Meningkatkan Kemahiran Interaksi Lisan

menggabungkan maklumat-maklumat kepada bentuk-bentuk tertentu. Proses ini dapat dilakukan dengan baik melalui alat-alat visual seperti jaringan sumban...

0 downloads 12 Views 795KB Size
24 Penggunaan KWL Dan Piraminda bagi Meningkatkan Kemahiran Interaksi Lisan Norashikin Mohamed Noor [email protected]

Nazreen Mohamed Noor [email protected] Sekolah Rendah Endeavour

Abstrak Murid didapati kurang mampu memberikan isi yang relevan dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada serta berfikir secara kritis semasa berinteraksi secara lisan. Kemahiran interaksi lisan ini penting dan merupakan komponen kemahiran asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan meneliti keberkesanan berfikir secara kritis dalam menjana idea untuk berinteraksi. Kaedah yang dipilih ialah strategi KWL dan ‘Piraminda’ untuk membantu muridmurid menjana dan mengaplikasikan idea semasa berinteraksi. Melalui kajian ini, murid-murid telah didedahkan kepada strategi ‘Piraminda’. Secara keseluruhan, strategi ‘Piraminda’ dapat membantu mempertajam kemahiran lisan murid-murid, sekali gus mengukuhkan rasa yakin diri murid apabila mengetengahkan pendapat dan berinteraksi secara lisan. Kata Kunci: kemahiran interaksi lisan, berfikir secara kritis, kemahiran asas, menjana idea, berinteraksi dengan yakin

286

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 286

24/2/18 11:11 AM

PENGENALAN Kemahiran lisan merupakan komponen penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura. Perubahan pada format ujian lisan dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), khususnya dalam penggunaan klip video sebagai bahan rangsangan, menggesa guru-guru untuk menggembleng tenaga dan berusaha mempertingkat kemahiran lisan dalam kalangan murid. Perubahan tersebut menggesa para guru di sekolah untuk memikirkan semula amalan pengajaran komponen lisan. Jelasnya, komponen tersebut menyedarkan guru akan batas keupayaan murid dalam menggunakan bahasa Melayu khususnya dalam mengutarakan hujah yang jelas dan kritis.

PERNYATAAN MASALAH Tinjauan awal yang dilakukan telah menyerlahkan beberapa hambatan atau masalah asas yang dihadapi guru-guru sekolah. Antaranya, guru beranggapan bahawa murid tidak mempunyai budaya berfikir yang jelas. Walhal, kemahiran berfikir secara kritis dan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada merupakan kemahiran penting dalam perbualan lisan. Walaupun murid-murid telah didedahkan kepada penggunaan strategi KWL iaitu ‘Apa yang Saya Tahu, Ingin Tahu dan Telah Pelajari (What I Know, Wonder, Learnt), namun guru memerlukan masa yang panjang untuk membimbing murid menjana idea-idea mereka. Lantaran itu, para guru telah melaksanakan beberapa strategi yang bersesuaian untuk menyatukan rutin berfikir dan mendorong muridmurid menjadi lebih berdikari dalam pembelajaran mereka.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk: 1. membangunkan strategi pencernaan dan penyusunan idea dalam kalangan murid-murid; dan 2. mengukur perbezaan antara strategi yang dibangunkan dengan strategi KWL.

287

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 287

24/2/18 11:11 AM

KAJIAN LEPAS Pendekatan yang sistematik dapat membantu murid untuk menjana idea yang kritis di samping memberikan struktur dalam penghujahan mereka. Khairunnisa Zulkifli dan Norazela Rosli (2016) menggunakan teknik TEMBAK dalam pengajaran dan pembelajaran interaksi lisan. Mereka berpendapat bahawa pendekatan tersebut membolehkan para pelajar “mengaplikasikan apa yang telah diajarkan sebelum dan semasa perbualan”. Mereka menggunakan teknik akronim TEMBAK bagi membantu murid menjana idea secara kritis dan sistematik. Hyerle, D. (1996) pula di dalam bukunya Visual Tools for Constructing Knowledge, berkata bahawa otak manusia berfungsi dengan mengatur dan menggabungkan maklumat-maklumat kepada bentuk-bentuk tertentu. Proses ini dapat dilakukan dengan baik melalui alat-alat visual seperti jaringan sumbang saran dan peta proses berfikir. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Farhati Kamsani dan Nur Ain Mohamed Amin (2016) pula mengatakan bahawa rutin berfikir ‘Lihat-Fikir-Tanya’ “mendorong murid menjadi berdikari dan meningkatkan motivasi mereka dalam suasana pembelajaran yang mengutamakan budaya berfikir”. Mereka berpendapat bahawa “murid lebih cenderung kepada perkara-perkara yang visual”. Oleh itu, mereka menggunakan carta sebagai perancah untuk memudahkan proses rutin berfikir. Kajian mereka menunjukkan peningkatan kelakonan dalam respons murid kepada kandungan klip video setelah rutin berfikir diterapkan dalam pengajaran.

KAEDAH KAJIAN Bagi memastikan pencapaian murid dapat diukur, markah praujian telah digunakan sebagai garis pandu untuk menilai tahap keupayaan murid. Seterusnya guru menggunakan KWL sebagai asas pembinaan strategi ‘Piraminda’. Strategi KWL telah dibentangkan kembali dalam bentuk piramida untuk memudahkan murid mengingat. Strategi KWL tersebut kemudiannya diperkenalkan sebagai strategi ‘Piraminda’ dan diajarkan kepada 17 orang murid selama lima sesi. Sebagai langkah penutup, ujian lisan telah dijalankan bagi menilai keberkesanan strategi ‘Piraminda’. Sepanjang lima sesi, murid-murid yang terlibat telah didedahkan kepada strategi ‘Piraminda’ secara berkumpulan dan individu. Sebuah pakej lisan yang 288

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 288

24/2/18 11:11 AM

dimuatkan dengan format peperiksaan lisan yang baharu telah diberikan kepada murid-murd. Di dalam pakej lisan tersebut, terdapat templat ‘Piraminda’ yang mengandungi soalan-soalan berdasarkan 3P. Murid-murid perlu mencatatkan tiga perkara berkaitan klip video yang mereka tonton, dua pengalaman berkaitan kandungan video itu dan satu pendapat tentang tema berkaitan video menggunakan lembaran ‘Piraminda’. Sepanjang sesi, guru membuat analisis pencapaian murid-murid dari segi keyakinan mencatatkan dan mengutarakan idea masing-masing. Kemudian, guru menentukan sama ada sesi intervensi yang dijalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran murid untuk bertutur dengan berkesan. Rutin ‘Piraminda’ diulang dalam setiap sesi intervensi supaya murid-murid terbiasa dengan rutin ini. Subjek Kajian Seramai 17 orang murid Darjah 5 telah dipilih sebagai subjek kajian. Pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan pencapaian mereka dalam komponen lisan dalam peperiksaan pertengahan tahun (SA1). Murid-murid yang digunakan sebagai sampel telah dibahagikan kepada dua kumpulan, yakni Kumpulan A (murid yang diajarkan strategi ‘Piraminda’) dan Kumpulan B (tidak diajarkan strategi ‘Piraminda’). Tahap pencapaian kedua-dua kumpulan ini serupa dari segi markah SA1. Kedua-dua kumpulan sudah pun didedahkan kepada strategi KWL pada awal tahun 2017. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan merupakan penilaian diagnostik praujian dan pascaujian. Keyakinan menjana dan mengutarakan idea murid turut digunakan sebagai kayu ukur bagi menilai pemahaman murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hasil perbincangan berkumpulan para pelajar turut dijadikan bahan penilaian pencapaian murid. Data yang diperolehi daripada praujian dan pascaujian dikumpulkan secara kuantitatif sebelum mendekatinya secara analisis statistik untuk meninjau keberkesanan penggunaan strategi ‘Piraminda’. Prosedur Kajian Dalam setiap sesi, murid-murid didedahkan kepada soalan-soalan berdasarkan 289

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 289

24/2/18 11:11 AM

3P seperti yang terdapat dalam lembaran ‘Piraminda’. Kemudiannya, guru memaparkan video dan senarai nilai dalam pakej lisan sebelum proses pencerakinan yang lebih terperinci. Kajian ini dijalankan sepanjang lima sesi utama seperti berikut: 1.

2.

3.

4.

Pada sesi pertama dan kedua, satu klip video digunakan sebagai bahan utama. Murid-murid kemudian diajar untuk menceritakan tiga perkara utama berkaitan video dan dua pengalaman berkaitan video. Setelah terbiasa dengan rutin tersebut, murid-murid akan mengembangkan idea mereka secara berkumpulan. Mereka dikehendaki mencatatkan ideaidea di lembaran ‘Piraminda’. Proses berfikir ini dilakukan secara individu dan berkumpulan. Pada sesi ketiga, murid-murid diberikan satu pendapat tentang tema video. Murid-murid kemudian digalakkan untuk mengaitkan pengalaman mereka dengan tema yang terkandung dalam klip video tersebut. Muridmurid melakukan aktiviti ‘Berpasangan-Kongsi’ untuk berkongsi idea dan mengembangkan idea masing-masing. Pada sesi keempat, murid-murid menggunakan klip video yang sama untuk menjawab ketiga-tiga soalan yang terdapat di lembaran ‘Piraminda’ secara berpasangan. Pada sesi terakhir, murid-murid menggunakan klip video ketiga untuk menjawab ketiga-tiga soalan yang terdapat di lembaran ‘Piraminda’ secara individu sebelum berkongsi dengan rakan sedarjah. Rajah 1: Piraminda

1 Pendapat tentang tema video: Terangkan tentang satu nilai yang berkaitan video. 2 Pengalaman berkaitan video: Ceritakan pengalaman yang pernah kamu lalui yang berkait rapat dengan video ini. 3 Perkara berkaitan video: Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya kamu berada di dalam video ini?

290

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 290

24/2/18 11:11 AM

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Markah daripada keputusan peperiksaan lisan akhir tahun 2017 telah dijadikan kayu ukur untuk mengenal pasti kesan penggunaan KWL dan ‘Piraminda’ bagi meningkatkan kemahiran interaksi lisan murid. Markah kedua-dua kumpulan ini digunakan untuk membanding dan memperlihatkan pencapaian murid-murid. Taburan markah murid-murid adalah seperti berikut: Jadual 1: Taburan Markah Murid Kumpulan Kajian

Kumpulan Kajian

Kumpulan Kawalan

Kumpulan Kawalan

Praujian

Pascaujian

Praujian

Pascaujian

A

18

27

21

20

B

20

22

16

20

C

18

24

15

17

D

14

19

16

19

E

12

14

26

20

F

27

25

26

26

Subjek Kajian

G

19

22

23

24

H

25

25

20

24

I

21

24

18

21

J

25

23

23

26

K

23

26

16

24

L

19

18

23

20

M

20

20

13

16

N

13

17

12

16

O

23

24

26

25

P

8

9

16

20

Q

18

15

22

22

JUMLAH

323

354

332

360

PURATA(MEAN)

19.00

20.82

19.53

21.18

Perbezaan

1.82

1.65

Jumlah Peningkatan

11 murid

11 murid

291

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 291

24/2/18 11:11 AM

Rajah 2: Markah Purata Prakajian Dan Pascakajian Komponen Lisan Bahagian Perbualan

Data yang diperolehi menunjukkan peningkatan markah purata kumpulan murid yang telah diajarkan strategi ‘Piraminda’, iaitu sebanyak 1.82 markah berbanding markah purata 1.65 yang diraih kumpulan yang menggunakan strategi KWL. Terdapat peningkatan markah purata bagi kedua-dua kumpulan yang mempunyai jumlah murid yang sama. Jelasnya, kumpulan yang menggunakan strategi ‘Piraminda’ telah menunjukkan peningkatan yang lebih ketara. Selain daripada dapatan bersifat kuantitatif, kami juga mendapatkan data kualitatif daripada murid-murid yang memberikan maklum balas bahawa strategi ‘Piraminda’ telah membantu mereka menyusun jawapan mereka dengan lebih sistematik, iaitu dengan menggunakan strategi 3P dalam lembaran ‘Piraminda’. Murid-murid lebih yakin menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh guru-guru.

KESIMPULAN Penggunaan ‘Piraminda’ bagi meningkatkan kemahiran interaksi lisan murid ternyata mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dan mengukuhkan rasa yakin diri murid apabila mengetengahkan pendapat. Secara tidak langsung, proses ini membantu murid berfikir secara lebih kritis dan menjadikan mereka lebih peka ketika menyusun idea-idea dan mengolah idea untuk disampaikan secara lisan. 292

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 292

24/2/18 11:11 AM

Namun demikian, kajian ini dibatasi ruang waktu yang sempit dan hanya mampu dijalankan selama lima sesi semata. Kami yakin bahawa kesan yang diraih masih boleh ditingkatkan. Adalah lebih baik sekiranya murid-murid didedahkan kepada strategi ‘Piraminda’ ini pada peringkat lebih awal dan secara lebih intensif untuk melengkapi strategi KWL yang sedia diajarkan kepada murid-murid.

RUJUKAN Hyerle, D. (1996). Visual tools for constructing knowledge. Alexandria, Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development. John Barell (2003). Developing more curious minds. Alexandria, Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development. Khairunnisa Bte Zulkifli dan Norazela Bte Rosli. (2016). Penggunaan teknik tembak dalam Interaksi Lisan. Dlm, Menjana Inovasi, Memarak Inspirasi: Seminar Bahasa Melayu 2016 (pp. 468-477). Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura. Perkins, D. (2003). Making thinking visible. Retrieved January 18, 2018, from Harvard Graduate School of Education: http://www.pz.harvard.edu/sites/ default/files/MakingThinkingVisible_DP.pdf Ron Ritchhart, M. C. (2011). Making thinking visible: How to promote engagement, understanding, and independence for All Learners. Chichester, United Kingdom: John Wiley and Sons Ltd.

293

Seminar Bahasa Melayu 2018

PAPER 24-26 (pages286-319)-DD.indd 293

24/2/18 11:11 AM