Garis panduan kaunseling

alatan perubatan (medical device) contohnya inhaler dan pen insulin, arahan penggunaan ubat termasuklah memberi alat bantuan kepada pesakit jika perlu...

0 downloads 20 Views 755KB Size
2012

Garis panduan Kaunseling Ubat-ubatan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Kata pengantar

Profesion farmasi telah berkembang ke arah konsep pharmaceutical care di mana peningkatan quality of life pesakit menjadi sasaran utama. Kaunseling ubat-ubatan untuk pesakit merupakan salah satu aspek penting dalam pharmaceutical care dan adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Farmasi untuk melaksanakannya. Matlamat terapeutik (therapeutic goal) bagi seseorang pesakit hanya boleh dicapai dengan penggunaan ubat yang rasional dan kepatuhan pesakit kepada ubat-ubat yang dipreskrib. Kepatuhan kepada ubat-ubatan ini dapat diperolehi dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. Matlamat ini hanya boleh dicapai dengan aktiviti kaunseling ubatubatan yang efektif. Garispanduan ini adalah untuk tujuan rujukan bagi pegawai farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan. Kewujudan garispanduan ini membolehkan aktiviti kaunseling dijalankan secara seragam dan memberikan gambaran tentang piawaian minimum yang harus dicapai oleh pegawai farmasi di fasiliti klinik kesihatan dan hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cawangan Klinikal dan Teknikal, Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi di atas usaha yang telah dicurahkan bagi menerbitkan garis panduan ini.

DR SALMAH BAHRI PENGARAH AMALAN & PERKEMBANGAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2

Disediakan oleh: Cawangan Klinikal dan Teknikal Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Disemak oleh: Pn Abida Haq binti Syed M. Haq Timbalan Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

3

Penghargaan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Farmasi, Hospital Melaka dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh di atas sumbangan bagi penyediaan garis panduan ini.

4

Kandungan 1.0 Pengenalan ...........................................................................................................................................................6 2.0 Polisi......................................................................................................................................................................6 3.0 Objektif .................................................................................................................................................................7 4.0 Skop perkhidmatan ..............................................................................................................................................7 a.

Pesakit Luar ....................................................................................................................................................7

b.

Pesakit Dalam .................................................................................................................................................7

5.0 Definisi ..................................................................................................................................................................7 5.0 Kriteria pesakit......................................................................................................................................................8 7.0 Lokasi kaunseling ..................................................................................................................................................9 a.

Kaunseling pesakit luar ...................................................................................................................................9

b.

Kaunseling pesakit dalam ...............................................................................................................................9

8.0 Norma kerja ........................................................................................................................................................10 8.1 Hospital .........................................................................................................................................................10 8.2 Klinik kesihatan .............................................................................................................................................10 9.0 Prosedur kerja dan carta alir ..............................................................................................................................11 9.1 Prosedur kerja ................................................................................................................................................11 9.1.1 Kaunseling ubat-ubatan secara individu .................................................................................................11 9.1.2 Kaunseling ubat-ubatan secara berkumpulan ........................................................................................12 9.1.3 Kaunseling susulan ..................................................................................................................................12 9.2 Carta alir .........................................................................................................................................................14 9.2.1 Kaunseling individu ..................................................................................................................................14 9.2.2 Kaunseling berkumpulan .........................................................................................................................15 10.0 Penilaian Kemahiran Kaunseling Pegawai Farmasi (Peer review) ....................................................................18 11.0 Dokumentasi.....................................................................................................................................................18 12.0 Lampiran ...........................................................................................................................................................19 Lampiran A1: Borang Kaunseling Individu (Pesakit luar) ......................................................................................19 Lampiran A2: Borang Kaunseling Individu (Pesakit dalam) ..................................................................................19 Lampiran B: Borang Kaunseling Berkumpulan .....................................................................................................19 Lampiran C: Daftar Kaunseling Berkumpulan.......................................................................................................19 Lampiran D: Daftar Kaunseling Susulan................................................................................................................19 Lampiran E: Borang Penilaian Kemahiran Kaunseling Pegawai Farmasi ..............................................................19 Lampiran F: Tips Kaunseling .................................................................................................................................19 5

Garis panduan Kaunseling Ubat-ubatan 1.0 Pengenalan Kaunseling ubat-ubatan merupakan aktiviti profesional yang dijalankan oleh Pegawai Farmasi untuk menambah pengetahuan pesakit dalam rawatan farmakoterapi dan meningkatkan komplians terhadap pengubatan pesakit. Antara aktiviti yang dijalankan semasa sesi kaunseling adalah memberi nasihat profesional tentang ubat-ubatan seperti indikasi setiap ubat yang dipreskrib, cara penggunaan alatan perubatan (medical device) contohnya inhaler dan pen insulin, arahan penggunaan ubat termasuklah memberi alat bantuan kepada pesakit jika perlu. Terdapat dua kategori kaunseling iaitu individu dan berkumpulan. Kaunseling yang efektif harus mengambilkira semua perkara bagi membolehkan pesakit/ penjaga memahami penyakit yang dihidapi, ubat-ubatan yang perlu diambil dan cara-cara menjalani gaya hidup sihat (Beardsley,1997); (ASHP, 1997).

2.0 Polisi i. Kaunseling ubat-ubatan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Farmasi atau Pegawai Farmasi Provisional (PRP) sahaja. PRP perlu menjalani proses validasi sebelum dibenarkan untuk menjalankan kaunseling

ii. Penilaian semula kemahiran kaunseling perlu dijalankan setiap tahun ke atas pegawai farmasi yang terlibat

iii. Setiap sesi kaunseling harus direkod menggunakan borang kaunseling iv. Kesemua pesakit kronik harus dikaunsel sekurang-kurangnya sekali setahun v. Pesakit perlu dirujuk kepada perkhidmatan MTAC berkaitan jika sesi kaunseling yang diberikan tidak dapat meningkatkan kefahaman dan kepatuhan kepada ubat-ubatan.

vi. Mekanisme perlu diwujudkan di hospital dan klinik kesihatan supaya pesakit yang pertama kali dipreskrib dengan ubatan penyakit jantung, hipertensi, diabetes dan dyslipidemia dirujuk kepada Pegawai farmasi untuk kaunselling.

6

3.0 Objektif Garis panduan ini menerangkan tentang kategori dan proses kaunseling ubat-ubatan yang perlu dilaksanakan, maklumat yang perlu disampaikan kepada pesakit secara umum serta bagaimana sesi kaunseling susulan dijalankan.

4.0 Skop perkhidmatan Garispanduan ini diguna pakai bagi kaunseling untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak a. Pesakit Luar i. Kaunseling individu ii. Kaunseling berkumpulan iii. Kaunseling susulan b. Pesakit Dalam i. Kaunseling individu a. Bedside b. Discaj ii. Kaunseling berkumpulan

5.0 Definisi 1. Kaunseling Individu Kaunseling yang dijalankan ke atas seorang pesakit sahaja oleh Pegawai Farmasi atau PRP. 2. Kaunseling Berkumpulan Kaunseling yang dijalankan kepada lebih dari seorang pesakit yang menghidapi penyakit yang sama atau yang menerima rawatan yang hampir sama. 3. Kaunseling Susulan Kaunseling individu yang dijalankan dalam tempoh masa dua bulan daripada tarikh sesi kaunseling yang pertama. 4. Kaunseling Bedside Kaunseling yang diberikan kepada pesakit di tepi katil di dalam wad.

7

5. Kaunseling Discaj Kaunseling diberikan kepada pesakit semasa discaj, samada di wad atau di farmasi pesakit luar/ satelit. 6. Pesakit kronik Pesakit mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan jangka panjang contohnya diabetes, hipertensi, rheumatoid arthritis dan sebagainya. 7. Pesakit stabil Pesakit yang telah mencapai tahap penyakit yang terkawal dan serasi dengan rawatan farmakoterapi semasa. 8. Pesakit warga emas Pesakit yang berumur melebihi 60 tahun 9. Pesakit pediatrik Pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah

5.0 Kriteria pesakit Kriteria pesakit yang perlu dikaunsel bergantung kepada pelbagai faktor-faktor berikut: A. Jenis preskripsi 1. Ubat-ubat penyakit kronik 2. Ubat-ubat ulangan:  sekiranya pesakit tidak komplian  kerapkali mempunyai masalah stok ubat yang tidak cukup/ berlebihan  penyakit yang tidak terkawal (contohnya pesakit diabetes yang sering mengalami hipoglisemia/hiperglisemia) 3. Melebihi 5 jenis ubat 4. Preskripsi yang mengandungi ubatan yang perlu menggunakan alat seperti pen insulin dan inhaler 5. Bentuk dosej (contohnya: patch)

8

B. Kategori pesakit 1. 2. 3. 4. 5.

Pesakit warga emas Pesakit pediatrik (kaunseling diberi kepada penjaga, contohnya tentang cara menyediakan dos ubat dengan betul) Pesakit yang dikenalpasti mempunyai masalah tertentu (contohnya seperti: buta huruf, masalah penglihatan, kecacatan) Pesakit yang dikenalpasti tidak komplian Pesakit yang dirujuk untuk kaunseling oleh pegawai perubatan

7.0 Lokasi kaunseling a. Kaunseling pesakit luar Dijalankan di kawasan yang dikhaskan (dedicated area) 1. Hospital: Bilik kaunseling perlu diadakan. 2. Klinik kesihatan: bilik pegawai farmasi boleh digunakan jika mengalami masalah ruang yang terhad.  Jika perlu, gunakan penghadang. b. Kaunseling pesakit dalam 1. Kaunseling bedside harus dijalankan di tepi katil pesakit di dalam wad 2. Kaunseling pesakit discaj boleh dijalankan di tepi katil pesakit atau di bilik kaunseling (Farmasi Pesakit Luar/ Satelit)

9

8.0 Norma kerja 8.1

Hospital

Bilangan pesakit yang perlu dikaunsel (pesakit luar) mengikut jenis hospital:

Bilangan MINIMA pesakit yang perlu dikaunsel Hospital

8.2

Sehari

Setahun

Hospital Utama

15 – 20

3 900 – 5 200

Hospital Berpakar Major

10 – 15

2 600 – 3 900

Hospital Berpakar Minor

5 – 10

1 300 – 2 600

Hospital Tanpa Pakar

3–6

790 – 1 500

Klinik kesihatan

Bilangan pesakit yang perlu dikaunsel bagi fasiliti klinik kesihatan (KK):

Bilangan Pegawai Farmasi per fasiliti

Bilangan MINIMA pesakit yang perlu dikaunsel Sehari

Setahun

>10 orang

10 - 15

2 600 – 3 900

5 – 10 orang

5 - 10

1 300 – 2 600

3 – 4 orang

3–5

790 - 1 300

1 – 2 orang

2

520



Bilangan MINIMA bagi hospital dan klinik kesihatan yang mempunyai Pegawai Farmasi kaunseling sepenuh masa ialah 15 – 20 pesakit/ sehari



Norma bagi kaunseling pesakit dalam belum ditentukan

10

9.0 Prosedur kerja dan carta alir 9.1 Prosedur kerja 9.1.1 Kaunseling ubat-ubatan secara individu 1. Terima pesakit untuk diberi kaunseling 2. Terima preskripsi dan ubat untuk proses kaunseling 3. Perkenalkan diri kepada pesakit dan jelaskan tujuan kaunseling 4. Dapatkan maklumat lanjut tentang pesakit termasuk maklumat alahan ubat yang pesakit pernah alami dan merekodkan maklumat yang perlu di dalam borang kaunseling (rujuk Lampiran A) 5. Jalankan sesi kaunseling: 5.1 Maklumat-maklumat tentang ubat yang perlu disampaikan kepada pesakit/penjaga semasa sesi kaunseling: i. ii. iii.

Nama dan deskripsi ubat berkenaan serta indikasi yang berkaitan Bentuk dosej, dos, cara penggunaan dan jangkamasa rawatan Arahan khusus serta langkah berjaga-jaga berkaitan penyediaan dan penggunaan ubat iv. Kesan-kesan sampingan yang mungkin dihadapi v. Interaksi ubat-ubat/ ubat-makanan termasuk cara mengelakkan ianya daripada berlaku dan langkah yang perlu diambil jika ia berlaku vi. Pemantauan yang perlu dilakukan oleh pesakit sendiri (jika ada) vii. Penyimpanan ubat yang betul viii. Langkah yang perlu diambil jika terlupa makan ubat ix. Tarikh pengisian semula ubat (jika ubat dibekalkan secara bekalan separa (‘part supply’)  Maklumat tambahan: sila rujuk Lampiran F 5.2 Nilai kefahaman pesakit yang telah diberi kaunseling e.g. nama ubat, indikasi ubat, dos ubat 5.3 Pastikan informasi tambahan secara bertulis disertakan bagi memperkukuhkan lagi kesan komunikasi secara lisan 6. 7.

Tetapkan tarikh temujanji susulan jika perlu Lengkapkan Borang Kaunseling Individu setelah selesai sesi kaunseling (beri perhatian kepada pesakit semasa sesi kaunseling, digalakkan untuk melengkapkan borang kaunseling selepas selesai sesi kaunseling) 11

8. 9.

Rekodkan maklumat kaunseling ke dalam Buku Rekod Pesakit atau patient’s note (EMR – Electronic medical record) / Bed Head Ticket (BHT) Failkan Borang Kaunseling Individu yang telah direkod mengikut nombor siri/ susunan abjad pesakit (kaedah lain juga boleh digunakan).

9.1.2 Kaunseling ubat-ubatan secara berkumpulan 1. 2. 3. 4.

Terima rujukan kaunseling berkumpulan secara berjadual daripada unit lain Perkenalkan diri kepada pesakit dan jelaskan tujuan kaunseling Maklumat-maklumat yang perlu disampaikan kepada pesakit/ penjaga semasa sesi kaunseling: Rujuk kaunseling ubat-ubatan secara individu Lengkapkan Borang Kaunseling Berkumpulan serta Daftar Kaunseling Berkumpulan (rujuk Lampiran B dan C) dan failkan

9.1.3 Kaunseling susulan A. Persediaan sebelum sesi kaunseling susulan 1. 2. 3.

Semak pesakit mengikut Daftar Kaunseling Susulan (rujuk Lampiran D). Sekiranya kaunseling susulan tidak dapat dijalankan mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan, hubungi pesakit untuk tetapkan tarikh temujanji yang baru. Sekiranya pesakit tidak dapat hadir, tetapkan tarikh temujanji yang baru.

B. Semasa kaunseling susulan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perkenalkan diri kepada pesakit dan jelaskan tujuan kaunseling susulan. Rujuk nota kaunseling pada sesi sebelumnya untuk mengenalpasti isu/perkara yang perlu disusuli. Nilai semula kefahaman pesakit mengenai maklumat yang telah disampaikan pada sesi kaunseling sebelumnya. Kenalpasti isu yang sedang dihadapi oleh pesakit. Jalankan kaunseling dengan memberi tumpuan kepada isu yang telah dikenalpasti. Rekodkan maklumat kaunseling ke dalam Buku Rekod Pesakit / patient’s note (EMR – Electronic medical record) / Bed Head Ticket (BHT). Sekiranya pesakit masih memerlukan kaunseling susulan, tetapkan tarikh temujanji yang baru atau rujuk pesakit kepada perkhidmatan MTAC yang berkaitan.

12

8. 9. 10.

Lengkapkan Borang Kaunseling Individu dan Daftar Kaunseling Susulan setelah pesakit diberi khidmat nasihat. Kepilkan Borang Kaunseling Individu yang baru bersama borang kaunseling sebelumnya. Failkan Borang Kaunseling Individu yang telah direkod mengikut nombor siri/ susunan abjad nama pesakit (kaedah lain juga boleh digunakan).

13

9.2 Carta alir 9.2.1 Kaunseling individu Carta alir bagi setiap jenis kaunseling individu termasuk kaunseling ‘bedside’

Tanggungjawab

Carta aliran

Pegawai Farmasi

Terima pesakit

Pegawai Farmasi

Perkenalkan diri dan jelaskan tujuan kaunseling

Dapatkan maklumat pesakit dan rekod dalam borang

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi

Jalankan penilaian MMAS (jika berkaitan) dan beri kaunseling kepada pesakit

Pegawai Farmasi

Tetapkan temujanji susulan jika perlu

Pegawai Farmasi

Lengkapkan borang kaunseling

Failkan borang kaunseling

*MMAS: Modified Morisky Adherence Scale 14

9.2.2 Kaunseling berkumpulan

Carta alir bagi kaunseling berkumpulan

Tanggungjawab

Carta aliran

Pegawai Farmasi

Terima rujukan untuk kaunseling berkumpulan

Pegawai Farmasi

Perkenalkan diri dan jelaskan tujuan kaunseling

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi

Beri kaunseling kepada pesakit

Lengkapkan Borang Kaunseling Berkumpulan serta Daftar Kaunseling Berkumpulan

Failkan rekod

15

9.2.3 Kaunseling susulan Carta alir bagi kaunseling susulan Tanggungjawab

Carta aliran

Sebelum sesi kaunseling susulan Pegawai Farmasi

Semak kehadiran pesakit melalui Daftar Kaunseling Susulan

Temujanji baru Tiada nama

Pegawai Farmasi

Tidak

Pesakit hadir

Semasa sesi kaunseling susulan Ya Pegawai Farmasi

Perkenalkan diri dan jelaskan tujuan kaunseling

Pegawai Farmasi

Nilai semula kefahaman pesakit

Pegawai Farmasi

Kenalpasti isu yang dihadapi pesakit

Pegawai Farmasi

Beri kaunseling kepada pesakit

A

16

A

Pegawai Farmasi

Rekodkan maklumat kaunseling

Pegawai Farmasi

Kaunseling susulan

Tidak

Ya Pegawai Farmasi

Tetapkan temujanji/ rujuk MTAC berkaitan

Pegawai Farmasi

Lengkapkan rekod

Pegawai Farmasi

Kepilkan Borang Kaunseling Individu yang baru

Pegawai Farmasi

Failkan rekod

17

10.0 Penilaian Kemahiran Kaunseling Pegawai Farmasi (Peer review)  Objektif: o Menilai kredibiliti seseorang Pegawai Farmasi dalam kemahiran kaunseling ubat bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, terkini dan seragam. o Validasi dan penilaian semula kemahiran kaunseling ubatan oleh pegawai farmasi.  Penilaian ini perlu dijalankan setiap tahun oleh ketua unit atau yang setara dengannya kepada semua Pegawai Farmasi yang terlibat dengan kaunseling.  Contoh Borang penilaian semula boleh didapati di Lampiran E.

11.0 Dokumentasi  Setiap sesi kaunseling harus direkod dengan lengkap di dalam borang kaunseling berkaitan (rujuk Lampiran A - D). Ini bagi memudahkan pencarian rekod dan untuk tujuan statistik.  Rekod kaunseling harus disimpan di tempat yang selamat demi menjaga kerahsiaan pesakit.  Dokumen yang terlibat: o Kaunseling individu  Borang kaunseling individu – pesakit luar  Borang kaunseling individu – pesakit dalam o Kaunseling berkumpulan  Borang kaunseling berkumpulan  Daftar kaunseling berkumpulan o Kaunseling susulan  Borang kaunseling sama seperti kaunseling individu  Daftar Kaunseling Susulan o Borang rujukan umum  Borang rujukan pesakit (CP4)

18

12.0 Lampiran Lampiran A1: Borang Kaunseling Individu (Pesakit luar) Lampiran A2: Borang Kaunseling Individu (Pesakit dalam) Lampiran B: Borang Kaunseling Berkumpulan Lampiran C: Daftar Kaunseling Berkumpulan Lampiran D: Daftar Kaunseling Susulan Lampiran E: Borang Penilaian Kemahiran Kaunseling Pegawai Farmasi Lampiran F: Tips Kaunseling

19