Meningkatkan Keupayaan Murid Menjawab Soalan Kefahaman

PERNYATAAN MASALAH Kelemahan murid dalam menjawab soalan bahagian pemahaman petikan ... Jumlah isi kandungan mempengaruhi ketepatan pengukuran ... bag...

0 downloads 45 Views 381KB Size
13 Meningkatkan Keupayaan Murid Menjawab Soalan Kefahaman Noorasmaedah Ahmad

[email protected]

Suriana Mohamed Bakri

[email protected] Sekolah Rendah Kranji

Abstrak Kajian ini mengenai strategi meningkatkan keupayaan murid Darjah 5 berkebolehan sederhana dan rendah memahami petikan kefahaman dan menjawab soalan-soalan kefahaman membaca menggunakan konsep BaiK S²anGaT (Baca teks, iKlu, baca Soalan dan Serlah kata kunci, Garis jawapan, Tulis nombor soalan). Murid didapati sangat lemah dalam menjawab soalansoalan kefahaman membaca dalam peperiksaan dan mendapat peratusan yang paling rendah jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain dalam kertas peperiksaan. Justeru, kajian ini memberi fokus pada soalan-soalan kefahaman berbentuk literal dan inferens terlebih dahulu sebelum murid menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Pengajaran untuk mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan murid lebih berkeyakinan dalam membuat latihan kefahaman membaca. Kata Kunci: kefahaman membaca, literal, inferens

153 Seminar Bahasa Melayu 2016

Pengenalan Pemahaman merupakan keupayaan atau kemampuan seseorang akan sesuatu perkara, isu atau persoalan yang diketahui, dipelajari atau difahami sama ada secara lisan atau penulisan. Kefahaman melibatkan pengetahuan dalam fikiran seseorang yang dapat melahirkan sesuatu reaksi atau maklum balas sama ada bersetuju atau menolak dengan penuh yakin dan dapat menyatakan pandangan dan membuat penaakulan berkaitan sesuatu isu atau persoalan yang diperkatakan oleh seseorang penulis. Kefahaman membaca bermaksud memahami apa yang ditulis oleh seorang pengarang. Sekiranya murid tidak memahami apa yang ditulis oleh pengarang, maka mereka tidak boleh dikatakan memiliki pemahaman membaca. Untuk memahami apa yang ditulis oleh pengarang, murid perlu mencari makna daripada rangkaian perkataan-perkataan. Justeru, kecekapan memahami teks merupakan teras kepada kemahiran membaca bagi membolehkan murid membuat penilaian, menaakul, mengulas, meramal dan menghayati sesuatu yang dibaca. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh murid bagi menjamin kejayaan dalam pelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, aktiviti membaca dan memahami harus diberi keutamaan supaya dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Jabatan Bahasa Melayu telah melakarkan pengajaran berdasarkan pendekatan Pembelajaran Kolaboratif (CoL) bagi meningkatkan keupayaan murid dalam memahami teks yang dibaca. Penggunaan pendekatan CoL dalam kajian ini sejajar dengan matlamat ICT di Sekolah Rendah Kranji iaitu: 1. menggalakkan integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah; 2. memudahkan keberkesanan penggunaan ICT dalam pentadbiran sekolah;

154 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

3. menyediakan kakitangan sekolah dengan pembangunan ICT untuk menyokong integrasi ICT ke Program Pendidikan dan fungsi-fungsi pentadbiran sekolah; dan 4. memberi pelajar pendedahan kepada ICT di luar kurikulum sekolah. Ciri-ciri utama CoL termasuk proses kumpulan yang berkesan, dan kebertanggungjawapan individu dan kumpulan pembelajaran. CoL juga melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama. Dengan kata lain, CoL dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menilai: 1. kebolehan murid memahami petikan yang dibaca, 2. pencapaian murid dalam menjawab soalan-soalan berdasarkan petikan; dan 3. meneliti secara terperinci pencapaian murid dalam menjawab soalansoalan kefahaman berbentuk literal dan inferens.

PERNYATAAN MASALAH Kelemahan murid dalam menjawab soalan bahagian pemahaman petikan dalam peperiksaan bukanlah suatu perkara baharu. Kepentingan kemahiran kefahaman ini juga ditonjolkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2008 Darjah 5 dan Darjah 6 melalui hasil pembelajaran khusus atau subkemahiran bagi kemahiran membaca iaitu: 1. membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks; dan 2. membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

155 Seminar Bahasa Melayu 2016

Berdasarkan analisis item SA2 bagi kohort murid Darjah 5 (2015), 59% dalam kalangan murid lulus bahagian kefahaman membaca. Kemahiran kefahaman membaca bukan hanya sekadar memahami teks dan menjawab soalan-soalan kefahaman tetapi pemahaman perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu keupayaan kefahaman akan membantu murid meningkatkan pengetahuan menerusi maklumat daripada bahan yang dibaca dan tidak hanya bergantung kepada pengajaran guru dalam kelas sahaja. Oleh itu, teknik pengajaran kefahaman membaca yang berkesan akan dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan murid dalam pencapaian kefahaman membaca terutamanya kelemahan dalam tahap pemahaman. Kajian ini memberi fokus pada soalan-soalan kefahaman berbentuk literal dan inferens terlebih dahulu sebelum murid menjawab soalansoalan yang lebih mencabar. Literal merupakan tahap terendah kefahaman membaca. Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Murid hanya perlu menyatakan apa-apa yang terdapat dalam teks. Antara kemahiran literal termasuk mengecam dan mengingat isi teks, serta menyatakan urutan peristiwa. Tahap literal juga termasuk keupayaan menyatakan kandungan bacaan dengan kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya. Tahap kedua merupakan soalan-soalan inferens yang memerlukan proses pemikiran yang kompleks. Murid perlu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada untuk membuat kesimpulan. Antara kemahiran pemahaman ialah menyatakan sebab akibat, membuat perbandingan, mengesan tujuan penulis, mengesan idea tersirat dan membuat ramalan.

KAJIAN LEPAS Klare (1995) menyatakan bahawa dalam menentukan unit yang terpenting dalam kefahaman membaca, kita dapati bukanlah satu perkataan tetapi satu unit yang mengandungi rangkaian perkataan-perkataan. Seterusnya, terdapat empat faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan kefahaman membaca seseorang murid: 1. Tahap kefahaman yang diperlukan. Ini dikaitkan dengan kemahiran kefahaman yang berbeza yang memerlukan jenis dan tahap pemikiran yang berbeza. 156 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

2. Kefahaman berlaku dalam bentuk satu kontinum berdasarkan kepanjangan atau jumlah isi penerangan yang diperlukan oleh seseorang untuk membaca pada tiap-tiap satu ketika. Kebanyakan murid tidak mengalami masalah membaca cerita-cerita pendek, manakala jika diberi sebuah novel yang sama tahap kesukarannya, murid-murid tersebut mengalami berbagai-bagai masalah membaca dan memahami kerana jumlah isi kandungan dalam novel tersebut terlalu panjang untuk diingat. Jumlah isi kandungan mempengaruhi ketepatan pengukuran kefahaman kerana selalunya ujian-ujian kefahaman standard merupakan ujian di mana bahan bacaan ialah keratan pendek yang jauh berbeza dengan keratan bacaan dalam situasi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah yang selalunya lebih panjang dan padat isi kandungannya. 3. Tahap kesukaran bahan bacaan mempengaruhi kefahaman. Kebolehbacaan pula dipengaruhi oleh kepanjangan dan kepadatan ayat dan juga bilangan perkataan-perkataan baru yang diperkenalkan. 4. Selain daripada faktor-faktor di atas, latar belakang pengalaman murid merupakan satu faktor kesediaan yang mempengaruhi kefahaman.

KAEDAH KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan data yang diperoleh melalui cara pemerhatian, respons murid dan analisis jawapan bagi soalan-soalan kefahaman membaca murid. Sebanyak 21 orang murid Darjah 5 dari kelas 5ML2 dipilih sebagai sampel kajian. Mereka dikehendaki membaca petikan naratif dan menjawab 4 soalan kefahaman iaitu 2 soalan berbentuk literal dan 2 lagi soalan berbentuk inferens. Terlebih dahulu murid sudah didedahkan dengan strategi iKlu dalam membantu mereka memahami petikan yang dibaca dengan lebih berkesan. Dalam proses pengajaran ini, guru menerapkan konsep BaiK S²anGaT (Baca teks, iKlu, baca Soalan dan Serlah kata kunci, Garis jawapan, Tulis nombor soalan) bagi meningkatkan lagi pemahaman murid mengenai petikan yang diberi dan membimbing murid dalam menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan petikan tersebut. ‘Baca teks’ di sini bermaksud baca dan fahami kandungan teks yang dibaca. ‘IKlu’ memerlukan murid menandakan simbol-simbol pada 157 Seminar Bahasa Melayu 2016

watak, tempat, perasaan dan sikap yang terdapat dalam teks. ’Baca soalan‘ ialah baca dan fahami semua soalan serta cari dan bulatkan kata tanya dalam setiap soalan ‘Serlah kata kunci‘ memerlukan murid mengenal pasti dan menandakan kata kunci yang terdapat dalam batang soalan’ Garis jawapan‘ bermaksud gariskan jawapan yang terdapat dalam teks. ’Tulis nombor soalan‘ dan mencatatkan nombor soalan pada jawapan yang diperoleh. Setiap jawapan bagi soalan-soalan kefahaman diperiksa dan dianalisis untuk mengenal pasti fakta dan penggunaan bahasa yang sesuai. Statistik berbentuk peratusan digunakan untuk menyatakan ketepatan jawapan bagi soalan kefahaman yang diberi. Dari segi pemarkahan, markah penuh yang diberikan ialah 12. Bagi soalan-soalan berbentuk literal markah yang diperuntukkan ialah 2 dan bagi soalan-soalan berbentuk inferens pula, markah yang diperuntukkan ialah 4. Subjek Kajian Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah murid Bahasa Melayu Darjah 5 (5ML2). Secara umum, tahap keupayaan murid adalah sederhana. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan Kajian Pengajaran yang dijalankan sebanyak 3 kitaran. Penghasilan kajian ini dilaksanakan di dalam bilik darjah dan setiap pasangan murid diberikan sebuah komputer riba. Murid sudah diperkenalkan dengan strategi iKlu yang akan digunakan dalam kajian ini. Hasil kerja yang diharapkan ialah murid dapat memahami petikan yang dibaca dan menjawab dengan tepat soalan-soalan kefahaman yang diberi. Instrumen Kajian Keberkesanan kajian ini dipantau melalui penggunaan rubrik, respons murid di lelaman linoit.com dan lembaran kerja. Dapatan kajian dinilai secara kualitatif. Rubrik yang digunakan mempunyai lapan bahagian yang meneliti pemikiran dan pembelajaran murid bagi setiap langkah atau aktiviti semasa pembelajaran dijalankan.

158 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Prosedur Kajian Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Induksi (Seluruh Kelas/Individu) Langkah 1 (Seluruh kelas) - Pengajaran Eksplisit Langkah 2 (Seluruh kelas/Kumpulan) - Role-modelling Langkah 3 (Kerja Kumpulan) – hasil pembelajaran CoL Penutup (Seluruh kelas) Aktiviti Susulan (kerja individu)

Induksi (Seluruh Kelas/Individu) Guru menunjukkan klip video iklan. Guru mengajak murid mengimbas kembali Kata Tanya yang telah dipelajari. Murid memberikan 6 Kata Tanya yang telah dipelajari. Murid memberikan respons dengan membina soalan berdasarkan video. Murid dikehendaki membina soalan-soalan menggunakan Kata Tanya yang berikut: 1. Apa 2. Siapa 3. Di mana 4. Bagaimana 5. Mengapa 6. Bila Guru menerangkan 2 jenis soalan: (a) Literal dan (b) Inferens. Guru memberikan contoh-contoh melalui bentuk soalan yang menggunakan Kata Tanya. Murid memberikan respons dan contoh lain jika ada. Persembahan slaid mengandungi beberapa soalan bagi setiap jenis soalan. Langkah 2 (Seluruh kelas/Kumpulan) – Role Modeling Guru menerangkan dan menunjukkan cara untuk mengenal pasti kata tanya dan kata kunci dalam soalan. Guru menunjukkan cara untuk mencari dan mengenal pasti jawapan. Murid mencari dan mengenal pasti jawapan bersama guru. 159 Seminar Bahasa Melayu 2016

Langkah 3 (Kerja Kumpulan) – hasil pembelajaran CoL Guru menerangkan aktiviti kerja kumpulan. Guru menyediakan 4 ‘dinding maya’ (walls) di Linoit bagi setiap kumpulan. Guru memberikan 1 jenis soalan kepada setiap kumpulan. Murid membina 1 soalan bagi jenis soalan yang diberikan. Tulis di post-it A (SOALAN) di Linoit. Murid mencari jawapan bagi soalan yang telah dibina. Tulis di post-it B (JAWAPAN) di Linoit. Guru perlu letakkan jawapan murid dalam mode private post-it B sebaik sahaja setiap kumpulan telah memuat naikkan agar kumpulan lain tidak dapat melihat jawapan sebelum mereka menjawab soalan kumpulan lain. Guru harus menukar ke mode un-private semasa ingin mem buat perbandingan jawapan kumpulan asli dan kumpulan yang mencuba. Guru meminta setiap kumpulan untuk membina soalan dan mencari jawapan untuk soalan yang telah dibina. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh kumpulan lain. Guru menyemak setiap soalan. Guru menyuruh setiap kumpulan untuk menukar post-it A dengan kumpulan lain. Guru meminta setiap kumpulan untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh kumpulan lain. Guru menyemak jawapan setiap kumpulan dan membandingkan jawapan kumpulan asli dan kumpulan yang mencuba. Murid meneliti jawapan kumpulan asal dan kumpulan yang mencubanya. Penutup (Seluruh kelas) Aktiviti Susulan (kerja individu) Murid dikehendaki mengimbas kembali pelajaran hari itu menerusi video Powtoon. Kemudian, murid mengisi rubrik kendiri supaya guru dan juga murid mengetahui tahap pemahaman mereka. Aktiviti Susulan (kerja individu) Murid membuat Lembaran Kerja Kefahaman Subjektif

160 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pendekatan kajian pengajaran yang dijalankan telah membuahkan hasil yang positif dari segi pencapaian murid dan pengajaran guru. Daripada penelitian yang dijalankan ternyata murid telah meraih manfaat dari segi memahami teks yang dibaca dan mengenal pasti kata kunci yang terdapat dalam batang soalan serta menghubungkaitkannya dengan teks atau jawapan yang diperlukan. Daripada pemerhatian yang dijalankan, penglibatan murid didapati lebih aktif dalam proses pembelajaran. Jadual 1: Dapatan Kitar 1, 2 dan 3 5ML2 Markah Keseluruhan Kefahaman (12) 2015

161 Seminar Bahasa Melayu 2016

Daripada data yang dikumpulkan melalui penggunaan rubrik, didapati lebih ramai murid dapat menjawab soalan-soalan kefahaman dengan betul apabila menggunakan konsep BaiK S²anGaT. Lebih ramai murid berkebolehan sederhana menggunakan konsep BaiK S²anGaT secara berkesan dalam memahami teks dan menjawab soalan-soalan kefahaman.

162 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KESIMPULAN Kesimpulannya, kaedah pengajaran menggunakan konsep BaiK S²anGaT membantu murid-murid menjawab soalan-soalan literal dan inferens dengan lebih efektif. Pengajaran kemahiran kefahaman haruslah diajar secara bertahap-tahap iaitu daripada yang mudah (pemahaman secara literal) kepada tahap seterusnya (pemahaman secara inferens). Kemahiran kefahaman perlu diajarkan sejak peringkat Darjah 1 lagi agar murid-murid lebih berupaya menjawab soalan-soalan yang lebih kompleks di peringkat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) kelak. Penggunaan strategi yang disarankan (konsep BaiK S²anGaT) boleh diaplikasikan untuk membantu murid-murid memahami teks dalam bentuk-bentuk berbeza. Pengajaran secara bertahap yang dilakukan sepanjang enam tahun diharapkan dapat menyediakan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran kefahaman yang dapat membantu mereka menjawab soalan-soalan kefahaman di tahap yang lebih tinggi.

RUJUKAN Gillet, T dan Temple, C (1982). Understanding Reading Problem. Litle Brown and Co. Boston. Klare, G.R. (1974–1975). Assessing readability. Read-ing Research Quarterly. 10, 62– 102. Marohaini Yusoff (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman: Ke Arah Kemantapan Pengajaran di Sekolah Menengah {Strategies of Teaching Reading Comprehension at Secondary School]. Karya Bistari Sdn. Bhd. Nicola Yuill dan Jane Oakhill (1991). Childrens’ Problems in Text Comprehension: An Experimental Investigation. Cambridge University Press. New York. Rahman Shaari (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa d a n Pustaka. http://ictconnection.moe.edu.sg

163 Seminar Bahasa Melayu 2016