Keberkesanan Nearpod dalam Merangsang Minat Pelajar

Menurut penelitian data kuantitatif yang dikumpulkan daripada ujian diagnostik dan ujian pascapengajaran, penggunaan Nearpod dapat meningkatkan pemaha...

0 downloads 21 Views 2MB Size
03 Keberkesanan Nearpod dalam Merangsang Minat Pelajar Mempelajari Kata Ganda Nurain Tajudeen [email protected]

Nur Umaira Mohamad Zulkifli [email protected] Sekolah Menengah Changkat Changi

Abstrak Dengan kosa kata yang terhad, pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami maksud kata ganda berentak. Tambahan lagi, dengan profil pelajar Normal Teknikal yang lebih cenderung kepada pembelajaran interaktif, kata ganda tidak dapat difahami secara berkesan sekiranya dijelaskan guru secara lisan sahaja. Justeru, kajian ini berusaha melihat keberkesanan aplikasi Nearpod dalam meningkatkan pemahaman dan minat pelajar Normal Teknikal terhadap pembelajaran kata ganda berentak. Keupayaan aplikasi Nearpod untuk menyelitkan gambar dan bahan pandang dengar membantu pelajar mendalami makna kata ganda berentak yang dipelajari. Tambahan lagi, aplikasi tersebut berupaya menyelitkan kuiz berbentuk berbilang pilihan (MCQ) dan soalan terbuka yang dapat dimanfaatkan guru untuk meningkatkan minat dan pelibatan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi Nearpod mampu membantu pelajar memahami dan menguasai kata ganda yang pada awalnya mengelirukan bagi mereka. Kata Kunci: keberkesanan Nearpod, merangsang minat, Normal Teknikal, kata ganda berentak

73 Seminar Bahasa Melayu 2017

PENGENALAN Menurut Abbas (2006), guru bahasa Melayu menghadapi cabaran yang besar untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu dalam ruang lingkup kehidupan yang semakin rencam. Guru bahasa Melayu harus menyesuaikan pengajaran bahasa menurut trend dan keperluan semasa yang memerlukan mereka menggunakan bahan-bahan teknologi maklumat. Di samping itu, guru juga perlu bijak menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang mutakhir untuk menjadikan pembelajaran bahasa sesuatu yang diminati pelajar. Pada abad ke-21 ini, kepentingan dan kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan. Pemilihan alat ICT dan perisian yang bersesuaian dapat menarik minat para pelajar zaman ini yang merupakan peribumi digital. Salah satu aplikasi yang popular ialah Nearpod. Nearpod merupakan aplikasi percuma untuk peranti iPad. Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk mencipta bahan pembentangan yang bersifat interaktif. Para pelajar pula boleh melihat slaid pembentangan melalui peranti iPad mereka sendiri. Namun, guru mempunyai pilihan untuk mengendalikan slaid pembentangan dan pada masa yang sama mampu mengumpulkan maklum balas secara langsung sewaktu mengendalikan pengajaran tertentu. Kertas kajian ini akan mengupas keberkesanan penggunaan Nearpod dalam meningkatkan tahap pelibatan pelajar dalam pembelajaran tatabahasa. Turut dibincangkan ialah keberkesanan Nearpod dalam membantu pengajaran kata ganda berentak dalam kalangan para pelajar Normal Teknikal (NT).

Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meningkatkan pemahaman pelajar terhadap maksud beberapa kata ganda berentak; dan 2. meningkatkan minat dan tahap pelibatan pelajar NT dalam pembelajaran bahasa Melayu.

74 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Pernyataan Masalah Dalam kajian ini, subjek kajian merupakan pelajar Menengah 3 NT. Guruguru mendapati kumpulan pelajar ini mempunyai daya tumpuan yang singkat dan lebih cenderung kepada pembelajaran yang bersifat interaktif. Hal ini sejajar dengan sistem persekolahan di Singapura di mana, aliran NT telah diperkenalkan pada tahun 1994 untuk menyediakan aliran bagi menampung pelajar yang kurang berkebolehan dari segi akademik dan lebih cenderung terhadap pembelajaran yang bersifat teknikal dan vokasional (Uma Natarajan dan Margery Osborne, 2006). Selain itu, pelajar sering hilang tumpuan atau tidak fokus semasa pengajaran guru. Hal ini menjejas pembelajaran dan pemahaman pelajar terhadap apa yang sedang diajarkan. Pada masa yang sama, guru mendapati bahawa para pelajar ini menghadapi kesukaran untuk memahami maksud kata ganda berentak yang jarang digunakan dalam perbualan seharian seperti ‘compang-camping’ dan ‘serba-serbi’. Hal ini juga bersangkutan dengan masalah para pelajar yang mempunyai kosa kata yang terhad. Oleh yang demikian, Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah Changkat Changi terdorong untuk mengkaji keberkesanan penggunaan ICT sebagai satu cara untuk menarik dan meningkatkan minat serta tahap pelibatan pelajar NT. Penggunaan peranti iPad dan aplikasi Nearpod secara khususnya telah menjadi pilihan agar pembelajaran interaktif dapat membantu pelajar memahami aspek tatabahasa, khususnya kata ganda berentak, dengan lebih baik.

Kajian Lepas Fredricks dan McColskey (2012) mengkategorikan pelibatan pelajar kepada tiga dimensi iaitu pelibatan tingkah laku, penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Pelibatan tingkah laku merujuk pada pelibatan pelajar dari segi tingkah laku seperti menghadiri kelas, mengambil bahagian dalam perbincangan, menyelesaikan tugasan dan menunjukkan sikap yang positif terhadap aktiviti pembelajaran di sekolah. Pelibatan tingkah laku juga mengambil kira perbuatan yang menggambarkan usaha, ketekunan, konsentrasi, rasa hormat terhadap 75 Seminar Bahasa Melayu 2017

peraturan yang ditetapkan dan ketiadaan sikap-sikap yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Pelibatan emosi pula melihat pada aspek perasaan yang positif terhadap guru, rakan dan sekolah secara umumnya yang kemudian melahirkan semangat untuk bersekolah. Akhir sekali, pelibatan kognitif merujuk pada keinginan pelajar untuk berfikir demi memahami idea yang kompleks atau kerelaan pelajar untuk berusaha menguasai sesuatu kemahiran yang sukar. Menurut Perry dan Steck (2015), pelibatan pelajar dalam mempelajari sesuatu bahan akademik dipengaruhi oleh tahap self-efficacy atau kecekapan kendiri mereka, iaitu, kepercayaan terhadap kebolehan diri mereka untuk menyelesaikan sesatu tugasan. Oleh itu, tahap pelibatan pelajar boleh ditingkatkan jika guru memilih alat dan bahan bantu pengajaran yang bersesuaian. Khawlah Ahmed dan Omaima Nasser (2015) mengatakan terdapat kajian terkini yang menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dapat memudahkan pengajaran dan meningkatkan beberapa elemen kritikal dalam proses pembelajaran. Salah satu elemen ini ialah pelibatan pelajar. Alat yang telah pun digunakan dan diuji untuk membuat pengajaran lebih efektif dan interaktif ialah iPad. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Uma Natarajan dan Osborne (2006) dalam penggunaan iPad semasa pelajaran geometri, mereka mendapati bahawa tahap pelibatan tingkah laku pelajar yang menggunakan iPad adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak menggunakan iPad. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengkaji sama ada pelibatan tingkah laku para pelajar NT dalam kelas Bahasa Melayu dapat ditingkatkan dengan penggunaan aplikasi Nearpod.

Kaedah Kajian Pengkaji telah menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi mengkaji kesan Nearpod terhadap tahap pelibatan tingkah laku serta pemahaman pengajaran kata ganda berentak.

76 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Subjek Kajian Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Menengah 3 NT yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Asas. Jumlah keseluruhan subjek kajian yang terlibat ialah 15 orang yang mempunyai pelbagai tahap kemahiran. Instrumen Kajian Para pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian seperti borang soal selidik prapengajaran, ujian diagnostik, ujian pascapengajaran dan borang maklum balas. Dapatan daripada borang soal selidik prakajian dimanfaatkan untuk mendapatkan data tentang tahap pelibatan pelajar di dalam kelas Bahasa Melayu secara umumnya. Ujian diagnostik digunakan untuk memilih senarai kata ganda berentak yang dianggap sukar oleh pelajar dan perlu diterangkan di dalam kelas. Di samping itu, ujian pascapengajaran yang dijalankan dapat menilai pemahaman pelajar terhadap kata ganda berentak. Borang maklum balas bertujuan untuk melihat sama ada penggunaan Nearpod dapat meningkatkan minat dan tahap pelibatan pelajar NT dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Pemerhatian guru terhadap sikap dan penerimaan pelajar juga akan diambil kira dalam kajian ini. Prosedur Kajian Langkah pertama: Ujian Diagnostik dan Soal Selidik - Bagi pelajaran pertama, pengkaji memberikan borang soal selidik kepada para pelajar untuk meninjau tahap pelibatan tingkah laku mereka dalam kelas bahasa Melayu secara umumnya sebelum penggunaan Nearpod. Di samping itu, guru juga menjalankan ujian diagnostik mengenai kata ganda berentak. Kata ganda berentak yang diuji merupakan kata ganda yang terdapat dalam buku aktiviti Jauhari 3B (Normal Teknikal) serta beberapa kata ganda berentak lain yang menurut penelitian guru, sering kali tidak diketahui pelajar. Kata ganda yang diuji dapat dilihat melalui jadual di bawah ini.

77 Seminar Bahasa Melayu 2017

Teknikal) serta beberapa kata ganda berentak lain yang menurut penelitian guru, sering kali tidak diketahui pelajar. Kata ganda yang diuji dapat dilihat melalui jadual di bawah ini.

Jadual 1: Senarai Kata Ganda Berentak bagi Ujian Diagnostik Jadual 1: Senarai Kata Ganda Berentak bagi Ujian Diagnostik

1. Degap-degup

5. Ulang-alik

9. Lauk-pauk

13. Bengkangbengkok

2. Keluh-kesah

6. Serba-serbi

10. Lambat-laun

14. Rempah-ratus

3. Ramah-tamah

7. Remuk-redam

11. Compangcamping

15. Remeh-temeh

4. Serta-merta

8. Saudara-mara

12. Kusut-masai

16. Gopoh-gapah

Setelah mengenal pasti kata ganda yang asing bagi para pelajar dan sukar difahami,

Setelah mengenal pasti kata ganda yang tersebut asing dan sukar difahami, guru guru seterusnya mengetengahkan kata ganda dalam pelajaran selanjutnya. pelajar seterusnya mengetengahkan kata ganda tersebut dalam pelajaran 4 selanjutnya. Langkah kedua: Pengajaran kata ganda menggunakan aplikasi Nearpod. Langkah ini melibatkan guru dan pelajar menggunakan aplikasi Nearpod melalui peranti iPad. Secara individu, pelajar menggunakan aplikasi Nearpod untuk memahami makna kata ganda berentak yang telah dikenal pasti sukar melalui ujian diagnostik. Pengkaji juga memanfaatkan aplikasi Nearpod dengan menayangkan rangsangan secara audio visual yang berkaitan dengan kata ganda yang dipelajari pelajar. Melalui cara ini, pelajar berupaya untuk memahami maksud kata ganda yang dipelajari dengan lebih jelas. Usaha tersebut juga disokong dengan kelebihan Nearpod yang mampu menyelitkan kuiz antara slaid-slaid setelah guru selesai melakukan penerangan terhadap kata ganda yang perlu dipelajari pelajar. Dengan itu, guru dapat menilai pemahaman pelajar terhadap kata ganda yang dipelajari dan ini membantu guru untuk mengetengahkan kembali penerangan tentang kata ganda yang masih belum jelas difahami pelajar. Kemudian, guru memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menggunakan aplikasi Nearpod untuk mengulang kaji atau menghafal makna kata ganda yang dipelajari sebelum melakukan tugasan individu. Langkah tersebut amat penting dilakukan agar pengkaji dapat mengukur keberkesanan Nearpod dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta prestasi mereka untuk melakukan tugasan individu. 78 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Langkah ketiga: Pascapengajaran - Setelah tamat pengajaran, para pelajar menduduki ujian pascapengajaran untuk menguji pemahaman mereka. Mereka juga mengisi borang maklum balas yang meninjau tahap penglibatan tingkah laku mereka sewaktu pengajaran yang menggunakan Nearpod.

Dapatan Kajian dan Perbincangan Menurut penelitian data kuantitatif yang dikumpulkan daripada ujian diagnostik dan ujian pascapengajaran, penggunaan Nearpod dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap maksud kata ganda berentak yang diajar. Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 1, pelajar Menengah 3NT menunjukkan peningkatan dalam kebolehan menjawab soalan kata ganda berentak dengan betul bagi kelapan-lapan kata ganda yang diajar menggunakan Nearpod. Rumusan ini juga disokong dengan dapatan daripada tinjauan yang dilakukan selepas pengajaran. 81.25% pelajar sangat setuju dan 18.75% pelajar setuju dengan pernyataan ‘Saya lebih memahami pelajaran bahasa Melayu yang dijalankan menggunakan Nearpod. Para pelajar juga memberi maklum balas bahawa mereka dapat mengingati pelajaran yang diajar dengan lebih mudah dengan penggunaan Nearpod berbanding sebelumnya. (Sila rujuk Rajah 1 dan 2) Rajah 1: Peratusan Pelajar yang Menjawab Soalan dengan Betul Rajah 1: Peratusan Pelajar yang Menjawab soalan dengan Betul

100% 90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10%

Diagnostik Pasca Pengajaran Nearpod

0%

Rajah 2: Hasil Purata Borang Soal Selidik Berskala (1- Sangat tidak setuju, 10 – Sangat setuju) 10 9

79

8

Seminar Bahasa Melayu 2017

7

Rajah 2: Hasil Purata Borang Soal Selidik Berskala 2: Hasil Purata Borang Soal Selidik Berskala (1-Rajah Sangat tidak setuju, 10 – Sangat setuju) (1- Sangat tidak setuju, 10 – Sangat setuju) 10 9 8 7 6 Sebelum penggunaan Nearpod

5 4

Selepas penggunaan Nearpod

3 2 1 Saya dapat Saya ingin melibatkan Saya bersemangat mengingati pelajaran diri secara aktif dalam untuk mencuba yang diajar oleh guru perbincangan kelas. tugasan yang dengan mudah. diberikan oleh cikgu.

Data kualitatif pula dikumpulkan melalui pemerhatian empat orang guru

Data kualitatif pula dikumpulkan melalui pemerhatian pengkaji yang terlibat sama dalam pengajaran yang dijalankan.empat Menurutorang pengamatan suasana menjadi lebih positif dengan penggunaan guru pengkaji yangguru, terlibat samakelas dalam pengajaran yang dijalankan. Menurut 6 pengamatan guru, suasana kelas menjadi lebih positif dengan penggunaan Nearpod. Apabila para pelajar melihat peranti iPad di dalam kelas, guru-guru dapat perhatikan bahawa mereka agak ghairah untuk memulakan pelajaran. Sewaktu pengajaran dijalankan, tiada pelajar yang kelihatan mengantuk atau meletakkan kepala di atas meja dan tiada pelajar yang enggan mencuba latihan yang diberi oleh guru. Apabila arahan diberikan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam Nearpod, para pelajar menunjukkan keinginan untuk melakukan tugas tanpa memerlukan dorongan ataupun amaran. Kami dapati bahawa sikap dan semangat sebegini merupakan sesuatu yang amat positif bagi kelas NT yang berpotensi menimbulkan masalah disiplin sewaktu pengajaran dijalankan. Selain itu, penggunaan kuiz telah memberikan pelajar semangat untuk terus mencuba apabila melihat keputusan pada skrin iPad masing-masing sejurus setelah menjawab soalan. Hal ini telah membantu pelajar-pelajar yang sangat lemah untuk tidak berputus asa. Dapatan daripada borang soal selidik prapengajaran dan pascapengajaran yang melibatkan Nearpod, yang disertakan dalam Rajah 2 80 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

juga menunjukkan bahawa minat dan tahap penglibatan pelajar meningkat dengan penggunaan Nearpod. Keberkesanan Nearpod dalam merangsang pelajar untuk lebih aktif dalam perbincangan kelas agak terbatas, dengan peningkatan yang sedikit sahaja daripada skala 7.25 kepada 7.56. Kemungkinan hal ini berlaku kerana pengajaran yang menggunakan Nearpod lebih cenderung kepada penggunaan media dan juga kuiz selingan dan kurang memberikan fokus kepada perbincangan. Kelebihan Nearpod lebih terserlah dari segi kemampuannya untuk merangsang minat pelajar terhadap tugasan individu. Para pelajar telah memaklumkan bahawa mereka lebih bersemangat untuk mencuba tugasan yang diberikan guru selepas penggunaan Nearpod, dengan kenaikan daripada skala 6.19 kepada 7.88. Namun begitu, terdapat juga perkara-perkara yang menjejas pengajaran ketika menggunakan Nearpod. Contohnya, dalam proses menghasilkan bahan pengajaran Nearpod, kami telah menghadapi masalah kerana video yang dimuatnaikkan ke dalam perisian percuma Nearpod mesti kurang daripada 20MB. Di samping itu, kelancaran pengajaran juga terjejas beberapa kali atas sebab wi-fi yang kurang stabil. Secara keseluruhannya, para pelajar suka akan penggunaan Nearpod dalam pembelajaran. Menurut tinjauan pascapengajaran, kesemua 16 pelajar telah setuju dengan pernyataan ‘Saya suka belajar bahasa Melayu yang menggunakan Nearpod.

Kesimpulan Setelah menjalankan kajian ini, guru-guru yang terlibat sebulat suara merasakan bahawa kajian ini telah berjaya memberikan keyakinan yang baharu untuk menggunakan peranti dan program ICT ini dalam pengajaran. Pengkaji juga merasakan bahawa penggunaan Nearpod telah menjadikan pengajaran yang dijalankan lebih efektif dan sekaligus dapat menarik minat serta meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran aspek tatabahasa yang boleh dianggap membosankan oleh pelajar NT. Seiring dengan perkembangan teknologi, guru-guru harus berani menggunakan wadah ICT. Bagi pelajar NT, banyak manfaat yang boleh diraih dengan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Dengan kebijaksanaan guru menggunakan wadah ICT, banyak lagi 81 Seminar Bahasa Melayu 2017

usaha yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang minat para pelajar NT dan mengekalkan fokus mereka terhadap pelajaran. Selain daripada hasil yang memuaskan apabila melihat pelajar bersemangat mempelajari bahasa Melayu, usaha ini juga akan membantu para pelajar bahasa Melayu memenuhi tuntutan kecekapan abad ke-21. Nota: Guru yang turut terlibat dalam kajian: 1. Abdul Matiin Kassim 2. Hezrina Johan Manikam 3. Izzalina Mohamad Ali 4. Siti Hidayah Mohamad Taha

Rujukan Abbas Mohd. Shariff (2006). Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa. Singapore: Alfa Media. Fredricks, J. A. & McColskey, W. (2012). The measurement of student engagement: A comparative analysis of various methods and student self-report instruments. Dalam Christenson, Sandra L., Reschly, Amy L., Wylie, Cathy (Eds.), Handbook of Research on Student Engagement. New York: Springer. Khawlah Ahmed & Omaima Nasser (2015). Incorporating iPad Technology: Creating More Effective Language Classrooms. TESOL Q, 6: 751–765. doi:10.1002/tesj.192 Nik Safiah Karim (1997). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perry, D. R. & Steck, A. K. (2015). Increasing student engagement, selfefficacy, and meta-cognitive self-regulation in the high school geometry classroom: Do iPads help?. Computers in the Schools, 32:2, 122-143. doi: 10.1080/07380569.2015.1036650 Uma Natarajan & Osborne, M. (2006, April). The experiences of secondary one at-risk students’ with technology in a CPA classroom. Kertas dibentangkan di mesyuarat tahunan American Educational Research Association, San Francisco, California. Dipetik pada 3 Oktober, 2016 dari http://hdl.handle.net/10497/3336

82 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna