Idea

Syair Imam al-Shafi„i amat mudah difahami dan menggunakan laras bahasa yang ... Semua keperitan hidup yang dilaluinya dan pengalaman ilmiah...

0 downloads 120 Views 554KB Size
Idea- Idea Pendidikan Dalam Syair Imam Al-Shafi‘i HARYATI ADNI TENGKU GHANI TENGKU JUSOH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Abstrak Ketokohan Imam al-Shafi„i dalam bidang sastera Arab sememangnya cukup dikenali. Diwan al-Shafi„i atau Antologi Imam al-Shafi„i membuktikan bahawa beliau adalah antara ulama yang banyak mengungkapkan syair-syair bertemakan ilmu dan pendidikan. Syair-syair al-Shafi„i yang bertemakan ilmu, padat dengan idea-idea pendidikan yang realistik dan berpaksikan kepada al-Quran dan Hadith. Syair Imam al-Shafi„i amat mudah difahami dan menggunakan laras bahasa yang indah di samping mesej yang padat dan semasa. Untuk ini, pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa syair adalah antara medium komunikasi yang digunakan oleh Imam al-Shafi„i untuk melontarkan ideologi pendidikannya di samping katakata hikmah dan penulisan buku. Gagasan dan idea beliau boleh dijadikan rujukan serta panduan dalam meningkatkan pemahaman tentang konsep ilmu. Kata kunci: Idea-idea pendidikan, syair, Imam al- Shafi„i, Diwan al- Shafi‘i

PENDAHULUAN Al-Imam al-Shafi„i adalah antara tokoh agung yang dilahirkan hasil wujudnya tamadun keilmuan Islam di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. Beliau menjadi ikutan umat kerana memiliki ketokohan, kemantapan ilmu dan keperibadian yang dikagumi oleh masyarakat di zamannya. Semua keperitan hidup yang dilaluinya dan pengalaman ilmiah yang digarapinya semasa remaja melahirkan satu jalinan nasihat yang menarik dan unik yang disampaikan menerusi ucapan dan penulisan khususnya dalam bentuk syair (Mat Saad 2011).

50

KETOKOHAN IMAM AL-SHAFIcI DALAM KESUSASTERAAN ARAB Ketokohan Imam al-Shafici r.h.m dalam bidang bahasa, sastera, ilmu nahu dan syair Arab amat terserlah sepertimana keunggulan beliau di bidang Fiqh, Hadith dan Usul Fiqh. Kepakaran beliau telah diperakui oleh ulamakulamak terdahulu dari kalangan pakar bahasa dan sastera (Ahmad Nahrawi 1988). Walaupun dunia sastera dan bahasa Arab tidak berpeluang memilikinya sebagai seorang sasterawan termasyhur kerana beliau lebih dikenali dalam bidang syariah atau perundangan sebagai seorang mujtahid besar, tetapi kebijaksanaannya mengolah, penguasaannya terhadap bahasa kaumnya, hafalannya yang meliputi sastera dan syairnya serta kehandalannya berkaitan dengan kitab suci al-Quran menjadikannya sebagai seorang yang tiada bandingan (Mat Saad 2011). Imam Fakhr al- Razi (1993) telah mengatakan bahawa: Apa yang telah membuktikan kekuatan dan kemantapan ilmu bahasa Imam al-Shafici ialah bilamana Imam Abu al-Mansur al-Azhari salah seorang ulama besar dalam bahasa Arab telah mengiktiraf kesempurnaan dan kesyumulan Imam al-Shafici dalam ilmu bahasa Arab dan beliau telah mengarang sebuah buku yang menghuraikan permasalahan perkataan yang asing dalam bahasa yang digunakan oleh al-Shafici khususnya dalam bab Fiqh, iaitu “al-Zahir fi gharib alfaz al-Shafici”. Dalam buku ini beliau telah memulakannya dengan pujian terhadap ketinggian bahasa yang tiada tandingannya. Imam al-Shafici telah diakui sebagai seorang ahli bahasa yang ulung. Oleh kerana itu, tidak hairan beliau turut dikenali sebagai seorang ahli sastera dan penyair yang handal pada zamannya. Sesiapa yang membaca bait-bait syair Imam al-Shafici akan dapat merasakan kehalusan bahasa, keindahan nada dan ketinggian makna. Minatnya terhadap syair begitu mendalam, sehingga beliau pernah mengatakan bahawa ‫نكُت انيىو أشعس يٍ نبيد‬

‫فهىال انشعس بانعهًاء يززي‬

Sekiranya syair itu tidak menimbulkan derhaka menurut ulama, nescaya pada hari ini saya lebih pandai dalam bidang syair daripada Labid (alDhahabiy 1990). al-Sayyid Rizki al-Tawil di dalam kertas kerjanya yang bertajuk, Bahasa al-Imam al-Shafici dan kesannya dalam permasalahan fiqh dan usul yang telah dibukukan di dalam buku Imam al-Shafici: Seorang Faqih dan Mujtahid mengatakan bahawa:

51

„„Sekiranya Imam al-Shafici tidak menjadi seorang mujtahid maka beliau akan menjadi seorang penyair unggul di kalangan sasterawan-sasterawan Arab pada zamannya. Ini adalah kerana Imam al-Shafici telah memulakan kehidupannya selepas menghafal al-Quran dengan menghafal syair-syair Arab dan meriwayatkannya. Beliau telah keluar ke pedalaman Arab sematamata untuk mempelajari bahasa Arab dan bertutur dengan mereka. Beliau telah mendengar terus dari mereka dan menghafalnya serta bertutur dengan menggunakan gaya bahasa mereka sehingga beliau menjadi fasih” (Dlm. Muhammad Tawfiq Abu cAli & Ruhi Tocimuhu 2001). Syair-syair Imam al-Shafici menunjukkan bahawa beliau tidak terpengaruh oleh penyair-penyair yang lain. Beliau telah banyak mengambil pengajaran dari kejadian sehari-hari dan telah menjadikannya butiran mutiara akhlak menuju kesempurnaan (al-Zacbiy 1971). Dari antologi puisinya, terbukti al-Shafici mempunyai kekuatan lafaz yang diakui, laras kesusasteraan yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan bahasa yang sukar difahami. Ketepatan pemilihan perkataan dalam syairnya amat ketara, erti yang mudah difahami dan gaya bahasa yang mudah. Ruh seorang penyair amat jelas sepanjang menelusuri baitbait syairnya. Beliau tidak menyusun syair-syairnya melainkan untuk tujuan ilmu, nasihat dan tunjuk ajar (Muhammad Rabic 2005). Syair Imam al-Shafici tersusun secara maqtacat iaitu terdiri daripada 3 hingga 6 rangkap, di mana qasidahnya tidak terlalu panjang dan ia memudahkan pengkaji-pengkaji untuk mengadaptasi dan menghuraikannya. Disebabkan perawi yang ramai dalam menukilkan syair Imam al-Shafici, maka lafaz perkataan yang disampaikan kadang-kadang berbeza antara satu kitab dengan yang lain, atau ada kalanya pula berbeza dalam bentuk susunan rangkap-rangkap puisi (rangkap puisi yang mengandungi dua keratan yang disusun mengikut kaedah carud). Sebahagian besar idea-idea Imam al-Shafici yang dapat diperolehi dari hasil nukilan beliau dari bukunya seperti al-Um dan al-Risalah, katakata hikmah dan syair adalah berkisar tentang kelebihan ilmu dan pendidikan . Himpunan syairnya yang terhimpun di dalam Diwan al-Shafici atau Antologi Syair, adalah antara peninggalan beliau yang amat bernilai kerana beliau telah menggariskan beberapa elemen penting mengenai ilmu dan pendidikan secara tersirat dan tersurat.

52

KONSEP ILMU MENURUT IMAM AL-SHAFIcI Antologi syair Imam al-Shafici telah memuatkan beberapa pandangan umum beliau tentang ilmu dan kepentingannya yang berpaksikan kepada prinsip beliau yang masyhur, “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu” (al-Nawawi 2006). Kata beliau lagi, “Menuntut ilmu itu lebih baik dari menunaikan solat sunat” (al-Asfahani 1988). Antara pandangan umum beliau tentang ilmu dan pendidikan yang dapat diadaptasi daripada syair-syair beliau adalah seperti berikut: Ilmu Penghapus Kejahilan Imam al-Shafici telah meletakkan kewajipan menuntut ilmu mendahului solat sunat (al-Asfahani 1988). Baginya seorang alim akan ditanya apa-apa yang dia ketahui dan apa-apa yang tidak diketahuinya dan akan mempelajari apa-apa yang tidak diketahuinya. Manakala orang yang jahil akan bersikap sombong untuk mengajarkan sesuatu dan sombong untuk belajar sesuatu (al-Dhahabiy 1990). Kejahilan yang dimaksudkan oleh Imam al-Shafici dalam syairnya ialah lebih kepada jahil dari sudut pengetahuan tentang ilmu agama terutama tentang ilmu Syariah berkaitan dengan halal dan haram. Beliau menyifatkan ilmu ibarat penyinar bagi hati yang buta dan penyelamat bagi permasalahan agama manakala kejahilan adalah sesuatu yang mengaibkan (Muhammad Hisni 2010). Pada hakikatnya, jelas bagi Imam al-Shafici, bahawa sifat jahil itu merupakan kematian bagi pemiliknya yang dikatakan mati dahulu sebelum mati. Inilah yang ditegaskan dalam syairnya: ‫فإٌ زسىب انعهى يٍ َفساته‬ ‫اصبس عهى يس انجفا يٍ يعهى‬ ‫تجسع ذل انجهم طىل حياته‬

‫ويٍ نى يرق ذل انتعهى ساعت‬

‫أزبعا نىفاته‬

‫فكبس عهيه‬

‫ويٍ فاته انتعهيى وقت شبابه‬

‫إذا نى يكىَا ال اعتباز نراته‬

‫بانعهى وانتقى‬-‫حياة انفتى –هللا‬

Terimalah teguran gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran, kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan cara mengabdikan dirimu sepenuhnya kepadanya.

53

Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit-getirnya menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Sesiapa tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali untuknya sebagai tanda kematiannya. Pemuda sejati di hadapan Allah SWT adalah pemuda yang berbekal ilmu dan takwa. Jika dua bekalan itu tidak dimiliki, maka ia bukanlah pemuda sejati. Ilmu dan Takwa Asas Kebahagiaan Hidup Tindakan berasaskan ilmu pengetahuan akan mewujudkan keadilan dalam semua aspek kehidupan. Dalam pandangan hidup Islam, keadilan adalah sesuatu yang paling hampir dengan takwa; satu ciri kerohanian tertinggi dalam sistem nilainya. Takwa pula bergantung kepada faktor ilmu (Wan Mohd Nor 2007). Kebenaran sesuatu ilmu itu ialah apabila merujuk kepada Allah sebagai sumber asas segala ilmu (Rashidi 2008). Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah merumuskan tentang ilmu seperti berikut: “Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.” Takrif ini membayangkan peranan Allah SWT sebagai sumber sebenar ilmu, serta diri manusia sebagai makhluk aktif dalam usaha mendapatkan ilmu (Wan Mohd Nor 2007).Seorang Muslim dinilai dari ilmu dan amalan sebagai manifestasi ketakwaannya, bukan dari segi keturunan dan asal-usulnya (Rashidi 2008). Menerusi syairnya, Imam al-Shafici telah membenarkan apa yang telah dikatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya: Maksudnya: Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuan tentang apa yang kamu lakukan.

a. Ilmu Pembentuk Keperibadian Unggul Imam al-Shafici amat menitikberatkan pembentukan peribadi insan yang unggul. Baginya pendidikan atau ilmu dapat membentuk keperibadian seseorang dan dapat diakui sebagai kekuatan yang dapat menentukan

54

prestasi dan produktiviti seseorang (Mohammad Ahsanuddin & Hanik 2008). Ilmu yang dimaksudkan oleh beliau dalam himpunan syairnya, ialah ilmu yang didasari di atas landasan iman dan akhlak. Baginya ilmu merupakan timbangan bagi membezakan antara perkara yang baik dan buruk menurut Syarak (Hikmat Soleh 1984). Baginya lagi, martabat seseorang berilmu itu terletak pada sifat wara` dan berlemah lembut (Mat Saad 2011). Bukan pada banyaknya ilmu tetapi tidak diamalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bagi Imam al-Shafici, kebijaksanaan dapat dipupuk apabila seseorang itu menyibukkan dirinya dengan menuntut ilmu yang berguna. Keperibadian unggul seperti Luqman al-Hakim akan dapat dilahirkan dengan kesungguhan dalam pencarian ilmu. Menurut pandangan beliau, ilmu yang sahih dan benar akan melahirkan insan yang adil dan berakhlak mulia. ‫وسٌرته عدال وأخالقه حسنا‬

‫إذا لم ٌزد علم الفتى قلبه هدى‬

‫ٌساء بها مثل الذي عبد الوثنا‬

‫نقمة‬

‫أواله‬

‫فبشره أن هللا‬

Seandainya ilmu seorang pemuda tidak membuatkan hatinya diberi petunjuk, dan menjadikan perjalanan hidupnya adil dan baik akhlaknya, Maka khabarkanlah berita gembira buatnya sesungguhnya siksaan Allah paling layak buatnya dan akan dikeji, sepertimana keadaan di penyembah berhala. Imam al-Shafici melihat bahawa insan kamil yang baik akhlaknya adalah tujuan utama pendidikan selain melahirkan insan kamil yang bertakwa kepada Allah S.W.T. Ini turut diperakui oleh Imam al-Ghazali bahawa pendidikan bukanlah sekadar memenuhi otak dengan segala ilmu yang belum diketahui, tetapi bermaksud mendidik akhlak dan jiwa, menanam kesedaran, membiasakan pelajar dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci serta ikhlas dan jujur (Abd Salam 2010).

b. Ilmu Penjana Kegemilangan Tamadun Ummah Kepentingan budaya ilmu kepada tamadun di dunia ini tidak pernah dipertikai. Sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan tamadun

55

sesuatu bangsa sejagat adalah bergantung erat dengan kemajuan ilmu pengetahuan yang wujud pada bangsa itu sendiri (Rashidi 2008). Sejarah juga telah membuktikan bahawa kekuatan amadun sesuatu bangsa bukan terletak pada bilangan. Zaman kegemilangan Islam amat mementingkan ilmu. Hidup hanyalah untuk Allah dan ilmu dikaji secara sepadu antara ilmu wahyu, ilmu kejadian manusia dan ilmu alam (Tajul Arifin 1990). Imam al-Shafici pernah menyebutkan bahawa:„Barangsiapa yang hendak mendapatkan kebaikan dan kecemerlangan di dunia hendaklah dengan ilmu” (al-Nawawi 2006). Beliau melihat pendidikan, memikul satu tanggungjawab yang besar untuk memindahkan warisan ilmu, ideologi serta tamadun kepada generasi seterusnya. Baginya sesuatu bangsa atau ummah itu hanya akan dihormati dan dikagumi dengan kemuliaan ilmu yang mereka miliki dan satu-satu bangsa akan runtuh bilamana kejahilan menakluki akal dan sanubari ( Hikmat Soleh 1984). Ini bermakna peribadi dan masyarakat tidak berbudaya ilmu akan mewarisi budaya kejahilan atau bebal. Kedua-dua perkataan ini telah lama digunakan dalam masyarakat Islam sebagai lawan kepada perkataan ilmu (Wan Mohd Nor 2007). Pemikiran “bebalisme” menurut Prof Syed Hussein Naquib al-cAttas (1977), boleh disimpulkan dalam beberapa ciri yang berikut: 1- Tidak mampu mengenali masalah 2- Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikannya. 3- Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran belajar. 4- Tidak mengaku kebebalannya. 5- Tidak boleh menghubung-kaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dan dengan faktor yang lain. 6- Hanya memberikan tindak balas kepada suasana sementara tetapi tidak memikirkan akibat perkiraan jangka panjang 7- Berfikir hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urusan sebab- akibat. 8- Terpenjara dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentang asas pemikirannya. 9- Tidak berfikir dengan mendalam 10- Tidak konsisten

56

11- Tidak mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah 12- Tidak berupaya berbicara dengan abstarksi yang tinggi tanpa menentang hakikat. Imam al-Ghazali ketika membicarakan tentang pentingnya ilmu dalam membina ketamadunan sesuatu ummah beliau pernah berkata: “.. dengan ilmu diangkat Allah beberapa kaum, lalu dijadikanNya mereka pemimpin, penghulu dan petunjuk jalan kebaikan. Jejak mereka diikuti, perbuatan mereka diperhati..” (Rashidi 2008). Inilah yang ditegaskan oleh Imam alShafici dalam syairnya. ‫ولٌس أخو علم كمن هو جاهل‬

‫ٌولد عالما‬

‫تعلم فلٌس المرء‬

‫صغٌر إذا التفت علٌه الجحافل‬

‫وإن كبٌر القوم ال علم عنده‬

‫المحافل‬

‫وإن صغٌر القوم إن كان عالما‬

‫إلٌه‬

‫كبٌر إذا ردت‬

Belajarlah! Tidak ada bayi yang lahir terus berilmu, dan tidak sama antara orang yang berilmu dengan jahil. Sebesar mana sekalipun sebuah negara itu, ia tidak akan bernilai jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan dengan negara kecil yang rata-rata penduduknya berilmu. Walaupun negara itu kecil, akan menjadi lebih kuat jika penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan negara yang penduduknya tidak berilmu.

c. Ilmu Fardhu Ain Wajib Dipelajari Segala yang wujud berasal dari Allah dan hal ini tidak terkecuali ilmu. Tuhan mendidik makhlukNya melalui fitrah atau naluri serta melalui wahyu. Justeru gagasan bahawa Dialah yang mengajar insan sering disebut dalam al-Quran antaranya, surah al-Baqarah 2:31, surah al-Rahman 55:2, surah al- „Alaq 96: 4-5, surah al-Baqarah 2: 239, surah al-Maidah 5: 1-4 dan lain-lain (Wan Mohd Nor 2007). Wahyu yang diterima oleh para nabi daripada sumber Ilahi ialah ilmu yang pasti. Al-Quran juga menegaskan bahawa sumber ilmu lain jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan menyempurnakan kebenaran ilmu wahyu kerana ilmu ini berasal dari sumber yang sama iaitu Allah SWT (Abdul Salam 2010).

57

Imam al-Shafici amat menitikberatkan pembelajaran al-Quran, Hadith dan Fiqh di samping ilmu-ilmu lain yang bersandarkan kepada dalil dan hujah yang kuat. Justeru beliau berpendapat ilmu Fardhu Ain wajib dipelajari, di samping ilmu Fardhu Kifayah yang bersumber dan berpaksikan kepada al-Quran dan Hadith. Ilmu-ilmu yang melekakan dan melalaikan adalah hasutan syaitan dan perlu dijauhi.

‫فً الدٌن‬

‫إال الحدٌث وعلم الفقه‬

‫الشٌاطٌن‬

‫وما سوى وسواس‬

‫القرآن مشغلة سوى القرآن مشغلة‬

‫كل العلوم سوى‬

‫العلم ما كان فٌه قال حدثنا‬

Semua ilmu kecuali Al-Quran, Hadith dan Ilmu Fiqh menyibukkan orang dan melekakan. Ilmu yang tiada diriwayatkan (iaitu benar dari Rasulullah SAW) adalah ilmu yang sesat dan datangnya dari syaitan. Pandangan beliau dalam syair ini diperincikan lagi dalam kata-katanya yang masyhur: Ketahuilah, sesiapa yang mempelajari al-Quran besar nilainya, sesiapa yang menulis Hadith kuat hujahnya sesiapa yang mendalami Fiqh mulia kedudukannya, sesiapa yang mendalami bahasa halus cita rasanya, sesiapa yang mendalami hisab cerdas mindanya, sesiapa yang tidak memelihara dirinya, tidak berguna ilmunya dan pemilik kepada semuanya ini ialah sifat taqwa (Ibn alSubki 1965). Kata beliau lagi: “Ilmu itu ada dua jenis iaitu ilmu Fiqh bagi membaiki agama-agama dan ilmu perubatan bagi membaiki anggota tubuh badan dan yang lainnya itu perhiasan majlis jua” (al-Zarnuji 2008).

KESIMPULAN Gagasan pendidikan Imam al-Shafici amat terserlah dalam himpunan syairsyairnya. Beliau telah menjadikan syair sebagai medium penting setelah buku-bukunya yang terkenal seperti al-Um dan al-Risalah dan himpunan kata-kata hikmahnya, untuk menyebarkan idea-idea dan gagasan

58

pendidikan beliau yang kebanyakannya disandarkan kepada al-Quran dan hadith Nabi SAW. Konsep ilmu yang diadaptasi dari syair Imam al-Shafici ini merupakan sebahagian kecil dari hasil kajian pengkaji dalam kajian ilmiahnya untuk mendapatkan ijazah sarjana.

RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Abdul Salam Yussof. 2010. Idea-Idea Pendidikan Berkesan al-Ghazali & Konfusius. Bangi: Penerbit UKM. Ahmad Nahrawi cAbd al-Salam. 1988. al-Imam al-Shafici fi Mazhabaihi al-Qadim wa al-Jadid. Kaherah: Maktabah al-Syabab. al-Asfahani, Abi Na`im Ahmad bin cAbdullah. 1988. Hilyatu al-Auliya` wa Tobaqat al- Ashfiya`. Beirut: Dar al- Kutub al-`Ilmiyyah. al-Dhahabiy, al-Imam Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman. 1990. Sir a’lam al-Nubala. Jil.10. Shucib al-arnawut. (pnyt). Beirut: Muassasah al-Risalah. Hikmat Soleh. 1984. Dirasat al-fanniyyah fi shicr al-Shafici. Beirut: cAlam alKutub. Ibn al-Subki, Taj al-Din Abu Nasr cAbd al- Wahhab bin cAli bin cAbd. Al-Kafi alSubki, 1965. Tabaqat al-Shaficiyyah al-Kubra. Jil. 2. Kaherah: Matbacah c Isa al-Babi al-Halabi wa Shurakauhu. Mat Saad Abdul Rahman. 2011. Unggulnya Seorang Alim Quraish Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Mutallibi al-Shafici. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mohammad Ahsanuddin & Hanik Mahliatussikah. 2008, Representasi Nilai Pendidikan Moral dalam Syi`ri (Puisi) Imam al-Shafici. Jurnal Penelitian Kependidikan 8 1(4) . Muhammad Hisni Mustafa Nacisah. 2010. Shcir al-Fuqaha’: Nashatuhu wa Tatawwaruhu Hatta nihayat al- casr al-cAbbasiy al-Awwal. Damshiq: alDar al-cAmirah. Muhammad Rabic . 2005. Diwan al-Shafici. cAmman: Dar al-Isra`.

59

Muhammad Tawfiq Abu cAli. 2001. al-Imam al-Shafici Faqihan wa Mujtahidan. Beirut: Dar al-Taqrib baina al-mazahib al-Islamiyyah. al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya bin Sharaf al-Damashqi. 2006. Tahdhib al-Asma’ wa al- lughat. cAbduh „Ali Kushk.(pnyt). Damsyiq: Dar al-Faiha. Rashidi Abbas. 2008. Kemahiran Insaniah Meneroka Metodologi Rasulullah SAW. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang. al-Razi, Fakhr al-Din. 1993. Manaqib al-Imam al-Shafici. Beirut: Dar al-Jail. Tajul Ariffin Noordin. 1990. Pendidikan : Satu Pemikiran Semula. KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional. al-Zacbiy, Muhammad cAfif. 1971. Diwan al-Shafici. Beirut : al-Maktabah alThaqafiah. al-Zarnuji. 2008. Cahaya Pencinta Ilmu. Terj. Faqir Muhammad Shafici bin Abdullah. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa.