Garis Panduan GLP

Green Lane Policy. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pembangunan PKS memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Dalam usaha...

0 downloads 36 Views 81KB Size
GARIS PANDUAN PEMBERIAN INSENTIF DI BAWAH POLISI LALUAN HIJAU 1.

TUJUAN

Untuk memaklumkan mengenai insentif yang disediakan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berinovatif serta garis panduan berkaitan pemberian insentif tersebut di bawah Polisi Laluan Hijau (PLH) atau Green Lane Policy. 2.

3.

LATAR BELAKANG 2.1

Pembangunan PKS memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, Kerajaan akan terus memberi sokongan yang padu kepada syarikat PKS supaya bilangan PKS yang berinovasi dan yang mempunyai pertumbuhan tinggi dapat ditingkatkan seterusnya melonjakkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi negara.

2.2

Sehingga kini, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan insentif bagi menggalakkan pertumbuhan PKS yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Bantuan tersebut adalah melalui pembiayaan dan pelbagai jenis insentif lain di semua peringkat pertumbuhan syarikat.

2.3

Bagi terus mengiktiraf sumbangan daripada PKS inovatif yang berdaya maju, Kerajaan telah menggubal satu lagi dasar yang dikenali sebagai Polisi Laluan Hijau yang bertujuan untuk mempercepat dan mempermudahkan segala urusan yang berkaitan melalui insentif-insentif yang disediakan meliputi empat (4) aspek utama iaitu pembiayaan, galakan cukai, perolehan Kerajaan dan keutamaan di dalam urusan perolehan syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan).

TAKRIFAN 3.1

PKS yang layak memohon kemudahan insentif di bawah PLH adalah syarikat yang diperakui oleh: 3.1.1 SME Corporation Malaysia (melalui persijilan 1-InnoCERT); 3.1.2 Malaysian Technology Development Corporation (MTDC); 3.1.3 Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp); atau 3.1.4 Multimedia Development Corporation (MDeC).

1

4.

DASAR DAN GARIS PANDUAN PEMBERIAN INSENTIF 4.1

Jenis-jenis dan Bentuk Insentif 4.1.1

Insentif Pinjaman Mudah i.

4.1.2

4.1.3

4.1.4

Insentif Galakan Cukai i.

Pengecualian duti setem di bawah Seksyen 80(1) Akta Setem 1949 ke atas surat cara perjanjian di bawah insentif pinjaman mudah seperti di perenggan 4.1.1 dan kriteria kelayakan pinjaman mudah seperti di perenggan 4.2.1; dan

ii.

Potongan cukai di bawah Seksyen 154(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas perbelanjaan yang dilakukan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT.

Insentif Perolehan Kerajaan i.

Pendaftaran syarikat bertaraf pembuat dengan Kementerian Kewangan diluluskan tanpa lawatan;

ii.

Pemberian markah bonus penilaian teknikal;

iii.

Keutamaan untuk menyertai program offset; dan

iv.

Pertimbangan untuk dimasukkan dalam senarai Kontrak Pusat / Kontrak Sistem Panel.

Insentif Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) i.

4.2

Insentif subsidi kadar faedah 2% setahun tertakluk kepada jumlah maksimum RM200,000 setahun atau jumlah kumulatif sebanyak RM1,000,000 untuk tempoh 5 tahun bagi setiap syarikat.

Produk/perkhidmatan syarikat akan diberi keutamaan dalam perolehan syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) tertakluk kepada syarat perolehan Kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Kriteria Kelayakan Insentif 4.2.1

Insentif Pinjaman Mudah

2

i.

Kemudahan pembiayaan dan kadar faedah adalah tertakluk kepada kelulusan tawaran dan syarat semasa yang ditetapkan oleh institusi kewangan/syarikat yang terlibat dalam pelaksanaan PLH seperti berikut: a.

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad;

b.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad;

c.

Bank Export-Import Malaysia Berhad;

d.

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank);

e.

Malaysian Industrial Development Finance Berhad; dan

f.

Malaysia Debt Ventures Berhad.

ii.

Bagi persijilan 1-InnoCERT, PKS yang layak memohon insentif ini hanya terhad kepada syarikat yang memiliki penarafan AA dan AAA sahaja;

iii.

Syarikat PKS yang layak dan telah diperakui perlu mengemukakan permohonan pinjaman kepada institusi kewangan/syarikat yang disenaraikan di perenggan 4.2.1 (i) di atas.

iv.

Hanya layak diberikan kepada pinjaman baru yang bersesuaian dengan aktiviti utama syarikat sahaja;

v.

Hendaklah dipohon kepada Sekretariat PLH di Kementerian Kewangan setelah memperoleh tawaran pinjaman;

vi.

Hanya layak menerima sekali insentif kadar faedah dalam satu-satu masa;

vii.

Insentif kadar faedah akan dihentikan sekiranya peminjam didapati gagal membuat pembayaran kepada pemberi pinjam;

viii.

Permohonan insentif kadar faedah bagi pinjaman baru seterusnya hanya akan dipertimbangkan sekiranya insentif kadar faedah sedia ada telah tamat dan skim ini masih dibuka. Walau bagaimanapun, pemohon hanya akan diberikan insentif kadar faedah berdasarkan baki tempoh kelayakan subsidi jika ada. 3

ix.

Tuntutan subsidi kadar faedah oleh institusi kewangan/syarikat perlu dikemukakan kepada Sekretariat PLH MOF menggunakan format tuntutan seperti di Lampiran 1 selepas pengeluaran pertama dibuat kepada syarikat PKS (peminjam) yang berjaya.

x.

Imbuhan subsidi kadar faedah kepada peminjam yang berjaya akan dibuat oleh institusi kewangan/syarikat berdasarkan persetujuan seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Tawaran atau Perjanjian Pinjaman yang ditandatangani antara pemberi pinjam (institusi kewangan/syarikat) dan peminjam.

xi.

Pinjaman yang tidak layak untuk menerima kemudahan insentif ini adalah seperti berikut:

xii.

4.2.2

a.

Pembiayaan semula pinjaman sedia ada;

b.

Pengambilalihan/pembelian saham syarikat; dan

c.

Pembiayaan bagi tujuan bukan aktiviti syarikat.

Semua kos risiko pembiayaan tidak berbayar akan ditanggung sepenuhnya oleh Insititusi Kewangan Pembangunan/syarikat yang telah memberi pinjaman tersebut. Format tuntutan subsidi kadar faedah pinjaman mudah adalah seperti di Lampiran 1.

Insentif Galakan Cukai i.

Syarikat boleh terus menuntut pengecualian duti setem di bawah Perintah Pengecualian Duti Setem berkenaan dengan mengemukakan surat cara perjanjian pinjaman mudah di mana-mana Pejabat Setem Cawangan LHDN dan Pusat Khidmat Hasil LHDN;

ii.

Perbelanjaan yang dibenarkan potongan adalah perbelanjaan yang dilakukan secara langsung bagi mendapatkan persijilan 1-InnoCERT termasuk audit tapak dan yuran persijilan serta kos logistik dan penginapan asas untuk juruaudit yang terlibat dalam pengauditan 1-InnoCERT;

4

iii.

Potongan cukai yang dibenarkan sekali sahaja iaitu pada tahun pensijilan 1-InnoCERT diperoleh oleh syarikat;

iv.

Tuntutan potongan cukai ke atas perbelanjaan yang dilakukan untuk tujuan memperoleh persijilan 1-InnoCERT dibuat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang berkenaan. Resit ke atas perbelanjaan berkaitan hendaklah disimpan bagi tujuan audit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); dan

v.

Perbelanjaan yang layak akan dinyatakan di bawah Kaedah Cukai Pendapatan.

4.2.3 Insentif Perolehan Kerajaan i.

Pendaftaran syarikat tanpa lawatan Pendaftaran syarikat bertaraf pembuat dengan Kementerian Kewangan diluluskan tanpa lawatan. Kriteria:

ii.

a.

syarikat hendaklah mendapat perakuan sama ada daripada SME Corp (melalui persijilan 1-InnoCERT), MTDC, BiotechCorp atau MDeC; dan

b.

syarikat hendaklah memohon secara atas talian (online) di laman web www.eperolehan.gov.my dan mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap termasuk perakuan oleh Agensi di perenggan 4.2.3(i)(a) di atas.

Markah bonus penilaian teknikal Dalam proses penilaian teknikal tender/sebut harga, syarikat akan diberi markah bonus tambahan sebanyak 5 markah daripada keseluruhan markah teknikal yang diperoleh. Kriteria: a.

syarikat hendaklah mendapat perakuan sama ada daripada SME Corp. (melalui persijilan 1-InnoCERT), MTDC, BiotechCorp atau MDeC.

5

iii.

Program Offset Syarikat akan diberi pertimbangan untuk dilantik sebagai penerima Program Transfer of Technology (TOT) dalam industri yang berkaitan. Kriteria:

iv.

a.

syarikat hendaklah mendapat perakuan sama ada daripada SME Corp. (melalui persijilan 1-InnoCERT), MTDC, BiotechCorp atau MDeC;

b.

syarikat perlu diiktiraf oleh Jawatankuasa Eksekutif Offset Malaysia Peringkat Kementerian Kewangan;

c.

syarikat perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menyertai perolehan Kerajaan. Bagi syarikat yang mengeluarkan produk siap, syarikat hendaklah berdaftar sebagai pembuat dengan Kementerian Kewangan;

d.

syarikat berkemampuan dari segi keupayaan tenaga kerja dan kewangan untuk menerima teknologi; dan

e.

syarikat perlu bersedia untuk melabur dan bekerjasama dengan pihak yang mengendalikan TOT.

Kontrak Pusat/Kontrak Sistem Panel Syarikat akan diberi pertimbangan untuk memasukkan produknya dalam senarai item kontrak pusat/kontrak sistem panel di bawah Perolehan Kerajaan. Kriteria: a.

syarikat hendaklah mendapat perakuan sama ada daripada SME Corp. (melalui persijilan 1-InnoCERT), MTDC, BiotechCorp atau MDeC;

b.

syarikat perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menyertai perolehan Kerajaan. Bagi syarikat yang mengeluarkan produk siap, syarikat hendaklah berdaftar sebagai pembuat dengan Kementerian Kewangan;

6

c.

syarikat perlu menyenaraikan produk keluaran masing-masing dalam senarai yang dikeluarkan oleh badan persijilan seperti berikut: i.

Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan yang dikeluarkan oleh IKRAM QA Services Sdn Bhd; atau

ii.

Senarai Bahan/Barangan Buatan Tempatan yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

d.

produk guna sama/perkhidmatan yang diguna pakai oleh Agensi;

e.

syarikat berkeupayaan untuk membekal produk/memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh Agensi;

f.

produk siap (finished product) telah mematuhi syarat keperluan asas kelayakan (prerequisite) antaranya memenuhi segala keperluan standard, perlesenan serta pematuhan perundangan; dan

g.

perkhidmatan yang diberi mematuhi syarat keperluan asas kelayakan (prerequisite) antaranya memenuhi segala keperluan standard, perlesenan serta pematuhan perundangan.

4.2.4 Insentif Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) i.

5.

Keutamaan dalam perolehan hanya terhad kepada syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) sahaja seperti di Lampiran 2.

TATACARA PERMOHONAN Tempoh permohonan pemberian insentif dibuka mulai 15 Jun 2011 hingga 31 Disember 2014. Bagi insentif Perolehan Kerajaan, syarikat boleh mengemukakan permohonan kepada Sekretariat PLH di Kementerian Kewangan di alamat berikut:

7

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Tingkat 5, Blok Tengah Kompleks Kementerian Kewangan No. 5 Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya

Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya

8

LAMPIRAN 1

Format Tuntutan Subsidi Kadar Faedah Pinjaman Mudah

NAMA   SYARIKAT 

BIL                                     

                                   

TARIKH  JUMLAH  JUMLAH  BAKI  LULUS  LULUS  PENGELUARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN                                     

                                   

                                   

                                   

9

JUMLAH  TUNTUTAN  SUBSIDI                                     

CATATAN                                    

LAMPIRAN 2

Senarai Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan)

Bil 1 Agrobank 2 Amanah Raya Berhad

Syarikat

3 4 5 6

Astronautic Technology (M) Sdn Bhd Bank Pembangunan Malaysia Berhad Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd

7 8 9 10 11

Cyberview Sdn Bhd Export-Import Bank of Malaysia Berhad FELCRA Berhad Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd Indah Water Konsortium Sdn Bhd

12 13 14 15

Institut Jantung Negara Sdn Bhd Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Jambatan Kedua Sdn Bhd JKP Sdn Bhd

16 17 18 19

Keretapi Tanah Melayu Berhad Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd Malaysia Debt Ventures Berhad Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd

20 Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd 21 MIMOS Berhad 22 Multimedia Development Corporation Sdn Bhd 23 Pembinaan BLT Sdn Bhd 24 Pengurusan Aset Air Berhad 25 Perbadanan Nasional Berhad 26 27 28 29

Prokhas Sdn Bhd Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd Sarawak Hidro Sdn Bhd Sepang International Circuit Sdn Bhd

10

Bil 30 31 32 33

Syarikat SIRIM Berhad Syarikat Perumahan Negara Berhad Syarikat Prasarana Negara Berhad Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

34 UDA Holdings Berhad

11