Hubungan Motif, Sikap dan Latihan Perguruan dengan

strategi, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah merupakan suatu proses eksperimen, di sampi...

0 downloads 89 Views 125KB Size
KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA Mohd Yusof Abdullah, Salleh Abd Rashid dan Zulkifli Mohamed Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah Abstrak : Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan secara langsung dan tidak langsung motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA. Teori Aksi Bersebab (Ajzen & Fishbein, 1975) dan Teori Tingkah Laku Terancang (Ajzen, 1985) digunakan sebagai platform utama dalam kajian ini. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel pelajar tahun akhir (650 orang) program pendidikan di IPTA. Sampel dipilih menerusi pensampelan rawak mudah, strata dan berkelompok. Soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ciri demografi, motif memilih profesion keguruan, sikap terhadap profesion keguruan, latihan dalam profesion keguruan dan profesionalisme keguruan. Data-data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS Versi 4.01) bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Keputusan analisis laluan membuktikan motif, sikap dan latihan perguruan mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan profesionalisme keguruan pelajar tahun akhir program pendidikan di IPTA. Keputusan analisis laluan menunjukkan sikap pelajar tahun akhir mempunyai hubungan sebanyak 23%, manakala latihan perguruan pelajar tahun akhir mempunyai hubungan sebanyak 75% secara langsung dan tidak langsung dengan profesionalisme keguruan berbanding dengan motif yang hanya mempunyai hubungan sebanyak 5% bagi pelajar tahun akhir. Keputusan ujian akan menjadi lebih berguna dan bermakna sekiranya usaha awal dilakukan bagi mengenal pasti motif setiap bakal guru sebelum mereka diberi peluang untuk menceburi profesion keguruan di negara ini. Bagi merealisasikan jangkauan tersebut, pelbagai perbezaan ciri demografi sampel kajian harus juga diberi perhatian di samping sikap dan latihan perguruan sebagai variabel yang mampu berhubungan secara langsung dan tidak langsung ke arah profesionalisme keguruan bakal guru di negara ini. PENGENALAN Di zaman awal kemerdekaan, agenda utama tertumpu khususnya terhadap usaha membentuk perpaduan masyarakat berbilang kaum dan menggerakkan pembangunan ekonomi negara. Dalam hal ini, sektor pendidikan diberikan kepercayaan dan peranan utama serta dianggap wahana untuk mencapai hasrat membentuk perpaduan berbilang kaum di samping membangunkan ekonomi negara. Komitmen negara terhadap usaha tersebut adalah jelas dan berterusan sehingga hari ini melalui peruntukan bajet tahunan yang besar sehingga mencapai 25% daripada bajet tahunan keseluruhan. Peruntukan bajet tahunan

1

sebesar ini jelas menggambarkan usaha negara untuk melahirkan dan menggilap ‘modal insan berminda kelas pertama’ dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju beridentiti sendiri dan berdaya saing di peringkat global.

Latar Belakang Kajian Cita-cita murni negara ini tidak akan tercapai, sekiranya hanya usaha meningkatkan infrastruktur dan bilangan sumber tenaga murah dilakukan. Suatu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara hanya dapat dilakukan dengan anjakan pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan inteleknya. Justeru itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan menetapkan pembangunan ‘modal insan berminda kelas pertama’ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 adalah tepat sekali. Sesungguhnya, semua pihak mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan generasi muda menjadi modal insan berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan. Oleh sebab itu, peranan dan fungsi guru perlu terus berubah mengikut keperluan masa, bakal guru harus melengkapkan diri untuk memiliki atribut sebagai insan guru di samping mampu menyempurnakan program latihan perguruan yang profesional. Bukan sekadar itu, bakal guru harus memperoleh kemahiran pengajaran yang secukupnya, memiliki ilmu pengetahuan bidang pengkhususan yang universal, bermotivasi tinggi, berkaliber, kompeten, berinovatif, berkarisma dan berupaya menjadi agen reformasi pendidikan yang berwibawa. Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Sufean, 1996; Wan Mohd Zahid, 1988; Awang Had, 1998). Seorang guru yang profesional tidak harus sentiasa dikerah, dinasihati, dibimbing dan dibantu semasa menjalankan tugas di sekolahnya. Guru perlu melaksanakan peranan dan tugas dengan efisien, berdikari, bersemangat dan berupaya membuat keputusan yang tepat khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru tidak wajar hanya bergantung kepada dapatan kajian penyelidik lain bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Dalam konteks ini, guru harus beranggapan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam dan luar bilik darjah merupakan suatu proses eksperimen, di samping bersedia untuk memperbaiki dan mengkritik diri bagi tujuan mencapai profesionalisme keguruan (Othman, 2000; McDonald, 1971; Stenhouse, 1984). Sehingga hari ini, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media

2

massa, dalam kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat nasional dan universal. Saban hari dan waktu, pihak media massa secara berterusan menyediakan laporan yang sesetengahnya berbaur sentimen mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan. Walaupun laporan dan gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya memetakan suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan. Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan emosi guru, sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Senario ini semakin serius apabila terdapat guru novis yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun mulai berasa bosan dan tidak mahu lagi bertugas sebagai guru (Chester, 1997; Keller, 2000; Sandham, 2001). Mutakhir ini, wujud kegemaran guru menjalankan tugas berkepentingan peribadi semasa waktu persekolahan sehingga boleh menjejaskan profesionalisme keguruan (Mohd Yusof, 2002; BPG, 1998; BPPDP, 1998). Dalam masa yang sama, terdapat sejumlah 98% responden guru sekitar Lembah Kelang berhasrat memilih untuk bersara awal, manakala seramai 1,045 orang guru telah menceburi sektor swasta kerana menjangkakan prospek yang menarik bakal diperoleh daripada terus kekal dalam skim perguruan yang dikatakan jumud di negara ini (Nor Azlina, 2005). Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat di kalangan guru sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil, berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang di sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih. Masyarakat umum mulai mempersoalkan kewibawaan guru dan profesionalisme keguruan, walaupun mereka sebenarnya terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing, mampu menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan (JNSP, 2000). Laporan JNSP (2000) menjelaskan seolaholah guru terkeliru untuk memahami situasi sebenar budaya dan iklim sesebuah sekolah, bersifat fanatik terhadap fahaman politik, gagal memahami kehendak pihak pengurusan sekolah dan pelbagai fenomena lain yang menyebabkan masalah ini wujud. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap presentism dalam tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan,

3

gemar situasi kerja familiar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang sentiasa inginkan pembaharuan. Mekanisme Early Warning System (EWS) yang digunakan bagi mengesan guru yang tidak efisien menjadi disfungsi sehinggakan guru yang mencemari profesion dan tidak efisien terlepas tanpa sebarang tindakan. Walaupun guru profesional perlu mempunyai daya keterampilan kognitif yang tinggi (Good et al., 1994; Wubbels et al., 1997), namun ciri personaliti yang baik tidak boleh diabaikan. Usaha mewujudkan guru profesional tidak boleh dipandang ringan dalam proses memartabatkan profesion keguruan (Shahril, 2004). Tugas melahirkan guru profesional menjadi semakin penting, apatah lagi untuk memastikan guru mampu mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup. Menurut Flores dan Shiroma (2003: 5), “...the increasing relevance attached to lifelong learning brought about implications for the educational system, in general, and for the role of the teacher, in particular”.Usaha ini dilihat begitu penting kerana pendidikan adalah instrumen untuk memproses, membentuk, memupuk, mengasuh, membina dan mencoraki wajah generasi muda agar mampu menyumbangkan sesuatu khususnya kepada negara. Pernyataan Masalah Berdasarkan fenomena di atas, bagaimanakah bakal guru ini mampu menjalankan tugas secara profesional? Krisis profesionalisme keguruan dilihat begitu besar impaknya terhadap keperluan penyelidikan bagi mengenal pasti isu sebenar yang berkait dengan profesionalisme keguruan di negara ini. Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana guru merupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunan ekonomi negara (Awang Had, 1999). Di dalam meniti isu ini, sistem pendidikan negara dilihat perlu sentiasa berkualiti dan senafas dengan usaha melahirkan ‘modal insan berminda kelas pertama’. Guru dan mekanismenya perlu sensitif terhadap perkembangan semasa, khususnya ke arah pembentukan kepemimpinan negara, pengurusan pengajaran berkesan, latihan perguruan profesional, pengurusan sumber pengajaran pembelajaran ke arah mencapai matlamat pendidikan dan wawasan negara (Ibrahim, 1995). Tanggapan negatif masyarakat terhadap profesionalisme keguruan menjadi nyata apabila guru tidak mampu membawa mesej dan mempertahankan profesionalisme keguruan. Guru sendiri beranggapan profesion keguruan merupakan profesion yang tidak bermaya. Malah, institusi sekolah dan ahlinya sering dihujani dengan pelbagai bebanan tugas tambahan yang muncul secara tiba-tiba (Abdul Shukor, 1996). Dapatan kajian telah menunjukkan ramai guru yang mengalami suasana kerja yang tertekan dan hilang minat terhadap profesion keguruan adalah akibat masalah ini (BPG, 1998). Guru tidak dapat berfungsi dengan profesional sekiranya bekerja dalam keadaan yang tertekan, apatah lagi jika guru menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan terakhir (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Guru yang sering hilang tumpuan semasa

4

bertugas akan gagal menikmati kepuasan bekerja dan sudah pasti akan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada profesion keguruan (Siti Taniza, 2002; BPPDP, 1998; BPG, 1998). Tanggapan negatif ini semakin serius dengan sikap guru sentiasa cuai minda, tidak kreatif dan inovatif (Langer, 1997; Othman, 2000). Guru sering terperangkap di dalam kerangka yang dibina oleh mereka sendiri dan akhirnya guru sukar lari daripada set minda lama dan terus menjadi jumud. Guru sedemikian akan melaksanakan tugas pengajaran secara automatik dan tidak berfikir secara aktif. Implikasinya, tugas pengajaran menjadi rutin dan terus lalai dengan tugas tersebut tanpa sebarang pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, sesetengah guru hanya mempunyai satu konsep dalam menangani pelbagai cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini menjelaskan seolah-olah terdapat satu kaedah penyelesaian sahaja bagi menangani pelbagai cabaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar mereka. Sistem pendidikan dan program latihan perguruan yang dilaksanakan harus berubah mengikut peredaran zaman (Thornburg, 1997). Menurut Othman (2000), generasi muda bakal berhadapan fenomena negatif sekiranya aspek ini diabaikan. Dalam era globalisasi, guru harus berubah dan membentuk kefahaman baru tentang impak kemajuan teknologi terhadap masyarakat, membantu pelajar menggunakan teknologi di samping guru berusaha meningkatkan keterampilan mengaplikasikan teknologi dan menolak perasaan ragu-ragu terhadap teknologi tersebut. Latihan perguruan profesional diperlukan ketika negara menuju status negara maju. Persoalannya, adakah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) senafas dalam usaha melahirkan guru profesional? Menurut Tajul Arifin et al., (1992), proses mengeksploitasi profesion keguruan menjadi begitu penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan merupakan instrumen untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dalam era globalisasi. Bagi membolehkan program latihan perguruan melaksanakan tanggungjawab tersebut, pelaksanaan dan pengisian program pendidikan di IPTA harus mampu menangani pembangunan bakal guru melalui intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial secara bersepadu seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Hishammuddin (2005), hanya guru yang profesional mampu melahirkan pelajar cemerlang dan aspek ini perlu dalam proses pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia. Negara tidak akan berjaya melahirkan ‘modal insan berminda kelas pertama’, sekiranya usaha merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia tidak tercapai (Mohd Fuad, 1997). Usaha melahirkan guru profesional adalah jelas melalui tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan semenjak tahun 2000 dan 2001 melalui tema ‘Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan’, pada tahun 2002 dan 2003 melalui tema ‘Guru Berkualiti Aspirasi Negara’ dan pada tahun 2004 dan 2005 melalui tema ‘Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Tema-tema ini sudah cukup menggambarkan

5

perhatian serius terhadap proses melahirkan guru profesional negara ini. Pihak IPTA turut berperanan bagi melahirkan guru terlatih untuk keperluan negara. Berdasarkan kepada Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), negara telah menetapkan sebanyak 100% guru siswazah menjalankan tugas di sekolah menengah, manakala sebanyak 50% guru siswazah menjalankan tugas di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Oleh yang demikian, mahu tidak mahu pihak IPTA perlu melahirkan bakal guru yang mampu melaksanakan tugas dengan efisien di sekolah negara ini. Berdasarkan kepada fenomena yang dibincangkan ini, jelaslah motif memilih profesion keguruan memainkan peranan utama bagi melahirkan guru profesional yang mampu merealisasi wawasan negara menuju status negara maju pada 2020. Bakal guru yang tidak berminat dan menganggap profesion keguruan sebagai bukan pilihan utama dalam kerjaya masing-masing akan menimbulkan pelbagai masalah dan menjejaskan usaha merealisasikan Wawasan 2020. Dalam pada itu, sikap yang digambarkan oleh bakal guru juga mampu mencerminkan betapa pentingnya mereka mempunyai sikap yang sesuai dengan profesion yang diceburi. Bakal guru yang tidak bersikap seperti yang diharapkan akan menghancurkan harapan negara dan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Fenomena ini perlu dielakkan dalam usaha melahirkan bakal guru profesional bagi memenuhi aspirasi negara. Dalam hal ini, pihak IPTA dilihat perlu memainkan peranan utama bagi mengatasi pelbagai kekurangan semasa melaksanakan program latihan perguruan yang ditawarkan di institusi masing-masing. Beberapa kajian terdahulu hanya mengkaji secara berasingan variabel berkaitan bagi menjelaskan hubungan yang signifikan antara motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan (Young, 1995; Kyriachou, 1999). Tidak banyak kajian yang meramal hubungan secara langsung dan tidak langsung antara variabel dalam kajian secara serentak. Justeru itu, pendekatan model persamaan struktur yang menggunakan perisian AMOS Versi 4.01 digunakan pada fasa akhir penyelidikan bagi mengenal pasti hubungan secara langsung dan tidak langsung yang dapat menjadi peramal profesionalisme keguruan di kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA berdasarkan motif, sikap dan latihan perguruan. Langkah mencapai profesionalisme keguruan perlu dilakukan segera agar negara mampu melahirkan dan menggilap ‘modal insan berminda kelas pertama’ yang mampu bersaing dalam pasaran global. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profesionalisme keguruan berdasarkan motif, sikap dan latihan perguruan di kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan di IPTA.

6

1. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara motif, sikap, latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA. 2. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan secara langsung dan tidak langsung yang signifikan motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA. METODOLOGI Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif bukan eksperimen yang dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel bertujuan mengumpulkan maklumat mengenai variabel kajian daripada sebahagian populasi terpilih. Tumpuan bagi mengenal pasti profesionalisme keguruan adalah berdasarkan skala motif memilih profesion keguruan (SMMPK), skala sikap terhadap profesion keguruan (SSTPK), skala latihan dalam profesion keguruan (SLDPK) dan skala profesionalisme keguruan (SPK) bagi pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA. Populasi Kajian Populasi kajian terdiri daripada pelajar tahun akhir program pendidikan di empat buah IPTA yang menawarkan program pendidikan. Populasi yang terlibat mewakili empat zon iaitu, Zon 1, Sabah dan Sarawak (UMS & UNIMAS); Zon 2, Utara Semenanjung Malaysia (USM & UUM); Zon 3, Tengah Semenanjung Malaysia (UPSI, UKM, UiTM, UPM, UM & UIAM) dan Zon 4, Selatan Semenanjung Malaysia (UTM & KUiTTHO).

Jadual 1: Penentuan Populasi Kajian Bil 1 2 3

4

Zon Populasi ZON 1 (Sabah & Sarawak) ZON 2 (Utara Semenanjung) ZON 3 (Tengah Semenanjung) ZON 4 (Selatan Semenanjung)

Pelajar Tahun Akhir (Program Pendidikan IPTA) UMS (sains sosial, sains & matematik) UUM (sains sosial, teknikal & vokasional) UPM (sains sosial, sains & matematik, teknikal & vokasional) UTM (teknikal & vokasional)

7

Instrumen Kajian Soal selidik yang dibina berdasarkan kepada objektif, soalan kajian dan kerangka teori kajian (Rajah 1). Asas pembinaan item dalam skala motif, sikap dan latihan perguruan serta profesionalisme keguruan adalah berdasarkan kepada tinjauan literatur dan dapatan kajian terdahulu (Kyriachou et al., 1999; Yong, 1994 & 1995; Abd Ghani, 1987; Noran Fauziah, 1988; Mohd Yusof, 2002; BPPDP, 1998; Joseph & Green, 1986; Noran Fauziah, 1988; Kyriachou et al., 1999; Yong, 1994 & 1995; BPG, 1998; BPPDP, 1998; Abdul Rahman et al., 2002; Abdul Rahim, 2005; Flores & Shiroma, 2001). Soal selidik yang dibentuk mengandungi lima bahagian dan keseluruhan item berjumlah 127. Jadual 2: Kandungan Soal Selidik Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA Ba h. A

Skala & Sub-Skala Demografi

Bil. Item 05

Item

Sumber

01 – 05

Kyriachou et al. (1999) Noran Fauziah, (1988) BPPDP, (1998) Joseph & Green, (1986) Noran Fauziah, (1988) Kyriachou et al. (1999) Yong, (1994 & 1995)

B

Skala Motif Memilih Profesion Keguruan (SMMPK) • Sub skala Intrinsik • Sub skala Ekstrinsik • Sub skala Altruistik

35 09 18 08

01 – 35 01 – 09 10 – 27 28 – 35

C

Skala Sikap Terhadap profesion Keguruan (SSTPK) • Sub skala Afektif • Sub skala Kognitif • Sub skala Tindakan

38 14 09 15

01 – 38 01 – 14 15 – 23 24 – 38

D

Skala Latihan dalam Profesion Keguruan (SLDPK) • Sub skala Keterampilan Asas Profesion • Sub skala Keterampilan Generik • Sub skala Keterampilan Pengurusan Pendidikan

39 06 19 14

01 – 39 01 – 06 07 – 25 26 – 39

BPG, (1998) BPPDP, (1998) Abdul Rahman et al., (2002)

E

Skala Keguruan (SPK)

10

01 – 10

Abdul Rahim, (2005) Flores & Shiroma,

Profesionalisme

8

(2001)

Jumlah Item Keseluruhan

127

-

-

Dapatan Kajian Hubungan Motif, Sikap, Latihan Perguruan dengan Profesionalisme Keguruan Responden Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA Berdasarkan kepada jadual 3, skor variabel motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara variabel dalam kalangan responden tahun akhir pada aras p < .05. Nilai pekali korelasi antara variabel kajian antara .429 hingga .946. Keputusan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara motif dengan sikap (r = .634, p < .01), antara motif dengan latihan perguruan (r = .429, p < .01), antara motif dengan profesionalisme keguruan (r = .495, p < .01), antara sikap dengan latihan perguruan (r = .555, p < .01), antara sikap dengan profesionalisme keguruan (r = .646, p < .01) dan antara latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan (r = .946, p < .01). Keputusan ujian ini menunjukkan terdapatnya korelasi positif yang signifikan daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi antara skor variabel motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan. Jadual 3: Hubungan Motif, Sikap, Latihan Perguruan dengan Profesionalisme Keguruan Responden Tahun Akhir (n = 650) Variabel

Motif

Sikap

Motif Sikap Latihan Profesionalism e ** p < .01

1 .634** .429** .495**

1 .550** .646**

Latihan Profesionalis me

1 .946**

1

9

Hubungan Analisis Laluan Motif, Sikap, Latihan Perguruan dengan Profesionalisme Keguruan Responden Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA Keputusan ujian dalam jadual 4 dan rajah 1 bagi responden tahun akhir menunjukkan bahawa kesemua laluan didapati signifikan pada aras p < .05. Laluan antara sikap dengan latihan perguruan menunjukkan sumbangan (β = .800, p = .05), diikuti antara motif dengan latihan perguruan (β = .203, p = .05), antara latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan (β = .753, p = .05), antara motif dengan profesionalisme keguruan (β = .047, p = .05) dan antara sikap dengan profesionalisme keguruan (β = .233, p = .05). Jadual 4: Anggaran Wajaran Piawaian Regresi Laluan Terhadap Model Hubungan Responden Tahun Akhir (n = 650) Bil. 1

Wajaran Piawaian Regresi

3

Latihan Perguruan Latihan Perguruan Profesionalisme

4

Profesionalisme

Latihan Perguruan Motif

5

Profesionalisme

Sikap

2

Anggaran

Sikap

.800*

Motif

.203* .753* .047* .233*

*p < .05

Berdasarkan keputusan ujian dalam rajah 1 menunjukkan bahawa variabel motif (5%), sikap (23%) dan latihan perguruan (75%) menyumbang hubungan secara langsung terhadap profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA. Keputusan ujian ini menjelaskan sumbangan hubungan secara langsung paling tinggi ditunjuk oleh variabel latihan perguruan berbanding dengan sikap dan motif terhadap profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir. Anggaran sumbangan hubungan secara langsung variabel motif dan sikap adalah sebanyak 24% varians terhadap latihan perguruan, manakala anggaran sumbangan hubungan secara langsung dan tidak langsung variabel motif, sikap dan latihan perguruan adalah sebanyak 2% varians terhadap profesionalisme keguruan. Kesimpulannya, keputusan ujian analisis laluan menunjukkan bahawa variabel motif, sikap dan latihan perguruan masing-masing memberi sumbangan hubungan secara langsung dengan profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA.

10

Rajah 1: Model Hubungan Analisis Laluan Responden Tahun Akhir Program Pendidikan IPTA (n = 650) e1 1

.14

motif .20

.05 e3

1

1

.12

1

.24

Latihan Perguruan e2

e4

.75

.02

profesionalisme

.80 .23

sikap

Rumusan dan Perbincangan Umumnya, kajian ini menunjukkan motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan mempunyai hubungan dalam kalangan responden secara keseluruhan tanpa mengambil kira perbezaan demografi jantina, tempat asal, kaum, tempoh ingin menjadi guru dan bidang pengkhususan yang diikuti di IPTA. Dalam hal ini, dapatan kajian menunjukkan konsisten dengan dapatan kajian terdahulu yang berkaitan (Abdul Ghani, 1987; Noran Fauziah, 1988; Jaafar, 1995; Mohd Yusof, 2002; BPPDP, 1998; Yong, 1994 & 1995; Abdul Rahman et al., 2002; BPG, 1998; Chamberlain et al., 2002; Flores & Shiroma,2003). Berdasarkan keputusan ujian, kajian merumuskan wujud hubungan positif yang signifikan antara motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan. Gambaran ini menjelaskan responden mempunyai pelbagai tanggapan seperti rendah ke sederhana, sederhana ke tinggi dan tinggi ke sangat tinggi. Oleh sebab itu, penemuan kajian ini membawa makna responden mempunyai tanggapan hubungan yang positif terhadap motif, sikap, latihan perguruan dan profesionalisme keguruan. Berdasarkan keputusan ujian analisis laluan, peramal latihan perguruan menyumbang hubungan secara langsung paling tinggi terhadap profesionalisme keguruan diikuti peramal sikap dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA. Peramal sikap merupakan penyumbang hubungan secara langsung kedua tertinggi terhadap profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA. Manakala, peramal motif merupakan peramal paling rendah menyumbang hubungan secara langsung

11

terhadap latihan perguruan dan profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA. Dapatan kajian yang konsisten ini menggambarkan bahawa responden tahun akhir program pendidikan di IPTA mempunyai tanggapan yang paling tinggi dalam aspek latihan perguruan terhadap profesionalisme keguruan. Corak yang sama diikuti tanggapan sikap dan diakhiri motif terhadap profesionalisme keguruan. Rentetan kes ini menunjukkan bahawa motif mempunyai peranan paling kecil terhadap profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan di IPTA. Oleh yang demikian, hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat hubungan secara langsung yang signifikan peramal motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme keguruan dalam kalangan responden tahun akhir program pendidikan IPTA tidak dapat diterima. Berdasarkan fenomena di atas, dapat dirumuskan bahawa pelajar tahun akhir program pendidikan di IPTA mempunyai tanggapan bahawa struktur latihan perguruan yang dilaksanakan di IPTA mampu memberi impak terhadap profesionalisme keguruan setelah mereka menamatkan pengajian di IPTA berkenaan. Kurikulum latihan perguruan harus mampu dan menyediakan peluang kepada pelajar tahun akhir untuk mencapai tahap profesionalisme tersebut dan itulah tanggapan sebenar dalam kalangan pelajar tahun akhir program pendidikan di IPTA yang terlibat dalam kajian ini. Harapan yang tinggi diberikan oleh pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA agar mereka akan mampu memperoleh keupayaan yang tinggi bagi mencapai profesionalisme keguruan. Hal yang sama wujud bagi faktor sikap. Pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA juga sekata memberi tanggapan bahawa faktor sikap mempunyai hubungan kedua tertinggi dengan profesionalisme keguruan. Sikap yang dimiliki dalam kalangan pelajar tahun akhir IPTA jelas menunjukkan mereka mampu melahirkan tingkah laku yang memberi impak terhadap profesionalisme keguruan. Fenomena ini menunjukkan pihak IPTA tidak perlu begitu bimbang atau mempunyai tugas yang begitu berat bagi membentuk sikap pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA bagi mencapai profesionalisme keguruan. Ini adalah kerana mereka sendiri sudah mempunyai sikap sedia ada yang boleh membantu mereka untuk mencapai profesionalisme keguruan setelah tamat pengajian yang diikuti. Namun begitu, fenomena yang agak berbeza wujud kepada faktor motif. Gambaran motif melalui tanggapan pelajar tahun akhir program pendidikan IPTA begitu membimbangkan dan amat rendah sekali. Petunjuk ini menjelaskan pelajar tahun akhir program pendidikan tidak mempunyai motif untuk menceburi program pendidikan IPTA atau dengan kata tidak mempunyai untuk menjadi seorang guru. Hal ini membimbangkan semua pihak. Langkah Kementerian Pengajian Tinggi menentukan standard guru Malaysia dengan mewajibkan calon-calon guru menjalani sesi penapisan (MEdSI) amat tepat dan kena pada masanya.

12

KESIMPULAN Umumnya, kajian mendapati ketiga-tiga variabel bebas yang dikaji masingmasing menunjukkan hubungan dengan profesionalisme keguruan di kalangan responden tahun pertama dan tahun akhir program pendidikan di IPTA. Dalam masa yang sama, penemuan kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan secara langsung dan tidak langsung variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar iaitu profesionalisme keguruan. Pendek kata, langkah mewujudkan profesionalisme keguruan di kalangan bakal guru dalam negara perlulah mengambil kira gagasan motif, sikap dan latihan perguruan di samping ciri demografi yang berkaitan. Berdasarkan petunjuk skor varians dalam ujian analisis laluan yang dilakukan, variabel motif perlu diberi perhatian serius dalam program penambahbaikan latihan perguruan dengan segera berbanding dengan variabel-variabel lain. RUJUKAN Abdul Rahim Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ajzen, I., & Driver, B.L., 1991, Prediction of Leisure Participation from Behavioral, Normative and Control Belief: An Application of the Theory of Planned Behavior, Journal of Leisure Sciences, 13: 185-204. Ajzen, I., & Fishbein, M., 1980, Understanding Attitudes and Predicting Social Behaviour, Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Ajzen, I., & Fishbein, M., 2000, Attitudes and the Attitudes-Behavior Realation: Reasoned and Automatic Processes, Chichester, England: Wiley. Awang Had Salleh, 1998, Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan, Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG, Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Bahagian Pendidikan Guru, 1998, Kajian Keperluan Latihan Keguruan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Swasta, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru, 2003, Memperkasa Pendidikan Guru Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Becker, E.A. & Gibson, C.C. 1998. Fishbein’s and Ajzen Theory of Reasoned Action: Accurate Prediction of Behavioral Intentions for Enrolling in Distance Education Courses. Journal of Adult Education. 49: 43-56.

13

Boyce, A. & Luke, K. 1992. Developing Pedagogical Skills of Preservice Teachers Through Goal Setting and Computer Generated Feedback. Journal of Physical Educator. 49(4): 213 Chadwick, B.A., Bahr, H.M. & Albrecht, S.L. 1984. Social Science Research Methods. New York: Harper & Row. Creswell, J.W. 2003. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2 nd edition). California: Sage. Daisy, Ee. 1974. A Study of Factors Influencing Teacher Trainee’s Choice of Teaching Profession in West Malaysia. Universiti Malaya. Darling-Hammond, L. 1992. Teaching and Knowledge: Policy Issues Posed by Alternative Certification for Teachers. Peabody Journal of Education. 67(3): 123-154. Eldar, E., Nabel, N., Schechter, C., Talmor, R. & Mazin, K. 2003. Anatomy of Success and Failure: The Story of Three Novice Teachers. Educational Research. 45(1): 29-48. Lynn, S.K. 2002. The Winding Path: Understanding the Career Cycle of Teachers. Journal of Education. 75(4): 179-183. Maruyama, G.M. 1998. Basic of Structural Equation Modeling. Thousand Oaks: Sage Publication. Paulsen, M.B. 2002. Evaluating Teaching Performance. Journal of New Direction for Instittutional Research. 114. Soder, R. 1990. The Rhetoric of Teacher Professionalization. Dalam Goodlad, J.I. et.al (eds.) The Moral Dimensions of Teaching. San Francisco: JosseyBass Publishers. Soh, K.C. 1989. Motives for Teaching of Female Certificate in Education Students. Journal of Teacher Education. 21:100-127. Strike, K.A. 1990. The Legal and Moral Responsibility of Teachers. Dalam Goodlad, J.I. et.al (eds). The Moral Dimensions of Teaching. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Toneatto, T., & Binik, Y. 1987. The Role of Intentions, Social Norms and Attitudes in the Performance of Dental Flossing: A Test of the Theory of Reasonde Action. Journal of Applied Social Psychology. 17: 593-603.

14

Toppin, R. & Levine, L. 1992. Stronger in their Presence: Being and Becoming a Teacher of Color. Paper Presented at American Educational Reserach Association Meeting in San Francisco, USA. Trafimow, D. et al. (2002). Evidence that Perceived Behavioural Control is a Multidimensional Construct. Perceived Control and Perceived Difficulty. British Journal of Social Psychology. 41: 101-121. Tudhope, W.P. 1944. Motives for the Choice of the Teaching Profession by Training College Students. The British Journal of Educational Psychology. 14: 129-144. Vaisanen, P. 1999. The Attractors of a Teachers’ Work : The Correlation Factors in the Decision to Become a Teacher. 24th ATEE Annual Conference. Vaughn, E.D., Wang, M.C. & Dytman, J.A. 1987. Implementing an Innovative Program: Staff Development and Teacher Classroom Performance. Journal of Education. 38: 6-16. Vernon, M.D. 1937. The Drives Which Determine the Choice of a Career. Journal of Educational Research. 74: 302-316. Veugelers, W. & Vedder, P. 2003. Values in Teaching. Journal of Teachers and Teaching: Theory and Practice. 9(4): 76-89. White, W.F. & Burke, C.M. 2001. Critical Thinking and Teaching Attitudes of Preservice Teachers. Journal of Education. 112(3): 443-450. Wilhelm, K., Dewhurst-Savellis, J. & Parker, G. 2000. Teacher Stress? An Analysis of Why Teachers Leave and Why They Stay. Journal of Teachers and Teaching. 6(3): 291-304. Wolk, S. 2002. Being Good: Rethinking Classroom Management and Student Discipline. Portsmouth: Heineman. Wright, N. & Bottery, M. 1997. Perceptions of Professionalism by the Mentors of Students Teachers. Journal of Education for Teaching. 23(3): 235-252. Wubbles, T., Levy, J. & Brekelmans, M. 1997. Paying Attention to Relationships. Journal of Educational Leadership, 54(7): 82-86. Yong, B.C.S. 1995. Teacher Trainees’ Motives for Entering into A Teaching Career in Brunei Darussalam. Teacher and Teacher Education. 11(3): 275280.

15

Young, B.J. 1995. Career Plans and Work Perceptions of Preservice Teachers. Journal of Teaching and Teacher Education. 2: 281-292. Zeichner, K.M. 2003. The Adequacies and Inadequacies of Three Current Strategies to Recruit, Prepare and Retain the Best Teachers for All Students. Teacher and Teacher Education. 105(3): 490-519.

16