Garis Panduan

3.7 Analisa Data dan Laporan 4. Dokumentasi ... Hipertensi atau penyakit lain yang hadir untuk pemeriksaan untuk mengetahui status pengawalan penyakit...

1 downloads 182 Views 1MB Size
Garis Panduan Program Saringan Komuniti Dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Cawangan Penjagaan Perubatan Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia 2013

Garis Panduan Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Cawangan Penjagaan Perubatan Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia 2013

Garis panduan diterbitkan oleh:

Cawangan Penjagaan Perubatan Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Blok E6, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel: +603-88832165 Faks: +603-88832210 URL : http://fh.moh.gov.my/

Tarikh dokumen: Januari 2013

Kandungan 1.

Tujuan..................................................................................................................................................

4

2.

Latar Belakang....................................................................................................................................

4

3.

Pelaksanaan ........................................................................................................................................

4

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Ciri-Ciri Pelaksanaan Tahap Pelaksanaan Kaedah Pelaksanaan Tindaksusul Pelanggan Carta Alir Pengendalian Pelanggan bagi Saringan di Komuniti Tugas dan Tanggungjawab Anggota Analisa Data dan Laporan

4 5 5 8 9 10 11

4.

Dokumentasi.......................................................................................................................................

12

5.

Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan...............................................................................

12

5.1 5.2

Indikator Proses Penilaian Keberkesanan (Outcome)

12 13

Lampiran A................................................................................................................................................ Senarai Pemeriksaan Dan Peralatan Yang Diperlukan Semasa Kem/ Karnival Kesihatan

14

Lampiran B................................................................................................................................................ Buku Pendaftaran Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan

16

Lampiran C................................................................................................................................................ Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan

17

Lampiran D................................................................................................................................................ Senarai Garis Panduan atau Clinical Practise Guidelines Sebagai Rujukan Kekerapan Saringan Susulan

18

Lampiran E................................................................................................................................................ Laporan Aktiviti di Kem/ Karnival Kesihatan

19

Lampiran F...................................................................................................................................... Senarai Pelanggan Yang Berisiko Di Kem/ Karnival Kesihatan Untuk Pengendalian Lanjut

20

Lampiran G...................................................................................................................................... Reten Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan

21

1. TUJUAN Garispanduan ini bertujuan untuk menggariskan kaedah pelaksanaan program saringan kesihatan komuniti di dalam kawasan operasi klinik kesihatan supaya teratur dan berkesan. Saringan ini dijalankan di luar klinik kesihatan semasa penganjuran kem kesihatan, karnival kesihatan atau program bersama masyarakat lain yang berkaitan. Garispanduan ini turut menerangkan terperinci mekanisme rujukan dan tindaksusul ke atas pelanggan yang disaring bagi menambah nilai aktiviti saringan dan akauntabiliti pihak yang menyaring. Namun penilaian impak saringan ini ke atas pelanggan yang disaring secara individu adalah terbatas. Ini kerana secara kebiasaannya, saringan komuniti terbuka kepada orang awam tanpa mengira tempat asal atau fasiliti kesihatan lazim yang dikunjungi untuk perkhidmatan kesihatan. Tidak boleh dinafikan bahawa kesedaran kesihatan dan kerjasama pelanggan sendiri adalah penting dalam kesinambungan perkhidmatan kesihatan. 4

2. LATAR BELAKANG Pihak Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan sering mendapat jemputan dalam program kemasyarakatan yang melibatkan sama ada aktiviti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pendermaan darah, pertandingan masakan sihat dan pelbagai lagi. Pemeriksaan kesihatan atau saringan risiko kesihatan seringkali menjadi agenda sampingan yang utama dalam program-program sebegini. Namun keberkesanan aktiviti ini perlu dipantau bagi melihat impaknya kepada masyarakat. Pelaksanaan aktiviti kesihatan ini secara teratur dan terancang dengan pengurusan saringan, intervensi risiko dan tindak susul yang cekap dapat memastikan ia benar-benar mencapai matlamatnya iaitu untuk mengurangkan beban penyakit. Objektif sebenar saringan kesihatan adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan individu melalui kaedah : •

Mengenalpasti individu yang berpenyakit atau mempunyai risiko kesihatan



Merujuk individu berisiko ke fasiliti kesihatan untuk pengendalian lanjut penyakit atau risiko kesihatan

3. PELAKSANAAN 3.1 Ciri-ciri pelaksanaan 3.1.1.

Program saringan dilaksanakan secara terancang bagi memastikan kelancaran aktiviti.

3.1.2.

Jenis saringan dan penyakit yang disaring perlu diterangkan kepada pesakit bagi menjelaskan bahawa saringan yang dilaksanakan tidak dapat mengesan kesemua jenis penyakit.

3.1.3.

Terdapat dua jenis borang yang disyor untuk digunakan iaitu Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan atau Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) mengikut kumpulan umur.

3.1.4.

Pelanggan akan ditawarkan untuk membuat rawatan atau pemeriksaan lanjut bagi mengurangkan risiko atau komplikasi akibat sesuatu penyakit yang dikesan.

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

3.1.5.

Pelanggan boleh dirujuk ke klinik pilihan sendiri untuk pemeriksaan atau ujian lanjut.

3.1.6.

Maklumat saringan diintegrasikan dengan pengurusan rawatan pesakit di klinik kesihatan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan.

3.1.7.

Kaedah rujukan, maklumbalas dan pengesanan defaulter yang jelas bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan.

3.1.8.

Selain daripada beban kerja (output) perkhidmatan ini mensasarkan indikator impak berdasarkan populasi dalam kawasan operasi.

3.2 Tahap Pelaksanaan Program saringan kesihatan sebagai salah satu agenda kem kesihatan, karnival kesihatan atau program-program kemasyarakatan yang lain, sama ada penyertaan pihak kesihatan sebagai pasukan jemputan ataupun penganjur utama program tersebut. Walau bagaimanapun, jenis saringan yang dilaksanakan bergantung kepada kesesuaian tempat, kemudahan sedia ada, peruntukan dan populasi yang terlibat dalam aktiviti tersebut. 3.3 Kaedah Pelaksanaan 3.3.1

Sebelum Program •

Permohonan perkhidmatan saringan kesihatan Permohonan untuk mengadakan perkhidmatan saringan kesihatan perlu dibuat kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang bertanggungjawab terhadap kawasan di mana program tesebut akan diadakan.



Maklumbalas Setiap permohonan tersebut perlu diberi maklumbalas.



Penetapan tarikh dan terma rujukan (Term of references) Perbincangan di antara Pejabat Kesihatan Daerah dengan semua pihak yang terlibat adalah penting bagi menetapkan peranan semua pihak dan pemilihan tarikh yang sesuai untuk menganjurkan program.



Pemeriksaan tapak aktiviti Ini dilakukan bagi menilai kesesuaian lokasi aktiviti dan memeriksa kemudahan yang disediakan. Jenis saringan kesihatan yang dilaksanakan adalah terhad tanpa bekalan elektrik, bekalan air bersih atau bilik khas untuk pemeriksaan peribadi.



Persediaan anggota Senarai anggota yang menganggotai pasukan bertugas di aktiviti adalah seperti di bawah tajuk Tugas dan Tanggungjawab (semasa program). Bilangan anggota yang bertugas pula adalah berdasarkan jangkaan (estimation) bilangan pengunjung ke aktiviti tersebut.



Persediaan peralatan Senarai peralatan yang diperlukan bergantung kepada jenis pemeriksaan yang akan dilakukan. Senarai pemeriksaan yang dicadangkan adalah seperti di Lampiran A.



Persediaan pengangkutan Pengangkutan bagi membawa peralatan diperlukan perlu diuruskan awal bagi memastikan barangan tersebut tiba pada masa yang ditetapkan.

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

5

3.3.2

Semasa Program •

Persediaan tempat Susun atur peralatan yang dimulakan mengikut aliran perkhidmatan seperti pendaftaran, pengisian borang saringan, pemeriksaan dan konsultasi. Kemudahan kerusi untuk pelanggan di ruang menunggu perlu disediakan.



Pemilihan pelanggan Terdapat dua jenis pelanggan yang akan hadir untuk pemeriksaan kesihatan. Pertamanya adalah pelanggan yang tidak pernah didiagnosa sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Pelanggan jenis kedua adalah pesakit Diabetes, Hipertensi atau penyakit lain yang hadir untuk pemeriksaan untuk mengetahui status pengawalan penyakit mereka.



Buku Pendaftaran Maklumat terperinci pelanggan dicatitkan dalam Buku Pendaftaran Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan seperti di Lampiran B.



Borang Saringan Borang Saringan Status Kesihatan, BSSK atau Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan boleh digunakan. Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan adalah seperti di Lampiran C. Borang ini perlu dibuat dalam 3 salinan dengan warna kertas berlainan. Selepas saringan, salinan borang tersebut diedarkan seperti berikut:

6



1.

Salinan penganjur: Simpanan klinik/ organisasi kesihatan yang menganjurkan kem/ karnival kesihatan

2.

Salinan pelanggan: Simpanan sendiri pelanggan

3.

Salinan surat rujukan: Diserah kepada pelanggan sebagai surat rujukan ke klinik atau hospital (bagi kes kecemasan). Klinik untuk rawatan lanjut yang menjadi pilihan pelanggan adalah sama ada klinik kesihatan kerajaan atau pun klinik swasta. Bagi pelanggan tanpa risiko, salinan ini disimpan oleh klinik/ organisasi kesihatan yang menganjurkan kem/ karnival kesihatan

Pemeriksaan saringan Dijalankan seperti yang dicadangkan oleh borang saringan, namun jenis pemeriksaan tertakluk kepada kesesuaian tempat, kemudahan sedia ada, peruntukan dan risiko individu. Ujian darah seperti ujian untuk glukos dan kolesterol terhad kepada pelanggan yang berisiko dan tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada. Prinsip pencegahan universal perlulah diamalkan semasa pemeriksaan dilakukan. Sampel-sampel ujian (slaid pap smear atau sampel kahak) perlu dilabel, dikendalikan dan disimpan mengikut prosedur sedia ada.



Pengendalian pelanggan Adalah penting untuk menerangkan kepada pelanggan bahawa pemeriksaan yang dijalankan hanya merupakan satu saringan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan sama ada pelanggan benar-benar mempunyai penyakit. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk mendaftar di klinik yang dirujuk untuk pengendalian lanjut penyakit atau risiko kesihatan mereka. Saringan ini hanya akan berkesan atau dapat mencegah komplikasi penyakit sekiranya pelanggan bekerjasama mengawal penyakit atau risiko kesihatan mereka.

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Selepas pemeriksaan saringan, pelanggan boleh dikategorikan kepada pelanggan tanpa risiko atau berisiko. 1.

2.

3.3.3

Pelanggan Tanpa Risiko Tiada apa-apa risiko kesihatan atau penyakit dikesan bagi pelanggan dalam kategori ini. Tindakan selanjutnya ke atas pelanggan tanpa risiko adalah a)

Maklumkan keputusan saringan.

b)

Salinan borang saringan `Salinan pelanggan’ diserahkan untuk simpanan pelanggan.

c)

Nasihatkan pelanggan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut kekerapan yang dicadangkan oleh Garispanduan atau Clinical Practise Guidelines berkaitan (senarai di Lampiran D)

Pelanggan Berisiko Pelanggan telah dikenalpasti mempunyai risiko kesihatan sama ada dari sejarah kesihatan keluarga atau pemeriksaan kesihatan yang abnormal. Tindakan selanjutnya ke atas pelanggan berisiko adalah a)

Maklumkan keputusan saringan.

b)

Serahkan salinan borang `Salinan pelanggan’ untuk makluman dan simpanan pelanggan.

c)

Terangkan keperluan untuk mengambil tindakan lanjut sama ada rawatan penyakit atau pengendalian risiko.

d)

Pastikan klinik untuk pengendalian seterusnya mengikut pilihan pelanggan. Pesakit yang dikesan memerlukan rawatan kecemasan perlu dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital yang berdekatan secara segera.

e)

Serahkan salinan borang saringan `Surat Rujukan’ sebagai dokumen rujukan ke klinik/ hospital yang dirujuk.

f)

Bagi kes bukan kecemasan, maklumkan pelanggan untuk hadir ke klinik yang dirujuk dalam tempoh 2 minggu.

g)

Serahkan pamphlet atau bahan pendidikan kesihatan berkaitan dengan masalah kesihatan pelanggan jika ada.

Selepas Program •

Pengendalian sampel ujian Sampel-sampel ujian perlulah dikendalikan dan disimpan mengikut prosedur sedia ada. Ini bagi memastikan sampel tidak rosak dan memberikan keputusan yang tepat. Ketepatan label sampel dan maklumat di borang ujian juga perlu disemak bagi memastikan pengesanan semula pelanggan dapat dilakukan.



Pengurusan sisa klinikal Semua bahan buangan dari aktiviti pemeriksaan saringan perlu diasingkan mengikut kategori sisa dan dikendalikan mengikut prosedur sedia ada.



Penyimpanan borang saringan Borang saringan perlu disimpan di klinik/ organisasi kesihatan yang menganjurkan program. Ia disusun mengikut tarikh aktiviti kem/ karnival kesihatan.

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

7





Melengkapkan laporan, senarai pelanggan untuk pengendalian lanjut dan reten 1.

Laporan aktiviti seperti di Lampiran E perlu dilengkapkan setiap kali selesai program dianjurkan. Dokumen ini disimpan di klinik kesihatan yang menganjurkan program dan menjadi rujukan bagi penyediaan dokumen Senarai Pelanggan Yang Berisiko Di Kem/ Karnival Kesihatan Untuk Pengendalian Lanjut (Lampiran F) dan Reten Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan (Lampiran G).

2.

Senarai Pelanggan Yang Berisiko Di Kem/ Karnival Kesihatan Untuk Pengendalian Lanjut seperti di Lampiran F perlu dilengkapkan dan dihantar ke klinik yang dirujuk (bergantung kepada pilihan pelanggan, sama ada klinik kesihatan kerajaan atau pun swasta) selewatnya sehari selepas kem/ karnival kesihatan dianjurkan.

3.

Reten Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan (Lampiran G) perlu disediakan oleh klinik kesihatan yang menganjurkan program, setiap 6 bulan (Jun & Disember) dan dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk dikumpulkan.

Pengendalian pelanggan selanjutnya 1.

Pelanggan perlu datang ke klinik kesihatan atau klinik swasta yang telah dikenalpasti sebagai rujukan dengan membawa salinan borang saringan dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh kem/ karnival kesihatan.

2.

Klinik kesihatan yang dirujuk perlu memastikan kehadiran pelanggan yang memerlukan pengendalian lanjut. Pelanggan yang masih belum hadir 2 minggu selepas tarikh kem/ karnival kesihatan perlu dibuat pengesanan kes (case tracing).

3.

Klinik kesihatan atau klinik swasta yang dirujuk perlu memberikan maklumbalas mengenai kehadiran pelanggan yang dirujuk kepada klinik kesihatan yang merujuk sekurang-kurangnya 4 minggu selepas rujukan dibuat.

4.

Klinik yang merujuk perlu menghubungi klinik yang dirujuk sekiranya masih belum mendapat maklumbalas kehadiran pelanggan 4 minggu selepas rujukan. Klinik kesihatan yang berdekatan dengan klinik swasta yang dirujuk juga boleh dihubungi untuk bantuan mendapatkan maklumbalas kehadiran pelanggan.

8

3.4 Tindaksusul Pelanggan Senarai pelanggan yang dirujuk perlu dihantar ke klinik kesihatan atau klinik swasta yang dirujuk seperti di Lampiran F. Setiap klinik kesihatan yang menerima rujukan perlu memastikan setiap pelanggan tersebut hadir ke klinik dan membuat pengesanan kes bagi pelanggan yang gagal hadir selepas 2 minggu dirujuk. Pengesanan kes boleh dilakukan melalui telefon atau secara lawatan rumah. Klinik Kesihatan dan klinik swasta yang dirujuk juga mesti memberi maklumbalas mengenai kehadiran pelanggan kepada klinik yang merujuk sekurang-kurangnya 4 minggu selepas rujukan diterima.

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

3.5 Carta Alir Pengendalian Pelanggan bagi Saringan di Komuniti

Tempoh masa

Pada hari program saringan kesihatan diadakan

Pelanggan

Pendaftaran Program Saringan

Saringan Tidak Abnormal Ya

Serta merta

Kes Kecemasan

Rujuk Hospital

9

Ya Tidak 2 minggu

Rujuk Klinik Pilihan Ya Pendaftaran Di Klinik Sebagai Pesakit Luar

Hadir Tidak 2 minggu

Pengesanan Kes

Jumpa

Ya Pengesahan Keputusan Saringan

Tidak Kes Cicir

Tidak Abnormal Ya Pemeriksaan Lanjut/ Rawatan Susulan

Nasihat Untuk Ulang Saringan*

* Rujuk Garispanduan atau Clinical Practise Guidelines berkaitan untuk kekerapan ulangan saringan

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

3.6 Tugas dan tanggungjawab anggota

Bil

Tugas

Tanggungjawab

1.

Berbincang dengan pihak terlibat mengenai • tarikh • lokasi • jenis pemeriksaan yang akan dilaksanakan • peranan setiap pihak

Wakil Pejabat Kesihatan Daerah

2.

Menyediakan pasukan untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan semasa kem/ karnival

Wakil Pejabat Kesihatan Daerah

3.

Persiapan/ penyediaan tempat perkhidmatan saringan dan mengemas semula setelah selesai

Pemandu Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Jururawat Masyarakat (JM) Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Pegawai Pendidikan Kesihatan

4.

Pendaftaran

Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Pembantu Rendah Am

5.

Melaksanakan Saringan Risiko

Jururawat Masyarakat (JM) Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan

6.

Melaksanakan Pemeriksaaan dan Ujian

Jururawat Masyarakat (JM) Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Pegawai Perubatan

7.

Pengenalpastian risiko/ penyakit

Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Pegawai Perubatan

8.

Khidmat Nasihat/ Pendidikan Kesihatan

Pegawai Perubatan Pegawai Dietetik Pegawai Sains (Pemakanan) Pegawai Pendidikan Kesihatan

9.

Rekod maklumat risiko dikesan dalam buku pendaftaran

Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Pegawai Perubatan

10.

Rujukan

Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Pegawai Perubatan

11.

Pengendalian sampel ujian

Penolong Pegawai Perubatan Jururawat Terlatih

12.

Penyediaan laporan aktiviti

Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan

10

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Bil

Tugas

Tanggungjawab

13.

Memberi maklumbalas kehadiran pelanggan (klinik kesihatan yang dirujuk)

Jururawat Masyarakat (JM) Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan Anggota klinik swasta

14.

Menerima maklumbalas kehadiran pelanggan (klinik kesihatan yang merujuk)

Jururawat Masyarakat (JM) Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan

15.

Penyediaan reten 6 bulan sekali

Jururawat Terlatih Penolong Pegawai Perubatan

3.7 Analisa data dan laporan Reten seperti di Lampiran G, disediakan 6 bulan sekali oleh klinik kesihatan yang menganjurkan program kem/ karnival kesihatan untuk dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah. Reten yang telah dikumpul dan disemak seterusnya dihantar kepada Pegawai Kesihatan Primer, Jabatan Kesihatan Negeri. Maklumat terkumpul dan telah disemak tersebut perlu dimajukan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga melalui [email protected] Sekiranya Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK) digunakan semasa saringan, Reten Bulanan Pengurusan Saringan Risiko Kesihatan Di Klinik Kesihatan, RBPSRKKK/201/2008 juga diisi dan dihantar secara bulanan. Data saringan ini juga perlu dimasukkan ke dalam Sistem maklumat Pengurusan Kesihatan PER-PL 211, PER-PL 212 dan PER-PL 206 sebagai data aktiviti klinik kesihatan. Program Saringan di Komuniti ini juga menjadi sumber untuk Reten Pendidikan Kesihatan PKK 101 dan PKK 102 mengenai aktiviti pendidikan kesihatan; termasuk Reten Pap Smear jika berkaitan.

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

11

4. DOKUMENTASI Maklumat pelaksanaan perkhidmatan ini sentiasa dikemaskini seperti senarai dokumen berikut: Peringkat Pelaksanaan Program Saringan

Bil

Nama Dokumen

Contoh

1.

Pendaftaran

Buku Pendaftaran Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan, SK/01

Lampiran B

2.

Semasa saringan

Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan, SK/02 atau Borang Saringan Status Kesihatan, BSSK

SK/02 di Lampiran C

3.

Semasa saringan

Garispanduan/ Clinical Practise Guidelines sebagai rujukan

Lampiran D

4.

Sebaik Selepas Program

Laporan Aktiviti di Kem/ Karnival Kesihatan, SK/03

Lampiran E

12 5.

6.

Sebaik Selepas Program

6 bulan sekali (Jun & Disember)

Senarai Pelanggan Berisiko Di Kem/ Karnival Kesihatan Untuk Pengendalian Lanjut, SK/04 Reten Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan, SK/05

Lampiran F

Lampiran G

5. PEMANTAUAN, PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab dalam melaksana, memantau, menilai dan menambahbaik perkhidmatan dari masa ke semasa. Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Primer Negeri perlu memantau pencapaian dan keberkesanan perkhidmatan ini dalam kawasan operasi masing-masing dan membantu dalam penyelesaian masalah yang berkait dengan perlaksanaannya. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab memantau, menilai dan menambahbaik perkhidmatan berdasarkan maklumbalas Jabatan Kesihatan Negeri secara berkala. 5.1 Indikator Proses Menerusi Format Reten Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan seperti di Lampiran G, perkara berikut diukur setiap 6 bulan. 5.1.1

Bilangan program khemah kesihatan/ karnival kesihatan yang dijalankan

5.1.2

Bilangan dan maklumat demografi pelanggan yang disaring

5.1.3

Kadar kehadiran pelanggan yang dirujuk ke klinik

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

5.2 Penilaian keberkesanan (Outcome) Perkhidmatan saringan kesihatan dilaksanakan dengan tujuan mengesan penyakit-penyakit di peringkat awal (early detection) bagi membolehkan rawatan awal atau intervensi dimulakan bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Risiko penyakit juga disaring supaya ia dapat ditangani sebelum pelanggan mendapat penyakit tertentu. Keberkesanan program saringan dinilai seperti berikut: 5.2.1

Kadar pengesanan kes baru Diabetes Bil kes baru Diabetes dikesan di klinik kesihatan Bilangan populasi ≥ 18 tahun dalam kawasan operasi

5.2.2

Kadar pengesanan kes baru Hipertensi Bil kes baru Hipertensi dikesan di klinik kesihatan Bilangan populasi ≥ 18 tahun dalam kawasan operasi

5.2.3

x 100

x 100

Kadar pengesanan kes Obesiti Bil kes Obesiti dikesan di klinik kesihatan Bilangan populasi ≥ 18 tahun dalam kawasan operasi

x 100

Pada peringkat awal pelaksanaan program saringan, peningkatan bilangan kes yang dikesan adalah dijangkakan. Bilangan kes Diabetes, Hipertensi dan Obesiti seterusnya diharapkan akan menurun dengan perluasan maklumat mengenai penjagaan kesihatan dan intervensi penyakit di peringkat risiko. Kajian di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia seperti National Health Morbidity Survey (NHMS) yang dijalankan secara berkala juga boleh digunakan sebagai kayu pengukur keberkesanan program.

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

13

SENARAI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN SEMASA KEM/ KARNIVAL KESIHATAN Bil

14

Jenis Pemeriksaan

Peralatan diperlukan

1.

Saringan Risiko Kesihatan

Kerusi Meja Pen Buku Pendaftaran Kem/ Karnival Kesihatan SK/01 Borang Saringan Komuniti di Kem/ Karnival Kesihatan, SK/02 atau Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK)

2.

BMI

Alat pengukur tinggi Penimbang Kalkulator

3.

Ukur lilit pinggang

Pita pengukur

4.

Body Fat

BIA Analysers

5.

Tekanan darah

Meja Kerusi Sphygmomanometer Stetoskop

6.

Pap smear

Dressing sets Pap smear sets Pap smear kits Fixator spray Borang makmal patologi Couch Skrin Alas katil Kertas/ plastik lapik Selimut Bantal Lampu suluh Sarung tangan (gloves) Masks Clinical waste bags Pensil, pemadam

7.

RBS/ FBG

Meja Kerusi Alat pengukur paras glukos Strips Cotton balls/ swabs Alcohol for swabs Sarung tangan (gloves) Sharp bin Clinical waste bags

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Jenis Pemeriksaan

Bil

Peralatan diperlukan

8.

Cholesterol/ TG/ Lipids

Meja Kerusi Alat pengukur paras Kolesterol/ TG Strips Cotton balls/ swabs Alcohol for swabs Sarung tangan (gloves) Sharp bin Clinical waste bags

9.

Alatulis

Pen Cop Klinik/ Pegawai/ Organisasi Stamp pad Kertas Cellophane tape Thumb tacks

10.

Bahan Pendidikan Kesihatan

Papan poster Velcro tape Poster kesihatan Risalah kesihatan Projector Komputer riba Skrin putih Alat pembesar suara

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

15

No. K/P

3

Nama

2

Bil

1

4

No. Telefon

Jantina

Lelaki

5

Perempuan

6

Remaja

7

Umur

Dewasa 8

Warga Emas 9

Melayu 10

Cina 11

Bangsa

India 12

Lain-lain (Nyatakan) 13

Kump Khas Berisiko

OKU 14

Ibu Tunggal 15

Tidak 16

Ya 17

Diabetes 18

CVD 19

Tidak Aktif 20

Merokok 21

Alkohol 22

Risiko Yang Dikesan

Dadah 23

24

STD

:

25

Mental

TARIKH & MASA

26

Kanser

:

27

TB

LOKASI

29

Obes

NAMA PROGRAM :

HPT 28

BUKU PENDAFTARAN SARINGAN KOMUNITI DI KEM/ KARNIVAL KESIHATAN

Inkontinen 30

Dyslipidaemia 31

Pap Smear Terdahulu > 3 Thn 32

33

Klinik Dirujuk

SK/01

35

34

Hadir

Ya

LAMPIRAN B

Tidak

16

LAMPIRAN C Tarikh : BORANG SARINGAN KOMUNITI DI KEM/ KARNIVAL KESIHATAN Nama

Umur

No. K/P

No.Tel

Bangsa*

M

C

I

LL:

Jantina*

SK / 02

L

P

Kumpulan Khas* OKU Wargaemas

(nyatakan)

Alamat

Ibu Tunggal SENARAI SEMAK FAKTOR RISIKO Nota : Tandakan ‘√’ di ruang bertanda *

Ya*

1

Adakah anda sedang mengikuti rawatan susulan untuk sebarang masalah kesihatan atau penyakit ?

2

Pernahkah anda mengalami Diabetes semasa hamil ?

3

Pernahkah anda melahirkan bayi 4 kg atau lebih ?

4

Adakah ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes ?

5

Adakah anda mengalami masalah kerap kencing/ sentiasa dahaga/ turun berat badan/ gatal kemaluan/ sentiasa lapar ?

6

Adakah ahli keluarga terdekat anda yang berpenyakit atau mati akibat penyakit jantung koronari/ strok pada usia <55thn (lelaki)/ <65thn (wanita) ?

7

Adakah anda bersenam/ bersukan kurang dari 3 kali seminggu ?

8

Adakah anda merokok atau telah berhenti merokok dalam tempoh kurang dari 2thn lepas ?

9

Adakah anda mengambil minuman beralkohol ?

10

Adakah anda mengambil dadah ?

11

Adakah anda terlibat dengan seks bebas ?

12

Adakah anda berasa sedih/ murung/ tidak berguna/ kurang seronok/ cepat marah/kurang tidur dalam masa 2 minggu lalu ?

13

Adakah sejarah penyakit kanser dalam keluarga anda, nyatakan jenis ?

14

Adakah anda mempunyai ketulan/ bengkakkan luar biasa/ perubahan tahi lalat?

15

Pernahkah anda mengalami pendarahan dari kemaluan tanpa sebab ?

16

Pernahkah anda menjalani ujian pap smear, jika YA, bila ?

17

Pernahkah anda mengalami batuk berpanjangan atau berdarah ?

18

Pernahkah anda demam berpanjangan melebihi 2 minggu ?

19

Adakah anda kurang selera makan atau turun berat badan tanpa sebab ?

20

Anda ada masalah semasa buang kecil/ air besar ?

Pemeriksaan :

Tidak*

Catatan

17

Ujian :

Berat :

kg

SBP :

mmHg

Blood sugar

mmol/l

TG

mmol/l

Tinggi :

m

DBP :

mmHg

Cholesterol

mmol/l

HDL

mmol/l

LDL

mmol/l

BMI :

Body Fat :

Ukurlilit Pinggang :

% cm

Pap smear dibuat*

Ya

Tidak

Keputusan : Tidak Berisiko : Sila ulang saringan dalam masa_________________________ Berisiko :

Risko Dikesan* : Diabetes

Merokok

STD

TB

Inkontinen

CVD

Alkohol

Mental

Obes

Dyslipidaemia

Tidak aktif

Dadah

Kanser

HPT

Pap smear terdahulu >3 tahun

Rujukan ke Klinik Kesihatan : Catatan : Salinan Penganjur

LAMPIRAN D GARISPANDUAN ATAU CLINICAL PRACTISE GUIDELINES SEBAGAI RUJUKAN KEKERAPAN SARINGAN SUSULAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

CPG: Management of Hypertension, 3rd edition, February 2008 CPG: Management of Type 2 Diabetes Mellitus, 4th edition, May 2009 CPG: Management of Dyslipidaemia, 4th edition, 2011 CPG: Management of Obesity, 2004 Garispanduan Program Pengesanan Awal Kanser Payudara Kebangsaan, 2011 Guidebook for Pap Smear Screening, 2004 Garispanduan Pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan Remaja Peringkat Kesihatan Primer

18

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

Kumpulan umur

Bangsa

Kumpulan Khas

Bilangan yang berisiko

Bilangan dengan jenis risiko

c.

d.

e.

f.

g.

Bilangan yang telah dirujuk

Jantina

b.

h.

Bilangan pelanggan disaring

a.

Tarikh Kem/ Karnival:

Cina

Jenis Risiko

Dirujuk

Pap smear terdahulu > 3 tahun

Dyslipidaemia

Hipertensi

Obes

Inkontinen

TB

Kanser

Mental

STD

Dadah

Alkohol

Merokok

Tidak Aktif

CVD

Diabetes

Melayu

Lokasi Kem/ Karnival:

Tidak Dirujuk

Hadir

Tidak Berisiko

Berisiko

Tidak Hadir

Perempuan

Ibu Tunggal

Warga Emas

Orang Kurang Upaya

Dewasa

Perempuan

Lain-lain

Lelaki

Lelaki

orang

SK/ 03

LAMPIRAN E

India

Remaja

LAPORAN AKTIVITI DI KEM/ KARNIVAL KESIHATAN

19

Garis Panduan • Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan

Nama Pelanggan

Alamat

No. K/P

Nota: Sila buat pengesanan kes (case tracing) sekiranya pelanggan masih tidak hadir ke klinik selepas 2 minggu dirujuk. Dalam masa 4 minggu selepas dirujuk, sila maklumkan mengenai kehadiran pesakit ke klinik kesihatan yang merujuk iaitu kepada Dr/ PPP/ JT………………di talian ………………………….

10.

9.

8.

7.

6.

5.

4.

3.

2.

1.

Bil.

Daripada :

Kepada :

Tarikh Kem/ Karnival :

No. Telefon

Lokasi Kem/ Karnival :

Hadir ( /

)

SENARAI PELANGGAN YANG BERISIKO DI KEM/ KARNIVAL KESIHATAN UNTUK PENGENDALIAN LANJUT

20 Tindakan

SK/ 04

LAMPIRAN F

Bilangan Aktiviti Saringan Komuniti/ Khemah Kesihatan/ Karnival Kesihatan/ Program Outreach

Jumlah

Bilangan Saringan

Jantina

Umur

Bangsa

Kump. Khas Risiko Yang Dikesan

STD

Dadah

Ibu Tunggal

OKU

Lain-lain (nyatakan)

Cina

Melayu

Wargaemas

Remaja

Bulan :_________________________________________________________________________________

Mental

Pejabat Kesihatan Daerah :__________________________________________________________________

Kanser

Jabatan Kesihatan Negeri :__________________________________________________________________

Pap Smear Terdahulu >3 Thn Dyslipidaemia Inkontinen HPT

Obes TB

Alkohol

Merokok

CVD

Diabetes

Bilangan Berisiko

India

Dewasa

Perempuan

Lelaki

SK/ 05

LAMPIRAN G

Bilangan Hadir

Bilangan Dirujuk

RETEN SARINGAN KOMUNITI DI KEM/ KARNIVAL KESIHATAN

Tidak Aktif

21

Program Saringan Komuniti dalam Kawasan Operasi Klinik Kesihatan • Garis Panduan

Cawangan Penjagaan Perubatan Primer Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Blok E6, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel: +603-88832165 Faks: +603-88832210 URL : http://fh.moh.gov.my/