PANDUAN PERSIDANGAN Universiti Kebangsaan Malaysia

c.Elaun Makan d.Yuran seminar/persidangan. e.Tambang pengangkutan (cth. UKM ke KLIA atau sebaliknya dan lapangan terbang ke tempat semiar/ho-tel dan s...

0 downloads 10 Views 389KB Size
PANDUAN PERSIDANGAN

Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN PERSIDANGAN Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

PERSIDANGAN

Kakitangan akademik digalakkan menyertai persidangan/ seminar sebagai pembentang kertas kerja di dalam dan di luar negara. Kekerapan dan taraf penyertaan dalam seminar/persidangan dan sebagainya memang menjadi satu daripada faktor kemajuan kerjaya seseorang kakitangan akademik. Kehadiran ke persidangan di luar negara memerlukan syaratsyarat berikut: 1. Permohonan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh persidangan. 2. Permohonan mestilah disertakan dengan risalah persidangan, surat penerimaan ke persidangan, abstrak dan kertas penuh. Dalam kes-kes tertentu surat penerimaan dan kertas penuh boleh dihantar berasingan kemudian tetapi tidak lewat seminggu daripada tarikh persidangan tersebut. 3. Bagi pemohon yang tidak memerlukan biaya UKM, kertas kerja penuh tidak diwajibkan dihantar sebelum tarikh persidangan. 4. Pemohon dikehendaki membentang kertas kerja dipersidangan yang hendak dihadiri. Mulai Januari 2001, kelulusan menghadiri persidangan dalam dan luar negara diserahkan kepada budibicara Dekan/Pengarah/Pengerusi Jawatakuasa Persidangan Fakulti/Institut masing-masing. Kakitangan yang diluluskan menghadiri seminar/persidangan dalam atau luar negara boleh diberi kemudahan-kemudahan berikut:

a. b. c. d. e.

Tambang kapal terbang kelas ekonomi (sila nyatakan harga tiket) Elaun Penginapan Elaun Makan Yuran seminar/persidangan. Tambang pengangkutan (cth. UKM ke KLIA atau sebaliknya dan lapangan terbang ke tempat semiar/hotel dan sebaliknya).

Kakitangan yang telah menghadiri persidangan/seminar dan sebagainya dikehendaki ; 1. membuat laporan dalam tempoh sebulan selepas tarikh tamat persidangan/seminar dan sebagainya. 2. Salinan kertas-kertas kerja seminar/persidangan tersebut hendaklah disertakan bersekali dengan laporan itu. 3. Sebanyak 2 laporan perlu disediakan iaitu satu laporan perlu dihantar ke Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 1 salinan lagi ke Pusat Pengurusan Penyelidikan untuk tujuan rekod, rujukan dan simpanan. 4. Seseorang kakitangan dibenarkan menghadiri seminar di seberang laut dengan biayai Universiti hanya sekali setahun. Kakitangan yang ingin mengadakan seminar/persidangan dan sebagainya boleh berbuat demikian dengan; 1. membuat permohonan menerusi Sistem U3P. 2. Pihak Fakulti akan menghantar permohonan yang lengkap beserta kertas kerja kepada Urusetia Jawatankuasa Persidangan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) untuk mendapatkan kelulusan. 3. Universiti biasanya akan memberi pendahuluan atau geran pelancaran sahaja dengan andaian bahawa persidangan/seminar itu sekurang-kurangnya balik modal atau yang lebih dikehendaki dan digalakkan lagi ialah menguntungkan. 4. Keuntungan ini menjadi milik Fakulti (dana ko-kurikulumnya).

5. Semua persidangan peringkat dalaman/kebangsaan dikehendaki dijalankan dalam Bahasa Melayu dan persidangan antarabangsa digalakkan sekurang-kurang dijalankan dalam dwibahasa (Inggeris dan Melayu atau Inggeris, Arab dan Melayu). 6. Untuk persidangan peringkat antarabangsa, pemohon perlu menyertakan sekali kertas Jemaah Menteri disamping kertas kerja kepada Urusetia Jawatankusa Persidangan Universiti (PPP). 7. Kertas Jemaah Menteri ini akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan Menteri Pendidikan bagi menganjurkan persidangan. Kertas kerja ini perlu dihantar ke Kementerian Pendidikan untuk kelulusan 3 bulan sebelum tarikh persidangan berlangsung. 8. Format kertas Kerja Jemaah Menteri boleh dirujuk dilampiran I

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN MENGHADIRI PERSIDANGAN (AHLI AKADEMIK/KAKITANGAN)

1.1.

Peraturan Permohonan Menghadiri Persidangan Dalam dan Luar Negara

1.1.1.

Dengan Bantuan Universiti/Tanpa Bantuan

1.1.1.1.

Kuasa meluluskan terletak kepada Dekan/Pengarah Fakulti/Institut masing-masing bagi tenaga akademik tiada berjawatan manakala tenaga akademik berjawatan seperti (Dekan/Pengarah) perlu mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik.

1.1.1.2.

Mulai Januari 2001 pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Untuk Menghadiri Persidangan melalui sistem U3P yang dibangunkan oleh PPP (Lampiran II). Borang yang telah diisi perlu mendapat kelulusan dan sokongan Ketua Jabatan/ Pengerusi Pusat Pengajian sebelum mendapat kelulusan daripada Dekan/Pengarah Fakulti/Institut. Setelah Dekan/Pengarah meluluskan permohonan, Penolong Pendaftar Fakulti/Institut perlu mendaftarkannya agar ia dapat dilihat di Pejabat Bendahari untuk kelulusan pendahuluan.

1.1.1.3.

Kelulusan dengan bantuan Universiti hanya diberi kepada seorang pemohon sahaja bagi pembentangan kertas yang sama.

1.1.1.4.

Kakitangan yang cuti sabatikal/ cuti belajar layak mendapatkan bantuan Universiti untuk menghadiri persidangan.

1.1.1.5.

Dekan/Pengerusi Persidangan Fakulti/ Pengarah Institut

perlu menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan dan akaun yang digunakan (contoh: Tabung Ko-Kurikulum, Tabung Persidangan Fakulti dan IRPA). 1.1.1.6

Sekiranya pemohon memerlukan bantuan Universiti, Dekan/Pengerusi Persidangan Fakulti/ Pengarah Institut perlu mempastikan bahawa peruntukan Persidangan Fakulti yang diagihkan oleh Universiti kepada Fakulti mencukupi.

1.1.1.7.

Dekan/Pengerusi Persidangan Fakulti/ Pengarah Institut perlu sentiasa memantau jumlah kewangan agar kelulusan yang dikeluarkan tidak melebihi peruntukan yang diberi.

1.1.1.8.

Dekan/Pengerusi/ Pengarah Institut perlu mempastikan kelulusan menghadiri persidangan dengan bantuan hanya kepada pembentang kertas kerja dan keutamaan diberi kepada tenaga akademik muda. Tenaga akademik senior digalakkan mendapatkan peruntukan daripada pihak penganjur/ luar.

1.1.1.9.

Peruntukan jangka pendek tidak boleh digunakan untuk menghadiri persidangan.

1.2.

Peraturan Permohonan Menghadiri Persidangan Dalam dan Luar Negara Bukan Fakulti/Institut

1.2.1.

Dengan Bantuan/Tanpa Bantuan Universiti

1.2.1.1.

Kuasa meluluskan terletak kepada Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Akademik dan Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP). Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem U3P dan perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada Ketua Bahagian masing-masing. Pihak PPP akan mengeluarkan surat kelulusan berdasarkan kepada akuan daripada Ketua Bahagian.

1.2.1.2.

Laporan menghadiri persidangan perlu disediakan dalam 2 salinan dan dihantar 1 salinan ke Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 1 salinan lagi ke Pusat Pengurusan Penyelidikan.

1.3.

Borang A (Borang Mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984) (Lampiran III)

1.3.1.

Borang ini hendaklah diisi dalam 1 salinan. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar 3 minggu sebelum tarikh berlepas ke Luar Negara kepada Urusetia Jawatankuasa Persidangan Universiti (PPP).

1.4.

Borang B: Permohonan Untuk Pergi Ke NegaraNegara Komunis dan Negara-Negara Terhad (Lampiran IV)

1.4.1.

Permohonan untuk ke negara-negara Komunis/Sosialis dan Terhad hendaklah dikemukakan dalam Borang B (8 salinan) (Lampiran IV) bersama-sama 3 salinan Borang A (Lampiran III). Borang-borang tersebut hendaklah sampai kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh pemergian.

1.5.

Peraturan Am

1.5.1.

Laporan Menghadiri Persidangan Luar Negara/ Dalam Negara Laporan menghadiri persidangan perlu disediakan dalam 2 salinan dan dihantar 1 salinan ke Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 1 salinan lagi ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dalam tempoh sebulan selepas menghadiri persidangan itu. Kegagalan mengemukakan laporan mungkin menyebabkan permohonan-permohonan yang akan datang ditolak. Sekiranya terdapat beberapa kakitangan menghadiri persidangan yang sama, maka

mereka bolehlah mengemukakan laporan dalam bentuk laporan bersama, mengikut format laporan yang telah ditetapkan (Lampiran V). 1.5.3.

Kertas Kerja Semua kertas kerja yang diperolehi semasa pemohon menghadiri persidangan di dalam dan di luar negara hendaklah dikemukakan bersama-sama laporan menghadiri persidangan. Jika perlu kertas ini disalin foto.

1.6.

Syarat Kelulusan Permohonan Menghadiri Persidangan Luar Negara Permohonan untuk menghadiri persidangan luar negara hendaklah mematuhi beberapa syarat berikut: 1.

Pemohon mempunyai kaitan dengan persidangan yang dihadirinya, yang boleh mendatangkan faedah serta meninggikan nama baik Universiti di kalangan ahli-ahli persidangan.

2.

Pemohon mengambil peranan sama ada sebagai pengerusi dalam satu-satu sidang tersebut, atau sebagai pembentang kertas kerja atau apa-apa peranan penting dalam persidangan.

3.

Seseorang pegawai pada lazimnya akan dibenarkan menghadiri persidangan di luar negara tidak lebih daripada sekali dalam satu tahun.

4.

Pemohon mengemukakan maklumat-maklumat yang lengkap mengenai persidangan yang akan dihadiri termasuklah: i.

Borang ‘A’ (Borang mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984) (Lampiran

III) dalam 1 salinan.

1.7

ii.

Borang B (Borang Untuk Pergi Ke NegaraNegara Komunis dan Negara-Negara Terhad)(Lampiran LP IV) sekiranya berkenaan.

iii.

Abstrak kertas kerja dan kertas kerja penuh.

iv.

Risalah mengenai persidangan (maklumat mengenai kemudahan-kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan).

Bantuan Kewangan Had-had maksimum bantuan kewangan yang boleh diberi adalah seperti berikut; 1.

Tambang udara pergi-balik kelas ekonomi (sila nyatakan amaunnya).

2.

Elaun hidup adalah berdasarkan kepada pekeliling Perbendaharaan 2/92 (Lampiran VII) bagi pemohon yang menggunakan peruntukan geran IRPA dan geran luar. Pemohon yang ingin menggunakan peruntukan UKM, Mesyuarat Pengurusan Universiti MPU telah bersetuju agar permohonan menggunakan bantuan UKM menggunakan Pekeliling Perbendaharaan 4/92 (Lampiran VIII). Tambahan 2 hari, iaitu sehari sebelum dan sehari selepas persidangan akan diberi jika persidangan itu mengambil masa tiga hari atau lebih. Jika persidangan itu kurang daripada 3 hari, hanya tambahan 1 hari akan diberi. (Jika kemudahan penginapan/makan tidak disediakan oleh penganjur).

3.

Yuran pendaftaran.

4.

Tambang pengangkutan (cth UKM ke lapangan terbang atau sebaliknya dan lapangan terbang ke tempat persidangan/hotel atau sebaliknya).

5.

Bantuan kewangan penuh perlu diberi kepada pemohon yang menghadiri persidangan atas arahan mana-mana Kementerian untuk mewakili negara berdasarkan kepakarannya.

PERATURAN MENGHADIRI PERSIDANGAN (PEMBANTU PENYELIDIK PELAJAR SARJANA/ ZAMALAH/AHLI KUMPULAN PENYELIDIKAN) 1.8.

Dengan Bantuan Universiti/Tanpa Bantuan

1.8.1

Kelulusan menghadiri persidangan untuk pembantu penyelidik IRPA, Zamalah, Pelajar Sarjana dan ahli kumpulan penyelidikan adalah di bawah bidang kuasa Dekan/Pengarah Fakulti/Institut.

1.8.2

Pemohon perlu mengisi borang permohonan melalui sistem U3P seperti mana kakitangan/ahli akademik menghadiri persidangan. Mereka perlu mendapatkan kelulusan Ketua projek berkaitan sebelum di hantar kepada Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat Pengajian dan seterusnya kelulusan Dekan/Pengarah Fakulti/ Institut.

1.8.3

Pembantu penyelidik Zamalah, Pelajar Sarjana dan ahli kumpulan penyelidikan hanya dibenarkan menghadiri persidangan di dalam negeri sahaja.

1.8.4

Pembantu Penyelidik, Pelajar Sarjana ahli kumpulan penyelidikan yang mendapat tajaan daripada luar atau geran luar boleh menghadiri persidangan dalam dan luar negeri. Kelayakan pembantu penyelidik zamalah dan pelajar sarjana adalah seperti berikut:

1.8.5

a. b.

c. d. e.

Bayaran Yuran Pendaftaran Pengangkutan Bas/Keretapi kelas ekonomi atau perbatuan pada kadar 20 sen/km. Bagi Sabah dan Sarawak tambang kapal terbang adalah kelas ekonomi. Elaun Makan RM 20.00 sehari Elaun Loging RM 21.00 sehari Elaun Hotel RM 62.50 sehari

PERATURAN MENGHADIRI PERSIDANGAN (PEMBANTU PENYELIDIK IRPA) 1.9

Dengan Bantuan Universiti/Tanpa Bantuan

1.9.1 Kuasa meluluskan terletak kepada Dekan/Pengarah Fakulti/ Institut masing-masing. 1.9.2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan untuk menghadiri persidangan melalui sistem U3P yang dibangunkan oleh PPP. Borang yang diisi perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada Ketua Projek IRPA sebelum mendapat kelulusan Dekan/Pengarah Fakulti/Institut. 1.9.3. Pembantu penyelidik IRPA hanya layak untuk menghadiri persidangan dalam negeri sahaja. 1.9.4. Kelayakan bantuan kewangan menghadiri persidangan pembantu penyelidik IRPA mengikut peruntukan yang sedia ada yang telah digunapakai dalam RMK-7.

PANDUAN UNTUK MENGADAKAN PERSIDANGAN UNIVERS1TI KEBANGSAAN MALAYSIA (Peringkat Antarabangsa, Kebangsaan atau Dalaman) Takrif 1.

Persidangan di sini termasuklah juga Seminar, Simposium. Kolokium, Kongres, Forum, Wacana dan Bengkel yang tidak bersifat kursus serta bentuk-bentuk lain yang bersifat perjumpaan/ mesyuarat/ceramah akademik.

2.

Penganjur persidangan bermakna sekurang-kurangnya Jabatan/ Fakulti/Bahagian/Universiti/Kumpulan ahli akademik yang sah.

Dasar 1.

Persidangan peringkat dalaman/kebangsaan hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu.

2.

Persidangan peringkat antarabangsa sepatutnya dijalankan sekurang-kurangnya dalam dwibahasa termasuk bahasa Melayu.

3.

Setiap persidangan hendaklah dirancangkan dengan sebaikbaiknya supaya bukan sahaja perjalanannya dan kertas-kertas kerjanya bermutu tetapi menguntungkan segi kewangannya.

4.

Mulai Januari 2002, permohonan untuk mengadakan persidangan perlu menggunakan borang mengadakan persidangan menggunakan sistem U3P (online) seperti di Lampiran VI (A) dan Laporan sesudah mengadakan Persidangan ini perlu dibuat dalam masa sebulan selepas persidangan diadakan (Lampiran VI (B). Laporan perlu dihantar dalam 2 salinan iaitu 1 salinan dihantar ke Perpustakaan Tun Seri Lanang dan 1 salinan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan untuk tujuan rekod dan rujukan.

A.

PEMBIAYAAN i.

Biaya dari UKM Pihak penganjur persidangan boleh memohon bantuan dan peruntukan Fakulti atau Universiti. Jumlah yang akan diluluskan bergantung kepada faedah-faedah yang akan didapati dari persidangan itu berbanding dengan belanja yang harus dikeluarkan. Pihak Universiti kebiasaannya akan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3,000.00 bagi persidangan peringkat Kebangsaan dan RM 5,000.00 bagi persidangan peringkat antarabangsa.

ii.

Biaya dari Institusi Luar Bantuan kewangan juga boleh dipohon dari pertubuhanpertubuhan dan Badan-badan Berkanun Kerajaan (seperti Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan sebagainya), Yayasan-yayasan dan lain-lain.

iii.

Biaya dari Iklan Perhatian harus ditumpukan kepada isi kandungan iklan dan seboleh-bolehnya disiarkan di dalam Bahasa Melayu sahaja. Hanya sekiranya perlu. maka penggunaan Bahasa Inggeris bolehlah dibenarkan bersama. Iklan-iklan digalakkan datang dari badan-hadan perniagaan yang berorientasikan pelajaran dan badan-badan perniagaan yang tidak mendatangkan keaiban kepada UKM.

iv.

Biaya daripada dermawan Bantuan kewangan boleh diterima daripada orang perseorangan atau kedutaan asing. Sumbangan juga boleh diterima dalam bentuk kebendaan, seperti fail, alat tulis dan sebagainya.

B.

PENYERTAAN Kakitangan UKM yang ingin menyertai persidangan mestilah memohon melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti masingmasing sekiranya mereka memerlukan bantuan kewangan dari Universiti. Untuk persidangan antarabangsa, perwakilan-perwakilan dari luar negara haruslah dipilih dan dijemput melalui Kementerian Luar Negeri dan saluran-saluran diplomatik. Perwakilanperwakilan tersebut seharusnya terbatas kepada negara-negara yang ada hubungan dengan masalah yang hendak dibincangkan. Untuk persidangan kebangsaan. soal memilih dan menentukan wakil-wakil ke persidangan eloklah juga dibuat melalui saluransaluran tertentu supaya tidak ada pihak yang akan tersinggung. Pemilihan wakil-wakil bergantung kepada perkara yang hendak dibincangkan.

C.

TEMPOH PERANCANGAN PERSIDANGAN Sekurang-kurangnya masa selama satu tahun diperlukan untuk membuat pensediaan sebelum satu-satu persidangan antarabangsa dikendalikan. Semua bantuan kewangan yang hendak dipohon untuk persidangan dan sumber luar perlulah diluluskan oleh Naib Canselor terlebih dahulu. Untuk persidangan kebangsaan masa yang diperlukan untuk membuat persediaan ialah antara enam hingga sembilan bulan. Dalam tempoh ini, penganjur perlulah menubuhkan sebuah jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada i. ii. iii. iv. v.

Pengarah Persidangan Setiausaha Persidangan Ketua Pelopor Pegawai Dokumen Pegawai Perhubungan Akhbar

vi. vii. viii.

Pegawai Penginapan Pegawai Pengangkutan Ahli-ahli Urusetia lain seperti Pegawai Pembantu Setiausaha, Pegawai Pelapor, Jurutrengkas, Jurutaip dan Petugas-petugas lain juga harus ada.

Antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan ialah susunan dan perhiasan tempat seminar, alat-alat pembesar suara, LCD, OHP, Notebook, Slide projektor, tempat kediaman para peserta, makan-minum, acara seminar, protokol, penghantaran kad-kad jemputan, penyambutan tetamu dan para perwakilan, kawalan lalu-lintas, kenderaan dan lainlain.

D.

PENYEDIAAN KERTAS KERJA a.

Pemilihan tajuk Pemilihan tajuk-tajuk kertas kerja dan penulis-penulisnya mesti dijalankan dengan segera untuk memberikan masa yang cukup bagi penulis-penulis.

b.

Pemilihan penulis kertas kerja Pihak penganjur boleh memilih sendiri sarjana/pegawai ikhtisas yang mereka fikir layak dan sesuai, tetapi dengan penuh hikmah.

c.

Penetapan tarikh Penetapan tarikh penyerahan kertas-kertas kerja sangatlah mustahak kerana kertas-kertas itu perlu disemak dan dicetak untuk diedarkan kepada semua peserta persidangan sebelum persidangan dijalankan.

d.

Urusan Percetakan Semua percetakan hendaklah diurus dengan segera seelok-eloknya dibuat di Jabatan/Fakulti dalam bentuk sedia kamera dan seterusnya mendapat kerjasama dengan Pusat Penerbitan dan Teknologi Pendidikan, UKM.

E.

ALAT-ALAT KELENGKAPAN Kelengkapan dan keperluan seperti pembesar suara, telefon, kenderaan, makanan, tag nama, alat perakam, kemudahan penterjemah dan fail-fail perlu disediakan.

F.

PERASMIAN DAN PENUTUP Untuk persidangan peringkat kebangsaan, “backdroop” di pentas mestilah di dalam Bahasa Melayu. Bagi persidangan antarabangsa Bahasa Inggeris/Arab/lain yang perlu boleh juga dibenarkan tetapi saiz hurufnya lebih kecil daripada saiz huruf dalam Bahasa Melayu. Semasa upacara perasmian (atau penutupan) sedang berlangsung, orang-orang yang perlu berada di atas pentas ialah orang yang merasmi, Naib Canselor/wakil, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan Dekan/wakilnya (sekiranya seminar itu anjuran Fakulti).

G.

PENERBITAN HASIL PERSIDANGAN Anggaran perbelanjaan untuk menerbitkan hasil persidangan perlulah dimasukkan dalam belanjawan sewaktu memohon bantuan kewangan menjalankan persidangan. Mengikut peraturan Jawatankuasa Persidangan. pihak penganjur digalakkan untuk menerbitkan kertas-kertas terpilih sahaja dalam bentuk pascasidang/prosiding.

H.

KEMUDAHAN DARI UKM Kemudahan-kemudahan prasarana berikut boleh dipohon dari Universiti sewaktu mula-mula merancang sesuatu persidangan: 1. ii. iii. iv.

Tempat persidangan dan penginapan. Kerja-kerja perkeranian. Pengangkutan. Wang Pendahuluan/geran permulaan.

LAMPIRAN I

GARIS PANDUAN KERTAS CADANGAN MENGADAKAN SEMINAR/PERSIDANGAN / BENGKEL /FORUM ANTARABANGSA UNTUK KELULUSAN Y.B. MENTERI PENDIDIKAN

1. Tajuk Seminar / Persidangan / Bengkel / Forum 2. Tujuan Nyatakan tujuan kertas ini disediakan iaitu untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Y.B. Menteri Pendidikan. 3. Latar Belakang • • •

Nyatakan latar belakang seminar/ persidangan/ bengkel/ forum Kekerapan diadakan Jawatankuasa penganjur

4. Tujuan Seminar / Persidangan / Bengkel / Forum 5. Asas Pertimbangan Nyatakan justifikasi mengapa seminar/ persidangan/ bengkel/ forum tersebut perlu dianjurkan 6. Butir-butir Seminar / Persidangan / Bengkel / Forum 6.1 Peserta •

Nyatakan bilangan peserta dan sertakan senarai nama.

6.2 Pembentangan Kertas Kerja • •

Nyatakan tajuk kertas kerja Nyatakan pembentang kertas kerja berserta dengan latar belakangnya.

6.3 Program ( Brochure) Sertakan program yang dicadangkan.

7. Implikasi Kewangan Nyatakan sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan.

8. Implikasi Keselamatan Nyatakan sama ada seminar / persidangan / bengkel / forum yang diadakan mempunyai implikasi terhadap keselamatan dan dasardasar negara (contohnya penglibatan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh yang kontroversi). 9. Syor Nyatakan syor untuk pertimbangan dan kelulusan Y.B. Menteri Pendidikan.

Nota: Semua permohonan perlu dikemukakan dalam dua salinan dan sampai ke Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan tiga (3) bulan sebelum tarikh seminar / persldangan / bengkel / forum akan diadakan.

LAMPIRAN II

PERMOHONAN UNTUK MENGHADIRI PERSIDANGAN DALAM ATAU LUAR NEGARA DENGAN BIAYA/ TANPA BIAYA

LAMPIRAN III

BORANG A MENGHADIRI PERSIDANGAN, SEMINAR, LAWATAN RASMI DAN LAWATAN PERSENDIRIAN KE LUAR NEGERI (Borang Mengikut Keperluan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984) a). Nama Persidangan/Seminar/Lawatan Rasmi: _______________________ ___________________________________________________________ b). Tujuan: ________________________________________________ ___________________________________________________________ c). Tempat hendak diadakan: ______________________________________ d). Tempoh: Dari: _______________ hingga : ________________________ e)

i.

ii.

Bilangan peserta dan nama ketua,

___________________

jika bilangannya lebih daripada satu:

___________________

Keterangan-keterangan peserta: Nama

iii

Pangkat

__________________________

___________________

__________________________

___________________

Sebutkan sama ada pegawai-pegawai Kedutaan

Malaysia

di

Negeri

Persidangan/Seminar/lawatan rasmi itu diadakan akan Menyertai persidangan itu. Sekiranya Menyertai, nyatakan mengapa kehadiran Pegawai-pegawai daripada negeri itu Diperlukan: f).

Kerap Persidangan/Seminar/Lawatan Rasmi:

g). Perbelanjaan ditanggung oleh (jika perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan, kelulusan Perbendaharaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada

Tambang:

RM _________

Sara hidup:

RM _________

Jabatan Perdana Menteri. Satu salinan Penginapan : RM _________ kelulusan Perbendaharaan hendaklah Dikembarkan). Lain-lain: RM _________ h. Faedah (immediate) kepada negara: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ (Sertakan surat jemputan/tawaran) i).

Kelulusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri (Jika Persidangan/Seminar/ Lawatan Rasmi itu diadakan di negara Komunis, Sosialis dan Terhad).

10. Berapa kali pegawai tersebut di e(ii) telah menghadiri Persidangan/ Seminar/Lawatan Rasmi di Luar Negeri: i.

ii.

Tahun ini (20 ..... )

______________ kali

Tujuan :

______________________________________________

Tempat:

______________________________________________

Tempoh:

______________________________________________

Tahun ini (20 ..... )

______________ kali

Tujuan :

______________________________________________

Tempat:

______________________________________________

Tempoh:

______________________________________________

11. Ulasan Ketua Jabatan : _________________________________________ _________________________________________________________

Tarikh: _______________

_________________________________ Tandatangan & Cop Rasmi Ketua Jabatan

12. Ulasan Ketua Setiausaha/Naib Canselor ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Tarikh: _______________

_______________________ Tandatangan dan Cop Rasmi:

LAMPIRAN IV

(Borang B) PERMOHONAN UNTUK PERGI KE NEGARA-NEGARA KOMUNIS DAN NEGARA-NEGARA TERHAD (DIISI SEBANYAK 8 SALINAN) 1.

Nama penuh : _______________________________________________ (dalam huruf besar)

2.

Nama-nama lain (jika ada): ______________________________________

3.

Nama dengan tulisan Cina (jika berkenaan): __________________________

4.

Jantina: __________________________

5.

Tarikh lahir: ______________________

6.

Tempat lahir: _____________________

7.

Nombor kad pengenalan: _________________________

8.

Pekerjaan: _____________________________________

9.

Jabatan: _______________________________________

10. Alamat rumah: _______________________________________________ _________________________________________________________ 11. Tarikh dicadang berlepas ke luar negeri: __________________________ 12. Nama negeri-negeri komunis atau negeri-negeri terhad yang hendak dilawati: _________________________________________________________ 13. Lamanya lawatan yang dicadangkan: ______________________________ _________________________________________________________

14. Alamat-alamat di negeri-negeri yang dilawati: a). _____________________________________________________ _____________________________________________________ b). _____________________________________________________ _____________________________________________________ c). _____________________________________________________ _____________________________________________________

15. Maksud lawatan (butir-butir penuh hendaklah diberi): _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

Tarikh: ______________

__________________________ Tandatangan Pemohon

Disahkan :

_________________________________ Tandantangan & Cop Rasmi Ketua Jabatan:

LAMPIRAN V

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN SELEPAS MENGHADIRI PERSIDANGAN ANJURAN FAKULTI/PUSAT/INSTITUT/BAHAGIAN UKM Arahan Kepada Peserta 1.

Laporan ini hendaklah mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Untuk Bahagian A, penuhkan borang yang disediakan. Bahagian B, hendaklah mengikut format (lihat halaman sebelah) dan Bahagian C hendaklah diisi oleh Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/lnstitut/Pusat.

2.

Laporan mestilah ditaip di atas kertas saiz A4 dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Institut/Pusat dalam tempoh yang ditetapkan, sekembalinya dan persidangan berkenaan.

3.

Semua kentas kerja persidangan yang diperolehi hendaklah dikemukakan bersama laporan tersebut

4.

Dua naskah laporan yang lengkap (iaitu beserta semua kertas kerja yang terbabit) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Pusat/lnstitut hendaklah diserahkan kepada Urusetia Persidangan di Unit Pengurusan Penyelidikan UKM ______________________________________________________________________ BAHAGIAN A I. MAKLUMAT BERKENAAN PESERTA a.

Nama peserta : __________________________________________

b.

Jabatan Hakiki: __________________________________________

c.

Peranan peserta dalam persidangan: _________________________

d.

Tajuk kertas kerja yang dibentangkan (jika ada): _____________________________________________________ _____________________________________________________

II.

BUTIR-BUTIIR PERSIDANGAN a.

Tajuk: ________________________________________________ _____________________________________________________

b.

Anjuran: ______________________________________________

c.

Tarikh persidangan : ___________________

d.

Tempat persidangan : ___________________

e.

Matlamat : _____________________________________________ _____________________________________________________

f.

Pembiaya: _____________________________________________

g.

Keterangan-keterangan lain. jika ada: ________________________ _____________________________________________________

ARAHAN Untuk Bahagian B, hanya perkara I-IV yang perlu dihuraikan dengan terperinci. panjangnya antara tiga - lima halaman sahaja.

BAHAGIAN B I.

Penemuan-penemuan (idea, teori, rekaan dan sebagainya) baru dalam persidangan.

II.

Implikasi kepada UKM/Malaysia.

III.

Hal-hal lain/catatan umum.

IV.

Senanai tajuk kertas-kertas kerja serta nama pembentang kertas kerja yang lengkap.

Tandatangan peserta: ________________________ Tarikh : _____________________

BAHAGIAN C Ulasan Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Institut/Pusat Saya bagi pihak Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Jnstitut/Pusat a)

berpuas hati/ tidak berpuas hati dengan laporan ini. Seterusnya saya bersetuju/tidak bensetuju meluluskan dan menerima laporan ini.

b)

mengesyorkan supaya laporan ini disiarkan/tidak disiarkan dalam Buletin Penyelidikan UKM.

Tarikh : _______________________

Tandatangan : ___________________ Nama dan Cop: __________________

LAMPIRAN V1(A)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Borang Mengadakan Persidangan

LAMPIRAN V1(B)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN SELEPAS MENGADAKAN PERSIDANGAN ANJURAN FAKULTI/ INSTITUT/PUSAT/BAHAGIAN UKM Arahan Kepada Penganjur 1.

Laporan ini hendaklah mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Untuk Bahagian A dan Bahagian C, sila penuhkan borang yang disediakan; Bahagian B. sila ikut format seperti di halaman sebelah.

2.

Laporan mestilah ditaip di atas kertas saiz A4 dan dikembalikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Institut/Pusat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut/Pusat setelah persidangan ini selesai.

3.

Semua kertas kerja yang lengkap mestilah disertakan juga bersama-sama laporan tersebut.

4.

Dua naskah laporan yang lengkap (iaitu beserta semua kertaskerja yang terbabit) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Persidangan Fakulti/Pusat/ lnstitut hendaklah diserahkan kepada Urusetia Persidangan di Pusat Pengurusan Penyelidikan UKM ______________________________________________________________________ BAHAGIAN A (Maklumat Persidangan) a.

Nama penganjur : _______________________________________________

b.

Tajuk persidangan : ______________________________________________ ______________________________________________________________

c.

Peringkat :

i) Antarabangsa _______

ii) Kebangsaan __________

iii) Dalaman _______ d.

Tarikh persidangan : _________________

e.

Tempat persidangan : ____________________________________________

f.

Biaya sebenar persidangan : RM ________________________

g.

Pendapatan sebenar :

h.

RM_________________________

gl.

dari Jawatankuasa Persidangan : RM ____________________

g2.

dari luar : RM_____________________

Bilangan peserta

: Dari UKM _______________________________ Dari Luar ___________________________

i.

Nama perasmi : _________________________________________________

J.

Nama penutup :

k.

Keterangan lain jika ada ___________________________________________

______________________________________________

______________________________________________________________

BAHAGIAN B (Pascasidang)

Sila laporkan perkara-perkara berikut (antara empat-lima halaman sahaja). 1.

Ikhtisarhasil/perakuanpersidangan

2.

Laporan Kewangan (dengan perincian)

3.

Lampiran yang mengandungi atur cara sebenar persidangan, senarai ahli Jawatankuasa persidangan, tujuan persidangan, penyertaan dan abstrak atau kertas kerja penuh yang dibentangkan di persidangan tersebut.

BAHAGIAN C (untuk diisi oleh Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Fakulti/ Institut/Pusat/Bahagian) 1.

Saya bersetuju/tidak bersetuju meluluskan dan menerima laporan ini.

2.

Saya mengesyorkan supaya laporan ini dihebahkan/tidak dihebahkan.

Tarikh : ___________________

Tandatangan : ________________________ Nama dan Cop : ______________________