KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL

Rasulullah SAW mengulang bacaan Jibril AS berlakunya proses pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan membaca al-Quran secara...

0 downloads 10 Views 275KB Size
Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ALQURAN SECARA BERTAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH ALMATIEN SITI MURSYIDAH MOHD ZIN [email protected] Jabatan al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor MASHITAH BINTI ISMAIL

ABSTRAK Sejarah awal pengajaran dan pembelajaran al-Quran bermula dengan penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril AS. Proses Jibril AS mengajar Rasulullah SAW membaca perkataan pertama surah al-‘Alaq adalah permulaan berlakunya proses pengajaran pertama. Manakala proses Rasulullah SAW mengulang bacaan Jibril AS berlakunya proses pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan membaca al-Quran secara bertajwid menggunakan kaedah al-Matien berdasarkan analisis dokumen dan kajiankajian lepas. Kesimpulan menunjukkan kaedah al-matien ini sangat menekankan kepada penguasaan bacaan al-quran secara bertajwid. Selain itu terdapat beberapa kelebihan yang pada masa yang sama merupakan faktor keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah ini iaitu kaedah al-Matien ini terangkum dalam satu buku yang mengandungi dua jilid iaitu Mantap Mengaji Kaedah al-Matien 1 dan Mantap Mengaji Kaedah al-Matien 2. Kaedah al-Matien ini amat menekankan kepada bab penguasaan huruf hijaiyah, mempelajari tanda bunyi, menguasai cara memasukkan huruf, menguji dan membezakan panjang dan pendek bacaan dan latihan tubi pembacaan. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Pengkaji tidak menafikan terdapat faktor lain seperti amalan guru, sikap ibu bapa, sikap pelajar itu sendiri, juga menyumbang kepada kegagalan membaca al-Quran, tetapi tidak dapat dinafikan faktor kaedah yang sesuai memberi impak kepada masalah tersebut. Kaedah yang sesuai dan semasa dapat memenuhi tuntutan Islam agar membaca alQuran dengan bertajwid amat diperlukan. Sekiranya kaedah pengajaran yang diajar itu kurang memberangsangkan pemilihan kaedah yang lebih baik disarankan bagi mengatasi masalah kegagalan membaca al-Quran dengan baik dan secara bertajwid.

Kata kunci: Kelebihan, Bertajwid, al-Matien, al-Quran, pengajaran dan pembelajaran.

202

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

PENGENALAN Sejarah awal pengajaran dan pembelajaran al-Quran bermula dengan penurunan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS. Proses Jibril AS mengajar Rasulullah membaca perkataan pertama surah al-Alaq adalah permulaan berlakunya proses pengajaran pertama. Manakala proses Rasulullah SAW mengulang bacaan Jibril AS berlakunya proses pembelajaran. Bacaan yang dibaca oleh Jibril AS dan diikuti oleh Nabi Muhammad SAW bukanlah sekadar bacaan tetapi mestilah diikuti dan difahami. Nabi Muhammad SAW akan membaca, menghafaz dan memahami ayat al-Quran. Rasulullah SAW mempelajari al-Quran menggunakan kaedah mendengar dan memerhatikan bacaan Jibril AS dan baginda Rasulullah SAW tidak tergopoh gapah dalam bacaan dan hanya mengikut bacaan apabila malaikat Jibri AS selesai membacanya (Al-Buti 1991). Kemudiannya proses pengajaran dan pembelajaran alQuran ini berkembang dari semasa ke semasa merentas zaman dari Rasulullah SAW sehinggalah sekarang. Kepelbagaian kaedah dan cara yang digunakan oleh para guru dan pelbagai cara juga digunakan oleh pelajar untuk belajar membaca al-Quran agar fasih dan lancar seterusnya dapat mentadabuur al-Quran serta diamalkan dalam ruang lingkup kehidupan. Menjadi tuntutan dan kewajipan muslim untuk mempelajari alQuran yakni membaca, memahami, mentadabbur seterusnya mengeluarkan intipati yang terkandung didalamnya. Membaca al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu (Abdul Halim El-Muhammady 1991). Aspek pengajaran dan pembelajaran al-Quran amat dititikberatkan bagi membolehkan umat Islam dapat membaca alQuran dengan baik, bahkan mentadabbur seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN YANG DIGUNAKAN RASULULLAH DAN SAHABAT Kitab sirah nabawiyah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW mengajar al-Quran kepada para sahabat dengan pelbagai kaedah dan cara antaranya ialah kaedah talaqqi,mushafahah, hafazan dan sebagainya. Penurunan ayat al-Quran di Gua Hiraq merupakan titik tolak bermulanya pengajaran al-Quran kepada Rasulullah SAW. Malaikat Jibril AS secara talaqqi mushafahah serta mendengar dengan baik serta teliti ayat yang diturunkan dan dibacakan kemudian menyebut dan melafazkan dan akhirnya dapat dihafaz. Bagi menjamin ketepatan dan keutuhan ayat al-Quran di dada Rasulullah SAW Jibril AS bertadarus bersamanya dengan kaedah talaqqi mushafahah. Ketika Jibril membaca al-Quran, Rasulullah SAW akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya. Seterusnya kaedah tadarus digunakan antara Rasulullah SAW dan malaikat Jibri AS. Ia diperakui oleh Saiyidatina Fatimah RA bahawa Jibril AS menemui Rasulullah SAW setiap bulan ramadan untuk bertadarus al-Quran (M.Quraish Shihab 1996) Apabila diturunkan wahyu kepada Rasulullah SAW, baginda tidak henti-henti menggerakkan lidah dan bibirnya sehingga Allah SWT melarangnya berbuat demikian. Allah SWT memberi jaminan kepada rasul-Nya berkaitan amalan 203

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

menghafaz al-Quran dan membetulkan bacaan RasulNya. Hal ini diterangkan oleh Allah SWT melalui firmanNya:

‫ۡ ۥ‬

‫ۡ ۥ‬

ۡ

‫ٓۦ‬

ۡ

‫ۡ ۦ‬

Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) (al-Qiyamah:16- 17) Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT membimbing Rasulullah SAW tentang kaedah mempelajari al-Quran melalui malaikat Jibril AS. Rasulullah SAW dalam mempelajari al-Qur’an amat memerlukan pertolongan Allah SWT kerana mempelajari al-Quran berbeza dengan mempelajari sesuatu yang lain. Allah SWT telah memberi jaminan kepada Rasul-Nya bahawa al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW akan terpelihara. Dengan jaminan ini, maka setiap kali Jibril AS datang membawa wahyu kepada Rasulullah SAW, baginda mendengarnya dengan penuh perhatian dan apabila Jibril AS selesai, Nabi membacanya sebagaimana Jibril AS membacanya. Amalan Rasulullah SAW setiap kali turun wahyu, ialah memanggil sahabat-sahabat menulis wahyu yang baru diturunkan. Baginda sendiri menghafaz ayat-ayat tersebut kemudian membacakannya kepada sahabat-sahabat baginda serta menerangkan maksud ayat agar difahami oleh para sahabat. Para sahabat pula menghafaz ayat tersebut dan mengamalkannya. Para sahabat lebih cenderung menghayati dan memahami sesuatu ayat yang mereka hafaz. Setelah memahami maksud dan hukum yang terkandung dalam ayat yang dihafaz, mereka terus mengamalkannya. Seterusnya mereka akan menghafaz ayat yang baru. Manakala dalam pengajaran tafsir al-Quran dan Hadis, Rasulullah SAW menafsirkan ayat al-Quran untuk memberi kefahaman kepada para sahabat(al-Buty 1991) Nabi Muhammad SAW memulakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di rumah baginda sendiri. Selepas itu, beliau mengajarkan al-Quran dirumah al-Arqambin Abi Al-Arqam dalam usaha membentuk peribadi para sahabat. Pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an ini seterusnya berkembang ke Madinah dengan adanya rombongan dari Madinah yang datang berjumpa Rasulullah SAW dan beriman kepada baginda seterusnya memperkembangkan ajaran al-Quran di sana. Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, pengajaran dan pembelajaran alQuran berterusan di rumah baginda dan Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang berguru secara langsung dengan Rasulullah SAW. Mereka mempelajari al-Quran secara hafazan daripada Rasulullah SAW hingga lahirlah kumpulan huffazyang terkenal, iaitu Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Mas’ud, ‘Aishah dan Hafsah (al-Buty 1991). Tegasnya pada peringkat ini para sahabat masih meneruskan kaedah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dengan Jibril dalam pengajaran al-Quran. Melalui kaedah hafazan ini telah berjaya melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan mengahafaz al-Quran. Menurut al-Sabuni (1998) bahawa jika sesiapa berjalan pada waktu malam di Madinah melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran 204

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

dengungan yang kuat seperti bunyi lebah dalam sarangnya. Itulah dengungan sahabat yang sedang membaca al-Quran. Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya yang lain. Rasulullah SAW juga menekankan aspek penghayatan ayat al-Quran dan penerapan ajarannya dalam kehidupan seperti dalam solat tahajjud sewaktu keseorangan atau bersama sahabat senang atau susah seluruh tindak tanduk dan akhlaknya berlandaskan al-Quran. Baginda adalah orang yang paling tahu tentang hukum hakam, asbab alnuzul dan perkara berkaitan dengannya. Baginda mengajarkan dan menyampaikan alQuran kepada orang lain khususnya para sahabat (Muhd Yusuf 2003). Pengajaran al-Quran mempunyai strategi yang luas dan bersepadu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW membaca, mengajar menafsir mengamalkan, menghafaz mengajar al-Quran kepada orang lain. Rasulullah SAW memberi motivasi dengan memuji kemerduan suara sahabat dan menyuruh sahabat lain mempelajarinya. (al-Nahlawi 1991). Kesimpulannya, terdapat empat langkah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah SAW iaitu pertama, membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah SAW membaca al-Quran secara talaqi-mushafahah dengan malaikat Jibril AS. Maka dengan cara ini jugalah baginda SAW mengajarkannya kepada para sahabat. Kedua, menerangkan maksud yakni Rasulullah SAW menerangkan maksud ayat yang diturunkan. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung di sebalik ayatayat al-Quran yang dibaca. Ketiga, kaedah menghafaz. Selain ayat-ayat al-Quran ditulis di pelepah-pelepah tamar, tulang dan kulit terdapat juga para sahabat yang menghafaz ayat al-Quran. Keempat, kaedah yang digunakan ialah mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafaz (Subhi al-Saleh 1978). Rasullullah SAW, para sahabat dan tabi in mengajar dan menggunakan kaedah secara talaqqi dan mushafahah serta menyeluruh, meliputi aspek-aspek membaca, menulis, menghafaz, memahami dan mengamal. Kelima-lima aspek tersebut adalah merupakan pendekatan yang digunakan oleh Jibril AS dalam mengajarkan al-Quran kepada Rasulullah SAW. Berdasarkan kepada pengalaman Rasulullah SAW tersebut, maka proses pembelajaran al-Quran hendaklah secara talaqqi dan mushafahah iaitu berdepan dengan guru, di mana guru akan memperdengarakan bacaan muridnya di samping memperbetulkan bacaan murid sekiranya terdapat kesalahan. PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN DI MALAYSIA Sejarah perkembangan pengajaran al-Quran di Malaysia berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang belaku sekitar tahun 630M. Kedatangan pedagang Arab ke nusantara kerana alasan perdagangan telah berlaku sebelum itu(Wan Hussein Azmi 1988). Kegemilangan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam memainkan peranan penting dalam sejarah pengajaran al-Quran di Malaysia. Peranan istana, masjid, surau dan rumah sebagai tempat berkembangnya pendidikan al-Quran pada waktu itu. Tradisi masyarakat melaka menjadikan pengajaran al-Quran sebagai pelajaran dasar dibuktikan dengan pendapat Abdullah Munshi yang 205

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

menyatakan bahawa dari zaman nenek moyang lagi tidak pernah diajar Bahasa Melayu melainkan diajarkan mengaji al-Quran. Ibu bapa pada zaman itu juga menghantar ke rumah guru al-Quran yang layak untuk mengajar al-Quran. (Abdullah Ishak 1995) Mohd Yusof (1986) menyatakan pendidikan al-Quran diajar sesudah solat subuh zohor dan maghrib. Murid juga diajar pelajaran jawi sebagai panduan untuk membaca al-Quran. Kurikulum utama pada waktu itu ialah pengajian al-Quran.Melalui kaedah hafazan serta kemahiran mengenal huruf seseorang murid akan dapat membaca alQuran untuk membolehkannya mendirikan solat. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, pengajaran al-Quran memang sudah wujud dan diajar di rumah rumah guru secara formal, di samping itu terdapat sekolahsekolah pondok yang ditubuhkan oleh ulama-ulama terkenal. Di sekolah pondok, mereka bukan sahaja belajar al-Quran tetapi juga pengetahuan agama Islam dan akhlak. Ahmad Mohamad Salleh (1995) menyatakan pada tahun 1870 pemangku majistret A.M Skinner telah memperkenalkan pengajaran al-Quran di sekolah rendah.Pada waktu pagi mereka belajar bahasa melayu dan pada waktu petang mereka belajar al-Quran. Tumpuan pengajaran al-Quran pada waktu itu hanya diajar membaca,manakala makna dan kefahamannya tidak diajar. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pelajaran agama dimasukkan ke dalam kurikulum berdasarkan Laporan Penyata Rahman Talib 1960. Pengajaran alQuran dalam mata pelajaran agama Islam mula diajar di sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah hasil daripada laporan tersebut. Akta Pendidikan 1961 telah memasukkan mata pelajaran agama Islam di dalam jadual waktu dengan peruntukan belajar sebanyak 120 minit seminggu. Walau bagaimanapun kelas-kelas al-Quran di rumah rumah Tuan Guru masih berjalan tetapi hanya sekadar membaca dan menghafaz beberapa ayat untuk tujuan tertentu sahaja. Mata pelajaran pengetahuan agama Islam di sekolah pula pada masa itu antaranya ialah pengajaran tilawah al-Quran. Tilawah al-Quran hanya diajar membaca manakala kefahaman makna terjemahan dan pengajaran hanya pada ayat yang tertentu sahaja. Manakala pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah menengah diajar dalam mata pelajaran agama Islam di sekolah menengah dengan menggunakan Kurikulum Lama sekolah menengah KLSM. Matlamat dan objektif pengajaran ialah menekankan kemahiran kepada pelajar dari aspek membaca, memahami, menghafaz dan menghayati al-Quran dan tujuannya ke arah pembentukan warga negara yang soleh berdasarkan kehendak al-Quran (Ismail 1992). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilancarkan pada tahun 1982 dan membawa perubahan baru dalam arena pendidikan. Al-Quran diberi penumpuan lebih dan perlu dibaca dan dihafaz serta diberikan makna dalam pengajaran.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1982). Pada tahun 1987 perkembangan pendidikan negara berkembang ke arah yang lebih baik dan tersusun apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan asas dalam pendidikan negara. Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diwartakan pada tahun 1987. Kemudian Falsafah Pendidikan Islam pula diperkenalkan dan kandungannya seperti berikut:,

206

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat” Falsafah Pendidikan Islam tersebut jelas menunjukkan pentingnya pembelajaran alQuran sebagai asas dalam pembelajaran pendidikan Islam. Bagi kelangsungan pengajaran al-Quran KBSR pada tahun 1988, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan. Kurikulum baru ini menjadikan al Quran satu komponen besar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam KBSR, memberi penumpuan kepada kebolehan membaca al-Quran dan menanamkan asasasas Fardu ‘Ain dan cara hidup Islam. Manakala Pendidikan Islam KBSM pula memberi tumpuan dan penekanan yang sepenuhnya kepada kebolehan membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran, pengukuhan akidah Islam, ibadah dan cara hidup Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). al-Quran bukan sahaja diajar bacaan tetapi kefahaman makna al-Quran itu lebih dititikberatkan dan pelajar diajar supaya menghayatinya. Ayat hafazan juga ditambah untuk persediaan melakukan ibadat dengan sempurna (KPM 1988). Kurikulum inilah yang berterusan hingga ke hari ini di sekolah rendah dan menengah. Jabatan Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan buku Iqra' sebagai kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang disusun, sebagai usaha mengadaptasi atau mengubahsuai kaedah lama Baghdadi bertujuan agar pelajar dapat membaca al-Quran dalam waktu yang singkat dan cepat. Program Kelas Kemahiran al-Quran atau lebih dikenali dengan KKQ diwujudkan dalam Kelas Aliran Agama (KAA) dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 lagi. Ia merupakan satu usaha memartabatkan al-Quran yakni dipelajari dengan lebih mendalam dalam bidang taranum, qiraat, hafazan dan ulum al-Quran. Kelas KKQ ini masih diteruskan sehingga kini dan banyak memberi impak kepada kemahiran pelajar dalam bidang alQuran. Pihak JAPIM juga amat mengambil berat dan melakukan pemantauan agar kelas ini berjalan dengan lancar. Dasawarsa ini, penekanan kepada Tilawah al-Quran dalam kurikulum pendidikan Islam semakin ketara berikutan daripada keprihatinan Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap penguasaan al- Quran yang membawa kepada wujudnya program j-QAF. Antara objektif program j-QAF ialah semua pelajar Islam diharapkan dapatkhatam al-Quran semasa belajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sebelum ini, bidang Tilawah al-Quran hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja, manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah, tetapi menyerahkan kepada masyarakat (Halim Na’am 2005). Perkembangan ilmu kemahiran al-Quran di Malaysia telah mendapat liputan meluas oleh media massa dan elektronik sekali gus mencetuskan kesedaran masyarakat terhadap nilai bacaan al-Quran yang bermutu tinggi sesuai dengan mukjizat al-Quran itu sendiri (Farah Ilyani 2011). Dengan kemunculan program realiti TV seperti Akademi al-Quran yang melahirkan masyarakat yang mahir mengalunkan al-Quran secara berlagu dan mengaplikasikan qirāat dalam bacaannya. Program Mari Mengaji, Mari Bertarannum di TV9 yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda dan berusia dimana program yang disampaikan lebih santai dan 207

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

menyeronokkan; Tilawah Interaktif di TV1 dan Kalam Suci di Astro Oasis yang berinteraksi secara langsung dengan pakar-pakar dalam bidang al-Quran dan pertandingan Tilawah al-Quran yang dipancarkan secara langsung di kaca televisyen telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat (Farah Ilyani 2011). Kesimpulannya pengajaran pembelajaran al-Quran di Malaysia diajar secara formal dan tidak formal. Bentuk formal bermaksud bersistem dengan mempunyai guru-guru yang terlatih, modul-modul yang khusus seperti yang diajarkan di sekolah-sekolah atau Pusat Pengajian al-Quran yang berdaftar hinggalah kepada Pusat Pengajian Tinggi. Manakala bentuk tidak formal iaitu al-Quran di ajar di rumah-rumah oleh ibu bapa atau rumah guru al-Quran secara tidak langsung atau interaktif dengan media elektronik seperti tilawah interaktif. Kepelbagaian cara, teknik dan kaedah divariasikan untuk memudahkan proses pengajaran al-Quran kepada segenap lapisan masyarakat. KAEDAH PENGAJARAN MALAYSIA

DAN

PEMBELAJARAN

AL-QURAN

DI

Kaedah pengajaran al-Quran berubah mengikut peredaran masa. Penggunaan kaedahkaedah ini berkembang seiring dengan perkembangan ilmu. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru-guru al-Quran dari dulu sehingga sekarang sama ada kepada orang awam, sehinggalah kepada anak-anak di sekolah-sekolah. Namun begitu kaedah-kaedah ini dibahagikan kepada dua iaitu kaedah yang diguna secara langsung semasa mengajar al-Quran mengunakan mashaf al-Quran dan juga kaedah yang menggunakan buku atau modul asas pengajaran al-Quran. Kaedah yang digunakan secara asas pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan al-Quran adalah seperti berikut. 1.Talaqqi Mushfahah Kajian Mohd Yusof (2000), menyatakan kaedah talaqqi mushfahah adalah kaedah terawal digunakan dalam pengajaran al-Quran di Malaysia. Kaedah ini lebih merupakan tunjuk ajar secara lisan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat dilakukan oleh seorang guru kepada pelajar dan para pelajar mendengar dan mengecam cara membaca seperti yang dicontohkan oleh guru. Kemudian pelajar meniru dan mengikuti bacaan guru berkenaan. Melalui kaedah ini pengajaran dan pembelajaran al-Quran lebih berbentuk pengajaran dari lisan ke lisan. Kaedah talaqqi mushfahah bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Talaqqi pada istilah pula pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai. Norasyikin Fabil (2005) mentakrifkan talaqqi iaitu mempelajari al-Quran dengan cara mendengar bacaan guru terlebih dahulu sebelum memperdengarkan bacaannya semula kepada guru. Mushafahah pada bahasa bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Mushafahah pada istilah pula bermaksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan kaedah mempelajari al-Quran secara langsung daripada guru yang menerima bacaan secara

208

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

mutawatir yakin daripada guru demi guru sehigga sampai kepada zaman sahabat dan Nabi SAW sendiri. 2. Kaedah Halaqah atau Tadarus Kaedah Tadarus atau Halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.Kajian (Abdullah Mohd Salleh 1997) menyatakan kaedah halaqah di gunakan lebih bertujuan untuk menerangkan. Ia biasanya dilakukan dengan cara pelajar mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separuh bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaaannya guru bersandar pada dinding masjid dengan menghadap kearah kiblat. Kaedah ini merupakan kaedah yang terus menerus digunakan terutama di institusiinstitusi pondok di Malaysia. 3. Kaedah Tikrar Atau Latih Tubi Kaedah seterusnya adalah tikrar atau latih tubi. (Ahmad Mohd Salleh 1997) menerangkan bahawa pendekatan kaedah ini ialah perbuatan melakukan atau mengingat secara berulangkali . Ini bermaksud seorang pelajar akan mengulang untuk mengingat kembali apa yang dibaca. Kemudian murid yang lain mengikuti bacaannya sehingga akhirnya murid-murid ini terbiasa dan dapat membaca ayat-ayat berkenaan. Di antara kelebihan kaedah ini ialah murid dapat menyebut huruf dan kalimah dengan betul dan fasih, menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal serta boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris. Kaedah latih tubi ini mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasulullah membaca ayat yang pertama diturunkan iaitu surah al-Alaq. 4. Kaedah Tatbiqi atau Tajwid Kaedah Tatbiqi atau Tajwid juga merupakan salah satu kaedah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran bertujuan utk mempertingkatkan lagi mutu bacaan al-Quran seperti yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW yang telah beliau iktiraf mutu bacaan al-Quran mereka. Kaedah Tatbiqi adalah kaedah membaca al-Quran secara bertajwid. Membaca al-Quran secara bertajwid bermaksud memperelokkan bacaan al-Quran dengan mengeluarkan huruf hijaiyah dari makhrajnya dan diberikan hak. Matlamat membaca dengan bertajwid adalah memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dan kesilapan ketika membaca alQuran. Kaedah Tatbiqi atau Tajwid ini telah lama digunakan. Peranan guru adalah membetulkan kesalahan tajwid pada bacaan pelajar. 5. Kaedah Tasmi dan Tashih Kajian Abdul Malek (2003) juga menyebut kaedah lain yang diguna pakai oleh pengajar al-Quran ialah kaedah mendengar dan membetulkan. Ia lebih dikenali sebagai kaedah tasmic dan tashih. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran al209

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

Quran, guru hanya menerangkan jika terdapat kesalahan pada bacaan murid dan guru membetulkan bacaan berkenaan. Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses memilih, menelaah, menguji dan mengesahkan malkumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar. Kaedah tasmi’ bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan membetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. 6. Kaedah Taranum Kaedah tarannum merupakan salah satu bentuk kaedah pengajaran al-Quran bagi para pelajar peringkat tinggi. Kaedah ini lebih memberikan tumpuan kepada seni bacaan al-Quran. Para guru dan pelajar dituntut untuk menguasai ilmu tajwid terlebih dahulu di samping memiliki suara semula jadi yang tinggi terang dan merdu. Lebih daripada itu peranan nafas yang panjang dan pendek serta lagu-lagu dan irama-irama asas pembacaan al-Quran menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran menerusi kaedah ini. Kaedah taranum ini sangat mementingkan seni bacaan al-Quran. Kaedah ini juga dapat menarik minat pelajar mempelajari al-Quran. Lagu-lagu taranum yang popular di ajar oleh guru al-Quran ialah lagu Bayyati, Soba, Nahwand,Hijaz, Jiharkah dan Sikah. Namun begitu tidak semua guru al-Quran memiliki kemahiran bertarannum. 7. Kaedah Imla’ Kaedah Imla’ ialah kaedah dimana pelajar menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid -murid dikehendaki mengingati ayat terseut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu. KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN BERASASKAN BUKU ATAU MODUL KHAS KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ALQURAN Perkembangan dunia global merevolusikan kaedah yang terkini dan lebih sistematik, dan menggunakan buku khas untuk mengajar al-Quran. Ia bermula dari peringkat asas sehinggalah pelajar itu mahir barulah guru-guru al-Quran mengajar menggunakan alQuran. Kaedah ini diguna pakai agar orang yang mempelajari al- Quran dapat membaca dengan cepat dan lancar. Terdapat beberapa kaedah pengajaran al-Quran terkini berpandukan buku khas yang diguna pakai di Malaysia iaitu seperti berikut: 1. Kaedah Baghdadiyah (Buku Muqaddam) Menurut Mohd Aderi Che Noh (2004), kaedah Baghdadiyah adalah kaedah yang pertama yang menggunakan buku digunakan meluas di Malaysia. Kaedah ini 210

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berabad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah, menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf hijaiyyah, baris dan ejaan. Kaedah Baghdadiyah ini menggunakan kaedah mengeja dengan cara menyebut huruf dari ‫ ا‬sehingga ‫ ي‬secara latih tubi sehingga hafaz. Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris- baris lain, iaitu baris kasrah, dhommah dan fathah. Seterusnya pelajar akan mengeja dan membunyikan kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan, terdiri daripada dua suku kata atau lebih dan empat suku kata. Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung. Seterusnya kaedah ini mengajar murid-murid membaca petikan ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat -ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran dan surah-surah daripada al-Fatihah, al--N s dan al-Naba' (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral KPM 2004). 2. Kaedah Qiraati Kajian (Yusman Nizar 2000) menyatakan kaedah kedua yang diguna pakai di Malaysia ialah kaedah Qiraati dan masuk ke Malaysia awal tahun 1970an. Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dahlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya kaedah ini terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk Amma dan seterusnya al-Quran Mashaf Rasm Uthmani. 3. Kaedah Iqra' (Modul Iqra') Kaedah pengajaran al-Quran semakin berkembang dengan penggunaan kaedah Iqra' yang mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Yogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji Ashad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra'. Kajian Mohd Naim (2003) menyatakan buku-buku Iqra' sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.. Kaedah Iqra' tidak memperkenalkan pelajar dengan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua, dan juga tidak dikenalkan tandatanda bacaan seperti mati atau tasydid. Kaedah Iqra' menggunakan 6 buah buku. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah sehinggalah sekarang digunakan pula dalam pembelajaran j-QAF dan KAFA (Kelas al-Quran dan Fardhu Ain).( Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral KPM 2004)

211

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

4. Kaedah Hattawiyah Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau Sumatera. Beliau berpengalaman dalam bidang tilawah al-Quran selama 30 tahun. Beliau menggunakan konsep mempelajari al-Quran secara cepat yang dikenali sebagai kaedah Hattawiyah. Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal. Seseorang itu boleh membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama 6 kali belajar, khasnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi menurut pendapat pengasasnya. Buku kaedah Hattawiyah ini mengandungi dua buah buku sahaja (Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral KPM, 2004). 5. Kaedah Teknik al-Baghdadi Kaedah al-Baghdadi merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang digunakan kini. Kaedah ini telah diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi pada tahun 2010. Beliau berpengalaman menyusun dan mengendalikan program kursus kaedah al-Baghdadi dan latihan kepada guru-guru serta ibubapa diseluruh negara hampir 10 tahun khususnya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan bahasa Arab. Ianya adalah salah satu kaedah yang dapat membantu umat Islam untuk menguasai bacaan al-Quran dengan pendekatan yang mudah, inovasi dan sistematik dalam tempoh yang singkat dan kaedah ini juga membolehkan kita mengajar orang lain. Kaedah al-Baghdadi serta bahan-bahan bantu mengajar terhasil dari pengalaman pengasas mengendalikan kursus kaedah al-Barqy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada guruguru dan ibu bapa diseluruh negara selama 8 tahun. Kaedah al-Baghdadi adalah satu lagi kaedah baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari asas al-Quran. Set Buku Kaedah al-Baghdadi menggunakan sistem struktur, analisa & sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan alat bantuan mengajar atau yang dinamakan sebagai alat ketuk. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti. Di samping itu kaedah ini menggunakan dua buah buku iaitu buku Tahmid al-Baghdadi dan buku Tajwid alBaghdadi. Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan bahan kemahiran asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca alQuran, asas-asas tersebut adalah: a. Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik. b .Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dammah. c. Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin. d. Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad. e. Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun. f. Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu. Kaedah yang juga diaplikasikan di dalam Tamhid al-Baghdadi ini, antaranya, Kaedah Bacaan Berirama, Kaedah Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) Manakala Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap

212

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran. Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafazan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam al-Quran dalam tempoh yang singkat. (Norsyida Mohd Zain 2014). Kaedah alBaghdadi ini mempunyai tenaga pengajar yang khusus diletakkan di pusat–pusat pengajian yang dikenali ALC (al-Baghdadi Learning Centre) di bawah naungan AlBaghdadi Group Sdn. Bhd adalah syarikat yang menaungi kaedah pengajaran alQuran ini secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre. Sehingga Jan 2018 ALC telah mempunyai 1008 buah cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh tujuh tahun. Pengiktirafan ini diterima dari pihak The Malaysia Book Of Records pada awal Januari tahun 2013. (http://www.albaghdadigroup.com/v5/) 6. Kaedah al- Matien Kaedah al-Matien adalah modul pengajaran al-Quran yang disusun oleh Ustaz Haji Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin dan Ustaz Haji Mohamad Wahid bin Abdul Hanif yang menggabungkan kaedah lama (al-Baghdadi) dan kaedah Iqra'. Ustaz Zamri merupakan seorang yang berpengalaman dalam pengajaran al-Quran, sering muncul di kaca TV dalam program pengukuhan bacaan al-Quran. Kaedah ini dikatakan lebih mantap dan cepat dalam menguasai bacaan al-Quran tanpa perlu mengeja. Caranya ialah dengan menguasai terlebih dahulu huruf-huruf Hijaiyah secara mantap dibantu dengan menggunakan kaedah warna yang menarik minat pembaca. Kaedah ini juga telah memperkenalkan pelbagai cara yang berkesan untuk menguasai ilmu tajwid dengan cepat dan tepat di samping perlu mendapat bimbingan mereka yang ingin memantapkan penguasaan bacaan al-Quran.

7. Kaedah al-Barqy Kaedah al-Barqy diperkenalkan oleh Muhadjir Sulthon pada tahun 1965. Beliau adalah seorang pensyarah di Fakulti Adab IAIN Sunan Ampel Surabaya Indonesia. Ia adalah kaedah yang sistematik dan mudah untuk pelajar membaca ayat yang bersambung. Ia juga dikenali sebagai kaedah 8 jam kerana bererti pelajar dapat menguasai bacaan al-Quran selama 8 jam sahaja menurut pengasasnya. Ia mengandungi sebuah buku teks Tajwid al-Barqy dan dua keping CD. Kesimpulannya kaedah Talaqqi Mushafahah adalah kaedah asas yang digunakan dalam pengajaran dan pembacaan al-Quran. Kaedah ini pada asasnya menggunakan mashaf al-Quran sebagai bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kemudian guru-guru al-Quran menggunakan bahan lain sebagai panduan asas pengajaran al-Quran seperti buku Iqra', Qiraati,Muqaddam, Hattawiyah Buku Kaedah al-Baghdadi dan buku al- Matien. Buku-buku dan kaedah ini digunakan untuk memudahkan lagi pembelajaran asas tilawah al-Quran dari peringkat kanak-kanak sehinggalah kepada kalangan dewasa.

213

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN SEDIA ADA Terdapat kajian lepas yang mendapati kelemahan kaedah-kaedah yang sedia ada digunapakai dalam pengajaran al-Quran. Menurut Mohammad Sabri (2001) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah Hattawiyah dalam pembelajaran Tilawah alQuran, sebanyak 89% daripada responden berada pada tahap sederhana dan lemah dalam kebolehan membaca al-Quran. Mohammad Naim (2003) dengan tajuk "Pencapaian Tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra' di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu” mendapati terdapat perbezaan pencapaian tilawah al-Quran dalam kalangan murid berasaskan sekolah agama sebelah petang. Hasil temu bual terhadap 10 orang guru Pendidikan Islam juga menunjukkan bahawa masa pengajaran tilawah al-Quran yang tidak mencukupi menyebabkan murid terabai sehingga tamat tahun enam. Apatah lagi jarang sekali guru mengadakan kelas pemulihan kerana tidak mempunyai kelapangan waktu. Kajian Mohd Alwi Yusof (2003) pula menyatakan penggunaan kaedah Iqra secara umumnya memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan. Manakala, kajian Mohd Naim (2003) tentang pencapaian tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra' di sekolah Kebangsaan daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca al-Quran dengan baik, 35.4% masih berada pada tahap buta huruf al-Quran. Hal ini disokong oleh kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik al-Quran dalam kalangan pelajar Tingkatan satu di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa walaupun 63% dari responden adalah mereka yang telah khatam al-Quran, namun tahap keseluruhan bacaan responden masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Hal ini bermakna walaupun sebahagian besar daripada pelajar telah melalui khatam al-Quran akan tetapi belum jaminan mereka boleh membaca al-Quran mengikut kaedah yang betul dan baik. Amri Daud (2005) juga menyokong kenyataan bahawa model enam bulan khatam al-Quran, tidak dapat mencapai objektif berdasarkan dapatan ujian murid yang mengikuti program ini. 75.8% mencapai objektif dan terdapat 15.2% yang tidak boleh menguasai bacaan al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian objektif agak sederhana. Menurut Mohd Aderi (2008) dalam kajiannya tentang kelemahan dalam kaedah Baghdadiyah, iaitu kaedah mengenal huruf hijaiyah, huruf bersambung dan berbaris yang terdapat dalam buku Muqaddam ini tidak sesuai dengan kaedah mempelajari bahasa untuk masa sekarang. Kaedah ini juga hanya menekankan kepada satu aspek sahaja iaitu membaca sedangkan aspek penulisan, hafazan dan kefahaman tidak diambil kira. Susunan ayat al-Quran yang songsang boleh mengelirukan pelajar di peringkat permulaan serta melahirkan anggapan susunan al-Quran sememangnya begitu. Secara tidak langsung ini boleh memberi kesan bacaan dalam sembahyang. Menurut Mohd Mukri (2008) kaedah Hattawiyah, kaedah Iqra' dan kaedah al-Barqy tidak menggunakan kaedah belajar al-Quran dengan bertajwid. Apa yang menarik ialah kaedah al-Matien ini menggunakan pendekatan memahami tajwid sekaligus dapat membaca al-Quran. Kesimpulan daripada dapatan kajian lepas mengenai kaedah pengajaran al-Quran sedia ada, mendapati terdapat kelemahan-kelemahan tertentu pada kaedah yang digunakan dalam pengajaran al-Quran. Namun begitu terdapat juga kekuatan pada 214

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

kaedah tersebut. Contohnya sesetengah kaedah mampu untuk mengajar pelajar dengan cepat membaca al-Quran. Sesetengah kaedah pula tidak memberi penekanan terhadap tajwid. Kaedah- kaedah tersebut mungkin sesuai untuk pelajar kelompok ini dan tidak sesuai untuk pelajar kelompok lain. Ia bergantung kepada kesesuaian kaedah dengan individu pelajar. KELEBIHAN KAEDAH AL-MATIEN Latarbelakang Kaedah al-Matien Kaedah al-Matien diperkenalkan oleh Ustaz Haji Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin dan Ustaz Haji Mohamad Wahid bin Abdul Hanif yang menggabungkan kaedah lama (al-Baghdadi) dan kaedah Iqra'. Ustaz Zamri merupakan seorang yang berpengalaman dalam pengajaran al-Quran, sering muncul dalam kaca TV dalam Program Mari Mengaji TV9 dan menjadi juri tetap dalam Program Akdemik alQuran. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Hashemite Zarqa' Jordan dan Ijazah Sarjana Al-Quran dari Madinah International University ini mempunyai syarikat konsultannya sendiri dinamakan Mantop Training and Consultancy. Minat dan kecenderungan dalam bidang al-Quran menyebabkan beliau terpanggil untuk mencipta pembaharuan dalam dunia pengajaran al-Quran dengan mencipta kaedah pengajaran al-Quran dikenali sebagai Kaedah al-Matien. Beliau telah dibantu oleh Ust Haji Mohamad Wahid bin Abd Hanif dalam membuahkan Kaedah al-Matien ini. Ustaz Haji Mohamad Wahid yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin (Akidah dan Falsafah) juga merupakan Editor Syariah di Telaga Biru Sdn Bhd, aktif dalam mengajar al-Quran dan penulisan buku serta majalah. Kombinasi yang mantap daripada dua orang ustaz ini telah menghasilkan Kaedah alMatien yang mana objektif utama penyusunan kaedah in adalah untuk menghasilkan satu kaedah dalam pengajaran membaca al-Quran sekaligus dengan penguasaan tajwid (Mohd Zamri, 2009).Kaedah ini didapati lebih mantap dan cepat dalam menguasai bacaan al-Quran tanpa perlu mengeja. Caranya ialah dengan menguasai terlebih dahulu huruf-huruf Hijaiyah secara mantap dibantu dengan menggunakan kaedah warna yang menarik minat pembaca. Kaedah ini juga telah memperkenalkan pelbagai kaedah yang berkesan untuk menguasai ilmu tajwid dengan cepat dan tepat di samping perlu mendapat bimbingan mereka yang ingin memantapkan penguasaan bacaan al-Quran (Mohd Zamri 2009). Kaedah al-Matien ini mula diperkenalkan pada tahun 2009. Ia diperkenalkan Ustaz Zamri dan Ust Abd Wahid yang mengambil masa dua tahun untuk menyusun kaedah ini. Hasil tercetusnya penulisan kaedah al-Matien ini adalah kerana mereka melihat kaedah lain lebih kepada mengatasi masalah buta al-Quran tetapi bukan masalah buta tajwid dan penglibatan mereka dalam membangunkan kelas-kelas pengajaran alQuran telah mencungkil masalah ramai umat Islam boleh membaca al- Quran tetapi masih tergagap dalam ilmu tajwid. Mereka juga berpendapat kelas al-Quran yang diuruskan terlalu bersifat menonton, lembap dan kelam kabut. Justeru itu kelas mengaji harus dinaiktaraf menjadi kursus yang layak dianugerahkan sijil kepada pelajar setiap tahun. Menurut Ustaz Zamri, kaedah membaca al-Quran yang berjaya

215

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

adalah yang mampu mengajar anak-anak dan orang dewasa membaca al-Quran dalam masa yang paling singkat dan boleh pula membaca dengan baik. Kini, kaedah al-Matien banyak digunakan oleh guru-guru al-Quran seluruh Malaysia juga pusat-pusat pengajian al-Quran. Di antara pusat pengajaran al-Quran yang terkenal mengajar dengan kaedah al-Matien adalah Pusat Pengajian al-Quran Skudai. Pusat ini telah menggunakan kaedah al-Matien sejak 2009 lagi sehingga sekarang. Menurut pengasasnya Pn Nordiana bt Sanusi beliau mendapati pelajar dan orang dewasa yang belajar dengan kaedah al-Matien lebih cepat menguasai tajwid.Umat Islam wajib membaca al-Quran dengan bertajwid, agar mereka dapat menerokai ilmuilmu lain dalam al-Quran seperti ilmu tafsir, ilmu qiraat, taranum,hafazan, khat dan lain-lain lagi. (Mohd Zamri, 2009) Penguasaan Bacaan Al-Quran Secara Bertajwid Menurut pengasas kaedah al-Matien, Ustaz Zamri bin Zainuddin, beliau dan Ustaz Abd Wahid memperkenalkan kaedah ini kerana kebanyakan kaedah pengajaran alQuran sebelum ini hanya memberi penekanan kepada kecepatan pelajar membaca alQuran, tetapi tidak memberi penekanan kepada tajwid. Pembelajaran tajwid hanya di ajar selepas pelajar boleh membaca al-Quran. Beliau berpendapat proses membaca alQuran mestilah seiring dengan penguasaan tajwid sepertimana disokong oleh kajian Misnan Jemali 2008. Amat sukar untuk membetulkan kesalahan pelajar ketika membaca al-Quran sekiranya semasa mereka belajar tidak ditekankan penguasaan tajwid tersebut. Maka dengan itu beliau telah memberi penekanan terus kepada penguasaan tajwid dan diperkenalkan istilah-istilah hukum tajwid. Dapatan daripada hasil penelitian pengkaji kepada semua kaedah pengajaran al-Quran hanya Kaedah al-Matien sahaja yang menyebut tentang istilah-istilah tajwid dalam buku Kaedah al-Matien 2 secara khusus. Kaedah al-Matien terangkum dalam satu buku sahaja mengandungi dua jilid iaitu Mantap Mengaji Kaedah al-Matien 1 dan Mantap Mengaji Kaedah al-Matien 2. Kaedah al-Matien ia berbeza dari kaedah lain yang mempunyai enam hingga lapan jilid. Ia mengandungi 105 helai muka surat sahaja. Kandungan dalam setiap jilid seperti berikut: a. Kaedah al-Matien 1 Terdapat 5 aspek pengajaran dalam Kaedah al-Matein 1 seperti berikut: i. Kaedah menguasai huruf hijaiyah. Pelajar mesti menguasai huruf hijaiyah terlebih dahulu dengan mantap. Kemudian guru hendaklah mendengar betul-betul sebutan dan cara menyebut setiap huruf supaya menepati makhraj huruf.Seterusnya pelajar hendaklah menguji diri dengan hurufhuruf hijaiyah yang tidak tersusun. ii. Mempelajari tanda bunyi.Pelajar yang sudah mengenali huruf hijaiyah hendaklah mempelajari tanda bunyi bagi baris atas, bawah dan depan serta tanwin tanpa perlu mengeja. Seetrusnya pada bahagian ini akan didedahkan juga hruf-huruf yang bercantum.

216

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

iii. Menguasai cara memasukkan huruf. Pelajar hendaklah menguasai cara memasukkan huruf berbaris kepada huruf yang mati (sukun) dan cara memasukkan huruf yang bergaris kedalam huruf yang bertanda sabdu (shiddah). iv. Menguji dan membezakan panjang dan pendek bacaan. Pelajar hendaklah mengenali dan membezakan pula kadar panjang dan pendek bacaan. Pada kalimah ‫الم‬ pelajar perlu membezakan ‫ الم‬yang dibaca dengan nyata dan ‫ الم‬yang dibaca dengan dengung. v. Latih tubi pembacaan. Apabila pelajar telah dapat menguasai perkara-perkara di atas, hendaklah membuat latih tubi pembacaan pada halaman-halaman seterusnya sehingga benarbenar lancar dan mantap. (Mohd Zamri 2009) b. Kandungan Isi Pembelajaran Kaedah al-Matien 1 Kandungan pembelajaran dalam Kaedah al-Matien 1 seperti berikut: i. Huruf-huruf hijaiyah ii. Makhraj huruf hijaiyah. iii. Baris atas dan tanwin atas iv. Baris bawah dan tanwin bawah. v. Baris depan dan tanwin depan. vi.Tanda sukun vii. Tanda sabdu vii. Pengukuhan al-Matien 1 c. Kaedah Pengajaran Kaedah al-Matien 2 Sesudah mantap dan lancar pembacaan, pelajar akan didedahkan pula dengan kaedahkaedah mudah hukum tajwid melalui bimbingan guru. Pada setiap tajuk, guru akan memperkenalkan nama hukum serta kaedah mengenalinya sepertimana yang diterangkan dalam buku. Setelah itu , guru akan menunjukkan cara membaca dengan betul dan pelajar pula akan membacanya semula dengan bimbingan guru dan begitulah seterusnya. Guru- guru juga hendaklah tidak mengalih kepada hukum yang lain sekiranya pelajar masih belum lancar dan mantap. d. Kandungan Isi pembelajaran Kaedah al-Matien 2 Hukum Mad Asli Makhraj Huruf Mad. i. Kaedah Mengenal Mad Badal ii. Kaedah Mengenal Mad Iwad iii. Kaedah Mengenal Mad Arid Lis Sukun iv. Kaedah Mengenal Mad Lin v. Kaedah Mengenal Mad Silah vi. Kaedah Mengenal Mad Jaiz Munfasil vii. Kaedah Mengenal Mad Wajib Muttasil viii. Kaedah Mengenal Mad Lazim Harfi ix. Kaedah Mengenal Mad Lazim Kalimi Muthaqqal x. Kaedah Mengenal Mad Farq xi. Hukum Nun Mati dan Tanwin xii. Kaedah Mengenal Izhar Halqi 217

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

xiii. Kaedah Mengenal Izhar Mutlaq xiv. Kaedah Mengenal Ikhfak Haqiqi xv. Kaedah Mengenal Iqlab xvi. Kaedah Mengenal Idgham Maal Ghunnah xvii. Kaedah Mengenal Idgham Bila Ghunnah xviii. Kaedah Mengenal Idgham Mislain xix. Kaedah Mengenal Ikhfak Syafawi xx. Kaedah Mengenal Izhar Syafawi xxi. Wajib al-Ghunnah xxii. Hukum Idgham Mutamasilai bi ghairi ghunnah xxiii. Idgham Mutajanisain. xxiv. Idgham Mutaqaribain xxv. Qalqalah xxvi. Tafkhim dan Tarqiq xxvii. Hamzah Wasal xxviii. Tanda Waqaf xxix. Saktah xxx. Bacaan Khusus Hafs Asim xxxi. Sifat Huruf e. Metod Penulisan Kaedah al-Matien Pencetus kaedah ini sangat berhati-hati dan usaha mereka menghasilkan kaedah ini sangat mengagumkan. Penulis menggabungkan kaedah-kaedah lain dan dirangkumkan dalam satu kaedah yang ringkas dan tepat. Kaedah yang digunakan oleh kedua-dua penyusun ini adalah kaedah dirangkumkan oleh penulis seperti berikut. i. Penulisan berdasarkan Format Rasm Uthmani. ii. Penekanan penguasaan huruf-huruf hijaiyah dahulu sebelum membaca. iii. Penekanan aspek sebutan dan tidak perlu mengeja. iv. Penulisan dengan kaedah penggunaan warna untuk membantu aspek pembelajaran. v. Penulisan dengan meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan. vi. Pendekatan penulisan ayat secara berperingkat- peringkat dalam satu ayat penuh dan bukan hanya potongan ayat yang lebih pendek. vii. Kaedah hukum tajwid ditulis dan diterang dengan lebih jelas berdasarkan panduan yang diberikan. viii. Penulisan di samping ilustrasi warna, gambarajah terutama makhraj dan sifat, ix. Penulis memasukkan nama surah serta ayat yang dimasukkan dalam pengukuhan sehingga memudahkan untuk tujuan rujukan dan semakan. Kesimpulannya pencipta kaedah ini telah mengerahkan idea mereka dalam mencapai matlamat untuk pembaca menguasai bacaaan al-Quran dengan memelihara semua hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran dengan penekanan tajwid pada kaedah alMatien 2 dan menekankan aspek penguasaan kemahiran membaca dalam kaedah alMatien 1. Kesemua kaedah-kaedah yang ada dalam pengajaran al-Quran telah dirangkumkan dalam satu buku yang padat, ringkas dan santai sesuai dengan selera pelajar dan pengajar. Namun begitu aspek kesungguhan guru dan pelajar juga harus diambil kira dalam menerapkan kaedah ini dalam pengajaran al-Quran.

218

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

KESIMPULAN Pemilihan kaedah pengajaran memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji tidak menafikan terdapat faktor lain seperti amalan guru, sikap ibu bapa, sikap pelajar itu sendiri, juga menyumbang kepada kegagalan membaca al-Quran, tapi kita tidak boleh mengenepikan faktor kaedah yang sesuai memberi impak kepada masalah tersebut. Kaedah yang sesuai dan semasa dapat memenuhi tuntutan Islam agar membaca al-Quran dengan bertajwid amat diperlukan. Sekiranya kaedah yang diajar itu kurang memberangsangkan pemilihan kaedah yang lebih baik disarankan bagi mengatasi masalah kegagalan membaca alQuran dan kegagalan membaca al-Quran secara bertajwid.

Rujukan Al-Quran al-Karim Abdul Halim El-Muhammad. 1991. Pendidikan Islam Peranannya dalam Pembangunan Ummah. Kuala Lumpur : Penerbitan Hikmah. Abdul Malek. 2003. Keberkesanan Kaedah graf dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. al-Būti, Sa’id Ramadhan. 1991. Fiqh Sirah Nabawiyah. Beirut: Darul Fikri. Farah Ilyani Zakaria. 2010. Guru Pendidikan Islam (GPI): Peranannya dalam Memartabatkan pendidikan kemahiran al-Quran di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Internasional Perbandingan Sistem Pendidikan Indonesia dan Malaysia di Universiti Pendidikan Indonesia (UPI). Bandung pada 16-17 Julai 2010. Ismail Abd Rahman. 1992. Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Buku panduan pengajaran Pembelajaran pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

dan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Buku Panduan Pelaksanaan Program Iqra' dan Jawi Enam Bulan Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Buku Panduan Perlaksanaan Model-model

219

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum Tahun 1. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Aderi bin Che Noh. 2008. Hubungan antara amalan Pengajaran guru dan Pencapaian Tilawah al-Quran pelajar tingkatan dua di Malaysia. Tesis Dr, Fa. Universiti Pertanian Malaysia. Mohd Alwi Yusoff. Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Prosiding Isu semasa Pengajian Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Kolej Universiti Islam Malaysia. Mohd Mukri Abdullah. 1994. Kaedah Iqra' dalam asuhan Tilawah al-Quran. Kertas Kerja Seminar Nasyid Pringkat Kebangsaan Kali ke 2. Kuala Lumpur. Mohammad Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu. Terengganu. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Sabri Satar. 2001. Keberkesanan kaedah hattawiyyah dalam Pembelajaran Tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Quraish Shihab. 1996. Membumikan al-Quran: Fungsi dan peranan wahyu dalam kehidupan masyarakat. Bandung: Pustaka Mizan. Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Mohd Zamri Mohd Zainuldin. 2009. Mantap Mengaji Kaedah Al-Matien. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd al-Nahlawi. Abdul Rahman. 1991. Usul al-Tarbiyah al-Islamiyah Wa Asalibuha, Beirut: Dar al-fikr al-Mu’asir Norsyida Md Zin, Norhidayah bt Yusof, Sidek Ariffin. 2014. Keberkesanan teknik al-Baghdadi dan Iqra', Satu perbandingan. Jurnal Usuluddin, 40, 51-69. Othman Lebar. 2011. Kajian Tindakan Teori dan Amalan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. al-Sābūni, Muhammad Ali. 1985. Al-Tibyān fi Ulūm al-Qur’an. Beirut: Alam alKutub. Subhi Salleh. 1992. Membahas ilmu-ilmu al-Quran. Pustaka Firdaus

220

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 7TH MAC 2018. ILIM, BANGI,SELANGOR, e-ISBN :978-967-2122-37-1

Yusman Nizar. 2000. Pengajian al-Quran dengan Sistem Qiraati di Taman Qiraati Bangi dan Kajang. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi (http://www.albaghdadigroup.com/v5/)

221