Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Strategi SQ3R : https: ... dengan menggunakan cara yang kreatif. Misalnya, dengan menggunakan permainan dan menayangkan video. Jadi, tidaklah kami bos...

0 downloads 10 Views 483KB Size
CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN SUBJEKTIF Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6

OBJEKTIF Di akhir bengkel ini… Para peserta dapat memahami bagaimana hendak menjawab soalan kefahaman. Para peserta tahu cara memahami teks yang dibaca. Para peserta dapat mengaplikasikan teknik yang diajar dengan anak mereka.

FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Jenis & Bilangan Soalan : Soalan respons bebas (open-ended questions) 6 item

Soalan 36 hingga soalan 41b

Peruntukan Markah : 20 markah (10%) Soalan 36 & 37 (2 markah) Soalan 38, 39 & 40 (4 markah)

FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF Uji kebolehan murid untuk memahami satu petikan

karangan. Menjawab pelbagai bentuk soalan : - Literal (P3 – P6) - Inferens (P3 – P6) - Penilaian (P3 – P6) - Penghayatan (P5 – P6) - Semantik (P3 – P6)

MEMAHAMI TEKS BACAAN  Baca petikan karangan & soalan-soalan sekurang-kurangnya 2 kali.

 Strategi SQ3R : https://www.youtube.com/watch?v=P2Gic5lU-5g  https://www.youtube.com/watch?v=0dhcSP_Myjg Langkah 1

S

Meninjau

Baca teks sepintas lalu.

(Survey)

Langkah 2 Langkah 3

Q R

Menyoal (Question)

Ubah ayat pertama setiap perenggan menjadi soalan.

Membaca senyap

Baca untuk mencari jawapan bagi soalan yang dibina oleh kamu.

(Read)

Langkah 4

R

Membaca lantang

Baca jawapan yang telah dikenal pasti secara lantang.

(Recite)

Langkah 5

R

Meninjau semula (Review)

Tulis nota pada jawapan.

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF Garisi kata kunci & isi-isi penting bagi

memudahkan anak anda menjawab soalan. Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata yang tidak difahami/diketahui. boleh terdapat di dalam ayat sebelum & sesudah perkataan tersebut. Fahami & kenal pasti kehendak soalan. Garisi kata kunci yang terdapat dalam soalan.

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF Gunakan ayat sendiri ketika menjawab soalan

tanpa mengubah maksud asal petikan/isi. Beri perhatian terhadap markah kerana padatnya isi jawapan bergantung pada markah. Pastikan maklumat penting tidak ditinggalkan. Kemukakan pendapat yang munasabah (logic) ketika menjawab soalan-soalan yang jawapannya sukar diperolehi di dalam petikan.

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF Baca jawapan berulang kali & pastikan jawapan

sesuai & tepat dengan soalannya. Semak jawapan. Pastikan jawapan : - tiada kesalahan ejaan, tanda baca - tiada kesalahan bahasa - ada struktur ayat yang sempurna / lengkap

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF Kata Tanya

Maklumat Yang Diperlukan

Apa

Merujuk pada sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan, keadaan.

Siapa

Merujuk pada seseorang.

Berapa

Merujuk pada jumlah, bilangan atau masa.

Di mana

Merujuk pada sesuatu tempat.

Mengapa

Merujuk pada sesuatu sebab & akibat.

Bila

Merujuk pada masa / situasi / keadaan.

Bagaimana

Merujuk pada cara / keadaan sesuatu perkara dilakukan.

Berikan sebab… - Perlukan maklumat yang merujuk pendapat, pandangan Nyatakan…. berdasarkan petikan (kontekstual) Buktikan…. diikuti - Perlu hubungkaitkan beberapa perkara di dalam petikan dengan contoh

(kontekstual)

Soalan Literal Soalan yang memerlukan jawapan yang

tertera secara jelas dalam petikan. Murid perlu kenal pasti / mengecam fakta

Mengingat kembali maklumat dalam petikan.

Tip Menjawab Soalan Literal PETIKAN 1 (SOALAN LITERAL) Bas yang ditunggu oleh Alif dan kakaknya, Siti belum tiba-tiba. Untuk tidak membuang masa, Siti dan Alif membaca buku yang dibawa oleh mereka. Solihin yang kebetulan berlalu di situ ternampak mereka berdua. Dia menghampiri Siti dan Alif. Namun, kehadirannya tidak disedari oleh mereka.

Tip Menjawab Soalan Literal SOALAN

Mengapakah kehadiran Solihin tidak

disedari oleh Siti dan Alif?

Tip Menjawab Soalan Literal JAWAPAN

Kehadiran Solihin tidak disedari oleh

Siti dan Alif kerana mereka sedang membaca buku.

Soalan Inferens Soalan yang memerlukan jawapan yang harus dicungkil daripada petikan. Murid perlu buat kesimpulan terhadap fakta : - Membuat interpretasi - Memberikan bukti-bukti - Teliti sebab & akibat - Meramalkan tindakan

Tip Menjawab Soalan Inferens PETIKAN 2 (SOALAN INFERENS) “Awak hendak ke mana pagi-pagi begini, Alif?” tegur Solihin. “Oh, awak, Solihin! Terperanjat saya,”jawab Alif. “Kami hendak ke rumah datuk kami. Ada sesi latihan silat,” jelasnya. “Hai, masa cuti sekolah begini pun awak masih mengikuti latihan silat!” kata Solihin lagi.

Tip Menjawab Soalan Inferens SOALAN

Solihin kehairanan apabila Alif

memberitahunya bahawa dia hendak ke sesi latihan silat. Berikan satu sebab.

Tip Menjawab Soalan Inferens JAWAPAN

Solihin kehairanan disebabkan Alif masih

mengikuti latihan silat pada masa cuti sekolah.

Tip Menjawab Soalan Inferens PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS)

Alif tersenyum melihat mata Solihin terbeliak kehairanan. Alif pun menerangkan bahawa sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak tiga kali setiap minggu walaupun semasa cuti sekolah.

Tip Menjawab Soalan Inferens PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS) “Awak tidak penat?” tanya Solihin. “Tidaklah. Sesi latihan ini istimewa. Datuk kami guru sila. Dialah yang mengajar kami. Datuk kami mempunyai pengalaman mengajarkan silat selama 40 tahun.” Menurut Alif lagi, mereka berdua sentiasa ingat akan pesanan datuk mereka agar rajin berlatih. Mereka disuruh berlatih pada setiap hari untuk mengasah kemahiran mereka.

Tip Menjawab Soalan Inferens SOALAN

Apakah dua perkara yang dilakukan secara

konsisten oleh Alif dan Siti untuk cemerlang dalam silat?

Tip Menjawab Soalan Inferens JAWAPAN

Mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak

tiga kali setiap minggu dan rajin berlatih setiap hari untuk mengasah kemahiran mereka.

Soalan Penilaian Soalan yang memerlukan penilaian murid

berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Murid perlu : - Membuat pertimbangan tentang isi teks - Nyatakan pendirian / pandangan / pendapat - Memberikan pandangan kritis - Membuat perbandingan

Tip Menjawab Soalan Penilaian PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)

“Lagipun, datuk kami mengajarkan silat dengan menggunakan cara yang kreatif. Misalnya, dengan menggunakan permainan dan menayangkan video. Jadi, tidaklah kami bosan. Malah, mudah bagi kami untuk memahami perkara yang diajarkan. Kami juga selalu diberi hadiah kalau kami berjaya menguasai kemahiran yang diajarkannya,” tambah Siti.

Tip Menjawab Soalan Penilaian PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)

“Wah, berunutngnya awak! Kalaulah saya ada datuk seperti awak. Patutlah awak berdua terpilih untuk mewakili negara kita; berbeza dengan saya … ,” kata Solihin

Tip Menjawab Soalan Penilaian SOALAN “Wah, beruntungnya awak! Kalaulah saya

ada datuk seperti awak.” Berikan dua sebab Solihin berkata demikian.

Tip Menjawab Soalan Penilaian JAWAPAN Solihin berkata demikian disebabkan datuk

Alif yang mengajarkan silat dengan cara yang kreatif dan mereka selalu diberi hadiah kalau mereka berjaya menguasai kemahiran yang diajarkan datuk mereka.

Soalan Penghayatan Soalan yang memerlukan murid merumuskan /

memberikan pengajaran yang diraih daripada bacaan petikan. Murid perlu : - Hubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan maklumat dalam teks. - Memberikan alternatif. - Menghasilkan idea baharu.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan PETIKAN 5 (SOALAN PENGHAYATAN)

Alif segera mencelah, “Awak juga boleh berjaya kalau awak berusaha dengan gigih dan tidak mudah berputus asa. Awak mahu belajar silat bersama-sama kami?” Wajah Solihin berseri-seri apabila mendengar pelawaan Alif. Dengan pantas dia mengangguk. Dalam hati Solihin tersemat tekad untuk mencontohi Alif dan berjaya sepertinya.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan SOALAN Alif tidak lokek. Berikan dua contoh bagi

menyokong pernyataan ini.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan JAWAPAN Dua contoh itu ialah Alif bersedia berkongsi

pengalamannya berjaya dalam silat dengan Solihin dan Alif mengajak Solihin belajar silat bersama-samanya.

Soalan Semantik Murid perlu beri makna / terangkan maksud bagi

perkataan yang berhuruf tebal. Murid perlu : - Terangkan maksud mengikut konteks dalam 5 perkataan. - Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata yang tidak difahami/diketahui. - Pembayang maksud boleh terdapat di dalam ayat sebelum & sesudah perkataan tersebut.

Tip Menjawab Soalan Semantik SOALAN Berdasarkan petikan karangan di halaman

42, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan (i) mengikuti (ii) istimewa (iii) pesanan

Tip Menjawab Soalan Semantik SOALAN Satu perkataan dalam petikan yang

bermaksud kemahuan yang bersungguhsungguh ialah _______________________.

Tip Menjawab Kefahaman Subjektif SEBELUM MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN… Baca dan fahami soalan. Cari fakta-fakta yang dikehendaki. Sesuaikan jawapan dengan soalan. Periksa dan semak jawapan. Pastikan

semua bahagian telah terjawab.

TERIMA KASIH