NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam membangunkan emosi pelajar. Lima faktor persekitaran yang diamalkan iala...

0 downloads 54 Views 212KB Size
KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL:

KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Saya:

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan (√)



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh,

___________________________

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: NO.61A, KAMPUNG SERI INDAH 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

Nama Penyelia: DR. MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh :______________________

Tarikh:_________________________

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan

: ................................................................

Nama Penyelia

: DR. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh

: ………………………………………….

KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan :

.....................................................

Nama Penulis :

NORSHAHRIL BIN ABDUL HAMID

Tarikh

.....................................................

:

iii

DEDIKASI Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat

Ayahanda dan Bonda...... Abdul Hamid Bin Husain Sariah Binti Awang Ngah

Tiada apa dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam membesarkanku tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Walau kuberikan harta seluas lautan masih tidak terbalas jasa-jasamu itu hanya Allah yang dapat membalasnya

Buat seluruh ahli keluargaku...... Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi suntikan semangat bagi diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini. Hanya ucapan terima kasih daku ucapkan

Guru-guru dan Pensyarah-pensyarah.... Segala jasa baktimu tetapku kenang Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara

Khas buatmu Teman.... Sepanjang tempoh perkenalan ini banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi bersama. Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya. Setiap pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih mampu ku ungkapkan

Pada kesempatan ini, sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku lakukan seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian.......wassalam

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, Dr. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pelajar yang terlibat sebagai responden. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat bonda, teman dan keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam membangunkan emosi pelajar. Lima faktor persekitaran yang diamalkan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP), pengaruh rakan sebaya, budaya fakulti, kolej kediaman dan kokurikulum. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 45 item digunakan untuk mendapatkan data kajian. Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.79. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi-inferensi. Min keseluruhan yang diperolehi menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan emosi pelajar berada pada tahap tinggi (3.80). Faktor persekitaran yang paling dominan adalah faktor pengaruh rakan sebaya dengan min keseluruhan 4.21, diikuti oleh peranan kokurikulum (4.03), Kolej kediaman pelajar (3.73), budaya fakulti (3.58) dan terakhir adalah HEP (3.47). Hasil daripada Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan diantara faktor persekitaran UTM berdasarkan perbezaan jantina. Melalui korelasi Pearson, r pula menunjukkan nilai signifikan adalah lebih kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktorfaktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar. Hasil dapatan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas mengenai kesan faktor persekitaran di UTM terhadap pembangunan emosi pelajar. Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat agar memantapkan lagi perlaksanaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam membangunkan emosi pelajar.

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study was to identify the effect of environment in UTM toward student’s emotional development. These study focus on five environment factors such as student affair (HEP), peers, faculty culture, residential college and co-curriculum. There are 220 final years students in faculty of education had been choosing as a respondent in this research. Set of questionnaire 45 items had been used to get the data. The result of pilot study shows the reliability value of questionnaire was 0.79. The data was analysed using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) 12.0 version to obtain the measure of descriptive value and inferences. Overall mean for environment effects for student emotional development at the higher stage (3.80). The most dominant factor was peers influence (4.21), followed by co-curriculum (4.03), residential college (3.73), faculty culture (3.58) and the fewer factors was HEP with (3.47). The result from t-test shows, there are no different between environment factors based on different gender. Furthermore, based on Pearson, r correlation analyse shows that the significant value is smaller than 0.01. Hence, there are no significant relation between environment factor in student emotional development. The result had been summarising to produce clear view about environment factor in student emotional development. Finally, a few opinions will be present and hoped to be able give a guideline for the parties concerned and consolidate the implementation in programs and activities will provides so that the students emotional will be develop.

vii

KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

viii 1

2

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Penyataan Masalah

9

1.4

Objektif Kajian

9

1.5

Persoalan Kajian

10

1.6

Hipotesis

10

1.7

Rasional Kajian

10

1.8

Kepentingan Kajian

11

1.9

Skop dan Batasan Kajian

11

1.10 Kerangka Konsep Kajian

12

1.11 Definisi Kajian

13

1.12 Penutup

15

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

16

2.2

Konsep Pembangunan Diri Pelajar

16

2.3

Teori-Teori Pembangunan Pelajar

17

2.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

18

2.3.2 Teori Kohlberg

20

2.3.3 Teori Gilligan

22

2.3.4 Teori Perkembangan Psikomotor

22

Peranan Faktor Persekitaran

24

2.4.1 Hal Ehwal Pelajar (HEP)

24

2.4.2 Pengaruh Rakan Sebaya

25

2.4.3 Budaya Fakulti

25

2.4.4 Kolej Kediaman

27

2.4.5 Kokurikulum

29

2.4

2.5 Pembangunan Emosi Pelajar

31

2.6 Kajian-Kajian Lepas

33

2.6.1 Kajian Berkaitan Pembangunan Pelajar

33

2.6.2 Kajian Berkaitan Emosi

34

ix 2.6.3 Kajian Hubungan Emosi dan Persekitaran 2.7 Penutup

3

4

37 39

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

40

3.2

Rekabentuk Kajian

40

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

41

3.4

Instrumen Kajian

41

3.4.1 Bahagian A

42

3.4.2 Bahagian B

43

3.5

Kajian Rintis

44

3.6

Keesahan dan Kebolehpercayaan

44

3.7

Prosedur Kajian

45

3.8

Kaedah Penganalisaan Data

46

3.9

Penutup

48

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

49

4.2

Analisis Latar Belakang Responden

49

4.3

Analisis Bahagian B

52

4.3.1 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar

5

53

4.3.2 Faktor Persekitaran UTM yang Paling Dominan

67

4.4

Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian

68

4.5

Penutup

72

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

73

5.2

Rumusan

73

5.3

Perbincangan dan Kesimpulan

75

5.3.1 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap

x Pembangunan Emosi Pelajar

76

5.3.2 Perbezaan faktor persekitaran yang mempengaruhi emosi berdasarkan jantina pelajar

78

5.3.3 Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran Dalam Membangunkan Emosi Pelajar 5.4

5.5

78

Cadangan Kajian

79

5.4.1 Cadangan Tindakan

79

5.4.2 Cadangan Tindakan Lanjutan

80

Penutup

81

RUJUKAN

82 - 92

LAMPIRAN Lampiran A - B

93-114

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

1.1

TAJUK

MUKA SURAT

Laporan Salah Laku Pelajar Bagi Tahun 1992, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

6

2.1

Empat peringkat perkembangan kognitif

19

2.2

Teori Perkembangan Moral Khohlberg

21

3.1

Pembahagian Item bahagian A mengikut faktor demografi responden

42

3.2

Susunan Item-Item Dalam Set Soal Selidik

43

3.3

Skala Likert

43

3.4

Statistik Persoalan Kajian dan Hipotesis

46

3.5

Analisis Tahap

47

3.6

Klasifikasi Kekuatan Korelasi

47

4.1

Taburan responden berdasarkan jantina

49

4.2

Taburan Responden Berdasarkan Keturunan atau Bangsa

50

4.3

Taburan Responden Berdasarkan Kursus

51

4.4

Taburan Responden Berdasarkan CGPA Sebelum Memasuki Fakulti Pendidikan (Matrikulasi / Diploma)

52

4.5

Taburan Responden Berdasarkan CGPA Semasa.

52

4.6

Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pembangunan Emosi Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan.

4.7

53

Taburan responden mengikut peratusan, kekerapan Dan Min Bagi Faktor Hal Ehwal Pelajar (HEP)

54

xii 4.8

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor Rakan Sebaya

4.9

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor Budaya Fakulti

4.10

67

Perbezaan Kesan Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Emosi Berdasarkan Jantina Pelajar

4.14

65

Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pembangunan Emosi Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan.

4.13

62

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor Kokurikulum

4.12

59

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Faktor Kolej Kediaman

4.11

57

68

Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran Dalam Membangunkan Emosi Pelajar

70

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

α

-

Alpha Cronbach

ƒ

-

Kekerapan

%

-

Peratus

SS

-

Sangat Setuju

S

-

Setuju

SSD

-

Setuju Sedikit

TS

-

Tidak Setuju

STS

-

Sangat Tidak Setuju

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

HEP

-

Hal Ehwal Pelajar

SPSS

-

Statiscal Package For The Social Science

N

-

Responden

KPM

-

Kementerian Pendidikan Malaysia

IPT

-

Institut Pengajian Tinggi

CGPA

-

Cummulative Gred Point Average

SPA

-

Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPE

-

Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPJ

-

Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Jentera

SPH

-

Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup

SPT

-

Sarjana Muda Pendidikan Matematik serta Komputer

SPK

-

Sarjana Muda Pendidikan Kimia serta Komputer

SPM

-

Sarjana Muda Pendidikan Matematik

SPF

-

Sarjana Muda Pendidikan Fizik

SPS

-

Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan

SPL

-

Sarjana Muda Pendidikan TESEL

SPI

-

Sarjana Muda Pendidikan Islam

xv SPC

-

Sarjana Muda Pendidikan Kimia

SPN

-

Sarjana Muda Pendidikan Sains

SPP

-

Sarjana Muda Pendidikan Fizik serta Komputer

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Analisis Dapatan Kajian

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Insan yang Seimbang dan Harmonis

3

1.2

Kerangka Konsep Kajian Pembangunan Emosi Pelajar

12

2.1

Hubungan antara perlakuan, ganjaran dan kepuasan

38

2.2

Klasifikasi keperluan manusia

39

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar pelajar secara aktifnya dapat mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, kendalian kendiri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia serta keterampilan yang diperlukan untuk dirinya dan masyarakat.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Sumber: Falsafah Pendidikan Negara, 1987).

Abdul Hamid dan rakan-rakan (1999), menyatakan bahawa ahli psikologi berpendapat setiap individu berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat yang terbaik dalam pengajian mereka dengan menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu dijadikan ikutan. Dalam konteks pendidikan di Universiti, potensi pelajar boleh

2 digilap dan dipertingkatkan lagi sekiranya mereka sentiasa berusaha secara bersungguh-sungguh dengan bimbingan yang padu daripada tenaga akademik yang berdedikasi serta rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.

Pembangunan pelajar berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia kerana pelajar itu sendiri merupakan sebahagian daripada sumber manusia. Pelajar diibaratkan sebagai produk untuk memajukan sesebuah negara pada masa hadapan. Menurut Nadler (1979), menyatakan pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran terancang dalam jangka masa yang tertentu yang boleh mengubah prestasi melalui pembelajaran.

Konsep pembangunan itu sendiri membawa matlamat untuk pembaikan taraf hidup. (Nor Aini dan rakan-rakan, 1996). Menurut Abd. Jalil (1999) konsep pembangunan pelajar sangat berkait rapat dengan pembangunan manusia atau insan. Maka konsep ini perlu dikaitkan dengan kualiti hidup pelajar dan seharusnya pelajar mampu menangani hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan mereka sama ada berkaitan dengan fizikal, mental mahupun kerohanian.

Gregor Mendel (1866), menyatakan kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Baka merupakan perkara penting dalam mewariskan sifat-sifat semulajadi seseorang yang dapat mempengaruhi emosi anaknya.

Hoffman (1996), menyatakan keluarga telah membentuk personaliti individu sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku, sikap dan pemikiran seseorang di alam dewasa. Maka, persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja adalah keluarga mereka. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang remaja. Menurut Fatanah (1997), hubungan kekeluargaan yang baik berkait rapat dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspekaspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks dan pencapaian akademik.

3 Menurut Pusat Perkembangan Kokurikulum KPM (2001), insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Maka keseimbangan aspek kerohanian dan jasmani akan mempengaruhi kestabilan emosi seseorang seperti ditunjukkan pada rajah 1.1

Insan seimbang dan harmonis

Aspek Kerohanian

Aspek Jasmani

Berilmu pengetahuan,

Sihat tubuh badan dan

berakhlak mulia serta

cergas

berfikiran dan berjiwa tenteram Sahsiah diri

Memiliki kesedaran dan keinsafan, bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan diri Rajah 1.1: Insan yang Seimbang dan Harmonis

Muhammad Uthman Najati (1993) pula, emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Menurut Erikson (1968), keadaan kritikal dalam diri seseorang pelajar boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Bagi Hurlock (1973) pula, masalah emosi juga perlu dilihat dari aspek kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Ini disebabkan gangguan dan ketegangan emosi yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah laku tetapi juga sikap dan keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka. Perry dan Delpit (1997) pula,

4 menjelaskan bahawa melalui teori perkembangan etika dan kognitif mendapati emosi pelajar dipengaruhi oleh sistem nilai diri dan nilai komitmen dari dalam dirinya. Menurut Kholberg (1969) pula, perkembangan kognitif dapat membawa kepada kemajuan dalam penyelesaian masalah dan pilihan moral.

Harre dan Lamb (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Bagi Steinberg dan Belsky (1991), teori pergolakan dan tekanan mengatakan masa remaja adalah satu peringkat pertikaian emosi yang tidak dapat dielakkan. Perubahan hormon semasa akil baligh menyebabkan perubahan atau pergolakan yang berlaku secara tiba-tiba dikalangan remaja.

Mayer dan Salovey (1993), menggunakan pendekatan mereka untuk mengkategorikan kecerdasan emosi kepada enam domain seperti kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, timbangrasa, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan konflik. Kecerdasan emosi yang dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan kecerdasan intelek bermaksud kepintaran dalam menggunakan emosi bagi membentuk sikap serta cara berfikir bagi membuat keputusan (Goleman, 1995).

Kanak-kanak yang memperolehi kemahiran kecerdasan emosi menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam bidang akademik berbanding dengan kanak-kanak yang lain (Ghosn, 2001). Pada masa kini, kanak-kanak didapati kurang berupaya untuk berunding, berempati dan bekerjasama. Mereka selalunya tidak mempunyai perasaan yang optimis tentang masa depan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya kesan negatif terhadap pencapaian akademik dan perhubungan interpersonal mereka

1.2

Latarbelakang Masalah

Abdul Halim dan rakan-rakan (1993), melihat pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembangunan dan pengembangan manusia melalui pembelajaran dan latihan yang terancang. Justeru, pembelajaran dan latihan perlu dirancang untuk

5 memproses pembangunan dan perkembangan manusia. Menurut L. Nadler (1979), pembangunan pelajar merupakan sebahagian daripada proses pembangunan sumber manusia. Ini kerana proses pembelajaran terancang boleh mengubah prestasi melalui pembelajaran pelajar dalam masa tertentu dan merupakan definisi pembangunan pelajar.

Hall (1904), masa remaja adalah masa penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan pelajar. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan negatif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya. Bagi Mahmood Nazar (1992) pula, emosi adalah perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Dalam hal ini emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Menurut Hairunnaja (2005), kegelisahan atau ketidakstabilan emosi terjadi akibat kegagalan seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan dan daya tahan seseorang pelajar berbeza, kegelisahan boleh menjadi penyakit yang merbahaya dan menyebabkan penderitaan serta menjejaskan keharmonian hidup. Maka kegelisahan ini perlulah diatasi dengan wajar agar mereka dapat meneruskan hidup ini dengan ceria dan positif. Bagi Mohamed Alfian dan Mohamed Shariff (2006) pula, kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah laku atau kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya tetapi yang membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia.

Parikh (1980), ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan perbincangan

isu-isu

secara

terbuka

dan

demokratik

boleh

meninggikan

perkembangan emosi. Begitu juga ibubapa yang menggunakan teknik induktif dalam disiplin. Bagi Block et al, (1998) pula, masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja

6 pada kebiasannya adalah kesan kesinambungan daripada masalah yang timbul semasa kanak-kanak. Menurut Mahmood Nazar (1993) pula tingkah laku devian dikalangan remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Remajaremaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa seronok kepada mereka.

Sigurdsson dan rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (2007), menekankan bahawa perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku devian adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Ibu bapa juga didapati banyak menyumbang kepada masalah tingkah laku anak-anak, iaitu gagal menunjukkan tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka serta mengabaikan ajaran agama. Hasil kajian KPM sepanjang tahun 1992, terdapat 62,472 kes salah laku pelajar seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.1

Jadual 1.1 :

Laporan Salah Laku Pelajar Bagi Tahun 1992, Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil

Jenis Salahlaku Pelajar

01

Salah guna dadah

151

02

Mengedar dadah

05

03

Bercumbu

237

04

Berkhalwat

230

05

Menghisap rokok

6204

06

Menyimpan rokok

1228

07

Datang lewat *

16799

08

Ponteng kelas *

17741

09

Ponteng sekolah *

19472 Jumlah

Jumlah

62472

* Perbuatan yang ditakrifkan sebagai ponteng. Sumber : Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993)

7 Dapatan kajian Bahagian Sekolah KPM (1993), punca salah laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor seperti salah guna dadah, mengedar dadah, bercumbu, berkhalwat, menghisap rokok, menyimpan rokok dan ponteng sekolah. Menurut Dewan Masyarakat (April, 1995), faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku devian dan anti sosial. Menurut statistik Laporan Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia, antara tingkah laku jenayah dikalangan pelajar adalah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan, mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan serta bertaruh besarbesaran. Kesemua tingkah laku negatif ini disebabkan oleh emosi remaja tersebut yang terganggu.

Patricks dan Furnham (2002), menyatakan pelajar perempuan dilihat mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Perkara ini boleh dikaitkan dengan keadaan di mana pelajar perempuan dilihat lebih cepat matang dan berupaya dalam menjalin hubungan sosial jika dibandingkan dengan pelajar lelaki yang lambat matang.

Menurut Curtis (2002), melalui kaedah rawatan, pembelajaran yang berkaitan dengan emosi dapat ditekankan atau diajar. Maka perubahan diri pelajar menjadi bertambah baik dari keadaan sebelumnya.. Perubahan berlaku walaupun pelajarpelajar berada di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu kelas Pengajian Sosial atau English Moden, kelas Psikologi dan kelas sukarelawan pelajar pintar. Menurut Curtis lagi, kelas bimbingan diadakan dan hasilnya wujud peningkatan dalam pengurusan emosi.

Pelbagai cabaran telah melanda masyarakat negara kita khususnya golongan remaja. Antara cabaran-cabaran tersebut termasuklah pengaruh budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius. Menurut Mohd Nakhaie (2001) berikut adalah antara faktor persekitaran dan kemajuan yang boleh merosakkan akhlak manusia pada abad ini adalah:

1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

8 2. Persembahan konsert rock yang bertentangan dengan budaya kita 3. Mudah mendapat dan menonton gambar lucah dan mengasyikkan di dalam persekitaran tempat tinggal remaja, seperti internet dan lain-lain 4. Ada kemudahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti pengguguran haram. 5. Disiplin sekolah yang longgar seperti guru yang tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi pelajar, ibu bapa yang tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah, dan persekitaran sekolah yang terdedah kepada gejala yang kurang sihat. 6. Faktor persekitaran yang mendedahkan remaja dengan pusat-pusat hiburan yang menyediakan pelbagai produk yang boleh menggalakkkan dan meningkatkan rangsangan seksual. 7. Pembawaan keluarga remaja itu sendiri seperti kehidupan ibu bapa yang berge1umang dengan maksiat, rumah tangga yang tidak kukuh atau berlaku penceraian, syiar Islam yang tidak kukuh di dalam keluarga. Terdapat juga ibu bapa yang mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga. 8. Faktor peribadi yang kotor, merujuk kepada seseorang yang sudah rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat keji, pemarah, tamak, dengki, panas baran dan tidak amanah. 9. Kesilapan membimbing, terlampau memanjakan anak-anak, ibu bapa yang takut dengan anak-anak dan terlampau memberi kemewahan.

Bagi Noran Fauziah (1993) pula, pembangunan dan kemajuan yang berlaku disesebuah negara banyak bergantung kepada pengembangan ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara tersebut. Maka, peranan IPT amatlah penting bukan sahaja untuk melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi segala cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan. Sebagai contoh dapat dilihat kes buli dan gangster yang berlaku di sekolah mahupun Universiti. Kebanyakan pembuli datang daripada keluarga yang tidak mengambil berat tentang pendidikan agama. Pelajar juga akan menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya satu persekitaran yang tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif. Maka,

9 Universiti mencerminkan terdapatnya emosi yang tidak stabil dikalangan pelajarpelajar.

1.3

Penyataan Masalah

Bagi

mencapai

kecemerlangan

dalam

pendidikan,

usaha

ke

arah

meningkatkan pencapaian akademik perlu digiatkan lagi oleh para pelajar khususnya dalam aspek pembangunan emosi. Pembangunan emosi ini mestilah secara menyeluruh dan memerlukan pihak-pihak tertentu untuk membangunkannya. Berdasarkan masalah-masalah yang dinyatakan sebelum ini, jelas menunjukkan pengawalan emosi penting bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi juga kepada pelajar di Universiti dan pekerja selepas belajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan persekitaran UTM dalam mempengaruhi pembangunan emosi pelajar agar berpotensi meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar.

1.4

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi pembangunan pelajar dari segi emosi di Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti kesan persekitaran terhadap pembangunan emosi pelajar 1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam mempengaruhi emosi pelajar. 1.4.3 Melihat perbezaan faktor persekitaran yang mempengaruhi emosi berdasarkan jantina pelajar 1.4.4 Melihat hubungan antara pengaruh faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar

10 1.5

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai antaranya adalah:

1.5.1 Apakah kesan faktor persekitaran terhadap pembangunan emosi pelajar? 1.5.2 Apakah faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam mempengaruhi emosi pelajar? 1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kesan persekitaran UTM dalam mempengaruhi emosi berdasarkan jantina pelajar? 1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar?