KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK …

usahawan sebagai kerjaya utama. ... SENARAI JADUAL ... pembangunan keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan Johor juga adalah...

0 downloads 89 Views 567KB Size
i

KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK KEJURTERAAN ELEKTRIK DALAM MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JAN 2012

v

ABSTRAK

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik bahagian zon selatan yang terdiri daripada Politeknik Melaka (PM), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Merlimau (PMM) dan Politeknik Port Dickson (PPD) dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 291 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Integratif Keusahawanan Input dan Keluaran, Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang, Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 73. Nilai kebolehpercayaan, Alpha Cronbach bagi instrument kajian adalah 0.957. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 16.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan min bagi setiap elemen kesediaan yang dikaji ialah pengetahuan (3.60), kemahiran (min: 3.45), dorongan (min: 3.74), minat (min: 3.72), pengalaman (3.20) dan kepimpinan (min: 3.80). Manakala min bagi kekangan sikap ialah 2.56. Dapatan kajian juga mendapati bahawa hipotesis yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan ditolak (r: 0.46). Berdasarkan kajian ini, dirumuskan bahawa elemen kesediaan keusahawanan bagi diri pelajar politeknik berada pada tahap sederhana.

vi

ABSTRACT

Entrepreneurship thriving now in line with the government's call to give an impetus to many Malaysians to make entrepreneurs as a major career. This study is to identify the availability of electrical engineering student at the Polytechnic of the southern zone comprising Polytechnic Melaka (PM), Polytechnic Ibrahim Sultan (PIS), Polytechnic Merlimau (PMM) and the Polytechnic Port Dickson (PPD) in venturing into entrepreneurship. A total of 291 students were involved in this study. This study is based on Integrative Model Input and Output of Entrepreneurship, Entrepreneurial Process Basic Model, Theory of Planned Behavior, Model of Entrepreneur and Entrepreneurial Formation Process Model Data then were derived from questionnaires containing 73. The value of reliability, Cronbach Alpha for the instrument study is 0.957. The results were analyzed using the computer software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 16.0 to get the frequency, percentage and correlation coefficient. The results showed the mean for each of the readiness elements studied were knowledge (3.60), skills (mean: 3.45), impulse (mean: 3.74), interest (mean: 3.71), experience (3.20) and leadership (mean: 3.80) . While the mean of the attitude constraints is 2.56. The results also showed that the hypothesis which states that there is a significant relationship between entrepreneurship and entrepreneurial leadership interest deductible (r: 0.46). Based on this study, concluded that the elements of entrepreneurial self-awareness polytechnic students are at a moderate level.

vii

KANDUNGAN

BAB 1

TAJUK

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar belakang masalah

3

1.3

Penyataan masalah

5

1.4

Tujuan kajian

6

1.5

Objektif kajian

7

1.6

Persoalan kajian

7

1.7

Hipotesis kajian

7

1.8

Kepentingan kajian

8

1.9

Skop kajian

10

1.10

Kerangka konseptual kajian

11

viii

BAB 2

1.11

Definisi istilah/operasional

11

1.12

Rumusan

16

KAJIAN LITERATUR

18

2.1

Pengenalan

18

2.2

Model-model kajian

18

2.2.1 Model Integratif Keusahawanan Input dan Keluaran

18

2.2.2

19

Model Asas Proses Keusahawanan

2.2.3 Teori Tingkah Laku Terancang

20

2.2.4 Model Pembangunan Usahawan

21

2.2.5

22

Model Proses Pembentukan Usahawan

2.3

Latar belakang politeknik

23

2.4

Kajian-kajian lepas

24

2.4.1 Usahawan dan keusahawanan

24

2.4.2 Bidang keusahawanan

25

2.4.3 Proses menjadi usahawan

26

2.4.4 Pengetahuan usahawan

27

2.4.5 Kemahiran usahawan

29

2.4.6 Dorongan menceburi bidang keusahawanan

31

2.4.7 Minat untuk menceburi bidang

32

keusahawanan

2.5

2.4.8 Pengalaman berniaga

33

2.4.9 Kepimpinan keusahawanan

34

2.4.10 Kekangan keusahawanan

34

2.4.11 Sikap keusahawanan

35

Rumusan

36

ix

BAB 3

BAB 4

METODOLOGI

37

3.1

Pengenalan

37

3.2

Reka bentuk kajian

37

3.3

Prosedur kajian

38

3.4

Lokasi kajian

40

3.5

Prosedur persempelan

40

3.6

Instrumen kajian

41

3.7

Kesahan dan kebolehpercayaan

43

3.8

Kajian rintis

44

3.9

Prosedur pengumpulan data

45

3.10

Analisa data

46

3.11

Rumusan

48

ANALISIS DATA

50

4.1

Pengenalan

50

4.2

Kebolehpercayaan instrumen soal selidik

51

4.3

Analisis kajian

52

4.4

Analisis maklumat Bahagian A: Profil Responden

52

4.4.1 Taburan responden berdasarkan jantina

53

4.4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa

54

4.4.3 Taburan responden berdasarkan keputusan

54

peperiksaan (CGPA) 4.4.4 Taburan responden berdasarkan penglibatan keluarga dalam keusahawanan

55

x

4.5

Analisis maklumat Bahagian B: Kesediaan dan

56

keangan yang dihadapi oleh pelajar 4.5.1 Mengenal pasti kesediaan yang dihadapi

56

oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.5.2 Mengenal pasti kekangan sikap yang dihadapi

67

oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.5.3 Mengenalpasti hubungan antara minat

70

keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan 4.6

BAB 5

Rumusan

71

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

72

5.1

Ringkasan

72

5.2

Rumusan kajian

73

5.2.1

73

5.3

Rumusan analisis faktor demografi

5.2.2 Rumusan persoalan kajian

73

Perbincangan

76

5.3.1 Kesediaan yang dihadapi pelajar dalam

77

menceburi bidang keusahawanan 5.3.2 Kekangan sikap yang dihadapi oleh pelajar

80

dalam menceburi bidang keusahawanan 5.3.3 Hubungan antara minat keusahawanan

81

dengan kepimpinan keusahawanan 5.4

Model Kesediaan Keusahawanan

81

5.5

Cadangan

82

xi

5.6

Cadangan untuk kajian lanjutan

84

5.7

Kesimpulan

85

RUJUKAN

86

LAMPIRAN

94

xii

SENARAI JADUAL

1.1

Perangkaan Utama tenaga Buruh dan Kadar Pengangguran

4

3.1

Sampel Yang Dipilih

41

3.2

Skala Likert

42

3.3

Nilai Alpha Cronbach

45

3.4

Kaedah yang digunakan bagi menganalisa data berdasarkan

47

persoalan kajian 3.5

Jadual Analisis Skala Likert

47

3.6

Jadual Tafsiran Min

47

3.7

Darjah hubungan yang ditunjukkan oleh saiz pekali korelasi

48

4.1

Kebolehpercayaan bagi setiap elemen kesediaan dan kekangan

52

4.2

Taburan responden berdasarkan jantina

53

4.3

Taburan responden berdasarkan bangsa

54

4.4

Taburan responden berdasarkan keputusan peperiksaan (CGPA)

55

4.5

Taburan responden berdasarkan penglibatan keluarga

55

4.6

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan pengetahuan

56

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.7

Tahap kompetensi responden bagi pengetahuan keusahawanan

58

4.8

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan kemahiran

58

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

xiii

4.9

Tahap kompetensi responden bagi kemahiran keusahawanan

59

4.10

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan dorongan

60

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.11

Tahap kompetensi responden bagi dorongan keusahawanan

61

4.12

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan minat

62

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.13

Tahap kompetensi responden bagi minat keusahawanan

63

4.14

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan pengalaman

64

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.15

Tahap kompetensi responden bagi pengalaman keusahawanan

65

4.16

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kesediaan kepimpinan

66

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.17

Tahap kompetensi responden bagi kepimpinan keusahawanan

67

4.18

Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kekangan sikap yang

68

dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan 4.19

Tahap kompetensi responden bagi sikap keusahawanan

69

4.20

Korelasi antara minat dan kepimpinan

70

xiv

SENARAI RAJAH

1.1

Kerangka Konsep Kajian

11

2.1

Model integriti Keusahawanan Input dan Keluaran

19

2.2

Model Asas Proses Keusahawanan

20

2.3

Model Teori Tingkah Laku Terancang

21

2.4

Model Pembangunan Usahawan

22

2.5

Model Proses Pembentukan Usahawan

23

2.6

Kerangka Umum Proses Menjadi Usahawan

27

3.1

Kerangka Operasi Kajian

39

5.1

Model Kesediaan Keusahawanan

82

xv

SENARAI SINGKATAN

DEB

-

Dasar Ekonomi Baru

DPN

-

Dasar Pembangunan Negara

IPS

-

Institut Pengajian Tinggi Swasta

IPT

-

Institut Pengajian Tinggi

IPTA

-

Institut Pengajian Tinggi Awam

JPTK

-

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejurutaraan

JPT

-

Jabatan Pendidikan Teknik

MECD

-

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

MeDC

-

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

MPPB

-

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

PIS

-

Politeknik Ibrahim Sultan

PM

-

Politeknik Kota Melaka

PMJ

-

Politeknik Mersing

PMM

-

Politeknik Merlimau

PN

-

Politeknik Nilai

PPD

-

Politeknik Port Dickson

PUNB

-

Penubuhan Usahawan Nasional Berhad

xvi

R&D

-

Research and Development

RMKe-9

-

Rancangan Malaysia Kesembilan

SPSS

-

Statistical Package for Scirnce Social

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bidang keusahawanan telah lama bertapak di Malaysia sejak bermulanya aktiviti perdagangan menggunakan sistem barter. Kegiatan ekonomi ini terus dipelopori sebagai aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan sehingga berkembang kepada perdagangan antarabangsa iaitu kedatangan pedagang asing dan perdagangan negara luar pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka (Mohd Makbul & Mohamad Harun, 2003). Jika dilihat pada masa kini,

pembentukan usahawan perlu bermula dari

peringkat rendah lagi iaitu di peringkat sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu keusahawanan, penerapan nilai-nilai serta ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat yang mendalam untuk mereka menceburi bidang keusahawanan. Bertepatan dengan ini, Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (teras dan elektif) bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga lagi (Boon & Bohari, 2010).

Abdullah (2006), menyatakan bahawa semua pelajar IPTA diwajibkan

mengambil kursus keusahawanan sebagai pendedahan awal menjadi usahawan. Ini disokong oleh Sabri (2007) yang menyatakan bahawa subjek keusahawanan sudah menjadi satu subjek penting pelajar pada semua peringkat, bermula pada peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti. Di peringkat universiti, peranan institusi

2

pengajian tinggi serta agensi-agensi kerkaitan dilihat amat membantu dalam usaha menggalakkan penglibatan siswazah dalam bidang keusahawanan. Politeknik juga tidak ketinggalan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mereka mengenai bidang keusahawanan. Ini dibuktikan dengan dalam mengorak langkah pembudayaan pendidikan, kursus-kursus ke arah keusahawanan telah dirancang dan disusun serta mengalami pengstrukturan semula oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik (Hussin, 2010). Di Malaysia, kerajaan telah meluluskan penubuhan Institut Keusahawanan Negara (Insken) yang bertanggungjawab menyelaras program latihan keusahawanan (Mohd Yatim, 2005). Campur tangan kerajaan dalam urusan pembentukan budaya usahawan jelas dalam dasarnya melalui Misi Nasional 2006-2010 yang menekankan tentang peningkatan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama” dengan menyediakan persekitaran dan sistem inovasi yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang berkualiti dan boleh dikomersialkan, menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara berterusan , membina dan produktif serta mewujudkan generasi baru usahawan dan enterprise bumiputera yang berdaya saing (Hussin, 2010). Bukan itu sahaja, program pembangunan keusahawanan yang dijalankan oleh kerajaan Johor juga adalah bertujuan untuk mengubah minda pelajar daripada hanya bergantung pada makan gaji apabila tamat pengajian tinggi kepada melibatkan diri dalam bidang usahawan (Mohd Osman, 2007). Antara sebab utama keusahawanan diberi perhatian dan dititikberatkan oleh kerajaan adalah kerana keusahawanan dilihat antara cara bagi menangani isu pengangguran. Menurut Sipon (2006), antara cabaran besar Negara dewasa ini ialah bilangan graduan menganggur yang agak tinggi jumlahnya. Yatim (2005), menyatakan dianggarkan kira-kira 20,217 graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan jumlah itu, dianggarkan kira-kira 70 peratus adalah graduan lulusan IPTA. Untuk itu, graduan telah didesak untuk menceburi bidang keusahawanan kerana ia membuka peluang kerja disamping membolehkan mereka mendapat pendapatan yang lSekaranyan (Yatim, 2005). Selain itu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Amir Md Noor, berdasarkan laporan pengesanan kementerian, 77.1 peratus lulusan politeknik di seluruh negara mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang dalam tempoh enam

3

bulan selepas menamatkan pengajian. Sehingga kini, 89,000 pelajar sedang menuntut di 30 politeknik di seluruh Negara (Morganan, 2011). Justeru, kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar bidang perniagaan di politeknik bagi melihat kesediaan mereka dalam menceburi bidang keusahawanan.

1.2

Latar belakang masalah

Usahawan yang dapat melepasi pelbagai halangan dalam bidang keusahawanan dilihat dapat memperolehi kejayaan dengan gemilang. Namun menurut Ahmad (2004), segelintir usahawan mempunyai masalah sikap sebagai penghalang kejayaan, atau lebih tepat sebagai penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. Tidak mustahil pula kelemahan serta kekurangan pihak pelaksana dasar kerajaan menyebabkan kadar kejayaan rendah. Mohd Makbul & Mohamad Harun (2003) ada menyatakan bahawa keusahawanan merupakan teras dan tunjang perniagaan. Keusahawanan dan pembentukan urus niaga baru, penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaan eksport Negara dan pertumbuhan ekonomi. Menurut Mohd Osman (2007), isu pengangguran dalam kalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada Negara. Masalah pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara. Jadual 1.0 menunjukkan statistik pengangguran di Malaysia dari tahun 2007 hingga Feb 2012. Kadar pengangguran sebanyak 3.2% telah dicatatkan pada tahun 2012. Peratusan ini telah meningkat sebanyak 0.1% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Bagi mengatasi masalah ini, graduan didedahkan dengan ilmu keusahawanan ketika di Institusi Pengajian Tinggi lagi. Menurut Abdullah (2006), semua pelajar IPTA diwajibkan mengambil kursus keusahawanan sebagai pendedahan awal menjadi usahawan. Modul itu sebahagian daripada program insaniah yang akan diperkenalkan bagi menerap nilai keusahawanan di kalangan graduan untuk menjadikannya sebagai kerjaya. Ini bertujuan membantu pelajar

4

bersedia menghadapi dunia pekerjaan kelak. Ini disokong dengan kenyataan Hussin (2010) yang mengatakan bahawa pada masa kini, kursus P3130: Pembangunan Usahawan adalah kursus elektif yang ditawarkan oleh Jabatan Perdagangan kepada semua Jabatan Kejuruteraan dan Hospitaliti. Akan datang kursus elektif ini akan diganti dengan kursus keusahawanan teras untuk semua pelajar bukan sahaja di Jabatan Perdagangan malah di Jabatan Kejuruteraan dan Hospitaliti. Dengan adanya kursus keusahawanan sebagai kursus teras di politeknik, usaha membudayakan pendidikan keusahawanan dapat digembelingkan untuk meningkatkan bilangan usahawan di kalangan graduan politeknik.

Jadual 1.0: Perangkaan utama tenaga buruh dan kadar pengangguran – sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (2012)

Tempoh

Tenaga Buruh (‘000)

Bekerja (‘000)

Penganggur (‘000)

Luar Tenaga Buruh (‘000)

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%)

Kadar Pengangguran (%)

2007

10,889.5

10,538.1

351.4

6,330.1

63.2

3.2

2008

11,028.1

10659.6

368.5

6,575.7

62.6

3.3

2009

11,315.3

10,897.3

418.0

6,665.7

62.9

3.7

2010

12,172.6

11,776.8

395.8

7,035.7

63.4

3.3

2011

12,505.8

12,123.0

382.9

6990.4

64.1

3.1

Feb 2012

12,735.1

12,440.3

402.2

7,018.3

64.5

3.2

Selain itu, kerajaan juga tidak terlepas bagi mengatur langkah bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan. Menurut Ahmad (2004), pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan, terutama kepada Bumiputera. Antaranya penubuhan Penubuhan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 1991 yang bertujuan membangunkan usahawan Bumiputera. Penekanan oleh kerajaan terhadap pembangunan usahawan secara umum menjadi lebih ketara dengan pembentukan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995. Galakan yang diberikan oleh kerajaan ini dilihat amat penting memandangkan

5

keusahawanan memberi begitu banyak faedah termasuklah menyediakan peluang pekerjaan, disamping menambahkan pendapatan Negara. Galakan yang diberikan oleh kerajaan mampu meningkatkan bilangan usahawan. Menurut Mohd Makbul & Mohamad Harun (2003) pula, peningkatan bilangan usahawan antara tahun 1995 hingga 2000 disebabkan oleh pelbagai faktor dan paling utama kerana wujudnya pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Antara usahawan yang dibangunkan seperti usahawan tulen, vendor, pemasaran, mentor dan francais. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), MeCD telah menetapkan sasaran untuk mencapai 50,000 orang usahawan yang berjaya dan berinovasi (Hadi, 2006). Walau bagaimanapun, peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah terbubar pada tahun 2009, namun peranan tersebut telah dikembangkan kepada beberapa kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Kerana kerajaan akur bahawa bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi Negara (Hussin, 2010). Selain itu, Khamsah & Zakaria (2008) menyatakan bahawa hari ini peranan usahawan dalam pembangunan ekonomi Negara lebih menonjol dalam pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Selain itu, Mohd Makbul & Mohamad Harun (2003) ada berkata bahawa, pengetahuan turut menjadi penyumbang kepada usahawan bagi membangunkan perniagaan mereka kerana sebelum memulakan perniagaan, usahawan perlu melihat dan menilai beberapa perkara seperti keadaan persekitaran, mengetahui undang-undang dan peraturan kerajaan yang berkaitan disamping pengetahuan berkaitan masyarakat.

1.3

Penyataan masalah

Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara – Perletakan Asas Melangkaui 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 27 Ogos 2007, telah menegaskan bahawa matlamat pengajian tinggi ialah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan pengetahuan kepada amalan (Chik, 2010). Di sini menunjukkan bahawa pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik haruslah mampu untuk

6

menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang mereka ada apabila tamat bidang pengajian mereka. Bagaimanapun, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007 pernah menyuarakan bahawa terdapat 3K yang perlu diterapkan dalam pembentukan jati diri masyarakat iaitu kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan (Wan Hashim, 2008) . Ini menunjukkan bahawa golongan pelajar begitu digalakkan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kenyataan ini telah disokong sendiri oleh Wan Hashim (2008) dengan menyatakan bahawa dalam era dunia yang semakin maju ini, kerajaan turut menggalakkan para graduan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, namun ia masih bergantung kepada kesediaan graduan tu sendiri melibatkan diri dalam bidang ini. Para pendidik juga harus memainkan peranan penting kerana menurut Yusof (2009), para pendidik perlu menyedari bahawa pembudayaan keusahawanan dalam kalangan modal insan merupakan landasan ke arah mewujudkan masyarakat perindustrian menjelang tahun 2020. Selain itu, Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, terdapat seramai 40,000 siswazah yang menganggur kerana gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai (Utusan Malaysia, 22 Mei 2008). Lantaran itu, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran tersebut (Mohamed Idris, 2009). Dengan melihat kesediaan merupakan salah satu aspek yang perlu ada dalam diri setiap pelajar, dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji mengenai kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrikal di politeknik bahagian zon selatan bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian ini juga akan sedikit menyentuh mengenai kekangan yang dihadapi oleh pelajar bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta hubungan antara faktor-faktor kesediaan yang terlibat.

1.4

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini ialah bagi mengkaji mengenai kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik bahagian zon selatan dalam menceburi bidang keusahawanan.

7

1.5

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk: i.

Mengenalpasti kesediaan keusahawanan yang dimiliki pelajar.

ii.

Mengenalpasti kekangan sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.

iii.

Mengenalpasti hubungan antara minat keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan.

1.6

Persoalan kajian

Daripada objektif kajian di atas, terdapat 3 persoalan yang dibina bagi menjawab objektif-objektif tersebut; i.

Apakah kesediaan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan?

ii.

Apakah kekangan sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan?

iii.

Apakah hubungan antara antara minat keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan?

1.7

Hipotesis kajian

Berdasarkan persoalan kajian (iii) yang dibina, hipotesis yang dibentuk untuk kajian ini adalah seperti berikut:

Hipotesis 1: Terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara minat keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan.

8

1.8

Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini akan membincangkan mengenai kepentingan kajian ini kepada beberapa institusi serta mereka yang terlibat dengan kajian ini.

i)

Pelajar

Pelajar merupakan antara generasi yang bakal mengambil alih serta memikul tangungjawab bagi pembentukan sesebuah Negara yang berdaya saing dan maju. Oleh itu, diharap kajian ini akan memberi manfaat serta rujukan kepada mereka. Ini adalah kerana melalui kajian ini, diharapkan ianya dapat memberikan motivasi kepada pelajar disamping mereka dapat menilai potensi diri sendiri sebelum melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

ii)

Institusi Pengajian Tinggi

Diharapkan melalui kajian yang dijalankan dapat membantu pihak Institut Pengajian Tinggi Awam bagi meneliti dan memperkemaskan lagi program-program keusahawanan yang dianjurkan kepada pelajar disamping ianya dapat diguna pakai oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam mengenal pasti potensi pelajar dalam bidang keusahawanan. Ini akan sekaligus membantu dalam mempelbagaikan kaedah dan pendekatan untuk memupuk pelajar begi mendekatkan diri dalam bidang ini. Oleh sebab itu, dengan adanya kajian terhadap tahap kesediaan pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini, diharap dalam dijadikan rujukan pada masa akan datang.

iii)

Agensi-agensi kerajaan

Di samping itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada agensiagensi berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

9

(MeDC) dalam meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang keusahawanan. Diharapkan dengan kajian yang dilakukan dapat membantu agensi terbabit meningkatkan tahap penglibatan mereka dalam memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas berkaitan bidang keusahawanan. Usaha-usaha berkaitan peluang, cabaran dan isu-isu dalam bidang keusahawanan dapat didesahkan mengikut tahap kesediaan pelajar itu sendiri.

iv)

Agensi-agensi swasta

Kajian ini juga diharapkan juga akan dapat dijadikan rujukan oleh agensi-agensi swasta seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad bagi membuat liputan mengenai kepentingan serta sumbangan bidang keusahawanan ini kepada Negara. Ini adalah kerana agensi swasta juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat serta dorongan kepada para pelajar dalam menceburi bidang ini.

v)

Pengkaji dan penyelidik

Kajian ini juga diharap akan dapat membantu pengkaji dan penyelidik lain yang berminat untuk menjalankan kajian terhadap ciri-ciri serta kesediaan yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar untuk menjadi usahawan di masa akan datang. Ini adalah kerana, kajian ini boleh dijadikan panduan bagi membuat rujukan mengenai data-data atau cadangan-cadangan yang ada di dalamnya.

vi)

Tenaga pengajar

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu tenaga pengajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Ini adalah kerana tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam member penerapan elemenelemen keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan ini secara tidak langsung dapat memupuk motivasi dikalangan pelajar agar berminat dan bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan.

10

1.9

Skop kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada tahap kesediaan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Antara faktor kesediaan yang dikaji ialah pengetahuan keusahawanan,

kemahiran

keusahawanan,

dorongan

keusahawanan,

minat

keusahawanan, pengalaman berniaga, kepimpinan keusahawanan dan juga kekangan dari sudut sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini hanya dilakukan ke atas pelajar tahun akhir yang mengikuti program bidang kejuruteraan elektrik di politeknik bahagian zon selatan, iaitu sekitar negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Politeknik di zon selatan ini terdiri daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Merlimau (PMM), Politeknik Melaka (PM), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Mersing (PMJ) dan Politeknik Nilai (PN). Bagaimanapun, penyelidik hanya telah menjalankan kajian ini di PIS, PMM dan PPD sebagai wakil politeknik disetiap negeri. Kajian ini sesuai dilakukan di politeknik tersebut kerana politeknik tersebut menawarkan bidang kejuruteraan elektrik kepada pelajarnya. Data yang diperlukan akan diperolehi dengan mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

1.10

Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian ini, ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini merangkumi aliran bagi seseorang pelajar itu untuk menceburi bidang keusahawanan dan sekaligus bergelar usahawan. Oleh itu, tujuh pemboleh ubah tidak bersandar telah dikenal pasti dalam Kesediaan Pelajar Politeknik Zon Selatan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan iaitu: (i) Pengetahuan, (ii) Kemahiran, (iii) Dorongan, (iv) Minat, (v) Pengalaman vi) Kepimpinan dan vii) Sikap.

11

Pelajar Politeknik Zon Selatan Bidang Kejuruteraan Elektrik

Bidang Keusahawanan Kesediaan

Kekangan

 Pengetahuan  Kemahiran  Dorongan  Minat  Pengalaman  Kepimpinan

 Sikap

Usahawan

Rajah 1.1:

Kerangka konsep kajian (Ubahsuai daripada Mohd Makbul (2003);

Model Asas Proses Kusahawanan, Barringer & Ireland (2006); Model integratif keusahawanan input dan keluaran, Morris et al. (1997); Teori tingkah laku terancang yang diutarakan oleh Ajzen (1991); : Model Pembangunan Usahawan – Sumber Edward (1991) dalam Mohd Osman (2007); Model Proses Pembentukan Usahawan – Sumber: dalam Mohd Osman (2007))

1.11

Definisi istilah/operasional

Definisi istilah ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanupulasi dalam kajian. Berikut disenaraikan definisi operasional terhadap beberapa perkara penting untuk memudahkan pembaca memahami maksud perkataan yang digunakan dalam kajian ini:

12

i)

Kesediaan

Menurut Mohd Ariff, Hussin & Che Mat Zahari (2002), persediaan yang lengkap untuk menceburi bidang usahawan dapat membantu usahawan berjaya. Menurut Mohd Ariff & et. al (2002) lagi, antara persediaan yang boleh membantu usahawan untuk menceburi bidang keusahawanan adalah persediaan dari segi pengalaman, pendidikan, pekerjaan sepenuh masa dan kewangan. Bagi kajian ini, tahap kesediaan

merujuk

kepada

keusahawanan,

kemahiran

keusahawanan,

peluang

kesediaan

pelajar

keusahawanan,

keusahawanan,

dari

dorongan

pengalaman

faktor,

pengetahuan

keusahawanan, berniaga,

minat

kepimpinan

keusahawanan dan juga kekangan sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan. Di sini, penyelidik mendefinisikan bahawa kesediaan merupakan suatu pakej lengkap yang perlu ada bagi seseorang pelajar itu sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

ii)

Keusahawanan

Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai usaha berterusan oleh individu atau sekumpulan individu yang membentuk organisasi untuk menjalankan proses mewujudkan barangan atau perkhidmatan baru di mana ianya dilakukan secara sistematik dengan menggunakan sumber secara optimum untuk memenuhi permintaan atau mengujudkan permintaan baru serta mengharapkan pulangan komersial yang setimpal dengan kesanggupan menerima risiko (Ramin et. al, 2007). Selain itu, menurut (Mohd Makbul & Mohamad Harun, 2003), keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat. Syarikat baru ini diuruskan dan diselia oleh individu yang dinamakan usahawan. Dalam kajian ini, keusahawanan didefinisikan sebagai suatu bidang kerjaya yang perlu diceburi oleh pelajar untuk menjadi usahawan yang boleh mengendalikan urusan perniagaan untuk memperolohi keuntungan dan kejayaan di dunia dan di akhirat yang selaras dengan perspektif Islam yang menyatakan bahawa keusahawanan ialah satu bidang yang sangat mulia serta dipandang tinggi dalam Islam (Khamsah & Zakaria, 2008).

13

iii)

Pelajar

Dalam kajian yang dijalankan oleh Rasheed & Rasheed (2003), mereka mendapati bahawa pelajar yang menyertai kursus keusahawanan dan memulakan perniagaan semasa belajar akan menunjukkan ciri keusahawanan yang lebih tinggi. Ini disokong oleh Yusof (2009) yang menyatakan pelajar perlu diberikan peluang seluas yang mungkin untuk elibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Dalam penilisan kajian ini, penyelidik mentafsirkan pelajar merupakan mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan elektrik tahun akhir di politeknik zon selatan.

iv)

Pengetahuan keusahawanan

Henderson dan Robertson (2000), dalam kajiannya telah menekankan kepada dua aspek penting dalam pemahaman seseorang itu terhadap pengertian keusahawanan. Didapati bahawa responden yang memahami pengertian keusahawanan dengan cara yang paling mudah, telah berjaya membentuk dan menjalankan perniagaan mereka sendiri. Pengetahuan seperti yang didefinisikan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah

ilmu

pengetahuan,

pemahaman

serta

pengertian

mengenai

bidang

keusahawanan yang terdapat dalam diri pelajar.

v)

Kemahiran keusahawanan

Menurut Van Gelderen (2007), beliau menakrifkan kemahiran keusahawanan sebagai suatu kebolehan yang diterjemahkan dalam kelakuan atau tindakan seseorang usahawan yang merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru, mengurus perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti peluang, mengurus masa, berkomunikasi dengan baik, menyelesai masalah secara kreatif dan mengurus stress yang semuanya dianggap sebagai kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan. Menurut Mohd Osman (2007) pula, kemahiran penting kerana ianya merupakan asas kepada segala aktiviti pekerjaan yang ingin dilakukan. Dalam kajian ini, penyelidik mendefinisikan kemahiran sebagai sesuatu yang perlu ada dalam di pelajar bagi memastikan perjalanan syarikat yang akan mereka buka akan terurus dengan sempurna.

14

vi)

Dorongan keusahawanan

Menurut Ismail & Ab. Rahman (2009), budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. Mohd Nawi (2011), dalam kajiannya yang bertajuk “Budaya

Keusahawanan Di Kalangan Pelajar

Politeknik Port Dickson Merentas Aliran Pengajian” menyatakan bahawa antara sumber dorongan yang paling tinggi bagi pelajar menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya ialah faktor keluarga dan juga motivasi. Selain itu, Yusof (2009), ada menyatakan bahawa golongan pendidik merupakan pendorong dan juga penyuntik pada penghayatan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan modal insan iaitu pelajar. Hujah beliau lagi, pendidik perlu bersedia member dorongan kepada pelajar untuk mengubah sikap dan mengambil faedah daripada gabungan antara potensi yang mereka miliki dengan ilmu yang disuntik dalam memastikan berlakunya cetusan pembudayaan keusahawanan mereka sebagai satu pilihan kerjaya yang terbaik. Dalam kajian ini, penyelidik mendefinisikan dorongan sebagai sesuatu yang menjadi pemangkin yang diperolehi oleh setiap pelajar bagi menceburi bidang keusahawanan.

vii)

Minat keusahawanan

Kecenderungan atau minat keusahawanan digambarkan sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi individu untuk meneruskan sesuatu usaha keusahawanan (Hisric, Peters & Shaphard., 2008). Bardai (2000) menegaskan habawa kegagalan dalam bidang keusahawanan sering dikaitkan dengan tiadanya minat yang mendalam untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Ariffin & Sabaruddin (2002) yang nmenyatakan bahawa minat yang kuat boleh mendorong dan membakar semangat seseorang untuk menjadi gigih apabila berhadapan dengan sebarang cabaran dan masalah. Minat di dalam kajian ini merujuk kepada kecenderungan atau keinginan seseorang pelajar itu untuk menceburi bidang keusahawanan.

15

viii) Pengalaman berniaga Khamsah & et al. (2008), menyatakan bahawa kemahiran dan pengalaman adalah sangat mustahak bagi kejayaan sesuatu perniagaan.Ini juga disokong oleh Mohamed Idris (2009) yang menyatakan bahawa pengalaman masa lalu sama ada pengalaman baik atau buruk akan mempengaruhi seseorang itu sebelum mereka membuat keputusan mengenai kerjaya masa depan.dengan kenyataan. Selain itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,

“Pengetahuan keusahawanan bukan hanya berasaskan teori tetapi juga pengalaman usahawan mengurus perniagaan mereka dan soal bimbingan selepas keluar universiti” (Abdullah, 2010).

Dalam kajian ini, pengalaman merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan.

viiii)

Kepimpinan Keusahawanan

Kepimpinan adalah berkaitan dengan motivasi di mana ianya merujuk kepada proses memotivasikan orang lain melakukan sesuatu tugas dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. (Mohd Makbul, Palil & Khairi, 2003). Ariffin & Sabaruddin (2002) telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi tiang kepada kepimpinan yang baik iaitu; kepercayaan antara usahawan dan pekerja, komunikasi yang terbuka, layanan yang baik dan adil oleh usahawan kepada pekerja, tanggungjawab dan kuasa yang jelas dan juga prihatin dan sensitif terhadap kebajikan pekerja. Oleh itu, kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada nilai kepimpinan yang dimiliki oleh pelajar dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

16

x)

Kekangan

Hamed (2006), menegaskan bahawa kekangan yang dihadapi boleh merencatkan keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Dalam kajian yang dilakukan ini, kekangan adalah merujuk kepada faktor yang menghalang atau merencatkan keinginan seseorang pelajar untuk menjadi seorang usahawan.

xi)

Sikap

Yusof (2009) menyatakan bahawa telah menjadi tanggungjawab pendidik untuk membentuk dan mengasuh minda serta sikap pelajar supaya melihat keusahawanan sebagai satu mekanisme yang boleh menjana pendapatan, membolehkan mereka memiliki kelebihan kompetitif yang tersendiri dan seterusnya memiliki kejayaan. Menurut Tunggak & Salamon (2011), sikap merupakan sesuatu yang mengarah kepada terhasilnya sesuatu tingkah laku. Menurut Tunggak & Salamon (2011) lagi, pembinaan sikap kea rah yang efektif & beretika dalam kalangan golongan dewasa termasuk golongan usahawan boleh dilakukan menerusi pendidikan dan pengawalan. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada tingkah laku atau tindakan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.

1.12

Rumusan

Tahap kesediaan pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan amat penting bagi mengetahui potensi pelajar menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Pendedahan pengetahuan keusahawanan, kemahiran keusahawanan, dorogan keusahawanan, minat keusahawanan, peluang keusahawanan, pengalaman berniaga dan kepimpinan keusahawanan dalam bidang keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar mampu membantu pelbagai pihak bagi membaiki kekurangan seterusnya menjadi panduan terhadap langkah dalam meneruskan kesinambungan untuk membantu pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Mengetahui kekangan dari segi sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang

17

keusahawanan juga dapat dijadikan panduan bagi merangka program-program keusahawanan yang sesuai.

18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai model-model kajian, latarbelakang politeknik dan kajian-kajian lepas. Kajian-kajian lepas akan diringkaskan untuk memberi kefahaman dan gambaran yang bertujuan untuk menguatkan hujah-hujah berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji.

2.2

Model-model kajian

Model-model kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah:-

2.2.1

Model Integratif Keusahawanan Input dan Keluaran

Model ini telah dibina oleh Morris, Lewis & Sexton (1997). Ia mengandungi konsep komponen input, proses keusahawanan dan keluaran sebagai hasil daripada kegigihan serta proses keusahawanan yang dilalui oleh usahawan. Dalam model ini, Morris et al. (1997) telah menggariskan beberapa aspek dalam proses keusahawanan

19

bagi menghasilkan usahawan yang berjaya. Model ini telah banyak membantu beberapa penyelidik lain dalam membuat kajian mereka.

Rajah: 2.1 Model integratif keusahawanan input dan keluaran. (Sumber: Morris et al. 1997)

2.2.2

Model Asas Proses Keusahawanan

Rajah 2.2 menunjukkan model asas dalam proses keusahawanan yang dibangunkan oleh Barringer & Ireland (2006). Ianya mempunyai empat langkah utama. Berdasarkan model di atas, anak panah dua hala antara keputusan untuk menjadi usahawan dan membangunkan idea perniagaan yang berjaya menunjukkan bahawa kadangkala peluang untuk membangunkan idea menyebabkan seseorang mengambil keputusan untuk menjadi usahawan (Abu Bakar, Md Ali, Omar, Md Som & Muktar (2007). Menurut Barringer & Ireland (2006), tiga faktor utama yang mendorong seseorang individu membuat keputusan untuk menjadi usahawan ialah untuk menjadi bos, untuk meneruskan idea mereka dan untuk mencapai imbuhan kewangan.

20

Keputusan untuk menjadi usahawan

Membangunkan idea perniagaan yang berjaya

Beralih daripada idea kepada firma keusahawanan

Mengurus dan mengembangkan firma keusahawanan

Rajah 2.2:

Model Asas Proses Kusahawanan - Sumber : Barringer & Ireland

(2006), Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

2.2.3

Teori Tingkah Laku Terancang

Teori tingkah laku terancang merupakan teori yang telah digunakan secara meluas dalam meramalkan tingkah laku seseorang itu terhadap sesuatu perlakuan. Menurut Ajzen (1991) lagi, teori tingkah laku terancang melihat kecenderungan sebagai percubaan untuk melaksanakan sesuatu kelakuan yang di rancang kepada keadaan yang sebenar.

Kecenderungan itu dianggap sebagai faktor motivasi yang

mempengaruhi kelakuan, di mana ia menunjukkan bagaimana seseorang itu bersedia untuk mencuba berdasarkan usaha mereka dalam merealisasikan sesuatu tingkah laku itu. Ia juga menerangkan dan meramalkan bagaimana persekitaran budaya dan sosial memberi kesan kepada kelakuan manusia. Azjen (1991) telah mengaitkan kecenderungan individu sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi kelakuan, di mana sebarang keputusan itu bergantung kepada tiga elemen utama iaitu sikap terhadap kelakuan (nilai peribadi) yang merujuk kepada tahap sokongan terhadap sesuatu kelakuan; norma subjektif (tekanan sosial yang dirasai sama ada akan melakukan sesuatu atau tidak) dan tanggapan

21

kawalan tingkah laku iaitu dengan melihat sejauh mana individu itu berupaya untuk mengawal tingkah laku.

Sikap terhadap kelakuan Kecenderungan Kecenderungan

Norma subjektif Norma subjektif

Perlakuan Perlakuan

Tanggapan Tanggapan kawalan tingkah kawalan laku

tingkah laku

Rajah 2.3: Model Teori tingkah laku terancang - Ajzen (1991) dalam Mohamed Idris (2009).

2.2.4 Model Pembangunan Usahawan

Edward (1991) dalam Mohd Osman (2007), telah membangunkan model usahawan teknikal hasil daripada kajian yang telah dilakukannya. Faktor pertama yang mempengaruhi individu untuk menjadi usahawan teknologi ialah latar belakang keluarga. Seterusnya ialah aspek orientasi matlamat, personaliti dan motivasi. Sementara itu, aspek perkembangan akademik dan umur juga menjadi salah satu faktor di samping pengalaman pengalaman yang diperolehi semasa bekerja di syarikat terdahulu. Model pembangunan usahawan dapat dilihat melalui Rajah 2.1.

22

Latar belakang Latarbelakang keluarga keluarga

Perkembangan Perkembangan akademik dan akademik dan umur umur

Orientasi Orientasimatlamat, matlamat, personaliti personalitydan danmotivasi motivasi

Pengalaman bekerja Pengalaman

bekerja

Keusahawanan Keusahawanan

Rajah 2.4 : Model Pembangunan Usahawan – Sumber Edward (1991) dalam Mohd Osman (2007)

2.2.5 Model Proses Pembentukann Usahawan

Mohd Osman (2007), telah membangunkan model proses pembentukan usahawan. Daripada Rajah 2.5, dapat diperhatikan bahawa proses ini melihat kepada tiga peringkat individu iaitu peringkat mahasiswa di universiti dan akan menjadi graduan apabila tamat belajar. Disusuli pula oleh keputusan mereka sama ada memilih untuk menjadi seorang usahawan ataupun menimba pengalaman dengan bekerja terlebih dahulu. Ketiga-tiga fasa ini mempengaruhi empat faktor pendorong yang telah dipilih iaitu faktor latar belakang usahawan, faktor sikap, faktor motivasi dan faktor kemahiran. Usahawan boleh dipengaruhi sama ada di peringkat mahasiswa, graduan ataupun semasa sedang bekerja.

23

Rajah 2.5 : Model Proses Pembentukan Usahawan – Sumber: dalam Mohd Osman (2007)

2.3

Latar belakang politeknik

Pendidikan Politeknik diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan tertubuhnya Politeknik yang pertama iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak. Pendidikan Politeknik dimantapkan lagi dengan sokongan dari Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Perindustrian Utama (1985-1995). Setakat ini 20 buah Politeknik telah beroperasi dengan jumlah pelajar pada tahun 2006 seramai 80,086 orang. Bagaimanapun, menjelang tahun 2012, sejumlah 30 buah politeknik telah dibina di Malaysia. Pada peringkat awal, pengurusan Politeknik terletak di bawah Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula pada Bulan Mac 2004 pengurusan Politeknik telah dipindahkan ke

24

Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Menurut Che Hassan (2001), penubuhan Politeknik di Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Teknik (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap sebagai satu kaedah untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran. Menurut Che Hassan (2001) lagi, telah menjadi wawasan politeknik untuk terus unggul sebagai sebuah pusat pembangunan sumber manusia yang seimbang dan cemerlang dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan pada paras sub professional di Negara ini.

2.4

Kajian-kajian lepas

Antara kajian-kajian lepas yang menyentuh mengenai bidang keusahawanan ini ialah:

2.4.1

Usahawan dan keusahawanan

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Yusof (2003) yang mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berontasikan keuntungan. Menurut Yusof (2003) lagi, usahawan merupakan

seseorang

yang

bersedia

untuk

menanggung,

mengurus

dan

menganggarkan risiko perniagaan. Selain itu, Khamsah & et al. (2008) pula, mendefinisikan usahawan sebagai individu yang memobilisasikan modal, mengguna pakai sumber asli, mewujudkan pasaran dan menjalankan perniagaan. Ia menggabungkan sifat manusia yang ingin maju, berketerampilan, memikul kebolehan luar biasa dan ada dorongan untuk menterjemahkan sumber dan peluang kepada aktiviti yang membawa keuntungan. Menurut Khamsah & et al. (2008) lagi, antara istilah lain yang diguna pakai pada masa kini bagi seseorang usahawan ialah pengusaha, peniaga dan juga pedagang.

86

RUJUKAN

A. Malek, M.A.N. (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Abdul Ghafar, M.N. (2001). Penyelidikan Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UTM

Abdul, M. (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah, F. (2006). Siswa IPTA Wajib Ambil Kursus Keusahawanan. Berita Harian: 23 Disember 2006.

Abdullah, H. (2010). Usahawan Jadi Pensyarah IPTA. Sumber: Utusan Malaysia Online-Kampus. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=utusan _malaysia&sec=Kampus&pg=ka_03.htm&arc=hive.

Abu Baka, T., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. & Md Som & Muktar, S.N. (2007). Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia: VOT 75087

Ahmad, M.N. (2004). Nota Niaga: Integriti Kriteria Utama Jadi Usahawan Terbilang. Berita Harian: 21 Jun 2004.

87

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behaviour. Organisational Behavior and Human Decision Process, 50(2), 179 – 211.

Ariffin, S. & Sabaruddin, A.S. (2002). Keusahawanan: Rahsia ke Puncak Kejayaan. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Babbie, E. (2008). The Basics of Social Research. Fourth Edition. Belmont: Thomson Wadsworth.

Bahrom, M. & Mohamad Johdi, S. (2009). Kepimpinan Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan. Proceding. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://irep.iium.edu.my

Bardai, B. (2000). Keusahawanan dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Barringer & Ireland (2006). Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

Boon, Y. & Bohari, S. (2010). Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan Di Kalangan Pelajarpelajar Bumiputera Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Sekitar Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan UTM.

Buang, N.A. (2002). Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Burke, V. dan Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development programmes: A framework for analysing the learning and transfer of leadership skills. Management Decision. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://dx.doi.org/10.1108/00251740510609974 Burns, R.B. (2000). “Introduction to Research Method.” Frenchs Forest : Pearson Education Australia Pty. Limited

88

Che Hassan, S. (2001). Pemilihan Kerjaya Berorientasikan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Diploma Perakaunan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia : Kajian Empiri. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana

Chik, M.A. (2010). Analisis Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Industri Dapat Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Cadangan Bagaimana Kerjasama Ini Dapat Dipertingkatkan Ke Arah Mencapai Hasrat Tersebut. Politeknik Merlimau, Melaka.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Malaysia: McGrawHill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cooper, D.R. & Schindler, P.S. (2007). Business Research Method:9th edition. New York: McGraw Hill.

David, Matthew, Carole D. Sutton (2004). Social Research. London. Sage Publications.

Doughlas, E.J., & Shepherd, D.A. (2002). Self-Employment as a Career Choice: England Journal of EntrepreneurshipFall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg.

Goodwin, C.J (2008). Research in Psychology: Methods and design. Fifth Edition: John Wiley & Son. Inc.

Greenbank, P. & Hepworth, S. (2008). Improving the career decision-making behaviour of working class students: Do economic barriers stand in the way?. Journal of European Industrial Training. Vol. 32 Iss: 7, pp.492 - 509

Hadi, K. (2006). 4 Tabung Baru Usahawan. Berita Harian: 3 April 2006.

Hamed, A.B. (2006). Keusahawanan dan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

89

Henderson, R. & Robertson, M. (2000). Who wants to be an entrepreneur? Young adult attitudes to entrepreneurship as a career. Career Development International, 5 (6), 279-287.

Hisrich, R.D., Peters, M.P & Shephard D.A. (2008). Entrepreneurship (International Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Husaini, M.H. & Ahmad, K.A. (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hussin, S. (2007). Pengenalan Kepada Perniagaan Dalam Perspektif Malaysia. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Hussin, S. (2010). Tajuk Kertas Pembentangan :Halatuju Pmm Ke Arah Pembudayaan

Pendidikan

Keusahawanan



Perancangan

Serta

Perlaksanaannya. Politeknik Merlimau, Melaka. Tarikh : 27 April 2010

Hussin, Y. (2008). Kompetensi Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGrawHill Sdn. Bhd.

Ismail, K. & Ab. Rahman, A. (2009). Melangkah Ke Alam Keusahawanan. Rawang: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khamsah, M.F. & Zakaria, M. (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Lope Pihie, Z.A. (2007). Usahawan Dan Keusahawanan: Satu Perspektif Pendidikan. Selangor. Penerbit UPM.

90

Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.).

Mason, OH: Thompson

South-Western.

McBurney, D.H. and White, T.H. (2007). Research Method. Seventh Edition: Thomson Wadsworth.

Mohamad, Z. (2007). Pelajar IPTA Wajib Ambil Subjek Keusahawanan. Utusan Malaysia: 2 Julai 2007.

Mohamed Idris, S.H. (2009). Kecenderungan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Bidang Kejuruteraan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana.

Mohd Ariff, F., Hussin, H. & Che Mat Zahari, S. (2002). Kajian Kecenderungan Mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Diah, M. (2007). Kesediaan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Makbu, Z., Palil, M.R. & Khairi, A. (2003). Mengurus Perniagaan. Pahang: PTS Publications.

Mohd Makbul, Z. & Mohamad Harun, F. (2003). Menjadi Usahawan: Panduan Menubuhkan Dan Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Nawi, D. (2011). Budaya Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Politeknik Port Dickson Merentas Aliran Pengajian. Jabatan Perdagangan. National Educational Colloquium research 2011-NECoR’11: Politeknik Port Dickson.

91

Mohd Osman, M.H. (2007). Faktor-faktor Yang Telah Mendorong Graduan Alumni UTM Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Yatim, Z. (2005). Insken Selaras Program Latihan Keusahawanan. Berita Harian: 15 Januari 2005.

Mohd. Noor, N. & A.Rahim, N. (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Morganan, G. (2011). Galak penyelidikan dan inovasi untuk realisasi politeknik universiti. Sinar Harian. Tarikh : November 17, 2011

Morris, M. S., Lewis, P. & Sexton, D. S. (1997). Reconceptualizing Entrepreneurship:

An

input-output

perspective.

SAM

Advanced

management journal. 55(1): 21-31.

Ramachandra, R. (2003). The Big Jump Into Enterpreneurship. Singapore: Horizon.

Ramin, A.K., Ahmad, A. R., Ahmad, A. R. & Ahmad, K. (2008). Perniagaan & Keusahawanan. Jabatan Pengurusan Dan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. UTHM.

Rasheed, H. & Rasheed, B. (2003). Developing Entrepreneurial Characteristics in Youth: The Effects of Education and Enterprise Experience. Ethnic Entrepreneurship: Structure and Process, ed: Stile, C. & Gabraith, C: Elsevier Science, Amsterdam.

Rosli, S.M. & Ramli, H. (2006). Kokurikulum Koperasi, kegiatan Baru Keusahawanan Pelajar Di sekolah: PM. Mingguan Malaysia: 23 Julai 2006.

92

Samerjan, A. (2007). Sikap Pelajar Melayu Di Dua Buah Sekolah Menengah Harian di Daerah Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Meknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Sekaran, U. (2003). Research Methods For Business: A Skill Building Approach. Fourth Edition. United States of America: John Wiley and Sons, Inc.

Sipon, S. (2006). Graduan islam Wajar Ceburi Bidang Keusahawanan. Utusan Malaysia: 14 Julai 2006. Tarikh capaian: 14 Oktober 2012.

Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures: Entrepreneurship Education and Engineering Graduates. New England Journal of Entrepreneurship, 5(2), 57-64.

Tunggak, T. & Salamon, H. (2011). Budaya Usahawan Berjaya. UTM Press Universiti Teknologi Malaysia.

Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual level enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th Global Conference – Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11 July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of Technology. Gdansk: Poland.

Wan Hashim, W.N.D. (2008). Faktor Penghalang Terhadap Kesediaan Menjadi Usahawan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Yahya, A., Shahrin, Jamaludin, Boon dan Abdul Rahim (2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Yatim, A.H. (2005). Jobless Grads Urged To Go For Entrepreneurship. New Straits Times, Wednesday, 5 November 2005.

93

Yusof, A.A. (2000). Usahawan dan Keusahawanan: Satu Penilaian. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Yusof, A.A. (2003). Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall Pearson.

Yusof, A.A. (2009). Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Yusof, R. (2004). “Penyelidikan Sains Sosial”. Pahang: PTS Publisher & Distributors.