Pembelajaran Penilaian Teks Naratif

strategi-strategi metakognitif dalam pembelajaran. Antara strategi yang tidak asing adalah kajian yang ... Menggunakan Teks Ekspositori .GEMA Online J...

0 downloads 52 Views 294KB Size
24 Pembelajaran Penilaian Teks Naratif Khairunnisa Mohamed

[email protected]

Mohammad Fazli Salleh

[email protected] Sekolah Rendah East Coast

Abstrak Pelbagai kaedah berlandaskan strategi metakognitif digunakan oleh guru-guru untuk memastikan murid memiliki kemahiran membaca yang kukuh. Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan awal, latihan kefahaman adalah salah satu perkara yang masih lagi membawa kegusaran dalam kalangan guru dan juga murid. Murid tidak dapat memenuhi kehendak soalan-soalan, terutama soalan yang berbentuk inferens. Murid gagal mengapresiasi kandungan petikan akibat kemahiran menganalisis teks yang lemah. Kajian pengajaran ini ditumpukan pada murid di peringkat Darjah 5 dan bertujuan untuk mengasah kemahiran murid menganalisis teks naratif melalui kaedah W.P.S. Kaedah W.P.S telah didedahkan kepada murid sepanjang kajian ini dan kaedah ini selaras dengan model Taksonomi Bloom yang mengaitkan hubungan antara proses berfikir dan tindak balas emosi seseorang murid. Kajian ini diusahakan untuk menggilap kemahiran murid membaca dengan lebih berkesan. Murid didedahkan dengan langkah-langkah untuk membantu mereka mengenal pasti watak-watak serta mencungkil peristiwa yang terkandung dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan kaedah W.P.S 100% telah membantu guru mengajar kemahiran menganalisis teks naratif dengan lebih berkesan dan berjaya membantu murid menuruti kehendak soalan-soalan inferens. Kata Kunci: adjektif, bacaan, inferens, kognitif, kefahaman, metakognitif

272 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Pengenalan Komponen Kefahaman adalah antara faktor utama yang menjejas prestasi kertas peperiksaan Bahasa Melayu. Perkara ini amat ketara sekali sewaktu pemeriksaan kertas peperiksaan di peringkat PSLE. Daripada pengalaman pengkaji-pengkaji sendiri, terutama dalam tahun 2014 dan 2015, prestasi keseluruhan untuk Kertas 2 Buku B Bahasa Melayu tidak begitu menggalakkan bagi kebanyakan murid. Kajian pengajaran ini adalah usaha guru-guru dan bertujuan untuk meluaskan lagi proses pembelajaran dan pengajaran dalam memperlengkapkan murid dengan kemahiran yang dapat membantu mereka menangani latihan kefahaman dengan lebih berkesan. Pemahaman teks memerlukan seseorang pembaca itu menganalisis kandungan teks untuk mencetuskan proses pemikiran yang membolehkan murid membentuk pendapat. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah W.P.S. Kajian ini berfokus kepada proses metakognitif seseorang dalam membina pemahaman yang baik dalam bacaan.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini juga bertujuan: 1. menerapkan kemahiran pemahaman untuk membantu murid dalam memahami teks; dan 2. meneliti keberkesanan W.P.S dalam membina pemahaman murid. Kajian ini dijalankan dengan harapan untuk memperluas usaha guruguru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran kefahaman di dalam kelas. Kemahiran menganalisis teks perlu lebih berstruktur. Murid perlu dilengkapkan dengan kaedah atau strategi bagi meningkatkan tahap pemahaman yang baik sewaktu membaca teks naratif.

273 Seminar Bahasa Melayu 2016

Bacaan yang berkualiti memerlukan lebih dari penggunaan nada dan intonasi yang baik. Untuk mengecap tahap bacaan yang berkualiti, murid harus mampu menghayati plot yang terkandung bersama watak dalam teks lantas membina pemahaman yang baik. Kemahiran pemahaman yang baik membolehkan sewaktu membaca ialah kayu ukur kepada kemahiran membaca yang berkesan.

PERNYATAAN MASALAH Kajian ini didorong oleh kegusaran guru-guru terhadap kemerosotan prestasi murid-murid dalam Kertas 2 Bahasa Melayu. Setelah menjalankan penilaian pascapeperiksaan, guru-guru mendapati bahawa punca utama kemerosotan ini ialah kelemahan murid dalam bahagian kefahaman. Antara faktor yang menyumbang kepada kegusaran ini ialah kelemahan murid menghayati isi kandungan teks. Keterbatasan kosa kata dalam kalangan murid juga turut menyumbang kepada kemerosotan dalam mutu keputusan sesuatu ujian. Keterbatasan ini secara khususnya merujuk kepada golongan kata adjektif. Sebagai contoh, perkataan “baik” digunakan secara sewenang-wenangnya untuk menggambarkan sesuatu perbuatan positif. Akibatnya, murid tidak mengungkapkan idea mereka dengan tepat serta memenuhi kehendak soalan-soalan inferens. Kegagalan mengapresiasi teks dan keterbatasan kosa kata menjejas kebolehan murid untuk mengungkapkan idea mereka dalam bentuk tulisan lantas menghambat murid dalam memenuhi kehendak soalan yang berbentuk inferens.

KAJIAN LEPAS Kajian ini berfokus kepada pengaplikasian kaedah W.P.S kepada proses metakognitif seseorang dalam membina pemahaman yang baik dalam bacaan. Proses metakognitif membolehkan seseorang itu melakarkan langkah-langkah tertentu yang dapat membantu mereka berfikir. Fikiran yang berstruktur pula

274 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

akan membantu seorang dalam membina pemahaman yang baik dalam bacaan. Beberapa kajian lepas telah dijalankan untuk menguji keberkesanan strategi-strategi metakognitif dalam pembelajaran. Antara strategi yang tidak asing adalah kajian yang telah dijalankan oleh Gillett dan Temple (1982). Strategi metakognitif kerap digunakan oleh guru-guru bahasa dalam kelas. Proses pemenggalan diterapkan dalam kemahiran membaca. Strategi ini didedahkan kepada murid untuk membantu mereka membaca, mengingat dan mentafsir teks. Dapatan kajian ini telah meningkatkan pemahaman seseorang pembaca. Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Houtveen dan Grit (2007). Kajian ini melibatkan dua kumpulan murid. Seramai 334 orang murid dikumpulkan dalam kumpulan eksperimen dan 225 orang lagi murid dikumpulkan dalam kumpulan sampel. Murid dari kumpulan sampel tidak menerima pendedahan dengan latihan kemahiran metakognitif sepertimana yang dilalui oleh kumpulan eksperimen. Hasil kajian menyokong peri pentingnya kemahiran metakognitif dalam meningkatkan pemahaman murid dalam bacaan. Ini adalah kerana murid daripada kumpulan eksperimen mempamerkan tahap pemahaman yang lebih baik berbanding daripada kumpulan sampel. Kajian yang serupa pernah dijalankan oleh Boulware-Gourden (2007). Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap keberkesanan strategi metakognitif dalam pengajaran bacaan yang berkesan. Boulware-Gourden membahagikan kumpulan sasaran kepada kumpulan kawalan dan kumpulan intervensi. Kumpulan intervensi merupakan murid-murid yang memiliki kebolehan akademik yang sederhana dan telah diajarkan strategi metakognitif. Kumpulan kawalan pula terdiri daripada murid yang sama tetapi tidak diajarkan strategi metakognitif. Latihan ujian kefahaman kemudiannya dijalankan kepada keduadua kumpulan sasaran ini. Di akhir kajian, dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi metakognitif membantu murid membina pemahaman yang baik. Kumpulan intervensi mempamerkan keputusan yang lebih baik berbanding kumpulan sasaran. Dapatan daripada kajian-kajian lepas ini membuktikan peri pentingnya kemahiran metakognitif yang perlu ada pada setiap murid. Usaha-usaha untuk 275 Seminar Bahasa Melayu 2016

membina dan memperhalus strategi-strategi ini perlu diteruskan agar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid kita supaya mengecap proses bacaan yang berkesan.

KAEDAH KAJIAN Reka Bentuk Kajian ini dijalankan dalam masa 2 bulan dari Mac hingga Mei 2015. Kumpulan sasaran telah didedahkan kepada kaedah pemenggalan frasa sahaja sebelum kajian ini dijalankan. Kaedah ini telah diajarkan semenjak peringkat Darjah 4 di mana keberkesanannya bersesuaian dengan kehendak soalan-soalan kefahaman pada masa itu. Walau bagaimanapun, kehendak soalan semakin mencabar dengan perbezaan dalam bentuk soalan di peringkat Darjah 5. Reka bentuk kajian ini memberi penumpuan kepada kebolehan subjek kajian menangani kehendak soalan berbentuk inferens sebelum dan selepas mereka didedahkan dengan kaedah W.P.S. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 44 orang murid Darjah 5 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap kebolehan yang pelbagai. Kumpulan kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang memiliki tahap kebolehan rendah, 20 orang murid daripada tahap kebolehan sederhana dan 19 orang murid daripada tahap kebolehan yang tinggi. Prosedur Kajian Kajian pengajaran yang menggunakan kaedah W.P.S ini merupakan usaha sepadu yang dijalankan bagi mengasah kemahiran menganalisis teks bagi murid serta membantu guru dalam mengajar kemahiran tersebut dengan lebih berstruktur.

276 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Kajian pengajaran ini dijalankan sebanyak dua kitaran (Lesson Study Cycle 1 and 2). Guru-guru yang terlibat sama dalam kajian turut melakukan pemerhatian sewaktu kajian pengajaran dilaksanakan. Setelah guru selesai melaksanakan sesi pengajaran yang pertama, kesemua guru pemerhati yang terlibat dalam kajian tersebut membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran tersebut. Guru-guru juga membincangkan tentang keberkesanan pengajaran melalui kaedah W.P.S dengan melihat kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif guru pemerhati adalah untuk memantau proses pembelajaran murid semasa kajian dijalankan. Pascapersidangan (post conference) dijalankan sebagai sebahagian daripada prosedur kajian. Maklum balas guru-guru pemerhati diambil kira bagi memperhalus proses pembinaan rancangan pengajaran yang selanjutnya. Segala kelemahan dapat diperhalusi dengan penambahbaikan. penambahbaikan dapat dilakukan dengan memperbaiki Rancangan Pengajaran. Seterusnya, sesi pengajaran yang kedua dilakukan dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran yang telah diperbaiki dan diperhalusi. Rajah 1 menunjukkan proses kajian pengajaran dijalankan. Rajah 1. Proses Pelaksanaan Kajian Pengajaran

277 Seminar Bahasa Melayu 2016

Instrumen Kajian Kajian ini menggabungkan penggunaan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Sesi pemantauan di dalam kelas dan lapor balik daripada borang tiket keluar (exit ticket) menjadi sumber utama data kualitatif. Sesi pemantauan akan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan sebanyak dua kali oleh guru-guru pengkaji. Bagi mendapatkan data kuantitatif pula, guru memperoleh data melalui hasil kertas latihan kefahaman murid. Data-data tersebut menjadi sandaran dapatan bagi menentukan keberkesanan dan kerelevanan kajian pengajaran yang telah dijalankan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Tujuan kaedah W.P.S adalah untuk memperlengkapkan murid dengan proses berfikir yang lebih kritis. Kaedah W.P.S diusahakan untuk mempergiatkan lagi proses berfikir sewaktu bacaan. Murid perlu “membongkar” kandungan yang sedia ada dan membentuk pemahaman mereka. Hasil perbincangan antara guru dan murid dalam kelas lebih aktif. Walaupun ada kalanya agak payah untuk mengungkapkan idea-idea dalam bentuk kekata, murid lebih proaktif dan cuba berkongsi pandangan mereka bersama rakan-rakan sedarjah. Jadual 1 dan Rajah 2 menunjukkan markah bagi soalan-soalan inferens (38 dan 39) sebelum dan selepas kajian pengajaran dijalankan.

278 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Jadual 1. Peningkatan Markah antara Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 2. Peningkatan Peratusan Markah Sebelum dan Selepas Kajian

Kemerosotan purata untuk murid yang mendapat markah 0-1 agak ketara dan menjadi petanda positif kepada keberkesanan kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian di atas, kaedah W.P.S berjaya membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman kaedah ini dapat digunakan sebagai strategi metakognitif yang dapat meningkatkan tahap pemahaman dalam bacaan.

279 Seminar Bahasa Melayu 2016

KESIMPULAN Kajian yang telah dijalankan memperkukuhkan lagi keberkesanan strategi metakognitif yang perlu diterapkan dalam pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran metakognitif yang didedahkan dalam pembelajaran menjadi landasan untuk memungkinkan daya pemikiran yang lebih kritis. Bahan bacaan dapat dihayati dengan lebih berkesan melalui pemikiran yang lebih berstruktur. Kaedah W.P.S. telah dapat dimanfaatkan oleh murid dalam mempertingkatkan mutu pemahaman mereka sewaktu membaca. Sedikit pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan agar lebih mudah diterapkan mengikut kebolehan murid. Usaha ini akan diluaskan penggunaannya kepada peringkat yang rendah untuk memberi pendedahan seawal mungkin kepada murid. Proses pembelajaran kefahaman lebih berkesan apabila murid lebih aktif berfikir dalam perbincangan.

RUJUKAN Keberkesanan Strategi Meta kognisi dalam Pengajaran Bacaan dan Kefahaman Menggunakan Teks Ekspositori .GEMA Online Journal of Language Studies Volume 13(3), September 2013 Azizah Shaikh Abdul Kadir, Rasidah Ahmad, Nurisham Ismail, Taufek Siniwi. – Kertas Kajian - Strategi CPA dalam Pengajaran Kefahaman Norvell, G.W, (1950). The Reading Interest of Young People. Washington D.C: Health

280 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi