DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

buku penerangan (mbmmbi) dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa inggeris...

0 downloads 54 Views 5MB Size
DASAR MEMARTABATKAN

BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH

BAHASA INGGERIS

(MBMMBI)

BUKU PENERANGAN

DASAR MEMARTABATKAN

BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH

BAHASA INGGERIS

(MBMMBI)

BUKU PENERANGAN

Penerbit

Kementerian Pendidikan Malaysia Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel: +603 - 8884 6000 Web: http://www.moe.gov.my © Hak cipta @ 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-983-9522-34-1 Cetakan Pertama: Disember 2014

Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Buku Penerangan Muka taip teks: Frutiger Saiz taip teks: 10 pt

Konsep & Reka Bentuk ARIO PRESS

K a ndungan Kata Alu-aluan

v

Pengenalan dan Definisi

1

Matlamat dan Objektif

3

Strategi Pelaksanaan

4

Strategi 1 : Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

6 - 11

Strategi 2 : Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

12 - 15

Strategi 3 : Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen

16 - 17

Strategi 4 : Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan Pembantu Guru

18 - 22

Strategi 5 : Memperluas Penggunaan Bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

24 - 25

Strategi 6 : Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa

26 - 27

Strategi 7 : Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah

28 - 31

Strategi 8 : Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid

32 - 33

Penutup

34

Lampiran : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12 Tahun 2011 Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.5 Tahun 2011: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar MBMMBI

36 - 51

Senarai Singkatan

52 - 53 iii

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia, Sistem pendidikan negara sedang mengalami gelombang perubahan yang memberi impak kepada pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan strategi dan inisiatif bagi pengupayaan peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan. Semua pihak yang memberi sumbangan kepada proses perubahan tersebut perlu memainkan peranan aktif agar matlamat yang ditetapkan dapat direalisasikan. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin. Aspek penguasaan bahasa menjadi tumpuan penting dalam proses perubahan sistem pendidikan negara kerana pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam pasaran kerja dunia. Sejajar dengan hasrat menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, pelbagai insiatif sedang dilaksanakan. Antara inisiatif tersebut adalah dengan meningkatkan kapasiti guru serta kecekapan guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Selain itu program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang melibatkan hubungan kolaboratif dengan agensi luar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga dilaksanakan. Penyediaan bahan sokongan PdP dan menaik taraf prasarana sedia ada seperti makmal komputer untuk berfungsi sebagai makmal bahasa juga dilaksanakan. Inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan ini diyakini berupaya memberi impak yang positif ke arah kemenjadian murid dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Kejayaan pelaksanaan Dasar MBMMBI menuntut komitmen tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak. Dengan ini diharapkan buku penerangan ini dapat memberi maklumat dan penerangan berkaitan pelaksanaan dan pencapaian Dasar MBMMBI sejak diperkenalkan pada tahun 2011.

Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

v

DASAR MBMMBI

Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGENALAN Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah, iaitu Tahun 1 hingga Tingkatan 5, dan digantikan dengan Dasar MBMMBI. Jemaah Menteri juga memutuskan bahawa Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Matlamat melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dengan baik adalah antara fokus baharu dalam sistem pendidikan negara. Seperti digariskan dalam PPPM 2013-2025, penguasaan BM dan BI yang mantap serta kecekapan menguasai pelbagai bahasa adalah penting memandangkan persaingan global yang pesat. Selaras dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025, Dasar MBMMBI memfokuskan usaha memartabatkan BM dan memperkukuh BI bagi melahirkan masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatupadu serta dapat menjana daya saing hingga ke peringkat antarabangsa.

DEFINISI Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Tujuan utama memperkukuh BI adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, BI juga merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 menggantikan PPSMI. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan BI dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 tahun 2011 — Lampiran 1). Proses ini bertujuan membantu guru dan murid untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

1

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan ketetapan tersebut, terdapat tiga alternatif bagi PdP Sains dan Matematik di sekolah: (i)

PdP Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, bahasa Cina atau bahasa Tamil (mengikut jenis sekolah),

(ii)

PdP Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan

(iii)

PdP Sains dan Matematik dalam dwibahasa

Mulai tahun 2011, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula dengan murid Tahun 1 iaitu PdP mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan BM di Sekolah Kebangsaan (SK) dan penggunaan bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Perincian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti yang berikut: 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6 Tg 1 Tg 2 Tg 3 Tg 4 Tg 5

PdP Sains dan Matematik dalam BM (Bagi SJKC menggunakan bahasa Cina, bagi SJKT menggunakan bahasa Tamil) PdP Sains dan Matematik dilaksanakan dalam BI PdP Sains dan Matematik dilaksanakan dalam dwibahasa Thn : Tahun

Tg : Tingkatan (SPI Bil.12 Tahun 2011 bertarikh 4 November 2011)

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

2

Kementerian Pendidikan Malaysia

MATLAMAT Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI dalam sistem pendidikan negara. Fokus kepada BM dan BI bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di peringkat dunia. Matlamat ini selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan BM dan BI.

OBJEKTIF Objektif Dasar MBMMBI adalah untuk: u meningkatkan penguasaan murid dalam BM dan BI; u menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan kompetensi guru BM dan BI; u meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM dan BI; dan u meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah.

(Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020, 2012)

3

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

STRATEGI PELAKSANAAN

4

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI Bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia, satu pelan yang mantap telah disediakan. Dengan terhasilnya PPPM 2013 – 2025 yang telah dilancarkan pada tahun 2012 maka, sistem pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri dapat direalisasikan. Pelan ini menentukan hala tuju pelaksanaan Dasar MBMMBI. Beberapa inisiatif dan aktiviti dikenal pasti bagi mencapai matlamat Dasar MBMMBI. Sebanyak tiga belas inisiatif di bawah Dasar MBMMBI yang berpandukan Rancangan Malaysia Ke-10 telah digariskan. Bagi melaksanakan kesemua inisiatif tersebut, lapan strategi utama dikemukakan sebagai Pelan Tindakan Utama inisiatif MBMMBI. Berikut ialah rumusan ringkas lapan strategi berkenaan:

5

Strategi 1

Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Strategi 2

Memantapkan Kompetensi Malaysia dan Bahasa Inggeris

Strategi 3

Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen

Strategi 4

Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan Pembantu Guru

Strategi 5

Memperluas Penggunaan Bahan dan TMK dalam PdP Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Strategi 6

Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa

Strategi 7

Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah

Strategi 8

Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid

Guru Bahasa

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 1

MENTRANSFORMASIKAN KURIKULUM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

6

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 1 MENTRANSFORMASIKAN KURIKULUM MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

BAHASA

Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan di Tahun 1 secara berperingkatperingkat. Menjelang tahun 2016, KSSR akan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah manakala, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan untuk murid Tingkatan 1 pada tahun 2017. KSSR yang dikaji semula juga akan dilaksanakan pada tahun 2017 (PPPM, 2012). Di bawah pelaksanaan Dasar MBMMBI, kurikulum BM dan BI sekolah rendah dan menengah turut digubal dengan mengetengahkan pendekatan modular yang memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa melalui kaedah gabung jalin. Selain itu, asas bahasa yang kukuh merupakan elemen terpenting untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam mentrasformasikan kurikulum BM dan BI, beberapa inisiatif di bawah Dasar MBMMBI telah dirancang dan sedang dijalankan: 1.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Keterangan

Penekanan kepada pendekatan modular bagi menguasai asas bahasa dan kemahiran bahasa mengikut konsep didik hibur. Pengenalan kepada elemen seni bahasa untuk memperkaya pembelajaran bahasa. Pengajaran tatabahasa secara berfokus (mulai Tahun 3 untuk BI) supaya murid dapat menggunakan sistem bahasa yang betul. Penetapan model Standard British English sebagai panduan untuk pengajaran sebutan, penulisan dan tatabahasa.

Pelaksanaan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berfokus kepada sesuatu kemahiran berbahasa dan menggabung jalin kemahiran bahasa yang lain. Mewujudkan suasana PdP yang lebih menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti seperti nyanyian, lakonan, berpantun dan bercerita bagi meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran bahasa.

7

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Pelibatan murid secara aktif dalam pembelajaran tatabahasa melalui kaedah deduktif, induktif dan komunikatif. Penggunaan bahasa yang standard dalam PdP.

Pencapaian

Penambahan peruntukan waktu untuk BM di SJK (daripada 180 minit seminggu kepada 240 minit seminggu) dan BI di SK (Tahap 1 – daripada 240 minit seminggu kepada 300; Tahap 2 – daripada 210 minit seminggu kepada 300 minit seminggu) dan SJK (Tahap 1 – daripada 60 minit seminggu kepada 150 minit seminggu. Tahap 2 – daripada 90 minit seminggu kepada 180 minit seminggu) Melalui pendekatan modular, PdP guru lebih berfokus kepada kemahiran bahasa yang diajar. Elemen didik hibur dalam PdP menarik minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

2.

Program LINUS2.0 Literasi BM, Numerasi dan Literasi BI Keterangan

Menguasai literasi asas dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis BM dan BI.

Pelaksanaan

Membimbing murid LINUS menguasai kemahiran asas membaca dan menulis melalui pelbagai cara pembelajaran seperti visual, auditori dan kinestetik. Melaksanakan kursus pendedahan penggunaan modul dan kursus pemulihan untuk FasiLINUS, guru BM dan BI. Mengendalikan saringan LINUS BM dan BI sebanyak dua kali setahun untuk semua murid Tahap 1. Menggunakan Modul Literasi Bahasa Malaysia (LBM) dan Modul Literasi Bahasa Inggeris (LBI) dalam PdP BM dan BI. Mengadakan perbincangan dengan menambah baik pelaksanaan program.

FasiLINUS

untuk

Mengumpul data bagi mengenal pasti murid literasi BM dan literasi BI.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

8

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pencapaian Tahun

Saringan 1, 2013 Saringan 2, 2013 Saringan 1, 2014 Sasaran Capai Sasaran Capai Sasaran Capai 87%

63.7%

90%

81.3%

90%

64.5%

92%

86.7%

95%

93.2%

95%

85.8%

98%

95.6%

100%

99.1%

100%

94.4%

Tahun 1 Baseline 50.1%

67%

63.3%

59%

53.8%

Tahun 1 Literasi Bahasa Tahun 2 Malaysia Tahun 3

Literasi Tahun 2 Bahasa (2014) Inggeris Tahun 3 (2015)

TB

TB

TB

TB

75%

65.4%

TB

TB

TB

TB

100%

TB

TB – Tidak Berkenaan

3.

Sistem Set Keterangan

Melibatkan murid Tingkatan 1 di semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Sekolah yang mempunyai sumber yang mencukupi digalakkan melaksanakan Sistem Set di Tingkatan 2 atau selanjutnya. Melaksanakan PdP berfokus berdasarkan tahap kecekapan berbahasa Inggeris murid. Mengagihkan murid semasa waktu BI untuk mengikuti PdP di dalam set (kelas yang terdiri daripada murid yang sama tahap kecekapan berbahasa Inggeris) berdasarkan markah ujian diagnostik.

Pelaksanaan

Melaksanakan ujian diagnostik pada awal tahun persekolahan untuk menentukan tahap kecekapan berbahasa Inggeris murid. Mengagihkan murid ke dalam set berdasarkan markah ujian diagnostik. Merancang dan melaksanakan PdP berfokus berdasarkan tahap kecekapan berbahasa Inggeris murid.

9

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pencapaian

Pelaksanaan PdP berfokus meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dalam BI semasa melaksanakan aktiviti. Perancangan dan pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.

4.

Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran BM dan BI Sekolah Menengah Keterangan

Penguasaan berbahasa melalui penghayatan sastera.

Pelaksanaan

PdP bahasa melalui pelbagai genre sastera seperti puisi, drama, cerpen dan novel. Menimbulkan minat murid untuk mempelajari KOMSAS melalui pelbagai aktiviti PdP yang menarik dan berpusatkan murid. Menghasilkan karya kreatif seperti puisi, pantun, cerpen dan drama.

Pencapaian

Penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan di dalam dan di luar bilik darjah meningkat. Keyakinan murid bagi mengutarakan idea dan hujah yang bernas.

5.

Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) Keterangan

Program OPS-English merupakan satu inisiatif PPPM dalam Gelombang Satu (2013 – 2015) yang bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi BI dalam kalangan murid Tingkatan 1 dan 2.

Pelaksanaan

Program OPS-English dilaksanakan sepanjang Semester 1 tahun persekolahan. Program intervensi ini diperluas secara berperingkat-peringkat kepada sekolah band 3 hingga 6. Dalam pelaksanaan OPS-English, guru dilatih di dalam bilik darjah. Pemantauan dan sokongan diberikan sepanjang pelaksanaan program.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

10

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pencapaian

11

Sasaran pencapaian adalah untuk meningkatkan bilangan murid Tingkatan 1 dan 2 (sekolah band 3 – 6) yang mencapai sekurang-kurangnya band 3 dalam penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur (merujuk Dokumen Standard Prestasi BI Tingkatan 1 dan 2).

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 2

MEMANTAPKAN KOMPETENSI GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

12

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 2 MEMANTAPKAN KOMPETENSI GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS Dasar MBMMBI memberi fokus kepada kualiti guru BM dan BI dalam aspek pedagogi, kecekapan berbahasa dan profesionalisme. Program peningkatan kapasiti guru dilaksanakan melalui strategi memantapkan latihan perguruan pada peringkat praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan, memantapkan profesionalisme guru BM dan BI dan memartabatkan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Malaysia (PKBM) dan Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI). KPM telah merancang pelbagai program latihan di bawah Dasar MBMMBI. Antara program yang dilaksanakan ialah: 1.

Latihan Guru Praperkhidmatan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) Keterangan

Melahirkan guru pelatih yang kompeten dan yakin. Membina dan memperkukuh kecekapan berbahasa Malaysia dan berbahasa Inggeris guru praperkhidmatan.

Pelaksanaan

Kursus Jangka Pendek anjuran IPGM/IPGK. Pertandingan aktiviti kebahasaan.

Pencapaian

Peningkatan dalam kemahiran dan pedagogi guru praperkhidmatan BM dan BI. Pemantapan kompetensi guru praperkhidmatan BM dan BI.

2.

Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) Keterangan

Meningkatkan profesionalisme pensyarah BM dan BI.

Pelaksanaan

Kursus Kejurulatihan anjuran IPGM/IPGK. Kursus Jangka Pendek anjuran IPGM/IPGK.

13

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

3.

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Keterangan

Memantapkan latihan guru BM dan BI di peringkat praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Memantapkan kecekapan berbahasa Inggeris guru BI. Memantapkan kecekapan berbahasa Malaysia guru BM dan kecekapan berbahasa Inggeris guru BI di SM Teknik, SM Vokasional / Kolej Vokasional. Memantapkan kompetensi komunikasi BM dan BI kepada pemimpin pendidikan semasa pengurusan pendidikan.

Pelaksanaan

Kursus Profesionalisme Perguruan Guru BM anjuran BPG/ IPGM/IPGK. Kursus Kolaboratif (guru BM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik. Kursus Kolaboratif Guru Sains dan Matematik dengan Petrosains dan Pusat Sains Negara. Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Opsyen BI. Kursus Pemantapan Kecekapan Berbahasa Inggeris Guru Bukan Opsyen BI. Kursus/Latihan Strategi dan Kaedah Pengajaran BM dan BI di Sekolah. Kursus Jangka Pendek BM dan BI untuk Pemimpin Pendidikan anjuran IAB.

4.

Latihan Guru Praperkhidmatan Institut Pendidikan Guru Malaysia di Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu (PKBM) Keterangan

Meningkatkan kualiti latihan guru praperkhidmatan. Memantapkan profesionalisme guru praperkhidmatan BM.

Pelaksanaan

Kursus Pemantapan Tatabahasa BM. Festival Pantun Bestari. Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

14

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Forum Piala Menteri Besar Peringkat Kebangsaan. Pertandingan pelbagai aktiviti pengucapan awam. Kursus Rakan Munsyi, Bengkel Penulisan Kreatif, Program Apresiasi Sastera Melayu dan Aktiviti Pelestarian Budaya Melayu. Seminar Pedagogi.

5.

Latihan Guru Praperkhidmatan Institut Pendidikan Guru Malaysia di Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) Keterangan

Meningkatkan kualiti latihan guru praperkhidmatan BI. Memantapkan profesionalisme guru praperkhidmatan BI.

Pelaksanaan

E-learning and Strategies for Teaching Literature. ELT Exhibition Innovation and Performing of Arts in ELT. Creativity in Teaching and Learning and Public Speaking. Teaching of Children’s Literature and ELT Seminar.

6.

Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) Keterangan

Memantapkan kecekapan berbahasa Inggeris guru sekolah rendah dan menengah. Memantapkan pedagogi guru sekolah rendah dan menengah dalam PdP BI. Hubungan Kolaboratif (ELTC dengan British Council).

Pelaksanaan

Ujian prakefasihan BI Aptis. Latihan guru BI oleh pihak British Council. Ujian pascakefasihan BI Aptis.

Pencapaian

15

KPI yang ditetapkan ialah 85% guru yang mengikuti program akan mencapai 1 band lebih tinggi daripada pencapaian sedia ada.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 3

MENEMPATKAN GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MENGIKUT OPSYEN

16

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 3 MENEMPATKAN GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MENGIKUT OPSYEN KPM melaksanakan program penempatan semula guru BM dan BI mengikut opsyen berdasarkan keperluan perjawatan di sekolah. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menempatkan guru mengikut opsyen supaya PdP BM dan BI dapat dijalankan dengan berkesan. Penempatan Semula Guru BM dan BI Mengikut Opsyen Keterangan

Menempatkan semula guru BM dan BI berdasarkan keperluan perjawatan di sekolah.

Pelaksanaan

Dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berterusan sehingga objektif Dasar MBMMBI, iaitu mata pelajaran BM dan BI mesti diajarkan oleh guru opsyen BM dan BI tercapai. Menyusun semula guru agar selari dengan keperluan sebenar perjawatan dan opsyen di sekolah. Menggerakkan guru opsyen BM dan BI yang berlebihan di sekolah ke sekolah yang memerlukan. Melibatkan penempatan dalam daerah, antara daerah dan antara negeri.

Pencapaian

17

Pengisian guru BM dan BI yang mencukupi mengikut keperluan.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 4

MENGGUNAKAN KHIDMAT PAKAR, PERUNDING DAN PEMBANTU GURU

18

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 4 MENGGUNAKAN KHIDMAT PAKAR, PERUNDING DAN PEMBANTU GURU 1.

Program Penutur Jati

Penyediaan guru BM dan BI yang mencukupi, berkualiti dan berkemahiran tinggi merupakan strategi penting MBMMBI. Dalam hal ini, KPM turut melaksanakan perkongsian pintar dengan tenaga pakar dari luar negara. Bagi tujuan membina kapasiti guru BI, perkhidmatan penutur jati BI digunakan sebagai mentor di sekolah rendah di dalam enam (6) zon seluruh negara (2010-2013; 2013-2015). Sebanyak 1,800 sekolah rendah terlibat dalam program ini. Bagi tujuan peningkatan kapasiti pensyarah BI pula, penutur jati juga ditempatkan di lima Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) iaitu English Language Teaching Centre (ELTC), IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Dato‘ Razali, IPGK Batu Lintang dan IPGK Gaya (2010-2013). Kepakaran penutur jati membantu meningkatkan kemahiran pedagogi dan profisiensi guru BI serta dapat membangunkan kemahiran kumpulan tenaga pengajar yang boleh menjadi pakar rujuk. Penutur jati yang berkhidmat di PKBI bekerjasama dengan pensyarah BI bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta kompetensi pensyarah BI. UTARA Perlis Kedah P. Pinang Perak Utara

TIMUR Kelantan Terengganu Pahang

SABAH W.P. LABUAN

TENGAH Selangor Perak Selatan W.P. KL & Putrajaya SELATAN Johor Negeri Sembilan Melaka

19

SARAWAK

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Penutur Jati Keterangan

Perkongsian pintar dengan pakar dari luar negara. Berperanan sebagai mentor. Membina kapasiti guru BI. Meningkatkan kompetensi guru opsyen dan bukan opsyen. Melatih personel dalam kalangan guru yang boleh menjadi pakar rujuk.

Pelaksanaan

Setiap mentor ditempatkan di satu kelompok (5 buah sekolah yang berdekatan). Sasaran peserta ialah guru tahap satu di 1,800 buah sekolah terpilih.

Pencapaian

2.

Penilaian Pencapaian KPI pada September 2013 mendapati penguasaan guru dalam BI meningkat dengan signifikan dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis (berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages – CEFR).

Program Fulbright English Teaching Assistant (ETA)

Program Fulbright English Teaching Assistant atau ringkasnya, ETA ialah satu program kolaboratif antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Amerika Syarikat dan bertujuan meningkatkan penguasaan dan penggunaan BI dalam kalangan murid. Mulai tahun 2012 sehingga 2014, seramai 225 orang ETA telah ditempatkan di 100 sekolah menengah dan rendah khususnya sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7 serta berprestasi rendah dalam mata pelajaran BI. ETA mengendalikan pelbagai aktiviti pembelajaran BI bagi meningkatkan minat murid untuk menguasai BI dengan lebih baik. Setiap ETA menghabiskan sekurang-kurangnya dua puluh jam seminggu berinteraksi dengan murid-murid semasa di dalam bilik darjah atau melalui aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi peluang murid menggunakan BI dalam situasi yang autentik. Setiap ETA dibantu oleh

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

20

Kementerian Pendidikan Malaysia

seorang guru mentor BI yang dikenal pasti di sekolah mereka ditempatkan. Sehingga tahun 2014, Program ETA dilaksanakan di enam (6) buah negeri, iaitu Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Hasil daripada maklum balas yang memberangsangkan khususnya daripada murid-murid yang terlibat, program ini akan diteruskan sehingga tahun 2017. Program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) Keterangan

Program kolaboratif antara Kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat. Berperanan sebagai pembantu guru BI. Melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Pelaksanaan

Penempatan di sekolah yang berada pada Band 5, 6 dan 7 dan merekod Gred Purata Mata Pelajaran BI yang rendah. Setiap sekolah menerima seorang ETA yang dibantu oleh seorang guru BI yang berpengalaman sebagai guru mentor.

Pencapaian

3.

ETA membantu guru BI meningkatkan penguasaan dan penggunaan BI dalam kalangan murid melalui aktiviti BI di dalam dan di luar bilik darjah. Ini memberi peluang untuk murid berkomunikasi dalam BI.

Guru Kontrak Bahasa Inggeris

Prestasi murid dalam mata pelajaran BI masih berada pada tahap rendah khususnya di sekolah luar bandar dan sekolah pedalaman. Dalam usaha KPM mempertingkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran BI beberapa strategi telah dirancang. Antaranya adalah untuk melantik guru BI yang telah bersara sebagai Guru Kontrak BI secara contract for service (CFS) di sekolah rendah. Bidang tugas Guru Kontrak adalah untuk mengajarkan mata pelajaran BI dan membantu aktiviti pengukuhan berkaitan BI. Pelantikan Guru Kontrak BI bertujuan menampung keperluan guru BI di sekolah-sekolah yang dikenal pasti.

21

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Guru Kontrak Bahasa Inggeris Keterangan

Menampung keperluan guru BI. Membantu aktiviti pengukuhan BI. Setiap negeri mempunyai kuota pelantikan guru kontrak BI.

Pelaksanaan

Guru BI yang telah bersara boleh memohon melalui JPN masingmasing dengan menggunakan borang permohonan yang telah disediakan.

Pencapaian

Mengisi kekosongan bagi bilangan guru BI sekolah rendah yang tidak mencukupi di pedalaman supaya PdP dapat dijalankan dengan berkesan.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

22

Strategi 5

MEMPERLUAS PENGGUNAAN BAHAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PDP BM DAN BI

24

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 5 MEMPERLUAS PENGGUNAAN BAHAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS KPM telah menyediakan buku teks sebagai bahan yang membantu proses pembelajaran murid. Selain buku teks, KPM turut mengambil inisiatif membekalkan bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong penggunaan buku teks. KPM memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan TMK tetapi juga dapat memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Bahan digital dalam bentuk cakera padat dan perisian kandungan makmal berbentuk dalam talian juga disediakan bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini selaras dengan objektif yang terdapat dalam PPPM 2013-2025. Guru dikehendaki menggunakan bahan dan kemudahan yang disediakan secara optimum bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP. Penggunaan Bahan dan TMK Keterangan

Membekalkan buku teks, bahan bacaan tambahan dan bahan digital. Menaik taraf makmal komputer kepada makmal bahasa. Guru dikehendaki menggunakan bahan dan kemudahan yang disediakan secara optimum bagi menarik minat murid.

25

Pelaksanaan

Membekalkan buku teks, bahan bacaan tambahan dan bahan digital sebagai bahan sokongan kurikulum.

Pencapaian

Pemantauan dalam talian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) mendapati 86.2% guru menyatakan bahawa penggunaan bahan digital MBMMBI memberikan impak positif dalam aktiviti PdP.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 6

MEMPERLUAS PUBLISITI DAN KEMPEN PENGUKUHAN BAHASA

26

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 6 MEMPERLUAS PUBLISITI DAN KEMPEN PENGUKUHAN BAHASA Pelaksanaan pelan media yang teratur dan terancang melibatkan publisiti dan penyebaran maklumat secara meluas melalui saluran media yang sesuai dan tepat. Hal ini akan meningkatkan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan Dasar MBMMBI. Publisiti dan Penyebaran Maklumat Dasar Keterangan

Publisiti dan penyebaran maklumat dasar secara menyeluruh melalui saluran media yang terpilih.

Pelaksanaan

Media Cetak: r Advertorial; r Sidang media; r Kenyataan media; dan r Liputan khas media. Media Elektronik/Baharu: r Bual bicara; r Liputan Berita; r Liputan Khas; r TVC (Iklan); r Iklan Radio; dan r Microsite/facebook/twitter/blog/portal. Media Lain: r Buku kecil (Booklet) MBMMBI; r Buku FAQ; r Buletin KPM; r Bus Wrap Up; r Panel LRT; r Media Out-of-Home; dan r Program Bersemuka.

27

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 7

MENINGKATKAN PENYERTAAN MURID DALAM AKTIVITI BAHASA DI LUAR BILIK DARJAH

28

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 7 MENINGKATKAN PENYERTAAN MURID DALAM AKTIVITI BAHASA DI LUAR BILIK DARJAH Penguasaan BM dan BI murid dari segi keyakinan, kefasihan, berfikiran tajam, kemahiran berhujah secara spontan, berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur, betul, tepat dan gramatis ditingkatkan melalui peningkatan minat dan penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan. Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk bersaing pada peringkat global sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah setiap murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran berkomunikasi dalam dwibahasa, beretika dan memiliki kerohanian yang tinggi, dan beridentiti nasional. Semua ciri ini perlu ada pada setiap murid sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, murid berupaya mengaplikasi ilmu pengetahuan, berfikir secara kreatif dan inovatif serta mengamalkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Program atau aktiviti kokurikulum akademik (koakademik) yang dilaksanakan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan menggunakan BM dan BI. KPM berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan dalam kalangan murid. 1.

29

Aktiviti Penggalakan Bahasa Malaysia Keterangan

Penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan dapat membina keyakinan dan kefasihan murid dalam penggunaan BM serta meningkatkan penguasaan BM dalam kalangan murid.

Pelaksanaan

Pelbagai aktiviti BM dijalankan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan peringkat kebangsaan turut diadakan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

2.

Pelaksanaan

u u u u u

Pencapaian

Penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan meningkatkan penguasaan BM dan menggalakkan penggunaan BM dalam kalangan murid.

Bahas, pidato, syarahan; Forum, pantun, bicara berirama; Bercerita, puisi tradisional, sketsa bahasa; Pantomim, deklamasi puisi, monodrama/monolog; dan Teater, kuiz, sahiba.

Aktiviti Penggalakan Bahasa Inggeris Keterangan

Penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan dapat membina keyakinan dan kefasihan murid dalam penggunaan BI serta meningkatkan penguasaan BI dalam kalangan murid.

Pelaksanaan

Pelbagai aktiviti BI dijalankan di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Pertandingan peringkat kebangsaan turut diadakan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti: u u u u u u u

Pencapaian

Action song; Storytelling; Public speaking; Drama; Debate; Choral speaking; dan Spelling.

Penyertaan murid dalam aktiviti koakademik meningkatkan penguasaan BI dan menggalakkan penggunaan BI dalam kalangan murid.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

30

Kementerian Pendidikan Malaysia

3.

Aktiviti Pemupukan dan Pemantapan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Keterangan

Penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan dapat membina keyakinan dan kefasihan murid dalam penggunaan BM dan BI serta meningkatkan penguasaan BM dan BI dalam kalangan murid.

Pelaksanaan

Pelbagai aktiviti bahasa dijalankan di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti: u u u u u u u u u u u

4.

Kem bahasa; Program NILAM; Perkampungan Penulis Muda; Perkampungan Bahasa dan Sastera; Kursus/bengkel penulisan skrip; Drama/esei; Bengkel teknik bercerita; Kawanku Buku; Lawatan Ilmu; Menonton teater/drama; dan English-in-Camp.

Bulan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Malaysia) Keterangan

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Pelaksanaan

31

Pelbagai aktiviti bahasa dijalankan sepanjang bulan bahasa bagi memupuk penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Strategi 8

MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN KEPERIHALAN PENCAPAIAN MURID

32

Kementerian Pendidikan Malaysia

STRATEGI 8 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN KEPERIHALAN PENCAPAIAN MURID Transformasi pentaksiran mata pelajaran BM dan BI menggunakan sistem pentaksiran yang bersifat holistik dan seimbang, iaitu menilai aspek kognitif, efektif dan psikomotor. Transformasi pentaksiran mata pelajaran BM dan BI Keterangan

Pentaksiran mata pelajaran BM dan BI menggunakan sistem pentaksiran yang bersifat holistik dan seimbang, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan secara berterusan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP BM dan BI. Pentaksiran sumatif dilaksanakan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun. Pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bertujuan meningkatkan penguasaan kefasihan dan keyakinan untuk bertutur dalam BM dan BI dengan lebih baik. Ujian psikometrik dilaksanakan untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

33

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

PENUTUP PPPM 2013-2025 menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menyediakan sistem pendidikan yang mampu membentuk individu yang dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mempunyai kecekapan berbahasa dalam BM dan BI. Penguasaan BM dan BI sebagai bahasa ilmu akan membangunkan murid yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Murid akan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan TMK dengan baik, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai yang tinggi serta berpotensi menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Justeru, pelbagai program dan aktiviti memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris dapat membantu mewujudkan 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah merealisasikan hasrat menjadi negara maju. Dalam memastikan kejayaan Dasar MBMMBI, penggemblengan idea dan tenaga semua pihak amat diperlukan bagi membantu KPM memartabatkan BM dan memperkukuh BI. Sebarang cabaran yang dilalui hendaklah dijadikan sebagai ikhtibar dan batu loncatan bagi menambah baik pelaksanaan Dasar MBMMBI. Harapan KPM adalah untuk ibu bapa, guru-guru, pemimpin tempatan, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta berganding bahu dan berusaha gigih bersama-sama menjayakan pelaksanaan Dasar MBMMBI.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

34

LAMPIRAN

36

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, Level 8, Block E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Compleks Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Centre 62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-8884 6077 Fax : 03-8889 4548 Laman web : http//www.moe.gov.my

SPI:KP(BPSH – SPDK) 201/005/01 Jld. 4 ( 15 ) 4 November 2011

Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri. YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 12 TAHUN 2011 PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 2. Jemaah Menteri juga dalam mesyuarat yang sama telah memutuskan bahawa dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. 3. Surat Pekeliling Bil.12/2011 ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, iaitu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan. Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. 4. Perincian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti yang berikut:

37

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

4.1

4.2

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) 4.1.1

Tahun 2012 i. Tahun Satu dan Tahun Dua menggunakan BM sepenuhnya; ii. Tahun Tiga hingga Tahun Enam menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.1.2

Tahun 2013 i. Tahun Satu hingga Tahun Tiga menggunakan BM sepenuhnya; ii. Tahun Empat hingga Tahun Enam menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.1.3

Tahun 2014 i. Tahun Satu hingga Tahun Empat menggunakan BM sepenuhnya; ii. Tahun Lima dan Tahun Enam menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.1.4

Tahun 2015 i. Tahun Satu hingga Tahun Lima menggunakan BM sepenuhnya; ii. Tahun Enam menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuh atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.1.5

Tahun 2016 dan seterusnya i. Tahun Satu hingga Tahun Enam menggunakan BM sepenuhnya.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) 4.2.1

Tahun 2012 i. Tahun Satu dan Tahun Dua menggunakan BC sepenuhnya; dan ii. Tahun Tiga hingga Tahun Enam menggunakan BC sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI.

4.2.2

Tahun 2013 i. Tahun Satu hingga Tahun Tiga menggunakan BC sepenuhnya; dan ii. Tahun Empat hingga Tahun Enam menggunakan BC sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI.

4.2.3

Tahun 2014 i. Tahun Satu hingga Tahun Empat menggunakan BC sepenuhnya; dan ii. Tahun Lima dan Tahun Enam menggunakan BC sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

38

Kementerian Pendidikan Malaysia

4.3

4.4

4.2.4

Tahun 2015 i. Tahun Satu hingga Tahun Lima menggunakan BC sepenuhnya; dan ii. Tahun Enam menggunakan BC sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI.

4.2.5

Tahun 2016 dan seterusnya i. Tahun Satu hingga Tahun Enam menggunakan BC sepenuhnya.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) 4.3.1

Tahun 2012 i. Tahun Satu dan Tahun Dua menggunakan BT sepenuhnya; dan ii. Tahun Tiga hingga Tahun Enam menggunakan BT sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI.

4.3.2

Tahun 2013 i. Tahun Satu hingga Tahun Tiga menggunakan BT sepenuhnya; dan ii. Tahun Empat hingga Tahun Enam menggunakan BT sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI.

4.3.3

Tahun 2014 i. Tahun Satu hingga Tahun Empat menggunakan BT sepenuhnya; dan ii. Tahun Lima dan Tahun Enam menggunakan BT sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI.

4.3.4

Tahun 2015 i. Tahun Satu hingga Tahun Lima menggunakan BT sepenuhnya; dan ii. Tahun Enam menggunakan BT sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI.

4.3.5

Tahun 2016 dan seterusnya i. Tahun Satu hingga Tahun Enam menggunakan BT sepenuhnya.

SEKOLAH MENENGAH 4.4.1

39

Tahun 2012 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

4.4.2

Tahun 2013 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.3

Tahun 2014 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.4

Tahun 2015 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.5

Tahun 2016 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.6

Tahun 2017 i. Tingkatan Satu menggunakan BM sepenuhnya; dan ii. Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.7

Tahun 2018 i. Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua menggunakan BM sepenuhnya; dan ii. Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.8

Tahun 2019 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga menggunakan BM sepenuhnya; dan ii. Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.9

Tahun 2020 i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat menggunakan BM sepenuhnya; dan ii. Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI.

4.4.10 Tahun 2021 dan seterusnya i. Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenuhnya.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

40

Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Jadual Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti Lampiran 1. 6. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam bahasa Inggeris. 7. Penyediaan soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran sains dan matematik adalah seperti yang berikut: Jenis Peperiksaan

Penggunaan Bahasa SK menggunakan BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2015.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

SJKC menggunakan BC sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI sehingga tahun 2015. SJKT menggunakan BT sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI sehingga tahun 2015. Pada tahun 2016, BM digunakan sepenuhnya di SK, BC sepenuhnya di SJKC dan BT sepenuhnya di SJKT.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) (Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai tahun 2014)

BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2018. Pada tahun 2019, BM digunakan sepenuhnya.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

BM sepenuhnya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2020. Pada tahun 2021 dan seterusnya, BM digunakan sepenuhnya.

41

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 berkaitan Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dibatalkan. 9. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

42

Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k.

43

1.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

2.

YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3.

YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

5.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

7.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

8.

Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

9.

Penasihat Undang-undang Kementerian Pelajaran Malaysia

10.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN 1

2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6 Tg 1 Tg 2 Tg 3 Tg 4 Tg 5

PdP Sains dan Matematik dalam BM (Bagi SJKC menggunakan bahasa Cina, bagi SJKT menggunakan bahasa Tamil) PdP Sains dan Matematik dilaksanakan dalam BI PdP Sains dan Matematik dilaksanakan dalam dwibahasa Thn : Tahun

Tg : Tingkatan (SPI Bil.12 Tahun 2011 bertarikh 4 November 2011)

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

44

Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E8 Kompleks Pejabat Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan 62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-8884 6149 Faks : 03-8884 6146

KP (BPPDP)/601/117 (16) 14 November 2011

Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri. YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2011: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Dengan segala hormatnya saya diarahkan untuk menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membuat pengumuman berkaitan Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam Perjumpaan Menteri Pelajaran bersama-sama Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia diikuti dengan taklimat lanjut oleh YBhg. Dato’ Sri KPPM pada 4 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 3. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran telah menyediakan garis panduan seperti di Lampiran A bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI Bil. 12/2011. 4. Sehubungan dengan itu, sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

45

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan melancarkan urusan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dasar dan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.:

1.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

2.

YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3.

YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

5.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

46

Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN A

AL

E

AN

M

NT

AYS IA

KEME

RI

P E L A JA R A

N

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

TAHUN 2012

47

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MBMMBI Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bertarikh 4 November 2011 yang menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini, garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SPI Bil. 12/2011.

1.

Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing, iaitu: 1.1

kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus menggunakan bahasa tersebut; atau

1.2

kelas yang menggunakan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahasa tersebut; atau

1.3

bagi kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa Malaysia amat digalakkan. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan konsep;

1.4

murid dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang diikuti sebelum ini.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

48

Kementerian Pendidikan Malaysia

2.

3.

4.

5. 6.

7.

49

Pemilihan penggunaan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah. 2.1

Kesediaan guru bermaksud kompetensi guru yang sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.

2.2

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan murid untuk mengikuti p&p dalam bahasa Inggeris.

Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris/bahasa Malaysia berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep sains dan matematik dalam pengajaran: 4.1

Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari bagi membantu p&p sains dan matematik;

4.2

Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.

Pengetua sekolah yang menerima murid baru Tingkatan 1 hendaklah mengenal pasti bahasa yang digunakan dalam p&p sains dan matematik semasa murid tersebut berada di Tahun 6. Bagi tujuan pendaftaran/penempatan murid ke Tingkatan 1, dasar dan prosedur penempatan yang sedia ada dikekalkan. Urusan pendaftaran murid Tingkatan 1 perlu dilaksanakan pada awal bulan Disember – sila rujuk lampiran. Sekiranya terdapat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa dalam p&p sains dan matematik, prosedur pertukaran sekolah hendaklah dipatuhi.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

8. 9.

7.1

Pihak sekolah hendaklah sebaik mungkin mengekalkan murid yang telah mendaftar di sekolah masing-masing.

7.2

Sekolah perlu seboleh mungkin memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti.

7.3

Sekiranya perkara 7.1 dan 7.2 tidak dapat dipenuhi maka, permohonan pertukaran sekolah murid berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.

7.4

Bagi tujuan perpindahan murid seperti perkara 7.3, hendaklah disegerakan dan diberi pertimbangan khas oleh pihak PPD dan sekolah.

Sekiranya timbul sebarang isu atau keraguan di peringkat pelaksana dalam tempoh peralihan pelaksanaan Dasar MBMMBI, hal tersebut perlu dirujuk kepada pengurusan atasan. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Dasar MBMMBI dalam tempoh peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan PPD. 9.1

Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk: 9.1.1 menjadi sumber rujukan pelaksanaan MBMMBI; 9.1.2 memantau pelaksanaan MBMMBI; 9.1.3 menyediakan laporan pelaksanaan MBMMBI; 9.1.4 menyelaraskan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit; dan 9.1.5 mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.

9.2

Setiap pasukan petugas khas hendaklah mengadakan mesyuarat mingguan seperti yang berikut: 9.2.1 KPM – setiap hari Rabu dan dipengerusikan oleh KPPM; 9.2.2 JPN – setiap hari Selasa dan dipengerusikan oleh Pengarah JPN; dan

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

50

Kementerian Pendidikan Malaysia

9.2.3 PPD – setiap hari Isnin dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. 9.3

Keurussetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan petugas khas adalah seperti yang berikut: 9.3.1 KPM – diurussetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian; 9.3.2 JPN – diurussetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah; dan 9.3.3 PPD – diurussetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah.

JADUAL KERJA PELAKSANAAN DASAR MBMMBI TAHUN 2012

51

BIL

TARIKH

PERKARA

1.

11 November 2011

Taklimat Pelaksanaaan Dasar MBMMBI kepada JPN.

2.

15 November 2011

Taklimat Pelaksanaan Dasar MBMMBI oleh JPN kepada PPD.

3.

18 November 2011

Taklimat Pelaksanaan Dasar MBMMBI oleh PPD kepada sekolah.

4.

3 Disember 2011

5.

3 & 4 Januari 2012

Pendaftaran murid Tingkatan 1. Sesi persekolahan 2012 bermula.

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

SENARAI SINGKATAN BBK

Bulan Bahasa Kebangsaan

BBT

Bahagian Buku Teks

BI

Bahasa Inggeris

BKK

Bahagian Kesenian dan Kokurikulum

BM

Bahasa Malaysia

BPG

Bahagian Pendidikan Guru

BC

Bahasa Cina

BT

Bahasa Tamil

BTP

Bahagian Teknologi Pendidikan

CEFR

Common European Framework of Reference for Languages

CFS

Contract for Service

DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka

ELT

English Language Teaching

ELTC

English Language Teaching Centre

ETA

English Teaching Assistant

FasiLINUS

Fasilitator Program LINUS

FAQ

Frequently Asked Questions

IAB

Institut Aminuddin Baki

IPG

Institut Pendidikan Guru

IPGK

Institut Pendidikan Guru Kampus

IPGM

Institut Pendidikan Guru Malaysia

JPN

Jabatan Pelajaran Negeri

KDP

Kursus Dalam Perkhidmatan

KOMSAS

Komponen Sastera

KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia

KPPM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

KPI

Key Performance Indicator

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LBM

Literasi Bahasa Malaysia

LBI

Literasi Bahasa Inggeris

LINUS

Program Literasi dan Numerasi

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

52

Kementerian Pendidikan Malaysia

53

LRT

Light Rail Transit

MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

OPS-English

Oral Proficiency in English for Secondary Schools

PBS

Penilaian Berasaskan Sekolah

PdP

Pengajaran dan Pembelajaran

PKBI

Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris

PKBM

Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu

PMR

Penilaian Menengah Rendah

PPD

Pejabat Pelajaran Daerah

PPPM

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

SABK

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

SJKC

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SK

Sekolah Kebangsaan

SMK

Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPI

Surat Pekeliling Ikhtisas

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TVC

Television Commercial

ULBS

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

UPSR

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

W.P.

Wilayah Persekutuan

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel: 03 8884 6000 http://www.moe.gov.my