Impak Globalisasi Terhadap Penawaran Buruh di Malaysia

wanita adalah pencapaian pendidikan yang mereka peroleh. Terdapat beberapa sebab hubungan antara pendidikan dan penyertaan tenaga buruh adalah positif...

0 downloads 23 Views 226KB Size
PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 65 – 73 ISSN: 2231-962X

Impak Globalisasi Terhadap Penawaran Buruh di Malaysia Impact of Globalization on Labor Supply in Malaysia Siti Rohaiza Md Yasin Rahmah Ismail Poo Bee Tin Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Struktur pasaran buruh negara telah memperlihatkan perubahan yang ketara terutamanya dalam jumlah penyertaan tenaga buruh, produktiviti buruh dan upah. Dasar berkaitan pasaran buruh juga telah digubal untuk memastikan ia mampu berhadapan dengan situasi dan cabaran ekonomi global. Globalisasi dan liberalisasi perdagangan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada tenaga buruh untuk bersaing dipersada antarabangsa. Namun, sejauh mana globalisasi mempengaruhi struktur pasaran buruh terutamanya di sebelah penawaran, amat perlu dikaji. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor penentu penawaran buruh di Malaysia seperti tahap pencapaian pendidikan atau tahun bersekolah, umur, jumlah pendapatan bulanan ketua isi rumah, jumlah pendapatan bulanan pasangan dan bilangan anak. Dalam kajian ini penawaran buruh di ukur melalui jumlah jam bekerja sebulan ketua isi rumah. Di samping itu, faktor globalisasi juga dianalisis bagi melihat hubungannya dengan jumlah jam bekerja sebulan. Hasil kajian mendapati bahawa hanya jumlah pendapatan bulanan pasangan mempunyai hubungan positif dan signifikan dalam mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah. Sementara ciri globalisasi didapati tidak mempunyai kaitan dengan jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah, walaupun terdapat segelintir ketua isi rumah yang berpendapatan bahawa upah dan kerjaya mereka amat terjejas ekoran kehadiran pekerja asing. Justeru itu, kerajaan perlu mengurangkan kemasukan tenaga buruh asing. Di samping itu, kerajaan perlu menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan peluang kepada tenaga buruh tempatan bagi meringankan masalah mereka dalam menghadapi persaingan yang semakin mencabar. Kata kunci: Globalisasi, Penawaran buruh, Malaysia.

ABSTRACT National labour market structure has shown significant growth in terms of labour force participation, labour productivity and wages. An associated labour market policies also legislated to ensure it would be able to facing in any situations and challenges of global economic. Globalization and trade liberalisation compress force labour to compete in an international level. However, how far this globalization would be able to influence labour market structure in supply side, must be analyse. Thus, this research is conducted to study a few determinant factor to labour supply in Malaysia, such as education level or years of schooling, age, head of household monthly income, spouse monthly income and number of children. This research will measure labour supply through head of household monthly working hour. In addition, globalization characteristic has also been analyze to see the relation with monthly working hour. Results found that only spouse monthly income have a positive relationship and significant to explain the head of household monthly working hour. Meanwhile, globalization characteristic is found not related with head of household monthly working hour, despite some of the head of household feel that entries of foreign workers affect their wage and career. Besides that, government have to provide any kind of help and opportunity for local labour force in order to reduce their problem in face this challenging competition. Keywords: Globalization, Labour supply, Malaysia

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

66

Siti Rohaiza Binti Md Yasin, Rahmah Ismail, Poo Bee Tin

PENGENALAN Memamg tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan aliran kemasukan pelaburan langsung asing (PLA) akan memajukan ekonomi sesebuah negara. Hal ini berlaku apabila perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan perpindahan teknik pengeluaran yang cekap. Di samping itu, PLA juga penting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan kerana pertambahan kilang di Malaysia yang beroreintasikan PLA telah menyediakan peluang pekerjaan dan sekaligus menaikkan taraf hidup mereka. Masalah yang dihadapi apabila kemasukan PLA yang tidak memuaskan dalam tahun tertentu telah menjejaskan peluang pekerjaan di Malaysia, tambahan pula dengan tindakan kebanyakan pengusaha asing, sama ada melalui syarikat mereka sendiri secara rasmi atau tidak rasmi atau dengan kerjasama dengan pengusaha tempatan, akan lebih cenderung menggunakan pekerja dari negara asal mereka terutama dalam kalangan pekerja mahir. Situasi ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan pekerja mahir tempatan bagi mendapatkan pekerjaan. Selain itu, kemasukan pekerja tidak mahir asing yang berpunca daripada globalisasi dan liberalisasi perdagangan boleh melambatkan usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat melalui dua cara. Pertamanya, kemasukan itu akan menambah bilangan pekerja baru yang muda dan tidak mahir, dan seterusnya membawa perubahan dalam struktur umur tenaga buruh dan perubahan itu juga akan meningkatkan ketidaksamaan pendapatan walaupun tidak terdapat perubahan dalam struktur upah dan pendapatan. Kedua, kemasukan secara beramai-ramai pekerja asing juga akan merendahkan secara relatif upah pekerja tidak mahir sementara upah pekerja mahir dan pulangan pemilik modal terus meningkat. Akibatnya, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat akan melebar. Maka dengan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat faktor globalisasi mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah sekaligus menggambarkan penyertaan tenaga buruh di negara ini selain melihat ciri-ciri buruh seperti tahap pencapaian pendidikan atau tahun bersekolah, umur, pendapatan bulanan ketua isi rumah, pendapatan bulanan pasangan dan bilangan anak. Secara umumnya objektif kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti sejauh mana globalisasi memberi impak kepada struktur penawaran buruh di Malaysia. Namun secara lebih khusus kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran buruh di samping membincangkan trend kemasukan faktor pengeluaran asing melalui globalisasi dan terakhir menganalisis kesan globalisasi terhadap penawaran buruh. Selain itu, kajian lepas juga turut dibincangkan bagi melihat punca dan kesan globalisasi terhadap penawaran buruh dengan melihat perbandingan kes serta penemuan oleh pengkaji terdahulu dan yang terakhir, perbincangan serta cadangan yang dapat melihat keberkesanan dasar sedia ada di negara ini terhadap impak globalisasi yang berlaku. Cadangan penyelidikan seterusnya juga akan diberikan serta pandangan kritis terhadap pembaikan dasar kerajaan pada masa akan datang.

KAJIAN LEPAS Sebelum membincangkan faktor penyertaan tenaga buruh dengan lebih mendalam, kita harus memahami punca atau penyebab utama seseorang individu itu membuat keputusan untuk bekerja. Walaupun perkembangan dalam upah serta jangka hayat yang panjang mungkin membawa erti bahawa masa lapang akan meningkat dengan jumlah yang besar berbanding kadar penurunan yang lambat dalam jam bekerja dapat dilihat, namun masih sukar untuk kita abaikan trend pada hari ini bahawa jumlah jam bekerja dalam seminggu secara puratanya meningkat. Selain itu juga, perubahan dalam upah benar dan perubahan dalam bentuk penggunaaan juga turut menyumbang kepada faktor perubahan jam bekerja individu. Hal ini apabila berlaku penurunan dalam tingkat upah, jumlah jam bekerja akan meningkat jika kesan pendapatan lebih besar berbanding dengan kesan penggantian. Walau bagaimanapun, pekerja mungkin lebih fleksibel dalam meningkatkan jam bekerja berbanding mengurangkannya. Terdapat beberapa konsep yang membincangkan faktor kejatuhan serta peningkatan dalam kadar penyertaan tenaga buruh. Seperti sedia maklum, pertumbuhan ekonomi sering dikaitkan dengan dengan upah benar atau pendapatan benar dan perubahan upah benar akan menyebabkan berlaku kedua-dua kesan iaitu kesan pendapatan dan kesan penggantian. Namun begitu, bagi golongan lelaki kesan pendapatan dilihat lebih mendominasi kesan penggantian. Akibatnya lebih ramai memilih masa lapang dalam membentuk proses persaraan mereka, sekaligus mengurangkan kadar penyertaan golongan lelaki. Menurut Smith dan Ward (1985), ahli ekonomi telah mendapati beberapa sebab peningkatan pantas yang berlaku dalam kadar penyertaan tenaga buruh wanita. Seperti sedia maklum, kadar upah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

67

yang tinggi akan menghasilkan kedua-dua kesan iaitu pendapatan dan kesan penggantian dalam rangka model Becker, dimana kesan pendapatan akan mengurangkan jumlah jam bekerja manakala kesan penggantian berkait dengan pengeluaran dan penggunaan yang berkaitan dengan aktiviti rumah yang cenderung meningkatkan jumlah bekerja. Model Becker telah mengandaikan kesan penggantian telah mendominasi kesan pendapatan bagi kebanyakan wanita, menyebabkan kadar penyertaan mereka meningkat. Tambahan lagi, selain daripada kesan positif ke atas kadar upah, tahap pendidikan yang tinggi akan meluaskan ‘citarasa’ mereka atau kecenderungan golongan wanita untuk berkarier. Goldin (1995), berpendapat bahawa antara faktor penyumbang peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita adalah pencapaian pendidikan yang mereka peroleh. Terdapat beberapa sebab hubungan antara pendidikan dan penyertaan tenaga buruh adalah positif. Pertamanya adalah pendidikan tinggi kebiasaannya dianggap sebagai pelaburan dan individu sanggup menghabiskan wang untuk tuisyen dan melepaskan pendapatan yang diperolehi sekiranya bekerja. Maka untuk mendapatkan semula hasil ke atas pelaburan tersebut, bagaimanapun mereka perlu kekal dalam pasaran buruh dalam tempoh yang agak lama. Sebab kedua adalah kerana pendapatan akan berterusan meningkat dengan pencapaian pendidikan dan meningkatkan kos masa yang dihabiskan dalam aktiviti bukan pasaran (Shapiro & Shaw; 2002). Di samping itu juga, hubungan antara perdagangan dan upah yang diterima oleh pekerja juga amat berkait rapat dengan globalisasi. Terdapat kerangka teori yang terkenal digunakan untuk menganalisis hubungan antara perdagangan dan upah ialah model Heckscher-Ohlin-Samuelson (HOS) dengan menggunakan teorem Stolper-Samuelson. Dalam model ini telah mengambil contoh dua buah negara iaitu Amerika Syarikat sebagai negara maju dan negara sedang membangun (DC) dan dua faktor pengeluaran (pekerja kemahiran rendah dan kemahiran tinggi, pekerja berpendidikan rendah dan berpendidikan tinggi). Tambahan lagi, teori HOS menjangkakan bahawa apabila terdapat perdagangan terbuka antara Amerika Syarikat dengan negara sedang membangun, sama ada disebabkan penghapusan sifat perlindungan mahupun disebabkan kejatuhan kos pengangkutan, Amerika Syarikat akan mengeksport barangan yang berintensifkan kemahiran tinggi dan akan mengimport barangan yang berintensifkan kemahiran rendah, harga relatif bagi barangan yang berintensifkan kemahiran rendah akan menurun dan upah buruh yang berkemahiran rendah akan menurun berbanding upah buruh berkemahiran tinggi. Kesannya guna tenaga akan beralih kepada output yang berintensifkan kemahiran tinggi dan firma bagi kedua-dua sektor di Amerika Syarikat akan respon terhadap kejatuhan upah relatif buruh berkemahiran rendah tersebut dan akan meningkatkan kadar buruh kemahiran rendah kepada buruh berkemahiran tinggi. Walaupun model ini tidaklah digunakan secara langsung dalam mengaplikasikan keadaan yang berlaku kepada tenaga buruh di negara kita, namun jangkaan yang dibuat dalam model ini telah menampakkan kebenaran serta realiti yang berlaku kepada struktur pasaran buruh pada hari ini di mana bukti empirikal oleh para pengkaji terkini juga telah dapat membuktikan kebenaran jangkaan model HOS tersebut. Sejak awal tahun 1980-an lagi, beberapa buah negara sedang membangun (DCs) telah membuka ekonomi mereka terhadap pasaran antarabangsa. Walaupun bentuk sebenar proses ini adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan ianya telah dapat dikenalpasti oleh alasan yang berbeza-beza. Pertamanya, keseluruhan aliran perdagangan secara signifikan meningkat pada tiga puluh tahun yang lalu dan penyebaran teknologi antara negara telah menjadi lebih pantas. Kesemua perubahan tadi berlaku adalah disebabkan oleh proses globalisasi yang telah lama wujud dan amat dirasai oleh penduduk seluruh dunia. Walaupun globalisasi menjadi kegusaran bagi sesebuah negara, namun kita harus percaya bahawa globalisasi akan meningkatkan ketidaksamaan di dalam dan di antara negara, ancaman kepada guna tenaga dan taraf hidup penduduk. Namun begitu, Anamaria (2002), berpendapat bahawa globalisasi memberi kesan yang positif terhadap modal, kerana ianya akan meningkatkan kadar keuntungan secara umum dan memperluaskan pasaran dunia. Selain itu juga, globalisasi yang telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan saling kebergantungan telah menyebabkan pergerakan atau mobiliti buruh berlaku tanpa batasan. Di Malaysia, kemasukan pekerja asing yang kurang berkemahiran secara besar-besaran memberikan impak kepada tenaga kerja tempatan kerana kesediaan mereka menerima gaji yang rendah. Oleh demikian juga, strategi dan polisi yang digubal oleh pihak berkenaan perlulah jelas untuk menangani cabaran besar ini. Menurut pandangan Geoge dan Athina (2001), bahawa mobiliti buruh antarabangsa mempunyai kesan serta faedah yang positif terhadap tingkat guna tenaga, namun kesan yang sebaliknya berlaku kepada inflasi. Bagi negara yang mempunyai mobiliti yang berskala besar, walaupun kadar pengangguran sesebuah negara akan menurun, tetapi keadaan ini akan meningkatkan kadar indeks harga pengguna serta inflasi. Di samping itu, penularan globalisasi mewujudkan persaingan yang tidak adil yang melibatkan negara maju dan negara sedang membangun disebabkan oleh tahap teknologi dan pembangunan yang jauh berbeza. Dengan adanya dunia tanpa sempadan ini, maka akan wujud jurang

68

Siti Rohaiza Binti Md Yasin, Rahmah Ismail, Poo Bee Tin

antara negara maju dan negara sedang membangun apabila tenaga kerja yang kurang mahir di negara sedang membangun akan terpinggir kerana negara maju tidak mahu menerima pekerja yang kurang mahir daripada negara membangun untuk bekerja di negara mereka. Halangan dalam penawaran buruh yang berkemahiran dan berpengetahuan mungkin menyebabkan negara sedang membangun menjadi ekonomi marginalisasi dan menghadapi tingkat ketidaksamaan pendapatan yang tinggi (Elena dan Marco;2009). Tidak dinafikan wujudnya jurang ekonomi yang menjadi batu penghalang terhadap peralihan kepada ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Fenomena ini berlaku akibat ketidakseimbangan dalam tingkat pencapaian pelbagai aktiviti ekonomi. Ini terbukti melalui perbandingan dengan negara yang menerapkan K-ekonomi dalam bidang ekonomi mereka berjaya dengan cemerlang. Di negara kita, usaha telah banyak dilakukan bagi mencapai status negara maju dengan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi supaya dapat bersaing di pasaran global selaras dengan arus globalisasi yang berlaku pantas. Jelas bahawa proses globalisasi ini memberi impak kepada guna tenaga di negara kita, apabila kemasukan buruh asing dalam pasaran buruh menjadi tidak terkawal. Kesan-kesan seperti yang dibincangkan pada awal perbincangan, memberi banyak impak terutamanya kepada tenaga buruh tempatan di sektor-sektor tertentu yang dianggap penguasaan tenaga buruh asing melebihi tenaga buruh tempatan. Namun begitu, ancaman guna tenaga ini juga boleh berlaku apabila ketidakseimbangan dalam penawaran buruh dalam sesetengah sektor, akan menyebabkan sektor lain menerima kesan, bukan sahaja dipengaruhi oleh tenaga buruh asing seperti yang didakwa. Apabila tenaga buruh tempatan memilih sektor perkhidmatan sebagai sektor utama untuk bekerja, maka berlaku lebihan penawaran buruh dalam sektor tersebut.

DATA DAN METODOLOGI KAJIAN Data primer merupakan sumber data yang amat penting dalam kajian yang ingin dijalankan kerana melalui data tersebut, maklumat yang diperlukan akan lebih mudah diperoleh. Data primer yang digunakan dalam kajian ini dikutip melalui borang selidik bagi mengumpul maklumat responden iaitu ketua isi rumah. Mereka terdiri daripada golongan berpendapatan tetap dan golongan bekerja sendiri. Kajian ini menggunakan sampel 100 orang ketua isi rumah. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara convinence sampling. Beberapa ciri telah dikenalpasti dan kuota telah ditetapkan untuk mengenalpasti responden iaitu ketua isi rumah yang bekerja dalam pasaran buruh. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak di beberapa kawasan di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan pengumpulan data dan soal selidik menggunakan temubual berstruktur secara bersemuka dengan responden Selain itu juga, kajian ini meggunakan data sekunder iaitu data yang diperolehi selain daripada subjek utama kajian. Ia adalah sampingan yang digunakan sebagai menyokong kenyataan dalam kajian yang dijalankan ini. Data sekunder diperolehi daripada buku, jurnal, tesis, majalah, dokumen kerajaan dan daripada Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengukur kepada status sosioekonomi komuniti setempat yang diambil kira dalam kajian ini adalah maklumat responden seperti maklumat isi rumah, maklumat pekerjaan isi rumah, maklumat pendapatan bulanan serta pandangan responden terhadap impak globalisasi terhadap pendidikan dan pekerjaan. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini adalah Kuasa Dua Terkecil (OLS) dan output data diperoleh menggunakan Statistical Programming for Science Social (SPSS) agar dapat mengukuhkan hasil keputusan kajian akhir dengan melihat hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar yang dipilih dan kesannya terhadap penawaran buruh di Malaysia. Dalam kajian ini, fungsi dan model yang sesuai dibentuk bagi menjalankan pengujian terhadap pemboleh ubah bebas yang dipilih. Model yang digunakan ialah berbentuk model linear untuk melakukan penganggaran pemboleh ubah. Fungsi dan model adalah seperti berikut: H = ƒ (INCKIR,INCSPOUSE,AGE,SCHOOL,EDU,CHILD,GLOBB,GLOBA)

(1)

Kajian ini menggunakan analisis model linear untuk melihat impak globalisasi terhadap penawaran buruh dengan pembolehubah-pembolehubah yang berfungsi dengannya. Dua jenis spesifikasi model linear yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: a)

Persamaan penawaran buruh menggunakan tahun bersekolah Hi= α1 + β11INCKi + β12INCPi + β13AGEi + β14SCHOOLi + β15CHILDi + β16GLOBSi + β17GLOBLi + μ1 (2)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

b)

69

Persamaan penawaran buruh menggunakan taraf pendidikan Hi= α2 + β21INCKi+ β22INCPi + β23AGEi + β24RENi + β25MENi + β26CHILDi + β27GLOBSi + β28GLOBLi +μ2 (3)

dengan H INCK INCP AGE SCHOOL

: : : : :

REN

:

MEN

:

CHILD GLOBS GLOBL i μ

: : : : :

Jam bekerja sebulan ketua isi rumah Jumlah pendapatan bulanan ketua isi rumah Jumlah pendapatan bulanan pasangan Umur ketua isi rumah Tahun bersekolah UPSR = 6 tahun, tidak/belum tamat sekolah rendah = kurang daripada 6 tahun, tidak/belum tamat sekolah menengah = kurang daripada 11 tahun, tidak/belum bersekolah = 0, PMR = 9 tahun, SPM = 11 tahun, Sijil/STPM = 13 tahun, Diploma = 14 tahun Ijazah Sarjana Muda = 16 tahun, Ijazah Sarjana = 18 tahun, Doktor Falsafah = 22 tahun dan sekolah agama = 12 tahun. Pemboleh ubah dami tahap pencapaian pendidikan dengan pendidikan rendah = 1, lain =0 Pemboleh ubah dami tahap pencapaian pendidikan dengan pendidikan menengah = 1, lain = 0 Bilangan anak Impak globalisasi sebelum 1995 Impak globalisasi selepas 1995 Ketua isi rumah ke i Sebutan ralat

KEPUTUSAN KAJIAN JADUAL 1 memaparkan nilai purata pemboleh ubah yang digunakan dalam model. Di dapati bahawa, secara puratanya jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah ialah sebanyak 162 jam sebulan atau dalam erti kata lainnya, hampir kesemua ketua isi rumah bekerja sepenuh masa berbanding bekerja separuh masa dan bekerja sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan purata bulanan ketua isi rumah adalah kira-kira RM3125 bagi semua tahap pendidikan, manakala pendapatan purata bulanan pasangan pula sebanyak RM1340. Ketua isi rumah di kawasan kajian secara puratanya mempunyai tahun bersekolah selama 12.5 tahun dan mempunyai umur sekitar 40 tahun. Secara puratanya juga, ketua isi rumah adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan menengah diikuti golongan berpendidikan tertiari. Selain itu, bilangan anak yang dimiliki oleh rata-rata ketua isi rumah adalah seramai 3 orang bagi semua peringkat umur anak. Bilangan anak yang dimiliki tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan potensi ketua isi rumah untuk meningkatkan jumlah jam bekerja mereka. Dalam terma globalisasi pula, hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya ketua isi rumah berpendapat bahawa impak globalisasi terhadap kerjaya sebelum tahun 1995 dilihat penting bagi mempengaruhi serta membantu dalam kerjaya mereka, berdasarkan kepada nilai skor purata ialah 4.8067. Namun selepas tahun 1995, ketua isi rumah telah merasakan bahawa impak globalisasi adalah sangat penting dalam mempengaruhi kerjaya jika dibandingkan pada tahun sebelum 1995. Kesimpulannya, peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik di dapati lebih memberi kesan dan amat penting kepada ketua isi rumah berbanding lain-lain peluang pada sebelum mahupun selepas tahun 1995. Seterusnya hasil analisis regresi menunjukkan, nilai pekali penentuan R2 adalah 0.073 dalam pemboleh ubah tidak bersandar dapat menerangkan perubahan dalam pemboleh ubah bersandar, iaitu jumlah jam bekerja sebulan responden. Analisis keputusan regresi dalam JADUAL 2 menunjukkan keputusan anggaran regresi apabila menggunakan tahun bersekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Secara keseluruhannya, jumlah pendapatan bulanan pasangan bagi ketua isi rumah adalah signifikan dan berhubungan secara positif iaitu apabila 1 ringgit peningkatan dalam jumlah pendapatan sebulan, meningkatkan jumlah jam bekerja kira-kira 0.002 jam pada aras keertian 10 peratus. Sementara jumlah pendapatan bulanan ketua isi rumah dilihat tidak mempunyai hubungan atau kaitan

70

Siti Rohaiza Binti Md Yasin, Rahmah Ismail, Poo Bee Tin

dengan jumlah jam bekerja sebulan mereka berdasarkan nilai signifikan yang diperolehi daripada output, walaupun koefisiennya adalah positif. Begitu juga dengan tahun bersekolah yang seharusnya menurut teori, mempunyai koefisien yang positif dengan jumlah jam bekerja sebulan namun, hasil keputusan mendapati sebaliknya apabila tahun bersekolah ketua isi rumah dilihat berhubungan negatif dengan jumlah jam bekerja sebulan, malah nilai t-statistik yang diperolehi adalah tidak signifikan pada aras keertian 10 peratus. Hal ini berkemungkinan berlaku bagi ketua isi rumah yang memilih untuk bekerja separuh masa walaupun mempunyai taraf pendidikan tinggi. Manakala umur ketua isi rumah pula seharusnya mempunyai hubungan yang negatif dengan jumlah jam bekerja sebulan, namun hasil kajian mendapati bahawa hubungan umur dengan jumlah jam bekerja sebulan adalah positif. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh taraf pendidikan ketua isi rumah yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendidikan menengah bagi semua kategori umur. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, rata-rata ketua isi rumah yang berumur antara 46 hingga 55 tahun adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan rendah dan menengah, maka mereka terpaksa meningkatkan jumlah jam bekerja untuk menjana pendapatan bulanan yang tinggi walaupun umur mereka meningkat. Hal ini pula berbeza dengan pemboleh ubah bilangan anak yang dipercayai akan mendorong supaya ketua isi rumah meningkatkan jumlah jam bekerja sebulan, namun hakikatnya tidak berlaku dalam kajian ini apabila mendapati bahawa bilangan anak adalah berhubungan negatif dengan jumlah jam bekerja. Kejadian ini disebabkan oleh bilangan anak yang digunakan dalam kajian ini tidak hanya mengambil kira anak yang masih bersekolah sahaja, juga telah mengambil kira anak yang telah menamatkan persekolahan atau anak yang telah bekerja. Berkemungkinan ketua isi rumah mengurangkan jumlah jam bekerja adalah disebabkan anak yang telah bekerja, maka dengan itu tidak memaksa mereka untuk meningkatkan jumlah jam bekerja. Selain itu, impak globalisasi terhadap kerjaya responden pada tahun sebelum dan selepas 1995 juga dilihat tidak mempengaruhi jumlah jam bekerja ketua isi rumah, walaupun nilai koefisiennya adalah positif. Nilai koefisien tersebut adalah selari dengan pandangan positif responden yang merasakan bahawa globalisasi sangat penting dalam mempengaruhi peluang pekerjaan dan kerjaya mereka. Di samping itu, kajian juga dilakukan dengan menggunakan tahap pencapaian pendidikan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar bagi melihat perhubungan dengan jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah pada JADUAL 3. Daripada hasil analisis yang dilakukan, nilai pekali penentuan R2 adalah 0.073 iaitu sama dengan analisis dengan menggunakan tahun bersekolah. Sekali lagi dilihat bahawa hanya jumlah pendapatan bulanan pasangan signifikan dan berhubungan positif iaitu apabila 1 ringgit peningkatan dalam jumlah pendapatan sebulan pasangan, maka jumlah jam bekerja sebulan meningkat kira-kira 0.002 jam dan signifikan juga pada aras keertian 10 peratus. Bagi responden yang mempunyai pendidikan rendah dan menengah mempunyai jumlah jam bekerja sebulan lebih rendah berbanding mereka yang berpendidikan tertiari. Namun demikian, kedua-dua koefisien ini tidak signifikan. Sementara bilangan anak yang seharusnya berhubungan positif dengan jumlah jam bekerja sebulan, sekali lagi menunjukkan hasil yang sama seperti menggunakan tahun bersekolah, iaitu mempunyai hubungan yang negatif dan tidak signifikan. Kejadian yang sama juga berlaku apabila bilangan anak yang digunakan dalam kajian tidak hanya tertumpu kepada anak yang masih bersekolah, juga mengambil kira anak yang sudah bekerja. Begitu juga dengan umur, menurut teori berhubungan negatif dengan jumlah jam bekerja, namun demikian hasil kajian menunjukkan umur berhubungan positif dengan jumlah jam bekerja sebulan dan namun masih tidak signifikan. Manakala impak globalisasi terhadap kerjaya responden pada tahun sebelum dan selepas 1995 turut mempamerkan hasil yang sama iaitu dilihat tidak mempengaruhi serta tidak mempunyai kaitan dengan jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah, walaupun koefisiennya adalah positif.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Hasil kajian ini memaparkan keputusan penganggaran fungsi penawaran buruh dan mendapati bahawa hanya pendapatan bulanan pasangan sahaja yang mampu mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah. Manakala faktor-faktor lain seperti pendapatan bulanan ketua isi rumah, tahun bersekolah atau tahap pencapaian pendidikan, umur dan bilangan anak masing-masing adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan ketua isi rumah. Jumlah pendapatan bulanan pasangan yang lebih tinggi lebih berpotensi untuk ketua isi rumah meningkatkan jumlah jam bekerja sebulan secara signifikan berbanding jumlah pendapatan bulanan ketua isi rumah itu sendiri kerana dilihat tidak mempunyai kesan langsung dengan jumlah jam bekerja sebulan. Keputusan penganggaran fungsi penawaran buruh dengan menggunakan tahap pencapaian pendidikan dan tahun

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

71

bersekolah sebagai pemboleh ubah tidak bersandar menunjukkan keputusan hasil yang sama iaitu hanya jumlah pendapatan bulanan pasangan mempunyai kesan yang positif secara signifikan terhadap jumlah jam bekerja sebulan ketua isi rumah. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah yang mempunyai pendidikan rendah dan juga menengah adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan ketua isi rumah yang mempunyai pendidikan tertiari. Begitu juga dengan umur dan bilangan anak dilihat tidak mempunyai hubungan langsung dengan jumlah jam bekerja. Dalam erti kata lain, tidak dapat dibuktikan bahawa meningkat atau menurun umur seseorang itu, maka jumlah jam bekerja akan ditingkatkan atau dikurangkan. Manakala bilangan anak pula didapati berhubungan negatif atau songsang dengan jumlah jam bekerja sebulan, namun masih tidak signifikan. Faktor globalisasi juga telah digunakan bagi melihat sejauh mana ia dapat mempengaruhi penawaran buruh. Namun begitu, hasil analisis yang ditunjukkan sama ada berlaku sebelum mahupun selepas tahun 1995 adalah seperti faktor lain iaitu tidak mempunyai kesan langsung dalam mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah. Walaupun terdapat segelintir responden atau ketua isi rumah merasakan bahawa upah dan kerjaya mereka sangat terjejas disebabkan kehadiran pekerja asing, namun hasil keputusan yang diperolehi adalah tidak signifikan atau dalam erti kata lain, tidak dapat dikatakan bahawa globalisasi telah mempengaruhi jumlah jam bekerja sebulan bagi ketua isi rumah. Persepsi serta pandangan responden tentang globalisasi menjejaskan kerjaya dilihat daripada sudut upah dan peluang pekerjaan, turut menggambarkan situasi sebenar bahawa kehadiran pekerja asing menjejaskan upah serta peluang pekerjaan mereka, walaupun terdapat segelintir responden masih berpendapat bahawa kehadiran pekerja asing tidak menjejaskan upah serta peluang pekerjaan mereka. Kesemua kesan yang dirasai sedikit sebanyak menggambarkan bahawa kehadiran pekerja asing ini mampu mempengaruhi serta menggugat kedudukan pekerja tempatan di beberapa bidang pekerjaan terutamanya bidang pekerjaan yang menggunakan khidmat pekerja asing seperti bidang perlombongan dan pembinaan. Walaupun impak globalisasi berlaku hanya di beberapa bidang pekerjaan sahaja, ianya masih memberi tekanan serta bebanan kepada pekerja tempatan kerana terpaksa bersaing dengan pekerja asing terutamanya dalam bentuk upah serta bayaran yang diterima. Sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pengusaha atau mana-mana firma yang menggunakan khidmat pekerja asing secara berleluasa, kemungkinan kesan yang dirasai oleh pekerja tempatan akan lebih besar serta peluang kerjaya mereka juga akan semakin tipis. Satu-satunya fenomena ekonomi yang sering merunsingkan kerajaan ialah semakin pesat kemajuan ekonomi dicapai sesebuah negara, semakin besar peluang serta laluan perdagangan antarabangsa di negara kita. Dalam erti kata lain, globalisasi pasaran buruh yang berlaku di negara ini menyumbang kepada kegusaran pekerja tempatan terhadap kehadiran pekerja asing. Fenomena ini boleh berlaku dan jelas kelihatan terutamanya di Syarikat Multinasional (MNC) yang rata-rata menggunakan pekerja di negara asal mereka berbanding pekerja tempatan. Di Malaysia, globalisasi pasaran buruh wujud bukan saja dengan kehadiran pekerja asing sahaja, malah kesan dilihat juga dalam bentuk upah serta bayaran yang diterima oleh pekerja tempatan di bidang pekerjaan yang banyak menggunakan khidmat pekerja asing seperti di bidang pembinaan dan perlombongan. Di samping itu, perubahan teknologi serta peluang kerjaya yang lebih baik sering dikaitkan dengan globalisasi pasaran buruh yang berlaku. Kesan globalisasi dalam bentuk teknologi mahupun peluang kerjaya boleh menjadi positif mahupun negatif kepada pekerja tempatan di negara ini memandangkan perubahan tersebut masih dilihat sebagai peluang kepada pekerja tempatan untuk meningkatkan produktiviti serta laluan kerjaya mereka sekiranya peluang tersebut bijak dimanfaatkan. Seterusnya, untuk mengatasi impak globalisasi dalam penyediaan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan, sekali lagi RMK-10 perlu meluaskan skop penyusunan semula guna tenaga dengan terus menggalakkan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi bantuan dan peluang kelayakan profesional dan pekerjaan kepada pekerja tempatan sekaligus mengurangkan tekanan yang dirasai. Galakan kerajaan ini sedikit sebanyak membuka ruang kepada pekerja tempatan untuk bersaing serta meningkatkan kerjaya mereka di samping menimba pengalaman terutamanya di syarikat berkaitan kerajaan. Hasil kajian mendapati masih terdapat segelintir respoden yang merasakan bahawa upah dan peluang pekerjaan sangat terjejas dengan kehadiran pekerja asing. Maka dengan itu, kerajaan harus memberi tumpuan utama terhadap isu upah dan bayaran yang diterima oleh pekerja tempatan sebagai langkah memastikan impak globalisasi ini tidak terlalu membebani mereka terutamanya dalam sektor yang menggunakan khidmat tenaga buruh asing. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran jelas berkenaan faktor penentu penawaran buruh dengan menggunakan jumlah jam bekerja ketua isi rumah. Selain itu, faktor impak globalisasi juga telah digunakan untuk melihat hubungannya dengan jumlah jam bekerja sekaligus memberi gambaran tentang kesan yang dirasai oleh tenaga buruh di negara ini juga telah dianalisis berdasarkan kepada faktor yang tidak dapat dijelaskan iaitu melibatkan perbezaan dalam ciri-ciri

72

Siti Rohaiza Binti Md Yasin, Rahmah Ismail, Poo Bee Tin

individu. Walaupun hasil keputusan kajian tidak menyamai hasil kajian terdahulu, terutamanya daripada pengkaji-pengkaji barat, namun begitu kajian ini masih mempunyai kekuatannya tersendiri kerana ia menganalisis kesan globalisasi terhadap kerjaya sekaligus mempengaruhi penawaran buruh dan telah menggambarkan struktur pasaran buruh di Malaysia yang di dapati kurang diberi penekanan oleh pengkaji-pengkaji penawaran buruh sebelum ini. Namun begitu, kajian ini masih mempunyai beberapa limitasi serta kekangan yang dikenalpasti. Antara limitasi yang dihadapi adalah jumlah responden yang dikumpul adalah kecil iaitu hanya melibatkan 100 orang ketua isi rumah sahaja dan melibatkan beberapa kawasan terpilih sahaja. Kajian ini juga melibatkan ketua isi rumah yang bekerja, tidak termasuk penganggur, maka maklumat yang dikumpul seakan menyamai permintaan buruh dalam pasaran. Selain itu juga, set data yang digunakan adalah ‘cross-sectional’ iaitu menggambarkan peristiwa semasa impak globalisasi terhadap pekerjaan pada waktu tertentu sahaja, tanpa mengambil kira kesan dinamik.

RUJUKAN Anamaria.C. (2002). Labour Market and Globalization:Human Resource Management and Global Interprises. Institut Europeen Des Hautes Etudes Internationales. Elena M. & Marco V. (2009). Trade & income inequality. World Development (pp. 287-302). Geoge A. & Athina Z. (2001). Globalization of labor markets & macroeconomic equilibrium. International Review of economic & Finance 10, 109-133. Kementerian Sumber Manusia. Margit B. (2009). The effect of trade openness on women’s welfare and work life.World Development (pp. 1027-1038). Mary O.M., Catherine R. & Michela V. (2008). The impact of ICT on the demand for skilled labour: A cross-country comparison. Journal of Labour Economics (pp. 1435-1450). Philipp H. & Carsten H. (2003). Globalization & Unemployment: The role of International diversification. Economics Letters, 78, 281-286. Albert C. D. & Helen M. J. (2008). Impact of Globalisation and Economic Reforms on Employment in India. Munich Personal RePEc Archive Paper , (pp. 1-16). Tracy C.M. (2001). Impact of globalization on U.S wage inequality: Implication for policy. The North American Journal of Economics & Finance (pp. 219-242). JADUAL 1: Statistik deskriptif pemboleh ubah ketua isi rumah Pemboleh ubah

Keseluruhan Purata

Sisihan Piawaian

Jam bekerja sebulan

162.0

14.071

Tahun bersekolah

12.49

2.630

Pendidikan Rendah

0.06

0.239

Pendidikan Menengah

0.48

0.502

Pendidikan Tertiari

0.46

0.501

Umur

40.42

8.906

Pendapatan bulanan ketua isi rumah

3124.55

1965.848

Pendapatan bulanan pasangan

1340.28

1542.900

2.64

1.467

4.8067

1.20295

Bilangan anak Impak globalisasi sebelum 1995

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

Impak globalisasi selepas 1995

5.8667

73

1.06706

JADUAL 2: Hasil regresi pemboleh ubah ketua isi rumah menggunakan tahun bersekolah Pemboleh ubah

UnstandardizedCoefficients Koefisien 0.001

Nilai-t

Pendapatan bulanan pasangan (INCP)

0.002

1.713*

Umur ketua isi rumah (AGE)

0.150

0.784

Tahun bersekolah (SCHOOL)

- 0.062

-0.093

Bilangan anak (CHILD)

-0.468

-0.453

Impak Globalisasi sebelum 1995 (GLOBS)

0.930

0.635

Impak Globalisasi selepas 1995 (GLOBL)

0.177

0.095

148.151 0.073 100

8.725

Pendapatan bulanan ketua isi rumah (INCK)

Kostan R2 N Nota : * Signifikan pada aras keertian 10%

0.647

JADUAL 3: Hasil regresi pemboleh ubah ketua isi rumah menggunakan tahap pencapaian Pendidikan Pemboleh ubah

UnstandardizedCoefficients Koefisien 0.001

Nilai-t

Pendapatan bulanan pasangan (INKP)

0.002

1.647*

Umur ketua isi rumah (AGE)

0.163

0.836

Pendidikan rendah (REN)

-1.288

-0.194

Pendidikan menengah (MEN)

-0.052

-0.015

Bilangan anak (CHILD)

-0.485

-0.463

Impak Globalisasi sebelum 1995 (GLOBS)

0.834 0.324

0.556 0.172

146.783 0.073 100

11.591

Pendapatan bulanan ketua isi rumah (INCK)

Impak Globalisasi selepas 1995 (GLOBL) Kostan R2 N Nota: * Signifikan pada aras keertian 10%

0.606