MAJLIS PERBANDARAN KLANG

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. ... kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi,...

0 downloads 48 Views 907KB Size
MANUAL MPK BIL : 149 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KHAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

KANDUNGAN NO

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA

3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

4

1.0

TUJUAN MANUAL

5

2.0

LATAR BELAKANG

5

3.0

DEFINISI OKU

6

4.0

KATEGORI OKU

5.0

KOD OKU

9

6.0

CARTA BAHAGIAN

9

7.0

BORANG YANG DIGUNA PAKAI

9

8.0

SUMBER KUASA

9

9.0

SKOP KERJA

9

10.0

PROSES KERJA

10

11.0

CARTA ALIR

10

12.0

PENUTUP

11

13.0

LAMPIRAN

11

13.1 LAMPIRAN I : CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

12

6-8

KEMASYARAKATAN, JABATAN KORPORAT 13.2 LAMPIRAN II : BORANG PERMOHONAN PELEKAT

13-14

KENDERAAN KHAS OKU MPK (BORANG PK OKU) 13.3 LAMPIRAN III : CARTA ALIR PERMOHONAN PELEKAT

15

KHAS KENDERAAN OKU MPK

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

2

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut. Manual Prosuder Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Orang Kurang Upaya Majlis Perbandaran Klang ini diterbitkan sebagai panduan kepada seluruh wargakerja MPK agar dapat memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui urusan di kaunter adalah yang terbaik, mesra OKU dan dapat memenuhi kehendak dan ekspektasi mereka. Manual Prosedur ini mengandungi maklumat penting berkaitan perkhidmatan permohonan pelekat khas kenderaan untuk OKU. Dengan adanya manual ini adalah diharapkan agar ianya dapat memacu wargakerja MPK kearah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Golongan Orang Kurang Upaya dan seterusnya memenuhi agenda kesejahteraan golongan OKU di Klang. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Mukri Setiausaha MPK

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

3

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15 Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini adalah betujuan sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan tugas dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini terdiri daripada : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14)

Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih Manual Prosedur Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana Alam Dan Sumbangan Ehsan 15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis Perbandaran Klang yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan tertua di Malaysia terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan masyarakat Klang yang gemilang. Dawari Bin Daud Pengarah Korporat Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

4

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

1.0

2013

Manual MPK BIL. 149

TUJUAN MANUAL 1.1

Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.

2.0

1.2

Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3

Mengenalpasti tindakan alternatif atau pelan kotengensi supaya tindakan-tindakan penambahbaikan dapat diambil.

1.4

Mengenalpasti kelemahan penambahbaikan.

1.5

Memastikan tatacara permohonan pelekat kenderaan khas untuk OKU di kawasan Majlis Perbandaran Klang dipatuhi.

1.6

Menjadi rujukan kepada pegawai yang akan melaksanakan tatacara Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU.

yang

lalu

dan

membuat

LATAR BELAKANG 2.1

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelekat kenderaan Khas untuk OKU yang menggunakan petak letak kereta OKU dan petak letak kereta awam secara percuma di kawasan Majlis Perbandaran Klang dan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Selangor.

2.2

Permohonan mendapat Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk golongan OKU yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang dan borang permohonan (Borang PK OKU) boleh didapati secara percuma di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK.

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

5

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.0

Manual MPK BIL. 149

2013

DEFINISI OKU Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

4.0

KATEGORI OKU Terdapat 7 kategori OKU yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:-

NO. I

KATEGORI Pendengaran

KETERANGAN Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang Upaya Pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu:Minimum

15 -< 30dB ( Kanak-kanak) 20 - < 30dB (orang dewasa)

Sederhana

30 - < 60dB

Teruk (severe)

60 - <90dB

Sangat teruk (profound) ≥90dB II

Penglihatan

Kurang Upaya Penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di keduadua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah fixation. Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah fixation.

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

6

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

NO. III

KATEGORI Pertuturan

KETERANGAN Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

IV

Fizikal

Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian.

Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah: a. b. c. d. e. f.

Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan. Spinal Cord Injury Stroke Traumatic Brain Injury Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤142cm bagi lelaki dan ≤138 cm bagi wanita Cerebral Palsy

Nota: Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

7

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

NO. V

VI

Manual MPK BIL. 149

2013

KATEGORI KETERANGAN Masalah Masalah Pembelajaran bermaksud masalah Pembelajaran kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejasklan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia). Mental

Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. Nota: a. Klien mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua tahun. b. Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.

VII

Pelbagai (Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori I hingga VI.

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

8

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.0

2013

KOD BAGI KATEGORI OKU BIL 1 2 3 4 5 6 7

6.0

Manual MPK BIL. 149

KOD DE BL SD PH LD ME MD

JENIS KETIDAKUPAYAAN Pendengaran Penglihatan Pertuturan Fizikal Masalah Pembelajaran Mental Pelbagai

CARTA BAHAGIAN/UNIT Carta Organisasi Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat seperti di Lampiran I

7.0

BORANG YANG DIGUNA PAKAI Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU (Borang PK OKU) seperti di Lampiran II.

8.0

SUMBER KUASA 8.1

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv.

9.0

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) Akta Orang Kurang Upaya 2008 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta ) (MPK) 2007 Pekeliling /Arahan daripada Yang Dipertua/Setiausaha

SKOP KERJA 9.1 9.2 9.3

Penerimaan Proses Penyerahan

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

9

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

10.0

Manual MPK BIL. 149

2013

PROSES KERJA 10.1

Penerimaan 10.1.1 Pemohon memohon dengan mengisi borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK dengan menunjukkan dokumen berkaitan seperti salinan Kad Pengenalan Diri, Kad OKU,Lesen Memandu,Geran Kenderaan dan sekeping gambar ukuran passport berwarna kepada Pegawai. 10.1.2 Pemohon mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) Majlis Perbandaran Klang.

10.2

Proses 10.2.1 Pemohon mengemukakan borang yang telah siap diisi berserta dokumen yang berkaitan kepada Pegawai untuk disemak. 10.2.2 Pegawai mengemukakan borang telah disemak kepada Yang Dipertua/Pengarah/Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat tandatangan kelulusan. 10.2.3 Pegawai merekod butiran permohonan dalam pangkalan data pelekat kenderaan khas OKU MPK.

10.3

Penyerahan 10.3.1 Pegawai menyerahkan pelekat kenderaan Khas untuk OKU kepada pemohon dan menerangkan syarat-syarat penggunaan pelekat kenderaan OKU MPK. 10.3.2 Pemohon melekat pelekat kenderaan khas OKU pada kenderaan mereka.

11.0

CARTA ALIR Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang seperti di Lampiran III.

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

10

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

12.0

Manual MPK BIL. 149

2013

PENUTUP Penggunaan pelekat khas ini akan memudahkan golongan OKU menjalani kehidupan seharian terutamanya yang berkaitan dengan masalah tempat letak kereta OKU yang sering disalahgunakan orang awam. Sehubungan itu, penggunaan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU merupakan keistimewaan kepada golongan OKU untuk membolehkan mereka menggunakan petak letak kereta OKU dan petak letak kereta awam secara percuma di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor serta digunakan secara seragam oleh semua OKU di Negeri Selangor.

13.0

LAMPIRAN Lampiran I : Carta Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat Lampiran II : Borang Permohonan Pelekat Kenderaan OKU (Borang PK OKU) Lampiran III : Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

11

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual MPK BIL. 149

Lampiran I

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

12

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

Lampiran II

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

13

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

2013

14

No Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Manual MPK BIL. 149

2013

Lampiran III Carta Alir : Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang MULA

Pemohon membuat permohonan melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan,Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang

Permohonan

Isi dan Lengkap Borang Permohonan Pelekat Kenderaan

Pemohon mengisi dan melengkapkan borang permohonan dengan menyertakan dokumen sokongan berkaitan dengan permohonannya .

Semakan Borang Borang Permohonan Pelekat Kenderaan

Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyemak butiran pada borang dan dokumen Berkenaan yang disertakan.

Kelulusan YDP/Pengarah/ Pegawai Tadbir/Pen. Peg. Tadbir

Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyerahkan borang yang lengkap dan telah disemak kepada Yang Dipertua / Pengarah/ Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat kelulusan.

Pegawai akan merekod butiran pemohon dalam pangkalan data Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU.

Masukkan Butiran Pemohon Dalam Pangkalan Data

Pemohon mendapatkan pelekat kenderaan OKU daripada Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK

Dapatkan Pelekat Kenderaan OKU

Lekatkan Pelekat Kenderaan OKU pada kenderaan

Pemohon melekatkan pelekat kenderaan OKU pada kereta mereka

TAMAT Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku

15