BAB TIGA

sebab yang sah mengikut Hukum Syarak , iaitu ... Bada’I al-Sa an’I f i Tart ib al-Syara’I, Juz. 3. Beirut : D ar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, hlmn. 613...

0 downloads 131 Views 260KB Size
BAB TIGA : PENSABITAN ISTERI NUSYUZ MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

3.1

Pengenalan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, statut yang dipakai dalam perkara atau

isu yang melibatkan nusyuz ini adalah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahWilayah Persekutuan) 19841 dan juga Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WilayahWilayah Persekutuan) 19982 di samping akta asas Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 19933. Namun, persoalan yang timbul ialah adakah peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Akta-Akta ini jelas untuk digunapakai bagi proses perundangan dalam pensabitan isteri nusyuz di mahkamah syariah. Persoalan nusyuz tidak dijelaskan dengan nyata menurut kerangka perundangan keluarga Islam di Wilayah Persekutuan, namun, isu persoalan nusyuz ini tetap perlu diselesaikan menurut ruang lingkup undang-undang yang terhad ini.

3.2

Punca Kuasa Secara umumnya, mahkamah syariah bagi negeri-negeri di Malaysia adalah

berbidangkuasa hanya di dalam negeri tersebut sahaja kerana asas penubuhan mahkamah syariah adalah bidangkuasa negeri dan terhad kepada undang-undang diri orang-orang Islam sahaja. Perkara ini jelas diperuntukkan di dalam Butiran 1, Jadual Kesembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bagi Mahkamah

1

Tarikh mula berkuatkuasa ialah 27 April 1987. Selepas ini disebut AUKI 1984. Tarikh mula berkuatkuasa ialah 22 Oktober, 1998. Selepas ini disebut ATM 1998. 3 Tarikh mula berkuatkuasa 15 Oktober, 1993. Selepas ini disebut APUI 1993. 2

78

Syariah Wilayah Persekutuan4 pula, penubuhannya adalah seiring dengan penubuhan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari, 1974 melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952 (Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan 1974) 1993 (sekarang Akta 303) yang dikuatkuasakan pada 1993, maka MSWP juga ditubuhkan mengikut kehendak Akta berkenaan. Dalam Seksyen 40(1) akta berkenaan, telah diperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam warta menubuhkan

Mahkamah-Mahkamah

Rendah

Syariah

bagi

Wilayah-Wilayah

Persekutuan di tempat-tempat yang difikirkan patut. Dalam Seksyen 40(2) akta yang sama pula, diperuntukkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam warta menubuhkan Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sementara itu, Seksyen 40(3) pula memperuntukkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. MSWP terdiri daripada sebuah mahkamah di setiap wilayahnya, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Namun fokus bagi kajian ini adalah di MSWP Kuala Lumpur, wilayah utama yang mewakili 80%5 kes yang didaftarkan bagi keseluruhan Wilayah Persekutuan. Pengendalian kes di MSWP Kuala Lumpur bermula dengan pendaftaran kes berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Selain itu, rujukan berkenaan isu nusyuz juga berdasarkan ATM 1998 dan AUKI 1984.

4

Selepas ini disebut sebagai MSWP. Temubuat bersama Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 Jun, 2009 jam 1.00 petang. Tuan Mohamad Zakian kini Penyelidik Kanan, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 5

79

3.2.1

Seksyen 46 dan Seksyen 47 APUI 1993 Secara keseluruhannya, APUI 1993 merupakan akta asas berkenaan bidang

kuasa MSWP Kuala Lumpur dalam mendengar kes bagi mensabitkan seseorang isteri sebagai nusyuz. Selain itu, perundangan lain yang menjadi sandaran ialah AUKI 1984 dan ATM 1998. APUI 1993 melalui Seksyen 46 (2) (b) (i) memperuntukkan :Seksyen 46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah— (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan-(i)

pertunangan,

perkahwinan,

ruju',

perceraian,

pembubaran

perkahwinan (fasakh), nusyuz,...

Sementara itu Seksyen 47 (b) Akta yang sama pula memperuntukkan bahawa :Seksyen 47. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah. (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.

Bidang kuasa asal mahkamah adalah mahkamah tinggi syariah yang dinyatakan melalui Seksyen 46 APUI 1993, manakala Seksyen 47 Akta yang sama menjelaskan mengenai bidang kuasa mahkamah rendah syariah. Bidang kuasa MSWP Kuala Lumpur dalam perkara berkenaan nusyuz ini ada disebut secara jelas dalam kedua-dua seksyen tersebut. Oleh demikian, kes Tuntutan Sabitan Nusyuz boleh didengar dan diputuskan di mahkamah tinggi syariah dan juga mahkamah rendah syariah.

80

Namun, amalan di MSWP Kuala Lumpur, Ketua Hakim Syarie telah menetapkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz ini didengar di Mahkamah Rendah Syariah. Signifikannya, sekiranya terdapat rayuan, mahkamah tinggi syariah akan mendengar dan begitulah seterusnya bagi bidang kuasa mahkamah rayuan syariah. Permulaan bagi mendengar dan memutuskan kes pensabitan nusyuz ini adalah mahkamah rendah syariah berdasarkan peruntukan berkenaan bidang kuasa mahkamah sedia ada. Selain daripada kes induk Tuntutan Sabitan Nusyuz, lazimnya isu nusyuz dijadikan pembelaan dan juga ditimbulkan sebagai tuntutan balas dalam tuntutan berkaitan nafkah isteri, perceraian ta‘liq atau fasakh dengan alasan pengabaian nafkah.

3.2.2

Seksyen 59 AUKI 1984 AUKI 1984 merupakan undang-undang substantif, iaitu perundangan berkaitan

kekeluargaan Islam yang mengendalikan tentang hak, tanggungjawab dan perkara lain yang bukan berbentuk pengamalan atau prosedural. Undang-undang substantif ini adalah berbeza dengan ATM 1998, iaitu perundangan yang bersangkut paut dengan prosedur atau tatacara di MSWP Kuala Lumpur. Seksyen 2 AUKI 1984 merupakan peruntukan khas yang memberikan pentafsiran bagi istilah-istilah yang digunakan dalam keseluruhan Akta ini, namun tidak memberikan tafsiran khusus bagi istilah nusyuz. Kesannya, istilah nusyuz bebas diberikan pentafsiran dan seterusnya mewujudkan pelbagai tafsiran yang tidak jelas. Oleh demikian, pengertian nusyuz hanya dapat difahami secara tidak langsung di dalam Bahagian IV Enakmen ini iaitu berkaitan Nafkah Isteri, Anak dan Lain-lain melalui Seksyen 59 AUKI 1984 yang memperuntukkan :Seksyen 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. 81

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain— (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan

suaminya;

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. (3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

Daripada peruntukan di atas, ‘apabila dia nusyuz’ bermaksud bahawa seseorang isteri yang telah melakukan tindakan-tindakan nusyuz sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa ‘… atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya…’ selepas ‘apabila dia nusyuz’. Frasa ‘…enggan…’ di dalam peruntukan ini menunjukkan keadaan isteri yang tidak mahu atau tidak suka untuk menurut kemahuan atau perintah. Hal ini kerana peruntukan tersebut menggunakan perkataan ‘atau’ sebagai perantaraan di setiap keadaan-keadaan yang menafikan hak nafkahnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat6, ‘atau’ bermaksud serupa (sama) dengan dan juga boleh bermaksud salah satu antara beberapa hal. Justeru, peruntukan tersebut jelas

memberi

ruang

yang

luas

dalam

menentukan

keadaan-keadaan

yang

menggugurkan hak nafkah iaitu sama ada sememangnya wujud tindakan nusyuz ataupun enggan mentaati kemahuan/perintah suami yang tidak berlawanan syarak. Seksyen 59 (2) ini juga menggariskan faktor-faktor yang menggugurkan hak nafkah seorang isteri dan secara tidak langsung menjelaskan tindakan-tindakan isteri yang boleh menjuruskan kepada nusyuz jika dilakukan tanpa alasan munasabah, iaitu :6

Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 88.

82

(i)

Apabila seseorang isteri menjauhkan dirinya atau enggan untuk disetubuhi oleh suaminya;

(ii)

Apabila seseorang isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;

(iii)

Apabila seseorang isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.7

Peruntukan tersebut telah menggariskan tiga tindakan atau tanda-tanda seseorang isteri telah tidak menurut kehendak atau perintah yang sah dari suaminya yang tidak bertentangan dengan hukum syarak. Tindakan pertama ialah keengganan dari aspek perhubungan seksual hubungan suami dan isteri. Tindakan atau tanda-tanda lain yang disenaraikan dalam seksyen ini ialah isteri meninggalkan rumah kediaman yang disediakan oleh suami tanpa kemahuan suami atau tanpa sebab sah yang dibenarkan oleh syarak. Tindakan isteri yang keluar dari rumah tanpa keizinan suami dan tanpa alasan juga boleh dimasukkan dalam pentafsiran yang dijelaskan dalam Seksyen 59 (2) subperenggan (b) ini. Seterusnya, menurut subperenggan (c) ialah seseorang isteri yang enggan untuk mengikut suami berpindah ke rumah yang disediakan oleh suami untuk kehidupan berumah tangga. Namun demikian, setiap tindakan isteri yang ditafsirkan sebagai tindakan yang boleh disabitkan sebagai nusyuz tersebut hendaklah dibaca dengan ‘tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak, iaitu tindakan-tindakan yang dilakukan tersebut dilakukan oleh isteri bukan disebabkan kerelaannya atau disengajakan. Sekiranya isteri telah keluar dari rumah atas sebab keterdesakan atau kemudaratan pada dirinya seperti suami tidak menyediakan keperluan makanan atau dalam keadaan isteri dipukul yang melebihi had dan tujuan untuk mendidik, maka isteri

7

Seksyen 59(2), Ibid.,

83

tidak boleh disabitkan sebagai nusyuz.8 Keperluan isteri dalam perkara berkenaan lima aspek dalam maqasid syariah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan/nasab perlu diutamakan dan isteri boleh bertindak yang bertentangan dengan kehendak suami bagi memelihara aspek-aspek terbabit. Dalam Seksyen 59 juga, tanda-tanda isteri nusyuz hanya disebut dalam subseksyen (a), (b) dan (c) dan selain dari ketiga-tiga tindakan isteri tersebut, isteri masih boleh disabitkan sebagai nusyuz tetapi perlu merujuk kepada hukum syarak kerana tidak dikanunkan seperti contoh-contohnya. Tambahan pula, kausa ‘perintah sah suaminya, iaitu, antara lain…’ adalah kausa penyelamat dalam Seksyen 59(2) ini, iaitu dapat membawa maksud yang luas, iaitu wujudnya tindakan-tindakan isteri yang lain yang boleh disabitkan sebagai nusyuz oleh mahkamah selain yang disenaraikan dalam subseksyen (a), (b) dan (c). Selain itu, Seksyen 59(2) ini juga menunjukkan bahawa perlu ada suatu perintah suami yang sah dan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Maksud bagi ‘menurut kemahuan atau perintah sah suaminya’ dalam kausa ini ialah perlu ada suatu perintah atau arahan daripada suami kepada isteri dalam perkara atau tindakan tertentu. Perintah atau arahan ini boleh dibuat sama ada secara lisan mahupun melalui tulisan, iaitu dengan mengeluarkan notis atau surat arahan untuk mengikut kehendak atau kemahuan suami selagi tidak bertentangan dengan syarak. Oleh demikian, daripada peruntukan terhad dalam Seksyen 59(2) ini jelas menunjukkan bahawa bagi perkara yang berkaitan nusyuz ini perlu adanya suatu perintah suami yang sah menurut hukum syarak. Di samping itu, Akta ini juga menyatakan bahawa sekiranya seseorang isteri telah bertaubat dan kembali taat serta menurut perintah suaminya, maka isteri tersebut tidak lagi dikatakan sebagai nusyuz.9

8

Imam ‘Alauddin Abi Bakr bin Mas‘ud Al-Kasani. (t.t). Bada’I al-Sana’I fi Tartib al-Syara’I, Juz. 3. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, hlmn. 613. 9 Seksyen 59(3), Ibid.,

84

3.2.3

Seksyen 65 AUKI 1984 Selain peruntukan dari Seksyen 59(2) AUKI 1984 tersebut, nusyuz juga ada

disebut secara tidak langsung di dalam Seksyen 65(1), juga berkenaan hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian. Terma dalam Seksyen ini adalah :Seksyen 65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh ‘‘iddah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz. (2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu.

Namun demikian, terdapat pindaan Seksyen 65(1) AUKI 1984 yang terpakai kini dari peruntukan sebelumnya. Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 1992, terma yang digunakan dalam Seksyen 65(1) ini ialah ‘hidup dalam perzinaan dengan seseorang yang lain’. Cuma pada pindaan akta ini pada tahun 1994, terma ‘hidup dalam perzinaan dengan seseorang yang lain’ tersebut telah dipinda dengan menggunakan perkataan ‘apabila isteri itu menjadi nusyuz’. Selain itu, subseksyen (2) pula digantikan dengan yang berikut, iaitu sepertimana terma yang diperuntukkan dalam AUKI 1984 kini :(2)

Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada

bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu.

Oleh demikian, berdasarkan Seksyen 59(2) dan Seksyen 65 AUKI 1998 tersebut, pengertian nusyuz adalah terlalu sempit dan hanya disebut perkara berkenaan nafkah isteri sahaja. Jika seseorang isteri berlaku nusyuz seperti yang disebutkan dalam Akta tanpa sebab yang berpatutan, maka isteri tersebut sudah pasti tidak akan mendapat 85

nafkah daripada suaminya jika berada dalam tempoh ‘‘iddah atau masih dalam perkahwinan. Selain daripada kedua-dua peruntukan tersebut, perkataan nusyuz tidak disebut dalam peruntukan lain.

3.2.4

Seksyen 129 AUKI 1984 Sementara itu, Bahagian IX berkenaan Penalti pula adalah di bawah bidang

kuasa kesalahan matrimoni dan perkara ini termasuklah isteri tidak menurut perintah10, iaitu penalti yang dikenakan ke atas isteri dari segi hukuman denda yang ditetapkan oleh Mahkamah tanpa ada kaitan dengan hukum syarak. Kes bagi kesalahan ini hanya akan dibawa ke mahkamah syariah oleh Pendakwa Syarie setelah menjalani proses sebelumnya, iaitu aduan dibuat oleh suami kepada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI dan siasatan serta tindakan lanjut akan diambil oleh PPA JAWI sebelum dibawa kepada Pendakwa Syarie. Penambahan butiran diperlukan ialah salinan apa-apa keputusan atau perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah sebelum ini.11 Namun, setakat ini, tiada kes bagi Seksyen 129 AUKI 1984, iaitu berkenaan kesalahan kesalahan matrimoni yang dibawa oleh pihak pendakwa.12 Sebelum ini, Bahagian IX berkenaan Penalti ini, terdapat satu peruntukan berkenaan penganiayaan suami terhadap isteri, iaitu berdasarkan Seksyen 126 AUKI 1984 yang memperuntukkan seperti berikut :Seksyen 126. Menganiayai Isteri Seseorang yang menganiayai isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya denda dan penjara itu. 10

Seksyen 129, AUKI 1984. Zainor Rashid Hassin, Isteri Nusyuz, Suami Nusyuz - Prosedur, Perlaksanaan dan Isu-Isu di Mahkamah Syariah dalam Seminar Mahkamah Syariah & Isu-Isu Semasa di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 9 Oktober, 2004, hlmn. 7. 12 Temubual bersama Tuan Abdul Halim bin Abdullah, Pendakwa Syarie dari Unit Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 4 Jun, 2009 jam 11.00 pagi. (Tuan Abdul Halim kini berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor). 11

86

Namun, peruntukan yang dibentang di atas hanyalah pindaan pada tahun 1994 dan peruntukan asalnya adalah menyatakan bahawa ‘Seseorang yang menganiayai isterinya atau suaminya...’, iaitu di bawah peruntukan ‘Menganiayai Isteri atau Suami’. Oleh demikian, suatu persoalan wajar dilontarkan iaitu, apakah yang cuba dimaksudkan oleh pihak penggubal undang-undang pada masa tersebut dengan memasukkan kausa tindakan bagi menganiayai isteri dan suami dan bukannya menganiayai isteri sahaja dan kenapakah pindaan ini dibuat, iaitu dengan menggugurkan penganiayaan isteri ke atas suami seperti dalam peruntukan seksyen tersebut kini. Tambahan pula, suatu peruntukan lain yang juga di bawah Bahagian IX bagi Penalti, iaitu kesalahan matrimoni ini, peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 1992 ada diperuntukkan di bawah Seksyen 128, iaitu berkenaan Isteri Tidak Taat. Namun, peruntukan Isteri Tidak Taat telah dipinda dengan digugurkan dari peruntukan tersebut. Sememangnya telah ada Seksyen 129 yang memperuntukkan berkenaan Isteri Tidak Menurut Perintah, namun adakah sudah mencakupi dan menyeluruh dalam proses pensabitan isteri nusyuz menurut kerangka perundangan Islam di khususnya Wilayah Persekutuan. Dengan ketiadaan peruntukan jelas berkenaan isteri nusyuz dalam undangundang substantif sedia ada dan kelonggaran peruntukan berkenaan tuntutan isteri taat dan seumpama dengannya, seolah-olah bahawa tiada garis panduan dari aspek perundangan dalam persoalan nusyuz ini.

3.2.5

Seksyen 244 dan Seksyen 245 ATM 1998 Selain daripada APUI 1993 dan AUKI 1984, daripada observasi penulis

berdasarkan pemakaian peruntukan undang-undang dalam kes nusyuz di MSWP, peruntukan daripada ATM 1998 juga digunapakai dalam prosiding dalam pensabitan

87

isteri sebagai nusyuz. Peruntukan tersebut adalah daripada Seksyen 244 dan Seksyen 245 ATM 1998 yang memperuntukkan seperti berikut :Seksyen 244. Kuasa sedia ada Mahkamah. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.

Seksyen 245. Hukum Syarak. (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Akta ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat ketidakselarasan itu. (2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah menggunakan Hukum Syarak.

Namun, harus dijelaskan bahawa walaupun perkara berkenaan nusyuz ini tidak diberikan pentafsiran yang khusus dalam undang-undang sedia ada, namun undangundang tidak menafikan hak suami dalam mendapatkan pensabitan isteri tersebut sebagai nusyuz di mahkamah.13 Oleh itu, suami masih boleh memfailkan tuntutan ke atas isteri di mahkamah bagi membolehkan isteri disabitkan sebagai nusyuz atau menuntut agar isteri kembali taat kepadanya.

3.3

Tindakan sebelum memulakan prosiding Seksyen 59 (2) AUKI 1984 menghuraikan keadaan-keadaan yang membolehkan

pensabitan isteri nusyuz berlaku, iaitu sekiranya isteri menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah tanpa izin dan membuat perkara yang bertentangan

13

Temubual bersama Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 Jun, 2009 jam 1.00 petang. (Tuan Mohamad Zakian sekarang berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).

88

dengan kemahuan suami atau enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan munasabah dan boleh diterima syarak. Seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 59 Akta ini, isteri yang disabitkan sebagai nusyuz oleh mahkamah tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami.

Oleh demikian, bagi membincangkan tindakan sebelum memulakan prosiding bagi Tuntutan Sabitan Nusyuz, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi, iaitu :

3.3.1

(a)

Kuasa mahkamah untuk mensabitkan isteri sebagai nusyuz;

(b)

Tempoh dalam mensabitkan isteri sebagai nusyuz;

(c)

Tindakan-tindakan sewajarnya oleh suami;

(d)

Wujudnya suatu perintah yang sah oleh suami.

Kuasa mahkamah untuk mensabitkan isteri sebagai nusyuz Menurut

peruntukan

undang-undang,

proses

untuk

mensabitkan

dan

mengesahkan seseorang isteri itu sebagai nusyuz serta mengenakan tindakan selanjutnya seperti efek bagi nafkah isteri adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Oleh itu, suami perlu mendapatkan pengesahan mahkamah dan tidak boleh menuduh isterinya sebagai nusyuz di luar mahkamah sehinggalah satu pengisytiharan dibuat di mahkamah syariah. Di samping itu, prosiding bagi mensabitkan isteri sebagai nusyuz pula hanya akan berlangsung dengan adanya suatu tuntutan dari suami sendiri. Rujukan utama dalam perkara ini adalah Seksyen 59 (2) AUKI 1984, iaitu tidak gugur hak nafkah isteri yang nusyuz secara automatik sekiranya isteri melakukan tindakan seperti di subseksyen (a), (b) atau (c)14, tetapi perlu tertakluk pada hukum

14

Temubual bersama Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Jun, 2009 jam 10.30 pagi. (Tuan Mamat Haizan kini berkhidmat sebagai Ketua Pendaftar di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan).

89

syarak dan pengesahan mahkamah. Hal ini kerana, dalam peruntukan tersebut ada digunakan perkataan ‘dan’ antara hukum syarak dan pengesahan mahkamah, maka perlu ada pengesahan mahkamah juga dalam pensabitan nusyuz di samping mengikut pertimbangan syarak. Oleh itu, selagi tidak ada pengesahan daripada mahkamah syariah walaupun jika mengikut hukum syarak isteri telah berkelakuan sebagai isteri yang nusyuz, maka isteri belum lagi diistiharkan sebagai nusyuz sehingga menggugurkan hak nafkahnya. Perkara ini jelas kerana, kuasa untuk mensabitkan seseorang isteri sebagai nusyuz adalah kuasa mahkamah, bukannya kuasa suami. Lantaran itu, suami tidak boleh sewenangwenangnya mensabitkan isterinya sebagai nusyuz dan

bermakna hanya mahkamah

syariah yang akan mensabitkan isteri sama ada nusyuz atau tidak dengan berdasarkan perkara-perkara tertentu yang menjadi pertimbangannya.

3.3.2

Tempoh dalam mensabitkan isteri sebagai nusyuz Sementara itu, isu berkenaan pensabitan isteri nusyuz ini juga berkait dengan

nafkah dan isu nafkah pula perlu dikaitkan dengan tempoh. Hal ini kerana, gugur hak nafkah seseorang isteri yang disabitkan sebagai nusyuz hanya dalam keadaan isteri tersebut nusyuz sahaja. Apabila isteri taat kepada suami, maka isteri kembali berhak terhadap nafkah. Oleh itu, suami perlu menentukan tempoh masa isterinya berlaku nusyuz. Natijahnya, suami yang ingin memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz perlu membuat tindakan yang sewajarnya dengan segera kerana nafkah kepada isteri tetap menjadi kewajipan suami selagi isteri tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah. Oleh itu, suami perlu memfailkan Tuntutan Sabitan Nusyuz sejurus setelah isteri melakukan tindakan nusyuz atau dengan yang segera mungkin. Hak nafkah isteri yang gugur ialah hanya dalam tempoh isteri disabitkan nusyuz, bukannya keseluruhan. Oleh itu, suami perlu menetapkan tempoh masa isterinya telah 90

nusyuz berdasarkan tarikh-tarikh tertentu. Perkara ini penting kerana Seksyen 59(3) AUKI 1984 ada menjelaskan bahawa selepas bertaubat, maka isteri tidak lagi nusyuz. Tarikh-tarikh ini penting untuk tentukan bermulanya gugur hak nafkah isteri kerana sekiranya mahkamah mensabitkan isteri sebagai nusyuz, maka hak nafkah gugur dan hak ini dikembalikan dengan isteri tersebut bertaubat atau kembali mentaati suaminya. Contohnya, jika mahkamah mensabitkan isteri nusyuz dari bulan Januari hingga April dan pada bulan Mei isteri sudah bertaubat, maka hak nafkah yang gugur adalah bulan Januari hingga April dan nafkah bulan Mei, suami wajib untuk menyediakan untuk isteri tersebut. Sementara itu, dalam keadaan bahawa mahkamah telah mensabitkan isteri sebagai nusyuz dan isteri tidak bertaubat, iaitu tidak kembali kepada suami, timbul persoalan sama ada isteri disabitkan nusyuz sehingga tarikh suami memfailkan kes di mahkamah atau sehingga keputusan mahkamah. Namun, berdasarkan prinsip-prinsip dakwaan, tarikh yang sepatutnya isteri didakwa sebagai nusyuz adalah bermula dari isteri tersebut nusyuz menurut keterangan dan pembuktian yang mencukupi dari suami hinggalah kes Tuntutan Sabitan Nusyuz difailkan.

3.3.3

Tindakan-tindakan sewajarnya oleh suami Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh suami bagi mengatasi isteri yang

nusyuz ada dijelaskan dalam surah al-Nisaa’ ayat 34. Oleh demikian, prosedur mensabitkan isteri nusyuz di mahkamah juga melibatkan anjuran hukum syarak dalam perkara ini. Oleh itu, sebelum suami memfailkan sabitan nusyuz, suami perlu membuat anjuran yang telah digariskan oleh syarak ini. Suami yang sewajarnya memulakan langkah-langkah bagi mengembalikan ketaatan isterinya. Tindakan-tindakan tersebut ialah suami menasihati isteri akan kesan dan akibat kelakuan nusyuz dan jika tidak berhasil kaedah ini, suami mengasingkan tempat tidur dengan isteri dan tidak 91

memberikan apa-apa kesan, maka suami memukul dengan pukulan yang tidak menyakiti tetapi dengan tujuan mendidik. Dalam penghakiman rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu bagi kes : Abd. Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu15 yang juga merupakan panduan dalam proses pensabitan isteri nusyuz, ada disebut dalam penghakiman bahawa sebelum suami bertindak untuk mendakwa bahawa isteri telah nusyuz, suami harus memulakan tindakannya sendiri seperti dengan memujuk isteri dan lain-lain. Seterusnya, jika langkah-langkah seperti yang dianjurkan oleh syarak tersebut tidak berhasil, maka baru aduan dibuat kepada kepada pihak berkuasa. Di samping itu, dalam pada masa yang sama juga suami perlu terus menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menyediakan nafkah dan apa-apa keperluan isteri dengan baik. Perkara ini penting kerana suami perlu membuktikan di mahkamah bahawa dia telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan isteri telah keluar rumah bukan disebabkan oleh kecuaian atau pengabaian tanggungjawab di pihak suami.

3.3.4

Wujudnya suatu perintah yang sah oleh suami Dalam kes Abdul Hanif lwn. Rabiah16, dinyatakan secara jelas bahawa

pensabitan seseorang isteri sebagai nusyuz adalah perlu merujuk kepada wujudnya suatu perintah suami yang sah. Oleh demikian, dengan adanya suatu perintah yang sah oleh suami kepada isterinya dapat menyokong pelaksanaan kuasa suami untuk mensabitkan isteri nusyuz menurut

hukum syarak di samping kehendak undang-undang yang

memerlukan suatu perintah yang sah daripada suami kepada isteri.

15 16

[2004] CLJ (Sya) 1. (1996) 2 JH 47.

92

Secara umumnya, amalan di MSWP Kuala Lumpur, terdapat empat kaedah yang digunakan sebelum tindakan untuk pensabitan isteri sebagai nusyuz oleh mahkamah.17 Perkara-perkara ini menjadi amalan disebabkan ketiadaan peruntukan khusus yang menjelaskan pentafsiran nusyuz atau prosedur pensabitan isteri nusyuz secara langsung di dalam perundangan bertulis yang digunakan di Wilayah Persekutuan. Keempat-empat kaedah atau amalan tersebut juga merupakan suatu perintah yang sah oleh suami bagi sebelum memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur. Perintah suami yang sah juga dapat diperoleh melalui salah satu daripada kaedah-kaedah seperti berikut, iaitu sama ada :(i)

Suami mengeluarkan perintah secara bertulis kepada isteri;

(ii)

Laporan daripada Unit Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)18 agar isteri kembali taat setelah suami membuat aduan;

(iii)

Perintah mahkamah dalam kes Tuntutan Isteri Taat;

(iv)

Perintah suami secara lisan dengan dibuktikan.

Pertama ialah suami perlu mengeluarkan perintah secara bertulis kepada isteri. Perintah ini boleh dibuat dengan cara suami menulis surat kepada isterinya agar kembali taat dan mengikut perintahnya yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang serta menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Perintah secara bertulis ini hendaklah disediakan oleh suami dan bukannya wakil suami termasuklah peguam. Hal ini kerana, perintah yang wajib untuk ditaati oleh isteri adalah perintah daripada suaminya dan

17

Temubual bersama Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 Jun, 2009 jam 1.00 petang. (Tuan Mohamad Zakian kini berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan, Hakim Mahkamah Rayuah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia). 18 Selepas ini disebut sebagai Unit Rundingcara JAWI.

93

perintah atau arahan yang dikeluarkan tersebut juga hendaklah sah dan tidak bertentangan di sisi syarak. Surat yang dikeluarkan oleh suami adalah sebagai tanda amaran kepada isteri setelah suami telah bertindak memberikan nasihat, mengasingkan tempat tidur dan memukul untuk mendidik seperti yang diberikan panduan oleh syarak. Notis bertulis kepada isteri tersebut perlu menyatakan perintah kepada isteri dan suami juga wajar memberikan tempoh tertentu kepada isteri untuk mengambil tindakan kembali kepada suami dalam tempoh tertentu sama ada dalam tempoh 14 hari atau terpulang kepada pertimbangan suami sendiri. Dalam tempoh ini juga, suami seharusnya berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan isterinya termasuklah dengan cara memujuk isterinya dan apa-apa kaedah yang sesuai. Surat yang disediakan tersebut hendaklah diserahkan kepada isteri dan isteri perlulah mengikut perintah tersebut, iaitu kembali taat kepada suaminya. Setelah tindakan-tindakan ini diambil oleh suami dan isteri masih enggan mentaati perintah suami melalui notis atau surat tersebut, maka suami boleh menfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur. Suami perlu mengemukakan surat atau notis yang diberikan kepada isteri sebagai pembuktian dalam tuntutannya bahawa telah wujud suatu perintah yang sah. Kedua ialah perintah yang sah melalui notis daripada Unit Rundingcara JAWI agar isteri kembali taat setelah suami membuat aduan dan mengikuti sesi kaunseling. Tindakan ini juga boleh dibuat setelah suami mengeluarkan surat kepada isteri agar kembali taat seperti amalan pertama. Namun, alternatif lain ialah suami boleh terus membuat aduan kepada Unit Rundingcara JAWI untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga ini melalui cara kaunseling. Setelah aduan dibuat, suami dan isteri tersebut akan dipanggil untuk sesi rundingcara yang dikendalikan oleh Pegawai

94

Rundingcara JAWI yang dilantik khas.19 Setiap aduan bagi nusyuz dalam kes mal dibuat dengan mengemukakan masalah di samping menyatakan tindakan penyelesaian yang telah diambil. Seterusnya, siasatan susulan dibuat dan diikuti dengan rundingan dan khidmat nasihat antara kedua suami isteri yang mempunyai masalah tersebut.20 Prosedur yang perlu dilalui semasa sesi rundingcara ini ialah pegawai akan bertemu dengan pasangan suami dan isteri yang mempunyai konflik dalam rumah tangga. Dalam sesi tersebut, pegawai memulakan sesi dengan memberi peluang kepada suami untuk menyatakan aduan terhadap isteri, iaitu telah tidak mengikut perintahnya yang sah dari hukum syarak dan mohon isteri kembali taat dan menjalankan tanggungjawab. Seterusnya, isteri pula akan diberikan peluang untuk menyatakan alasan dan sebab keengkaran dari mentaati perintah suami. Langkah berikutnya ialah pasangan suami isteri ini akan dipanggil untuk mendapatkan kesimpulan atau pandangan keseluruhan bagi sesi rundingcara tersebut. Keputusan yang diperoleh berkemungkinan sama ada sesi rundingcara akan diteruskan atau dipanjangkan kepada mahkamah, iaitu sekiranya suami atau isteri ingin membuat tuntutan perceraian, fasakh, isteri taat atau sabitan nusyuz di mahkamah. Namun, setelah tindakan tersebut dilakukan dan tiada penyelesaian diperoleh, iaitu isteri tidak memberikan tindakbalas positif untuk taat kepada suami, maka tindakan selanjutnya ialah memfailkan kes di MSWP Kuala Lumpur. Sekiranya isu nusyuz ini akan dipanjangkan ke MSWP Kuala Lumpur, maka Pegawai Rundingcara akan menyediakan laporan kaunseling bagi kes tersebut. Laporan ini diperlukan dalam kes Tuntutan Sabitan Nusyuz yang difailkan oleh suami sebagai salah satu pembuktian di mahkamah bahawa telah wujudnya suatu perintah yang sah daripada suami dengan berdasarkan aduan dan sesi kaunseling tersebut.

19

Temubual bersama Puan Emi Yusmidar binti Mohamad Yusof, Pegawai Rundingcara, Unit Rundingcara dan Pembangunan Keluarga, JAWI pada 30 April, 2009 jam 2.00 petang. 20 Zainor Rashid Hassin. (2004). Op. Cit., hlmn. 6.

95

Seterusnya, ketiga ialah suami memfailkan Tuntutan Isteri Taat di MSWP Kuala Lumpur dan jika diluluskan, maka mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah kepada isteri agar kembali taat kepada suami. Suami boleh terus memfailkan Tuntutan Isteri Taat ini tanpa ada surat atau notis perintah kepada isteri terlebih dahulu dan tuntutan ini juga bagi mencukupkan syarat bawah Seksyen 59(2) AUKI 1984 bahawa wujudnya perintah suami yang sah untuk isteri taat. Perbezaan yang nyata bagi Tuntutan Isteri Taat dan Tuntutan Sabitan Nusyuz ialah dari sudut kesan, iaitu sabitan isteri nusyuz menggugurkan hak nafkah isteri manakala perintah mahkamah kepada isteri supaya kembali taat tidak menggugurkan nafkah kerana isteri bukan disabitkan sebagai nusyuz. Dalam perbicaraan kes tuntutan isteri taat ini, isteri perlu hadir ke mahkamah dan memberikan pembelaannya iaitu alasan yang wajar bahawa isteri tidak perlu taat kepada suami. Sekiranya mahkamah meluluskan tuntutan suami agar isteri kembali taat, maka mahkamah akan memerintahkan isteri balik kepada suami. Perintah mahkamah tersebut juga merupakan bukti bahawa isteri telah diarahkan patuh kepada perintah suami dan boleh dikemukakan untuk tuntuan sabitan isteri nusyuz oleh suami sekiranya isteri tetap enggan untuk mematuhi perintah tersebut. Sekiranya tuntutan suami dalam kes Tuntutan Isteri Taat ini gagagl atau ditolak oleh mahkamah, maka tidak memberi kesan kepada apa-apa tindakn isteri untuk kembali kepada suami. Sementara itu, kaedah berkenaan perintah suami yang sah yang keempat pula ialah suami memberikan arahan atau memerintahkan isterinya kembali taat secara lisan, namun kaedah ini perlu dibuktikan sama ada melalui kesaksian ataupun pembuktian lain. Sekiranya suami dapat membuktikan bahawa wujudnya perintah secara lisan tersebut, maka barulah suami berpeluang untuk mensabitkan isteri sebagai nusyuz dengan memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, tindakan bagi memulakan prosiding Tuntutan Sabitan Nusyuz hendaklah dengan wujudnya suatu perintah suami yang sah dengan berdasarkan 96

cara-cara yang telah dibentangkan tersebut. Oleh demikian, jelas bahawa suami perlu membuktikan wujud suatu perintah yang sah dengan berdasarkan apa-apa bukti bahawa dia telah melakukan perintah yang sah. Kewujudan perintah suami yang sah tersebut pula dapat dikemukakan melalui keempat-empat cara tersebut. Setelah suami telah mengeluarkan perintah dan memberikan tempoh tertentu kepada isteri dan isteri tetap ingkar, maka barulah sewajarnya suami memfailkan tuntutannya di mahkamah.

3.4

Prosiding Tuntutan Sabitan Nusyuz Tindakan bagi memulakan prosiding Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala

Lumpur

adalah dengan berdasarkan pengamalan seperti yang dijelaskan dalam

keempat-empat tindakan yang tersebut di atas. Kes Tuntutan Sabitan Nusyuz boleh difailkan ke mahkamah setelah suami memerintahkan isterinya agar kembali taat dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sama ada secara bertulis melalui surat mahupun dibuat secara lisan. Setelah surat arahan agar isteri kembali taat diterima oleh isteri, sewajarnya suatu tempoh tertentu diberikan kepadanya untuk mematuhi perintah sah yang diberikan oleh suami tersebut. Tempoh masa yang lazim dan sesuai adalah 14 hari21 dan dalam tempoh ini juga, suami seharusnya berusaha untuk mendapatkan kembali ketaatan isterinya termasuklah dengan cara memujuk isterinya dan apa-apa kaedah yang sesuai. Sementara itu, suami juga boleh terus membuat aduan ke Unit Rundingcara JAWI bagi menyelesaikan permasalahan suami dan isteri secara rundingcara. Namun, setelah tindakan tersebut dilakukan dan tiada penyelesaian diperoleh, iaitu isteri tidak memberikan tindakbalas positif untuk taat kepada suami, maka tindakan selanjutnya ialah memfailkan kes di MSWP Kuala Lumpur. Sebelum itu, suami yang memfailkan

21

Temubual bersama Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 Jun, 2009 jam 1.00 petang. (Tuan Mohamad Zakian kini berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan, Hakim Mahkamah Rayuah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).

97

Tuntutan Isteri Taat ini perlulah seseorang yang menetap atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.22 Oleh kerana suami sendiri yang membawa kes ini ke mahkamah, maka kes yang difailkan ini didaftarkan dalam kategori kes mal. Namun, peruntukan berkaitan nusyuz dalam perundangan Syariah di Malaysia adalah sempit dan hanya diperuntukkan secara umum. Oleh itu, timbulnya kekeliruan dalam menjelaskan perkara nusyuz. Tambahan pula, peruntukan yang menyebut perkara ini adalah di bawah Bahagian VI AUKI 1984, iaitu berkaitan nafkah isteri, anak dan lain-lain. Dengan ini, nusyuz hanya menjadi isu sampingan dan bukannya diperuntukkan dalam seksyen khusus. Oleh

demikian,

Jabatan

Kehakiman

Syariah

Malaysia

(JKSM)

ada

mengeluarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah23 yang menjelaskan perkara ini. Dengan adanya Arahan Amalan ini dapat dijadikan panduan dalam prosiding bagi Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur lantaran ketiadaan peruntukan khusus dalam AUKI 1984 mahupun perundangan bertulis yang lain. Arahan Amalan Mahkamah Syariah No: 11 Tahun 2001 berkenaan Kes Nusyuz dan menyatakan :Kes ini hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat berasingan. Mana-mana kes nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut. Oleh demikian, secara nyatanya, Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 11 Tahun 2001 ini dapat dibahagikan kepada dua isu, iaitu : (i)

Kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat berasingan.

(ii) Mana-mana kes nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut. 22 23

Seksyen 4, AUKI 1984, Selepas ini disebut Arahan Amalan.

98

Pertama ialah “…kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat berasingan…” iaitu sekiranya isteri telahpun memfailkan kes induk sama ada fasakh, ta‘liq atau nafkah, suami tidak perlu untuk memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz bagi mensabitkan isterinya sebagai nusyuz. Isu atau perkara nusyuz seperti yang didakwa oleh suami ini akan didengar di dalam kes induk tersebut sebagai tuntutan balas. Contohnya ialah isteri telah memfailkan tuntutan fasakh atas alasan suami telah cuai atau mengabaikan nafkah dalam tempoh tertentu, dan berdasarkan Arahan Amalan ini, suami mempunyai alasan bahawa kecuaiannya dari menyediakan nafkah tersebut disebabkan isteri telah berlaku nusyuz. Oleh itu, suami hanya perlu memasukkan tuntutannya bagi mensabitkan isteri sebagai nusyuz dan sekaligus menafikan hak fasakh isteri dalam tuntutan balas sahaja. Tuntutan balas ialah dua kes yang fakta yang sama dicantumkan untuk menjimatkan prosiding. Oleh demikian, dalam situasi tersebut, kes pertama ialah kes fasakh dan kes kedua pula sabitan isteri nusyuz dan kedua-dua kes ini dicantumkan disebabkan fakta yang sama serta boleh dibicarakan serentak. Kedua pula ialah bagi frasa “…Mana-mana kes nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut.” dan bermaksud bahawa telah ada keputusan atau perintah mahkamah sebelum ini bahawa sama ada isteri telah disabitkan nusyuz atau tidak nusyuz. Seterusnya, apabila difailkan kes permohonan cerai kemudiannya, maka kes nusyuz tersebut tidak perlu dibuka semula dan suami atau isteri hanya perlu memberikan kepada mahkamah yang mendengar kes perceraian tersebut perintah isteri nusyuz yang sedia ada. Oleh itu, isu atau perkara nusyuz ini tidak perlu dibicarakan semula kerana hanya menyentuh isu yang sama dan keputusan mahkamah juga telah diperoleh. Justeru, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pemakaian bagi “…Kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat 99

berasingan…” adalah dalam keadaan belum ada perintah mahkamah dalam isu atau perkara isteri nusyuz manakala bagi frasa

“…Mana-mana kes nusyuz yang telah

diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut.” pula telah ada perintah mahkamah dalam sabitan isteri nusyuz. Selain itu, dalam prosiding di mahkamah, selain suami perlu membuktikan bahawa isteri telah keluar dari rumah tanpa alasan yang tidak bertentangan syarak, suami juga perlu membuktikan bahawa dia sendiri telah menjalankan tanggungjawab dan menyediakan semua keperluan serta tidak ada sebab untuk isteri keluar meninggalkan rumah. Setelah cukup segala keterangan dan pembuktian serta tiada keraguan, maka barulah mahkamah boleh mensabitkan isteri nusyuz dalam tempoh tertentu. Oleh demikian, perlu dijelaskan bahawa perkara ini adalah penting untuk dibuktikan oleh suami. Kebanyakan kes bagi sabitan nusyuz, tidak ada keterangan suami bahawa dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami sedangkan tuntutannya adalah bagi mensabitkan isterinya sebagai nusyuz. Dalam kes Abdul Hanif lwn. Rabiah, tindakan isteri keluar dari rumah disebabkan oleh suami menghimpunkan ahli keluarga isteri pertama dengan Rabiah dalam satu rumah sebagai alasan Rabiah keluar dari rumah. Rabiah sebagai isteri kedua menuntut fasakh dan mendakwa bahawa sepanjang tempoh dia keluar hingga memfailkan kes fasakh, suami tidak pernah menyediakan nafkah dan keperluan seperti rumah kediaman dengan sempurna. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa dari tarikh isteri keluar rumah, isteri tersebut tidak nusyuz kerana suami telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Kaedah yang digunakan sebagai prosiding permulaan bagi memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur ialah :(i)

Notis Permohonan Ex-Parte 100

(ii)

Saman

(iii)

Pembelaan dan Tuntutan Balas

(iv)

Prosiding Tindakan Penalti

Kaedah-kaedah ini juga memenuhi peruntukan di dalam Seksyen 18724 bagi Notis Permohonan secara Ex-Parte, Seksyen 725 bagi Saman dan berkenaan tuntutan balas pula berdasarkan Seksyen 6626 ATM 1998. Sementara itu, kes yang dimulakan oleh Pendakwa Syarie JAWI adalah berdasarkan Seksyen 129 AUKI 1984.

3.4.1

Permohonan secara Ex-Parte Tindakan permulaan boleh dilakukan dengan memfailkan Notis Permohonan

secara ex-Parte oleh suami bagi mensabitkan isterinya nusyuz. Ex-Parte ialah permohonan sebelah pihak bagi mendapatkan perintah Mahkamah disebabkan keadaan yang mendesak dan segera. Permohonan ex-Parte ini boleh didengar dengan kehadiran satu pihak Pemohon sahaja bagi mendapatkan perintah mensabitkan isteri sebagai nusyuz manakala pihak Responden pula hanya diberi peluang untuk menjawab selepas

24

Cara membuat permohonan. (1) Jika melalui Akta ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar di dalam Kamar di hadapan seorang Hakim. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu. (3) Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara ex parte melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini. 25 Cara memulakan prosiding mal. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan dengan saman. (2) Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan dengan permohonan. 26 Tuntutan balas(1) Tiap-tiap tuntutan balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyataan tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya. (2) Tuntutan balas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan itu, tetapi jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat oleh Mahkamah.

101

menerima perintah Mahkamah dan prosidingnya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.27 Peruntukan bagi Notis Permohonan secara Ex-Parte ada diperuntukkan dalam Seksyen 187 ATM 1998, iaitu : Seksyen 187. Cara membuat permohonan. (1) Jika melalui Akta ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar di dalam Kamar di hadapan seorang Hakim. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu. (3) Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara ex parte melainkan

jika

diarahkan

selainnya

oleh

Mahkamah

atau

diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.

Pemohonan ex-Parte boleh difailkan dalam mana-mana keadaan yang memerlukan perintah segera dengan syarat jika kes induk belum difailkan, pemohon itu hendaklah memfailkan kes induknya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan difailkan.28 Pihak yang menerima perintah boleh memfailkan notis bantahan dalam tempoh 14 hari selepas perintah diterima. Contoh yang jelas bagi permohonan ex-parte ini ialah apabila seseorang suami mendapat tahu bahawa isterinya cuba untuk ke luar negara dengan tujuan tertentu tanpa keizinan atau kebenaran darinya sebagai suami dan tanpa sebab yang dibolehkan oleh hukum syarak, maka permohonan secara ex-parte boleh dibuat. Namun, dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan difailkan, suami perlu memfailkan kes induk, iaitu Tuntutan Sabitan Nusyuz di mahkamah syariah. 27 28

Arahan Amalan No:2 Tahun 2002, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. hlmn. 2. Arahan Amalan No:11 Tahun 2003, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. hlmn. 34.

102

3.4.2

Saman Tindakan lain dalam prosiding pensabitan isteri nusyuz ialah melalui saman iaitu

dengan kehadiran kedua-dua pihak suami dan isteri semasa prosiding. Seksyen 7 ATM 1998 memperuntukkan bahawa bagi prosiding kes yang disenaraikan di dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan dengan permohonan. Oleh itu, selain daripada kes yang disenaraikan tersebut hendaklah dimulakan dengan saman. Kes Tuntutan Sabitan Nusyuz tidak diletakkan antara 17 kes yang perlu dimulakan prosiding dengan permohonan dan dengan ini bermakna bahawa prosiding kes ini hendaklah dimulakan dengan Saman dan Penyata Tuntutan. Seksyen 7.

Cara memulakan prosiding mal.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan dengan saman. (2) Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan dengan permohonan. Saman ialah suatu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pihak-pihak tertentu supaya hadir ke mahkamah pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Saman penting bagi memaklumkan kepada Defendan (isteri) tentang tuntutan Plaintif (suami) terhadapnya. Defendan turut berpeluang untuk membuat pembelaan terhadap tuntutan tersebut. Prosedur saman adalah berdasarkan peruntukan Bahagian III, Bab 2 ATM 1998 dan ketidakhadiran pihak-pihak boleh menyebabkan tindakan-tindakan berikut diambil, iaitu :(i)

Sekiranya Plaintif tidak hadir tanpa alasan yang dapat diterima oleh Mahkamah, maka kes tersebut boleh dibuang.29

29

Seksyen 121(1)(a), ATM 1998.

103

(ii)

Sekiranya Defendan tidak hadir ke Mahkamah setelah dibuktikan penyampaian saman telah disempurnakan, Mahkamah boleh membicara dan memutuskan kes tersebut.30

(iii)

Sekiranya

Defendan

tidak

hadir

dan

saman

telahpun

disempurnakan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.31

3.4.3

Pembelaan dan Tuntutan Balas Selain memulakan sendiri prosiding bagi kes nusyuz dengan notis permohonan

secara ex-Parte dan Saman, lazimnya seseorang suami juga boleh melakukan prosiding nusyuz setelah menerima Saman daripada pihak Plaintif (isteri) dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas. Pembelaan ialah jawapan Defendan kepada tuntutan pernyataan Plaintif bagi tujuan pembelaan terhadap dakwaan yang dikemukakan. Lazimnya, tindakan pembelaan ini dikemukakan dalam tuntutan nafkah, perceraian ta‘liq atau fasakh. Seterusnya, tuntutan balas disertakan supaya isteri tersebut disabitkan oleh mahkamah syariah sebagai nusyuz. Dalam tindakan prosiding ini, pihak suami hanya perlu menunggu Saman dan Penyata Tuntutan disampaikan kepadanya setelah kes induk difailkan oleh isteri. Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut juga perlu disampaikan kepada mahkamah dan isteri dalam tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah.32 Namun demikian, sekiranya keputusan mengenai nusyuz telahpun ada sebelum kes induk tersebut, maka isu nusyuz tidak boleh lagi dibangkitkan dalam Tuntutan Balas.33

30

Seksyen 121(1)(b), Ibid., Seksyen 51, Ibid., 32 Seksyen 64, ATM 1998. 33 Arahan Amalan No:11 Tahun 2001, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. hlmn.34. 31

104

3.4.4

Prosiding Tindakan Penalti Seksyen 129 AUKI 1984 memperuntukkan hukuman tindakan penalti bagi

kesalahan di bawah undang-undang keluarga Islam yang juga merupakan kes jenayah syar‘ie dalam kategori matrimoni, iaitu :

Seksyen 129. Isteri Tidak Menurut Perintah Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Pendakwaan bagi prosiding tindakan penalti ini dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah34 berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan dan prosiding ini dijalankan oleh pihak Pendakwa Syarie.35 Pemakaian untuk Seksyen 129 AUKI 1984 ini juga memerlukan suatu perintah yang sah daripada suami sebelum dibuat aduan oleh suami kepada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI dan dipanjangkan kepada Pendakwa Syarie JAWI setelah siasatan dilakukan. Perintah suami yang sah yang dimaksudkan ialah empat kaedah yang dibentangkan sebelum ini. Setelah suami membuat perintah kepada isteri, maka suami mempunyai pilihan sama ada untuk memfailkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz di MSWP Kuala Lumpur atau membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk diambil tindakan oleh pendakwa syarie. Namun, setelah mahkamah mengeluarkan keputusan bagi Seksyen 129 AUKI 1984 ini, kesannya tidaklah menggugurkan hak nafkah isteri kerana bukannya suatu sabitan nusyuz.

34

Sekyen 47 APUI 1993; Seksyen 67 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Selepas ini disebut sebagai APJS 1997. 35 Seksyen 73 APJS 1997.

105

3.5

Beban Pembuktian Pensabitan isteri nusyuz memerlukan pembuktian yang sewajarnya bagi

membolehkan

keadilan

ditegakkan.

Pembuktian

ini

berkaitan

undang-undang

keterangan yang merangkumi kaedah asas, antaranya melalui Syahadah, Baiyyinah atau Qarinah. Dalam sesuatu tuntutan bagi mensabitkan isteri sebagai nusyuz, suami sebagai pihak yang mendakwa adalah bertanggungjawab untuk membuktikan dakwaan itu. Beban membuktikan dakwaan itu adalah ke atas suami, iaitu beban untuk membuktikan kes dan beban untuk mengemukakan keterangan.

Perkara ini dijelaskan melalui satu tuntutan harta dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Alaqamah bin Wail bin Hujr36 daripada bapanya yang berkata : Seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah datang menemui Rasulullah s.a.w, lalu lelaki Hadramaut berkata : Wahai Rasul, sesungguhnya lelaki ini (lelaki dari Kindah ini) mengambil tanah kepunyaan saya. Kemudian, lelaki dari Kindah membalas dengan berkata : Tanah itu adalah kepunyaan saya dan dia tidak berhak ke atas tanah itu.

Baginda bertanya kepada lelaki Hadramaut : Adakah kamu mempunyai bukti? Lelaki Hadramaut menjawab : Tidak. Rasulullah s.a.w bersabda kepada lelaki Kindah : Kamu mesti bersumpah. Apabila mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, lantas lelaki Hadramaut berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki dari Kindah ini buruk perangainya, dia tidak bertanggungjawab atas perkara yang disumpahkannya dan dia juga tidak menjaga dirinya dari sesuatu perkara. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Kamu tiada pilihan lain melainkan melalui cara sedemikian.

36

Sunan At-Tarmidhi, Jilid 3, Matb‘ah Al-Babi Al-Halabi, Cet. 1, 1937, hlmn. 625.

106

Pihak yang mendakwa hendaklah membuktikan kebenaran dakwaannya dan perlu mengemukakan keterangan yang sewajarnya sebagai pembuktian dalam pengadilan. Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa :-

ٍ ‫ﻋﻦ اﺑﻦ َﻋﺒ‬ ‫ "ﻟﻮ ﻳُـ ْﻌﻄَﻰ‬:‫رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل‬ َ ‫ أن‬:‫ﺎس رﺿﻲ اﻟﻠُﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬ ِ ِ ِ ٍ َ ‫ﺎل‬ ٌ ‫ﻋﻰ ِر َﺟ‬ ‫ﻤﻴﻦ‬ َ ‫اﻫ ْﻢ ﻻد‬ ُ ‫ﺎس ﺑِ َﺪ ْﻋ َﻮ‬ ُ ‫ـﻨَﺔُ ﻋﻠﻰ‬‫ﻣﺎء ُﻫ ْﻢ ﻟَﻜ ْﻦ اﻟﺒَـﻴ‬ ُ َ‫ﺪﻋﻰ واﻟْﻴ‬ ‫اﻟﻤ‬ َ ‫أﻣﻮال ﻗَـ ْﻮم ود‬ ُ ‫اﻟﻨ‬ 37 . .‫ﻜ َﺮ‬ َ ْ‫ﻋﻠﻰ ﻣﻦ أَﻧ‬ Maksud: Jika manusia dibenarkan setiap dakwaannya, tanpa bukti, maka sudah tentu manusia akan mendakwa darah dan harta orang lain, tetapi keterangan di atas yang mendakwa dan sumpah di atas yang didakwa.

Hadith di atas menggariskan asas yang penting iaitu beban bukti di atas pihak yang mendakwa. Jika diteliti kitab-kitab fiqh, ternyata hadith ini telah dijadikan salah satu kaedah fiqh yang masyhur iaitu:38

‫ﺪ ِﻋﻰ َواﻟﻴَ ِﻤ ْﻴﻦ َﻋﻠَﻰ َﻣ ْﻦ أَﻧْ َﻜ َﺮ‬ ‫ـﻨَﺔُ َﻋﻠَﻰ اﻟ ُْﻤ‬‫اﻟْﺒَـﻴ‬

Maksud: Keterangan di atas yang mendakwa dan sumpah di atas yang ingkar.

Oleh demikian, prinsip pembuktian di atas menjadi asas dalam menentukan beban pembuktian dalam mana-mana kes yang menjadi pertikaian termasuklah dalam kes nusyuz. Jika isu nusyuz ini dibuat dalam bentuk permohonan ex-Parte, maka beban pembuktian terletak kepada Pemohon. Sementara itu, jika isu nusyuz dijadikan satu pembelaan dan tuntutan balas oleh Defendan, maka pembuktian adalah terletak ke atas Defendan. 37

Diriwayatkan daripada al-Baihaqi, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Jalal al-Din ‘Abd Rahman al-Suyuti. (1998M/1419H). Al-Asybah wa al-Nadoir fi Qawa‘id wa Furu’ Fiqh al-Syafi‘iyyah, Juz. 2, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, hlmn. 472. Sheikh Ahmad Ibn Sheikh Muhammad al-Zarqa’. Syarh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah. Beirut : Dar al-Qalam, 2001M/1422H, hlmn. 372.

38

107

Sementara itu, bagi kes jenayah pula, prinsip asas yang digunakan ialah :39

ُ‫ﺬ َﻣﺔ‬ ‫َﺻ ُﻞ ﺑَـ َﺮأَةَ اﻟ‬ ْ ‫اﻷ‬

Maksud : Pada asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungan.

Kaedah ini menjelaskan bahawa asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungan melainkan setelah dibuktikan sebaliknya. Beban pembuktian adalah terletak ke atas orang yang mendakwa dan jika gagal membuktikan dakwaannya, maka kaedah ini hendaklah digunapakai.

Peruntukan berkenaan beban membuktikan kes, Seksyen 73 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan :

Beban membuktikan. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undangundang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud. (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu. Di dalam peruntukan tersebut, beban membuktikan fakta atau kes terletak ke atas pihak yang inginkan mahkamah memberi penghakiman ke atas apa-apa hak atau liabiliti mengikut fakta yang ditegaskan olehnya. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dalam memberi pentafsiran dalam Seksyen 3 menyatakan ‘keterangan’ termasuk:

39

Sheikh Ahmad Ibn Sheikh Muhammad al-Zarqa’. (2001). Ibid., hlmn. 105-107.

108

(a)

Bayyinah dan syahadah;

(b)

Segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara fakta yang disiasat,pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;

(c)

Segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.

Takrifan `keterangan' dalam Akta tersebut membezakan antara bayyinah dengan syahadah, dan tidaklah menolak jenis keterangan lain yang diterima oleh Islam seperti iqrar, yamin (sumpah), nukul 'an al-yamin (enggan bersumpah selepas diminta bersumpah) dan lain-lain. Justeru, dalam Seksyen 3 Akta tersebut meluaskan pentafsiran ‘keterangan’ dengan menggunakan perkataan `termasuk' yang memberi makna wujud banyak lagi jenis keterangan yang tidak disebut di dalam takrifan ini.

Secara umumnya, pembuktian boleh dibuat dengan mengemukakan saksi, ikrar dan juga dokumen. Saksi berperanan penting dalam membuktikan sesuatu yang didakwa atau dinafikan. Bilangan saksi menurut hukum syarak adalah seramai dua orang lelaki ataupun dua orang wanita dan seorang lelaki dan pendapat ini disepakati oleh Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.40 Selain itu, bagi mensabitkan isteri sebagai nusyuz, Plaintif perlu memberi keterangan menyatakan bahawa Defendan (isteri) nusyuz berdasarkan tanda-tanda nusyuz antaranya ingkar pada perintah suami dan seterusnya disokong oleh saksi-saksi. Namun, jika isteri membuat pembelaan dengan menafikan keterangan yang diberikan suami, maka Mahkamah akan membuat keputusan dengan menilai keterangan keduadua belah pihak. Sekiranya keterangan suami dapat membuktikan sehingga ke tahap

40

‘Abd. Al-Karim Zaydan. (1998M/1419H). Nizam al-Qada’ fi al-Syari‘at al-Islamiyyah, Juz. 3, Beirut : Muassasah al-Risalah, hlmn. 149.

109

ghalib al-zan, maka keterangan tersebut akan diterima sebagai pembuktian dalam mensabitkan isteri sebagai nusyuz. Apabila sesuatu kes dibawa ke depan hakim, adalah menjadi tanggungjawab hakim untuk mendengar keterangan dan hujah kedua-dua belah pihak.

3.6

Laporan Kes : Analisis Prosiding Dalam Isu Nusyuz Kes Tuntututan Sabitan Nusyuz lazimnya difailkan oleh suami terhadap isteri

bagi mensabitkan isterinya sebagai nusyuz oleh mahkamah. Arahan Amalan JKSM No. 1 Tahun 2000, iaitu arahan amalan yang pertama dikeluarkan ada menyenaraikan kod pendaftaran kes bagi setiap kes dan walaupun tiada peruntukan khusus berkenaan nusyuz dalam AUKI 1984 atau mana-mana undang-undang substantif yang lain, kod bagi kes Tuntutan Sabitan Nusyuz juga telah ditetapkan, iaitu kod 058. Sementara itu, kes lain yang berkaitan adalah kod pendaftaran kes nombor 062, iaitu bagi kes Tuntutan Isteri Taat yang juga bagi kes mal, manakala bagi kes jenayah pula ialah Isteri Tidak Menurut Perintah (Nusyuz) yang menggunakan kod 171. Namun, bagi perbincangan ini, penulis akan mengupas isu atau persoalan nusyuz yang ditimbulkan atau berbangkit dalam kes-kes tertentu yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum dan Shariah Law Report (ShLR). Jurnal Hukum adalah himpunan laporan keskes syariah yang diputuskan di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia dan diterbitkan oleh JKSM. Perbincangan dan ulasan penghakiman bagi kes-kes tertentu ini adalah meliputi isu dan persoalan pensabitan isteri nusyuz yang berbangkit dalam kes ta‘liq, fasakh, tuntutan nafkah diri dan nafkah ‘iddah dan harta sepencarian. Di samping itu, fokus utama bagi analisis ini adalah dari aspek tatacara atau prosedural yang diamalkan di mahkamah syariah di Malaysia dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan nusyuz. Oleh itu, penulis akan mengupas berkenaan isu atau persoalan nusyuz yang dibangkitkan dalam beberapa kes yang dilaporkan. Kes-kes 110

tersebut adalah meliputi kes fasakh, iaitu bagi kes Abd. Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu41, Nor Faizah bt. Abdul Samad lwn. Abu Bakar b. Abdul Ghaffar42 dan Nurul Huda bt. Ismail lwn. Nurrizal b. Ahmad Imran43. Penghakiman yang menarik juga diputuskan dalam kes fasakh Rozaida bt. Zaini lwn. Mohd. Zuki b. Md. Akhir44. Sementara itu, kes perceraian ta‘liq yang dibangkitkan isu nusyuz adalah dalam kes Zahar Md. Zaid lwn. Siti Kalsum Muhd. Junid45 dan kes Fakhariah binti Lokman lwn. Johari bin Zakaria.46 Selain itu, dalam kes tuntutan nafkah ‘iddah dalam kes Noraini binti Abdul Rahman lwn. Md. Taib bin Hanafi47 dan kes Norazian binti Mohd. Yusof lwn. Khairul Azmi bin Mohd. Rasid serta kes Hjh. Nikmah bt. PDLR Hj. Abu Bakar lwn. Hj. Mohammad Satri b. Hj. Omar48. Sebagai tambahan, isu nusyuz ini juga ada ditimbulkan dalam kes-kes tuntutan selepas perceraian yang lain seperti dalam kes harta sepencarian dan mut‘ah. Kes yang akan dianalisis adalah kes Mohamed Ainuddin Mohamed Nasurdin lwn. Rohani binti Ismail49 dan Mariam bt. Yaacob lwn. Wahi b. Samah.50 Sebagai tambahan, penulis juga akan menganalisis kes Tuntutan Isteri Taat bagi kes Y.A.M. Tg. Muhammad Fakhry Ibn. Sultan Ismail Petra lwn. Manohara Odelia Pinot51.

41

[2004] CLJ (Sya) 1. [2010] 1 ShLR 132. 43 [2009] 1 ShLR 108. 44 Kes Mal : 14001-0354-2007. 45 [2005] 1 CLJ (Sya) 116. 46 [2004] CLJ (Sya) 67. 47 [2005] 1 CLJ (Sya) 332. 48 [2010] 1 ShLR 60. 49 (1427H) JH 54. 50 [2010] 1 ShLR 96. 51 [2010]1 ShLR 30. 42

111

3.6.1

Isu Nusyuz dalam kes Fasakh Persoalan nusyuz yang ditimbulkan dalam kes tuntutan fasakh adalah bagi kes

Abd. Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu, iaitu suatu kes di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes Nor Faizah bt. Abdul Samad lwn. Abu Bakar b. Abdul Ghaffar52 pula kes diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor manakala kes Rozaida bt. Zaini lwn. Mohd. Zuki b. Md. Akhir diputuskan di MRSWP Kuala Lumpur.

Kes 1 : (Abd. Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu) Fakta Kes Kes ini merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan fasakh oleh Responden sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang menolak tuntutan fasakh tersebut. Keterangan menunjukkan bahawa Responden yang merupakan isteri kedua Perayu telah meninggalkan rumah kelamin mereka kerana sering dipukul, dihina dan dihalau oleh Perayu. Pada 14 Mac 1985, Pejabat Kadi Wilayah Persekutuan telah memerintahkan supaya Responden kembali ke pangkuan Perayu namun enggan atas alasan takut dipukul lagi dan rumah kelamin dahulu sudah diduduki oleh isteri pertama Perayu. Perayu pula tidak melaporkan kepada pihak Kadi tentang keengganan Responden kembali

kepadanya,

sebaliknya

terus

tidak

memperdulikan

Responden

dan

membiarkannya dengan masalah dan keadaannya itu. Sementara itu, di hadapan hakim-hakim rayuan yang bijaksana, timbul persoalan sama ada Responden boleh dianggap sebagai telah nusyuz dan dengan itu juga tidak berhak kepada perintah fasakh yang dipohon. Isu-isu turut berbangkit sama ada

52

Rujuk juga : Nurul Huda bt. Ismail lwn. Nurrizal b. Ahmad Imran [2009] 1 ShLR 108.

112

keputusan di Mahkamah Rendah Syariah adalah betul apabila : (i) Enggan menerima masuk sebagai bahan bukti laporan polis yang dibuat Responden yang mendakwa telah dipukul oleh Perayu; dan (ii) Menolak dakwaan ‘sering dipukul’ atas alasan bahawa pemukulan dibenarkan oleh syarak melalui surah al-Nisa ayat 34 dan kerana Responden gagal menyediakan saksi-saksi seperti yang dituntut surah al-Baqarah ayat 282.

Analisis Kes Kes ini telah diputuskan pada 24 Oktober, 1996 dan berdasarkan fakta kes di atas, Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan Perayu dan antara penghakimannya menyatakan bahawa Perintah bertarikh 14 Mac 1985 adalah suatu perintah yang sah. Namun, hakim Mahkamah Rendah Syariah tersilap apabila mentafsirkan bahawa Responden telah nusyuz dan tidak mengikut perintah taatkan suami dan sekaligus telah menolak tuntutan fasakh Responden. Sewajarnya, setelah usaha untuk mengembalikan ketaatan Responden (isteri) tidak berhasil, Perayu sebagai suami hendaklah mengambil tindakan mengikut peruntukan Seksyen 156 Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 dan Seksyen 59(1) (2) (3)(a) & (b) atau Seksyen 129 AUKI 1984. Namun, tindakan ini tidak dilakukan oleh Perayu. Perintah yang telah dikeluarkan oleh Kadi itu hendaklah diambil tindakan oleh Responden sekiranya isteri tidak mahu mengikuti suami atau tidak mahu mentaati suaminya berdasarkan alasanalasan yang munasabah mengikut hukum syarak. Dengan ini, setelah mendapat perintah Kadi agar isteri kembali taat, Perayu perlu memfailkan tuntutan bagi mensabitkan isteri telah berlaku nusyuz melalui peruntukan-peruntukan sedia ada tersebut bagi mendapatkan pensabitan isteri taat. Dalam masa yang sama, sebagai suami juga perlu berusaha mendapatkan semula ketaatan isterinya dengan cara memujuk atau pelbagai

113

cara yang lain. Setelah tindakan diambil, maka barulah boleh dihukum isterinya sebagai nusyuz. Setelah disabitkan sebagai nusyuz, maka barulah suami tidak berkewajipan untuk memberi nafkah kepada isteri mengikut berpatutan dengan keingkarannya. Namun, dalam kes ini, hakim Mahkamah Rendah Syariah telah tersilap iaitu dengan mentafsirkan isteri tersebut sebagai nusyuz dan dianggap tidak mengikut perintah Kadi tersebut atau arahan perintah taatkan suami sedangkan suaminya (Perayu) perlu bertindak memfailkan sabitan nusyuz terlebih dahulu di mahkamah bagi mendapatkan pengesahan terhadap perintah isteri taat sebelum ini. Namun, dalam kes ini, kegagalan Perayu untuk melaksanakan kehendakkehendak perintah menyebabkan pertikaian berpanjangan. Impaknya, Responden tidak dapat dibicarakan dengan memberi keterangan di mahkamah berkenaan sebab dan punca ketidaktaatannya sebagai isteri. Setelah mendapat perintah Kadi, Perayu tetap membiarkan isterinya berpanjangan dalam keadaan yang boleh membawa kepada nusyuz atau kemudaratan dalam kehidupannya, iaitu tidak dapat menerima nafkah dari suami atau mendapatkan kebahagiaan. Perayu sebagai suami juga gagal menyediakan rumah yang sesuai untuk menempatkan Responden setelah rumah kelamin mereka diduduki oleh isteri pertama Perayu seperti yang digariskan mengenai tanggungjawab suami menyediakan rumah kediaman kepada isteri dalam surah al-Talaq ayat 6. Keadaan ini juga telah membawa kepada kecuaian oleh suami ini, iaitu berasaskan kehendak peruntukan Seksyen 52(1)(b) AUKI 1984 yang turut digunakan oleh Responden dalam tuntutan perceraian secara fasakhnya. ‘Cuai’ boleh ditafsirkan mengikut kehendak Akta ini yang bersesuaian dengan hukum syarak iaitu suami telah tidak bertanggungjawab terhadap kerukunan rumah tangga dan membiarkan isteri berpanjangan dalam keadaan boleh membawa kepada nusyuz atau kemudaratan dalam kehidupannya dengan tidak dapat menerima nafkah daripada suami atau mendapatkan 114

kebahagiaan. Oleh itu, tindakan Perayu yang tidak mengambil tindakan terhadap perintah Kadi tersebut juga menyebabkan Responden tidak dapat keadilan kerana tidak dibicarakan atas sebab atau punca Responden tidak mahu kembali taat kepada suami.

Kes 2 : (Nor Faizah bt. Abdul Samad lwn. Abu Bakar b. Abdul Ghaffar) Fakta Kes Kes ini difailkan oleh Nor Faizah bt. Abdul Samad terhadap suaminya, Abu Bakar b. Abdul Ghaffar bagi menuntut perceraian secara fasakh. Pada asalnya Plaintif telah memfailkan satu permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, namun dipinda kepada perceraian secara fasakh di bawah Seksyen 53 Enakmen yang sama. Alasan tuntutan Plaintif ialah Defendan menganiaya Plaintif dengan memukul, Defendan melupuskan harta-harta Plaintif dan ada meminjam wang daripada keluarga Plaintif sebanyak RM 47,000.00 yang masih belum dipulangkan kepada Plaintif. Dakwaan-dakwaan ini disangkal oleh Defendan dan mendakwa bahawa Plaintif telah keluar rumah tanpa kebenaran Defendan, engkar dan enggan mengikut kehendak Defendan sebagai suami. Justeru, fakta yang menjadi isu dalam kes ini ialah sama ada Mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut hukum syarak.

Analisis Kes Dalam kes ini, isu pertama yang diulas oleh Mahkamah adalah berkenaan sama ada Defendan lazim menyakiti Plaintif sehingga menjadikan kehidupan Plaintif teraniaya dengan penganiayaan tersebut seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 53 (1) (j) (i) Enakmen Undang-Undang keluarga Islam negeri Selangor 2003. Alasan 115

penganiayaan yang didakwa oleh Plaintif adalah dakwaan Defendan memukul. Hakim Bicara, Tuan Mohamed Fauzi Mokhtar juga mengulas dari aspek hak suami untuk memukul isteri sekiranya terdapat tanda-tanda isteri dikhuatiri nusyuz seperti dalam surah Al-Nisa’ ayat 34. Oleh demikian, di peringkat isu pertama ini, Mahkamah menjelaskan berkenaan tindakan pukulan suami terhadap isteri yang dibenarkan oleh Syarak yang juga merupakan kaedah bagi menangani isteri yang nusyuz. Sementara itu, isu ketiga yang dibangkitkan adalah sama ada Mahkamah boleh mengisytiharkan Plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut hukum syarak. Fakta ini telah ditimbulkan oleh Defendan dalam Tuntutan Balas dan antara alasan dakwaan Defendan ialah Plaintif keluar rumah tanpa kebenaran Defendan dan setelah dipujuk engkar dan enggan mengikut kehendak Defendan sebagai suami. Alasan lain ialah Plaintif enggan dan cuai menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, Plaintif tidak lagi taat kepada suami dan tidak tinggal di tempat yang dikehendaki oleh Defendan. Plaintif

dalam

keterangannya

menyatakan

tindakan-tindakan

yang

menyebabkannya bertindak keluar dari rumah, iaitu atas alasan suami suka memukul. Antaranya keterangan Plaintif bahawa sekitar tahun 1996, Defendan telah menghalau Plaintif dengan mengheret dan mencengkam tangan Plaintif dengan kuat dan kasar serta membuang baju-baju Plaintif keluar dan mengunci pintu dan beberapa siri tindakan lain sehingga menyebabkan Plaintif bertindak keluar dari rumah. Persoalan yang ditimbulkan Mahkamah ialah sama ada Mahkamah boleh membenarkan Tuntutan Balas Defendan ini. Mahkamah merujuk kepada Ayat 34 Surah al-Nisa’ dan jelaslah bahawa sebelum apa-apa tindakan untuk mengisytiharkan isteri sebagai nusyuz, suami perlulah melalui ketiga-tiga peringkat yang telah dijelaskan dalam ayat tersebut. Dalam kes ini, Defendan tidak menjelaskan tindakan yang telah

116

dilakukannya dalam usaha menasihati Plaintif melainkan hanya sekali sahaja Defendan datang untuk memujuk Plaintif. Oleh itu, penekanan utama dalam kes ini ialah bahawa perlunya dan menjadi tanggungjawab Defendan untuk mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk menangani isteri yang nusyuz. Sejak Plaintif keluar dari rumah sehingga kes ini difailkan, tiada wujud sebarang tanda atau bukti tentang usaha Defendan untuk mengajak Plaintif kembali ke pangkuan Defendan.

Kes 3 : (Rozaida bt. Zaini lwn. Mohd. Zuki b. Md. Akhir) Fakta Kes Dalam kes tuntutan fasakh bagi Rozaida bt. Zaini lwn. Mohd. Zuki b.Md. Ahir ini, Plaintif telah mengemukakan alasan fasakh, iaitu Defendan gagal dan cuai menunaikan nafkah kepada Plaintif dan anak-anak; lazim menyakiti, menganiayai Plaintif dan lazim berkelakukan keji mengikut hukum syarak. Defendan hadir ke mahkamah dan menafikan alasan-alasan tuntutan Plaintif tersebut dan mengemukakan dua hujah, iaitu sama ada Plaintif berjaya membuktikan kesnya pada perimbangan kebarangkalian (balance of probability) dan sama ada Plaintif telah nusyuz atau tidak.

Analisis Kes Isu utama dalam kes ini ialah sama ada Plaintif berhak mendapat nafkah atau tidak dan bagi menentukan perkara ini, perlu diputuskan sama ada Plaintif adalah nusyuz atau tidak terhadap Defendan. Hak nafkah Plaintif adalah gugur sekiranya Plaintif disabitkan sebagai nusyuz. Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa Defendan telah cuai dan gagal mengadakan peruntukan nafkah, namun tidak dinyatakan tempoh kegagalan Defendan melaksanakan tanggungjawabnya secara nyata. Plaintif juga bersetuju bahawa Defendan telah membuat potongan gaji nafkah yang dimasukkan 117

ke dalam akaun CIMB Bank Plaintif. Defendan juga telah mengemukakan Penyata Gaji Bulanan bagi menyokong keterangannya. Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan pula turut mengutarakan isu Plaintif yang enggan taat kepada Defendan. Oleh demikian, atas asas-asas tersebut maka Mahkamah memutuskan tidak sabit perceraian secara fasakh; Plaintif dikehendaki kembali taat kepada Defendan dalam tempoh 30 hari dan sekiranya Plaintif gagal, Plaintif boleh diisytiharkan sebagai nusyuz.

3.6.2

Isu Nusyuz dalam kes Ta‘liq Sementara itu dalam kes ta‘liq yang turut membincangkan persoalan nusyuz

ialah kes Zahar Md. Zaid lwn. Siti Kalsum Muhd. Junid dan Fakhariah Lokman lwn. Johari Zakaria. Kedua-dua kes ini adalah di peringkat rayuan, iaitu kes Zahar Md. Zaid rayuan di Mahkamah Tinggi Melaka dan kes Fakhariah Lokman pula rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan.

Kes 1 : (Zahar Md. Zaid lwn. Siti Kalsum Muhd. Junid) Fakta Kes Kes Zahar Md. Zaid lwn. Siti Kalsum Muhd. Junid adalah rayuan oleh suami / Perayu terhadap keputusan hakim bicara kerana mensabitkan cerai ta‘liq yang dipohon oleh isterinya / Responden di bawah Seksyen 37 (1) Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983. Pihak peguam Perayu telah mempersoalkan dan mempertikaikan dengan memberikan 18 alasan rayuan. Dalam permohonannya, Responden mendakwa bahawa Perayu telah melanggar ta‘liq yang dibuat semasa pernikahan mereka, apabila gagal memberikan nafkah selama lebih dari empat bulan (bermula Ogos, 1999) dan kerana telah menyakiti tubuh badannya. 118

Dalam perbicaraan, Perayu mengakui tidak memberi nafkah selama yang didakwa

dan

mengaku

telah

memukul

Responden.

Namun

begitu,

Perayu

menghujahkan bahawa Responden telah nusyuz apabila bertindak keluar dari rumah tanpa izinnya, dan kerana itu tidak berhak kepada nafkah (maka itu tiada kes untuk cerai ta‘liq). Perayu juga mengatakan bahawa beliau tidak memukul Responden secara yang melampau atau berlebihan. Bagaimanapun, keterangan telah dikemukakan oleh Responden bahawa Perayu telah menendang, menampar, memaki, mencaci dan menarik rambut dan bajunya, dan bahawa beliau telah mengalami lebam-lebam di muka akibat pukulan-pukulan tersebut. Seterusnya, hakim di dalam keputusan menolak rayuan, antaranya memutuskan bahawa :(i)

Hakim Bicara tidak melakukan perbicaraan terhadap dakwaan nusyuz, sebaliknya membenarkan Responden untuk bersumpah dan dengan sumpah itu menolak dakwaan nusyuz ke atas Responden. Hakim Bicara sepatutnya membicarakan dahulu kes dakwaan nusyuz terhadap Responden.

(ii)

Tujuan Responden keluar rumah adalah untuk menjaga keselamatannya dan untuk mengelak dari terus dipukul oleh Perayu. Responden telah membuktikan bahawa dia sering dipukul oleh Perayu. Selain Perayu gagal mendapatkan perintah Mahkamah supaya Responden kembali taat kepadanya, isteri yang selalu dipukul, diterajang, ditampar dan dicederakan oleh suaminya tidak lagi berkewajipan untuk taat kepada suaminya itu.

119

Analisis Kes Dalam tuntutan perceraian ta‘liq yang difailkan oleh Responden (isteri), isteri mendakwa bahawa suaminya telah melanggar ta‘liq tersebut dengan tidak memberi nafkah kepadanya sejak 9 Ogos 1999 sehingga sekarang (rayuan didengar pada tahun 2004), menyakiti tubuh badannya dan suami tidak mempedulikan selama empat bulan. Perayu mendakwa bahawa isterinya telah nusyuz kerana keluar rumah tanpa kebenarannya sejak 9 Ogos 1999 sehinggalah sekarang (rayuan didengar pada tahun 2004). Oleh demikian, atas alasan tersebut, Perayu tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Dalam isu ini, Perayu sendiri telah mengakui tidak memberi nafkah kepada Responden selepas daripada tarikh tersebut sehinggalah kes ini diputuskan dan Hakim bicara terus membuat pengesahan dan mensabitkan ta‘liq tersebut. Oleh itu, tidak timbul pertikaian antara dakwaan Responden ke atas Perayu atas kegagalan memberi nafkah. Perayu pula mendakwa kegagalan Perayu memberi nafkah disebabkan sikap Responden yang keluar rumah sendiri dan gagal memberitahu Perayu di mana Responden berada serta Responden enggan menerima wang nafkah yang diberikan oleh Perayu. Namun, persoalan yang timbul ialah Perayu tidak bertindak untuk mencari Responden sedangkan ada mendakwa masih memerlukan Responden sebagai isterinya. Sekiranya Perayu berkehendakkan ketaatan Responden kembali, Perayu seharusnya mengeluarkan perintah kembali taat kepada Responden sama ada diselesaikan melalui perintah mahkamah, iaitu memfailkan Tuntutan Isteri Taat dan dibenarkan oleh mahkamah setelah keterangan kedua-dua pihak atau melalui perintah secara bertulis daripada Perayu sendiri sebagai suami kepada Responden sebagai isteri. Langkah selanjutnya adalah dengan memfailkan Tuntutan Sabitan Nusyuz sekiranya Responden masih enggan untuk taat setelah perintah yang sah telah dikeluarkan oleh mahkamah. Dalam masa yang sama juga, suami seharusnya berusaha memperbaiki keadaan rumah 120

tangga agar kembali kepada keharmonian dan memujuk isteri untuk memulihkan konflik yang berlaku. Apabila isu ini ditimbulkan, Hakim merujuk kepada catatan perbicaraan Yang Arif hakim bicara dan mendapati bahawa tidak ada catatan hakim yang membicarakan dakwaan Responden nusyuz tersebut. Seterusnya, apabila Hakim melihat kepada alasan penghakiman Yang Arif hakim bicara, ada menyatakan bahawa Perayu ada membuat dakwaan bahawa Responden telah nusyuz kepada Perayu, tetapi perbicaraan terhadap dakwaan Responden nusyuz tersebut tidak dilakukan. Hakim bicara dalam alasan penghakimannya menyatakan Plaintif (Responden) memohon kepada mahkamah untuk bersumpah bahawa dia tidak nusyuz dengan keluar rumah dan hanya bertindak demikian disebabkan perbuatan Defendan mendatangkan kemudaratan ke atas tubuh badan Plaintif. Mahkamah membenarkan Plaintif bersumpah bagi menolak dakwaan Defendan dan dengan bersumpah tersebut Hakim bicara memutuskan Plaintif tidak nusyuz. Hakim merasakan bahawa Yang Arif Hakim Bicara terlupa untuk membicarakan dan mencatitkan pendakwaan nusyuz tersebut tetapi ada kebenaran untuk bersumpah. Oleh itu, tentulah ada catatan sumpah tersebut tetapi tidak dicatatkan. Kemungkinan Hakim beranggapan bahawa untuk membicarakan dakwaan tersebut bukan bidang kuasanya dan sepatutnya Yang Arif Hakim Bicara membicarakan dahulu kes dakwaan nusyuz terhadap Responden seperti mana Arahan Amalan No. 11 Tahun 2001 yang menganjurkan perbicaraan dibuat dalam kes induk dan tidak secara berasingan. Oleh demikian, disebabkan tidak ada catitan hakim di dalam perbicaraan dakwaan tersebut, maka Hakim merasakan bahawa tidak perlu diberi sebarang ulasan. Mengikut catatan Hakim bicara, Responden keluar rumah kerana selalu kena pukul, ditendang, ditampar, maki caci dan lain-lain. Responden membuktikan dakwaannya bahawa beliau telah mendapat perintah interim dari mahkamah Majistret Jasin melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi menghalang Perayu 121

melakukan keganasan ke atas tubuh badan Responden. Perintah ini diiktiraf oleh mahkamah syariah selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Tidak dinafikan bahawa sememangnya ketaatan merupakan faktor yang boleh menentukan sama ada si isteri berhak atau tidak kepada nafkah. Namun, kes ini bukanlah kes biasa kerana isu yang timbul adalah melibatkan kezaliman dan penganiayaan terhadap isteri. Oleh yang demikian, tiada merit dalam hujah Perayu bahawa Responden tidak berhak kepada nafkah kerana telah nusyuz. Tambahan pula, seperti yang dihurai bahawa tiada perintah sah yang tidak bertentangan dengan hukum syarak diberikan oleh suami mahupun melalui mahkamah dalam mengeluarkan perintah kepada Responden agar kembali taat kepada Perayu.

Kes 2 : (Fakhariah Lokman lwn. Johari Zakaria) Fakta Kes Kes Fakhariah Lokman lwn. Johari Zakaria adalah kes rayuan terhadap keputusan Yang Arif Hakim menolak permohonan Perayu/isteri untuk mensabitkan satu perceraian ta‘liq, yang dikatakan berlaku di antara beliau dan Responden/suaminya di bawah Seksyen 128(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952. Semasa berkahwin, suami telah melafazkan ta‘liq bahawa isterinya akan tertalaq dengan talaq satu jika beliau gagal memberikan nafkah yang mencukupi kepada isterinya itu selama empat bulan ataupun lebih. Suami gagal memberi nafkah yang mencukupi kepada isterinya melebihi tempoh 4 bulan, dan berikutnya isteri memohon kepada mahkamah untuk satu perintah cerai ta‘liq. Atas keterangan, Yang Arif Hakim mendapati bahawa isteri telah nusyuz kerana telah keluar dari rumah dan meneruskan pelajaran di Amerika Syarikat tanpa keharusan syarak atau izin suami. Atas alasan itu, maka diputuskan bahawa isteri tidak berhak kepada perintah ta‘liq yang dipohon. Walau bagaimanapun, fakta menunjukkan bahawa 122

suami yang mengemukakan tuduhan nusyuz terhadap isteri tidak pernah memohon atau memperoleh apa-apa perintah nusyuz dari mahkamah. Isu-isu yang berbangkit di hadapan hakim-hakim rayuan adalah berkenaan :(i)

Sama ada lafaz ta‘liq merupakan satu perjanjian yang mengikat suami kepadanya; dan

(ii) Hakim

Kesan nusyuz ke atas suatu permohonan cerai ta‘liq. rayuan

telah

membenarkan

permohonan

Perayu

dan

dalam

penghakimannya antara lain menyatakan bahawa walaupun terdahulu mahkamah mungkin perlu memutuskan bahawa seseorang isteri itu tidak nusyuz sebelum berhak mendapat nafkah, suami dalam kes ini tidak pernah memohon perintah dari mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Keterangan menunjukkan bahawa walaupun isteri tidak lagi tinggal bersama suami selepas 25 November, 1986, suami tidak membuat apa-apa aduan kepada mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak juga mengambil langkah untuk mendapat perintah taat. Jika suami betul-betul ingin isterinya balik tinggal dengannya dan taat kembali, suami seharusnya berusaha supaya perkara itu dapat diselesaikan di luar atau di hadapan mahkamah. Atas alasan ini, dan mengambilkira surah al-Baqarah ayat 231, isteri berhak mendapatkan cerai ta‘liqnya dan disabitkan.

Analisis Kes Dalam kes ini, suami tidak menafikan bahawa dia telah tidak membayar nafkah yang mencukupi kepada isterinya. Hujahnya adalah dia tidak wajib membayar nafkah kepada isterinya kerana isteri itu telah nusyuz. Ta‘liq yang dilafazkan oleh suami adalah satu perjanjian yang jelas dan tanpa bersyarat. Ta‘liq juga ada menyebut setiap kali suami tidak memberi isterinya nafkah yang mencukupi, iaitu adat lamanya empat bulan atau lebih, maka bolehlah isteri itu mengadu kepada hakim syarie dan jika disabitkan 123

oleh hakim akan aduan itu, maka gugurlah talaq satu. Namun, tidak disebutkan apa-apa syarat bahawa isteri itu berhak mendapat nafkah jika isteri itu nusyuz. Ta‘liq itu dilafazkan oleh suami dan jika ada apa-apa keraguan mengenai kandungan ta‘liq itu hendaklah ditafsirkan berlawanan dengan suami dan berpihak kepada isteri. Atas alasan ini, hakim rayuan berpendapat bahawa isteri di dalam kes ini berhak disabitkan cerai ta‘liq. Mungkin boleh dihujahkan bahawa lafaz ta‘liq yang diperuntukkan di negeri Selangor tersebut tidak sepenuhnya mengikut hukum syarak kerana di bawah hukum syarak seorang isteri hanya berhak mendapat nafkah jika tidak nusyuz. Walaupun begitu, dalam kes ini suami tidak pernah memohon perintah dari mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Keterangan yang diberi menunjukkan bahawa isteri tidak lagi tinggal bersama suami selepas 25 November 1986 dan suami juga tidak membuat apaapa tindakan dengan membuat aduan kepada mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak mengambil langkah untuk mendapat perintah isteri taat dan mensabitkan isteri nusyuz dari mahkamah.

3.6.3

Isu Nusyuz dalam kes Nafkah Setiap kali membicarakan berkenaan kes nafkah, isu yang tidak dapat tidak dari

disangkut dengannya ialah berkenaan nusyuz. Perkara ini bukan sahaja jelas dinyatakan dalam perundangan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, malah juga ada dibincangkan oleh ulamak fiqh bagi isu nusyuz dalam perbahasan dalam topik nafkah. Oleh itu, analisis kes yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum adalah bagi kes Noraini binti Abdul Rahman lwn. Md. Taib bin Hanapi berkenaan nafkah ‘iddah. Seterusnya ialah analisis dalam kes Norazian binti Mohd. Yusof lwn. Khairul Azmi bin Mohd. Rasid dan Hjh. Nikmah bt. PDLR Hj. Abu Bakar lwn. Hj. Mohammad Satri b. Hj. Omar. 124

Kes 1 : (Noraini binti Abdul Rahman lwn. Md. Taib bin Hanapi) Fakta Kes Kes Noraini binti Abdul Rahman lwn. Md. Taib bin Hanapi ialah kes pengesahan lafaz ta‘liq iaitu Defendan telah mengucapkan ta‘liq talaq secara sindiran/kinayah dengan niat jika syarat kepada ta‘liq talaq itu berlaku, maka gugurlah talaq atas Plaintif. Syaratnya adalah bahawa Plaintif membuat panggilan telefon kepada Khalijah, tanpa mengira sama ada panggilan itu dibalas atau tidak atau sama ada Khalijah mendengar atau tidak panggilan tersebut. Dengan Plaintif menelefon Khalijah selepas ucapan ta‘liq talaq, maka syarat ta‘liq talaq itu telah dipenuhi oleh Plaintif, sekaligus melengkapkan rukun perceraian mengikut hukum syarak dan memenuhi kehendak undang-undang di bawah Seksyen 42 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 Terengganu, mahkamah dengan itu mensabitkan perceraian (talaq satu) di antara Plaintif dan defendan. Setelah disabitkan telah berlaku perceraian antara Plaintif dengan Defendan, timbul pula persoalan hak-hak yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak akibat dari berlakunya perceraian itu. Antaranya adalah tuntutan-tuntutan seperti nafkah ‘iddah, mut‘ah, harta sepencarian, hak jagaan ke atas dua orang anak dan nafkah anak.

Analisis Kes Dalam kes ini, isu berkaiatan nusyuz yang ditimbulkan ialah bagi tuntutan nafkah ‘iddah. Semasa menggulung hujah, Defendan telah membantah tuntutan Plaintif untuk mendapat nafkah ‘iddah. Justeru, Hakim berpendapat bahawa mahkamah perlu menentukan terlebih dahulu sama ada Plaintif layak atau tidak layak mendapat nafkah ‘iddah.

125

Namun, persoalannya adalah sama ada Plaintif telah berlaku nusyuz mengikut hukum syarak dan telah disahkan oleh mahkamah atau tidak. Di dalam kes ini, Hakim berpendapat bahawa persoalan bilakah berlakunya kejadian Plaintif telah tidak mahu ikut Defendan berpindah apabila Defendan mengajak Plaintif seperti yang didakwa oleh Defendan itu perlu diketahui terlebih dahulu. Sekiranya kejadian Plaintif telah tidak mahu ikut Defendan berpindah apabila Defendan mengajak Plaintif berpindah itu berlaku dalam tahun 1995, hakim berpendapat bahawa ajakan Defendan itu telah tidak menjadi perintah suami lagi kerana Defendan sendiri telah kembali rujuk arahannya itu dengan Defendan berulang alik antara tempat tinggal Plaintif dengan tempat kerja Defendan pada tiap-tiap minggu dan berterusan sehingga tahun 1997. Selain itu, mahkamah tidak dirujuk kepada sebarang perintah yang membuktikan bahawa Plaintif telah nusyuz. Berdasarkan kepada fakta yang menjadi isu ini, mahkamah berpuas hati dengan mengikut hukum syarak dan pengesahan mahkamah, bahawa Plaintif telah tidak nusyuz, atau telah tidak enggan dengan tidak berpatutan mentaati kemahuan atau perintah sah suaminya, tanpa apa-apa sebab yang sah menurut hukum syarak. Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat bahawa Plaintif adalah berhak kepada nafkah ‘iddah. Isu nusyuz juga telah ditimbulkan dalam kes ini kerana isteri telah membuat tuntutan nafkah ‘iddah. Dalam masa perkahwinan, suami telah dipindahkan kerana bertugas tetapi isteri tidak ikut berpindah atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam fakta kes. Keengganan isteri itu tidak digunakan oleh suami untuk mengisytiharkan nusyuz di mahkamah, malah suami redha dengan keadaan tersebut dan sentiasa berulang alik sehinggalah pihak suami mengadakan hubungan dengan orang ketiga. Mahkamah telah berpuas hati bahawa isu nusyuz tidak timbul kerana tidak ada pengisytiharan nusyuz dibuat oleh mana-mana mahkamah sebelum tuntutann nafkah ‘iddah dibuat. Hal ini bermakna bahawa isu ini sengaja ditimbulkan oleh suami untuk 126

mengelakkan dari membayar nafkah ‘iddah. Keputusan ini jelas menggambarkan satu kefahaman yang tepat mengenai pemakaian undang-undang dalam mensabitkan nusyuz kerana isu banyak ditimbulkan oleh suami selepas perceraian untuk mengelakkan dari membayar nafkah ‘iddah ataupun nafkah tertunggak. Walaupun begitu, isu nafkah tertunggak tidak dibangkitkan dalam kes ini.

Kes 2 : (Norazian binti Mohd. Yusof lwn. Khairul Azmi bin Mohd. Rasid) Fakta Kes Dalam kes Norazian binti Mohd. Yusof lwn. Khairul Azmi bin Mohd. Rasid yang merupakan kes tuntutan cerai oleh Plaintif terhadap Defendan. Plaintif telah membuat tuntutan nafkah dua orang anak berjumlah RM 400.00, mut‘ah RM 100.00, bayaran upah jaga anak RM 200.00 dan hak penjagaan anak di samping nafkah ‘iddah selama dalam ‘iddah berjumlah RM600.00. Di dalam tuntutan nafkah ‘iddahnya, Plaintif telah meminta ke atas bekas suaminya (Defendan) nafkah semasa menjalani ‘iddah talaq raj’ie sejumlah wang sebanyakRM600.00 atau RM 200.00 sekali suci sejumlah wang tersebut hendaklah sekadar hak, sebagai seorang isteri setelah diceraikan mengikut Syarak, atau dengan kadar RM 10.00 sehari. Namun, Defendan ada menyatakan bahawa Plaintif telah berlaku nusyuz kerana telah keluar rumah tanpa izin dan juga mengatakan bahawa isteri pernah menggugurkan anak.

Analisis Kes Di dalam kes ini, Defendan telah menyatakan bahawa isterinya (Plaintif) adalah nusyuz kerana menggugurkan anak, keluar rumah tanpa izin dan dakwaan ini semua merupakan dakwaan yang diperlukan saksi yang mencukupi berbanding kepada Plaintif.

127

Oleh itu, saksi penting dalam kes ini ialah bapa / ibu kepada Defendan harus dipanggil, malahan doktor juga harus dipanggil. Oleh kerana kes ini telahpun sampai ke tahap Keputusan, Mahkamah tiada pilihan lain selain menyatakan bahawa dakwaan ke atas Plaintif adalah ditolak dan Plaintif berhak mendapat nafkah ‘iddah, malahan tiada dibuktikan kepada mahkamah bahawa Plaintif telah berlaku nusyuz. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan diperintahkan membayar nafkah ‘iddah sebanyak RM 500.00 selama ‘iddah kepada Plaintif.

Kes 3 : (Hjh. Nikmah bt. PDLR Hj. Abu Bakar lwn. Hj. Mohammad Satri b. Hj. Omar) Fakta Kes Kes Hjh. Nikmah bt. PDLR Hj. Abu Bakar lwn. Hj. Mohammad Satri b. Hj. Omar melibatkan suatu tuntutan nafkah ‘iddah, harta sepencarian dan mut‘ah yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Brunei, Y.A. Salim Besar. Plaintif membuat tuntutan bagi mendapatkan nafkah ‘iddah sebanyak B$900, harta sepencarian sebanyak B$ 27,349 dan mu’ah sebanyak B$20,000. Defendan menafikan ketiga-tiga tuntutan Plaintif dan jawapan Defendan berkenaan tuntutan nafkah ‘iddah ialah Plaintif tidak berhak terhadap nafkah ‘iddah kerana Plaintif didakwa nusyuz, iaitu selalu keluar rumah sebelum bercerai.

Analisis Kes Dakwaan nusyuz oleh Defendan ke atas Plaintif hanyalah bagi menggugurkan hak nafkah ‘iddah Plaintif sahaja. Namun, tiada sebarang bukti yang didatangkan oleh Defendan terhadap dakwaannya termasuklah saksi bagi menyokong dakwaan tersebut. Defendan juga tidak pernah mengadukan hal Plaintif berlaku nusyuz sebelum ini. Dalam 128

kes ini, dakwaan nusyuz adalah daripada Defendan dan Defendan bertanggungan untuk mengemukakan pembuktian sewajarnya terhadap dakwaan Plaintif telah nusyuz, namun Defendan gagal. Oleh itu, Plaintif telah bersumpah menafikan dakwaan Defendan dan Mahkamah menerima sumpah dan menolak dakwaan nusyuz sekaligus Plaintif berhak mendapat nafkah ‘iddah. Rujukan Mahkamah terhadap perkara ini ada dinyatakan dalam kitab Bughyatul Al-Mustarsyidin di halaman 240 berkenaan seseornag isteri menafikan dakwaan nusyuz dengan mengangkat yamin nukul, iaitu : Dibenarkan perempuan (isteri) dengan sumpahnya menafikan yang ianya tidak nusyuz. Justeru, berdasarkan prinsip ini maka Mahkamah menerima sumpah penafian Plaintif dan Plaintif tidak dihukumkan sebagai nusyuz dan haknya bagi mendapatkan nafkah ‘iddah dapat diterima oleh Mahkamah.

3.6.4

Isu Nusyuz dalam kes Harta Sepencarian dan Mut‘ah Isu nusyuz dalam tuntutan-tuntutan sampingan selepas perceraian seperti harta

sepencarian juga ada dibangkitkan dalam kes Mohamed Ainuddin Mohamed Nasurdin lwn. Rohani binti Ismail dan Mariam bt. Yaacob lwn. Wahi b. Samah. Kes 1 : (Mohamed Ainuddin Mohamed Nasurdin lwn. Rohani binti Ismail) Fakta Kes Kes ini adalah kes rayuan mal kerana Perayu tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam yang telah diputuskan pada 29 Januari 2002 dalam kes tuntutan harta sepencarian. Rayuan Perayu ditolak dan mengekalkan perintah yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Bicara dan memperkukuhkan perintah pembahagian seperti yang diperintahkan.

129

Analisis Kes Perayu telah membangkitkan fakta bahawa Responden telah curang terhadap Perayu kerana ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Airil Amar dan juga terhadap fakta Responden sendiri yang memohon penceraian. Di dalam hal ini, setelah mahkamah meneliti, didapati perkara ini tidak berlaku dan mahkamah mengenepikan serta menolak dakwaan tersebut. Sekiranya terdapat dakwaan curang, sepatutnya dakwaan hendaklah dibuat melalui saluran yang betul, iaitu melalui penguatkuasaan Jabatan Agama Islam untuk dikemukakan kepada mahkamah. Hujah Perayu berkaitan gugurnya harta sepencarian ini yang disebabkan oleh beberapa keadaan seperti Responden keluar rumah tanpa izin Perayu dan dakwaan curang di dalam rumah tangga dengan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Airil Amar, mahkamah mendapati bahawa kedua-dua dakwaan ini tidak menggugurkan permohonan Responden terhadap tuntutan harta sepencarian. Perkara ini berdasarkan takrif harta sepencarian itu sendiri menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 (Pindaan) 1988 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah “harta yang diperolehi bersama oleh suami

isteri semasa perkahwinan

berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak”. Setelah meneliti Rekod rayuan, Mahkamah mendapati juga bahawa tidak ada sebarang aduan ataupun apa-apa bukti atau tindakan yang dibuat oleh Perayu bagi mengisytiharkan bahawa Responden telah berlaku curang dengan mengadakan hubungan dengan lelaki lain dengan mendapatkan perintah isteri taat atau sabitan nusyuz melalui kuasa mahkamah. Perayu mendakwa bahawa Responden adalah seorang isteri yang nusyuz kerana keluar meninggalkan rumah kelamin dan telah menggugurkan segala hak yang ada pada Responden terhadap nafkah dan harta Perayu. Setelah Mahkamah Rayuan merujuk dalam Rekod Rayuan, didapati Responden tidak pernah dihukumi oleh mana-mana 130

Mahkamah terhadap dakwaan nusyuz ini. Jika benar dakwaan ataupun cara tindakan nusyuz boleh dibuat mengikut Arahan Amalan No. 11 Tahun 2001. Oleh yang demikian, masalah tuduhan nusyuz, mahkamah Rayuan Syariah menolak kedua-dua tuduhan tersebut kerana tiada kaitan dalam mempertimbangkan nilai pembahagian harta-harta dan kadar pembahagiannya yang dituntut oleh Perayu.

Kes 2 : (Mariam bt. Yaacob lwn. Wahi b. Samah) Fakta Kes Kes Mariam bt. Yaacob lwn. Wahi b. Samah adalah suatu tuntutan mut‘ah dan juga nafkah ‘iddah. Pihak-pihak bernikah pada 8hb. Oktober, 1975 dan bercerai pada 29hb. Jun, 1993. Isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada Defendan mampu membayar mut‘ah kepada Plaintif. Sementara itu, Defendan pula mendakwa bahawa Plaintif telah nusyuz kerana telah lari dari rumah tanpa izin Defendan yang juga merupakan punca Defendan melafazkan cerai kepada Plaintif.

Analisis Kes Isu nusyuz ditimbulkan oleh Defendan bagi kedua-dua kes nafkah ‘iddah dan juga mut‘ah. Dakwaan Defendan ke atas Plaintif ialah Plaintif telah nusyuz kerana telah lari dari rumah tanpa izin Defendan dan juga menjadi punca utama Defendan melafazkan talaq kepada Plaintif. Namun, Defendan gagal memgemukakan pembuktian yang sewajarnya yang jelas dan kukuh sehingga meyakinkan Mahkamah dan natijahnya, Mahkamah menolak dakwaan Defendan tersebut. Plaintif tidak pernah diisytiharkan sebagai isteri nusyuz semasa perkahwinan dan Mahkamah berpendapat isu Plaintif berlaku nusyuz juga tidak wajar dibangkitkan dalam tuntutan ini kerana dakwaan nusyuz tersebut sepatutnya ditimbulkan semasa pihak-pihak dalam tempoh perkahwinan. Rujukan terhadap kes : Tg. Anum Zaharah 131

lwn. Dato’ Dr. Hussien b. Mohamad Yusof (1980) 3 JH 125, Y.A Kadhi Besar menyatakan bahawa walaupun Plaintif diisytiharkan nusyuz oleh Mahkamah sekalipun, Plaintif tetap berhak terhadap mut‘ah dan pendapat ini adalah selari dengan kes rujukan : Piah bt. Said lwn. Che Lah b. Awang (1982) 2 JH (3) 220.

3.6.5. Isu Nusyuz dalam kes Tuntutan Isteri Taat Kes Tuntutan Isteri Taat yang dirujuk ini adalah kes Y.A.M. Tg. Muhammad Fakhry Ibn. Sultan Ismail Petra lwn. Manohara Odelia Pinot yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru, Y.A. Mohamed Yusoff Awang.

Fakta Kes Plaintif dan Defendan bernikah pada 26hb. Ogos, 2008 dan sehingga Mei, 2009, pasangan ini hidup dalam aman, bahagia dan harmoni. Namun, pada 31hb. Mei, 2009, Defendan telah melarikan diri daripada Plaintif semasa mereka berdua berada di Singapura dengan pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan dan izin Plaintif. Defendan juga telah membuat beberapa kenyataan yang berbentuk fitnah ke atas Plaintif melalui media massa Indonesia. Asas Tuntutan Isteri Taat ini difailkan oleh Plaintif ialah Defendan telah pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan dan tanpa izin Plaintif sedangkan Plaintif sentiasa memberi layanan yang baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan tidak pernah wujud penderaan terhadap Defendan. Oleh itu, isu-isu yang timbul di hadapan Mahkamah ini ialah (i) sama ada Plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya kepada Defendan semasa pihak-pihak hidup dan tinggal bersama; dan (ii) sama ada benar dakwaan Defendan bahawa dia telah didera oleh Plaintif dari segi mental dan fizikal.

132

Analisis Kes Dalam kes ini, Mahkamah memberikan penghakiman melalui perbicaraan sebelah pihak atas keengkaran Defendan untuk hadir ke Mahkamah pada sidang-sidang yang telah ditetapkan. Ulasan Mahkamah juga adalah berkait rapat dengan kewajipan isteri untuk setia mentaati dan patuh kepada suami dalam setiap keadaan kecuali dalam perkara melakukan maksiat. Antara isu yang diketengahkan oleh Mahkamah ialah berkenaan sama ada Plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya kepada Defendan sepanjang tempoh mereka hidup bersama. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap Defendan dan Defendan juga telah hidup dengan baik. Defendan juga menerima layanan istimewa, diberikan pangkat dan kedudukan sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan yang sah di sisi undang-undang. Plaintif juga telah mengemukakan seorang saksi bagi menyokong keterangannya Sementara itu bagi dakwaan Defendan melalui Pembelaannya bahawa Plaintif menderanya dari segi mental dan fizikal, Mahkamah menolak dakwaan tersebut kerana tidak dibuktikan sewajarnya oleh Defendan sebagai pihak yang mendakwa. Tambahan pula Defendan tidak hadir ke Mahkamah bagi menjawab dan membuktikan dakwaan tersebut. Oleh demikian, atas asas bahawa Plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya dan tiada kemudaratan ke atas Defendan dengan taat dan patuh kepada Plaintif, maka sebagai isteri yang sah dari segi hukum syarak dan undang-undang, Defendan hendaklah kembali taat dan patut kepada Plaintif. Selain itu juga, Defendan diberikan tempoh 14 hari untuk kembali taat dan patuh kepada Plaintif

dan jika gagal

melaksanakn perintah ini, maka Mahkamah menghukumkan dan memutuskan bahawa Defendan adalah seorang isteri yang nusyuz/derhaka dan gugur daripada mendapat nafkah dan haknya daripada Plaintif. 133

Kesimpulannya, kes yang difailkan oleh Plaintif ini adalah suatu kes Tuntutan Isteri Taat yang asalnya tidak mempunyai efek gugur hak nafkahnya. Justeru, bagi memberikan kesan bagi keengganan untuk kembali taat berdasarkan Perintah tersebut, sewajarnya terma nusyuz dan efeknya dimasukkan juga sebagai Perintah.

3.7

Kesimpulan Prosiding Tuntutan Sabitan Nusyuz tidak hanya menekankan perkara semasa

prosedur tersebut, namun turut melibatkan aspek tindakan sewajarnya yang telah diambil oleh suami dalam memberikan perintah kepada isteri agar taat. Elemen suami berterusan menjalankan tanggungjawab sebaiknya juga menjadi pertimbangan mahkamah bagi mengelakkan kes Tuntutan Sabitan Nusyuz hanya sebagai suatu sandaran melepaskan tanggungjawab nafkah di pihak suami. Isu yang berbangkit dalam persoalan nusyuz dan pensabitannya ini ialah dari aspek peruntukan undang-undang sedia ada. Peruntukan dalam AUKI 1984 hanya memberi suatu pentafsiran yang sempit dan tidak secara khusus berkenaan nusyuz, iaitu hanya dinyatakan dalam peruntukan yang berkaitan dengan nafkah sahaja. Namun begitu, dalam keadaan yang sedemikian tidak menafikan hak suami untuk menuntut agar isterinya disabitkan sebagai nusyuz mengikut lunas undang-undang yang ada setelah dapat dibuktikan dengan sewajarnya. Perkara lain ialah berkenaan prosedur yang sepatutnya diambil oleh suami sebelum membolehkan dia memfailkan Tuntutan Sabitan Nusyuz di mahkamah yang tidak diketahui dan difahami oleh suami dengan sewajarnya. Apabila isteri mengambil jalan keluar dari rumah suami sementara suami pula terus mengabaikan tanggungjawab tidak akan menyelamatkan rumah tangga yang telah didirikan. Oleh demikian, kefahaman yang jelas serta maklumat yang betul perlu disalurkan bagi memberikan hak kepada pihak-pihak ini menjaga keharmonian rumah tangga. 134