Kajian Pengajaran: Meningkatkan Kemahiran Bertutur bagi

berdasarkan gambar dalam peperiksaan. Dapatan daripada rancangan pengajaran pertama dibincangkan dan diperbaiki sebelum diterapkan oleh setiap guru se...

0 downloads 13 Views 268KB Size
Kajian Pengajaran: Meningkatkan Kemahiran Bertutur bagi Murid Sekolah Rendah Helmeleya Mohd Jamil [email protected] Sekolah Rendah Huamin Pusat Bahasa Melayu Singapura

Abstrak Kajian

Pengajaran

ini

dijalankan

untuk

meningkatkan

kemahiran

bertutur

berdasarkan gambar bagi murid-murid Darjah 5. Seramai 21 orang murid Darjah 5 dari sebuah sekolah rendah telah terlibat dalam Kajian Pengajaran ini. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pemantauan dalam aktiviti lisan sempena aktiviti Dwi—minggu Bahasa Melayu. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid lazimnya menerangkan gambar yang diberikan dengan ringkas tanpa struktur yang standard. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti kelakonan murid dan membantu mereka supaya dapat menerangkan gambar secara teratur melalui satu struktur yang tersusun. Struktur yang dinamakan SMC-Story, Moral and Comment. Strategi Modelling melalui klip video telah dipilih untuk menunjukkan contoh struktur yang dikehendaki. Setelah aktiviti-aktiviti dan pelajaran intervensi dijalankan, 71.4% murid telah memperoleh sekurang-kurangnya 75% markah atau lebih bagi peperiksaan akhir tahun berbanding dengan 47.6% murid bagi peperiksaan pertengahan tahun. Dari itu, strategi yang digunakan telah menunjukkan keberkesanannya

dalam

membantu

murid

meningkatkan

kemahiran

berdasarkan gambar.

Kata Kunci Kajian Pengajaran, Kemahiran Bertutur, Berdasarkan Gambar 2

bertutur

Pengenalan

Kemahiran lisan selalu dikaitkan dengan kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu hari ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merangkumi keupayaan pelajar untuk menyampaikan maklumat, pendapat dan perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan secara sopan. Usaha untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kecekapan dalam kemahiran lisan merupakan satu cabaran. Oleh itu, pengajaran lisan tidak seharusnya sekadar menunjukkan dan menekankan proses pertuturan yang baik sahaja tetapi merupakan proses yang memerlukan struktur standard yang dapat membimbing pelajar untuk bertutur dengan teratur dan padat.

Pernyataan Masalah Guru sering mengajar pelajar cara-cara untuk menerangkan gambar dalam aktiviti lisan. Namun, kaedah yang digunakan berbeza-beza dari guru ke guru. Pelajar sering diminta untuk menerangkan mengenai aktiviti di dalam gambar namun, tiada struktur standard yang pernah diterapkan agar pelajar dapat memberikan idea dengan tersusun dan padat. Dari itu, ramai pelajar yang akan menerangkan gambar lisan mengikut cita rasa mereka sendiri. Penguasaan kosa kata pelajar yang terbatas juga menjejas pertuturan dan menyebabkan pelajar bertutur dengan ayat-ayat yang pendek dan tidak menarik. Bahkan, pelajar sering tidak menyokong idea-idea mereka dengan penjelasan lanjut dan pertimbangan moral berdasarkan gambar yang diberikan. Selain itu juga, para guru di menginginkan satu struktur yang dapat membuahkan cara pertuturan yang standard dalam kalangan para pelajar. Guru mengenalpasti bahawa sebilangan besar pelajar tidak pasti mengenkehendak dalam penerangan berdasarkan gambar. Dari itu, cara perbualan mereka berbeza-beza. Ada yang padat dan ada juga yang setakat menyentuh secara ringkas. Idea yang diberikan oleh pelajar pula tidak tersusun dan secara keseluruhan, tidak mempunyai

struktur. Melalui kajian ini, guru berharap untuk menyediakan satu struktur yang dapat membimbing cara pelajar memberikan idea mereka dalam aktiviti lisan.

Tujuan kajian

Objektif kajian pengajaran ini adalah seperti berikut: 1.

Menyediakan struktur untuk aktiviti lisan menerangkan gambar.

2. Meningkatkan kemahiran bertutur pelajar dalam aktiviti lisan menerangkan gambar secara standard.

Persoalan yang juga ingin dijawab dengan melaksanakan kajian ini adalah : 1.

Adakah

dengan

menggunakan

struktur

dapat

membantu

murid

menerangkan gambar dengan berkesan? 2. Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran bertutur pelajar terutama bahagian penerangan gambar?

Kajian Literatur

Kajian Pengajaran, yang berasal dari negara Jepun bertujuan untuk melaksanakan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Kenkyu Jugyo, yang bermaksud kajian pengajaran dalam Bahasa Jepun merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja

memberikan

manfaat

kepada

guru

untuk

mempertingkatkan

mutu

pengajarannya bahkan juga merupakan satu kaedah yang dapat menganalisis keupayaan murid dalam pemahaman secara berperingkat tetapi menampakkan keberkesanan.

Menurut Stigler dan Heibert (1999), Kajian Pengajaran melibatkan kumpulan guru yang kerap kali berjumpa dan bermesyuarat dalam jangka masa tertentu dan ada kalanya melibatkan beberapa bulan dalam setahun untuk membina dan membentuk rancangan pengajaran, melaksanakan, menguji dan memperbaiki rancangan pengajaran beberapa kali. 4

Fang dan Kum-Eng (2010) berpendapat bahawa Kajian Pengajaran boleh menghasilkan pengajaran yang lebih baik secara berterusan. Selain itu, semangat kerjasama yang kuat terjalin ketika guru-guru melibatkan diri dalam usaha rancangan pengajaran. Kajian Pengajaran juga boleh dijadikan wadah untuk membimbing guruguru baharu. Menurut Catherine Lewis, Rebecca Perry, Jacqueline Hurd dan Mary Pat O’Connell (2006), lingkaran kajian pengajaran dapat memberikan guru fokus yang lebih kepada beberapa faktor utama berdasarkan profil, pencapaian dan maklum balas yang ditunjukkan sehingga membolehkan guru memantapkan kaedah kajian dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Christine Canning-Wilson (2000), pembelajaran bahasa yang bersifat interaktif melalui penggunaan (rakaman) video membenarkan para pelajar melihat secara tuntas di samping turut serta secara aktif akan matlamat pelajaran pada satusatu kelas dengan mengikut daya intelek serta kemampuan masing-masing. Beliau juga berpendapat bahawa pelajar suka kepada pembelajaran bahasa yang menggunakan klip video.

Kaedah Kajian Kajian pengajaran ini berdasarkan teori Van Blerkom (2008), yang berpendapat bahawa terdapat pelbagai jenis mnemonik yang dapat membantu seseorang mengingat kembali informasi. Akronim ialah salah satu mnemonik yang paling berkesan. Penggunaan akronim dapat membuat seseorang mengingati senarai perkara yang telah dipelajari.

Kajian Pengajaran telah digunakan dalam kajian ini untuk menyediakan guru dengan struktur bagi memperbaiki proses pengajaran yang sedia ada bagi kemahiran lisan. Dari itu, struktur SMC- Story, Moral, Comment telah diterapkan bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam pertuturan untuk bahagian perbualan berdasarkan gambar dalam peperiksaan. Dapatan daripada rancangan pengajaran pertama dibincangkan dan diperbaiki sebelum diterapkan oleh setiap guru secara konsisten sebagai struktur yang standard bagi mengajar pelajar bahagian perbualan berdasarkan gambar.

Subjek Kajian Kajian ini melibatkan 21 orang pelajar Bahasa Melayu Darjah 5 daripada kelas yang rendah kemahiran (lower-ability). Pemilihan ini dilakukan berdasarkan rubrik yang digunakan dalam pembelajaran lisan dalam kelas. Guru-guru mendapati bahawa pelajar-pelajar ini sering bertutur dengan ayat-ayat yang ringkas dan tidak memberikan respons peribadi. Teknik SMC ini diperkenalkan kepada pelajar supaya pelajar dapat dilengkapkan dengan struktur standard yang dapat membantu pelajar untuk menerangkan gambar dengan sistematik dan padat. Instrumen Kajian

Klip video mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelas juga digunakan dalam kajian pengajaran ini. Ini bertujuan untuk mencetus minat pelajar sepanjang sesi Kajian Pengajaran. Klip video juga digunakan untuk menunjukkan cara pertuturan yang betul. Penggunaan video bukan sahaja dapat menarik minat murid malah, dapat menunjukkan contoh struktur perbualan yang dikehendaki dengan menggunakan teknik SMC.

Kad-kad imbasan juga digunakan dalam kajian ini bagi membantu pelajar untuk mendapatkan kosa kata yang betul untuk menerangkan gambar. Kad imbasan ini

memudahkan

pelajar

untuk

bertutur

dengan

lebih

berkesan

semasa

mengaplikasikan bahagian ‘Story’ (deskripsi yang terperinci mengenai gambar) Slaid PowerPoint tentang penerangan yang teliti mengenai SMC juga digunakan dalam kajian ini. Salinan penerangan tersebut diberikan kepada pelajar sebagai rujukan semasa kerja berkumpulan. Dengan salinan penerangan ini, pelajar dapat menggunakan teknik SMC dengan betul semasa melengkapkan kerja berkumpulan.

Prosedur Kajian

Seperti yang ditegaskan oleh Ovando, Collier dan Combs (2003), pembelajaran lisan menerapkan perancahan. Murid melalui aktiviti yang pelbagai dan bertahap-tahap bagi mengukuhkan proses pembelajaran yang pelbagai dan bertahap-tahap bagi mengukuhkan proses pembelajaran. Guru membuat pemantauan sepanjang kajian pengajaran dijalankan untuk menilai pemahaman dan pertuturan pelajar

menggunakan teknik SMC. Guru memberikan perancahan (scaffolding) melalui aktiviti-aktiviti yang bertahap dan juga kepada pelajar yang lemah. Kajian pengajaran yang dijalankan ini terbahagi kepada tahap perbincangan prapelaksanaan, tahap pelaksanaan dan tahap perbincangan pascapelaksanaan. Tahap Perbincangan Prapelaksanaan

Kajian pengajaran yang dilakukan telah melalui beberapa proses perbincangan yang mendalam di antara guru-guru untuk meningkatkan persediaan dan keberkesanan pengajaran. Dengan mengambil kira profil dan keupayaan murid, pelbagai teknik dan aktiviti-aktiviti yang bertahap dijalankan untuk memudahkan pelajar mengukuhkan proses pembelajaran mereka. Perbincangan seterusnya mengenai bahan-bahan pengajaran yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan yang digunakan ini telah membantu proses pembelajaran murid dengan lebih berkesan.

Tahap Pelaksanaan Kajian Pengajaran ini dilaksanakan dalam jangka masa 90 minit. Pengajaran dimulakan dengan tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Ini dilakukan bagi menarik minat pelajar dengan situasi yang autentik serta memudahkan pelajar untuk memulakan perbualan.

Setelah itu, kerja berkumpulan dijalankan di mana pelajar memadankan kad-kad imbasan dengan aktiviti yang terdapat di gambar. Ini bagi memastikan murid tahu perkataan / frasa yang boleh digunakan untuk menerangkan aktiviti tersebut sekaligus memudahkan pertuturan mereka.

Selepas perbincangan tentang hasil kerja berkumpulan, guru mendapatkan pelajar untuk menyatakan respons mereka tentang gambar tersebut dan menuliskannya di papan tulis.

Guru seterusnya menayangkan video mengenai cara pertuturan yang dikehendaki dengan menggunakan teknik SMC. Video ini dijadikan sebagai model pertuturan kepada murid Selepas itu, guru akan menerangkan dengan terperinci tentang strategi SMC melalui slaid PowerPoint. Jadual 1: Strategi SMC

Story

pelajar dikehendaki memberikan deskripsi yang terperinci tentang gambar pelajar harus menyatakan daripada aspek moral tentang perbuatan yang dilakukan sama ada perbuatan itu betul atau salah. Pelajar juga dikehendaki menyatakan mengapa perbuatan tersebut betul atau salah pelajar memberikan komen peribadi atau bebas mengenai gambar itu

Moral

Comment

Guru menyoal pelajar bagi menguji pemahaman pelajar mengenai teknik yang baru diajar. Setelah memastikan bahawa pelajar telah memahami teknik SMC, pelajar dikehendaki melakukan kerja berkumpulan di mana setiap kumpulan akan diberikan situasi yang harus mereka terangkan. Mereka harus berbincang secara koloboratif mengenai situasi tersebut dengan menggunakan teknik SMC. Salinan penerangan mengenai SMC diberikan kepada pelajar sebagai rujukan. Ini dilakukan untuk memastikan pelajar memahami dan mengaplikasikan teknik SMC.

Dengan menggunakan strategi pembelajaran kooperatif, Number Heads Together, guru menyebut nombor dan pelajar berkongsi dapatan masing-masing. Semasa pelajar berkongsi dapatan mereka, pelajar yang lain harus membuat penilaian rakan. Penilaian yang dilakukan oleh pelajar dapat memberikan gambaran kepada

guru

sejauh

mana

murid

memahami

apa

yang

diajar

dan

mengaplikasikannya.

Tahap Perbincangan Pascapelaksanaan

Semasa kajian pengajaran ini dijalankan, guru-guru membuat pemantauan berdasarkan respons pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Selepas itu,

perbincangan dilakukan. Fokus perbincangan berpusatkan pada reaksi dan respons pelajar mengenai pengajaran ini. Perbincangan ini dapat mengukur keberkesanan pengajaran yang diajar kepada pelajar dan juga meneliti kekurangan yang harus diperbaiki bagi pengajaran selanjutnya. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Data-data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kuantitatif. Markah pelajar yang mengikuti Kajian Pengajaran telah dipantau. Data ini digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan sesudah Kajian Pengajaran. Markah-markah pelajar untuk peperiksaan lisan pertengahan tahun diambil dan dijadikan ukuran untuk menentukan keberkesanan kajian pengajaran. Markah ini dibandingkan dengan markah peperiksaan akhir tahun. Guru mendapati setelah pencelahan, 71.4% pelajar telah memperolehi sekurang-kurangnya 75% markah atau lebih bagi peperiksaan akhir tahun berbanding 47.6% pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 23.8%. Guru-guru bersependapat bahawa keputusan ini menunjukkan keberkesanan teknik SMC yang diajarkan kepada pelajar setelah mengambil kira pelajar-pelajar ini tergolong daripada kemahiran yang rendah (lower ability).

Berdasarkan

dapatan

kuantitatif

seperti

yang

tertera

di

atas,

jelas

menunjukkan kemahiran bertutur pelajar telah meningkat. Pelajar dapat mengikuti teknik SMC yang diperkenalkan kepada mereka semasa kajian pengajaran. Dengan penerangan SMC yang diberikan sebagai rujukan dan video modelling pelajar lebih memahami apa yang dikehendaki semasa bertutur untuk bahagian penerangan berdasarkan gambar. Pelajar tidak lagi menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan tidak menarik. Pertuturan mereka tentang setiap aktiviti yang tertera di gambar bukan hanya menerangkan tentang aktiviti tersebut tetapi harus merangkumi aspek moral dan komen peribadi mereka. Struktur yang disediakan dengan penggunaan teknik SMC telah membantu pelajar supaya bertutur dengan struktur yang standard dan mereka lebih berkeyakinan untuk menyampaikan idea-idea mereka bagi bahagian penerangan berdasarkan gambar.

Kesimpulan

Kajian pengajaran ini telah mencapai matlamat yang ingin dicapai dan juga menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini. Pertama, dengan menyediakan struktur melalui teknik SMC, pelajar lebih berupaya untuk menerangkan aktivitiaktiviti yang tertera di gambar lisan. Struktur yang disediakan ini dapat merangsang pelajar untuk menyampaikan idea-idea mereka dengan lebih menarik dan memberikan respons peribadi.

Dengan adanya struktur dalam teknik SMC, pelajar lebih berkeyakinan untuk bertutur dan hasilnya terbukti jika dilihat pada perubahan markah yang signifikan. Kajian pengajaran ini bukan hanya memberikan manfaat kepada pelajar, malah kepada guru-guru juga dalam menjalankan pengajaran lisan. Namun, usaha lanjutan akan tetap dilakukan untuk memperbaiki pengajaran lisan yang lebih efektif. 10

Rujukan Canning-Wilson, Christine (2000). Practical Aspects of Using Video in the Foreign Language Classroom. The internet TESL Journal 6, 11 Catherine, L., Rebecca, P., Jacqueline, H., & Matt P, O. (2006). Lesson Study Comes of Age in North America, Phil Delta Kappan, Vol.88, No. 04, pp273-281 Fang Yanping & Kristine Kim-Eng Lee (2010). Lesson Study and Instructional Improvement in Singapore. Research Brief No. 10-001, 1-4 Ovando, C., Collier, V., & Combs, M. (2003). Billingual dan ESL classrooms: Teaching Multicultural Contexts (3rd ed.). Boston: McGraw-Hill. Siti Hajar Abdul Aziz., (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Laser Press Sdn Bhd. Stigler, J., & Heibert, J., (1999). The Teaching Gap. New York: The Free Press. Yahya Don 2005. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati: Kuala Lumpur, Malaysia. Van Blerkom, D, L. (2008). Taking Charge Of Your Learning. A guide to college success. Boston: Thomson Higher Education