KEMENTERIAN

berjalan. Ini adalah usaha KBS untuk menerapkan gaya hidup yang lebih sihat kepada masyarakat bukan sahaja di bandar malah di kawasan – kawasan pendal...

0 downloads 8 Views 1MB Size
KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA INISIATIF INOVASI: Gerakan FitMalaysia

1.

RINGKASAN INOVASI

FitMalaysia merupakan satu gerakan secara besar – besaran (National Movement) yang akan membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sports Loving Nation) kepada Negara Bersukan (Sporting Nation). Ia juga merupakan satu pendekatan terhadap perubahan gaya hidup masyarakat secara total.

FitMalaysia berteraskan lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif dan bakat sukan. Ia bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama – sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakan supaya amalan kecergasan ini berterusan dan konsisten. Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat ‘community centric’ di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan fasiliti atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila – bila masa secara berseorangan atau berkumpulan. Ia juga tidak memerlukan masa yang lama dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gerakan FitMalaysia mula dilancarkan di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 7 September 2014 dengan penglibatan lebih 20 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

2.

LATAR BELAKANG

Tahap budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia masih lagi sederhana iaitu sekitar 40.8% berbanding Negara maju (Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2014). Secara umumnya, rakyat Malaysia berminat dan mengambil peduli tentang pasukan kebangsaan dan sukan komersil antarabangsa namun penglibatan masyarakat dalam bidang sukan tidak memberangsangkan.

Berdasarkan kajian perubatan British, The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44% lelaki dan 49% wanita adalah obes. Peratusan rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan pula adalah setinggi 45.3%. Jumlah penghidap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) juga tinggi iaitu 15.2% diabetes, 32.7% darah tinggi dan 35% kandungan kolestrol yang tinggi berdasarkan National Health and Morbidity Survey 2011. Situasi ini memberikan impak terhadap kos rawatan dan perubatan serta kualiti hidup rakyat Malaysia

Isu polarisasi kaum semakin meningkat dan dapat dilihat melalui komen – komen yang ternyata menghalang usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Komen – komen ini dapat dilihat samada di media tradisional mahupun media sosial. Sukan merupakan satu medium yang mampu menzahirkan sokongan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan latarbelakang. Penyatuan dan perpaduan ini juga dapat dicapai apabila lebih ramai rakyat Malaysia bersukan merentasi silo perkauman.

Prestasi atlet Negara di peringkat antarabangsa yang tidak konsisten memberikan petunjuk bahawa sektor sukan Malaysia memerlukan banyak penambahbaikan untuk mampu bersaing dan cemerlang di peringkat elit. Untuk melahirkan lebih ramai atlet elit, Malaysia memerlukan ‘talent pool’ yang lebih besar untuk kita mengenalpasti bakat – bakat yang berpotensi menjadi atlet elit Negara. Apabila Malaysia menjadi negara bersukan, kita akan mempunyai ‘talent pool’ yang lebih besar.

Arus permodenan secara tidak langsung membentuk gaya hidup yang lebih bersifat individualistik. Kemudahan dan penetrasi jalur lebar setiggi 67 % secara tidak langsung melunturkan semangat kemasyarakat oleh kerana kurangnya komunikasi fizikal di antara individu di Malaysia terutamanya di kawasan bandar. FitMalaysia menggalakkkan aktiviti sukan yang dilakukan bersama – sama komuniti tidak kira berdasarkan demografi atau sukan pilihan.

3.

SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa batasan umur, keupayaan fizikal, jantina dan bangsa.

4.

OBJEKTIF

Perpaduan

Memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan dan kecergasan

Kesihatan

Meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Lebih penting, kempen kesedaran dan tips kesihatan akan dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bukan hanya untuk bersenam, tetapi memberi fokus kepada aspek pemakanan dan gaya hidup. Komuniti

Membina komuniti sukan yang saling memberi motivasi dan inspirasi

Inklusif

Melibatkan semua kelompok masyarakat tanpa batasan kaum, umur, jantina dan keadaaan fizikal. Program FitMalaysia akan melibatkan aktiviti khas untuk golongan wanita dan golongan kurang upaya.

Bakat Sukan

Meningkatkan jumlah bakat sukan yang boleh dikenalpasti dan digilap menjadi jaguh sukan antarabangsa.

5.

PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM SEPERTI BERIKUT:

KREATIVITI 

Unik/pendekatan di luar kotak (asIi atau diadaptasi) 

Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter digunakan sepenuhnya untuk tujuan mempromosikan gerakan FitMalaysia ini. Dengan cara ini, golongan belia generasi Y akan lebih teruja dan tertarik untuk menyertai program ini. Selain itu, aplikasi android FitMalaysia juga diwujudkan dan boleh dimuat turun menerusi PlayStore Google. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat berkongsi secara maya tentang aktiviti sukan yang sedang dilakukan dan pengguna lain dapat turut sama menyertai aktiviti tersebut sekiranya di kawasan sekitar. Selain itu, pengguna juga dapat mengumpulkan pemain – pemain di sekitar kawasan mereka dan sekaligus dapat memperkukuhkan perpaduan.



Penyelesaian kreatif yang melangkaui ekspetasi 

Dengan penganjuran program FitMalaysia di seluruh negara, secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat Malaysia membudayakan sukan didalam kelompok komuniti mereka sendiri. Program FitMalaysia bukan

sahaja ditekankan di bandar – bandar besar sahaja, malah turut diperluaskan ke daerah – daerah seluruh negara menerusi program FitMalaysia Komuniti yang menawarkan program seperti berbasikal, berlari, senamrobik atau berjalan. Ini adalah usaha KBS untuk menerapkan gaya hidup yang lebih sihat kepada masyarakat bukan sahaja di bandar malah di kawasan – kawasan pendalaman. Kepelbagaian aktiviti didalam program ini adalah untuk disesuaikan dengan semua peringkat usia. Sekaligus mengurangkan alasan untuk tidak bersukan.



Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar 

Rata – rata masyarakt sekeliling amat berpuas hati dengan penganjuran FitMalaysia yang telah dilancarkan di bandar – bandar yang telah dilancarkan. Mereka berharap penganjuran program seperti ini akan diperbanyakkan dan diteruskan lagi untuk ke arah membentuk Negara Bersukan (Sporting Nation).



Penciptaan Nilai 

Usaha untuk membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sport Loving

Nation)

kepada

Negara

bersukan

(Sporting

Nation)

dengan

menerapkan gaya hidup sihat dan cergas di dalam setiap masyarakat Malaysia



Pelaksanaan dalam garis masa yang singkat 

Pelaksanaan penganjuran Pelancaran FitMalaysia peringkat Kebangsaan dan peringkat negeri – negeri tidak mengambil masa yang begitu lama. Sebagai contoh, pelaksanaan program FitMalaysia sempena Hari Belia Negara 2014 mengambil masa selama dua minggu sahaja untuk merancang dan melaksanakan program tersebut. Hasil pelaksanaan program tersebut amat mengejutkan kerana penyertaan sangat menggalakkan.

Relevan 

Memenuhi agenda Nasional 

Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan kaum. Kesan dari kemajuan teknologi dan media sosial, isu perkauman banyak dimainkan oleh generasi baru yang tidak mengenal erti penat lelah generasi terdahulu untuk mencapai keharmonian dalam hidup berbilang kaum. Untuk mengharmonikan kembali masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini, sukan dilihat satu mekanisme yang sangat sesuai dijadikan sebagai agenda untuk penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.



Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan. Malah Malaysia digelar syurga makanan oleh sesetengah pelancong luar negara. Ini disebabkan oleh kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. Disebabkan kepelbagaian makanan yang ada di pasaran, masyarakat Malaysia mempunyai

masalah

untuk

mengamalkan

makan

secara

sihat.

Ini

menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Melalui program FitMalaysia, rakyat Malaysia dapat dididik secara langsung tentang pemakanan yang sihat sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan Malaysia terhadap kos perubatan yang menelan belanja yang banyak setiap tahun. Ini kerana di setiap pelancaran FitMalaysia, terdapat zon Healthy Food and Beverages yang boleh mengenalkan kepada masyarakat setempat tentang pemakanan yang sihat.



Mengambilkira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat tempatan / global



Aktiviti sukan dan kecergasan yag dilaksanakan dibawah FitMalaysia ini mestilah mudah dijalankan dengan memerlukan peralatan yang minima serta boleh dilakukan di mana - mana dan pada bila – bila masa. Ia merangkumi empat kumpulan aktiviti iaitu:



Berjalan / Berlari Perlaksanaan program melibatkan jarak yang pendek mengikut kesesuaian lokasi. Dua jarak iaitu 5km dan 10km telah dianjurkan di setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan dan negeri.



Berbasikal Perlaksanaan program melibatkan jarak yang sederhana mengikut kesesuaian lokasi. Setakat ini, dua jarak iaitu 10km dan 30km telah dianjurkan di setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan dan negeri dan aktiviti Century Ride telah diperkenalkan buat kali pertama di penganjuran FitMalaysia Negeri Sembilan. Century Ride jaraknya lebih jauh iaitu kurang lebih 100 km dan melibatkan peserta dari luar negara.



Seni Mempertahankan Diri (Martial Arts) Seni Mempertahankan Diri tradisional dan kontemporari seperti Silat, Silambam, Wushu, Muaythai, Capoeira, Urban Self Defense dan lain – lain.



Aktiviti Kecergasan Aktiviti kecergasan termasuklah Variasi Senamrobik, Bootcamp, Cross Training, Taichi dan lain – lain.



Seamless dan kolaborasi strategik



Kerjasama dan komitmen rakan kongsi 

Program TalentID di bawah Institut Sukan Negara (ISN) adalah program yang berstruktur bagi mengenalpasti bakat baru dalam bidang sukan. Gerakan FitMalaysia mampu menjana jumlah bakat baru yang lebih besar apabila masyarakat terlibat secara aktif didalam aktiviti sukan dan kecergasan.



Program Senaman Untuk Rawatan (PESENAM) dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengurangkan jumlah pengidap Penyakit

Tidak

Berjangkit.

Program

ini

dilaksanakan

melalui

pendekatan latihan oleh KKM kepada instruktur gimnasium di bawah KBS. Masyarakat yang lebih aktif yang menjadi inspirasi FitMalaysia dijangka dapat mengurangkan risiko Diabetes sebanyak 58 %.



Pelaksanaan FitMalaysia dengan pengisian program perlu mendapat kerjasama

dan

sokongan

padu

dari

pelbagai

pihak

samada

kementerian di peringkat pusat, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Swasta dan NGO’s yang berkaitan. Signifikan 

Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif



Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas



Mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti



Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti kecergasan



Menyemai semangat budaya bersukan dalam individu dan dijadikan amalan seharian.



Penjimatan kos/sumber (value for money)



Program FitMalaysia dilihat dapat mengurangkan kos perubatan yang perlu Kerajaan Malaysia peruntukan dari bajet setiap tahun. Ini kerana program FitMalaysia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang sihat. Kos yang sepatutnya diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada perubatan, dapat

disalurkan kepada perbelanjaan yang lebih penting seperti menaiktaraf sistem pendidikan Malaysia atau kepada yang lebih memerlukan lagi.

6.

PENCAPAIAN DAN PENGIKITIRAFAN YANG DIPEROLEH



Penganjuran FitMalaysia pada tahun 2014 telah berjaya mengumpulkan penyertaan lebih dari 50,000 orang. Ini adalah hasil dari satu pelancaran peringkat Kebangsaan dan tiga pelancaran di negeri iaitu negeri Melaka, Sabah dan Pahang.

7.

RUMUSAN FitMalaysia akan diterima dan diterjemahkan melalui pelaksanaan sebagaimana yang dirancangkan untuk memastikan bahawa semua komuniti yang terdiri daripada pelbagai golongan akan menjadi frontlines dalam menitik beratkan aktiviti sukan, kecergasan dan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan mengukuhkan perpaduan. Pelaksanaan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah susulan daripada pelaksanaan FitMalaysia yang telah diadakan. Hari Sukan Negara adalah satu hari ikonik tahunan dimana seramai mungkin rakyat Malaysia bersukan. Hari Sukan Negara juga memberi pengiktirafan kepada orang ramai, pemimpin persatuan sukan, atlet dan media yang terlibat dalam aktiviti sukan. FitMalaysia adalah diharapkan dapat mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation)

Disediakan Oleh: Cawangan Kecergasan Nasional Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

PERASMIAN FITMALAYSIA OLEH YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

FUN RIDE OLEH PESERTA

GIMIK PELANCARAN FITMALAYSIA BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

PELEPASAN PESERTA LARIAN

SENAM SENI @FITMALAYSIA

AKTIVITI PARKOUR @FITMALAYSIA

FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

GIMIK DEMO PELANCARAN FITMALAYSIA

EXTREME GAME @FITMALAYSIA

AKTIVITI SELF DEFENSE @FITMALAYSIA

MUSIC GALA @FITMALAYSIA

FITMALAYSIA – KOTA KINABALU, SABAH

PELEPASAN ACARA FUN RUN FITMALAYSIA

SELFIE PERASMIAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

PHOTO BOOTH @FITMALAYSIA

SESI CABUTAN BERTUAH @FITMALAYSIA