Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

20/12/2017 (sebelum 12.00 tengah hari) *Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender 2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil beri...

0 downloads 39 Views 593KB Size
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

KENYATAAN TAWARAN (KHAS UNTUK BUMIPUTERA) 1.

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) / CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF TANDAS DI BANGUNAN PENTADBIRAN, AKADEMIK, BENGKEL DAN ASRAMA SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) TAN SRI YAHAYA AHMAD, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR. TARIKH HARGA TARIKH NO TARIKH, MASA & TEMPAT PENJUALAN LPIPM SENASKAH TUTUP TENDER TAKLIMAT TENDER TENDER DOKUMEN TENDER 82/2017

29/11/2017 10.30 pagi Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad (TSYA) Kaw. Perindustrian Peramu Jaya, 26600 Pekan, Pahang.

2.

30/11/2017 Hingga 11/12/2017

Gred : G3 Kategori : B Pengkhususan : B24

RM174.00 + RM10.44 (GST 6%) = RM184.44

20/12/2017 (sebelum 12.00 tengah hari)

*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen :i. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB iii. Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

3.

Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja.

4.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi – 1.00 ptg, 2.00ptg - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh penjualan tender ini.

5.

Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

6.

Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

7.

MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8.

Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah : PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA, 21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my