Pelajar

Peraturan i. Mengandungi penerangan terperinci bagi setiap peruntukan di bawah Akta ... Contoh-contoh Peraturan dan Perintah dalam Akta AKKP 1994 1. P...

0 downloads 18 Views 7MB Size
Taklimat Keselamatan untuk Pekerja / Pelawat / Pelajar “Pasport Keselamatan UTHM” By Occupational Safety, Health & Environment (OSHE) Division Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor 1

Video Keselamatan UTHM

2

Polisi KKP UTHM

3

4

ISI KANDUNGAN • • • •

Modul 1 – Undang-undang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Modul 2 – Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Modul 3 – Hazard dan Risiko di Tempat Kerja Modul 4 – Langkah Pencegahan dan Perlindungan

5

Modul 1 Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

6

Bright Sparklers Disaster

7

Objektif Pada akhir sesi ini peserta akan dapat: 1. Menerangkan semua perundangan KKP yang ada 2. Menyatakan penalti-penalti yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan di bawah AKKP 1994

8

Kandungan Kursus 1. Pengenalan – Struktur Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2. Skop, objektif dan falsafah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 3. Kewajipan Am Pekerja 4. Kewajipan Am Majikan 5. Lain-lain Perundangan Berkaitan 6. Sesi Soal Jawab 9

Struktur Undang-Undang Akta i. Menerangkan skop dan batas dan peruntukan asas ii. Diluluskan oleh Parlimen Peraturan i. Mengandungi penerangan terperinci bagi setiap peruntukan di bawah Akta ii. Diluluskan oleh Menteri Kod Amalan / Garis Panduan i. Panduan untuk mematuhi kehendak Akta ii. Boleh ditulis oleh persatuan industri dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan (oleh JKKP[email protected]) iii. Bukan undang-undang negara iv. Garis panduan KKP UTHM (http://oshe.uthm.edu.my/v2/index.php/download) 10

Perundangan Berkaitan KKP di Malaysia 1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP / OSHA 1994) 2. Akta Kilang & Jentera 1967 (AKJ / FMA 1967) 3. Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE / ESA 1990) 4. Akta Bekalan Gas 1993 (ABG / GSA 1993) 5. Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS / EQA 1974) 6. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP / ESSA 1969)

11

Contoh-contoh Peraturan dan Perintah dalam Akta AKKP 1994 1. Perintah KKP (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 2. Peraturan-Peraturan KKP (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004

AKJ 1967 1. Peraturan-peraturan KJ (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan) 1970 2. Peraturan-peraturan KJ (Kendalian Bangunan & Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan)) 1986 ABE 1990 1. Orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam 1994 2. Pendaftaran orang kompeten (1994)

12

Contoh-contoh Kod Amalan & Garis Panduan 1. Kod Amalan Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung 2. Kod Amalan untuk Kualiti Udara Dalaman

13

Contoh-Contoh Garis Panduan KKP UTHM 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Penyediaan Penubuhan Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) Tanda Amaran Keselamatan dan Kesihatan Bekerja Di Tempat Tinggi Bekerja Menggunakan Kren Melakukan Kerja Panas Keselamatan Elektrik

14

AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKKP / OSHA 1994) Jumlah Seksyen, Peraturan dan Perintah di bawah AKKP 1994: i. 67 Seksyen ii. 7 Peraturan iii. 2 Perintah Peraturan-Peraturan dan Perintah dalam AKKP 1994 1. Peraturan-Peraturan KKP (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian) 1995 2. Peraturan-Peraturan KKP (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 3. Peraturan-Peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 4. Peraturan-peraturan KKP (Pengelasan, Pembungkusan dan Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 5. Peraturan-peraturan KKP (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 6. Peraturan-peraturan KKP (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 7. Peraturan-peraturan KKP (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 8. Perintah KKP (Pegawai Keselamatan & Kesihatan) 1997 9. Perintah KKP (Larangan Penggunaan Barang) 1999

15

SKOP AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 Semua “Orang Yang Sedang Bekerja” Kecuali: • Anggota tentera • Pekerja di atas kapal dagang

16

Objektif AKKP 1. Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. 2. Melindungi keselamatan orang lain selain dari pekerja di tempat kerja tersebut. 3. Menggalakkan persekitaran yang sesuai (dari segi fisiologi dan psikologi) 4. Membolehkan penggantian secara berperingkat perundangan berkaitan dengan Peraturan dan Kod Amalan yang diluluskan. 17

FALSAFAH AKKP

“Kewajipan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut”

18

Prinsip Panduan AKKP Akta ini menekankan kepada i. Pengaturan kendiri (self – regulation) ii. Perundingan iii. Kerjasama dan penglibatan pekerja “Setakat Yang Praktik…” 1. Teruknya bahaya dan risiko yang terlibat 2. Pengetahuan dan teknologi sedia ada 3. Kesesuaian cara penghapusan / mengurangkan bahaya dan risiko 4. Kos yang terlibat 19

Tafsiran Majikan dan Pekerja di Bawah AKKP 1994 Majikan: 1. Utama – Pemunya suatu industri, termasuklah wakil pemunya, pengurus dan ajen. (Orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji) 2. Langsung – Orang yang berhubungan dengan pekerja yang diambil khidmat oleh atau melaluinya, termasuklah pekerja sementara atau kontrak Pekerja : Seseorang yang diambil kerja dengan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan termasuklah seseorang kontraktor bebas yang digunakan khidmat oleh seorang majikan atau bekerja sendiri.

20

Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri (Seksyen 15, AKKP) “Setakat Yang Praktik…” 1. Mengada dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat 2. Membuat perkiraan untuk menjamin keselamatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan (handling), penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan. 3. Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 4. Memastikan laluan keluar dan masuk tempat kerja yang selamat. 5. Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta kemudahan kebajikan pekerja. 21

i. Maklumat

iii. Latihan

ii. Arahan

Penalti kepada majikan: i. RM 50,000 atau ii. 2 tahun penjara atau iii. Kedua-duanya sekali

iv. Penyeliaan

22

Lain-lain Peruntukan Berkaitan Kewajipan Am Majikan 1. Kewajipan MAJIKAN untuk tidak mengenakan caj Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) ke atas pekerja. (Seksyen 26) 2. Majikan tidak boleh mendiskriminasi terhadap pekerja (memecat, mencedera atau mengubah kedudukannya) (Seksyen 27) 3. Memberitahu mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan dan siasatan. (Seksyen 32) Nota: (Seksyen 32) JKKP dan Pegawai UTHM yang berkenaan seperti penyelia atau pengurus hendaklah diberitahu segera.

23

Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal (Seksyen 20, AKKP) “Setakat Yang Praktik…” 1. Memastikan loji atau bahan direkabentuk dan dibina supaya selamat dan tanpa risiko. 2. Mengatur untuk menjalankan ujian dan pemeriksaan 3. Menyediakan maklumat yang mencukupi 4. Membuat atau mengatur penyelidikan untuk mengurang atau menghapus bahaya loji atau bahan. 5. Memastikan cara membina atau memasang loji yang selamat.

Penalti kepada perekabentuk, pengilang atau pembekal: i. RM 20,000 atau ii. 2 tahun penjara atau iii. Kedua-duanya sekali 24

Kewajipan Am Pekerja (Seksyen 24, AKKP) 1. Memberi perhatian terhadap keselamatan dan kesihatan sendiri dan orang lain. 2. Bekerjasama dengan majikan atau orang lain di dalam perlaksanaan Akta ini. 3. Memakai dan mengguna Kelengkapan Pelindungan Diri (PPE) 4. Mematuhi arahan atau langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan Penalti kepada pekerja: i. RM 1,000 atau ii. 3 bulan penjara atau iii. Kedua-duanya sekali 25

Lain-lain Kewajipan Am Pekerja (Seksyen 25 AKKP) PEKERJA dengan sengaja tidak boleh mengganggu apa-apa yang diadakan untuk kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

26

Amalan Kerja Selamat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pastikan kesihatan memuaskan untuk bekerja Pastikan Persekitaran Kerja yang selamat Gunakan peralatan yang betul untuk sesuatu kerja Patuhi arahan papan tanda keselamatan Selenggara dan gunakan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Amalkan kekemasan di tempat kerja (seperti EKSA) Makan di tempat yang dibenarkan

27

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Seksyen 16, AKKP) Objektif: 1. Mempamerkan komitmen dan keperihatinan universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja. 2. Menjadi asas kepada pembangunan dan perlaksanaan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 3. Merangkumi semua aktiviti kerja dan proses membuat keputusan di dalam universiti. Seksyen ini hendaklah terpakai kepada tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri kecuali mereka yang menjalankan sesuatu perusahaan dengan tidak lebih daripada lima (5) orang pekerja.

28

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKKP) (Seksyen 30, AKKP) Objektif 1. Meningkatkan kerjasama dan perundingan di antara majikan dan pekerja dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 2. Mengadakan saluran komunikasi dua-hala yang menyalurkan maklumat yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 3. Meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan pekerja berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Syarikat yang mengambil 40 orang atau lebih pekerja adalah dikehendaki mewujudkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan

29

Peraturan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKKP) 1996 Komposisi: Wajib ada pengerusi & setiausaha, dan 1. Minima 2 wakil pekerja dan 2 wakil pengurusan bagi syarikat yang mempunyai 100 orang pekerja atau kurang. atau 2. Minima 4 wakil pekerja dan 4 wakil pengurusan bagi syarikat yang mempunyai lebih dari 100 orang pekerja.

30

Fungsi utama Jawatankuasa KKP:1. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah KKP 2. Mengkaji semula keberkesananan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja 3. Menjalankan kajian tentang arah aliran (trend) kemalangan 4. Mengkaji semual dasar KKP

31

Tujuan siasatan kemalangan 1. Mengetahui punca kemalangan 2. Mengambil langkah pencegahan agar kemalangan yang serupa tidak berulang 3. Merekodkan semua fakta berkenaan kemalangan tersebut untuk pelbagai tujuan (kos, tuntutan dan lain-lain) 4. Membuat dan mengkaji arah aliran (trend) kemalangan Pemeriksaan di tempat kerja boleh dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan: i. Menggunakan senarai semak yang disediakan khas ii. Sekurang-kurangnya sekali setiap tiga (3) bulan iii. Menyediakan laporan dan serahkan kepada pihak pengurusan

32

Akta Kilang & Jentera 1967 Jumlah Seksyen, Peraturan dan Rule i. 58 Seksyen ii. 14 Peraturan iii. 1 Rule

Antara Peraturan-peraturan dan perintah di bawah AKJ 1967: 1. Peraturan-peraturan KJ (Lif Elektrik Penumpang-Penumpang dan Barang-Barang) 1970 2. Peraturan-peraturan KJ (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan) 1970 3. Peraturan-peraturan KJ (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970 4. Peraturan-peraturan KJ (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) 1970 5. Peraturan-peraturan KJ (Pendedahan Bunyi Bising) 1989 6. Peraturan-peraturan KJ (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan)) 1986

33

Akta Kilang & Jentera 1967 Sijil Perakuan Kelayakan dari Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) i. Mesin Angkat (Hoisting Equipment) – Perakuan Mesin Angkat (PMA) ii. Dandang Stim (Steam Boilers) – Perakuan Mesin Dandang (PMD) iii. Pengandung Tekanan (Pressure Vessels) – Perakuan Mesin Tekanan (PMT) Contoh-contoh peralatan yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan:i. PMA (lif, kren, eskalator & gondola) ii. PMD (kebuk dandang – pendandang stim) iii. PMT (kebuk tekanan – pengandung tekanan) 34

1. Sijil Pendaftaran dan Kelayakan Pekerja (Orang Yang Kompeten) 1. 2. 3. 4.

Pemandu Kren (Mobile, Tower) Pemasang Perancah (Competent Scaffolder) Pemandu Enjin: Enjin Stim, Enjin Pembakar Dalam (ICE) Jurutera: Dandang, Enjin Stim, Enjin Pembakaran Dalama (ICE)

2. Tempat Kerja: Perlu pemantauan dan pengawasan perubatan

35

Akta Bekalan Elektrik 1990 Di bawah Peraturan-peraturan Elektrik 1994, berikut adalah Orang Yang Kompeten: i. Jurutera Perkhidmatan Elektrik ii. Jurutera Elektrik Kompeten iii. Penyelia Elektrik iv. Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) v. Pendawai Elektrik (Satu Fasa, Tiga Fasa) vi. Pencantum Kabel 36

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Antara Peraturan-peraturan di bawah AKAS 1974: 1. Peraturan Udara Bersih 1978 2. Peraturan Kumbahan dan Effflueneffluen Perindustrian 1979 3. Peraturan Bahan Buangan Terjadual 2005

37

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 1. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 dan menjadi sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985. 2. Penubuhan PERKESO bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. 3. PERKESO memberikan perlindungan melalui dua skim: 1. Skim Insurans Bencana Pekerjaan 2. Skim Pencen Ilat 38

Objektif Penubuhan PERKESO: 1. Melaksana dan mentadbir Skim-Skim Keselamatan Sosial Pekerja iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat 2. Mendaftar majikan dan pekerja 3. Memproses tuntutan dan membayar faedah keapda pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya 4. Menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional seta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan 39

Tanggungjawab Majikan, Seksyen 7: i. Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftara dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 ii. Memastikan semua pekerja yang diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka dibayar. Seskyen 94: Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman dan sebagainya: i. Penjara 2 tahun maksima atau ii. Denda maksima RM 10,000 atau iii. Kedua-duanya sekali 40

Skim Insurans Bencana Pekerjaan Faedah perubatan Faedah hilang upaya sementara dan kekal Elaun layanan sentiasa Faedah orang tanggungan Faedah pengurusan mayat Faedah pemulihan Faedah pendidikan

Skim Pencen Ilat Pencen ilat Bantuan ilat Pencen penakat Elaun layanan sentiasa Faedah pengurusan mayat Faedah pemulihan Faedah pendidikan

41

Penguatkuasa 1.

AKKP 1994 & AKJ 1967 Ketua Pengarah dan Pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia a) Kad Kuasa b) Kuasa untuk masuk ke dalam premis, memeriksa, menyiasat, mengambil contoh (sample) dan lain-lain. c) Mengeluarkan notis pembaikan dan larangan d) Meminta rekod pengeluaran sesuatu loji

2.

Akta Bekalan Elektrik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan Pegawai Suruhanjaya Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

3.

Akta Kualiti Alam Sekeliling Ketua Pengarah dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

4.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja Ketua Eksekutif dan Pegawai PERKESO, Kementerian Sumber Manusia

42

Video Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

43

Modul 2 Kemalangan & Penyakit Pekerjaan

44

Video Kemalangan & Penyakit Pekerjaan

45

Objektif Pada akhir sesi ini peserta boleh: 1. Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau penyakit pekerjaan. 2. Menerangkan perlakuan tidak selamat (unsafe act) dan keadaan tidak selamat (unsafe condition) 3. Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit pekerjaan boleh dicegah

46

Kandungan Modul 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tafsiran Insiden dan Kemalangan Punca-punca Insiden Mitos dan Fakta Mengenai Kemalangan Teori Bongkah Ais Prinsip Pencegahan Kemalangan Statistik Kemalangan Kajian Kes 47

Tafsiran Insiden: 1. Kejadian atau siri kejadian yang tidak dirancang 2. Berpotensi mengakibatkan:i. ii. iii. iv. v.

Kecederaan atau penyakit Keracunan Kerosakan (kehilangan) harta Kesan kepada alam sekitar Kesan kepada pihak ketiga

Insiden = Kemalangan, Kemalangan Nyaris, Kejadian Berbahaya 48

Kemalangan:1. Satu kejadian yang tidak dirancang 2. Berlaku dalam satu rangkaian kejadian 3. Disebabkan oleh punca yang berganda atau kombinasi dari beberapa kejadian dan 4. Menyebabkan: i. ii. iii. iv.

Kecederaan atau penyakit kepada individu Kerosakan harta benda Pencemaran alam sekitar atau Sebarang gabungan daripada akibat di atas 49

Punca Kemalangan TEORI PUNCA BERGANDA (Multiple Causation Theory) Punca berganda merujuk kepada kenyataan bahawa sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh lebih daripada satu punca. Punca A Punca B

kemalangan Punca C Punca n

50

Kajian “Segitiga Tye-Pearson” Kajian “Segitiga Tye-Pearson” pada tahun 1974 oleh British Safety Council sering digunakan untuk menunjukkan bahawa bagi suatu kemalangan besar yang menimpa terdapat banyak kemalangan kecil yang telah terjadi sebelumnya di tempat atau daripada punca yang sama. 51

Punca-punca Insiden

52

Perlakuan Tidak Selamat

53

54

Keadaan Tidak Selamat

55

Kenal Pasti Perlakuan Tidak Selamat

56

Tanggungjawab pencegahan insiden di tempat kerja

57

58

59

Berita Mengenai Kemalangan

60

61

MITOS DAN FAKTA MENGENAI KEMALANGAN MITOS / TANGGAPAN i) MALANG TIDAK BERBAU ii) KEMALANGAN ADALAH DITAKDIRKAN iii) ADA ORANG YANG SENTIASA BERNASIB MALANG iv) KESELAMATAN TIDAK PERLU DITITIKBERATKAN v) TANGGAPAN UMUM BAHAWA KEMALANGAN ITU PERKARA BIASA (COMMON SENSE)

FAKTA i) KEMALANGAN BOLEH DIJANGKA ii) KEMALANGAN BOLEH DIELAKKAN iii) KESELAMATAN PEKERJA PERLU DIURUS iv) BEKERJA SECARA SELAMAT ADALAH WAJIB v) MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

62

Teori Bongkah Ais Kos Langsung 1. Perubatan 2. Pampasan

Kos Tidak Langsung 1. Kos Pengganti, latihan, menyiasat dan lain-lain • Gaji dibayar kepada mangsa • Bayaran kerja lebih masa kepada pengganti • Kos latihan pekerja baru • Kos akibat kurang upaya mangsa 2. Membaiki kerosakan harta benda 3. Membaiki atau mengganti peralatan 4. Penggantian produk dan bahan 5. Kelewatan dan gangguan servis 6. Imej syarikat yang tercemar

63

Prinsip Pencegahan Kemalangan 1. Amalkan langkah-langkah pencegahan kemalangan dalam setiap aktiviti. 2. Perlu ada kerjasama yang baik di antara pengurusan dan pekerja. 3. Usaha untuk meningkatkan keselamatan mesti diterajui oleh pihak pengurusan tertinggi. 4. Ada Dasar Keselamatan yang jelas 5. Ada organisasi dan sumber yang mencukupi 6. Gunakan pengetahuan dan teknologi terkini dalam kerja, setakat yang praktik 64

Statistik Kemalangan Pekerjaan di Malaysia (2008) Lebih 10 juta Pekerja dari 707,198 tempat kerja Kemalangan industri yang dilaporkan (termasuk pekerja asing dan penjawat awam) i. 56,095 kemalangan industri ii. 25,592 kes hilang upaya kekal iii. 1,301 kemalangan maut Sumber: Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, KSM 65

Statistik Kemalangan Industri yang Dilaporkan kepada PERKESO

1. Kadar kemalangan di negara-negara maju: 3 kes bagi setiap 1,000 pekerja 2. Kadar kemalangan negara (tahun 2008): 6.8 kes bagi setiap 1,000 pekerja

66

Kajian Kes – Jatuh Tangga Dalam satu siasatan kes jatuh tangga, didapati:

Perlakuan yang tidak selamat

Menggunakan tangga yang rosak

Keadaan yang tidak selamat

Tangga yang rosak

Langkah pencegahan

Tidak menggunakan tangga yang rosak

Dalam kes di atas, persoalan berikut boleh membantu mencari punca berlakunya kemalangan tersebut. 1. Mengapakah tangga itu tidak dijumpai semasa pemeriksaan? 2. Mengapakah penyelia membenarkan penggunaannya? 3. Adakah mangsa mengetahui ia tidak sepatutnya digunakan? 4. Adakah mangsa telah diberikan latihan yang mencukupi? 5. Adakah mangsa telah diingatkan supaya tidak menggunakan tangga tersebut? 6. Adakah penyelia telah melakukan pemeriksaan sebelum kerja tersebut dilakukan? Perhatian: Punca di atas adalah di bawah pengawalan pihak pengurusan

67

Video Workshop

68

Modul 3 Hazad dan Risiko di Tempat Kerja

69

Pengenalan Objektif Pada akhir sesi ini peserta akan berupaya: 1. Mengenalpasti hazard dan risiko di tempat kerja 2. Menerangkan risiko akibat dari pendedahan kepada hazard

70

Kandungan Kursus 1. 2. 3. 4.

Tafsiran hazard, bahaya dan risiko Kategori hazard Risiko pendedahan hazard Kuiz mengenalpasti hazard

71

Tafsiran Hazard – Suatu sumber atau situasi yang berpotensi mendatangkan kemudaratan dalam bentuk kecederaan, penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kemusnahan kepada alam sekitar atau gabungannya. Bahaya – Pendedahan relatif kepada hazard Risiko – Gabungan kecenderungan atau kebarangkalian berlakunya sesuatu kejadian berhazard dalam jangkamasa atau keadaan tertentu dengan kadar keterukan kecederaan atau kemusnahan kepada manusia, kerosakan hartabenda, kemusnahan kepada alam sekitar atau gabungannya Risiko = Kebarangkalian x Keterukkan 72

Kategori Hazard Kategori Hazard Fizikal Kimia Biologi Ergonomik

Psikososial

Contoh Bunyi, sinaran, pengalihudaraan, tegasan haba, pencahayaan & elektrik Racun serangga, pelarut dan logam berat Serangga berbahaya, virus, bakteria dan parasit Hubungan manusia dengan mesin, kedudukan dan postur kerja Tekanan kerja, hubungan sesama pekerja di dalam organisasi, bekerja terlalu lama & kerja syif

73

1. 2. 3. 4. 5.

Manusia Peralatan Bahan Persekitaran Kaedah

74

Hazard Fizikal: Elektrik Tenaga elektrik ialah hazard yang: i. Tidak boleh dilihat ii. Tidak berbau iii. Tidak berbunyi Pengaliran Elektrik 1. Tenaga elektrik boleh mengalir menerusi bahan pengalir dikenali sebagai konduktor. –

Contoh: besi, logam, air serta tubuh manusia

2. Bahan yang tidak mengalirkan tenaga elektrik dikenali sebagai penebat. –

Contoh: kayu, plastik, kaca serta getah 75

Risiko – Risiko Berkaitan Tenaga Elektrik 1. Kejutan / Renjatan elektrik i.

Sentuhan langsung kepada pengalir elektrik bertenaga 50 a.u. atau lebih boleh mendatangkan kecederaan ii. Sentuhan tidak langsung dengan bahagian pengalir yang terdedah, yang menjadi tenaga di dalam keadaan rosak. Pada keadaan normal ia tidak mencederakan. iii. Tiga faktor yang terlibat di dalam kejutan elektrik: a.

b. c.

RINTANGAN: Semakin rendah rintangan badan manusia, semakin besar potensi risiko kejutan berlaku VOLTAN: Semakin tinggi voltan, semakin besar potensi risiko kejutan elektrik berlaku ARUS: Semakin tinggi arus, semakin besar potensi risiko kejutan elektrik berlaku

76

2. Kelecuran i. Berlaku pada bahagian anggota badan yang bersentuhan dengan pengalir yang hidup ii. Pada titik kemasukan dan keluar arus elektrik yang mengalir menerusi badan iii. Berpunca daripada arus elektrik yang mengarka (contoh: kilat atau flashover)

77

3. Letupan Disebabkan oleh litar pintas atau percikan dari sambungan elektrikal. Contoh: Litar pintas semasa kerja-kerja penyelenggaran. 4. Kebakaran i. Tenaga elektrik adalah salah satu punca bagi kebanyakan kejadian kebakaran ii. Punca bagi pencucuhan elektrik meliputi: a. b. c. d. e.

Percikan –di antara pengalir Arka – perlepasan tenaga yang lebih besar Litar pintas elektrik Beban berlebihan Kerosakan pada pendawaian 78

5. Elektrik statik i. Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Contoh: pengaliran minyak di dalam hos semasa pemindahan atau pengisian ii. Elektrik statik boleh menjadi punca bahaya jika percikannya berlaku di dalam ruang udara mudah terbakar, yang akan mengakibatkan letupan dan kebakaran 79

Lebih dari 40,000 kecederaan dan kematian dilaporkan Setiap tahun disebabkan oleh jatuh di seluruh dunia Jatuh adalah merupakan punca utama kemalangan maut di dalam industri pembinaan. 33% dari kemalangan tersebut menyebabkan kematian.

80

HAZARD FIZIKAL : BEKERJA DI TEMPAT TINGGI 1. Pekerja jatuh Contoh: Pekerja jatuh dari menara talian, tiang talian, tangga, perencah, pelantar atau jatuh ke dalam lubang yang digali

2. Objek jatuh Contoh: objek jatuh dari bangunan tinggi, tanah runtuh atau perencah runtuh 81

HAZARD FIZIKAL : BEKERJA DI RUANG TERKURUNG Tafsiran ruang terkurung: Bahagian atas badan seseorang dan atau kepalanya berada di dalam ruang terkurung. Contoh-contoh ruang terkurung: i. Lurang ii. Fasiliti bawah tanah iii. Peparitan, Pit iv. Lubang yang digali > kedalaman 1.5 m Aktiviti di ruang terkurung: i. Senggaraan ii. Pemeriksaan iii. Ubah suai iv. Pemasangan 82

i. Kurang Oksigen → Lemas ii. Gas atau wasap mudah terbakar iii. Gas toksik a) b)

H2S (Hidrogen Sulfida) CO (Karbon Monoksida)

iv. Fizikal a) b) c) d) e)

v.

Suhu panas Bunyi bising Habuk Kegelapan Renjatan elektrik

Biologi a) b)

Serangga Haiwan berbisa

83

HAZARD FIZIKAL : RADIASI 1. Risiko kepada kesihatan bergantung kepada dos sinaran 2. Penyakit akibat radiasi: i. Rosak sum-sum tulang (bone marrow) ii. Kanser paru-paru dan kulit iii. Kerosakan genetik

3. Tiga prinsip perlindungan dari sinaran: Tempoh Dedahan

Jarak Dedahan

Pendinding

84

HAZARD FIZIKAL : KERJA PANAS & API Risiko berkaitan kerja kimpalan atau pemotongan besi dan kebakaran: 1. Gas dan wasap (fume) berbahaya 2. Suhu tinggi mengakibatkan tangan berpeluh, cermin mata keselamatan kabur dan pening kepala 3. Sinaran panas dari kimpalan arka boleh mengakibatkan kecederaan mata 4. Tegasan haba, keletihan, kekejangan, dehidrasi dan kelecuran 5. Terhidu gas beracun 85

HAZARD FIZIKAL : BUNYI BISING 1. Tafsiran Bunyi Bising: i. ii.

Bunyi yang tidak dikehendaki dan merupakan satu bentuk tenaga Diukur dalam unit decibel (dB)

2. Kecederaan bergantung kepada: i. ii. iii. iv. v.

Kekuatan bunyi bising Tempoh terdedah pada bunyi bising Kekerapan pendedahan Frekuensi (kadar getaran) Jenis bunyi bising (denyutan atau berterusan) 86

Anggaran Umum untuk Kebisingan Berkaitan Pekerjaan

87

Jenis Pendedahan Akut (acute) Kronik – Temporary Threshold Shift (TTS) Kronik – Permanent Threshold Shift (PTS)

Tafsiran

Kesan serta merta Semua atau sebahagian akan pulih apabila pendedahan tersebut diberhentikan Pemulihan tidak sepenuhnya

Risiko

i. Merosakkan gegendang telinga ii. Merosakkan Osikel telinga i. Bunyi berdengung di dalam telinga (Tinnitus) ii. Hilang pendengaran iii. Rosak pada bahagian tengah telinga iv. Rosak pada bahagian dalam telinga disebabkan kekerapan pendedahan yang tinggi v. Masalah komunikasi

Peringatan! Pekak yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi bising tidak dapat diubati atau dipulihkan 88

HAZARD KIMIA Cara kemasukan dan risikonya: 1. Serapan menerusi kulit dan percikan ke mata – kelecuran, gatal, buta dan sebagainya 2. Sedutan atau hiduan melalui pernafasan – pening kepala, mual, muntah-muntah 3. Makan atau minum – kerosakan kepada organ dalaman 4. Suntikan atau tersusuk – kerosakan kepada organ dalaman, gatal atau sebagainya 89

HAZARD BIOLOGI 1. Hazard biologi seperti serangga, virus, bakteria dan parasit yang terdapat di tempat kerja. 2. Pastikan serangga dan reptilia berbahaya dihapuskan atau dikawal sebelum memulakan kerja

90

HAZARD ERGONOMIK Tafsiran: Ergonomik adalah ilmu sains yang menyesuaikan cara dan persekitaran kerja kepada pekerja. Faktor risiko ergonomik di tempat kerja 1. Kerja yang menggunakan kekuatan tenaga manusia 

2.

Ulangan atau kekerapan jangkamasa 

3.

Kerja yang sama dilakukan berulang-ulang dan berterusan

Kedudukan badan semasa kerja  

4.

Menggunakan kekuatan fizikal secara belebihan (angkat, tolak & tarik)

Kedudukan badan / kerja yang tidak natural Kedudukan beban tidak selari dengan paksi tulang belakang

Gegaran  

Pemandu lori Pengguna mesin pemampat

91

HAZARD PSIKOSOSIAL a) Percintaan b) Tekanan kerja

h) Perkahwinan i) Keluarga

c) Kesedihan d) Runsing e) Cemburu

j) Seksual k) Kewangan l) Pekerjaan

f) Konflik g) Politik

m) Tekanan Persekitaran n) Salahguna Dadah

92

KEMALANGAN DI UNIVERSITI Iktibar daripada kemalangan dalam universiti di Malaysia

93

PENGENALPASTIAN HAZARD

94

Modul 4 Langkah Pencegahan & Perlindungan

95

PENGENALAN Objektif: Di akhir sesi ini peserta akan dapat: 1. Menerangkan Prinsip Pengawalan Risiko 2. Menjelaskan pentingnya pengurusan risiko di tempat kerja

96

KANDUNGAN 1. Kaedah pengawalan risiko mengikut hirarki 2. Contoh-contoh kaedah pengawalan risiko 3. Aturan Keselamatan: a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Keselamatan elektrik Kebakaran Ruang terkurung Penggunaan mesin angkat Perancah Pengendalian sisa buangan Keselamatan lalulintas di kawasan universiti Keselamatan Pengendalian Gas Keselamatan Kerja-kerja Khas

4. Kekemasan di tempat kerja 5. Sesi Toolbox 97

Di mana risiko boleh dikawal? PUNCA

LALUAN

PEKERJA

• Tenaga Elektrik • Bunyi Bising • Bahan Kimia • Suhu Panas • Gas & Wasap

• Pelindung • Pengepung • Pengadang • Kawalan Kejuruteraan

Kawalan melalui • Peraturan • Pentadbiran • PPE

98

KAEDAH PENGAWALAN RISIKO MENGIKUT HIRARKI 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Penghapusan Penggantian Pengasingan Kawalan Kejuruteraan Kawalan Pentadbiran Kelengkapan Pelindung Diri (PPE)

99

1. Penghapusan i. Menghapuskan hazard atau risiko ii. Kaedah yang ideal dan terbaik Contoh: Tidak menggunakan mesin yang melebihi had bunyi bising yang dibenarkan  Tidak mengangkat beban atau bahan kerja yang melebihi muatan atau had selamat. 100

2. Penggantian Menggantikan bahan berbahaya yang digunakan dengan bahan yang tidak atau kurang berbahaya. Contoh:i. Menggantikan tiang kayu dengan tiang konkrit ii. Menggantikan pengalir tidak bertebat (bare conductor) dengan pengalir bertebat (insulated conductor)

101

3. Pengasingan Mengasingkan punca hazard atau proses berisiko dari pekerja Contoh:i. Asingkan pemampat udara dari tempat kerja untuk mengurangkan bunyi bising ii. Sediakan laluan khas untuk motosikal di jalanraya 102

4. Kawalan Kejuruteraan i.

Mengubahsuai punca hazard atau proses berisiko menggunakan kaedah kejuruteraan ii. Memasang peralatan yang berupaya mengawal punca hazard atau proses berisiko terhadap pekerja mengikut kaedah kejuruteraan Contoh: Tutup peralatan yang bising, panas atau mempunyai bahagian yang berputar  Pasang alat atau penutup keselamatan  Pasang kipas pengalihudaraan 103

Pasang dinding perlindungan untuk mengurangkan haba dari tempat pembakaran

104

5. Kawalan Pentadbiran Menyediakan cara atau peraturan kerja untuk mengurangkan risiko dan pendedahan kepada hazard. Contoh: i. Kurangkan jumlah pekerja yang terdedah kepada hazard ii. Kurangkan masa pendedahan kepada hazard iii. Sediakan jadual gantian atau jadual syif iv. Sediakan peraturan khas seperti lockouttagout & Permit to Work (PTW)

105

Prosedur Kerja Selamat (SOP) i. Satu kaedah pentadbiran yang menyediakan panduan dan cara yang selamat untuk melakukan sesuatu kerja dan mencegah dari perlakuan yang tidak selamat ii. Memberi panduan menyeluruh bagi setiap langkah, bagaimana hendak melaksanakan kerja atau menggunakan alat tertentu dengan selamat 106

Analisis Kerja Selamat / Job Safety Analysis (JSA)  Juga dikenali sebagai Analisis Hazard Kerja / Job Hazard Analysis (JHA)  Satu proses di mana hazard yang terdapat pada setiap langkah kerja dikenalpasti dan langkah kawalan diambil untuk mengurangkan risiko kepada pelanggan, pekerja, peralatan, harta benda dan alam sekeliling. Kaedah penyediaan JSA: i. Senaraikan aktiviti yang berisiko ii. Kenalpasti langkah-langkah bagi aktiviti tersebut iii. Kenalpasti hazard iv. Sediakan langkah kawalan v. Kenalpasti pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah kawalan vi. Bangunkan prosedur kerja selamat vii. Berikan latihan kepada semua yang terlibat viii. Semak secara berkala

107

Metodologi JSA AKTIVITI Kimpalan

HAZARD Silau Percikan arka

KAEDAH KAWALAN Pakai cermin mata keselamatan Pakai sarung tangan dan pakaian keselamatan

108

PERMIT KERJA i.

Permit Utama Sijil kelulusan kerja yang diperlukan untuk sebarang kerja yang hendak dilakukan di kawasan tersebut • Permit Kerja Elektrik • Permit Kerja Angkat • Permit Kerja Tempat Tinggi • Permit Kerja Panas

ii. Permit Kerja Kontraktor Yang diperlukan di tempat kerja tertentu seperti kawasan pembinaan, diadakan khusus untuk mengelak kemalangan dan diuruskan oleh penyelia keselamatan tapak bina http://oshe.uthm.edu.my/v2/ 109

Papan Tanda

110

6. Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) i.

Kelengkapan keselamatan dan perlindungan khas perlu disediakan untuk kegunaan kerjakerja tertentu atau untuk kerja menyelamat. ii. Dibahagikan kepada 5 kategori:     

Kepala Mata dan muka Pendengaran Pernafasan Badan termasuk tangan, kaki dan perlindungan semasa bekerja di tempat tinggi 111

Perlindungan Pernafasan 1. Topeng pernafasan pakai buang: i. ii.

Digunakan untuk debu dan asap biasa Tidak sesuai untuk wasap atau gas beracun

2. Topeng separuh muka dengan katrij yang boleh diganti: i.

Digunakan semasa mencampurkan bahan kimia atau menyembur racun serangga ii. Topeng: dibuat dari bahan getah atau plastik yang mudah lentur iii. Penapis atau katrij: gunakan yang bersesuaian dengan bahan yang hendak ditapis

3. Self Contained Breathing Apparatus dan lain-lain alat pernafasan i. ii.

Digunakan di tempat yang kurang kandungan oksigen Dari jenis yang diluluskan: AS/NZS 1714, DOSH 112

113

Pakaian Keselamatan Jaket Pemantul Cahaya (Vest Reflective)

Abah-abah Keselamatan (Body Harness)

114

ATURAN KESELAMATAN 1. Keselamatan Elektrik a) Kompetensi i.

ii.

Hanya pekerja yang memiliki sijil kompetensi daripada Suruhanjaya Tenaga dibenarkan memohon permit kerja-kerja pemasangan, baikpulih dan penyenggaraan. Orang yang kompeten ini juga bertanggungjawab menyelia pekerja-pekerja lain.

b) Amalan ketika bekerja berhampiran atau dengan peralatan elektrik yang masih hidup merangkumi:i. ii. iii. iv.

Dapatkan permit kerja daripada OSHE UTHM Gunakan perkakasan bertebat yang diluluskan Patuhi prosedur kerja selamat (SOP) Dilarang memakai barang berlogam seperti cincin, tali pinggang berkepala logam dan jam tangan semasa melakukan kerja-kerja pensuisan (switching) 115

c) Amalan Kerja Pada Pepasangan Elektrik i.

Bahagian pepasangan elektrik yang berlogam yang boleh dicapai hendaklah mempunyai wayar bumi. ii. Wayar mudah lentur, palam, soket dan penyambung mestilah mematuhi piawaian iii. Suis bekalan utama hendaklah diletakkan pada lokasi yang sesuai, mudah dicapai dan posisi “ON” dan “OFF” dikenalpasti iv. Peralatan hendaklah kerap diperiksa dan disenggara v. Peralatan yang rosak hendaklah diasingkan dan dilaporkan vi. Matikan bekalan elektrik sebelum kerja-kerja baikpulih, servis atau ubahsuai sebarang peralatan atau mesin vii. Sesuatu litar elektrik hendaklah dielakkan dari terlebih beban viii. Extension kabel yang digunakan mesti dilengkapi dengan portable Residual Current Device (RSD) ix. Kakitangan hendaklah dilatih di dalam prosedur keselamatan dan rawatan kecemasan asas jika berlaku kejutan elektrik x. Peralatan elektrik hendaklah dilindungi dari kesan persekitaran dan bahaya-bahaya lain seperti cuaca, basah, haba, habuk dan kotoran, karatan, kebakaran dan letupan 116

d) Konsep Lockout / Tagout i.

Pengunci (Lock) dipasang untuk mengelakkan pengaliran tenaga secara tidak sengaja ii. Orang kompeten yang bekerja pada sesuatu peralatan mestilah memasang pengunci (lock) dan tag miliknya sendiri. iii. Penggunaan pengunci (lock) secara berkongsi bagi kumpulan kerja yang berbeza adalah dilarang iv. Tag penguncian (tagout) dipasang untuk memberikan amaran dan identiti diri orang yang memasangnya 117

2. Kebakaran a) Langkah Pencegahan i.

Kawal punca suhu panas dan api Contoh: Sistem pemanas, geseran, permukaan panas, elektrik, api rokok dan kimpalan

ii.

Kawal bahan mudah terbakar Contoh: Bahan mudah terbakar, tumpahan cecair mudah meruap dan mudah terbakar atau kebocoran (gas dan wasap)

iii. Pasang alat penggera dan alat pengesan kebakaran a) b) c) d)

Alat pengesan suhu panas atau haba Alat pengesan sinaran Alat pengesan asap Alat pengesan kebocoran gas

118

b) Alat pemadam api i.

Terdapat DUA jenis kumpulan alat pemadam api iaitu TETAP dan MUDAH ALIH

119

ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH AS1850 / AS2444 Sesuai untuk digunakan ketika kebakaran yang melibatkan Kayu, kertas, tekstil, sampah dan lain-lain

Air (Water)

Buih (Foam)

Konduktif secara elektrik

√ Paling sesuai

Cecair mudah terbakar larut dalam air, petrol, kerosin dan lain-lain Cecair mudah terbakar larut dalam air, aseton, alkohol dan lain-lain

Minyak, lemak dan lain-lain √

Dry Chemical

Konduktif secara elektrik







√ Paling sesuai





√ Memerlukan buih (foam) khas



















Peralatan elektrik hidup Kenderaan motor

Karbon Dioksida



120

Empat perkara perlu wujud untuk menyebabkan kebakaran: i. Bahan Bakar ii. Haba yang cukup mendorong kenaikan suhu bahan tersebut kepada paras suhu pencucuhannya iii. Oksigen yang mencukupi untuk menyebabkan pembakaran iv. Tindakbalas luahaba (eksotermik) bahan-bahan tersebut Nota : Dengan menghapuskan salah satu daripada empat element tersebut, maka kebakaran tidak akan berlaku atau api akan terpadam

Oksigen, haba dan bahan bakar adalah pelengkap kepada ‘segi tiga api’. Dengan kewujudan elemen yang keempat iaitu tindakbalas kimia, proses kebakaran akan berulang secara berterusan yang disebut sebagai ‘tetrahedron’

121

c) Prinsip Memadam Kebakaran

122

3. Ruang Terkurung a) Syarat-syarat Bekerja di Ruang Terkurung i.

Pekerja-pekerja terlibat mestilah berkelayakan dan mempunyai kad perakuan latihan memasuki Ruang Terkurung dari NIOSH bagi: a. b. c. d. e.

Penguji Gas Bertauliah (Authorized Gas Tester) Wajib berdaftar dengan JKKP Penyelia Kemasukan (Entry Supervisor) Orang Yang Dibenarkan Masuk (Authorised Entrant) Orang Yang Menjaga (Standby Person)

ii.

Mempunyai Permit Untuk Bekerja (PTW) yang sah, termasuk untuk ujian gas dan dokumen lain yang berkaitan iii. Pengalihudaraan yang berterusan iv. Peralatan kecemasan dan bantuan menyelamat yang mencukupi v. Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) atau pakaian yang bersesuaian dan lengkap 123

4. Penggunaan Mesin Angkat a) Syarat-syarat penggunaan mesin angkat:i. ii. iii. iv.

Mempunyai Sijil Perakuan Mesin Angkat (PMA) yang sah Disenggara secara berkala Mempunyai functional limit switches Operator kren (mobile, crawler dan tower crane) mestilah mempunyai sijil kompetensi dan berdaftar dengan JKKP v. Kawasan operasi perlu dikepung atau dipagar (barricaded) vi. Beban kerja selamat (SWL) tidak boleh melebihi had vii. Bagi kerja di dalam zon voltan tinggi, kren bergerak hendaklah dibumikan 124

5. Perencah

KAWALAN KESELAMATAN UNTUK PERENCAH

Mendiri, memasang dan mengubahsuai dibawah pengawasan orang yang kompeten Perancah yang digunakan mestilah dari bahan aluminium dan menepati piawaian BS 1139 Pemasangan perancah jenis tubular dan modular melebihi 40 meter dan lain-lain perancah melebihi 15 meter mestilah mempunyai lukisan binaan dan yang disahkan oleh Jurutera Profesional (PE) 125

6. Pengendalian Sisa Buangan a) Sisa Buangan Domestik Sisa buangan seperti kertas, plastik, kaca, sisa makanan dan sisa tumbuhan yang boleh dilupuskan di tapak pelupusan Pihak Berkuasa Tempatan

b) Sisa Buangan Terjadual i.

Buangan yang terkandung di dalam kumpulan atau yang telah disenaraikan di dalam Jadual Pertama di bawah PeraturanPeraturan Alam Sekelilingan (Bahan Terjadual) 2005. ii. Hanya boleh dilupuskan di tapak pelupusan yang diluluskan oleh JAS iii. Buangan Terjadual ini termasuklah sebarang buangan yang bercampur dengan minyak dan bahan kimia 126

7. Keselamatan Lalulintas di Universiti i.

Mempunyai lesen memandu yang sah, dokumen kenderaan dan pas kemasukan ii. Patuhi undang-undang lalulintas Contoh: Pakai tali pinggang keledar

iii. Lori terbuka tidak dibenarkan membawa penumpang dibelakangnya iv. Tidak dibenarkan membawa lebih muatan

127

8. Keselamatan Pengendali Gas i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Silinder untuk gas mudah terbakar hendaklah dilengkapi dengan ‘flash back arrester’ Gas mampat perlu disifatkan sebagai bahan letupan Silinder gas hendaklah disimpan tidak melebihi suhu 121 ˚C Silinder kosong hendaklah ditutup rapi dan ditandakan kosong serta disimpan di tempat berasingan. Silinder gas hendaklah diikat atau dirantai menegak secara individu supaya tidak jatuh Kaedah pengenalan kod warna dilaksanakan untuk membezakan isi kandungannya Dilarang menggunakan silinder yang tidak diketahui kandungannya Gunakan troli khas untuk memindahkan silinder

128

129

9. Keselamatan Dalam Kerja-kerja Khas a) Penggunaan Udara mampat i. ii. iii. iv. v. vi.

Mesti mempunyai Permit Mesin Tekanan (PMT) yang sah Pemeriksaan berkala atau berjadual Kakitangan yang terlatih Gunakan Kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Gunakan hos dan peralatan yang diluluskan Dilarang menggunakan udara mampat untuk membersihkan diri

b) Kerja Panas (Hot Work) – kerja kimpalan, memotong, menggerudi & lelasan i. ii. iii. iv. v.

Pekerja terlatih dan kompeten Memerlukan Permit Kerja Panas (Hot Work Permit) Pemerhati api (fire watcher) perlu ditempatkan Lakukan ujian gas Peralatan kerja perlu diasingkan dan bebas dari sebarang gas atau minyak 130

c) Kerja-kerja Mengorek atau Menggali i.

Memerlukan Permit untuk bekerja (PTW) ii. Kawasan dikepung dan diletakkan papan tanda iii. Shoring, sloping, bracing perlu dilaksanakan mengikut Peraturan Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan 1986, AKJ 1967 iv. Pastikan tiada pepasangan atau talian bekalan di bawah kawasan korekan 131

KEKEMASAN DI TEMPAT KERJA Kekemasan bukan hanya terhad kepada kebersihan sahaja. Ia juga meliputi: 1. Memastikan tempat kerja kemas dan tersusun 2. Lantai dan dinding bebas dari benda yang licin atau boleh menyekat dan tersangkut kaki 3. Pembuangan atau pelupusan bahan buangan 4. Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat simpanannya

132

SESI TOOLBOX Pengisian sesi toolbox: 1. Bacaan doa 2. Taklimat skop kerja 3. Penerangan prosedur kerja yang berkaitan 4. Kenalpasti hazard dan kawalan risiko 5. Beri penekanan kepada keperluan Permit Kerja 6. Isu-isu semasa di tempat kerja 133

Video Elakkan Kemalangan di Tempat Kerja

134

Emergency Contact Number

135

TERIMA KASIH [email protected] / 014-5384839 [email protected] / 0197926429 [email protected] / 012-7881237 [email protected] / 012-7805162 [email protected] / 010-8147475 Occupational Safety, Health & Environement (OSHE) Division Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor, Malaysia https://www.facebook.com/BahagianOSHEUTHM/

@uthmjohor

http://pinterest.com/uthmjohor

136