Meningkatkan Kemahiran Murid dalam Menjawab Soalan

menggunakan pelbagai strategi pembelajaran, mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk ...

0 downloads 5 Views 702KB Size
Meningkatkan Kemahiran Murid dalam Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif Menggunakan Teknik Teks Andaian

Siti Fatimah Hassan [email protected]

Sekolah Rendah Yu Neng Pusat Bahasa Melayu SIngapura Abstrak

Membaca merupakan satu proses dinamik yang memerlukan interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca. . Pembacaan kefahaman yang efektif merangkumi penguasaan beberapa aspek seperti fonik, kosa kata dan kemahiran membaca dengan pemahaman. Pembaca aktif mampu berinteraksi dengan perkataan yang dibaca serta memahami maksud yang terkandung yang sebaliknya. Namun, melalui analisis tahunan yang dijalankanmendapati bahawa murid-murid Darjah 5 di sebuah sekolah tidak mampu memahami petikan yang dibaca dengan lebih mendalam. Lantas, kekurangan ini telah menghadkan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kefahaman yang diajukan. Kertas kerja ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kemahiran menjawab soalan-soalan kefahaman dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknik ‘Probable Passage’ atau teks andaian, dengan sokongan alat Web 20, Crocodoc. Penggunaan teknik Probable Passage ini membantu murid memahami jalan cerita dan meningkatkan kosa kata. Crocodoc pula merupakan alat anotasi yang dapat memupuk pembacaan aktif dan meningkatkan pemahaman murid, maka itu, penggunaan Crocodoc ini berupaya menyokong teknik Probable Passage ini. Alat dan teknik ini digunakan untuk menggalakkan murid membuat analisis dan berfikir secara kritikal ketika membaca petikan. Dapatan kajian yang dijalankan melalui penganalisaan markah pra dan pasca ujian telah menunjukkan 92.8% murid telah mencapai markah yang lebih baik setelah didedahkan kepada teknik teks andaian dan anotasi. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Kefahaman, Analisis, Pemikiran Kritikal, Probable passage, teks andaian, crocodoc

1

Biodata

Cikgu Siti Fatimah Hassan telah berkhidmat sebagai guru yang berdedikasi selama 7 tahun. Sekarang mengajar di Sekolah Rendah Yu Neng selama 7 tahun. Berkelulusan Diploma dalam bidang Informatik Biomedik dan Kejuruteraan dari Politeknik Temasek dan Diploma Pendidikan dari NIE. Beliau amat berminat dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan

Berdasarkan wawasan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk meningkatkan literasi pelajar dalam bahasa itu. Visi asas sukatan pelajaran ini memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa, menekankan pembelajaran yang berkesan dan menekankan penglibatan pelajar yang aktif (2008).

Untuk mencapai hasil pembelajaran ini, pelajar diberi peluang untuk menggunakan pelbagai strategi pembelajaran, mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

dan menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk

menyokong pembelajaran bahasa.

Kertas kefahaman Bahasa Melayu peringkat darjah 5, mengandungi soalansoalan berbentuk literal, inferens, penilaian dan penghayatan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Nicole Outsen dan Stephanie Yulga (2002) menunjukkan bahawa jenis soalan kefahaman seperti ini penting untuk memberi murid peluang respons terhadap strategi yang digunakan oleh guru, serta menekankan pemahaman murid, agar mereka dapat memahami jalan cerita dengan lebih berkesan. Malangnya, kebanyakan murid menghadapi masalah menangani soalan-soalan jenis ini.

Penggunaan strategi teks andaian dan anotasi menggunakan perisian 2.0 Crocodoc, mampu membantu murid meningkatkan pemahaman. Ia juga memberi murid-murid peluang menjalani pembelajaran kolaboratif. Guru juga dapat membimbing murid melalui proses penilaian dan memastikan mereka terlibat dalam 2

proses kritikan. Sebelum mengenalkan pelajaran ini, murid-murid telah diajar untuk menganalisis dan memberi maklum balas jawapan-jawapan yang diberikan daripada kumpulan-kumpulan lain.

Pernyataan Masalah

Berdasarkan keputusan peperiksaan SA1 sekolah ini, kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab soalan kefahaman inferens dan penilaian yang berkaitan dengan sifat/sikap watak.

Peruntukan markah untuk soalan jenis kefahaman ini adalah antara 2 hingga 4 markah. Berdasarkan pemerhatian guru, murid menghadapi kesukaran dalam mengenal pasti sifat/sikap watak dalam petikan kefahaman. Di samping itu, mereka tidak berupaya menerangkan jenis-jenis sifat/sikap watak kerana penguasaan bahasa mereka amat terhad.

Berdasarkan keprihatinan ini, sekumpulan guru Bahasa Melayu telah melakarkan strategi untuk membantu murid menjawab soalan kefahaman dengan memberi tumpuan kepada sifat/sikap watak. Strategi-strategi ini diharapkan dapat meningkatkan keupayaan murid dalam mengenal pasti perwatakan ini serta mencari bukti yang dapat menyokongnya melalui petikan teks yang diberi. Tujuan Kajian

Berdasarkan latar belakang ini, guru-guru telah mewujudkan pembelajaran yang berteraskan ICT dalam pengajaran Kefahaman Membaca. Para guru berharap usaha ini dapat meningkatkan prestasi murid semasa menjawab soalan-soalan kefahaman berkaitan sifat/sikap watak. Soalan kajian yang harus dihuraikan melalui projek ini adalah seperti berikut :

1. Bagaimanakah strategi teks andaian meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan-soalan kefahaman berkaitan sifat dan sikap watak?

3

2.

Bagaimanakah

penggunaan

anotasi

secara

kolaboratif

dengan

menggunakan perisian Crocodoc dapat meningkatkan kemahiran murid memahami isi petikan?

Kajian Literatur

Perisian 2.0 mempunyai pengaruh untuk meningkatkan kemahiran literasi dan membolehkan pengguna untuk membuat, mengedit dan memanipulasi dengan cara yang interaktif. Komunikasi dalam talian telah menjadi satu bahagian yang penting dalam pemahaman membaca dalam talian. Pembaca dalam talian mampu mengumpul maklumat untuk menyelesaikan masalah dan menganalisis maklumat.

Murid-murid

dan

guru-guru

menggunakan

alat

dalam

talian

untuk

mencerminkan bagaimana mereka perlu melibatkan diri secara sosial dalam pengajaran dan pembelajaran ICT. Perisian 2.0 dalam bilik darjah membolehkan murid berkomunikasi dengan pengguna berbeza secara aktif. (Hansfield et al.2009)

Dalam

kajian

ini,

guru-guru

cuba

mengkaji

bagaimana

murid-murid

menggunakan Crocodoc (www.crocodoc.com) untuk menilai hasil kerja kumpulan masing-masing. 'Crocodoc' merupakan perisian anotasi sosial yang membolehkan murid menulis nota peribadi dan menyerlahkan maklumat dari petikan teks dan berkongsi nota dengan sekumpulan murid agar mereka boleh menambah anotasi mereka sendiri. Guru menyediakan pautan supaya semua murid di dalam kelas itu boleh melihat setiap hasil kerja kumpulan yang lain. Penggunaan 'Crocodoc' memastikan murid sentiasa mempunyai akses kepada komen rakan-rakan dan guruguru.

Lori Jamison Rog (2012) menekankan pentingnya teks kefahaman kerana ia dapat meningkatkan pertanyaan pembaca bagi membezakan watak. Kadangkadang maklumat tentang watak dinyatakan secara langsung oleh pengarang atau oleh watak lain dalam teks.

4

Oleh itu, pembaca membuat kesimpulan tentang watak itu berdasarkan perkataan atau tindakannya. Pembaca perlu berupaya menganalisis sifat-sifat watak yang disampaikan dalam petikan teks.

Walaupun murid mempunyai kosa kata yang terhad tentang sifat-sifat watak itu, langkah ini merupakan satu permulaan yang baik untuk melaksanakan strategi bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan sifatsifat.

Terdapat tiga cara yang murid pelajari tentang watak semasa membaca. Pertama, apa yang dinyatakan penulis secara langsung mengenai watak itu. Kedua, apa yang dikatakan oleh watak, sama ada yang difikirkan atau pun tidak. Ketiga, apa yang dikatakan oleh watak lain dan bagaimana mereka berinteraksi dengan watak. Penemuan ini menunjukkan bahawa apabila murid belajar untuk mengenal pasti sifat-sifat watak dalam petikan kefahaman, mereka berupaya menjawab soalan kefahaman mengenai sifat watak dengan betul.

Kaedah pengajaran teks andaian dalam kajian ini merupakan satu strategi untuk

meningkatkan

kefahaman

kesedaran

tentang

struktur

cerita

serta

perbendaharaan kata murid.

Ernest Balajthy dan Sally Lipa-Wade (2003) melalui kajian mereka menyatakan bahawa kaedah pengajaran teks andaian telah dibinakan oleh Wood (1988) untuk mengajar murid membaca melalui ramalan. Strategi ini merupakan strategi mental yang penting agar seseorang itu mempunyai kemahiran membaca. Strategi ini menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada mereka, memberikan tumpuan kepada perbendaharaan kata yang penting, mengaitkan hubungan, membentuk imej visual dan menggunakan ramalan untuk membina pemikiran aktif mengenai petikan teks yang dibaca itu. Strategi ini memberikan peluang agar murid berbincang dalam kumpulan kecil serta membantu mereka menjadi lebih kritikal akan struktur cerita dan penjelasan yang terdapat dalam petikan teks.

5

Kaedah Kajian

Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif diperolehi melalui borang soal selidik berdasarkan skala 5-mata berjenis Likert. Borang soal selidik ini digunakan untuk mencerminkan persepsi murid tentang penggunaan strategi teks andaian dan anotasi melalui perisian 2.0 Crocodoc untuk menjawab soalan-soalan kefahaman berbentuk sifat/sikap. Bagi data kuantitatif pula, hasil markah pra dan pascaujian murid diambil sebagai kayu ukur. Hasil markah ini akan dibandingkan dan dianalisis dengan teliti untuk melihat keberkesanan strategi yang digunakan dan sekaligus mengukur peningkatan kemahiran kefahaman murid.

Subjek Kajian

Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang melibatkan 14 orang murid Darjah 5 dari kelas yang mempunyai keupayaan sederhana. Para murid ini telah mengikuti kelas Bahasa Melayu di mana pengajaran kefahaman menggunakan strategi teks andaian dan anotasi melalui perisian Crocodoc telah dijalankan selama dua minggu. Murid-murid ini telah dipilih kerana keupayaan mereka untuk menjawab soalan kefahaman berbentuk sifat/sikap amat terhad berdasarkan analisis soalan kertas peperiksaan yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya. Prosedur Kajian

Sebelum kajian tindakan ini dimulakan, 14 orang murid tersebut telah menduduki kertas praujian untuk mengenal pasti prestasi mereka dalam menjawab soalansoalan kefahaman berbentuk sifat/sikap. Murid-murid tidak pernah didedahkan kepada strategi pengajaran yang bakal digunakan dalam kajian tindakan ini.

Sebelum murid-murid didedahkan kepada apa-apa strategi pengajaran, ia amatlah penting untuk murid-murid memahami objektif utama kajian tindakan ini, iaitu untuk mengenal pasti sifat/sikap watak dalam sebuah petikan kefahaman. Oleh itu, sebuah buku kecil yang mengandungi senarai sifat/sikap yang sering digambarkan dalam petikan kefahaman telah diberikan kepada murid-murid. Guru 6

menerangkan sifat/sikap yang disenaraikan untuk memudahkan murid mengenal pasti sifat/sikap yang boleh dimiliki oleh seseorang watak di dalam sebuah petikan kefahaman. Selain itu, untuk meningkatkan tahap pemahaman murid, buku kecil ini mengandungi senarai sifat/sikap yang tidak hanya berbentuk positif, malah yang berbentuk negatif juga.

Jadual 1: Contoh Senarai Sikap Positif / Negatif

Sikap positif

Penerangan

Hormat menghormati

saling memberikan layanan yang penuh sopan

Gotong royong /

saling membantu antara satu sama lain

Bekerjasama / Tolongmenolong Bertolak-ansur

saling menuruti atau memberi, berkompromi

Rendah hati

tidak angkuh atau sombong dan baik hati

Jimat-cermat

tidak boros

Bersatu-hati

bersepakat

Bersimpati

perasaan belas kasihan dan timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu terutama apabila ditimpa kesusahan

Bermewah-mewahan

suka menonjolkan kemewahan atau kekayaan

Seterusnya, kaedah pemenggalan teks untuk memaparkan sifat/sikap seseorang watak telah digunakan untuk langkah ini. Teks kefahaman yang telah direka khas ini telah diberikan kepada para murid sebagai latihan pengukuhan supaya para murid dapat mengenal pasti sifat/sikap seorang watak yang telah mereka pelajari melalui buklet yang diberikan sebelum ini. Langkah ini dijalankan secara berpasangan dan sebanyak 8 teks kefahaman khas telah digunakan.

7

Jadual 2: Contoh Latihan Pemenggalan Teks Arahan: Baca perenggan berikut dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya Latihan 1

Cik Limah, jiran Pak Kassim telah menganggap Pak Kassim seperti bapanya sendiri. Pak Kassim yang telah menjangkau usia 76 tahun, hidup bersama anak lelakinya di sebuah flat 2 bilik di Toa Payoh. Setiap hari, Cik Limah akan menghantar makanan ke rumah Pak Kassim. Dia juga akan membawa Pak Kassim ke klinik untuk rawatan pada setiap bulan. Cik Limah kasihan melihat nasib Pak Kassim yang tidak mendapat kasih sayang oleh anak tunggalnya itu. Anaknya, Leman, jarang pulang ke rumah dan tidak mengambil tahu tentang bapanya. Dia kini menganggur setelah dipecat sebab selalu datang lambat. Dia lebih suka menghabiskan masanya berfoya-foya bersama teman-temannya.

Soalan 1 : Berikan satu sifat terpuji Cik Limah. Berikan contoh bagi menyokong pernyataan kamu.

Soalan 2 : Berikan satu sifat Leman. Berikan contoh bagi menyokong jawapan kamu.

Setelah murid didedahkan kepada sifat/sikap seorang watak, murid telah diajar kemahiran membuat anotasi. Murid mempelajari langkah-langkah membuat anotasi dengan mengenal pasti sifat/sikap watak-watak dalam sebuah petikan kefahaman sambil mencari bukti-bukti untuk menyokong sifat/sikap yang telah dikenal pasti . Latihan-latihan anotasi ini dijalankan secara bertulis. Sebagai pelengkap kepada kemahiran membuat anotasi, strategi teks andaian pula diajar kepada para murid. Sebuah template teks andaian telah ditunjukkan dan diterangkan kepada murid. Kemudian, sebuah teks yang telah dianotasi bersertakan sebuah templat teks andaian yang lengkap telah diberikan kepada murid sebagai 8

contoh sebelum murid sendiri membuat latihan anotasi bersertakan teks andaian. Langkah ini amat penting kerana akan memudahkan proses pembelajaran murid sebelum mereka membuat latihan dalam talian melalui alat perisian 2.0 Crocodoc pula.

Jadual 3: Template Strategi Teks Andaian

Template Strategi Teks Andaian Projek Kajian Tindakan – Kefahaman

Nama: ___________________

Tarikh:

______________ Darjah: _____________ Watak

Sifat/sikap watak

Bukti bagi menyokong sifat/sikap watak

Instrumen Kajian

Murid sudah lebih bersedia untuk menjalankan latihan dalam talian melalui perisian 2.0 Crocodoc. Sebanyak tujuhkomputer riba telah digunakan untuk penggunaan setiap pasangan. Contoh sebuah teks yang telah dianotasi berserta templat teks andaian yang lengkap telah dimuatnaikkan ke dalam perisian 2.0 Crocodoc. Kemudian, guru menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam Crocodoc untuk membuat latihan anotasi.

9

Panduan langkah untuk murid telah disiapkan seperti berikut:

Latihan Anotasi melalui perisian Crocodoc Ikuti langkah-langkah utama ini dalam membuat anotasi: 1. Lungsuri lelaman: http://personal.crocodoc.com/J8BvtTp 2. Baca petikan sekali lalu. 3. Di dalam setiap perenggan, cari dan tandakan maklumat menggunakan butang ‘Highlighter’ (penanda):    

Watak-watak yang signifikan (jingga) Masalah atau konflik di dalam cerita (kuning) Gambaran keadaan atau tempat/sifat, sikap atau perasaa (hijau) Fakta atau pandangan (biru)

4. Gunakan butang ‘Draw’ untuk menggariskan perkataan yang kamu tidak tahu maknanya. Sejurus itu, murid akan memulakan latihan anotasi dalam talian secara 5. Gunakan butang ‘Text’anotasi apabiladalam kamutalian mahudijalankan membuat anotasi untuk berpasangan. Dua latihan sebelum(tulisan) murid menduduki menerangkan maklumat yang sudah ditandakan atau digariskan. latihan pascaujian. Berdasarkan strategi teks andaian dan anotasi melalui perisian

Crocodoc, hasil markah pascaujian ini akan digunakan sebagai kayu ukur berbanding markah praujian murid.

10

Rajah 4: Contoh Teks Yang Telah Dianotasi Menggunakan Perisian Crocodoc

11

Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan praujian, langkah-langkah pemulihan telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan strategi teks andaian dan anotasi dengan menggunakan perisian Crocodoc dalam pembelajaran kolaboratif. Dapatan maklum balas daripada guru yang menjalankan aktiviti adalah seperti berikut: 

Sebelum pembelajaran sifat dan sikap diperkenalkan kepada murid-murid, mereka

mempunyai

pemahaman

yang

terhad.

Murid-murid

yang

berkeupayaan sederhana memerlukan lebih masa untuk mengenal pasti jenis-jenis sifat dan sikap watak. Semasa membuat latihan bersama pasangan dengan menggunakan perisian Crocodoc, murid-murid perlu merujuk senarai sifat dan sikap untuk menjawab soalan-soalan kefahaman. 

Strategi anotasi merupakan pengajaran yang berkesan untuk memudahkan pemahaman murid terhadap petikan kefahaman yang dibaca. Berdasarkan hasil kerja murid-murid, mereka telah menunjukkan bahawa mereka memahami urutan cerita dan isi teks.



Lapan latihan yang dilakukan oleh murid-murid selepas mereka memahami tentang sifat dan sikap watak, mengukuhkan lagi pemahaman mereka dalam mengenal pasti sifat dan sikap watak dalam teks. Mereka juga mampu memberikan bukti yang menyokong sifat dan sikap yang dikenal pasti.

Dapatan kajian melalui penganalisaan data kuantitatif pula telah dijalankan secara perbandingan markah pra dan pascaujian. Penganalisaan data yang menyeluruh telah dilakukan untuk mengira purata, sisihan piawai dan varian bagi menunjukkan hasil pendapatan yang terperinci dalam peningkatan markah para murid. Penganalisaan data kuantitatif tersebut dapat dilihat melalui rajah di halaman sebelah.

12

Jadual5: Penganalisaan Markah Pra dan Pascaujian

Pra Ujian

Pasca Ujian

Standard

Standard

Mean

Deviation

Variance

Mean

Deviation

Variance

2.4

2.1

4.5

6.0

2.4

5.7

Pra Ujian

Pasca

Perbezaan

%

Bilangan

Murid

(10)

Ujian (10)

Markah

Peningkatan

1

A

0

6

6

60

2

B

4

2

-2

-20

3

C

0

2

2

20

4

D

3

6

3

30

5

E

4

6

2

20

6

F

2

6

4

40

7

G

0

4

4

40

8

H

2

10

8

80

9

I

2

6

4

40

10

J

6

8

2

20

11

K

7

8

1

10

12

L

2

4

2

20

13

M

2

10

8

80

14

N

0

6

6

60

Berdasarkan pencapaian keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan 92.8% (13 daripada 14) murid telah mencapai markah yang lebih baik dalam latihan pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam latihan praujian.

Dapatan kajian juga menunjukkan 71.4% (10 daripada 14) murid berjaya untuk lulus latihan pascaujian berbanding 14.3% (2 daripada 14) murid yang lulus dalam praujian.

13

Penganalisisan data yang lebih lanjut menunjukkan peningkatan terperinci yang mana markah purata yang diperolehmurid telah meningkat daripada 2.4 dalam latihan praujian ke 6 dalam latihan pascaujian.

Dapatan kajian kuantitafif yang dijelaskan di atas ternyata menunjukkan murid dapat memahami dan menjawab soalah kefahaman berbentuk sifat/sikap dengan lebih baik. Penggunaan strategi teks andaian dan anotasi melalui perisian Crocodoc jelas telah membantu murid mengenal pasti dan mencari bukti-bukti yang menggambarkan sifat/sikap sesorang watak dengan lebih tepat.

Dapatan kajian kualitatif dapat menyokong kenyataan yang jelas terbukti melalui tindak balas murid ketika membuat borang soal selidik yang mengikuti skala 5-mata berjenis Likert. 100% murid memberikan tindak balas setuju atau sangat setuju bagi setiap item soalan yang terdapat dalam borang tersebut. Dapatan kajian kualitatif ini dapat dilihat melalui rajah di bawah ini.

14

Jadual 6: Ringkasan Laporan daripada Borang Soal Selidik

Antara hasil dapatan kajian kualitatif yang amat menyerlah melalui borang soal selidik ini menunjukkan 71.4% (10 daripada 14) murid sangat setuju bahawa penggunaan strategi teks andaian dan anotasi telah membantu murid memahami petikan kefahaman dengan lebih baik. Selain itu, 78.6% (11 daripada 14 murid) sangat setuju bahawa mereka dapat menggunakan strategi teks andaian dan anotasi ketika membuat latihan kefahaman.

15

Dapatan ini menunjukkan secara keseluruhannya, murid-murid dapat memahami petikan kefahaman dengan lebih baik serta sedar akan strategi yang telah digunakan dalam menjawab soalan kefahaman.

Kesimpulan

Strategi-strategi seperti teks andaian dan anotasi perlu dijalankan berulang kali dengan penggunaan perisian Crocodoc agar murid-murid terbiasa dengan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan. Dengan pakej yang telah disediakan ini, murid-murid diharapkan akan berfikir secara aktif dan kritis untuk memahami apa yang dibaca serta mampu menjawab soalan kefahaman dengan lebih teliti. Selain itu, muridmurid juga diharapkan terangsang untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kefahaman yang dapat menambahkan keyakinan murid semasa menjawab soalan-soalan kefahaman subjektif.

Selain itu, beberapa langkah peningkatan juga akan dijalankan pada masa hadapan secara bertahap-tahap untuk mengenalkan beberapa jenis soalan kefahaman yang lain dengan menggunakan strategi-strategi yang sama.

16

Rujukan

Balajthy, Ernest. (2003). Struggling Readers :Assessments and Instruction in Grade K-6. New York : The Guilford Press. Curriculum Planning and Development Division. (2008). Malay Language Syllabus (Primary) 2008. Singapore : Ministry of Education. Nicole Outsen & Stephanie Yulga (2002 ). Teaching Comprehension Strategies All Readers Need. New York : Scholastic Professional Books. Rog, Lori, (2012). Guiding Readers Making the Most of the 18 Minutes guide reading lesson. Canada : Pembroke Publishers. Wolley, Gary, (2011). Reading Comprehension: Assisting Children with Learning Difficulties, 127. Sally Lipa-Wade (2003) Struggling Readers: Assessment and Instruction in Grades K-6 , Guilford Publications, Engelska Wood (1988) How Children Think and Learn, Wiley-Blackwell, Oxford , U.K.

Sumber dari Internet Hansfield et al. (2009) Becoming Critical Consumers and Producers of Texts: Teaching Literacy with Web 1.0 and Web 2.0, dipetik dari: http://www.scribd.com/doc/205992400/Handsfield-Et-Al-2009-Becoming-CriticalConsumers-and-Producers-of-Text

17