MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

Untuk menjadikan kitar semula sebagai satu amalan harian, ... Philosopher, Planet, Partnership). Dengan ... menjamin bumi kita ini dapat terus dipelih...

0 downloads 22 Views 463KB Size
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ Sr HAJI ROZALI HAJI MOHAMUD YANG DIPERTUA MPSP

SEMPENA

“MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH ANJURAN PLB ECO SOLUTIONS SDN. BHD.”

01 NOVEMBER 2017 (RABU) 2.30 PETANG BERTEMPAT DI AUDITORIUM IBU PEJABAT MPSP BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM

Disediakan oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

1

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati Ahli Majlis-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai Yang Berusaha Puan Ir Hjh Rosnani bt Hj Mahmod Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai Yang Berusaha Puan Nazzia Binti Abu Hassan Shaari Penolong Pengurus Pembangunan Pemasaran PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. Puan Terrynz Tan Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai Pegawai-Pegawai dan Kakitangan PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. Para Guru & Para Pelajar Rakan-Rakan Media Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

2

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, Selamat pagi dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama hadir dalam dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula SekolahSekolah Anjuran PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. beserta kakitangannya yang telah sudi bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam menaja program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah.

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Beberapa langkah yang diambil oleh MPSP untuk mengurangkan pelupusan sampah sarap adalah:-

i. Pengasingan sisa di punca yang telahpun berkuatkuasa di seluruh Pulau Pinang mulai 1 Jun 2016. Mulai 1 September 2017, tindakan penguatkuasan kompaun mula dijalankan ke atas

Joint Management Body (JMB) dan Management

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

3

Corporation (MC) di kawasan kediaman bertingkat / strata yang tidak menyediakan kawasan dan tong pengasingan sisa pepejal untuk tujuan kitar semula.

Kaedah yang digunakan adalah

yang paling mudah dilaksanakan iaitu pengasingan sisa kepada dua (2) iaitu sampah yang boleh dikitar semula di dalam kemudahan pengurusan sampah yang boleh dikitar semula dan sampah baki ke

dalam

bekas sampah komunal yang

disediakan.

ii. Aktiviti-aktiviti kitar semula yang telah giat dijalankan oleh MPSP sejak 2008 melibatkan pelbagai lapisan seperti pihak komuniti, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, kilang / perindustrian, pejabat, sekolah dan tadika.

Saya amat-amat mengharapkan aktiviti kitar semula ini menjadi satu amalan harian. Bermula daripada tempat kerja hingga ke dalam institusi kekeluargaan, pasti dapat menjadikan Seberang Perai dan sekaligus Pulau Pinang sebuah negeri yang mengamalkan kitar semula dengan jayanya. Jika warga Seberang Perai dapat mengamalkan kitar semula, ianya akan menjadi satu tunjang utama dalam penjagaan alam sekitar yang lebih lestari dan hijau.

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

4

Untuk menjadikan kitar semula sebagai satu amalan harian, MPSP memperkenalkan konsep MPSP Smart Consumption Model (Model MPSP berhubung Penggunaan Bijak).

Ia merangkumi 8R seperti

berikut:1)

Rethink (Be mindful of your consumption, your relationship with ‘things’ and your relationship with the Earth)

2)

Refuse (Don’t consume what you don’t need to)

3)

Reduce (Reduce consumption of energy and materials)

4)

Re-use (Share with others. Find new uses for old objects)

5)

Repair (Fix or upgrade your objects rather than throwing them away)

6)

Re-gift (Share, and be a part of the gift company)

7)

Recover (Energy and materials recovery and UPCYCLE)

8)

Recycle (Close the loop and remake)

Pada tahun 2016, kadar kitar semula bagi keseluruhan Seberang Perai adalah 42% yang mana ianya telah berjaya ditingkatkan daripada 39% pada tahun 2015. Bagi mencapai hasrat MPSP untuk mencapai Bandar Rendah Karbon yang diimpikan pada tahun 2022, kadar kitar semula perlu dipertingkatkan dari 42% pada tahun 2016 ke 70%. Angka ini merupakan satu sasaran yang tinggi dan hanya boleh dicapai sekiranya MPSP dan penduduk Seberang Perai bersama-sama berganding bahu mencapai matlamat ini. Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

5

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

MPSP menggunakan pendekatan kreatif untuk unlock the power of partnership

melalui pendekatan 7Ps

(People, Public, Private,

Philanthropy, Philosopher, Planet, Partnership). Dengan pendekatan private and public partnership MPSP telah bekerjasama dengan PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. dan sekolah-sekolah dalam melaksanakan program ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sekolah merupakan salah satu tempat (venue) di mana amalan kitar semula boleh dipraktikkan secara meluas.

Saya percaya dalam peribahasa melayu “Melentur

buluh biar dari rebungnya”.

Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah-Sekolah ini adalah merupakan salah satu daripada projek komuniti PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. yang dianjur bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid dan guru-guru serta menanam tabiat kitar semula di kalangan mereka. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah & menengah di Seberang Perai. Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

Sekolah-sekolah yang 6

menyertai pertandingan ini diberikan 3 unit jumbo bag oleh pihak PLB Eco Solutions Sdn. Bhd. untuk tujuan pengumpulan barangan kitar semula.

Program seperti ini adalah untuk mendidik generasi pelapis masa akan datang supaya menjadikan aktiviti kitar semula sebagai satu amalan hidup.

Pendekatan secara holistic dari peringkat anak-anak

murid sama ada sekolah rendah dan menengah adalah penting untuk menjamin bumi kita ini dapat terus dipelihara. Konsistensi dalam pengamalan 8R ini dapat menjadikan sesebuah sekolah sebagai tempat melahirkan generasi yang menghargai dan menjaga alam sekitar dan seterusnya mencapai matlamat Sisa Sifar di sekolah.

Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah ini dilancarkan pada 18 April 2016. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah di bawah kawasan pentadbiran MPSP. Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) tahun Mei 2016 sehingga Mei 2017. Sebanyak 33 sekolah rendah dan 12 sekolah menengah telah menyertai pertandingan ini.

Sekolah-sekolah

yang

bertanding

dikehendaki

menghantar

laporan jualan barangan kitar semula kepada MPSP setiap bulan. Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan jumlah purata tertinggi Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

7

kutipan keseluruhan bahan kitar semula (dalam unit kg) yang dikira sah untuk pertandingan ini.

Jumlah keseluruhan beratan bahan kitar semula yang dikumpul sepanjang satu (1) tahun tempoh pertandingan telah mencapai 127,095.5 kg, di mana peringkat sekolah menengah telah mengutip 51,000 kg dan peringkat sekolah rendah telah mengutip 76,095.5 kg. Syabas!

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang memenangi Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Anjuran PLB Eco Solutions Sdn. Bhd.

Saya seterusnya menyeru para hadirin sekalian untuk menjadikan kitar semula sebagai satu amalan dalam budaya hidup seharian, agar bumi yang kita pinjam dari generasi akan datang ini, dapat dikembalikan kepada mereka seindah dan sehijau mungkin. Diharapkan dengan aktiviti kitar semula ini, ianya dapat merealisasikan motto Negeri Pulau Pinang dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai “Cleaner, Greaner, Safer and Healthier Penang”.

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

8

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Untuk makluman semua, MPSP telah mensasarkan untuk menjadi sebuah bandaraya rendah karbon dan bandaraya pintar menjelang 2022. Oleh yang demikian, tema “Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau Dan Kompetitif” telah dijadikan sebagai Visi Pelan Strategik Seberang Perai 2018-2022 yang menggambarkan komitmen serta usaha yang digembleng oleh MPSP dalam merangka strategi ke arah mewujudkan sebuah bandaraya rendah karbon yang berdaya huni.

Sehubungan itu, kajian soal selildik telah dilaksanakan untuk membolehkan stakeholders atau warga Seberang Perai untuk memilih sepuluh (10) keutamaan strategi (strategic priorities) dan cadangan yang perlu diberi keutamaan oleh MPSP dalam pembentukan Pelan Strategik Seberang Perai 2018-2022 yang dijadualkan siap pada Disember 2017. Pelan Strategik ini merupakan dokumen hala tuju strategi dalam tempoh lima (5) tahun dan merupakan satu (1) perancangan atau komitmen MPSP

kepada semua stakeholders di Seberang Perai dalam

menjayakan Visi dan Misi MPSP.

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

9

Sepuluh

(10) keutamaan strategi yang

telah dipilih oleh

stakeholders dalam pembentukan Pelan Strategik Seberang Perai 20182022 adalah:-

i.

Persekitaran Yang Selamat,

ii.

Kemudahan Dan Infrastruktur Yang Berkualiti,

iii.

Gaya Hidup Sihat,

iv.

Pembangunan Hijau dan Persekitaran Bersih,

v.

Penerapan Teknologi Baru,

vi.

Ekonomi Bandar Yang Berdaya Saing,

vii.

Memperkukuhkan Budaya Dan Warisan,

viii.

Bandar Yang Berdaya Tahan Dan Berdaya Huni,

ix.

Keterlibatan Komuniti dan

x.

Pembangunan Bandar Yang Inklusif dan Saksama.

Atas

inisiatif

untuk

menggerakkan

MPSP

selari

dengan

perkembangan global serta tuntutan untuk mewujudkan komuniti yang mampan, pelbagai program akan dirancang di dalam Keutamaan Strategi Tahun 2018 serta Pelan Strategik Seberang Perai 2018 -2022. Elemen yang diberi keutamaan di dalam merencana Bajet Tahun 2018 adalah kepekaan serta keprihatinan MPSP kepada keperluan penduduk Seberang Perai dan seterusnya menjadi inisiatif serta penyelesaian

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

10

segera

yang

berkesan

terhadap

isu

dan permasalahan yang

dibangkitkan oleh orang awam.

Adalah diharapkan pembentukan Pelan Strategik ini dapat mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan perbandaran, perancangan, pembangunan dan infrastruktur yang cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak komuniti di Seberang Perai.

Sebagai mengakhiri kata-kata dan dengan lafaz BISMILLAH saya dengan ini merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Anjuran PLB Eco Solutions Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017

11