MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR

memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, ... Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran,...

0 downloads 54 Views 85KB Size
Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR ZALIKA ADAM FARIDAH KASSIM MOHAMAD JOHDI SALLEH, PhD [email protected] [email protected] [email protected] International Islamic University Malaysia (IIUM) Abstrak Kajian memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.

PENDAHULUAN Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.

MODAL INSAN Istilah Modal Insan ( Human Capital ) telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita, Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Modal Insan merupakan satu elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Insanlah merupakan faktor utama di dalam semua strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan negara. Signifikan modal insan dalam RMK9 dikenal pasti mencakupi aspek-aspek berikut: 1

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

-

Keperluan kepada modal insan berkualiti Pendekatan holistik dalam pembangubnan modal insan. Strategi melahirkan modal insan kelas pertama. Perkaitan misi nasional, Wawasan 2020 dengan modal insan. Keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari. Modal insan dan aktiviti kebudayaan. Modal insan dan peranan golongan wanita. Modal insan dan perundangan. Modal insan dan pendidiakn. Modal insan dan integriti.

Pembangunan modal insan juga bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Rajah di bawah menunjukkan Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan.

Rajah 1: Model Tumpuan Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan

2

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

Kepatuhan dan Perundangan

P`bangunan organisasi

Rancang,Laksana, Nilai, Baikan dan Pantau

KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tadbir urus berkualiti

Latihan dan Pengambilan

Penjagaan dan P`yelenggaraan P`bangunan dan Penjanaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Dalam merapatkan jurang pendidikan di luar bandar, tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M ( membaca, menulis, dan mengira ).

FAKTOR-FAKTOR KEMUNDURAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat 3

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

rendah. Ini termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan banyak perhatian dan bantuan. Ini membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Antara huraian faktor-faktor kemunduran pendidikan luar bandar adalah seperti berikut: 1- Kemiskinan, iaitu keluarga pelajar membataskan usaha pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam mencari formula yang berkesan ke arah meningkatkan pencapaian anak dalam pelajaran. Ibu bapa pelajar lebih memberi penekanan terhadap mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi mereka, pelajaran anak-anak menjadi keutamaan dan tanggungjawab pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa yang berpendapatan tinggi kurang memberi kerjasama kepada pihak dari segi kepentingan kesepaduan idea kerana menganggap anak mereka sudah pandai dan memerlukan sedikit usaha guru untuk mencapai kecemerlangan. Pada tahun 2004, negeri Kedah dan Perlis mencatatkan tahap kemiskinan keseluruhan yang paling tinggi di Koridor Utara, iaitu pada kadar 7% (27,300 buah isi rumah) dan 6.3% (3,200 buah isi rumah), masing-masing. Kedua-dua kadar tersebut mengatasi kadar purata kemiskinan keseluruhan negara iaitu 5.7%. Pada tahun yang sama, negeri Perlis, Kedah dan Perak turut mencatatkan kadar kemiskinan tegar yang lebih tinggi daripada kadar purata kemiskinan tegar negara iaitu 0.7%, di mana kadar kemiskinan tegar di negeri Perlis, Kedah dan Perak dianggarkan adalah 1.7%, 1.3% dan 1.1%, masing-masing. 2- Kurang perhatian terhadap pendiddikan. Kedapatan ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak. Ada yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama pada sesi pagi atau petang kerana berpendapat sekolah agama mengganggu pelajaran anak-anak di sekolah kebangsaan, di samping membebankan anak-anak mereka. Ini menyebabkan sekolah agama kurang mendapat sambutan. 3-Tiada motivasi belajar. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk belajar kerana sekolah merupakan tempat yang menghalang kebebasan bergerak mereka. Mereka tidak bebas mengikuti ibu bapa menjalankan pekerjaan kampung, di samping kurangnya peralatan pembelajaran yang berkesan yang terdapat dalam kelas. Pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar yang mencukupi menghalang guru memberi pendidikan yang bermutu kepada pelajar. Peningkatan dalam pelajaran tidak mungkin akan berlaku. 4- Kesukaran merubah persepsi. Pelajar-pelajar sekolah luar bandar sukar untuk diubah persepsi mereka terhadap pelajaran selepas peperiksaan. Pihak sekolah mengalami kesukaran untuk menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pencapaian mereka kerana kebanyakan mereka tidak berminat untuk datang ke sekolah. Justeru itu, penguasaan ilmu pengetahuan dan tahap pemikiran mereka masih berada pada takuk lama tanpa sebarang pembaharuan. 5-Kesukaran saluran teknologi. Pihak sekolah menghadapi masalah dalam penyaluran teknologi kepada pelajar-pelajar kerana ada ibu bapa yang beranggapan bahawa teknologi hanya sesuai untuk pelajarpelajar di sekolah bandar yang rata-rata ibu bapa berpendapatan tinggi dan terdiri daripada golongan atasan. Ini membantut usaha pihak sekolah dalam melibatkan sama ibu bapa ke arah pendidikan cemerlang anak-anak. KAEDAH MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Usaha memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar menjadi keutamaan kepada pihak 4

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Ini digarap dengan jelas dalam PIPP bagi membawa cabaran negara menuju Wawasan 2020. Antara, kaedah memperkasakan pendidikan luar bandar adalah seperti berikut: 1- Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 2-Peranan KPM. KPM juga akan meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. 3-Melengkapkan Infrastruktur. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. 4- Kemahiran dan ketrampilan. Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9. 5- Sistem pentaksiran dan penilaian. KPM akan memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik. Mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. 6- Peningkatan program. Beberapa program telah dikenal pasti untuk meningkatkan tahap pendapatan dan kesejahteraan masyarakat Koridor Utara, khususnya penduduk di kawasan luar bandar. Strategi utama adalah untuk membuat peralihan kepada ekonomi moden di mana aktiviti-aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi, produktif dan menguntungkan akan dibangunkan. Syarikat-syarikat swasta yang besar akan digalakkan untuk membantu masyarakat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar, untuk memodenkan dan meningkatkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian dan kraftangan. Inisiatif-inisiatif 5

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

pembangunan ekonomi tersebut akan disokong oleh inisiatif-inisiatif ke arah pembangunan sosial. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan sosial tersebut diharap dapat membantu mencapai beberapa matlamat tertentu. Matlamat pertama adalah untuk menaikkan tahap keupayaan penduduk luar bandar supaya mereka berupaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. Matlamat kedua adalah untuk membolehkan bantuan secara langsung dapat dihulurkan dengan segera kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang memerlukannya, seperti golongan miskin tegar. Walaupun banyak usaha telah dilaksanakan sejak beberapa dekad yang lalu untuk mengurangkan tahap kemiskinan di Wilayah Utara, namun, kemiskinan masih lagi menjadi isu. Antara punca utama yang menyebabkan situasi sebegini adalah pergantungan masyarakat setempat kepada pertanian tradisional yang memberi pulangan ekonomi yang rendah serta tahap pencapaian pendidikan yang rendah. Faktorfaktor tersebut mungkin menjadi penghalang untuk masyarakat setempat merebut peluang-peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Justeru itu, usaha meningkatkan pendidikan anak-anak akan terhalang. Kewujudan jurang pendapatan yang agak luas di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar di Koridor Utara, dan juga di antara wilayah Koridor Utara dan wilayah-wilayah lain di Malaysia, telah menimbulkan beberapa cabaran. Antaranya: - Jurang Pendapatan di antara Kawasan Luar Bandar dan Bandar. Antara sebab utama wujudnya jurang pendapatan yang agak luas di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar di Koridor Utara adalah kerana aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan-kawasan tersebut. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi utama kawasan ini merupakan pertanian bercorak tradisi yang bernilai rendah, manakala di kawasan bandar, aktiviti ekonomi utamanya merupakan pembuatan dan perkhidmatan moden yang bernilai tinggi. Tahap pembangunan yang kurang merangsangkan di kawasan luar bandar juga turut menyumbang kepada peluasan jurang pendapatan antara dua kawasan tersebut. Di samping itu, memandangkan peluang ekonomi yang agak terhad di kawasan luar bandar, penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar turut menjadi suatu cabaran yang perlu ditangani . Rancangan Malaysia Ke-9 meletakkan matlamat untuk mengurangkan nisbah jurang pendapatan di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar dari 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1:2.0 menjelang tahun 2010.

- Jurang Pendapatan di antara Koridor Utara dan Rantau-Rantau yang lain di Malaysia. Wilayah Utara merakamkan purata pendapatan bulanan isi rumah yang kedua terendah di antara 6 wilayah di Malaysia. Menurut Rancangan Malaysia Ke-9, purata pendapatan bulanan isi rumah di Wilayah Utara pada tahun 2004 adalah sebanyak RM2,477 berbanding dengan purata negara sebanyak RM3,249. Purata pendapatan bulanan isi rumah bagi wilayah-wilayah lain di Malaysia adalah RM3,966 (Wilayah Tengah), RM3,076 (Wilayah Selatan), RM2,074 (Wilayah Timur), RM2,487 (Sabah) dan RM2,725 (Sarawak), masing-masing. Syarikat-syarikat swasta yang besar akan digalakkan untuk melabur di dalam Koridor Utara serta membangunkan sektor perladangan dan kraftangan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti tertentu untuk manfaat masyarakat setempat. Ini akan membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi berskala kecil, umpamanya dengan meningkatkan tahap kecekapan, menyebarkan amalan-amalan yang terbaik serta menyediakan infrastruktur untuk aktiviti pengumpulan dan pemasaran. Di samping itu, beberapa inisiatif sokongan akan dilaksanakan untuk memperkukuhkan program-program pembangunan ekonomi serta membantu menaikkan tahap pendapatan penduduk di Wilayah Utara. Ini termasuk: • Mempelbagaikan sumber pendapatan petani-petani 6

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

• Menyalurkan bantuan secara langsung dan segera kepada keluarga-keluarga miskin tegar • Memperluaskan peluang-peluang ekonomi pengusaha-pengusaha kecil-kecilan serta meningkatkan akses kepada skim mikrokredit dan skim-skim kewangan yang sedia ada • Memperkasakan golongan wanita dengan menyediakan persekitaran pekerjaan yang kondusif supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan pekerjaan secara seimbang

Selain daripada meningkatkan pendapatan golongan petani padi melalui peningkatan hasil dan produktiviti, beberapa inisiatif untuk menjana sumber pendapatan alternatif juga dilaksanakan. Ini termasuk usaha untuk menanam pokok-pokok mangga di atas batas sawah padi, menjalankan aktivitiaktiviti akuakultur di dalam terusan-terusan yang akan didalamkan, mengguna tangkai padi sebagai makanan binatang serta menanam jagung di atas tanah yang terbiar. Organisasi pelaksanaan Koridor Utara, MADA dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih akan membantu para petani untuk mengakses benih-benih bermutu tinggi, menyebarkan amalan-amalan pertanian yang terbaik serta menolong mengenalpasti syarikat-syarikat serta pengusaha-pengusaha yang berminat untuk melabur di dalam aktiviti-aktiviti hiliran, pemasaran dan pengedaran. Secara umum, taraf hidup golongan miskin tegar di Wilayah Utara adalah lebih rendah berbanding dengan saingan mereka di wilayah-wilayah lain di Malaysia. Terdapat juga segelintir golongan miskin tegar yang tinggal terlalu jauh di pedalaman dan keadaan ini menyukarkan bantuan disalurkan kepada mereka secara konsisten. Bagi membantu golongan ini, organisasi pelaksanaan Koridor Utara akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan program-program kebajikan untuk golongan miskin. Pegawai-pegawai dari organisasi pelaksanaan Koridor Utara akan membuat kunjungan ke kawasan-kawasan pedalaman untuk mengenalpasti keluarga-keluarga miskin tegar, membantu memindahkan mereka ke rumah-rumah yang disediakan oleh Kerajaan dan juga membantu menampung keperluan-keperluan asas mereka. Mereka juga akan diberi bantuan supaya mereka lebih berupaya untuk mencari sumber pendapatan yang lebih stabil seperti bekerja sebagai petani kontrak atau sebagai pekerja kontrak di pusat-pusat kraftangan. Bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang pekerjaan, bantuan asas akan dihulurkan supaya mereka lebih mampu berdikari, sebagai contoh, dengan mewujudkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak bagi masyarakat setempat. Dalam kes-kes yang melibatkan golongan miskin tegar, keadaan ekonomi yang mendesak mungkin memaksa ibu bapa untuk memberi kurang keutamaan kepada pendidikan anak-anak mereka. Keadaan ini mungkin menyebabkan tahap pencapaian yang kurang memuaskan di kalangan masyarakat tersebut. Pada masa yang sama, demografi penduduk di Wilayah Utara menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penduduk Wilayah Utara terdiri daripada golongan belia. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak lagi peluang untuk membina upaya dan kemahiran perlu diwujudkan bagi menyediakan para belia yang berupaya dan sedia diambil kerja. Di samping itu, lebih banyak lagi peluang untuk golongan belia menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang positif harus diwujudkan untuk mengelakkan daripada berlakunya gejala sosial pada masa hadapan. Dalam hal ini, isu-isu penting yang berkaitan seperti tahap pencapaian pendidikan di antara penduduk Wilayah Utara sejak beberapa tahun yang lalu, satu trend yang sihat dari segi peningkatan tahap pencapaian pendidikan dapat diperhatikan di Wilayah Utara. Satu penurunan yang mendadak pada bilangan individu yang mempunyai kelayakan pendidikan di bawah tahap PMR dapat diperhatikan di Wilayah Utara sejak beberapa tahun yang lalu. 7

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

Sebahagian besar penduduk Koridor Utara terdiri daripada golongan belia di mana 41.7% (1.52 juta individu) daripada jumlah penduduk Koridor Utara berumur 20 tahun ke bawah dan 30.2% (1.1 juta individu) daripada jumlah penduduk Koridor Utara berada dalam lingkungan umur antara 20-39 tahun. Bilangan belia yang begitu ramai di Wilayah Utara bermakna bahawa terdapat satu keperluan yang semakin besar untuk pendidikan yang berkualiti tinggi dan kursus kemahiran yang bersesuaian. Ini akan memastikan agar tenaga kerja di Wilayah Utara pada masa hadapan bersedia menghadapi cabaran-cabaran semasa. Dari segi kualiti infrastruktur pendidikan dan perkhidmatan, bilangan guru di Wilayah Utara didapati memadai jika dilihat dari segi nisbah antara kelas dengan guru yang agak tinggi di dalam negeri-negeri yang terletak di dalam Koridor Utara. Sebagai contoh, dalam kategori sekolah menengah, negeri Perlis mencatatkan nisbah antara kelas dengan guru yang paling tinggi di Koridor Utara iaitu 1:2.41, diikuti dengan negeri Kedah (1:2.15), Pulau Pinang (1:2.09) dan Perak (1:2.04). Nisbah-nisbah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan nisbah purata negara iaitu 1:1.93. Sungguhpun banyak usaha telah terlaksana bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan pendidikan (termasuk makmal sains dan makmal komputer, perpustakaan serta kemudahan-kemudahan sukan) di semua sekolah, namun ia mungkin masih belum mencukupi. Keadaan ini perlu ditangani dengan segera kerana ianya boleh membawa kesan yang negatif kepada prestasi akademik dan ko-kurikulum khususnya di sekolahsekolah luar bandar, jika ia dibiarkan berterusan.

AKTIVITI-AKTIVITI MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya. Antara aktiviti-aktiviti kementerian adalah seperti berikut: 1- Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ). RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan kebawah. 2- Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ). KWAPM diwujidkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. 3- Bantuan makanan asrama. Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah. 4- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolahagama atau k masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. 8

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

5- Jaket Keselamatan. KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolah-sekolah. 5- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya. KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini. 6- Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ). SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM 1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. 7- SkimBaucar Tuisyen ( SBT ). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun. 8- Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ). KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU. 9- Asrama Harian. KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.

PENUTUP Berdasarkan keterangan di atas jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Sumber: ( Pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 ).

RUJUKAN Amini Amir Abdullah, Pembangunan Islam Mengikut Perspektif Islam, Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pembangunan Insan-3, Sempena Maulidur Rasul anjuran Pusat Islam, Kolej-kolej HEP UPM, 17/6/2001. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Manusia( 2001 ). Kod Amalan Bekerja Selamat di Ruang Terkurung, Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerja Malaysia, Kementerian Sumber manusia, Kuala Lumpur. 9

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

Md. Ali Hassan. (2003 ). Kemahiran Pengurusan Dan Kaitannya Dengan Kerjaya Guru: Satu Tinjauan Awal Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Fakulti dekan UTM. Musak Mantrak & Mohd. Yaakob. (1994). Kearah Meningkatkan Martabat Pendidikan Abad Ke 21: Cabaran, Hakikat Dan Harapan. Prosiding Seminar Latihan Keguruan Antara Universiti ke 9. 31-37.

BIADOTA PENULIS-PENULIS Biadota: Zalika Binti Adam, Pensyarah Pusat Bahasa ( Divisyen Bahasa Arab), UIAM, sejak 2002, memperolehi Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Yarmouk Jordan (2000) dan Sarjana di UIAM,2005 dalam bidang Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ke dua. Kini sedang menyiapkan tesis PhD. di UIAM. Fellow asrama perempuan ( UIAM ). Alamat: Po Box 90 , CELPAD, UIAM, Gombak, 53100, Kula Lumpur. H/p: 019- 3652591 e-mail : [email protected]

Biadota: Faridah Binti Kassim ( Divisyen Bahasa Melayu ), 1980-1987: Pembantu Pegawai, Kementerian Pembangunan Keluarga & Wanita. 1992-1993: Guru di Sek. Men. Sri Cempaka, Damansara Height Kuala Lumpur. UIAM sejak 1994 hingga sekarang. Memperolehi ijazah Sarjana Muda di Universiti Nasional Jakarta( 1992 ). Fellow asrama perempuan ( UIAM ). Alamat: Po Box 103 CELPAD, UIAM, Gombak, 53100,Kuala Lumpur. H/p: 019-3171551 e-mail: [email protected]

10

Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah

11