Kefahaman Membaca

faktor yang disebut di atas mempunyai kaitan antara satu sama yang lain. Jika seseorang murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap proses memba...

0 downloads 7 Views 844KB Size
07 Keberkesanan Strategi Metakognisi dalam Kefahaman Membaca Norlela Abdul Rahaman [email protected]

Ghazali Mohamed Ibrahim [email protected] Sekolah Rendah Townsville

Abstrak Membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai murid di sekolah. Bagi memberikan makna kepada bacaan, murid perlu dilengkapkan dengan kemahiran metakognisi agar budaya membaca dan berfikir dapat memberikan makna kepada bacaan murid. Kajian ini mengkaji keberkesanan teknik membaca menerusi berfikir secara lantang dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman membaca. Seramai 24 orang murid dari Sekolah Rendah Townsville dijadikan responden kajian. Dalam kajian ini, pengajaran secara eksplisit, pembelajaran kooperatif dan strategi penilaian holistik diterapkan. Penilaian berbentuk praujian dan pascaujian digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan hampir kesemua murid dapat mengaplikasi teknik membaca menerusi berfikir secara lantang dengan berkesan. Teknik ini juga membantu murid-murid untuk memantau tahap pemahaman mereka semasa membaca. Kata Kunci: membaca, metakognisi, pemahaman membaca, berkesan, holistik

107

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 107

26/2/18 3:32 PM

PENGENALAN Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang harus dibina untuk menjadikan murid seorang pengguna bahasa yang berkesan. Murid diharapkan bukan sahaja boleh membaca secara mekanis tetapi dapat memahami dan menaakul bahan bacaan yang diberikan. Menurut Van Den Broek dan Espin (2012), kefahaman membaca adalah satu interaksi kompleks yang merupakan salah satu proses kognitif yang membolehkan pembaca membuat lambang mental tentang sesuatu teks. Menurut Rumelhart, (1985, 1994) dan Fitzgerald, (1999) membaca memerlukan pengekodan dan pemahaman tentang apa yang ditulis, bukan hanya setakat pengekodan atau pemahaman. Untuk pengekodan dan pemahaman, pendekatan proses ‘top-down’ dan ‘bottom-up’ diperlukan agar kemahiran membaca dapat dicapai. Walaupun ramai murid boleh membaca tetapi tidak semua yang dapat memahami kandungan bahan bacaan tersebut. Hal ini terjadi kerana muridmurid didapati sukar mengaitkan kandungan bahan bacaan dengan pengalaman kehidupan mereka. Lantas, masalah itu menghambat minat mereka untuk membaca. Permasalahan ini juga telah menyebabkan kelakonan murid dalam peperiksaan subjek bahasa Melayu terutama bahagian kefahaman terjejas.

PERNYATAAN MASALAH Hasil tinjauan para guru menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai kesukaran memahami teks yang dibaca. Oleh yang demikian, mereka tidak berupaya menjawab soalan-soalan kefahaman yang dikemukakan dengan lengkap. Ada beberapa faktor yang menyebabkan murid-murid mengalami kesukaran membaca. Faktor pertama yang menjejas kefahaman murid ialah sikap muridmurid tersebut. Menurut Guthrie dan Wigfield (1997), sikap terhadap membaca didefinisikan sebagai perasaan seseorang murid kepada bahan bacaan yang akan menentukan sama ada murid itu akan mendekatkan diri atau mengelakkan diri kepada proses membaca yang dipelajari. Faktor kedua yang menjejas kefahaman murid ialah efikasi kendiri. Menurut Bandura (1977, 1986, 1997), efikasi kendiri merujuk kepada kecekapan 108

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 108

26/2/18 3:32 PM

seseorang menghadapi rintangan-rintangan yang akan dilalui. Menurut beliau lagi, efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan seseorang untuk melakukan tugas yang diberikan mengikut apa yang ingin dicapai. Lantas, apabila muridmurid tidak begitu yakin tentang perkara yang mereka boleh lakukan, mereka tidak akan dapat melaksanakan perkara tersebut dengan baik dan sempurna. Faktor yang ketiga ialah perasaan kebimbangan. Perasaan kebimbangan memberikan kesan kepada murid. Menurut Saito, Horwitz, dan Garza (1999), Liu (2007); Yan dan Hortwiz (2008), perasaan kebimbangan akan menjejas kelakonan murid yang mempunyai tahap kemahiran berbahasa yang rendah berbanding dengan murid yang memiliki kemahiran bahasa yang lebih tinggi. Hal ini dipercayai berpunca daripada pelbagai sudut linguistik, kognitif dan lain-lain. Faktor yang keempat ialah minat. Menurut Renninger, Hidi dan Krapp (1992), minat itu timbul apabila ada interaksi tentang apa yang dibaca dengan pengalaman atau sekeliling seseorang pembaca. Faktor terakhir ialah motivasi. Menurut Bandura (1986), apabila seseorang ingin mencapai sesuatu objektif yang akan memberikan kepuasan atau keputusan yang memuaskan, motivasi itu akan wujud. Kesimpulannya, faktorfaktor yang disebut di atas mempunyai kaitan antara satu sama yang lain. Jika seseorang murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap proses membaca, hal ini juga akan menjejas motivasi mereka untuk membaca dan memahami kandungan bahan bacaan.

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. 2.

meninjau tahap pemahaman membaca murid setelah mengaplikasi teknik membaca dan berfikir secara lantang; dan mengenal pasti masalah yang menghambat pemahaman membaca murid.

109

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 109

26/2/18 3:32 PM

KAJIAN LEPAS Menurut Pentimonti dan Justice (2010), membaca secara lantang dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang menyediakan ruang bagi seorang dewasa dan kanak-kanak untuk berkongsi topik secara berfokus. Aktiviti ini memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam perbincangan yang bergerak melampaui tumpuan persepsi yang merangkumi perbincangan yang berkonsep. Strachan (2015) juga menjelaskan bahawa dalam aktiviti membaca dan berfikir secara lantang, guru berpeluang memerancahkan pertimbangan murid dan memberikan sokongan kepada pembelajaran murid apabila mereka mempelajari sesuatu yang baharu menerusi arahan langsung sebelum, ketika dan semasa membaca. Membaca secara lantang dipercayai dapat memberikan kesan terhadap pembelajaran murid. Lazimnya, pemahaman murid terhadap bahan bacaan yang dibaca akan terjejas apabila mereka tidak memahami kosa kata yang terkandung dalam bahan bacaan tersebut. Namun, Strachan (2015) menyatakan bahawa teknik ini berupaya membantu mengukuhkan pemahaman murid berkaitan bahan bacaan yang dibaca sungguhpun mereka kurang memahami makna bagi beberapa perkataan. Membaca secara lantang juga dipercayai membenarkan murid-murid untuk membuat kaitan dengan pengalaman diri mereka. Menurut Strachan (2015), teknik membaca dan berfikir secara lantang berupaya membantu murid untuk membuat kaitan antara kandungan bahan bacaan dengan kehidupan seharian mereka dan juga masyarakat luar. Waller dan Barrentine, (2015) menjelaskan bahawa apabila murid dapat membuat kaitan, pemahaman mereka terhadap teks akan bertambah baik kerana mereka dapat menggarap makna daripada apa yang dibaca. Selain teknik membaca secara lantang, teknik berfikir secara lantang juga dipercayai berupaya mengukuhkan pemahanan membaca murid. Berfikir secara lantang ialah proses berfikir yang berlaku semasa membaca secara sedar. Menurut Bauman, Jones dan Kessell (1993); Pressley dan McDonald (1997); Cohen (1998); Pressley (1998); Wade, Buxton dan Kelly (1999) teknik ini dapat membantu pembaca menilai tahap pemahaman, membuat ramalan 110

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 110

26/2/18 3:32 PM

serta mengesahkan dan bertanya secara kendiri sebelum, semasa dan sesudah membaca. Menurut Crain-Thoreson, McCledon-Magurson dan Lippman (1997), teknik ini adalah mekanisme yang berkesan dalam menerangkan proses pemikiran yang berlaku dalam diri pembaca. Zimmerman, Bonner dan Kovach (1996) juga berpendapat bahawa teknik ini juga turut membantu murid untuk memantau proses pembelajaran secara kendiri.

KAEDAH KAJIAN Kajian ini bersifat kajian lapangan iaitu melibatkan pemantauan guru terhadap reaksi murid terhadap pengajaran dan penganalisisan markah praujian dan pascaujian. Kajian ini melibatkan analisis secara kuantitatif dan kualitatif. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid Darjah 3 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 24 orang yang memiliki tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Seorang guru bahasa Melayu dan seorang guru peneraju terlibat dalam kajian ini. Secara umum, murid-murid mempunyai kemahiran membaca. Murid-murid juga telah didedahkan kepada soalan-soalan kefahaman yang pelbagai. Sungguhpun begitu, murid-murid masih mempunyai kesukaran untuk memahami teks yang dibaca. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kertas praujian dan pascaujian. peralatan penilaian formatif iaitu Kad ‘Traffic Light’.

Alat kedua ialah

Menurut Mundrake (2000), penilaian dan ujian ialah terma-terma yang digunakan untuk menunjukkan hasil proses pendidikan. Kane, Khattri, Reeve dan Adamson, (1997) menyatakan bahawa tujuan penilaian dan ujian bertujuan memberikan maklum balas kepada murid sejauh mana perkembangan dan pencapaian mereka dalam sesuatu pembelajaran. Selain kertas praujian dan pascaujian, alat kedua yang digunakan ialah penilaian formatif. Penilaian formatif digunakan untuk memperbaik pembelajaran dan motivasi murid serta menjamin kejayaan murid. Lantas peralatan penilaian formatif seperti Kad ‘Traffic Light’ turut membantu murid untuk memantau proses 111

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 111

26/2/18 3:32 PM

pembelajaran mereka sendiri. Dengan menggunakan kad tersebut, mereka boleh menunjukkan peringkat pemahaman mereka semasa pengajaran dijalankan. Prosedur Kajian Murid-murid akan melalui praujian sebelum didedahkan kepada teknik membaca dan berfikir secara lantang. Selepas itu, murid-murid akan didedahkan kepada teknik membaca dan berfikir secara lantang. Murid-murid harus melalui tiga tahap untuk menjalani program ini. Pada tahap pertama, murid-murid diperkenalkan kepada pelbagai kata tanya seperti ‘Siapa’, ‘Apa’, ‘Mana’, ‘Bila’, ‘Mengapa’ dan ‘Bagaimana’. Murid-murid turut diajar tentang fungsi bagi setiap kata tanya yang diperkenalkan. Pada tahap kedua, guru mengajar murid-murid sepotong ayat dan bertanya. Contoh seperti yang dilihat di bawah ini: Ayat: Alif pergi ke sekolah dengan menaiki teksi. Soalan: Bagaimanakah Alif pergi ke sekolah? Pada tahap ketiga, murid harus melalui tiga langkah. Untuk langkah pertama, murid harus menggarisi frasa atau ayat yang hendak ditanya. Kemudian, muridmurid harus membubuh kata tanya yang sesuai pada frasa atau ayat tersebut. Selepas melakukan langkah pertama, murid akan melakukan langkah kedua, iaitu membaca ayat sebelumnya untuk mencari jawapan bagi kata tanya tersebut. Jika murid-murid tidak menjumpai jawapan pada ayat sebelumnya, mereka harus membaca ayat selanjutnya. Untuk langkah ketiga, jika murid-murid berjaya mendapat jawapan bagi soalan-soalan dibubuh di atas ayat yang digarisi, mereka harus meletakkan tanda kurung pada jawapan itu. Kemudian, mereka harus membuat anak panah dari soalan ke arah jawapan yang ditemui itu.

112

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 112

26/2/18 3:32 PM

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini akan membentangkan analisis dapatan kajian secara kuantitatif bagi 24 orang murid. Analisis bahagian ini berasaskan data praujian dan pascaujian. Dapatan Penilaian Praujian dan Pascaujian Bahagian ini akan menganalisis markah praujian dan pascaujian murid. Penganalisisan dijalankan dengan tujuan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam menggunakan teknik membaca dan berfikir secara lantang yang menunjukkan pemeringkatan dalam markah kefahaman mereka. Jadual 1: Penganalisisan Markah Praujian dan Pascaujian Murid Markah Praujian (9 markah)

Markah Pascaujian (9 markah)

Perbezaan Markah

Peratusan Peningkatan

2 4 2 4 4 2 5 5 4 6 4 6 4 5 5 4 4 5 4 2 7 7 6 7

2 6 2 5 5 2 8 7 5 8 7 8 5 7 7 4 5 7 6 2 9 9 8 9

0 +2 0 +1 +1 0 +3 +2 +1 +2 +3 +2 +1 +2 +2 0 +1 +2 +2 0 +2 +2 +2 +2

0 20 0 10 10 0 30 20 10 20 30 20 10 20 20 0 10 20 20 0 20 20 20 20

P3ML01 P3ML02 P3ML03 P3ML04 P3ML05 P3ML06 P3ML07 P3ML08 P3ML09 P3ML10 P3ML11 P3ML12 P3ML13 P3ML14 P3ML15 P3ML16 P3ML17 P3ML18 P3ML19 P3ML20 P3ML21 P3ML22 P3ML23 P3ML24

113

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 113

26/2/18 3:32 PM

Berdasarkan pencapaian keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa 19 orang murid berjaya dalam ujian kefahaman berbanding dengan 12 orang murid lulus dalam praujian. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid berupaya memahami dan mengaplikasi teknik membaca dan berfikir secara lantang dengan berkesan. Jadual 2: Taburan Markah Praujian dan Pascaujian MARKAH PRAUJIAN JULAT MARKAH

0-4

5-9

MARKAH PASCAUJIAN 0-4

5-9

BILANGAN MURID

12

12

5

19

PERATUSAN

50

50

21

79

Jadual 2 menunjukkan bahawa 79% iaitu 19 orang murid lulus dalam pascaujian berbanding dengan 50% iaitu 12 orang murid lulus dalam praujian. Dapatan kajian kuantitatif yang dijelaskan di atas, ternyata membuktikan keberkesanan teknik membaca dan berfikir secara lantang dalam meningkatkan tahap pemahaman membaca murid.

KESIMPULAN Teknik berfikir secara lantang yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman membaca ternyata mampu meningkatkan tahap pemahaman dalam kalangan murid-murid. Teknik ini didapati membantu murid memantau proses pemahaman membaca mereka dengan berkesan. Teknik ini juga memberikan motivasi kepada murid. Penggunaan peralatan penilaian formatif juga turut membantu murid memahami pengajaran membaca teks dengan menggunakan teknik membaca dan berfikir secara lantang dengan lebih berkesan.

RUJUKAN Dipetik pada 28 November, 2017 dari https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/ syllabuses/mother-tongue-languages/files/malay-primary-2015.pdf Dipetik pada 28 November, 2017 dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1112912.pdf 114

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 114

26/2/18 3:32 PM

Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari https://opal.moe.edu.sg/periha/slot/u210/about_ha/PERI%20HA%20 FAST-Kit.pdf Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1140245.pdf Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari https://digitalcommons.brockport.edu/cgi/viewcontent.cgi?referer=https:// www.bing.com/&httpsredir=1&article=1673&context=ehd_theses Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/ syllabuses/mother-tongue-languages/files/malay-primary-2015.pdf Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED503737.pdf Dipetik pada 20 Disember, 2017 dari http://download.learningrx.com/reading-comprehension-research-paper. pdf Dipetik pada 2 Disember, 2017 dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1 81247.pdf

115

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 6-7 (pages 96-115)-DD.indd 115

26/2/18 3:32 PM