GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN

b. Sijil Nikah/Ruju’ c. Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak. 6. Keutamaan kaedah pembayaran nafkah adalah secara potongan gaji. 7. Walau apa pun araha...

0 downloads 6 Views 5MB Size
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PEKELILING KETUA HAKIM SYARIE BIL 1 TAHUN 2016 PERINTAH NAFKAH EDDAH DAN NAFKAH ANAK DALAM KES-KES PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Kertas ini adalah merupakan garis panduan kepada perlaksanaan Pekeliling Ketua Hakim Syarie Bil 1 Tahun 2016 iaitu yang berkaitan pengeluaran perintah nafkah eddah dan nafkah anak oleh Hakim Syarie secara mandatori dalam kes-kes pembubaran perkahwinan. Pekeliling tersebut hendaklah dilaksanakan sebagaimana berikut:-

1. Jenis-jenis kes pembubaran perkahwinan adalah seperti berikut:

a. Tuntutan Perceraian b. Tuntutan Fasakh c. Tuntutan Takliq d. Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai e. Tuntutan Khuluk/Tebus Talak f.

Tuntutan Li’an

g. Pertukaran Agama

2. Hakim Syarie yang mengendalikan kes hendaklah memastikan kausa tindakan setiap tuntutan dipenuhi dan perkara-perkara berikut disiasat dengan wajar :-

a. Bidangkuasa Mahkamah b. Locus Standi c. Wujud ikatan pernikahan d. Sabit perceraian e. Kemampuan dan anggaran pendapatan Bapa/Bekas Suami f.

Anggaran keperluan perbelanjaan anak.

3. Pekeliling tersebut terpakai dalam semua keadaan kes termasuk perbicaraan sebelah pihak, suami/bapa ghaib/hilang dan suami/bapa yang menjalani hukuman pemenjaraan.

4. Perlaksanaan Pekeliling tersebut dikecualikan dalam keadaan berikut:

a. Terdapat bentuk persetujuan lain tentang jumlah dan cara pembayaran nafkah. b. Isteri menolak hak/ibra’ hak Nafkah Eddah. c. Bapa/Suami diktiraf oleh undang-undang sebagai Orang Tak Berkeupayaan dan/atau Orang Miskin. d. Bagi mana-mana anak yang telah melampaui lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak sebagaimana peruntukkan seksyen 80 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pulau Pinang) 2004. e. Bagi Anggota Tentera yang tertakluk di bawah Akta Angkatan Tentera 1972/Kaedah-kaedah/peraturan-peraturan dan/atau apa-apa statut dan undangundang yang dikuatkuasakan ke atas seorang anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM).

5. Tiap-tiap tuntutan yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama salinan dokumen berikut semasa peringkat pendaftaran kes:

a. Kad Pengenalan Plaintif b. Sijil Nikah/Ruju’ c. Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak.

6. Keutamaan kaedah pembayaran nafkah adalah secara potongan gaji.

7. Walau apa pun arahan dalam pekeliling tersebut dan garis panduan ini, seorang Hakim Syarie diberikan kebebasan dan keluasan dalam membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut. Namun perintah-perintah tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan kehendak dan maksud pekeliling tersebut.

8. Pekeliling Ketua Hakim Syarie Bil 1 Tahun 2016 adalah berkaitan.

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN PROSES KERJA E-SIAP

BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Projek ini dinamakan sebagai E-Shariah Instant Access Procedure 2. Projek ini mencetus inovasi bagi memperkenalkan satu sistem E-Syariah Instant Acces Procedure atau singkatan (E-SIAP) yang merupakan proses pengurusan kes yang dilaksanakan dengan rangkaian elektronik menggunakan komputer dan telefon pintar. 3. Pembangunan sistem E-SIAP merupakan satu idea kreativiti dan inovasi bagi mewujudkan pengurusan perkhidmatan yang cekap dan berkesan agar dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. 4. Projek ini dikhususkan bagi kes yang melibatkan persetujuan yang telah dicapai oleh pihak-pihak untuk diendoskan pada hari yang sama semasa pendaftaran kes. 5. Kes akan di dengar terus pada hari yang sama di hadapan hakim selepas pendaftaran tanpa menunggu tarikh tangguhan sebutan dalam masa 21 hari seperti mana yang telah ditetapkan dalam piagam pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 6. Projek ini hendaklah terpakai hanya dalam kes-kes Mal (selepas ini disebut sebagai kes-kes tersebut) yang tertentu seperti yang berikut ; BIL

KOD

KETERANGAN

1 2 3 4 5 6 7 8

016 017 018 021 022 023 024 025

Tuntutan Muta’ah Tuntutan Harta Sepencarian Tuntutan Nafkah Isteri Tuntutan Nafkah Eddah Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Tuntutan Tunggakan Nafkah Tuntutan Nafkah Anak Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/ Nafkah Anak

LAMPIRAN A

9

026

10 11 12

028 055 037

Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/ Nafkah Anak Tuntutan Hak Jagaan Tuntutan Perceraian Tuntutan Penghutang Penghakiman

7. Terdapat lapan (8) syarat bagi pelaksanaan E-SIAP seperti yang berikut ; a) Jenis/ Kod kes sepertimana yang ditetapkan dalam garis panduan ini; b) Mestilah mempunyai persetujuan bersama bagi membolehkan pendengaran kes pada hari yang sama dan dapat di selesaikan pada hari yang sama; c) Kedua-dua pihak perlu hadir bersama semasa pendengaran kes bagi merekodkan persetujuan yang telah dicapai; d) Perjanjian yang dipersetujui tidak melanggar undang-undang dan hukum syarak; e) Kes difailkan di mahkamah yang berbidangkuasa; f) Hakim berkelapangan semasa pendengaran kes ; g) Pendaftaran kes adalah diterima pada setiap hari Isnin sehingga Khamis sebelum jam 3.00 petang ; dan h) Dokumen asal dan salinan yang berkaitan (sepertimana terdapat di dalam borang senarai semak). 8. Kelebihan E-SIAP ini dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja tanpa melalui prosiding yang panjang. 9. E-SIAP ini juga sebagai satu bentuk Inovasi Jabatan yang dapat mencetus idea-idea kreatif dan inovasi sepertimana pelaksanaan E-Pliding dan EJudgement bagi mempercepatkan lagi proses pendengaran kes di mahkamah. 10. Slogan E-SIAP ini adalah “ Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai “.

LAMPIRAN A

BAHAGIAN II PENDAFTARAN

1.

E-Pliding diterima oleh: a. Hakim; b. Unit Sulh; c. Kaunter: (Untuk urusan pendaftaran kes, pastikan, tujuh (8) syarat adalah seperti yang berikut) i. Kenalpasti kod/ jenis pendaftaran kes ; ii. Ada persetujuan bersama yang telah dicapai oleh pihakpihak; iii. Pihak-pihak hadir bersama; iv. Perjanjian yang dipersetujui tidak melanggar undangundang dan hukum syarak; v. Hakim dan semasa pendegaran kes; vi. Kes difailkan di mahkamah yang berbidangkuasa; dan vii. Pendaftaran kes adalah diterima pada setiap hari Isnin sehingga Khamis sebelum jam 3.00 petang viii. Dokumen asal dan salinan (seperti borang senarai semak) Salinan penyata tuntutan diserahkan kepada pelangggan (Bayaran RM 5.00)

5 minit

2.

Terima fi dari pelanggan dan daftar kes dalam SPKMS

2 minit

3.

Jana saman dan serah saman kepada Defendan serta dapatkan tandatangan sebagai bukti penerimaan.

3 minit

4.

Unit Sulh mengambil tindakan sulh berjaya dan menagihkan kepada Hakim. (Rujuk Pekeliling Ketua Hakim Syarie JKSNPP Pengecualian kehadiran majlis sulh dan penyediaan perjanjian persetujuan bagi ke E-SIAP Bil/2014)

3 minit

LAMPIRAN A

BAHAGIAN III PENDENGARAN

1.

Hakim menerima fail fizikal daripada Pembantu Hakim 2 minit

2.

Hakim buka sistem E-Bicara dan E-Judgement

2 minit

5.

Hakim mulakan pendengaran dengan merekod persetujuan yang telah dicapai

5 minit

Hakim baca keputusan

2 minit

Hakim menyediakan perintah bertulis melalui sistem E-Judgement

5 minit

Perintah bersih dijana dalam 4 salinan.

1 minit

6.

7.

8.

BAHAGIAN IV PERINTAH

1.

2.

3.

Pembantu menerima perintah yang telah dijana untuk mendapatkan tandatangan dan meterai mahkamah

3 minit

Menerima bayaran dan jana resit bayaran.

2 minit

Penyampaian perintah kepada pihak-pihak pada hari yang sama

2 minit

LAMPIRAN A

4.

5.

Failkan perintah bertulis tersebut ke dalam fail kes 1 salinan dan 1 salinan ke dalam fail khas (float) perintah- perintah mahkamah.

2 minit

Simpan fail-fail

2 minit

LAMPIRAN A

PROSEDUR PEMINDAHAN KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

1.

Apabila Hakim MRS mendapati kausa tindakan kes di bawah MTS:Dalam masa 7 hari hantar ke MTS :a. Surat iringan; b. Borang Rafa' Kes (Arahan Amalan No. 7 Tahun 2008); c. Catatan Hakim (bertaip) mengenai kes perlu dirafa'; dan d. Kesemua dokumen asal kes yang dikeluarkan dari fail asal kes dan dimasukkan dalam fail sampul kecil.

2.

Sediakan salinan pendua ( Saman & Penyata Tuntutan / Permohonan dan Afidavit) dan masukkan dalam fail asal kes.

3.

Rekodkan kes yang dihantar di dalam Buku Rekod Rafa' kes

4.

Terima dan rekodkan kes di dalam Buku Rekod Rafa' Kes

5.

Tetapkan YA. Hakim yang akan mendengar kes dan serahkan fail kepada YA. Hakim

6.

YA. Hakim membuat keputusan

7.

Pendaftar keluarkan Perintah.

7 HARI

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

7 HARI

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

8. Dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan kes, hantar ke MRS:-

9.

a)

Jika Rafa' kes dibenarkan, i. Surat Iringan - nyatakan sekali tarikh sebutan kes tersebut di MTS) ii. Perintah

b)

Jika Rafa' kes ditolak i. Surat iringan ii. Perintah iii. Fail Sampul Kecil

Terima perintah dari MTS

10. Dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan Perintah, a)

7 HARI

Jika Rafa' kes dibenarkan:i. Kemaskini status kes sebagai (pindah kes) di dalam sistem esyariah. ii. Hantar borang ms18 (Notis Pemindahan Tindakan ke MTS dari MRS) kepada pihakpihak/peguam dan Pendaftar MTS. Nyatakan tarikh sebutan yang telah ditetapkan oleh MTS di dalam borang tersebut.

b) Jika Rafa' kes ditolak, masukkan kembali dokumen asal ke dalam fail dan panjangkan kepada hakim MRS.