senantiasa menjadi sumber inspirasi dan kekuatan dalam meneruskan kajian ini.

v

Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada semua pihak atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan. Semoga kajian ini dikira sebagai ‘amal jariah buat kalian semua. Jazakumullah al-Khair.

______________________________ MUHAMAD FIRDAUS AB RAHMAN VLA 18-05 Villa Lagenda Condo,

Sarjana Syariah

No.1 Jalan 4/2B, Taman Desa Bakti,

Jabatan Fiqh dan Usul,

68100 Selayang, Kuala Lumpur.

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur

E-mel: [email protected] H/p : 017-2928303

No Matrik: IGA 110038

vi

DAFTAR ISI

ISI KANDUNGAN

Hlm

Abstrak

ii

Abstract

iii

Penghargaan

iv

Daftar Isi

vii

Senarai Statut

x

Senarai Jadual

xi

Senarai Kependekan

xii

Senarai Lampiran

xiv

Senarai Transliterasi

xv

BAB 1

BAB 2

: PENDAHULUAN 1.0

Latar belakang Kajian

1

1.1

Permasalahan Kajian

2

1.2

Objektif Kajian

10

1.3

Persoalan Kajian

10

1.4

Skop Kajian

11

1.5

Kepentingan Kajian

12

1.6

Metodologi Kajian

13

1.7

Sorotan Literatur

17

:ZAKAT PERTANIAN DARI

PERSPEKTIF MAQASID

SYARIAH 2.0.

Pendahuluan

33

2.1.

Zakat Pertanian Dalam Islam

33

2.2.

Sejarah Pertanian Dalam Islam

39

2.3.

Hasil Pertanian Yang Diwajibkan Zakat

45

2.4.

Nisab Zakat Pertanian

53

2.5.

Kadar Zakat Pertanian

59

2.6.

Kos Pengeluaran Pertanian Dan Kos Sara Hidup

63 vii

Petani 2.7

Maqasid Pensyariatan Zakat

66

2.8

Konsep Maqasid Syari`ah

75

2.9

Faktor Semasa dan Setempat dalam Perubahan

78

Hukum Dalam Islam 2.10

BAB 3

Kesimpulan

82

:PELAKSANAAN ZAKAT PERTANIAN DALAM KONTEKS MALAYSIA 3.0

Pendahuluan

84

3.1

Pertanian Di Malaysia

86

3.2

Definisi Zakat Pertanian Di Malaysia

89

3.3

Nisab Zakat Pertanian Di Malaysia

90

3.4

Kadar Zakat Pertanian Di Malaysia

98

3.5

Penolakan Kos Sebelum Dikenakan Zakat

104

di Malaysia 3.6

BAB 4

:ANALISA

Kesimpulan

PELAKSANAAN

110

ZAKAT

PERTANIAN

DI

MALAYSIA BERDASARKAN MAQASID SYARI`AH 4.0

Pendahuluan

111

4.1

Analisa Perluasan Jenis Hasil Zakat Tanaman

111

Pertanian Berdasarkan Maqasid Syari’ah 4.1.1 Penilaian Dalil Dan Pendapat Fuqaha Mazhab

113

4.1.2 Analisa Ekonomi Pertanian Semasa Malaysia

120

4.1.3 Maqasid Syariah Memperluaskan Hasil

124

Tanaman Komersial

4.2

Analisa Penolakan Kos Sebelum Dikenakan Zakat

129

Pertanian Berdasarkan Maqasid Syari’ah 4.2.1 Analisa Penolakan Kos Operasi Tanaman

130

4.2.2 Analisa Penolakan Kos Sara Diri

136 viii

4.3 Kesimpulan

BAB 5

:KESIMPULAN DAN SARANAN

144

145

BIBLIOGRAFI

155

LAMPIRAN

167

ix

SENARAI STATUT

Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 Perlembagaan Persekutuan Undang-undang Bil 1 Tahun 1949 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis 1964 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis 1963 (Pindaan)

x

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1:

Ketidakselarasan Taksiran Zakat Tanaman Di Malaysia

Jadual 2.1:

Tanaman Yang Diwajibkan Zakat oleh Mazhab Maliki

Jadual 2.2:

Sukatan 5 Wasaq Dengan Nilai Sukatan Gantang, Cupak dan Kati

Jadual 2.3:

Perbezaan Pendapat Fuqaha Bagi Hasil Yang Tidak Disukat

Jadual 2.4:

Kadar Yang Perlu Dibayar Bagi Tanaman Dijirus Secara Bercampur

Jadual 3.1:

Keluasan Bertanam dan Pengeluaran Bagi Tanaman Utama

Jadual 3.2:

Keluasan Bertanam Dan Pengeluaran Jenis Tanaman Di Malaysia

Jadual 3.3:

Ketidakselarasan Nisab Zakat Padi Di Malaysia

Jadual 3.4:

Ketidakselarasan Kadar Di Malaysia

Jadual 3.5:

Ketidakselarasan Tolakan Kos Di Malaysia

Jadual 3.6:

Penolakan Kos Operasi dan Kos Sara Diri Di Malaysia

Jadual 4.1:

Persepsi Pusat Zakat dan Jabatan Mufti Negeri Bagi Memperluaskan Hasil Zakat Pertanian

Jadual 4.2 :

Pendapatan dan Perolehan (Bagi Setiap 1 Relong)

Jadual 4.3:

Kos Pengeluaran / Perbelanjaan (Bagi Setiap 1 Relong)

Jadual 4.4:

Hasil Pendapatan Petani Dengan Kadar Cukup Nisab (5 awsuq)

Jadual 4.5:

Taksiran Zakat Tanaman Berdasarkan Maqasid Syariah

xi

SENARAI KEPENDEKAN

ASUZSB

As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd

BERNAS

Padi Beras Nasional Berhad

bil.

Bilangan

cet.

Cetakan

DPN

Dasar Pertanian Negara

DYMM

Duli Yang Maha Mulia

ed.

Editor

EPAI

Enakmen Pentadbiran Agama Islam

FELCRA

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan

FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

HMT/GMP

Harga Minimum Terjamin

ibid

ibiden, di tempat yang sama

IPP

Bantuan Input Pertanian

IPT

Institusi Pengajian Tinggi

JAIPs

Jabatan Agama Islam Perlis

JFK

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

JPN

Jabatan Pertanian Negeri

JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

KADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

KDNK

Keluaran Dalam Kasar Negara

KEDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

Kg

Kilogram

KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

LPP

Lembaga Pertubuhan Peladang

LZS

Lembaga Zakat Selangor

MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

MAIDAM

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

MAIN

Majlis Agama Islam Negeri

MAIPs

Majlis Agama Islam Negeri Perlis xii

MARDI

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Malaysia

PGK

Pendapatan Garis Kemiskinan

PORIM

Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia

PUZ MAINPP

Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

PZS

Pusat Zakat Selangor

R&D

Penyelidikan Research and Development

r.a

Radiyallahu `anhu

RM

Ringgit Malaysia

RMK

Rancangan Malaysia Ke

S.S

Sahibul Samahah

s.a.w

Sallallahu `alayhi wa sallam

SPZN

Suruhanjaya Pentadbiran Zakat Negeri

SSL

Tahap Sara Diri

sunt.

suntingan

s.w.t

Subhanahu wa ta`ala

t.p.

tanpa penerbit

t.t.

tanpa tarikh

t.tp

tanpa tempat

TBS

Tabung Baitulmal Sarawak

terj.

Terjemahan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A: Pamplet Zakat Pertanian LZS Lampiran B: Pamplet Zakat Pertanian MAIDAM Lampiran C: Pamplet Zakat Pertanian PUZ MAINPP Lampiran D: Buku Panduan Mengeluarkan Zakat, Baitulmal MAIPs Lampiran E: Statistik Kutipan Zakat Tanaman Di Selangor (2006-2011) Lampiran F: Statistik Kutipan Zakat Tanaman Di Pulau Pinang (2005-2011) Lampiran G: Statistik Kutipan Zakat Di Perlis Tahun 2011 Lampiran H: Statistik Kutipan Dan Agihan Zakat Di Terengganu (2000-2010) Lampiran I: Statistik Kutipan Zakat Tanaman Di TBS Sri Aman (2005-2011) Lampiran J: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu Kali Ke-1 Penggal Ke-5: Membenarkan Penolakan Kos Tanaman. Lampiran K:Keputusan Jawatankuasa Syariah MAIN Pulau Pinang Bil. 1/2005: Memberikan Pelepasan Kos Operasi, Kos Sara Hidup dan Potongan Luar Jangka. Lampiran L: Proses Aliran Kerja Serta Kos Penanaman Padi Lampiran M: Formula Penolakan Kos Keperluan Asasi, Baitulmal MAIPs Lampiran N: Soalan Temu bual Dengan Institusi Zakat Negeri dan Jabatan Mufti Negeri. Lampiran O: Statistik Keluasan Tanaman Padi Di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu dan Perlis bagi tahun 2006-2010. Lampiran P: Jenis-Jenis Tanaman Di Yaman Pada Kurun Ke-10

xiv