Meningkatkan Kemahiran Bertutur dalam Perbualan

Guru mengenalpasti bahawa sebilangan besar murid tidak pasti mengenai apa yang dikehendaki dalam penerangan berdasarkan gambar. Dari itu, cara perbual...

0 downloads 4 Views 167KB Size
19

Meningkatkan Kemahiran Bertutur dalam Perbualan Berdasarkan Gambar bagi Murid Melalui Kajian Pengajaran Helmeleya Binte Mohd Jamil [email protected]

Kasimah Binte Kassim Sekolah Rendah Huamin

[email protected]

Abstrak Kajian Pengajaran ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur berdasarkan gambar bagi murid darjah 5. Seramai 21 orang murid darjah 5 dari Sekolah Rendah Huamin telah terlibat dalam Kajian Pengajaran ini. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pemantauan dalam aktiviti lisan dwi-mingguan mereka. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid lazimnya menerangkan gambar yang diberikan dengan ringkas tanpa struktur yang standard. Objektif kajian ini ialah untuk membantu murid menerangkan gambar dengan teratur dan padat melalui satu struktur standard. Struktur ini dinamakan SMC-Story, Moral & Comment. Strategi Modelling melalui video telah dipilih untuk menunjukkan contoh struktur yang dikehendaki. Setelah pencelahan, 71.4% murid telah memperolehi sekurang-kurangnya 75% markah atau lebih bagi peperiksaan akhir tahun jika dibandingkan 47.6% murid bagi peperiksaan pertengahan tahun. Dari itu, strategi ini telah membuktikan keberkesanannya dalam membantu murid meningkatkan kemahiran bertutur berdasarkan gambar. Kata kunci Kajian Pengajaran, Kemahiran Bertutur, Perbualan Berdasarkan Gambar

232 // Menyemai Bahasa Menuai Budi

Pengenalan Kemahiran lisan selalu dikaitkan dengan kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu hari ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merangkumi keupayaan murid untuk menyampaikan maklumat, pendapat dan perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan secara sopan. Usaha untuk melengkapkan murid dengan kemahiran dan kecekapan dalam kemahiran lisan merupakan satu cabaran. Oleh itu, pengajaran lisan tidak seharusnya sekadar menunjukkan dan menekankan proses pertuturan yang baik sahaja tetapi merupakan proses yang memerlukan struktur standard yang dapat membimbing murid untuk bertutur dengan teratur dan padat. Pernyataan Masalah Guru sering mengajar murid cara-cara untuk menerangkan gambar dalam aktiviti lisan. Namun, kaedah yang digunakan berbeza-beza dari guru ke guru. Murid sering diminta untuk menerangkan mengenai aktiviti di dalam gambar namun, tiada struktur standard yang pernah diterapkan agar murid dapat memberikan idea dengan tersusun dan padat. Dari itu, ramai murid yang akan menerangkan gambar lisan mengikut cita rasa mereka sendiri. Penguasaan kosa kata murid yang terbatas juga menjejas pertuturan dan menyebabkan murid bertutur dengan ayat-ayat yang pendek dan tidak menarik. Bahkan, murid sering tidak menyokong idea-idea mereka dengan penjelasan lanjut dan pertimbangan moral berdasarkan gambar yang diberikan. Selain itu juga, para guru di Sekolah Rendah Huamin menginginkan sebuah struktur yang dapat membuahkan cara pertuturan yang standard dalam kalangan murid. Guru mengenalpasti bahawa sebilangan besar murid tidak pasti mengenai apa yang dikehendaki dalam penerangan berdasarkan gambar. Dari itu, cara perbualan mereka berbeza-beza. Ada yang padat dan ada juga yang setakat menyentuh secara ringkas. Idea yang diberikan oleh murid pula tidak tersusun dan secara keseluruhan, tidak mempunyai struktur. Melalui kajian ini, guru berharap untuk menyediakan sebuah struktur yang dapat membimbing cara murid memberikan idea mereka dalam aktiviti lisan.

Seminar Bahasa Melayu 2014 // 233

Tujuan kajian Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. Menyediakan struktur untuk aktiviti lisan menerangkan gambarl dan 2. Meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam aktiviti lisan menerangkan gambar secara standard. Persoalan yang juga ingin dijawab dengan melaksanakan kajian ini adalah: 1. Adakah dengan menggunakan struktur dapat membantu murid menerangkan gambar dengan berkesan. 2. Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran bertutur murid terutama bahagian penerangan gambar? Kajian Literatur Kajian Pengajaran, yang berasal dari negara Jepun bertujuan untuk melaksanakan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Kenkyu Jugyo, yang bermaksud kajian pengajaran dalam Bahasa Jepun merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada guru untuk mempertingkatkan mutu pengajarannya bahkan juga merupakan satu kaedah yang dapat menganalisis keupayaan murid dalam pemahaman secara berperingkat tetapi menampakkan keberkesanan. Menurut Stigler dan Heibert (1999), Kajian Pengajaran melibatkan kumpulan guru yang kerap kali berjumpa dan bermesyuarat dalam jangka masa tertentu dan ada kalanya melibatkan beberapa bulan dalam setahun untuk membina dan membentuk rancangan pengajaran, melaksanakan, menguji dan memperbaiki rancangan pengajaran beberapa kali. Fang dan Kum-Eng (2010) berpendapat bahawa Kajian Pengajaran boleh menghasilkan pengajaran yang lebih baik secara berterusan. Selain itu, semangat kerjasama yang kuat terjalin ketika guru-guru melibatkan diri dalam usaha rancangan pengajaran. Kajian Pengajaran juga boleh dijadikan wadah untuk membimbing guru-guru baharu. Menurut Catherine Lewis, Rebecca Perry, Jacqueline Hurd dan Mary Pat O’Connell (2006), lingkaran kajian pengajaran dapat memberikan guru fokus yang lebih kepada beberapa faktor utama berdasarkan profil, pencapaian dan maklum balas yang ditunjukkan sehingga membolehkan guru memantapkan kaedah kajian dalam pengajaran dan pembelajaran.

234 // Menyemai Bahasa Menuai Budi

Menurut Christine Canning-Wilson (2000), pembelajaran bahasa yang bersifat interaktif melalui penggunaan (rakaman) video membenarkan murid melihat secara tuntas di samping turut serta secara aktif akan matlamat pelajaran pada satu-satu kelas dengan mengikut daya intelek serta kemampuan masingmasing. Beliau juga berpendapat bahawa murid suka kepada pembelajaran bahasa yang menggunakan klip video. Kaedah Kajian Kajian pengajaran ini berdasarkan teori di mana Van Blerkom (2008), berpendapat bahawa terdapat pelbagai jenis mnemonik yang dapat membantu seseorang mengingat kembali informasi. Akronim ialah salah satu mnemonik yang paling berkesan. Penggunaan akronim dapat membuat seseorang mengingati senarai perkara yang telah dipelajari. Kajian Pengajaran telah digunakan dalam kajian ini untuk menyediakan guru dengan struktur bagi memperbaiki proses pengajaran yang sedia ada bagi kemahiran lisan. Dari itu, struktur SMC- Story, Moral, Comment telah diterapkan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam pertuturan untuk bahagian perbualan berdasarkan gambar dalam peperiksaan. Dapatan daripada rancangan pengajaran pertama dibincangkan dan diperbaiki sebelum diterapkan oleh setiap guru secara konsisten sebagai struktur yang standard bagi mengajar murid bahagian perbualan berdasarkan gambar. Subjek Kajian Kajian ini melibatkan 21 orang murid Bahasa Melayu darjah 5 daripada kelas yang rendah kemahiran (lower-ability). Pemilihan ini dilakukan berdasarkan rubrik yang digunakan dalam pembelajaran lisan di dalam kelas. Guru-guru mendapati bahawa murid- murid ini sering bertutur dengan ayat-ayat yang ringkas dan tidak memberikan respons peribadi. Teknik SMC ini diperkenalkan kepada murid supaya pelajar dapat dilengkapkan dengan struktur standard yang dapat membantu murid untuk menerangkan gambar dengan sistematik dan padat. Instrumen Kajian Klip video mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelas juga digunakan dalam kajian pengajaran ini. Ini bertujuan untuk mencetus minat murid sepanjang sesi Kajian Pengajaran. Klip video juga digunakan untuk menunjukkan cara Seminar Bahasa Melayu 2014 // 235

pertuturan yang betul. Penggunaan video bukan sahaja dapat menarik minat murid malah, dapat menunjukkan contoh struktur perbualan yang dikehendaki dengan menggunakan teknik SMC. Kad-kad imbasan juga digunakan dalam kajian ini bagi membantu murid untuk mendapatkan kosa kata yang betul untuk menerangkan gambar. Kad imbasan ini memudahkan murid untuk bertutur dengan lebih berkesan semasa mengaplikasikan bahagian ‘Story’ (deskripsi yang terperinci mengenai gambar) Slaid PowerPoint tentang penerangan yang teliti mengenai SMC juga digunakan dalam kajian ini. Salinan penerangan tersebut diberikan kepada murid sebagai rujukan semasa kerja berkumpulan. Dengan salinan penerangan ini, murid dapat menggunakan teknik SMC dengan betul semasa melengkapkan kerja berkumpulan. Prosedur Kajian Seperti yang ditegaskan oleh Ovando, Collier dan Combs (2003), pembelajaran lisan menerapkan perancahan. Murid melalui aktiviti yang pelbagai dan bertahaptahap bagi mengukuhkan proses pembelajaran yang pelbagai dan bertahaptahap bagi mengukuhkan proses pembelajaran. Guru membuat pemantauan sepanjang kajian pengajaran dijalankan untuk menilai pemahaman dan pertuturan murid menggunakan teknik SMC. Guru memberikan perancahan (scaffolding) melalui aktiviti-aktiviti yang bertahap dan juga kepada murid yang lemah. Kajian pengajaran yang dijalankan ini terbahagi kepada tahap perbincangan prapelaksanaan, tahap pelaksanaan dan tahap perbincangan pascapelaksanaan. Tahap Perbincangan Prapelaksanaan Kajian pengajaran yang dilakukan telah melalui beberapa proses perbincangan yang mendalam di antara guru-guru untuk meningkatkan persediaan dan keberkesanan pengajaran. Dengan mengambil kira profil dan keupayaan murid, pelbagai teknik dan aktiviti-aktiviti yang bertahap dijalankan untuk memudahkan murid mengukuhkan proses pembelajaran mereka. Perbincangan seterusnya mengenai bahan-bahan pengajaran yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan yang digunakan ini telah membantu proses pembelajaran murid dengan lebih berkesan. 236 // Menyemai Bahasa Menuai Budi

Tahap Pelaksanaan Kajian Pengajaran ini dilaksanakan dalam jangka masa 90 minit. Pengajaran dimulakan dengan tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Ini dilakukan bagi menarik minat murid dengan situasi yang autentik serta memudahkan murid untuk memulakan perbualan. Setelah itu, kerja berkumpulan dijalankan di mana murid memadankan kad-kad imbasan dengan aktiviti yang terdapat di gambar. Ini bagi memastikan murid tahu perkataan / frasa yang boleh digunakan untuk menerangkan aktiviti tersebut sekaligus memudahkan pertuturan mereka. Selepas perbincangan tentang hasil kerja berkumpulan, guru mendapatkan murid untuk menyatakan respons mereka tentang gambar tersebut dan menuliskannya di papan tulis. Guru seterusnya menayangkan video mengenai cara pertuturan yang dikehendaki dengan menggunakan teknik SMC. Video ini dijadikan sebagai model pertuturan kepada murid. Selepas itu, guru akan menerangkan dengan terperinci tentang strategi SMC melalui slaid PowerPoint. Jadual 1: Strategi SMC Story

murid dikehendaki memberikan deskripsi yang terperinci tentang gambar

Moral

murid harus menyatakan daripada aspek moral tentang perbuatan yang dilakukan sama ada perbuatan itu betul atau salah. Murid juga dikehendaki menyatakan mengapa perbuatan tersebut betul atau salah

Comment

murid memberikan komen peribadi atau bebas mengenai gambar itu

Guru menyoal murid bagi menguji pemahaman murid mengenai teknik yang baru diajar. Setelah memastikan bahawa murid telah memahami teknik SMC, murid dikehendaki melakukan kerja berkumpulan di mana setiap kumpulan akan diberikan situasi yang harus mereka terangkan. Mereka harus berbincang secara koloboratif mengenai situasi tersebut dengan menggunakan teknik SMC. Salinan penerangan mengenai SMC diberikan kepada murid sebagai rujukan. Ini Seminar Bahasa Melayu 2014 // 237

dilakukan untuk memastikan murid memahami dan mengaplikasikan teknik SMC. Dengan menggunakan strategi pembelajaran koperatif, Number Heads Together, guru menyebut nombor dan pelajar berkongsi dapatan masing-masing. Semasa murid berkongsi dapatan mereka, murid yang lain harus membuat penilaian rakan. Penilaian yang dilakukan oleh murid dapat memberikan gambaran kepada guru sejauh mana murid memahami apa yang diajar dan mengaplikasikannya. Tahap Perbincangan Pascapelaksanaan Semasa kajian pengajaran ini dijalankan, guru-guru membuat pemantauan berdasarkan respons pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Selepas itu, perbincangan dilakukan. Fokus perbincangan berpusatkan pada reaksi dan respons murid mengenai pengajaran ini. Perbincangan ini dapat mengukur keberkesanan pengajaran yang diajar kepada murid dan juga meneliti kekurangan yang harus diperbaik bagi pengajaran selanjutnya. Dapatan Kajian dan Perbincangan Data-data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kuantitatif. Markah murid yang mengikuti Kajian Pengajaran telah dipantau. Data ini digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan sesudah Kajian Pengajaran. Markah-markah pelajar untuk peperiksaan lisan pertengahan tahun diambil dan dijadikan ukuran untuk menentukan keberkesanan kajian pengajaran. Markah ini dibandingkan dengan markah peperiksaan akhir tahun. Guru mendapati setelah pencelahan, 71.4% murid telah memperolehi sekurangkurangnya 75% markah atau lebih bagi peperiksaan akhir tahun berbanding 47.6% murid bagi peperiksaan pertengahan tahun. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 23.8%. Guru-guru bersependapat bahawa keputusan ini menunjukkan keberkesanan teknik SMC yang diajarkan kepada murid setelah mengambil kira murid-murid ini tergolong daripada kemahiran yang rendah (lower ability). Berdasarkan dapatan kuantitatif seperti yang tertera di atas, jelas menunjukkan kemahiran bertutur murid telah meningkat. Murid dapat mengikuti teknik SMC yang diperkenalkan kepada mereka semasa kajian pengajaran. Dengan penerangan SMC yang diberikan sebagai rujukan dan video modelling murid lebih memahami apa yang dikehendaki semasa bertutur untuk bahagian penerangan berdasarkan gambar. Murid tidak lagi menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan tidak menarik. Pertuturan mereka tentang setiap aktiviti yang 238 // Menyemai Bahasa Menuai Budi

tertera di gambar bukan hanya menerangkan tentang aktiviti tersebut tetapi harus merangkumi aspek moral dan komen peribadi mereka. Struktur yang disediakan dengan penggunaan teknik SMC telah membantu murid supaya bertutur dengan struktur yang standard dan mereka lebih berkeyakinan untuk menyampaikan idea-idea mereka bagi bahagian penerangan berdasarkan gambar. Kesimpulan Kajian pengajaran ini telah mencapai matlamat yang ingin dicapai dan juga menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini. Pertama, dengan menyediakan struktur melalui teknik SMC, pelajar lebih berupaya untuk menerangkan aktivitiaktiviti yang tertera di gambar lisan. Struktur yang disediakan ini dapat merangsang pelajar untuk menyampaikan idea-idea mereka dengan lebih menarik dan memberikan respons peribadi. Dengan adanya struktur dalam teknik SMC, murid lebih berkeyakinan untuk bertutur dan hasilnya terbukti jika dilihat pada perubahan markah yang signifikan. Kajian pengajaran ini bukan hanya memberikan manfaat kepada murid, malah kepada guru-guru juga dalam menjalankan pengajaran lisan. Namun, usaha lanjutan akan tetap dilakukan untuk memperbaiki pengajaran lisan yang lebih efektif. Rujukan Canning-Wilson, Christine (2000). Practical Aspects of Using Video in the Foreign Language Classroom. The internet TESL Journal 6, 11 Catherine, L., Rebecca, P., Jacqueline, H., & Matt P, O. (2006). Lesson Study Comes of Age in North America, Phil Delta Kappan, Vol.88, No. 04, pp273-281 Fang Yanping & Kristine Kim-Eng Lee (2010). Lesson Study and Instructional Improvement in Singapore. Research Brief No. 10-001, 1-4 Ovando, C., Collier, V., & Combs, M. (2003). Billingual dan ESL classrooms: Teaching Multicultural Contexts (3rd ed.). Boston: McGraw-Hill. Siti Hajar Abdul Aziz., (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Laser Press Sdn Bhd. Stigler, J., & Heibert, J., (1999). The Teaching Gap. New York: The Free Press. Yahya Don 2005. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati: Kuala Lumpur, Malaysia. Van Blerkom, D, L. (2008). Taking Charge Of Your Learning. A guide to college success. Boston: Thomson Higher Education Seminar Bahasa Melayu 2014 // 239