Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah dan kurnia-Nya melapangkan diri ini menimba ilmu hingga membolehkan penulis menyiapkan laporan penyeli...

0 downloads 13 Views 892KB Size
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK. SATU KAJIAN KES DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.

MOHD. YUSOF BIN HJ. HASSAN

Penulisan tesis ini dkemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk Ijazah Sarjana Sains

Fakulti Sains Kognitif dan Pernbangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK OGOS 1997

PERAKU AN

Tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ljazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah dan kurnia-Nya melapangkan diri ini menimba ilmu hingga membolehkan penulis menyiapkan laporan penyelidikan ini untuk memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Master Sains.

Pada kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih, penghargaan yang sungguh ikhlas kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Gabriel Tonga Noweg yang telah bersusah payah membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang cukup berguna di dalam usaha menyiapkan laporan penyelidikan ini. Sesungguhnya apa yang beliau lakukan tidak dapat penulis balas membalasnya.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemeriksa luaran dan pemeriksa dalaman iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahm Hamid (Dekan Fakulti Pendidikan, UTM) dan Prof. Madya Dr. Jamali Ismail (Pusat Bahasa, Unimas) kerana telah sudi memeriksa dan memberi teguran yang cukup berguna demi untuk melahirkan sebuah tesis yang berkualiti.

Ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas kepada Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Teknik kerana memberi bantuan kewangan dan pelepasan kepada penulis melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana mulai sesi

1996197. Begitu juga ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran kepada penulis untuk menjalankan penyelidikan & Sekolah Menengah Teknik.

Selain daripada itu, tidak ketinggalan penghargaan dan ucapan terima kasih ini untuk Pengarah Institut Aminuddin Baki Dr. Ibrahim Ahmad Barjunid clan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Prof.Razali Arof kerana usaha mereka mengadakan kursus ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang terlibat terutamanya Dr. Abang Ahrnad Ridzuan Hj. Awet, Dr. Spencer Empading Sanggin, Prof. Madya Dr. Mohammed Awang (UKM), Dr. Hazman Shah (ITM), Dr. Bakhtiar Mansor (IAB), Dr. Maheswary (IAB), Dr. Farid Mezeine, Dr. Hadj Batatia, Prof. Madya Dr. Napsiah Mahfuz dan lain-lain.

Ucapan terima kasih juga diberikan khas untuk Pengetua SMT Muadzam dan SMT Sultan Ahrnad Shah iaitu En. Azizi Lin (bertukar ke Politeknik Shah Alam) dan Tn Hj. Adnan kerana telah inemberi keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian ini di sekolah masing-masing hingga selesai. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada guru-guru SMTMS dan SMTSAS yang telah terpilih untuk menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih ini juga ingn disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan (Kohort 1,199611997) yang telah banyak membantu dan memberi dorongan. Bantuan

dan dorongan yang tidak putus-putus bermula dari awal hingga akhir semestar cukup besar maknanya buat penulis.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan perhargaan yang tidak terhingga ini kepada isteri tersayang (Norhidayati Hj. Jamil) kerana dorongan dan pengorbanan yang diberikan selama tempoh penulis belajar tiada tolok banding ertinya. Buat anak sulungku Najmin Munirah; kehadiranmu tatkala ayahanda sibuk membuat tesis adalah penyuntik semangat kejayaan. dan menambahkan kekuatan untuk menyiapkan tesis ini dengan sebaik m~~ngkin Tidak ketinggalan penghargaan ini ditujukan khas buat ayah dan ibu serta ayah dan ibu mertua yang sentiasa mendoakan, memberi sokongan dan dorongan dalam menyempurnakan tesis ini. Pengorbanan kalian kusanjung hingga ke akhir hayat.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita selama ini. Arnin.

ss*ia"aKhidn~atkPg;%kta~t.n:kt A4ka~c$~w 2:jV::MSIS-f

MkL,+$vj

k, "t2.Y""'"

JADUAL KANDUNGAN SENARAI JADUAL

M U M SURAT

KULIT PERAKUAN PENGHARGAAN JADUAL KANDUNGAN SENARAI JADUAL ...

SENARAI RAJAH

Xlll

ABSTRAK

xiv

ABSTRACT

xv

BAB I :PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Tujuan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Batasan Kajian

1.8 Konsep Kajian 1.8.1 Definisi konsep 1.8.1.1Kepuasan kerja

1.8.1.2Guru teknikal 1.8.1.3Gaji 1.8.1.4Suasana kerja 1.8.1.5Kenaikan pangkat 1.8.1.6Rakan sekerja 1.8.1.7Penyeliaan 1.8.2Definisi operasi 1.8.2.1Kepuasan kerja 1.8.2.2Guru teknikal 1.8.2.3Gaji 1.8.2.4Suasana kerja 1.8.2.5Kenaikan pangkat 1.8.2.6Rskan sekerja 1.8.2.7Penyeliaan

BAB 11: SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan 2.2 Teori-teori Kepuasan Kerja

2.2.1 Teori hirarki keperluan Maslow 2.2.2 Teori dua faktor dorongan - persekitaran Berzberg 2.2.3 Teori "Existence Relatedness Growth" Alderfer (ERG) 2.2.4 Teori persamaan Adam

2.3 Perkembangan Awal Kepuasan Kerja

2.4 Kajian Tentang Kepuasan Kerja 2.4.1 Kajian tempatan 2.4.2 Kajian luar negara 2.5 Perkaitan Faktor Kerja Dengan Kepuasan Kerja 2.5.1 Keadaan pekerjaan 2.5.2 Gaji 2.5.3 Peluang kenaikan pangkat 2.5.4 Penyeliaan 2.5.5 Rakan sekerja 2.6 Rumusan

BAB HI :METODOLOGI KAJLQN 3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Alatan Kajian 3.3 Populasi Penyeldidikan 3.4 Tempat Kajian 3.5 Pentadbiran Soal Selidik 3.6 Analisis Data 3.7 Limitasi 3.8 Kesimpulan

\

BAB IV :HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Ciri-ciri Demografi Responden 4.1.1 Jantina

58

4.1.2 Umur

59

4.1.3 Pendidikan formal

60

4.1.4 Kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas 4.1.5 Taraf perkahwinan

62

4.1.6 Pendapatan sebulan

63

4.1.7 Pengalaman berkhidmat

64

4.1.8 Purata waktu mengajar

64

4.1.9 Jumlah jawatan/ tugas disekolah

65

4.2 Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur

66

4.3 Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Kerja

70

4.4 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar

75

4.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Kelayakan Akademik

79

4.6 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur

81

4.7 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pendapatan

82

4.8 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf Perkahwinan

87

4.9 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat Tinggal 4.10 Kesimpulan

BAB V : RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan Kajian

5.1.1 Sampel dan sosio-demografi 5.1.2 Objektif 1 5.1.3 Objektif 2

5.1.4 Objektif 3 5.1.5 Objektif 4 5.3 Cadangan-cadangan Untuk Mempertingkatkan Kepuasan Kerja Guru Teknikal 5.4 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang

LAMPlRAN Borang Soal Selidik Surat Kebenaran Jabatan Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan Swat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Surat Kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah Roinpin

SENARAI JADUAL

Nombor Jadual

Tajuk Jadual Pengkelasan Teori-teori Kepuasan Kerja Faktor-faktor Kepuasan Kerja Herzberg Taburan Responden Berdasarkan Bangsa Taburan Responden Berdasarkan Umur Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Formal Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar Taburan Responden Berdasarkan Purata Waktu Mengajar Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Jawatan / Tugas

Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru SMT Tahap Kepuasan Kerja Guru SMT Peratus Kepuasan Kerja Guru SMT Indeks Hubungan Kerja Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Kerja

Muka Surat

Nom bor Jadual

Tajuk Jadual

Muka Surat

Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman Mengajar Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman mengajar Analisis Varian Sehala Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Peluang Kenaikan Pangkat Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pengalaman Mengajar Analisis Varian Sehala Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan Analisis Varian Sehaia Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan Ujian Scheffe Bagu Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan Analisis Varian Sehala Penyeliaan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan 28

Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Penyeliaan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan

86

29

Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf Perkahwinan

88

30

Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat Tinggal

89

SENARAI RAJAH

Nombor Rajah

Tajuk Rajah

Muka Surat

I

Teori Hirarki Keperluan Maslow

20

2

Kerangka Model Kepuasan Kerja Guru SMT

50

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu penyelidikan awal bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan bekerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Ia juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru tersebut. Kepuasan yang dikenal pasti ialah kepuasan bekerja terhadap keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dalam pekerjaan, rakan dalam pekerjaan dan pekerjaan secara am. Seramai 72 orang guru yang terlibat dalam pengajaran & SMT di daerah Rompin. Segala maklurnat diperoleh dengan menggunakan satu set borang soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pernyataan "Job Description Index (JDI)" dan soalan mengenai latar belakang subjek. Pernyataan JDI mengandungi enam bahagian iaitu pernyataan tentang gaji, keadaan (suasana) pekerjaan, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, orang-orang dalam pekerjaan dan pekerjaan secara keseluruhan. Setiap pernyataan diukur dengan menggunakan skala Likert. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan kerja mereka, keadaan (suasana) pekerjaan, penyeliaan dan rakan sekerja dalarn pekerjaan. Sebaliknya guru-guru kurang berpuas hati tentang peluang kenaikan pangkat dan gaji. Semoga kajian ini akan dijadlkan garis panduan bagi menyelesaikan masalah kepuasan kerja di kalangan guru-guru SMT serta akan membuka jalan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk menyambung kajian ini pada masa akan datang.

ABSTRACT

This is an initial study to ident~JLj, the level ofjob satisfaction among teachers of Sekolah Menengah Teknik (SMT) in the district of Rompin, Pahang Darul Makmur. The study was intended to determinedfactors influencingjob satisfaction among the teachers. Satisfaction on the teacher's present responsibilities, income, promotion prospects, work supervision, co-workers and thejob itselfin general were evaluated. Seventy-two teachers were involved in the study. Data were obtainedfrom the teachers by using a questionnaire developed based on the 7ob Description Index' (JDI) and the demographic characteristics of respondents. The JDI statements contained six sections: income, state ofjob, promotion perspective, work supervision, people on thejob and the work in general. All statements were measured using the Likert scale. The results of the study showed that most teachers were satisfied with theirjobs, work environment, work supervision and co-workers. They were not satisfied with the promotion prospects.and income. It is hoped that this study would be used as a guideline for solving problem related tojob satisfaction among teachers of SMT and also will serve as a baselinefor other researchers to carry out similar reaserch in thefiture.

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Sesebuah organisasi dan institusi kerja memerlukan sumber untuk menghasilkan keluaran. Oleh itu 1 samping peralatan, kewangan, teknologi dan kekuatan tenaga manusia pada asasnya akan mempengaruhi operasi dan produktiviti sesuatu organisasi itu. Demi untuk mencapai objektif sesuatu organisasi itu, setiap individu mestilah memperolehi dan mengalami tingkat kepuasan kerja yang optimum demi untuk meningkatkan motivasi, moral dan prestasi kerja ke arah menghasilkan produktiviti yang tinggi.

Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya dan menyurnbang ke arah kepentingan organisasi.

Sebenarnya kepuasan kerja adalah bersifat relatif. Perasaan ini timbul apabila pekerja mula terbabit dengan pekerjaannya. Kepuasan bekerja bagi setiap individu yang bekerja tidak akan sama dengan kepuasan bekerja yang dialami oleh individu lain. Setiap individu mempunyai emosi, cita rasa, perasaan dan kehendak yang berbeza-beza. Pekerja yang memperolehi kepuasan dalam kerja akan dapat menghasilkan kerja berrnutu dan produktif ( Smith, 1980: Schultz, 1982: Mullins, 1989).

Sementara itu, menurut William (1981), tidak semua pekerja berpandangan positif terhadap pekerjaan yang mereka pilih. Mereka juga berkemungkinan mengalami kesankesan negatif semasa menjalankan tugas seperti mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, suasana yang menjemukan, kebimbangan, kepenatan dan perasaan yang tidak menyeronokkan. Semua ini boleh merendahkan tahap kepuasan kerja mereka. Pihak majikan dapat membantu mereka menghindari perasaan sedemikian dengan menyediakan pelbagai keperluan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja mereka.

Sejak kebelakangan ini, soal kepuasan kerja telah mendapat perhatian d m merupakan persoalan utama di kalangan guru-guru. Ini penting kerana guru-guru merupakan sebahagian daripada golongan pendokong yang melaksanakan tugas bagi mencapai tujuan negara. Pihak kerajaan, pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tingg.

Memandangkan bahawa kepuasan kerja merupakan unsur penting dalam meningkatkan proses pengajaran dalam sistem pendidikan di sekolah, maka ia memerlukan pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia. Kesemm ini akan dapat dicapai apabila guru-guru itu dapat memenuhi kepuasan dalam I r i dan pekerjaannya. Apabila keperluannya dapat dipenuhi, maka seseorang inhvidu itu akan mempunyai nilai dan sikap positif terhadap kerjanya. Ini seterusnya akan melahirkan tindakan dan tugas yang dilaksanakan.

Apabila seseorang individu melakukan sesuatu pekerjaan itu, lazimnya ia bertujuan untuk mendapatkan kepuasan kerja. Aspek kepuasan kerja merupakan salah satu daripada tajuk utama yang mendapat perhatian ahli-ahli psikologi industri dan organisasi. Kajian telah dilakukan untuk memahami gejala kepuasan kerja itu iaitu apakah faktor-faktor yang dapat menerangkan kepuasan kerja seseorang itu. Kepuasan kerja itu mungkin disebabkan oleh faktor gaji, pangkat, suasana kerja, penyelia atau teman sekerja dan ini terrnasuklah golongan guru teknikal.

Justeru itu, demi mencapai matlamat utama sesebuah organisasi, seseorang individu itu mestilah mengalami dan memperolehi kepuasan kerja. Seseorang individu itu dapat mempertingkatkan lagi moral, motivasi dan prestasi kerja menuju ke arah unutk menghasilkan dan mempertingkatkan produktiviti yang optimum.

Kepuasan kerja dalam kehidupan seseorang pekerja itu adalah penting. Pengkaji seperti Herzberg (1964), Mc Gregor (l960), Argyris (1964) dan Maslow (1970) telah menekankan tentang kepuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi terutamanya bagi mencapai tahap kesempurnaan sendiri. Kepuasan kerja seseorang individu itu banyak bergantung kepada nilai pekerjaan itu mengikut tafsiran atau penilaian individu itu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kepuasan kerja umumnya dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri terhadap suasana dan keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialaminya i tu.

Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri paling asas dan penting dalam kehidupan manusia untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka. Selagi manusia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerja maka selagi itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.

Oleh kerana tahap penyesuaian individu terhadap suasana kerjanya adalah berubah-ubah dan berbeza mengikut keperluan dan tujuan organisasi maka ketidakpuasan kerja kerap berlaku di kalangan individu. Ketidakpuasan wujud apabila penyesuaian terhadap kerja tidak seimbang. Akibatnya, tindak balas tersebut mempengaruhi tingkah laku dan tahap kepuasan kerja individu berkenaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, bidang pendidikan merupakan salah satu daripada ciri penting. Oleh itu kaurn guru memikul tanggungjawab yang besar. Mereka memainkan peranan yang utama dalam melahirkan insan yang berguna, berpengaruh dan mempunyai keperibadian yang mulia.

Mohd. Ali ( 1992) mengulas mengenai kertas kerja yang dibentangkan oleh Worachai yang berjudul "The New Direction and Strategies for Teacher Education From the Perspectives of Society and Schooling and New Leaner". Beliau berpendapat bahawa pendidikan dan perubahan sosial adalah saling berkaitan. Dengan itu, pendidikan mesti dibangunkan bagi memenuhi keperluan ekoran daripada perubahan dalam masayarakat, teknologi dan budaya.

Dalam konteks pendidikan, ada kalangan mereka mengaiar bukan dalam bidang masingmasing. Pengkhususan kerja sudah tidak wujud lagi. Ramai yang mengakui bahawa kerja yang dilakukan mengikut pengkhususan adalah lebih cekap jikalau dibandingkan dengan tugas yang dipelbagaikan. Dalam perkara ini, beberapa persoalan soalan berbangkit sebagai mana berikut:

1. Adakah golongan yang mengendalikan mata pelajaran teknikal ini dapat bekerja dengan lebih selesa, dan 2. Adakah mereka mernperolehi kepuasan terhadap kerja yang mereka lakukan.

Pada amnya, kepuasan kerja amat sukar untuk dijelaskan dengan tepat dalam semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang sangat subjektif. Ini adalah kerana setiap orang akan memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza. Persoalan yang ingin diketengahkan di sini adalah untuk mempastikan sama ada benar

guru-guru yang mengajar dalam bidang teknikal mengalami ketidakpuasan kerja atau pun sebaliknya.

Keadaan ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal masa kini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Kajian ini akan cuba mengetengahkan dan mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor terpilih seperti keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, orang dalarn pekerjaan (rakan sekerja), penyeliaan dalam pekerjaan dan pekerjaan secara am dengan kepuasan bekerja ke atas golongan guru yang mengendalikan mata pelajaran teknikal. Perhubungan kerja yang tidak baik boleh menimbulkan ketegangan terhadap inbvidu dalam organisasi yang mendorong ke arah berlakunya tekanan jiwa. Ini menjejaskan kepuasan bekerja, menimbulkan kurang motivasi, ketegangan rohani dan jasmani (Yates, 1979). Perhubungan juga terjejas apabila individu merasakan dirinya tidak diterima dalam organisasi disebabkan oleh tidak mempunyai cara yang wajar untuk berinteraksi.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah korelasi faktor-faktor yang dipilih mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru teknikal yang mengajar di SMT di Daerah Rompin.

1.4.1 Objektif kajian

1. Untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru-guru SMT di daerah Rompin, Pahang Darn1 Makrnur;

2. Untuk mengenal pasti faktor sosio-demografi terpilih guru-guru SMT seperti umur, pendapatan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan jumlah jawatan yang disandang yang mempengaruhi kepuasan kerja; 3. Untuk menentukan sama ada terdapatnya perbezaan kepuasan kerja yang signifikan berdasarkan faktor sosio-demografi; dan

4. Untuk menentukan faktor kerja manakah yang paling mempengaruhi kepuasan kerja.

1.5 Kepentingan Kajian

Bidang pendidikan di Malaysia masa kini sedang berkembang maju menuju kepada dua bidang aliran utama iaitu akademik dan teknikal. Dalam era negara menuju ke arah sebuah negara maju berasaskan perindustrian pada tahun 2020, bidang pendidikan dan kemahiran akan terus diberikan turnpuan khusus dan akan terus menjadi bidang yang terus diminati.

Untuk memenuhi tujuan ini, sumbangan guru teknikal sangat penting bagi menentukan matlamat pendidikan kebangsaan bagi melahirkan tenaga separuh mahir dan mahir selaras dengan keperluan negara.

Perkembangan teknologi juga telah mencorakkan dasar pendidikan negara untuk mewujudkan lebih banyak lagi sekolah teknik di peringkat pertengahan. Penekanan yang kuat diberikan terhadap kemahiran telah menimbulkan konflik di kalangan guruguru yang dipertanggunuawabkan untuk tugas tersebut.

Justeru itu, kajian mengenai kepuasan kerja bagi tujuan membuat kesimpulan mengenai tahap perkembangan dianggap sebagai sebahagian unit kajian yang kecil daripada masyarakat yang besar.

1.6 Hipotesis Kajian

Ada berbagai-bagai faktor dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik) yang diandaikan mempengaruhi kepuasan kerja seseorang itu. Berdasarkan persoalan yang timbul mengenai kepuasan kerja ini, penyelidik mengemukakan hipotesis seperti berikut:

1. Guru SMT di daerah Rompin mempunyai tahap kepuasan kerja yang

tinggi;

2. Terdapat perkaitan yang positif antara kepuasan kerja dengan faktor sosio-demografi terpilih seperti umur, pendapatan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan jurnlah jawatan / tugas guru-guru SMT;

3. Terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan antara kepuasan kerja dengan faktor sosio-demografi terpilih guru SMT seperti pengalaman mengajar, kelayakan akademik, umur dan pendapatan;

4. Guru SMT yang telah berkahwin lebih berpuas hati dengan kerja mereka berbanding dengan guru yang belum berkahwin; dan

5. Guru SMT yang tinggal di dalam kawasan sekolah lebih berpuas hati terhadap kerja mereka berbanding dengan guru yang tinggal di luar kawasan sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada guru-guru yang mempunyai kelulusan teknikal dari maktab dan pusat pengajian tinggi. Mereka mempunyai sijil dan juga ijazah pertama berkaitan bidang teknikal. Semasa kajian ini dijalankan, mereka sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin, Pahang Darul Makrnur.

Maklumat-maklumat yang didapati daripada kajian ini ialah maklumat latar belakang semua guru yang berkelulusan sijil dan ijazah berkaitan teknikal yang sedang berkhidmat di SMT di Daerah Rompin sahaja. la mengkaji tahap kepuasan bekerja