DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Kerja Teknikal (Dasar Pemakanan) di ... akibat kekurangan iodin. ... tentang pemakanan berlebihan, obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang berkaita...

0 downloads 39 Views 632KB Size
DASAR P EMAK AN AN KEB ANGSAAN MAL AYSIA PEMAK EMAKAN ANAN KEBANGSAAN MALA NATION AL NUTRITION POLICY OF MAL AYSIA TIONAL MALA

Kulit buku menunjukkan fotomikrograf Askorbik Asid dan Folik Asid

MAJLIS KESEL AMA ANAN DAN PEMAK ANAN KEB ANGSAAN KESELA ATTAN MAK MAKANAN PEMAKANAN KEBANGSAAN AY S I A KEMENTERIAN KESIHA KESIHATTAN MAL MALA THE NA TIONAL FOOD SAFET Y AND NUTRITION C OUNCIL NATIONAL SAFETY COUNCIL MINISTR Y OF HEAL TH MAL AY S I A MINISTRY HEALTH MALA Aras 7 & 8, Blok E10, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Parcel E, 62518 Putrajaya Tel: (603) 8883 3888 Fax: (603) 8888 6175 ISBN : 983 - 42461 - 0 - 2 http://www.moh.gov.my

KEMENTERIAN KESIHA AY S I A KESIHATTAN MAL MALA M I N I S T RRY Y O F H EA LT H M A LLA AY S I A EALT 2005

KANDUNGAN/contents 2 Kata-kata aluan dari Y.A.B Menteri Kesihatan Malaysia Foreword by the Minister of Health Malaysia

3

Kata-kata aluan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Foreword by the Director General of Health Malaysia

4

Kenyataan Dasar Policy Statement

5

Pengenalan Introduction

8 Situasi Pemakanan di Malaysia Nutrition Situation in Malaysia

11 Matlamat Goal

12 Objektif Objectives

13 Strategi Strategies

15 Mekanisme Pelaksanaan Implementation Mechanism

16 Pemantauan dan Penilaian Monitoring and Evaluation

C E TTA A KKAN AN KEDU A , 2006 KEDUA

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA N AT I O N A L N U T R I T I O N P O L I C Y O F M A L AY S I A NA

2005

NATIONAL N UTRITION POLICY OF MALAYSIA

17

Ka ta-k ata Al uan / Fo reword Kat a-ka Alu For Me nt tan Mal aysia Ment ntee r i Kesiha Kesihat Mala the Minis ter o th Mal aysia Minist off Heal Health Mala Dasar Pemakanan Kebangsaan merupakan satu usaha penting kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia melalui pemakanan. Dasar ini membolehkan rakyat mendapatkan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti serta maklumat yang tepat dan sokongan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Taraf pemakanan dan kesejahteraan rakyat dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang merangkumi status ekonomi, pertanian dan pendidikan. Usaha untuk menangani isu pemakanan memerlukan kerjasama daripada pelbagai sektor. Dalam hal ini, penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, badan profesional dan ahli akademik dalam pembentukan dasar ini merupakan langkah penting bagi memastikan komitmen dan kerjasama semua pihak yang berkepentingan. Pemakanan ialah sumber penting dalam proses pembangunan sosioekonomi negara. Selain itu, pemakanan juga merupakan sebahagian aspek kesihatan yang penting. Manakala kesihatan pula adalah keperluan utama ke arah hidup yang berkualiti. Memandangkan Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dengan masyarakat yang bersatu padu serta taraf dan kualiti hidup setanding dengan negara maju, maka Dasar Pemakanan Kebangsaan ini menjadi pemangkin ke arah mencapai Wawasan 2020. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam pembentukan dasar ini. Saya amat berharap agar dasar ini dapat mendorong mengukuhkan usaha kerjasama ke arah mencapai kesejahteraan rakyat Malaysia melalui pemakanan. The National Nutrition Policy is a landmark effort by the government to ensure the nutritional well-being of Malaysians. It would enable the people to have access to adequate, nutritious, safe and quality food and to the right information and support to practise healthy eating. The nutritional status and well-being of the people are influenced by many factors which include economic status, agriculture and education. Efforts to address nutrition issues require multi sectoral collaboration. In this regard, the participation of the various government and nongovernment agencies, professional bodies and the academia in formulating the policy is a fundamental step to ensure the commitment and collaboration of all stakeholders. Nutrition is an essential input to the socio-economic development of the country. In addition, it is an integral part of health, whilst health is a key component in achieving quality of life. Vision 2020 envisages that by 2020 Malaysia will be a fully developed country with a cohesive society and a standard of living and quality of life comparable to that in advanced countries. The Nutrition Policy is a catalyst to achieving this vision. I wish to congratulate those who have given their input in the development of the policy. It is my utmost hope that the policy will provide greater impetus for more collaborative efforts towards achieving the nutritional well-being of the population.

2

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Ke tu a Pe ng ar ah Kesiha tan Mal aysia Ketu tua Peng ngar arah Kesihat Mala the Dir ne ral of Heal th Mal aysia Direector Ge Gene ner Health Mala Pertama-tama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli Kumpulan Kerja Teknikal (Dasar Pemakanan) di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan dan pihak lain yang telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam pembentukan Dasar Pemakanan Kebangsaan ini. Dasar ini pastinya tidak akan dapat dibentuk tanpa input dan kepakaran mereka. Pembentukan Dasar Pemakanan Kebangsaan adalah hasil daripada salah satu cadangan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (1996–2000) yang merupakan tindakan susulan daripada Persidangan Antarabangsa Pemakanan 1992 yang diadakan di Rom. Dasar ini merupakan komitmen kerajaan Malaysia untuk membasmi atau mengurangkan kebuluran, masalah kurang pemakanan dan kekurangan mikronutrien yang semakin meruncing sehingga menghalang pembangunan manusia dan sosial di seluruh dunia. Malaysia mencapai kemajuan besar dalam menangani masalah kurang pemakanan dan kekurangan mikronutrien ini. Beberapa strategi dan aktiviti dilaksanakan untuk mengurangkan masalah tertentu seperti pemakanan tak seimbang protein-kalori dan gangguan akibat kekurangan iodin. Kempen penggalakan penyusuan susu ibu juga telah diperhebat, malah kejayaan hospital kerajaan diiktiraf sebagai hospital mesra bayi merupakan suatu pencapaian terbaik di peringkat dunia. Walau bagaimanapun, banyak usaha lagi yang diperlukan untuk menangani isu tentang pemakanan berlebihan, obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang berkaitan pemakanan. Semua kakitangan kesihatan dan kakitangan agensi lain digesa mengamalkan dasar ini sebagai panduan dalam menjalankan tugas harian mereka yang melibatkan aktiviti pemakanan. Dasar ini juga hendaklah dijadikan panduan dalam mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi berkaitan yang lain, komuniti dan sektor swasta untuk melaksanakan program pemakanan yang berkesan demi kebaikan semua pihak. First of all, I wish to thank and congratulate the members of the Technical Working Group for the policy under the National Plan of Action for Nutrition Malaysia (NPANM) and others who have contributed tremendously in the development of the National Nutrition Policy. The policy would not have materialised without their input and expertise. The formulation of the National Nutrition Policy is an outcome of one of the recommendations of the NPANM (1996-2000) which was a follow-up to the 1992 International Conference of Nutrition held in Rome. It represents the commitment of the Malaysian government to eliminate or reduce starvation, widespread undernutrition and micronutrient deficiencies which hinder progress in human and social development around the world. Malaysia has made great strides in addressing the problems of undernutrition and micronutrient deficiencies. Strategies and activities are put in place to reduce specific problems such as protein-calorie malnutrition and iodine deficiency disorders. Promotion of breastfeeding too has been intensified and the success of government hospitals in achieving baby-friendly accreditation is one of the best in the world. However, more efforts are needed to address the issues of overnutrition, obesity and diet-related non-communicable diseases. I urge all health staff and other agencies to use this policy as a guide in their daily work that involves nutrition activities. It should also be a guide for them to forge smart partnerships with other relevant agencies, the community and private sector to implement effective programmes for the good of all.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

3

D

asar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat. Dasar ini juga akan menyepadukan dan menggemblengkan usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan.

KENYATAAN DASAR POLICY ST ATEMENT STA

T

he Nat ional Nut r it io n Policy o f Malay sia endeavours to achieve and maintain the nutritional well-being of the population. The policy aims at providing access to adequate, nutritious, safe and quality food for all. It will promote and support strategies for the practice of healthy eating. The policy will integrate and synergise the efforts of relevant stakeholders in planning, implementing and evaluating food and nutrition programmes that are effective and sustainable.

4

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

1 K

PENGEN AL AN ENGENAL ALAN INTRODUCTION

emajuan sosioekonomi yang pesat disamping penghijrahan penduduk yang semakin bertambah dari desa ke bandar semenjak kemerdekaan pada 1957

telah mengubah cara hidup rakyat Malaysia. Antara perubahan tersebut termasuklah amalan pemakanan dan pemilihan makanan yang akhirnya memberikan kesan kepada kesihatan dan pola penyakit di kalangan penduduk. Pemakanan seimbang asas kesihatan. Oleh yang demikian, rakyat mestilah diberikan kemudahan untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti serta didedahkan dengan pengetahuan tentang pemakanan supaya mereka dapat memilih pemakanan yang tepat dan sihat. Untuk tujuan ini, langkah awal hendaklah diambil dan strategi yang sedia ada diperkukuh bagi mencapai tahap kesihatan pemakanan penduduk yang optimum. Di samping berdepan dengan masalah kurang pemakanan, Malaysia juga kini perlu menghadapi cabaran akibat daripada pemakanan berlebihan serta penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan. Kurang pemakanan boleh mengakibatkan perkembangan kognitif dan pencapaian akademik yang lemah di kalangan kanak-kanak dan juga menyebabkan tahap keupayaan bekerja dan produktiviti yang rendah di kalangan orang dewasa. Penyakit berkaitan dengan pemakanan yang semakin menjadi-jadi, seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan obesiti akan menyebabkan morbiditi, kematian dan kos penjagaan kesihatan negara semakin meningkat. Semua ini akhirnya akan menjejaskan kemajuan sosioekonomi negara. Taraf pemakanan di setiap peringkat kitaran hidup saling berhubung kait. Sebagai contoh, bagi janin dalam kandungan yang kurang pemakanan disebabkan amalan pemakanan ibu yang kurang baik boleh menyebabkan risiko penyakit kronik pada usia yang lebih lanjut. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan kesan pemakanan tak seimbang antara generasi ini, maka amalan pemakanan yang baik sepanjang hayat perlu diberikan penekanan. Oleh itu, satu dasar pemakanan kebangsaan yang menyeluruh perlu diwujudkan untuk menangani isu pemakanan yang optimum secara teratur bermula daripada kelahiran bayi, sehinggalah kepada zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan masa tua. Kesejahteraan rakyat melalui pemakanan dipengaruhi oleh beberapa faktor penentu yang bersangkut paut dengan bidang tugas pelbagai agensi. Sebagai contoh, bekalan makanan yang tidak terjamin yang boleh mengakibatkan pemakanan tak seimbang dipengaruhi oleh faktor seperti kesihatan, pendidikan, pekerjaan, bekalan makanan dan kemampuan untuk mendapatkan makanan. Semua ini terletak di bawah bidang kuasa pelbagai sektor termasuk kesihatan, pendidikan, pertanian, sumber manusia, pembangunan masyarakat, perancangan ekonomi dan perdagangan. Oleh yang demikian dasar pemakanan akan menjadi landasan untuk kerjasama dan penggemblengan tenaga antara sektor bagi mencapai matlamat pemakanan yang optimum semua pihak.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

5

Dasar Pemakanan Kebangsaan bertujuan memantapkan usaha memerangi dua masalah berikut, iaitu kekurangan pemakanan dan penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan. Dasar ini menggariskan hala tuju untuk pembangunan dan pelaksanaan bagi semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini.

Oleh itu, melalui amalan pemakanan yang optimum, rakyat Malaysia akan lebih bersedia menghadapi cabaran ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

M

alaysia has undergone marked socio-economic development since independence in 1957 accompanied by an increase in rural to urban migration and changes in

lifestyles. These changes include dietary habits and food preferences, which in turn have a bearing on the health and disease patterns of the population. Good nutrition is the foundation for health. It is important for the population to have access to adequate, nutritious, safe and quality food, and the nutrition knowledge to make informed and healthy dietary choices. It is therefore imperative that new initiatives be developed and current strategies strengthened towards achieving the optimal nutritional health of the population. While undernutrition persists, Malaysia is facing challenges related to overnutrition and diet-related chronic diseases. Undernutrition can lead to poor cognitive development and academic performance in children, and reduced work capacity and productivity among adults. Increased prevalence of diet-related diseases such as diabetes, cardiovascular diseases, hypertension and obesity contributes to increased morbidity, mortality and healthcare costs of the country. All these ultimately impinge on the socio-economic development of the country.

6

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nutritional status throughout the stages of the life cycle is interrelated. For example, undernutrition in-utero due to poor maternal nutrition is associated with an increased risk of chronic diseases in later life. Thus in order to reduce this intergenerational impact of malnutrition, emphasis should be placed on good nutritional practices throughout the life cycle. Therefore, a comprehensive nutrition policy would systematically address the optimum nutrition from birth through childhood, adolescence, and adulthood right up to old age. The nutritional well-being of the population is influenced by several determinants that cut across the areas of responsibilities of various agencies. For example, household food insecurity that leads to malnutrition is influenced by such factors as health, education, employment, food availability and affordability. These areas are under the purview of diverse sectors including health, education, agriculture, human resources, community development, economic planning and trade. A nutrition policy will therefore provide the platform for inter-sectoral coordination and synergy towards achieving optimum nutrition for all. The National Nutrition Policy is aimed at consolidating efforts in combating the double burden of nutritional deficiencies and diet-related chronic diseases. It provides the direction for the development and implementation of all nutrition and related activities in the country.

Thus through optimum nutrition, Malaysians will be poised towards achieving the goals of Vision 2020.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

7

2

SITU ASI P EMAK AN AN DI MAL AYSIA SITUASI PEMAK EMAKAN ANAN MALA NUTRITION SITUATION IN MALAYSIA

J AMINAN K EDAPATAN M AKANAN /F OOD S ECURITY

D

ata bekalan makanan di peringkat kebangsaan menunjukkan bekalan komoditi makanan utama adalah mencukupi untuk kegunaan penduduk. Kadar

pertumbuhan positif telah dicatatkan bagi pengeluaran beras, sayur-sayuran, ikan, ayam, itik dan buah-buahan. Walaupun demikian, terdapat beberapa petunjuk bahawa jaminan bekalan makanan di peringkat isi rumah masih menjadi masalah kepada golongan masyarakat tertentu, terutamanya golongan miskin.

T

he national level food availability data indicate that there is sufficiency in the supply of major food commodities for the population. Positive growth rates

have been recorded for the production of rice, vegetables, fish, poultry and fruits. Notwithstanding the favourable food security situation at the national level, there are indications that food security at the household level remains a problem in certain population groups, especially among the poor.

P ENGAMBILAN M AKANAN /F OOD C ONSUMPTION

B

eberapa amalan dan tabiat pemakanan telah menimbulkan kebimbangan kerana

boleh mengakibatkan pengambilan zat makanan yang tidak seimbang. Pengambilan

kalori daripada produk haiwan semakin meningkat diikuti dengan pengambilan kalori daripada bijirin yang semakin berkurangan. Di samping itu, pengambilan kalori daripada sumber lemak juga bertambah. Manakala pengambilan jenis makanan yang terhad oleh golongan berpendapatan rendah boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah kekurangan zat makanan. Pengambilan mikronutrien yang rendah juga berlaku di kalangan mereka yang memang memerlukannya seperti golongan kanak-kanak, remaja perempuan, wanita hamil dan warga tua. Walaupun kebanyakan ibu mula mengamalkan penyusuan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan, namun begitu kadar penyusuan secara keseluruhannya masih rendah. Malah amalan penyusuan susu ibu tidak diteruskan sehingga ke usia yang sepatutnya, tetapi sebaliknya pemberian makanan pelengkap yang tidak sesuai diamalkan. Dengan ini muncul isu baru yang mendatangkan kesan kepada pengambilan makanan. Perhatian harus diberikan kepada nilai pemakanan bagi jenis makanan baru, antaranya

8

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

termasuklah makanan kesihatan dan makanan yang diubah suai secara genetik serta kesannya terhadap pola pemakanan. Perakuan kesihatan yang berlebih-lebihan tentang makanan dan pemakanan tambahan juga menimbulkan kebimbangan kerana perakuan ini boleh menyebabkan masyarakat tertipu dan mengamalkan cara pemakanan yang tidak betul.

S

everal dietary practices and eating patterns have caused concern as they may lead

to unbalanced nutrient intake. The consumption of calories from animal products is

increasing with the concomitant decline in calories from cereals. There has also been an increase in the proportion of calories from fat. On the other hand, the lower socio-economic groups tend to consume limited varieties of food which could lead to nutritional inadequacy. Low intake of micronutrients also occurs in vulnerable groups such as children, adolescent girls, pregnant women and the elderly. As for breastfeeding practices, although most mothers initiate breastfeeding at birth, the exclusive breastfeeding rate is low. In addition, breastfeeding is not sustained and inappropriate complementary feeding is practised. There are emerging issues that would have implications on food consumption. Attention should be given to the nutritional value of novel foods, including functional foods and genetically modified foods (GMF) and their implications on dietary patterns. Exaggerated health claims on foods and dietary supplements are another area of concern as these may mislead and influence certain groups to adopt questionable dietary practices.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

9

T ARAF P EMAKANAN /N UTRITIONAL S TATUS

P

engambilan protein dan tenaga yang tidak seimbang sehingga menimbulkan masalah kurang berat badan dan tumbesaran yang terbantut masih dialami di

kalangan kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah sama ada di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Oleh yang demikian, kemiskinan masih merupakan penentu utama yang mempengaruhi taraf kesihatan dan pemakanan. Kekurangan mikronutrien, terutamanya penyakit anemia masih dihidapi oleh golongan kanak-kanak, remaja perempuan, wanita hamil dan warga tua. Gangguan akibat kekurangan iodin (IDD) kekal sebagai masalah utama di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan di sekitar Semenanjung Malaysia. Kekurangan mikronutrien lain seperti vitamin A tidak dikategorikan sebagai masalah kesihatan awam. Pemakanan yang tidak seimbang ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak aktif termasuklah kurangnya aktiviti fizikal telah menyebabkan peningkatan faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit yang berkaitan pemakanan, dan kini menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia. Ini termasuklah obesiti, diabetes melitus yang tidak bergantung pada insulin, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan jenis penyakit kanser tertentu. Selain masalah berat badan berlebihan yang sememangnya telah lama dikenal pasti di kalangan penduduk dewasa di bandar, kini terdapat pula masalah berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak bandar dan orang dewasa di luar bandar.

P

rotein energy malnutrition in the form of underweight, wasting and stunting still

prevails among children from lower socio-economic groups in both rural and

urban areas. Thus, poverty is still a major determinant of health and nutritional status. Micronutrient deficiencies, particularly anaemia, persist among young children, adolescent girls, pregnant women and the elderly. Iodine deficiency disorders (IDD) remain a significant problem in Sabah, Sarawak and some areas of Peninsular Malaysia. Other forms of micronutrient deficiencies such as vitamin A deficiency are not a public health problem. Imbalanced diets coupled with a sedentary lifestyle including lack of physical activity have led to an increase in the prevalence of risk factors for diet-related noncommunicable diseases, which have become an important public health problem in Malaysia. These include obesity, non-insulin dependent diabetes mellitus, cardiovascular disease, hypertension and certain types of cancer. While the problem of overweight among urban adults has been recognised there is also the emerging problem of overweight among urban children and rural adults.

10

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

3

MA TL AMA T MATL TLAMA AMAT GOAL

D

asar Pemakanan Kebang saan bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara, selaras dengan Wawasan 2020.

T

he National Nutrition Policy aims to achieve and maintain the nutritional well-being of Malaysians to enable them to contribute effectively towards nation building, in line with Vision 2020.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

11

4

O BJEKTIF OBJECTIVES

D

asar ini mempunyai tiga objektif, iaitu:i.

Meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan semua penduduk melalui pemakanan.

ii.

Memastikan bekalan makanan yang terjamin untuk semua lapisan masyarakat.

iii.

Mengukuhkan hubungan antara sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini.

T

he policy has three objectives. They are:i.

To enhance and maintain nutritional well-being for all.

ii.

To ensure household food security for all.

iii.

To strengthen inter and intra sectoral linkages in the development and implementation of all nutrition and related activities in the country.

12

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

5 S

STR ATEGI STRA STRATEGIES

trategi berikut akan diterima pakai untuk mencapai objektif dasar:i.

Memasukkan objektif, cadangan dan komponen tentang pemakanan ke dalam dasar dan program pembangunan kebangsaan.

ii.

Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti terutamanya golongan yang serba kekurangan.

iii.

Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dan pengetahuan, tentang pemakanan dan juga sumber dan peluang bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat tentang pemilihan makanan yang sihat.

iv.

Mencegah dan mengawal pemakanan yang berkurangan dan berlebihan serta penyakit kronik tidak berjangkit yang berkaitan pemakanan.

v

Menambah baik penjagaan kesihatan bagi mereka yang memerlukan bantuan dari segi pemakanan.

vi.

Menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak.

vii.

Menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan masyarakat.

viii.

Menyokong usaha melindungi pengguna dengan memperbaik kualiti dan keselamatan makanan.

ix.

Memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional yang terlatih.

x.

Memantapkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti pemakanan.

xi.

Menilai dan memantau secara berterusan situasi pemakanan di negara ini.

xii.

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam bidang makanan dan pemakanan.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

13

T

he following strategies will be adopted towards attainment of the policy objectives:-

i.

Incorporating nutritional objectives, considerations and components into national developmental policies and programmes.

ii.

Ensuring continuous access by all people to adequate, nutritious, safe and quality foods, especially to the socio-economically deprived.

iii.

Ensuring all people have access to nutrition information and education as well as resources and opportunities to make informed decisions on healthy food choices.

iv.

Preventing and controlling nutritional deficiencies and excesses as well as diet-related non-communicable chronic diseases.

14

v.

Improving care for the nutritionally vulnerable groups.

vi.

Promoting optimal infant and young child feeding practices.

vii.

Promoting healthy eating and active living for all.

viii.

Supporting efforts to protect consumers through improved food quality and safety.

ix.

Ensuring that nutrition and dietetics are practised by trained professionals.

x.

Strengthening institutional capacity in nutrition activities.

xi.

Continuous assessment and monitoring of the nutrition situation in the country.

xii.

Promoting continuous research and development in food and nutrition

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

6

MEK ANISME P EL AKSAN AAN MEKANISME PEL ELAKSAN AKSANAAN IMPLEMENTATION MECHANISM

P

elaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang

dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan akan bertindak sebagai penyelaras dan penasihat teknikal kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Dasar ini akan dilaksanakan melalui perancangan yang berkesan dan berdaya maju menurut semakan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan.

T

he implementation of the National Nutrition Policy of Malaysia is under the purview of the National Food Safety and Nutrition Council, which is chaired by

the Minister of Health. The National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN) will serve as the coordinator and technical advisor to the National Food Safety and Nutrition Council. The policy will be translated into effective and viable plans through the revised National Plan of Action for Nutrition in Malaysia.

NATIONAL NUTRITION POLICY OF MALAYSIA

15

7

P EMANT AUAN D AN P ENIL AIAN EMANTA DAN PENIL ENILAIAN MONITORING AND EVALUATION

B

agi memastikan dasar ini dilaksanakan dengan berkesan, satu sistem pemantauan dan penilaian akan diwujudkan. Objektif pemantauan dan penilaian dasar ini

adalah seperti yang berikut:i)

Memastikan dasar dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan objektifnya dicapai.

ii)

Mengenal pasti masalah dan kekangan melaksanakan dasar.

iii)

Menambah baik cara pengurusan dan pelaksanaan dasar.

Pemantauan dan penilaian dasar ini akan dijalankan dari semasa ke semasa. Ia akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan dan di bawah seliaan secara bersama oleh beberapa kementerian, agensi, badan profesional serta badan bukan kerajaan melalui pelbagai Kumpulan Kerja Teknikal.

A

system of monitoring and evaluation will be put in place to ensure effective implementation of the policy. The objectives for monitoring and evaluation of

the policy are:i.

To ensure that the policy will be implemented as planned and the objectives are met.

ii.

To identify the problems and constraints in implementing the policy.

iii.

To improve the management and performance of the policy.

The monitoring and evaluation of the policy will be conducted periodically. It will be coordinated by the National Coordinating Committee on Food and Nutrition and administered in synergy by several ministries, agencies, professional bodies and non-governmental organisations through various Technical Working Groups.

16

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA