Kurikulum Berasaskan Sekolah bagi Meningkatkan Inovasi

Latar Belakang Kajian Pembangunan Kurikulum Berasaskan Sekolah (KBS) telah mendapat perhatian ramai ... 1992; Ramsey, Hawak dan Harold, 1993). Penelit...

0 downloads 6 Views 746KB Size
Kurikulum Berasaskan Sekolah bagi Meningkatkan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Fadilah Isnin Pusat Bahasa Melayu Singapura Kementerian Pendidikan Singapura Nota Berkenaan Penulis Fadilah Isnin, Guru Pakar, Pusat Bahasa Melayu Singapura, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura Untuk segala pertanyaan berkenaan kertas kerja ini, sila hubungi Fadilah Isnin, Pusat Bahasa Melayu Singapura, 11 Bishan Street 14, Spore 579782. [email protected]

1

ABSTRAK

Sistem pendidikan negara Singapura telah memberikan banyak ruang dan peluang kepada guru dan sekolah untuk lebih kreatif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu perubahan utama yang telah dilaksanakan adalah dengan memberikan ‘ruang putih’ kepada guru untuk membina dan melaksanakan program yang selaras dengan keupayaan dan minat pelajar serta tukikan sekolah. Sejajar dengan seruan Kementerian Pendidikan Singapura: Kurang Mengajar, Lebih Belajar atau Teach Less Learn More (TLLM) guru digalakkan agar menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar belajar secara aktif. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan usaha yang dijalankan oleh sekolah-sekolah dalam merencana dan melaksana Kurikulum Berasaskan Sekolah (KBS). Kertas ini menggunakan kerangka KBS yang diketengahkan oleh Malcom Skillbeck. Menurut Skillbeck (1984) KBS merupakan program yang dibina oleh sesuatu instutusi pendidikan yang merangkumi perancangan, pembinaan, pelaksanaan dan penilaian pembelajaran pelajar. Kertas ini membincangkan usaha 9 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah dalam merancang dan melaksanakan KBS untuk membina kemahiran bahasa para pelajar melalui aktiviti yang interaktif dan membina kecekapan abad ke-21 dalam pembelajaran bahasa Melayu. Usaha yang dijalankan di sekolah berfokus pada perancangan, pembinaan bahan, pelaksanaan dan penilaian program KBS. Hasil bimbingan yang dilakukan menunjukkan guru telah dapat melakarkan program KBS dengan teratur dan melaksanakan program KBS dengan berkesan. Berdasarkan program yang dilaksanakan, terdapat pelbagai fokus program antara lain seperti lagu dalam bilik darjah, akhbar dalam bilik darjah, drama dalam bilik darjah, media sebagai jaringan minda, penyerapan unsur dan bahan sastera, ICT, pembelajaran melalui pengalaman dan kesenian. Berdasarkan kemahiran pula, terdapat gabung jalin antara kemahiran yang hendak dicapai seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dan bertutur dan membaca. Berdasarkan maklum balas guru, dapatan pengamatan menunjukkan Program KBS telah dapat memenuhi keperluan pelajar dan melibatkan pelajar secara aktif serta meningkatkan kemahiran bahasa dan pengetahuan budaya mereka. Kata kunci: Inovasi, pelibatan pelajar yang aktif, ruang putih

2

Pengenalan Sistem Pendidikan Singapura telah mengetengahkan banyak inisiatif bagi memberi peluang dan ruang kepada sekolah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan sekolah dan pelajar. Sementara kurikulum nasional memainkan peranan yang penting bagi memastikan adanya asas yang kukuh dalam pembelajaran bagi menjamin standard pengajaran dan pembelajaran, Kurikulum Berasaskan Sekolah (KBS) pula membina kepakaran guru untuk melakar, merancang, membina, melaksanakan dan menilai kurikulum yang mereka bina di sekolah. Usaha ini sejajar dengan seruan Kementerian Pendidikan Singapura yang menggalakkan sekolah untuk mengurangkan belajar dan melebihkan belajar (Teach Less, learn More- TLLM) yang menggalakkan guru agar lebih kreatif dan berinovasi dalam pengajaran serta melibatkan pelajar dengan lebih aktif. Dengan memanfaatkan TLLM, guru dapat merangsang minda pelajar dan mempersiap pelajar untuk lebih bersedia berhadapan dengan cabaran yang mendatang. Tiada kurikulum yang dapat memenuhi keperluan, minat dan kebolehan semua pelajar. Oleh itu, dengan TLLM Kementerian Pendidikan Singapura telah memberikan ruang dan masa bagi sekolah melaksanakan KBS. Bagi memastikan guru dapat melaksanakan KBS, Kementerian Pendidikan telah membina ‘ruang putih’ dengan mengurangkan sebanyak 10% hingga 20% kandungan pelajaran bagi setiap subjek. Pengurangan kandungan pengajaran dilakukan dengan teliti tanpa menjejas rigour mata pelajaran tersebut. Bagi memanfaaatkan ‘ruang putih’, guru harus memastikan ruang ini dapat menyokong pembelajaran pelajar bagi keperluan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Selain itu, ruang putih ini harus digunakan guru untuk membina kemampuan pelajar secara holistik dan membina KBS secara fleksibel serta berkesan dengan memastikan hasil pembelajaran sukatan pelajaran tercapai. Selaras dengan hasrat itu, Unit Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Bahasa Melayu Singapura telah mengambil inisiatif menerbitkan Buku Panduan Guru KBS bagi membantu guru memahami KBS dan proses pembinaan dan pelaksanaan KBS yang berkesan (2010). Seterusnya, Pusat Bahasa Melayu Singapura telah mengambil inisiatif untuk melibatkan sembilan buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah sebagai sekolah rintis untuk melaksanakan KBS mengikut keperluan dan tukikan sekolah masing-masing.

3

Latar Belakang Kajian Pembangunan Kurikulum Berasaskan Sekolah (KBS) telah mendapat perhatian ramai para sarjana sejajar dengan perubahan lanskap pendidikan yang menuntut pembelajaran yang memberikan tumpuan kepada pelajar. Oleh itu, banyak kajian yang telah dijalankan yang mengaitkan dengan pelbagai aspek seperti peranan guru (Bezzina, 1991; Elliot, 1997; Keys, 2000) peranan pelajar (Brooker, dan Macdonald, 1999), proses (Cocklin, Simpson & Stacey, 1995) dan pelibatan masyarakat (May, 1992; Ramsey, Hawak dan Harold, 1993). Penelitian mereka telah menyumbangkan kepada pemahaman kita mengenai cabaran yang dihadapi oleh sekolah dan guru untuk melaksanakan KBS. Menurut beberapa sarjana, terdapat pemahaman antara perancangan kurikulum secara berpusat centralised dan tidak berpusat decentralized atau usaha pendidkan yang dilaksanakan secara top-down atau bottom-up. Terdapat para sarjana menghujahkan bahawa pembina kurikulum nasional gagal untuk memberikan pertimbangan keperluan pelajar dan guru yang pelbagai bagi sesuatu sekolah. Menurut Marsh (1990), Model ‘top-down’ bagi pembangunan kurikulum, tidak memberikan tumpuan kepada keperluan guru dan memberikan mereka kurang insentif dan pelibatan yang terhad dalam merangka kurikulum. Oleh itu, bahan pembelajaran yang dibina kemungkinan boleh menyekat guru untuk membuat keputusan profesional yang berkaitan dengan membuat pemilihan, membina, menyusun dan menggunakan bahan dalam pengajaran dan program (Smith, 1983). Marsh (1990) melihat konsep pembangunan KBS sebagai berlawanan dengan dengan kurikulum nasional yang menuntut guru sesebuah sekolah itu merangka, merancang, melaksana dan menilai kurikulum itu dalam lingkungan sekolahnya sendiri. Menurut Marsh (1992) lagi, KBS ini boleh dilaksanakan oleh seseorang guru, sekumpulan guru atau keseluruhan sekolah. Selain itu, jangka masanya boleh berupa jangka masa yang pendek, sederhana panjang dan panjang. Elliot (1997) pula menjelaskan, KBS dapat memberikan kurikulum yang lebih bermakna dan relevan kepada pelajar dan membina pembangunan profesional guru. Skillbeck (1984) merangkakan KBS sebagai program yang dibina oleh sesuatu institusi yang melibatkan perancangan, pembinaan, pelaksanaan dan penilaian pembelajaran pelajar. Beliau berpandangan bahawa terdapat hubungan antara guru dengan pelajar semasa membuat sesuatu keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui KBS guru berupaya untuk menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada para pelajar untuk berinovasi dan menggunakan pelbagai sumber bagi menyokong pembelajaran mereka. 4

Walton (1978) menghujahkan, terdapat banyak variasi pembanguan KBS yang dilaksanakan di sekolah. Menurutnya, KBS melibatkan usaha mencipta kandungan bahan dan boleh juga melibatkan pemilihan bahan kurikulum yang sedia ada dan melakukan beberapa pengubahsuaian. Walaupun pembangunan KBS menjanjikan kebaikan pada banyak aspek, masih ada masalah yang perlu diteliti. Kajian empirikal menunjukkan peranan sebagai pembina kurikulum memerlukan usaha guru yang lebih. Ramai guru yang tidak mempunyai persiapan dan pengalaman yang mencukupi (Cocklin, Simpson dan Stacey, 1995; Keys, 2000). Marsh (1992) menyatakan antara masalah yang dihadapi termasuklah kekurangan masa untuk merancang dan membina bahan dan program, kekurangan kepakaran dari segi pengetahuan, kemahiran dan kekurangan sokongan pihak sekolah. Masalah ini telah menyebabkan guru tidak berminat untuk menjalankan KBS. Morris (1995) menambah, sesetengah sekolah tidak dapat menghasilkan bahan kurikulum yang baik dan terkini disebabkan sekolah tersebut kurang bimbingan, sumber bahan dan kepakaran. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pembelajaran pelajar. Di Taiwan, aspek drama yang dintergrasikan dengan kurikulum Keseniaan dan Ilmu Kemanusiaan telah memberikan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi peringkat pelajar Gred 1 semenjak tahun 2001. Model Kurikulum Baharu yang berupa ‘bottom-up’ telah disarankan. Pembangunan KBS amat dihargai kerana kuasa autonomi diberikan kepada guru. Guru boleh membuat keputusan untuk menggunakan 20% waktu pembelajaran bagi merangka kurikulum mereka sendiri yang dahulunya tiada (Hwang dan Chang, 2003; Marsh, 1990; Sabar 1983, Skillbeck, 1984; Tang, 2003). Tang (2006) menambah, usaha ini dapat dilaksanakan dengan adanya rombakan kurikulum dan sekolah diberikan hak untuk membuat keputusan. Sekolah memberikan tumpuan tertentu untuk melaksanakan KBS. Salah satu kajian kes di salah sebuah sekolah di Taiwan yang diteliti oleh Tang telah mengusahakan drama kreatif dalam pendidikan bagi program Kurikulum Berasaskan Drama. Drama digunakan untuk pembangunan diri, mengenal dan memahami diri sendiri dan orang lain serta meningkatkan kemahiran sesuatu subjek. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa melalui drama pelajar lebih terbuka untuk menyuarakan pandangan, membina sikap positif, persahabatan, sifat toleransi, bekerjasama dan lebih bersikap fokus pada pembelajaran. Berdasarkan pelbagai model dan variasi pembangunan KBS, Kementerian Pendidikan Singapura menggunakan pendekatan yang kurang radikal (Gopinathan dan Deng 2006). Kurikulum nasional memainkan peranan yang kritikal bagi memastikan adanya 5

asas yang kukuh dalam pembelajaran dan menjamin standard pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum nasional yang sedia ada ini sudah dibina dengan sempurna dan efektif bagi melahirkan pelajar yang kompeten dalam pelbagai subjek. Oleh itu, pembangunan KBS bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai alternatif atau untuk menggantikan kurikulum yang terarah ini tetapi KBS merupakan komplemen kepada usaha pihak Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPDD) yang menyediakan pilihan yang lebih fleksibel dan menggalakkan insiatif dan hak milik dalam kalangan guru. KBS boleh dilihat sebagai sesuatu usaha yang dipandu berasaskan keupayaan atau ability driven bagi pihak murid, guru dan sekolah yang mahu dibina oleh pihak Kementerian Pendidikan Singapura. Secara umum, model pembangunan KBS di Singapura mengambil kira aspek adaptasi, pengubahsuaian dan menafsirkan bahan pengajaran mengikut tukikan sekolah. Dengan kata lain, para pengetua dan guru digalakkan untuk menggunakan bahan yang disediakan oleh CPDD dan mereka digalakkan melakukan pengubahsuian. Guru harus digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif untuk menyesuaikan kurikulum yang sedia ada dengan minat pelajar. Isu yang berkaitan dengan mentafsirkan kandungan kurikulum boleh dibincangkan dengan pihak ketua jabatan dan guru yang lain. Pegawai Perancang Kurukulum boleh bertindak sebagai narasumber untuk membantu guru menjana idea bagaimana hendak memperbaik pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua pihak, iaitu kementerian dan sekolah harus menyokong usaha melibatkan guru untuk mengenalkan idea yang inovatif (MOE, 1998). Hal ini sejajar seruan TLLM agar guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif (MOE, 2007). Ball dan Cohen (1996) menjelaskan, terdapat cabaran bagi guru untuk membina KBS. Menurut mereka, guru harus memahami lima domain sebelum dapat membina KBS. Pertama guru, harus memahami latar belakang, minat, pencapaian dan cara pelajar berfikir. Kedua, guru harus memahami sukatan dan bahan pengajaran untuk membuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan kumpulan pelajar yang berbeza. Ketiga, guru harus merangka pembelajaran dengan memilih aktiviti yang sesuai dengan penggunaan bahan pengajaran yang pelbagai bagi merancang aktiviti pembelajaran yang bermakna dan relevan. Guru dan pelajar diharapkan dapat mencari dan menggunakan pelbagai sumber bahan pendidikan yang ada selain bahan yang disediakan oleh pihak kementerian. Keempat, guru harus membina suasana pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan menggalakkan pemikiran peringkat tinggi dan pembelajaran secara kendiri. Kelima, guru harus tahu keperluan dan tukikan sekolah serta sistem pendidikan. Menurut Ball dan Cohen lagi, secara dasarnya KBS memberikan tekanan kepada guru. Hal ini memerlukan guru untuk memahami hasrat 6

kurikulum, bahan pengajaran dan peranan mereka. Guru dituntut untuk menggunakan kelima-lima domain untuk mengenal pasti apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Selain itu, guru juga harus dibantu untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu melalui lima domain ini bagi memastikan pelaksanaan kurikulum yang berkesan. Lima dimensi yang diketengahkan oleh Ball dan Cohen selaras dengan dimensi PETALS yang dimuatkan dalam buku A ‘Toolkit for Engaged Learning and Teaching’ (2005) yang dihasilkan oleh pihak CPDD, Kementerian Pendidikan Singapura. PETALS merangkumi demensi pedagogi, keadaan persekitaran, kandungan, penilaian untuk pembelajaran dan pengalaman pembelajaran. Ball dan Cohen menegaskan lagi bahawa berdasarkan cirinya yang dianggap kompleks dan payah ini, pembangunan profesional guru harus juga dititikberatkan supaya tidak menjadi halangan bagi guru untuk merangka dan melaksanakan KBS. Selain memahami lima demensi ini, pembangunan profesional guru memainkan peranan penting untuk menyokong peranan guru untuk membina KBS. Kursus dan bimbingan yang mencukupi harus diberikan kepada guru agar mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi melakarkan program KBS. Dengan sokongan ini guru dapat membina aktiviti dan bahan pengajaran yang lebih menarik. (Darling-Hammond dan McLaughlin, 1996). Selaras dengan pandangan Ball dan Cohen, Buku Panduan Guru Kurikulum Berasaskan Sekolah (2010) yang diterbitkan oleh Unit Bahasa Melayu dan Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) bertujuan untuk membantu para guru memahami dengan lebih terperinci mengenai perancangan, pembinaaan, pelaksanaan dan penilaian KBS. Buku panduan ini juga memuatkan contohan rancangan pengajaran, bahan pengajaran dan penilaian. Bahan ini dapat membina keyakinan guru untuk menjalankan program KBS di sekolah masing-masing. Pusat Bahasa Melayu Singapura telah menjalankan kursus KBS bagi memberikan pemahaman yang mencukupi sebelum guru melaksanakan program KBS. Selanjutnya beberapa sekolah telah dipilih sebagai sekolah rintis untuk melaksanakan KBS di sekolah masing-masing bagi melihat keberkesanannya. Hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut pada bahagian seterusnya. Sekolah Rintis Program KBS ini dijalankan oleh 18 sekolah rintis yang terdiri daripada sembilan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah. Sekolah ini melibatkan sekolah kejiranan yang terdapat dalam empat zon, iaitu Zon Barat, Zon Timur, Zon Utara dan 7

Zon Selatan di Singapura. Selain itu, terdapat juga sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang bukan berbangsa Melayu. Setiap sekolah menentukan program KBS yang hendak dijalankan berdasarkan keperluan pelajar dan sekolah masing-masing. Sila rujuk Jadual 1 di bawah ini. Jadual 1: No

Senarai Sekolah dan Tajuk Program

Nama Sekolah

Tajuk Program

1.

Sekolah Rendah Beacon (SRB)

Wartawan Cilik

2.

Sekolah Rendah Canberra (SRCA)

Dikir barat dalam Darjah

3.

Sekolah Rendah Concord (SRCO)

Akhbar dalam Darjah

4.

Sekolah Rendah Endeavour (SRE)

Sastera pelbagai Budaya

5.

Sekolah Mee Toh (SRMT)

Kembara Pembelajaran

6.

Sekolah Rendah Pei Tong (SRPT)

Yok Kita Teroka!

7.

Sekolah Rendah Peiying (SRP)

Penulis Cilik

8.

Sekolah Rendah Unity (SRU)

Rentas Cipta

9.

Sekolah Rendah Yangzheng (SRY)

Bahasa Melalui Muzik

10.

Sekolah Menengah Boon Lay (SRBL)

Wadah Sastera Rendra

11.

Sekolah Menengah CHIJ Toa Payoh (SRCTP)

Jaringan Media, Menyulam Gagasan

12.

Sekolah Menengah Dunman (SMD)

Penulisan Naratif

13.

Sekolah Menengah Pei Hwa (SMPH)

Mollywood: Drama dalam Bilik Darjah

14.

Sekolah Menengah St. Margaret’s

Kata Dianyam, Bahasa Disulam

(SMSM)

15.

Sekolah Menengah Siglap (SMS)

Jejak Warisan: Seni Kraf tangan Melayu

16.

Sekolah Sukan Singapura (SSS)

Warisan Budaya: Dikir Barat Zaman Milenia

17.

Sekolah Menengah Woodgrove (SMW)

REMAJA

18.

Sekolah Menengah Yuying (SMY)

Bila Dalang Berwayang

Objektif dan Fokus Program Objektif program rintis ini bertujuan membina KBS yang berkesan dengan mengambil kira keperluan pelajar sama ada sebagai program pengayaan ataupun pemulihan bagi menambah baik pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, 8

program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan bahasa dan kemahiran berbahasa para pelajar dengan menyediakan pembelajaran yang autentik dan menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti di luar jangkauan bilik darjah. program yang lebih khusus dapat dilihat dalam Jadual 2 di bawah ini. Jadual 2: No

Nama Sekolah

Fokus

Fokus Kemahiran dan Peringkat Tajuk Program

Kemahiran

Peringkat

1.

SRB

Wartawan Cilik

Kemahiran Bertutur

Darjah 2

2.

SRCA

Dikir barat dalam Darjah

Kemahiran Bertutur/ Pengayaan Kosa Kata

Darjah 4

3.

SRCO

Akhbar dalam Darjah

Kemahiran Membaca dan Menulis

Darjah 4

4.

SRE

Sastera pelbagai

Kemahiran Membaca

Darjah 5

Budaya

dan Menulis/Pengayaan Sastera

5.

SRMT

Kembara Pembelajaran

Mendengar dan bertutur/ Pendidikan Nasional

Darjah 4

6.

SRPT

Yok Kita Teroka!

Kemahiran

Darjah 4

Menulis/Kemahiran Hidup 7.

SRP

Penulis Cilik

Kemahiran Menulis/Penilaian Patchwork Text

Darjah 3

8.

SRU

Rentas Cipta

Kemahiran Membaca/Penerapan Sastera

Darjah 5 HML, ML BML

9.

SRY

Bahasa Melalui

Kemahiran Mendengar

Darjah 5

Muzik

dan Bertutur

10.

SRBL

Wadah Sastera Rendra

Kemahiran Betutur dan Menulis/Penghayatan Sastera

11.

SRCTP

Jaringan media,

Kemahiran Menulis dan Menengah

Menyulam Gagasan

Perluasan Kosa Kata

3 Ekspress

Penulisan [email protected]

Membaca dan Menulis/Kemahiran

Menengah 2 Ekspress

12.

SMD

9

Menengah 3 dan 4 Ekspress

No

Nama Sekolah

Tajuk Program Aksi

Kemahiran ICT

Peringkat dan HML

13.

SMPH

Mollywood: Drama Bertutur dan Membaca dalam Bilik Darjah

Menengah 2 NT

14.

SMST

Kata Dianyam, Bahasa Disulam

Kemahiran Menulis/Gaya Bahasa Fuguratif

Menengah 3 Ekspress

15.

SMS

Jejak Warisan: Seni Kraf Tangan Melayu

Bertutur dan Menulis/Penerapan Budaya

Menengah 2 Ekpress

16.

SSS

Warisan budaya:

Kemahiran Bertutur dan Menengah

Dikir barat Zaman Milenia

Membaca/Penerapan Budaya

2

17.

SMW

REMAJA

Empat Kemahiran Bahasa/Penerapan Nilai

Menengah 3 Ekspress

18.

SMY

Bila Dalang

Empat kemahiran

Menengah

Berwayang

Bahasa/Penerapan Sastera dan Kesenian Melayu

2 Ekspress dan NT

Kaedah Pelaksanaan Program Program rintis KBS ini melibatkan semua guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut dengan sokongan ketua jabatan dan pengetua sekolah. Program yang dijalankan mengikut keperluan pelajar dan tukikan setiap sekolah. Program ini dijalankan dengan mengambil kira kerangka KBS yang diketengahkan oleh Skillbeck. Rangka kerja Skillbeck meliputi empat aspek seperti dalam Rajah 1 di bawah ini. Rajah 1: Rangka kerja KBS Skillbeck

10

Dalam membentuk KBS, sekolah juga harus mengambil kira dimensi PETALS yang menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi melibatkan pelajar secara aktif (2005). Sila rujuk Rajah 2. Rajah 2: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran yang Menegaskan Pelibatan Pelajar

Bagi memastikan guru mempunyai pengetahuan yang kukuh dan dapat menjalankan dengan baik serta menambah kepakaran guru, Pusat Bahasa Melayu Singapura telah mengambil inisiatif membimbing guru-guru daripada sekolah rintis ini. Lapan belas buah sekolah ini dibimbing oleh guru pakar, Pusat Bahasa Melayu Singapura. Beberapa siri bengkel dilakukan bagi memastikan setiap sekolah dapat melakarkan program yang baik. Sebelum program KBS ini dijalankan, setiap sekolah terlebih dahulu menimbangkan faktor untuk merancang dan membina KBS yang berkesan seperti yang disarankan dalam Panduan Guru Kurikulum berasaskan Sekolah (2010). Sekolah harus menyelaraskan KBS dengan kurikulum nasional dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang hendak dicapai seperti yang dinyatakan dalam sukatan dan huraian sukatan pelajaran. KBS boleh dilaksanakan sama ada berdasarkan keperluan pelajar, kumpulan khusus seperti kumpulan pelajar Bahasa Melayu Lanjutan atau untuk semua pelajar Bahasa Melayu di sekolah. Di peringkat awal, setiap sekolah akan meneliti hal seperti keperluan murid, objekif program, kandungan program, menyusun aktiviti pembelajaran dan menentukan jenis penilaian. Hal ini dilakukan dengan mengisikan borang senarai semak. Apabila fokus program telah dikenal pasti, guru akan melakarkan program. Berdasarkan penelitian ini sekolah menyiapkan rancangan pengajaran, bahan pengajaran dan alat penilaian. Kerjasama dengan semua sekolah telah membantu guru mengukuhkan rancangan 11

pengajaran yang dibina dan menentukan jenis aktiviti dan bagaimana penilaian dapat dijalankan. Rujuk contoh Lampiran 1 dan 2. Seterusnya, Program KBS ini dilaksanakan mengikut jangka masa yang ditetapkan oleh setiap sekolah. Jangka masa yang ditetapkan antara seminggu hingga ke sepenggal mengikut keperluan murid dan tukikan sekolah. Semasa program ini berjalan, guru pakar menjalankan pemantauan di bilik darjah bagi memastikan pelaksanaan program dapat dijalankan dengan berkesan. Di samping itu, guru pakar juga turut membantu guru memberikan panduan dan maklum balas untuk menambah baik pelaksanaan pengajaran seterusnya. Pengumpulan dan Analisis Data Ada pelbagai cara yang digunakan oleh sekolah untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan program. Data yang dikumpulkan berdasarkan hasil kerja pelajar, temu ramah dengan pelajar, pemerhatian guru, borang penilaian seperti senarai semak, rubrik dan maklum balas pelajar. Sekolah juga mengumpulkan data dengan merakamkan maklum balas pelajar dan guru. Data ini kemudiannya dianalisis untuk melihat keberkesanan program masing-masing. Hasil Dapatan Pelaksanaan Program Program KBS bagi 18 sekolah rintis ini telah menunjukkan dapatan yang positif dan memberangsangkan. Selain itu terdapat usaha lanjutan yang diketengahkan bagi menambah baik program. Berdasarkan maklum balas guru sekolah rintis, mereka dapat menjalankan program dengan baik dan berkesan. Ini disebabkan mereka telah memahami secara terperinci melalui sesi bengkel dan sesi perkongsian antara sekolah-sekolah rintis. Bimbingan yang diberikan oleh guru pakar, Pusat Bahasa Melayu Singapura telah membantu guru membina KBS yang berstruktur dan memahami fokus program yang hendak dilaksanakan di sekolah. Di samping itu, Buku Panduan KBS telah dapat membantu mereka memahami rasional KBS diusulkan bagi sekolah menjalankannya untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Sokongan padu yang diberikan oleh pihak sekolah telah memberikan keyakinan kepada guru melaksanakannya dengan lebih baik. Hal ini menyokong pandangan Cocklin, Simpson, Stacey dan Keys yang mengatakan jika guru tidak mendapat bimbingan yang mencukupi, guru akan mengalami kesukaran dan tidak berminat untuk menjalankannya. Oleh itu, usaha yang dilakukan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura amatlah membantu bagi guru mendapat pemahaman yang jelas 12

mengenai KBS dan dapat menjalankan KBS tanpa tekanan. Sila rujuk Jadual 3 bagi menjelaskan maklum balas guru. Jadual 3: Maklum Balas Guru Sekolah Rintis Terhadap Keberkesanan Program KBS SS-Sangat Setuju No

S-Setuju

TS-Tidak Setuju

Item

STS-Sangat Tidak Setuju

SS

S

TS

STS

1.

Matlamat program memenuhi keperluan pelajar.

94.12%

5.88%

0

0

2.

Bahan dan sumber pengajaran

94.12%

5.88%

0

0

mencukupi. 3.

Aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.

94.12%

5.88%

0

0

4.

Pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan baik.

92.16%

7.84%

0

0

5.

Program ini merangsang minda pelajar.

92.16%

7.84%

0

0

6.

Program ini meningkatkan pelibatan pelajar di bilik darjah.

100%

0

0

0

Berdasarkan maklum balas guru-guru yang menghadiri sesi Perkongsian Profesional Kurikulum Berasaskan Sekolah, daripada 300 guru sekolah rendah yang hadir, 96% mengatakan mereka berminat untuk menjalankan KBS di sekolah masing-masing manakala bagi sekolah menengah pula sebanyak 93%. Selain itu, 97% guru sekolah rendah mengatakan perkongsian itu memberikan pemahaman yang lebih mengenai KBS dan 100% guru sekolah menengah mempunyai pandangan yang sama. Mereka juga berpendapat bahawa aktiviti dan bahan pengajaran yang disediakan oleh sekolah amat baik dan boleh dijadikan contohan untuk membina KBS di sekolah mereka. Guru juga berpendapat program disediakan amat menarik dan melibatkan pelajar secara aktif. Selain itu, mereka juga bersetuju aspek budaya dan kesenian yang diterapkan dalam program KBS merupakan sesuatu yang baik dan memperkaya pengetahuan pelajar dan menanamkan minat pelajar terhadap budaya dan kesenian Melayu serta menambah keseronokan pembelajaran di bilik darjah. Dapatan program bagi setiap sekolah rintis diperturunkan secara ringkas seperti yang berikut: 13

Sekolah Rendah Beacon Berdasarkan maklum balas murid, hampir semua murid bersetuju bahawa mereka telah mempelajari lebih banyak kosa kata berkenaan seni mempertahankan diri. Mereka juga memahami tugas dan peranan masing-masing dalam kumpulan. Murid yang kurang pasti terhadap sesuatu pelajaran lebih berani untuk mendapatkan bantuan guru dan rakan. Selain itu, dengan merekodkan refleksi mengenai aktiviti dan peranan dalam slaid telah memberikan peluang kepada murid yang kurang yakin untuk menulis refleksi dengan lebih baik. Murid juga berpendapat bahawa sesi temu ramah memberikan kesan positif dan semangat untuk menjadi ‘juara’. Aktiviti itu juga membuat mereka lebih yakin ketika berkomunikasi dengan orang dewasa. Berdasarkan maklum balas guru pula, program KBS telah memenuhi matlamat pembelajaran. Jangka masa yang ditentukan untuk menjelaskan setiap tugas berfaedah dan berkesan. Semua guru bersetuju bahawa program ini merangsang minda, meningkatkan keyakinan diri serta penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran. Namun, semasa program ini dijalankan, guru mendapati murid mempunyai kesulitan untuk mencatat nota ketika sesi temu ramah. Mereka tidak dapat menuliskan semua fakta pada waktu itu. Mereka perlu menonton rakaman sesi itu berulang kali untuk mendengar semula apa yang dikatakan oleh orang yang ditemu ramah. Tambahan pula, gambar-gambar yang dipetik oleh jurugambar tidak begitu baik dan sesuai. Oleh itu, bagi penambahbaikan, guru berpandangan mereka harus membantu murid mengambil gambar yang lebih elok. Sebagai usaha susulan, program ini akan diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian menurut keperluan dan keupayaan murid Darjah 2. Kemahiran bertutur menerusi sesi temu ramah akan diperluaskan kepada murid-murid Darjah 3 dan 4. Sekolah Rendah Canberra Guru menggunakan alat penilaian seperti senarai semak, borang renungan dan lembaran kerja untuk memantau pembelajaran murid. Guru juga merekodkan pencapaian murid melalui pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, Program Dikir Barat Dalam Darjah didapati berjaya merangsang minat murid. Seni kata lagu yang digunakan telah memperkaya kosa kata murid. Murid juga lebih mampu mengenal pasti idea utama dan mesej yang terkandung dalam seni kata dikir barat itu.

14

Program ini telah meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman murid. Strategi pengajaran yang disarankan telah dapat melibatkan murid secara aktif dan meningkatkan kosa kata murid. Di samping itu, murid mampu mencari maklumat secara kendiri dan berkongsi pengetahuan bersama rakan sebaya. Pembelajaran kolaboratif telah memberi peluang untuk murid belajar bersama rakan sebaya. Murid juga berasa lebih yakin terhadap kebolehan masing-masing. Berdasarkan keputusan Penilaian Berterusan (2) murid, didapati murid dapat menjawab soalan kefahaman dengan lebih baik. Penerapan aspek budaya dan seni membuktikan murid lebih teruja dan aktif dalam pembelajaran dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran bahasa murid. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan program ini. Tidak semua guru terlatih dalam seni dikir barat terutama dalam komponen paluan. Sekolah pula tidak mempunyai perkakas alat paluan dan perlu meminjam atau menyewa daripada kumpulan dikir barat. Pencapaian murid dapat dipertingkat dengan adanya penerapan aspek budaya dan seni persembahan dalam pembelajaran. Oleh itu, program ini boleh dikembangkan lagi kepada sebuah program penulisan kreatif. Sekolah Rendah Concord Berdasarkan aktiviti yang dijalankan dan hasil kerja murid, secara keseluruhan murid lebih terdedah kepada kosa kata yang pelbagai dan jenis penulisan yang berbeza-beza. Mereka juga lebih sedar akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Aktiviti berkumpulan telah dapat merangsang minat murid untuk membaca akhbar. Aktiviti-aktiviti ini juga telah dapat membina dan membantu menyemak pemahaman antara murid melalui perbincangan kumpulan dan seluruh kelas. Selain itu, melalui aktiviti KBS ini, murid lebih kerap membaca akhbar. Akhbar Berita Harian kini menjadi satu lagi sumber bacaan. Murid kini sedar terdapat banyak bahan berita yang menarik yang boleh dibaca justeru pembacaan akhbar tidak lagi membosankan mereka. Pengalaman pembelajaran melalui lawatan ke Berita Harian telah dapat memberi pemahaman yang lebih mengenai akhbar. Berdasarkan pengamatan guru, terdapat beberapa kekangan semasa menjalankan program ini. Guru mendapati murid menghadapi kesukaran untuk memahami sesetengah artikel. Oleh itu, pengubahsuaian harus dilakukan agar murid dapat memahaminya. Masa yang lebih panjang juga diperlukan untuk menyediakan 15

pelajaran. Untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan, guru harus melakukan perancangan lebih awal. Bagi usaha lanjutan, guru akan lebih aktif menggunakan akhbar Berita Harian sebagai aktiviti mingguan untuk mengajar aspek bahasa seperti kosa kata, imbuhan dan golongan kata, serta menggunakannya untuk pelajaran kefahaman dan karangan. Sekolah Rendah Endeavour Penilaian program ini dilakukan secara sumatif dan formatif. Murid diberi peluang menilai kelakonan rakan mereka menerusi penggunaan rubrik penilaian 3C, iaitu keyakinan, semangat ingin tahu dan semangat bekerjasama. Penilaian dibuat menerusi penggunaan blog dan ruang refleksi setelah mereka menonton semula hasil persembahan rakan mereka. Selepas murid melalui program KBS ini, didapati hasil karangan murid bertambah lebih baik. Murid dapat mengembangkan idea. Pendedahan pelbagai jenis genre sastera telah dapat menarik minat murid untuk membaca bahan sastera. Penggunaan video, podcast, moviemaker dan e-komik telah merangsang murid untuk membina pengetahuan mereka mengenai bahan sastera. Murid juga dapat menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam karangan mereka. Selain itu, program ini telah membantu murid untuk menulis dengan lebih menarik dan berkesan. Berdasarkan pembelajaran yang membrangsangkan ini, program ini disarankan untuk digunakan bagi menyokong inisiatif PERI. Selain itu, program ini juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membantu kefahaman membaca. Guru juga boleh memperluas penggunaan ICT untuk membolehkan pembelajaran kendiri. Guru telah menyarankan agar program ini diteruskan untuk dijadikan bahan bagi meneruskan pemupukan kecekapan abad ke-21, iaitu keyakinan, semangat ingin tahu dan semangat kerjasama dalam kalangan murid dengan bantuan penggunaan ICT. Penerapan ketiga-tiga nilai ini akan dilakukan secara eksplisit dalam pembelajaran sastera pelbagai budaya agar murid secara sedar dapat memahami, menghayati dan mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran mereka. Sekolah Mee Toh Guru mendapati selepas murid melalui pembelajaran melalui Program Kembara Pembelajaran ini, keputusan akhir tahun telah menunjukkan peningkatan yang baik, iaitu peratusan murid yang mendapat markah 80% ke atas bagi ujian lisan dan kefahaman mendengar meningkat sebanyak 17.6% dari Ujian Penggal 2. Murid 16

lebih yakin bertutur dalam bahasa Melayu dan lebih kerap menggunakan sebutan baku. Selain itu, murid dapat menghayati perutusan ke-5 Pendidikan Nasional, iaitu ‘kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura’ dengan lebih jelas dan ghairah membuat persembahan. Guru juga mendapati, Program Kembara Pembelajaran ini telah menyediakan murid untuk bertutur dan mendengar dengan lebih yakin. Program ini telah membina kemahiran bertutur murid melalui penghayatan teks, deklamasi sajak, pembentangan dan sketsa. Program ini telah dapat memberikan hasil pembelajaran yang baik kerana guru telah merancang program dengan tersusun. Antara usaha yang dilakukan seperti murid dibahagikan mengikut tahap kemahiran bertutur mereka untuk aktiviti persembahan agar pengajaran pembezaan dapat dijalankan guru memberi bimbingan dan bantuan kepada murid yang berada pada Tahap 1 dan berbincang dengan pemandu muzium untuk mana-mana bahagian yang hendak diberikan lebih penekanan sebelum lawatan dijalankan. Bagi memastikan program ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan guru mencadangkan agar mereka menyediakan penilaian formatif untuk kemahiran menulis dan mengemas kini program ini dan melakukan penambahbaikan. Sekolah Rendah Pei Tong Program Yok Kita Teroka! telah memberikan dapatan yang positf. Berdasarkan keputusan karangan Peperiksaan Akhir Tahun 2010, pencapaian murid bertambah baik, iaitu murid yang mendapat 16-20 markah adalah 38.7%. Dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan 29% pencapaian murid bagi peperiksaan ini. Murid telah dapat meningkatkan mutu isi karangan mereka. Berdasarkan maklum balas murid pula, secara purata 90% daripada mereka amat meminati aktiviti yang dilakarkan. Pengalaman pembelajaran yang bertema telah dapat membina kosa kata mereka dan membantu mereka menulis karangan dengan lebih terancang dan tersusun. Aktiviti Yok Kita Masak! yang memerlukan murid menulis resipi nasi goreng telah merangsang pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat meningkatkan penguasaan kosa kata murid. Murid juga dapat memberikan maklum balas secara lisan dengan berkesan. Aktiviti membuat poster telah dapat mengasah murid untuk mengenal maklumat dan idea utama manakala aktiviti melakarkan gambar bersiri berdasarkan lagu yang didengar dan kemudiannya menulis dialog mudah telah memberikan peluang kepada murid untuk menyatakan nilai murni.

17

Guru telah mencadangkan agar bahan pengajaran yang disediakan untuk Program Yok Kita Teroka! boleh dikumpulkan mengikut tema dan dijadikan rujukan untuk murid. Selain itu, aktiviti berdarmawisata disarankan bagi menjadikan pembelajaran lebih autentik. Murid digalakkan mencari maklumat yang lebih tuntas dan mendalam mengenai sesuatu tema melalui pembacaan atau melungsuri internet. Sekolah Rendah Peiying Pencapaian murid dalam kemahiran menulis dilakukan melalui penilaian formatif dan juga sumatif. Alat penilaian formatif yang digunakan dalam program ini adalah seperti senarai semak, temu ramah, penilaian rakan sebaya dan Penilaian Alternatif Patchwork Text. Patchwork Text Assessment ialah bentuk penilaian yang terdiri daripada beberapa bahagian kecil tugasan, atau 'patch', yang kemudian setiap tugasan kecil ini dicantumkan sehingga menjadi tugasan yang lengkap. Tugasan Patchwork Text ini boleh ditakrifkan sebagai satu penyatuan tugasan secara berperingkat-peringkat sepanjang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik. Berdasarkan penilaian alternatif ini murid dapat menulis karangan dengan lebih terarah dan memahami struktur karangan dengan lebih baik. Pendedahan perluasan kata sifat membantu murid menggunakan kata jenis itu dalam karangan mereka dengan lebih berkesan. Berdasarkan maklum balas guru dan murid, program ini diteruskan hingga ke Semester 2. Bagi mengembangkan kemahiran menulis murid, pelbagai ciri penulisan telah diterapkan dalam penyediaan bahan pengajaran untuk Semester 2. Memandangkan program ini memberi banyak manfaat kepada murid Darjah 3, guru mencadangkan pembinaan bahan dengan kerjasama sekolah Kelompok N6 akan diusahakan. Pembinaan bahan juga akan dilanjutkan untuk peringkat Darjah 4 dan 5 agar dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah Kelompok N6. Sekolah Rendah Unity Berdasarkan penilaian yang dijalankan, guru mendapati matlamat utama program telah dapat dicapai. Murid dapat memahami makna kosa kata mengikut konteks dan dapat mengenal isi utama dalam teks yang dibaca. Selain itu, murid juga dapat menyusun dan mengalih maklumat dari betuk asal ke genre yang lain. Aktiviti persembahan Readers Theatre telah dapat membantu murid untuk menyampaikan cerita dengan nada suara dan intonasi yang sesuai. Walaupun guru menghadapi 18

masalah untuk mengumpulkan sumber pengajaran yang sesuai kerana keterbatasan waktu dan sumber yang terhad, guru berjaya menggabungkan bahan sedia ada dengan sumber-sumber baharu untuk menjayakan program ini. Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang menyeronokkan telah dapat mengekalkan tumpuan murid pada pembelajaran. Murid dapat mengikuti pengajaran dengan mudah serta mengambil bahagian dalam kerja berkumpulan secara aktif. Program ini berjaya meningkatkan motivasi murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid dapat membezakan antara prosa dan puisi. Murid dapat menggabungkan genre prosa dan puisi dalam karya kreatif mereka. Disebabkan program ini dijalankan pada Penggal 4,

guru mempunyai jangka masa

yang terbatas untuk mengumpulkan bahan. Guru juga memerlukan masa untuk memastikan murid mempunyai pendedahan tentang pelbagai genre, prosa dan puisi sebelum program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, disarankan perancangan program dimulakan dengan lebih awal dan melibatkan lebih ramai guru agar program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Guru mendapati program ini amat baik dan mengesyorkan agar tema yang lebih luas dan relevan dapat digunakan. Selain itu, sumber lain seperti akhbar, komik dan grafik juga boleh dijadikan bahan pengajaran. Sekolah Rendah Yangzheng Program ini menyediakan penilaian secara kendiri bagi memberi peluang kepada murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Berdasarkan maklum balas murid, mereka berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan. Murid dapat bertutur secara spontan. Selain itu, murid dapat mengembangkan kosa kata mereka murid melalui aktiviti nyanyian. Aktiviti seperti mereka ‘Sorak Kita’ dan seni kata ‘Dikir Yangzheng’ telah dapat membina keyakinan murid untuk menyampaikan dengan bahasa yang baik dan melibatkan murid secara aktif. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun, peruntukan masa agak pendek untuk menjalankan aktiviti untuk melibatkan semua murid. Oleh itu, jangka masa program akan diteliti dan diperbaiki. Selain itu, pemilihan lagu haruslah sesuai dengan minat murid. Program ini disarankan bagi Darjah 3 dan 4 dan dijalankan pada Penggal 2 untuk jangka masa dua minggu supaya aktiviti yang dilakarkan dapat dijalankan dengan lebih efektif. 19

Sekolah Menengah Boon Lay Berdasarkan pemerhatian guru, respons dan hasil kerja pelajar, objektif program telah dapat dicapai. Walaupun para pelajar tidak pernah melalui pembelajaran khusus sastera Melayu, mereka dapat mengikuti program tersebut dan melibatkan diri secara aktif. Pada mulanya, para pelajar memerlukan banyak rangsangan daripada guru untuk melakukan aktiviti yang diberikan dan memberi respons yang bernas. Namun, setelah dibimbing oleh guru, para pelajar berjaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan memberikan interpretasi dan menganalisis teks secara lebih mendalam dan mengaitkan teks dengan konteks. Kepelbagaian aktiviti yang disediakan juga memberi penekanan yang secukupnya untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Para pelajar telah menunjukkan kesediaan mencuba sesuatu yang baharu serta kebolehan menghayati sastera menerusi respons, pengamatan dan karya-karya kreatif yang dihasilkan secara berpasangan mahupun berkumpulan. Secara keseluruhan, guru mendapati bahawa program ini dapat membuat pelajar memahami akan kepentingan hubungan teks-konteks dan menimbulkan penghayatan yang lebih mendalam. Tambahan pula, program ini membenarkan pelajar mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menonjolkan daya kreatif dan kritis melalui hasil kerja masing-masing. Selanjutnya program ini mendedahkan pelajar kepada cara penulisan pelbagai genre, khususnya puisi/sajak dan biografi selain prosa deskriptif dan naratif. Guru mendapati peruntukan masa yang dirancangkan agak pendek untuk menjalankan aktiviti yang lebih berkesan. Oleh yang demikian, masa bagi aktiviti di kelas terpaksa dipendekkan dan tidak semua pelajar berpeluang mengemukakan pendapat atau memberi respons. Selain itu, masa yang diperuntukkan bagi program ini tidak berlangsung secara terus-terusan, justeru para pelajar kadang-kala hilang tumpuan seketika apabila mereka kembali mengikuti program ini. Penambakbaikan akan dilakukan bagi memastikan terdapat kesinambungan peruntukan masa agar program ini dapat diperbaiki dan dijalankan dengan lebih berkesan. Guru mendapati program ini amat baik dan telah memberi peluang kepada para pelajar yang tidak mengikuti pelajaran sastera untuk penghayatan sastera Melayu. Justeru, sebagai usaha susulan, guru perlu memilih teks yang berkaitan dengan kehidupan pelajar supaya teks tersebut dapat membawa makna kepada pelajar. Selain itu, penekanan terhadap perbandingan metafora, personifikasi dan simili harus dilakukan secara sedar dan tekal bagi menambah nilai penulisan pelajar apabila diaplikasikan dalam penulisan karangan. 20

Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) Dapatan program menunjukkan para pelajar lebih berminat untuk membincangkan tema penulisan apabila semua deria mereka digunakan dalam mengumpul dan menyaring maklumat. Para pelajar juga lebih terdorong apabila tugasan dan aktiviti yang disediakan dilakukan secara berkumpulan atau berpasangan. Ini memudahkan tugasan dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan. Para pelajar sedar akan kepentingan memperoleh maklumat mengenai sesuatu tema sebelum membincangkan tentang sesuatu topik, lebih-lebih lagi dalam karangan jenis ekspositori. Penggunaan pelbagai media seperti video klip, iklan akhbar, poster telah dapat mengasah pelajar untuk menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mengumpul maklumat bagi penulisan karangan mereka.Bahan media ini uga telah meningkatkan kosa kata para pelajar. Guru juga mendapati penulisan karangan secara bertahap-tahap telah membina pemahaman pelajar dengan lebih baik dan pelajar lebih yakin umtuk menggunakan maklumat yang diperoleh dalam karangan mereka. Semasa menjalankan program ini guru akur terdapat beberapa kekangan yang boleh diatasi. Antara kekangan yang dihadapi seperti para pelajar mengambil masa untuk membaca sesebuah artikel yang diberi. Selain itu, mereka juga menghadapi kesukaran untuk memahami artikel-artikel yang diberi kerana bahasa ilmiah yang digunakan menjejas pemahaman mereka. Oleh itu, pelajar perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan kebolehan yang pelbagai. Pembahagian sebegini akan memastikan setiap kumpulan dapat melaksanakan tugasan. Namun, guru berpandangan program ini boleh diperluas dengan menyentuh tema-tema lain. Para pelajar akan diminta untuk mengumpul bahan-bahan berdasarkan tema-tema yang diberi. Bagi peringkat seterusnya, setiap kumpulan boleh ditugaskan untuk mengumpul bahan media tertentu. Selanjutnya, setiap kumpulan akan diminta untuk mengumpul bahan bagi tema-tema yang berbeza. Semua bahan yang dikumpul boleh dimuatnaikkan ke portal Asknlearn agar para pelajar dapat berkongsi maklumat yang telah dibaca atau ditonton. Sekolah Menengah Dunman Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dan penggunaan alat ICT dapat menyuntik minat membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini disebabkan oleh pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat telah dapat merangsang pembelajaran berpusatkan pelajar serta mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan mencabar. Para pelajar 21

bukan sahaja dapat memperkukuhkan kemahiran lisan, membaca dan menulis malah mempertingkatkan kemahiran ICT serta menyemai sifat bekerjasama. Secara keseluruhan, guru dapati pelajar kini lebih yakin menulis karangan naratif. Mereka dapat mengembangkan idea dengan lebih baik serta penggunaan teknik yang pelbagai. Bengkel drama dan penerbitan video yang diikuti oleh para pelajar telah dapat memberikan pemahaman yang bermafaat bagi pelajar untuk menghasilkan Comic life. Comic life yang dihasilkan para pelajar turut menerapkan aspek nilai. Selain itu, setiap anggota kumpulan memberikan kerjasama yang padu bagi menghadkan comic life yang terbaik. Selain itu, pelajar lebih terangsang untuk menulis skrip yang baik melalui aktiviti ini. Program Penulisan Karangan Naratif @ 3-2-1 Aksi! telah memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar. Oleh itu, program ini akan diteruskan sebagai aktiviti pasca peperiksaan Menengah 2. Para pelajar akan menghasilkan video berdasarkan komik mereka. Guru akan membuat penilaian mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan mengemas kini program ini untuk menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru juga akan menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat usia pelajar. Sekolah Menengah Pei Hwa Oleh kerana para pelajar sekolah ini merupakan para pelajar Aliran Normal Teknikal guru mengumpulkan kerja pelajar dalam buku yang khas bagi memastikan pelajar mebmuat tugasan yang diberikan. Rakaman lakonan dan aktiviti membantu untuk memantau pencapaian pelajar. Penggunaan video membantu pelajar mengenal pasti kesan lakonan terhadap penonton supaya mereka lebih terangsang untuk menghasilkan persembahan yang lebih baik. Selepas para pelajar mengikuti program ini, kosa kata para mereka semakin bertambah kerana mempelajari perkataan-perkataan yang berkaitan dengan lakonan. Mereka juga dapat memberikan respons yang tepat dengan penggunaan kosa kata tersebut. Program ini telah membuat para pelajar lebih berminat dalam aktiviti membaca. Strategi pengajaran yang melibatkan pelajar dengan lebih aktif ini dapat memancing minat dan kini ada sesetengah daripada mereka yang sedar bahawa mereka dan rakan-rakan mereka mempunyai bakat dalam lakonan. Pembelajaran kolaboratif membuat pembelajaran membaca itu lebih berkesan dan bermakna kerana maklum balas rakan mereka itu mempunyai kesan implisit yang mendalam bagi mereka. Para

22

pelajar juga menjadi lebih yakin untuk membaca dan juga berlakon di hadapan rakan mereka. Semasa menjalankan program ini guru mendapati jangka waktu yang singkat merupakan satu cabaran yang besar bagi pelajar aliran Normal Teknikal kerana waktu Bahasa Melayu hanyalah dua kali seminggu. Banyak persediaan harus dijalankan sebelum mereka masuk ke studio bagi memupuk keyakinan mereka untuk menghasilkan persembahan yang baik. Perbezaan kemahiran pelajar juga merupakan suatu cabaran kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai masalah membaca. Guru berpendapat, pencapaian para pelajar dapat ditingkatkan dengan adanya lebih banyak masa untuk memperbaik lakonan. Peralatan seperti pakaian dan prop dapat menambah nilai lakonan mereka. Selain itu, para pelajar juga boleh diberikan peluang untuk menulis skrip mereka sendiri. Dengan itu, masa yang diperuntukkan perlu lebih lama lagi kerana adanya keperluan untuk para pelajar mempelajari cara-cara menulis skrip. Sekolah Menengah St. Margaret’s Pada awal program ini dijalankan, para pelajar dikehendaki menghasilkan satu karangan naratif. Karangan tersebut dijadikan kayu ukur peningkatan kemahiran pelajar. Pada akhir program ini, para pelajar menghasilkan satu lagi karangan naratif. Mereka membuat perbandingan dan membuat refleksi mengenai pencapaian mereka. Para Pelajar juga telah mengisi borang maklum balas. Dapatan guru menunjukkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar amat memberangsangkan, iaitu 97% pelajar berasa matlamat pembelajaran telah tercapai. 97% pelajar berasa bahawa pembelajaran KBS ini telah meningkatkan pengetahuan mereka dan 97% pelajar juga berasa bahawa pelajaran ini amat bermakna. Secara keseluruhan, guru dapati program KBS telah memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami aspek penulisan naratif dengan lebih mendalam. Pelajar dapat melihat kaitan antara pengajaran-pengajaran tersebut. Pelajar juga dapat mengenal dan memahami gaya bahasa dalam teks dan karya sastera yang lain. Bahan pengajaran seperti sajak, lagu dan gambar telah dapat memberikan contoh yang sesuai mengenai bahasa figuratif. Pelajar dapat membuat pengkelasan jenis bahasa figuratif seperti hiperbola, simili, personifikasi dan metafora. Bahasa figuratif ini kemudiannya digunakan dalam karangan mereka. 23

Sebagai usaha susulan, guru akan menggabungjalin pembelajaran ICT dengan pembelajaran gaya bahasa. Secara berpasangan, pelajar menghasilkan satu karya sajak berdasarkan tema kemasyarakatan dan kekeluargaan. Pelajar menggunakan kamera digital untuk memetik gambar yang sesuai dengan tema mereka. Kemudian, pelajar akan memuat turun dalam sofwe Movie-Maker dan menggunakan vodcast untuk mendeklamasikan sajak mereka. Sekolah Menengah Siglap Melalui Program Jejak Warisan ini, para pelajar lebih terdedah kepada kesenian kraf tangan tembikar dan batik. Sepanjang pengajaran dijalankan, pelajar telah berjaya membuat penyelidikan secara individu dan juga berkumpulan tentang dunia seni kraf tangan. Maklumat yang dikumpulkan telah disampaikan dengan lengkap di akhir program ini. Penilaian mengenai pencapaian pelajar dipantau melalui catatan pelajar di blog, borang refleksi lawatan, penyampaian kajian secara lisan dan laporan yang ditulis pelajar di akhir program. Guru juga telah memberikan maklum balas tentang tugasan pelajar di sepanjang pengajaran dijalankan. Secara umum para guru mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap kraf tangan Melayu. Mereka sering bertanya kepada guru akan perihal kesenian kraf tangan Melayu yang lain seperti penghasilan wau dan keris. Selain itu, mereka juga berminat untuk mendaftarkan diri bagi menjalani kursus pembikinan seni kraf tangan di kelab-kelab masyarakat. Secara keseluruhan, program ini berjaya mendedahkan pelajar kepada beberapa aspek kesenian yang selama ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, mereka sedar akan kepentingan seni kraf tangan tersebut sebagai lambang kebanggaan bangsa Melayu. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan pula seperti membuat kajian telah dapat menyedarkan mereka akan kepentingan bekerjasama serta menyiapkan setiap tugasan pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, pembentangan di hadapan kelas serta sesi wawancara tokoh telah meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur di khalayak ramai. Pelajar benar-benar berpuas hati dengan lawatan yang dijalankan untuk mempelajari seni tembikar daripada Encik Iskandar Jalil. Program Jejak Warisan ini akan dijalankan sebagai wadah aktiviti susulan untuk pelajar 2 Ekspres pada tahun hadapan dengan mengadakan aktiviti darmawisata ke negara Malaysia bagi melihat cara-cara kilang batik di sana menghasilkan batik secara 24

komersil. Selain itu, diharapkan pelajar dapat memahami penghasilan seni kraf tangan yang lain seperti songket dan ukiran kayu. Para pelajar yang telah pun menjalani program ini akan diberikan peluang untuk membimbing pelajar lain tentang cara-cara pembikinan seni kraf tangan batik dan tembikar dengan lebih berkesan lagi. Para pelajar juga digalakkan untuk berkongsi ilmu yang diraih itu dengan rakan yang lain. Sekolah Sukan Singapura Alat penilaian yang pelbagai seperti senarai semak, borang refleksi pelajar, lembaran kerja secara individu dan kumpulan serta pemantauan guru telah digunakan untuk menilai pencapaian pelajar. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, program ini telah berjaya merangsang minat pelajar terhadap Dikir Barat, iaitu salah satu kesenian Melayu yang masih segar dan diminati ramai. Seni kata lagu dikir barat yang menggunakan loghat Kelantan juga telah dapat memperkaya kosa kata pelajar bagi bahasa daerah. Program ini telah dapat merangsang minda dan tumpuan murid dengan lebih baik memandangkan mereka ini merupakan para pelajar yang kenistetik. Aktviti mencipta seni kata dikir barat telah membantu pelajar menghasilkan karya yang dekat dengan pengalaman hidup mereka. Guru dapati para pelajar kini sedar dikir barat merupakan satu seni yang dinamis apabila mendengar dikir barat yang didendangkan dalam bahasa Inggeris dan Jepun. Masa yang lebih panjang diperlukan untuk beberapa aktiviti supaya pembelajaran lebih berkesan. Latihan bertulis bagi Kefahaman patut diberikan kepada semua pelajar agar guru dapat memastikan setiap pelajar memahami apa yang telah dibaca. Program KBS ini boleh dijalankan bagi memperkenalkan kesenian yang lain pula seperti tarian, persembahan wayang kulit serta pengenalan alat-alat muzik tradisional Melayu yang lain seperti kompang, rebana, gambus dan sebagainya. Pengetahuan yang luas di dalam bidang kesenian Melayu ini dirasakan penting bagi pelajar yang berkecimpung dalam bidang sukan agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam kegiatan yang bersifat fizikal bahkan kemahiran kognitif dan afektif mereka dapat juga dikembangkan.

25

Sekolah Menengah Woodgrove Secara keseluruhannya, objektif program telah dapat dicapai melalui aktviti yang dijalankan. Aktiviti yang menumpukan pada perbincangan secara kumpulan telah merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan tugasan yang diberikan. Pembelajaran secara kendiri dalam bentuk kumpulan telah menunjukkan sikap bekerjasama serta merangsang mereka untuk bertanya, berfikir dan mendengar idea ahli kumpulan. Melalui dapatan tinjauan guru, program ini membina sikap positif pelajar dan minat bagi meraih ilmu baharu dan lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai remaja. Selain itu, pelajar dapat berfikir secara spontan dan kritis, memberi idea yang munasabah dan bernas serta lebih berkeyakinan ketika membentangkan hasil mereka di hadapan teman mereka. Berdasarkan Program R.E.M.A.J.A. ini, para pelajar sekurang-kurangnya dapat memahami dan mencapai nilai-nilai Murni, iaitu ‘Remaja yang berEtika, berMaruah, dan bersifat Arif serta mempunyai Jati diri agar menjadi Anak watan yang berjaya’. Berdasarkan pemerhatian guru, aktiviti yang dijalankan melibatkan pelajar secara aktif, penerokaan sumber melalui Internet serta pembentangan pada hasil perbincangan mereka. Dapatan yang positif ini sejajar dengan pedagogi IBL dan program KBS berjaya mencapai kelima-lima E dalam IBL. Berdasarkan maklum balas guru pula, beberapa aktiviti yang perlu diluaskan atau cara penyoalan guru harus disesuaikan bagi merangsang pemikiran serta mendapat jawapan yang lebih baik. Penambahbaik pada rancangan pengajaran dan aktiviti-aktiviti bagi Program R.E.M.A.J.A. akan dijalankan bagi kumpulan pelajar Menengah tiga Ekspres Band 2. Sekolah Menengah Yuying Guru menggunakan alat penilaian seperti lembaran kerja, borang renungan individu, rubrik, borang penilaian rakan sebaya dan borang maklum balas untuk memantau pembelajaran pelajar. Melalui lembaran kerja yang diberikan semasa perbincangan kumpulan pakar, guru dapat memantau pemahaman pelajar dan memberi maklum balas secara langsung. Borang renungan individu menunjukkan pengetahuan yang telah diraih pelajar secara individu. Hasil kerja pelajar seperti, skrip dan persembahan wayang kulit dinilai berdasarkan rubrik bagi menentukan tahap kemahiran yang sudah dicapai. 26

Secara keseluruhan, maklum balas daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka berasa seronok mengikuti program ini. Mereka suka mengikuti program ini kerana dapat bekerjasama dengan rakan dan berpeluang belajar tentang cerita rakyat dan wayang kulit. Mereka bersetuju bahawa program ini telah menimbulkan atau menambahkan minat mereka terhadap sastera dan kesenian Melayu. Malah, mereka telah menyarankan agar program ini dijalankan untuk pelajar tahun hadapan kerana mereka menganggap pengalaman pembelajaran yang dilalui mereka harus juga dialami oleh pelajar lain. Kebanyakan pelajar percaya mereka boleh menerangkan secara ringkas ciri-ciri cerita rakyat dan wayang kulit dengan yakin kepada orang lain. Hampir kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka telah mempelajari cara membaca secara lantang dengan intonasi yang sesuai serta cara mengembangkan cerita secara bertahap, dari idea atau perancangan awal sehingga menjadi cerita lengkap yang menarik. Selain itu, pelajar menunjukkan minat sepanjang program dan mengambil bahagian secara aktif. Pelajar juga sudah mula memupuk sikap bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri apabila mereka menunjukkan inisiatif dan semangat yang positif untuk menyelesaikan pembikinan pepatung secara berkumpulan tanpa pengawasan guru. Oleh kerana pelajar memerlukan lebih masa untuk menjalani kegiatan yang dirancangkan, guru telah menggalakkan pelajar untuk meluangkan masa selepas sekolah bagi menyelesaikan bahagian yang tidak dapat diselesaikan dalam waktu sekolah. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah untuk menggerakkan patugn wayang kulit. Untuk mengatasi cabaran ini, para pelajar perlu mendapat lebih banyak pendedahan kepada persembahan wayang kulit yang sebenar supaya mereka tahu cara menggerakkan patung. Sebagai cadangan, guru boleh meletakkan video-video contoh persembahan dalam talian dan menggalakkan pelajar menonton sendiri di rumah. Penutup Dapatan program yang dijalankan oleh 18 sekolah rintis telah menunjukkan bahawa guru boleh membina KBS tanpa merombak kurikulum nasional yang sedia ada. Guru dapat membina pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Para pelajar pula dapat melibatkan diri secara aktif dan meningkatkan pengetahuan bahasa mereka. Oleh itu, dapatan ini menguatkan lagi pandangan mengenai KBS yang merupakan satu program yang menyokong kurikulum nasional bagi membina kepakaran guru untuk berinovasi bagi meningkatkan pembelajaran di bilik darjah denagn lebih efektif. Pada masa yang sama KBS dapat menggalakkan pelibatan kesemua pelajar dengan 27

pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda dan membina kemahiran berbahasa mereka. Namun, tidak dapat dinafikan KBS memberi cabaran kepada guru. Namun, dengan bimbingan dan perancangan yang betul, KBS dapat dilaksanakan dan pada masa yang sama membina pembanguan profesional guru. Selanjutnya, dua buah buku yang diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura yang bertajuk ‘Kurikulum Berasaskan Sekolah: Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ bagi sekolah rendah dan menengah yang memuatkan rancangan pengajaran, bahan pengajaran dan alat penilaian dapat digunakan oleh guru dari sekolah lain sebagai panduan bagi melakarkan program KBS di sekolah mereka pula. Pada masa yang sama, guru daripada sekolah rintis ini digalakkan menjadi pembimbing dan menyokong guru dari sekolah lain yang mahu membina program KBS. Dengan melakukan demikian, guru-guru ini bukan sahaja menjadi peneraju malah dapat meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka. Rujukan Ball, D. & Cohen. D., K. (1996). Reform by the book: What is-or might be-the role of curriculum materials in teacher learning and instructional reform? Educational Researcher; 25(9), 6-8, 14. Bezzina, M. (1991). Teachers’ perceptions of their participation in school based curriculum development: A case study. Curriculum Perspectives, 11(2), 34-39. Brooker, R., & Macdonald, D. (1999). Did we hear you? Issues of student voice in a curriculum innovation. Journal of Curriculum Studies, 31(1), 83-97. Chen, H. L., & Chung, J. (2000). A study of the problems and coping strategies for school-based curriculum development. Journal of Taiwan Normal University, 47(1), 1-57. Cocklin, B., Simpson, N. & Stacey, M. (1995, November). School planning to achieve student outcomes: Processes of change in a secondary school. Kertas ini dibentangkan semasa persidangan tahunan Australian Association for Research in Education, Hobart, Australia. Darling-Hammond, L., & McLaughlin, M., W. (1996). Policies that support professional development in an era of reform. Dalam M. Mclaughlin dan I. 28

Oberman . Teacher Learning: New policies, new practices. (203-218). New York: Teachers College Press. Elliot, J. (1997). School-based curriculum development and action research in the United Kingdom. In S. Hollingsworth (Ed.), International action research: A casebook for educational reform (17-28) London: Falmer Press. Gopinathan, S. & Deng, Z.Y. (2006). Fostering school-based curriculum development in the context of new educational initiatives in Singapore. Planning and Changing, 37(1&2), 93-110. Heng, M. A., & Marsh, C. J. (2009). Understanding middle leaders: A closer look at middle leadership in primary schools in Singapore. Educational Studies, 35(5). Hwang, J.J. & Chang, C.Y. (2003) Curriculum study in Taiwan: Restropect and prospect. Dalam W.F. Pinar (Ed.) International handbook of curriculum research (pp.595-606). Mahwah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Keys, P. (2000, December). Developing a good science syllabus for an optimistic future: A classroom teacher’s perspective. Kertas ini dibentangkan semasa persidangan tahunan Australian Association for Research in Education, Sydney, Australia. Marsh, C. (1992). Key Concepts for Understanding Curriculum. London: Falmer Press. Marsh, C., Day, C., Hannay, L. & McCutcheon, G. (1990). Reconceptualizing school-based Curriculum Development. London: Falmer Press. Marsh, C. J., & Heng, M. A. (n.d.). Understanding Commonalities between School-Based Curriculum Development (SBCD) and Curriculum Differentiation (CD). Australian Curriculum Studies Association. Dipetik daripada http://www.acsa.edu.au/pages/images/colin May, S. (1992). The relation school: Fostering pluralism and empowerment through a “language policy across the curriculum.” New Zealand Journal of Educational Studies, 27(1), 35-51.

29

Ministry of Education (MoE). (1998). Learning, creating, communicating: A curriculum review (Report submitted by the external review team). Singapore: Author. Ministry of Education Singapore. (2005). A Toolkit for Engaged Learning and Teaching. Curriculum Planning and Development Division, Ministry of Education Singapore. Ministry of Education Singapore. (2010). A Hanbook for Curriculum Design, Development and Implementation. Curriculum Planning and Development Division, Ministry of Education Singapore. Morris, P. (1995). The Hong Kong school curriculum: Development, issues and policies. Hong Kong: Hong Kong University Press. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (2007). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2008: Darjah 1 hingga 4. Kementerian Pendidikan Singapura. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (2010). Panduan Guru Kurikulum Berasaskan Sekolah. Singapura: Kato Printing and Copy. Pusat Bahasa Melayu Singapura. (2011). Kurikulum Berasaskan Sekolah: Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Sekolah Rendah. Singapura: Kato Printing and Copy. Pusat Bahasa Melayu Singapura. (2012). Kurikulum Berasaskan Sekolah: Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Sekolah Menengah. Singapura: Kato Printing and Copy. Ramsay, P., Hawk, K., Harold, B., Marriiot, R. & Poskitt, J. (1993). Developing partnerships: Collaboration between teachers and parents. Wellington, New Zealand: Learning Media. Sabar, N. (1983). Towards school-based curriculum development; training school curriculum coordinators, Journal of Curriculum Studies, 15(4), 15-28.

30

Skilbeck, Press.

M. (1984). School-based Curriculum Development. London: Falmer

Skilbeck, M. (1998). School-based curriculum development. Dalam A. Hargreaves, A.L., M. Fullan & D. Hopkins (Ed.), International handbook of educational change (pp.121-144). London: Klumer Academic Publishers. Smith, D. (1983). On the concept of perceived curriculum decision-making space. Curriculum Perspective, 1(1), 21-30. Tang, W., L. (2003). School-based curriculum development: The creative abilities of pupils in drama curriculum at an elementary school in Taiwan. This paper was presented in the Third International Forum on Education Reform: Education Decentralization Revisited: School-based Management which was held by Office of the Education Council, 8-11 September 2003, Bangkok, Thailand. Tang, W., L. (2006). Case study of school-based curriculum development on drama in Taiwan. This paper was presented in the APERA Conference which was held by Department of Education, National Pingtung University of Education, 28-30 November 2006, Hong Kong. Walton, J. (1978). School-based curriculum development in Australia. In J. Walton & R. Morgan (Eds.), Some perspectives on school-based curriculum development. Armidale, Australia: University of New England.

31

Lampiran 1 Program Yok Kita Teroka! Senarai Semak semasa Merancang dan Membina KBS

Aspek



Catatan

Langkah 1: Meneliti Keperluan murid 



Keputusan komponen karangan Semester 1 bagi murid Darjah 4 masih dapat dipertingkatkan lagi



Murid tidak dapat melahirkan dan mengembangkan kosa kata berdasarkan sesuatu tema



Kekurangan idea untuk mengembangkan isi karangan



Murid tidak mempunyai idea dan kosa kata yang luas semasa menulis karangan



Murid tidak dapat menjelaskan isi yang berkaitan sesuatu tema





Tidak dijalankan



 

Meningkatkan kemahiran menulis Memperkaya kosa kata



Membina keyakinan murid untuk menghasilkan penulisan yang menarik



Merangsang minda



Memupuk kecekapan kesedaran sosial

meneliti keputusan ujian/penilaian







menjalankan soal selidik o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik ujian diagnostik



Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif  

menentukan kemahiran yang hendak dinilai menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan



pembelajaran

Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program   menentukan jenis program  Pengalaman Pembelajaran Yok Kita Teroka! 

menentukan jenis aktiviti



menentukan jangka masa program





Pembelajaran bersama



10 waktu yang dijalankan pada penggal 4 minggu 2 dan 3

  32

Aspek



Catatan

Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran 

Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif



Demonstrasi memasak di bilik darjah



Menyaksikan aksi seorang tukang masak



Menonton klip video animasi dan masakan



Mendengar lagu



Melibatkan murid secara aktif



Memberi peluang yang tidak secara langsung mengenai kemahiran hidup





memastikan pengetahuan yang hendak dibina nilai tambah dalam pembelajaran



Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran 





memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran memastikan kriteria penilaian jelas



Program KBS Mmenyediakan murid meluaskan idea semasa menulis



peningkatan kosa kata



Kemahiran menulis



Penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru



Alat penilaian: senarai semak dan rubrik







33

Lampiran 2 Sekolah Rendah Pei Tong Lakaran Program KBS Yok Kita Teroka!

Mengenal Pasti Keperluan Murid 

Meningkatkan kemahiran menulis



Memperkaya kosa kata

Menetapkan Matlamat 

Membina keyakinan murid untuk menghasilkan penulisan yang menarik

 

Merangsang minda Memupuk semangat ingin tahu

Menentukan Program Program Yok Kita Teroka!



Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif



Melibatkan murid secara aktif

Melaksanakan Aktiviti   

Menyenaraikan kosa kata berdasarkan tema Menulis sebuah teks berdasarkan maklumat yang terkumpul Menerangkan maklumat yg berkisar pada tema

Menilai Pencapaian Kemahiran Murid 

Membina literasi visual

  

Memahami makna kosa kata Mengembangkan idea Menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam karangan



Menerangkan maklumat berdasarkan tema

34