pemantapan pengurusan penilaian prestasi

memastikan fungsi dan objektif organisasi dipenuhi. ii. Penghasilan kerja yang baik dan ... serta menentukan rancangan kerja bahagian/ unit berasaskan...

0 downloads 12 Views 42KB Size
PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI 1.0

TUJUAN Panduan ini bertujuan menjelaskan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan peraturan pengurusan sistem penilaian prestasi yang sedia ada.

2.0

3.0

LATARBELAKANG 2.1

Pemantapan ini meliputi penilaian dari aspek kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi, kategori pencapaian prestasi pegawai dan penjelasan pemberian markah prestasi 90% dan ke atas.

2.2

Panduan ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Bil. 2 bertarikh 14 April 2009.

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI 3.1

Penilaian aspek kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Bagi membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengisi senarai kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi dan juga sebagai panduan kepada Pegawai Penilai membuat pemarkahan yang lebih tepat. Contoh pengisian kegiatan dan sumbangan yang lebih lengkap dan terperinci disediakan seperti di Lampiran A. Disamping itu, skala penilaian bagi kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi juga diperjelaskan bagi membantu Pegawai Penilai memberikan markah seperti di Lampiran B.

3.2

Kategori aspek kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Kategori pencapaian prestasi pegawai boleh dinilai sebagai cemerlang, baik, sederhana, kurang memuaskan dan lemah berdasarkan aspek kepimpinan, penghasilan kerja, pengetahuan, kemahiran, kepakaran, kualiti peribadi serta kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Penjelasan bagi setiap kategori pencapaian prestasi pegawai ini adalah seperti di Lampiran C. Kategori ini diperkenalkan bagi membantu Pegawai Penilai memberi markah penilaian yang selari dengan pencapaian prestasi PYD.

Page 1 of 7

3.3

Penjelasan pemberian markah prestasi 90% dan ke atas i. Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang iaitu 90% dan ke atas. ii. Contohnya seperti penambahbaikan atau pembaharuan yang dilaksanakan berkaitan dengan kerja dan bidang tugasnya atau lain-lain aktiviti yang memberi faedah kepada organisasi, perkhidmatan awam atau negara pada tahun yang dinilai seperti sumbangan atau penglibatan yang mendapat pengiktirafan di peringkat Komuniti/ Daerah/ Jabatan/ Kementerian/ Negeri/ Negara/ Antarabangsa. iii. Jika perlu, Pegawai Penilai boleh menyediakan penjelasan atau senarai aktiviti penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD dalam lampiran berasingan dan disertakan bersama Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

4.0

5.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4.1

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan perkara-perkara yang ditetapkan dalam panduan ini dilaksanakan sepenuhnya supaya proses pengurusan prestasi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

4.2

Ketua Jabatan juga perlu membantu dan memberi kerjasama supaya Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dapat membuat perakuan bagi penetapan Pergerakan Gaji Tahunan, penganugerahan, surat penghargaan dan sebagainya mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di Lampiran D.

RUJUKAN 5.1

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat & Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A) 176/2005;

5.2

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 (Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam).

Page 2 of 7

LAMPIRAN A

CONTOH PENGISIAN PADA KEGIATAN/ AKTIVITI/ SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI

Senarai kegiatan/ aktiviti/ sumbangan

Peringkat kegiatan/ aktiviti/ sumbangan (nyatakan jawatan atau pencapaian)

1) MERCY i) Program Bantuan Mangsa Gempa Bumi di Jakarta

1) Antarabangsa (AJK Logistik)

2) Jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Kementerian 2008

2) Jabatan (Penyambut Tetamu)

3) Ahli Puspanita i) Ceramah Motivasi Pelajar UPSR 2008 ii) Program Tadarus Al-Quran 2008

3) Jabatan (AJK Agama/ Kebajikan – terlibat dalam penganjuran)

4) Pemain Pasukan Bola Tampar Bahagian i) Pertandingan Antara Bahagian 2008

4) Bahagian/ Jabatan (Pemain)

5) Badan Kebajikan Penduduk Taman i) Sukaneka 2008 ii) Gotong Royong membersih Surau Taman iii) Majlis Qurban Aidil Adha 2008

5) Komuniti (menyertai aktiviti yang dianjurkan)

Page 3 of 7

LAMPIRAN B CONTOH PEMBERIAN MARKAH

Peringkat kegiatan/ aktiviti/ sumbangan (Jawatan atau pencapaian)

Markah

Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon/ Kementerian/ Jabatan/ Komuniti

9-10

-

Pengerusi/ Ketua Pasukan/ Setiausaha/ Bendahari dan lain-lain jawatan kepimpinan utama

Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon/ Kementerian/ Jabatan/ Komuniti -

Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan/ Program/ Aktiviti Sukan Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah

Peringkat Bahagian/ Cawangan/ Sektor/ Unit -

3-4

Ahli Biasa Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah

Peringkat Bahagian/ Cawangan/ Sektor/ Unit -

5-6

Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan/ Program/ Aktiviti Sukan Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah

Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon/ Kementerian/ Jabatan/ Komuniti/ Bahagian/ Cawangan/ Sektor/ Unit -

7-8

1-2

Ahli Biasa Aktiviti kurang dari tiga (3)

Tiada aktiviti disenaraikan

0

Page 4 of 7

LAMPIRAN C KATEGORI PENCAPAIAN PRESTASI PEGAWAI

Kategori

Markah (%)

Penjelasan Kategori Pencapaian

Cemerlang

90 – 100

i. Memiliki kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi tercapai. ii. Penghasilan kerja yang cemerlang dan sentiasa melebihi standard yang ditetapkan. iii. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan diakui serta sentiasa menjadi pakar rujuk. iv. Memiliki kualiti peribadi yang cemerlang dan dijadikan contoh ikutan.

Baik

80 – 89.99

i. Berupaya mentadbir/ menyelia dengan baik dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi dipenuhi. ii. Penghasilan kerja yang baik dan sentiasa menepati standard maksima yang ditetapkan. iii. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan menjadi sumber rujukan. iv. Memiliki kualiti peribadi yang baik.

Sederhana

60 – 79.99

i. Berupaya mentadbir/ menyelia organisasi dengan sederhana. ii. Penghasilan kerja yang sederhana dan menepati standard yang ditetapkan. iii. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang sederhana dalam bidang tugas dan boleh memberi nasihat dalam bidang-bidang kerja tertentu. iv. Memiliki kualiti peribadi yang sederhana.

Kurang 50 – 59.99 memuaskan

i. Penghasilan kerja yang kurang memuaskan dan sering kali tidak mencapai standard minima yang ditetapkan. ii. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang kurang memuaskan untuk melaksanakan tugas. iii. Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin yang kurang memuaskan.

Lemah

49.99 bawah

ke i. Penghasilan kerja yang lemah dan tidak mencapai standard yang ditetapkan. ii. Kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam melaksanakan tugas. iii. Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan.

Page 5 of 7

LAMPIRAN D ALIRAN PROSES PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI PERANAN

PROSES (1)

Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Jabatan

Perancangan Kerja Tahunan Jabatan -

(2) Ketua Bahagian/ Unit

-

(3) Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua (4)

(5)

(6)

Merealisasikan program, projek dan aktiviti Januari - Jun berdasarkan sasaran kerja yang ditetapkan.

Kajian semula pencapaian kerja sebenar Jun – Julai berbanding dengan sasaran kerja yang ditetapkan. Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan

(7)

Urusetia

Menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Januari termasuk jenis projek, aktiviti dan jangkamasa siap serta menetapkan tahap ukuran mengikut jenis kerja berasaskan kuantiti, kualiti, kos dan masa.

Kajian semula Pertengahan Tahun -

Pegawai Yang Dinilai

Penetapan Rancangan Kerja Bahagian/ Unit Mengagih tugas dan tanggungjawab Disember/ Januari pelaksanaan program, projek dan aktiviti serta menentukan rancangan kerja bahagian/ unit berasaskan program, projek dan aktiviti kementerian/ jabatan.

Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan -

Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai Pertama

Menentukan strategi, program, projek dan Disember/ Januari aktiviti tahunan jabatan berasaskan dasar dan rancangan Negara serta sumber kewangan, keanggotaan, maklumat dan peralatan yang diperuntukkan.

Penetapan Sasaran Kerja Pegawai Yang Dinilai -

Pegawai Yang Dinilai

JANGKAMASA

Merealisasikan program, projek dan aktiviti Julai – Disember berdasarkan sasaran kerja yang ditetapkan. Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi

-

Mengedarkan Borang Penilaian kepada Januari (Minggu Pegawai Yang Dinilai. Pertama)

Page 6 of 7

Pegawai Yang Dinilai

-

Mengisi butir-butir di Bahagian I serta Januari (Minggu Borang Sasaran Kerja Tahunan & Laporan ke 2/ Ke 3 Pencapaian dan mengemukakan kepada Pegawai Penilai Pertama (melalui Modul Sistem Assessment di dalam E-Community)

Pegawai Penilai Pertama

-

Meneliti, mengesahkan dan menilai butir- Januari (Minggu butir yang diisi oleh Pegawai Yang Dinilai ke 3 / ke 4 serta berbincang dengannya mengenai penilaian prestasi dan mengemukakan borang yang lengkap diisi kepada Pegawai Penilai Kedua.

Pegawai Penilai Kedua

-

Membuat penilaian dan ulasan secara Februari (Minggu keseluruhan berasaskan laporan yang Pertama/ ke 2 dibuat oleh Pegawai Penilai dan menyerahkan laporan yang telah disediakan kepada Urusetia (melalui Modul Sistem Assessment di dalam E-Community)

(8)

Panel Pembangunan Sumber Manusia

Urusetia

-

Mengumpul dan memproses laporan Februari (Minggu penilaian prestasi dan menyediakan ke 3) laporan untuk pertimbangan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

-

Mengkaji dan menyelaras markah penilaian Februari (Minggu prestasi anggota di bawah bidang kuasanya ke 4) hingga Mac serta membuat perakuan bagi: (Minggu ke 4) • Penetapan Pergerakan Gaji Tahunan • Penganugerahan (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) • Bimbingan dan Kaunseling

Urusetia

-

Penyampaian keputusan Panel April (Minggu Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Pertama/ ke 2) melalui Announcement dalam E-Community

(9)

Penyimpanan Maklumat Prestasi

Page 7 of 7