Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan

han produktiviti manusia dalam organisasi. ... Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian ... kan program SPSS...

0 downloads 67 Views 3MB Size
ISS T: 0128-7702

Penanika J. Soc. Sci. & Hum. 4(1): 55-63 (1996)

© Penerbit U niversiti Penanian Malaysia

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian SOHIME AHMAD and ABU DAUD SILONG Centre for Extension and Continuing Education U niversi ti Pertanian Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor D.E., Malaysia

Katakunci: penilaian prestasi, pengkadaran prestasi, kesilapan pengkadaran, kesahan kandungan, ketepatan pengkadaran, kepraktisan. ABSTRAK

Kajian ini bertujuan uhtuk menentukan kesahan kandungan dan kepraktisan alat pengukuran prestasi kerja Sistem Baru Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam (SBPPPA) serta mengenal pasti jenis-jenis kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi kerja kakitangan perkeranian. Kajian dijalankan melalui soal selidik terhadap 38 orang pegawai yang dinilai dan 19 Pegawai Penilai dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (perkeranian dan operasi) di Kementerian Penanian Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa alat pengukuran prestasi mempunyai kesahan kandungan yang sederhana dan praktikal. Beberapa jenis kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor individu, alat dan konteks telah dianggap mempunyai pengaruh terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi. ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the content validity and practicality of performance measurement instrument of The New Performance Appraisal of Public Service as well as to identify various rating errors and factors that effect performance rating inaccuracy among clerical staff. This study was conducted on 38 ratees and 19 raters of The Administrative Assistant Service (operational and clerical) in The Ministry of Agriculture. The results indicated that the performance measurement instrument was practical and had moderate content validity. There were some rating errors and individual rating instrument and contextual factors had been perceived affecting performance rating inaccuracies.

PENGENALAN Kebolehpercayaan dan kesahan rnasih rnenjadi rnasalah utarna dalarn kebanyakan sistern penilaian prestasi terutarna sistern yang baru. D rnurnnya, penilaian prestasi yang berkesan rnasih belurn dapat direalisasikan sepenuhnya (Banks dan Murphy 1985). Walau bagairnanapun, keperluan untuk rnernpertingkat keberkesanan penilaian prestasi sernakin bertarnbah penting. Penilaian prestasi kini rnenjadi salah satu strategi utarna pengukuhan produktiviti manusia dalam organisasi. Arah aliran perkembangan penilaian prestasi menunjukkan peranan yang dimainkan olehnya semakin meningkat (Bernardin dan Russell 1993). Selepas dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi, sesuatu sistem penilaian prestasi

patut dinilai bagi memastikan sejauh manakah ia mencapai matlamatnya dengan berkesan. Walau bagaimanapun, sangat sedikit organisasi menilai keberkesanan sistem penilaian prestasi berbanding dengan sistem pengurusan sumber manusia yang lain (Bernardin Dan Russell 1993). Sebagai konsep pengukuran prestasi kerja, keberkesanan penilaian prestasi boleh dinilai dengan menggunakan petunjuk kecukupan pengukuran seperti kesahan, kebolehpercayaan, ketepatan, kesilapan psikometrik dan kepraktisan (Landy dan Farr 1983 dan Jacobs et at. 1980) . Kesahan kandungan menyediakan satu ukuran perhubungan antara butir-butir dalam alatan ujian (borang penilaian prestasi) dan ciri sebenar alatan ujian yang dibentuk

Sohime Ahmad and Abu Daud Silang

untuk mengukurnya (Henderson 1984). Dari segi operasinya kesahan kandungan didefinisikan sebagai setakat mana persamaan atau pertindihan wujud antara prestasi dalam ujian yang sedang dijalankan dengan kebolehan berfungsi dalam domain prestasi kerja yang telah diberi definisi (Lawshe 1975). Ketepatan ialah konsep yang paling menonjol dalam pengukuran prestasi, terutamanya yang menggunakan kaedah pengkadaran. Ketepatan pengkadaran ialah hubungan antara tingkah laku sebenar pekerja (skor sebenar) dengan tingkah laku pekerja yang direkod oleh penilai (pengkadaran prestasi) (Heneman et al. 1987). Semakin kuat hubungan antara skor sebenar dengan pengkadaran prestasi, semakin tepatlah pengkadaran prestasi. Walau bagaimanapun, ketepatan adalah sukar untuk diukur kerana tiada cara yang objektif untuk penilai menilai prestasi sebenar (Landy dan Farr 1983). Oleh itu kesilapan pengkadaran atau penilai digunakan sebagai salah satu pengukuran tidak langsung dalam menentukan ketepatan pengkadaran. Kesilapan pengkadaran ialah kesilapan yang berlaku dengan cara yang sistematik apabila seseorang individu memerhati dan menilai seseorang yang lain (Latham dan Wexley 1982). Terdapat beberapa jenis kesilapan pengkadaran yang kerap berlaku, antaranya ialah kesan halo, kecenderungan memusat, murah hati dan terlalu lokek. Pengkadaran prestasi juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor individu, alat dan konteks yang boleh mengurangkan ketepatannya (Landy dan Farr 1980, Heneman et al. 1987, Ilgen dan Feldman 1990, Murphy dan Cleveland 1991 dan Ferris et al. 1994). Kepraktisan merupakan salah satu daripada keperluan keberkesanan sebuah sistem penilai prestasi apabila ia dilaksanakan (Cascio 1992). Kepraktisan bermaksud alat penilaian prestasi mestilah mudah diguna, ditadbir dan difahami oleh majikan dan pekerjanya. Sekiranya pengguna menganggap alat penilaian prestasi sebagai sukar dan rumit untuk ditadbir, ianya tidak akan dapat memenuhi tujuan pembentukannya (Latham dan Wexley 1982).

56

Sistem Baru Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam (SBPPPA)

SBPPPA diperkenalkan pada I Januari 1993. Sistem ini digubal berasaskan prinsip Sistem Saraan Baru (SSB). Antara prinsip yang diambil kira ialah kadar upahan dan pemberian insentif berasaskan prestasi, penilaian dilaksanakan secara objektif dan adil, dan prestasi diasaskan kepada penghasilan pekerja. Beberapa elemen baru telah diperkenalkan dalam SBPPPA. Pertimbangan dijadikan kaedah utama penilaian dan sumber penilaian ialah penyelia. Sejak dilancarkan, pelbagai pihak individu dan kesatuan dalam perkhidmatan awam telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keberkesanan pelaksanaan SBPPPA. Isu-isu yang dibangkitkan mencerminkan bahawa SBPPPA menghadapi masalah dalam memastikan keberkesanan sistem pengukurannya, terdedah kepada pelbagai kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor ketidaktepatan pengkadaran yang boleh menjejaskan matlamat penggubalannya untuk mewujudkan satu penilaian yang adil dan objektif. Dari itu, kajian ini cuba menjawab beberapa persoalan: (i) Adakah alat pengukuran prestasi kerja SBPPPA mewakili aspek penting prestasi kerja? (ii) Apakah jenis kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor individu (penilai dan pegawai yang dinilai), alat (borang penilaian prestasi dan konteks (persekitaran dalam organisasi) dianggap mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi? (iii) Adakah alat pengukuran prestasi SBPPPA praktikal? METODOLOGI Populasi dan Sampel

Populasi kajian ialah kakitangan perkeranian dan penyelia mereka yang berkhidmat di ibu pejabat Kementerian Pertanian Malaysia. Sampel terdiri daripada 38 pegawai yang dinilai dan 19 pegawai penilai dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (perkeranian dan operasi). Kajian menggunakan soal selidik. Alat Ukuran

Kesahan kandungan alat pengukuran prestasi kerja (borang penilaian prestasi 4/93)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No.1, 1996

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian

diukur dengan menggunakan prosedur pengukuran kuantitatif "kesahan kandungan" yang dibentuk oleh Lawshe (1975). "Kesahan kandungan" ditentukan berdasarkan pertimbangan ahli-ahli panel kesahan kandungan (Pembantu Tadbir dan Penyelia) dengan meminta mereka menilai tahap kepentingan butir-butir dalam borang penilaian prestasi mengenai prestasi kerja Pembantu Tadbir. Jawapan menggunakan skala tiga poin iaitu "tidak perlu" (I) "berguna tetapi kurang penting" (2) dan "sangat penting" (3). Kesahan kandungan di tentukan dengan menggunakan formula CVR = Ne - N/2 / N /2 di mana Ne ialah bilangan ahli panel yang menyatakan sangat penting dan N ialah jumlah bilangan ahli panel. J enis kesilapan pengkadaran dan faktorfaktor yang mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran diukur dengan meminta responden menyatakan tanggapan mereka mengenai kekuatan pengaruh setiap pernyataan yang mengandungi jenis kesilapan pengkadaran (berasaskan definisi operasi) dan faktor ketidaktepatan pengkadaran (penemuan-penemuan penyelidikan) terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi Pembantu Tadbir. Jawapan menggunakan skala lima poin "tiada langsung" (1) hingga "amat kuat" (5) (Bernardin dan Villanova 1986). Kepraktisan alat pengukuran prestasi kerja diukur dengan menggunakan skala lima poin jawapan dari "amat tidak bersetuju" (1) hingga "amat bersetuju" (5) (Wiersma dan Latham 1986) terhadap setiap pernyataan yang mengandungi kriteria kepraktisan. Analisis Data

Daripada 86 soal selidik yang dihantar, sebanyak 57 atau 66% borang telah dikembalikan. Data dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti taburan frekuensi, min, peratus, skor minimum dan maksimum digunakan untuk menganalisis data. Ujian t digunakan untuk menentukan perbezaan tanggapan antara pegawai yang dinilai dengan pegawai penilai. Jilai CVR dikira bagi setiap butir kriteria penilaian prestasi. Contohnya, bagi

butir mutu kerja, nilai Ne = 56 (bilangan ahli panel yang menyatakan mutu kerja sangat penting) dan = 57 (jumlah bilangan ahli panel) N /2 = 28.5. Oleh itu, nilai CVR bagi mutu kerja ialah 56-28.8/28.5 = 0.96. Kesemua butir-butir yang mempunyai nilai CVR melebihi keperluan minimum 5% (mengikut jadual Lawshe 1975) akan dikira puratanya untuk mendapatkan nilai Indeks Kesahan Kandungan atau CVI. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN M aklumat Latar Belakang

Majoriti respond en terdiri daripada wanita (60%). Umur kebanyakan responden (50%) adalah di an tara 30 hingga 39 tahun. Lebih 61 % memiliki kelulusan peringkat menengah (SPM/SPVM) manakala 16% berkelulusan ijazah. Nisbah pegawai yang dinilai dengan pegawai penilai ialah 3: 1. Seramai 34 % pegawai yang dinilai mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan perkeranian di antara II hingga 15 tahun, semen tara 47% pegawai penilai mempunyai pengalaman menyelia kurang daripada lima tahun. Responden bertugas di enam bahagian dan cawangan dengan 80% daripada mereka melaksanakan fungsi pentadbiran, personel, kewangan dan akaun. Kesahan Kandungan Alat Pengukuran Prestasi Kerja

Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) yang diperolehi bagi setiap butir aspek penilaian prestasi dalam borang penilaian prestasi seperti yang dikemukakan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa daripada 24 butir yang dianalisis, sebanyak 10 butir (tidak termasuk aspek kualiti peribadi) mengandungi darjah kesahan kandungan, semen tara lapan butir lagi tidak signifikan. Butir-butir yang mengandungi kesahan kandungan yang pa-ling besar ialah mutu kerja, dan yang paling kecil ialah kuantiti hasil kerja dan kebolehan membuat keputusan. Butir yang paling tidak signifikan ialah kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Butir-butir yang mempunyai CVR 0.30 menggambarkan bahawa butir-butir tersebut dianggap sangat penting oleh lebih daripada separuh ahli panel kesahan kandungan. Butir yang

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No. 1,1996

57

Sohime Ahmad and Abu Daud Silong JAD AL I Nilai CVR bagi butir-butir (kriteria penilaian) dalam borang penilaian prestasi Butiran

Aspek Penilaian

Nilai CVR

Hasil kerja

Kuantiti hasil kerja Mutu kerja Keberkesanan kos Ketepatan masa Pelaksanaan peraturan

0.33 0.96 -0.05* 0.51 0.68

Pengetahuan & kemahiran

Pengetahuan Kemahiran Kebolehan menge10la Kebolehan membuat keputusan Keberkesanaan komunikasi Kebolehan menyelesai masalah

0.68 0.65 0.68 0.33 -0.02* 0.12*

Kualiti peribadi

Integriti Komitmen Ikram Adil dan saksama Berdisiplin Kepimpinan Potensi Proaktif Daya kreatif Inovasi Kebolehan menghadapi cabaran Daya pemikiran

0.93 0.40 0.05* 0.58 0.75 -0.05* -0.05* -0.19* -0.30* 0.02* 0.44

Jalinan Hubungan dan Kerjasama

J alinan

Kegiatan/sumbangan

Kegiatan dan sumbangan luar tugas rasmi

hubungan dan kerjasama

0.61 -0.79*

* Butir-butir yang tidak signifikan dan digugurkan dari pengiraan Indeks Kesahan Kandungan (CYI) jaitu purata CYR. Aspek kualiti peribadi dikeluarkan dari pengiraan kesahan kandungan kerana ia lebih sesuai dinilai dari segi kesahan konstruk/gagasan.

paling tidak signifikan Ial tu kegia tan dan sumbangan di luar tugas rasmi yang menunjukkan nilai CVR negatif yang paling besar (0.79). Ini membuktikan bahawa butir ini sangat tidak berkaitan dengan prestasi kerja. Indeks Kesahan Kandungan (CVI) seterusnya di kira bagi bu tir-bu tir yang signifikan, tidak termasuk kualiti peribadi. Bu tir- bu tir yang signifikan ialah bu tir- bu tir yang memenuhi keperluan minimum 5% atau 0.30 berdasarkan jadual yang disediakan oleh Lawshe (1975). Nilai CVI mengikut aspek penilaian ialah hasil kerja 0.62, pengetahuan dan kemahiran 0.58, potensi 0.44 dan jalinan hubungan dan kerjasama 0.61. Nilai CVI bagi keseluruhan borang ialah 0.58. Ini bermakna ahli-ahli panel kesahan kandungan mendapati purata

58

0.58% wujud pertindihan atau persamaan antara butir-butir dalam borang dan domain prestasi kerja Pembantu Tadbir. Dengan ini, dapatlah dirumuskan bahawa butir-butir dalam alat pengukuran prestasi kerja mewakili secara sederhana aspek-aspek kepentingan kerja Pembantu Tadbir. Dilihat dari aspek penilaian, didapati bahawa aspek hasil kerja dan jalinan hubungan dan kerjasama mempunyai peratus persamaan antara butirbutir dalam· borang dengan domain prestasi kerja yang agak tinggi. Jenis-jenis Kesilapan Pengkadaran Hasil kajian mendapati lebih daripada 60% responden menganggap kesilapan pengkadaran mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi secara kuat dan amat kuat.

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. YoL 4 1

O.

I, 1996

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian JADUAL 2 Tanggapan pengaruh kesilapan pengkadaran terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi mengikut jenis Tahap pengaruh (%) J enis kesilapan

TL (I)

SDKT (2)

SED (3)

KUAT (4)

SK (5)

Min

SP

Kesan halo Kecenderungan memusat Murah hali Terlalu lokek Kesan kebelakangan Serupa-seperti-saya Berbeza-daripada-saya Kesan perbandingan Kesan pertama

3.6 0 7.0 5.3 1.8 5.3 10.5 5.3 5.3

3.6 9.4 40.4 9.3 15.8 7.0 \5.8 10.5 24.6

39.3 50.9 28.1 52.5 15.8 28.1 24.6 33.3 36.8

26.8 30.2 15.8 15.8 45.6 40.4 33.3 35.1 19.3

26.8 9.4 8.8 7.0 21.! 19.3 15.8 15.8 14.0

3.70 3.40 2.79 3.00 3.68 3.61 3.28 3.46 3.12

1.025 .793 1.081 .926 1.038 1.048 1.221 1.053 1.103

KUAT = Kuat SK = Sangat kuat SP = Sisihan Piawai

TL = Tiada langsung SDKT = Sedikit SED = Sederhana

J enis-jenis kesilapan pengkadaran yang mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi Pembantu Tadbir ditunjukkan dalam Jadua12. Kajian ini mendapati bahawa daripada sembilan kesilapan pengkadaran yang diuji, sebanyak lima jenis dianggap oleh responden mempunyai pengaruh yang kuat terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi. Kesilapan-kesilapan berkenaan ialah kesan halo, kesan kebelakangan, serupa-seperti-saya, kesan perbandingan dan kecenderungan memusat. Dua jenis kesilapan yang lumrah berlaku dalam penilaian prestasi, iaitu murah hati dan terlalu lokek, dianggap tidak mempunyai pengaruh yang kuat. Kewujudan kesan halo yang kuat menunjukkan bahawa pegawai penilai cenderung memberi penilaian secara global kepada setiap pegawai yang dinilai tanpa mengambil kira perbezaan an tara dimensi prestasi yang berbeza. Pengaruh kesan kebelakangan yang kedua kuatnya menggambarkan bahawa pegawai penilai menilai pegawai yang dinilai lebih berasaskan tindakan semasa yang baru berlaku berbanding dengan tingkah laku keseluruhan dalam tempoh penilaian. Wujudnya pengaruh kesilapan serupa-seperti-saya menunjukkan bahawa pegawai penilai cenderung mem berikan pengkadaran

yang tinggi kepada Pembantu Tadbir yang mempunyai tingkah laku yang serupa dengannya. Kesan perbandingan pula membuktikan bahawa penilai lebih cenderung menilai Pembantu Tadbir dengan cara membuat perbandingan an tara sesama Pembantu Tadbir dalam satu unit atau unit yang berlainan atau membandingkan prestasi semasa dengan prestasi tahun yang lalu dan bukannya membandingkannya dengan piawaian prestasi dalam borang. Kesilapan kecenderungan memusat pula mencerminkan bahawa pegawai penilai lebih selesa memberi pengkadaran secara pertengahan dengan mengelak daripada memberi pengkadaran yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Dua daripada kesilapan yang dianggap kuat mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran, iaitu kesilapan kesan halo dan kecenderungan memusat, merupakan kesilapan yang paling lumrah berlaku dalam penilaian prestasi yang menggunakan kaedah skala pengkadaran bergraf (Hodgetts dan Kroeck 1992) yang turut dipakai dalam SBPPPA. Faktor Ketidaktepatan Pengkadaran

Hasil kajian mendapati bahawa 56% responden menganggap faktor individu mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran secara sederhana, 44% menganggap faktor alat

PertanikaJ. Sci. & Techno!. Va!. 4 No.1, 1996

59

Sohime Ahmad and Abu Daud Silang

pengkadaran mempengaruhi dengan kuat dan 52% menganggap faktor konteks mempengaruhi ketidaktepatan secara sederhana. Min bagi faktor individu, alat pengkadaran dan konteks yang dianggap mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi Pembantu Tadbir dengan kuat adalah seperti dalam Jadual 3. Faktor individu keseluruhannya, walaupun dianggap mempunyai pengaruh yang sederhana tetapi faktor yang berkait dengan kerja penilai (seperti gaya kepimpinan, tahap prestasi penilai dan pengalaman penilai) dan faktor pengetahuan kerja penilai (seperti kebiasaan dan kefahaman ten tang kerja pegawai yang dinilai) merupakan an tara

faktor yang dianggap kuat mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran. Faktor Demografi seperti umur, bangsa dan jantina bagi kedua-dua individu penilai dan pegawai yang dinilai tidak dianggap mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi Pembantu Tadbir. Dari segi faktor alat pengkadaran, butir faktor yang dianggap kuat mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran ialah skala (iaitu tafsiran skala yang berbeza, jenis dan kategori skala) dan kriteria yang digunakan (seperti sifat kriteria yang umum, tidak mewakili prestasi kerja dan kriteria berbentuk trait). Faktor-faktor ini merupakan ciriciri kelemahan umum yang biasa terdapat

JADUAL 3 Butir-butir faktor individu, alat pengkadaran dan konteks yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi berdasarkan tanggapan responden

60

Sisihan piawai

Faktorfbutir

Min

Individu Gaya kepimpinan penilai Peringkat penyeliaan penilai Kebiasaan dengan kerja pekerja Tahap prestasi penilai Kefahaman dengan kerja pekelja Pengalaman penilai .

3.84 3.49 3.47 3.36 3.32 3.10

.797 1.002 1.07l .879 1.105 .994

Alat Pengkadaran Tafsiran skala berbeza Bilangan kategori skala Jenis skala Kriteria terlalu umum Kriteria kualiti peribadi Kriteria tidak mewakili prestasi

4.07 3.64 3.63 3.50 3.25 3.21

.904 1.203 1.096 .966 1.014 1.140

Konteks Prestasi dikait dengan gaji Kecenderungan penilai Perbandingan antara pekerja Menonjol tingkah laku pekerja Tiada latihan cara menilai Menonjol cekap bekerja Mengampu Gaji berasaskan penilaian prestasi Tiada pengetahuan kesilapan Tiada peluang memerhati Prestasi tahun lalu Tiada pengalaman menilai Perasaan suka Bilangan pekerja bawahan Kuota pergerakan gaji

3.90 3.79 3.77 3.63 3.63 3.59 3.58 3.57 3.51 3.47 3.45 3.46 3.37 3.31 3.10

1.175 1.098 .887 .919 1.144 1.050 1.267 1.204 .984 1.07l 1.119 .965 1.263 1.152 1.410

PerIanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No. I, 1996

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian

pada kaedah penilaian prestasi yang menggunakan Skala Pengkadaran Bergraf yang turut digunakan dalam SBPPPA. Di bawah faktor konteks, beberapa faktor yang dikenal pasti mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi ialah faktor sistem ganjaran (sistem bayaran berasaskan prestasi), faktor latihan (tiada latihan cara menilai, tiada pengetahuan mengenai kesilapan pengkadaran dan tiada pengalaman menilai kaedah baru) dan faktor kesan (kecenderungan penilai, menonjol tingkah laku berkaitan kerja, menonjol lebih cekap bekerja, mengampu dan perasaan suka). Pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran daripada sumber-sumber individu, alat konteks, menerangkan dengan lebih jelas bahawa isu dan masalah dalam penilaian prestasi adalah kompleks dan perlu dilihat dengan lebih komprehensif. Ini bermakna bahawa usaha menangani pelbagai isu dalam penilaian prestasi perlu lebih terbuka dan tidak wajar ditumpukan kepada sumber tertentu sahaja seperti mana pendekatan tradisional dalam penyelidikan penilaian prestasi. Kepraktisan Alat Pengukuran Hasil kajian mendapati 74% responden menganggap bahawa alat pengukuran prestasi kerja Pembantu Tadbir adalah praktikal. Taburan kepraktisan alat pengukuran me-

ngikut aspek adalah seperti dalam J adual 4. Jadual 4 menunjukkan bahawa aspek penggunaan yang mudah bagi butir kriteria mempunyai tahap praktikal yang tinggi (min 2.81) diikuti dengan aktiviti penilaian (min 2.78) dan kegunaan maklumat (min 2.60). Beberapa aspek yang mempunyai tahap praktikal yang agak rendah ialah aspek objektiviti (min 2.17) dan penggunaan yang mudah dari segi kaedah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) (min 2.01). Sungguhpun tahap kepraktisan alat pengukuran adalah tinggi, tetapi beberapa aspek kepraktisan tertentu, seperti penggunaan borang SKT, masa pengisian borang dan kebolehan skala membeza prestasi, perlu diberi perhatian dipertingkat kepraktisannya kerana terdapat hampir 30% daripada responden menganggap aspek berkenaan tidak praktikal. Ujian t juga dijalankan bagi mengetahui perbezaan tanggapan pengaruh-pengaruh kesilapan pengkadaran, faktor individu, alat, konteks terhadap ketidaktepatan penilaian prestasi dan aspek-aspek kepraktisan alat pengukuran an tara pegawai penilai dan pegawai yang dinilai. Hasil ujian t menunjukkan kebarangkalian lebih besar daripada .5 bagi semua pengaruh dan aspek di atas. Ini membuktikan bahawa tiada perbezaan tanggapan pengaruh-pengaruh dan aspek berkenaan antara Pembantu Tadbir dan Penyelianya.

JADUAL 4 Taburan kepraktisan alat pengukuran mengikut aspek Tahap Praktikal (%) Aspek Kepraktisan Tidak

Aktiviti penilaian Objektiviti Kegunaan maklumat Penggunaannya mudah: Kriteria Format Kaedah SKT Masa pengisian borang Kebolehan membeza SKT

=

Min

S.P

72.2 29.8 61.8

2.78 2.17 2.60

.500 .630 .531

81.5 43.6 29.8 43.9 37.5

2.81 2.38 2.01 2.15 2.10

.392 .593 .767 .841 .802

Tidak Praktikal

Pasti

Praktikal

1.9 12.3 1.8

25.9 57.9 36.4

0 5.5 28.1 28.1 26.8

18.5 50.9 42.1 28.1 35.7

Sasaran kerja tahunan

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No.1, 1996

61

Sohime Ahmad and Abu Daud Silang

IMPLIKASI Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa alat pengukuran prestasi kerja SBPPPA untuk kakitangan perkeranian, sungguhpun praktikal, kurang mempunyai kesahan kandungan. Kriteria pengukuran didapati mewakili secara sederhana domain prestasi kerja perkeranian. Ia juga mengandungi kriteria trait peribadi yang sukar diukur dengan tepat dan boleh mendorong berlakunya kesilapan pengkadaran yang tidak disengajakan. Beberapa jenis kesilapan dan faktor-faktor alat pengkadaran yang dikenal pasti mencerminkan kelemahan penggunaan kaedah pengkadaran Skala Pengkadaran Bergraf. Kewujudan kesilapan kesan kebelakangan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah SKT belum cukup berkesan dalam merekod pencapaian hasil kerja sepanjang tahun. Kewujudan beberapa faktor konteks membuktikan pengaruh faktor konteks terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi tidak boleh dianggap ringan dan perlu diberi perhatian yang serius sekiranya SBPPPA ingin mencapai matlamat penilaian yang adil dan objektif.

CADANGAN Bagi mempertingkat keberkesanan SBPPPA disarankan supaya kesahan kandungan alat pengukuran dipertingkat dengan diadakan proses analisis kerja bagi membolehkan domain prestasi kerja sesuatu kerja ditentukan. Penilaian prestasi perlu mengandungi hanya butir-butir yang berkaitan dengan kerja. Kehadiran butir yang tidak berkaitan dengan aspek kerja boleh mengurangkan kesahan kandungan. Kesemua jenis kesilapan pengkadaran yang dikenal pasti adalah kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu, semua pegawai penilai perlu diberi latihan bagi mempertingkat ketepatan pemerhatian dan pertimbangan serta kemahiran mengenal pasti kesilapan-kesilapan pengkadaran yang berlaku. Penggunaan buku catatan mengenai hasil dan proses kerja yang dinilai bagi tempoh sepanjang tahun yang dinilai boleh mengurangkan kesilapan Kesan Kebelakangan. Untuk penyelidikan yang akan datang,

62

dicadangkan supaya digunakan kaedah gabungan pendekatan tradisional (alat pengukuran) dan semasa (proses kognitif, situasi, sosial dan afektif) kerana masa\.ah dalam penilaian prestasi adalah kompleks. Pendekatan gabungan yang dijalankan ke atas kajian ini ternyata memperolehi hasil yang lebih luas dan komprehensif. Selain itu, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada satu jenis pekerjaan sahaja. Oleh itu pada masa akan datang penyelidikan dibidang ini, khususnya terhadap peralatan SBPPPA, patu t dilakukan terhadap jenis kerja yang lain, terutama jenis-jenis kerja yang berorientasikan perkhidmatan dan penyelidikan serta kumpulan perkhidmatan yang berbeza.

PENUTUP Berdasarkan perbincangan, dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan SBPPPA dari segi kesahan kandungan, ketepatan pengkadaran dan kepraktisan alat pengukuran dalam menilai prestasi kerja kakitangan perkeranian adalah pada tahap yang sederhana. Alat pengukuran walaupun praktikal tetapi dari segi kandungannya didapati mewakili secara sederhana aspek penting prestasi kerja. Pengkadaran prestasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa jenis kesilapan pengkadaran yang tidak disengajakan dan berbagai-bagai faktor individu, alat konteks turut menyumbang kepada pengurangan ketepatan pengkadaran.

RUJUKAN BANKS, C.G. dan K.R. MURPHY. 1985. Toward narrowing the research-practice gap in performance appraisal.' Personnel Psychology 38: 335-345. BERNARDIN H.J. dan P. VILLANOVA. 1986. Performance appraisal. Dalam Generalizing from Laboratory to Field Setting, disunting oleh E.A. Locke. Lexington Books. BERNARDIN, H.J. dan J.E.A RUSSELL. 1993. Human Resource Management: An Experiental Approach. McGraw-Hill, Inc.

CASCIO, vV.F. 1992. Managing Human Resource: Productivity, Quality of Work Life, Profits. 3rd. ed. McGraw-Hill, Inc.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No. I, 1996

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian

FERRIS, G.R, T.A. JUDGE, K.M. Rowland dan D.E Fitzgibbons. 1994. Subordinate influence and the performance evaluation process: test of a model. Organizational Behavior and Human Decision Process 58: 101-135. HENDERSON, R.I. 1984. Performance Appraisal. 2nd. ed. Reston Publishing Company, Inc. HENEMAN, R.L, K . . WEXLEY dan M.L. MOORE. 1987 Performance-rating accuracy: A critical review. Journal of Business Research 15: 431-448. HODGETT, R.M. dan K.G. KROECK. 1992. Personnel and Human Resource Management. Harcourt Brace Jovanovich College Publishers. ILGEN, D.R. dan J-M. FELDMAN. 1990. Performance appraisal: A process focus. Dalam Evaluation and Employment in Organization, ed. L.L. Cummings dan B.M Staw. JAI Press Inc.

LA TDY, F.J. dan J-L FARR. 1980 Performance rating. Psychological Bulletin 87: 72-107. LANDY, F.J. dan J.L. FARR. 1983. The Measurement of Work Performance: Methods, Theory and Applications. ew York: Academic Press. LATHAM, G.P. dan K. T. WEXLEY. 1982. Increasing Productivity Through Performance Appraisal. Addison-Wesley Pu~lishing Company. LAWSHE, C.R. 1975. A quantitive approach to content validity. Personnel Psychology 28: 563575. MURPHY, K.R dan J.N ·CLEVELAND. 1991. Performance Appraisal : An Organizational Perspective. Allyn clan Bacon. WIERSMA, U. dan G.P. LATHAM. 1986. The practicality of behavioral observation scale, behavioral expectation scales, and trait scales. Personnel Psychology, 39: 619-628.

JACOBS, R, D. KAFRY dan S. ZEDECK. 1980. Expectations of behaviorally anchored rating scales. Personnel Psychology 33: 595-640.

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 4 No.1, 1996

(Diterima 9 Februari 1995)

63