Loghat utara

Oct 29, 2015 · Batas, baru-baru ini. Sepanjang dua hari karnival itu berlangsung, pelbagai ak-tiviti berteraskan kebudayaan dianjurkan seperti Santai ...

0 downloads 2 Views 454KB Size
» DBP

berdepan cabaran pelbagaikan program berteraskan bahasa, persuratan Melayu

Loghat utara keunikan Pulau Pinang KI ‘11:14 Pf \DIM \tr\I %)(SiA

Oleh Sharrul Rizal Hashim

bhsasteraabh.com.my

B

ahasa Melayu loghat utara memiliki keunikan tersendiri dalam aspek perpaduan bangsa dan budaya di Pulau Pinang kerana is berupaya menjadi wadah komunikasi masyarakat pelbagai bangsa serta etnik. Penggunaan bahasa di negeri itu boleh dibanggakan dalam menyatukan penduduk berbilang kaum, sekali gus memberikan cabaran baharu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara untuk mempelbagaikan program serta kegiatan berteraskan bahasa dan persuratan Melayu. Hal itu dijelmakan pada Karnival Bahasa Jiwa Bangsa sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Pulau Pinang 2015 di Kepala Batas, baru-baru ini. Sepanjang dua hari karnival itu berlangsung, pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan dianjurkan seperti Santai Sastera dan Budaya serta Hore-Hore Boria. Pertandingan seperti melukis poster, bercerita, mewarna, permainan Sahibba, Langkah Ria dan sayembara deklamasi

Pemenang bergambar pada Karnival Bahasa Jiwa Bangsa sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Peringkat Pulau Pinang 2015.

puisi sekolah menengah serta pertandingan penyampai radio terbuka pula turut disertai pelajar pelbagai kaum. Forum bahasa di tempat awam turut memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap kepentingan penggunaan bahasa kebangsaan yang disertai oleh mantan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa DBP, Abdul Karim Abu Bakar dan dua pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Dr Ismail Abd Rahman serta Rosnan Mohamad Zahidin.

Iktirafjasa persuratan Pada acara itu juga, DBP Wilayah Utara memberikan pengiktirafan kepada individu berjasa kepada dunia persuratan Melayu di

dalam kegiatan persatuan negeri dan antara jawatan yang disandangnya ialah Timbalan Presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARISAN) serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Jawi Peranakan, selain turut inenganggotai Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS).

Penilaian buletin Selain penganugerahan itu, Anugerah Citra Majalah Sekolah 4 dan Suar Bahasa 2015 turut diberikan kepada pemenang selepas penilaian dibuat terhadap buletin terbitan pelbagai pihak sama ada dalam aspek bahasa atau penerbitan. Anugerah Citra Majalah Sekolah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Syahabuddin yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, manakala Hadiah Suar Bahasa diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia menerusi Buletin 2 Briged. Karnival Bahasa Jiwa Bangsa Peringkat Pulau Pinang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ghazali Derahman.

negeri berkenaan, iaitu Anugerah orang Melayu memberikan wajah Persuratan Melayu Negeri Pulau Barat melalui penulisan Melayu Pinang 2015 kepada tokoh klasik dan moden. akademik di Universiti Teknologi Ahmad Murad juga aktif PETRONAS (UTP), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Noor Merican. Ahmad Murad, anak kelahiran Pulau Pinang, menghasilkan lebih 10 buku berteraskan persuratan dan tamadun Melayu termasuk Batu Uban: Sejarah Awal Pula!) yang diterbitkan oleh DBP pada tahun ini. Beliau juga banyak bergiat dalam pensejarahan dan pemulihan ruang warisan Melayu Pulau Pinang sejak awal tahun 2000 dan menumpukan kajian serta penulisan dalam konteks Melayu. Kini beliau menyempurnakan Persembahan kebudayaan memeriahkan sambutan Karnival Bahasa kajian mengenai bagaimana Jiwa Bangsa, barn-barn ini.