GARIS PANDUAN KEBUDAYAAN

5) Lagu-lagu Puisi 6) Lagu-lagu kontemperori Tarian Persembahan kebudayaan tradisional Malaysia adalah digalakkan. Namun begitu persembahan tarian gen...

0 downloads 11 Views 8MB Size
GARIS PANDUAN KEBUDAYAAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

DASAR DAN GARIS PANDUAN KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PENGENALAN Dasar dan garis panduan kebudayaan di Universiti Malaysia Pahang adalah berasaskan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Ini bertepatan dengan kewujudan sesebuah universiti yang menjadi pusat kecermerlangan ilmu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.Antara objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: 1) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. 2) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan 3) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembanguna sosioekonomi. Strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:



Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya.



Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,mendokong dan menggerakan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.



Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalismeMalaysia.



Memenuhi keperluan sosiobudaya .



Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Sejajar dengan dasar Kebudayaan kebangsaan, dasar kebudayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) juga bermatlamat untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu melalui program-program yang memberi manafaat kepada warga kampus,khususnya kepada para pelajar UMP.

Bagi mencapai matlamat tersebut,dasar Kebudayaan UMP adalah berlandaskan kepada: 1)

Islam menjadi asas yang penting di dalam pembentukan kebudayaan dan kesenian.

2)

Berasaskan kepada kebudayaan dan kesenian Malaysia.

3)

Unsur-unsur kebudayaan dan kesenian yang lain yang boleh diterima pakai dan wajar,diterima menjadi unsur kebudayaan dan kesenian Universiti.

KONSEP Aktiviti kebudayaan dan kesenian di UMP hendaklah ditakrifkan sebagai: 1) Medium Pendidikan: Berperanan untuk mendidik warga kampus terutama dari aspek pembangunan sahsiah yang merupakan faktor penentu dalam proses pendidikan di UMP secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu,penglibatan pelajar dan staf amatlah diperlukan dalam usaha menyusun dan melaksanakan program-program kebudayaan dan kesenian di peringkat Universiti. UMP juga akan menjalankan peranan dalam penyelidikan kebudayaan dan kesenian terutama dalam memelihara kesenian ,kebudayaan negeri Pahang dan negara Malaysia.

2) Seni Kreatif: Pelajar UMP adalah merupakan mereka yang mengikuti pengajian didalam bidang teknikal. Oleh itu adalah menjadi harapan kepada Unit Kebudayaan & Seni Kreatif ,JHEPA agar dapat membimbing pelajar mengilhamkan dan menghasilkan idea-idea dan produk seni yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan sains dan teknologi yang diperolehi untuk kegunaan masyarakat.

3) Motivasi dan Peningkatan kendiri: Semua aktiviti kebudayaan yang dijalankan hendaklah bermatlamat untuk memotivasikan diri pelajar samada dari aspek kepimpinan,kreativiti & inovasi,keyakinan berkomunikasi dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan melalui aktiviti kebudayaan,kesenian & seni kreatif dapat melengkapkan diri pelajar sebagai individu yang serba boleh dalam menghadapi dunia pekerjaan kelak.

MATLAMAT: Membangunkan modal insan warga kampus untuk mencapai minda kelas pertama. Memupuk daya kreativiti dan inovatif di kalangan warga kampus. Membangunkan sahsiah pelajar UMP.

Melahirkan pelajar UMP yang memahami rumpun kebudayaan Malaysia. Melahirkan warga kampus yang bersatu padu yang melangkaui bangsa dan agama. PROSEDUR PELAKSANAAN PROGRAM DI BAWAH UNIT BUDAYA DAN SENI KREATIF

Persembahan Segala bentuk persembahan dari setiap kumpulan hendaklah mendapat kelulusan daripada Unit Budaya & Seni Kreatif (UBSK) JHEPA,UMP. Bagi persembahan yang melibatkan luar dari kawalan JHEPA,adalah dinasihatkan untuk mendapat penasihatan dari UBSK terlebih dahulu. Motif persembahan harus jelas supaya pelaksana projek tidak menyeleweng dari tujuan asal. Persembahan tidak boleh mencerminkan “sensate culture” atau apa-apa bentuk yang boleh ditafsirkan sebagai cerminan keruntuhan moral. Lagu yang dipersembahkan hendaklah mempunyai nilai-nilai murni sejagat, kemanusiaan dan berunsur nasihat. Unit Budaya & Seni Kreatif boleh mensyaratkan pra-tonton dan/atau pra-dengar sesuatau persembahan sama ada secara langssung atau dalam bentuk rakaman sebelum kelulusan diberikan. Setiap kelulusan adalah tertakluk kepada kod etika berikut: 1) Artis dilarang mempamerkan tindak-tanduk kasar dan rakus bertentangan dengan peraturan Universiti dan nilai murni 2) Artis dilarang mempamerkan perlakuan yang ada unsur-unsur lucah. 3) Artis dilarang melakukan perbuatan atau mengeluarkan tuturkata yang boleh menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. 4) Artis hendaklah berpakaian mengikut kesesuaian jenis persembahan dan bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia. 5) Persembahan artis hendaklah mengikut tarikh,tempoh dan tempat yang diluluskan sahaja dan sebarang perubahan/pembatalan mengenai persembahan tersebut hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada dan mendapat persetujuan bertulis Unit Budaya & Seni Kreatif,JHEPA terlebih dahulu.

6) Persembahan artis hendaklah bersih dan tidak mempunyai cerita dan bahasa yang lucah,kesat serta kotor yang bertentangan dengan peraturan Universiti,nilai murni masyarakat Malaysia,undang-undang Negara dan Rukunegara. 7) Penganjur bertanggungjawab memastikan peraturan di atas dan syarat am dipatuhi sepanjang persembahan

Nyanyian

Nyanyian yang digalakkan adalah seperti: 1) Lagu-lagu kebudayaan Malaysia 2) Lagu Patriotik ,Klasik dan Semi Klasik 3) Koir 4) Nasyid 5) Lagu-lagu Puisi 6) Lagu-lagu kontemperori

Tarian

Persembahan kebudayaan tradisional Malaysia adalah digalakkan. Namun begitu persembahan tarian genre lain juga digalakan dengan kebenaran Unit Budaya & Seni Kreatif.

Pakaian

Pelajar perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh Universiti Malaysia Pahang sepanjang latihan dan persembahan berlangsung. Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali.

Muzik&Alatan

Pelajar digalakan untuk mendalami muzik seperti muzik tradisional,semi klasik dan klasik,akustik dan orkestra. Muzik moden yang dipersembahkan kepada warga kampus tidak temasuk di dalam kategori “Heavy Electronic Music” yang boleh merosakan pendengaran. Segala jenis alatan muzik yang hendak digunakan untuk persembahan perlu mendapat kelulusan daripada Unit Budaya & Seni Kreatif ,JHEPA. Alatan Muzik yang hendak digunakan hendaklah seiring dengan konsep persembahan . Persembahan muzik pelajar adalah amat digalakan dalam bentuk orkestra dan akustik.

Tempat/Masa Semua latihan Muzik /Tarian dan Teater perlu diadakan di Studio Kebudayaan Kompleks Sukan Universiti melalui kebenaran pihak Unit Budaya & Seni Kreatif,JHEPA. Masa Latihan untuk Kumpulan Muzik / Tarian/Teater hendaklah dijalankan:

Kebenaran

Isnin hingga Jumaat:

4.00 Petang hingga 7.00 Petang 8.00 Malam hingga 12.00 Malam

Sabtu dan Ahad:

8.00 Pagi hingga 7.00 Petang 8.00 Malam hingga 12.00 Malam

Semua latihan diatas perlu mendapat kebenaran dari pihak Unit Budaya & Seni Kreatif,JHEPA.

Syarat Umum Unit Budaya & Seni Kreatif berhak membatalkan / menarik balik kebenaran yang diberikan jika garis panduan ini tidak dipatuhi.

DAFTAR ISTILAH Artis: Merujuk kepada pelaku yang menghasilkan karya seni. Artis merujuk kepada mereka yang terlibat didalam persembahan seperti nyanyian,tarian, teater,muzik di dalam Kampus Universiti Malaysia Pahang yang terdiri dari pelajar UMP atau jemputan luar. Penganjur: Orang menganjurkan/mengadakan sesuatu majlis,persembahan dengan usahanya.Penganjur merujuk kepada pelajar/staf UMP yang mengajurkan sesuatu Majlis,Program,Konsert,bengkel dan latihan. Genre: Ketegori sastera atau karya seni yang dikategorikan dengan sesuatu gaya bentuk atau kandungan tertentu. Heavy Electronic Music: Merujuk kepada bunyi peralatan muzik elektronik yang menghasilkan sesuatu bunyi yang berat dan menyakitkan pendengaran awam. Sansate Culture: Cerminan/perbuatan/perilaku yang menjerumus kepada perihal lucah.

CONTOH PAKAIAN SISWA DAN SISWI SEMASA LATIHAN NYAYIAN/TEATER/ TARIAN/LATIHAN MUZIK:

CONTOH

CONTOH PAKAIAN PERSEMBAHAN (TARIAN TRADISONAL)

CONTOH

CONTOH PAKAIAN PERSEMBAHAN (TARIAN KREATIF)

CONTOH

CONTOH PAKAIAN NYAYIAN (KUMPULAN KOIR: MAJLIS RASMI UNIVERSITI)

CONTOH

CONTOH PAKAIAN NYAYIAN (KUMPULAN KOIR: MAJLIS RASMI UNIVERSITI)

CONTOH