Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

pemilihan kerjaya perguruan adalah seperti minat dan cita-cita, sesuai dengan kebolehan dan bakat, sukakan kanak-kanak, terjamin, dan waktu kerja yang...

0 downloads 16 Views 91KB Size
Jurnal Pendidikan 31 (2006) 83 - 96 Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

83

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih HALIMAH HARUN

ABSTRAK

Sikap, minat dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Artikel ini membincangkan dimensi sikap, minat dan motivasi guru pelatih mata pelajaran Perdagangan dan pencapaian mereka dalam latihan mengajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih yang bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan serta bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat dan rendah motivasinya. ABSTRACT

Attitude, interest and motivation play an important role in student achievement. Therefore, teachers as well students should developed their attitude, interest and motivation in the teaching and learning process to achieve the target objectives. This paper discussed on business student teachers’ attitude, interest and motivation and their performance in teaching practice. The study showed that student teachers’ who have positive attitude, highly interested and motivated in teaching, performed better in teaching practice compared to that those who have negative attitude, low interet and motivation in teaching profession. PENGENALAN Kajian tentang guru pelatih banyak dijalankan di seluruh dunia, terutamanya di United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk mengenal pasti faktor pemilihan kerjaya dalam bidang pendidikan. Kajian-kajian tersebut meliputi kajian di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Beberapa isu telah dikenal pasti yang membawa kepada tanggapan negatif terhadap profesion perguruan berbanding kerjaya lain seperti gaji dan status yang rendah serta kemudahan yang diperoleh (Straker 1988; Musak Matrak 1993 &1995; dan Subramaniam 1995). Di Malaysia sebelum tahun 1970-an, kerjaya perguruan merupakan satu kerjaya yang amat popular di kalangan graduan. Walau bagaimanapun, jumlah

84

Jurnal Pendidikan 31

graduan yang menceburkan diri dalam bidang pendidikan semakin menurun pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Ini adalah kerana kewujudan lebih peluang pekerjaan ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat yang membuka banyak peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta perdagangan dan industri. Faktor perubahan sosial dan ekonomi juga dikenal pasti sebagai faktor utama menyebabkan graduan tidak lagi berminat untuk menjadi guru, terutamanya di kalangan lelaki (Musak Matrak 1995). Walaupun terdapat pandangan negatif tentang profesion perguruan, tetapi masih terdapat golongan yang memilih kerjaya ini kerana beberapa sebab tertentu. Beberapa kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan dan didapati faktor pemilihan ini tidak banyak perbezaan antara satu negara dengan yang lain walaupun menggunakan sampel yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Misalnya di Malaysia, didapati kerjaya perguruan lebih diminati di kalangan mereka yang tidak berijazah (Abd. Rahim 1995). Mereka memilih kerjaya perguruan kerana status, dipandang mulia oleh masyarakat, gaji dan masa depan serta menyumbang kepada bangsa. Selanjutnya, kajian Mohd. Sahandri (1996) pula mendapati ahli keluarga, rakanrakan dan saudara mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Dapatan yang hampir sama juga didapati dalam kajian Muhamad Sani et al. (2002) di mana dorongan ibu bapa adalah faktor utama pemilihan calon memilih kerjaya perguruan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti rakan sebaya, saudara mara, suami atau isteri, guru bukanlah pengaruh yang kuat terhadap pemilihan kerjaya perguruan. Faktor-faktor lain yang dikenal pasti dalam pemilihan kerjaya perguruan adalah seperti minat dan cita-cita, sesuai dengan kebolehan dan bakat, sukakan kanak-kanak, terjamin, dan waktu kerja yang pendek serta cuti rehat yang panjang. Beberapa kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah sukakan kanak-kanak (Ethington 1988; Bontempo & Digman 1985; Reid & Caudwell 1997; Evans 1993; Good 1993). Berry (1988) dan Jantzen (1981) juga melaporkan bahawa faktor sukakan kanakkanak adalah sebab yang paling popular di kalangan calon wanita. Sebab-sebab lain adalah seperti ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984). Bagi faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah rendah (Yong 1994; Chuen et al. 1999; Yee 1990). Bagaimanapun, Marshal (1986) menambah bahawa pengaruh bekas guru, peluang untuk meningkatkan taraf sosial, tanggapan bahawa kemasukan dalam bidang perguruan lebih mudah dan keinginan untuk berkongsi pengetahuan melalui pengajaran juga menyumbang kepada pemilihan kerjaya perguruan. Namun demikian, Hutchinson (1993) dan Hutchinson dan Buschner (1996)

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

85

mendapati faktor lain seperti keupayaan diri, ingin menjadi contoh teladan dan kreativiti mendorong seseorang memilih kerjaya perguruan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada pencapaian guru pelatih semasa latihan mengajar di sekolah. Antara faktor yang dikaji adalah seperti minat dalam bidang pendidikan, motivasi dan sikap terhadap kerjaya perguruan serta kemahiran mengajar yang diperoleh semasa menjalani latihan pratikum. KAEDAH KAJIAN Seramai 25 guru pelatih pengkhususan mata pelajaran Perdagangan, Fakulti Pendidikan telah ditemu bual untuk mendapatkan maklum balas tentang faktorfaktor yang mendorong mereka memilih kerjaya perguruan. Temu bual berstruktur digunakan bagi mengumpul data. Setiap sesi temu bual mengambil masa antara 40 – 50 minit. Pemerhatian di dalam kelas dilakukan semasa Latihan Mengajar selama 10 minggu di sekitar kawasan Kajang dan Melaka. Setiap pelatih telah diperhatikan sebanyak 3 – 4 kali oleh penyelidik dan pensyarah lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan tidak berat sebelah. Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian di dalam kelas yang digunakan oleh Fakulti Pendidikan, UKM. Dapatan daripada temu bual telah dianalisis secara manual dan maklumat telah dikumpulkan berdasarkan tema. Hasil pemerhatian pula dianalisis berdasarkan kepada aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran. Prestasi seseorang guru pelatih dinilai dengan menggunakan formula yang terdapat dalam borang pemerhatian. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dilaporkan berdasarkan tiga aspek, iaitu latar belakang calon guru, faktor yang mendorong guru pelatih memilih kerjaya perguruan dan prestasi guru pelatih. LATAR BELAKANG CALON GURU

Kajian ini melibatkan 25 guru pelatih pendidikan pengkhususan Perdagangan di Fakulti Pendidikan, UKM. Majoriti responden yang ditemu bual ialah pelajar Melayu (n=24) dan hanya seorang pelajar berbangsa Cina. Mereka terdiri daripada 20 guru pelatih perempuan dan lima lelaki. Majoriti responden (20 orang) berumur dalam lingkungan 25 – 30 tahun, empat responden berumur dalam lingkungan 20 – 24 tahun dan hanya seorang berumur lebih 30 tahun. Responden kajian mempunyai pengkhususan yang berbeza, iaitu 10 dalam bidang Pentadbiran

86

Jurnal Pendidikan 31

Perniagaan, lapan dalam bidang Ekonomi, manakala tujuh dalam bidang Perakaunan. Sebanyak 2/3 guru pelatih (16 orang) sudah berkahwin dan 13 orang lagi tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum memasuki kursus Diploma Pendidikan. Hanya enam responden mempunyai pengalaman mengajar, empat berpengalaman bekerja sebagai eksekutif di syarikat, dua responden pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik dan seorang pernah bekerja di Jabatan Pendidikan. Selain itu, seramai 14 responden tidak mempunyai ahli keluarga sebagai guru, manakala empat responden mempunyai ibu bapa atau adik beradik guru, dua menyatakan suami mereka guru dan hanya seorang mempunyai ibu saudaranya guru. FAKTOR YANG MENDORONG PEMILIHAN KERJAYA PERGURUAN

Guru pelatih telah ditemu bual pada akhir sesi Latihan mengajar. Jadual 1 menunjukkan respons yang telah dikemukakan hasil daripada temu bual tersebut. Semasa sesi temu bual, didapati 12 daripada 25 responden bersetuju bahawa faktor keluarga sama ada ibu bapa atau suami sangat mempengaruhi keputusan untuk menjadi guru, terutamanya di kalangan perempuan. Walau bagaimanapun, sembilan responden menyatakan bahawa mereka benar-benar berminat untuk menjadi guru sejak kecil. Enam responden memilih kerjaya perguruan kerana faktor sukakan kanak-kanak dan mempunyai banyak masa dengan keluarga serta lima responden menyatakan ingin mencuba kerjaya baru dan mendapat kepuasan bekerja sebagai guru. Antara jawapan yang diberikan semasa temu bual tentang pemilihan kerjaya perguruan adalah seperti berikut: Saya suka mengajar, oleh itu saya rasa tak sabar buat Dip.Ed. bila saya dapat masuk, saya sungguh seronok (GP1). Saya hanya dapat gred 3 semasa SPM, jadi saya minta masuk maktab tapi tak berjaya. Saya buat STPM dan nasib baik dapat 5P. Kemudian masuk U…lanjut pelajaran. Saya dah set minda saya nak jadi guru walaupun dah ada ijazah (GP2). Suka dan minat berkerja dengan kanak-kanak adalah faktor lain yang mendorong pemilihan kerjaya perguruan. Ini diluahkan oleh GP3 dan pendapatnya disokong oleh GP4 dan GP10 seperti contoh temu bual berikut: Saya sukakan kanak-kanak, oleh itu mengajar sesuai dengan saya. Mengajar adalah pilihan utama saya. Mereka sentiasa riang. Tambahan pula kerja ditempat lain lagi banyak masalah…tak sesuai dengan saya (GP3). Saya sayangkan kanak-kanak. Itu sebabnya saya nak jadi guru. Mereka ada pelbagai personaliti Saya suka mengajar. Saya pernah

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

87

JADUAL 1. Faktor yang mendorong pemilihan kerjaya guru

Bil. Sebab Menjadi Guru

N

Peratusan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

12 9 6 6 5 5 3 3 2 2 1 1 1 1

48.0 36.0 24.0 24.0 20.0 20.0 12.0 12.0 8.0 8.0 4.0 4.0 4.0 4.0

Pengaruh keluarga Minat mengajar Sukakan kanak-kanak Ada masa untuk keluarga Hendak cuba bidang baru Kepuasan kerja Sesuai dengan jiwa Suka suasana sekolah Suka membantu orang lain Kurang cabaran Bebas membuat keputusan Sesuai untuk wanita Pilihan terakhir Status tinggi dari segi agama

Nota : Terdapat sebilangan responden menjawab lebih daripada satu

buat kelas tusyen saya rasa seronok bila dapat memahamkan pelajar. Suka Bantu mereka yang nak ambil periksa. Saya pun ada pengalaman mengajar selama satu tahun setengah, saya dapati seronok berdamping dengan pelajar. Saya anggap mereka seperti adik sendiri (GP4). Saya rasa tak yakin bekerja dengan orang dewasa…lebih sukar dan banyak masalah jika kerja dengan syarikat atau organisasi lain. Lebih baik saya mengajar, saya hanya berhadapan dengan pelajar sekolah yang lebih muda daripada saya (GP10). Ada juga guru pelatih yang berpendapat bahawa menjadi guru lebih bebas berbanding kerjaya lain seperti yang dinyatakan oleh responden berikut: Kita lebih bebas apabila mengajar. Misalnya, kita boleh guna kaedah yang sesuai semasa mengajar, tiada siapa yang boleh paksa kita guna kaedah tertentu. Semuanya terpulang kepada kita, kita boleh keputusan sendiri (GP5). Mempunyai kualiti tertentu yang sesuai dengan bidang perguruan merupakan faktor yang mempengaruhi keputusan untuk menjadi guru. Ini dikatakan oleh responden GP1 dan kenyataannya disokong oleh GP3 seperti dalam petikan temu bual berikut:

88

Jurnal Pendidikan 31

Saya fikir saya ada kualiti seorang guru, suara saya baik, jelas dan yakin boleh mengajar dengan baik (GP1). Saya ada nilai dan sikap tertentu yang boleh saya kongsikan dengan pelajar saya nanti terutamanya Melayu. Saya hendak membantu mereka dan membangunkan bangsa saya. Sebab itu saya nak jadi guru. Walaupun saya tahu masalah disiplin di sekolah teruk, tapi tak melemahkan semangat saya. Saya nak bantu bangsa saya (GP3). Dorongan bekas guru dan seronok melihat guru mengajar merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan seperti dalam petikan temu bual berikut: Saya selalu impikan nak jadi guru, seronok lihat kehidupan guru saya. Dia sebagai role model (GP7). Saya amat tertarik dengan cara guru akaun saya mengajar semasa sekolah menengah. Dia sangat berbakat, kelakar, dan membuat subjek akaun manarik dan mudah dipelajari. Saya suka caranya, dia peramah, dan riang. Saya nak jadi macam dia. Dia guru yang paling saya minat (GP8). Enam responden menyatakan mereka tertarik dengan kerjaya perguruan kerana masa kerja yang pendek dan cuti panjang seperti yang dinyatakan oleh GP11. Sebagai guru, saya ada banyak masa untuk keluarga. Mengajar hanya setengah hari, cuti sekolah pun panjang (GP11). Beberapa responden menyatakan bahawa kerjaya sebagai guru tidak banyak beban berbanding pekerjaan seperti akauntan atau eksekutif di syarikat. Ini ditegaskan oleh GP3 dan disokong oleh GP14 dan GP19. Sebagai guru saya hanya bergaul dengan pelajar bukan orang dewasa…lebih mudah, tak banyak beban…lebih bebas berbanding kerja dengan syarikat… banyak protokol, peraturan dan kerja ikut arahan orang bos. Tak bebas buat cara sendiri... lagipun banyak masalah (GP3). Kurang cabaran guru ni…kita hanya jumpa pelajar. Saya rasa boleh kawal mereka. Bukan macam kerja lain…cabarannya lebih hebat…misalnya sebagai eksekutif…kerjaya bukan senang…bos

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

89

atau syarikat akan sentiasa mahukan yang terbaik…kita mesti kerja kuat. Cikgu hanya mengajar saja (GP14). Saya tak yakin boleh berjaya sebagai akauntan…banyak pressure… lagipun saya dah kahwin…ada anak seorang…sudah tentu saya tak boleh hadapi masalah tekanan tersebut. Jadi lebih baik saya jadi guru..ada masa banyak untuk anak dan keluarga selepas sekolah. Saya fikir guru amat sesuai untuk wanita (GP19). Saya ada pengalaman setahun bekerja dengan syarikat sebagai eksekutif. Gaji saya lebih kurang RM 1800 sebulan. Saya tak seronok kerja di situ…tak ada kepuasan…buang masa saja…banyak tekanan daripada bos. Tak bebas! Walaupun gaji guru lebih rendah…tak apa…saya lebih rasa enjoy (GP13) Pengaruh keluarga terutamanya ibu bapa dan suami merupakan pendorong yang penting terhadap pemilihan kerjaya perguruan. Sebanyak 12 responden bersetuju bahawa keluarga mereka sangat mempengaruhi, terutamanya bagi wanita yang berkahwin di mana suami amat mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka. Mereka menyatakan para suami sangat suka jika isteri masing-masing menjadi guru kerana banyak masa boleh diluangkan untuk anak dan keluarga. Ini dinyatakan oleh GP12 dan disokong oleh GP21 dan GP18 seperti dalam petikan temu bual berikut: Suami saya selalu kata…jadi guru baik untuk wanita terutamanya yang berkahwin. Banyak masa untuk keluarga, cuti panjang ( GP12). Suami saya hanya membenarkan saya bekerja jika saya jadi guru. Dia tak suka saya cari kerja tempat lain…kerja guru separuh hari…cuti panjang…banyak masa dengan keluarga…lagipun kerja 5 hari seminggu (GP21). Suami saya ahli perniagaan…kami ada tiga anak…jadi kami perlu pendapatan yang stabil…lebih terjamin…jika ada apa-apa kemungkinan berlaku, saya boleh bantu (GP18). SIKAP DAN MOTIVASI GURU PELATIH

Umumnya, guru pelatih menunjukkan sikap yang positif terhadap kerjaya perguruan walaupun kebanyakannya menyatakan profesion tersebut agak mencabar dan banyak tekanan, terutamanya bagi mereka yang tidak berminat untuk menjadi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berminat dan bermotivasi

90

Jurnal Pendidikan 31

semasa mengajar lebih menunjukkan kegembiraan terhadap kerjaya perguruan kerana menganggap telah menyumbang sesuatu kepada pelajar. Mereka juga beranggapan bahawa kerjaya perguruan perlukan komitmen yang tinggi, kesabaran, kreatif serta persediaan yang baik untuk menjadi guru yang berjaya dan berkualiti. Mereka juga bersetuju bahawa seseorang guru mestilah mempunyai kemahiran mengajar yang tinggi, berpengetahuan luas dalam subjek yang diajar, mempelbagaikan kaedah mengajar serta mahir dalam teknologi untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga mendapati beberapa faktor penting yang membantu kepada sikap dan motivasi guru pelatih adalah suasana kelas seperti tingkah laku pelajar, motivasi pelajar, suasana iklim sekolah, sokongan daripada pihak sekolah, dan hubungan baik dengan guru-guru sekolah. Mereka menyatakan bahawa sikap dan motivasi terhadap kerjaya perguruan lebih meningkat dan seronok untuk mengajar selepas latihan mengajar. Bagaimanapun, motivasi guru pelatih akan berkurangan dan rasa takut untuk menghadapi situasi sekolah sebenar apabila tamat latihan mengajar jika suasana harmoni seperti yang dialami semasa menjalani latihan mengajar tidak wujud di sekolah yang akan ditempatkan selepas tamat pengajian. PRESTASI GURU PELATIH

Secara keseluruhan, prestasi guru pelatih semasa latihan mengajar masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Seperti yang terdapat dalam Jadual 2, hanya seorang responden yang mendapat “Cemerlang”, lima mendapat “Baik”, sembilan “Sederhana” dan selebihnya (8 guru pelatih) mendapat “Lemah” dan dua lagi guru pelatih dalam kategori “Sangat lemah”.

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih JADUAL 2.

91

Prestasi guru pelatih

Bilangan Pelajar Pemboleh Ubah

Cemerlang

Gender - Lelaki - Perempuan Umur - 20-24 tahun - 25-30 tahun - lebih 30 tahun Taraf perkahwinan: - Bujang - Berkahwin Kelayakan akademik: - SM Ekonomi - SM Pentadbiran Perniagaan - SM Perakaunan Pengalaman bekerja: - Mengajar - Eksekutif - Pembantu Penyelidik - Pegawai Pendidikan - Tiada pengalaman

Baik

Sederhana Lemah

Sangat Lemah

Jumlah

1 1 -

1 4 4 1

1 8 1 8 -

2 6 1 7 -

2 1 7 -

5 20 4 20 1

1 -

2 3

0 9

5 3

1 1

9 16

1 -

1 4

3 3

2 2

1

7 10

-

-

6

1

1

8

1 -

2 2 1 -

3 6

1 1 6

1 1

6 4 1 1 13

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI GURU PELATIH

Hasil ujian korelasi yang dilakukan didapati beberapa faktor menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi guru pelatih. Antara faktor tersebut adalah seperti pengaruh keluarga guru (r =.372), minat menjadi guru (r = .631), dan pengalaman bekerja (r = .435). Minat, sikap dan motivasi guru pelatih jelas kelihatan semasa sesi pencerapan/pemerhatian dilakukan dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat dapat dirumuskan bahawa prestasi guru dapat dilihat daripada dua aspek yang utama, iaitu berprestasi baik dan berprestasi lemah. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada prestasi baik guruguru pelatih semasa menjalani latihan mengajar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

92

Jurnal Pendidikan 31 JADUAL 3.

Unsur/Faktor 1. Motif pemilihan kerjaya guru

2. Komitment untuk mengajar

3. Kaedah pengajaran

4. Kemahiran pengajaran

5. Pengurusan kelas

6. Motivasi

7. Sikap

Ciri guru pelatih berprestasi baik Ciri Guru Pelatih Berprestasi Baik - Minat dari kecil - Suka kerja dengan pelajar - Membuat keputusan behenti kerjaya yang lebih lumayan - Gaji bukan prioriti - Ingin membantu bangsa dan negara - Mengajar sehingga bersara - Tidak akan mohon kerja lain - Kerjaya guru seumur hidup - Permainan dan berasaskan aktiviti - Main peranan - Guna alat bantuan mengajar - Contoh yang jelas - Ada unsur jenaka - Jelas dalam penyampaian - Suara yang jelas dan bersemangat - Kreatif dan sentiasa bermotivasi untuk mencuba kaedah baru - Banyak interaksi dengan pelajar - Kurang masalah di dalam kelas - Mendapat penghormatan daripada pelajar - Penyertaan aktif daripada majoriti pelajar - Minat berkerja - Sentiasa minta nasihat - Bersemangat, bertenaga, dan ceria - Tidak menyalahkan orang lain jika ada kesilapan - Rajin, dedikasi dan selalu buat perubahan dalam pengajaran - Seronok bekerja - Mengharap yang terbaik - Mengambil nasihat dan maklum balas - Sentiasa berpuashati dengan apa yang dilakukan

Bagi guru berprestasi lemah pula, terdapat 10 orang guru pelatih yang dikategorikan sebagai lemah dalam pengajaran. Dua daripada mereka menunjukkan prestasi yang sangat lemah di mana mereka tidak boleh mengajar dan tidak menunjukkan minat terhadap kerjaya perguruan. Ciri-ciri guru yang lemah prestasi dapat dirumuskan seperti dalam Jadual 4.

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih JADUAL 4.

Unsur/Faktor

-

5. Pengurusan kelas

6. Motivasi

7. Sikap

Ciri guru pelatih berprestasi lemah Ciri Guru Pelatih Berprestasi Lemah

1. Motif pemilihan kerjaya guru 2. Komitment untuk mengajar 3. Kaedah pengajaran -

4. Kemahiran pengajaran

93

-

Menjadi guru kerana pengaruh orang lain Pilihan terakhir Secara kebetulan Saja hendak mencuba kerjaya guru Berhasrat untuk mencari kerja lain Menjadi guru untuk seketika sahaja Pedekatan tradisional, kapor dan papan hijau sahaja Kaedah kuliah Tiada menggunakan alat bantuan mengajar Berpusat guru Tidak mempelbagaikan kaedah mengajar, setiap hari pendekatan yang sama digunakan Aktiviti sangat kurang dan kadang-kadang tiada aktiviti Membaca daripada buku teks tanpa penjelasan dengan contoh Jawapan yang diberi kepada pelajar tidak bernas Contoh hanya diambil daripada buku teks sahaja Menyoal soalan fakta sahaja, tiada pemikiran kreatif Menjawab soalan sendiri Lemah dalam memberi penjelasan dalam subjek yang diajar Suara yang lemah dan kurang jelas Intonasi suara tiada dan membosankan Lemah dalam pengurusan masa, selalu menamatkan kelas tanpa rumusan Sedikit atau tidak ada penglibatan pelajar dalam P&P Kelas tidak aktif dan tidak ceria Pengajaran sehala Ada masalah dalam kelas Tidak mendapat respek pelajar Tidak berminat jadi guru Suka menyalahkan pelajar Lesu dan kurang bertenaga Tidak bersemangat untuk bekerja Tidak suka apabila dibimbing Tidak suka mengajar Selalu menyalahkan pelajar jika hadapi masalah dalam kelas Kecewa dengan kerjaya guru Tidak mendapat kepuasan Mengatakan kerjaya guru membosankan dan tidak seronok

94

Jurnal Pendidikan 31

JADUAL 4.

(sambungan) -

Tidak mengambil maklum balas daripada pengalaman lepas Malas, degil dan tidak mengambil nasihat Tidak menggalakan pelajar untuk berjaya Kurang usaha untuk majukan diri

Guru pelatih yang memilih bidang pendidikan sebagai pilihan terakhir atau dipengaruhi oleh pihak lain (minat yang rendah) menunjukkan prestasi yang kurang baik semasa proses pengajaran berbanding mereka yang berminat, menunjukkan kesungguhan sama ada dari segi persediaan mengajar ataupun proses pengajaran. Prestasi mereka yang berminat lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berminat dan golongan ini menunjukkan sikap negatif dan kurang bermotivasi dalam pengajaran. Mereka tidak melakukan persediaan yang baik, mengajar sambil lewa untuk menghabiskan sukatan, penggunaan alat bantuan mengajar tidak sempurna, tidak ada kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan selalunya menggunakan kaedah kuliah sahaja. Mereka juga tidak mencuba kaedah pengajaran kreatif yang telah diajar semasa kuliah dengan memberi alasan yang tidak munasabah seperti pelajar tidak berminat, tidak cukup masa dan arahan daripada guru subjek supaya memberi nota. Mereka juga tidak menggunakan buku rujukan tambahan, majalah, keratan akhbar dalam pengajaran, dan bergantung sepenuhnya kepada buku teks. KESIMPULAN Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Mahathir 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru, kita mestilah mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai

INPUT

PROSES

OUTPUT

Pengambilan

Model Latihan

Kualiti Guru Pelatih

RAJAH 1.

Model latihan guru

Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih

95

komitmen yang tinggi untuk menrealisasikan wawasan tersebut. Proses pendidikan dan latihan guru haruslah menentukan calon guru mempunyai minat, sikap dan motivasi yang tinggi terhadap kerjaya perguruan serta kemahiran yang tinggi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran seperti Rajah 1. RUJUKAN

Abd. Rahim, A.R 1995. Perkembangan profesionalisma keguruan dalam konteks sekolah. Paper presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM, Johor, Malaysia at 18-19 December 1995. Berry, B. 1988. Labour market choices and teacher reform: Policy options for the public school of the twenty-first century. Teaching and Teacher Education 4 (1) : 71-81. Bontempo, B. T & Digman, S. 1985. Entry level profile: student attitudes towards teaching profession. ERIC. ED 258 949. Brown, M.M 1992. Caribbean first-year teachers’ reasons for choosing teaching as a career. Journal of Education for Teaching 18 (2) : 185-195. Chuen, K, Luben, F & Newson, G. 1999. The views of pre-service and novice teachers on mathematics teaching in South Africa related to their educational experience. Educational Research 41 (1) : 23-34. Ethington, C. 1988. Women’s selection of undergraduate fields of study: Direct and indirect influences. American Educational Research Journal 25 : 157-175. Evans, H. 1993. The choice teaching as a career. Social and Economics Studies 42 (2&3) : 225-242. Good, J.D.1993. Perspective teacher’s motivation for choosing teaching as a career. PhD Thesis. The Ohio State University. Hutchinson, G.E .1993. Prospective teachers’ perspective on teaching physical education: An interview study on the recruitment phase of teacher socialisation. Journal of Teaching in Physical Education 12 : 344-354. Hutchinson, G. E & Buschner, C. A. 1996. Delayed entry undergraduates in Physical Education teacher education: Examining life experiences and career choice. Journal of Teaching in Physical Education 15 : 205-223. Jantzen, J.M. 1981. Why college students choose to teach: A longitudinal study. Journal of Teacher Education 32 (2) : 45-48. Mahathir Mohammed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Malaysia Business Council. Marshal, D.G. 1986. Student teacher motivations for choosing teaching as a career. Teacher Education 29 : 75-83. Muhamad Sani et al. 2002. Motif pemilihan profesion perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 350-362. Musak Mantrak. 1993. Moral values in the Malaysian Integrated Secondary School Curriculum: A survey on the teachers’ perceptions and abilities. Doctor of Education Thesis. The University of South Dakota. Musak Mantrak. 1995. Ke arah meningkatkan martabat pendidikan abad ke-21: Cabaran, hakikat dan harapan. Prosiding Seminar JKLJAU Ke-9. Reid, I. & Caudwell, J. 1997. Why did secondary PGCE students choose teaching as a career? Research in Education 58 : 46-58.

96

Jurnal Pendidikan 31

Mohd. Sahandri Ghani bin Hamzah. 1996. Analisis pemboleh ubah demografi terhadap prestasi pengajaran di kalangan guru pelatih. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan, Maktab Perguruan Kota Bharu. Straker, N.1988. Attitudes of initial trainees to a career in mathematics teaching. School Organisation 8 (30) : 261-269 Subramaniam, S. 1995. Usaha untuk meningkat profesion keguruan. Paper presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM, Johor, Malaysia at 18-19 December. Thomas, K.R. 1984. Occupational status and prestige. Vocational Guidance Quarterly 33 : 70-75. Yee, S.M.L. 1990. Careers in the classroom : When teaching is more than a job. Columbia : Teachers College Press. Yong, B.C.S. 1994. Factors determine the attractiveness of the teaching profession in Brunei Darusalam as perceived by teacher trainees. Journal of Education for Teaching 20 (1) : 113-125.

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan