Kepemimpinan belia dalam jaringan sosial: potensi

kepemimpinan disediakan kepada golongan belia. Kemahiran kepemimpinan belia perlu dibangunkan melalui latihan profesional misalnya melalui kaedah peme...

0 downloads 1 Views 34KB Size
Kepemimpinan belia dalam jaringan sosial: potensi pementoran kepada pembangunan belia positif

ABSTRAK Kesinambungan kepemimpinan bergantung kepada sejauhmana usaha pembangunan kepemimpinan disediakan kepada golongan belia. Kemahiran kepemimpinan belia perlu dibangunkan melalui latihan profesional misalnya melalui kaedah pementoran yang akhirnya menentukan pencapaian kepada pembanguan belia positif (PYD). Selain daripda peningkatan keupayaan kognitif, kecenderungan positif dan sikap, PYD turut menekan kepentingan hubungan sosial. Oleh yang demikian, kertas ini membincangkan bagaimana pementoran telah menghubungkan belia kepada jaringan sosial. Secara khusus, kajian ini mendalami bagaimana pementoran menentukan belia memperolehi akses kepada aset ekologi melalui jaringan sosial. Dengan menggunakan metodologi kajian kes kualitatif, dapatan kajian mendapati pementoran telah membangunkan jaringan sosial belia dengan membentuk kepimpinan tanpa partisan dan memimpin perubahan sosial. Kesimpulannya, pementoran berpotensi dalam menyediakan peluang kepada belia untuk meningkatkan aset ekologi menerusi akses yang dimiliki mentor. Hubungan di antara pementoran dan pembangunan kepemimpinan belia dilihat telah menyumbang secara langsung kepada peningkatan PYD. Keyword: Positive youth development; Mentoring; Youth development; Youth leadership