Dan. Hubungannya Dengan Prestasi Ingatan

bidang psikologi yang dikenali sebagai 'metaingatan' atau dalam Bahasa ... bersesuaian dengan kumpulan subjek yang ... Soal selidik ini nyatalah telah...

0 downloads 30 Views 2MB Size
PENDIDIK DAN PENDIDIKAN

Jld. 10, 1989/ 90

Dan. Hubungannya Dengan Prestasi Ingatan Mohamad Daud Hamzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Following a brief review of literature, this paper reveals a theoretical basis to conceptualize metamemory .. In this conceptualization metamemory is seen as a person's knowledge of memory processes implicated in storage, comprehension and retrieval of information to abstract meanings from item:; to be remembered. The above conceptualization was subsequently employed to guide three research studies . The first study was concerned with the development of an instrument to measure primary school children's awareness of metamemory. The developed instrument was identified as 'Metamemory Exercise' questionaire. The second study was an effort to ascertain factors forming the basis of metamemory . Five factors were identified and described . The third. study was an attempt to correlate scores on metamemory obtained by primary school children with their achievement scores on various subjects. Metamemory scores were found to correlate at a moderate level with achievement scores . The discussion part this paper proposes that since achievemept in school subjects possesses a memory basis, it implies that metamemory correlates moderately with memory-based In addition, it is also proposed that metamemorial awareness may be further explored as an alternative cognitive determinent of academic performance.

Pendabuluan

Sejak lebih kurang dua puluh tahun yang lepas muncul satu topik penyelidikan di dalam bidang psikologi yang dikenali sebagai 'metaingatan' atau dalam Bahasa lnggeris 'metamemory'. Penyelidikan di dalam topik ini ialah mengenai pengetahuan seseorang tentang proses-proses ingatan yang terlibat di dalam simpanan dan unduran maklumat (lihat Hamzah, 1985). Yussen & Levy (1975) meneliti penaksiran yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orangorang dewasa mengenai jumlah sepenuhnya item-item yang mereka boleh mengingati di dalam sesuatu kegiatan ingatan. Moynahan (1973) meneliti pengetahuan kanak-kanak mengenai proses penyusunan. Masur, Mcintyre & Flavell(l973) mengkaji kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak sekiranya mereka memperolehi masa tambahan sebelum dikehendaki menjawab soalan-soalan setelah mereka tamat membaca sesebuah karangan. Wellman (1977) menyelidik samada kanak-kanak mengetahui bahawa jumlah item-item yang banyak dan berlakunya gangguan semasa belajar akan memberi kesan kepada proses ingatan. Beliau juga meneliti di dalam penyelidikan yang sama adakah kanak-kanak mengetahui bahawa wujudnya masa belajar yang panjang akan mempertingkatkan ingatan ke atas item-item yang dipelajari. Herman & Neisser(1978) meneliti samada kanak-kanak mengetahui tentang berbagai penunjuk unduran. Fabricius & Wellman (1983) juga mengkaji perkara yang serupa dan mereka memasukkan juga orang-orang dewasa ke dalam sampel kajian.

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan

75

Wellman, Collins & Glieberman (1981) membuat penyelidikan untuk meneliti samada kanak-kanak dan juga orang-orang dewasa mengetahui bahawa untuk mempelajari item-item sukar diperlukan usaha yang berbeza dengan untuk mempelajari item-item yang mudah. Miller & Weiss (1982) pula meneliti samada kanak-kanak dan orang-orang dewasajuga mengetahui mengenai angkubah-angkubah berikut yang mempengaruhi ingatan (a) angkubah berkaitan dengan diri sendiri seperti minat dan kecenderungan, (b) angkubah ·berkaitan dengan tugasan seperti kebaruan dan kesukaran, dan (c) angkubah berkaitan dengan strategi seperti strategistrategi untuk pengcaman dan ulangingat. terhadap prose& mgatan. Metaingatan membicarakan tentang pengetahuan Tentulah akan diduga metaingatan akan berkorelasi dengan prestasi ingatan ditakat yang memuaskan. Walau bagaimanapun Cavannaugh & Perlmutter (1982) telah membuat liputan penyelidikan tentang metaingatan dan mendakwa mereka tidak memperolehi dapatan seperti yang dijangkakan. Kertas ini akan menggesa sebenarnya hampir semua penyelidikan bertumpu kepada satu dua aspek metaingatan sahaja dan terus menkorelasikan skor-skor bagi aspek yang ditelitikan itu dengan skor-skor bagi prestasi ingatan. Sesungguhnya kegiatan ingatan yang amat simpel pun lazimnya melibatkan pengetahuan tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses ingatan secara sinkroni contohnya hafalan, perluasan dan penyusunan (Hamzah, 1985). Di samping itu hampir semua penyelidikan tentang metaingatan tidak mempunyai alat ukur yang dibina secara empiris untuk menentukan item-item tugasan bersesuaian dengan kumpulan subjek yang terlibat melakukannya. Oleh kerana hal-hal ini nyatalah penyelidikan tentang metaingatan gagal memperolehi korelasi metaingatan dengan prestasi ingatan di takat yang memuaskan. yang mantap. Penyelidikan tentang metaingatan perlu dibina di atas sebuah Contohnya konsepsi yang dikemukakan oleh Flavell & Wellman (1977). Penyelidik-penyelidik ini mengemukakan sebuah model metaingatan yang agak menyeluruh. Model ini mendefinisikan metaingatan sebagai pengetahuan mengenai ingatan dan semua fenomena yang terlibat dalam simpanan dan unduran maklumat. Ia terdiri dari .dua komponen dipanggil 'kesedaran' dan 'angkubah'. 'Kesedaran' dimengertikan sebagai kesedaran seseorang ten tang perhinya mengenalpasti, memilih dan mengguna strategi yang khusus untuk menjalankan sesuatu tugasan ingatan. 'Angkubah' dimaksudkan sebagai tiga unsur berikut: (a) pengetahuan mengenai diri sebagai pembelajar (memorizer), (b) pengetahuan mengenai tugasan ingatan yang hendak dijalankan, dan (c) pengetahuan mengenai strategi-strategi ingatan. diri sebagai pembelajar yang Kertas ini akan menggesa bahawa pengetahuan dinyatakan di dalam model "Flavell & Wellman merupakan aspek konsep-kendiri. Komponen bagi metaingatan wajarlah terdiri daripada pengetahuan yang berkaitan derigan proses ingatan. Juga akan digesa' bahawa kebanyakan pengkaji metaingatan (termasuk Flavell & Wellman) lebih cenderung untuk menganggap pengetahuan tentang proses kefahaman sebagai metakefahaman (metacomprehension) yang terpisah dari metaingatan. Ini kurang tepat kerana untuk menjalankan tugasan ingatan lazimnya seseorang perlu memahami item tugasan untuk mengingatinya (Hamzah, 1987). Ertinya komponen metaingatan perlu meliputi juga p(mgetahuan tentang kefahaman. Dengan mengambilkira semua perbahasan yang telah lalu kertas ini mengkonsepsikan metaingatan sebagai pengetahuan seseorang tentang proses ingatan yang terlibat di dalam aktiviti simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengabstraksi makna-makna daripada item-item yang hendak diingat (Hamzah, 1985). Metaingatan merupakan pengetahuan yang bertimbun-tambah perlahan-lahan melalui proses refleksi ke atas pengalaman-pengalaman yang menghasilkan prestasi ingatan (Devidson & Freebody, 1986).

Mohamad Daud Hamzah

76

Kertas ini melaporkan penyelidikan yang telah dibuat bagi membina alat ukur metaingatan berasaskan konsepsi ini untuk menaksir metaingatan d! kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Ia juga melaporkan penyelidikan untuk meneroka tentang faktor-faktor mendasari metaingatan menurut konsepsi ini. Akhirnya ia melaporkan penyelidikan korelasi metaingatan menurut konsepsi ini dengan pencapaian murid-murid darjah enam sekolah rendah. Penyelidikan I Tujuan

Penyelidikan ini bertujuan untuk membina alat ukur bagi menaksir metaingatan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kaedab

Subjek: 219 orang kanak-kanak lelaki-perempuan tahun 1, 3 dan 5 sekolah rendah dilibatkan di dalam proses prauji item-item. 302 orang kanak-kanak lelaki-perempuan tahun 2, 4 dan 6 sekolah rendah dilibatkan di dalam proses analisis item-item. Kanak-kanak ini terdiri daripada keturunan Melayu, Cina dan India yang terlibat dengan penyelidikan Projek InSpire. Prosedur: Konsepsi metaingatan yang telah dihuraikan diguna untuk membina item-item berbahasa dan bergambar. Item-item berbahasa dan bergambar dimaksudkan bagi mengukur metaingatan. Item-item permulaan berjumlah 30 semuanya dicipta berasaskan logik konsepsi metaingatan tersebut yang menyentuh aspek-aspek (a) hafalan, (b) perluasan, (c) penyusunan, (d) kesedaran tentang skema pengetahuan, dan (e) tentang idea-idea utama. Item-item ini dipraujikan. Dari proses ini dikeluarkan 18 item yang diperhaluskan dan difomatkan menjadi alat soal selidik tinjauan (survey questionaire) dipanggil 'Latihan Metaingatan' (sedikit contohan .item dilampirkan). Soal selidik ini dianalisis-itemkan. Soal-selidik ini dianalisis-itemkan. Ana/isis Data: Teknik analisis-item digunakan untuk mengira skor-skor prauji. Teknik yang sama juga digunakan untuk mengira skor-skor yang bertujuan untuk menganalisisitemkan item-item soal-selidik ditunjukkan di dalam jadual berikut: lndek s Diskriminasi

Korelasi

N ilai

Kesukaran

Item-T otal

Al ia

.88 .81 .66 .76 .47 .80 .48 .44 .73 .67 .6 1 .65 .68 .58 .52 .67 .44 .44

. 18 .13 .30 .23 .27 .23 .22 .33 .40 .36 .20 .52 .49 .48 .62 .64 .46 .47

.37 . 14 .5 1 .40 .45 .42 .4 1 .42 .46 .47 .45 .55 .65 .61 .74 .7 3 .70 .57

.88 .88 .87 .88 .88 .88 .88 .88 .88 .88 .88 .87 .87 .87 .86 .86 .87 .88

lndek s II em

10 II

12 13 14 15 16 17 18

JAD U AL 1: Nilai llem-ltem Soa l Selidik 'lalihan Metaingalan·

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan

77

Spearman - Brown = 0.71 Alfa = 0.88 Nyatalah dari Jadual I bahawa item-item yang telah dipilih untuk diformatkan menjadi soal selidik 'Latihan Metaingatan' terdiri daripada yang bertaraf kesukaran cukup mudah hingga kepada yang bertaraf sederhana sukar. Item-item yang mudah sudah tentu dijangkakan mempunyai kuasa diskriminasi yang rendah tetapi yang sederhana sukar itu mendiskriminasi dengan baik. Gerakbalas ke atas tiap-tiap item, seperti yang diwakili nilai alfa, amat konsisten tinggi. Soal selidik ini nyatalah telah dibina secara empiris untuk menyesuaikan dengan keupayaan dan tuntutan kognitif kanak-kanak sekolah rendah merentasi semua peringkat umur. Penyelidikan II Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka tentang faktor-faktor mendasari metaingatan. Kaedab

Subjek: Kesemua 302 orang kanak-kanak lelaki-perempuan berbagai keturunan dalam tahun 2, 4 dan 6 s-ekolah rendah yang terlibat di dalam penyelidikan I bahagian analisis-item. Prosedur: Data yang telah dikutip untuk menganalisis-item bagi soal selidik digunakan untuk menganalisis-faktor. Dari analisis ini semua faktor yang mempunyai nilaieigen lebih dari esa dikenalpasti untuk diterima sebagai faktor mendasari metaingatan. Putaran varimaks dilakukan untuk memperolehi muatan faktor bagi tiap-tiap item. Nilai muatan faktor yang melebihi 0.25 diguna untuk menghuraikan makna bagi sesuatu faktor yang disumbangkan oleh item berkenaan. Ana/isis data: Data dianalisiskan melalui perkiraan analisis-faktor. Keputusan Dan Perbincangan Faktor-faktor dan muatan faktor yang diperolehi ditunjukkan di dalam jadual-jadual berikut: Jadual II menunjukkan lima faktor menjelaskan 51.6o/o dari varians.

Faktor

I II III IV

v

Nilaiegen

% Varians

o/o Varians Kumulatif

3.91 1.76 1.42 1.19 1.01

21.7 9.8 7.9 6.6 5.6

21.7 31.5 39.4 46.0 51.6

JADUAL II: Faktor-faktor Bagi Metaingatan

78

Mohamad Daud Hamzah

Putaran variamks dilakukan untuk memperolehi muatan faktor bagi tiap-tiap item di dalam soalselidik. Jadual III menunjukkan muatan yang melebihi nilai 0.25 sahaja. Faktor/Muatan Faktor

Item I

II

III

IV

v .69

.32 2

.42

3 4

.57

5

.61 .48

6 7

.81

8

.75

,9

.67

10 11

.45

12

.52

.45

13

.52

14 15

.41 .41

.31

16

.64

.42

17

.37

.41

18

.27

.:_

JADUAL III: Nilai Muatan Faktor Bagi Item Metaingatan Nilai muatan faktor digunakan untuk mencantum item-item di dalam soalselidik bagi penempatan di bawah faktor-faktor seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut: Faktor

Item

1,3,6,9,10,12,13,14,15,16,17 ,18 II

7,8

III

4,5

IV

11 2

v

JADUAL IV: Kelompok-Kelompok Item Item-item soalselidik yang telah digunakan di dalam penyelidikan ini dicipta melalui pertimbangan logik konsepsi metaingatan sebagai pengetahuan seseorang tentang proses

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan

79

ingatan yang terlibat di dalam aktiviti simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengabstraksi makna-makna daripada item-item yang hendak diingat. Penyelidikan ini menunjukkan ada kemungkinan lima faktor mendasari metaingatan. Dengan merujuk kepada ciri-ciri item yang bersetumpu kepada sesuatu faktor seperti yang· terdapat di dalam Jadual IV faktor-faktor mendasari metaingatan ditafsirkan seperti berikut: Faktor I

Kesedaran tentang penggunaan hafalan, perluasan berbahasa, skema pengetahuan dan idea utama untuk menyusun konsep-konsep berbahasa yang berasingan, wacana bersambungan dan/atau senario bergambar mengenai sesuatu kejadian.

Faktor II

Kesedaran tentang penggunaan skema pengetahuan untuk menyusun komponen bagi senario bergambar.

Faktor III : Kesedaran tentang penggunaan perluasan berbahasa dan konsep tema untuk menyusun maklumat berbahasa yang berasingan. Faktor IV : Kesedaran tentang penggunaan konsep-konsep kategori untuk menyusun itemitem yang terdiri daripada objek-objek berasingan. Faktor V : Kesedaran ten tang penggunaan masa dan pengeluaran usaha yang wajar. Walaupun penyelidikan ini membuka jalan untuk mentafsirkan lima faktor mendasari metaingatan, soalselidik yang dicipta menunjukkan kebanyakan item-item bersetumpu kepada Faktor I. Ini menunjukkan masih ada ruang untuk memperhaluskan soalselidik 'Latihan Metaingatan' di masa akan datang. Buat masa ini soalselidik tersebut nampaknya berjaya juga menjadi alat ukur metaingatan yang mempertemukan beberapa aspek metaingatan secara kesatuan. Ini telah mengatasi kelemahan hampir kesemua penyelidikan tentang metaingatan yang lazimnya mempunyai alat ukur yang hanya dapat mengukur satu atau dua aspeknya sahaja. Dengan kekuatan soalselidik 'Latihan Metaingatan' seperti yang ditunjukkan ini · tefttulah diduga ukuran metaingatan dari soalselidik ini akan menunjukkan korelasi yang memuaskan di antara metaingatan dan prestasi ingatan. Malangnya pacta ketika ini penulis belum memperolehi kesempatan untuk meneliti tentang hal ini secara direk. Walau bagaimanapun secara tidak direk perkara ini telah diselidiki melalui kajian korelasi metaingatan dengan prestasi dalam matepelajaran iaitu prestasi berdasar ingatan jika diingatkan bahawa pencapaian di dalam mana-mana matapelajaran mempunyai dasar ingatan.

Penyelidikan III Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkorelasikan skor-skor metaingatan dengan skorskor pencapaian dalam berbagai matapelajaran.

Kaedab Subjek: 850 orang kanak-kanak lelaki-perempuan keturunan Melayu, Cina dan India yang berada di dalam tahun enam sekolah Rendah. Mereka ialah sebahagian daripada kanakyang terlibat dengan penyelidikan Projek InSpire. Prosedur: Semasa Projek InSpire sedang menjalankan ujian pencapaian sebahagian dari kanak-kanak yang terlibat dikenalpasti untuk menjadi subjek penyelidikan ini. Mereka

Mohamad Daud Hamzah

80

diberikan soalselidik 'Latihan Metaingatan' untuk dijawab. Skor-skor mereka bagi 'Latihan Metaingatan' dan bagi pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Alam & Man usia, Pengetahuan Moral, Pengetahuan Agama Islam dan Pendidikan Seni semuanya dikumpulkan untuk dianalisis. Ana/isis data: Skor yang diperolehi oleh tiap-tiap subjek bagi metaingatan dikorelasikan dengan skor-skor pencapaiannya di dalam tiap-tiap matapelajaran yang tersebut di atas. Keputusan Dan Perbincangan

Keputusan penyelidikan ini ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Matapelajaran

Bahasa Malaysia Bahasa lnggeris Alam & Manusia Pengetahuan Moral Peng. Agama Islam Pendidikan Seni

Nilai Korelasi

Paras Signifikan

.38 .32 .40 .41 .46 .33 .24

.001 .001 .001 .001 .001 .001 .001

JADUAL V: Korelasi Di Antara Metaingatan Dengan Matapelajaran Jadual di atas menunjukkan julat korelasi di antara metaingatan dengan pencapaian di dalam berbagai matapelajaran berada dari paras 0.24 hingga 0.46. Ertinya terdapat korelasi yang sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Oleh kerana pencapaian di dalam matapelajaran yang dipelajari di sekolah mempunyai dasar ingatan, dapatan m1 mengimplikasikan bahawa metaingatan . seperti yang dikonsepsikan di dalam kertas ini berkorelasi sederhana dengan prestasi berdasar-ingatan. Penutup

Kertas ini menunjukkan kebanyakan penyelidik metaingatan cenderung untuk menumpukan perhatian kepada pengetahuan tentang proses ingatan dengan meneliti satu dua aspek sahaja. Oleh itu kertas ini memperluaskan liputan metaingatan kepada pengetahuan tentang proses dan aktiviti ingatan yang terlibat di dalam simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengobstraksi makna-makna dari item-item yang hendak diingati. Sekaligus dibinakan satu pendekatan untuk mengkaji metaingatan dengan konsepsi, metodologi dan alatukur yang disempurnakan secara empiris. Dengan pendekatan ini dapat ditunjukkan metaingatan berkorelasi di paras sederhana dengan prestasi berasas-ingatan. Dari segi pendidikan ini amat berfaedah untuk menghuraikan tentang prestasi akademik murid-murid. Tidak dinafikan prestasi akademik murid-murid terbina dari asas kognisi dan personaliti dorongan di samping asas ,instruksi. Lazimnya bagi asas kognisi, orang akan menamakannya kecerdasan. Penyelidikan psikologi memperakukan hal ini dan lazimnya mempertemukan dengan paras korelasi di antara kecerdasan dengan prestasi akademik sebanyak lebih kurang 0.65. Tetapi perakuan seperti ini tidak membawa pengertian yang tinggi oleh kerana kecerdasan tidak dapat diubahsuai. Kertas ini mempertemukan satu asas kognisi bagi prestasi akademik

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan

81

dalam bentuk metaingatan. Ia menunjukkan kemungkinan korelasi di antara metaingatan dengan prestasi akademik sehingga sebanyak 0.46. Asas kognisi seperti ini akan membawa pengertian yang tinggi oleh kerana metaingatan seperti yang dihuraikan terbina melalui refleksi ke atas pengalaman, tentulah boleh diubahsuai. Sekiranya penerokaan tentang kecerdasan tidak dapat membantu untuk memperbaiki asas kognisi bagi prestasi akademik kertas ini menggesa penerokaan tentang metaingatan seperti yang telah dihuraikan di sini akan menawarkan satu alternatif baru yang boleh membantu mempertingkatkan pembaikan asas l
Cavannaugh, J.C., & Perlmutter, M. Metamemory: A critical examination. Child Development, 1982, 53, 11-28. Davidson, G .R., & Free body, P. Cultural and educational concommitants of metacognitive development. Kertas kerja di Fourth Asian Workshop on Child and Adolescent Development, Singapore, FabriciUs, W.V., & Wellman, H.M. Children's understanding of retrieval cue utilization. Developmental Psychology, 1983, 19(1), 15-21. Flavell, J.H., & Wellman, H.M. Metamemory. Di dalam R.V. Kail & J.W. Hagen (peny), Perpectives on the development of memory and cognition, Hillsdale, NJ: Erlbaum, 1977. Hamzah, M.D. Pembelajaran dan implikasi pendidikan. KL: DBP (dalam percetakan). dan Hamzah, M.D. Perkembangan pengetahuan untuk mengabstraksi penggunaan sinkroni strategi-strategi ingatan. Pendidik dan Pendidikan, 1985, 7, 22-35. Hamzah, M.D. Pengetahuan yang relevan dengan kegiatan membaca untuk kefahaman dan ingatan, proses bacaan dan teori bacaan wacana-berskrip. Kertaskerja di Perhimpunan Moden, Kuala Lumpur, 1987. Kebangsaan Herman, D.J. & Neisser, V. An inventory of everyday memory experiences. Di dalam M.M. Gruneberg, P .E. Orris & R.N. Sykes (peny), Practical aspects of memory, NY: Academic, 1978. Masur, E.F, Me Intyre, C.W., & Flavell, J.H. Developmental changes in apportionment of a study time among items in a 'multitrial free recall task. Journal of Experimental Child Psychology, 1973, 15, 237-246. Miller, P.H., & Weiss, M.G. Children's and adult's knowledge about what variables affect selective attention. Child Development, 1982, 53, 543-549. Moynahan. E.D. The development of knowledge concerning the effect of categorization upon 238-246. free recall. Child Development, 1973, · Wellman, H.M. Preschoolers' understanding of memory-relevant variables. Child Development, 1977, 48, 1720-1723. Wellman, H.M., Collins J., & Glieberman, J. Understanding the combination of memory

82

Mohamad Daud Hamzah

variables: Developing conceptions of memory limitations. Child Development, 1981, 52, 1313-1317 . Yussen, S.R., & Levy, V.M. Developmental changes in predicting one's own span of shortterm memory. Journal of Experimental Child Psychology, 1975, 19, 502-508. Item 1 Cikgu mengajar kami mengeja perkataan-perkataan ini: ANGKASA, BELANTARA, MUZIUM, AKUARIUM, UNIVERSITI, MAKT AB, INSTITUSI. A.

Kita akan eja perkataan-perkataan itu sekali saja.

B.

Kita akan.. eja perkataan-perkataan itu ban yak kali: ANGKASA BELANTARA MUZIUM AKUARIUM UNIVERSITl

ANGKASA BELANTARA MUZIUM AKUARIUM UNIVERSITI MAKTAB INSTITUSl

ANGKASA BELANTARA MUZIUM AKUARIUM UNIVERSITI MAKTAB INSTITUSI

ANGKASA BELAN . .. .

A ..G ..... .

B.. ..... . .

CARA MANA YANG BAlK SEKALI DAPAT BERI KITA INGAT EJAAN PERKATAAN-PERKATAA.N YANG CIKGU AJAR:

D B.o

A.

c.o

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan

Item 14

PETAK-PETAK MANA YANG BAlK SEKALI BOLEH BERI KITA INGAT CERITA DALAM GAMBAR BERSIRI INI.

c.D

83

84

Mohamad Daud Hamzah

Item 17 17.

Sila baca karangan ini: Pada suatu hari ada lima kali ganda oreng-orang lelaki berbanding dengan orangorang perempuan di perpustakaan ini. Tempat-tempat duduk dibuat dari kerusi bertilam dan bahim-bahan bacaan pula terdiri dari buku-buku dan majalah-majalah. Perpustakaan A warn mempunyai sebuah ruang bacaan yang ada banyak tempat duduk dan bahan bacaan. Mereka pergi untuk membaca apa-apa juga bahan yang mereka suka. .

.

JAWAPAN MANA YANG BAlK SEKALI BOLEH BERI KITA INGAT KARANGAN INI:

A.

Perpustakaan A warn mempunyai ruang bacaan yang ada banyak kerusi dan bahan bacaan. Pada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: 5 x (bilangan lelaki) - (bilangan perempuan)

D

B.

Perpustakaan A warn mempunyai ruang bacaan yang ada banyak kerusi dan bahan bacaan. P'ada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: (bilangan lelaki) = 5 x (bilangan perempuan)

D

c.

Tempat-tempat duduk dibuat dari kerusi bertilam dan bahan bacaan ialah buku dan majalah. Pada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: (bilangan lelaki + bilangan perempuan) = orang

D