Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap

Sifat empati membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut pandangan orang lain dari perspektif mereka, boleh menyelami kepahitan, kesusahan, keke...

0 downloads 31 Views 184KB Size
Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap Pencapaian Kursus Tamadun Islam di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Nor Hayati Fatmi Talib [email protected] Fakulti Pendidikan, UKM Bani Hidayat Mohd Shafie [email protected] Fakulti Pendidikan, UKM Alias Mat Saad [email protected] Politeknik Port Dickson Ab Halim Tamuri [email protected] Fakulti Pendidikan, UKM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil kecerdasan emosi, sikap pembelajaran dan hubungan antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam dalam kalangan pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Seramai 80 daripada 473 orang pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan manakala kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai tahap kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran yang tinggi dan mencapai keputusan yang baik dalam kursus Tamadun Islam. Tiada perbezaan signifikan kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran berdasarkan gender. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. Kata kunci: kecerdasan emosi, sikap pembelajaran, Tamadun Islam, pencapaian akademik. ABSTRACT This study aims to identify an emotional intelligence profile, learning attitude and the relationship between emotional intelligence and learning attitude with Islamic Civilization course achievement among final year students from Civil Engineering Department of Polytechnic Port Dickson, Negeri Sembilan. 80 out of 473 final year student were involved in this study. Descriptive statistics using percentage, mean, standard deviation was used for the distributional analysis. While the Pearson correlation used to look at the relationship between intelligence variables and the attitude of learning with Islamic Civilization course achievement. The results showed that the student who are the respondents of this study have high levels of emotional intelligence and the attitude of learning. Student overall achieved good result in Islamic Civilization course. There are no significant differences in emotional intelligence and learning attitude based on gender. The study also found that there is no

26

Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

significant relationship between emotional intelligence and learning attitude with Islamic Civilization course achievement. Keyword: emotional intelligence, learning attitude, Islamic Civilization, academic achievement. PENDAHULUAN Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek iaitu ‘emovere’ bermaksud ‘untuk keluar’. Emosi dizahirkan oleh manusia sebagai suatu bentuk tindakan yang memenuhi keinginan dan kepuasan diri, suatu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu (Mohd Nazar, 1992). Kecerdasan emosi menurut Habibah dan Noran (1997) adalah merupakan suatu kebolehan menaakul dengan baik dan logik, kebolehan menyelesaikan masalah, kebolehan bertutur dengan lancar, kebolehan membaca dengan meluas, menguasai perbendaharaan kata dengan baik, kebolehan membaca dengan kefahaman, kebolehan menulis dengan baik, ingatan yang baik dan pengetahuan yang luas. Mayer dan Cobb (2000) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kebolehan memproses maklumat berkaitan emosi dan mentakrifkannya sebagai persepsi, sikap, memendam perasaan dan juga pengurusan emosi. Sanitah dalam Mohd Azhar (2004) berpandangan kecerdasan emosi mempunyai peranan penting dalam bidang pendidikan, menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dan menjamin kualiti produk yang dihasilkan dalam setiap peringkat pendidikan sama ada kanakkanak atau orang dewasa. Ahmad Shukri dalam Mohd Azhar (2004) meninjau sistem pendidikan di Malaysia berorientasikan akademik dan aspek teknikal yang bersifat logikal dan analitikal. Beliau berpandangan keadaan ini kurang sesuai dengan keperluan masa kini, individu yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik perlu juga mempunyai kecerdasan emosi untuk berjaya dalam kehidupan berkerjaya dan kehidupan peribadi. Ini disokong dengan pandangan Mayer et al (1999) menyatakan bahawa kecemerlangan individu bergantung pada kecerdasan emosinya. Kajian ini mengupas kecerdasan emosi berdasarkan model Kecerdasan Emosi yang dikemukakan oleh Goleman (1995). Menurut beliau dalam mengharungi hidup ini, ketakutan, kerisauan mempengaruhi manusia dari hari ke hari. Individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalin persahabatan dengan orang lain (Goleman, 1996). Perasaan atau emosi ini memainkan peranan yang penting dalam kesejahteraan, kebahagiaan dan kecemerlangan seseorang sama ada dalam kehidupannya secara personel ataupun secara profesional (Goleman, 1995; Prakas Rao, 2001) Politeknik sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi negara bertanggungjawab membentuk perkembangan pelajar selari dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar perlu berkembang potensinya merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkembangan ini sesuai, selari dan amat penting kerana golongan pelajar ini pada kebiasaannya akan berada di peringkat terakhir pengajian mereka dan kembali kepada masyarakat, terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, memulakan kehidupan berkerjaya, membina keluarga dan membentuk generasi berikutnya. Kajian ini mempunyai empat objektif utama. Pertama, mengenal pasti profil responden dari segi jantina dan pencapaian kursus Tamadun Islam. Kedua, mengenal pasti profil tahap kecerdasan emosi dan tahap sikap pembelajaran pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik

Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap Pencapaian Kursus Tamadun Islam

27

Port Dickson. Ketiga, melihat perbezaan profil kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson berdasarkan jantina. Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kerangka konseptual kajian ini telah diadaptasi menggunakan model Kecerdasan Emosi yang dikemukakan oleh Goleman (1999), Noriah et al (2004) dan teori sikap Rosenberg dan Hovland (1960) seperti kerangka di bawah:

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian

Goleman (1999) mencadangkan kecerdasan emosi dikaitkan dengan dua jenis kompetensi (kompetensi peribadi dan kompetensi sosial) dengan lima domain utama, iaitu: 1. Kesedaran Kendiri merupakan domain asas, iaitu kebolehan mengenal pasti, mengakui dan mengiktiraf perasaan dan memahami mengapa perasaan itu wujud membolehkannya bertindak balas dengan persekitaran dan membina makna hasil dari tindakan dan reaksi itu (Sanitan dalam Mohd Azhar, 2004). 2. Regulasi Kendiri bermaksud kebolehan seseorang untuk menilai keadaan dalaman, naluri dan sumber yang wujud dalam dirinya melalui lima sub domain iaitu kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, keboleh ubahsuaian dan inovatif (Noriah et al., 2004). 3. Motivasi Kendiri merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang untuk mencapai matlamat hidup, kebolehan seseorang membina dorongan pencapaian yang tinggi, komitmen terhadap tugas, berinisiatif, optimistik dan berminat terhadap apa yang dilakukannya (Noriah et al., 2004). 4. Empati bermaksud kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain (Goleman 1995). Sifat empati membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut pandangan orang lain dari perspektif mereka, boleh menyelami kepahitan, kesusahan, kekecewaan dan keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara (Goleman 1999). 5. Kemahiran Sosial merupakan kemahiran mencetuskan respon yang sesuai dari orang lain yang dijelaskan melalui sub domain mempengaruhi, berkomunikasi, mengurus konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, membina hubungan, berkolaborasi dan bekerja sebagai satu pasukan (Noriah et al., 2004).

28

Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

Manakala sikap pembelajaran dalam kajian ini pula menggunakan teori sikap Rosenberg dan Hovland (1960) dalam Nur Ashiqin (2005) yang terdiri daripada tiga komponen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kajian ini merupakan kajian kes menggunakan pendekatan kuantitatif dengan metod tinjauan (survei). Responden kajian yang dipilih adalah 80 orang pelajar daripada 473 orang pelajar di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi Amira Shuhaida (2009) mengandungi 3 bahagian utama, iaitu Bahagian A (maklumat Demografi). Bahagian B (Kecerdasan Emosi) dan Bahagian C (Sikap Pembelajaran) yang menggunakan skala Likert 5 mata dalam menilai maklum balas responden kajian.

Sumber: Rosenberg dan Hovland (1960)

Rajah 2 Teori Sikap Rosenberg dan Hovland (1960)

Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 18.0. Data diuji nilai signifikannya pada satu tahap ke ertian yang ditetapkan (p=0.05) bagi mengurangkan risiko melakukan ralat sebagaimana yang dicadangkan oleh Cohen dan Cohen’s (1975). Pekali alpha Koeffisien Cronbach digunakan diguna kan telah diklasifikasikan mengikut indeks kebolehpercayaan oleh Norizan (2003) dan Azhar (2006) seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Pekali alpha Koeffisien Cronbach Indikator

Nilai Alpha Cronbach

Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah

> 0.90 0.70 – 0.89 0.30 – 0.69 0.30

Hasil analisis kebolehpercayaan instrument ini secara keseluruhan adalah seperti berikut: Jadual 2 Reliability Statistic Pengukuran

Cronbach's Alpha

Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items

N of Items

Kecerdasan Emosi

0.8054

0.8061

50

Sikap Pembelajaran

0.8429

0.8588

26

Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap Pencapaian Kursus Tamadun Islam

29

Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan kecerdasan emosi, menggunakan min, sisihan piawai dan peratus dan diinterpretasikan menggunakan nilai indeks kecerdasan emosi oleh Noriah dan Siti Rahayah (2005) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 Interpretasi dan tahap nilai peratus EQ Nilai Peratus EQ

Interpretasi

81%-100%

Trait kecerdasan emosi yang wujud dalam diri seseorang merupakan kekuatan bagi dirinya dan sepatutnya digunakan sepenuhnya.

61%-80%

Trait kecerdasan emosi yang perlu dicari dalam diri seseorang boleh menjadi kekuatan bagi dirinya, namun ia perlu dicari dalam diri individu tersebut.

41% - 60%

Trait kecerdasan emosi yang diperlukan dalam diri seseorang perlu dibina kerana kewujudannya adalah di tahap yang lemah

Kurang dari 40%

Trait kecerdasan emosi yang perlu ada dalam diri seseorang berada di tahap yang sangat lemah dan perlu dibina secepat mungkin.

Analisis statistik deskriptif juga digunakan untuk melaporkan dapatan dari segi sikap pembelajaran menggunakan min dan sisihan piawai. Min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara interpretasi dapatan statistik deskriptif yang dicadangkan oleh Sumarni (2000) dan Jamil (2002) seperti Jadual 4. Jadual 4 Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistic Skor Min

Interpretasi

1.00– 2.33 2.34– 3.66 3.67– 5.00

Rendah Sederhana Tinggi Sumber: Sumarni (2000) dan Jamil (2002)

Data juga akan dianalisis menggunakan kolerasi Pearson untuk menjelaskan arah dan magnitud hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan nilai pekali kolerasi (r) untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji, sekiranya pekali kolerasi bernilai positif bermaksud hubungan berkadar terus antara pemboleh ubah yang dikaji dan sebaliknya (Mohd Majid 2005). Analisis data akan diinterpretasikan menggunakan anggaran kekuatan hubungan antara pemboleh ubah Joseph F. Healey et al (1997) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Jadual 5 Kekuatan hubungan dan pekali korelasi Kekuatan Hubungan

Pekali Korelasi

Lemah Sederhana Kuat

Bawah 0.10 0.11– 0.30 0.31ke atas

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil kajian dibentangkan merangkumi aspek selari dengan objektif kajian dan dibincangkan dalam subtajuk berikut.

30

Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

Profil Responden Kajian dari Segi Jantina dan Pencapaian Kursus Tamadun Islam Jadual 6 menunjukkan komposisi dan perincian profil kecerdasan emosi responden yang terlibat dalam kajian ini dari segi jantina dan skor pencapaian. Seramai 39 orang (48.8%) responden adalah lelaki manakala 41 orang (51.3%) responden adalah perempuan. 17 orang (21.3%) responden mendapat skor A dalam kursus Tamadun Islam, 26 orang (32.5%) mendapat skor A-, 24 orang (30.0%) mendapat skor B+ dan 13 orang (16.2%) mendapat skor B dan ke bawah. Jadual 6 Profil Responden Kajian Kategori Jantina

Profil

Kekerapan

Peratus

Lelaki

39

48.8%

Perempuan

41

51.3%

A

17

21.3%

A-

26

32.5%

B+

24

30.0%

B ke bawah

13

16.2%

Skor Pencapaian Kursus Tamadun Islam

Profil Kecerdasan Emosi Responden Kajian Dari segi kecerdasan emosi secara keseluruhan pula adalah seperti dalam Jadual 7.Secara keseluruhannya, dapat dilihat berdasarkan jadual di atas bahawa kecerdasan emosi kelima-lima domain responden yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi, ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi wujud dalam diri pelajar-pelajar ini dan merupakan kekuatan bagi mereka dan sepatutnya digunakan sepenuhnya. Data ini di interpretasi menggunakan nilai indeks kecerdasan emosi oleh Noriah dan Siti Rahayah (2005). Jadual 7 Profil Kecerdasan Emosi Responden kajian Domain Kecerdasan Emosi

N

Min

Sisihan Piawai

Peratus

Dimensi Kesedaran Diri

80

4.1663

0.36628

83.33%

Dimensi Regulasi Kendiri

80

4.0763

0.34172

81.53%

Dimensi Motivasi Kendiri

80

4.0775

0.38582

81.55%

Dimensi Empati

80

4.1225

0.34640

82.45%

Dimensi Kemahiran Sosial

80

4.1703

0.37526

83.41%

Min Purata

4.1226

Profil Sikap Pembelajaran Responden Kajian Dari segi sikap pembelajaran pula, secara keseluruhan pula adalah seperti dalam Jadual 8. Secara keseluruhannya, dapat dilihat berdasarkan jadual 3 di atas bahawa sikap pembelajaran pelajar yang menjadi responden kajian ini bagi semua domain adalah tinggi. Skor min tertinggi adalah 4.1148 (SP:0.35186) bagi domain kognitif dan pengetahuan manakala skor min terendah adalah skor min 3.9050 (SP:0.57454) bagi domain tingkah laku.

31

Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap Pencapaian Kursus Tamadun Islam

Jadual 8 Profil Sikap Pembelajaran Responden Kajian Domain Sikap Pembelajaran

N

Min

Sisihan Piawai

Interpretasi

Kognitif dan Pengetahuan

80

4.1148

0.35186

Tinggi

Efektif dan Perasaan

80

4.0525

0.37178

Tinggi

Tingkah laku

80

3.9050

0.57454

Tinggi

Min Purata

4.0241

Tinggi

Perbezaan Profil Kecerdasan Emosi Responden Kajian Berdasarkan Jantina Dari segi kecerdasan emosi pelajar yang menjadi responden kajian berdasarkan jantina (lelaki 39 orang pelajar dan perempuan 41 orang pelajar) adalah seperti dalam Jadual 9. Keputusan ujian t berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi kesemua domain Kecerdasan Emosi berdasarkan jantina di kalangan responden kajian. Ini menunjukkan bahawa antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempunyai persamaan dari segi kecerdasan emosi. Jadual 9 Perbezaan Profil Kecerdasan Emosi Berdasarkan Jantina Domain EQ Piawai Dimensi Kesedaran Diri

Dimensi Regulasi Kendiri

Dimensi Motivasi Kendiri

Dimensi Empati

Dimensi Kemahiran Sosial

Jantina

N

Min

Sisihan Piawai

Lelaki

39

4.2000

0.40328

Perempuan

41

4.1341

0.32910

Lelaki

39

4.0000

0.33245

Perempuan

41

4.1488

0.33847

Lelaki

39

4.0744

0.45290

Perempuan

41

4.0805

0.31482

Lelaki

39

4.0872

0.35922

Perempuan

41

4.1561

0.33470

Lelaki

39

4.1205

0.42931

Perempuan

41

4.2293

0.31164

Nilai t

Sig. P

0.798

0.427

-1.982

0.051

-0.071

0.944

-0.888

0.377

-1.301

0.197

Signifikan pada aras p<0.05.

Perbezaan Profil Sikap Pembelajaran Pelajar Responden Kajian Berdasarkan Jantina Dari segi sikap pembelajaran pelajar yang menjadi responden kajian berdasarkan jantina (lelaki 39 orang pelajar dan perempuan 41 orang pelajar) adalah seperti dalam Jadual 10. Keputusan ujian t berdasarkan jadual 5 di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pembelajaran dari kesemua domain sikap pembelajaran berdasarkan jantina di kalangan responden kajian. Ini menunjukkan bahawa antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempunyai persamaan dari segi sikap pembelajaran.

32

Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

Jadual 10 Perbezaan Profil Sikap Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Jantina Domain Sikap Pembelajaran

Jantina

N

Min

Sisihan Piawai

Kognitif dan Pengetahuan

Lelaki

39

4.1212

.039425

Perempuan

41

4.1086

0.31110

Lelaki

39

4.0564

0.36620

Perempuan

41

4.0448

0.38152

Lelaki

39

3.9231

0.69678

Perempuan

41

3.8878

0.43600

Efektif dan Perasaan

Tingkah laku

Nilai t

Sig. P

0.159

0.874

0.091

0.928

0.273

0.786

Signifikan pada aras p<0.05.

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Responden Kajian dengan Pencapaian Kursus Tamadun Islam Analisis hubungan antara Kecerdasan Emosi pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam adalah seperti Jadual 11. Berdasarkan Jadual 11 menunjukkan hubungan antara Kecerdasan Emosi pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. Untuk mencari hubungan tersebut, aras signifikan α = 1% atau α = 0.01 telah dipilih. Kesemua nilai p yang dicatat adalah lebih besar daripada nilai α = 0.01. Ini menunjukkan tidak hubungan yang signifikan antara Kecerdasan Emosi pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam di kalangan responden kajian. Dapatan kajian ini bercanggah dengan pandangan Azizi et al (2000) menyatakan bahawa pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan dan sikap seseorang pelajar tetapi penekanan kepada aspek emosi dan sikap kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Jadual 11 Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dengan Pencapaian Kursus Tamadun Islam Hubungan Pemboleh ubah

Nilai Kolerasi (r)

Aras Signifikan (p)

Jumlah Responden

Dimensi Kesedaran Diri

0.101

0.372

80

Dimensi Regulasi Kendiri

0.187

0.096

80

Dimensi Motivasi Kendiri

0.068

0.548

80

Dimensi Empati

-0.017

0.882

80

Dimensi Kemahiran Sosial

0.174

0.123

80

Aras Signifikan, α = 0.01 (2 hujung)

Hubungan Antara Sikap Pembelajaran Responden Kajian dengan Pencapaian Kursus Tamadun Islam Analisis hubungan antara Sikap Pembelajaran pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam adalah seperti Jadual 12. Jadual ini menunjukkan hubungan antara Sikap Pembelajaran pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. Untuk mencari hubungan tersebut, aras signifikan α = 1% atau α = 0.01 telah dipilih. Kesemua nilai p yang dicatat adalah lebih besar daripada nilai α = 0.01. Ini menunjukkan tidak hubungan yang signifikan antara sikap pembelajaran pelajar dengan pencapaian kursus Tamadun Islam di kalangan responden kajian.

Kecerdasan Emosi dan Sikap Pembelajaran Pelajar Terhadap Pencapaian Kursus Tamadun Islam

33

Jadual 12 Hubungan Sikap Pembelajaran dengan Pencapaian Kursus Tamadun Islam Hubungan Pemboleh ubah

Nilai Kolerasi (r)

Aras Signifikan (p)

Jumlah Responden

Kognitif dan Pengetahuan

-0.016

0.887

80

Efektif dan Pengetahuan

0.096

0.398

80

Tingkah Laku

-0.018

0.872

80

Aras Signifikan, α = 0.01 (2 hujung)

PENUTUP Hasil analisis daripada kajian yang diperoleh secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dalam kalangan responden kajian adalah tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi di kalangan sampel kajian berdasarkan gender. Begitu juga dengan sikap pembelajaran dalam kalangan sampel kajian berdasarkan gender, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari kesemua domain sikap pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa, tidak terdapat hubungan di antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian pelajar kursus Tamadun Islam. Kecerdasan emosi dan sikap banyak mempengaruhi proses pembelajaran seseorang pelajar sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Kecerdasan emosi dan sikap juga membawa kepada implikasi terhadap pencapaian akademik pelajar. Walaupun dapatan kajian ini tidak menunjukkan hubungan antara kecerdasan emosi terhadap pencapaian pelajar, banyak kajian lain yang dilakukan terhadap pelbagai subjek mata pelajaran menunjukkan hubungan yang signifikan. Bagi mencapaikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek ini perlu ditekankan supaya keseimbangan berlaku dalam sistem pendidikan. RUJUKAN Ahmad Shukri Mohd Nain. 2004. EQ memudahkan pengurus. Dalam Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Amira Shuhaida Zainuddin. 2009. Kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran Ekonomi Asas serta implikasinya terhadap pencapaian: Kajian di daerah Kemaman. Projek Penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azhar Ahmad. 2006. Strategi pembelajaran dan pengaturan kendiri pendidikan Islam dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & Nordiana Mohd Nor. 2000. Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Jurnal Pendidikan. Fakulti Pendidikan UTM. Cohen, J. & Cohen, P. 1975. Applied Multiple Regression/ Correlation Analysis for the behavioral Sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Pub. Goleman, D. 1995. Emotional intelligence: why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books. Goleman, D. 1996. What’s you emotional IQ? Reader’s Digest. May, hal 17-20. Goleman, D. 1999. Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books. Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub. 1997. Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James, Poon Teng fatt. 2002. Emotional Intelligence: For Human Resource Managers. Management Research News. 25 (11). 57-74. Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Joseph, F. H., Earl, B. dan Freud, H. 1997. Explaining social issues. London: Pine Forge Press.

34

Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 25-34

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mayer, J. D., Caruso, R. & Salovey, P. 1999. Emotional intelligence meets tradisional standards for an intelligence. Intelligence 27: 267-298. Mayer, J. D. dan Cobb, C. D. 2000. Educational policy on emotional intelligence: does it make sense? Educational psychology review 12: 163 – 183. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). EQ panduan meningkatkan Kecerdasan Emosi, siri pembangunan diri. Bentong Pahang. PTS Publications Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Najib Ghafar. 2000. Kestabilan emosi guru: Perbandingan antara pensyarah dan pelajar. Jurnal Teknologi. 32 32 (E): 1-10. Mohd Nazar Mohamed. 1992. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Norasmah Othman. 2001. Keberkesanan program keusahawanan remaja di sekolah menengah. Tesis Ph. D. Universiti Putera Malaysia. Noriah, M. I., Zuria, M., Siti Rahayah, A. 2005. Understanding emotional intelligence of Malaysian teachers. Proceeding untuk 12 th International Conference (ISATT) 2005: 454-461. Noriah, M. I., Zuria, M., Siti Rahayah, A., Ramli, M., Ruhizan, M. Y., Norzaini, A., & Ruslin, A. 2004. IRPA Executive Report MOSTI. Norizan Abdul Razak. 2003. Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian secondary school. Tesis Dr. Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Asyiqin Najmuddin. 2005. Sikap dan kerisauan pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Prakas Rao Apparao. 2001. Perkaitan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi di UTM. Projek Sarjana Muda UTM. Rosenberg, M. J. & Hovland, C. I. 1960. Attitude Organization and Change. New Haven: Yale University Press. Sanitah Mohd Yusof. 2004. Peranan EQ dalam pendidikan. Dalam Mohd Azhar Abd Hamid. Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sumarni Junin. 2000. Kebimbangan dan punca-punca kebimbangan di kalangan pelajar sebuah sekolah menengah harian Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Universiti Malaya. Zainuddin Bin Haji Yusoff (2000). Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Kepimpinan: Tinjauan Di Kalangan Pemimpin-pemimpin Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Projek Sarjana Muda. UTM. Tidak Diterbitkan

Biodata Penulis Nor Hayati Fatmi Talib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Kumpulan Latihan), Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ([email protected]) Bani Hidayat Mohd Shafie, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ([email protected]) Alias Mat Saad (Ph.D), Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson ([email protected]) Ab Halim Tamuri (Ph.D dan Profesor Madya), Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ([email protected])