individu boleh menjadi RADIKAL?

dipengaruhi fahaman radikal 1) Berpendirian tegar. Individu terpengaruh oleh fahaman radikal dan ekstrem contohnya negara Barat adalah musuh Islam. 2)...

0 downloads 3 Views 2MB Size
18

Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014

Wacana

PANDANGAN ISU INDIVIDU RADIKAL SENDIRI

Zamil penyelidik Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkhidmat secara sukarela bersama Kumpulan ADLI YASHIR KUCHIT Pemulihan Keagamaan bagi memberi [email protected] kaunseling kepada anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beliau juga memberi kaunseling kepada individu radikal sendiri yang ditahan pihak berkuasa. Dalam temu ramah, beliau berkongsi pengamatan tentang punca pengaruh radikal serta antara tanda mengesan individu yang menjadi radikal secara sendiri.

Mengapa

mad

individu boleh menjadi

RADIKAL? Tanda-tanda individu yang dipengaruhi fahaman radikal

Kumpulan militan manfaatkan media sosial untuk sebar pengaruh, tarik anggota dan kumpul dana

1) Berpendirian tegar. Individu terpengaruh oleh fahaman radikal dan ekstrem contohnya negara Barat adalah musuh Islam. 2) Sering menyendiri. 3) Terlalu kritikal terhadap pemerintah atau pihak berkuasa. Ada juga yang percaya bahawa pemerintah dan pihak berkuasa adalah musuh Islam. 4) Sering mengeluh tentang kehidupan. Contohnya, merasakan umat Islam di serata dunia sering ditindas 5) Punya sikap bermusuhan terhadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain. 6) Mencari jalan melaksanakan perbuatan radikal, seperti menghubungi anggota kumpulan militan, merancang ke luar negara untuk menyertai konflik bersenjata.

1. Kumpulan militan Yaman melancarkan laman Facebook Agensi Berita Madad, sebuah saluran propaganda tidak rasmi bagi Al-Qaeda 2. Anggota militan warga Britian di Syria gunakan aplikasi mesej Kik untuk tarik anggota 3. Briged Jund Al-Haq, kumpulan militan Syria gunakan Skype dan Facebook untuk tarik anggota baru 4. Shabaab al-Mujahideen, kumpulan militan Somalia, manfaatkan Twitter, siarkan berita terkini tentang operasinya.

“Mesej yang sering diketengahkan laman militan ialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuh yang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalah satu tanggungjawab dan kewajipan agama...” – Ustaz Dr Mohamed Ali (gambar).

Sumber: SITE INTELLIGENCE GROUP

Akibat fahaman agama cetek, ghairah dapatkan kepuasan rohani, ramai yang terpesong fahaman radikal S: Apakah antara punca pengaruh radikal sendiri? Dalam kes di mana individu menjadi radikal secara sendiri, ramai terdorong oleh keinginan menjadi Muslim yang lebih baik. Malah, dalam kalangan anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan pihak berkuasa, ramai yang melafazkan keutamaan mereka kepada agama. Ini memberi petunjuk bahawa ramai anggota JI dan mereka yang radikal sendiri mempunyai kekosongan dalam diri dan ingin memenuhi kekosongan itu dengan unsur-unsur kerohanian seperti agama dan amalan agama. Namun, akibat pemahaman agama yang cetek serta keghairahan merasakan kepuasan rohani secepat mungkin, ada yang terpesong oleh fahaman radikal yang kemudiannya membawa kepada keganasan. Perlu difahami radikal sendiri tidak semestinya menuju kepada perbuatan ganas. S: Apakah tanda seseorang itu dipengaruhi fahaman radikal? Dalam hal ini terdapat dua jenis individu radikal sendiri. E Radikal tetapi tidak ganas: Individu sedemikian terpengaruh atau tersentuh oleh apa yang dilihat, dibaca atau ditonton. Individu ini tidak semestinya bersifat ganas. Perubahan dalam kelakuannya boleh dilihat menerusi tanda-tanda nyata seperti mempunyai pendirian tegar, sering menyendiri, amat kritikal terhadap pemerintah atau pihak berkuasa, sering mengeluh tentang kehidupan, mempunyai sikap bermusuhan terhadap orang lain, kaum lain atau umat agama lain. Bagi individu sebegini adalah penting memantau kelakuannya, lebih-lebih lagi apabila ia melaksanakan perbuatan yang mencerminkan sikapnya yang radikal.

KES-KES INDIVIDU RADIKAL E Haja Fakkurudeen Usman Ali, 37 tahun, seorang pengurus pasar raya dan bekas warga India yang mendapat kerakyatan Singapura pada 2008, sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki merancang menyertai konflik ganas di Syria. Haja dikatakan telah meninggalkan negara ini. Haja menerima sokongan daripada seorang warga India dan bekas penduduk tetap Singapura, Gul Mohamed Maracachi Maraicar, 37 tahun. E Pada Disember 2013, Zakaria Rosdan, 23 tahun, dan Muhammad Khairul Sofri Osman, 29 tahun, telah diberi perintah sekatan (RO) setelah didapati terpengaruh sendiri oleh fahaman radikal. Kededua warga Singapura itu menjadi radikal selepas mencari dan mengunjungi laman-laman Internet dan video dalam talian di mana mereka diserapkan dengan ideologi ganas di tempat-tempat konflik seperti Syria. E Pada Oktober 2012, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi radikal secara sendiri, Abdul Basheer Abdul Kader, ditahan semula kerana merancang kegiatan militan di Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria.

Jika tidak dibantu individu sedemikian boleh terdorong melakukan perbuatan ganas. E Radikal-Ganas: Cara mereka dipengaruh sama iaitu setelah membaca atau menonton bahan radikal seperti video kumpulan militan, laman radikal di Internet. Bezanya, individu ini sedia melaksanakan perbuatan lanjutan contohnya meninjau cara menyertai konflik ganas di luar negara atau cuba menghubungi anggota kumpulan militan di luar negara. Setelah membaca bahan radikal, mereka tidak lihat

peri penting mendapatkan pandangan alternatif atau nasihat daripada asatizah bertauliah. Sebaliknya, mereka meneruskan usaha mencari peluang melibatkan diri dalam kegiatan ganas. Terdapat contoh, individu yang menuju ke Syria, Afghanistan dan Palestin menyertai konflik bersenjata di sana. Apakah antara sebab fahaman radikal dan ekstrem kian tersebar luas? Daripada pengalaman saya memberi kaunseling kepada individu radikal sendiri, terdapat beberapa faktor mempengaruhi mereka. E Mereka ingin menjadi umat Islam yang lebih baik. Namun, sumber maklumat mereka adalah laman kumpulan militan yang mengajukan fahaman radikal dan perbuatan ganas. Mereka tidak mendapatkan bimbingan daripada asatizah bertauliah. E Mereka merasakan keperluan melakukan sesuatu yang besar dan mulia untuk Islam. Laman kumpulan militan dan ekstrem sering ‘memberi nasihat’ cara terbaik mendapatkan keampunan daripada dosa ialah menerusi jihad. E Kumpulan militan dan golongan ekstrem semakin canggih dan kian bijak menggunakan Internet dan media sosial demi menarik anggota. Ini termasuk menggunakan video dan bahan ‘dokumentari’ yang menonjolkan kesengsaraan kaum yang tertindas di sesebuah kawasan konflik. Banyak laman web kumpulan militan kini lengkap dengan ciri visual, bahan grafik yang menarik perhatian serta menyentuh perasaan. Tidak kurang juga yang menawarkan ruang sembang, serta menyelitkan mesej ganas dalam muzik hip hop. Mesej yang sering diketengahkan laman militan ialah umat Islam kini ditindas, negara Barat musuh yang perlu ditewaskan dan jihad bersenjata adalah satu tanggungjawab dan kewajipan agama. Dalam menangani penularan fahaman radikal dan ekstrem di sini, pelbagai usaha merentas banyak pihak pemerintah, masyarakat dan individu telah dilaksana. Penemuan rangkaian JI, pendedahan rancangan ganas seperti mengebom stesen MRT Yishun dan penangkapan anggota JI, menunjukkan betapa serius pengaruh kumpulan sedemikian. Kes individu radikal sendiri seperti Abdul Basheer

Abdul Kader, yang ditahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang kegiatan militan di beberapa negara seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan Syria, menunjukkan rakyat Singapura tidak terkecuali daripada pengaruh radikal. Apakah cabaran menangani individu radikal? Hakikatnya, usaha mengesan individu radikal amat sukar. Lazimnya pengesanan dibuat setelah individu melaksanakan ideanya dalam bentuk perbuatan. Malangnya apabila tindakan dilaksana, pengaruh radikal sudah terpahat dalam sistem kepercayaan mereka dan mengubah gaya hidup mereka. Ini menjadikan usaha pemulihan lebih sukar dan mencabar. Masalah pengaruh radikal juga rumit dan usaha menanganinya memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat, psikologi, kaunseling, undang-undang, risikan dan penguatkuasaan. Apakah usaha yang perlu dilaksana bagi menangani penularan fahaman radikal? Dalam hal ini, pencegahan lebih baik daripada pemulihan atau rawatan. Lebih banyak usaha perlu dilaksana bagi mendekati dan mendidik golongan muda tentang bahaya fahaman radikal. Program pendekatan dan pendidikan juga perlu – merentas setiap lapisan masyarakat – dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian dewasa. Bimbingan agama oleh asatizah bertauliah juga penting. E Lebih banyak kajian perlu dilaksana untuk memahami punca dan kesan pengaruh radikal terhadap individu. Menerusi kajian lebih banyak program dapat dihasilkan sebagai usaha pencegahan mahupun pemulihan. E Usaha mencegah fahaman radikal juga merupakan tanggungjawab semua, bukan hanya pemerintah dan asatizah. E Manfaatkan teknologi bagi mengenal pasti dan mencegah penularan laman web yang menggalak fahaman ganas, radikal dan ekstrem. E Manfaatkan teknologi, media sosial demi menggalak persefahaman antara kaum dan agama serta membidas fahaman radikal.