Membina Kemahiran Pembelajaran Kendiri Melalui Kaedah

Seperti contoh, sebelum pelajaran di bilik darjah ... pelajar secara total dalam setiap kegiatan yang dijalankan dalam kaedah ... (self-monitoring)...

0 downloads 48 Views 234KB Size
09 Membina Kemahiran Pembelajaran Kendiri Melalui Kaedah Flipped Classroom Lila Salleh

[email protected]

Noranika Murni Dol Karim

[email protected] Sekolah Menegah Compassvale

Abstrak Mempersiapkan pelajar agar mampu mengharungi abad ke-21 merupakan cabaran utama bagi seorang pendidik masa kini. Pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran tertentu. Sebagai satu langkah awal, pelajar perlu dilatih untuk mempunyai kemahiran belajar secara kendiri. Kajian ini dilakukan untuk meninjau sejauh mana kemahiran pembelajaran kendiri dapat dibina melalui kaedah pengajaran Flipped Classroom. Bagi meneliti perkembangan kajian, Kajian Pengajaran telah dipilih untuk memantau proses kajian ini melalui respons yang diberikan pelajar. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Menengah 3 Ekspres dan Menengah 3 Normal Akademik. Perisian Padlet telah dijadikan wahana utama kajian kerana mampu menampung penggunaan pelbagai jenis media seperti video dan audio. Berdasarkan dapatan kajian, pelajar-pelajar mampu memperbaik kemahiran mereka dalam pembelajaran secara kendiri. Kata Kunci: kajian pengajaran, kemahiran abad ke-21, pembelajaran kendiri, Flipped classroom

110 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Pengenalan Melahirkan pelajar yang mampu mengharungi kehidupan abad ke-21 merupakan cabaran bagi setiap guru. Antara yang menjadi wawasan ialah seorang pelajar yang mampu menguruskan pembelajarannya secara kendiri. Untuk membina kekuatan ini, pelajar perlu dilatih dan melalui proses pembelajaran secara kendiri dalam pembelajaran harian yang melibatkan penggunaan pelbagai media pembelajaran. Secara tradisional, pembelajaran yang dijalankan guru dalam bilik darjah lebih menekankan pembelajaran sehala. Penggunaan Flipped Classroom ini meneroka pembelajaran yang berlangsung sepanjang masa. Seperti contoh, sebelum pelajaran di bilik darjah bermula, pelajar perlu membuat persiapan untuk turut serta semasa di dalam kelas nanti. Proses ini melibatkan pelajar membuat bacaan, rujukan ataupun mencari contoh-contoh tertentu. Semasa di dalam kelas, pelajar akan berlatih menggunakan informasi, menerapkan konsep-konsep tertentu berserta maklum balas yang diberikan. Setelah kelas tamat, pelajar perlu memastikan pemahaman mereka baik dan menyebarluaskan pembelajaran mereka. Proses yang dilalui pelajar seperti ini pasti dapat membina keyakinan dalam pembelajaran seorang pelajar. Kajian ini juga akan meneliti tahap penulisan karangan deskriptif seorang pelajar.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk: 1. meneliti keberkesanan kaedah Flipped Classroom dalam meningkatkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar; 2. meninjau bagaimana pelajar memberikan respons; dan 3. meninjau kemahiran menulis karangan deskriptif pelajar.

111 Seminar Bahasa Melayu 2016

PERNYATAAN MASALAH Kajian ini bertujuan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar meneroka proses pembelajaran yang melibatkan usaha kendiri pelajar. Pembelajaran sebenarnya telah bermula sebelum kelas dimulakan. Pelajar perlu membuat persediaan dengan melengkapkan diri dengan informasi yang relevan. Dengan cara ini, pengajaran di dalam kelas menjadi lebih bermakna kerana perbincangan dan sesi maklum balas dapat dijalankan dengan lebih mendalam lagi. Sebelum ini, guru-guru mendapati sikap serta persediaan pelajar yang pasif menghambat proses pembelajaran. Pelajar banyak bergantung kepada pengajaran guru, dalam kajian ini berfokus kepada kemahiran menulis karangan. Banyak masa berharga di dalam kelas tertumpu kepada mengajar. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kepada pengajaran yang berpusatkan guru atau teacher-centric. Proses pembelajaran lebih bersifat pasif dan ini tidak mampu menjadikan pelajar seorang pelajar yang bercirikan abad ke-21. Dalam era globalisasi yang dibayangi Dunia VUCA (Volatility – Berubahubah, Uncertainty – Ketidaktentuan, Complexity – Kompleks dan AmbiguityKetaksaan). Pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang relevan dalam mengharungi dunia VUCA yang berubah-ubah dan tidak menentu. Maka itu pelajar perlulah bersikap lebih sedar, terkawal, berdikari dan aktif dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar tidak boleh sekadar mencapai objektif pengajaran yang ditentukan guru tanpa sebarang penglibatan daripada diri pelajar sendiri. Proses pembelajaran harus diperluaskan lagi dengan mempertingkatkan keupayaan pelajar untuk belajar cara dan ini merangkumi keupayaan; (i) mengenal pasti, mengurus dan memilih bahan dan (ii) memantau perkembangan pembelajaran mereka sendiri.

KAJIAN LEPAS Brokett dan Hiemstra (1991) berpendapat, pelajar yang bertanggungjawab, mempunyai tanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri (ownership of learning). Mereka ini mampu menentukan matlamat pembelajaran mereka dan 112 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

dapat menerima akibat daripada pemikiran dan tindakan mereka. Penglibatan pelajar secara total dalam setiap kegiatan yang dijalankan dalam kaedah Flipped Classroom ini dapat menentukan kejayaan kajian ini. Malah dapat dikatakan bahawa, sikap bertanggung jawab ini merupakan asas kepada keberkesanan kemahiran pembelajaran kendiri atau Self-Directed Learning (SDL). Pembelajaran kendiri (SDL) menurut Brokett dan Hiemstra (1991) juga merupakan proses pengajaran untuk menilai keperluan pelajar, mengenal pasti bahan pengajaran, melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menilai hasil pembelajaran. Pelajar yang berjaya memaparkan sikap pembelajaran secara kendiri secara nyata menyerlahkan diri mereka sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Justeru, sepertimana yang dinyatakan Candy (1991) dan Garrison (1997), kebolehan pelajar dalam pengurusan diri (self-management) dan pemantauan diri (self-monitoring) akan membantu pelajar menguruskan tugasan dan bahan tambahan yang diberikan. Pemantauan diri sendiri berpusat kepada proses dalaman yang melibatkan tumpuan kepada kognitif dan metakognitif pelajar. Berdasarkan kajian lepas yang telah dinyatakan, jelas bahawa guru haruslah mencari ruang dan peluang untuk menggalakkan pelajar mempunyai budaya pembelajaran yang kendiri dan bertanggungjawab dalam pembelajaran harian.

KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini, Kajian Pengajaran telah digunakan untuk memantau serta untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan menganalisis keberkesanan kaedah Flipped Classroom dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran yang bersifat kendiri. Subjek Kajian Kajian ini melibatkan pelajar Bahasa Melayu Menengah 3 Ekspres. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan profil pelajar yang secara umum mempunyai kebolehan berbahasa yang berbeza. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga mempunyai akses 113 Seminar Bahasa Melayu 2016

internet di rumah dan dapat melaksanakan tugasan kendiri melalui platform ICT. Instrumen Kajian Guru-guru telah mengintegrasikan beberapa wahana teknologi untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dan membantu memantau penglibatan serta pembelajaran mereka. Kajian ini menggunakan Padlet sebagai wadah di mana pelajar dapat memberi sumbang saran selain daripada membenarkan guru-guru melihat penglibatan pelajar. Selain daripada itu, pelajar juga dapat melihat sumbangan sesama mereka. Aplikasi seperti Answer Garden juga digunakan untuk mendapatkan respons yang paling kerap diberikan pelajar. Selanjutnya video-video pendek juga digunakan untuk membantu memberi penerangan kepada pelajar. Prosedur Kajian Kumpulan sasaran merupakan 11 orang pelajar Menengah 3 Ekspres. Kajian ini dijalankan selama 6 minggu bermula dari bulan Februari 2015. Sebelum kajian ini dijalankan, pelajar telah didedahkan kepada penulisan karangan naratif. Oleh itu, pelajar jelas akan penggunaan tema dalam penulisan karangan. Maka itu kami telah memberi tumpuan kepada teknik penulisan karangan deskriptif bagi kajian ini. Kaedah Flipped classroom ini bertentangan dengan pembelajaran tradisional; pelajar telah dikehendaki datang ke kelas setelah menelaah bahan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan melalui wadah pilihan guru. Sesi maklum balas dijalankan di dalam kelas untuk merapatkan jurang pembelajaran pelajar. Ini menggalakkan pelajar untuk menanam sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan tersebut.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Borang refleksi pelajar telah dikumpulkan untuk dianalisis oleh guru-guru semasa perbincangan. Berdasarkan refleksi pelajar, kesemua pelajar menyatakan bahawa pembelajaran yang dijalankan lebih bermakna. Daripada pihak guru pula, guru-guru akur berjaya untuk menyematkan rasa tanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri melalui kaedah ini. Jelas sekali 114 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

dilihat perubahan bukan sahaja pada sikap pelajar tetapi juga daripada kualiti hasil kerja mereka.

KESIMPULAN Natijahnya, walaupun kajian ini mampu memenuhi objektif meningkatkan penglibatan pelajar dan tanggungjawab kendiri terhadap pembelajaran kemahiran menulis karangan deskriptif, guru-guru berharap agar kaedah sama dapat dikembangkan bagi pengajaran jenis penulisan mahupun kemahirankemahiran berbahasa yang lain. Selanjutnya, kami harapkan usaha ini dapat melibatkan ibu bapa dalam pemantauan hasil kerja anak-anak mereka. Nota: Guru lain yang terlibat dalam kajian ini: 1. Nur Maizurah Rosle

RUJUKAN Bennett,N & Lemoine G.J.(2014) What VUCA Really Means for You. https://hbr. org/2014/01/what-vuca-really-means-for-you Brockett, R. G. & Hiemstra, R (1991). Self-Direction in adult learning: Perspectives on theory, research, and practice. New York: Routledge. Caffarella, R. (1993). Self-Directed learning. New Directions for Adult and Continuing Education. 57, 25-35. Candy, P. C. (1991). Self-direction for lifelong learning: A comprehensive guide to theory and practice. San Francisco: Jossey-Bass Fulton, K. (2012). Upside down and inside out: Flip your classroom to improve student learning. Learning & Leading with Technology. [E-Reader Version]. http://files. eric.ed.gov/fulltext/EJ982840.pdf

115 Seminar Bahasa Melayu 2016