Integrasi Kelestarian di Institusi Pendidikan Tinggi

1 Integrasi Kelestarian di Institusi Pendidikan Tinggi melalui Pendekatan Keseluruhan Universiti (Whole University Approach) Norhayati Ngadiman Facult...

0 downloads 45 Views 217KB Size
Integrasi Kelestarian di Institusi Pendidikan Tinggi melalui Pendekatan Keseluruhan Universiti (Whole University Approach) Norhayati Ngadiman Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) [email protected] Prof. Dr. Mazlin Mokhtar Institut Alam Sekitar dan pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [email protected] Prof. Madya Dr. Ruhizan M. Yassin Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia [email protected]

Abstrak Universiti beroperasi sebagai satu komuniti bersepadu sepenuhnya. Maka aktiviti universiti yang kompleks boleh memberi kesan kepada alam sekitar (Alshuwaikhat & Abubakar, 2008; Sohif et al 2009). Oleh itu, untuk menjadi model kelestarian, universiti perlu menjadikan aktiviti harian sebagai satu demonstrasi penting cara hidup yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mengukuhkan nilai-nilai dan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat (Cortese 2003). Walaupun telah banyak aktiviti pendidikan tinggi dilaksanakan bagi menyahut saranan kelestarian ini, namun Shriberg (2002) mendapati hasilnya masih tidak memuaskan. Pelbagai faktor yang menjadi halangan dan cabaran kepada kelestarian pendidikan tinggi adalah disebabkan oleh kekurangan dan kelemahan faktor-faktor seperti kesedaran, minat dan penglibatan, struktur organisasi, sokongan pentadbiran universiti, kekangan masa, latihan berkaitan kelestarian, menolak perubahan, mentaliti keuntungan, penyelidikan trans-disiplinari, polisi yang mempromosikan kelestarian kampus, mendefinisikan konsep kelestarian dan peluang komunikasi dan maklumat (Velazquez et al. 2005; William 2008). Justeru, model kelestarian berpotensi mempengaruhi amalan kelestarian oleh mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi dengan cara mengenali, menghargai, mempelajari, menjadi kritis dan mencontohi (Stephen et al 2008). Pendekatan keseluruhan universiti (whole university approach) mampu mengoptimumkan peranan universiti sebagai ejen perubahan kelestarian (Mcmillin & Dyball, 2009). Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti inisiatif-inisiatif bagi mengintegrasikan kelestarian ke dalam semua aktiviti-aktiviti utama universiti seperti tadbir urus, pendidikan, penyelidikan, operasi dan hubungan dengan komuniti luar. Kata kunci: model kampus lestari, pendekatan keseluruhan universiti 1

1.0

Pengenalan

Pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro 1992, terma pembangunan lestari dalam pendidikan menjadi inti pati reformasi pendidikan. Agenda 21 - Bab 36, secara terus menyokong pembangunan "universiti lestari" menggalakkan pembangunan strategi dan pelan untuk penyelidikan dan pendidikan kelestarian. Selain itu, Agenda 21 turut menyeru membuat keputusan bersepadu berdasarkan maklumat bersepadu bagi membolehkan individu, organisasi, institusi, perniagaan, dan kerajaan menggabungkan pertimbangan dan matlamat alam sekitar ke dalam keputusan sosial, ekonomi. Bagi institusi pendidikan tinggi untuk berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyediakan graduan yang menyertai dengan penuh tanggungjawab sebagai rakyat dalam abad ke-21, mereka mesti menjadi model untuk kelestarian (Essex Report 1995; Cortese 1999). Di peringkat universiti, keseluruhan dimensi kelestarian sepatutnya diteliti dan diaplikasikan kerana universiti menjadi sebahagian daripada pergerakan pembangunan yang lestari. Maka, universiti mempunyai tanggungjawab khas dalam mengintegrasikan kelestarian dalam operasi bagi mengurangkan jejak alam sekitar, penyampaian pembelajaran dan peluang penyelidikan (Cortese, 2003; Velazquez et al., 2006; Moudrak 2011). Namun begitu, hasrat ini tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya kerana menurut Calder dan Clugston, (2003) terdapat halangan yang mengganggu proses integrasi kelestarian ke dalam universiti kerana kekurangan kekurangan rangsangan untuk berubah disebabkan kekurangan strategi pelaksanaan, proses pemantauan dan bimbingan yang sewajarnya. Inisiatif kelestarian perlu dipupuk oleh pelbagai pihak berkepentingan berdasarkan kedudukan dan peranan masing-masing (Sohif Mat et al, 2009). Selain itu, universiti perlu secara aktif melibatkan pengetahuan komuniti universiti untuk menangani cabaran ekologi dan sosial yang dihadapi kini dan masa akan datang (Cole, 2002). Konsep kelestarian diguna pakai di universiti merupakan salah satu cara untuk memenuhi keperluan, menyatakan potensi dan keupayaan, merancang dan bertindak mengekalkan prinsip kelestarian secara berterusan. 2.0

Model Kampus Lestari

Kelestarian universiti didefinisikan oleh Velazquez et al. (2006) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, secara keseluruhan atau sebahagian yang menekankan, terlibat dan mempromosikan pada peringkat serantau atau global, meminimakan kesan negatif alam sekitar, ekonomi, masyarakat dan kesihatan yang dijana dalam penggunaan sumber bagi memenuhi fungsi pengajaran, penyelidikan, jangkauan dan perkongsian dan pengawasan dalam cara membantu masyarakat membuat transisi ke arah gaya hidup lestari. Model kelestarian universiti mewakili prosedur sistematik bagaimana manusia bertanggungjawab terhadap inisiatif kelestarian dalam institusi akademik yang boleh memberikan momentum awal memulakan dan meneruskan langkah yang lebih maju dalam proses mencapai lestari (Velazquez et al. 2006). Model ini juga dikenali sebagai model kampus lestari yang melibatkan integrasi kelestarian dalam aktiviti-aktiviti universiti iaitu pengajaran, penyelidikan, operasi dan hubungan dengan komuniti luar dan seterusnya membentuk sistem bersepadu sepenuhnya (Cortese, 2001; 2003; Campus 2008) seperti dalam Rajah 1. Banyak kajian (Calder & Clugston, 2003; Litten & 2

Newport, 2004; Velazquez, Munguia, Platt, & Taddei, 2006; Alshuwaikhat & Abubakar, 2008; Moudrak, 2011) telah mengakui kepentingan setiap empat teras utama dalam mengintegrasikan kelestarian di universiti. Malahan menurut Stephen et al. (2008), kelebihan model kelestarian adalah ia berpotensi mempengaruhi amalan kelestarian oleh mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi dengan cara mengenali, menghargai, mempelajari, menjadi kritis dan seterunya mencontohi. Universiti perlu melakukan sendiri pembaharuan dalam pengajaran, penyelidikan, fakulti, dan melantik kakitangan, dan pembangunan, operasi, peluang pelajar, jangkauan, dan misi dan struktur yang mantap (Calder & Clugston, 2003). Universiti yang mengambil inisiatif mengintegrasikan kelestarian ke dalam semua aktiviti-aktiviti utama universiti telah mengamalkan pendekatan secara menyeluruh dan bersepadu.

Rajah 1: Model Kelestarian Pengajian Tinggi sebagai Sistem Bersepadu Sepenuhnya (Higher Education Modeling Sustainability as a Fully Integrated System) (Cortese, 2001, 2003 dan Campus, 2008)

2.2

Operasi Kampus

Universiti mempunyai aktiviti dan operasi yang kompleks dan berpotensi memberi impak yang signifikan terhadap alam sekitar sehinggalah diberikan tumpuan yang besar sejak kebelakangan ini dalam memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitar. Universiti mempunyai kawasan yang luas, populasi yang besar dan aktiviti yang kompleks yang berpotensi secara memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada impak alam sekitar dan kelestarian dan sehingga kini ia dipandang secara meluas dalam aspek tanggungjawab sosial dan 3

alam sekitar (Alshuwaikhat & Abubakar, 2008). Menurut Alshuwaikhat dan Abubakar (2008) lagi, banyak aktiviti di universiti yang memerlukan pemantauan kesan signifikan terhadap alam sekitar seperti penggunaan bengkel dan makmal, penyelenggaraan bangunan dan tanah dan penggunaan tenaga dan bahan. Oleh itu, pendidikan tinggi selari dengan sektor korporat kerana institusi pendidikan tinggi mengalami liabiliti alam sekitar yang signifikan dengan menggunakan kuantiti besar tenaga, air, menghasilkan sisa pepejal dan menggunakan rantai bekalan yang banyak (Stafford, 2010). Operasi kampus di kolej atau universiti akan menjadi asas mengurangkan jejak ekologi (ecological footprint) institusi (Calder & Clugston 2003). Deklarasi Talloires (1990) turut menyeru untuk operasi fizikal yang lebih lestari, dan universiti perlu menjadi contoh bertanggungjawab ke atas alam sekitar dengan mewujudkan dasar-dasar ekologi dan amalan institusi pemuliharaan sumber, kitar semula, pengurangan sisa, dan operasi mesra alam sekitar, (University Leaders for a Sustainable Future, 1990). Manakala, Deklarasi Kyoto (1993) menggalakkan universiti untuk menyemak operasi fizikal mereka bagi memastikan ia mencerminkan amalan kelestarian yang baik. Menurut Wright (2002) pula, bagi institusi tertentu, dasar operasi fizikal yang lestari yang paling utama dengan majoriti dasar-dasar yang menyenaraikan tugas-tugas untuk universiti untuk melaksanakan bagi mencapai kelestarian fizikal kampus. Operasi kampus lestari merujuk kepada sistem pengurusan alam sekitar (Sohif et al. 2009). Alshuwaikhat & Abubakar, (2008) mencadangkan tiga strategi mempunyai inisiatif yang boleh membawa kepada misi mencapai kelestarian iaitu pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar (Enrivonmental Management System, EMS), penyertaan awam dan tanggungjawab sosial, pengajaran dan penyelidikan kelestarian. Oleh itu, keberkesanan sistem pengurusan alam sekitar menjadi alat untuk menguruskan dan memperbaiki pengurusan institusi pendidikan tinggi dan seterusnya mengurangkan penyebaran kesan negatif terhadap alam sekitar.

2.3

Pendidikan

Universiti memikul tanggungjawab moral yang besar untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai diperlukan untuk mewujudkan masa depan adil dan lestari. Pendidikan kelestarian didefinisikan sebagai pendidikan yang menumpukan terhadap konsep kelestarian dalam apa jua bentuk yang bersesuaian dengan nilai kelestarian (Moore 2005). Moore juga turut menerangkan ciri-ciri pendidikan kelestarian mestilah berbentuk antaradisiplin, kolaboratif dan berpotensi transformatif. Menurut Filho (2002) cabaran utama dalam pendidikan adalah untuk mengenal pasti, memahami dan menggalakkan inisiatif pendidikan tinggi ke arah pembangunan lestari. Oleh itu, universiti perlu menyumbang kepada peralihan masyarakat ke arah kelestarian dengan menjadi model amalan lestari bagi masyarakat, mengajar pelajar kemahiran integrasi, sintesis, dan sistem pemikiran dan bagaimana untuk menangani masalah-masalah kompleks yang diperlukan untuk menghadapi cabaran kelestarian (Stephen et al. 2008). Institusi pendidikan tinggi digalakkan mengambil langkah mempromosikan amalan persekitaran lestari dalam kampus melalui proses pembelajaran yang mampu membentuk sikap lestari dan kemahiran dalam berfikir, mengintegrasikan, mensintesiskan dan menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan cabaran kelestarian. Wals dan Corcoran (2006) memberikan cadangan bagi prinsip mengintegrasikan pembangunan lestari dalam pendidikan tinggi adalah dengan penerapan sepenuhnya, kepelbagaian gaya pembelajaran, penyertaan aktif, menghargai nilai, pendekatan pembelajaran kes, dimensi sosial pembelajaran dan belajar untuk bertindak. Integrasi kelestarian pendidikan pada semua peringkat terutamanya peringkat 4

universiti, perlu diberi pertimbangan segera bagi memastikan graduan mempunyai paduan pengetahuan kelestarian dan kebolehpasaran yang betul dengan dalam konteks kemahiran (Suzyrman et al. 2010). Oleh itu, kursus seluruh kurikulum perlulah menampilkan topik kelestarian seperti globalisasi, ekologi, keadilan sosial, dan pembangunan pengeluaran dan penggunaan lestari, dan sebagainya. Jelaslah bahawa pendidikan tinggi mempunyai potensi yang unik untuk menjadi pemangkin yang mempercepatkan peralihan masyarakat ke arah kelestarian.

2.4

Penyelidikan

Sektor penyelidikan universiti mempunyai peranan penting dari segi kesan-kesan jangka pendek dan panjang. Bidang penyelidikan yang berkaitan kelestarian adalah seperti isu-isu alam sekitar, teknologi dan inovasi alam sekitar dan alternatif bagi mengurangkan kesan negatif kepada ekologi. Secara umumnya diakui bahawa penyelidikan, sebagai penjana pengetahuan baru, termasuk yang dijalankan di universiti-universiti, adalah penting bagi pembangunan lestari. Nyata sekali, universiti memikul tanggungjawab untuk menyumbangkan penyelidikan mereka kepada pembangunan lestari. Selain itu, memandangkan keperluan yang mendesak untuk kelestarian, universiti harus mempertimbangkan penyelidikan bagi pembangunan lestari bukan sekadar sebagai latihan akademik tetapi sebaliknya sebagai respons penting kepada krisis kelestarian berkembang pesat dan menjadi agenda penyelidikan paling utama. Menurut Waas et al. (2010) penyelidikan universiti bagi pembangunan lestari ditakrifkan sebagai semua penyelidikan yang dijalankan dalam konteks institusi universiti yang menyumbang kepada pembangunan lestari. Kajian oleh Waas et al. (2010) telah mengenal pasti lapan ciri-ciri penyelidikan universiti untuk pembangunan lestari. Ciri-ciri tersebut adalah berorientasikan tindakan, bersifat antara disiplin, kerjasama antara sektor, kerjasama di peringkat antarabangsa, fokus isu tempatan, aplikasi, pengetahuan tempatan, berorientasikan masalah dan mengandungi pautan kelestarian. Cortese (2003) pula memberikan saranan untuk menggunakan fakulti dan pelajar untuk menjalankan penyelidikan sebagai sebahagian daripada pengalaman pembelajaran yang akan meningkatkan pendidikan dan kemahiran mereka serta memupuk perasaan yang kuat berkaitan penjagaan ekosistem dan masyarakat tempatan. Contoh penyelidikan universiti yang secara signifikan akan memberi tumpuan kepada pembangunan lestari, adalah tenaga boleh diperbaharui, reka bentuk membina lestari, ekonomi ekologi, penduduk dan pembangunan, keadilan alam dan sebagainya (Calder & Clugston 2003). Persepsi penyelidikan dan pencapaian teknologi kesan alam sekitar telah berubah sejak ia mula diterima pakai oleh masyarakat. Menyedari penyelidikan telah melampaui tembok universiti kerana ia dilihat sebagai penyelesaian kepada cabaran kelestarian malahan membentuk peralihan ke arah kelestarian iaitu satu konsep baru bagi kedua-dua penciptaan pengetahuan batu dan pertukaran pengetahuan melalui perkongsian.

2.5

Jangkauan Luar

Jangkauan merupakan satu usaha oleh individu –individu dalam sesebuah organisasi atau kumpulan untuk menghubungkan idea-idea atau amalan kepada usaha-usaha organisasi lain, kumpulan tertentu dan atau orang awam. Universiti dan masyarakat mempunyai hubungan 5

bersama. Universiti adalah sebuah pembekal profesional dan pengetahuan. Peluang pelajar dan penglibatan di kampus akan mencerminkan komitmen yang mendalam untuk kelestarian melalui amalan institusi seperti orientasi pelajar baru, biasiswa latihan dan kaunseling penempatan kerja yang berkaitan khidmat masyarakat, kelestarian dan isu-isu berkaitan. Alshuwaikhat dan Abubakar (2008) mencadangkan jangkauan komuniti kampus melibatkan keadilan sosial dan khidmat masyarakat. Keadilan sosial adalah berkaitan dengan menggalakkan maruah keadilan, kesaksamaan, keamanan dan keadilan, keselamatan, hak asasi manusia, pertimbangan kesihatan dan keselamatan dalam kelestarian, melibatkan pengenalan terhadap idea baru, kemahiran dan teknologi yang diperlukan oleh komuniti setempat dan memahami sistem membuat keputusan setempat, pembahagian jantina dan kelebihan budaya dan menyediakan bantuan dan jagaan khas bagi golongan kurang upaya. Manakala khidmat masyarakat adalah berkenaan menawarkan projek komuniti dan perkhidmatan kesedaran, bekerja dengan komuniti setempat untuk mendapatkan gambaran kepentingan alam sekitar dan menjadikan kampus sebagai pusat komuniti mendidik dan menyedarkan komuniti setempat. Masyarakat setempat juga boleh menyediakan pelbagai sumber untuk membantu usaha kelestarian dan mereka adalah terdiri daripada alumni, perniagaan, pembekal sumber, organisasi komuniti dan persatuan professional. Calder dan Clugston (2003) mencadangkan kesepakatan antara universiti dan institusi antara kerajaan mengenai peranan dan fungsi universiti berhubung kelestarian seperti inisiatif perkongsian adalah dalam penyelidikan dan pembangunan, badan bukan kerajaan mengorganisasikan bengkel atau persidangan mengenai kelestarian, menggalakkan penglibatan, minat dan kesan komuniti kampus dalam proses membuat keputusan, perancangan dan pelaksanaan amalan kelestarian dengan menubuhkan perbincangan kumpulan fokus, temu bual dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan input. Perkongsian boleh dilaksanakan pada semua peringkat iaitu setempat, nasional atau antarabangsa dan perkongsian penting kerana ia menggalakkan dan memberi inspirasi fakulti dan kakitangan yang melabur masa dan sumber ke dalam inisiatif (Brinkhurs et al. 2011). 3.0

Pendekatan seluruh universiti (whole university approach) Pendekatan seluruh universiti (whole university approach) mampu untuk mengoptimumkan peranan universiti sebagai ejen perubahan (Mcmillin & Dyball 2009). Pendekatan ini jelas menghubungkan penyelidikan, pendidikan dan operasi kampus yang menjadi teras utama universiti seperti dalam Rajah 2. Selain itu, pendekatan ini membuka ruang kerjasama antara dimensi yang terlibat dan seterusnya memberikan banyak faedah positif seperti penyelesaian kepada masalah kelestarian; membina kepercayaan di kalangan pelajar, pentadbir dan ahli akademik dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna bagi pelajar. Menurut (Mcmillin & Dyball, 2009) lagi, pendekatan ini menggambarkan universiti beroperasi seperti bandar mini dan semua bahagian saling bergantungan untuk dibangunkan secara lestari. Pendekatan seluruh-universiti merupakan sasaran aspirasi untuk kebanyakan institusi, dan model ini menyediakan satu rangka kerja bagi melaksanakan kelestarian ke dalam organisasi. Pendekatan ini bertujuan untuk memecahkan halangan antara unit-unit fungsi institusi yang sedia ada. Sebagai contoh, struktur universiti mungkin tidak membenarkan untuk penyelidikan membawa pengajaran atau menghubungkan ahli akademik untuk operasi kampus. Operasi kampus dan pengurusan kemudahan umumnya dianggap sebagai operasi fizikal universiti dan mempunyai sedikit kaitan dengan kurikulum atau penyelidikan. 6

Rajah 2: Pendekatan Keseluruhan Universiti untuk Kelestarian (Mcmillin & Dyball, 2009) Pendekatan keseluruhan ini menunjukkan hubungan antara manusia dan ekosistem bagi mencari amalan alternatif dan sikap untuk meminimakan impak negatif ke atas alam sekitar, memelihara sumber asli dan menjaga biodiversiti alam sekitar kampus bagi menyediakan habitat sihat spesies tempatan dan mempertimbangkan impak sosial, ekonomi dan alam sekitar kepada polisi operasi dan menggalakkan proses penyertaan dalam membangunkan polisi (Perna et al. 2007). Telur kelestarian yang menjadi kerangka Campus Sustainability Assessment Framework (CSAF) seperti dalam Rajah 3 menunjukkan manusia sebagai subsistem yang menjadi tunggak memastikan keseluruhan sistem untuk berfungsi dan sejahtera. Setiap subsistem terdapat lima kategori atau dimensi utama yang mewakili isu utama kelestarian kampus. Dimensi dalam ekosistem adalah udara, air, tanah, bahan dan tenaga. Manakala dimensi manusia merupakan pengetahuan, komuniti, ekonomi dan kekayaan, urus tadbir dan kesihatan dan kesejahteraan. CSAF berfungsi penunjuk terhadap komitmen institusi pendidikan tinggi terhadap isu kelestarian dan alat yang komprehensif mempromosi universiti sebagai model mengintegrasikan prinsip pembangunan lestari dalam proses membuat keputusan (Beringer 2006). Teori refleksi boleh digunakan untuk menggariskan panduan proses mengintegrasikan kelestarian ke dalam institusi pendidikan tinggi supaya tindakan jelas bagaimana kelestarian pendidikan tinggi dimasukkan ke dalam (Adomssent, Godemann, & Michelsen, 2008). Pendekatan seluruh universiti, bagaimanapun, mengakui bahawa semua fungsi institusi yang boleh mendapat manfaat daripada perkongsian pengetahuan dan bahawa setiap pengaruh pengalaman pembelajaran pelajar.

7

Rajah 3: Telur Kelestarian CSAF (Cole, 2003) .

3.1

Urus Tadbir Universiti

Struktur tadbir urus penting dalam menggalakkan amalan lestari (Moore et al. 1997) kerana perubahan sistemik atau perubahan di setiap peringkat tadbir urus universiti diperlukan bagi melaksanakan amalan kelestarian dengan efektif (Shriberg 2000). Tadbir urus universiti mempunyai keupayaan dan tanggungjawab dalam membantu universiti memenuhi tanggungjawabnya untuk mewujudkan suasana yang sihat, adil dan lestari. Model struktur organisasi universiti lestari yang dicadangkan oleh Velazquez et al. (2006) melibatkan proses pengurusan strategik iaitu melibatkan empat fasa bermula dengan membangunkan visi kelestarian untuk universiti, membentuk misi kelestarian universiti, menubuhkan jawatankuasa kelestarian yang berperanan membangunkan polisi, sasaran dan objektif kelestarian dan fasa terakhir adalah melaksanakan strategi-strategi kelestarian dalam pendidikan, penyelidikan, jangkauan dan perkongsian dan dalam aktiviti fizikal atau operasi kampus. Menurut Perna et al. (2007), perancangan untuk mengintegrasikan kelestarian dalam struktur tadbir urus boleh dilaksanakan dengan menggalakkan universiti menandatangani deklarasi kelestarian dan alam sekitar sebagai langkah awal menunjukkan komitmen ke arah kelestarian. Dalam bidang tadbir urus faktor kejayaan integrasi keseluruhan kelestarian dalam perancangan kampus adalah mendapat sokongan yang tersebar, komitmen kepimpinan, perancangan strategik, mewujudkan pejabat atau professional lestari budaya, komunikasi, aktiviti akar umbi, melaksanakan mekanisma maklum balas dan memberi arahan tindakan yang lestari (Laroche, 2009). Fakulti dan kakitangan adalah agen pertengahan perubahan dalam kampus universiti kerana mewakili 8

golongan pertengahan yang mempunyai daya transformatif (Brinkhurs et al. 2011). Mereka merupakan pihak berkepentingan yang berpotensi untuk merubah universiti dari dalam dan luar dan memberikan kefahaman bagaimana universiti berfungsi, kepelbagaian kepakaran teknikal dan hubungan mereka di antara peringkat atasan dan bawahan universiti.

4.0

Tahap Integrasi Kelestarian ke dalam Universiti

Isu kelestarian menjadi kompleks, multi-dimensi dan saling berhubungan dan memerlukan pendekatan bersepadu dan sistematik dalam proses membuat keputusan, pengurusan dan pelaburan. Kajian yang dilaksanakan oleh beberapa universiti di negara berbeza menyokong pendapat bahawa kefahaman dan pelaksanaan konsep kelestarian pada peringkat pendidikan tinggi memerlukan kajian mendalam dan meluas terutama menggunakan pendekatan antaradisiplin (Grundey 2009). Mengintegrasikan kelestarian ke dalam universiti adalah proses yang memerlukan teori refleksi yang menunjukkan dengan jelas bagaimana kelestarian pendidikan tinggi dimasukkan ke dalam tindakan (Adomssent et al. 2008). Model kelestarian universiti mestilah mewakili prosedur sistematik bagaimana manusia bertanggungjawab terhadap inisiatif kelestarian dalam institusi akademik yang mencapai momentum awal untuk memulakan langkah awal dan meneruskan kepada langkah yang lebih maju dalam proses menjadi lebih lestari (Velazquez et al. 2006). Model klasifikasi universiti lestari yang dibentangkan oleh Weenan (2000) dalam Rajah 4 menyediakan beberapa panduan kepada klasifikasi universiti yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai bantuan untuk menilai dimensi, status dan tahap komitmen universiti ke arah kelestarian. Model dicadangkan oleh Weenan (2000) ini mengandungi empat tahap penglibatan universiti dalam kelestarian iaitu pada tahap pertama penglibatan universiti tertumpu pada operasi universiti sahaja. Tindakan universiti mengamalkan kawalan dan pencegahan bagi memininakan kesan terhadap alam sekitar dalam operasi kampus dianggap sebagai langkah awal ke arah kelestarian. Ini kerana universiti dinilai sebagai satu unit organisasi yang mempunyai aktiviti kompleks yang memberi kesan kepada alam sekitar (Alshuwaikhat & Abubakar, 2008; Sohif et al. 2009). Tahap kedua pula merujuk kepada sejauh mana kepentingan penyelidikan dan pendidikan ke arah kelestarian. Tahap 1 dan 2 ini boleh supaya operasi universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan dan pendidikan. Oleh itu, ia dapat menyediakan kerja-kerja dalaman yang merangsang, menyokong, memandu atau memulakan pembangunan lestari universiti.

9

Rajah 4: Model klasifikasi universiti lestari oleh Weenan (2000) Tahap ketiga penglibatan universiti melibatkan pengurusan universiti. Pengurusan universiti boleh menetapkan mekanisma untuk merangsang, menilai dan menilai kemajuan dalam integrasi atau reka bentuk semula organisasi yang diperlukan untuk memenuhi cabaran pembangunan lestari. Menurut Rowe (2002) kegagalan universiti untuk melaksanakan perubahan dalam operasi dan pendidikan adalah kerana mengabaikan tanggungjawab untuk mengukuhkan pelajar dengan pemahaman, keupayaan dan memperkasakan mereka sebagai ejen perubahan positif untuk masa depan yang lebih lestari. Disebabkan oleh kerumitan institusi pendidikan tinggi dan perubahan berterusan dalam pengetahuan mengenai kelestarian, universiti perlu berterusan menyasarkan amalan kelestarian universiti yang sesuai (Sharp, 2002). Sharp juga berpendapat kegagalan kebanyakan cubaan universiti membuat perjanjian mengenai matlamat, alternatif dan program penyelesaian kelestarian disebabkan oleh kekompleksan organisasi universiti itu sendiri dan kegagalan mendapatkan penyelesaian kepentingan alam sekitar. Maka universiti sewajarnya menyumbangkan sokongan yang kukuh kepada seluruh warga universiti melalui penyataan misi dan visi pada tahap empat. Tahap ini adalah penglibatan universiti yang tertinggi dan holistik. . Sterling (2004) pula cuba telah merangka mekanisma yang mungkin bagi universiti kepada teori menjadi lestari melalui pembelajaran yang mendalam dan tahap tindak balas yang dicadangkan seperti dalam Jadual 1, dari sangat lemah kepada sangat kuat. Tahap kosong (sangat lemah) berlaku sama ada penafian mutlak atau respons dengan institusi itu tidak memahami pentingnya kelestarian. Tahap tindak balas kedua (penyesuaian) ditunjukkan melalui 10

respon bolt-on idea kelestarian dan amalan kepada sistem yang sedia ada, yang sebahagian besarnya masih tidak berubah. Tahap respons ketiga (reformasi) yang ditunjukkan oleh sebuah bangunan di idea kelestarian ke dalam sistem yang sedia ada, membawa kepada utamapenghijauan operasi. Tahap keempat (transformasi) berlaku apabila institusi mereka bentuk keseluruhan sistem berintegrasi dengan kelestarian. Menurut Sterling (2004) lagi, keseluruhan sistem perubahan memerlukan terma-4 Ps paradigma (Paradigm), tujuan (Purpose), dasar (Policy), dan perubahan amalan (Practices). Perubahan sistemik dalam konteks ini memerlukan penyelarasan dan penambahbaikan banyak unsur individu. Jadual 1: Tahap Integrasi Kelestarian di Universiti (Sterling, 2004) Tahap 0

Jenis Perubahan

Jenis Pembelajaran

Respons

Kesan terhadap Pendidikan ke arah Pembangunan Lestari Keadaan pendidikan

5.0

Tiada atau perubahan sangat lemah

Kejahilan atau penolakan (tiada pembelajaran) Penolakan atau minimum

Tahap 1: Penyesuaian Accommodation Gloss hijau

Tahap 2: Reformasi Reformation Reformasi serius

Level 3: Transformasi Transformation Reka bentuk semula keseluruhan sistem

Adaptif

Refleksi kritikal

Transformatif

‘Bolt-on’

Dibina semula atau direka semula Integratif keseluruhan

Pendidikan lestari

Tiada perubahan

Reformasi kosmetik

Terbina bersama ‘Build-in’ Penghijauan serius

Seperti biasa

Pendidikan mengenai kelestarian

Pendidikan untuk kelestarian

Kesimpulan

Universiti yang lestari adalah sebuah organisasi yang mempunyai strategi kelestarian yang jika cukup fleksibel untuk mengambil kira dinamik persekitaran dalaman dan luaran, pengurusan berwawasan proaktif, budaya organisasi yang kukuh, prestij yang diiktiraf dengan meluas, menikmati sokongan masyarakat (Ştefănescu et al. 2010). Dengan mempertimbangkan 11

potensi universiti sebagai agen perubahan membantu menonjolkan mekanisma berpotensi untuk meningkatkan keupayaan masyarakat yang berterusan, kajian lebih mendalam boleh dilaksanakan bagi menggalakkan proses universiti dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan kelestarian di semua peringkat komuniti dalam universiti dengan membantu universiti mengakses kepelbagaian isu kelestarian yang sebelum ini dianggap tidak penting , membina jambatan komunikasi dan kefahaman mengenai kelestarian universiti antara fakulti, kakitangan dan pelajar dan mencadangkan amalan kelestarian terbaik di universiti. 6.0

Rujukan

Adomssent, M., Godemann, , J. & Michelsen, G. (2008) “Sustainable University” – empirical evidence and strategic recommendations for holistic transformation approaches to sustainability in higher education institutions. Proceedings of the 4th International Barcelona Conference on Higher EducationVol. . Higher education for sustainable development. GUNI - Global University Network for Innovation – www.guni -rmies.net Alshuwaikhat, H. M. & Abubakar, I. (2008). An integrated approach to Achieving campus sustainability: assessment of the current campus environmental management practices. Journal of Cleaner Production 16. pp 1777-1785 Beringer, A. (2006). Campus sustainability audit research in Atlantic Canada: pioneering the campus sustainability assessment framework. International Journal of Sustainability in Higher Education Vol 7 No.4 pp 437-455 Brinkhurst, M., Rose, P., Maurice, G. & Ackerman, J. D. (2011). Achieving campus sustainability: top-down, bottom-up, or neither? International Journal of Sustainability in Higher Education. 12 (4) pp 338-354

Calder, W. & Clugston, R. (2003). Progress toward Sustainability in Higher Education, Environmental Law Reporter, 33, pp 10003-10023. Clugston, Richard, & Calder, Wynn. (1999). “Critical Dimensions of Sustainability in Higher Education”. In Walter Leal Filho (ed.), Sustainability and University Life. published by Peter Lang. Retrieved from http://www.ulsf.org/pdf/Critical_dimensions_SHE.pdf Cole, L. (2003). Assessing Sustainability On Canadian University Campuses: Development Of A Campus Sustainability Assessment Framework. Royal Roads University. USA Cortese, A. D. (1999). Education For Sustainability The University As A Model Of Sustainability. Second Nature. Boston, USA. pp1-4

12

Cortese, A. D. (2003). The Critical Role of Higher Education in Creating a Sustainable Future Higher education can serve as a model of sustainability by fully integrating all aspects of campus life. Planning for Higher Education March–May 2003. pp 15-22 Filho, W. L. (2002), Teaching Sustainability at Universities: Towards curriculum greening. Peter Lang. Frankfurt/M., Berlin, Bern, Bruxelles, New York, Oxford, Wien. Laroche, D. L. (2009). Tracking Progress: Development and Used of Sustainability Indicator in Campus Planning and Management. A Dissertation Presented in Partial Fulfillment of the requirement for the Degree Doctor of Philosophy. Arizona State University, USA. ProQuest Dissertation and Theses Litten, L. & Newport D. (2004). Measure Today, Here Tomorrow: Exploring IR’s Role in Producing Indicators That Will Help Assure Sustainable Institutions and a Sustainable Society. Office of Sustainability University of Florida. Retrieved from http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED491009.pdf Grindsted, T. S. (2011). Sustainable universities – from declarations on sustainability in higher education to national law. Environmental Economics, Volume 2, (2). Grundey, D. (2009). An interdisciplinary approach towards sustainable governance of universities: the case of Lithuania. Economic and Environmental Studies. 9, (1) pp31-44, Mcmillin, J. & Dyball, R. (2009). Developing a Whole-of-University Approach to Educating for Sustainability : Linking Curriculum, Research and Sustainable Campus Operations . Journal of Education for Sustainable Development 2009 3: 55. pp55-64 Moore, J. (2005). Is Higher Education Ready for Transformative Learning? A Question Explored in the Study of Sustainability. Journal of Transformative Education 3 (1) pp 76-91 Moudrak, N. (2011). Developing a First-Time Sustainable Development Report for a Higher Education Institution: Process, Content and Format. A thesis presented to the University of Waterloo in fulfillment of the thesis requirement for the degree of Master of Arts in Planning Waterloo, Ontario, Canada. Perna, T. Carriere, J. & Chang, J. (2007). Sustainability Governance : Evaluating Policy. Development and Implementation Structures at the University of Toronto. Rowe, D. (2002). Environmental literacy and sustainability as core requirements: success stories and models. In Filho, W. L. (Eds), Teaching Sustainability at Universities: Towards curriculum greening. Frankfurt am Main: Peter Lang. pp. 79-103. Sharp, L. (2005). Campus Sustainability Practitioners: Challenges For A New Profesion. Director, Harvard Green Campus Initiative Resources for Campus Sustainability Officers: Building the Profesion. Retrieved from http://www.aashe.org/documents/resources/pdf/challenges_for_a_new_profession.pdf 13

Shriberg, M. (2002). Institutional Assessment Tools for Sustainability in Higher Education; Strenghts, weaknesses and Implications for practice and theory. International Journal of Sustainability in Higher Education 3 (3) pp 254-270 Sohif Sohif Mat, Kamaruzzaman Sopian, Mazlin Mokhtar, Baharuddin Ali, Halimaton Saadiah Hashim, Abdul Khalim Abdul Rashid, Muhammad Fauzi Mohd Zain & Nurakmal Goh Abdullah (2009). Managing Sustainable Campus in Malaysia – Organisational Approach and Measures. European Journal of Social Sciences – Volume 8, Number 2 (2009).pp 201-213 Ştefănescu R., Căndea D. & Căndea R. (2010). The Sustainable University. Review of International Comparative Management Volume 11, Issue 5, December 2010. pp 841-852 Stephens J. C., Hernandez M. E., Román M., Graham A. C. & Scholz, R. W. (2008). Higher Education as a Change Agent for Sustainability in Different Culture and Contexts. International Journal of Sustainability in Higher Education. Vol 9(3). pp 317-338 Sterling S. (2004). Higher Education, Sustainability and the Role of Systemic Learning. Peter Blaze Corcoran & Arjen E.J. Wals (eds). Higher Education and The Challenge of Sustainability: Problematis, Promise and Practise. Kluwer Academic Publisher. Netherland. pp 49-68 Suzyrman Sibly, Salfarina A. Gapor & Kanayathu C. Koshy (2010). Implementation of The New Economic Model; The Role of Education for Sustainable Development in Building Knowledge Base Infrastructure, Centre for Global Sustainability Studies, USM Waas, T., Verbruggen, A. & Wright T. (2010). University research for sustainable development: definition and characteristics explored. Journal of Cleaner Production 18 (2010). pp 629–636 Wals, A. E. J. & Corcoran P. B. (2004). The Promise of Sustainability in Higher Education: An Introduction. In Peter Blaze Corcoran & Arjen E.J. Wals (eds). Higher Education and The Challenge of Sustainability: Problematis, Promise and Practise. Kluwer Academic Publisher. Netherland. pp 49-68 Weenen, H. V. (2000). Towards a vision of a sustainable university International Journal of Sustainability in Higher Education, Vol. 1 No. 1, 2000. pp. 20-34 Williams, P. M. (2008) university leadership for sustainability An active dendritic framework for enabling connection and collaboration. Doctor of Philosophy Thesis. Victoria University of Wellington. New Zealand Wright, T. S. 2002. Definitions and frameworks for environmental sustainability in higher education. International Journal of Sustainability in Higher Education 3(3) pp 203-220 Velazquez, C.& Eduardo L. (2002). Sustainable universities around the world: "A model for fostering sustainable university programs. ProQuest Dissertations and Theses; 2002 14

Velazquez, L., Munguia, N. & Sanchez, M. (2005). Deterring sustainability in higher education institutions: An appraisal of the factors which influence sustainability in higher education institutions. International Journal of Sustainability in Higher Education. Vol. 6 No. 4, 2005 pp. 383-391 Velazquez, L. Munguia, N., Platt, A. & Taddei, J. (2006). Sustainable university: what can be the matter? Journal of Cleaner Production 14 (2006) pp 810-819.

15